Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PUTRISYA mengalihkan pandangannya ke lain. Matanya terasa penat kerana lama memandang skrin komputer. Kalau sudah asyik menaib, dia boleh tahan berlama di hadapan komputer tanpa memikirkan kesihatannya. Apabila Putrisya menggeliat, baru pinggangnya terasa sakit.
Dia bediri dan menuju ke tingkap. Merihatkan mata dengan memandang suasana malam. Angin malam menyapa wajahnya. Terasa dingin sekali.
Deringan telefon bimbitnya mengganggu ketenteraman. Dengan malas Putrisya mencapai telefonnya. Sambil kembali ke sisi tingkap, dia menekan butang answer tanpa melihat nombornya terlebih dahulu.
"Assalamualaikum..."
Bagai terhenti degupan jantung Putrisya apabila mendengar suara di hujung talian. Tidak tersambut rasa salam yang diberi. Matanya terpejam menahan getaran di dadanya. Angin malam yang dirasakan dingin sebentar tadi bertambah dingin mencengkam jiwanya. Lantas dia menggigil. Entah kerana kedinginan atau kerana debaran?
"Assalamualaikum... Putri ke tu?" Suara di hujung talian bergema lagi.
Tidak terasa ada air hangat yang mengalir dari celahan mata Putrisya yang tertutup itu. Lebih-lebih lagi apabila suara itu memanggilnya dengan panggilan Putri.
Seingat Putrisya selain sahabatnya, Aisha yang memanggilnya dengan panggilan itu, memang ada seorang lagi yang dikenalinya, turut gemar memanggilnya dengan nama yang sama. Tetapi itu lama dahulu. Kenyataannya sekarang panggilan serupa itu kedengaran lagi dari suara orang yang sama.
"Tak sudi ke nak menjawap? Maaflah kalau mengganggu..."
Putrisya dikejutkan dari hayalan. Lekas-lekas dia menghapuskan airmatanya sebelum menjawap.
"Wa\'alaikumsalam..."
Kedengaran satu keluhan di hujung sana. Mungkin lega apabila salamnya sudah bersambut.
"Masih ingat lagi tak?"
Putrisya tersenyum mendengar soalan pemanggil itu.
"Siapa yang boleh lupa dengan... Encik Danial Imani..."
Bergetar suara Putrisya menyebut nama itu. Nama seorang pemuda yang pernah bertahta di hatinya satu ketika dahulu. Dan masih kekal di hatinya hingga saat ini, andainya Danial tahu.
Di hujung sana, Danial seakan mendengar getaran pada nada suara Putrisya. Dia faham apa yang Putrisya rasa saat ini. Keraguannya terhadap penerimaan Putrisya atas percubaannya untuk menelefon, silap sama sekali. Ternyata Putrisya tetap sama seperti yang dia kenali dahulu. Lembut dan tenang menerimanya setelah apa yang dia lakukan terhadap gadis itu selama ini.
"Dani tak tahu pengucapan apa lagi yang sesuai untuk digantikan, selain kekata maaf. Rasanya Putri dah jemu dengar kata maaf tu kan...? Kalau ada kekata lain yang lebih sesuai, itulah yang ingin Dani minta dari Putri... Maafkan Dani..."
Di situlah letaknya kelemahan Putrisya. Biar ditinggal pergi beberapa kali oleh orang yang sama, namun Putrisya tidak mampu berbohong pada diri sendiri bahawa dia juga mengharapkan Danial kembali lagi.
"Putri yang seharusnya minta maaf pada Dani. Kerana sekian lama kita kenal, Putri masih lagi belum berjaya memahami kehendak Dani..."
Itulah sifat Putrisya yang sangat Danial kagumi. Sentiasa mencari kekurangan diri sendiri bagi menutup keaiban orang lain. Sifat itulah yang menjerat hati lelakinya dari berpaling pada gadis lain. Walau pernah cuma sementara, pada Putrisya juga dia berbalik akhirnya.
"Jangan kata begitu, Putri. Dani berterima kasih kalau Putri dapat terima Dani semula.. Walaupun hanya sebagai sahabat pada Putri."
Benarkah kata hatinya sama seperti yang terluah? Danial mungkin mengharapkan kemesraan yang seperti dahulu. Namun dia tidak mahu memaksa Putrisya untuk kali ini. Cukuplah selama ini dia menderita memendam perasaan akibat perbuatannya sendiri meninggalkan Putrisya dahulu. Rindunya pada Putrisya tidak dapat ditahan lagi.
Sebenarnya sudah berapa kali Danial memikirkan cara terbaik untuk menghubungi Putrisya. Takut sekiranya dia tidak diterima lagi. Rindu yang membangkitkan semangatnya untuk mencuba. Percubaannya tidak sia-sia. Rupanya memujuk Putrisya tidaklah sesusah yang disangka. Gadis itu masih pemaaf seperti dahulu.
Namun jauh di sudut hati Danial, ada satu perkara yang perlu diselesaikan terhadap gadis itu. Buat masa ini Danial perlu bersabar kerana perhubungannya dengan Putrisya masih di tahap awal sebuah perdamaian. Sebolehnya Danial tidak mahu melukakan hati Putrisya lagi.
Kedengarannya seperti ada kejujuran pada kata-kata Danial. Apakah kerana memang Danial benar-benar rasa rindu dan ingin berbaik semula dengan Putrisya? Atau kemunculan dan pemergian Amira menjadi penyebab?
Bersambung.. Insya-Allah
p/s Terima kasih pada teman pembaca yg sedia menanti.. dan sabar menanti sambungannya lagi.. Selamat membaca..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nape pendek sgt?tk sempat mata nak berkelip..huhuhu