Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Elina mengutip cd dengan hati berang. Dia kemudian menyusun kembali berpuluh-puluh cd itu di almari.
"Daniel-senpai, jangan sepahkan cd lagi atas lantai. Kalau terpijak, kaki boleh luka," kata Elina lembut. Daniel yang sedang duduk di di hadapan guitarnya hanya berlagak selamba.
"Tiada siapa yang akan pijak," jawab Daniel. Elina mengeluh perlahan sebelum kembali menyusun cd itu. Mereka berlima ini memang suka membuat sepah. Selepas makan, tidak pernah dibersihkan dan sampah dibiarkan di atas meja sahaja. Ruang tamu pula menjadi sebegitu kotor kerana melepak di situ selepas habis latihan. Selepas menyepahkan barang, tidak pernah mahu dibersihkan.
"Ahn nyong ha sae yo(Hi)," Ken datang menghampiri Elina bersama dengan guitar di tangannya.
"Ahn nyong ha sae yo," jawab Elina. Ken kadang-kadang bertutur bahasa korea dengannya dan dia tidak kisah kerana dia sempat belajar bahasa korea dari ayahnya dulu.
"Wu dan yang lain tak datang lagi?" tanya Ken. Elina mengangguk.
"Diorang pasti ada hal nak bincang dengan Cikgu Zul. Lepas ni pasti diorang sampai," kata Elina. Kini, sudah hampir tiga minggu dia menjadi pembantu kumpulan X-Music. Walaupun pada mulanya susah, dia sudah dapat biasakan diri. Dia juga sudah mula dapat bergaul mesra dengan ahli kumpulan ini kecuali Lee. Entah kenapa, jejaka itu asyik dingin dengannya. Malah, dia juga yang paling jarang bercakap antara mereka berlima. Pelik betul!
"Apa yang diorang bincangkan?" tanya Daniel pula. Dia juga datang menghampiri Elina. Serta-merta Elina mengangkat bahyu.
"Entah, saya pun tak tahu. Eh, kenapa tak tukar pakai glasses lagi? Tak bagus untuk mata," kata Elina. Ken dan Daniel segera berlalu sebelum kembali semula dengan memakai glasses. Elina tersenyum melihat mereka. Dia betul-betul syok dengan glasses. Mungkin sekarang dia juga sudah jadi kipas susah mati kumpulan X-Music tapi hanya apabila mereka memakai glasses!
"Daniel-senpai, awak akan cederakan kaki awak," Elina menarik Daniel dari terus memijak cd yang bertaburan di lantai. Daniel kelihatan terkejut dengan tindakan Elina.
"Wakaru deshou(Kan saya dah kata). Cd ni boleh cedarakan kaki awak. Mujur awak tak sempat pijak," kata Elina. Daniel segera menjauhkan diri dari Elina. Wajahnya ditundukkan.
"Yelah-yelah. Aku kemaskan. Urusën-dayo!(Kau bising betul)," Daniel tunduk untuk mengutip cd yang bertaburan. Elina tersenyun kecil turut melakukan hal yang sama. Ken juga turut membantu.
"Kan dah siap. Tak susah pun. Awak cuma perlu keluarkan sedikit tenaga," ujar Elina dengan senyuman. Daniel mencebik sebelum berlalu ke arah guitarnya.
"Awak mulalah latihan dulu. Saya nak kemaskan ruang tamu," kata Elina pada Ken. Dia kemudian berlalu ke arah ruang tamu. Belum sempat dia memulakan kerja, pintu sudah ditolak dari luar.
"Konochiwa!" Ryosuke menjerit. Elina tersenyum melihat Ryosuke dan Wu datang menghampirinya. Dia memang jarang dapat bertemu dengan mereka berlima pada waktu persekolahan. Mereka ini memang jarang-jarang boleh dijumpai. Mungkin disebabkan para pelajar perempuan akan menjerit dan melopongkan mulut setiap kali memandang mereka. Elina terfikir juga dulu, kemana mereka menghilang setiap kali waktu rehat. Rupa-rupanya, mereka lepak di bilik muzik ini sebelum ke kelas mereka semula. Oh ya, untuk pengetahuan para pembaca, mereka ini sekelas.
"Ken dan Daniel dah sampai?" tanya Wu. Elina mengangguk sambil memasukkan tin minuman yang kosong ke dalam beg plastik.
"Mereka dah sampai dari tadi lagi," kata Elina. Selepas itu, Ryosuke dan Wu berjalan beriringan ke tempat latihan mereka. Elina meneruskan kembali kerjanya. Beberapa minit berlalu, pintu ditolak sekali lagi. Tersembul Lee dari balik pintu. Elina meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan lelaki itu. Lebih baik begitu kerana Lee bukannya mesra sangat dengannya. Malah lelaki itu kelihatan membencinya. Ada sahaja sindiran dan kata-kata dingin yang keluar dari bibir merah lelaki itu. Mungkin kerana dia telah memecahkan guitar kesayangan Lee. Hm, malang betul.
**********************************
"Elina, kau nak pergi beli lunch ke?" tanya Ken. Elina yang sudah berada di hadapan pintu menghentikan langkahnya.
"Ya. Kenapa?" tanya Elina. Ken tersenyum lalu mengisyaratkan dengan tangannya agar Elina mengikutnya. Elina hanya menurut. Ken membawanya ke bilik latihan. Keempat-empat ahli kumpulan X-Music sudah menghentikan latihan dan sedang duduk di atas lantai sambil berborak.
"Kochi koi-yo!(Datang ke sini)," Wu nenepuk lantai di sebelahnya. Elina tersenyum lalu duduk di sisi Wu.
"Nani-yo?(Awak nak apa?)" tanya Elina. Dia memandang sekeliling. Baru dia perasan, Lee juga duduk hampir dengannya. Lee kelihatan langsung tidak memperdulikan kehadirannya. Mereka semua juga sudah memakai glasses. Elina sedaya upaya mengawal diri agar tidak tersenyum dan berangan. Hehehe...
"Kami ada persembahan minggu depan," kata Wu. Elina membulatkan mata teruja.
"Betul ke? Di mana?" tanya Elina tak sabar. Sejak dia menjadi pembantu kumpulan X-Music ini, inilah kali pertama mereka akan mengadakan persembahan.
"Sekolah menengah M. Ini kali kedua kami ke sana," jawab Ryosuke. Elina tersenyum.
"Baguslah. Jadi, ada apa-apa ke yang saya kena buat?" tanya Elina. Mereka semua terdiam.
"Tak ada apa-apa sebenarnya. Pakaian kami dan semuanya sudah diuruskan oleh Zul-sensei. Cuma, awak perlu datang bila persembahan itu," kata Wu. Elina tersentak.
"Saya datang ke persembahan awak? Kore de ii no?(tak apa ke?) " tanya Elina. Wu dan Ryosuke mengangguk. Elina mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tidak rasa dia patut mengikuti persembahan mereka sekalai lagi. Kali pertama pergi, ia sudah menjadi antara kenangan paling teruknya.
"Er, kalau saya tak pergi, tak apa ke?" tanya Elina sembil mengurut perlahan lehernya.
"Kenapa? Kau tak suka tengok persembahan kami ke?" tanya Daniel. Sekali lagi Elina tersentak. Dia serta-merta menggeleng.
"Taklah. Persembahan awak semua bagus cuma saya tak suka tempat sesak. Saya boleh pening kepala," kata Elina. Wu tersenyum.
"Awak di belakang tabir. Tak perlu beresak-esak dalam dewan itu," kata Wu. Elina tersenyum kelat. Hendak tak hendak, terpaksalah dia pergi.
"Baiklah. Di belakang tabir, taklah teruk sangat," kata Elina. Dia sedaya upaya tersenyum.
"Saya kena pergi sekarang. Nanti terlambat pula awak semua makan lunch," kata Elina lembut. Dia mula bangun. Wu juga bangun.
"Saya pergi dengan awak," kata Wu. Elina tersentak.
"Tak perlulah. Kan awak perlu berlatih. Awak akan ada persembahan nanti," ujar Elina namun Wu sudah mula melangkah. Elina segera mengikuti langkah Wu.
"Kami dah lama berlatih. Lagipun, hari ini mereka semua hanya nak tengok persembahan kumpulan lain. Jadi, lebih baik saya tolong awak," kata Wu. Elina tersenyum. Mereka berdua keluar dari bilik muzik itu. Serta-merta Elina teringatkan sesuatu.
"Wu-senpai, glasses awak. Awak tak nak tanggalkan ke?" tanya Elina. Wu menggeleng.
"Tak perlu. Tak ada orang di sekolah sekarang," kata Wu. Elina hanya tersenyum.
***************************** "Boleh saya tanya sesuatu?" Elina bersuara. Wu yang berjalan beriringan dengannya memandangnya.
"Tanya apa?" Wu bertanya pula. Elina mengetap bibir.
"Er, barang-barang dalam bilik muzik tu, awak semua dapat duit dari mana beli? Dengan duit sendiri ke?" tanya Elina serba-salah. Sebenarnya dia tiada niat untuk menyibuk tetapi kecurigaanya sudah tumbuh sejak kali pertama memasuki bilik itu pada kali pertama lagi. Dari mana mereka mendapatkan itu semua? Wu yang mendengar soalannya ketawa kecil. Nampak comel ditambah dengannya yang memakai glasses, bertambah-tambahlah comelnya di mata Elina.
"Tu je ke yang awak nak tanya? Kenapa tak tanya dari dulu lagi?" Wu mengajukan soalan kepadanya pula. Elin mengurut lehernya perlahan. Soalannya masih tidak berjawab.
"Er, saya tak mahu awak semua ingat saya ni penyibuk," kata Elina perlahan. Entah Wu boleh mendengar atau tidak. Wu tersenyum.
"Jadi sekarang awak tak kisah jadi penyibuk?" Wu menduganya sambil memandang tepat wajahnya.
"Er, saya…," Elina mengetap bibir. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya. Sekali lagi tawa Wu terburai. Elina mengerutkan kening. Apa yang lucu?
"Kami dapat duit beli itu semua daripada setiap persembahan yang kami anjurkan," kata Wu apabila tawanya terhenti. Sekali lagi kening Elina berkerut.
"Macam mana? Kan persembahan itu percuma," tanya Elina lagi. Setahunya, sesiapa sahaja dapat menghadiri persembahan X-Music tanpa membayar apa-apa. Wu tersenyum.
"Awak memang bukan peminat kami, kan?" tanya Wu sambil membetulkan kaca matanya dengan jarinya. Cute betul!! Tapi Elina serba-salah untuk menjawab soalan Wu itu.
"Er, ya," jawab Elina terus-terang. Wu kelihatan langsung tidak terusik dengan jawapannnya itu.
"Saya dah agak. Dari gaya awak pun saya dah tahu. Pelik, kenapa awak tak seperti para peminat kami yang lain?" tanya Wu. Elina mendiamkan diri seketika sebelum tersenyum.
"Jadi, awak nak saya jadi macam mereka? Menjerit-jerit macam orang histeria bila jumpa awak semua? Atau saya puja awak semua macam putera raja?" tempelak Elina pula. Wu ketawa kecil.
"Ya, saya mahu begitu," kata Wu dengan begitu perlahan.
"Apa yang awak cakap tadi? Saya dengar tak jelas lah," ujar Elina. Wu menggelengkan kepalanya.
"Sudahlah. Sekarang awak jawab soalan saya tadi," kata Elina sambil mempercepatkan langkahnya. Wu juga begitu.
"Semua peminat kami tahu, persembahan percuma hanya kami anjurkan di sekolah ini sahaja. Di tempat lain, kami mengenakan bayaran," jawab Wu. Serta-merta lengkah Elina terhenti.
"Apa?! Tapi mengapa?" soal Elina tidak percaya. Wu tersenyum kecil.
"Agar kami boleh gunakan bilik muzik tu," jawab Wu dekat dengan cuping telinganya. Elina segera menjauhkan diri. Tidak selesa diperlakukan sebegitu.
"Er, saya dah faham sekarang," semakin laju langkah Elina sehinggakan Wu terpaksa berlari untuk menyainginya.
"Okay, kita dah sampai," kata Elina sambil matanya memandang restoran besar di hadapannya. Wu turut memandang restoran itu.
"Hm, boleh tahan. Ini kali pertama saya datang ke sini," kata Wu. Elina memandang Wu tidak percaya. Tak pernah ke sini? Sedangkan lelaki ini memakan makanan di sini hampir setiap hari!
"Tak pernah?" tanya Elina. Wu mengangguk.
"Tak pernah. Hm, sekarag kita patut order," kata Wu. Elina menggelang.
"Tak perlu. Saya dah tempah. Hanya perlu ambil sahaja," ujar Elina. Wu memandangnya tepat.
"Awak tempah tak lunch untuk awak?" tanya Wu. Elina serba-salah. Dia sememangnya tidak pernah menggunakan kad kredit X-Music untuk dirinya. Kenapa? Untuk mengelak makan bersama mereka semua!
"Er, tak," jawan Elina. Wu memandanganya tajam.
"Mulai hari ini, ya!" kata Wu sedikit keras.
"Tapi makanan di sini mahal," kata Elina. Wu memandangnya tepat.
"Takaku temo ii n da!(Saya tak peduli tentang harganya!)" kata Wu tegas. Elina mengeluh perlahan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bukan dah download ker citer ni minggu lepas. same jerk....