Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Yasmin melihat jam di tangan. "Mana minah, ni! Dah lebih setengah jam tunggu. Pergi ke tandas ke buat tandas?!!" rungut Yasmin. Mereka yang lain masing-masing mengeluh di dalam kereta menunggu ketibaan Dania.
"Dia tengah buat plan dengan Majlis Perbandaran Kuala Lumpur kot nak bina tandas baru.. Tu yang lambat tu, hehehehe.." gurau Lily. Yasmin menjeling. Sempat pula minah ni nak buat lawak.
"Tu kakak!!" jerit Daniel di dalam kereta. Mata masing-masing memandang ke arah Dania yang sedang berjalan sambil tersengih menghampiri kereta. Yasmin membuka cermin kereta apabila Dania mengetuknya.
"Kau ke mana?" tanya Yasmin tak puas hati.
"Sorry, beb! Aku cari tandas tak jumpa tadi. Perut aku ni memulas-mulas pulak! Tu yang buat dua kerja terus tu! Hehehehe.." tipu Dania.
"Banyak la alasan kau. Masuklah!" arah Yasmin. Dania segera membuka pintu kereta lantas memboloskan diri ke dalamnya. Kereta mula bergerak meninggalkan Stadium Merdeka yang semakin sunyi. Dania memandang ke arah stadium.. dia takkan lupakan memorinya bersama Arziril hari ini.
******************************
"Apa mimpi kau baik sangat melayan budak perempuan tadi?" tanya Marzuki setelah Dania keluar meninggalkan mereka. Arziril hanya tersengih.
"Saje, je. Diakan peminat aku" ujar Arziril. Dia segera ke sofa semula untuk menyambung tidurnya.
"Peminat? Selama ni jarang aku tengok kau layan peminat begitu baik macam tu. Apa.. kau minat dekat budak perempuan tu, ke?" uji Marzuki. Arziril hanya senyum. Biarlah benda ini menjadi rahsia. Kalau diberitahu takut tersebar luas pulak! Dunia hiburan memang tak boleh lari dari gosip tapi kalau gosipnya dengan Dania, dia memang tak kisah cuma.. mungkin belum tiba masanya untuk dia memberitahu sesiapa lagi. Masih panjang jalan cerita yang perlu dilaluinya. Kalau la Dania tahu siapa dia, tentu sukar baginya untuk membahagikan masa antara cinta dan kerjaya. Cinta!? Hahaha.. Adakah Dania cintakan dia? Lelaki yang lurus bendul, bengong dan dungu macam Ariel? Kalau Arziril.. jangankan Dania, ¾ gadis kat Malaysia ni gilakan dia. Tapi, dia tetap sayangkan gadis itu.. sampai bila-bila! ‘Aku harap satu hari nanti, biarlah Dania yang menyayangi Ariel dan bukannya Arziril’, bisik hatinya mengharap.
******************** Malam itu selepas mandi Dania segera mencapai seluar jeansnya. Dia menyeluk poket. Berniat untuk mengambil kertas yang diberikan oleh Arziril Ryan tadi. Kertas tersebut masih lagi terlipat dengan sempurna. Dia tersenyum lantas membukanya.
To cute little girl.. Good luck for whatever you do! Selalu-selalu la tersenyum kerana senyuman awak boleh membahagiakan orang disekeliling awak! Hargailah seseorang yang pernah menyayangi diri awak! Take care and happy always!
Lots of love, Arziril Ryan......
Dania tersenyum. Dia begitu tertarik dengan ayat ‘Hargailah seseorang yang pernah menyayangi awak’. Siapa yang menyayanginya? Adakah Arziril sendiri? Hahaha.... berangan lebih-lebih pula dia kali ini..
Kertas itu disimpan di dalam diarinya. Ianya begitu berharga bagi dirinya. Bukan senang dapat bercakap dan bergambar mesra dengan penyanyi dan penari popular seperti Arziril Ryan. Dania mencapai telefon bimbitnya. Dari satu gambar ke satu gambar ditatapnya. Lelaki itu memang hensem! Untung siapa yang jadi awek dia! Punat telefon ditekan berkali-kali. Gambar semakin berubah dan sehinggalah sampai ke satu gambar yang agak membuatkan hatinya tersentap. Jarinya berhenti dari menekan. ‘Ariel!? Bila masa pula aku tangkap gambar budak bengong, ni? Hish! Buanglah! Menyemak, je!’ rungut Dania di dalam hati. Belum sempat dia menekan butang delete, jarinya kaku. Matanya masih tertancap ke arah gambar Ariel. Inilah satu-satunya gambar yang dia ada. Tiada memori yang ditinggalkan Ariel sepanjang mereka bersama. Takkan dia nak buang begitu saja? Dania menekan semula butang cancel. Benci macam mana pun dia, Ariel tetap lelaki yang istimewa. Lelaki yang sabar, baik, jujur dan penuh dengan keikhlasan. Itulah Ariel..
****************
1999, Dania berteleku di balik pokok mangga yang kian berbuah. Dia menangis. Sedih sungguh rasanya bila dihina sebegitu rupa. Sampai hati Helmi mempermainkan perasaannya. Dia tahu dia tidaklah secantik budak perempuan yang lain. Dia kasar, selekeh dan buruk. ‘Tapi aku ada perasaan..’, rintih hatinya. Kalaulah dia diberikan kekuatan, mahu saja ditumbuknya Helmi lumat-lumat tetapi kerana kasihkan lelaki itu.. hatinya tak sanggup!
‘Hahaha.. cintakan kau? Hello, cik kak.. kita ni budak sekolah lagi la! Baru 10 tahun. Mana main cintan-cintan! Lagipun, dari aku bercinta dengan budak samseng kampung dusun macam kau ni.. baik aku bercinta dengan monyet Pak Rabu tu tahu, tak!?’
Tangis Dania semakin kuat apabila dia mengingati kembali kata-kata hinaan dari Helmi semasa dia ingin mendapatkan kepastian. Tak disangka, lelaki itu berpura-pura menyayanginya. Hanya kerana dicabar oleh kawan-kawan, Helmi sanggup mempermainkan perasaannya.
‘Ya!! Memang betul! Memang aku kasar, perangai macam samseng.. tapi aku perempuan. Aku ada maruah! Aku ada perasaan!’, jerit dia di dalam hati. Matanya bengkak. Dia malu..
"Daniiiaaaaa......!!!" kedengaran suara memanggil namanya. Dania mengangkat mukanya. Ariel? Dania segera menyembunyikan dirinya dari dinampak oleh Ariel. Dia tak mahu lelaki itu nampak keadaan dia yang tak terurus sekarang. Dia perlu bersendirian. "Daniiiiaaa..!!" panggilan itu kembali bertalu-talu namun Dania hanya diam membisu. "Daniaaa.. kau kat mana? Jawablah.." jerit Ariel. Lelaki itu tak putus-putus memanggil namanya. Dania masih cuba melarikan diri dari pandangan Ariel.
Selang dua minit kemudian, Ariel hilang dari pandangan. Dania bangun dari berteleku. Dia keluar dari penyembunyian dan mencari kelibat Ariel. Begitu cepat lelaki itu menghilangkan diri. Dania mengeluh. Lukanya masih belum pulih lagi. Dia benci Helmi! Dia benci lelaki!! Bencciii..!!!
"Kenapa kau tak menyahut panggilan aku?" Dania tersentak apabila terdengar suara itu dari arah belakang. Dia menoleh. Matanya tidak berkelip memandang Ariel yang tersenyum ke arahnya. Sedikit demi sedikit lelaki itu melangkah menghampirinya. "Kau menangis Dania?" tanya dia sekali lagi.
Dania mengalihkan perhatian Ariel dari terus memandangnya. Dia tak mahu Ariel ketawakan dia. Hatinya tega! Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tisu kepadanya. Dia hanya memandang tisu tersebut tanpa mengambilnya.
"Ambil la tisu ni. Kesat air mata kau, tu!" pujuk Ariel.
Dania mengerut dahi. Dia menjeling. Benci melihat sifat kepura-puraan Ariel kepadanya. Entah-entah dah berguni-guni lelaki itu ketawakan dia sebelum ini.
"Tak payah nak tunjuk baiklah, Ariel! Aku tahu kau pun suka aku kena main macam ni, kan!?" herdik Dania keras. Ariel terkejut. Dia menggeleng..
"Aku tak pernah terfikir macam tu sekali, Dania." jelas dia. Dania senyum sinis.
"Habis kau buat apa kat sini!!!?? Nak ketawakan aku!? Nak perli aku sebab Helmi bukan sukakan aku!!? Macam tu?" Dania benar-benar marah. Dia menolak keras badan Ariel sehinggakan lelaki itu hampir jatuh.
"Tidak! Aku takkan ketawakan, Dania. Sekali pun aku tak akan ketawa. Aku faham perasaan kau masa ni! Aku hanya datang nak selami perasaan kau bersama-sama. Itu je..!" Ariel menyangkal. Sumpah! Dia tahu Dania dipermainkan. Dia tak mahu gadis itu terus-menerus berasa sedih!
"Pergilah, Ariel! Biarkan aku sorang-sorang kat sini.." arah Dania. Dia kembali bersandar di balik pokok. Dia memandang ke arah hutan berdekatan. Dia malu nak ke sekolah esok. Tentu kawan-kawan akan gelakkan dia.
"Aku tak kisah kalau itu yang membuatkan sedih kau hilang!" ujar Ariel menyerah. Dania naik angin. Dia tak suka dipermainkan. Lantas ditumbuknya lelaki itu sehingga hidung Ariel berdarah.
"Pergi!!! Aku tak suka kau..!! Budak bodoh!!! Pergilah!! Aku benci tengok muka kau!! Pergi! Pergi! Pergi!" herdik Dania sekali lagi sambil tangannya tak habis-habis memukul Ariel. Tapi.. lelaki itu langsung tidak melawan. Malah dibiarkan sahaja Dania melepaskan perasaannya.
Dania berhenti dari memukul. Dia menangis teresak-esak. Matanya memandang Ariel yang menahan kesakitan. Dia menghela nafas. Dadanya turun naik. Perasaan amarahnya kembali reda. Ariel mengesat darah yang mengalir keluar dari hidung dengan lengan bajunya. Kemudian dia kembali tersenyum.
"Dah puas?" tanya dia dengan muka selamba. Dania diam.
"Kenapa kau tak melawan!?" tanya Dania pula tanpa menjawab pertanyaan Ariel. Memang bengong betul! Ariel cuma tersenyum. Hidungnya kemerahan. Tentu sakit!
"Sebab aku nak kau lepaskan segala-galanya" jawab dia. Dania tersentak! Nak kata bodoh, lelaki ni cemerlang dalam kelas. Tapi..
"Dahlah! Malas aku nak layan kau!" Dania segera bangun. Dia menepuk-nepuk seluarnya untuk membuang kotoran yang melekat. Dia segera meninggalkan Ariel..
"Dania!!" panggil Ariel. Dania berhenti melangkah. Dia menoleh..
"Aku akan sentiasa ada di sisi kau..!!" jerit dia.
‘Bodoh!’ bentaknya dalam hati. Dania segera meninggalkan Ariel jauh ke belakang. Dia tak mahu Ariel. Dia tak mahu lelaki yang lurus bendol macam Ariel!! Yang lembik dan tahu menyerah segalanya.
eee nape la dania ni bengong sangat.. aduhai!! ariel punye la sayang kat die.. ish.. aku yg touching!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
writter cepat smbung..
xsabaq nk tau ending nie..
yes aku owg 1st comment..