Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Alisyah dan Nayi tidak jadi untuk meronda lapangan terbang, dia hanya diam membisu, masih malu dengan kejadian tadi. Sesekali Alisyah mencuri pandang melihat Herddy. Lelaki tu santai jer.. tak malu pun! Ah! Dasar lelaki tak malu! Dalam kapal terbang Alisyah duduk bersebelahan dengan Herddy, lelaki itu asyik merenung wajahnya. "Isyah.." jatuh jantung Alisyah mendengar suara romantik Herddy. Dengan perlahan Alisyah menoleh kea rah Herddy. "kita kawin!!" bulat mata gadis itu, dia keliru, tidak tahu sama ada lelaki itu serius atau tidak. "jangan nak bergurau! Aku tak suka!!" Alisyah sengaja memberi amaran pada Herddy andai lelaki itu hanya bergurau pasti dia akan meminta maaf tapi kalau betul.. pasti lelaki itu akan terus menerus ajak dia kawin. "aku tak main-main, aku serius kita kawin!" teapi tetap juga Alisyah merasakan dirinya dipermainkan. "kalau sebab aku terpegang tangan kau tadi kau nak kawin dengan aku.. aku minta maaf, tak perlu la nak kawin sebab aku terpegang tangan kau tadi." Mendengar kata-kata Alisyah, Herddy menepuk dahinya. Apasal mermaid nie.... ada pulak pasal pegang tangan jer aku nak kawin dengan dia. "hu... Aduhai.. susah nak jelaskan. Apapun kita kawin!!" Alisyah dapat melihat keseriusan dalam mata Herddy, Alisyah tidak tahu adakah dia patut gembira atau bersedih sebab Herddy nak kawin dengan dia sebab terpegang tangan jer..
Seminggu kemudian..
Alisyah termenung di dalam kelas, apa yang cikgu cakap di hadapan dia sendiri tidak tahu.. fikiranya masih terhadap lamaran Herddy. Keadaan ini membuatkan Herddy dan Alisyah tidak bertegur di dalam rumah. ini membuatkan mereka seperti musuh. Alisyah tidak yakin yang Herddy adalah lelaki yang tepat untuk dirinya, mereka baru sahaja berkenalan dan kemalangan pegang tangan tu jer... Herddy dah nak kawin dengan dia. Alisyah buntu!!!
"Alisyah!!!" jeritan nyaring dari cikgu Chong membuatkan Alisyah tersedar 100% dari lamunannya. "kamu sudah pekak ker? Tidak dengar saya panggil kamu???" 'aduh!! Mati la nenek tua nie dah membebel.. ' hati Alisyah berkata kesal. "maaf cikgu saya tak dengar.." saat itu Alisyah terasa ingin nangis, dia malu di buat begitu. "kamu bukan tidak dengar!! Kamu tidak berikan tumpuan kepada apa yang saya cakap." Ia.. Alisyah tahu dia salah. Tapi tolong la jangan membebel lagi!!! Aku tengah stress sekarang nie!!!! PENGAJARAN : Time belajar berikan sepenuh tumpuan, jangan nak fikir benda lain.. kan dah kena marah.. "cikgu saya minta maaf!!!" Alisyah nekad, suaranya di besarkan dan di tegaskan! Cikgu Chong pun terkejut di buatnya. "ok..ok....kamu boleh duduk, cikgu maafkan.." entah mengapa suara Alisyah tadi betul-betul menarik simpati cikgu chong. Alisyah senyum, kemudian dia duduk dengan senang hati.. tapi masalah itu masih lagi tertanya-tanya di hatinya..
Alisyah pulang dari sekolah terus ke pasar beli bahan makanan untuk di masak. Pulang dari pasar, Alisyah terlihat sekumpulan jejaka sepertinya budak nakal.. 'alamak pasti aku kena kacau lagi.. macam mana nie..' Sewaktu Alisyah melintas di hadapan budak nakal tu, Alisyah di kepung! "hey cantik.. dari mana nie?" Alisyah diam sahaja, wajahnya di tundukkan. 'mamat nie tak da tektik lain nak mengurat, dah tau kita bawa bakul dari pasar nak tanya-tanya lagi..' "kenapa diam nie.." Alisyah geram! "a.. a....a...u..u.....hu..." Alisyah berpura-pura jadi babau (bisu) ketiga-tiga lelaki tadi terkejut, wajah mereka berubah habis. "alamak geng!! Bisu la...." "eh.. gelinya aku.. muka lawa, cun melecun tapi bisu.. jom kita cabut!!" Melihat lelaki tadi sudah jauh, Alisyah tertawa bagai nak gila.. ha..ha..ha.. Baru kau tau.. nak urat orang lagi.. baru kau tau.. ha..ha...
"apa sal budak nie ketawa sendiri-sendiri.." tiba-tiba dua orang makcik sedang lalu.. Alisyah menekup mulutnya lalu dia segera beredar dari situ..tidak mahu di bilang kurang siuman..
Tiba-tiba Alisyah di hon dari belakang, gadis itu terkejut. Pn. Subaidah keluar dari kereta. "Isyah dari mana nie?" soaalan cepumas.. he..he.. "dari pasar, dah nak pulang dah." Jawab Alisyah penuh sopan, ialah bakal mak mertua.. Alisyah tersenyum sendiri. "jom saya hantarkan.."
Dalam kereta...
"Alisyah.. saya ada hal nak cakap dengan Alisyah. Tapi.. Alisyah jangan marah tau." 'apa yang mama Herddy nak cakap nie..' "mulai esok.. Herddy akan pergi outstation selama sebulan. Jadi Isyah akan tinggal dengan mak cik." Wajah Alisyah berubah.. "o.. ialah." Hanya itu yang Alisyah jawab, tapi dalam hatinya masih tidak puas hati. Kenapa Herddy tak memberitahu dirinya lebih awal sebelum orang lain.
Malam tu..
Alisyah sudah selesai masak, Herddy ada kat ruang tamu. 'malasnya nak panggil mamat nie makan..' Alisyah mengatur langkahnya berat.. "makan dah sedia." Alisyah sedar yang dia hanyalah pembantu rumah tak lebih dari itu.. "jom kita makan sama-sama." Herddy memandang Alisyah, dia pasti akan merindui gadis itu selama sebulan dia outstation nanti. Dia tidak sanggup untuk memberitahu gadis itu yang dia akan pergi. Ada dua sebab mengapa dia tidak mahu memberitahu Alisyah dan terpaksa meminta pertolongan ibunya. Pertama.. dia tidak mahu melihat reaksi Alisyah, sama ada gadis itu akan bersedih atau pun gembira.. kedua..dia sendiri tidak sanggup untuk berpisah dengan gadis itu walauun hanya sebulan. "tak.. kau makan la.. aku tak rasa lapar.." Herddy mengeluh, kalau boleh malam nie dia mahu menghabiskan masa dengan Alisyah. "kau marah aku akan pergi outstation?" Alisyah benci, dia mencebik. "tak aku suka kau outstation! Tapi aku tak suka aku dapat tahu dari orang lain!!" Alisyah menatap Herddy lama, lelaki itu tunduk, dia tahu dia salah.. "kenapa kau tak suka?" "tak suka la. Aku tak rasa di hargai!!" Alisyah mengetap bibir. Wajahnya yang putih bertukar kemerah-merahan menahan marah. "kau siapa nak aku hargai!! Kau bukan isteri ku!!" Alisyah tesentap dengan kata-kata Herddy. 'tapi aku insan yang mencintai mu!!!' hati Alisyah menjerit tapi bibirnya hanya terkunci, diam seribu bahasa.. "ia aku bukan isteri mu! Aku hanya pembantu di sini!!!" Alisyah berlari ke biliknya, terguris hatinya dengan kata-kata Herddy. "andai kau tahu bertapa berat hati ku meninggalkan kau mermaid ku sayang.." Herddy berkata perlahan setelah kelibat Alisyah hilang di balik pintu.
Pagi itu..
Herddy mengetuk pintu bilik Alisyah.. tetapi tiada sebarang respone. Herddy memberanikan diri membuka pintu.. berdebar-debar jugak hatinya sewaktu membuka pintu mana lah tau.. tertengok sesuatu.. he..he.. hati nakal Herddy berdetik tetapi pantas dia membetulkan fikirannya. Chak!! Herddy heran, tiada sesiapa dalam bilik tersebut.. dia mengeluh.. Alisyah sudah pergi ke sekolah agaknya. Tak sempat la dia menatap wajah yang menganggu tidurnya sebelum dia berangkat pergi. Hu.. hatinya hampa...
P/S: SORRY KALAU LAMBAT POST... SEKARANG TGH BUSY WITH SPM... K ENJOY...
"Siapa tu?," "Ikmal,"sepatah kata meniti bibir Maria sambil dia letakkan semula telefon bimbitnya ke meja. Amira tersenyum kecil. "Kenapa?,"satu lagi soalan berbuah di bibir gadis itu. Maria mengangkat muka. Merenung wajah Amira. Teman sepejabatnya yang sedang tersengih panjang. Sudah serupa dengan kerang busuk. "Kau nak tahu, buat apa?," "Amboi. Tanya sikit pun tak boleh ke? Garang betul," Maria tergelak. "Tak adalah. Kau Tanya siap dengan senyum lebar tu, kenapa?," Amira tersengih lagi. "Dia Tanya aku kat mana. Nak cari teman makanlah tu. Mana boleh dia nak makan sorang-sorang,"terang Maria masih bersama senyum di bibir. "Yalah. Dulu, yang selalu temankan, Sabrina. Sekarang, Sabrina dah tak ada, kau pula ya?," Maria terdiam mendengar kata-kata Amira. Menyedari mulutnya lancang melontar kata, Amira segera menutup mulut dengan jari. "Sorry, Mar. Aku tak bermaksud nak buat kau tersinggung," Maria tersenyum kecil. "Tak apa. Betul pun apa kau cakap tu. Anyway, Ikmal on the way. Kau tak kisah ke, kalau dia join kita?," "Tak kisahlah. Lagipun, aku ni makan cepat. Siap saja aku makan, aku angkat kakilah. Tak naklah duduk sini. Tiga orang.. macam sempit pula meja ni, kan?," Maria tergelak besar. Amira pula tersengih panjang. "Suka hati kaulah," Amira tersengih. Tidak menjawab apabila pelayan restoran membawa hidangan makan tengaharinya. "Kau tak nak order ke? Tadi cakap nak fikir dulu menunya..,"Amira bersuara sebaik pelayan yang menghantar makanan, menghilang. Maria menggeleng. "Aku tunggu Ikmallah," Amira menjungkit bahu. Perlahan mencapai sudu untuk menghirup sup daging yang dia pesan. Maria sekadar memandang sambil sesekali pandangannya dilontar ke luar restoran. Melihat gerak manusia yang laju mengejar masa. "Kadang-kadang aku tak sangkalah..," Maria memaling muka. Mencari wajah Amira. Kata-kata Amira yang tergantung, menarik perhatiannya. "Tak sangka apa?," "Tak sangka hari ni, Ikmal dah jadi tunang kau. Padahal dulu kan, Sabrina yang sibuk termenung sana-sini fikirkan hantaran tunang dia dan Ikmal," Maria tersenyum kecil. Enggan mengulas lanjut. "Sikit pun aku tak sangka, rupa-rupanya dalam serius bercinta dengan Ikmal, Ina berkawan dengan lelaki lain. Anak Datuk kan, lelaki tu?," Maria senyum lagi. Betul-betul dia tidak mahu mengulas apa-apa. Tidak mahu menambah cerita bohong tentang Sabrina. Tidak mahu menambah rasa bersalah yang bersarang jauh di sudut hatinya. Dia yang menjadikan Sabrina sebegitu. "Ina..Ina.. Tak sangka. Aku ingat Ina tu, naïf orangnya. Nampak baik sangat. Dengan Ikmal tu.. aku tengok memang pasangan yang secocok. Tup..tup..heboh satu office, kena tangkap basah dengan anak Datuk. Kalau betullah dia suka anak Datuk tu, kenapa dia nak permainkan perasaan Ikmal tu ya? Kasihan Ikmal," "Kau pun..,"tokok Amira lagi. Namun, kata-kata itu Cuma tergantung di situ. Dia sibuk dengan nasi dan supnya. Maria mengangkat muka. "Aku? Kenapa dengan aku?,"soal Maria hairan. "Yalah. Kasihan juga pada kau. Tak pasal-pasal, kerana kawan , kau yang kena jadi bidan terjun. Terpaksa jadi tunang Ikmal pula," "Aku tak kisah sangatlah, Mira. Lagipun, aku dah cakap dengan Ikmal. Kalau dia rasa dia tak boleh teruskan pertunangan kami ni, bila-bila masa saja dia boleh putuskan," Suapan Amira terhenti. Bulat mata memandang wajah Maria. "Kenapa? Kau berdua ada masalah ke? Ikmal tak boleh terima kau, atau kau yang tak boleh terima Ikmal?," "No. Tak adalah. Aku Cuma tak mahu Ikmal tersepit. Aku buat keputusan ni, sebab mak dia yang berharap sangat. Aku faham. Aku faham keadaan dia. Yalah. Persiapan semua dah siap. Dah jemput orang kampung pula tu. Tiba-tiba tak jadi. Mestilah malu kan? so, aku Cuma nak tutup malu. Itu saja niat aku," "Takkanlah Ikmal tak hargai apa yang kau buat ni. Ikmal tu lelaki baiklah. Aku yakin dia tak akan campak kau macam tu saja," "Aku tahu. Aku Cuma cakap saja. Sebab aku tak nak dia terpaksa terima aku, sebab terhutang budi. Kalau dia nak terima aku, aku nak dia terima aku seadanya. Seperti aku sedang berusaha untuk terima dia seadanya," Amira tersenyum lebar. Kagum sebenarnya dengan pengorbanan Maria. Bukan senang untuk mencari teman sebaik Maria. Teman yang sanggup berkorban demi teman yang lain. "Aku yakin Ikmal akan tahu menilai permata," Maria tersenyum. Harapannya pun Cuma satu. Semoga Ikmal boleh melupakan segalanya tentang Sabrina, dan mencintainya sepenuh hati. "Aku juga harap, Ina aka dapat balasan kerana kecewakan hati lelaki sebaik Ikmal. Dan, menyusahkan kawan sebaik kau," "Ish.. kau ni. Tak baik cakap macam tu. Ada ke doakan yang buruk-buruk untuk kawan sendiri. Doakanlah dia bahagia dengan suami dia. Kau ni..," Amira tersengih sambil menutup mulut. "Baiknya kau....Ina dah buat macam ni, kau masih nak bela dia lagi ya?," "Tak adalah. Kot ya pun, dia salah, kita janganlah cakap macam tu kat dia. Doakanlah kebahagiaan dia," "Yalah. Yalah..aku salah. Terlepas cakap...," "Cik A..mi..raaa..," Amira mengangkat muka. Senyum lebar di hadapannya membuat dia tersenyum sama. "Encik Darius. Kebetulan ya..," Darius tersenyum lebar sambil Badrul menjadi pemerhati. "Yalah. Kebetulan sungguh. Oh ya, lupa. Ini kawan saya, Badrul. Bad.. ini Amira. And.. this..,"kata-kata Darius terhenti sambil ibu jarinya menunding ke arah Maria. "Kawan saya. Maria,"laju Amira menyambung kata-kata Darius yang terhenti. Darius tersengih. "Maria. Ini maria..,"ujarnya sambil memandang wajah Maria, kemudian beralih pula ke wajah Badrul. Maria tergelak kecil sambil Badrul tersenyum nipis. Sekadar mengukir senyum tanda menyapa. "Okay girls. Please beri perhatian pada saya. Memang kawan saya ni handsome. Tapi, lupakan dia. Sebab dia dah kahwin. Dah ada dua isteri pun. Saya ni yang masih bujang,"Darius bersuara apabila Amira dan Maria sama-sama memandang ke arah Badrul. Kata-kata yang mengundang ketawa riuh dari bibir dua gadis manis itu. Dan membuat wajah Badrul berubah kelat. Darius tersengih. "Aku tunggu kau kat kereta. Okay girls, saya pergi dulu,"Badrul bersuara. Berlalu sebelum sempat Darius menjawab. Sudahnya Darius Cuma menjungkit bahu. "So, kereta kekasih Encik Darius macam mana?," "First, pembetulan. Bukan kekasih saya. Second, pembetulan juga. Bukan Encik Darius. Darius..or only Dar..or Abang Darius..," Amira tersenyum. Dan, Maria tergelak. "Tapi, dia cakap dia girlfriend Encik Darius," "Memanglah girlfriend. Tapi bukan kekasih. Girlfriend saya ramai. Kekasih saja belum jumpa. Masih mencari-cari," Amira tersenyum. Lucu mendengar bicara manis lelaki di hadapannya ini. "Apa-apalah. Jangan lupa nanti dah repair kereta girlfriend Encik Darius tu, call saya. Saya akan bayar nanti," "Tak payah. Saya tahu memang salah kawan saya tu. Dia memang cuai. Selalu macam tu. Bila dah buat salah, suka blame orang lain. Tapi, saya tetap akan call awak. Mungkin untuk jemput dinner ke. Boleh kan?," Amira tersenyum. "Betul ke kawan Encik Darius tu, dah kahwin dua? Muda macam tu, dah kahwin dua?,"soalnya tanpa menjawab soalan Darius. Darius tersengih. Tidak mengiyakan, tidak juga menafikan. Cuma tersenyum pada seorang pemuda yang tiba-tiba berdiri di sisinya. Juga melihat senyum lebar pada wajah teman Amira. Pasti insan istimewa di hati gadis itu. Dan, rasanya, sebaiknya dia berlalu. "Okaylah. Saya minta diri dulu. Mira, I’ll call you," Amira tersenyum sambil mengangguk perlahan. Darius berlalu sambil mengangkat tangan. "Siapa tu?,"Ikmal bertanya sambil mengambil tempat di sebelah Maria. "Entah. Siapa tu, Mira?,"Maria pula bertanya. "Hari tu, aku ada cakap aku accident kan? Kereta makwe dia lah yang aku hentam. Bukan salah aku. Tengah laju bawa kereta, dia boleh brek mengejut. Apa lagi. Mana sempat aku nak brek. Hemtam belakanglah. Dah terang-terang salah dia, lagi nak salahkan aku. Aku lawan balik, tu yang sibuk telefon pakwe tu. Nak suruh cover lah agaknya. Encik Darius tu datang. Padan muka. Bukan kena cover, tapi, kena lecture,"Amira bercerita sambil tergelak. "Oooo. Tapi, oklah tu. Dia cakap bukan makwe dia kan? Bolehlah kau cuba. Mana tahu tersangkut," Amira mencebik mendengar usikan Maria. "Kau belum order ke?,"Ikmal bertanya apabila melihat tiada hidangan di hadapan Maria. Maria menggeleng. "Belum. Aku tunggu kau. Kenapa sampai ke sini nak lunch? Kenapa tak lunch dengan kawan pejabat je?," Ikmal tersenyum. "Kebetulan sebenarnya. Aku dah ada kat sini. Saja cuba nasib. Kalau kau belum lunch, boleh join sekali," "Oooo,"berlagu Maria menjawab sambil mengangguk. "Cuba nasib ke..rindu?," Ikmal tergelak mendengar usikan Amira. Maria pula jegilkan mata sambil mencapai menu di atas meja. Pelahan memukul lengan temannya itu. "Kalau nak belajar rindu pun, tak ada salahnya,"ucap Ikmal perlahan. sambil matanya menjeling pada Maria. Maria terdiam. Tertunduk. Kata-kata itu membuat jiwanya bergetar. Tiba-tiba ada rasa segan untuk melawan pandangan Ikmal.
*** "Cepatnya," Darius tersengih. Melangkah selamba masuk ke perut kereta. "Ada yang datang mengganggu," Badrul mengerling. Sambil fikirannya masih melayang mengingati wajah pemilik nama Maria yang diperkenalkan Darius sebentar tadi. Rasanya wajah itu pernah dilihat. "Aku rasa familiar dengan wajah Maria tu," Darius menoleh. "Aik. Takkan nak tambah koleksi kot? Kau biar betul. Ayat stereotaip macam tu, cuma sesuai untuk orang bujang yang tak ada komitmen macam aku ni. Yang masih dalam proses mencari ," Badrul menoleh. Serius wajahnya, membuat senyum Darius hilang perlahan-lahan. Nampaknya Badrul bukan bersuara sekadar berseloroh. "Kau kenal dia ke?," Badrul diam. Termenung sambil mengetuk-ngetuk stereng keretanya. Cuba sedaya-upaya untuk mencari di mana dia melihat wajah gadis bernama Maria itu. "Oit. Orang Tanya, dia diam pula," Satu keluahan perlahan pecah di bibir. "Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku tak kenal dia. Cuma, bila aku tengok muka dia, rasa macam aku pernah lihat. Tapi, lupa di mana," "Macam pernahku jumpa orang ini ya? Tapi, di mana ya..,"Darius mengajuk sambil tergelak lucu. Badrul menjeling tajam. "Not funnylah," "Okay. Sorry," "So, itulah perempuan yang langgar kereta Misha hari tu?," Darius mengangguk. "Cun, kan?," "Kau ni, semua perempuan kau Nampak cun. Tapi, tak ada juga yang melekat," "Tak serasilah. Tapi, dengan Amira ni, macam boleh cuba. Nampak pun macam okay aje..," Badrul menggeleng perlahan. "Cubalah serius pada satu perempuan saja," "Memanglah aku nak serius. Bila masa pula aku cakap aku nak main-main? Tapi, tak serasilah. Susah nak cari perempuan yang betul-betul boleh buat calon isterilah. Ada saja yang tak kena kat mata aku ni," "Choosy sangat. Jangan asyik memilih, last-last jadi bujang lapuk, dahlah," Darius tergelak. "Tak adalah sampai macam tu. Aku Cuma nak perempuan baik. Tu saja. Tapi, susahnya nak jumpa. Dah jumpa.. orang punya pulak..," "Dah jumpa? Baguslah. Syukur Alhamdulillah, akhirnya, Mr. Choosy ni, ada juga pilihan hati. Siapa orangnya?,"Badrul bersuara sambil tersenyum. Wajah Maria tidak lagi menyucuk fikirannya. Cerita Darius pula yang menarik minatnya. "Sabrina," Senyum Badrul mati tiba-tiba. "What?!," "Janganlah marah. Aku suka Sabrina tu. Maksud aku, aku suka cirri-ciri yang ada pada Sabrina tu. Cirri-ciri perempuan macam tulah yang aku cari-cari. Tapi, dah jumpa, isteri orang pula," "Kau diam. Jangan cakap apa-apa lagi. Aku tak nak dengar," Darius tersenyum. Mengerling pada wajah Badrul yang sedikit memerah. "Kau marah ke?," "No. Cuma, aku tak suka dengar kau puji Sabrina lebih-lebih," "Aku cakap benda yang betul. Sabrina tu, istimewa. Susah juga nak cari perempuan macam tu sekarang ni. Kau bodoh kalau kau sia-siakan dia," Badrul mengeluh keras. Pantas tangannya menghidupkan enjin kereta. Juga pantas radio kereta dibuka. Sengaja dikuatkan volume. Darius menggeleng sambil tersenyum kecil. Kereta Badrul bergerak laju. "Kau faham ke?,"Darius bertanya sambil sembunyikan senyum lucu tang terukir di bibir. "Apa?,"Badrul menjawab dengan soalan yang sedikit keras. "Lagu Tamil tu..," Badrul terkedu. Baru tersedar lagu Tamil yang menemani pemanduannya. Darius tergelak sambil melontarkan pandangannya ke luar. Menggeleng-geleng kepala. "Bad..Bad.. Kau ni dah parah, tahu tak?," Dalam kaku, perlahan dia matikan siaran radio Tamil yang berkumandang. Kebiasaan, dia Cuma mendengar instrumental dari CD. Hakikatnya, dia tidak pernah mendengar radio di dalam kereta. Cuma untuk mematikan bicara Darius, tangannya laju membuka radio. Dan, kata-kata Darius sebentar tadi, meluputkan sedarnya pada lagu Tamil yang terhidang untuk dia dan Darius. "Kau cuba lari dari kenyataan. Kau tahu tak, Bad?," "Aku tahu apa aku buat," "Harap-harap begitulah," Badrul diam. Memberi fokus pada pemanduannya. Dan, Darius juga diam. Malas bercakap tentang perkara yang sama pada Badrul.
Shahrul duduk di bawah khemah menghilangkan penat. Ramai tetamu yang sudah balik. Hanya tinggal saudara-saudara terdekat yang tidak memerlukan layanan. Dari jauh dia melihat Munirah yang anggun berbaju pengantin. Masih tergambar akan aksi budak comot yang selalu bermain Lumpur dan memancing bersamanya. Kini budak comot itu sudah menjadi isteri orang.
"weii kau menung apa tu?", bahunya ditepuk kuat ari belakang. Shah terdorong ke depan.
"hishhh kau ni cuba bagi salam.. main terjah je kalau aku sakit jantung dan mati tahu tak" shahrul merenung tajam ke arah sepupunya Farid. Farid hanya tersenyum lebar. Tahu Sangat perangai shah yang panas baran.
"elehh kalau kau mati pun bukan susah tanam je..leh makan kenduri"
"cishhh mulut kau memang tak beli insuranskan.. aku bagi makan besi tiang khemah ni kang nak?" Farid sudah mengekek ketawa. Dia mengesat peluh yang meleleh di dahi, terasa badannya sungguh penat hari ni.
"kawin juga adik kita tukan..kau tak rasa apa-apa?"
"apa kau rasa?" sekali lagi shah bertanya inginkan kepastian. Wajah sepupunya itu dipandang lama.
"Terasalah aku dan kau ni dah tua..tak juga dapat merasa naik pelamin macam si Munirah tu", ketawa Farid bergema lagi. tidak peduli dengan dua tiga pasang mata yang memandang. Shah bengang. Malas dia menjawab, dia tahu pasti akan ada jawapan yang keluar dari mulut Farid maklumlah peguam.
"Aku faham perasaan kau shah..tapi hidup kita ni macam roda. Adakalanya kita perlu bergerak ke depan bukan berputar ditempat yang sama. Disebabkan kita bergerak ke depanlah kadang kala hidup ni di atas dan ada masanya di bawah", shah mengengguk perlahan. Itulah kelebihan Farid hujahnya bernas, logik akalnya mampu membisukan lawan di makhamah.
"Selesai juga majlis ni..ringan sikit tanggungjawab aku sebagai abang sebab Munirah sudah ada pemimpin", sekali lagi wajah Farid dipandang. Serius. Tiba-tiba shah tergelak.
"Kenapa kau gelak, aku tak buat lawak pun"
"Sebab muka serius kau tu yang lawak hahaha....aduh sakit perut aku..", Farid terkena. Dia tersenyum. shahrul bukan sahaja sepupu malah teman, abang dan adik baginya. Shah banyak membantu keluarganya, terutama semasa zaman susahnya dulu, ketika dia bergelar anak yatim. Keluarga shah banyak membantu terutama arwah pak longnya.
"emmm si Intan tu comelkan", satu pujian tiba-tiba keluar dari mulut Farid. Shah menurut pandangan Farid terus ke arah perempuan yang memakai kebaya ungu lembut itu. Sedondong dengan pengantin. Dapat dilihat gelak tawa Intan dari tempat duduk mereka.
"bolehlah...tak comel manapun", shah menafikan kata hatinya. Dia sendiri terpegun apabila melihat penampilan wanita itu pagi tadi. Ternganga mulutnya bila terpandang Intan keluar dari bilik Aina. Malu gila bila aksinya ditegur oleh Ummi yang berdiri tidak jauh darinya.
"kau ada apa-apa ke dengan dia?" suara Farid.
"emm..apa-apa? Apa?"
"eleh kura-kura dalam perahu pulak",Farid cuba mengorek rahsia hati sepupu kesayangannya.
"masalah ye ni bukan cite kura-kura dalam perahu ke dalam bot ke dalam zoo ke..dah la kau buat keje banyak lagi keje nak buat ni", shah sudah melarikan diri. Farid hanya tersenyum faham gejolak rasa yang dihadapi oleh shah. Dia sendiri seakan terpaut dengan penampilan gadis tinggi lampai itu.
***
Empat hari di kampung Siput ini banyak mendatangkan kenangan manis. Munirah juga sudah sah menjadi isteri orang dan masih di rumah mentuanya. Disisi suaminya Amran. Hubungannya dengan Ummi juga bertambah baik, wanita itu kaya dengan kasih sayang seorang ibu yang selama ini didambarkan. Pagi itu dia bersiap-siap, Aina sudah berjanji akan membawanya meronda satu kampung. Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap.
"emm awal bangun?", Mak Siti tersenyum memandang Intan yang ringkas mengenakan jeans hitam dan T-shirt warna yang sama. Rambut ikalnya diikat satu seperti ekor kuda.
"semangat nak ronda kampung dengan Alia"
"emmm patutlah dah duduk makan..ni nasi goreng ada jemput pisang ada, tapi makanan kampung la.."
"hishh ummi ni benda nilah sedap", dua wanita itu tersenyum. Intan pelik nasi goreng dipinggannya sudah habis masuk dalam perut. Kelibat Aina masih belum kelihatan.
"Ummi.. Mak Siti mana Aina ni? dia tak bangun tidur lagi ke?", Ummi sopiah dan Mak Siti saling berpandangan. Mereka tersenyum. "Dah dok tunggu kamu dekat luar tu Intan mereka semua dah makan kamu je yang lambat", Intan terkedu. Cepat dia mengangkat pinggan ke singki untuk dibasuh. Mereka?? siapa lagi yang nak pergi ni?.
"ala... lambatnya kak Intan bangun", aina bersuara apabila melihat Intan yang tergesa-gesa memakai selipar jepunnya. Matanya tertacap pada dua tubuh lelaki yang asyik berbual. Farid dengan mamat poyo ni rupanya.
"sorry akak lambat. Ingatkan akak paling awal tadi", Intan tersenyum sambil mendapatkan Alia.
"emm..tulah dah biasa bangun lambat tu sebab jadi macam tu, pukul 12 pakai baju tidur lagi", shah menyampuk.terbayang aksi intan semasa dia menghantar nasi lemak ke rumah jirannya itu. Tidak dipedulikan jelingan tajam Intan. Farid hanya tersenyum kecil.
"whateverlah sibuk je" Intan bersuara keras.
" Aina mamat poyo ni ikut sekali ke?", pertanyaan Intan membuatkan Shah berpaling. ‘Mamat poyo dia panggil aku’ shah mengigit bibirnya. Geram.
"Along dengan Abang Shah bertindak sebagai P.A kita. Kira pembantu peribadi" Alia bersorak bangga. Dan lama mereka tidak bersama, kalau dulu dia, kak muni, abang shah dan along akan sentiasa bersama.
"emmm Pembantu peribadi ke Penyibuk Antarabangsa..." bisik Intan perlahan. Aina ketawa besar. Lucu melihat wajah Along dan Abang shahnya.
"oklah jom..." Intan sudah meluru ke kereta Gen2 hitamnya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil kuat oleh aina.
"kak Intan kita bawa nilah", Intan ternganga basikal tua yang agak usang dipandang. Hah naik basikal??!
Lama Intan bermenung. Dia melihat Farid, Aina dan shah sudah bersedia dengan basikal masing-masing. Farid hairan melihat raut wajah wanita itu. Dia seakan blurr..
"kenapa Intan?" Farid bertanya lembut. Intan mengaru kepalanya. Basikal tua yang beraga besar itu dipandang silih berganti. Wajah tiga insan itu juga dipandang lagi.
"Intan tak reti bawa basikal..", ujarnya perlahan. Lama mereka terdiam, akhirnya ketawa kuat shah kedengaran menambahkan lagi sakit hati Intan. Muncungnya panjang sedepa. Malu mengakui kelemahan dirinya.
"emm tak apalah akak naik dengan Aina je", ada senyuman terbit di bibir Intan. Perlawaan itulah yang ditunggu. Farid mengelengkan kepala ketawa shah masih belum reda. "tak apalah Intan naik dengan saya je", Aina tersenyum Alongnya memang seorang lelaki yang understanding. Namun ketawa Shah mati tiba-tiba mukanya diserbu satu aura panas. Lama dia terdiam.
"ke kau nak bawa Intan shah?" pertanyaan Farid mengejutkan Shah. Pantas dia mengelengkan kepala. Dia tahu niat sepupunya itu.
"emm tak naklah aku berat", kata-kata itu sekali lagi membuatkan Intan panas hati. Mamat ni memang nak cari pasal dengannya. Akhirnya Intan bersama Farid. Aina riang dari belakang. Sementara shah seakan asyik menikmati keindahan sawah padi yang luas terbentang. Intan bersorak gembira tiada lagi rasa malunya. Kalau tadi mukanya merah, malu dengan Farid kini tidak lagi. mulut farid ringan menceritakan tempat-tempat yang selalu dikunjungi mereka semasa kecil.
"nilah port kitorang Kak Intan", Aina berkata riang. Dia berlari-lari anak meniti denai sawah menuju ke tali air. Intan kagum dengan keindahan ciptaan tuhan.
"emm bestnya Aina..first time akak lepak tempat macam ni tau", Aina hanya tersenyum dari tadi dia bangga dengan tempat kelahirannya ini.
"hati-hati Aina, tengok jalan tu.." mereka sudah mengambil tempat di sebuah titi di tali air. Intan memegang seliparnya dan meniti perlahan. Shah di belakang mengawasi langkah Intan takut jika tergelincir. Aina dan Intan duduk menjuntai kaki di tali air, sementara shah dan Farid sibuk melihat kalau-kalau ada kotak hikmat yang mereka tanak 10 tahun lalu.
"kau yakin ke dekat sini shah?"
"betullah dekat sini" tangannya menguak tanah, mengorek dalam tanah di depannya.
"hebatnya Abang shah ingat lagi ek" Aina sudah menyertai mereka. hanya Intan yang tak tahu apa-apa, puas dia bertanya tapi tiada jawapan.
"hahhh dah dapat..", shah berteriak kuat. Kotak yang menyimpan impian mereka berempat. Shah melarikan kotak itu apabila Farid cuba merampasnya.
Melihat aksi 3 beradik itu Intan dipagut rasa sedih. Gembira sungguh zaman kanak-kanak mereka. bagi Intan zaman kanak-kanaknya adalah zaman hitam. Terbayang kepayahannya hidup sebagai anak yatim piatu yang tergapai-gapai meminta sesuap nasi. Tiba-tiba air matanya menitis. Pantas dia menyeka cuba lari dari pandangan 3 pasang mata itu.
"kenapa Intan?"
"emmm tak ada apa habuk masuk mata" Aina datang memegang tangannya perlahan. Dia tahu Intan menangis. Shah terdiam hatinya seakan pilu melihat wajah sayu itu. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Intan. Hati lelakinya seakan ingin memeluk wanita itu, mungkin cara itu boleh menenangkannya. Lama Intan terdiam.
"hishhh dahlah kau ni nangis-nangis macam perempuanlah", shah berkata kuat. Dia menyimbah air ke arah Intan.
"memang saya perempuanpun la...senggal", Intan menyepak air dihujung kakinya ke arah Shah. Shah memberi isyarat kepada Farid. Farid mengenyitkan mata tanda setuju.
"serang!!serang!!" sepantas kilat dua pemuda itu sudah terjun ke dalam tali air yang hanya separas lutut. Mereka menyimbah air ke arah Intan dan Aina.
Intan dan Aina terkejut. Aina turut turun ke tali air menyerang balas Abang-abangnya. Serangan balas!! Jerit Aina. Intan bertambah semangat turut serta. Akhirnya mereka berempat bekubang di dalam tali air itu. Kedengaran jerit pekik Aina dan Intan. Mereka sama-sama ketawa. Persis zaman kanak-kanak.
"habis basah orang..bodohlah Along dengan abang shah ni", Aina bersuara tidak puas hati. Dia memerah bajunya yang sudah separuh basah. Intan ketawa besar.
"entah belajar tinggi-tingi main air lagi" sambung Intan mengiyakan kata-kata Aina. Lupa akan kesedihannya tadi. Entah kenapa dia cukup gembira. Tak sudah dia ketawa.
Tiba-tiba ketawanya mati. Ring tone lagu ‘MATAHARi’ nyanyian Agnes Monica mengejutkan. Semua mata memandang ke arahnya. Intan tersenyum. dia menyeluk poket seluarnya. Panggilan dari lokman. Kenapa lelaki itu menghubunginya?
"sorry" dia bergerak jauh sedikit dari mata-mata yang memandangnya. Shahrul membalik batu ke dalam tali air. Ada sesuatu terasa di hatinya.
"emmm nampaknya ada yang cemburulah Aina...", Usik Farid. Aina tersenyum matanya tepat memandang Abang shahnya yang dari tadi menunduk.
"emm macam nak hujan je kan along", usikan itu tidak dilayan. Shahrul hanya buat-buat tak dengar seperti usikan itu bukan ditujukan kepadanya.
"Mujurlah aku bukan pengawas, kalau tak sudah lama aku bom handset kau tu," ujar Nurul menghampiri Sofea dengan semangkuk bihun sup yang baru sahaja dibelinya tadi. Keadaan kantin penuh sesak dengan para pelajar sebaik sahaja loceng waktu rehat dibunyikan. Sofea yang dari tadi menyorok-nyorok handsetnya sejak dari tadi hanya tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.
"Jangan kata kau jealous tengok aku asyik dengan handset saja," handsetnya di simpan semula di dalam kocek bagi mengelakkan di kesan pengawas. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pelajar membawa handset ke sekolah.
"Aku tak pernah jealous dengan sesiapa pun," Nurul menjeling tajam. "Cuma aku tak faham, kenapa kau sorok kekasih hati kau tu? Dia tu kekasih gelap ke?"
"Aku cuma tak nak kau rasa bengang seperti mana kau bengang dengan kawan-kawan kita yang lain yang asyik bercakap tentang keistimewaan boyfriend mereka. Kau pernah cakap, yang kau bengang dengan Lili bila dia bercakap tentang boyfriend dia bila kita berbual bersama dan sejak itu bila dia datang berbual dengan kita, kau tutup telinga ataupun memberi alasan yang kau nak ke tandas ataupun ada urusan lain di kelab," tambah Sofea lagi yang sememangnya kenal akan sikap Nurul yang tidak gemar mendengar cerita yang tidak berfaedah terutama sekali cerita-cerita teman lelaki kawan-kawannya.
"Itu sebab dia sengaja hendak menunjuk yang dia tu dapat pikat lelaki yang kiranya sempurna dari Prince William sebab aku pernah tak perdulikan keinginannya untuk berkenalan dengan Rezza. Dan sejak hari tu, dia memang suka berperang psikologi dengan aku. Dia ingat aku masuk kelab tu untuk baginya peluang berkenalan dengan mereka semua? No way! Kalau nak berkenalan, usahalah sendiri," balas Nurul bila teringatkan seorang teman sekolahnya yang dikenali sebagai Lili.
Dia sememangnya tidak rapat dengan Lili seperti mana dia rapat dengan Sofea. Baginya, kawan memang ramai tapi yang betul-betul mengenalinya adalah Sofea kerana perangai Sofea lebih kurang sepertinya juga. Suka buat hal sendiri dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.
"Oh patutlah, dia pernah paksa aku selongkar nombor telefon di handset kau dan meminta nombor telefon Rezza. Dan bila aku cakap, aku tak jumpa nama Rezza dalam handset kau dia marah tak tentu pasal," balas Sofea.
"Sebab aku tukarkan nama Rezza kepada nama Aminah," balas Nurul selamba.
"Well, aku dah agak. Kau memang pandai dalam peperangan psikologi. Tapi kenapa nama Nazrul tetap Nazrul?" tanya Sofea lagi membuatkan Nurul hampir tersedak apabila nama Nazrul di sebut.
"Boleh tak kau jangan sebut nama tu masa aku makan?"
"Fobia?"
"Ini bukan fobia tapi dah jadi pantang larang semasa aku makan. Sejak dia keluar saja dari hospital dia dah jadi makin agresif sehinggakan aku pun dah tak larat nak berperang mulut dengan dia. Aku ingat bila semuanya sudah selesai, dia akan berubah, takkan tidur lagi tapi Ya Allah… lagi kuat dia tidur. Kau bayangkan aku kena kejutkan dia setiap hari sampai dan pernah satu hari tu, di tengah-tengah gawang pun dia boleh tidur. Dan lagi satu, bila dia cakap satu perkataan aku rasa hati aku ni di cucuk-cucuk pisau tajam. Sakitnya hati. Aku pun tak tahu kenapa aku anti sangat dengan dia tu," ujar Nurul dengan geramnya.
"Orang katakan…."
"Ya! Orang kata bila kita dah benci dengan seseorang tu tak tentu pasal itu maknanya kita dah suka tapi tak semestinya aku sukakan dia okey? Dia sangat membencikan! Sangat-sangat!" ujar Nurul lagi hampir menghentak meja makannya itu. Sofea di hadapannya hanya tenang seperti biasa seperti seorang yang tidak pernah ada perasaan bila bercakap tentang hal Nazrul.
"Aku rasa kau dilamun cinta. Okey, memanglah kau rasa bila dia ada di sisi kau, kau rasa bengang semacam tapi pernah ke kau terfikir kalau dia tak de di sisi kau?"
"Tak pernah!" pantas Nurul menjawab.
"Orang yang tak berperasaan adalah kau," Sofea mengeluh lemah. Susah sangat hendak bercakap dengan orang yang keras hati seperti Nurul itu. Pasti ada sahaja jawapannya demi melindungi dirinya.
"Aku tak perlukan nasihat kau yang asyik cakap aku dilamun cinta dengan Nazrul. Apa yang aku perlu buat adalah mulakan balik slogan Dunia Nurul Tanpa Nazrul yang terkendala dulu," dia tersenyum sinis.
"Kau takkan berjaya," balas Sofea lagi.
"Kenapa pula?"
"Sebab Nazrul tak pernah ada slogan. Orang macamnya akan terus kacau hidup kau walaupun kau tak kacau hidupnya. Just wait and see, honey."
Jam satu pagi. Ketika dia sedang lena dibuai mimpi indah, tiba-tiba sahaja satu nada dering kedengaran dari handsetnya. Pantas matanya terjaga. Nama Nazrul tertera di skrin telefonnya. Nurul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah apa pula mimpi Nazrul telefonnya malam-malam buta. Rasanya sejak dia lancarkan slogan Dunia Nurul Tanpa Nazrul, hidupnya boleh juga dikatakan aman. Dia tidak lagi mengacau hidup Nazrul dan Nazrul juga tidak bertengkar dengannya seperti yang berlaku sebelum ini.
Sengaja dia tidak mahu menjawab panggilan dari Nazrul. Selepas beberapa ketika handsetnya berhenti berbunyi. Dia mengeluh lega. Tapi baru sahaja dia hendak meletak kepalanya semula pada bantalnya, handsetnya berbunyi lagi. Panggilan dari Nazrul lagi.
"Kau nak apa malam-malam buta ni?!" tengking Nurul sebaik sahaja menjawab panggilan dari Nazrul.
"Hah angkat pun!" balas Nazrul di hujung talian.
"Kau nak apa? Ada hal penting ke? Aku nak tidurlah."
"Tapi aku tak boleh tidur," balas Nazrul selamba. Memang sejak dari tadi, dia cuba melelapkan mata tapi matanya tidak boleh lelap. Ada sesuatu yang membuatkan dia tidak boleh tidur dengan nyenyak pada malam itu. Bukan pada malam-malam itu saja, tapi malam-malam yang lain juga, sejak Nurul langsung tidak menegurnya.
"Then, pergilah makan ubat tidur. Tulah, aku asyik tidur siang saja. Aku kejutkan kau marah tak tentu pasal. Lepas tu tak boleh tidur malam kau ganggu tidur aku pulak. Oh ya, mungkin kau nak balas dendam aku kacau tidur kau selama ini dan sebab itulah kau kacau aku nak tidur malam ni. Satu peperangan yang unik tapi aku takkan kalah!" ujar Nurul sedikit melenting.
"Mak cik, kau membebel apa ni?" tanya Nazrul dengan keluhan lemah.
"Habis tu, apa alasan kau telefon aku malam-malam buta ni?"
"Sebab aku tak dapat tidur," jawab Nazrul lagi. "Sebab kaulah buat aku tak dapat tidur," tambahnya lagi membuatkan Nurul berfikir beberapa kali dengan kenyataan Nazrul itu. Bukankah selama beberapa hari ini dia tidak pernah kacau Nazrul tidur di sekolah langsung seperti selalu. Tapi kenapa pula Nazrul masih salahkan dia lagi sebab tidak dapat tidur? Mungkinkah lelaki itu sudah jatuh cinta dengannya?
"Kau nak beritahu aku yang kau ni dah jatuh cinta dengan aku ke?" tanya Nurul malas hendak berkais-kais lagi.
"Jatuh cinta dengan kau? Sorry mak cik, aku tak pernah rasa yang aku ni dah jatuh cinta dengan kau," jawab Nazrul selamba. Dan pada waktu itu, Nurul berasa geram amat sangat dengan kata-kata Nazrul tadi. Entah kenapa, dia sendiri pun tidak tahu sebabnya.
"Habis tu? Aku tak kacau kau tidur langsung beberapa hari ni dan kenapa pula kau kata sebab aku kau tak dapat tidur?" tanya Nurul mengeluh lemah. Lemah dia melayan Nazrul yang sememangnya seorang lelaki yang pelik.
"Aku tak dapat tidur sebab aku pelik kenapa kau tak kacau aku tidur beberapa hari ni?" beritahu Nazrul.
"Hah?!" mata Nurul terkebil-kebil. Entah betulkah apa yang didengarnya tadi? Nazrul tak dapat tidur sebab dia tak kacau lelaki itu tidur beberapa hari ini? Dah buat tabiat ke lelaki itu? Selalunya punyalah marah sebab dia ganggu tidurnya.
"Kau pekak ke?" tanya Nazrul tidak puas hati.
"Aku tak pekaklah. Aku dengar apa yang kau cakap tu tapi aku tak faham kenapa pasal tu pun kau nak salahkan aku? Dulu aku selalu bangunkan kau, kau marahkan aku sampai tengking aku dan sekarang ni bila aku tak ganggu tidur kau lagi, kau pelik pulak. Aku tak fahamlah dengan kau ni!"
"Aku lagi tak faham dengan kau," balas Nazrul pula. "Okeylah aku dah mengantuk ni. Nak tidur."
"Tadi kau kata kau tak boleh tidur."
"Itu tadi, tapi sekarang ni aku nak tidur. Okey, selamat malam," ujarnya lagi sebelum memutuskan talian. Nurul masih lagi terpinga-pinga tidak faham apa yang mereka bualkan sebentar tadi.
"Argghh… dia dah buat aku tak boleh tidur pulak!"
"Aku rasa, kau betul," ujar Nurul sebaik sahaja menghampiri Sofea yang baru sahaja keluar dari rumahnya untuk ke sekolah pada pagi itu. Sofea mengedut dahi. Entah apa pula dengan kawannya yang seorang ini. Pagi-pagi lagi terus sapanya tanpa memberi salam. Dan lagi satu, dia tidak perlu menunggu Nurul pada pagi itu seperti kebiasaannya.
"Apa yang betulnya?" mereka berdua berjalan seiringan untuk ke sekolah.
"Tentang slogan tu. Tak berjaya. Dan kau juga betul tentang Nazrul tiada slogan. Semalam dia telefon aku dan ganggu tidur malam aku dengan soalan yang pelik. Kau tahu, dia cakap, dia pelik sebab aku tak ganggu tidur dia. Dia telefon aku semata-mata nak tanya soalan tu," beritahu Nurul kepada Sofea.
"So?"
"So? Kau betullah. Orang macam dia akan terus kacau hidup aku walaupun aku tak kacau hidupnya dan macam mana kau tahu yang dia akan kacau hidup aku walaupun aku tak kacau hidup dia?" tanya Nurul yang tidak puas hati sejak malam tadi. Hendak sahaja dia menelefon Sofea dan bertanya tentang itu tapi dia tidak mahu menganggu tidur Sofea pula.
"Itulah dinamakan peperangan cinta," jawab Sofea selamba.
"What?"
"Dua orang yang ego tak mahu mengaku yang perasaan masing-masing cuba mengambil perhatian kedua belah pihak. Dah menjadi tugas kau untuk kejutkan Nazrul yang memang suka tidur dan tiba-tiba sahaja kau berhenti kejutkan Nazrul dan Nazrul pula rasa tak aman sebab kau dah tak kejutkan dia dan dia akan ganggu hidup kau walaupun dia tiada point nak bertekak apa dan dia akan cari point yang ada. Contohnya, dia call kau tengah-tengah malam sebab nak tanya kenapa kau tak ganggu tidurnya langsung tapi alasan sebenarnya adalah dia nak cakap dengan kau," terang Sofea panjang lebar membuatkan Nurul menggaru kepalanya biarpun dia memakai tudung.
"Aku masih lagi tak faham."
"Secara ringkasnya, dia sukakan kau," beritahu Sofea. "Takkan itupun kau tak boleh nak pick up lagi. Lelaki macam dia memang jenis yang susah nak beritahu perasaannya pada perempuan yang dia suka. Dan mungkin dia sendiri tidak tahu yang dia benar-benar sukakan kau. Kalau betul, dia sendiri pun tidak tahu dia sukakan kau, ini bermakna ada masalah dalam hubungan korang berdua sebab sampai bila-bila pun dia akan terus macam ni. Kau kena sedarkannya."
"Aku dah tanya dia pasal ni tapi dia nafikannya. Dia gelarkan aku Mak Cik dan kuat membebel tak tentu pasal. Itu ke kata-kata sweet kalau dia minat dekat aku?" Nurul masih lagi tidak puas hati.
"Lelaki macam dia memang tak reti cakap kata-kata sweet. Kau kena tahu semua tu. Tak semuanya lelaki dalam dunia ni romantic macam drama Korea yang kau tengok selama ni. Dan jangan fikir Nazrul akan berubah menjadi romantic suatu hari nanti."
"Kenapa?"
"Sebab bila lelaki macam dia berubah menjadi romantic, dia akan goda orang yang macam kau sehingga kau nak kahwin dengan dia juga pada masa tu," ujar Sofea lagi. Nurul terdiam. Dia kurang faham apa yang kawannya sedang bercakap tadi.
"Sekarang, lupakan apa yang dia anggap kau sebagai apa dan tumpukan perhatian pada perasaan kau. Dan soalan aku, adakah kau cinta pada Nazrul?" tanya Sofea lagi. Nurul terdiam. Soalan Sofea yang begitu senang boleh membuatkan dia kaget sebentar. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dijawabnya.
"Nampaknya kau tak dapat jawab. Kau ada banyak masa lagi nak menjawabnya."
"Kenapa aku selalu terima soalan yang merumitkan?" tanya Nurul kepada dirinya sendiri sambil mengeluh lemah. Dia sendiri tidak dapat menjawab soalan dari Sofea tentang perasaannya terhadap Nazrul. Apa yang pasti lelaki itu suka sangat menyakitkan hatinya. Tapi ada kalanya dia berasa simpati dengan Nazrul.
Sejak ketiadaan Nazrin, Nazrul memang banyak menyendiri. Bila tiada orang menegurnya, Nazrul akan duduk di hujung dan berdiam diri dan kadang-kadang akan tidur. Dia tahu, Nazrul mesti tidak dapat menerima ketiadaan Nazrin tapi setiap kali dia datang untuk membuat lelaki tu gembira, dia pula sakit hati. Mesti ada sahaja benda yang hendak mereka gaduhkan. Dan kadang-kadang, pasal air mineral pun hendak bergaduh.
Benarlah kata Sofea, kedua-duanya memang ego. Dua-dua tidak mahu mengalah dan dua-dua tak mahu bertolak ansur dan kesudahannya dua-dua sakit hati. Kalaulah begini hubungan mereka sampai ke akhir tahun ini mungkin dia boleh jadi gila. Gila hanya kerana bengang Nazrul tidak mahu mengaku kalah.
"Tapi, kalau kau betul ada perasaan pada Nazrul, kau memang bertuah," kata Sofea tiba-tiba setelah sekian lama mereka mendiamkan diri.
"Kenapa?"
"Sebab kalau Nazrul tu popular macam Rezza ataupun Fiq, gerenti kau takkan hidup aman di sekolah ni. Aku tahu, orang lain gembira kalau dapat lelaki yang hebat seperti mereka berdua tapi sebenarnya kita akan tertekan bila perempuan lain memuja-muja teman lelaki kita. Dan sebab itulah aku kata kalau kau couple dengan Nazrul, kau memang bertuah sebab dapat bercinta tanpa diserang peminat fanatik Nazrul."
"Mereka berdua memang ramai peminat," akui Nurul. "Tapi kenapa aku mesti bertuah kalau aku ada perasaan pada Nazrul pun? Dia tu dahlah suka tidur, menyakitkan hati aku hari-hari dan langsung tak handsome. Memang patut pun dia tak ramai peminat. Orang macam tu, mak cik tidur tepi jalan pun tak minat."
"Mak cik, kau tidur tepi jalan ke semalam?" sapa seseorang di belakangnya. Nurul pantas berpaling dan melihat Nazrul tersengih-sengih di belakangnya. Serta-merta, hatinya panas apatah lagi melihat Nazrul tersengih memerlinya. Rezza yang turut berada di situ tidak mampu berkata apa.
"Aku bukan mak ciklah!" hampir bergema sekolahnya dengan jeritannya itu. "Tak guna cakap dengan orang tak de perasaan macam kau ni!" terus dia mengangkat kaki melangkah masuk ke perkarangan sekolahnya. Sofea hanya menggeleng. Entah macam mana dia hendak sedarkan mereka berdua ini dia pun sudah kehabisan idea. Kalau cakap kias-kias lagilah mereka berdua takkan faham tapi bila cakap terus terang, lagi diputar belitkan kenyataan.
"Aku tegur pun nak marah. Datang bulan ke?" Nazrul mengaru kepalanya dan kemudian memandang Rezza yang sekadar menggeleng.
"Kenapa?" tanyanya.
"Aku suruh tegur dia dengan baik yang kau tegur dia macam tu kenapa? Memang patut pun Nurul naik angin," balas Rezza sudah tidak mampu hendak mengajar kawan baiknya itu. "Kali ni tak de ayam golek lagi."
"Hah?! Tapi kau dah janji yang kau nak belanja makan ayam golek kalau aku tegur Nurul hari ni. Aku dah tegurkan tadi."
"Itu bukan tegur tapi tu cari gaduh," balas Rezza.
"Dia yang nak cari gaduh dengan aku kenapa pula nak salahkan aku?" Nazrul mendengus marah. Tak pasal-pasal dia kehilangan ayam golek yang menjadi kesukaannya.
Iman membantu Mak Timah menyediakan hidangan di atas meja. Sesekali terdengar suara mertuanya dan keluarga Mak Long Danish ketawa. Iman langsung tiada hati untuk menyertai mereka kalau hanya dia akan menjadi bahan sindiran mak long Danish. " Mana pula si Maya ni. Hmm tadi dia juga tak sabar-sabar nak ke sini. Kamu tahu Hajar sampai-sampai je Maya tu ke sini terus nak jumpa kamu. Yelah mesti rindu kat Danish." Puan Hartimah sengaja bersuara kuat agar dapat di dengari oleh Iman. Biar Iman tahu kedudukannya di mana. "Eh Maya dah balik ke kak long?" Tanya Datin Hajar berbasa basi. "Yelah. Katanya tak seronok tinggal kat sana sorang-sorang. Lagipun Danish kan dah balik sini. Hmm... kalau tak kerana hal dulu tu agaknya Danish dan Maya tu dah lama selamat. Dah bercucu kita ni. Tapi macam mana nak buat ubat guna-gua perempuan tu kuat sangat. Macam tu maknya macam tu anaknya. Mak dia dulu bukan tak tahu macam tu juga. Kahwin tak sampai berberapa tahun dah bercerai." Nyaring suara Puan Hartimah menyindir. Iman yang tahu dirinya tersindir rasa terhina. Terlepas gelas di tangan ketika mendengar ibunya turut di kaitkan. Ini semua kerana Danish. Hatinya terguris sangat apabila ibunya di kait bersama. Kalau hanya dia di hina, dia tak kisah. Tapi ibunya. Dia tak boleh hendak menrima. Danish ingin menjawab kata-kata hinaan itu. Hatinya turut sakit apabila isterinya di hina. Seolah olah maruahnya turut di pijak. Namun baru di membuka mulut, lantas terdengar bunyi kaca yang jatuh pecah. Dia pantas berpaling. Wajah Iman yang sedikit pucat itu di sambar mata. Danish baru tersedar Iman telah mendengar semuanya. Pasti Iman terluka. Danish pantas bangkit lalu berjalan menghampiri Iman. "Maaf tangan Iman licin." Iman dengan tergagap menjelaskan apabila semua mata di situ memandangnya. Iman duduk mencangkung Ingin mengutip kaca yang pecah. Nasib bukan jenis kaca yang jatuh berderai. "Biar Danish yang buat." Danish sudah duduk mencangkung di sisi Iman. Tangannya memegang pegelangan tangan Iman yang sibuk mengutip kaca. "Tak payah. I boleh buat sendiri. You pergilah berbual dengan keluarga you." Iman menolak pertolongan itu. Suaranya tanpa perasaan memang amat menakutkan Danish. Mereka baru sahaja nak berbaik dah ada halangannya. "Tak apa biar I tolong you. Nanti you luka." Danish masih berdegil ingin membantu. Tangannya ingin mengambil kaca di tangan Iman. "I kata tak payah. Tak payahlah." Iman tegas. Sambil melarikan tangannya berisi kaca itu dari Danish. Tanpa dia sedari salah satu kaca itu sudah tersusuk di tapak tangannya. Pedih. Namun dia diamkan sahaja. Iman bangun di ikuti Danish "Iman..." Danish bersuara geram. Kemudian terdengar suara manja Maya memberi salam. Iman hanya menoleh ke arah Maya sebentar. Gadis itu ramah bersalaman dengan mertuanya. "I nak pergi dapur. Dah siap ni. Lagipun kekasih you dah sampai tu." Iman pantas menghilangkan diri ke dapur. Danish ingin mengikuti Iman namun suara Maya dulu menyapa telinganya. "Danish..." Dari pintu dapur Iman mendengar suara Maya menjerit girang nama Danish. Tanpa peduli Iman mengenggam kuat kaca yang pecah di tangannya. Bertambah dalam luka tadi Baru tadi dia di peluk sekarang sudah ada perempuan lain yang menjerit gembira nama suaminya itu. Inikah lelaki yang harus dia percaya? Lelaki yang tak akan berhenti melukakannya.
"Kenapa ini Iman?" Mak Timah terkejut melihat Iman mencampakkan kaca yang pecah ke dalam tong sampah. Kaca-kaca itu di cemari darah. "Iman terpecahkan gelah Mak Timah. Mak Timah tolong kemaskan luar tu boleh. Tinggal lap je lagi." Pinta Iman lembut. Dia tak mahu Mak Timah menyedari matany a yang sudah berkaca itu. "Yelah. Nanti Mak Timah kemaskan kat luar tu. Tapi tangan Iman ni?" Mak Timah sedikit risau. Mak Timah memang sayangkan menantu Datin Hajar ini. Pada Mak Timah Iman memang gadis yang abik dan pandai mengambil hati tuanya. "Sikit je ni Mak Timah. Iman ubatkan sendiri." Iman pantas ke sinki. Paip di buka seluasnya pantas luka tadi di tadah di bawah pacuran air. Sederas air pais yang mengalir di cemari darah itu, setitis air mata Iman jatuh. Takkan hati Iman maafkan Danish. Kerana perkahwinan ini ibunya di hina. Kerana Danish.
Mata tua Mak Timah melirik ke ruang tamu. Patutlah Iman sedih rupanya ada Maya. Mak Timah kenal Maya lebih lama dari dia mengenali Iman namun hatinya lebih menyukai Iman dari Maya. Entah kenapa dia merasakan Maya itu gadis yang bepura-pura. Geli dia melihat Maya berkepit dengan Danish. Tak sanggup berlama-lama di situ Mak Timah pantas bangkit sebaik selesai tugasnya. "Hisy cik Maya tu tak habis-habis nak menggoda Tuan Danish. Iman kamu pergilah ke luar temankan Tuan Danish. Kamu tak takut ke nanti Tuan Danish tu?" Omel Mak Timah sebaik masuk ke dapur. Cuma kali ini omelannya tak panjang apabila menyedari Iman mengelap air mata di pipi. " Iman kamu kenapa? Iman menangis ke?" Mak Timah pantas mendekati Iman. Berlakang gadis itu di usap lembut. "Taklah Mak Timah." Iman menggelengkan kepala. Segaris senyuman sayu di hadiahkan pada Mak Timah. "Tak usah nak bohong dengan Mak Timan, Iman. Mak Timah tahu kamu menangis. Mak Timah tersalah cakap ke?" Cuak juga hati tua itu kalau-kalau Iman menangis kerananya. "Hisy tak adalah Mak Timah. Tangan ni pedih sangat. Lagipun Mak Timah, saya tak kisah Danish dengan Maya tu. Biarkan mereka. Nak kahwin pun tak apa." Ujar Iman lembut. Danish bukan untuknya dan bukan yang boleh dia sandarkan hati ini. Wajahnya di maniskan. "Hisy kamu ini Iman. Tak sayang laki apa. Dahlah jangan nak mengarut. Mak Timah nak siapkan meja tu dulu. Dah lambat dah ni." Mak Timah pantas menyambung kerjanya. Menganggap kata-kata Iman itu sekadar perasaan cemburu. "Dia yang tak pernah sayangkan saya Mak Timah." Perlahan kata-kata itu terluah dengan setitis lagi air mata. Hanya dia mampu mendengar. Sedihnya hati dia.
PUTRISYA mengalihkan pandangannya ke lain. Matanya terasa penat kerana lama memandang skrin komputer. Kalau sudah asyik menaib, dia boleh tahan berlama di hadapan komputer tanpa memikirkan kesihatannya. Apabila Putrisya menggeliat, baru pinggangnya terasa sakit.
Dia bediri dan menuju ke tingkap. Merihatkan mata dengan memandang suasana malam. Angin malam menyapa wajahnya. Terasa dingin sekali.
Deringan telefon bimbitnya mengganggu ketenteraman. Dengan malas Putrisya mencapai telefonnya. Sambil kembali ke sisi tingkap, dia menekan butang answer tanpa melihat nombornya terlebih dahulu.
"Assalamualaikum..."
Bagai terhenti degupan jantung Putrisya apabila mendengar suara di hujung talian. Tidak tersambut rasa salam yang diberi. Matanya terpejam menahan getaran di dadanya. Angin malam yang dirasakan dingin sebentar tadi bertambah dingin mencengkam jiwanya. Lantas dia menggigil. Entah kerana kedinginan atau kerana debaran?
"Assalamualaikum... Putri ke tu?" Suara di hujung talian bergema lagi.
Tidak terasa ada air hangat yang mengalir dari celahan mata Putrisya yang tertutup itu. Lebih-lebih lagi apabila suara itu memanggilnya dengan panggilan Putri.
Seingat Putrisya selain sahabatnya, Aisha yang memanggilnya dengan panggilan itu, memang ada seorang lagi yang dikenalinya, turut gemar memanggilnya dengan nama yang sama. Tetapi itu lama dahulu. Kenyataannya sekarang panggilan serupa itu kedengaran lagi dari suara orang yang sama.
"Tak sudi ke nak menjawap? Maaflah kalau mengganggu..."
Putrisya dikejutkan dari hayalan. Lekas-lekas dia menghapuskan airmatanya sebelum menjawap.
"Wa\'alaikumsalam..."
Kedengaran satu keluhan di hujung sana. Mungkin lega apabila salamnya sudah bersambut.
"Masih ingat lagi tak?"
Putrisya tersenyum mendengar soalan pemanggil itu.
"Siapa yang boleh lupa dengan... Encik Danial Imani..."
Bergetar suara Putrisya menyebut nama itu. Nama seorang pemuda yang pernah bertahta di hatinya satu ketika dahulu. Dan masih kekal di hatinya hingga saat ini, andainya Danial tahu.
Di hujung sana, Danial seakan mendengar getaran pada nada suara Putrisya. Dia faham apa yang Putrisya rasa saat ini. Keraguannya terhadap penerimaan Putrisya atas percubaannya untuk menelefon, silap sama sekali. Ternyata Putrisya tetap sama seperti yang dia kenali dahulu. Lembut dan tenang menerimanya setelah apa yang dia lakukan terhadap gadis itu selama ini.
"Dani tak tahu pengucapan apa lagi yang sesuai untuk digantikan, selain kekata maaf. Rasanya Putri dah jemu dengar kata maaf tu kan...? Kalau ada kekata lain yang lebih sesuai, itulah yang ingin Dani minta dari Putri... Maafkan Dani..."
Di situlah letaknya kelemahan Putrisya. Biar ditinggal pergi beberapa kali oleh orang yang sama, namun Putrisya tidak mampu berbohong pada diri sendiri bahawa dia juga mengharapkan Danial kembali lagi.
"Putri yang seharusnya minta maaf pada Dani. Kerana sekian lama kita kenal, Putri masih lagi belum berjaya memahami kehendak Dani..."
Itulah sifat Putrisya yang sangat Danial kagumi. Sentiasa mencari kekurangan diri sendiri bagi menutup keaiban orang lain. Sifat itulah yang menjerat hati lelakinya dari berpaling pada gadis lain. Walau pernah cuma sementara, pada Putrisya juga dia berbalik akhirnya.
"Jangan kata begitu, Putri. Dani berterima kasih kalau Putri dapat terima Dani semula.. Walaupun hanya sebagai sahabat pada Putri."
Benarkah kata hatinya sama seperti yang terluah? Danial mungkin mengharapkan kemesraan yang seperti dahulu. Namun dia tidak mahu memaksa Putrisya untuk kali ini. Cukuplah selama ini dia menderita memendam perasaan akibat perbuatannya sendiri meninggalkan Putrisya dahulu. Rindunya pada Putrisya tidak dapat ditahan lagi.
Sebenarnya sudah berapa kali Danial memikirkan cara terbaik untuk menghubungi Putrisya. Takut sekiranya dia tidak diterima lagi. Rindu yang membangkitkan semangatnya untuk mencuba. Percubaannya tidak sia-sia. Rupanya memujuk Putrisya tidaklah sesusah yang disangka. Gadis itu masih pemaaf seperti dahulu.
Namun jauh di sudut hati Danial, ada satu perkara yang perlu diselesaikan terhadap gadis itu. Buat masa ini Danial perlu bersabar kerana perhubungannya dengan Putrisya masih di tahap awal sebuah perdamaian. Sebolehnya Danial tidak mahu melukakan hati Putrisya lagi.
Kedengarannya seperti ada kejujuran pada kata-kata Danial. Apakah kerana memang Danial benar-benar rasa rindu dan ingin berbaik semula dengan Putrisya? Atau kemunculan dan pemergian Amira menjadi penyebab?
Bersambung.. Insya-Allah
p/s Terima kasih pada teman pembaca yg sedia menanti.. dan sabar menanti sambungannya lagi.. Selamat membaca..
"Betul Mia, perempuan tadi tu cantik betul.." ngomel Zikri bersungguh-sungguh membuatkan adiknya mencebik.
"Suka hati abang la!" sudah malas untuk Mia mendengar celoteh abangnya yang tak sudah-sudah memuji kecantikan wanita yang dilanggarnya petang tadi. Sebaik sampai di pintu rumah, mereka segera membuka kasut dan menapak ke dalam.
Sewaktu mereka masuk, Melisa sedang menyediakan minuman untuk tunangnya, Zarif.
"Ha.. baru balik, Zikri.. Mia?" tanya Melisa kepada adik-adiknya.
"A'ah.. tadi abang ni sibuk sangat ajak orang temankan dia tengok wayang.." rungut Mia lalu duduk di sebelah kakaknya. Zikri yang hanya tersengih dari tadi segera mencapai teko berisi air kopi lalu dituangkan ke dalam cawan yang masih kosong.
"Zik! Cuba kalau bersopan sikit!" marah Melisa.
"Ala..kak.. Zik haus la!" rungut Zikri lalu meneguk air kopi tersebut. Melisa hanya menggelengkan kepala. Zarif pula hanya tersenyum..
"Abang tak ajak akak Mel keluar ke hari ni?" tanya Mia.
"Betul la bang, hari ni banyak cerita best kat panggung wayang.." Zikri mencelah. Mia hanya mengangguk.
"Hish! Korang ni.. Abang Zarif kau ni kan tak sihat sangat" tegur Melisa.
"Alaa kak.. sepatutnya kalau kita tak sihat la kena banyak berjalan. Keluarkan peluh tu.. Baru badan kita segar semula. Betul tak, abang?" Zikri mengangkat keningnya kepada Zarif.
"Hmm.. betul la. Tengok la kalau pelanggan tak berapa ramai dekat workshop esok, abang bawa Mel pergi tengok wayang, ye?" ujar Zarif. Melisa hanya menggelengkan kepala lalu bangun untuk menghantar dulang ke dapur. Sudah setahun Zarif bekerja di workshop Ah Meng sebagai mekanik. Ingin mencari kerja lain, dia tidak ada sijil pengenalan yang sah. Itu pun nasib baik Ah Meng sanggup mengambilnya sebagai pekerja. Kadang-kadang, kalau ada masa lapang.. dia akan membantu ayah Melisa mencari tumbuhan liar di hutan untuk dibuat penyelidikan.
"Abang.. tadi kan Zikri jumpa seorang perempuan tau.. Cun giler!" puji Zikri tiba-tiba.
"Abang ni tak habis-habis.." sekali lagi Mia mencebik.
"Kau diam la!" marah Zikri. Mia hanya menjeling.
"Perempuan? Dah tau nama dia, ke?" tanya Zarif. Melayan saja kerenah adik-adik Melisa yang kadang-kadang agak nakal. Zikri baru sahaja menamatkan pengajiannya di UTM dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan kuasa. Sementara menunggu interview dari syarikat lain, sempat dia menghabiskan masa bersama Mia. Mia pula baru tamat SPM.
"Tu la bang. Zik cuba jadi ramah sikit. Tapi dia tu agak sombong la.. Tak layan Zik. Tadi masa tu dia ada bersama dua orang kawannya. Sorang lelaki sorang perempuan." jawab Zikri.
"Alaa.. abang tu yang tak pandai ngorat. Memang la dia tak layan!" perli Mia.
"Apa pulak! Kat U dulu, abang ni romeo tahap high class tau!" balas Zikri dengan bangga.
"Eleh.. kalau romeo, mesti abang dah ada awek sekarang.."
"Romeo tak perlu awek.. spare part je. Apa standard awek-awek ni.. cari bini teruslah! Betul tak, bang?"
Zarif hanya ketawa sahaja melihat celoteh adik-adik Melisa. Hmm.. kalau diorang ni bertemu, riuh satu rumah.
"Malas la nak layan Abang Zik ni! Lagi dilayan lagi melalut pulak! Huh! Ayah mana, bang?" tanya Mia.
"Dalam bilik. Solat isyak, kot?" jawab Zarif.
"Mia nak mandi dulu la! Badan dah bau tenuk!"
"Ha.. jangan lupa samak bersih-bersih. Bukan takat tenuk.. gajah lalu pun boleh pengsan bila bau badan kau tu! Hehehe.." Zikri tak sudah-sudah mengacau adik bongsunya itu. Mia hanya menjelir lidah mengejek. Geram betul apabila Zikri suka memalukan dirinya di depan Zarif. Zarif hanya ketawa sahaja. Gembira hatinya apabila dapat menikmati kebahagiaan bersama keluarga Melisa. Hmm.. entah macammana situasi keluarga sebenarnya? Adakah seriuh ini?
*******************
'Aku nak kahwin..' 'Hak apa!!?' 'Sepatutnya Nisa yang perlu bertanyakan hak Nisa sebagai isteri abang. Selama kita berkahwin, Nisa tak pernah merungut apa-apa. Nisa ikut rentak abang. Nisa tak mahu ada pergolakan antara kita. Nisa cuba ambil hati abang.. tapi Nisa tak sangka abang tak pernah menyedarinya. Abang buat Nisa macam apa.. Nisa ni manusia, bang. Nisa ada perasaaan..'
"Nisa.. Nisa..!" Zarif bermimpi lagi.. Dia tidak menentu..
'Kalau betul abang ingin kahwin dengan perempuan tu, abang ceraikan Nisa. Itu adalah lebih baik dari Nisa menanggung semuanya seorang diri..' 'Abang, Nisa minta ampun dan maaf sekiranya Nisa buat keputusan ini secara tiba-tiba tanpa izin abang. Nisa dah tawar hati, bang.. Nisa doakan abang bahagia. Nisa tak menolak untuk abang kahwin lain. Itu hak abang.. Dalam Islam pun tidak melarang.. Bagi Nisa, asalkan abang bahagia, Nisa turut tumpang bahagia' 'Nisa nak pergi jauh. Jangan ditanya Nisa ke mana. Berikan Nisa kesempatan untuk Nisa mencari kedamaian. Satu hari nanti Nisa akan pulang.' 'Maafkan abang, Nisa!! Tolong jangan tinggalkan abang! Abang sayang Nisa! Tolong jangan tinggalkan abang, Nisa!'
"Nisaaaa???" Zarif terjaga dari tidur. Dia memandang sekeliling.
"Astaghfirullahalazim.. Mimpi rupanya aku" dia beristighfar. Zarif meraup wajahnya. Mukanya berkeringat. Dia memandang Zikri di sebelah yang sedang berdengkur. Nyenyak sungguh dia tidur. Dia melepaskan keluhan.
'Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa Nisa? Cerai? Adakah aku sudah berkahwin? Atau aku sudah bercerai? Nisa??? Ya Allah, Kau bantu la aku. Siapa aku sebenarnya?' jerit Zarif di dalam hati.
*******************
"Assalamualaikum.." ucap Zarif lalu membuka kasutnya. Zikri , Mia dan Melisa terkejut dengan pulangan Zarif yang tidak diduga petang itu.
"Waalaikumussalam. Eh? Abang tak kerja ke hari ni?" tanya Melisa.
"Abang kerja separuh hari, je. Kan abang dah janji nak bawak Mel pergi tengok wayang hari ni?"
"Ooo.. lupa pulak! Ingat tak jadi.."
"Ye! Ye! Boleh la kitorang ikut abang, kan?" Zikri mencelah.
"Boleh aje!" jawab Zarif. Mereka bersorak gembira.
"Ha apalagi, pergi la bersiap..." arah Melisa. Mereka berdua hanya mengangguk dan segera berlari ke bilik masing-masing.
******************
Petang itu, sebaik mereka habis menonton wayang.. masing-masing menghilangkan penat di warung mamak berdekatan.
"Kat sini la Zikri jumpa perempuan tu, bang!" Zikri memberitahu. Mia pula mencebik. Malas betul nak mendengar.
"Cantik sangat ke perempuan tu?" tanya Zarif.
"Cantik bang... Manis je bertudung.." jawab Zikri bersungguh-sungguh.
"Kalau macam tu, boleh la abang tumpang sekaki.. Hihihi.." Zarif memandang Melisa dengan muka gatalnya. Melisa membuntangkan matanya.
"Abang!" marah dia. Tangannya dah merayap mencari paha Zarif untuk dicubit. Lelaki itu spontan mengelak. Dia ketawa.
"Mel kalau cubit macam ketam.." perli dia.
"Siapa suruh abang tu gatal sangat!" marah dia lagi tidak puas hati.
"Kak Mel memang macam tu.. baru cakap pasal perempuan sikit dah melatah!" kali ini Zikri pula menyambung perli.
"Mestilah! Kalau kitorang bincang pasal lelaki pun korang nak melatah jugak, kan?" Mia pula mencelah.
"Kenapa nak melatah pulak? Kitorang tak macam perempuan la. Kitorang rileks je. Kan abang, kan?" Zarif hanya mengangguk setuju. Mereka ketawa. Mia dan Melisa hanya menjeling. Sedang asyik menjamu selera, mata Zikri terpandang akan wanita yang dilanggarnya semalam. Wah! Macam jodoh pulak!
Dia menyiku Zarif tiba-tiba.
"Apa?" tanya Zarif. Zikri memuncungkan mulutnya ke arah gadis yang dimaksudkan sebelum ini. Mia dan Melisa hanya saling berpandangan. Kemudian mereka beralih ke arah gadis yang dimaksudkan.
"Perempuan tu la, bang! Lawa, kan?" Zikri beria-ia. Zarif hanya memandang sahaja. Gadis itu sedang sibuk berbual bersama seorang lelaki. Nampak mesra. Tapi.. hmm.. memang lawa orangnya. Berwajah lembut dan manis.
"Dia dah ada pakwe la, Zik!" teka Zarif.
"Zik rasa tak.." jawab Zikri spontan.
"Kenapa abang Zik rasa macam tu, pulak?" tanya Mia.
"Sebab bukan lelaki tu ada bersama dia semalam? Dengan seorang perempuan lagi? Rasanya diorang kawan je, kot?" Zikri meneka. Mia mengangguk. Zikri seraya bangun.
"Kau nak kemana ni, Zik?" tanya Melisa mengerut dahi. Risau pula dia. Zikri ni kalau dah datang nakalnya, tak hirau orang sekeliling.
"Nak pergi ngorat la.." Zikri mengenyit matanya. Melisa ternganga. Ahh.. sudaaahh!! Zarif dan Mia hanya terpinga-pinga.
*****************
Zikri mendekati meja gadis yang dilanggarinya semalam.
"Hai.." sapa dia. Mereka berdua memandang. Gadis itu menampakkan wajah yang cukup terkejut manakala lelaki itu hanya mengerut dahi.
"Kenal lagi, tak?" tanya Zikri lantas membuka cermin mata hitamnya. Gadis itu hanya diam membisu. Angguk pun tak geleng pun tak.
"Err... saya lelaki semalam yang langgar awak, tu?" dia cuba mengingatkan kembali. Gadis itu mengangguk.
"Ya, saya ingat.." baru la dia berani bersuara.
"Saya duduk kat meja sana. Tiba-tiba ternampak awak.. Tu yang datang ke sini.." ujar Zikri lalu menunjukkan ke arah meja makannya. Gadis itu memandang kemudian mengangguk.
"Nama saya, Zikri. Awak?" masih lagi dengan keperamahannya. Lelaki di sebelah langsung tidak dihiraukan. Gadis itu memandang kawannya. Kawannya hanya mengangkat bahu dan tersenyum.
"Anisah.. " jawab dia pendek.
"Anisah? Hm.. sedap nama tu." Tiba-tiba rakan lelakinya berdehem.
"Oopss sorry.. boyfriend, ke?" tanya dia lagi.
"Takde la.. kawan je.." Anisah menjawab lembut.
"Oic.." Zikri menyeluk poketnya dan mengeluarkan sekeping kertas. Kemudian dia mengeluarkan sebatang pen dari poket kemejanya. Sudah dirancang dari tengahari tadi untuk membawa pen dan kertas tersebut. Mengharapkan agar berjumpa gadis yang diimpikan, boleh la dia memberi nombor telefonnya. Zikri menulis sesuatu di atas kertas tersebut.
"Ni nombor saya. Kalau free, mesej laa.." ujar Zikri lalu dihulurkan kertas tersebut kepada Anisah. Anisah hanya mengambil tanpa berkata apa-apa.
"Saya minta diri dulu.. bye.." Zikri meninggalkan Anisah dan Azrin bersendirian. Azrin hanya tersenyum sahaja.
"Hai.. sejak awak dah kurus ni.. ramai sangat nak berkenalan.. Melepas la saya.." gurau Azrin membuatkan Anisah ketawa.
"Mana ada.. Nisa ambil aje. Tak semestinya nak telefon dia." jawab Anisah. Azrin hanya tersengih.
"Handsome jugak budak lelaki tu. Muka chinese look.." puji Azrin. Anisah hanya tersenyum.
'Handsome lagi arwah suami aku!' bisiknya dalam hati. Dia menghela nafas lega. Dia salah orang rupanya. Mungkin kerana rindu membuatkan dia terfikir lelaki itu adalah Amsyar.
Beberapa minit kemudian, mereka berempat bergerak keluar dari warung mamak tersebut. Dia memandang sahaja ke arah Zikri yang tersenyum lebar ke arahnya. Sempat pula lelaki itu menyuruh Anisah mesejnya. Anisah hanya membalas senyuman Zikri. Setiap wajah yang berhampiran dengan lelaki itu ditatap sehinggalah kepada wajah lelaki dibelakang Zikri. Lelaki itu juga memandang ke arahnya. Anisah terpaku. Lelaki itu mengangguk lantas tersenyum. Degupan jantung Anisah berdenyut laju. Dia rasa sesak. Lelaki itu...
Yasmin melihat jam di tangan. "Mana minah, ni! Dah lebih setengah jam tunggu. Pergi ke tandas ke buat tandas?!!" rungut Yasmin. Mereka yang lain masing-masing mengeluh di dalam kereta menunggu ketibaan Dania.
"Dia tengah buat plan dengan Majlis Perbandaran Kuala Lumpur kot nak bina tandas baru.. Tu yang lambat tu, hehehehe.." gurau Lily. Yasmin menjeling. Sempat pula minah ni nak buat lawak.
"Tu kakak!!" jerit Daniel di dalam kereta. Mata masing-masing memandang ke arah Dania yang sedang berjalan sambil tersengih menghampiri kereta. Yasmin membuka cermin kereta apabila Dania mengetuknya.
"Kau ke mana?" tanya Yasmin tak puas hati.
"Sorry, beb! Aku cari tandas tak jumpa tadi. Perut aku ni memulas-mulas pulak! Tu yang buat dua kerja terus tu! Hehehehe.." tipu Dania.
"Banyak la alasan kau. Masuklah!" arah Yasmin. Dania segera membuka pintu kereta lantas memboloskan diri ke dalamnya. Kereta mula bergerak meninggalkan Stadium Merdeka yang semakin sunyi. Dania memandang ke arah stadium.. dia takkan lupakan memorinya bersama Arziril hari ini.
******************************
"Apa mimpi kau baik sangat melayan budak perempuan tadi?" tanya Marzuki setelah Dania keluar meninggalkan mereka. Arziril hanya tersengih.
"Saje, je. Diakan peminat aku" ujar Arziril. Dia segera ke sofa semula untuk menyambung tidurnya.
"Peminat? Selama ni jarang aku tengok kau layan peminat begitu baik macam tu. Apa.. kau minat dekat budak perempuan tu, ke?" uji Marzuki. Arziril hanya senyum. Biarlah benda ini menjadi rahsia. Kalau diberitahu takut tersebar luas pulak! Dunia hiburan memang tak boleh lari dari gosip tapi kalau gosipnya dengan Dania, dia memang tak kisah cuma.. mungkin belum tiba masanya untuk dia memberitahu sesiapa lagi. Masih panjang jalan cerita yang perlu dilaluinya. Kalau la Dania tahu siapa dia, tentu sukar baginya untuk membahagikan masa antara cinta dan kerjaya. Cinta!? Hahaha.. Adakah Dania cintakan dia? Lelaki yang lurus bendul, bengong dan dungu macam Ariel? Kalau Arziril.. jangankan Dania, ¾ gadis kat Malaysia ni gilakan dia. Tapi, dia tetap sayangkan gadis itu.. sampai bila-bila! ‘Aku harap satu hari nanti, biarlah Dania yang menyayangi Ariel dan bukannya Arziril’, bisik hatinya mengharap.
******************** Malam itu selepas mandi Dania segera mencapai seluar jeansnya. Dia menyeluk poket. Berniat untuk mengambil kertas yang diberikan oleh Arziril Ryan tadi. Kertas tersebut masih lagi terlipat dengan sempurna. Dia tersenyum lantas membukanya.
To cute little girl.. Good luck for whatever you do! Selalu-selalu la tersenyum kerana senyuman awak boleh membahagiakan orang disekeliling awak! Hargailah seseorang yang pernah menyayangi diri awak! Take care and happy always!
Lots of love, Arziril Ryan......
Dania tersenyum. Dia begitu tertarik dengan ayat ‘Hargailah seseorang yang pernah menyayangi awak’. Siapa yang menyayanginya? Adakah Arziril sendiri? Hahaha.... berangan lebih-lebih pula dia kali ini..
Kertas itu disimpan di dalam diarinya. Ianya begitu berharga bagi dirinya. Bukan senang dapat bercakap dan bergambar mesra dengan penyanyi dan penari popular seperti Arziril Ryan. Dania mencapai telefon bimbitnya. Dari satu gambar ke satu gambar ditatapnya. Lelaki itu memang hensem! Untung siapa yang jadi awek dia! Punat telefon ditekan berkali-kali. Gambar semakin berubah dan sehinggalah sampai ke satu gambar yang agak membuatkan hatinya tersentap. Jarinya berhenti dari menekan. ‘Ariel!? Bila masa pula aku tangkap gambar budak bengong, ni? Hish! Buanglah! Menyemak, je!’ rungut Dania di dalam hati. Belum sempat dia menekan butang delete, jarinya kaku. Matanya masih tertancap ke arah gambar Ariel. Inilah satu-satunya gambar yang dia ada. Tiada memori yang ditinggalkan Ariel sepanjang mereka bersama. Takkan dia nak buang begitu saja? Dania menekan semula butang cancel. Benci macam mana pun dia, Ariel tetap lelaki yang istimewa. Lelaki yang sabar, baik, jujur dan penuh dengan keikhlasan. Itulah Ariel..
****************
1999, Dania berteleku di balik pokok mangga yang kian berbuah. Dia menangis. Sedih sungguh rasanya bila dihina sebegitu rupa. Sampai hati Helmi mempermainkan perasaannya. Dia tahu dia tidaklah secantik budak perempuan yang lain. Dia kasar, selekeh dan buruk. ‘Tapi aku ada perasaan..’, rintih hatinya. Kalaulah dia diberikan kekuatan, mahu saja ditumbuknya Helmi lumat-lumat tetapi kerana kasihkan lelaki itu.. hatinya tak sanggup!
‘Hahaha.. cintakan kau? Hello, cik kak.. kita ni budak sekolah lagi la! Baru 10 tahun. Mana main cintan-cintan! Lagipun, dari aku bercinta dengan budak samseng kampung dusun macam kau ni.. baik aku bercinta dengan monyet Pak Rabu tu tahu, tak!?’
Tangis Dania semakin kuat apabila dia mengingati kembali kata-kata hinaan dari Helmi semasa dia ingin mendapatkan kepastian. Tak disangka, lelaki itu berpura-pura menyayanginya. Hanya kerana dicabar oleh kawan-kawan, Helmi sanggup mempermainkan perasaannya.
‘Ya!! Memang betul! Memang aku kasar, perangai macam samseng.. tapi aku perempuan. Aku ada maruah! Aku ada perasaan!’, jerit dia di dalam hati. Matanya bengkak. Dia malu..
"Daniiiaaaaa......!!!" kedengaran suara memanggil namanya. Dania mengangkat mukanya. Ariel? Dania segera menyembunyikan dirinya dari dinampak oleh Ariel. Dia tak mahu lelaki itu nampak keadaan dia yang tak terurus sekarang. Dia perlu bersendirian. "Daniiiiaaa..!!" panggilan itu kembali bertalu-talu namun Dania hanya diam membisu. "Daniaaa.. kau kat mana? Jawablah.." jerit Ariel. Lelaki itu tak putus-putus memanggil namanya. Dania masih cuba melarikan diri dari pandangan Ariel.
Selang dua minit kemudian, Ariel hilang dari pandangan. Dania bangun dari berteleku. Dia keluar dari penyembunyian dan mencari kelibat Ariel. Begitu cepat lelaki itu menghilangkan diri. Dania mengeluh. Lukanya masih belum pulih lagi. Dia benci Helmi! Dia benci lelaki!! Bencciii..!!!
"Kenapa kau tak menyahut panggilan aku?" Dania tersentak apabila terdengar suara itu dari arah belakang. Dia menoleh. Matanya tidak berkelip memandang Ariel yang tersenyum ke arahnya. Sedikit demi sedikit lelaki itu melangkah menghampirinya. "Kau menangis Dania?" tanya dia sekali lagi.
Dania mengalihkan perhatian Ariel dari terus memandangnya. Dia tak mahu Ariel ketawakan dia. Hatinya tega! Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tisu kepadanya. Dia hanya memandang tisu tersebut tanpa mengambilnya.
"Ambil la tisu ni. Kesat air mata kau, tu!" pujuk Ariel.
Dania mengerut dahi. Dia menjeling. Benci melihat sifat kepura-puraan Ariel kepadanya. Entah-entah dah berguni-guni lelaki itu ketawakan dia sebelum ini.
"Tak payah nak tunjuk baiklah, Ariel! Aku tahu kau pun suka aku kena main macam ni, kan!?" herdik Dania keras. Ariel terkejut. Dia menggeleng..
"Aku tak pernah terfikir macam tu sekali, Dania." jelas dia. Dania senyum sinis.
"Habis kau buat apa kat sini!!!?? Nak ketawakan aku!? Nak perli aku sebab Helmi bukan sukakan aku!!? Macam tu?" Dania benar-benar marah. Dia menolak keras badan Ariel sehinggakan lelaki itu hampir jatuh.
"Tidak! Aku takkan ketawakan, Dania. Sekali pun aku tak akan ketawa. Aku faham perasaan kau masa ni! Aku hanya datang nak selami perasaan kau bersama-sama. Itu je..!" Ariel menyangkal. Sumpah! Dia tahu Dania dipermainkan. Dia tak mahu gadis itu terus-menerus berasa sedih!
"Pergilah, Ariel! Biarkan aku sorang-sorang kat sini.." arah Dania. Dia kembali bersandar di balik pokok. Dia memandang ke arah hutan berdekatan. Dia malu nak ke sekolah esok. Tentu kawan-kawan akan gelakkan dia.
"Aku tak kisah kalau itu yang membuatkan sedih kau hilang!" ujar Ariel menyerah. Dania naik angin. Dia tak suka dipermainkan. Lantas ditumbuknya lelaki itu sehingga hidung Ariel berdarah.
"Pergi!!! Aku tak suka kau..!! Budak bodoh!!! Pergilah!! Aku benci tengok muka kau!! Pergi! Pergi! Pergi!" herdik Dania sekali lagi sambil tangannya tak habis-habis memukul Ariel. Tapi.. lelaki itu langsung tidak melawan. Malah dibiarkan sahaja Dania melepaskan perasaannya.
Dania berhenti dari memukul. Dia menangis teresak-esak. Matanya memandang Ariel yang menahan kesakitan. Dia menghela nafas. Dadanya turun naik. Perasaan amarahnya kembali reda. Ariel mengesat darah yang mengalir keluar dari hidung dengan lengan bajunya. Kemudian dia kembali tersenyum.
"Dah puas?" tanya dia dengan muka selamba. Dania diam.
"Kenapa kau tak melawan!?" tanya Dania pula tanpa menjawab pertanyaan Ariel. Memang bengong betul! Ariel cuma tersenyum. Hidungnya kemerahan. Tentu sakit!
"Sebab aku nak kau lepaskan segala-galanya" jawab dia. Dania tersentak! Nak kata bodoh, lelaki ni cemerlang dalam kelas. Tapi..
"Dahlah! Malas aku nak layan kau!" Dania segera bangun. Dia menepuk-nepuk seluarnya untuk membuang kotoran yang melekat. Dia segera meninggalkan Ariel..
"Dania!!" panggil Ariel. Dania berhenti melangkah. Dia menoleh..
"Aku akan sentiasa ada di sisi kau..!!" jerit dia.
‘Bodoh!’ bentaknya dalam hati. Dania segera meninggalkan Ariel jauh ke belakang. Dia tak mahu Ariel. Dia tak mahu lelaki yang lurus bendol macam Ariel!! Yang lembik dan tahu menyerah segalanya.
Malam itu, Eddy pulang ke rumahnya dengan perasaan gembira kerana hubungannya dengan Zara telahpun jernih kembali. Sesampai saja di rumah, dia terus menuju ke bilik Ira untuk berkongsi berita gembira itu.
Ira yang asyik termenung di balcony biliknya tersentak apabila pintu biliknya dibuka dari luar.
" For the second time, lain kali masuk bilik orang ketuk pintu dulu," Ira sudah mula meradang dengan sikap Eddy yang langsung tidak menghormati privasinya.
" Sori,ok. Aku dah terbiasa," jawab Eddy sambil mengangkat tangan tanda meminta maaf.
" Hmm...thanks,"kata Eddy sambil berdiri di sebelah Ira.
" For what?,"
" Sebab kau dah banyak tolong aku. Kalau tak sebab kau mungkin aku takkan berbaik dengan Zara sampai bila-bila,"
" Aku cuma buat apa yang termampu jer,"ujar Ira.
Kemudian masing-masing hanya mendiamkan diri menikmati pemandangan KL di waktu malam dengan dilimpahi cahaya lampu. Sungguh tenang. Sekali–sekala Ira mencuri pandang ke arah Eddy. " Kau memang sepadan dengan Zara," bisik Ira perlahan. Dia sedar Eddy sepatutnya mendapat wanita yang lebih baik darinya. Dia juga tidak mahu menjadi panghalang hubungan antara Eddy dan Zara kerana mereka telah saling mencintai sejak dulu lagi.
" So, apa plan kau lepas ni? I mean, tentang kita," tanya Ira sambil cuba menyembunyikan perasaan sebaknya.
" Kenapa dengan kita?," tanya Eddy
" Come on la........Kau kan dah berbaik dengan dengan Zara. Kita dah tak boleh hidup macam ni. Aku rasa dah tiba masanya kita berpisah," kata Ira
Eddy menepuk kepalanya mendengar kata-kata Ira. Dia langsung tidak terfikir tentang perkara ini. Yang pasti dia tidak bersedia untuk melepaskan Ira. Serta-merta dia agak meradang dengan cadangan Ira.
" Sekarang bukan masa nak cakap pasal cerai," balas Eddy sedikit marah.
" Habis tu, bila masanya yang sesuai? Kau senanglah cakap sebab kau dah jumpa apa yang kau nak. Tapi aku pun nak cari kebahagian aku sendiri. Takkan bila dah tua nanti baru kau nak lepaskan aku. Waktu tu dah takde sape nak kan aku dah," jelas Ira tanpa berselindung.
Bertambah marah Eddy apabila mendengar pengakuan Ira. " Macam dah tak sabar-sabar je nak berpisah," bisik Eddy dalam hati. Wajah Ira ditenungnya lama-lama.
" Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari aku. Aku sendiri yang akan carikan untuk kau,"balas Eddy seraya berlalu keluar dari bilik Ira dangan perasaan marah. Jika tadi dia merasa gembira kerana bertemu dengan Zara tapi sekarang dia seperti terperangkap dengan perasaannya sendiri.
Sesampai sahaja di bilik Eddy terus menghempaskan badannya di bilik. Pening dia memikirkan tentang Ira yang tiba-tiba buat kerenah. ..............................................
Seperti biasa, sebaik sahaja selesai menyiapkan sarapan, Ira terus bergegas bersiap untuk ke pejabat. Kalau boleh dia tidak mahu bertembung dengan Eddy. Namun harapannya sia-sia sahaja kerana Eddy telah pun bersiap dengan pakaian pejabatnya dan terus menuju ke dapur.
" Ira, jom sarapan sama-sama," ajak Eddy lembut seperti tiada apa-apa berlaku semalam.
" Eh...takpela aku dah lambat ni. Kerja semalam pun banyak lagi yang tak siap," dalih Ira.
" Duduk la dulu.lagipun aku ade hal nak bincang dengan kau. Aku pun sibuk jugak tapi takde la sampai tak sempat nak sarapan. Tak bankrup la company tu kalau kau lambat sket,"balas Eddy.
" Kau tu bos senangla cakap. Aku ni makan gaji," jawab Ira namun dia tetap duduk di hadapan Eddy.
" Kau nak bincang pasal hal malam tadi ker?" tanya Ira berdebar. Mungkin Eddy dah buat keputusan untuk melepaskannya.
" Aku tau yang aku memang tak patut pentingkan diri. Betul cakap kau, kau memang barhak cari kebahagian sendiri. So, aku takkan halang," jelas Eddy
" Maknanya kau setujulah kita berpisah," tanya Ira cuba berlagak tenang.
"Ya..aku setuju tapi bukan sekarang. Aku sendiri yang akan carikan lelaki yang sesuai untuk kau. Aku taknak kau salah pilih," balas Eddy
"Kau takde hak nak aturkan dengan siapa aku nak hidup. Lagipun tak semestinya bila kita bercerai nanti aku nak terus kawin lain. Aku cuma taknak jadi penghalang hubungan kau dengan Zara," jelas Ira walaupun sebab yang sebenarnya ialah dia takut jika mereka terus bersama , dia tidak boleh kehilangan lelaki itu kelak.
" Kau dengar sini. Siapa kata aku takde hak keatas kau. Kau tu bawah tanggungjawab aku. Takkan aku nak lepas tangan macam tu je. Nanti kalau kau dapat lelaki yang tak guna , aku jugak yang rasa bersalah seumur hidup," ujar Eddy.
Ira langsung tidak terharu mendengar luahan Eddy." Nak tunjuk baik la tu. Mentang-mentanglah aku ni takde pengalaman bercinta. Berlagak pandai. Macamlah semua perempuan yang keluar dengan dia sebelum ni baik sangat," bebel Ira dalam hati. Serta – merta ingatannya tertumpu pada Mia. Dah lama dia tak dengar Eddy menyabut nama perempuan gedik tu.
" Alang-alang kau dah masuk campur hal masa depan aku nih, aku nak tanye, girlfren kau si Mia tu pun kau nak carikan boyfren baru jugak ke untuk dia?,"
Hampir tersedak Eddy mendengar pertanyaan Ira. Dia langsung terlupa tentang Mia. Baru dia teringat yang Mia akan pulang dari Australia esok. Nampaknya bertambah lagi masalahnya. Eddy meraup wajahnya beberapa kali untuk mengusir semua masalah itu tapi tidak berjaya.
" Agaknya macam nilah keadaan laki yang kawin ramai kan?" sindir Ira lalu bangun untuk mencapai briefcasenya.
Sebelum melangkah keluar dari ruang dapur, sekali lagi Ira bersuara. " Aku rasa baik kau settlekan hal kau dengan Mia dulu baru kita bincang pasal jodoh aku ok. Aku pun dah tak sabar nak nak tengok siapalah lelaki ‘baik’ yang kau nak carikan untuk aku tu. Ingatkan kaulah yang paling ‘baik’." Perli Ira lagi.
"Kurang asam," belum sempat Eddy membalas serangan, bayangan Ira telah pun hilang di sebalik pintu.
Oleh kerana terlalu marah pada Eddy, Ira terlupa terus untuk beritahu Eddy bahawa dia akan ke Pahang untuk menguruskan projek terbarunya di sana.
"Ah! Lantaklah, kalau aku tak balik nanti pandai-pandailah dia telefon,"bisik Ira.
Elina mengutip cd dengan hati berang. Dia kemudian menyusun kembali berpuluh-puluh cd itu di almari.
"Daniel-senpai, jangan sepahkan cd lagi atas lantai. Kalau terpijak, kaki boleh luka," kata Elina lembut. Daniel yang sedang duduk di di hadapan guitarnya hanya berlagak selamba.
"Tiada siapa yang akan pijak," jawab Daniel. Elina mengeluh perlahan sebelum kembali menyusun cd itu. Mereka berlima ini memang suka membuat sepah. Selepas makan, tidak pernah dibersihkan dan sampah dibiarkan di atas meja sahaja. Ruang tamu pula menjadi sebegitu kotor kerana melepak di situ selepas habis latihan. Selepas menyepahkan barang, tidak pernah mahu dibersihkan.
"Ahn nyong ha sae yo(Hi)," Ken datang menghampiri Elina bersama dengan guitar di tangannya.
"Ahn nyong ha sae yo," jawab Elina. Ken kadang-kadang bertutur bahasa korea dengannya dan dia tidak kisah kerana dia sempat belajar bahasa korea dari ayahnya dulu.
"Wu dan yang lain tak datang lagi?" tanya Ken. Elina mengangguk.
"Diorang pasti ada hal nak bincang dengan Cikgu Zul. Lepas ni pasti diorang sampai," kata Elina. Kini, sudah hampir tiga minggu dia menjadi pembantu kumpulan X-Music. Walaupun pada mulanya susah, dia sudah dapat biasakan diri. Dia juga sudah mula dapat bergaul mesra dengan ahli kumpulan ini kecuali Lee. Entah kenapa, jejaka itu asyik dingin dengannya. Malah, dia juga yang paling jarang bercakap antara mereka berlima. Pelik betul!
"Apa yang diorang bincangkan?" tanya Daniel pula. Dia juga datang menghampiri Elina. Serta-merta Elina mengangkat bahyu.
"Entah, saya pun tak tahu. Eh, kenapa tak tukar pakai glasses lagi? Tak bagus untuk mata," kata Elina. Ken dan Daniel segera berlalu sebelum kembali semula dengan memakai glasses. Elina tersenyum melihat mereka. Dia betul-betul syok dengan glasses. Mungkin sekarang dia juga sudah jadi kipas susah mati kumpulan X-Music tapi hanya apabila mereka memakai glasses!
"Daniel-senpai, awak akan cederakan kaki awak," Elina menarik Daniel dari terus memijak cd yang bertaburan di lantai. Daniel kelihatan terkejut dengan tindakan Elina.
"Wakaru deshou(Kan saya dah kata). Cd ni boleh cedarakan kaki awak. Mujur awak tak sempat pijak," kata Elina. Daniel segera menjauhkan diri dari Elina. Wajahnya ditundukkan.
"Yelah-yelah. Aku kemaskan. Urusën-dayo!(Kau bising betul)," Daniel tunduk untuk mengutip cd yang bertaburan. Elina tersenyun kecil turut melakukan hal yang sama. Ken juga turut membantu.
"Kan dah siap. Tak susah pun. Awak cuma perlu keluarkan sedikit tenaga," ujar Elina dengan senyuman. Daniel mencebik sebelum berlalu ke arah guitarnya.
"Awak mulalah latihan dulu. Saya nak kemaskan ruang tamu," kata Elina pada Ken. Dia kemudian berlalu ke arah ruang tamu. Belum sempat dia memulakan kerja, pintu sudah ditolak dari luar.
"Konochiwa!" Ryosuke menjerit. Elina tersenyum melihat Ryosuke dan Wu datang menghampirinya. Dia memang jarang dapat bertemu dengan mereka berlima pada waktu persekolahan. Mereka ini memang jarang-jarang boleh dijumpai. Mungkin disebabkan para pelajar perempuan akan menjerit dan melopongkan mulut setiap kali memandang mereka. Elina terfikir juga dulu, kemana mereka menghilang setiap kali waktu rehat. Rupa-rupanya, mereka lepak di bilik muzik ini sebelum ke kelas mereka semula. Oh ya, untuk pengetahuan para pembaca, mereka ini sekelas.
"Ken dan Daniel dah sampai?" tanya Wu. Elina mengangguk sambil memasukkan tin minuman yang kosong ke dalam beg plastik.
"Mereka dah sampai dari tadi lagi," kata Elina. Selepas itu, Ryosuke dan Wu berjalan beriringan ke tempat latihan mereka. Elina meneruskan kembali kerjanya. Beberapa minit berlalu, pintu ditolak sekali lagi. Tersembul Lee dari balik pintu. Elina meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan lelaki itu. Lebih baik begitu kerana Lee bukannya mesra sangat dengannya. Malah lelaki itu kelihatan membencinya. Ada sahaja sindiran dan kata-kata dingin yang keluar dari bibir merah lelaki itu. Mungkin kerana dia telah memecahkan guitar kesayangan Lee. Hm, malang betul.
**********************************
"Elina, kau nak pergi beli lunch ke?" tanya Ken. Elina yang sudah berada di hadapan pintu menghentikan langkahnya.
"Ya. Kenapa?" tanya Elina. Ken tersenyum lalu mengisyaratkan dengan tangannya agar Elina mengikutnya. Elina hanya menurut. Ken membawanya ke bilik latihan. Keempat-empat ahli kumpulan X-Music sudah menghentikan latihan dan sedang duduk di atas lantai sambil berborak.
"Kochi koi-yo!(Datang ke sini)," Wu nenepuk lantai di sebelahnya. Elina tersenyum lalu duduk di sisi Wu.
"Nani-yo?(Awak nak apa?)" tanya Elina. Dia memandang sekeliling. Baru dia perasan, Lee juga duduk hampir dengannya. Lee kelihatan langsung tidak memperdulikan kehadirannya. Mereka semua juga sudah memakai glasses. Elina sedaya upaya mengawal diri agar tidak tersenyum dan berangan. Hehehe...
"Kami ada persembahan minggu depan," kata Wu. Elina membulatkan mata teruja.
"Betul ke? Di mana?" tanya Elina tak sabar. Sejak dia menjadi pembantu kumpulan X-Music ini, inilah kali pertama mereka akan mengadakan persembahan.
"Sekolah menengah M. Ini kali kedua kami ke sana," jawab Ryosuke. Elina tersenyum.
"Baguslah. Jadi, ada apa-apa ke yang saya kena buat?" tanya Elina. Mereka semua terdiam.
"Tak ada apa-apa sebenarnya. Pakaian kami dan semuanya sudah diuruskan oleh Zul-sensei. Cuma, awak perlu datang bila persembahan itu," kata Wu. Elina tersentak.
"Saya datang ke persembahan awak? Kore de ii no?(tak apa ke?) " tanya Elina. Wu dan Ryosuke mengangguk. Elina mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tidak rasa dia patut mengikuti persembahan mereka sekalai lagi. Kali pertama pergi, ia sudah menjadi antara kenangan paling teruknya.
"Er, kalau saya tak pergi, tak apa ke?" tanya Elina sembil mengurut perlahan lehernya.
"Kenapa? Kau tak suka tengok persembahan kami ke?" tanya Daniel. Sekali lagi Elina tersentak. Dia serta-merta menggeleng.
"Taklah. Persembahan awak semua bagus cuma saya tak suka tempat sesak. Saya boleh pening kepala," kata Elina. Wu tersenyum.
"Awak di belakang tabir. Tak perlu beresak-esak dalam dewan itu," kata Wu. Elina tersenyum kelat. Hendak tak hendak, terpaksalah dia pergi.
"Baiklah. Di belakang tabir, taklah teruk sangat," kata Elina. Dia sedaya upaya tersenyum.
"Saya kena pergi sekarang. Nanti terlambat pula awak semua makan lunch," kata Elina lembut. Dia mula bangun. Wu juga bangun.
"Saya pergi dengan awak," kata Wu. Elina tersentak.
"Tak perlulah. Kan awak perlu berlatih. Awak akan ada persembahan nanti," ujar Elina namun Wu sudah mula melangkah. Elina segera mengikuti langkah Wu.
"Kami dah lama berlatih. Lagipun, hari ini mereka semua hanya nak tengok persembahan kumpulan lain. Jadi, lebih baik saya tolong awak," kata Wu. Elina tersenyum. Mereka berdua keluar dari bilik muzik itu. Serta-merta Elina teringatkan sesuatu.
"Wu-senpai, glasses awak. Awak tak nak tanggalkan ke?" tanya Elina. Wu menggeleng.
"Tak perlu. Tak ada orang di sekolah sekarang," kata Wu. Elina hanya tersenyum.
***************************** "Boleh saya tanya sesuatu?" Elina bersuara. Wu yang berjalan beriringan dengannya memandangnya.
"Tanya apa?" Wu bertanya pula. Elina mengetap bibir.
"Er, barang-barang dalam bilik muzik tu, awak semua dapat duit dari mana beli? Dengan duit sendiri ke?" tanya Elina serba-salah. Sebenarnya dia tiada niat untuk menyibuk tetapi kecurigaanya sudah tumbuh sejak kali pertama memasuki bilik itu pada kali pertama lagi. Dari mana mereka mendapatkan itu semua? Wu yang mendengar soalannya ketawa kecil. Nampak comel ditambah dengannya yang memakai glasses, bertambah-tambahlah comelnya di mata Elina.
"Tu je ke yang awak nak tanya? Kenapa tak tanya dari dulu lagi?" Wu mengajukan soalan kepadanya pula. Elin mengurut lehernya perlahan. Soalannya masih tidak berjawab.
"Er, saya tak mahu awak semua ingat saya ni penyibuk," kata Elina perlahan. Entah Wu boleh mendengar atau tidak. Wu tersenyum.
"Jadi sekarang awak tak kisah jadi penyibuk?" Wu menduganya sambil memandang tepat wajahnya.
"Er, saya…," Elina mengetap bibir. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya. Sekali lagi tawa Wu terburai. Elina mengerutkan kening. Apa yang lucu?
"Kami dapat duit beli itu semua daripada setiap persembahan yang kami anjurkan," kata Wu apabila tawanya terhenti. Sekali lagi kening Elina berkerut.
"Macam mana? Kan persembahan itu percuma," tanya Elina lagi. Setahunya, sesiapa sahaja dapat menghadiri persembahan X-Music tanpa membayar apa-apa. Wu tersenyum.
"Awak memang bukan peminat kami, kan?" tanya Wu sambil membetulkan kaca matanya dengan jarinya. Cute betul!! Tapi Elina serba-salah untuk menjawab soalan Wu itu.
"Er, ya," jawab Elina terus-terang. Wu kelihatan langsung tidak terusik dengan jawapannnya itu.
"Saya dah agak. Dari gaya awak pun saya dah tahu. Pelik, kenapa awak tak seperti para peminat kami yang lain?" tanya Wu. Elina mendiamkan diri seketika sebelum tersenyum.
"Jadi, awak nak saya jadi macam mereka? Menjerit-jerit macam orang histeria bila jumpa awak semua? Atau saya puja awak semua macam putera raja?" tempelak Elina pula. Wu ketawa kecil.
"Ya, saya mahu begitu," kata Wu dengan begitu perlahan.
"Apa yang awak cakap tadi? Saya dengar tak jelas lah," ujar Elina. Wu menggelengkan kepalanya.
"Sudahlah. Sekarang awak jawab soalan saya tadi," kata Elina sambil mempercepatkan langkahnya. Wu juga begitu.
"Semua peminat kami tahu, persembahan percuma hanya kami anjurkan di sekolah ini sahaja. Di tempat lain, kami mengenakan bayaran," jawab Wu. Serta-merta lengkah Elina terhenti.
"Apa?! Tapi mengapa?" soal Elina tidak percaya. Wu tersenyum kecil.
"Agar kami boleh gunakan bilik muzik tu," jawab Wu dekat dengan cuping telinganya. Elina segera menjauhkan diri. Tidak selesa diperlakukan sebegitu.
"Er, saya dah faham sekarang," semakin laju langkah Elina sehinggakan Wu terpaksa berlari untuk menyainginya.
"Okay, kita dah sampai," kata Elina sambil matanya memandang restoran besar di hadapannya. Wu turut memandang restoran itu.
"Hm, boleh tahan. Ini kali pertama saya datang ke sini," kata Wu. Elina memandang Wu tidak percaya. Tak pernah ke sini? Sedangkan lelaki ini memakan makanan di sini hampir setiap hari!
"Tak pernah?" tanya Elina. Wu mengangguk.
"Tak pernah. Hm, sekarag kita patut order," kata Wu. Elina menggelang.
"Tak perlu. Saya dah tempah. Hanya perlu ambil sahaja," ujar Elina. Wu memandangnya tepat.
"Awak tempah tak lunch untuk awak?" tanya Wu. Elina serba-salah. Dia sememangnya tidak pernah menggunakan kad kredit X-Music untuk dirinya. Kenapa? Untuk mengelak makan bersama mereka semua!
"Er, tak," jawan Elina. Wu memandanganya tajam.
"Mulai hari ini, ya!" kata Wu sedikit keras.
"Tapi makanan di sini mahal," kata Elina. Wu memandangnya tepat.
"Takaku temo ii n da!(Saya tak peduli tentang harganya!)" kata Wu tegas. Elina mengeluh perlahan.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei