Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tengok tu, macam kera sumbangkan dia tu, tak reti cari kawan lepas tu selalu bersendirian kan?" Terdengar suara-suara sumbang mengutuk dirinya seperti selalu.
"Ha’ahlahkan, langsung tak pandai bergaul, esok-esok silap haribulan dia mati pun sorang-sorang.. kah..kah..kah..!" terdengar pula seorang lagi menyambung.
Dia tidak peduli, dia sememangnya sudah lali dengan kutukan begitu di pendengarannya. Langkah kaki diatur pantas menuju ke dewan kuliah, meninggalkan kumpulan manusia yang masih tak habis-habis beri pahala free pada orang. Ya lah kalau dah namanya mengumpat sia-sia sahaja pahalanya melayang kepada mangsa yang diumpat.
"Vee..!" terdengar namanya dipanggil dia tersentak seketika, tapi langsung tidak memberhentikan langkahnya , terus berjalan tanpa sedikit pun berpaling melihat siapakah gerangan yang memanggil namanya itu.
Termengah-mengah Iman Syukri mengejar langkah gadis itu, dan seperti hari-hari yang sebelumnya, gadis itu langsung tak menghiraukan dirinya.
"Vee.. nantilah dulu, kita saing sekali ke kelas" pinta lelaki itu namun dia langsung tak memperduli, sedikit pun tidak terbit niat untuk berhenti menanti lelaki itu, malah bertambah laju dia mengatur langkah kakinya.
"Vee Auni, kenapalah kau ni sombong sangat, aku cuma nak kita berteman, bersahabat.. tak boleh ke?" akhirnya dia jemu dengan sikap gadis itu yang sentiasa acuh tak acuh dengan kehadirannya akibatnya kemarahan yang dihamburkan.
Sudah tahu aku ni sombong kenapa nak kawan juga, sudah tahu aku ni membosankan kenapa nak dekat juga?, dah terang-terangan aku tak sudi kenapa masih terus mengejar dan buat-buat tak faham? Isk… bila aku tak layan tau pulak marah, sejak bila pula negara ni ada undang-undang yang kita wajib terima persahabatan yang dihulurkan oleh orang lain? Rasanya tak ada kan? So maknanya aku boleh menolak kalau aku tak sudi, lantaklah kau nak kata apa, sebab kau tak tau apa-apa, kau bukannya faham, bukannya berada di situasi aku… biarkan aku sendiri, jangan ganggu aku.. dia membebel geram dalam hati, rimas dengan kehadiran lelaki itu.
"Tengok tu, dia buat tak tahu je apa yang aku cakap,pekak ke apa minah ni?" bebel Iman geram.
"Tak apalah.., hari ni tak dapat, hari lain mesti boleh.. ini aku, semua perempuan mesti cair dengan kekacakan aku" sambungnya, bangga dengan kelebihan diri yang dimiliki, mungkin dia lupa yang segalanya bukan milik dia yang mutlak, hanya pinjaman, bila-bila masa jika Dia menghendaki kembali, segalanya akan hilang..
**************
"Im, macam mana? Berjaya kau tackle minah stone tu?" Brian bertanya, berminat bertanya tentang perkembangan temannya itu.
Memang dia ada mendengar tentang tekad Iman untuk cuba memecahkan tembok dingin milik gadis itu, dan sekarang dia ingin mengetahui perkembangannya pula.
"Entahlah Ian, budak tu betul-betul hati keringlah, tercabar rasanya hati aku ni, setiap kali aku hampiri mesti dia menjauh, memang aura dingin saja yang aku rasa bila dekat dengan dia, macam dah dekat kutub utara pula rasanya.." sempat dia berseloroh dalam jawapannya.
"Hahaha… itulah kau hari tu kau cakap besar lagi, sekarang baru kau tahu tahap kedinginan dia, kau cakaplah apa saja, kau kutuklah pedih mana pun ayatnya, air mukanya mesti tetap saja cool, sedikit pun tak beriak, sampaikan orang kata minah tu tak berperasaan, cuba kau pandang anak matanya, macam kosong seolah tak ada pengharapan.." panjang lebar, beria temannya itu bercerita.
Termenung Iman mendengarnya, hai misteri betullah gadis yang bernama Vee Auni ni, getusnya perlahan.
"Huh bertambah berminat pulak aku dengan budak tu bila mendengar apa yang kau cakap ni Ian"
"Sudahlah, aku nak chow dulu, kejap lagi ada janji nak pergi main bowling dengan Zana dekat One Utama" sambungnya sambil terus bangun dari duduknya terus menggalas beg sandangnya dan berlalu.
Orang macam ni pun ada? Isk pelik betul, perempuan macam itu pun nak dikejarnya, tak faham betul aku.. bebel Brian perlahan apabila melihat Iman melangkah pergi.
*************
Mata yang terlalu degil untuk membawanya ke alam lena akhirnya menyebabkan dia membawa dirinya ke sini, di taman milik keluarganya, menikmati angin malam yang lembut berpuputan.
Semakin lama semakin dirasakan kedinginan bayu malam itu, semakin mencengkam kulit tubuhnya yang hanya disaluti baju tidur kain kapas yang agak nipis, tetapi dia langsung tak mempedulikan rasa itu, belum mahu beredar perasaannya.
Disandarkan kepalanya pada kerusi yang terdapat ditaman itu, kepalanya didongakkan sedikit, sengaja ingin mengintai dada langit, bulan cerah dengan jutaan bintang menghiasi dengan membentuk buruj-buruj indah dan unik… cantik, bisiknya perlahan.
Indah sungguh ciptaanNYA, sehinggakan tak pernah sekali pun terbit rasa jemu dihati ini untuk terus memandang, menikmati lukisan-lukisanMU ya ALLAH, pujinya didalam hati.. Perlahan dia memejamkan mata, bukan sebab rasa mengantuk yang mula hadir, tapi sengaja dia melakukan begitu, ingatannya mula melayang
"Saya tak pernah berjumpa dengan gadis yang terlalu angkuh dan sombong macam awak ni" ujar lelaki itu sewaktu mereka berpapasan ke bilik tutor.
Dan dia seperti selalu, tetap membisu sebagai balasannya, katalah apa saja yang kau suka sampai kau rasa puas dan penat, bisik hatinya.
"Jangan sebab saya terkejar-kejarkan awak, sampai awak perasan diri awak tu istimewa dan cantik" sambung lelaki itu lagi, mungkin sengaja mahu memancing emosinya.
Hisy mamat ni tak reti penat ke, membebel tak henti-henti dari tadi, macam mak nenek sungguh.. Vee mengomel perlahan, terkumat-kamit mulutnya, karang aku tomoi juga dia ni..
"Hello…I am talking to you..cik Vee Auni" mungkin sudah bosan tak diberi sebarang respond olehnya, lelaki itu berhenti dihadapannya menghalang laluannya.
Vee terhenti, wajah lelaki itu dipandang sekali lalu, kacak juga dia ni, tapi kuat membebel, macam perempuan. Vee meletakkan jari telunjuknya ke bibir member isyarat "DIAM" kepada lelaki itu dan Iman dilihatnya terdiam, ternganga dengan reaksinya.
Perlahan-lahan langkah kakinya dilencongkan sedikit, mengelak dari bertembung dengan tubuh sasa dihadapannya, menghalang laluan aku saja.. dia meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.
Rahang bawahnya terasa mahu luruh, cepat-cepat ditadah dengan tangannya, kot-kot nanti jatuh betul kan payah..isk, rasa terlalu berat untuk mengatup mulutnya kembali, masih terkesima, tidak percaya dirinya diperlakukan sebegitu rupa, terasa seperti dimalukan.
"Kurang ajar kau perempuan" bentaknya geram dan agak kuat, sehingga terdengar di pendengaran Vee… biarlah bisik hatinya..
Terasa tiba-tiba ada kain yang menyelimuti tubuhnya, membuatkan Vee sedikit tersentak, lamunannya tentang peristiwa tadi terpecah berderai, dia membuka matanya lambat-lambat.
"Kan sejuk dekat luar ni, lepas tu pakai baju yang nipis, sakit nanti kan susah" Ann Faniza menegurnya perlahan penuh ambil berat.
Dia hanya tersengih mendengarnya, memandang mesra penuh kasih pada wajah satu-satunya saudara yang dia ada selain babah dan uminya.. kakak tersayang.
"Kakak tak tidur lagi?" soalnya sebagai jawapan kepada teguran kakaknya itu tadi.
"Dah tidurlah ni, ni bangun tengah mengigau… hai dah nampak kakak berdiri di sini, lagi mau tanya.." Ann melabuhkan duduknya disisi adiknya itu, dan Vee dengan manja melentokkan kepala ke bahunya, masih seperti dahulu, tak pernah berubah kemanjaan adiknya itu.. perlahan dia memeluk tubuh adiknya..
"Vee dah makan ubat?" soalnya seperti selalu, penuh prihatin dan Vee hanya mengganggukkan kepala sebagai jawapan, lama direnung wajah Ann…
"Kenapa Vee pandang kakak macam tu?" soalnya agak hairan dengan tingkah laku adiknya..
"Kakak… Vee sayang sangat-sangat dengan kakak," luahnya membuatkan Ann terkelu, rasa sebak mendengarnya.
"Ya kakak pun sayangkan Vee, bukan kakak sorang je yang sayangkan Vee, semua orang sayangkan Vee, babah, umi semua sayangkan Vee sangat-sangat.."
"Kakak… Vee rasa sangat tenang kalau Vee pergi sekarang, sebab Vee rasa hidup Vee dah sempurna, dikelilingi dengan orang-orang yang paling Vee sayang dan cinta,"
"Kenapa cakap macam tu dik? Tadi Vee kata sayangkan kakak, ni sekarang Vee kata pula nak pergi tinggalkan kakak, habis siapa yang nak teman kakak lagi? Nak bergurau dengan kakak, nak bermanja dengan kakak, Vee lah satu-satunya adik yang kakak ada," Jari jemari adiknya itu digenggam erat, sungguh dia masih belum bersedia dengan "itu".
"Kakak…" hanya itu yang mampu diucapkan selebihnya dia tak mampu nak ucapkan, dia tenggelam dalam sebak yang bertandang.
Mereka berpelukan seketika, erat.. masing-masing tenggelam dalam sayu, redha dengan takdir walaupun terlalu pahit, pedih untuk diterima.
"Kita masuk ya dik? Sejuk dekat luar ni, nanti demam pula…"
**************
"Tak pernah-pernah sebelum ni aku di reject, rasa tercalar maruah aku ni," Iman membebel geram .
Brian hanya mendengar sahaja, marah benar Iman nampaknya..
"So kau nak buat apa sekarang Im? Lupakan sajalah budak tu, bukannya lawa mana pun dia tu, buang masa kau saja" nasihatnya.
"Lupakan kau kata? No.. no.. no…., ini akulah Im, belum pernah satu pun apa yang aku inginkan terlepas daripada aku"
"Habis kau nak buat apa Im? Kau jangan nak buat benda gila Im" bimbang pula kalau-kalau kawannya itu bertindak di luar pemikirannya, dia ni bukannya betul sangat, suka sangat turut kata hati.
*************
Dia berjalan perlahan-lahan melewati kelas-kelas yang telah kosong tanpa penghuni, itulah terlalu asyik sangat siapkan kerja sampaikan tak sedar masa yang berlalu, hisy seram juga kolej aku ni bila tak ada penghuni, getus hatinya, perasaannya kini terasa seolah seperti di perhatikan tetapi bila dia menoleh tak ada pula kelihatan siapa-siapa, akhirnya Vee mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan..
Dia meneruskan langkahnya kembali, tetapi hanya beberapa langkah sahaja, dia terasa pula seperti diekori, bila dia berpaling tiada pula siapa-siapa, ah pedulilah.. perasaan aku saja kot.. tukasnya, langkah diatur kembali, tetapi dia terasa pula seperti ada yang menghampiri, baru hendak berpaling untuk melihat mulutnya telah ditekup dengan tangan asing,tubuhnya telah ditarik ke salah satu kelas yang kosong yang terdapat disitu.
Tersentak dia bila melihat siapa si pelakunya.. Iman!! Apa yang dia hendak dari aku? Vee mula diserang rasa cemas, wajahnya bertukar pucat tiba-tiba.
"Hari tu bukan main sombong lagi kau ya, sekarang taulah nasib kau, aku nak tengok kau melutut merayu dengan aku hari ni" bengis sekali wajah itu menuturkan penuh dendam.
Vee terkejut mendengarnya, takkan dia berdendam pasal hari tu, dilihatnya lelaki itu semakin menghampiri.
"Biar aku ambil sesuatu yang berharga dalam diri kau" keras sekali nada lelaki itu.
Vee Auni berundur apabila melihat lelaki itu semakin menghampirinya, namun dinding yang wujud menghalang terus dirinya dari terus berundur, peluh halus mula terbit membasahi dahinya, ya ALLAH selamatkan aku..dia memejamkan mata ketakutan memikirkan apa yang bakal terjadi.
Vee sedar dengan kekuatannya yang sedia ada mana mungkin dia mampu menewaskan lelaki itu, tiba-tiba dia mendapat satu akal, serentak kakinya memijak kaki lelaki itu sekuat hatinya, nasib baik aku pakai high heel hari ni..
Terloncat-loncat lelaki itu, berkerut wajahnya menahan sakit… ha padan muka kau.. sumpahnya dalam hati, Vee pantas mengambil peluang yang ada berlari ke muka pintu, tombol di pintu dipulasnya gopoh-gopoh, tapi sayang pintu berselak, berkunci di bahagian atas, mungkin perbuatan lelaki itu tadi, dalam dia terkial-kial untuk membuka pintu, dia terasa ada tangan sasa yang merangkul pinggangnya, tubuhnya terus dihumban pada deretan meja yang terdapat di situ, dia mengaduh kesakitan dan belum sempat dia bangun,pipinya pula telah dilayangkan dengan sebiji penampar yang agak kuat, pijar dirasakan pipinya itu, panas dek penangan lelaki itu, bibir terasa pecah dengan cecair panas mengalir, ditekap tangannya di situ, ya ALLAH darah..Vee mengetap bibirnya merenung geram ke arah lelaki itu..
Iman mencangkungkan tubuhnya di hadapan gadis itu yang masih terduduk, sinis sekali dia memandang wajah gadis itu.
"Sakit?? Heh, sekarang baru kau tau yang langit tu tinggi ke rendah, sekarang cepatlah merayu pada aku.!"Iman membentak kasar dan Vee hanya membisu memandang ke arah wajahnya, wajahnya berkerut menahan kesakitan.
"Oh masih lagi nak berlagak ya? Tak apa, kita tengok sampai bila kau mampu nak bertahan.." ucap lelaki itu dengan senyuman yang nakal dan terlalu menyakitkan matanya.
Perlahan-lahan Iman mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu, namun belum sempat bibirnya mengenai sasaran, dia terasa ada tangan yang melekap menahan kemaraan wajahnya.. sejuk, terasa sejuk tapak tangan milik gadis itu.
"Jangan!" gadis itu menjerit agak kuat..
"Saya… saya.. saya ada HIV" terketar dia memberitahu, akhirnya rahsia yang selama ini dipendamnya terpaksa juga dibongkarkan demi maruah dan harga dirinya.
Terkaku Iman mendengarnya, seperti tak percaya pun ada juga, dilihatnya wajah gadis itu yang bersunguh mengangguk dengan kata-kata sendiri, cuba meyakinkannya.
"Jangan nak tipu aku, orang yang ada HIV mana boleh masuk kolej ni" bentaknya kasar tiba-tiba, masih lagi tak mahu mempercayainya.
"Saya kena ni selepas satu semester jadi pelajar di sini.."
Iman terdiam, memang gadis ni bercakap benar, dia meraup wajahnya kesal dengan tindakan sendiri yang melulu.
"Saya minta maaf, saya tak nak awak berisiko bila dekat dengan saya, tu sebab saya menjauh dengan awak, saya juga menjauh dengan semua orang sebab saya tak mahu dipersalahkan jika ada apa-apa yang terjadi pada mereka-mereka yang rapat dengan saya nanti" lemah dia menyambung, memeberitahu sebabnya mengapa dia selalu bersikap terlalu dingin pada semua.
Ya ALLAH kenapa pula dia yang minta maaf dengan aku? Sedangkan aku yang sepatutnya memohon maaf kepada dia atas kekasaran yang aku lakukan ini, terasa malu pula, rasa bersalah yang teramat sangat pun ada juga.
"Aku minta maaf.." ucapnya perlahan, dia terus berlalu, bukan sebab jijik dengan pengakuan gadis itu, tapi sebenarnya dirinya dirundung malu yang teramat sangat dengan lepas lakunya.
Langkah kaki diatur pantas dengan perasaan yang berbaur, becampur aduk,baru sahaja dia melepasi pintu kelas, Iman terdengar bunyi seperti benda jatuh dan apabila dia menoleh untuk melihat, alangkah terkejutnya dirinya terpandang Vee Auni yang telah rebah terkulai di atas lantai tidak sedarkan diri.
"Ya ALLAH, Vee!!!" dia menjerit terkejut, kalut pun ada juga, pantas dia mendapatkan tubuh gadis itu.
***********
"Semuanya sebab kakak" Ucap Ann Faniza, lebih selesa membahasakan diri sebagai kakak kepada pemuda itu.
Iman Syukri hanya diam khusyuk mendengar cerita wanita itu..
"Kalau kakak tak cuai, mungkin nasib Vee tak akan jadi macam ni"sambungnya lagi.
"Maksud kakak?" Iman menyoal, sedikit tidak sabar bila wanita itu mengambil masa yang agak lama untuk menyambung ceritanya kembali.
"Hari tu kakak ingat lagi, kami baru balik dari jalan-jalan,entah macam mana waktu hendak melintas jalan, telefon bimbit kakak tiba-tiba berbunyi, so kakak angkatlah, tapi tak sedar pula waktu tu ada sebuah kereta yang tengah laju, Vee selamatkan akak, tolak akak ketepi, tapi… Vee yang dilanggar, dia cedera kehilangan banyak darah dan demi nyawanya doktor terpaksa memasukkan darah baru dalam tubuhnya, tapi kami tidak sangka yang darah baru itu sebenarnya telah tercemar", dia tunduk cuba mengawal sebak yang mula menguasai diri, memang begitulah keadaannya setiap kali terkenangkan peristiwa itu, tangisannya pasti mudah terhambur.
Iman mengeluh mendengarnya, kenapa kerana kecuaian orang lain, yang tak berdosa mesti menjadi mangsa? Dia menyoal dirinya sendiri.. Mata dikerling ke arah batang tubuh Vee yang sedang terbaring lena.. aku tak sangka Vee sanggup....
"Oh sayang.., kenapa boleh jadi macam ni?" soal umi kalut, sebaik sahaja tiba dihospital itu setelah dihubungi oleh Iman tadi.
"Vee tak apa-apa umi, Vee cuma pitam sedikit tadi, lepas tu jatuh terhantuk dengan meja di dalam kelas, nasib baik ada Iman tadi" wajah lelaki itu dipandang dengan senyuman lesu dihadiahkan.
Tersentak Iman Syukri mendengar kata gadis itu, kenapa kau tidak beritahu saja perkara yang sebenarnya Vee, kenapa nak lindungi aku, kenapa luhur sangat hati kau…
"Betul Vee tak apa-apa? Babah risau sangat tadi tau.."
"Betul babah.. janganlah risau.." penuh yakin jawapannya.
"Kami punya segalanya, kami ada harta, duit berjuta tapi kami tak mampu nak tukar dengan takdirNYA, betapa kerdilnya kami disisiNYA sebenarnya.." luah Ann Faniza setelah sekian lama mendiamkan diri, membawa kembali dirinya ke alam nyata.
"Kalaulah dengan segala yang kami ada ini mampu menyembuhkan Vee, memang kami sanggup hilang segalanya daripada terus tengok Vee terus terlantar begini.."
Bisu seketika dia mendengarnya, ya ada betulnya kata wanita ini, apalah guna wang berjuta dan harta yang melimpah jika tak mampu menyembuhkan orang yang disayangi.. terasa insaf dia kala itu.
*************
"Vee kenapa pakai glove tu?" soalnya agak hairan apabila melihat gadis itu memakai sarung tangan getah, dah macam doktor bedah saja gayanya tatkala Vee menghidangkan minum petang kepadanya ketika dia bertandang.
Vee hanya tersenyum mendengar soalan lelaki itu,
"Vee takut tangan Vee ada luka, nanti tak pasal-pasal pula Im yang kena" jawabnya tenang bersahaja.
Banyak peristiwa yang berlaku membantu mendekatkan diri mereka, dan Iman Syukri cuba belajar menerima golongan seperti Vee dalam hidupnya, sebab dia tahu, golongan macam itu tetap ada hati dan perasaan, tetap mahu hidup seperti insan lain sebab mereka sendiri pun tidak pernah meminta untuk jadi begitu.
Hubungan mereka juga sering menjadi buah mulut teman-teman di kolej, siapa tidak hairan bila seorang gadis yang dingin macam ais boleh rapat tiba-tiba dengan jejaka pujaan ramai gadis itu, banyak spekulasi yang timbul, tapi.. lantaklah apa mereka nak kata.. nanti bila dah penat diamlah mereka itu..
*************
Cuaca agak mendung hari ini sehingga membuatkan dia memakai baju agak yang tebal sedikit daripada biasa. Dia mengatur langkah pantas, kelewatan membuatkan dia mengambil keputusan menggunakan jalan pintas yang memerlukan dia melalui kawasan sebuah kawasan kolam renang yang terdapat di kolejnya itu, dari jauh dia dapat melihat terdapat sekumpulan gadis disitu yang sedang asyik bercakap dan sekejap-sekejap memandang kearahnya tapi Vee buat tak nampak segala perlakuan gadis-gadis itu, apa yang penting sekarang dia perlu sampai ke kelas tepat pada masanya.
Terlalu ingin sangat cepat sampai ke arah yang dituju sehinggakan dia terlupa memerhati langkah sendiri, dia tidak perasan ada kaki yang menghalang laluannya akibatnya dia tersadung dan tubuhnya terhumban jatuh kedalam kolam renang tersebut.
Terasa seperti seorang badut sarkas yang sedang membuat pesembahan, dan dia pasti teramat-amat pasti yang raut wajahnya telah bertukar merah padam, malu yang sangat-sangat, dia ditertawakan tanpa simpati. Vee Auni tergamam..
"Padan muka kau, siapa suruh rampas hak aku.." sinis kedengaran suara itu dipendengarannya.
Matanya melilau mencari siapakah gerangan pemilik suara itu, Zana..!! ya siapa tidak kenal dengan Zana, ratu dikolejnya dan seorang model yang sedang meningkat naik. Gadis itu kelihatan sedang mencekak pinggang sambil memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan.
Vee Auni sedikit pun tidak membalas herdikan gadis itu, dia berusaha untuk keluar dari kolam itu namun setiap kali dia hampir berjaya, tubuhnya pasti akan ditolak kembali, dia mula menggigil kesejukan.
"Hoi apa yang kamu buat tu hah?" tiba-tiba terdengar satu suara yang memekik agak kuat.
"babah..!" tersentak dia, kenapa babah mesti ada di sini? Selama ini memang dia berusaha menyembunyikan identiti dirinya..tapi hari ini..
"Pengetua..!" hampir serentak mereka bersuara, terkejut dengan kenyataan yang terhampar di depan mata.
"Tak sangka macam ni perlakuan kamu sebagai pelajar kolej, apa kamu ingat anak saya tu badut kamu ya?" marah benar babah nampaknya.
"Vee.." Iman yang muncul bersama babahnya menghulurkan tangan membantunya. Beberapa kali dia terbersin kerana berendam agak lama. Pantas Iman menyelimutkan tubuh Vee dengan baju sejuk miliknya, dipimpin gadis itu kebilik rawatan kolej.
"Ingat sekali lagi you cuba apa-apakan Vee, siap you I kerjakan.." dia memberi amaran keras, sewaktu melintasi tubuh Zana, dia serius, bukan main-main dengan kata-katanya kali ni.
Zana terdiam, terkejut.. dia tidak sangka sampai sebegitu marah sekali Iman atas perbuatannya tadi.
"Vee Auni, anak kepada pengetua kita Dato’ Zikri Mukmin" masing-masing terkejut dengannya perkara yang tidak diduga itu, timbul pula rasa kesal dalam diri mereka..
"Kalau apa-apa terjadi pada anak saya, siaplah kamu semua, Mohammad, awak ambil kad pelajar mereka semua, catat semua id mereka, biar senang nak ambil tindakan kalau ada apa-apa terjadi nanti" arahnya kepada pembantunya yang sedari tadi berdiri diam memerhati.
Diantara semua Zanalah yang paling pucat sekali wajahnya, tulah terlajak perbuatan.. tanggunglah akibatnya.
************
"Bagaimana keadaan Vee doktor?" soal babah tidak sabar.. risau sekali apabila melihat anak itu terlantar tidak bermaya, semuanya gara peristiwa itu sehingga menyebabkan anak itu demam panas.
"Suhu badannya terlalu tinggi, Dato’ pun sedia maklumkan, yang pesakit macam dia sangat-sangat lemah antibodinya, mudah terkena penyakit dan sukar pula untuk sembuh" panjang lebar doktor itu memberitahu.
"Vee maafkan babah.." perlahan disentuhnya jari jemari anak itu dan seperti biasa anak itu tidak pernah menyalahi dirinya, oh Tuhan kenapa kau duga anakku ini dengan dugaan yang berat? Sedangkan aku yang melihatnya pun tidak mampu rasanya..
Pelajar-pelajar yang terlibat hari itu telah pun dikenakan tindakan disiplin dan Zanalah yang menerima hukuman paling berat sekali, dia dikenakan khidmat sosial 3 minggu membersihkan kawasan kolej. Dato’ Zikri tak peduli kalau pelajar yang terlibat berhenti atau lari selepas ini, baginya sekarang Vee lah yang paling penting dan tiada siapa pun boleh menyakiti Vee.
Rasa sebak yang hadir tiba-tiba menyebabkan dia berundur, tidak mahu Vee melihat air mata lelakinya berguguran, namun dia tetap tidak mampu terus menahan rasa sebak itu, akhirnya Dato’ Zikri teresak-esak disebalik pintu wad itu, hilang rasa malu demi anak tersayang, terhenjut-henjut bahunya, buat kesekian kali rasa kecewa itu hadir lagi, kecewa kerana tidak mampu mengubati anak itu.. lama.. sehinggalah dia terasa ada tangan menepuk dan mengusap perlahan bahunya, dan bila dia menoleh dilihatnya Iman berdiri disitu, mata pemuda itu turut digenangi air yang menanti masa untuk tumpah.
"Pak cik, izinkan saya menjadikan Vee sebagai milik saya yang halal.." pohonnya ikhlas.
"Kamu dah fikir masak-masak ke Iman sebelum buat keputusan ni? Jangan sebab rasa belas yang hadir membuatkan kamu buat keputusan terburu-buru, kamu masih muda masih jauh jalan hidup kamu dan pak cik pula tak mahu membebankan kamu dengan keadaan Vee sekarang ni.."
"Saya dah fikir panjang pak cik, 3 malam saya bersolat istikharah dan jawapannya tetap sama, saya yakin dengan apa yang saya buat ni.."
"Kalau begitu yang kamu dah kata, pak cik tak ada halangan bagi pihak pak cik, pak cik bukan apa, pak cik tak mahu kalau-kalau Iman menyesal di kemudian hari dengan keputusan yang Iman buat sekarang ini, tanyalah Vee, apa jawapan bagi pihaknya, pak cik akan ikutkan saja.."
"Terima kasih pak cik, saya akan jaga Vee sebaik mungkin sebagai mana pak cik menjaganya , selagi ada daya saya insyaALLAH…" itu janji hatinya demi Vee.
**************
"Selamat hari lahir sayang…" ucapnya tepat pada pukul 12.00 am, 21 julai sambil menghadiahkan sebuah kucupan mesra didahi isteri tercinta, hari ini hari jumaat, penghulu segala hari dan hari ini bermakna genaplah 9 bulan usia perkahwinan mereka, segalanya ditempuhi penuh warna warni, ada tawa gembira, ada juga genangan air mata..
Sebuah ikatan yang terlahir bukan kerana atas dasar kehendak nafsu, jari-jemari isterinya digenggam erat, tidak pernah sekali pun terlintas rasa geli, jijik tika menyentuh isterinya itu, kerana dia tahu penyakit itu tidak pernah akan merebak melalui sentuhan luaran kecuali jika terdapat luka-luka mungkin akan meninggikan risiko.
"Terima kasih abang, abang lelaki yang baik, Vee doakan abang dapat isteri yang solehah selepas ni.." ucapnya perlahan dengan nada terharu tak tertahan.
"Isk sayang kenapa cakap macam tu? Sayang kan satu-satunya isteri abang ni dan tak akan ada yang lain…" sungguh dia tidak suka andai isterinya membangkitkan hal ini.
"Dah dekat 4 tahun virus ini dalam diri ini dan Vee tau satu hari nanti Vee akan pergi kerana janji Vee padaNYA dan abang berjanjilah dengan Vee, jangan kerana diri Vee abang kena korbankan hidup abang, sebab abang ada hak untuk memiliki bahagia abang sendiri dan Vee pasti Vee akan bahagia dan tenang kalau tengok hidup abang bahagia nanti.." ujarnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang manis buat suami yang paling dicintai, ya senyuman yang mungkin tak akan mampu dilupai oleh Iman Syukri sepanjang hayatnya.
"Dahlah sayang… tidur ya? Kita bincang hal ini lain kali ok.." pintanya, sebab dia belum pernah bersedia untuk kehilangan permaisuri hatinya itu.
Ditariknya tubuh Vee rapat dengannya, membiarkan isterinya lena berbantalkan lengannya bersandarkan pada dadanya.
"Aku cintakan kamu sayang… sehingga akhir helaan nafas ini suamiku.." bisik Vee Auni perlahan. Lafaz syahadah diucapkan sebelum memejam mata….. lena…selena-lenanya.
***************
"Sudahlah Im, redhakanlah dia pergi dengan tenang", pujuk papa dan mamanya, dan babah, umi, Ann dan teman baiknya Brian masing-masing berwajah sugul…
Kalau inilah yang boleh membuatkan sayang tenang, abang redha.. pergilah sayang..abang izinkan.. semoga kita akan bertemu di syurga nanti.. bisiknya perlahan tatkala menatap jasad kaku milik isterinya itu.
Pagi itu dia bangun seperti biasa dan dilihatnya Vee masih seperti semalam, lena berbantalkan lengannya tidak berubah, malah wajah itu begitu tenang sekali dalam tidurnya, mendamaikan mata yang melihat..
"Sayang bangun…dah pagi..solat subuh.." dia menggoyangkan lembut tubuh isterinya, biasanya Vee mudah terjaga bila di sentuh sedikit pun tapi untuk kali ini, isterinya langsung tidak memberikan apa-apa tindak balas, lena sangat agaknya.
"Sayang oh sayang.." digoyangkan tubuh itu sedikit kuat, tapi tetap seperti tadi.
Hatinya kini mula digamit risau, perasaan bimbang mula terbit dan terketar-ketar dia meletakkan jari telunjuknya di hidung Vee, tiada langsung hembusan nafas, diletakkan pula tangannya di pergelangan tangan isterinya, pun tiada denyutan, akhirnya matanya memandang pada dada isterinya tiada langsung kelihatan alunan nafas didadanya kini……………………….
"Ya ALLAH……Vee!!!" raungannya memecah sunyi pagi, dan dia menangis mengongoi tersedu sedan seperti anak kecil yang kehilangan ibunya, hidupnya terasa kosong..dunianya terasa seperti diawang-awangan.
"Innalillahi wainnahi ilaihirajiun, daripadaNYA kau datang dan kepadaNYA kau kembali.. selamat jalan anakku..pergilah menunaikan janjimu kepadaNYA.. " ucap babah serentak tubuh Iman jatuh terjelepok lesu, separuh dirinya telah dibawa pergi kini.
"Cinta suciku ini tak akan pernah terkubur bersama jasadmu itu sayangku, tenanglah sayang ku, abang ampunkan segala dosa-dosamu, bahagialah dalam persemadianmu.. abang akan sentiasa doakanmu.."
The END.. Dedikasi buat semua, sahabat dan juga teman, jangan pernah memandang hina golongan ini, beri peluang mereka hidup bermasyarakat sebab kadang-kadang mereka jadi begitu bukan atas kehendak mereka tapi mungkin adalah atas kesilapan orang lain.
"Hui... penatnya!" keluh Kaisara sebaik keluar dari gelanggang futsal. Air di dalam botol diteguk rakus. Kemudian, dia mengambil tuala untuk mengelap peluh yang meleleh di dahi dan leher. "Nanti nak main lagi?" soal Diana lalu duduk di sebelah Kaisara. "Esok-esoklah! Tak larat aku nak main lagi," jawab Kaisara dengan suara sedikit mengah. "Yelah, bukan sekarang maksud aku!" jegil Diana. Kaisara tersengih. "Weh, jom balik! Aku nak tengok TV pula lepas ni." Kaisara mula mengemas barang-barangnya. "Cerita apa petang-petang macam ni?" Diana ikut mengemas. "Slot Akasia." "Itu bukan lagu The Faboulos Cats ke?" Diana bertanya bodoh. "Slot Akasia TV3 tulah!" Kaisara menjegil geram. Diana tersengih malu. Dia terus membuntuti langkah Kaisara untuk ke tempat parkir kereta. Sampai di Honda City berwarna silver, Kaisara menekan penggera kereta. Pintu kereta dibuka tapi... "Eh, apsal tak boleh buka ni?" Kaisara separuh terjerit. "Ha’ahlah! Tak boleh buka," sahut Diana pula. Kaisara mencuba sekali lagi tapi tetap tidak berjaya. "Excuse me, cik adik berdua, kenapa ni?" tegur satu suara. Kaisara dan Diana berpaling serentak. Seorang jejaka jambu sedang memandang mereka dengan pandangan pelik. "Apa awak berdua buat dengan kereta saya ni?" soal lelaki itu. Mata Kaisara terbuntang sementara Diana terpinga-pinga. "Kereta awak?" "Yes!" jawab lelaki itu yakin. "Ini kereta sayalah," sanggah Kaisara. Diana mengangguk sokong. Lelaki itu tersenyum. Dia berjalan ke arah depan kereta. "Tengok ni, 101. Ini kereta saya," ujarnya sambil menuding ke arah nombor pendaftaran kereta. Kaisara dan Diana memandang ke arah yang sama. "Kereta saya pun 101 jugak!" "Mana boleh! Ini kereta saya," tegas jejaka jambu itu. "Kereta sayalah!" Kaisara tidak mahu mengalah. "Err... Sara, kereta kau bukan 110 ke?" celah Diana teragak-agak. Kaisara berpaling ke arah Diana. Mukanya berkerut. 110? Bukan 101 ke? Lelaki di depannya sudah melepaskan tawa. "Cik, 110 ada kat sebelah tu," tunjuk lelaki itu. Kaisara dan Diana berpaling ke arah kereta di sebelah. Darah panas terasa menyerbu ke muka Kaisara. Ya Allah... macam mana boleh silap ni? "Kalau tak percaya, cuba tekan kunci kereta tu," suruh lelaki itu pula. Tanpa banyak soal, Kaisara menurut sahaja. Memang benar, kereta di sebelah yang berbunyi. Ya Allah... malunya! Keasyikan berbual dengan Diana menyebabkan dia tidak sedar kaki mengarah ke kereta yang lain. "Lain kali, tengok betul-betul. Jangan main terjah aje. Taulah kereta saya ni lagi bersih daripada kereta awak!" sindir lelaki itu sambil tergelak-gelak. Kaisara tidak jadi masuk ke kereta. Berdesing telinganya mendengar sindiran pedas itu. Pintu kereta dihempas kasar. "Eh, apa awak cakap? Ulang sekali lagi!" Diana cuba menahan tapi Kaisara pantas menepis. Lelaki itu menaikkan keningnya dan meletakkan tangan di pinggang. "Kenapa, tak betul apa saya cakap?" "Memang tak betul! Awak ingat, kereta awak ni cantik sangat ke? Kereta saya seribu kali lagi cantiklah!" "Sara, kereta kau dengan kereta dia sama ajelah!" sampuk Diana. Kaisara menjegil, mengisyaratkan agar dia diam. Lelaki itu tergelak sinis. "Maaflah ya, saya ada hal. Kalau nak perang, kita perang lain kali. Assalamualaikum..." Dia terus masuk kereta. Diana cepat-cepat menarik tangan Kaisara sebelum sempat dia menahan lelaki itu. Sempat lelaki itu mengenyit matanya sebelum beredar. Kaisara hanya mampu mengetap gigi.
~~~~~~~~~~~~
"Ady, cuba tengok gambar ni. Cantik tak?" Puan Hazimah menghulurkan sekeping gambar pada Ady. Dalam gambar itu, seorang perempuan sedang tersenyum riang. Macam pernah nampak, tapi di mana, ya? Detik hati Ady. "Siapa ni, bu?" "Inilah anak Mak Cik Bibah. Cantikkan?" tekan Puan Hazimah sambil tersenyum penuh makna. Dan, Ady dapat menangkap maksud senyuman itu. Pasti ibunya mahu memadankannya dengan gadis ini. Oleh itu, dia harus bijak mengelak. "Biasa aje..." Mukanya selamba tanpa reaksi. Puan Hazimah menarik muka. "Biasa apa? Cantiklah ni!" sanggahnya. Ady mengeluh. "Ibu, terus terang ajelah. Tak payah kias-kias," balasnya sambil anak mata terus tertancap di skrin TV. Puan Hazimah menyimpul senyuman. "Ibu dah berkenan sangat dengan budak ni. Mak dia pun baik. Setuju ajelah, ya?" Ady menoleh ke sisi. Mukanya jelas berbayang rasa tak puas hati. "Bu, kan Ady dah cakap, Ady tak ready lagi nak kahwin. Apa ibu ni?" "Bukan ibu suruh kahwin terus. Ambillah masa untuk berkenal-kenalan. Tak kenal, maka tak cinta." "Kalau ibu berkenan sangat, ibu ajelah yang kahwin!" bentak Ady bosan. "Hisy, budak ni! Merepek pulak dia!" Puan Hazimah menjeling. Ini bukan kali pertama dia mencarikan jodoh untuk anak bujangnya ini. Sudah berkali-kali tapi Ady tetap menolak. Umur sudah menjangjau ke umur 28 tahun tapi masih belum berteman. Tambah merunsingkan, wajah Ady yang terlalu kebudak-budakkan menyebabkan ramai orang menganggapnya remaja belasan tahun walau hakikatnya, sudah layak bergelar suami! Semua orang menggelarnya jejaka jambu! Macam manalah Puan Hazimah mahu mendapat menantu jika keadaan ini berterusan? "Ibu dah aturkan pertemuan dengan mak dia. Nak tak nak, Ady kena ikut ibu. Tiada kompromi!" putus Puan Hazimah. Ady melopong.
~~~~~~~~~~
"Tak naklah, mak!" "Jangan macam ni, Sara. Mak dah aturkan pertemuan. Kalau Sara tak pergi, malulah mak," pujuk Puan Habibah. Kaisara mengeluh. Kasihan pada emak tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki yang langsung tidak dikenali itu. Macam manalah rupanya, ya? Jangan-jangan, jambu tak? "Sara, Sara pergi ya? Kita pergi makan-makan je. Kalau Sara tak suka, kita balik terus. Okey?" pujuk Puan Habibah lagi. Harapannya, biarlah Kaisara bersetuju. Dia sendiripun pernah melihat anak teruna teman baiknya itu. Tapi, perebadi Puan Hazimah amat menarik hatinya untuk berbesan. Kaisara mengerling ke arah emak. Boleh percaya ke janji emak tu? "Sara setuju ya, sayang?" Puan Habibah masih berusaha. Sudahnya, Kaisara mengalah jua.
~~~~~~~~~~
"Ady, inilah Kaisara, anak Mak Cik Bibah. Sara, ini Ady, anak mak cik." Ady dan Kaisara saling bertentang mata. Kedua-duanya terkejut. "Awak???" Mereka saling menuding. "Kenapa, dah kenal ke?" tanya Puan Habibah, hairan melihat reaksi kedua-dua teruna dan dara itu. "Err... tak adalah! Cuma macam pernah nampak kat tempat Ady selalu main futsal tu," jawab Ady separuh bohong. Patutlah aku macam kenal je tengok gambar dia hari tu... Kaisara hanya diam. Anak matanya dialihkan ke arah lain. Mana mungkin dia lupa lelaki ini. Jejaka yang mentertawakannya tempoh hari! "OH, ya ke?" Puan Hazimah teruja. "Duduklah, kita makan sama-sama," pelawanya kemudian. Ady dan Kaisara duduk bertentangan. Mata Ady tidak lepas-lepas memandang ke wajah Kaisara. Gadis itu kelihatan amat cantik malam ini. Dengan blaus bewarna coklat separas lutut yang terbelah di kiri dan kanan, juga seluar jeans hitam, keayuannya jelas terserlah. Rambut panjangnya dilepas bebas. Amat berbeza dengan pakaiannya tempoh hari, t-shirt putih kosong yang mengikut bentuk badan dan track suit hitam. Rambutnya pula ditocang satu. Kaisara perasan, mata Ady selalu hinggap di wajahnya tapi dia pura-pura tidak nampak walau gelora di hati hanya Tuhan yang tahu. Penampilan lelaki itu malam ini agak menggoyahkan imannya. Dengan kemeja lengan panjang, bercorak kotak-kotak merah hitam dan jeans hitam, dia kelihatan kacak biarpun wajahnya tetap jambu! Tapi bila mengenangkan sindiran lelaki itu tempoh hari, segala pujian terhumban jauh di sudut hati. Hatinya masih sakit! Makan malam di restoran Selera Nyonya hanya didominasi oleh perbualan antara Puan Hazimah dan Puan Habibah. Masing-masing rancak berbual hingga tidak sedar ada dua insan lain yang dalam kegelisahan di situ. "Bu, Ady keluar jap, ya?" Ady meminta diri untuk keluar. Kaisara hanya memandang langkah lelaki itu dengan ekor mata. Hatinya agak terasa dengan layanan dingin lelaki itu. Hisy... apa aku ni? Takkanlah tengok dia pakai kemas macam tu aku terus jatuh hati? Mustahil! Aku kan tak suka lelaki jambu! Dia menggeleng-geleng. "Kenapa, Sara?" tegur Puan Hazimah. Kaisara tersengih kelat. "Tak ada apalah." "Pergilah keluar. Borak-borak dengan Ady tu," suruh Puan Hazimah pula. Kaisara mahu mengatakan ‘tak nak’ tapi bibirnya seakan lumpuh untuk memuntahkan kata.
~~~~~~~~~~
"Tak sangka, ya? Kecilnya dunia ni." Suara Kaisara mengejutkan Ady yang sedang termenung jauh. Dia menoleh ke belakang sekilas sebelum kembali menatap langit malam. "Saya pun tak sangka perempuan yang ibu nak saya jumpa tu awak," balas Ady mendatar. Kaisara menjuih. "Oh maknanya, kalau awak tahu perempuan tu saya, awak tak nak datanglah?" "Semestinya!" jawab Ady pantas tanpa sedar perkataan itu mencalarkan hati Kaisara. Kaisara tidak tahu kenapa dia mesti merasa kecewa dengan jawapan Ady. Bukankah sepatutnya dia gembira? "Baguslah! Saya pun tak nak jumpa awak." Namun, getar pada suara tidak dapat disembunyikan. Ady berpaling. "Really? Nampaknya, kita kena terus terang pada parents kita sebelum diorang pasang angan-angan nak tengok kita sanding," cadangnya serius. Kaisara merasakan kolam matanya panas. "Great idea! Bukan aje sanding, nikah pun diorang tak sempat nak mimpi." Dia berpaling dan bersedia masuk semula ke dalam restoran. "Kaisara, tunggu!" Langkah Kaisara mati. "Kenapa awak nampak macam tak happy? Awak tak suka ke dengan cadangan saya?" soal Ady bersahaja. Dia dapat lihat, wajah Kaisara mendung dan kelam. Lebih kelam daripada langit malam ini. Kaisara tertawa kecil. "Kenapa saya nak kena sedih? Saya happy! Saya harap lepas ni kita tak jumpa lagi. Besides, you’re not my taste!" Kemudian, dia terus masuk ke restoran.
~~~~~~~~~~
"Sara rasa baik mak batalkan impian mak nak tengok kitorang nikah," ujar Kaisasa dalam perjalanan pulang ke rumah. "Tapi kenapa?" "Kitornag tak serasi. Sara tak cintakan dia. So the best thing is, batalkan aje!" ujar Kaisara tegas. Namun begitu, hatinya tetap terasa ngilu. Ya Allah... apa dah jadi pada aku ni? Aku tak cintakan dia!!! Hatinya menjerit. "Tapi mak dah suka dengan Ady tu. Pandai hormat orang tua." Puan Habibah cuba memujuk. Kaisara menggeleng. "Mak, muka jambu macam tu, mana sesuai jadi laki orang. Macam budak-budak!"
Hisy, Sara! Tak baik cakap macam tu! "Betullah Sara cakap! Umur dah dekat 30 tapi muka macam budak umur 18. Tak sesuai dengan Sara," ujar Kaisara selamba sedangkan dalam hati, hanya Dia yang tahu. Lelaki yang dikatakan macam budak-budak itulah yang telah menambat hatinya. Tapi, dia tidak mahu mengaku! "Takkanlah sampai macam tu?" "Kenyataan, mak..." balas Kaisara sepi.
~~~~~~~~~~
"Mamat jambu yang kutuk kereta kau hari tu? Yang muka macam Taguchi Junnosuke tu?" Mata Diana terbuntang. Tidak percaya dia mendengar cerita Kaisara. Macam dalam novel! Kaisara mengangguk. Wajahnya berbayang duka. "Kau dak tersuka kat dia ke?" tanya Diana. Kaisara diam. Diana memeluk bahunya. "Sara, cakaplah. Kau suka dia, eh?" Kaisara mengeluh. "Aku tak tau, Dian. Tapi, aku rasa sedih sangat bila dia cakap dia tak nak jumpa aku," luahnya. "Kenapa aku rasa macam tu, Dian?" Lengan Diana dipegang. Dia perlukan jawapan pasti. "Sara, aku pun tak tau. Mungkin betullah kot kau suka dia..." "Tak mungkin! Kau pun taukan, aku tak minat mamat jambu macam tu!" bantah Kaisara meskipun hatinya ragu dengan kata-katanya sendiri. "Dah tu, perasaan apa yang melanda kau ni?" Diana bingung. Kaisara menjongket bahu. "Eh, team kita dah ready. Jom main!" Diana segera menarik tangan Kaisara ke tengah gelanggang futsal.
~~~~~~~~~~
Permainan hari itu amat tidak menyeronokkan bagi Kaisara. Dia seolah-olah hilang fokus. Setiap kali bola datang ke arahnya, dia pasti akan mengelak. Seolah-olah takut untuk menendang bola. Padahal sebelum ini, dialah antara pemain terhandal di gelanggang futsal ini. Tapi hari ini dia seperti baru pertama kali bermain. Kaisara berhenti di tepi gelanggang. Diana menghampirinya. "Sara, kau okey tak ni? Nampak macam tak okey je..." tegur Diana. Kaisara cuba tersenyum. "Aku okey, janganlah risau." Diana angguk sahaja kemudian kembali ke tengah gelanggang. Tiba-tiba mata Kaisara terpaku pada wajah seseorang di luar gelanggang. Ady! Lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Untuk beberapa detik, mereka saling berpandangan. Tiba-tiba... "Sara!!!" Buk! Sebiji bola mengenai kepala Kaisara. "Aduh!" Kaisara menggosok-gosok kepalanya. Sakit! "Sara, kau okey?" Diana mendekat. "Sorry, aku tendang kuat sangat. Aku ingat nak bagi kau bola tu. Kau okey tak ni?" "Tak apa, tak apa, aku okey." Kaisara tersenyum pahit. "Kalau tak okey, kita break kejaplah," cadang Diana. Tak sedap hati pula dia jadinya. "Tak apa, aku okey. Jom!" Kaisara berlari ke tengah padang.
~~~~~~~~~~
Ady tersandar di kepala katil. Fikirannya berserabut. Hatinya tidak pernah tenang selepas makan malam tempoh hari. Sudah jatuh hatikah dia pada gadis itu? Dia mengeluh. Sejak akhir-akhir ini, hanya wajah mulus Kaisara yang menghiasi mindanya. Masih terbayang kelincahan gadis itu setiap kali bermain futsal. Tapi, kelincahan itu seakan surut petang tadi. Kenapa, ya? Adakah dia rasa apa yang aku rasa? Jatuh cinta pandang kedua? Melihat gadis itu terkena bola tadi, dia jadi tidak tentu arah. Mahu sahaja dia menerpa ke arah gadis itu tapi perkara itu amat mustahil untuk dilakukan. Bukankah Kaisara sendiri pernah berkata tidak menemuinya lagi? Jadi, untuk apa dia menonjolkan diri? Tambahan pula, dia bukan citarasa Kaisara!
~~~~~~~~~~
"Sara, we need to talk!" Kaisara yang sedang berborak dengan teman-teman berpaling. Hilang senyuman di bibir saat terpandangkan jejaka jambu itu. Dia mengerling ke arah teman-teman yang mula berpandangan sesama sendiri. "Bincang apa? Kan kita dah settle?" "Tak! Masih ada lagi yang belum selesai," bangkang Ady. Dia nekad bersemuka dengan Kaisara hari ini. Dia perlu tahu ‘penyakit’ apa yang melandanya sejak belakangan ini. "Apa?" "Saya nak tau perasaan awak pada saya!" Tergaris senyuman sinis di bibir Kaisara. "Betul nak tau?" Ady tidak menjawab. Hanya matanya tekun menatap wajah Kaisara. "Perasaan tak suka, benci, menyampah, meluat, semua ada!" ujar Kaisara, terang dan jelas. Ady terkedu. Kaisara mengalih anak mata ke arah lain. Tidak mahu Ady membaca ‘pembohongan’nya. "Saya tak percaya!" "Terpulanglah pada awak! Saya tak paksa." "Sara, tolong jujur dengan saya. Be honest to me," pinta Ady dengan suara melirih. Kaisara menguatkan hati. Matanya sudah terasa panas. "Saya dah cakap perkara yang betul. Apa lagi yang awak nak?" "Saya nak tau perasaan awak!" "Kan saya dah cakap?" "Saya tak percaya! Saya tau, awak cintakan saya, kan?" Jantung Kaisara berdetak. Teman-teman yang lain mula berbisik sesama sendiri. "Yakinnya awak!" "Ya!" Kaisara menentang pandangan Ady dengan berani. "Jangan perasan boleh tak? Saya tak ada perasaan apa-apa pun pada awak!" tegasnya. "Tipu! Saya tak percaya." "Terpulang!" "Kita lawan!" "Hah?" Kaisara terkejut. Lawan? "Kita lawan. Kalau awak menang, saya janji saya takkan kacau awak lagi. Tapi kalau saya menang, awak kena mengaku perasaan sebenar awak pada saya!" cabar Ady. Buat beberapa saat, mereka saling berpandangan. Kaisara menimbang tara ‘tawaran’ Ady. "Baik, kita lawan!" sahutnya berani. Teman-teman yang lain terkejut. Diana menghampiri Kaisara. "Sara, dia ni pro kan sini. Takkan kau nak lawan dia? Dah habis fikir ke?" bisiknya rapat di telinga Kaisara. Keyakinan Kaisara agak goyah mendengar kata-kata Diana tapi dia tidak mahu menjilat ludah sendiri. "Kita lawan!" putusnya lantas beredar ke gelanggang. Diana melopong. Sementara Ady tersenyum sinis.
~~~~~~~~~~
Di tengah gelanggang, hanya ada Ady dan Kaisara beradu kehebatan. Kaisara sudah berasa penat tapi dia tidak mahu berhenti. Setakat ini, tiada satu gol pun berjaya disumbat. Ady cukup cekap menangkis tendangannya. Yang peliknya, Ady tidak pula menyumbat gol walaupun berpeluang. Dia hanya menahan pergerakan Kaisara. Rakan-rakan yang lain tekun menonton di luar gelanggang. Seakan menonton perlawanan bila sepak antara negara. Entah macammana, kaki Kaisara tersadung dengan kaki Ady. Terjelopok dia jatuh. "Aduh!" Kaisara memicit pergelangan kakinya yang terasa ngilu. Ady menghampiri Kaisara. "Awak okey?" Kaisara tidak menjawab. Dia tunduk merenung kaki sendiri. Ady menarik kaki Kaisara tanpa sempat Kaisara menghalang. Kasut gadis itu ditanggalkan. Kemudian kaki itu diurut. Ketakkk! "Sakit!" Air mata Kaisara menitis. Tumpah simpati Ady melihatnya begitu. Tanpa sedar, jarinya menyapu air hangat itu. Rasa terharu menyelinap di hati Kaisara. Sungguh, dia tidak kuat untuk menipu diri sendiri. Dia memang sudah jatuh hati pada jejaka jambu ini! "Nampaknya, kita seri. 0-0. Macam mana ni?" tanya Ady. "Tak payahlah saya beritahu perasaan saya, ya?" balas Kaisara. Ady tersenyum. "Maknanya, awak belum beritahu perasaan awaklah?" jeratnya. Muka Kaisara berkerut. Tidak memahami maksud Ady. "Maknanya, apa yang awak beritahu tadi semua tipulah?" Kaisara menunduk. Wajahnya memerah. Malunya! Macam mana boleh silap cakap ni? "So, apa perasaan awak yang sebenarnya?" tanya Ady lagi. "Awak tanya saya, habis perasaan awak macam mana pula?" "Awak nak tau?" Kaisara mengangguk. "Saya... cintakan awak," ucap Ady perlahan tapi masih mampu didengari oleh Kaisara. Bertambah merah mukanya. "Awak?" Ady menagih jawapan Kaisara. Kaisara menggigit bibirnya. "Saya... saya pun... cin... cintakan... awak..." Perlahan sekali, hampir-hampir tidak kedengaran. Ady tersenyum puas. Lega! "Jom keluar!" Ady membantu memapah Kaisara untuk keluar dari gelanggang. "Hmm... nampaknya taste kau dah berubah..." sindir Diana sebaik sahaja mereka keluar dari gelanggang. "Taste?" Ady pelik. "Taste tak suka jejaka jambu!" Diana tergelak riang. "Oh..." -tamat-
"Kring!!!!" Jam loceng kepunyaannya mengejutkannya dari tidur. Nur menggosok-gosok matanya sambil mencapai jam loceng di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Matanya terbuka besar setelah melihat angka yang ditunjukkan oleh jarum jam itu. Pukul 7.30 pagi.
"Aduh! Mati la kali ini aku kena sembelih dengan bos. Jangan dia sembelih aku buat raya korban sudah." Tu lah. Sapa suruh excited sangat tengok perlawanan bola. Chelsea vs Manchester United. Terpekik terlolong tengah-tengah malam semata-mata hendak menyokong Chelsea. Rasa-rasalah, jirannya yang jaraknya 40 buah rumah dari rumahnya pun boleh mendengar suara merdunya ala-ala Ning Baizura itu. Pintu rumahnya juga sempat digegar oleh jiran-jiran bersebelahan dengan rumahnya. Dah macam gempa bumi berskala 7.3 SR la plak.Pe hal entah diorang ni gegar-gegarkan rumah aku. Ingat ni lagu menggegar dunia ke.
Dia bergegas mencapai tuala yang disangkutkan di belakang pintu dan masuk ke bilik air. Dia hanya mandi kerbau sahaja.
"Alah, selama ni pun aku mandi kerbau jugak. Tu yang bos selalu ugut nak sembelih aku. Katanya aku macam lembu. Ada ke patut?" dia sempat membebel sendirian di dalam bilik air. Setelah siap mandi, dia keluar dan membuka almari pakaiannya. Dia mengambil baju yang telah digosoknya malam tadi sebelum perlawanan bermula. Baju kurung berwarna ungu yang bersulam di bahagian tangan amat cantik digayakan oleh Nur. Dirinya yang tinggi menampakkan lagi kerampingan badannya. Dia memakai tudung yang berwarna ungu, senada dengan bajunya. Nur hanya memakai celak, dan secalit gincu bagi menghias wajahnya. Dia membelek-belek dirinya dihadapan cermin.
"Wah! Cantik juga aku ni. Sikit hari lagi, memang Nasha Aziz tak dapat job lah jadi model. Aku pulak yang ganti tempat dia. Nur aziz. Hurmm, sedap jugak nama tu. Pandai-pandai."dia ketawa sendirian. Setelah membetulkan sedikit tudungnya agak tampak kemas, dia bergegas turun ke bawah. Dia mengambil kasut 3 inci yang berwarna ungu dan memakainya. Setelah mengunci pintu rumah dan pintu pagar, kereta Viva SE berwarna putih itu, meluncur di atas jalan raya. **********************************************
"Selamat pagi tuan"ucap Zira, teman sepejabat Nur. Tuan Najmi tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Pemuda yang mengekori Tuan Najmi sejak masuk tadi pun tersenyum padanya.
"Selamat pagi. Nur mana?"soal Tuan Najmi. Setiausahanya itu mesti datang lewat lagi. Ni mesti kes bola.
"Perhatian. Saya nak kamu semua berkumpul disini sekejap."arahnya. Pekerja-pekerjanya berkumpul disekitar meja Zira seperti yang diarahkan.
"Baiklah. Saya nak perkenalkan anak lelaki bongsu saya ni. Namanya Aris. Mulai hari ini, dia akan jadi pembantu saya. Kalau saya pergi outstation, dialah yang akan mengambil alih tugas saya. Faham" Mereka semua menganggukkan kepala. Selepas sesi suai kenal tamat, mereka kembali membuat kerja masing-masing.
"Zira. Kalau Nur datang, suruh dia masuk bilik saya."arah Tuan Najmi. Zira menganggukkan kepalanya. Seraya itu, Tuan Najmi dan anaknya beredar dari situ, masuk ke biliknya. Selang beberapa minit, Nur tiba dihadapan meja Zira dengan nafas yang tercungap-cungap. "Asal kau lambat?"soal Zira. Dia mengambil begnya, dan menarik zip beg itu. Dia kemudiannya mengeluarkan sebotol air mineral. Zira menghulurkan botol itu kepada Nur. Nur menyambutnya dan duduk di kerusinya. Mejanya hanya bersebelahan dengan meja Zira.
"Thanks."ucapnya. Tradisi membawa air mineral dari rumah ini memang diamalkan oleh Zira sejak mula dia masuk kerja. Katanya, air di syarikat ini tidak sebersih air dirumahnya. Air dirumahnya sahih di sisi undang-undang. Apa-apa je lah Zira ooi..
"Malam tadi ada lawan bola lah. Aku, apa lagi. Macam biasa lah. Nsib baik Chelsea menang"jawabnya setelah dia meneguk air mineral itu sehingga tinggal setengah ‘Dah agak dah’ desis hati Zira
"Kau tahu Nur. Tadi kan, Tuan Najmi bawa anak lelaki bongsu dia tu yang baru balik dari UK. Hensem gila. Aku pakal je dah ada Danny tu. Kalau tak, dah lama aku tackle dia"ujar Zira bersungguh-sungguh
"UK? Ulu kinta eah?"Sejurus itu, satu cubitan hinggap di lengan kirinya. Nur menggosok-gosok lengannya, sakit. Zira menjelingnya, tajam.
"Tuan suruh kau masuk bilik dia sekarang. Memang kau akan di sembelihlah untuk hari raya korban tahun ni."Zira ketawa terbahak-bahak. Nur pula bingkas bangun menuju ke bilik Tuan Najmi. Malas hendak melayan Zira. Dia berhenti di hadapan pitu Tuan Najmi. Dia menadah tagan berdoa. Selepas mengaminkan doanya, dia menghembus kiri dan kanan dirinya. Dia kemudian memegang tombol pintu dan memulasnya. Ada dua mata yang sedang memandangnya. Dia menapak masuk perlahan-lahan ke dalam bilik itu.
"Awal awak sampai hari ni. Asal tak datang pukul 10.00 terus. Lagi awal."perli Tuan Najmi. Bos ni pandai pulak main perli-perli. Ingat dia seorang je yang boleh perli. Nanti bila aku perli kang, menangis berlagu-lagu melutut kat depan aku.
"10.00 pagi ke 10.00 malam, tuan?"balasnya pula. Tuan Najmi membesarkan matanya. Padan muka kau Najmi. Tulah, siapa suruh kau perli budak tu. Nak tunjuk terror sangat. Amek kau dua bijik. Aris ketawa kecil. Tidak disangka gadis dihadapannya itu mampu mengalahkan ayahnya yang merupakan seorang yang garang dan amat digeruni pekerjanya.
"Tengok bola lagi?"soal Tuan Najmi kembali.
"Macam mana tuan tahu? Tuan skodeng saya eah. Tak baik tuan buat macam tu. Haram. Nanti tuan tak dapat keberkatan dari Allah. Sebut bersama saya tuan. Keberkatan. Kaf, ba, ro, kaf, alif, ta, nun. Keberkatan, ye tuan."dia meniru aksi mak Adif di dalam drama dunia baru. Tangannya membuat pelbagai gaya. Serupa seperti Ustazah Siti Nor bayah. Kali ini, ketawa Aris makin menjadi-jadi. Berani betul minah ni. Kalau aku, dah lama makan penampar. Tuan Najmi pula menepuk dahinya dengan tangan.
"Baiklah. Awak boleh keluar sekarang. Pergi buat kerja awak."dia mengalah. Nur tersenyum. Fuh! Selamat tak kena buang.
"Time kacih bosh."balas Nur seperti budak 3 tahun yang masih pelat. Dia kemudian keluar dari bilik itu.
"Nur, kejap."Nur berhenti. Dia memusingkan badannya menghadap bosnya itu. "Saya nak perkenalkan anak saya ni. Namanya Aris. Dia ni pembantu saya. Kalau saya takde, awak boleh lah tanya dia apa-apa yang awak tak faham."Nur hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum kepada kedua dua lelaki itu. Dia kemudiannya keluar dari bilik itu. *************************************
Nur termenung. Kejadian di dalam bilik bosnya semalam benar-benar lucu. Dia pun tidak tahu dari mana datangnya kekuatan dan keberanian untuk menepis setiap kata-kata bosnya itu.
"Nur"sergah Zira. Nur tersedar dari lamunannya. Seragahan Zira tidak sedikit pun membuat dirinya terkejut. Dia bukanlah seorang yang lemah semangat. Tak macam Zira. Kucing tiba-tiba lalu depan dia pun, boleh terkejut macam bunyi bom meletup.
"Asal tuan panggil kau tadi."soal Nur. Nur menarik kerusi ke meja Zura. "Dia nak buat cuti-cuti Malasia lah. Macam tahun lepas. Tapi tahun ni, agak berbeza sikitlah."terang Zira. Nur sudah tersenyum. Memang inilah saat yang ditunggu-tunggu. Masih lekat di dalam kotak ingatannya tentang cuti-cuti Malaysia yang dianjurkan oleh bosnya tahun lepas. Destinasi mereka ialah di Pulau Langkawi. Teringat pulak lawatan ke makam mahsuri, beras terbakar, telaga tujuh. Memang syok habis lah.
"Apa yang bezanya?"soalnya lagi.
"Kali ini, bos nak buat camping pulak. Sebab selalu kita dah pergi lawatan. Kali ni tuan nak cuba sesuatu yang lain pula. Dan kau nak tahu tak lokasi dia dekat mana."ujar Zira.
"Dekat mana?"soal Nur kebingungan. Apa lah Zira ni. Nak main teka teki pulak dengan aku. Nanti aku bagi kau teka-teki yang power punya, menangis tak dapat jawab.
"Bekok, Johor"Nur bingkas bangun dan menjerit kecil. Dia menapak dua langkah kehadapan dan menari-nari kecil. Yes.Akhirnya dapat juga pergi Bekok, Johor. Teringat pulak masa dia dan keluarga pergi berkelah disitu. Memang best sangat-sangatlah. Dia berhenti menari setelah mendapati bos barunya, Aris melihatnya sambil tersenyum. Dia kembali duduk ke tempat asalnya. Dari ekor matanya, Aris sedang berjalan menuju ke tempat mereka. Dia pura-pura berbincang dengan Zira pasal kerja. Aris berhenti di hadapan meja mereka.
"Amboi. Galak bergosip nampak."Aris memulakan bicara. Zira hanya tersenyum. Handsomenya. Kalaulah aku takde pakwe, lama dah kau jadi milik aku.
"Tuan nak join ke?"soal Nur. Apa yang aku merepek ni. Ada suruh dia join. Nanti kalau dia nak join betul-betul, tergamam kau nanti.
"Taklah. Sya nak ajak Nur dengan Zira lunch sama. Lagipun, saya tak biasa lagi dengan diorang semua ni."ujarnya. Sebenarnya, bukan tak biasa. Itu hanya alasan hendak membawa gadis itu keluar.
"Tak biasa? Habis tu, macam mana pulak dengan kitorang boleh biasa? Macam nilah. Apa kata, tuan ajak semua sekali dalam office ni. Lepas ni, saya jamin pasti tuan akan terbiasa dengan kita-kita ni. Tapi dengan syarat, tuan belanja lah. Baru kitorang akan pergi. Saya rasa, soal duit tak jadi masalah kan bagi, tuan. Maklumlah, anak bos."Dia segera bangun dan melangkah lima tapak ke hadapan meninggalkan Aris dan Zira yang terpinga-pinga. "Kawan-kawan semua. Hari ni, Encik Aris nak belanja makan kat kafe di bawah. Dia nak beramah-mesra dengan kita. Maklumlah dia orang baru di sini."selesai berkata-kata, dia tersenyum. Berjaya jugak dia kenakan bos mudanya itu. Teman sepejabatnya semua bersorak gembira.
‘Kat sini ada 15 orang. Hurm, lingkuplah kau bos’bisik hatinya. Aris hanya tersenyum tawar. Minah seekor ni memang pandai mengenakan orang. Ni yang buat aku bersemangat nak memiliki dia. Selepas selesai makan, mereka semua kembali ke office.
"Kau ni Nur. Sempat lagi kenakan Tuan Aris tu. Kesian dia aku tengok. Terkebil-kebil mata dia masa dekat kaunter bayaran."ujar Zira sewaktu mereka didalam lif. "Padan muka dia tu. Dia ingat aku tak tahu rancangan sebenar dia tu. Huh, playboy overseas. Boleh jalanlah."balas Nur. Mereka tergelak bersama-sama. **********************************************************************************************************
"Zira. Awal sangat ke kita datang ni?"soal Nur. Takde sorang pun yang ada di bawah bangunan pejabatnya melainkan mereka berdua. Hari ini, mereka akan pergi ke Bekok untuk bercamping selama 2 hari 1 malam. Tapi camping kali ini, hanya bermandi-manda sahaja. Tiada flying fox, lari-lari dan sebagainya. Menurut bos mudanya, mereka dikehendaki berkumpul di bawah bangunan pejabatnya pada pukul 8.00. Tapi sekarang, batang hidung pun tak nampak. Dikerlingnya jam yang dipakainya di tangan kanan. Mak ooi. Baru pukul 7.30. Patutlah takde orang lagi.
"Kejap lagi sampailah. Kita datang awal ni."balas Zira.
Nur kemudian berjalan menuju ke tandas yang terletak di dalam bangunan. Selepas selesai membuang saham kecil, dia membelek diri di hadapan cermin. Dia tidak memakai sebarang make up kecuali bedak sejuk sahaja. Dia memakai baju lengan panjang berwarna pink dan tudung yang senada dengan bajunya. Dia memakai seluar jeans berwarna hitam dan kasut jazz star yang bercorak-corak. Siap sudah! Usai itu, dia keluar dari tandas. Dia berjalan perlahan-lahan ke luar banguan. Dilihatnya, sudah ramai yang berkumpul disitu. Dia kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan Zira.
"Asal tak bertolak lagi?"soalnya.
"Tuan muda belum sampai lagi"balas Zira. Selang beberapa minit, bas yang akan membawa mereka ke Bekok tiba. Apabila pintu bas terbuka, kelihatan Aris sedang berdiri sambil melemparkan senyuman kepada mereka semua.
"Sorry guys. Lambat sikit."ujarnya.
"Jom kita bertolak. Tapi sebelum itu, saya tak nak ada seorang pun yang panggil saya tuan. Panggil Aris je. Kalau perkataan tu keluar dari mulut anda semua, saya potong gaji. Faham?"ujarnya lagi separuh mengugut.
"Eleh, sedap je nak potong-potong gaji orang. Ingat ni iklan internet P1 Wmax tu ke. Potong, potong, potong."Nur membebel sendirian. Aris memandangnya. Ni mesti kes kutuk aku.
"Cik adik manis yang pakai tudung pink tu, ada soalan ke?"soal Aris. Semua mata tertumpu ke arahnya. Duh! Malunya.Dia kemudian bangun dan berlalu ke arah Aris.
"Actually, saya ada satu soalan nak ditanya. Penting sangat. Melibatkan nyawa seseorang ni"Nur mengerutkan keningnya. Zira yang berada di belakangnya sudah menggelengkan kepala. Nur mesti dah rancang sesuatu. Aris mengangkat kening sambil menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal. Apa yang minah ni nak buat eak kali ni.
"Apa dia"balas Aris perlahan-lahan.
"Saya nak tanya, bila kita nak bertolak ni? KL ke Johor bukan sekejap. Lama. 3-4 jam. Kalaulah awak duduk dekat situ membebel tak tentu pasal, bila masa kita nak sampai."Nur dengan selamba berkata-kata. Zira tergamam. Nur menariknya masuk ke dalam bas. Dia mengambil tempat duduk di bahagian tengah bas. Dia duduk disebelah tingkap kerana dia suka melihat pemandangan.
"Nur, tak baik kau buat macam tu. Kesian dia"ujar Zira.
"Saja je. Habis tu, dia suruh kita anggap dia macam kawan, aku gunalah ayat kengkawan ni."balasnya. Aris tidak sedikit pun terasa hati. Malah, kejadian ini membuat semangatnya makin berkobar-kobar. Dia nekad walau apapun, Nur pasti akan menjadi miliknya.
"Jom"Aris mengajak mereka yang masih berada di luar bas. Dia mengambil tempat dibahagian belakang bas. ‘Nur, kau ni lain dari yang lain. Kau pasti akan jadi milik aku’bisik hatinya. ******************************************
Sejurus sampai di tempat yang dituju, mereka turun dari bas dan mengambil sepasang khemah yang dikhususkan untuk 4 orang. Nur mengambil keputusan untuk tidur bersama Zira, Maria si mulut becok dan Nani si internet bergerak. Setelah memasang khemah, mereka memasukkan barang-barang mereka ke dalam khemah. Usai itu, mereka telah diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti kesukaan mereka. Mereka berempat mengambil keputusan untuk bermandi-manda. Bukan selalu ada peluang macam ni. Nur hanya duduk di atas batu manakala teman-temannya sudah masuk ke dalam air sambil menjerit-jerit kegembiraan. Huh, macam kanak-kanak ribena. Nur tidak mandi kerana dia memakai tudung. Teman-temannya yang lain, memang tidak mengenakan tudung. Lagipun, dia malas hendak membasahkan tudungnya. Dia hanya memasukkan kakinya sahaja ke dalam air.
"Nur. Meh lah sini. Best tau. Mandi je lah sekali dengan pakai tudung tu."ujar Nana.
"Tak naklah. Lagipun, malas aku nak basahkan tudung ni. Aku bukan bawak banyak spare pun."ujarnya kembali. Aris yang sedari tadi menegekori mereka dari belakang menyapanya. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Nur.
"Kenapa tak mandi?"soal Aris. Kedudukannya begitu rapat dengan Nur. Nur bertindak berdiri dari tempat duduknya. Mamat sorang ni kenapa pulak. Main rapat-rapat dengan aku. Aku lesing kang, tertanggal semua gigi. Jadilah macam lagu burung kakak tua. Burung kakak tua, hinggap di jendela, nenek eh silap. Atuk sudah tua, giginya habis tiada.
"Malaslah. Sejuk."jawabnya.
"Patutlah ayah saya selalu cakap awak ni lembu. Rupanya, malas nak mandi. Kena sangatlah tu."ujar Aris selamba kambingnya itu. Nur membuntangkan matanya. Ada ke patut cakap aku ni lembu. Siap kau. Nur bertindak menolak Aris dengan kuat sehingga pemuda itu terjatuh ke dalam air. Nur keluar dari air terjun itu dan berdiri bercekak pinggang sambil ketawa terbahak-bahak. Aris pula, memandang Nur tajam. Habis basah seluruh badan dia. Kawan-kawannya turut mentertawakan Aris.
"Padan muka. Sedapnya mulut awak cakap saya ni lembu. Rupa saya ada ke macam lembu ha? Muka saya sikit punya cantik ala-ala Ayu Raudah, tau. Kalaulah saya ditakdirkan jadi lembu, orang pertama yang akan saya sondol ialah awak."Nur terus beredar dari situ. Padan muka. Rasakan. Ingat senang ke nak dekat dengan aku. Aku ni mawar berduri tau. Dia dan temannya kemudiannya berjalan-jalan di sekitar air terjun itu. Memang ramai sangat orang. Mereka terus berjalan sehingga tiada orang pun yang kelihatan. Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kaki Nur tersadung akar kayu pokok. Dia kemudiannya terjatuh dan termasuk ke dalam air.
"Nur!"Temannya menjerit.
"Tolong aku!"Nur menjerit. Dirinya tergapai-gapai. Zira menjerit meminta pertolongan. Manakala Nana dan Maria pergi memanggil rakan-rakannya yang lain.
"Ade ke patut dia buat aku macam ni. Habis basah lencun. Nasib baik aku bawa spare. Kalau tak, kesejukanlah aku malam ni."Aris membebel sambil mengganti bajunya yang basah itu.
"Tolong! Tolong"Kedengaran suara orang memekik meminta pertolongan. Siapa pulak tu. Dia segera menukar pakaiannya. Sejurus itu, dia keluar dari tempat perselindungannya untuk melihat apa yang telah terjadi. Dia terlihat Zira menjerit meminta tolong. Segera dia ke sana.
"Apsal ni?"soalnya. Zira menunding jari ke arah air terjun. Aris melihat Nur sedang tergapai-gapai sambil menjerit meminta pertolongan. Dia segera terjun ke dalam dan menyelamatkan Nur. Dia menarik Nur ke atas. Aris membaringkan Nur. Zila menangis teresak-esak di sebelah Nur. Teman-temannya yang lain hanya menjadi pemerhati dan ada juga di antara mereka yang membantu Aris.
Aris mengamalkan segala apa yang telah dipelajari sewaktu dia menyertai persatuan bulan sabit merah di sekolah. Usahanya berjaya apabila Nur tersedak-sedak sambil mengeluarkan air dari dalam mulutnya. Dirinya begitu lemah sekali. Maria menghulurkan sebotol air mineral yang dibawanya tadi. Aris menyambut dan membaca sedikit ayat-ayat suci. Dia membuka penutup botol itu dan menghembusnya. Dia menghulurkan pula botol itu kepada Nia. Nia tidak menyambutnya.
"Aku dah banyak telan air tadi, kau suruh aku telan lagi. Tak da akal ke."Nur bersuara lemah. Mereka semua ketawa.
"Nur. Boleh tak kali ini awak jangan nak melawan je. Awak tu lemah. Minum ni. Ke awak nak saya paksa awak, ha?"Nur segera mengambil botol mineral itu dan meneguknya. Tiba-tiba
"Nur!"Zira mejerit. Nur tiba-tiba pengsan. Aris mendukungnya dan membawanya pulang ke tapak perkhemahan. ‘Nur. Kau kena kuat Nur’ bisik hati Aris *******************************************
Nur tersedar. Matanya melilau mencari kelibat temannya. Aku kat mana ni. Kat syurga ke? Memandai je. Ingat amalan kau dah cukup sangat nak masuk syurga.
"Kau dah sedar Nur."sapa Zira. Nur hanya tersenyum simpul. Dirinya masih lemah.
"Aku dekat mana ni?"soalan yang tak patut diutarakan Nur terkeluar dari bibir munggilnya.
"Dalam khemah lah. Tadi kau pengsan. Aris yang dukung kau bawak balik sini. Dia juga yang selamatkan kau. Kalau dia tak ada, tak tahulah apa yang jadi kat kau." Jelas Zira. Nur tunduk. Kesal dengan tindakannya mempermainkan lelaki itu. Tetapi, lelaki itu tidak pernah berdendam pada dirinya. Malahan, menyelamatkannya dua kali. Nur duduk setelah Aris datang menjenguknya.
"Awak dah sedar? Baguslah."Nur hanya tersenyum.
"Nur. Aku keluar jap. Nak inform dekat dorang yang kau dah sedar."Zira meminta diri. Nur menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya terhutang nyawa dengan awak."Nur membelah kesunyian setelah hampir 5 minit mereka menyepi.
"Small matter lah, Nur. Lagipun, dah lama saya tak practice berenang cara kuak lentang. Nasib baik kuak lentang saya tak jadi kuak terlentang"balas Aris. Nur ketawa mendengar jenaka Aris.
"Awak cantik bila ketawa Nur. Ni tak. Asyik tau nak kenakan orang je. Tapi itulah yang menjadikan awak istimewa di mata saya."Nur tertunduk malu. First time tu kena puji. Kembang punggug I. Pipinya merona merah. Aris tergelak kecil melihat reaksi Nur. Mereka berbual hampir setengah jam sebelum Aris meminta diri untuk membersihkan badan dan terus mengerjakan solat maghrib.
Pada malamnya, mereka berkumpul disekitar unggun api yang telah dibuat oleh kaum Adam sebentar tadi. Aris duduk berhadapan dengan Nur. Mereka mengadakan pelbagai permainan. Sesi meluah perasaan pun ada jugak. Nur benar-benar terhibur pada malam itu. Aksi yang paling menonjol apabila Kumpulan Aris yang diberi nama Aris and the geng menyanyi lagu banana sambil membuat gayanya sekali. Setelah hampir 3 jam permainan berlangsung, mereka membuat haluan masing-masing. Ada yang membuat tahi mata dan ada sesetengahnya lagi sedang menjamu selera. Nia, Zira, Asri dan beberapa orang rakannya yang lain masih duduk di sekitar unggun api tu. Nia begitu asyik melihat Zainol bermain gitar. Itulah impiannya sejak kecil lagi, tetapi tidak kesampaian.
"Amboi! Seronok tengok Zainol. Minat ke?"sapa Aris. Dia yang duduk dihadapan Nur sebentar tadi, mengambil tempat bersebelahan dengan Nur. Kali ini, dia tidak begitu rapat dengan Nur. Takut Nur akan mencampaknya ke dalam unggun api itu. Kalau pagi tadi, gadis itu berani menolaknya jatuh ke dalam air, kenapa pula tidak kali ini.
"Mana ada. Saya suka tengok dia main gitar. Awak tahu, sejak kecil saya teringin nak belajar main gitar. Tapi, masa tu duit yang ada cukup untuk makan, minum dan sekolah je."Nur menceritakan sedikit kisah kehidupannya. Aris tersenyum. Dia kemudiannya berbisik sesuatu kepada Zainol. Gitar itu bertukar tangan.
"Lagu ni saya tujukan khas untuk awak."ujarnya. Kemudian, kedengaranlah bunyi gitar yang dipetik oleh Aris sambil menyanyi lagu yang bertajuk Lagu kita dari Aizat.
Deras hati ku berdetar, Di langit aku terlihat kamu, Terang malam teman kita, Dengan angin meniup sayu Ku petik gitar akustik ini Dengan harapan dikau mendengar Melodi indah yang ku cipta Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus menyanyi lagu ini untukmu Walau berjuta mendengar Lagu ini hanya untukmu Arah hidup kita digambar bintang di angkasa Berkelip melukis cinta Terciptalah lagu kita
Satu tepukan gemuruh diberikan oleh mereka yang mendengar suara merdu Aris. Mereka yang tadinya sedang membuat tahi mata sudah berada di sekelilingnya. Nur memandang tepat ke dalam mata Aris. Aris pun begitu. Mata mereka bertaut lama. Nur begitu terharu sekali kerana dalam sejarah hidupnya, tidak pernah ada seorang lelaki pun memberinya hadiah apatah lagi menyanyikan lagu khas buat dirinya. Dia hampir menitiskan air mata, tetapi ditahannya. Sabar Nur. Kau ni over sangatlah. Ni bukan filem hindustanlah nak menangis-nangis ni.
"Nur"Aris memanggil Nur lembut. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sekuntum bunga. Dari mana Aris dapat pun Nur kurang pasti. Aris melutut sambil menghulurkan bunga itu kepada Nur. Satu lagi tepukan gemuruh diberikan oleh rakan-rakan mereka.
"Take this, my dear"Aris berkata sambil mengenyitkan matanya. Nur tergamam. Tidak tahu hendak berbuat apa. Dia menyambut juga pemberian Aris itu.
"Thanks Aris."ujar Nur ikhlas dari dalam lubuk hatinya. Dibeleknya bunga itu. Huh! Bunga kertas. Tak romantik langsung.
"Nur. Sebenarnya Aris ada benda nak cakap dengan Nur"Aris masih lagi berlutut.
"Apa dia?"soal Nur, hairan.
"Sebenarnya, Aris dah jatuh cinta dekat Nur sejak dari mula Aris nampak Nur. Pada masa tu, Aris ingat yang Nur ni sama macam gadis-gadis yang Aris pernah kenal. Tapi Aris silap sama sekali. Nur bukan seperti mereka. Untuk mendapatkan Nur, amatlah susah. Aris hampir give up. Tapi, lama kelamaan Aris sedar. Nur memang pantas berada dalam hati Aris. Sikap Nur yang selamba, humble dan yang paling menarik perhatian Aris ialah sikap Nur yang begitu ambil berat tentang batas-batas pergaulan ni."panjang penjelasan yang diberikan oleh Aris. Perasaan yang di pendam selama ini terluah juga. Nur tergamam sekali lagi. Banyak betul kejutan yang Aris bagi kat aku malam ni. Ingat ni kejutan eletrik ke. Sekali kena, memang terangkatlah semua.
"Aris, Nur…Nur tak tahu nak cakap apa. Lagipun, Nur tak secantik permepuan-perempuan lain, Aris. Lebih baik Aris pilih orang lain." Memang itulah keputusannya. Dia tidak secantik orang lain. Dia tidak mahu Aris kecewa kelak kerana memilikinya.
"Alah, Nur. Kau ni jual mahal pula. Ni bukan pasar boronglah nak main jual-jual. Terima jelah. Betul tak, kawan-kawan?"Din, teman sepejabatnya menyampuk.
"Betul!"ujar mereka semua serentak. Din ni. Memang nak kena. Mulut tu macam loji kumbahan tau. Memang patutlah Din ni di gelar Din beramboi. Dia menunjukkan buku limanya kepada Din.
"Nur"panggil Aris. Nur berpaling memandang Aris kembali.
"Saya akui memang awak tidak secantik perempuan-perempuan lain. Tapi, awak cantik di dalam Nur. Kecantikan awak dari dalamlah yang membuat awak nampak cantik diluar. Lagipun, kecantikan tidak kekal selama-lamanya Nur. Ia akan dimamah oleh usia kita."Seraya itu, Aris menyeluk poketnya, dan mengeluarkan sekuntum lagi bunga. Dan kali ini, bukan bunga kertas. Sekuntum mawar merah. Bunga kesukaan Nur.
"Nur, sudi tak Nur menjadi kekasih Aris, dan insya-Allah bakal isteri Aris?"Nur terharu sangat. Menitis jua air mata yang di tahan sejak tadi. Aris, pemuda itulah yang selalu berlegar-legar dikepalanya setiap masa. Pemuda itulah yang membuatkan dirinya makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Sebenarnya, dia jatuh cinta pada Aris kerana keikhlasan lelaki itu mengambil hatinya. Setiap hari lelaki itu akan menelefonnya, mengajaknya keluar, dan bermacam-macam lagi. Tetapi, Nur tidak menghiraukannya. Dia takut untuk mencintai. Dia takut untuk terluka. Pengalaman teman-temannya memberi impak yang besar kepada dirinya agar menjauhi cinta.
"Nur. Saya janji saya takkan pernah buat hati Nur sakit. Saya akan jaga Nur bagai menatang minyak yang penuh. Saya janji"Aris tahu, Nur masih ragu-ragu untuk menerimanya. Nur menarik nafas sedalam yang boleh. Dia harus membuat keputusan. Akhirnya, dia mengambil juga bunga itu dari tangan Aris. Dia kemudiannya tersenyum. Rakan-rakannya yang lain, bersorak kegembiraan. Aris tergelak sama.
"Aris. Awak janji tau. Kalau awak sakitkan hati saya, saya campak awak dalam unggun api ni. Biar terbakar, hangus. Lepas ni, confirm takde orang yang nak dekat awak lagi. Janji?"
"Janji"Aris mengangkat tangannya berikrar. Mereka tersenyum.
"Akhirnya, Miss single kita yang sorang ni dah tak single lagi. Dapatlah kita makan nasi minyak dia. Aku dah terbau-bau haruman nasi minyak. Sedapnya"Mereka semua tergelak. Nur geram. Dia mengambil seketul batu dihadapnnya dan membalingnya ke arah Din. Puas hatinya apabila batu itu kena tepat pada sasaran iaitu di dahi Din. Din mengadu kesakitan. Nasib baik tak berdarah. Yelah, kepala keras macam batu, mana nak berdarah. Nur kemudian berpaling pada Aris pula.
"Hei you. Kenapa awak bagi saya bunga kertas ha? Tak romantik langsung. Awak pun nak kena ni."Seraya itu Nur pun mengejar Aris. Aris membuka langkah. Bukan langkah silat. Langkah seribu. Mereka berlari berkejaran. Rakan-rakannya tergelak besar. Nur berhenti mengejar. Dia melihat Aris yang sudah terbaring di atas tanah itu sambil nafasnya yang tercungap-cungap. Aris, semoga cinta kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Insya-Allah.
Ada duka di wajah mereka. "Sabarlah mak Jah," Mak Jah hanya mengangguk. Iza membetulkan cermin mata hitamnya dan dia berjalan beriringan dengan Shuhi dalam perasaan yang tidak dapat digambarkan. Nun di tepi ‘Corolla Altis’ hitam berkilat, Saiful sedia menanti sambil berpeluk tubuh. Ada riak sedih di wajahnya. ************************************************************************ Bait-bait ayat di skrin komputer ku tatap lagi. Ada senyum yang terukir, ada irama yang berlegar. "Rindu abang, tak?" Aku senyum lagi. Rindukah aku pada wajah itu? Rindukah aku pada gurauan itu? Rindukah aku pada renungan itu? "Abang mimpi Iza siang dan malam, tak caya tanya adik!" Iza pun mimpi abang..................... "Cepatlah makcik oiiiii!" Aku bergegas ke beranda sambil membetulkan ikatan kain sarung yang masih kurang kemas. "Ler... yang kau pakai baju kakak aku pasal apa?" Aku sengih. "Kau tak nampak body aku yang lawa ni? Mana padan ngan baju kau yang tak cukup kain tu...." Shuhi sengih dan kemudian ketawa terbahak-bahak. "Ye la... ye la... aku ni kurus melengking, kau je yang comel, montel!" "Shuhi kau jangan nak ejek aku......" "Iza, hati-ha...." Makkkkkk... Aku terjelepuk di kaki tangga. Punggung aku sakit. Buku lali aku juga sakit. Mak Jah dan kak Shidah berlarian mendapatkan kami. "La... macam mana boleh jadi macam ni?" Shuhi masih menahan ketawa sambil tangannya memaut bahuku, membantuku untuk bangun. "Sakitlah.... tak boleh bangun! Tulang kaki Iza patah kot mak Jah..." "Hish... takkan kot!" Ku cuba bangun namun kesakitan di kakiku terasa mencucuk-cucuk. "Biar abang tolong!" Wajah itu ku pandang. Abang Aizaq! Ya Allah.... mana nak letak muka ni? Dan hari ni dalam sejarah bila aku di dukungnya naik ke atas rumah. "Iza tu berat bang...." Aku tenggelam dalam senyuman yang lahir dari bibir yang berkumis tipis itu. "Woi makcik.... kau tak ada keje lain ke? Berangan tak abih-abih!" Suara Shuhi yang perlahan sedikit dari dentuman petir kedengaran jelas mengusik lamunan semalam. "Kau tak nampak skrin laptop kau gelap gelita dah tu?" What? Bila bateri abih? Asyik sangat aku ni..... Shuhi... abang kau mimpi aku siang dan malam tau.... Aku senyum dari hati........ "Weiii.... Ya Allah... kenapa la kawan aku jadi macam ni? Sedar tak ni?" Shuhi memegang kedua belah pipiku, dan menampar-nampar perlahan. "Aku sedarlah...." Wajah Shuhi ku tatap dan tiba-tiba aku mencium pipinya. "Kes teruk dah kau ni.... nak kena jumpa psikiatris...." Sebelum radio buruk berbunyi lagi aku pantas bangun dan melangkah ke bilik air.... yang pasti.... aku bahagia! ************************************************************************ "Abang Fu? Dari KL?" Shuhi mengangguk, mengiakan kataku. "Bila?" Shuhi bangun dan membetulkan cadar yang agak renyuk didudukinya sejak tadi. "Petang esok," Aku diam memikirkan seminar yang akan ku hadiri esok. "After five oklah, esok aku ada seminar fasilitator PRS," " Sibuk manjang kau ni, maklumlah orang nak kejar unit desa, sidang depan kalau aku tak dapat desa bolehlah aku tumpang haram bilik kau, yer dok?" Aku sengih kecil. Di USM, asrama pelajar terhad. Cuma pelajar tahun satu je yang sepenuhnya dapat tinggal di desasiswa. Untuk tahun-tahun seterusnya kenalah aktifkan diri berpersatuan bagi mendapatkan tempat. Kalau tidak terpaksalah menyewa di luar dari universiti. "Yerlah... janji bayar sewa," "Kedekut tahi minyak punya kawan...." Ketawa mula pecah diantara kami. Keadaan yang selalu membuatkan hidup kami penuh dengan warna warni. "Aku kuar jap, nak hantar tutorial yang aku ciplak dari Halim pendek," Aku mengangguk dan mengiringi lenggok Shuhi sehingga pintu bilik di tutup. Aku membetulkan bantal, mencapai novel ‘Paradise’ karya Judith McNaught yang bakal ku khatamkan untuk kali ketiga. "Abang Fu!" Aku senyum sendiri. "Macam kenal je," "Memang kenal pun," Saiful Idham senyum lalu turun dan menongkat motosikalnya. "Macam mana kenal Iza, Fu?" Aku dapat melihat perubahan dari riak wajah abang Aizaq. Seronok sekali hatiku, seronok kerana dapat membuatkan hati pemuda yang baru pulang dari United Kingdom itu, berbaur cemburu. "Makwe lama aku," "Hey!!" "Tak adalah... janganlah marah Iza... nanti cepat kedut, tak ada orang ndak, jadi andartu, kan susah..." "Melalut sampai ke situ pulak," Ketawa berderai lagi. "Kau ni Fu... tak abih-abih..." "Sebenarnya aku pernah ikut rombongan ayah Iza daki gunung Tahan, tu yang kenal Iza. Pesal Jaq? Jealous?" "Mana ada..." Aku dan Shuhi ketawa lagi dan kami meminta diri untuk ke dapur, membiarkan dua sahabat yang sudah lama tidak bertemu berbual panjang. Jelingan mesra dari abang Aizaq menghantarku dengan penuh maksud. "Astagfirullah...." Aku bangun dari katil bujang. Mabuk cintakah aku? Semua cerita mahuku kaitkan dengannya. Semua suara seolah menyebut namanya. Semua senyuman seolah mengiringi gerak kumis tipisnya... Arghhh.... Aku membuka lap top, mencucuk ‘broadband’ dan memasukkan kata laluan dan kata kunci. Laman web Yahoo ku buka. ‘you’ve got 2 new mail’ Ku buka emel yang bertajuk ‘You mean everything to me!’ Hatiku melonjak-lonjak. ‘You are the answer to my lonely pray You are an angel from above I was so lonely till you came to me With the wonder of your love’ Aku senyum..... dari hati..... dari jiwa! ‘You mean everything to me....’ "Abang suka betul lagu ni Iza... kalau dengar lagu ni, tentu abang teringatkan Iza, tapi yang sebenarnya..... tak dengar lagu pun abang ingat Iza....." Ucapan dengan nada selamba itu membuatkan aku tersedak. Shuhi yang sedang mengunyah buah mempelam masam terbatuk-batuk kecil dan mula menutup telinganya dengan kedua belah jari telunjuk, tanda tidak mahu ambil tahu walhal aku nampak jarinya tak masuk pun dalam lubang telinga! Aku senyum lagi... dah... memang sah... aku dah angau! Emel kedua ku klik. Tajuk ‘Hai!’ dari Naruto? Siapa? "Jumpa abang esok... tak sabar nak tengok Iza... abang rindu!" Abang Fu? ************************************************************************ Aku menhenyakkan badan ke atas katil. Melepaskan penat setiap hari Rabu. Mana taknya, kuliah mula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari dan sambung semula dari pukul 2 hingga 6 petang. Rasa macam nak pengsan. Aku memandang jam di atas meja belajar. 6.30 petang! Letih, tetapi aku gagahkan diri ke bilik air berwuduk dan sembahyang Asar, dan seperti biasa aku akan menunggu azan Maghrib yang cuma tinggal tak sampai lima belas minit. "Tak makan?" Aku mengeleng. "Diet?" Juga mengeleng. "Sedih?" Aku mendongak, memandang wajah Shuhi yang sedang menyarung tudung, bersiap sedia ke kelas malam. "Apasal pulak?" "Pasal abang aku nak ke UK again," What? "Janganlah sedih sangat, dia cuma ambik Master, dalam dua tahun baliklah dan dapatlah kau jadi kakak ipar aku secara rasminya," Ada air yang bergenang. "Tak aci betul, aku baru je tahu pagi tadi dia nak ke UK minggu depan. Kau pulak awal-awal lagi dah tahu," "Aku tahu?" "Ye lah... janganlah nak berselindung cik Iza oi.... abang aku cakap kau dah tahu. Alamak, aku dah lambat ni, aku janji ngan Mas nak makan dulu sebelum ke kelas," Shuhi mencuit daguku dan berjalan keluar dari bilik. Air yang bergenang membasahi pipiku. Kenapa kau tipu Shuhi? Tipu aku? Bagaimana aku boleh tahu kau akan ke UK sedangkan sudah tiga bulan kau tidak menghantarkan berita? Handphone tak pernah on, apatah lagi emel-emelku yang dibiarkan sepi! Apa sebabnya Aizaq? ************************************************************************ "Abang Fu?" Aku mengangguk. "Tahniah Iza," Aku tahu Shuhi masih kebingungan namun dia masih memelukku mesra tanpa bertanya apa sebabnya. "Aku ingat kau akan jadi kak ipar aku... tapi... wei macamana aku tak tahu kau dan abang Fu...." "Biasalah.... Iza minat abang senyap-senyap..." "Woi..." Aku senyum dan abang Fu mula mencari jemariku. Ku tarik perlahan, dan Shuhi tersengih-sengih kecil. "Lepas ni jumpa ngan mak dan kakak aku tau, jangan lupa!"Kami mengangguk dan Shuhi menyusup dari orang ramai yang berduyun keluar dari Dewan Tuanku Syed Putra, tamat upacara konvokesyen. Kami mula meninjau-ninjau kelibat mama dan abah! "Jom!" Abang Fu menarik tanganku apabila melihat mama dan abah yang berada di bawah pokok berhampiran papan tanda penunjuk arah. Aku mula teringatkan kata-kata Shuhi sebelum memasuki dewan tadi, "Seronoklah kau ye, minggu depan abang balik!" ************************************************************************ Aku dan abang Fu mengambil tempat di atas batu besar, memandang deru air terjun dan gelak tawa Faiz, adik tunggalku bersama dua rakannya sambil menggigit sosej! Abang Fu kelihatan gelisah. Sesekali dia menjeling jam di tangan. "Abang asyik tengok jam je, kenapa?" "Tak ada apa cuma...." Penerangannya terhenti dengan suara menjerit memanggil nama kami. Serentak, kami berpaling. "Shuhi!" Kegembiraan tidak mampu ku bendung lagi. Sejak hari konvokesyen hampir enam bulan lepas, baru kini aku menemuinya. Aku terus melangkah, melompat dari batu ke batu tanpa menghiraukan suara abang Fu yang memintaku berhati-hati.... dan badan tidak dapat ku imbangi.... selipar jepun masih di kakiku... "Mak!!" Ada sesuatu memegang tubuhku dengan pantas dan aku jatuh ke dalam air bersamanya! "Iza okey?" Suara itu... mata itu.... bibir itu.... hati ini... tak mungkin! "Okey," Aku mula bangun dan membetulkan bajuku yang basah. "Thanks!" Senyuman itu........ "Iza, are you ok?" Pantas aku berjalan kearah abang Fu. "Sikit je," Aku memegang erat jemari abang Fu dan aku pasti ada mata yang memerhati. "Nasib baik kau selamatkan dia Jaq... Iza ni memanglah.... aku dah kata jangan pakai selipar, dia pakai jugak, jom ke khemah!" Kami mengaturkan langkah. Aku memeluk Shuhi yang masih lagi tersengih-sengih. "Kau ni kenapa? Buang tabiat?" "Sejarah berulang kembali...." "Sejarah apa pulak ni?" "Sejarah ‘jatuh-jatuh’... ‘angkat-angkat’.... ehehhehe.... dulu jatuh tangga... sekarang terjun batu pulak!" Hatiku berdetak. "Yerlah tu...." Dan kami berbicara kembali tentang masa silam... ************************************************************************ Perasaanku terganggu. Persoalan yang masih belum terjawab kembali menerjah minda. Kenapa dia hadir disaat kami sedang mencipta bahagia? Kenapa dia muncul disaat aku mula menyemai kasih? Disaat aku mula memadamkan namanya di hatiku? "Iza, tak mandi dengan mereka?" Suara itu! "Malaslah," Dia diam. Aku diam. Yang kedengaran hanya deru air terjun Endau Rompin dan gelak tawa abang Fu, Shuhi, Faiz dan teman-temannya yang bersenda gurau. Sesekali terdengar bunyi unggas rimba yang mendamaikan, seolah sedang menenangkan perasaanku yang gundah! Dia mengambil tempat disebelahku dan meletakkan sebuah gitar di tepinya. "Beruntung Fu dapat tawan hati Iza. Saiful baik orangnya Iza, abang dah kenal dia lama, sejak sekolah rendah lagi. Iza bahagia, kan?" "Lebih bahagia dari dulu!" Aku tahu abang Fu baik. Aku tahu abang Fu sayangkan aku. Dia tak akan ke Pulau Pinang setiap minggu untuk menemuiku kalau dia tak sayangkan aku. Dia juga tak akan ambil cuti seminggu untuk menemaniku di hospital semasa aku kemalangan motosikal kalau dia tak sayangkan aku. Dia tak akan bersusah payah membantuku ke sana ke mari semasa aku membuat projek tahun akhir kalau dia tak sayangkan aku dan yang pasti dia tak akan datang meminang aku kalau dia tak sayangkan aku! "Iza marah abang?" Aku diam. "Iza marah abang?" Aku berpaling, menguatkan hati, memandangnya yang pernah mengisi kekosongan di hatiku. "Untuk apa?" "Untuk.... abang tahu Iza marah abang. Maaf!" Just that? Aku bangun dan berpaling bertujuan berlalu ke arah khemah bila tangan itu menarik tanganku. "I’m really really sorry, dear!" Ada sesuatu berdetak dihatiku. Tangan yang diraih ku sentap pantas tatkala suara abang Fu menerjah telinga kami. "Jaq, nyanyilah..... pegang gitar saja buat pe!" "Betullah abang.... nyanyilah satu lagu kat bakal pengantin baru ni..." Entah bila semua sudah berada di hadapan kami, aku tidak pasti namun bila ku pandang abang Fu, tiada riak yang berubah. Senyuman masih lagi mekar sambil tangannya memegang erat jemariku. "Korang tak sejuk ke, pergilah salin pakaian dulu..." "Tak yah nak ubah topik... nyanyilah..." Semua mengambil tempat masing-masing di atas batu-batu kecil yang berserakan. "Okay.... for Iza and Fu, the most wonderful couple I ever knew..." Hatiku mula sebak. Jiwaku mula membentak-bentak. "You are the answer to my lonely pray, You are an angel from above...." Lagu itu? Dan air mula bergenang... bertakung dengan cepat..... "I don\'t know how I ever lived before You are my life, my destiny Oh my darling, I love you so You mean everything to me ." Kau kejam Aizaq! Aku mula bangun dan berjalan pantas ke khemah dengan sesuatu di pipi!
************************************************************************ Ku belek emel-emel yang ku cetak yang pernah ku baca berulang-ulang untuk mengubat kerinduan. Ku dengar kembali CD yang penuh dengan lagu-lagu yang meruntun sanubariku. Kuntuman mawar kering yang ku bingkaikan masih tersimpan kukuh di dalam kotak yang sebelum ini telah ku pelekatkan dengan ketat bersama simpulan tali yang ku ikat ‘mati’! Aku tidak pernah membukanya lagi selepas aku menjadi milik abang Fu lebih dua tahun lalu. Gambar itu ku renung kembali. Gambar aku, Shuhi dan dia di pangkin hadapan rumah mereka. Aku senyum sendiri mengingatkan saat indah itu. Ingin rasanya aku mengunjungi kampung itu kembali. Menikmati desiran angin pagi yang dingin dan menyegarkan, berlarian di batas kebun sayur milik mereka, di dukung oleh dia kerana kaki terseliuh jatuh tangga! Dadaku kembali sebak. "Iza!" Aku memandang abang Fu diambang pintu. "Kita bersalah bang!" Dia menghampiriku. "Kita tak bersalah tetapi keadaan yang menyebabkan kita berada di dalam situasi ini," "Tapi bang, dia dah banyak menderita," Tangannya mengusap lembut rambutku. "Jangan salahkan dirimu sayang, ini semua takdir!" Wajah itu ku pandang lagi, dan aku tenggelam dalam pelukannya dengan air mata yang seakan tidak berhenti mencurah. ************************************************************************ Rumah kampung tiga bilik dipenuhi manusia bertudung dan bersongkok. Ada yang turun, naik dan ada juga yang berada di halaman rumah. Toyota Corolla Altis hitam berhenti dihalaman rumah. Seorang lelaki akhir 20-an dan wanita pertengahan 20-an, melangkah turun dari rumah dan bergegas memijak tangga simen rumah kayu itu. "Abang Fu, Iza," Wajah Shuhi ditemui dalam wajah-wajah yang tidak dikenali. Wajah itu pucat dan tidak bermaya. Shuhi memeluk erat rakan baiknya dan tangisan mula memenuhi ruang. "Sabarlah dik..." Shuhi mengangguk. Pelukan dileraikan dan dia mengeluarkan kertas putih yang terlipat rapi, lalu menghulurkan kearah mereka. "Surat terakhir...." Bibir itu tidak mampu berkata lagi. Shaiful mencapai sampul surat kuning air dari tangan Shuhi. ‘Assalamualaikum, Fu, semasa kau membaca surat ini aku mungkin sudah tiada lagi disini. Aku tidak sedih mahupun terkejut kerana aku sudah tahu takdir ini sejak tiga tahun lepas. Engkaulah sahabat aku yang paling baik Fu, dan aku serahkan cinta pertama dan terakhirku padamu kerana aku yakin hanya kau yang dapat membahagiakannya. Aku tidak mahu dia menderita nanti Fu. ... Demi Kasih Sayang ini Fu, janganlah sesekali kau mengecewakan dia.... maafkan aku kerana disaat ini pun aku masih mencintai isterimu! Derita ini sudah sampai ke penghujungnya Fu. Aku pernah nampak cahaya itu, dalam mimpi. Aku juga nampak arwah ayah Fu, dia senyum, seolah tak sabar menyambut kedatanganku....’ Shaiful tidak mampu lagi menatap bait seterusnya. Sebak yang terangkum tak mampu di bendung lagi. Air mata lelakinya tumpah jua bersambung dengan esakan Fariza di birai tangga!
NUKILAN: ‘FATIHAH’ SITI FATIHAH BT PAUZIHAL ALI KOTA BHARU KELANTAN
"Oops! Sorry.. Saya nak cepat ni.. Maaf ye???" ‘Isy, macam manalah aku boleh terlanggar mamat ni?? Malunya….’ "Awak ni buta ke ha?? Saya yang besar ni awak boleh rempuh je???" ‘Mak ai! Mamat ni! Kurang asam betul!’ "Excuse me sir! I’ve already ask for your forgiveness.. you are so arrogant!" ‘ha! Kan aku dah speaking…’ "Oh, nak speaking? Well, you are so brave. Don’t you know who I am? Huh!" "I’m so sorry sir! I don’t know who you are…" Belum sempat pun lelaki itu membalas, Nur Tiara terlebih dahulu memintas. "Plus, I don’t care who you are even you are the prince of the country. Got it? Good! Excuse me!" Nur Tiara berjalan meninggalkan lelaki tersebut yang dalam keadaan menahan marah… Merah wajahnya apabila Nur Tiara membidas kata-katanya dihadapan teman-temannya… "Damn it! How dare she….! Urgh!!!" "Sabar la Riq… Perempuan memang macam tu.. Saja nak jual mahal. Nanti mesti melutut kat kaki kau punya!" Razwan, kawan Tengku Muhammad Islah Zafriq bersuara. " Argh!! Pape pun, dia dah malukan aku. Tengok la apa yang akan aku buat kat dia nanti!" Islah Zafriq mengepal penumbuknya.
"Apa?!! Kau dah gila ke! Kau tahu tak dia tu siapa???!" Bergema rumah sewa itu dengan jerkahan Qazriana Fatiha. "Tak! Aku tak kenal dia. Kenapa? Dia tu anak pemilik kampus ni ke??" Wajah selamba Nur Tiara menyebabkan Qazriana Fatiha membesarkan matanya yang memang sedia besar. "Dia tu anak Tan Sri Engku Zainal, pemilik syarikat Light Holdings. Tan Sri Zainal pun ada syarikat dekat London taw." "Yeke? Wah, takutnya aku! Hahaha… Ingat aku takut sangat? Yang kaya tu bapak dia. Bukannya dia. Kereta dia pun duit bapak dia kot? Elleh, nak berlagak konon! Pirrrah!" Nur Tiara masih menayangkan muka seposennya. "Kau tak takut ke kalau dia upah orang culik kau ke? Ha, kan kau yang susah nanti?" Semakin bingung Qazriana Fatiha dengan gelagat temannya yang seorang ini. "Apa yang nak susahnya? Nanti, aku karate diorang sampai lembik, then, aku panggil pihak media, menyatakan ‘Anak pemilik Syarikat Light Holdings mengupah samseng jalanan menculik Nur Tiara.’ Reputasi diorang jugak yang tercemar." Qazriana Fatiha kehabisan idea untuk membidas kata-kata gadis pemegang tali hitam dalam taek-won-do serta pemain pedang yang tangkas itu. Kalau berdebat dengan Nur Tiarayang juara berbahas serta English Debate itu, tentunya dia yang akan kalah. "Weyh Teha, kau boleh tolong aku tak?" Nur Tiara membuat muka simpati. Hanya dia seorang yang panggil Qazriana Fatiha dengan panggilan ‘Teha’. Kerana katanya dia suka dengan sebutannya. ‘Teha, teha, teha.’ Yang lain memanggil Qazriana Fatiha dengan panggilan biasa. "Ni mesti kau ada masalah. Cuba kau ceritakan kat aku apa masalah kau." Sememangnya Qazriana Fatiha merupakan seorang yang prihatin. Dia ibarat ibu kepada Nur Tiara. Sikapnya itu yang menyenangkannya memandangkan dia ketandusan kasih sayang kedua ibu bapanya. "Aku minta tolong kau jangan besarkan mata kau. Dah macam Pontianak aku tengok. Karang tak pasal, aku sakit jantung tengok muka kau mengalahkan ‘The Queen of Vampire’… hehehe." Nur Tiara sudah berlari sepuluh kaki dari tempat Qazriana Fatiha. Kalau dia berlama lagi, pasti ‘cubitan ketam’ akan singgah di tubuhnya. ‘Waduh! Bisa sungguh!’ Qazriana Fatiha membeliakkan matanya sambil berlari mengejar Nur Tiara yang sudah berlari keluar. "Tengok! Dia buat lagi muka Pontianak dia tu. Hahaha!" Nur Tiara masih sempat mengusik Qazriana Fatiha yang kelihatan mengah mengejar Nur Tiara.
DI DEWAN PAMERAN SENI………………..
"Riq, you tengok apa tu? Khusyuknya." Seorang gadis seusianya memeluknya. Langsung tiada rasa malu walaupun mereka tengah berada di khalayak sekarang ini. Islah Zafriq hanya membiarkan perempuan itu dengan sikapnya. Tumpuannya hanya tertumpu pada sebuah lukisan yang menarik minatnya. Sebuah lukisan yang menggambarkan pemandangan di lautan dan di langit senja itu terlukisnya sepasang mata yang bugar tetapi seperti ada duka di sebaliknya. ‘Macam pernah tengok mata ni.’ Dia memejamkan matanya membanyangkan sepasang mata indah itu. ‘Akanku lukis mata ini selepas ini.’ Sekasar-kasar Islah Zafriq, dia merupakan seorang pemuda berjiwa seni. Dia pandai melukis potret orang dan pemandangan yang hanya akan difahami jikalau menghalusinya secara dalam. Sehingga sekarang masih tiada orang yang memahami maksud lukisan yang dilukisnya 2 tahun lalu. Setiap tahun pasti akan dipamerkan lukisan itu. Kerana itu permintaan Engku Zainal. Sesiapa yang memahami lukisan itu, bermakna insan itu memahami perangai anaknya juga perasaan anaknya. Islah Zafriq mencari nama pena pelukis itu. Matanya beralih ke penjuru lukisan itu. ‘HEART of LIGHT? Cahaya Hati?’ "Riq, I laparla. Jom pergi makan kat restoran depan tu nak?" Gadis yang bernama Ariassa itu mula merengek. Islah Zafriq berasa rimas. Dia merenung perempuan itu dengan pandangan mata yang tajam. "Kalau you nak makan, pergi jelah. I nak stay over here!" Bentak Islah Zafriq. Gadis itu berlalu dengan berang. Bukannya dia pernah menabur cinta dan janji kepada perempuan itu tetapi, Ariassa sahaja yang ingin mendekati Islah Zafriq. Bukannya dia tidak tahu semua perempuan yang mendekatinya hanya inginkan duitnya sahaja.. Hatinya masih belum terbuka untuk menerima sesiapa untuk dijadikan permaisuri hatinya. Dia merenung kembali lukisan tadi. Sepasang mata itu menambat hatinya. ‘HEART of LIGHT, akanku cari pemilik lukisan ini.. Juga sepasang mata yang indah ini.’ Getus hatinya.
Sementara itu, di sudut yang lain berdirinya seorang gadis berusia 21 tahun sedang menghalusi sebuah lukisan yang difikirnya unik dan rumit. ‘Apa maksud lukisan ini? Ada hujan, awan, sungai. Suasananya kelam, awannya mendung. Tapi, kenapa ada matahari di sebalik awan dan pelangi di sebalik hujan? Sungainya pula kelihatannya mengalir tenang tapi ada kepala buaya yang muncul? Apa ertinya?’ Berkerut dahinya memikirkan maksud lukisan itu. "Kau tidak akan faham maksud lukisan itu. Dah 2 tahun, tak siapa yang faham apa yang nak disampaikan." Kedengaran suara seorang lelaki dari arah belakangnya. Nada suara itu tenang tetapi persis ingin mencari gaduh. Dia menoleh ke belakang. "Kau?!" Serentak dua suara bergabung. Semua mata memandang ke arah mereka. Nur Tiara terkejut apabila melihat lelaki yang dirempuhnya kelmarin berada di belakangnya. Islah Zafriq terpana apabila melihat sepasang mata Nur Tiara. ‘Apakah mata ini adalah mata yang ada di lukisan ‘HEART of LIGHT?’ "Apa tengok-tengok? Kau ada hutang ke dengan aku? Kalau ada, bayar la sekarang. Kalau tak ada, jangan tenung lama-lama, nanti kau jatuh hati dengan aku pula." Kata-kata Nur Tiara mencetuskan tawa di mulut Islah Zafriq. Ketawa sinis. "Siapalah yang nakkan singa betina macam kau ni? Singa jantan pun tak nak tahu? Kera hutan je yang nak kat kau." Islah Zafriq masih dengan sisa tawanya. "Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya, masih ada yang sudi dengan aku. Tak macam kau, jangan kata manusia, binatang, tumbuhan dan semua ciptaan ALLAH tak sudi dengan kau." Nur Tiara membalas spontan. "Kurang asam kau!" Islah Zafriq membentak. Nur Tiara hanya tersenyum sinis. Sudah sedia jawapan untuk lelaki ini. "Memanglah aku kurang asam dah aku kurang makan asam. Kau makan asam, kan? Setahu aku, hanya orang mengandung yang suka sangat makan masam. Kau mengandung ke?" Nur Tiara tersenyum sinis. Dikerlingnya wajah Islah Zafriq yang merah padam. "Tak guna kau! Kau belum tahu lagi siapa aku!" Dia menjerkah. Tidak dipedulinya mata-mata yang melihat pertelingkahan mereka. "Aku tahu siapa kau. Kau adalah Tengku Muhammad Islah Zafriq bin Tan Sri Engku Zainal. Kau budak jurusan perniagaan. Mak kau bernama Puan Sri Irfah Mastura. Ayah kau adalah tokoh korporat dunia. Jutawan muda sewaktu dia berumur 25 tahun. Mempunyai syarikat di Malaysia, Light Holdings juga syarikat di London. Buat pengetahuan kau, Tuan Islah, yang kayanya adalah ayah kau bukannya kau. Aku tahu kau adalah pewaris syarikat Light Holdings. Apa kerana alasan itu kau mahu bangga dan mencanang ke seluruh dunia atas apa yang kau miliki? Boleh kau bawa mati seluruh harta itu kelak? Boleh? Apa kerana gelaran Tengku yang berada di pangkal nama kau membuatkan kau takabur? Lupakah kau bahawa mak kau bukan dari keturunan Sharifah? Bukan keturunan diraja? Lupakah kau? Dari percakapan kau tadi, aku rasa lukisan ‘SHADOW MAN’ ini adalah karya kau… Siapa kata aku tak faham maksud lukisan ini?" Nur Tiara merenung tajam mata Islah Zafriq seraya menoleh kembali ke arah lukisan itu. Dia menarik nafas dan memulakan bicaranya.
"Suasana lukisan ini kelam menandakan hidup pelukis yang tidak menentu. Awan yang mendung menandakan hati pelukis yang sentiasa gundah gulana. Matahari di sebalik awan bermaksud masih ada ceria di hati pelukis. Pelangi di sebalik hujan bermaksud masih ada harapan pelukis untuk mewarnakan corak hidupnya dan buaya di sebalik sungai yang mengalir tenang, bermaksud masih ada ketegasan dan kekerasan hati pelukis dari mendekati kasih sayang seorang insan. Betul tak tafsiran aku, Islah Zafriq?" Matanya tertancap pula ke arah Islah Zafriq. Direnung dalam mata lelaki itu. ‘Pasti ada duka di sebalik kekerasannya selama ini.’ Getus hati Nur Tiara. Nur Tiara mengukir senyuman. Kali ini senyuman itu lahir tulus ikhlas dari lubuk hatinya. Tiada lagi senyuman sinis seperti selalu. Nur Tiara mengorak langkah dan berlalu pergi. Hatinya puas. "Riq, itulah satu-satunya perempuan yang berani bertentang mata dengan kau dan mengeluarkan hujah dengan tepat. Yang berani melawan setiap perkataan yang kau ucapkan. Yang langsung tidak goyah meski dia tahu kau seorang pewaris sebuah syarikat terkemuka. Dialah insan yang selayaknya dijadikan teman dunia akhirat." Adam, teman rumah Islah Zafriq mengeluarkan kata-kata. Dia mendengar setiap pertelingkahan di antara Islah Zafriq dan Nur Tiara sewaktu sedang melihat sebuah lukisan Monalisa.. Dia adalah teman baik Islah Zafriq di saat suka dan duka. Tidak pernah sekali pun dia meminta wang dari Islah Zafriq meski dia bukanlah dari kalangan yang berada. Adam bukan seperti teman-teman Islah Zafriq yang lain seperti Razwan dan Ariassa yang sentiasa mengikis duit Islah Zafriq, yang selalu berseronok dengannya dan yang pasti akan meninggalkan Islah Zafriq keseorangan jika dia ditimpa kesusahan. Islah Zafriq menoleh ke arah temannya itu. Dia tersenyum. Dia yakin mata yang dilihatnya di lukisan ‘HEART of LIGHT’ itu adalah sepasang mata Nur Tiara. Ianya persis sekali. Islah Zafriq menepuk bahu Adam. " Aku mula mencintai dia, Dam." ‘Benar telahan Nur Tiara, aku akan jatuh hati dengan dia jika aku tenung mata dia. ‘Akulah kera hutan itu.. Bukan lagi akan tapi memang dah jatuh hati pun.’ Adam terlopong. Baru 2 hari takkan dah ada rasa cinta? Tapi, tak mustahil. "Aku mencintai dia melalui sepasang mata di lukisan yang terpamer hujung sana. Aku yakin, pelukisnya adalah dia. Mata itu persis dengan mata dia." ‘Hah?! Biar betul kawan aku ni? Takkan jatuh cinta melalui lukisan kot? Lagi tak masuk akal. Tapi, tak mustahil.’ "Habis tu, kau nak buat apa sekarang? Nak suruh aku tolong kau? Boleh. No hal. Aku kenal kawan serumah budak tu. Nama dia tu Qazriana Fatiha. Budak tadi, aku tak tahulah. Fatiha tu course engineering. Budak tadi tu course bahasa." Adam malu mengakui bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Qazriana Fatiha. Sikap gadis itu yang sangat prihatin dengan sikap Nur Tiara telah menawan hatinya. "Kau memang kawan aku dunia akhirat. Esok, kau boleh bawa aku jumpa dengan dia?" ‘Yes!!! Aku ada alasan nak jumpa dengan dia. Terima kasih, Riq!" Jerit batin Adam. Pantas dia mengangguk setuju. Keesokan harinya di rumah sewa Nur Tiara dan Qazriana Fatiha…….
Islah Zafriq terduduk di atas sofa. Penjelasan Qazriana Fatiha mengejutkannya. Adam cuba menenangkannya. Qazriana menghulurkan air suam kepada mereka berdua. Dia melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dengan Islah Zafriq. "Dia dah berhenti. Dia dah tak study kat sini lagi. Dia kena balik kampong. Adik dia sakit. Ibu bapa dia meninggal sebab kemalangan. Dialah ibu dan bapa buat adik dia, Tasha. Selama Yara belajar kat sini, adik dia duduk dengan jirannya. Tapi, sekarang jiran dia dah pindah. Adik dia pula sakit. Yara kata dia nak kerja nak dapatkan duit untuk rawatan adik dia. Dia hidup sebatang kara, Riq." Terang Qazriana Fatiha. Yara adalah panggilan untuk Nur Tiara. "Habis tu macam mana dengan pelajaran dia?" Islah Zafriq bertanya. Lesap terus segala ego yang bermukin di hatinya selama ini. "Dia Cuma nak tumpukan perhatian merawat adiknya. Dia tak nak kehilangan adiknya lagi." "Boleh awak bagikan alamat Nur Tiara?" Adam cuba membantu Islah Zafriq yang kelihatan terkedu. Qazriana Fatiha terdiam. Dia sudah berjanji dengan temannya agar tidak memberikan alamat Nur Tiara kepada sesiapapun. "Bolehlah. Saya benar-benar ikhlas mencintainya." Qazriana Fatiha berfikir. ‘Maafkan aku, Yara. Aku terpaksa berikan alamat kau. Mana tahu dia boleh menolong kau.’ Dia menuliskan alamat Nur Tiara di atas sekeping kertas. Islah Zafriq dan Adam berlalu keluar setelah mengucapkan terima kasih.
"Esok, aku nak balik rumah aku jumpa mak ayah aku. Aku nak tunjuk mata yang aku lukis ni dekat diorang." Islah Zafriq mngunjukkan lukisan mata yang dilukisnya di atas ribanya. Adam memandu kereta perlahan. "Esok petang juga aku nak pergi ke kampung Nur." Adam mengangguk. Sudah diagak hasrat hati temannya itu.
Esok, di banglo milik Engku Zainal dan Puan Sri Irfah Mastura….
"Mak, ayah. Riq rasa, Riq dah ada pilihan hati. Ini dia matanya." Islah Zafriq menunjukkan lukisan sepasang mata. "Cantik mata dia. Apa nama dia?" Tanya Puan Sri Irfah Mastura. "Nur Tiara, mak. Ayah, ini lukisan yang selalu dipamerkan 2 tahun lalu." Engku Zainal terkejut. Lukisan ini sepatutnya tidak boleh dibawa balik melainkan sudah ada orang yang dapat merungkaikan maksudnya. Apakah…..??? "Siapa yang dah terjemahkan maksud lukisan ini, Riq?" "Seorang gadis yang cantik dan manis." Ujar Islah Zafriq dengan perasaan yang berbunga bahagia. Engku Zainal terdiam. Sepatutnya, gadis yang dapat menterjemahkan maksud lukisan ini yang dijadikan permaisuri hati anaknya. Tapi, apa dayanya? Sudah itu kehendak anak sulungnya ini. "Dia adalah pemilik sepasang mata itu." Islah Zafriq merenung mata di lukisan yang dipegang Puan Sri Irfah Mastura. Pengakuannya menyebabkan mereka tergamam. Engku Zainal memanjatkan kesyukuran. Dia tersenyum. "Bawalah dia ke mari. Perkenalkanlah dia dengan kami." Usulan Engku Zainal membuatkan Islah Zafriq tertunduk. "Riq akan bawa dia pulang tapi bukan hari ini kerana….." Islah Zafriq menerangkan satu persatu masalah yang menimpa Nur Tiara. Kedua suami isteri itu beristighfar panjang. Simpati atas musibah yang menimpa Nur Tiara. Engku Zainal bangun dari duduk lalu mendapatkan sbuah buku cek di dalam lacinya. "Nah, ini cek bernilai RM30,000.00. Bantulah Tiara dan adiknya." Bagi Engku Zainal, duit bukanlah masalah baginya. Dia ikhlas membantu. Islah Zafriq tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya tanda menolak pemberian tersebut. Masih segar di pendengarannya kata-kata Qazriana Fatiha. ‘Satu saja sikap Nur Tiara yang membuatkan aku kagum dengan dia. Dia tidak suka dibantu melainkan dia sendiri yang berusaha mendapatkannya.’ Engku Zainal dan Puan Sri Irfah Mastura tergamam. Tidak pernah sekali pun anak sulungnya menolak pemberian mereka. Islah Zafriq sudah jauh berubah. Dahulunya dia selalu baran tetapi, sekarang kelihatan tenang. Dahulunya, dia tidak akan pernah berceriata tentang perempuan. Tetapi sekarang, matanya tampak bersinar ketika bercerita tentang Nur Tiara. ‘Semoga kau tidak terbelenggu dengan kisah silam, nak.’ Getus hati Puan Sri Irfah Mastura.
Di Kampung Nur Tiara.....
Nur Tiara sedang bermenung di atas pelantar rumahnya. Tasha sedang berehat di dalam bilik. Adiknya menghidap penyakit jantung berlubang. Fikirannya terimbau pada kisah lalu.
"MAK CIK, mana ibu dan ayah?" Seorang gadis berusia 15 tahun bertanyakan ibunya. Dilihat adiknya yang sedang tidur. "Tiara, ibu dan ayah kamu sudah meninggal, nak. Mereka dilanggar kereta." Pengakuan jujur itu merentap perasaan Nur Tiara. Dia ingin meraung tetapi terdengar kata-kata ibunya suatu ketika dahulu. ‘Janganlah menangis andai musibah menimpa. Itu ertinya, ALLAH sayangkan kita. Janganlah menangis andai nyawa orang yang tersayang diambil ALLAH kerana itu hak-NYA. Kita hanya peminjam dan sewajarnya memulangkan apa yang menjadi milik-NYA. Tidak mengapa bersedih kerana itu lumrah fitrah sebuah perasaan, sayang.’ Air matanya menitis. "Tasha, akak akan jaga adik. ALLAH lebih sayangkan mereka, adikku." Dibelai rambut adiknya penuh kasih sayang. Terbayang wajah kedua ibu bapanya. Nur Tiara tersedar dari lamunan apabila suara seorang lelaki memberi salam. Dia menoleh ke belakang. Dia terkejut apabila melihat seorang pemuda yang berusia 23 tahun tersenyum padanya. Segera dia mengesat air mata yang mengalir. Tidak pernah dia mengalirkan air mata di hadapan sesiapa melainkan di hadapan Qazriana Fatiha. " Saya datang sini atas nama persahabatan bukan permusuhan." Ujar pemuda tersebut. "Siapa yang memberitahu awak, saya disini?" Nur Tiara kembali melihat pemandangan sawah yang terbentang luas dihadapan. "Qazriana Fatiha. Dia dah ceritakan segalanya tentang awak termasuk penyakit adik awak, Tasha. Apa khabar awak dan Tasha?" "Baik, Alhamdulillah." Ringkas jawapan Nur Tiara. "Saya datang ingin membantu." Ucapan tulus ikhlas itu membuatkan Nur Tiara tersenyum. "Pertolongan apa yang bisa awak hulurkan untuk kami, Islah? Wang ringgit? Kami bukan pengemis yang mengemis duit di jalanan." Jawapan itu ibarat tangan yang menampar wajah Islah Zafriq. Tetapi, dia masih mengukir senyuman. "Saya membantu awak bukan dengan menghulur wang ringgit tetapi dengan tulang empat kerat saya. Saya akan tolong awak bekerja. Malah, saya juga akan turun padang." Jawapan itu mencetuskan tawa di bibir Nur Tiara. "Inikah lelaki ego dan panas baran yang kami kenal dahulu?" Islah Zafriq tersenyum dan melabuhkan punggungnya di sebelah Nur Tiara. Turut menikmati pemandangan menghijau yang terbentang dihadapan. "Awak nak dengar satu cerita mengapa saya boleh berubah sedemikian?" "Tak!" "Walaupun awak kata tidak, saya tetap akan ceritakan supaya awak faham keadaan saya. Dahulu, saya punya seorang adik bernama Syarifah Iszora. Dia merupakan adik bongsu saya. Kami hanya dua beradik. Saya sayang adik saya. Teramat sayang. Suatu hari, Zora ajak saya pergi ke Time Square. Sewaktu kami sedang berseronok, seorang perempuan menolak dia. Dia terjatuh ke tengah jalan. Saya cuba membantu tapi, saya diasak oleh orang ramai. Apabila saya ke hadapan, saya melihat Zora dilanggar sebuah kereta. Depan mata saya dia menangis. Saya masih ingat kata-katanya. ‘Zora sayang abang. Abang jangan sedih ya?’ Saya nak bawa Zora ke hospital tapi Zora tak bagi. Dia tersenyum. Air mata dia mengalir. Dia genggam tangan saya kuat. Seolah-olah lepas ni, saya akan kehilangan dia selamanya. Ternyata benar, kepala dia terkulai. Tangan dia longgar. Dia sempat mengucap dan dia meninggal di pangkuan saya. Saya mula takut untuk berkasih dengan sesiapa. Saya takut untuk kehilangan. Saya tak sanggup nak terima kepedihan di hati. Awak nak tahu, siapa perempuan yang tolak adik saya tu? Dia ialah Zila, kawan baik Zora. Zila cemburu dengan Zora kerana Zora sering mendapat perhatian di sekolah. Sebulan lepas tu, sya dapati Zila mati akibat kemalangan. Bayangan Zora sering menghantui mimpi saya. Saya terlalu sayangkan dia....." Air mata mengalir dari tubir mata Islah Zafriq. Tiada ego yang menjadi benteng. Dia juga seorang insan yang punya perasaan walaupun dia adalah seorang lelaki. Nur Tiara menunduk. Tidak disangka lelaki sekasar Islah Zafriq punya pengalaman yang pahit. Dia juga punya kisah silam yang pahit. Tetapi, dia masih boleh mengawal perasaannya. Itulah sebabnya ALLAH jadikan perempuan yang melahirkan anak kerana perempuan lebih matang dalam mengawal perasaan bila menghadapi sesuatu musibah. "Saya kehilangan kedua ibu bapa saya ketika saya masih haus akan kasih sayang mereka. Saya ingin meraung tapi, memandangkan saya masih punya seorang adik, saya harus pikul amanah itu sebaik mungkin." Ujar Nur Tiara sayu. "Dahla. Tak usah cakap fasal ni lagi. Kita bincang fasal kerja yang kita nak buat ni. Saya boleh melukis untuk tambah pendapatan. Awak?" Nur Tiara terharu dengan kesungguhan Islah Zafriq. Dia menggelengkan kepalanya. "Tak tahu." "Kalau abang nak tahu, akak boleh cakap bahasa Mandarin, Jepun, Perancis, Italy, English dan Melayu." Tasha mencelah dari belakang. "Tasha, kenapa bangun? Tasha kan tak sihat?" Nur Tiara membelai kepala adiknya yang ditutupi oleh sehelai jilbab. "Tasha bosanla kak. Siapa abang ni? Pakwe akak ek?" Tekaan Tasha membuatkan Islah Zafriq tersenyum. "Hisy, tak ada lah. Dia ni kawan sekuliah akak. Dah, pergi masuk bilik rehat." Arahan Nur Tiara segera dipatuhinya. "Awak nak tidur mana malam ni?" Mata Nur Tiara kembali beralih ke arah Islah Zafriq. "Saya tidur sini malam ni." Jawapan itu membuatkan Nur Tiara terlopong. ‘Biar betul mamat ni.’. "Akak..." Tasha memanggil. Nur Tiara segera berpaling menghadap adiknya itu. "Ni geran tanah milik Mak Yam. Dia dah pindah ke K.L. Dia serahkan tanah dan rumah tu untuk kita." Mak Yam adalah jiran mereka yang menjaga mereka setelah ibu bapa mereka meninggal dunia dahulu. Mak Yam tidak mempunyai zuriat dan menganggap Nur Tiara dan Tasha sebagai anaknya sendiri. Namun, apakan dayanya dia terpaksa mengikut suaminya berpindah ke K.L. "Alhamdulillah." Hanya ucapan itu yang meniti di bibir Nur Tiara. "Bolehlah saya tidur di rumah awak ni. Awak dengan Tasha staylah kat rumah Mak Yam. Sana lagi selesa. Saya dah tahu apa yang kita perlu buat. Awak mengajar bahasa, saya menjual lukisan. Kita bina khemah. Boleh saya gunakan rumah awak sebagai studio lukisan?" Nur Tiara hanya mengangguk.
3 hari kemudian....
Nur Tiara sibuk mengajar di khemah tuisyennya. Ramai penduduk kampung yang belajar dengannya. Ada juga anak orang berada. Nur Tiara menetapkan yuran sebulan RM 30. Kampungnya sudah moden. Penduduk di kampungnya bukanlah daif Cuma sesetengah sahaja. Manakala Islah Zafriq berulang-alik dari kampus ke kampung Nur Tiara. Duit minyak bukan lagi masalah. Dia ingin membantu meringankan beban yang ditanggung Nur Tiara. Lukisan yang dijualnya di sebuah pusat penjualan seni mendapat sambutan para VIP...
Beberapa bulan kemudian....
"Islah, tolong saya... Tasha....." Islah Zafriq yang sedang berbual-bual dengan Adam bergegas ke keretanya apabila mendengar suara cemas Nur Tiara di talian. "Nur, kenapa ni? Ok, Islah ke sana sekarang.." Islah memandu pada had kelajuan 170km/j. Setelah 20 minit berlalu, kereta Toyota Harrier milik Islah Zafriq terdampar di halaman rumah Nur Tiara. Islah Zafriq meluru keluar. Dia berlari mendapatkan Nur Tiara yang sedang memangku adiknya. "Nur.." "Tasha, bertahan dik..." Nur Tiara mengesat darah yang keluar dari hidung dan mulut Tasha. "Kita bawa dia ke hospital.." Ujar Islah Zafriq.
Setelah 15 minit..
Islah Zafriq dan Nur Tiara menunggu di hadapan bilik pembedahan. Nur menangis. Sungguh, dia tidak sanggup kehilangan Tasha. Nur terlena di atas kerusi menunggu.. "Tiara.." Ibunya memanggil. Ibunya berpakaian serba putih. Dia melihat ayahnya turut hadir. "Tasha! Ibu, mana Tasha nak pergi?" "Akan ada orang membela nasibmu, nak. Sudah sampai seruan Tasha. Janganlah tangisi pemergiannya." "Akak..." Tasha bersalaman dengan Nur Tiara. Dia tersenyum.. "Nur.. Bangun." Islah Zafriq mengejutkannya dari mimpi yang pilu itu. "Is, Tasha dah.." Islah Zafriq mengangguk. "Sabarlah."
Setahun berlalu...
Nur Tiara dan Islah Zafriq selamat membina sebuah masjid. Ikatan perkahwinan menjanjikan kebahagiaan abadi buatnya. Nur Tiara merenung lukisan matanya yang dilukis Islah Zafriq suatu ketika dahulu. Dia tersenyum. Ada hikmah disebalik semua penderitaan yang dilaluinya. Islah Zafriq memeluk pinggang isterinya.
"Sayang termenungkan apa tu? Mata tu ya? Nak tahu? Sebuah dendam berakhir dengan kasih, cinta abang buat Nur." Nur Tiara mengerutkan dahinya. Tidak mengerti maksud bicara suaminya. "Dulu abang berdendam dengan sayang. Sekarang berakhir dengan cinta abang pada Nur. Nur.. Cahaya hati abang.. Jom, jumpa dengan Teha dan Adam." Islah Zafriq dan Nur Tiara bergandingan keluar menemui rakan mereka yang selamat diijabkabulkan tahun lalu. Semalam derita.. Hari ini bahagia.. Semoga kasih yang terjalin mengikat cinta abadi selamanya.. pequeyamo parasiempre.. Sayangku selamanya...
-tamat-
p/s: Sya penulis baru.. Tlg comment ek? Terma ksh sudi membaca.. Assalam...
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei