Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SUDAH seminggu mereka berhubungan kembali. Tetapi masih melalui telefon. Danial tidak mahu memaksa lagi untuk bertemu. Biarlah sehingga Putrisya sendiri yang bersuara.
Untuk itu Danial masih mampu bersabar. Yang menjadi fikirannya sekarang ialah, bagaimana dia ingin memulakan agendanya. Agar terjawap semua persoalan.
Penat memikir akhinya dia bertekad untuk bertanya.
"Putri ada kawan rapat tak?"
"Hmm.. semuannya rapat. Kenapa?"
"Maksud Dani, sahabat karib?
Kedengaran Putrisya tergelak mesra.
"Kawan rapat dengan sahabat karib tu, tak sama ke?" Masih disertakan dengan tawanya.
"Orang tanya betul-betul. Gelak pula dia. Gigit baru tau eh.." Danial mengusik pula. Senang mendengar Putrisya ketawa.
Mendengar tidak ada jawapan, Danial segera bersuara lagi.
"Sorry kalau Putri tersinggung..." Bimbang kalau Putrisya tidak dapat terima gurauannya. Danial mengerti sangat dengan sikap gadis itu. Gadis melayu yang cukup bersopan.
"Hmm... pertanyaan Putri tadi tu... sebenarnya kalau pada Dani, kawan dan sahabat tu berbeza. Kalau kawan macam biasa-biasa aje. Tapi kalau sahabat karib tu... seseorang yang boleh berkongsi apa saja dan boleh kita jadikan tempat mengadu. Tak semua kawan yang sanggup jadi pendengar..." Terang Danial.
Lama Putrisya berdiam. Baru selepas itu dia bersuara. Lemah sahaja kedengarannya tetapi cukup tegas.
"Bagi Putri lain pula. Putri letakkan kawan dan sahabat di kedudukan yang sama rata. Sesiapa pun yang Putri kenal, seboleh-bolehnya Putri nak jadikan mereka kawan atau sahabat yang paling rapat. Tak kisahlah mereka sudi ke tak mendengar masaalah Putri. Rasanya... untuk selesaikan masaalah sendiri, Putri tak perlu sesiapa untuk jadi pendengar."
Aduh..! kenapa Danial boleh lupa satu perkara tentang Putrisya? Sememangnya gadis itu cukup perahsia orangnya. Kalau ada masaalah pun Putrisya tidak mudah untuk menceritakan pada sesiapa. Sehinggakan Danial sendiri pernah terfikir agaknya mungkin Putrisya tidak pernah bermasaalah.
"Kalau gitu Dani pun nak jadi sahabat baik Putri lah.. So boleh tumpang sebilik." Danial mengusik lagi.
Putrisya turut sama ketawa tetapi diselitkan dengan pertanyaan.
"Apa Dani cakap ni?"
"Sorrylah Dani gurau aje... Sebab kalau Dani lah, hanya kawan yang betul-betul rapat aje yang Dani boleh ajak masuk sampai ke bilik Dani. Err... maksud Dani kawan lelaki eh. Jadi bila Putri kata Putri letak kedudukan kawan-kawan Putri di tempat yang sama taraf, so tak kira lelaki ke perempuan ke, semua Putri ajak masuk bilik lah?"
Terdengar Putrisya ketawa lagi. Kata-kata Danial begitu lucu baginya. Langsung tidak menyedari kalau Danial sedang menduganya.
"Putri berkawan ada had-hadnya, Dani. Kalau yang Putri sayang pun susah nak Putri jumpa, apalagi setakat kawan. Tak kan lah sampai nak bawa masuk bilik?"
Danial terdiam mendengarnya. Ada sesuatu yang menarik didengar dari bait-bait kata Putrisya. Putrisya juga serta-merta menyepi. Tiada lagi sisa-sisa tawanya yang tadi begitu galak. Mungkin baru tersedar dengan apa yang baru diluahkan.
"Putri..." Panggil Danial dengan lembut.
Panggilan yang mengingatkan kembali kenangan Putrisya saat mereka berdua di alam percintaan dahulu. Namun lekas-lekas Putrisya mengikis ingatan itu. Dia melepaskan keluhan.
"Apa yang sebenarnya Dani nak tahu dari Putri?"
Danial yang tadi seperti kehilangan kata, terkejut mendengar pertanyaan Putrisya. Apakah Putrisya tahu persoalannya sekarang? Jika benar tidak guna Danial bertangguh-tangguh lagi.
"Putri kenal dengan.. Amira?"
Danial sepatutnya memenuhi permintaan Amira yang memintanya untuk merahsiakan perkenalan mereka dari pengetahuan Putrisya. Tetapi tidak dihiraukan kerana seingat Danial, dia tidak pernah berjanji. Lagi pula dia perlu tahu siapa gadis misteri yang mengganggunya.
"Siapa Amira? Tanya Putrisya kehairanan.
"Putri tak ada kawan nama Amira?" Ulang Danial dengan suara yang lebih tegas.
"Hm... Amira? Rasanya tak ada. Dia kawan baru Dani ke?" Kembali Putrisya bertanya.
"Hairan... dia kata dia kenal dengan Putri." Danial sengaja tidak mahu menjawap pertanyaan Putrisya. Itu yang membuatkan Putrisya bertanya lagi.
"Amira tu kawan baru Dani ke?"
Cemburu ke atau marah? Entah apakah perasaan Putrisya ketika bertanya soalan itu, tidak siapa pun tahu. Tetapi ketenangan jelas pada nada suaranya. Membuat Danial semakin mendesak untuk mengetahui.
"Dani yang bertanya dulu kan?" Tegas sekali suara Danial menahan marah. Dia sendiri sedar yang dia sudah meninggikan suara. Mungkin kerana Amira sudah dianggap pengganggu hidupnya, maka bila ungkit kisah Amira, tiba-tiba sahaja dia jadi peradang. Ataukah kerana benar andaiannya bahawa Putrisya adalah penyamar. Dari itu timbul kemarahannya bila mendengar Putrisya bertanya demikian.
"Dah Putri jawap tadi, Putri takda kawan nama Amira?" Perlahan sahaja jawapan Putrisya. Masih tetap sama. Hanya dia tidak lagi mahu bertanya. Hairan dengan perubahan sikap Danial.
‘Tentulah takda kalau memang kamu sendiri yang menyamar jadi Amira!!’ Bentak Danial dalam hati. Tetapi tidak diluahkan. Sebaliknya dia bertanya.
"Kalau gitu tentu Putri ada kawan yang tinggal kat Jurong, kan?"
Terdengar keluhan Putrisya.
"Jurong tu besar, Dani. Jurong East? Jurong West? Jurong Point.. Tuas tu semua kawasan Jurong...."
Biar cuma dua sebutan sudah cukup buat Putrisya terdiam. Sedar bahawa Danial memang sedang marah. Dia masih belum lupa pada satu-satunya perangai Danial. Kalau sudah berbual menggunakan bahasa English, apalagi maknanya jika bukan marah.
Putrisya sedaya upaya untuk bertenang. Seperti sudah menjadi kebiasaan baginya berdepan dengan Danial dalam keadaan itu. Kalau api tentulah air lawannya.
"Kalau pun Putri ada kawan yang tinggal di Jurong, tapi bukan Amira namanya."
Mendengar Putrisya bersuara setenang itu, timbul keinsafan pada Danial. Untuk mencari kebenaran dia tidak seharusnya terlalu emosional.
"Kalau pertanyaan tak ketemu jawapan, yang baiknya mulakan dengan bercerita. Cuba Dani ceritakan pada Putri apa yang sebenarnya terjadi?"
Kedengarannya jujur sekali Putrisya bertanya. Danial kebingungan. Sudah kebetulan cerita ini dimulakan. Apa salahnya jika dia membentangkan semuanya pada Putrisya.
* * * * * *
DIA sabar menanti di dalam keretanya. Memerhati setiap orang yang keluar dari bangunan itu.
Sudah difikir berkali-kali, mereka memang perlu berjumpa. Walau pada mulanya dia tidak mahu memaksa, tetapi persoalan memerlukan jawapan segera memaksa dia bertindak begitu. Apa lagi bila orang yang diharap dapat memberi penjelasan, seakan payah untuk membantu.
Dari kejauhan dia melihat seorang gadis keluar dengan tergesa-gesa dari pintu masuk bangunan.
Dia sebenarnya kurang pasti benarkah gadis itu yang ditunggunya. Sejauh ini mereka memang belum pernah bersua muka. Bukan dia tetapi gadis itu yang tidak mahu. Namun dari gaya dan bentuk badan juga dari raut wajah, semuanya sama seperti butir-butir yang pernah diberi.
Gadis itu dilihatnya sudah masuk ke dalam perut salah sebuah kereta yang ada di lot tempat meletak kereta di hadapan bangunan. Dia pasti kereta itu akan bergerak sebentar lagi. Dia terus menghidupkan enjin keretanya sendiri.
* * * * * *
SEBAIK sahaja pintu lif terbuka, Putrisya berlari keluar bangunan menuju ke keretanya. Bukan mengejar masa. Tetapi dia takut akan terserempak dengan seseorang.
Dia teringat kata-kata Danial Imani ketika menghubunginya semalam.
"Esok kita jumpa nak?"
"Huh! Untuk apa?" Putrisya terkejut dengan permintaan Danial yang tiba-tiba.
"Dani nak tunjukkan kebenarannya. Putri boleh baca mesej-mesej Amira."
"Atas tujuan apa Dani nak tunjukkan pada Putri? Itu hak Dani.. tak kan Putri nak baca."
"Dani nak Putri percaya yang Amira tu kenal dengan Putri." Terang Danial bersungguh-sungguh.
Putrisya mengeluh mengenangkan sikap keras hati Danial.
"Dalam dunia ni, Dani... orang menipu dengan macam-macam cara."
"Tu Dani tahu. Dan juga ada bermacam-macam cara untuk buktikan kebenaran kan? So.. jangan ada alasan lagi. Orang yang mengelak untuk buktikan kebenaran, bermakna benarlah orang tu bersalah."
Sengaja Danial menekan kan kata-katanya. Entah kenapa setelah beberapa kali Putrisya gagal membuktikan bahawa Amira bukan kenalannya, Danial semakin percaya pada firasat yang dibuatnya sendiri. Putrisya mungkin orang yang bertanggung jawap atas penyamaran Amira.
"Menuduh tanpa usul periksa.. tak baik.."
"Okey fine!" Danial memotong, "Kita tunggu esok. Putri boleh tengok sendiri sama ada ini tuduhan atau bukan."
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedia.....!!