Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mujurlah aku bukan pengawas, kalau tak sudah lama aku bom handset kau tu," ujar Nurul menghampiri Sofea dengan semangkuk bihun sup yang baru sahaja dibelinya tadi. Keadaan kantin penuh sesak dengan para pelajar sebaik sahaja loceng waktu rehat dibunyikan. Sofea yang dari tadi menyorok-nyorok handsetnya sejak dari tadi hanya tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.
"Jangan kata kau jealous tengok aku asyik dengan handset saja," handsetnya di simpan semula di dalam kocek bagi mengelakkan di kesan pengawas. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pelajar membawa handset ke sekolah.
"Aku tak pernah jealous dengan sesiapa pun," Nurul menjeling tajam. "Cuma aku tak faham, kenapa kau sorok kekasih hati kau tu? Dia tu kekasih gelap ke?"
"Aku cuma tak nak kau rasa bengang seperti mana kau bengang dengan kawan-kawan kita yang lain yang asyik bercakap tentang keistimewaan boyfriend mereka. Kau pernah cakap, yang kau bengang dengan Lili bila dia bercakap tentang boyfriend dia bila kita berbual bersama dan sejak itu bila dia datang berbual dengan kita, kau tutup telinga ataupun memberi alasan yang kau nak ke tandas ataupun ada urusan lain di kelab," tambah Sofea lagi yang sememangnya kenal akan sikap Nurul yang tidak gemar mendengar cerita yang tidak berfaedah terutama sekali cerita-cerita teman lelaki kawan-kawannya.
"Itu sebab dia sengaja hendak menunjuk yang dia tu dapat pikat lelaki yang kiranya sempurna dari Prince William sebab aku pernah tak perdulikan keinginannya untuk berkenalan dengan Rezza. Dan sejak hari tu, dia memang suka berperang psikologi dengan aku. Dia ingat aku masuk kelab tu untuk baginya peluang berkenalan dengan mereka semua? No way! Kalau nak berkenalan, usahalah sendiri," balas Nurul bila teringatkan seorang teman sekolahnya yang dikenali sebagai Lili.
Dia sememangnya tidak rapat dengan Lili seperti mana dia rapat dengan Sofea. Baginya, kawan memang ramai tapi yang betul-betul mengenalinya adalah Sofea kerana perangai Sofea lebih kurang sepertinya juga. Suka buat hal sendiri dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.
"Oh patutlah, dia pernah paksa aku selongkar nombor telefon di handset kau dan meminta nombor telefon Rezza. Dan bila aku cakap, aku tak jumpa nama Rezza dalam handset kau dia marah tak tentu pasal," balas Sofea.
"Sebab aku tukarkan nama Rezza kepada nama Aminah," balas Nurul selamba.
"Well, aku dah agak. Kau memang pandai dalam peperangan psikologi. Tapi kenapa nama Nazrul tetap Nazrul?" tanya Sofea lagi membuatkan Nurul hampir tersedak apabila nama Nazrul di sebut.
"Boleh tak kau jangan sebut nama tu masa aku makan?"
"Fobia?"
"Ini bukan fobia tapi dah jadi pantang larang semasa aku makan. Sejak dia keluar saja dari hospital dia dah jadi makin agresif sehinggakan aku pun dah tak larat nak berperang mulut dengan dia. Aku ingat bila semuanya sudah selesai, dia akan berubah, takkan tidur lagi tapi Ya Allah… lagi kuat dia tidur. Kau bayangkan aku kena kejutkan dia setiap hari sampai dan pernah satu hari tu, di tengah-tengah gawang pun dia boleh tidur. Dan lagi satu, bila dia cakap satu perkataan aku rasa hati aku ni di cucuk-cucuk pisau tajam. Sakitnya hati. Aku pun tak tahu kenapa aku anti sangat dengan dia tu," ujar Nurul dengan geramnya.
"Orang katakan…."
"Ya! Orang kata bila kita dah benci dengan seseorang tu tak tentu pasal itu maknanya kita dah suka tapi tak semestinya aku sukakan dia okey? Dia sangat membencikan! Sangat-sangat!" ujar Nurul lagi hampir menghentak meja makannya itu. Sofea di hadapannya hanya tenang seperti biasa seperti seorang yang tidak pernah ada perasaan bila bercakap tentang hal Nazrul.
"Aku rasa kau dilamun cinta. Okey, memanglah kau rasa bila dia ada di sisi kau, kau rasa bengang semacam tapi pernah ke kau terfikir kalau dia tak de di sisi kau?"
"Tak pernah!" pantas Nurul menjawab.
"Orang yang tak berperasaan adalah kau," Sofea mengeluh lemah. Susah sangat hendak bercakap dengan orang yang keras hati seperti Nurul itu. Pasti ada sahaja jawapannya demi melindungi dirinya.
"Aku tak perlukan nasihat kau yang asyik cakap aku dilamun cinta dengan Nazrul. Apa yang aku perlu buat adalah mulakan balik slogan Dunia Nurul Tanpa Nazrul yang terkendala dulu," dia tersenyum sinis.
"Kau takkan berjaya," balas Sofea lagi.
"Kenapa pula?"
"Sebab Nazrul tak pernah ada slogan. Orang macamnya akan terus kacau hidup kau walaupun kau tak kacau hidupnya. Just wait and see, honey."
Jam satu pagi. Ketika dia sedang lena dibuai mimpi indah, tiba-tiba sahaja satu nada dering kedengaran dari handsetnya. Pantas matanya terjaga. Nama Nazrul tertera di skrin telefonnya. Nurul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah apa pula mimpi Nazrul telefonnya malam-malam buta. Rasanya sejak dia lancarkan slogan Dunia Nurul Tanpa Nazrul, hidupnya boleh juga dikatakan aman. Dia tidak lagi mengacau hidup Nazrul dan Nazrul juga tidak bertengkar dengannya seperti yang berlaku sebelum ini.
Sengaja dia tidak mahu menjawab panggilan dari Nazrul. Selepas beberapa ketika handsetnya berhenti berbunyi. Dia mengeluh lega. Tapi baru sahaja dia hendak meletak kepalanya semula pada bantalnya, handsetnya berbunyi lagi. Panggilan dari Nazrul lagi.
"Kau nak apa malam-malam buta ni?!" tengking Nurul sebaik sahaja menjawab panggilan dari Nazrul.
"Hah angkat pun!" balas Nazrul di hujung talian.
"Kau nak apa? Ada hal penting ke? Aku nak tidurlah."
"Tapi aku tak boleh tidur," balas Nazrul selamba. Memang sejak dari tadi, dia cuba melelapkan mata tapi matanya tidak boleh lelap. Ada sesuatu yang membuatkan dia tidak boleh tidur dengan nyenyak pada malam itu. Bukan pada malam-malam itu saja, tapi malam-malam yang lain juga, sejak Nurul langsung tidak menegurnya.
"Then, pergilah makan ubat tidur. Tulah, aku asyik tidur siang saja. Aku kejutkan kau marah tak tentu pasal. Lepas tu tak boleh tidur malam kau ganggu tidur aku pulak. Oh ya, mungkin kau nak balas dendam aku kacau tidur kau selama ini dan sebab itulah kau kacau aku nak tidur malam ni. Satu peperangan yang unik tapi aku takkan kalah!" ujar Nurul sedikit melenting.
"Mak cik, kau membebel apa ni?" tanya Nazrul dengan keluhan lemah.
"Habis tu, apa alasan kau telefon aku malam-malam buta ni?"
"Sebab aku tak dapat tidur," jawab Nazrul lagi. "Sebab kaulah buat aku tak dapat tidur," tambahnya lagi membuatkan Nurul berfikir beberapa kali dengan kenyataan Nazrul itu. Bukankah selama beberapa hari ini dia tidak pernah kacau Nazrul tidur di sekolah langsung seperti selalu. Tapi kenapa pula Nazrul masih salahkan dia lagi sebab tidak dapat tidur? Mungkinkah lelaki itu sudah jatuh cinta dengannya?
"Kau nak beritahu aku yang kau ni dah jatuh cinta dengan aku ke?" tanya Nurul malas hendak berkais-kais lagi.
"Jatuh cinta dengan kau? Sorry mak cik, aku tak pernah rasa yang aku ni dah jatuh cinta dengan kau," jawab Nazrul selamba. Dan pada waktu itu, Nurul berasa geram amat sangat dengan kata-kata Nazrul tadi. Entah kenapa, dia sendiri pun tidak tahu sebabnya.
"Habis tu? Aku tak kacau kau tidur langsung beberapa hari ni dan kenapa pula kau kata sebab aku kau tak dapat tidur?" tanya Nurul mengeluh lemah. Lemah dia melayan Nazrul yang sememangnya seorang lelaki yang pelik.
"Aku tak dapat tidur sebab aku pelik kenapa kau tak kacau aku tidur beberapa hari ni?" beritahu Nazrul.
"Hah?!" mata Nurul terkebil-kebil. Entah betulkah apa yang didengarnya tadi? Nazrul tak dapat tidur sebab dia tak kacau lelaki itu tidur beberapa hari ini? Dah buat tabiat ke lelaki itu? Selalunya punyalah marah sebab dia ganggu tidurnya.
"Kau pekak ke?" tanya Nazrul tidak puas hati.
"Aku tak pekaklah. Aku dengar apa yang kau cakap tu tapi aku tak faham kenapa pasal tu pun kau nak salahkan aku? Dulu aku selalu bangunkan kau, kau marahkan aku sampai tengking aku dan sekarang ni bila aku tak ganggu tidur kau lagi, kau pelik pulak. Aku tak fahamlah dengan kau ni!"
"Aku lagi tak faham dengan kau," balas Nazrul pula. "Okeylah aku dah mengantuk ni. Nak tidur."
"Tadi kau kata kau tak boleh tidur."
"Itu tadi, tapi sekarang ni aku nak tidur. Okey, selamat malam," ujarnya lagi sebelum memutuskan talian. Nurul masih lagi terpinga-pinga tidak faham apa yang mereka bualkan sebentar tadi.
"Argghh… dia dah buat aku tak boleh tidur pulak!"
"Aku rasa, kau betul," ujar Nurul sebaik sahaja menghampiri Sofea yang baru sahaja keluar dari rumahnya untuk ke sekolah pada pagi itu. Sofea mengedut dahi. Entah apa pula dengan kawannya yang seorang ini. Pagi-pagi lagi terus sapanya tanpa memberi salam. Dan lagi satu, dia tidak perlu menunggu Nurul pada pagi itu seperti kebiasaannya.
"Apa yang betulnya?" mereka berdua berjalan seiringan untuk ke sekolah.
"Tentang slogan tu. Tak berjaya. Dan kau juga betul tentang Nazrul tiada slogan. Semalam dia telefon aku dan ganggu tidur malam aku dengan soalan yang pelik. Kau tahu, dia cakap, dia pelik sebab aku tak ganggu tidur dia. Dia telefon aku semata-mata nak tanya soalan tu," beritahu Nurul kepada Sofea.
"So?"
"So? Kau betullah. Orang macam dia akan terus kacau hidup aku walaupun aku tak kacau hidupnya dan macam mana kau tahu yang dia akan kacau hidup aku walaupun aku tak kacau hidup dia?" tanya Nurul yang tidak puas hati sejak malam tadi. Hendak sahaja dia menelefon Sofea dan bertanya tentang itu tapi dia tidak mahu menganggu tidur Sofea pula.
"Itulah dinamakan peperangan cinta," jawab Sofea selamba.
"What?"
"Dua orang yang ego tak mahu mengaku yang perasaan masing-masing cuba mengambil perhatian kedua belah pihak. Dah menjadi tugas kau untuk kejutkan Nazrul yang memang suka tidur dan tiba-tiba sahaja kau berhenti kejutkan Nazrul dan Nazrul pula rasa tak aman sebab kau dah tak kejutkan dia dan dia akan ganggu hidup kau walaupun dia tiada point nak bertekak apa dan dia akan cari point yang ada. Contohnya, dia call kau tengah-tengah malam sebab nak tanya kenapa kau tak ganggu tidurnya langsung tapi alasan sebenarnya adalah dia nak cakap dengan kau," terang Sofea panjang lebar membuatkan Nurul menggaru kepalanya biarpun dia memakai tudung.
"Aku masih lagi tak faham."
"Secara ringkasnya, dia sukakan kau," beritahu Sofea. "Takkan itupun kau tak boleh nak pick up lagi. Lelaki macam dia memang jenis yang susah nak beritahu perasaannya pada perempuan yang dia suka. Dan mungkin dia sendiri tidak tahu yang dia benar-benar sukakan kau. Kalau betul, dia sendiri pun tidak tahu dia sukakan kau, ini bermakna ada masalah dalam hubungan korang berdua sebab sampai bila-bila pun dia akan terus macam ni. Kau kena sedarkannya."
"Aku dah tanya dia pasal ni tapi dia nafikannya. Dia gelarkan aku Mak Cik dan kuat membebel tak tentu pasal. Itu ke kata-kata sweet kalau dia minat dekat aku?" Nurul masih lagi tidak puas hati.
"Lelaki macam dia memang tak reti cakap kata-kata sweet. Kau kena tahu semua tu. Tak semuanya lelaki dalam dunia ni romantic macam drama Korea yang kau tengok selama ni. Dan jangan fikir Nazrul akan berubah menjadi romantic suatu hari nanti."
"Kenapa?"
"Sebab bila lelaki macam dia berubah menjadi romantic, dia akan goda orang yang macam kau sehingga kau nak kahwin dengan dia juga pada masa tu," ujar Sofea lagi. Nurul terdiam. Dia kurang faham apa yang kawannya sedang bercakap tadi.
"Sekarang, lupakan apa yang dia anggap kau sebagai apa dan tumpukan perhatian pada perasaan kau. Dan soalan aku, adakah kau cinta pada Nazrul?" tanya Sofea lagi. Nurul terdiam. Soalan Sofea yang begitu senang boleh membuatkan dia kaget sebentar. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dijawabnya.
"Nampaknya kau tak dapat jawab. Kau ada banyak masa lagi nak menjawabnya."
"Kenapa aku selalu terima soalan yang merumitkan?" tanya Nurul kepada dirinya sendiri sambil mengeluh lemah. Dia sendiri tidak dapat menjawab soalan dari Sofea tentang perasaannya terhadap Nazrul. Apa yang pasti lelaki itu suka sangat menyakitkan hatinya. Tapi ada kalanya dia berasa simpati dengan Nazrul.
Sejak ketiadaan Nazrin, Nazrul memang banyak menyendiri. Bila tiada orang menegurnya, Nazrul akan duduk di hujung dan berdiam diri dan kadang-kadang akan tidur. Dia tahu, Nazrul mesti tidak dapat menerima ketiadaan Nazrin tapi setiap kali dia datang untuk membuat lelaki tu gembira, dia pula sakit hati. Mesti ada sahaja benda yang hendak mereka gaduhkan. Dan kadang-kadang, pasal air mineral pun hendak bergaduh.
Benarlah kata Sofea, kedua-duanya memang ego. Dua-dua tidak mahu mengalah dan dua-dua tak mahu bertolak ansur dan kesudahannya dua-dua sakit hati. Kalaulah begini hubungan mereka sampai ke akhir tahun ini mungkin dia boleh jadi gila. Gila hanya kerana bengang Nazrul tidak mahu mengaku kalah.
"Tapi, kalau kau betul ada perasaan pada Nazrul, kau memang bertuah," kata Sofea tiba-tiba setelah sekian lama mereka mendiamkan diri.
"Kenapa?"
"Sebab kalau Nazrul tu popular macam Rezza ataupun Fiq, gerenti kau takkan hidup aman di sekolah ni. Aku tahu, orang lain gembira kalau dapat lelaki yang hebat seperti mereka berdua tapi sebenarnya kita akan tertekan bila perempuan lain memuja-muja teman lelaki kita. Dan sebab itulah aku kata kalau kau couple dengan Nazrul, kau memang bertuah sebab dapat bercinta tanpa diserang peminat fanatik Nazrul."
"Mereka berdua memang ramai peminat," akui Nurul. "Tapi kenapa aku mesti bertuah kalau aku ada perasaan pada Nazrul pun? Dia tu dahlah suka tidur, menyakitkan hati aku hari-hari dan langsung tak handsome. Memang patut pun dia tak ramai peminat. Orang macam tu, mak cik tidur tepi jalan pun tak minat."
"Mak cik, kau tidur tepi jalan ke semalam?" sapa seseorang di belakangnya. Nurul pantas berpaling dan melihat Nazrul tersengih-sengih di belakangnya. Serta-merta, hatinya panas apatah lagi melihat Nazrul tersengih memerlinya. Rezza yang turut berada di situ tidak mampu berkata apa.
"Aku bukan mak ciklah!" hampir bergema sekolahnya dengan jeritannya itu. "Tak guna cakap dengan orang tak de perasaan macam kau ni!" terus dia mengangkat kaki melangkah masuk ke perkarangan sekolahnya. Sofea hanya menggeleng. Entah macam mana dia hendak sedarkan mereka berdua ini dia pun sudah kehabisan idea. Kalau cakap kias-kias lagilah mereka berdua takkan faham tapi bila cakap terus terang, lagi diputar belitkan kenyataan.
"Aku tegur pun nak marah. Datang bulan ke?" Nazrul mengaru kepalanya dan kemudian memandang Rezza yang sekadar menggeleng.
"Kenapa?" tanyanya.
"Aku suruh tegur dia dengan baik yang kau tegur dia macam tu kenapa? Memang patut pun Nurul naik angin," balas Rezza sudah tidak mampu hendak mengajar kawan baiknya itu. "Kali ni tak de ayam golek lagi."
"Hah?! Tapi kau dah janji yang kau nak belanja makan ayam golek kalau aku tegur Nurul hari ni. Aku dah tegurkan tadi."
"Itu bukan tegur tapi tu cari gaduh," balas Rezza.
"Dia yang nak cari gaduh dengan aku kenapa pula nak salahkan aku?" Nazrul mendengus marah. Tak pasal-pasal dia kehilangan ayam golek yang menjadi kesukaannya.
memang best cerite die.. tak sesabar nak tunggu sambungannyer.. tp klau dpt pkwe cm nazrul kan best... suke mnyakat tp still dpt mnawan hati.. uwaaahhh!! BESTNYE!!
besh gilew... byk kli dah tgelak bce ctew nyh.. cpt2 skit cambung yew!! n gud lark 4 da next story... i hope it's da bes!!! fighty!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
heh....tergelak2 ak bace..
emmm....ok,ar jugak...nice..