Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Woi Ika..bangun..ko nak tido sampai pukul berape ni?? Ko tak keje ke? Dah pukul 7.30 pagi ni. Liat betul la ko nak bangun..Macam mane nak jadi bini orang nanti ni??",bebelan Irni membuatkan aku terjaga. Aku melihat jam loceng di atas meja tepi katil ku. ‘Alamak..dah pukul 7.30?? Kenape la budak Irni ni tak kejut aku awal sikit? Dah lambat gile nak pergi keje ni. Dah la aku tak seterika baju keje aku lagi. Padan muke aku sebab tak seterika dari malam tadi’. Aku terus bangun dan mencapai tuala ku. Aku tahu aku akan sampai keje lambat dan ini adalah kali kedua aku terlambat. Telinga aku ni sudah bersiap sedia untuk mendengar kemarahan bos aku tu..huhu..nak buat macam ne..nasib badan. "Irni,boleh tolong tak?Tolong seterika kan tudung aku kejap. Please..aku nak mandi ni.Takut tak sempat.",aku buat muke kesian dekat Irni. Harap-harap minah ni nak la tolong aku. "Ee..ko ni memang suke menyusahkan aku la Ika. Yelah..aku tolong ko. Baju kurung ko tu nak seterika sekali ke?",Irni mengambil tudungku yang aku letak di atas katil. "Baju kurung tu tak payah seterika sebab tak nampak kedut pun. Anyway, thanks sudi tolong aku. Ko memang baik..hehe",aku terus melangkah pergi ke bilik air. Nasib baik la budak Irni ni mood dia ok hari ni..hehe..
**************************************
Aku melihat jam di tangan. Alamak..sudah pukul 8.20 pagi. Aku dah lewat 20 minit. Confirm aku kena marah ‘kaw-kaw’ punya. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke meja. Aku harap bos aku tu tak keluar dari bilik dia time aku baru sampai kerja ni..Fuh..mintak-mintak la…. Lagi beberapa meter nak sampai ke meja, ada satu suara menegurku dari belakang. Suara yang tak enak untuk aku dengar time sekarang ni.. Suara bos aku… Aku memalingkan badan perlahan-lahan mengadap bos aku.
"Atiqah, awak baru sampai opis ke? Tahu tak sekarang dah pukul berapa?? Awak dah lewat 20 minit. Saya tak suke pekerja saye tak berdisiplin macam awak ni". "Saya terbangun lambat tadi Tuan Ramli. Maafkan saya",aku menundukkan muka. ‘Hampeh betul..kalau nak marah aku pun,janganlah depan semua staf ni. Malu gila aku siot…’. Hati aku sedikit bengang dengan bos aku yang garang ni. "Maaf-maaf..tu jelah yang awak tahu. Masuk ni, dah kali ke-2 awak datang lewat. Sekarang ni, awak masuk ofis saya. Ada benda yang saya nak cakap dengan awak. Sekarang!!!", Tuan Ramli masuk ke ofisnya. "Eee….geramnya aku",Aku memandang muke kawan baikku di opis, Midah. "Rileks la..ko pun tahu macam mane perangai bos kite tu.. angin tak tentu pasal. Yang ko datang lewat, sape suruh. Kan dah kena",Midah tertawa kan aku. Yang Midah ni pun satu, aku kena marah cukup-cukup,dia boleh gelakkan aku pulak. Bukannya dia nak kesiankan aku ni. Mangkok ayun punye member. "Wei,ko tunggu ape lagi tu? Tuan Ramli tunggu ko kat dalam tu. Mengamuk dia kalau ko lambat nanti. Boleh menung pulak minah sorang ni..Ish-ish",Midah menepuk meja. Aku tersentak dari lamunanku. Entah ape yang aku pikir sampai tak sedar langsung.Huhu..teruknya perangai aku ni. Aku melangkah longlai masuk ke bilik Tuan Ramli. Tak tahulah ape yang Tuan Ramli nak marah aku kali ni. Harap-harap janganlah dia berhentikan aku. Ekonomi dahlah tengah gawat ni. Mane la aku nak cari kerja nanti..
Tok..tok… "Masuk", Tuan Ramli mempersilakan aku masuk. Aku melihat mukanya. Mukanya menampakkan reaksi muka yang garang. Macam singa nampak daging je. Aku menelan air liur, Takut…. Aku duduk di hadapan meja Tuan Ramli. "Atiqah, tolong jelaskan kenapa awak datang lambat pagi ni", Tuan Ramli memandang mukaku yang menampakkan ketakutan..hehe.. "Saya bangun lambat tadi Tuan. Saya siapkan kerja saya sampai pukul 4 pagi. Itupun kawan saya yang kejutkan saya pagi tadi. Maafkan saya Tuan. Saya janji saya takkan datang lewat lagi",aku tunduk memandang lantai. Kalau boleh, aku nak lari keluar dari bilik singa jantan ni. "Takpelah..biaselah tu. Saya maafkan. ",Tuan Ramli bangun dan menghampiri aku. Bulu roma aku naik dengan serta merta. Seram sejuk apabila Tuan Ramli memegang bahu ku. Ya Allah..kenapa dengan bos aku ni. Aku cuba menepis tangan Tuan Ramli tapi Tuan Ramli memegang tanganku pula. Aku menolak tangannya. "Ape ni, Tuan??", Aku bangun dan memandangnya. Aku benci orang tua gatal macam bos aku ni. "Ala sayang..abang sanggup bagi ape sahaja yang sayang nak asalkan sayang sudi mencintai diri abang ni. Boleh ye, sayang?", Tuan Ramli cuba menghampiriku sekali lagi. Aku menjauhkan diri dari Tuan Ramli. "Tuan, mulai dari saat ini dan detik ni, saya berhenti kerja. Saya bekerja dengan ikhlas. Bukan untuk menggoda orang. Saya taknak kerja dengan bergelumang dengan dosa. Lagi satu, Tuan ingatlah isteri Tuan yang ada 3 orang tu and anak-anak Tuan. Ade yang sebaya saya kan??So, ingatlah sikit orang tua tak sedar diri!!",mukaku kemerahan menahan marah. Dengan pantas, aku keluar dari bilik jantan tua miang tu. Marahku membuak-buak. Nak je aku cekik-cekik orang tua tak sedar diri tu. Aku menghempaskan pintu bilik Tuan Ramli sekuat hati. Semua staf di situ memandang aku dengan penuh kehairanan.
**************************************
"Wei minah..kenape dengan ko ni. Keluar dari bilik bos, muke macam ayam berak kapur je.. Bos marah ko ke?",Midah menepuk bahu aku. Aku memandang mukanya. "Kalau dia marah aku je, aku boleh terima sebab aku tahu memang salah aku datang kerja lambat tadi. Ni ade ke patut dia goda aku..ee..please..geli aku",aku memeluk tubuh. "Ha..ko ni biar betul,Ika. Takkan lah Tuan Ramli tu nak buat macam tu kot. Haha..ko ni pandai bergurau jugak ek?",Midah ketawa berdekah-dekah.Geramnye aku dengan si Midah ni. Aku cerita betul-betul,dia ingat aku main-main pulak. Nak je sekeh kepala minah mereng ni. "Cik Nor Asmidah binti Mohd Ali, untuk pengetahuan ko, aku series k?Lagi satu, aku dah berhenti kerja. Aku taknak kerja dengan singa gatal tu",aku mula mengemaskan barang-barang yang ada atas meja aku. Midah memandang muka aku. Mungkin dia kurang percaya dengan ape yang aku bagitahu tadi kot. "Wait-wait…nape ko nak berhenti kerja pulak ni?",Midah menghalang aku daripada mengemas barang. "Aduh…kenapela ko ni lembap sangat Cik Midah ooi?? Kan aku dah kate Tuan Ramli tu miang..takkan la aku nak kerja bawah satu bangunan dengan singa miang tu kot???Eee…geli la aku…Dia pegang tangan aku tadi,buat semua bulu ketiak aku gugur tau..hehe.Oklah..aku chow dulu..Kalau ko nak jumpe aku,just meseg atau call aku je tau??Bye..",aku meninggalkan Midah dengan muka ‘blur’ nya..Minah tu memang slow sikit..hehe.
*****************************************
Aku terdengar bunyi skuter Irni depan rumah. Minah tu dah balik dari kerja. Jam baru pukul 7 malam. Hehe..ni mase yang best untuk kenakan si minah garang + kuat membebel + chubby tu. Dia tak tahu aku dah balik kerja ni sebab selalunya aku balik kerja lepas pukul 8 malam. Hari ni aku balik sebelum pukul 9.30 pagi..hehe..hebat tak? Hebat apenye? Aku dah berhenti kerje..dah jadi penganggur semula.. Irni membuka kunci pintu. Aku dah bersiap sedia nak sergah dia. Aku nak tengok macam mane minah chubby ni terkejut. Entah-entah sampai melatah kot. Pintu dibuka. Aku terus sergah Irni.
"Opocot mak kau!!! Hantu ko Ika!! Bila mase pulak ko ade kat rumah ni?? Selalu ko balik lewat. Ko balik kerja pukul berapa?",Irni tunduk mengutip helmetnya yang jatuh. Kesian Irni. Dahlah baru balik kerja. Dah kene sakat dengan aku. Hehe.. "Waduh..banyak sekali pertanyaan bu Irni ya?hehe.. Aku dah berhenti kerja la. Pukul 9.30 pagi tadi aku dah ade kat rumah. Irni, kat tempat kerja ko ade kosong tak? Aku tak sukelah nak menganggur ni?",Aku mengekori Irni dari belakang menuju ke dapur. "La..kenape ko berhenti kerje? Suke-suke je berhenti. Dahlah ekonomi tengah teruk ni. Bukan senang nak dapat kerje tau sekarang. Berapa ramai yang menganggur sekarang ni. Termasuk la ko. Apelah nak jadi dengan ko ni,Ika". Aku menggaru-garu telinga aku yang tak gatal. Fuh…dah kene bebel dah. Sebijik macam bebelan mak aku. Panasnye telinga aku ni dengar. "Adelah sebab aku berhenti. Malaslah nak cerita. Aku tanye ko ni, Irni. Ade tak kerja kosong kat tempat ko tu?",aku menuang air sejuk ke dalam gelas. "Kerja kosong?Ade tapi sebagai waiter jelah..ko nak ke? Ko kan keje kerani sebelum ni. Nak ke jadi waiter macam aku ni??",Irni duduk di sebelah aku. Dia merampas air sejuk aku. Eee..penat je aku tuang air tu. Last-last minah chubby ni yang minum. "Waiter pun waiter la..Daripada aku dok rumah and tak buat ape-ape pun, lebih baik aku keje waiter.Dapat gak gaji..Boleh jugak le tanggung mekap aku tu..hehe..Ko tolong aku dapatkan kerja waiter tu ek??Please…",aku sedaya upaya membuat muke kesian dekat Irni. Irni menggelengkan kepala melihat kelakuan aku yang macam budak-budak ni. "Yelah-yelah..esok ko ikut aku pergi kerja k?Aku nak kenalkan ko dekat bos aku. Manelah tahu dia berkenan nak jadikan ko pekerja dia ke.. Amacam??Set?". "Huh..ok saje..aku set je..Jangan lupe kejutkan aku awal sikit tau. Nanti lambat lagi aku bangun. Irni,kat tempat kerja ko,takde mamat hensem ke yang leh aku download dalam memori otak aku ni??",aku tersengih macam kerang busuk kat Irni. Irni mengerutkan dahinya. "Ko ni Ika,tak habis-habis mamat hensem nya. Memilih sangat.Sebab tulah sampai sekarang takde pakwe. Ramai yang nak kat ko tapi ko taknak", Irni menempeleng kepala aku. Aku memukul lengannya. Hehe..padan muke. Sape suruh dia buat aku dulu. "Bukan aku memilih tapi kalau yang nak kat aku semua muka tongkang pecah, nak buat ape. Gelilah..nak cium pun tak lalu tau..Wek..",aku membuat reaksi seakan-akan orang hendak muntah. Irni memandang pelik dengan perangaiku. "Ish..ko ni.Tak baik tau. Kesian mamat yang tak hensem yang ada kat Malaysia ni. Mesti diorang terasa kalau dengar ko cakap macam ni". "Bukan niat aku nak mengutuk. Kalau datang yang sedap mata memandang pun dah kira ok lah tapi kalau muka macam bangunan tak siap, taknaklah aku..Aku taknak anak-anak aku nanti tak comel.Huhu",aku bangun dan menuju ke peti ais. "Hm..sukahati ko lah Ika..asalkan ko happy. Oklah..aku nak mandi dan solat maghrib ni. Malam karang kita sambung story lagi k?",Irni bangun dan menuju ke biliknya. Aku mengutip gelas Irni. Minah chubby ni memang malas sikit kalau bab mengemas ni. Mungkin sebab badan dia berat kot..eh..ade kaitan ke??Hehe..aku tergelak kecil sorang-sorang di dapur.
***************************************
Aku duduk di meja makan di tempat kerja Irni. Aku tengah menunggu dia bagitahu bos dia yang aku nak mintak kerja kat sini. Harap-harap dapatlah.. Mata aku terpaku memandang seorang jejaka. ‘Alahai..hensemnya. Kalau lah dia jadi boyfriend aku, confirm aku tak lepas punyalah’. Mata aku terus memerhatikan ke mane sahaja mamat tu pergi. Tengok pada baju yang dia pakai tu, confirm dia kerja sini. Semangat aku terus berkobar-kobar untuk dapatkan kerja kat sini. Hehe..gatal ke aku ni??
"Woi Ika..apa yang ko menung tu? Dah 3,4 kali aku panggil ko tak dengar-dengar ke??", Irni menyedarkan aku dari lamunan. ‘Ish..spoil betullah minah chubby ni. Aku baru je dok terbayang aku dengan mamat hensem tu bersanding. Hehe’.Aku tersenyum sendirian. Irni memandang mukaku dengan reaksi yang pelik. "Ape yang ko dok sengih-sengih ni??Jom..bos aku panggil ko masuk tu. Dia nak interview ko." Irni menarik tangan aku. "Interview??Takkan kerja waiter pun nak kena interview jugak kot. Malaslah..". "Mestilah kena interview. Ko ingat ni warung kaki lima ke? Ni restoran 3 bintang tau. Dah..jom. Bos aku tunggu tu". Aku mengikut Irni dari belakang. Leceh betul kena interview ni. Aduh..malas betul la..
*****************************************
Aku bangun awal pagi ni sebab hari ni aku mulakan karier aku sebagai waiter. Pukul 5.30 pagi aku dah bangun padahal restoran tu buka dalam pukul 8.30 pagi. Biaselah..ni bukan semangat nak kerja je tapi semangat nak mengorat mamat hensem tu. Aku malas nak tanya Irni tentang mamat tu. Biar aku sendiri tanya mamat tu depan-depan.Baru gentlewoman beb..hehe..
"Woi minah chubby..bangun-bangun",aku menepuk-nepuk pipi tembam Irni dengan perlahan. Irni mengeliat dan mengenyeh-ngenyeh matanya. "Pukul berapa ni,Ika? Dah lewat ke?",Irni duduk dan melipat selimutnya. "Sekarang ni dah pukul 7 pagi. Sila bangun dan mandi k??",aku mencampakkan tuala ke muka Irni. Dia bangun dan melangkah longlai menuju ke bilik air. Maybe minah chubby ni still mamai lagi kot.
---
"Hai..pekerja baru ek? Saya Hafiz.",salam dihulurkan dari jejaka itu. Aku memandang mukanya. ‘Oh my god..ni mamat hensem yang aku minat tu. Dia tegur aku dulu..bestnye’..Aku rase macam nak melompat kegirangan je mase tu. Terus aku mencapai tangannya dan kami bersalaman. "Yup..saya pekerja baru. Baru start keje hari ni. Saya Ika". Mase tu aku rase aku taknak lepaskan pegangan tangan dia tau..Syok je rase..hehe.. "Oklah Ika. Saya ade keje nak buat ni. Time lunch kite boleh berborak lagi. Nice to meet you dan semoga awak suka kerja kat sini". Hafiz berlalu meninggalkan aku. Aku memandangnya dari jauh..Aduh..milik siapakah jejaka ini??? "Oit minah perasan lawa. Ko renung ape dari tadi?? Tu..ade pelanggan tu. Pergi tanya diorang nak order ape. Berangan je kejenya",Irni menampar pipi ku. Walaupun perlahan tetapi aku rase cukup untuk buat hatiku panas. Yelah..bayangkan la minah chubby punya tangan besar mane..hehe…Aku melangkah dengan penuh malas menuju ke meja yang terdapat 2 orang perempuan. Kenapalah hari ni asyik perempuan je yang datang makan. Mane perginya mamat-mamat hensem kat sini??Huhu… "Eh Ika..ko keje kat sini ke??",Midah memandangku. "Midah, Puteri..yup..aku keje sini.Baru je start hari ni. Macam mane kerja ko kat opis dengan singa gatal tu??Ok tak??",aku terus duduk disebelah Midah dan aku terlupa sekarang ni aku tengah bekerja..haha.. "Em..dia takde pulak kacau aku tapi aku rase dia ade scandal dengan setiausaha dia si Ayu tu",Midah memulakan gosip terbaru. "Yup..aku pun rase macam tu. Ko nak tahu tak kalau si Ayu tu masuk bilik si singa miang tu,mesti lame punya la..aku pun tak tahu diorang buat ape dalam tu",Puteri mengerutkan dahinya. "La…yeke??Cerita gempak ni. Macam mane la Ayu yang punyelah cun tu boleh nak kat singa yang perut boroi,kepala botak dan pendek tu..ish..kalau aku la,nak pandang pun terus hilang selera makan setahun tahu tak??Hahahaha",aku ketawa sampai tak ingat dunia diikuti dengan Puteri dan Midah. "Ish..aku kat sini kerja bukan nak gosip dengan korang. Hujung minggu ni kita keluar sama-samalah ek? Boleh gosip panjang-panjang lagi..ha..korang nak makan dan minum ape ni?? Keje aku ambik order korang",aku memegang kertas dan pensil. Bersiap sedia nak ambik order member baik aku ni. "Oh..ko jadi waiter ek? Takpelah..yang penting kerja halal kan?? Em..bagi aku nasik goreng USA dan air jus tembikai",Midah memandang muka aku. "Aku pulak nak bihun sup dan air fresh oren. Thanks Ika",Puteri tersengih memandang aku. Aku memandang Midah dan Puteri dengan pandangan yang pelik. ‘Ape kena la minah 2 orang ni pandang aku semacam jer..huhu..’
---
Time lunch adelah time yang aku nantikan sebab Hafiz nak berborak dengan aku lagi. Time tulah aku nak kenal dia lebih dalam lagi.Hehe..kire sesi interview cari jodoh la ni.Hahahaha… Em..aku rase dah 15 minit aku duduk sorang-sorang ni. Mane pulakle si Hafiz ni. ‘Aduh..si minah chubby yang datang pulak. Lain yang aku tunggu,lain yang tiba. Malangnya’,hatiku mengomel sendirian.
"Ha..ko macam tunggu someone je. Ko tunggu sape sebenarnye ni? Tunggu Hafiz ek??Hehe..",Irni tersengih. Dia terus duduk di hadapan aku. "Ko ni tahu-tahu je ek? Mane ko tahu ni ha???",aku merampas air Irni dan menghirupnya sampai tinggal sikit. "Woi..habis lah air aku. Bengong betul la minah perasan cun ni. Ha..berbalik pada Hafiz tadi. Yelah..aku tahulah sebab dia lah yang paling hensem + macho kat sini. Mane ade lagi. So,betullah ko tunggu dia ni??". Aku hanya menyaksikan Irni makan dengan lahapnya. Sepinggan nasik sekejap je dah nak habis. Memang lapar sangat kot minah ni. "Em..betullah..aku memang tunggu dia pun sebab pagi tadi dia cakap nak sembang ngan aku lagi time lunch tapi sampai sekarang aku tak nampak pun muka dia lagi. Hm…",aku melepaskan keluhan. "Tak payahlah ko tunggu dia sebab dia keluar dengan tunang dia. Aku nampak tunang dia datang ambik dia tadi",Irni bangun dan pergi mencuci tangannya. "Tunang???Hafiz dah bertunang? Ko biar betul Irni. Jangan tipu aku pulak",aku terus berlari mendapatkan Irni. "Wei minah. Ape guna aku tipu ko?Ape yang aku dapat? Dapat dosa adalah. Kalau ko tak percaya jugak,ko pergi tanya Hafiz sendiri. Melepaslah ko,Ika..". "Baru ke diorang bertunang,Irni? Hafiz tu umur berapa sebenarnya??",aku mengadap muka Irni. "Em..dah hampir setahun pun diorang bertunang. Kalau tak silap aku,diorang kahwin hujung tahun ni. Umur Hafiz dalam 26tahun kot. Aku tak pastilah beb..Oklah..aku nak pergi bank kejap. Ko tu jangan tak makan pulak. Lunch time nak habis dah ni. Bye….",Irni menepuk belakangku dengan perlahan. Aku termenung dengar cerita Irni. Hafiz,jejaka idaman aku sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Oh tidak…kenapalah nasib tak menyebelahi aku je…huhu..hatiku menangis sendirian. Aku terus mengambil makanan dan duduk makan sorang-sorang. Mase tengah menikmati makan tengahari, sebuah kereta Myvi warne biru muda berhenti di depan restoran. Mase tu aku nampak Hafiz turun dari kereta tu dan aku ternampak perempuan yang duduk di tempat pemandu. ‘Maybe girl tu tunang Hafiz kot. Not bad..sesuai dengan Hafiz’. Aku sambung menikmati makanan dan pura-pura tidak nampak kehadiran Hafiz yang begitu hampir dengan aku. Hafiz menarik kerusi di hadapanku dan dia duduk betul-betul di depan aku. ‘Aduh..napelah mamat ni dok depan aku pulak?? Aku taknak jatuh hati lagi bila tengok muka dia tu’..Aku sedaya upaya tidak bertentangan mata dengan Hafiz.
"Amboi..sombong nampak. Takkan tak nampak Fiz duduk depan Ika kot". "Eh..sorry Fiz.Ika betul tak perasan sebab tengah pikirkan benda lain tadi. Sorry ek??",akhirnya aku terpandang matanya yang berwarna coklat tu. ‘Mak..anakmu jatuh hati pada tunang orang..’. "Takpe-takpe sebab Fiz yang buat salah kat Ika sebab Fiz tak berborak dengan Ika time lunch tadi",Fiz memandang mukaku sambil tersenyum. "Ala Fiz..lagipun time lunch kan ade sikit lagi ni. Kita sempat berborak lagi. Lagipun Ika paham Fiz keluar makan dengan tunang Fiz tadi",aku nampak reaksi muka Fiz tiba-tiba berubah. Mungkin dia tak sangka aku boleh tahu pasal dia dah bertunang kot. "Tunang???Mane Ika tahu ni?",Fiz mengerutkan dahinya seakan seperti betul-betul terkejut. "Em..Irni bagitahu tadi. Lagipun Ika nampak tunang Fiz hantar Fiz tadi. Cantik awek Fiz. Sesuai dengan Fiz. Tahniah ek? Kahwin nanti jangan lupe ajak Ika tau". "Oh..Irni bagitahu ek? Okey Ika..Fiz takkan lupa bagi kad kahwin kat Ika punya.. Ika lah orang pertama yang akan dapat kad kahwin Fiz nanti. Oklah..time lunch dah habis ni. Nanti kita berborak lagi k?",Hafiz bangun dan melangkah pergi ke bahagian dapur restoran. Aku masih lagi termenung. Memang betullah Fiz dah bertunang. Hm..takde harapan lah aku nak kat dia lagi….
***********************************
5 bulan kemudian…
Aku masih kekal lagi kerja di restoran ini. Hafiz pulak still macam dulu. Hensem dan macho. Tapi aku dah jarang bercakap dengan dia sebab aku banyak jauhkan diri dari dia..Em..bulan depan dah hujung tahun. Bulan 12. Maybe Hafiz akan mengedarkan kad kahwinnya tak lama lagi. Aku juga still macam dulu. Kesunyian dan still meminati Hafiz yang bakal jadi suami orang tu. Apa boleh buat. Dah memang bukan jodoh aku dengan Hafiz. Redha jelah….
"Ika,sini kejap", Midah memanggil aku. Midah jadi pelanggan tetap kat restoran ni sejak aku bekerja kat sini. "Ha..nape Midah?? Ade gosip hangat lagi ke??",aku duduk di sebelah Midah. "Ada..bini singa miang tu dah tahu scandal dia dengan Ayu. Semalam kecoh gila opis tu dibuatnya". "Hah?? Biar betul..macam mana Puan Razmah boleh tahu scandal laki dia dengan Ayu tu??",aku terus bersemangat nak tahu cerita selanjutnya. "Semalam Puan Razmah datang ke opis. Si singa miang tu lupa kot nak kunci pintu dari dalam. Puan Razmah pun bukaklah pintu tu dan ternampak lah singa miang tu dengan Ayu tengah seronok berasmara dana dalam tu". "Fuh..yeke??Diorang buat ape sebenarnya dalam bilik tu??",aku mula membayangkan apa yang terjadi di opis lame aku semalam. Mesti gempak gila.. "Em..Puteri bagitahu,singa miang ngan Ayu tengah dok bercium. Tak tahulah betul ke tak". "So,ape jadi lepas Puan Razmah nampak?". "Habis barang-barang dalam bilik singa miang tu berterabur. Memang Puan Razmah mengamuk gila lah semalam. Dan singa miang tu terpaksa berhentikan Ayu sebab Puan Razmah suruh. Kalau tak,dia nak bunuh si Ayu tu. Dan sekarang, Ayu tak kerja lagi kat opis. Aku tak tahulah dia teruskan scandal dengan singa miang tu lagi atau tak…",Midah menghirup air minumannya. "Memang cari nahas la kalau Ayu teruskan scandal dengan singa miang tu lagi. Oklah..aku ada kerja ni. Ko makan la dulu ek??",aku bangun dan meninggalkan Midah.
---
"Hai Ika..boleh Fiz join Ika makan??",Hafiz berdiri di hadapan meja aku. "Boleh..duduklah..Fiz tak keluar makan dengan tunang ke hari ni??". "Em..Ika,Ika free tak malam ni??",Hafiz tiba-tiba mengubah topik. Pertanyaan aku tadi pun dia tak jawab. "Malam ni??Free..kenapa Fiz?",aku memandangnya dengan seribu pertanyaan. "Lepas habis kerja ni,kita keluar nak tak?? Ada benda Fiz nak cakap dekat Ika ni". "Ha??Taknak lah..buatnya terkantoi dengan tunang Fiz, tak ke naya nanti. Ish..Ika taknak cari masalah",aku menggelengkan kepala tanda tak setuju. "Ala..bolehlah Ika..sekejap je. Kalau Ika tak keluar dengan Fiz, Ika akan rugi sebab Ika tak tahu apa yang Fiz nak cakap kat Ika nanti. Boleh ek?Please…",Hafiz buat muka kesian depan aku. "Yelah..yelah..tapi sekejap je tau…Janji??",aku memandang Fiz dengan pandangan yang tajam. "Ye..Fiz janji sekejap je… Thanks Ika..".
---
Aku berjalan beriringan dengan Fiz. Cuaca pada malam itu terlalu dingin. Mungkin sebab cuaca yang nak hujan kot. Aku berpeluk tubuh. Tiba-tiba Fiz memberikan aku baju sejuknya. Mungkin dia nampak aku tengah menggigil ni. Aku mengambil dan memakai baju sejuknya tanpa mengucapkan terima kasih. Teruknya aku..mungkin sebab lidah aku dah kaku untuk berkata-kata pada malam yang sejuk ni. Kami duduk di bawah sinaran lampu sambil mengadap tasik yang begitu tenang pada waktu malam.
"Fiz.ape yang Fiz nak cakap dengan Ika ni?",aku memandangnya. "Em..kalau Fiz cakap ni,Ika jangan marah ye?". "Marah??Sebab ape pulak Ika nak marah Fiz?Takkanlah Ika nak marah kot. Cakap jelah. Ika dah tak sabar nak balik ni. Sejuk sangat-sangat dah ni",aku berpeluk tubuh. Kalaulah Fiz tu suami aku,dah lama aku peluk dia dan menghangatkan tubuh aku yang kedinginan ni. "Ika..sebenarnya,Fiz takde tunang dan takde awek lagi sampai sekarang,"Fiz memandang aku dengan pandangan yang dalam. "Ha??Habis tu awek kereta Myvi biru tu, sape sebenarnya? Dan kenapa Irni cakap Fiz dah bertunang dan Fiz pun mengaku Fiz dah bertunang",aku membuat reaksi muka yang terkejut walaupun dalam hati aku ada kegembiraan sebab aku dah tahu jejaka idaman aku solo sebenarnya. "Awek tu kakak Fiz. Dia memang selalu ajak Fiz teman dia bila time lunch. Kami memang rapat dari dulu lagi. Em..Fiz yang suruh Irni bagitahu Ika yang Fiz dah ada tunang sebab Fiz nak tahu Ika suka Fiz atau tak..Fiz sukakan Ika mase first time Fiz nampak Ika. Mase tu Ika baru nak mintak keje ni..Fiz selalu tengok Ika tapi Ika tak perasan kot. Fiz jatuh hati dekat Ika..Fiz menipu selama 5 bulan ni sebab Fiz nak tahu sama ada Ika betul-betul nakkan Fiz atau tak dan dalam masa 5 bulan tu jugaklah Fiz tahu Ika adalah pilihan Fiz yang terbaik. Ika,Fiz tahu Ika sukakan Fiz bila Irni bagitahu Fiz yang Ika hari-hari sembang pasal Fiz dekat dia. Ika……",Fiz memandang mukaku dan bibirnya terukir senyuman. Aku memandang ke dalam matanya. Seakan tidak percaya apa yang baru dilafazkan oleh Hafiz tadi. "Ika,sudi tak kalau Ika jadi pasangan hidup Fiz??",Fiz melutut sambil mengeluarkan cincin silver dari kocek seluarnya. Aku memandangnya dengan pandangan yang pelik. "Malam ni,Fiz bagi cincin silver je tapi bila kita nikah nanti, Fiz janji Fiz akan bagi cincin yang paling mahal untuk Ika. Cincin ni untuk melamar Ika jadi kekasih hati Fiz je dulu..Bila Fiz melamar untuk jadi isteri Fiz, Ika akan dapat cincin lain k? Macam mana? Sudi tak? Dah penat Fiz melutut ni",Fiz mengerutkan dahinya. Aku ketawa melihatkan gelagat Hafiz. Dengan tenang dan fikiran yang waras, aku terus menerima lamaran jejaka idaman aku tu.. "Ika sudi jadi kekasih hati Fiz. Thanks sebab sudi terima Ika yang serba kekurangan ni, Fiz". "Sepatutnya Fiz yang berterima kasih kat Ika sebab sudi terima lamaran Fiz ni. Malam ni, Fiz dan Ika adalah pasangan kekasih tau. Fiz takkan sia-siakan hidup Ika",Fiz memegang tanganku dan menyarungkan cincin silver tu di jari manisku. Malam ni aku sah jadi kekasih mamat hensem yang aku puja selama ini..
***************************************
Setahun kemudian…
Aku mengambil kad perkahwinan yang sedia ada di atas meja. Aku baca isi kandungannya. Terpampanglah nama pasangan pengantin Mohd Hafiz & Nor Atiqah. Aku tersenyum sendirian tatkala aku melihat namaku. Akhirnya aku akan menjadi isteri Hafiz. Tak sia-sia aku puja dia selama ini. Hari ni dan pada saat ini, aku akan menjadi milik Hafiz yang sah. Memang betul Fiz tak pernah sia-siakan aku bila aku setuju terima dia jadi couple aku dulu. Dia seorang lelaki yang penuh dengan understanding, caring dan romantic. Aku bahagia dengan Fiz. Panggilan mak dari luar mengejutkan aku dari lamunanku.
"Ika, kamu dah siap ke? Kita nak kena ada kat masjid sekarang ni. Lagi 20 minit majlis akad nikah kamu nak mula",mak masuk ke dalam bilik. "Dah mak..Ika dah siap. Ok tak mekap Ika ni,mak? Sesuai tak dengan muka Ika?",aku memandang mak aku yang agak kelam kabut mase tu. "Oklah..comel dan cantik je. Mesti Hafiz karang lafaz nikah sekali je",mak gelakkan aku. Aku turut tergelak sama. Lantas aku terus masuk ke dalam kereta dan menuju ke masjid. Sesampai je di masjid, jiran-jiran dan sedara mara sudah mula memenuhi perkarangan masjid. Aku terpaku. ‘Kenapalah ramai sangat ni? Aduh..ni yang rase nak terkucil ni’,aku menepuk dahi. Keluar sahaja dari kereta, ramai yang mula mengambil gambar aku. Hehe..rase macam aku ni artis popular je. Aku melangkah masuk ke dalam masjid. Aku lihat Hafiz sudah duduk di hadapan Tok Kadi. Dia memandangku sambil tersenyum. Fiz sungguh kacak mengenakan baju melayu warna putih dan kain songket warna hitam. Aku tak sabar nak memeluk lelaki yang bakal jadi suami aku tu.
"Baiklah..pengantin perempuan pun dah ada. Boleh kita mulakan sekarang?",tanya Tok Kadi kepada tetamu yang hadir. Aku dapat melihat Tok Kadi menggenggam tangan Fiz dengan kemas. "Kalau saya sebut nama kamu nanti, kamu jawab tau",Tok Kadi memandang Fiz yang kelihatan gelisah. "Baik Tok Kadi",Fiz menarik lafaz panjang. "Mohamed Hafiz bin Mohd Noor",laung Tok Kadi. "Ye saya",jawab Hafiz. "Aku nikahkan dikau dengan Nor Atiqah binti Mohd Arif dengan mas kahwinnya 501 ringgit tunai",tangan Hafiz digoncang sedikit. "Aku terima nikah Nor Atiqah binti Mohd Arif dengan mas kahwinnya 501 ringgit tunai",Fiz melafazkan akad nikah dengan lancar. Sekarang cuma menunggu kesahihannya daripada wali-wali. "Sah??",tanya Tok Kadi. "Sah…",jawap wali. "Alhamdulillah",seraya itu Tok Kadi mengangkat tangan untuk berdoa.
---
Aku melangkah masuk ke dalam bilik yan dihias dengan cantik dan bau yang harum. Hm..inilah kamar pengantin aku. Aku baring dan memandang dinding. Penat bersanding petang tadi masih tak hilang. Aku memeluk bantal. Mata ni mula mengantuk bila badanku disapa oleh air cond yang dipasang. Aku terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Aku tahu suamiku yang masuk ke dalam bilik ni.
"Assalammualakum sayang",sapa suamiku,Fiz. "Waalaikummussalam abang",aku menjawap. Aku memalingkan badan dan aku memandang Fiz. "Sayang nak tidur dah ke? Penat ye? Takpe..abang paham",Fiz kini duduk di tepi aku sambil mengusap rambutku. "Em..penat sikit je abang. Abang tak penat ke?",aku memandang mukanya. "Penat jugak, sayang",satu ciuman yang mesra hinggap di dahiku. Aku tersenyum bila menerima ciuman dari suamiku. "Sayang…kalau abang mintak sayang layan abang malam ni, sayang nak tak?",Fiz menggenggam tanganku. Mendengarkan pertanyaan Fiz, aku menelan air liur. Ketakutan mula ku rasai. "Abang, abang kan suami sayang. Sayang kena layan abang. Syurga di bawah tapak kaki suami. Sayang serahkan jiwa dan raga sayang hanya untuk suami sayang iaitu abang",aku membalas pegangan tangannya. "Terima kasih sayang..",Fiz bangun dan menutup lampu. Kini hanya lampu tidur yang berwarna kuning sahaja yang menyala. Fiz baring di sebelahku dan memeluk ku. Aku melayari malam pengantin disebalik hujan renyai-renyai pada malam itu. Aku bahagia menjadi isteri Hafiz. Semoga hubungan kami akan kekal hingga ke akhir hayat…Amin………..
Aku bukan kau sesedap hati menyatakan rasa, aku bukan kau seenak bicara meluahkan kata, aku bukan kau!! kau bukan aku!! aku bukan kau...!! kau faham tak??? hatinya menjerit, tapi tiada siapa yang mendengar..
Dia mengeluh, kenapalah semua orang dekat sekeliling aku ni tak pernah nak belajar faham apa yang aku rasa? Kenapa semua buat-buat tuli, pekak bila aku meluah bicara, kenapa semua buat-buat buta tak nampak ketika lakuku meluah protes pada mata pandangan mereka? kenapa? kenapa???
Kenapa biarkan aku terlahir kedunia ini andai sering kali rasa perasaanku diketepikan? kenapa lakukan aku layak seperti pintu kayu? yang bila marah akan dihempas sekuatnya, kenapa hakku seolah kau nafikan sedangkan aku punya layak untuk terus meluah suara. Aku tak faham.. hatinya terkilan, campur sekali dengan rasa walang, hurm sampai ke bilanya hidup aku ini akan terus diatur, dicampur tangan oleh orang lain? sampai ke mananya sudah hidup ku ini?
***********
"Mummy tengok surat apa yang Nea dapat ni??" gembira bercampur riang mengunjuk sampul surat berwarna coklat.
"Surat apa tu?? mummy busy ni.." acuh tak acuh Puan Melina menyambut unjukan anaknya
"Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami setelah dipertimbangkan segalanya dan selepas menemuduga saudara/i kami dapati saudara/i telah layak dengan kursus yang ditawarkan oleh pihak kami iaitu kursus Penulisan Seni Layar....."
Membulat mata Puan Melina membaca sepotong ayat yang tertera dalam isi surat tawaran itu..
"What???? apa ni?? kan mummy dah kata mummy tak suka Nea ambil kos ni, Nea tak faham ke??"
Tersentak Nea bila melihat angin mummynya berubah tiba-tiba, dia terkelu.. salahkah apa yang aku cuba lakukan? tanyanya dalam hati. Salahkah? setelah kuturutkan segala kemahuan mummy dan daddy, setelah aku berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang perniagaan seperti kehendak mereka, sekarang tibalah masanya untuk aku turutkan kehendak diriku sendiri.. itu pun menjadi satu kesalahan ke? Habis mana hakku sebagai seorang manusia yang berperasaan? bila perasaanku diketepikan tanpa timbangan.
Scrathh....!! bunyi kertas surat tawaran yang disiat itu menyiatkan sekali hatinya tika itu, tak sangka sampai hati mummy buat Nea begini, rintihnya dalam hati.. Berkecai bersama harapan yang lebur.. jawapannya mudah, bidang ini tak menjamin masa depannya itu yang pada fikiran mereka sedangkan fikirannya lain..
"Mummy tak suka apa yang Nea cuba buatkan ni, dahlah kos ni tak ada masa depan, mummy dah sediakan segalanya untuk Nea, Nea just sambung apa yang mummy dah sediakan, syarikat daddy tu siapa nak jaga kalau bukan Nea? tu saloon mummy tu siapa yang nak ambil alih kalau bukan Nea?? Nea ni satu-satunya anak kami..." panjang lebar sekali bicara mummynya kali ini.
Huh itulah yang diulanginya dah naik hafal dah aku dengan ayat mummy tu.. hai kalau dijawab dikatakan menjawab, nanti dikatakan kurang ajar, karang tak pasal-pasal jadi anak derhaka.
Dipandang sayu kearah carikan kertas yang bertaburan diatas ambal, lambat-lambat dia tunduk mengutip cebisan kertas itu... surat tawaran yang telah pun berkubur menjadi kenangan.. hanya sekejap gembira itu hadir dan sekelip mata ia dinyahkan kini, terikat dengan tanggungjawab yang sedia tergalas di bahu seorang anak... air mata bergenang, hampir tumpah, tapi pantas disekanya, mengelak dari di sedari oleh mummynya, yelah.. nanti bertambah panjang pula leteran mummynya itu.
*********
Bisingnya... dia menekup telinganya dengan bantal, sangat tertekan dan menyiksakan, begitulah selalunya andai teman-teman keluarganya bertandang, nama saja keluarga muslim, tapi sayang lebih kebarat dari orang barat. Huh teguk arak macam minum air coke, sangat menyedihkan.. keluarga aku kaya, tapi miskin ilmu agama, kaya dunia tapi miskin akhirat... ya ALLAH tolong ampunkan dosa keluargaku, tolong ampunkan dosa aku juga sebab aku tak mampu nak sedarkan mereka..
Aku ni macam boneka saja dekat dalam rumah ada macam tak ada, wujud macam tak wujud.. Aku teringin sangat, sangat-sangat teringin nak rasa, nak tahu maksud sebenar kebahagiaan tu?, macam keluarga orang lain, tak punya harta berlambak tapi punya kasih sayang melimpah, perhatian yang melaut..tapi sayang... keluarga ku yang ini sangat jahil.. malu kadang-kadang orang tanya, usia seperti ku sudah berapa kali khatam al-Quran,.. yelah orang seusia aku ni sepatunya sudah 3,4 kali khatam.. hai apa nak buat keluarga aku tamakkan dunia.. sayangkan dunia, cintakan dunia... lebihkan dunia..
***********
Kebas dah rasa muka ni rasanya.. dia mengeluh, yelah dari tadi asyik melorek senyum tampal di wajah ni, sudahlah tak kenal sesiapa pun yang daddy perkenalkan ni.. Nea Rindiani mengeluh.. Hari ini hari pertamanya dia di sini di syarikat milik daddynya.
"Aku tak tahu sama ada perlu ke tidak aku disini..sudah lah staff-staff daddy semuanya macam takut-takut saja nak dekat dengan aku, macamlah aku ni makan orang...hisy.." rimas bila terlalu dihormati..
"Cik Nea ni fail syarikat, Tuan Lutfy suruh saya bagikan pada cik, dia hendak cik tengok-tengok perjalanan syarikat dan kedudukan kewangan syarikat ni.." hulur Jesnita kepadanya.
Dia hanya mengangguk, dikerling pas pekerja milik Jesnita, owh.. patutlah setiausaha daddy..
"Letak situ... err.. Jesnita awak kata dekat daddy, saya nak keluar sekejap.." beritahunya..
Dah tak larat untuk memaksa diri berada di tempat yang diri sendiri tak suka.. rasa macam sesak, merimaskan.. dan Jesnita hanya mengangguk saja mendengar arahannya, yelah anak boss, siapa boleh halangkan.. suka hati dialah nak buat apa, bisik hati kecilnya..
**********
Tasik Putrajaya, walaupun penuh kadang-kadang dengan ramai pengunjung yang datang, tapi entah kenapa dia suka membawa diri ke sini bila dilanda keresahan.. dia suka memerhati kerenah mereka yang pelbagai, ada yang mencuit hatinya dan kadang-kadang ideanya melimpah di sini..
Buku nota kecilnya yang berada dalam saku belakang seluarnya di keluarkan, pen yang berada dalam tas tangannya di capai, dan dia mula menulis melakar idea-idea yang mula mendatang.. begitulah selalunya, dia akan kembali tersenyum gembira bila mula menulis, memang minatnya tumpah di sini bukan pada syarikat milik daddy itu atau pun saloon milik mummy..
Puisi : Maafkan aku.
Maafkan aku ya Tuhan, Aku bukan hamba yang taat, Bukan juga hamba yang selalu mengingatiMu, Dan bukan juga hamba yang sentiasa mendahulukanMu,
Dunia yang hanya sementara ini lebih ku kejar, Sedangkan akhiratMu sering ku biar. Tanpa sedikit rasa gusar, Cintakan dunia membuatkan aku alpa tanpa sedar,
Maafkan aku kedua orang tuaku.. Sering kali kucuba turuti segala kemahuan kamu, Kerana aku tahu aku anak kalian yang satu-satu, Tapi aku tak mampu, Aku ada kehendakku, ada keinginanku.. Tapi siapalah aku.. Kuabaikan rasa bahagia diriku, Untuk membahagiakan kamu..
Maafkan aku ya Tuhanku, Gagal menjadi hamba yang sentiasa mendahulukanMu
Maafkan aku orang tuaku, Gagal menjadi anak yang sentiasa menyenangkan kamu..
Maafkan... Maafkan... Maafkan... Hanya kebahagian yang terlalu sering menjadi impian..
Nea mengetap bibir, ada rasa sebak yang mengetuk jiwanya kini ketika membaca puisi nukilan sendiri, kalaulah aku mampu, aku nak mereka baca puisi ini, biar mereka tahu rentak apakah yang sering berlagu dalam jiwaku ini...
Tangisan anak kecil menyedarkan dirinya daripada terus tenggelam dalam dunianya sendiri, pantas wajahnya dipalingkan kearah mana datangnya suara itu, di lihatnya seorang ibu muda sedang memujuk anak kecilnya yang menangis akibat terjatuh ketika berkejaran bersama saudara-saudaranya yang lain..
Dia tersenyum pahit.. dia teringat zaman ketika kanak-kanak dulu, dia tak berkesempatan merasai semua itu, sakit demamnya hanya di tangan orang gajinya, jatuh bangunnya juga di tangan orang gajinya, kedua orang tuanya terlalu sibuk, kadang-kadang berhari-harian dia ditinggalkan ditangan orang gajinya..
**************
"Macam mana hari ni? semua ok kat office tadi Nea?" soal Tuan Lutfy sebaik melihat anak tunggalnya itu melangkah masuk.
Dia hanya mengangguk malas, bosan, dahlah dekat office tu macam-macam kerenah, bila sampai rumah ingat nak berehat dari hal kerja yang berlambak dan menyenakkan otak ni, tapi tetap jugak itu yang disoalkan, macam tak ada benda lain nak di tanya.. dia mengeluh..
"Hah Nea esok jangan lupa, pergi saloon mummy, mummy nak kenalkan Nea pada staff-staff kita kat sana, yelah tak lama lagi kan Nea nak ambil tempat mummy" Sampuk Puan Melina pula..
Dia menggetap bibir, apa mereka ingat aku ni robot ke? semua benda nak di suruh buat..
"Ala mummy lain kalilah, banyak kerja kat pejabat tu.." dia cuba menolak.
"Lain kali bilanya? tak ada, mummy dah tanya daddy tadi, daddy kata ok je.." ujar Puan Melina sambil mengerling kearah Tuan Lutfy yang sedang bersandar santai sambil menghisap curutnya..
Hisy daddy ni, doctor dah suruh berhenti hisap benda tu pun masih degil.. bukannya ada faedah pun benda tu, buang duit saja, sempat dia membebel dalam hati tentang kedegilan daddynya menghentikan tabiatnya yang satu itu.
"Yelah, tengoklah macam mana, Nea naik atas dululah, nak solat, belum asar lagi ni.." sengaja ditekankanya perkataan solat di pendengaran kedua orang tuanya, yelah umur dah menginjak senja tapi belum pernah di sepanjang usinya dia melihat kedua orang tuanya sujud di tikar sejadah.. Ya ALLAH sedarkan mereka, doanya dalam hati..
**********
Tangannya lincah menekan papan kekunci laptopnya, laju selaju idea yang mengalir di benaknya, dia cuba menyiapkan cerpennya yang bertajuk Dia Lebih Mengerti yang sudah hampir sebulan tertangguh dek kesibukan dirinya akhir-akhir ini.
Sesekali wajah dikerutkan, sesekali wajahnya bertukar hiba, terutama bila sampai pada babak yang agak menyedihkan, dan sesekali dia tersenyum bila taipannya sampai pada babak yang sedikit menggembirakannya..
Selalunya begitu, dia sering curi-curi menulis andai berkesempatan, dia tak mahu kedua orang tuanya tahu, kalau tidak habislah dirinya akan dileteri..
Dia bersandar perlahan pada kerusi itu, merehatkan sebentar pinggangnya yang mula rasa lenguh..
Fikirannya menerawang, sampai bila macam ni? aku lebih rela hilang harta yang berjuta tu asalkan aku mampu kecap bahagia tu.. harta boleh dicari, tapi perhatian, kasih sayang semua tu mana nak cari, mana nak dapatkan.. entahlah, kadang-kadang aku rasa sangat penat dengan semua ni, aku boneka bernyawa perliharaan mummy dan daddyku, dari dulu sampai sekarang aku tak pernah di beri pilihan, diberi ruang untuk menyatakan apa rasaku..
********
"Ok Nea, now segalanya milik Nea, Mummy nak Nea jaga saloon ni seperti mana mummy jaga, dan uruskan.. lega hati mummy sebab Nea dah sampai umur untuk ambil alih segalanya milik mummy.." senyum lebar penuh gembira wajah Puan Melina sewaktu itu, dia ingat lagi.. ya semua tergalas berat di bahunya, usiaku baru menginjak 23 tahun, tapi aku telah di bebankan dengan tanggungjawab yang aku sendiri tak mampu nak pikul.
Orang seusia aku, mana ada yang nak fikir tentang syarikat, tentang macam mana nak mengukuhkan sebuah empayar, tentang macam mana nak bagi customer suka dengan servis kita tapi aku.... semua aku kena fikir... agaknya kalau macam ni, lama-lama memang aku akan jadi gila.. dia mengeluh. Dicuba memaniskan wajahnya semanis mungkin yelah air wajah mummy kena jaga jugak..
"InsyaALLAH mummy, Nea akan cuba buat yang terbaik, jawabnya..."
************
"Cik Nea, kita ada masalah... " adu Jesnita suatu pagi ketika dia sedang tekun mengadap kerjanya..
"Masalah apa Jesnita?" hatinya dihambat risau, takut masalah itu akan memberi impak besar pada syarikatnya, apa dia nak jawab dengan daddy nanti.. isk
"Barang yang client kita dari Terengganu tu pesan, dia kata banyak rosak, so mereka nak ganti rugi atau mereka akan saman kita.."
"Hah banyak rosak?? macam mana pulak boleh jadi macam tu? kan kita dah semak dulu sebelum hantar then semua ok, ni mesti rosak waktu dalam penghantaran.. " dia terkejut, memang dia sendiri yang memeriksa barang-barang tersebut sebelum penghantaran di buat.
"Hurm awak call pihak mereka, tanya macam mana, kalau mereka setuju dengan tawaran kita nak bagi ganti rugi yang baru, esok juga saya akan ke sana.." dia memberi arahan.. memang dia tak suka bila timbulnya masalah dan bertambah tak suka andai masalah itu mengganngu kerjanya.
***********
"Apa semua ni Nea??" keratan akhbar yang tertera gambar seorang wanita yang mengadu
"KULIT MELECUR SETELAH MENGGUNAKAN KRIM PEMUTIH KULIT DARI SEBUAH SALOON TERKEMUKA" di campak ke wajahnya sebaik sahaja dia melangkah kaki ke dalam villanya.
"Kamu baca tu, dari saloon siapa? mummy nak Nea beritahu kenapa boleh jadi macam ni? 17 tahun mummy jaga saloon tu tak pernah ada kes ni, ni Nea baru beberapa hari dah bermacam-macam hal, mana mummy nak letak muka mummy kalau macam ni ha? kenapalah Nea ni susah sangat nak menyenangkan hati mummy.. " leter Puan Melina, marah benar nampaknya.
Nea Rindiani tersentak, tak satu, satu yang datang, masalah dengan syarikat daddy baru saja selesai ni pasal saloon pulak, berat betul dugaanMu kali ini Tuhanku..
"Nea tak tahu mummy, Nea hanya guna product yang memang dah ada kat saloon kita tu je, Nea minta maaf mummy sebab Nea susahkan mummy, Nea minta maaf, Nea janji akan selesaikan kes tu mummy.." dia berjanji..
"Maaf, maaf, maaf... tu jelah yang kamu tahu.. mummy nak Nea bersihkan nama mummy yang kotor tu.. kalau tak mummy tak akan maafkan Nea.." ugut wanita itu.
************
Tuan Lutfy dan Puan Melina berpandangan sesama sendiri, sudah hampir seminggu anaknya itu hanya berkurung dalam bilik, office tak pergi, saloon pun tak jenguk.. yang dia tau berkurung dalam bilik dan termenung, mungkin dia terasa terlalu terbeban dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini.
Bunyi dentingan loceng rumah, menyentakkan lamunan mereka, pantas langkah Tuan Lutfy diatur ke pintu, tak sabar bertemu orang yang bertandang itu..
"Sabar Luth, I tau you risau.." Doktor Rizal menepuk bahunya perlahan.
"Mana I tak risau Riz, tak pernah-pernah dia jadi macam ni.."
"Ok biar I periksa dia dulu, mana dia?"
"Kat dalam bilik, termenung je, mari I tunjukkan.."
30 minit menanti Doktor Rizal selesai memeriksa Nea di rasakan terlalu lama, segalanya bercampur aduk bermacam rasa yang hadir dalam diri mereka.
"Bagaimana Riz??" tak sabar dia bertanya sebaik sahaja melihat lelaki itu melangkah keluar dari kamar anaknya.
Lelaki itu hanya tersenyum tapi hambar..
"Susahlah Luth, dia tak nak tolong diri dia sendiri, sepatah yang I tanya, sepatah yang di jawabnya, dari apa yang I perhatikan, dari simptom-simptom yang ada kelihatan dia mengalami kemurungan, mungkin dia tertekan.. cuba you ingat-ingat balik peristiwa apa yang berlaku akhir-akhir ini, mungkin buat dia terbeban.." panjang lebar lelaki itu menerangkan
Tuan Lutfy hampir terkelu mendengarnya, Puan Melina apatah lagi.. ya terlalu banya peristiwa yang menekankan jiwa muda anaknya.
Serentak ingatannya terlayang pada peristiwa dalam keratan akhbar itu, sudah puas anaknya itu dimarah dan dileteri, barulah dia tahu yang akhbar itu silap menulis nama saloon, dan telah memohon maaf padanya pada keesokan harinya.. Puan Melina menggetap bibir.
"Boleh sembuh ke Riz?" tanya Puan Melina tak sabar.
"Biasanya boleh, bergantung kepada kekuatan mental dia, you all kena selalu ada kat sisi dia, biar dia rasa dia tak sendirian, biar dia rasa sentiasa berteman, dan lagi satu mungkin boleh bawa dia jumpa pakar-pakar kaunseling, mungkin dia ada memendam sesuatu yang you all tak pernah nak ambil tahu.."
Berdesing telinga, terasa tersindir dengan kata-kata Doktor Rizal itu.. memang betul pun, mereka mengiyakan dalam hati, memang jarang sekali mereka mengambil tahu perasaan anak itu.
**********
"HOSPITAL BAHAGIA TANJUNG RAMBUTAN" sayu matanya memandang tulisan yang tertera pada papan tanda itu.. Adakah ini makna bahagia yang kau cari anakku?? teringat dia bait akhir sajak tulisan anaknya itu dulu yang di temui dalam buku nota kecil anaknnya ketika dia mengemas bilik anaknya..
"Hanya kebahagian yang terlalu sering menjadi impian.."
Perlahan matanya di pandang ke arah seorang gadis yang terlalu asyik tunduk menulis sesuatu, sesekali gadis itu tertawa kecil, entah apa yang lucunya dia pun tak tahu..
Dia kesal, segalanya dah terlambat, jiwa anaknya dah terlalu parah lukanya, ini saja jalan terakhir yang mampu dilakukan oleh dia dan suami.. dan baru sekarang dia belajar merangkak-rangkak membaca al-Quran, lidah terasa keras, muka terasa malu tapi demi rasa cinta kepadaNYA yang baru mula tumbuh bercambah, digagahkan juga..
"Maafkan mummy dan daddy, Nea.. kalaulah mampu masa lalu itu diundur, memang Nealah yang akan menjadi keutamaan kami dulu..." bisiknya perlahan, terasa ada jemari yang menggenggam tangannya, dia menoleh, dilihat wajah Tuan Lutfy yang sedang menahan sendu, menahan air mata dari gugur..
"hoi! Sutun betul ke ni alamat rumah si minah rimau tu ...lain macam je jalannya", ngomel si Malik dengan bengang. Mana taknya, jalan yang mereka susuri tanpa tar, penuh lopak dan lecak sana – sini, semak kiri kanan tak usah nak cakap la, boleh di buat mini zoo.
"Eeiii..betul laa. Kau tak caya kat aku kers. Puas aku pujuk si Maimun tu, baru dapat tau..eeii..bencinya".
"Bukan tak caya tapi konpius ..yang ni jalan ke sungai yang kau bawa kita orang ni. Ish! habis kotor seluar aku", celah si Abib yang sejak dari tadi asyik mengaru – garu lengannya akibat dek gigitan nyamuk yang maha banyaknya. Haa..itu ler sapa suruh pakai baju lengan pendek, kan padan dengan muka aku.
Mereka bertiga berjalan melalui denai – denai tanah merah dengan keadaan yang gelap gelita hanya di temani sebuah lampu suluh yang malap. Itupun dipinjamkan oleh pakcik di warung yang mereka singgah sebelum masuk ke simpang jalan kampung Madiha. Sangkaan mereka meleset, ura – ura mengatakan Madiha tinggal di kawasan bandar besar hanya khabar angin saja rupanya kawasan yang mereka redahi adalah kawasan hulu yang agak jauh pendalaman.
"Hah! Tu…rumah dia. Yeh! kita dah sampai dah" Sutun melonjak kegembiraan sambil menunjukkan sebuah rumah kayu lama yang sudah usang sedikit bentuknya.
"Syyyy…diam la nyah. Bising!! kang dengar pulak orang dalam rumah tu..kantoi kita nanti mangkuk!’ Malik marah dengan nada suara yang ditahan – tahan. Eeeiii .. mau aje aku cepuk budak lembut ni tau.
Dari minggu lepas lagi, Malik telah merancang betul – betul plan A untuk mengenakan Madiha. Kali ni, Malik dengan harapan setinggi gunung Everest tu, berdoa agar rancangannya berjaya. Biar minah rimau tu rasa. Biar dia pulak yang merana, merasa pedihnya, merasa seksanya macam mana yang aku rasa. Malik ketawa kecil dalam hati, berangan – angan akan kejayaan rancangannya yang belum pun pasti terlaksana tu.
Malik, Sutun dan Abib mula terhendap – hendap ala - ala ‘combat’ di bawah rumah kayu itu. Mencari ruang yang sesuai untuk menjalankan operasi mereka.
Tiba – tiba ….praaakkkk..bunyi kayu ranting patah di pijak si Sutun mangkuk hayun, bikin panas hatiku.
"Syyyyy…" balas Malik dan Abib serentak.
"Oppss…sory . Aku tak sengaja. Tak selesa laa..macam ni tau"
"Mana nak selesanya, yang kau pi pakai sepatu bertumit tu apsal, siap pakej beg tangan dengan payung segala bagai . Kau ingat nak masuk pertandingan ratu cantik ke hapa?"
"Hah! Itu ler kerja kau ..nyampah tak habis – habis. Ikut aje la ..jangan bising" arah Malik sambil mencari – cari lubang di rumah kayu itu, mengintai gelagat si minah rimau kot – kot boleh dijadikan bahan cerita ke ataupun apa- apa aje la.
Matanya difokuskan ke arah lubang sebesar duit 10 sen, mencari kelibat Madiha yang masih tak kelihatan. Ish! mana lak pergi minah rimau ni..tak nampak batang hidung pun.
"Adeh..adeh…cepat la Malik, nak tercabut dah bahu aku ni. Berat kau masyaallah…mengalahkan gajah bunting 10 bulan". Kedudukan Abib dah tak stabil, kepala lututnya sudah mulai goyah, hanya menunggu masa untuk rebah.
"Syyy..jangan goyang. Sabar sikit lagi". Malik masih mengintai, memerhatikan keadaan di dalam rumah Madiha yang sepi. Tak de sesiapa pun, hah! tu pun dia dah muncul, hati Malik menjerit lalu ….
….gedebuk. Keduanya jatuh tersungkur. Sutun ketawa mengilai macam pontianak baru dapat hisap darah. Melihatkan aksi kedua rakannya itu jatuh mengelikan hatinya.
Akibat dek keriuhan yang tak terkawal tu, Madiha segera membuka jendela rumahnya. Terpandang tiga susuk tubuh di bawah rumah. Eh! macam kenal aje. Walaupun suasana agak kelam namun kelibat mereka memang aku kenal betul.
"Woi!" jerkah Madiha sambil terjun dari jendela. Fuyoo! walaupun berkain batik, langkahku tetap mantap beb!. Dengan eksennya aku melangkah mendekati mereka. Terbeliak mata Malik dan Abib. Si Sutun tok sah cerita la ..hampir – hampir terkencing kerana ketakutan yang terlampau.
"Ooo..korang rupanya. Tak serik lagi ke?...Apsal datang skodeng kat rumah aku malam -malam cam ni. Mesti ada apa – apa ni kan kan ..." Madiha sudah hilang sabar, dicekupnya baju leher Malik…eeiii..rasa – rasa nak bagi penampar aje kat mamat sekor ni, ada hati nak skodeng aku. Dah tak de kerja la tu padahal banyak kerja sekolah cikgu bagi semalam.
Belum pun sempat Malik membuka mulut, kedengaran sayup suara garau di dalam rumah kayu itu memanggil nama minah rimau tu.
"Madiha…sapa tu nak. Kenapa bising - bising kat bawah tu" suara tua yang kedengaran lemah dari dalam.
"Aaaarr…tak de apa – apa ayah". Madiha kelihatan kalut, melepaskan cengkamannya. Berlari anak mendapatkan ayahnya yang sudah berada di beranda rumah, sedang menjenggulkan kepalanya ke luar.
"Eh! siapa tu Madiha. Kenapa dibiarkan kawan – kawan tu kat luar. Suruh dia orang naik, sejuk nanti"
Sudah...biar betul bapak aku ni. Aku baru nak tunjuk skill kat derang tup – tup di suruh jemput naik ke rumah pulak. Mampus aku! cam ni ek. Otak Madiha berputar ligat, mencari helah untuk menghalau malaun – malaun tu.
"Meh la masuk rumah pakcik, jangan segan – segan ..meh meh" laung Pak Mat dari beranda rumahnya. Ish! bapak aku ni, entah malaun mana, kenal pun tidak disuruh jemput naik. Cuak aku ni..cuak..
"Eh! dah malam la ayah, esok ajelah suruh datang"
"Ish! kamu ni..tak baik buat tetamu macam tu. Dah dah ..pergi masuk dalam buat air" Perrgh …bapak aku ni, punya baik giler. Aku ke dapur dengan hati yang bengkak dan bernanar.
"Meh..naik nak...meh. Jangan segan – segan" berkali – kali Pak Mat mempelawa mereka.
Memandangkan kesungguhan ayah si Madiha menjemput naik, Malik, Abib dan Sutun berasa serba – salah, nak tak nak terpaksalah mereka gagahkan diri memasuki rumah minah rimau yang didendami selama ini.
Dengan gaya ala – ala rombongan masuk meminang, malu – malu tapir aksinya, Malik dan Abib duduk bersila mengadap Pak Mat yang berkerusi roda manakala si Sutun duduk bertimpuh mempamerkan aksi keayuannya. Sopan - sopan gitu!
Mata Malik melilau memerhatikan keadaan sekeliling rumah Madiha. Tetiba hatinya dihimpit pilu. Kosong…suram, dinding pun macam dah nak reput. Tapi minah rimau ni gembira je, langsung tak nampak riak orang susah ke…atau orang bermasalah ke atau orang binggung ke…kalah aku yang penuh dengan kemewahan. Banglo besar…perabot luar negeri tok sak cakap la…sarat dibeli mamaku! boleh dibuat pameran.
Betul ke kehidupannya begini…macam tak percaya pun ada. Malik masih ragu di dalam misteri membongkar identiti Madiha aka musuh ketatnya.
Ayah Madiha tersengih – sengih mempamerkan barisan gigi yang jelas sudah berkurangan bilangannya.
"Suka benar pakcik, ada juga kawan sekolah Madiha yang sudi datang. Maklumlah anak pakcik ni kurang sangat kawan harap si Maimun dengan Eton, itupun jarang benar mereka nak datang….. jauh agaknya".
"Pak cik bukannya apa kesian kat Madiha tu…kadang – kadang terpaksa keluar sorang – sorang tanpa teman. Dah lah anak pak cik tu perempuan, risau pakcik dengan keselamatan dia" panjang lebar Pak Mat bercerita tanpa dipinta. Malik, Abib dan Sutun hanya melopong mendengar dan hampir – hampir terleleh air liur di tepi bibir.
Huh! Apa nak dirisaukan pak cik woi….anak pak cik tu usah kata orang …rimau pun takut nak dekat…getus hati Malik.
Madiha muncul membawa dulang minuman. Menghidangkan mereka kopi o panas di atas tikar mengkuang yang sudah kelihatan kusam. Ada beberapa keping biskut lemak di dalam piring…siap boleh dikira lagi oleh si Sutun …ada 6 keping semuanya.
"Jemput minum ayah…kengkawan" lembut suara Madiha bertutur.
"Ayah, semua ni kawan – kawan sekolah Diha. Tak sangka malam – malam begini, jauh pulak tu sanggup derang datang kan..ayah"
"Terima kasih ya…Malik, Abib, Sutun sebab sudi datang. Jemputlah minum… saya ke dapur dulu ya" ungkap Madiha lembut bak sutera malah penuh tanda tanya di hati mereka. Hairan dengan perubahan Madiha yang sekelip mata tu. Tadi macam rimau nak telan orang.
Umpama mendengarkan suara Siti Nurhaliza menyanyikan lagu cinta…bukan lagu ‘favourite’ aku tau. Ketiga mereka terpaku antara sedar tak sedar di dunia realiti. Betul ke ni suara Madiha yang mereka dengar. Sungguh tak pernah di dengari seperti itu sebelum ini. Yang mereka tahu suara Madiha memang garau dan tak sedap langsung.
"Ha’ah ..kenapa kamu semua tercengang – cengang ni…jemputlah minum ..kang sejuk pulak kopi tu"
"ba..ba..baik pak cik"entah bila masanya Malik tetiba jadi gagap.
"Anak pakcik ni pandai buat kopi. Rugi kalau kamu tak rasa".
Burrrrrrzzz……tersembur air kopi yang di minum ketiga mereka.
"Eh! eh! kenapa ni…tak sedap ke air kopi tu" Pak Mat kaget.
"eerrr…seeedaappp pak cik" kata mereka serentak.
Madiha sudah terburai perut ketawa berdekah – dekah di balik pintu dapur.
"dajjal betul la si Madiha tu. Ada ke dia bagi kita minum kopi pedas lepas tu rasanya…eeii, masin ada, pahit, kelat, payau… loya aku dibuatnya. Masih melekat kat anak tekak aku ni ..apa yang dia bubuh agaknya" gerutu hati Abib sambil mengurut –urut tekaknya.
"Ha’ah….betul …betul …berdiri semua bulu yang ada kat badan aku ni haa… bila bibir aku mencecah kopi si minah tu tau" tambah Sutun dengan jari telunjuknya dilentikkan ke bibirnya.
Iwan dan beberapa pelajar lain ketawa terbahak – bahak mendengarkan cerita mereka.
Malik pula diam tanpa sepatah kata. Termenung jauh. Tak ambil pusing tentang bicara dua rakan baiknya itu. Fikirannya masih teringat keadaan kehidupan Madiha yang serba kekurangan itu namun tiada secebis kesusahan pun ditonjolkannya. Madiha begitu selamba dan tenang. Mungkin ramai yang sangka Madiha orang senang. Rasa rendah diri pulak aku. Rasa cam berdosa gitu. Hati Malik di salut sesal.
"Wei! Malik. Madiha tu" jerkahan Abib menyedarkan Malik dari mengelamun.
"ha ..ha..ha.., aku test je. Nak tengok, kau masih kat sini ke atau dah sampai kat rumah si Madiha tu. Angau kau ni. Ada hati dengan minah rimau tu ek"
"Hisy!..simpang kau tau. Minta di jauhkan", kata mulut tapi minda dan hati menafikannya.
"Emm.. ye la tu. Aku tengok sejak balik dari rumah minah tu, kau bukan main khayal lagi. Kita orang dok berborak pun kau dah tak dengar. Nak kata pekak, tak jugak sebab bila aku sebut nama minah tu terus sedar kau"
"Ala…aku tengah fikir plan B pulak ni"
"Haa!...aku tau. Plan nak ngorat dia kan, Mal. Aku ssseetuju sesangat" ujar Sutun sambil memaut erat lengan Malik yang teramat sasa padanya. Malik rimas.
"Woi…woi…woi ..peluk – peluk aku ni apsal. Lepas lah mangkuk" bentak Malik.
"Ala…tak luak pooonn" Sutun menjeling sekilas dengan gaya ala – ala nyah tahap gedegeek.
"Eh eh eh…tu si minah rimau and the geng dah sampai. Cepat la Malik. Tadi kata ada plan B"
Malik terus bangun. Berlari anak ke arah Madiha sejurus melihatnya baru melangkah ke arah kantin sekolah. Menghulurkan terus sekuntum bunga ros seperti biasa. Madiha memandangku, kali ni pandangannya tidak lagi bengis. Madiha senyum. Senyuman penuh makna pada aku.
"Terima kasih, Malik. Aku harap lepas ni tak payah kau susah – susah lagi kasi aku bunga. Kesian mak bapa kau, kena tanam hari – hari bunga ros ni. Alih – alih anaknya dah kebas"
"Eh! bila masa pulak mak bapak aku tanam. Aku beli la. Oooo…selama ni kau ingat mak bapak aku tanam ye"
"Ha’ah la. Biar benar. Mati – mati aku ingat mak bapak kau yang tanam tau. Ye la kan …kalau nak membelinya hari – hari …kopak poket seluar".
"Ala… kerana kau Diha. Aku tak kisah pun poket seluar aku koyak. Nanti balik rumah aku suruh la mama aku tampalkan".
Berderai tawa kami. Gembira aku melihat wajah Madiha yang ceria tu. Tetiba kami jadi ramah – seramahnya. Madiha sudah tidak segarang dulu bila bersama aku. Agaknya tersentuh hati bila aku hadiahkan dia sebuah basikal tempoh hari. Kesian aku tengok dia berjalan kaki keluar dari rumahnya lepas tu tumpang lori sayur Pak cik Din untuk ke sekolah, pagi – pagi buta pulak tu. Bahaya siot! Madiha dah la comei…walaupun garang macam rimau. Bak kata orang kecil – kecil cili padi.
Dalam diam aku sering berkunjung ke rumah Madiha tanpa pengetahuannya. Banyak perkara yang diceritakan ayahnya kepadaku. Kesian aku dengar. Kecacatan yang dialami ayah Madiha disebabkan kemalangan. Ibunya melarikan diri bersama lelaki lain semasa Madiha masih kecil lagi. Maknanya dia memang tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu. Patutlah. Sedih hatiku mendengar cerita Pak Mat memerangkap bakal bapa mertuaku suatu hari nanti. Cewah…dah perasan pulak aku.
Bila fikir – fikir memang patutlah Madiha bersikap begitu, kasar, brutal, pandai berlawan. Rupanya semua itu untuk mempertahankan dirinya sebenar. Ayahnya yang lumpuh, abang pulak ada sakit lemah otak macam lembab ‘pick up’ la. Jadi hanya dia yang mampu mengalas beban dan menjadi harapan keluarganya. Madiha kena berdikari.
Salah satu punca aku dipukul dulu tu pun hanya kerana membela abangnya yang lemah. Aku akui memang salah aku. Kini aku kagum dengannya dan teramat – amat gembira kerana Madiha mulai suka kat aku …yuhuu!! Kena buat plan C pulak.
Plan A : Skodeng dengan niat balas dendam Plan B : Ngorat bagi bunga ...berbulan – bulan lamanya…niat balas dendam juga tapi sikit kandas…dah mula jatuh cinta Plan C : Ngorat sampai dia kena kahwin dengan aku…huhuhu..tapi minah ni liat sikit tak pe …sabar aje ( niat nak balas dendam luput terus )
"So ..Diha dah makan ke. Malik belanja sebagai tanda kita sudah berkawan dan berdamai...macam mana"
"Abang!!!...dapur kita terbakar" jeritan Madiha mengejutkan Malik. Mata Malik terkebil – kebil sejurus melihat Madiha berlari ke arah dapur. Malik bingkas bangun membontoti isterinya. Dapur gas di tutup segera. Membuka tingkap seluas – luasnya. Mengibas – ngibas asap yang memenuhi ruang dapur. Lama – kelamaan asap mulai berkurangan.
"Emmm…dah hangus ikan kita bang" ikan hangus disuakan kepada Malik.
"Nasib baik ikan yang hangus...ingatkan sayang abang yang terbakar tadi. Risau abang"
"Abang mengelamun lagi ya!!"
"Eh! mana ada"
"Baik mengaku ….masa Diha sampai je tadi, tengok asap dah penuh kat dapur tu…tak nampak pun abang ada. Baik abang ngaku…kalau tak Diha cubit abang"
"Tidak …betul! abang cuma teringat zaman kita dulu - dulu je. Masa zaman sekolah…abang ngorat sayang"
"Haa…tu! Mengaku pun" jari telunjuk yang Madiha suakan kepadaku, aku gigit…gigit manja je. Dia terjerit.
"Nak cubit abang konon. Sebelum Diha cubit abang ...baik abang gigit Diha dulu" Malik buat gaya nak menerkam mangsa.
"Aarrrr…tak mahu" Madiha berlari menuju ke ruang tamu. Aku mengejarnya. Dia lari ke ruang balkoni pula. Aku kejar lagi. Dah macam main kejar – kejar ataupun main polis entri one tu jaga, polis mati pencuri jaga…he he he. Aku masih mengejarnya. Kali ini Madiha sudah lari ke arah bilik kami. Memang di duga ..pucuk dicita ulam mendatang.
Aku kunci pintu. Haa..mana mau lari. Jalan mati.
"Abang ..jangan ...Diha baru balik kerja ni".
"Tak pe. Abang lagi suka" Madiha mati akal. Aku tarik tubuhnya ke dalam dakapanku. Aku terus menguncup lembut bibirnya. Lemah …lemas …asyik… dengan tindakanku. Ku benamkan tubuhnya ke tilam empuk kami, Vono. Pakaiannya ku tanggalkan satu persatu. Dia merenggek lembut dengan belaianku.
"Abang…"
"Emmm…"
"Melissa mana?"
"Tido…"
"Abang..."
"Syyyy…. sayang, abang nak proses Melissa yang kedua pulak ni". Aku rangkul erat pinggang Madiha. Menguncup dahinya…matanya…pipinya…bibirnya…dan…Madiha hanyut dibuai asmara.
"Saya sayangkan Maisara." Pelahan tapi jelas dek pendengaran. Tegas nadanya.
Maisara berpaling. Memandang lelaki di sisinya yang kiranya sebaya Hafiz, adiknya. Senyuman terukir dihujung bibir Maisara. Berduan begini walaupun dalam keadaan persekitaran terbuka membuatkan Maisara sedikit kekok walaupun lelaki itu dianggap seperti adiknya.
"Ya, saya sayangkan umar seperti mana saya sayangkan Hakim, Rozana, Adam, Jocelyn, Kumar dan Sharina." Maisara balas dengan penuh yakin. Satu persatu nama anggota kumpulan yang diketuainya disebut. Tidak tinggal walau seorang.
Seminggu berkampung di pantai yang serba indah ini serta mengenali setiap dari anak buahnya, Maisara rasa cukup bertuah. Tidak disangka ajakan Nadia yang hampir sahaja ditolaknya memberikannya seribu satu pengalaman.
"Saya cintakan Maisara." Kali ini nadanya sedikit bertukar rentak. Agak kuat dan disebut satu persatu patah perkataannya. Maisara terkesima. Langkahnya yang tadinya bermain dengan air di gigi pantai terpaku. Kali ini dia memusingkan badan, menghadap Umar yang sudah terlebih dahulu kaku langkahnya. Lelaki itu memandangnya lunak. Ada keikhlasan di mata itu.
"Jangan bermain dengan perasaan Umar. Saya tahu itu bukan yang awak rasa." Balas Maisara pelahan dan tenang. Menidakkan rasa lelaki itu.
Pertama kali melihat lelaki itu, hatinya terdetik rasa kurang suka. Dengan rambut yang diwarnakan keperangan, telinga yang bertindik buatkan hati Maisara sakit. Tambahan pula hari pertama lelaki itu mendaftar setelah diberikan taklimat dan agihan kumpulan lelaki itu mengamuk. Hanya kerana dia perlu berkongsi bilik dengan rakan lain.hampir lebur kesabaran Maisara bila mana lelaki itu menengkingnya. Nasib baiklah ada Najib dan Ridwan. Pada Najib, selaku ketua fasilitator program dimintanya supaya Umar ditukarkan dibawah fasilitator lain. Najib menolak dengan alasan tidak adil untuk yang lain. Akhirnya Maisara akur.
"Tak, saya memikirkan sejak dari hari pertama lagi. Sejak hari pertama saya nampak awak di lobi."
Umar mendekat. Renungan matanya masih belum berganjak dari merenung anak mata Maisara. Menghantar isyarat betapa dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Maisara mengeluh. Dia tidak bisa menghadapai hal ini. Hal yang melibatkan hati dan perasaan. Tambahan pula dengan lelaki yang jauh lebih muda. Gila ke apa!? Fikir Maisara.
"Saya anggap awak seperti adik saya sendiri. Sayang saya pada awak tidak lebih daripada itu. Saya ni lebih tua dari awak." Ada penegasan dalam bicara Maisara. Dia mahu lelaki itu tahu sayangnya sekadar sayang seorang kakak kepada adiknya.
"Siapa kata awak lebih tua dari saya?" soalan itu diaju Umar Qayyum. Dikalangan rakan-rakannya Umar lebih dikenali dengan nama Qay. Maisara yang memanggilnya Umar. Kata Maisara, Umar lebih nampak macho dan kuat. Lebih gagah dan berani. Seperti Saidina Umar, khalifah Islam ke dua yang membawa kejayaan dalam memajukan umat Islam pada zaman pemerintahannya.
Mata Maisara sedikit mengecil. Kurang jelas dengan nada soalan Umar. Bukankah semua peserta program jati diri terdiri daripada pelajar Universiti Malaya peringkat diploma? Soal Maisara kepada diri sendiri.
"Saya tak tipu perasaan saya pada Maisara. Kalau awak rasa umur yang menghalang awak untuk menerima saya, tengok betul-betul nombor kad pengenalan saya pada borang senarai ahli kumpulan. Maisara kata, Maisara sayangkan kami tapi hal seperti ini pun terlepas dari pandangan."
Umar mengatur langkah meninggalkan Maisara yang kebingungan. Kata-kata Umar sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga. Terasa dirinya diperli lelaki itu. Matanya masih tidak lepas dari memandang susuk tubuh Umar yang akhirnya menghilang disebalik gerai-gerai kecil.
**************************
"Woit, asal kau ni?"
Pertanyaan Nadia dibiarkan sepi tanpa jawapan. Di terus mencari helaian kertas putih yang tertera senarai nama dan maklumat anggota kumpulannya. Dia sendiri yang menyediakan maklumat tersebut. Mahu mengenali anak buahnya dengan lebih dekat tetapi seperti kata Umar, hal kecil seperti umur lelaki itu pun dia terlepas pandang.
Setelah menemui apa yang dicari, dibeleknya satu persatu senarai nama berserta nombor kad pengenalan anak-anak buahnya yang tertera dia situ. Terang dan jelas. Maisara menepuk dahi. Baru sedar dia begitu cuai dalam hal itu.
"Kenapa?"soal Nadia lagi, tidak berpuas hati bila pertanyaannya tidak bersambut. Terbantut niatnya mahu menghubungi Sazwan apabila melihat gelagat pelik rakannya. Masih tanpa jawapan, kertas putih itu dihulurnya kepada Nadia. Hendak tak hendak Nadia menyambut. Dibaca satu persatu apa yang tertera. Namun, fikirannya masih buntu. Tidak dapat mengagak apa yang membuatkan Maisara berkeadaan begitu.
"Kenapa dengan senarai ni?"
Maisara mengaduh. Ya, nampaknya Nadia juga ‘buta’ sepertinya. Jari telunjuknya diletakkan pada nama Umar Qayyum Bin Hanafi. Kemudian, dibawa jarinya ke kotak yang tertera nombor kad pengenalan lelaki itu. Dia memandang Nadia. Nadia pandang dia. Nadia mengangkat bahu dan mengerutkan dahinya. Masih tidak dapat menagkap maksud Maisara. Apa kenanya dengan nombor kad pengenalan Umar Qayyum?
"Kau tengok la betul-betul nombor kad pengenalan Umar."
Sekali lagi mata Nadia mendarat di kotak tertera nama Umar Qayyum. Matanya membulat bila mana dapat menangkap nombor-nombor tertera. Mulutnya melopong. Dipandang Maisara dengan pandangan tidak percaya. Maisara tersengih. Nadia lebih teruk daripadanya.
"Kau biar betul Sara!"
Kali ini Maisara tertawa kecil. Apa yang tak betulnya? Dia bersoal sekadar di dalam hati. Ruang matanya penuh dengan wajah-wajah Umar. Dari mula lelaki itu dikenalinya sehingga saat sebentar tadi, di tepi pantai.
"Dan yang paling harunya sekarang, si Umar ni baru jer bagitahu aku yang dia cintakan aku." Luah Maisara, sedikit bergetar suaranya. Dengan Nadia, dia tidak mampu untuk merahsiakan walau apa pun. Terkejut beruk juga Nadia mendengarnya. Terasa tidak tertelan air liurnya saat itu.
"Habis tu kau jawab apa? Kau terima dia?" Laju sahaja pertanyaan Nadia. Maisara menepuk peha Nadia, sedikit kuat. Gila apa mahu terima semacam itu sahaja?!
"Kau ingat aku ni desperate sangat ke nak ada boyfriend!? Aku anggap dia macam adik aku."
"Dan dah sah-sahlah dia bukan macam adik kau. Umur dia dengan umur kau termasuk aku sebaya."
Di ruang mata ke dua-duanya terbayangkan Umar Qayyum. Lelaki itu berbadan tidak kurus tidak juga gemuk. Sasa? Tegap? Maisara tidak dapat mendefinisikan lelaki itu sebegitu. Sedang-sedang sahaja. Begitu juga Nadia. Anak orang berada. Tentu sahaja apa yang dipakainya berjenama mewah. Mungkin kerana sudah terbiasa hidup mewah bila datang ke program begini semuanya tidak kena.
Tiga hari pertama lelaki itu mengikuti program, tidak langsung dijamah makanan yang telah disediakan. Sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk makan di hotel berhampiran. Geram Maisara dengan sikap lelaki itu.
"Hari ini kita akan makan bersama. Satu kumpulan, makan apa yang disediakan. Umar, serahkan dompet kamu berserta semua duit kamu kepada saya sekarang. Mulai hari ini kamu kena belajar untuk makan makanan murah. Tak ada bezanya makanan kat hotel tu dengan yang disediakan. Jangan asyik mahu berlagak dengan kekayaan keluarga kamu. Ingat, itu duit keluarga kamu. Kamu ada apa? Jangan mahu menghabiskan harta yang selama ini penat-penat ayah kamu cari dan kamu habiskan untuk benda-benda yang tak sepatutnya." Panjang lebar dia memberikan ‘ceramah’ pagi itu. Dia tidak peduli apa yang akan Umar lakukan. Dia mahu lelaki itu belajar memahami erti hidup yang sebenar. Bukan hanya untuk bergembira sahaja.
Dia bagaikan terkejut bila sebaik sahaja dia habiskan kata-katanya, Umar menghulurkan dompet kulit berwarna hitam kepadanya. Tergamam dia seketika sebelum meneruskan kata-katanya untuk aktiviti pada hari itu.
"Habis tu macam mana?" pertanyaan Nadia mematikan lamunan Maisara. Maisara menggeleng. Ah, hanya tinggal esok sahaja! Getus hati Maisara. Selepas esok, dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu.
"Aku rasa dia sengaja nak kenakan aku. Akukan asyik marah dia." Kesimpulan itu akhirnya melucur dari mulut Maisara. Dia malas mahu memikirkannya. Nadia tidak terkata apa. Dia sendiri terkejut. Bukan terkejut yang umar Qayyum jatuh hati dengan Maisara tetapi terkejut bila mana mengetahui umur sebenar lelaki itu. Dari pandangannya, lelaki itu sebaya sahaja dengan yang lain. Paling tidak pun kalau lebih tua pun setakat setahun dua. Ini empat tahun!
*************************
Sebaik sahaja selesai solat isyak kesemua peserta berkumpul. Malam terakhir Program Jati Diri di Pantai Port Dickson. Malam itu, kesemua fasilitator yang terlibat memberikan nasihat dan ingatan terakhir mereka termasuk Maisara. Kemudiannya, sesi bermaaf-maafan antara peserta dan fasilitator masing-masing. Mengalir juga air mata Maisara mendengar kata-kata maaf dari anak-anak buahnya. Didakapnya erat tubuh Sharina, Jocelyn dan Rozana. Tiba Umar Qayyum dihadapannya. Maisara terdiam seketika. Tidak tahu mahu ungkapkan kata-kata apa. Peristiwa petang tadi bermain di fikiran Maisara.
"Semoga awak terus membawa nama Umar sebaiknya." Akhirnya hanya patah-patah perkataan itu yang muncul difikirannya dan dizahirkan dimulutnya. Umar Qayyum sekadar mengangguk. Tidak ada walau secebis senyuman dari wajah itu.
Malam itu, setelah tamat sesi bermaaf-maafan mereka diberikan kebebasan untuk membuat sebarang aktiviti.
"Saya mahu bercakap dengan Cik Sara sekejap." Sapaan Umar Qayyum dari belakang sedikit mengejutkannya. Nadanya sedikit kuat memecah kebisingin kawasan pantai dek bunyi irama muzik. Maisara memandang Nadia. Nadia membalasnya sebelum pandangannya beralih kepada Umar Qayyum.
"Sekejap je." Pinta Umar Qayyum. Maisara mengeluh. Dia bangun dari duduknya, mengikut langkah Umar Qayyum yang sedikit menjauh dari kumpulan peserta.
"Sudah tahu umur saya berapa?" pertanyaan itu bagaikan nasa sindiran bagi Maisara. Kedengaran gelak kecil dari lelaki itu. Malam ini, oleh kerana tiada aktiviti lelaki itu sekadar memakai seluar pendek paras lutut dipadankan dengan sweater berkait berlengan panjang. Umar Qayyum berpeluk tubuh. Mungkin terasa sejuk.
"Saya mahu mengenali Maisara. Lebih dari seorang kawan."
"Kita jauh berbeza, Umar." Kata-kata itu dilontarkan dengan penuh yakin. Dia mahu perbualan tentang hati dan perasaan ini tamat secepat mungkin. Walaupun dia sudah tahu tentang umur sebenar lelaki itu, perasaan cinta untuk Umar tidak wujud langsung.
"Berbeza? Maksud Sara?" kali ini Umar memanggilnya dengan nama itu pula. Maisara mengeluh. Sejak petang tadi, entah berapa kali dia mengeluh. Semuanya gara-gara Umar Qayyum.
"Erm, awak sendiri tahu Umar. Kita amat jauh berbeza dan untuk pengetahuan awak, saya tak boleh mencintai awak. Saya hanya boleh menjadi kawan awak. Tak lebih daripada itu."
"Kenapa?" tenang Umar bertanya. Kedua-dua belah tangannya sudah berada di dalam kocek seluar. Dia langsung tidak memandag Maisara sebaliknya pandangan di lemparkan jauh-jauh menghadap pantai yang kelam. Malam ini bulan malu untuk menjelmakan diri. Dada langit yang terbentang kosong tanpa ditemani bulan mahupun bintang.
"Saya mohon maaf. Cukuplah. Balik KL nanti Umar tentu akan lupakan perasaan itu. Kita tak mungkin akan bertemu lagi." Tutur Maisara. Dia tidak mahu lama-lama dengan lelaki itu. Takut nanti disedari rakan-rakan fasilitator yang lain. Walaupun ada antara mereka baru sahaja baru bertemu muka tetapi Maisara tidak mahu ada anggapan-anggapan kurang enak terhadapnya.
"Saya tak akan lupakan seorang gadis seperti Maisara." Sebaris ayat itu sudah cukup menyesakkan Maisara. Ingatkan kata-katanya tadi akan menjadi penamat bicara mereka.
"Sudahlah Umar. Lupakanlah. Saya perlu kembali ke sana." Ujar Maisara akhirnya sambil matanya melirik ke arah kumpulan pelajar dan fasilitator yang berkumpul. Maisara sudah mula melangkah bila Umar memanggil namanya.
"Saya tidak akan sesekali melupakan semua ni. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak." Tegas dan agak kuat lontaran suara Umar. Menjadikan Maisara panik, takut ada yang terdengar. Dia kembali mendekatkan diri dengan Umar. Dalam samar itu, wajah tegang Umar masih mampu dilihatnya.
"Jangan jadi bodoh Umar. Awak sendiri tahu kita jauh berbeza. Saya Cuma boleh jadi kawan awak!" tegas Maisara. Suaranya cuba dikawal.
"Berbeza! Berbeza! Semuanya alasan awak. Bagi saya sebab kenapa kita berbeza? Awak bukan manusia ke?"
Maisara mendengus. Umar sudah mula meninggikan suara. Kalau ada yang perasan heboh nanti! Fikir Maisara.
"Awak anak orang kaya. Awak ada rupa. Ramai lagi perempuan yang lebih layak dan mahukan awak." Alasan itu yang terfikir dek fikiran Maisara saat itu. Dia teringat cerita Sharina tentang Umar. Lelaki itu menjadi bualan di seluruh universiti. Anak Tan Sri Hanafi, pemilik rangkaian perniagaan terbesar di Malaysia. Ramai yang mahu jadi teman wanitanya.
"Saya tak mahukan dorang. Saya tak pernah layan pun. Apa yang saya tahu saya mahukan awak dan saya akan pastikan awak milik saya."
"Awak terlalu yakin Umar. Saya bukan terbaik untuk awak. Awak akan menyesal."
Saat itu Maisara mula terbayangkan Hakimi. Lelaki itu meninggalkannya hanya untuk perempuan yang jauh lebih cantik dan menarik. Baru-baru ini dia mendapat tahu lelaki itu putus tunang dengan gadis pujaannya itu. Gara-gara perempuan itu berlaku curang dengannya. Sedikit pun Maisara tidak simpati.
"Saya yakin kerana saya pasti awak akan jadi milik saya dan saya tak akan menyesal." Kali ini pelahan sahaja Umar menuturkan kata. Pelahan sehingga Maisara seperti mendengar lelaki itu berbisik sahaja.
"Umar, hidup awak sudah biasa dengan kemewahan. Awak dikelilingi dengan kawan-kawan yang sama taraf dengan awak. Awak akan menyesal bila satu hari nanti orang akan mengata. Saya dengan awak bagai langit dan bumi. Saya tak menarik. Saya tak cantik." Maisara melepaskan jauh-jauh pandangannya ke arah pantai. Entah kenapa dia rasa sendu tiba-tiba. Penghinaan yang pernah dia terima satu ketika dahulu bagai mengamitnya. Penghinaan itulah yang menjadikan dia tabah dan menanam impian.
"Saya perlukan teman hidup bukan model. Awak cantik apa?!" Maisara menelan air liur. Kali ini, dia merasakan bibir Umar dekat benar dengan telinganya. Dengusan nafas lelaki itu terasa di pipinya. Terus sahaja Maisara menjauhkan diri. Kedengaran ketawa kecil dari lelaki itu.
"Saya tak akan apa-apakan awak. Sejahat-jahat saya tak pernah lagi ‘makan’ anak dara orang." Ujar Umar, masih bersisa ketawanya.
"Amboi, dah tu anak orang yang tak ada dara tu awak makan lah ya?" serius sahaja pertanyaan Maisara. Umar tergelak lagi.
"Maisara.. Maisara, awak ni kan! Bertambah cantik bila marah. Sebab tu saya sukakan awak. Saya tidak pernah buat benda tu malah terfikir sekalipun. Erm, tapi dengan awak pernah lah!" Umar gelak lagi dihujung bicaranya, sengaja mahu mengenakan Maisara agaknya. Terbeliak mata Maisara mendengar ayat terakhir Umar. Terus sahaja dia memusingkan badan mahu mengatur langkah meninggalkan Umar.
"Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak dan saya akan buat apa sahaja untuk awak." Sempat Umar capai jari-jemari Maisara. cepat-cepat juga Maisara menarik tangannya. Tanpa sebarang kata, dia meninggalkan lelaki itu keseorangan.
"Ehem, ehem.. cinta sudah berputik ya?"tegur Najib, ketua fasilitator. Maisara jadi terkejut dengan teguran itu. Serasa mahu tumbang di situ juga. Adakah lelaki itu memerhatikan dia dan Umar sedari awal.
"Er,..er.. mana ada Bang. Borak-borak kosong jer." Tersekat-sekat Maisara menjawab.
"Jauh benar borak kosongnya. Abang tahu Qay sukakan Sara."
"Abang tahu?"
Najib sekadar mengangguk. Senyuman penuh makna diberikan kepada gadis yang baru dikenalinya itu. kalau tidak kerana Maisara, dia terpaksa merombak balik pembahagian kumpulan peserta.
"Esok sebelum balik Sara jumpa abang. Ada benda abang nak bagi."
Tanpa sempat Maisara bertanya, Najib sudah berlalu. Meninggalkan Maisara yang tertanya-tanya. Sempat Maisara melirik ke arah Umar sudah menyertai rakan-rakannya.
**********************
Dua hari sudah berlalu. Maisara kembali meneruskan kerjanya sebagai Pengurus Pemasaran dan Promosi di salah sebuah restoran terkenal yang terletak di pantai Port Dickson.
Tengah hari itu, setelah habis mesyuarat dengan pihak atasan hotel terus sahaja Maisara menghilang ke dalam biliknya. Dia tersenyum apabila melihat gambar dia bersama anak-anak buahnya yang terletak di atas meja. Merenung wajah setiap daripada mereka buatkan Maisara puas. Walaupun sekejap Cuma mereka bersama tetapi Maisara amatlah gembira. Matanya kaku bila terpandang wajah Umar. Gambar itu di ambil pada hari terakhir mereka bertemu. Nadia yang menghantar ke semua gambar melalui emel kepadanya.
"Kau dah lupakan perasaan kau kan!?" Maisara tergelak kecil. Dia pasti selama ini perasaan Umar padanya adalah sementara sahaja.
Tiba-tiba Maisara teringatkan kertas yang diberikan Najib kepadanya. Terus sahaja dia mencapai beg tangannya. Dia terlupa untuk membaca isi kertas tersebut. Kertas berlipat dua dan sudah berkerunyuk sejak dari mula bertukar tangan dengan Najib diperhatinya seketika. Dia tidak sempat untuk membacanya akibat terlalu sibuk menguruskan hal-hal yang telah dipertanggungjawab kepadanya.
Terbeliak mata Maisara bila kertas itu di bukanya. Figura wajahnya yang dilukis menggunakan pen berdakwat biru itu benar-benar membuatkan degupan jantungnya berdegup lebih pantas. Namanya bertulis berselerakan disetiap penjuru kertas. Terdapat juga nama Ummar Qayyum di hujung kertas.
"Abang tahu Qay sukakan Sara." Kata-kata Najib, lelaki tua tiga tahun daripadanya itu terngiang-ngiang ditelinganya. Tentu sahaja Najib sudah melihat dan membaca terlebih dahulu apa yang tertera di atas kertas. Dia terasa malu tiba-tiba.
Bunyi deringan telefon menambahkan lagi kejutannya. Maisara mengurut dadanya pelahan sambil menghela nafas. Nasib baik aku tak ada sakit jantung!
"Ya, Maisara bercakap." Tutur Maisara pelahan.
"Kak, Ada orang nak jumpa akak kat lobi." Kedengaran suara Syahrul, penyambut tetamu di hujung talian.
"Siapa?"
"Entah. Dia cakap dia kawan akak."
"Erm, ok. Akak turun sekarang."
Maisara bergegas meninggalkan biliknya. Benaknya puas memikir siapa gerangan yang mahu menemuinya waktu-waktu begini. Sampai sahaja di lobi dia menemui Syahrul sebelum lelaki itu menunjukkan seorang lelaki yang duduk di kerusi bulat membelakangkan Maisara.
"Ya, encik." Sapa Maisara. Saat lelaki itu berpaling hampir sahaja Maisara terjerit. Cepat-cepat dia menutup mulutnya. Lelaki itu hanya tersengih melihat reaksi Maisara.
"Janganlah sampai macam tu teruja. Tahu lah awak rindukan saya!"
"Awak buat apa kat sini?" tanya Maisara, membiarkan usikan Umar tidak bersambut.
"Nak jumpa awak." Balas Umar terus terang. Maisara menggeleng. Telahannya salah rupanya. Lelaki itu masih belum putus asa mahu mendapatkan cintanya. Benarkah lelaki itu mencintainya atau sekadar mahu mengenakannya?! Soalan itu pula yang muncul di benaknya.
"Tak ada kelas ke?"
"Kelas tak ada untuk tiga hari. Cuti. Student penat."
Maisara mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar jawapan Umar. Sempat dia mencuri pandang lelaki itu. Sedikit berbeza perwatakannya hari ini! Getus Maisara. Masih lagi dengan seluar bermudanya berwarna khaki di padankan dengan t-shirt berkolar berwarna putih. Cermin mata berwarna hitam diletakkan dikepalanya.
"Saya rindukan awak dan hari ini awak kena temankan saya makan. Boleh kan?"
"Saya banyak kerja ni Umar." Maisara memberi alasan.
"Alasan. Kita makan kat sini je. Bukan nak bawa lari awak ke mana pun."
Maisara mengeluh. Akhirnya dia mengangguk tanda setuju. Kedua-duanya melangkah masuk ke dalam restoran.
"Saya nak kenalkan awak pada seseorang. Come."
Belum sempat pun Maisara membuka mulut, Umar sudah menaraik tangannya menuju ke arah penjuru restoran. Maisara menelan air liur bila Umar berhenti di sebuah meja. Seorang lelaki dan perempuan sedikit berusia hanya tersenyum memandangnya. Secara spontan juga Maisara menyalami wanita dan lelaki itu.
"Jadi inilah Maisara yang selalu Qay cerita tu?" soal wanita itu. Maisara jadi tidak keruan. Dia masih berdiri bila Umar menarikkan kerusi dan menyuruh dia duduk.
"Duduklah, Sayang." Mendengar sahaja perkataan itu diungkapkan Umar membuatkan Maisara merasakan panas menyerbu mukanya.
"Sara jangan takut. Uncle dengan auntie ni bukan makan orang." Usikan lelaki yang dihadapannya membuatkan Maisara tersenyum. Merah padam mukanya di usik begitu.
"Sara, ini saya kenalkan mummy dan daddy saya."
Bertambah pantas degupan jantung Maisara saat Umar menghabiskan kata-katanya. Serasa mahu sahaja dia lari meninggalkan tempat itu.
"Qay ni sejak balik dari PD hari tu, asyik bercerita pasal Sara. Pagi, petang dok cerita. Yang jadi mangsa auntie lah." Ketiga-tiga mereka ketawa kecil. Maisara hanya mampu tersenyum. Serasa tidak percaya Umar begitu serius mahukannya.
Sepanjang masa itu, Maisara bagaikan ditemuramah. Itu dan ini ditanya oleh ke dua-dua ibu bapa Umar. Puan Sri Hazlina memang ramah. Senyuman tidak lekang dibibirnya.
"Qay nak ke toilet jap."
Maisara jadi tidak keruan bila Umar meninggalkannya keseorangan bersama ibu bapanya. Dia tidak tahu apa yang harus dituturkan.
"Sara tak perlulah risau. Auntie tak kisah siapa pun pilihan Umar. Yang penting bagi auntie, Sara telah mengubah Qay. Dia jadi lebih baik. Selama ni dia tak mudah di tegur. Auntie dengan uncle ni dah penat tegur dan marah dia. Tak sekali pun dia dengar cakap. Belajar pun kena paksa sebab tulah umur dah dua puluh empat diploma pun tak lepas lagi." Ujar Puan Sri Hazlina bila melihat Maisara seperti tidak selesa.
Dua hari lalu anaknya asyik bercerita perihal Maisara. Naik penat dia mendengar tetapi terbit rasa gembira dihatinya dengan perubahan Umar. Melihat Umar mula berubah menjadikan dia teringin benar menemui gadis bernama Maisara itu.
"Uncle pun sama. Uncle tak kisah siapa Sara kalau itu yang membimbangkan Sara. Siapa keluarga Sara tak penting bagi uncle. Yang penting siapa Sara. Uncle tak pernah tetapkan bagaimana calon-calon suami atau isteri untuk anak-anak uncle. Yang uncle mahu orang tu boleh menjaga nama baik keluarga."
Saat jari jemarinya disentuh Puan Sri Hanizah, Maisara rasa cukup terharu. Gugur juga air matanya saat itu. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya menangis terutama rakan-rakan sekerjanya. Selama ini dia cukup kuat untuk tidak menangis.
"Usahlah menangis. Nanti Qay tuduh uncle dengan auntie sakiti buah hati pengarang jantung dia pulak. Tak pasal-pasal roboh restoran ni!" pecah ketawa Tan Sri Hanafi mendengar kata-kata isterinya. Maisara jadi tersenyum. Air matanya di kesat dengan hujung baju kurung modennya.
*************************
Tan Sri Hanafi dan Puan Sri Hanizah sudah kembali ke Kuala Lumpur kerana ada urusan penting yang harus dilakukan. Tinggal Maisara dengan Umar.
"Sekarang Maisara percaya?" tanya Umar setelah lama berdiam diri. Lama di renungnya gadis yang cukup menarik pada pandangannya itu. Maisara diam tanpa sebarang reaksi. Langkahnya di atur pelahan-lahan. Tudung yang dipakainya sesekali ditiup angin pantai. Waktu-waktu begini tidak ramai yang berkuncung ke pantai kerana bukan waktu cuti.
"Maisara sayang, saya bertanya perlukan jawapan."
"Saya tak tahu, Umar." Jawab Maisara akhirnya. Kepalanya masih menunduk. Memandang kakinya yang tidak berkasut. Kedengaran jelas keluhan Umar.
"Nadia ada bagitahu saya tentang awak."
Kali ini Maisara memanggungkan kepalanya. Memandang lelaki disebelahnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan Umar. Marah atau terkejut?!
"Tentang apa?"
"Tentang cinta awak untuk lelaki bernama Hakimi. Tentang keperitan yang awak tanggung akibat dikhianati dan dipersenda cinta Hakimi. Segala-galanya tentang awak."
"Jadi?" Maisara cuba berlagak tenang. Sedangkan hatinya bergelora bila nama lelaki yang pernah dicintainya itu disebut.
"Saya mahu awak tahu saya bukan Hakimi. Saya tidak mahu janjikan apa-apa kepada awak Cuma saya tak akan jadi seperti Hakimi." Tegas nada bicara Umar.
"Awak boleh berkata macam tu hari ni. Esok, lusa entahkan lebih teruk dari tu." Provok Maisara. Umar ketawa kecil. Bukan lucu dengan kata-kata Maisara tetapi dia merasakan Maisara sengaja mengunci pintu hatinya untuk lelaki lain kerana Hakimi. Terasa tidak adil.
"Maisara binti Zahari, sebelum saya bertemu awak, saya sudah bertemu dengan bermacam perempuan. Yang cantik bagaikan model atau puteri raja pun sudah tetapi sesaat pun saya tak pernah terpikat seperti mana saya terpikat dengan awak."
Yakin benar dia mengatakan itu. Ya, selama ini dia tidak pernah terpikat dengan mana-mana wanita. Mungkin tiada siapa akan percaya kalau dia katakan dia tidak pernah jatuh cinta. Dengan segala kelebihan yang dia ada senang sahaja untuk dia mendapatkan mana-mana wanita yang diingininya.
"Saya tunggu jawapan awak esok. Tengah hari esok saya balik. Saya jumpa awak pukul sebelas pagi kat tempat tadi. Kalau awak tak ada, saya cari awak sampai jumpa." Umar putuskan begitu lalu dia meninggalkan Maisara sendirian. Sempat dia menoleh sambil melambaikan tangan ke arah Maisara dengan senyuman. Maisara hanya memerhati sehingga lelaki itu menaiki keretanya.
*************************
"Akak, tadi ada someone suruh bagi surat ni kat akak." Nurin yang berada di meja penyambut tetamu menghulur sekeping surat kepada Maisara. Maisara mengambilnya tanpa banyak soal lalu terus naik ke pejabatnya. Lama juga dia bersendirian di pantai sebelum kembali ke restoran.
Maisara..
Sya xtau mcm mana lagi harus yakinkan awak.
Sya cintakan awak. Sya mahukan awk.
Sya mahu awk mnjadi teman hidup sya selamanya.
Bukan setakat untuk sehari dua.
Sya tak mahu jadi spti Hakimi.
Dan sya yakin sya xakan jadi spti dia.
Kerna sya cintakan awk bukan kerana rupa.
Klu kerana rupa, sya blh pilh yang lbh baik... ttpi sy mahukan awk...
Sya mahukn awk sbg kekasih, teman dan isteri sya..
Maisara…
Sya tunggu jawapan awk dan harap jwpn itu xkecewakan sya...
Ummar Qayyum Hanafi
Maisara mengeluh. Figura Umar bermain diruang matanya. Berselang seli dengan wajah Puan Sri Hanizah dan Tan Sri Hanafi. Senyuman yang tidak lekang dari bibir ibu bapa Umar itu menenangkan Maisara.
Tetapi perasaannya sekarang berbelah bahagi. Kesan luka bertahun lamanya yang ditinggalkan Hakimi masih berparut. Parut yang tak mungkin hilang selama-lamanya.
"Bukakan pintu hati kau untuk orang lain, Sara. Kalau dah macam tu serius Umar mahukan kau, tak akan kau mahu lepaskan dia?" persoal Nadia bila Maisara menghubunginya menceritakan betapa Umar nekad mahu memilikinya. Diceritakan jugat tentang kehadiran ibu bapa Umar.
"Aku.. aku tak tahu."
"Banyakkan berdoa dan minta petunjuk dari ALLAH, Sara. insyaALLAH, kau akan dapat petunjuk."
"Tapi Umar mahu keputusannya esok." Luah Maisara. Terasa mahu menangis dia saat itu.
"Kau mintalah dia bagi kau masa. Kalau dia benar-benar ikhlas mahukan kau, dia akan tunggu tapi kau pun kena ingat. Jangan ambil masa terlalu lama."
*******************
assalamualaikum Umar..
sya mohon maaf klu emel ni ganggu awak..
sya mohon maaf juga kerana mmbiarkan awak menunggu..
sya tidak tahu dari mana harus mulakan..
Umar,
Sya sdh mmikirkan dgn sewajarnya.
Sya juga sudah mohon petunjuk dri ALLAH yang Maha Penyayang
Dengan ini..
Sya mahu memulangkan kembali cincin yang awk berikan pada sya pada pertmuan t’akhir kita dahulu. Sya xmahu membuangnya sptmana permintaan awk andai sy ttp menolak cinta awk. Mahal harganya, Umar. Bagi orang xberduit spt sya ini, cincin emas putih itu terlalu mahal harganya.
Terima kasih kerana sudi mencintai sya dan sya amat berharap andai cincin emas putih ini akan tersarung di jari sya nanti, pada mjlis pertunangan ataupun pernikahan kita nanti. Buat masa sekarang, sya mahu awk menyimpannya. Sampaikan salam penuh kasih untuk mummy dan daddy awak. InsyaALLAH satu hari nanti mereka akan menjadi mummy dan daddy sya juga.
Terima kasih Umar kerana sudi menjadi Umar saya.
Maisara Zahari.
Maisara tersenyum membaca bait kata yang baru sahaja ditaipnya. Dia puas. Terbayang wajah Umar di ruang mata. Tentu sahaja lelaki itu melonjak kegembiraan. Dia menekan butang ‘send’. Di dalam hati dia berdoa, agar ALLAH terus merestuinya.
Baru sahaja Maisara mahu bangun dari kerusinya, telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tertera di skrin tidak dikenalinya. Namun, Maisara tetap menjawab panggilan itu.
"I love you. I love you. Love you so much, Maisara." Riang bunyi suara di hujung talian membuatkan Maisara ketawa kecil.
"Erm, tak ada bagi salam dah terus serbu!"
"Er.. assalamualaikum Maisara. Excited sangat tadi."
"Waalaikumsalam, Umar. Cepatnya baca emel?!"
"Saya tengah siapkan assignment tadi. Tiba-tiba emel masuk. Awak hampir-hampir buatkan saya kecewa Maisara. Rasa tak mahu baca sampai habis."
"Terima kasih Maisara. Awak telah melengkapkan diri saya tapi saya harap awak berikan saya masa untuk jadikan awak suri hidup saya. Saya harap awak tak bosan menunggu saya." Pelahan suara Umar menuturkannya. Kedengaran sayu di telinga Maisara.
"Saya akan tunggu awak. Saya tahu dan amat faham. Cuma awak janji dengan saya, awak tak akan mempermainkan saya."
"Saya tak akan persia-siakan seorang wanita semulia awak, Maisara. Itu janji saya. Pada awak, pada diri saya."
Maisara tersenyum. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir dari tubir matanya. Dia berharap Umar adalah lelaki yang telah tercipta untuk mendampinginya sebagai suami suatu hari nanti. Lelaki yang menjadi ayah kepada anak-anaknya. Lelaki yang membimbingnya dunia dan akhirat. Lelaki yang melengkapi kehidupannya. Amin.
"Woi perempuan!Kau jangan ingat,aku rela kahwin dengan kau.Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa.Kau faham tak,sebab terpaksa.Kalau bukan sebab ma aku,jangan haraplah kau jadi isteri aku.Sebab aku sayangkan ma akulah..aku buat macam ni,kau tahu?"tengking Zakif kuat.
Hana yang sedang jauh mengelamun tersentak.Dia mendengus perlahan."Saya dengarlah.Tak payahlah jerit-jerit.Ingat saya pekak ke apa?Banyak kali dah awak ulang ayat tu.Awak ingat saya nak ke kahwin dengan awak?"soal Hana.Dia merenung bulan di permukaan langit yang hitam kelam.
Zakif terdiam.Dia memandang Hana yang membelakanginya.Agak tersentap mendengar ucapan Hana.Kemudian,dia meraup mukanya,lalu duduk di birai katil.
"Aku tak sangka betul,yang aku kena paksa kahwin dengan perempuan yang macam kau.Yang kau pun satu..punya banyak lelaki dalam dunia ni,kau gatal-gatal buat hubungan dengan suami orang kenapa?Dah tak ada dah lelaki dalam dunia ni?Sebab kau..aku yang kena jadi pak sanggup"bebel Zakif.
Hana yang mendengar hanya mendiamkan diri.Lantaklah..katalah apa nak kata pun.Dia sama sesekali takkan melawan.Kalau nak diikutkan,nak aje dia melawan..tapi dia sedar siapa dia.Dia adalah isteri yang sah kepada seorang lelaki yang terpaksa berkahwin dengannya yang bernama Zakif Imran Bin Mohd Borhan. ******************************************* 5 bulan sebelum itu
"No ma!Kif tak setuju.Ma nak Kif kahwin dengan perempuan ni?"Jari telunjuk ditudingkan ke arah seorang gadis bertudung yang sedang duduk di atas sebuah sofa. Pn.Salmah mengeluh."Yea..ma nak Kif kahwin dengan dia.Keputusan ma muktamad".
"Ma..please!Ini bukan rancangan gelanggang raja Lawak,ataupun cerita SPONTAN.Ma..ni hidup Kif.Masa depan Kif.Ma takkan nak hancurkan masa depan Kif dengan bagi Kif kahwin dengan..ahh!".
"Zakif!Seorang mak takkan pernah nak menghancurkan masa depan anaknya sendiri.Watch your mouth!Ma ada sebab kenapa ma buat semua ni".
"Sebab apa?Ma..ma yang berhutang dengan keluarga diaorang,kenapa Kif pula yang kena jadi mangsa"bangkang Zakif.
"Kif ingat,ma berhutang apa dengan keluarga Hana?Ma berhutang darah Kif tahu.Kalau bukan sebab mak Hana..ma dah lama mati.Darah mak Hana sekarang,dah ada dalam badan ma".
"Tapi,kenapa Kif?Kenapa tak Along?"soal Zakif perlahan.Lelah hatinya mendengar keputusan tersebut.Mana boleh!Dia baru umur 28 tahun.Masih terlalu awal untuk dia berkahwin.Kerjanya sebagai pembantu makmal pun masih belum stabil dengan sepenuhnya.
"Along dah bertunang Zakif.Tinggal lagi beberapa minggu aje lagi perkahwinan Along akan berlangsung". Hana yang hanya memerhatikan pertelingkahan mulut di antara Zakif dengan Pn.Salmah mengeluh.Dia mengerling sekilas emaknya yang turut mendengar pertelingkahan tersebut.
"Salmah..kau tak payahlah paksa Zakif.Kesian dekat dia.Kau buat keputusan yang terburu-buru"tegur Pn.Hanim.Pn.Salmah merenung wajah Pn.Hanim.
"Hanim..kau jangan masuk campur.Keputusan aku muktamad.Aku anggap kau,dah macam ahli keluarga aku sendiri.Kau sahabat aku yang paling baik dengan aku.Sahabat yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk aku.Aku rasa,sampai aku mati pun,aku tak mampu nak balas budi baik kau".
Pn.Hanim terdiam.Dia berdiri,lalu melangkah mendekati Pn.Salmah.Dia memegang erat tangan Pn.Salmah.
"Aku tak kisah Salmah.Apa aku buat,aku ikhlas.Kau sahabat aku dunia akhirat.Aku sayangkan kau"ucap Pn.Hanim."Aku tak nak,kerana persahabatan kita..kau jadikan anak kau sebagai mangsa.Aku yang gagal dalam hal ni.Gagal didik Hana dengan sempurna".
Hana yang mendengar hanya menundukkan muka.Jatuh perlahan-lahan air matanya di pehanya.Sedih mendengar kesalan emaknya.
‘Mak..sampai hati mak.Hana bukan macam tu’desis hati Hana.
"Tak Hanim..kau tak bersalah.Aku yakin,hal ni masih dapat diselamatkan.Aku akan bantu kau"tegas Pn.Salmah.Dia kembali merenung Zakif.
"Samada Zakif nak atau tak nak..ma tetap nak Zakif kahwin dengan Hana.Ma yakin,Hana mampu jadi isteri yang baik.Kalau tak..Zakif jangan sesekali berani panggil ma..sebagai ma lagi".
Zakif terkejut.Dia memandang wajah Pn.Salmah.Pn.Hanim serta Hana juga turut terkejut.Mereka tidak percaya apa yang baru diucapkan oleh Pn.Salmah. **************************************************** Punat pintu lif no 10 ditekan.Pintu lif dibuka.Hana dan Zakif pantas memboloskan diri ke dalam lif.Suasana sepi menyelebungi mereka berdua.
Zakif mencari-cari nombor apartmen seperti yang tertera di kunci.Baru beberapa tapak berjalan,akhirnya apartmen yang dicarinya dijumpai.Pantas Zakif membuka kunci apartmen.Dia membuka luas pintu apartmen lalu menapak masuk.
Zakif memerhati sekeliling.Agak luas apartmen tersebut.Cantik dan lengkap dengan perabut.Apartmen tersebut merupakan apartmen keluarganya.Selalunya,apartmen tersebut disewa.Tapi,penyewa apartmen tersebut sudah berpindah ke apartmen lain,jadi apartmen tersebut dihadiahkan kepadanya sebagai hadiah perkahwinan.
Hadiah perkahwinan?Zakif mendengus kecil.Bukan hadiah perkahwinan,tapi hadiah kerana dia rela berkahwin dengan perempuan tersebut.Zakif menoleh ke belakang.Kelihatan Hana masih lagi berdiri di muka pintu.Zakif mendengus.Berasap rasa hatinya tiba-tiba.
"Oit!Yang kau berdiri tercegat macam jaga tu kenapa?Tak reti-reti nak masuk?Nak aku bentangkan karpet merah?"soal Zakif sinis menyebabkan Hana tersentak.
Pantas Hana membuka kasut dan melangkah masuk.Sudah hampir dua minggu dia bergelar isteri kepada Zakif.Sudah dia masak dengan perangai lelaki tersebut yang kuat menengking.
"Ni..dapur.Yang ni pula ruang tamu.."ucap Zakif.Hana hanya mendengar,sesekali dia memerhati sekeliling. "Ni pula.."Zakif berdiri di salah satu pintu bilik."Ini bilik aku.."ucapnya lalu menudingkan jari telunjuk ke dirinya."Ni pula..bilik kau"sambung Zakif,menudingkan jari ke arah salah satu pintu bilik yang bertentangan dengan bilik tidurnya.Hana menoleh.Tanpa berkata apa-apa,dia terus menolak daun pintu biliknya.
Zakif mendengus melihat reaksi Hana yang terus masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa kepadanya.Entah kenapa,hatinya rasa sakit melihat reaksi tersebut.Sejak mereka berkahwin,jarang sekali dia mendengar suara Hana.Hana hanya akan bercakap,bila perlu aje.Itupun,yang keluar daripada mulutnya hanya ye..tak..ok..dan suka hati awak.Betul-betul buat Zakif rasa sakit hati.Yelah..dia perli Hana punya kaw-kaw,tapi Hana hanya buat derk aje.Memang sah hati kering.Sesekali,nak juga Zakif melihat Hana mengamuk,tak pun marah ke,namun sayang..langsung tak jadi kenyataan.Akhirnya,Zakif sendiri pun dah mula penat bila tengkingan,sindiran dan maki hamunnya dipandang sepi.Daripada bercakap kasar,Zakif dah mula pandai bercakap dengan volume suara yang sederhana. ******************************************* Hana berteleku lama di sejadah.Air matanya perlahan-lahan mengalir.Sedih mengenangkan nasib diri.Sedih mengenangkan apa yang telah berlaku.
Hana tahu,silapnya kerana menumpang kereta Johan,teman sepejabatnya.Silapnya bertambah berganda kerana Johan merupakan suami orang.Bertambah teruk lagi,apabila emaknya melihat Johan meniup matanya kerana dimasuki habuk.Kedudukan berdiri yang agak rapat,ditambah pula dengan keadaan yang pada waktu itu hanya ada dia dan Johan,memang boleh menimbulkan syak wasangka.Emaknya yang melihat Johan membelakanginya sudah pasti berangapan yang bukan-bukan.Ahh..kalaulah dia melarang Johan daripada meniup habuk di matanya.Tapi..itu semua terjadi kerana tindakan spontan.Johan tak bermaksud apa-apa,begitu juga dengan dirinya.Sekelumit cinta ataupun sayang pun tak pernah wujud dalam hatinya untuk Johan.Baginya,Johan hanyalah rakan sekerja semata-mata.
Tapi tidak bagi emaknya.Emaknya menyangka,yang dia bercinta dengan Johan.Oleh sebab itu,dia terpaksa berkahwin dengan Zakif.Emaknya tidak mahu dia mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh emaknya.Emaknya dulu pernah menjadi isteri kedua kepada ayahnya,dan kerana hidup sebagai isteri kedua sungguh menyeksakan,emaknya bertekad tidak mahu dia mengalami nasib yang sama.
Puas dia menjelaskan perkara yang sebenar,tetapi emaknya tidak mahu percaya.Diadukan kepada Pn.Salmah,menyebabkan Pn.Salmah terus menyuarakan cadangan untuk mengahwinkan dia dengan Zakif.Memang tidak masuk dek akal..Hana mengeluh.Dia kesian sebenarnya kepada Zakif.Sebab itu,apa sahaja kata-kata kasar lelaki tersebut,dia hanya telan.Dia tahu,andai dia berada di tempat lelaki tersebut,mungkin dia juga akan mengalami perasaan yang sama.
‘Emak..Hana bukan macam yang mak sangkakan’ucap Hana perlahan. ********************************************** Zakif membuka tudung salji.Sudah tersedia pelbagai jenis makanan.Zakif tersenyum kecil.Tinggal serumah dengan Hana selama sebulan,membuatkan dia sudah masak dengan perangai gadis itu.Walaupun masakannya tidak sesedap mana,namun Hana tetap memasak untuknya.Pagi..tengah hari,petang dan juga malam.Malah,keperluan pakaiannya turut Hana sediakan.Kadang-kadang,dia rasa macam Hana bukan isterinya,tetapi lebih kepada bibik.Hana akan berada di dalam bilik bila dia pulang ke rumah.Selepas dia keluar bekerja,baru Hana keluar daripada bilik.
Timbul rasa simpati didalam hati.Bukan dia tidak tahu,Hana menderita.Sudahlah dipaksa berhenti kerja oleh Pn.Hanim,malah dia terpaksa pula duduk di rumah 24 jam.Kalaulah perkahwinan mereka seperti orang lain,tak mengapa malangnya tidak.Sudah pasti sungguh menyeksakan buat Hana.Namun,Zakif keraskan hati.Perasaan simpati dia buang jauh-jauh.Selalu dia bisikkan di dalam hati..sebab Hana,dia terpaksa berkahwin dengan orang yang langsung dia tidak cintai.Hancur luluh masa depannya.Tapi..apa yang hancur?Dia sendiri pun tidak pernah mempunyai kekasih,malah pekerjaannya masih berjalan seperti biasa.Ahh…yang pasti,dia tetap tidak cintakan Hana. ***************************************************** Hana yang melangkah keluar daripada bilik berpatah balik apabila melihat Zakif sedang menjamu selera.Zakif yang terpandang Hana spontan memanggilnya.
"Oit..buatkan aku air nescafe"perintah Zakif.Langkah Hana terhenti.
‘Oit dia panggil aku?’desis hati Hana.Dia menuju ke dapur.Cawan dicapai dan dibubuh serbuk Nescafe.Dicampur dengan susu dan gula,dan ditambah dengan air panas.Siap!Hana terus bawa kepada Zakif.
Hana mendengus melihat pinggan kotor di atas meja.Dia menuju ke ruang tamu.Kelihatan Zakif sedang elok bersandar sambil menonton televisyen.Menyirap darah Hana tiba-tiba.Cawan diletakkan di atas meja,dan dia mendepang tangannya.Menghalang Zakif daripada menonton televisyen.Zakif yang melihat mengerutkan dahi.
"Kau ni kenapa?"soal Zakif."Tepilah..aku nak tengok tvlah".
"Takde..awak ni pemalas sungguhlah.Pinggan sendiri pun tak reti nak basuh ke?"soal Hana.
Zakif mencebik."Apa pula aku yang nak kena basuh.Kau yang selalu jadi tukang basuh pinggan kan.Kaulah yang basuh".
Bertambah menyirap darah Hana mendengar kata-kata Zakif.Punat off televisyen terus ditekan.
"Hari ni,pinggan awak..awak basuh sendiri".
Zakif mendengus.Dia pantas berdiri.Menatap pandangan mata Hana yang agak berapi.Dia pelik sebenarnya,kenapa Hana tiba-tiba naik bengang.Macamlah Hana tak pernah basuh pinggan dia.
"Kau ni kenapa?Dah buang tebiat?"soal Zakif.
"Tak…tapi saya nak ajar awak.Awak ni dah melampau awak tahu tak?"tekan Hana.
Zakif terdiam.Dia merenung wajah Hana yang sudah merah.Dia melangkah mendekati Hana.Hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi,jarak diantara mereka.Hana meneguk air liur.Sedar dia sudah terlajak kata.Tapi,dia masih lagi berani bertentangan dengan Zakif.
"Berani kau yea.."ucap Zakif perlahan,namun berjaya mengecutkan jantung Hana.Zakif menoleh ke arah kanan,melangkah menuju ke dapur.Hana menarik nafas lega.Ceh!Saja bikin gempak.Ingatkan tadi,hampir-hampir dia nak kena makan pelempang Zakif. *************************************************
Hana keluar daripada bilik air dengan muka yang berkerut.Dia menekan-nekan perutnya.Tidak tahan,dia merebahkan badannya di atas katil.
Zakif yang baru pulang daripada pejabat membuka pintu apartmen.Agak pelik kerana dia tidak terbau bau masakan seperti selalu.Stoking dan kasut dibuka.Zakif menjenguk ke dapur.Kosong..malah tiada makanan di atas meja.Zakif menuju pula ke ruang tamu.Tetap kosong.
Dada Zakif rasa berdebar-debar.Gendangan yang dia sendiri tidak tahu maknanya.Dia menuju ke bilik Hana.Diketuknya pintu bilik.Tiada jawapan.Zakif terus membuka pintu bilik.Terkejut dia melihat Hana yang sedang merengkot memegang perut.
"Hana?Kau kenapa?"soal Zakif cemas.
Hana hanya mengelengkan kepala.Terkejut dia melihat Zakif tiba-tiba muncul.Seingatnya,dia mengunci pintu bilik.Malu dia apabila melihat Zakif yang memerhatikan dia tidak bertudung.
"Kau kenapa Hana?Sakit perut?"soal Zakif sekali lagi.Dia memerhatikan muka Hana.Pucat!Dan buat kali pertama jugalah,dia dapat melihat rambut Hana yang sederhana panjang.Selalunya,Hana akan memakai tudung sebelum keluar daripada bilik.
"Hana.."Zakif pegang jemari Hana.Risau hatinya melihat Hana yang hanya mendiam seribu bahasa.
"Jom..aku bawa kau ke klinik"ucap Zakif membuatkan Hana tersentak.Hana menggeleng laju.Situasi tersebut membuatkan Hana berasa rimas.Dahlah perutnya sakit,ditambah pula dengan debaran di dada yang membuatkan jantungnya rasa macam nak tercabut.
"Tak payahlah..sikit aje sakit ni.Nanti okeylah.."ucap Hana.Dia menarik jemarinya,namun Zakif memegang erat jemarinya.Tidak mahu dilepaskan.
"Jomlah..aku risau tengok kau macam ni.Jom..kalau kau tak larat jalan,aku dukung kau"tegas Zakif.Sungguh dia serius dengan kata-katanya itu.Jantungnya terasa hampir terhenti melihat muka Hana yang pucat.
‘Risau?Hati Hana berdetik.’Sejak bila dia pandai risaukan aku?Oh..mungkin dia takut,tak ada orang yang masakkan untuk dia’.
"Awak tak payahlah susah-susah.Kejap lagi,saya sediakan makan malam awak"Hana cuba bangkit daripada pembaringannya,namun bahunya ditolak menyebabkan dia kembali terbaring di atas katil.Berlaga anak mata Hana dan Zakif.Debaran di dada Hana makin kuat bergendang.Dapat dia rasakan,mukanya sudah mula bertukar warna.
"Kau ni..sakit-sakit pun nak risaukan pasal aku.Jangan risau,aku tahu macam mana nak uruskan diri aku.Kau tu..sakit kan?Aku nampak macam seksa je.Kau sakit apa ni?"soal Zakif tidak puas hati. Hana hanya diam.Dia mengigit bibirnya.Takkan dia nak cakap yang dia sakit orang perempuan.Malulah..
"Hana..aku tanya kau ni.Kalau kau tak beritahu kau sakit apa,aku panggilkan doktor datang sini"ugut Zakif . Terbeliak biji mata Hana.Dia pandang Zakif sekilas."Ye..saya dengar.Saya sakit orang perempuanlah.."terang Hana malu-malu.
Berkerut dahi Zakif."Apa?Sakit orang perempuan?Ada ke penyakit macam tu?Aku tak pernah dengar pun".
Hana mendengus.Ni buat-buat tak faham ke..atau memang tak faham.
Zakif berusaha menyembunyikan senyumannya.Sebenarnya,dia tahu penyakit yang sedang melanda Hana.Tapi,sengaja dia buat bodoh.Patutlah Hana kuat marah-marah sejak akhir-akhir ni.Entah kenapa,dia rasa macam dia nak dengar lagi bicara keluar daripada mulut Hana.Ingin mendengar dan terus mendengar.Suara Hana tiba-tiba dirasakan merdu ditelinganya.Juga,dia rasa berat hendak melepaskan jemari Hana.
Hana yang masih terbaring,terasa jari-jemarinya digenggam dengan lembut.Dia mengerling sekilas ke arah jari-jemarinnya.Dapat dia rasakan,gosokan kasar tangan Zakif.Pegangan tangan Zakif pada jari-jemarinya terasa begitu kemas.
Tidak mahu dibuai dengan perasaan yang semakin menyeksakan,Hana terus menarik jari-jemarinya membuatkan Zakif tersentak.Zakif cuak!Mengerti dengan respon Hana.
"Err..kau rehatlah dulu.Nanti,aku beli makanan dekat luar"ucap Zakif laju lalu terus melangkah keluar. ************************************************ Hana melangkah keluar bilik.Sakit sengugutnya sudah semakin hilang.Hana menuju ke dapur.Tersentak dia melihat makanan malam sudah tersedia elok di atas meja.Hana tersenyum kecil.
"Yang kau senyum tu kenapa,makanlah.."tegur Zakif.Terkejut dia apabila ditegur begitu.Macam mana Zakif tahu dia tengah senyum padahal dia membelakangkan Zakif?Hana berpusing.Terpana dia melihat Zakif.Nampak hensem dengan berbaju Melayu berwarna biru laut serta berkain pelikat.Ditambah pula dengan songkok di atas kepala.Hana merasa,yang hatinya merasa sejuk melihat imej Zakif .Terasa yang dirinya melayang-layang ditiup angin melihat Zakif ketika itu.
"Makanlah..karang perut kau masuk angin".Zakif menarik sebuah kerusi,dan mencapai pinggan.Hana sekali lagi terpana.Tak pernah Zakif melayannya sebaik ini.Malah..kata-kata Zakif kedengaran sopan di telinganya hari ini.
Nasi dikaut,dan dibubuh lauk.Air dituang ke dalam cawan,dan diletakkan di tepi Hana.Hana hanya memerhati.
"Awak tak makan sekali?"soal Hana apabila melihat hanya sebiji pinggan terdapat di atas meja makan. Zakif tersentak.
"Err..kau..takpe.Kau.."Tiba-tiba Zakif jadi gagap.
"Marilah makan sekali.Awak dah penat sediakan ni semua"pelawa Hana sambil tersenyum.Hana bangun dan mengambil sebiji pinggan dan cawan.Nasi dan lauk dikaut dan diletakkan di atas meja.
"Silalah"ajak Hana.Zakif tarik kerusi,dan dia duduk di hadapan Hana.
"Aku baca doa yea.."getus Zakif membuatkan Hana tersenyum manis.
Selesai makan,Hana mengambil pinggan yang terletak di hadapan Zakif.Namun,Zakif pantas mencapai pinggan tersebut terlebih dahulu.Hana mengerutkan dahi.
"Letaklah dekat situ.Biar aku basuh pula kali ni"ujar Zakif.Dia sudah mula berdiri.
"Tak payahlah..awak pergilah rehat.Biar saya yang basuh.Tentu awak penat kan"ucap Hana.Pinggannya dicapai namun Zakif terus merampas pinggan tersebut.
"Tak payah..kau tu yang patut rehat.Biar aku yang buat ni semua".
Hana mendiamkan diri.Takkan dia nak bergaduh dengan Zakif semata-mata kerana nak membasuh pinggan.Terus Hana biarkan Zakif mengambil pinggannya.Hana mengekori Zakif ke dapur.Ingin dia melihat Zakif membasuh pinggan?Boleh ke?Desis hati Hana sebab sebelum ni,Zakif hanya tahu tinggalkan pinggan dan cawan kotor di atas meja.
Zakif melihat Hana berdiri di sebelahnya dengan ekor matanya.Rasa kekok apabila melihat Hana memerhati gerak-gerinya.
"Yang kau berdiri dekat sini,kenapa?Pergilah duduk dekat ruang tamu"perintah Zakif.Sabun dicapai,dilumurkan kepada pinggan dan dibilas dengan air.Belum sempat Zakif meletakkan pinggan,Hana pantas mengambilnya.
"Ni..ada lagi sabun.Awak basuh tak bersih"tegur Hana.
Zakif mengambil pinggan tersebut.Betul..masih ada lagi sisa sabun.
"Awak ni..basuh pinggan pun tak pandai.Harap badan aje besar".
Zakif yang mendengar memekakkan telinga.Dia pura-pura membasuh pinggan.
"Entah-entah,dekat rumah selama ni,ma awak je kan yang buat kerja rumah.Awak mesti tak ambik tahu kan?Orang lelaki selalu macam ni..cuci pinggan sendiri pun pemalas".
Zakif ketap bibir.Panas telinganya mendengar omelan Hana yang terlampau ramah malam ni.Hana yang melihat mengerutkan dahi.Hairan kerana Zakif tidak melenting.Kalau dulu,kena provoke sikit je..terus meletup.
"Tengok..basuh pinggan dua biji pun punyalah lambat.Apalah awak ni"kutuk Hana lagi.
Zakif mendengus.Dia bercekak pinggang memandang Hana.Hana hanya memandang terkebil-kebil.Dalam hatinya,mengekek ketawa melihat reaksi Zakif.
"Now..go infront"perintah Zakif tegas.Tangannya menuding ke arah ruang tamu.
Hana keraskan diri."If I don’t want?"soal Hana.
Zakif berpaling ke arah kanan.Amboi..aku speaking British..dia pun speaking British juga.Zakif cuba mententeramkan dirinya.Lain macam sungguh Hana malam ni.Melawan dan banyak cakap.
"Pergi sekarang"…
"Saya tak nak.."
"Nak.."
"Tak naklah..Suka hati sayalah.Awak nak paksa-paksa ni kenapa?".
"Okey..kalau kau tak nak".Pili air kembali dipulas kasar.Aha!Zakif melihat air paip yang mengalir keluar.Terus dia takung air paip tersebut dengan tapak tangan..dan pantas dia menyimbah ke arah Hana.Tindakan refleks yang sengaja itu mengejutkan Hana.Hana menjegilkan mata,tetapi Zakif hanya senyum kerek sambil angkat thumbs up dengan megah.
Tanpa menunggu lama,Hana tolak tubuh Zakif sedikit.Dia menadah air paip tersebut.Zakif yang melihat hanya tersenyum sinis.Dapat dia mengagak tindakan Hana.Terus dia berjalan cepat ke arah ruang tamu.
"Jangan haraplah kau dapat kenakan aku"ucap Zakif sambil ketawa.Takkan Hana mampu punya nak kejar dia dengan air yang bertakung di tangan.
Hana yang melihat Zakif pergi,terus mengambil cawan.Dia mengisi air paip di dalam cawan tersebut.Cawan tersebut di bawa ke depan.Berpura-pura dia meletakkan cawan tersebut di bibir.Zakif yang sedang duduk sambil tersenyum nakal ,dia pandang sekilas.Hana melewati tempat Zakif duduk.Dan tanpa amaran..terus dia menuang air tersebut di atas kepala Zakif.
Zakif bengang.Pantas Hana yang berdiri tidak jauh daripadanya dia tarik kuat.Hana tersentak.Tubuhnya terdorong ke hadapan.Tanpa berlenggah,Zakif terus peluk kuat tubuh Hana.
"Mak.."Hana jerit kuat,apabila menyedari tubuhnya didalam pelukan Zakif.Zakif yang mendengar hanya ketawa kuat.
"Apa kau panggil?Mak..mak dekat rumahlah.Mana ada dekat sini"ucap Zakif sinis.
Hana diam."Okey..awak menang..Lepaslah".
Zakif hanya buat bodoh."Kalau aku tak nak.."
"Naklah.."
"Tak nak.."
"Naklah..please.Awak yang mulakan dulu kan?"soal Hana tidak puas hati.Mana aci main peluk-peluk macam ni.
"Sapa suruh kau kutuk aku kaw-kaw tadi?".
Erk!Hana terdiam.Takkan dia nak cakap,yang dia sengaja buat macam tu.
"Okay..sorry.Saya tak buat dah".
"Takde..sorry ke..maaf ke..forgive me ke..tak ada untukmu.Tapi.."Zakif sengih."Ini ada untuk kau"Terus dia geletek kuat tubuh Hana menyebabkan Hana menjerit kuat.
"Janganlah.."ujar Hana kuat.Sedaya upaya dia cuba melarikan diri daripada Zakif,namun Zakif pantas menghalang.
Rontaan yang kuat menyebabkan Hana mampu memboloskan diri daripada Zakif.DIa terus berlari,namun malang..kakinya tersadung kaki meja menyebabkan dia hampir tersungkur.Zakif yang melihat,mengambil tindakan pantas dengan menarik tubuh Hana.Tarikan yang agak kuat, menyebabkan tubuh Hana dan tubuhnya hampir jatuh ke atas sofa yang berdekatan.
Gulp!Air liur ditelan.Hana tutup mata apabila menyedari yang dia memeluk Zakif.Merah padam mukanya.Mata bertentangan mata sesaat setengah.Tanpa menunggu lebih lama,Hana terus meleraikan pelukannya dan berlari masuk ke dalam bilik.
Zakif yang melihat mengeluh,kemudian meneletangkan badannya di atas sofa.
‘Oh..what have I done?’desisnya perlahan. ************************************************ Zakif mengintai tingkah laku Hana yang sedang ketawa sambil menonton cerita Korea.Sesekali,Zakif tersenyum kecil disebalik majalah.Cepat-cepat dia memandang kembali majalah,kononnya menumpukan perhatian apabila melihat Hana memandangnya.
"Awak.."panggil Hana lembut.
"Apa?"soal Zakif.Suaranya sengaja ditegaskan.
"Awak baca majalah terbalik"tegur Hana lalu ketawa kecil.Zakif terkejut.Dia memandang majalah ditangannya.Mukanya berubah melihat benar apa yang diucapkan oleh Hana.
"Awak memang pandai baca majalah terbalik yea?"soal Hana.Senyuman masih bergayut di bibirnya.
"Err..tak!Kau tak tahu ke,baca majalah terbalik ni boleh melatih otak"ujar Zakif.Entah betul ataupun tak,dia tak tahu.Sengaja nak cover malu.
Zakif meletakkan majalah di atas meja.Pandangannya mata ditumpukan ke kaca televisyen.
"Kau suka sangat tengok cerita ni.Selalu aku tengok kau pasang cerita ni.Tak jemu ke?Tajuk apa cerita ni?"soal Zakif.
"Full House"jawab Hana sepatah.Dia mengerling sekilas wajah Zakif.
Berkerut dahi Zakif.Dapat dia lihat babak seorang lelaki bergaduh dengan seorang perempuan.Terukir senyuman kecil di bibirnya melihat babak tersebut.
"Macam best aje"getus Zakif.
"Memang best pun awak..drama yang saya langsung tak jemu tengok.Seronok..romantik sungguh hero dia.Dahlah comel"terang Hana bersemangat.Wah..bila masuk je cerita Korea,semangat bercerita kalah askar yang nak pergi berperang.Memang dia fanatik dengan cerita Korea.
Zakif mengetap bibir.Terus dia bangun.Hana terpingga-pingga.
"Awak nak ke mana?"soal Hana.
"Ikut suka hati akulah.Kau layanlah lelaki romantik tu"kasar Zakif menjawab membuatkan Hana mengerutkan dahi,kehairanan melihat mood Zakif yang tiba-tiba berubah. **************************************** Zakif meruap mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan.Kerusi yang dia duduk sekarang terasa panas.Dia mengambil dvd yang terletak di atas mejanya.Tertera tajuk Full House.Tidak dia percaya,yang dia akan membeli dvd tersebut.
‘Heh!Tak adalah comel mana pun.Comel lagi aku’desii hati Zakif.Masih dia ingat lagi,panas betul hati dia mendengar Hana mengatakan yang hero cerita Full House tersebut comel dan romantik.Bukan dia tidak kenal lelaki yang berlakon tersebut.Bi Rain..lelaki yang muncul dalam iklan Head n Shoulder.Hitam Kegemaranku..Heh!Zakif mendengus sekali lagi.
Dia tidak tahu,kenapa dia berperasaan begitu.Yang dia tahu,sejak Hana menjadi isterinya,memang mereka tidak pernah berbual panjang.Namun,sejak Hana sakit tempoh hari,hubungan mereka sudah menjadi semakin baik.Malah..dia dan Hana sudah boleh bergelak ketawa bersama-sama.Hubungan mereka sudah menjadi seperti kawan baik.Jujur,dia akui yang dia bahagia dengan situasi tersebut.terasa yang hidupnya semakin terisi.Juga,rasa hatinya semakin gembira apabila dia menjadi imam kepada Hana setiap kali mereka bersolat.Cuma..mereka tidak lagi tidur sebilik.Ahh..dia tak langsung boleh bayangkan yang dia dan Hana akan tidur sebilik.Bersentuhan tangan pun Hana tak suka,nikan pula nak tidur sebilik.Teringat dia akan pelukan Hana tempoh hari..Ahh..Zakif senyum sendiri.
‘Stop it Zakif..kau dah macam orang gila’desis hatinya.
‘Memang pun..aku pun rasa aku dah macam orang gila’.
‘Semuanya sebab Hana kan?Kau dah angau dengan isteri kau tu’.
Zakif mengeluh.Salahnya ke semua ni berlaku?Salahnya ke kerana tiba-tiba muncul perasaan ini dekat Hana.Zakif tahu..hubungan mereka dingin pada permulaan kehidupan mereka.Tapi..pada waktu tu,hatinya sakit.Sakit kerana dipaksa berkahwin.Dia rasakan yang Hana perempuan teruk,tapi jauh sangkaannya.Hana lain.Lain sangat daripada perempuan lain yang dia kenal.Zakif mengeluh sekali lagi.Sekarang..rasa sakit hatinya dah hilang.Diganti dengan perasaan yang dia tidak tahu.Yang dia langsung tidak mengerti.Ahh..sungguh dia benci dengan perasaan yang kian menghimpit jiwa.
Zakif merenung DVD Full House tersebut.Dia memarahi dirinya berkali-kali.Kalaulah Hana tahu,yang dia beli dvd tu..agak-agaknya apalah respon Hana.Mungkin dia akan ketawa terbahak-bahak. Lantak..bukan Hana tahu pun..ucap hati Zakif.
Laptop di buka.DVD Full House diambil dan dipasangnya ke dalam laptop.Leka dia menonton cerita tersebut tanpa menyedari masa yang semakin berganjak. ************************************************ Hana membulatkan biji mata melihat ada sejambak bunga ros di atas meja di ruang tamu.Hana memerhati sekeliling.Dia terus mengambil bunga ros tersebut.Dihidunya.Wangi.Untuk siapa agaknya.Hana tersenyum.
"Err..tu"Zakif menunjuk ke arah bunga tersebut."Untuk kau"sambungnya.
"Untuk saya?Tapi kenapa?"soal Hana.
Zakif mati akal.Ya..untuk apa dia bagi bunga ros?Zakif sengih.Nampak keanak-anakan wajahnya ketika itu.
"Saja..rasa macam suka-suka nak bagi"jawab Zakif selamba.Dihulurkan pula sejambak bunga ros yang dia sembunyikan di belakang tangan membuatkan Hana sekali lagi tersentak.
"Untuk kau juga".
Hana menyambutnya.Dia memandang wajah Zakif yang kelihatan gembira pada pandangan matanya.
"Terima kasih"ucap Hana perlahan.Zakif mengaru tengkuknya.Tiba-tiba dia merasa kekok.Ahh..apa yang dia buat ni?Malunya..Tapi,dia tengok dalam cerita Full House..nak pujuk perempuan..kenalah bagi bunga.Bukan dalam cerita tu aje,kawan-kawan dia pun cakap benda yang sama.Perempuan dengan bunga..kan sehati sejiwa.Tapi,kan ada juga perempuan yang tak suka bunga?Ahh..biarlah.Itu dah masuk bab lain.Perempuan ni complicated.Nak kena kaji dalam-dalam..alamat pengsanlah dia.
"Oh ya..malam ni kau tak payah masak.Ma ajak jemput makan kat rumah dia"beritahu Zakif.
Hana menganggukkan kepala.Zakif menelan air liur.Nak cakap apa lagi?Suasana sepi menyelebungi merimaskan.Hana juga berasa kekok.Kekok campur dengan keliru.Tapi,tak dia nafikan,yang dia rasa gembira dengan bunga ros tersebut.Zakif menuju ke sofa.Remote dicapai.Senyumannya cuba dia sembunyikan.Ahh..bahagianya rasa melihat senyuman terukir di bibir Hana.
"Er..saya masuk bilik dulu"ucap Hana.
Zakif menganggukkan kepala.Dia melihat Hana berlalu pergi sambil membawa dua jambangan bunga ros yang diberinya.Zakif tersenyum.
"Yes.."ucapnya kuat lalu ketawa kecil.Dipeluknya bantal kecil yang sudah sedia tersusun.Tak sia-sialah dia praktis depan cermin nak kasi bunga tu dekat Hana. **********************************************
Hana merenung Zakif.Zakif buat bodoh.Bukan dia tak nampak wajah Hana yang memprotes daripada hujung ekor matanya.Genggaman tangan diperkemaskan lagi.
"Lepaslah.."ucap Hana perlahan.Ketika itu,mereka sedang berdiri di luar pintu kereta.Sedang menunggu masa untuk masuk ke dalam rumah Pn.Salmah.Hana tahu,emaknya juga ada bersama apabila melihat kereta Savvy berwarna biru yang terpakir elok di halaman rumah.
"Eh..kau lupa ke kita ada kat mana?Dekat rumah ma akulah.Depan diaorang,kita kenalah tunjukkan yang kita ni pasangan paling romantis dekat dunia.Takkan itu pun kau tak faham"ucap Zakif tegas.Sesekali,tangannya yang sebelah lagi membetulkan rambutnya yang memang sudah sedia tersusun rapi.
Hana mencebik."Tak payahlah nak berlakon.Buat macam biasa dahlah.Awak tak tahu malu ke pegang-pegang tangan saya ni?".
"Biarlah..kau tu isteri aku.Aku nak pegang kat tempat lain pun,aku punya suka kau tahu"Zakif ketawa nakal menyebabkan wajah Hana berubah warna.
Zakif senyum lagi apabila melihat Hana diam.Sukanya dia…Memang dia sengaja hendak memegang tangan Hana.Selepas kejadian dia memegang jemari Hana tempoh hari,hatinya nak lagi memegang jemari tersebut.Sebab itu sengaja dia cakap yang Pn.Salmah menjemput mereka makan di rumah padahal dia yang beria-ria menelefon Pn.Salmah memberitahu yang Hana rindukan Pn.Salmah dan meminta menjemput Pn.Hanim sekali.
"Masya-Allah Kif.Dah sampai tak reti-reti nak masuk ke?"jerit Zainal kuat menyebabkan mereka berdua tersentak.Zakif tersenyum,terus dia paut pinggang Hana menyebabkan Hana semakin terperanjat.Tubuh Hana didorong melangkah ke depan.
Hana sedaya upaya mengukir senyuman manis.Debaran di dadanya kembali bertandang.Tubuhnya pula mula merasa peluh dingin.Sungguh dia tak faham dengan perasaan yang melanda diri.
"Wah..langsung kau tak nak lepas si Hana ni yea"usik Zainal nakal.
Zakif tersengih.Hana pula..konfem merah muka.
"Along sihat?"soal Zakif pula lalu bersalaman.
Zainal menganggukkan kepala."Dah..jom masuk.Ma dah lama tunggu kat dalam"ucap Zainal lalu melangkah masuk. Hana merentap jarinya apabila melihat Zainal semakin menghilang di dalam rumah.Dia mendengus.
"Awak ni memang tak tahu malu kan?Suka-suka hati aje pegang pinggang saya"marah Hana.Sakit hatinya melihat senyuman nakal Zakif.Kalau ikut hati..nak aje dia tumbuk-tumbuk tubuh Zakif.
"Kenapa?Kau tak suka?"soal Zakif pula.Dia berpeluk tubuh dihadapan Hana.
"Boleh awak tanya macam tu.Dah tentulah saya tak suka.Awak ingat tubuh saya ni apa?Malu awak tahu tak..depan Along tadi".
"BIarlah..kan aku beritahu tadi,aku nak tunjukkan yang kita ni pasangan paling romantis dalam dunia.Lagipun,nak heran apa kan?Kau tu isteri aku.Daripada hujung rambut sampai hujung kaki..semua ni hak aku.So..tak payahlah kau nak emo sangat.Ajak aku bergaduh depan pintu pula tu.Apa kata kita masuk dalam rumah..lepas tu makan.Kau tentu rindu nak jumpa mak kau kan?"ucap Zakif panjang lebar. Hana terdiam.Terus dia berpaling ke hadapan.Sakitnya hati mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Zakif.
"Ehem.."Zakif berdehem mematikan langkah Hana di muka pintu.
Zakif menghulurkan tangannya,membuatkan Hana mengeluh.Terus dia berpatah balik.Bila jemarinya mula bersentuhan dengan jemari Zakif,Zakif menjatuhkan tangannya.
"Kalau kau nak pegang tangan aku,pastikan yang kau jangan sesekali buat muka masam macam tu". Hana tersentak.Heh!Macam-macamlah..Diukirkan senyuman kecil.Zakif tersenyum pula.
"Good.."Terus dia capai jemari Hana."Sebenarnya,aku saja je nak test kau.Tak sangka aku,kau ni senang ikut cakap aku.Good..i like"puji Zakif membuatkan Hana mengigit bibir. *********************************************
I am trying Not to tell you….But I want to…I\'m scared of what you\'ll say…And so I\'m hiding..What I\'m feeling…But I\'m tired of…Holding this inside my head
Suasana sepi di dalam kereta dipecahkan dengan alunan lagu daripada Hitz.fm.Lagu Fallin for you nyanyian Colbie Calliat berkumandang.Hana menyanyi-nyanyi kecil.Zakif yang mendengar sesekali tersenyum.
"Boleh tahan.."ucap Zakif tiba-tiba membuatkan Hana tersentak.
"Apa yang boleh tahan?"soal Hana.
"Suara kau..lagi sedap daripada katak".
Hana mendengus.Sakit hatinya mendengar Zakif memperlinya sambil ketawa.
"Diamlah…at least saya boleh nyanyi.Awak boleh ke?"soal Hana pula.
"Apa?Kau ingat aku ni teruk sangat ke?Tolong sikit ek..See the personlah.Aku nyanyi karang..terkejut beruk kau".
Hana mencebik."Eleh..cakap besar.Nyanyilah sikit.Tengok..suara awak tu sedap ke tak?"cabar Hana.
"Okay..kau cabar aku ek?".Punat off radio ditekan.Suasana sepi sesaat dua.Zakif berdehem.
"Mana awak tahu lagu tu yea?"soal Hana pelik.Setahunya,Zakif tidak pernah menonton cerita Full House.Kalau dia pasang cerita itu pun,Zakif mesti masuk dalam bilik.Tak pun,Zakif akan membebel,kerana dia cukup suka memasang cerita tersebut.
Otak Zakif mula merencana,mencari alasan.Takkan dia nak cakap,yang tiap-tiap hari dia pasang lagu tu dalam MP4 miliknya.Takkan dia nak cakap,yang dia sanggup beli dvd Full House tersebut kerana Hana.Takkan dia nak cakap juga,yang dia pasang lagu tu sebelum tidur,siap boleh terbawa-bawa dalam mimpi.Takkan juga dia nak cakap..yang dia sanggup surf internet sebab nak print lirik lagu tu.Berbelit lidahnya menghafal lagu tersebut.Semuanya sebab Hana..Ahh!Gila..betul-betul gila.
"Kau kan selalu pasang cerita tu,sebab selalu sangat kau pasang,sampai aku dah boleh hafal dah lagu tu".
Hana menganggukkan kepala.Bibirnya mengukir senyuman.
"Tapi,kenapa awak tak nyanyi sampai habis?".
Zakif tersentak.Dia mengerling Hana sekilas.
"Kau jangan nak buat lawak?Ingat senang aku nak hafal lagu tu".
"Hafal?Awak hafal lagu tu?"soal Hana mengerutkan dahi.
Zakif gigit bibir.Alahai..celuparnya mulut.
"Tak..maksud aku,sebab dah selalu sangat kau pasang cerita tu,aku dah terhafal secara automatiklah lagu tu.Selalu sangat tergiang-giang dalam kepala otak aku".
"Ooo..macam tu yea.Cepat awak pick-up kan?Kalau sayalah..jangan haraplah".
Zakif tersenyum."Well..u know me".
"Heh!Berlagak"kutuk Hana selamba.Zakif ketawa mendengar kutukan Hana.Siap tarik muka lagi.. *********************************** Good morning beauty princess.Harap hari ini..senyuman masih lagi terukir di bibir.
Hana tersenyum.Lucu membaca nota kecil yang diselitkan di bawah pinggan.Terdapat sekuntum bunga ros merah di atas meja.Pantas Hana capai.Entah bila Zakif membelinya,tidak dia ketahui.
Sarapan di atas meja dipandang.Tersenyum kecil lagi dia.Sejak bilalah Zakif jadi macam ni..dia sendiri tidak pasti.Sudah hilang kata-kata kasar,daripada bibir Zakif.Yang ada,cumalah kata-kata yang kadang-kala romantis ditelinganya. *************************************
"Kau tunggu aku dekat sini kejap,boleh tak?Aku nak pergi tandaslah"ujar Zakif.Mukanya berkerut menahan sakit perut.
Hana tersengih.Lucu melihat raut muka Zakif.
"Yang kau sengih-sengih ni kenapa?"soal Zakif pelik.
"Awak sakit perut yea..?"soal Hana.Kesian..itulah.Dia dah cakap..kalau tak boleh makan sushi,jangan makan.Namun Zakif degil.Nak juga makan..last-last?
Zakif mendiamkan diri.Itulah bahananya makan makanan yang langsung dia tak suka.Memang dia anti gila dengan sushi.Namun,disebabkan Hana suka makanan tersebut,digagahkan dirinya juga.Satu lagi kerja gila.Kenapalah dia macam ni.Masih dia ingat lagi,berkerut-kerut mukanya sewaktu makan wasabi.Gila pedas.Yang Hana pula..seronok ketawa melihatnya.Tahulah yang dia tak berapa suka dengan sushi,namun memang kejamlah bila Hana kata wasabi tu adalah sushi yang paling sedap di antara semua sushi.Tanpa menunggu masa..terus dia ngapp..dan hanya Allah saja yang tahu,betapa teruknya rasa tersebut.
"Pergilah..saya tunggu awak dekat sini yea"ucap Hana lalu menudingkan jarinya ke salah satu kerusi.Zakif mengangguk.Tanpa menunggu lebih lama,terus dia berjalan laju menuju ke arah tandas. Hana menapak menuju ke kerusi.Dia duduk sambil memerhatikan manusia yang mundar-mandir.Times Square kelihatan sesak pada hujung minggu ini.
"Hana…"panggil satu suara.Hana menoleh ke arah kiri.
"Ya Allah Johan..lamanya tak jumpa kau.Kau buat apa kat sini?"soal Hana terkejut.
Johan tersengih."Aku temankan isteri aku shopping.Dia pergi tandas kejap.Kau pula,buat apa kat sini?.
"Aku jalan-jalan dengan suami aku"terang Hana ringkas.
Johan mengangguk."Kau bahagialah sekarang ni yea.Muka nampak berseri-seri aje.Lama tak dengar khabar kan.Terkejut aku bila dapat tahu kau tiba-tiba berhenti kerja.Dahlah tu,kahwin pun tak jemput aku.Kejam sungguh kau ni".
Hana tersenyum tawar.Ahh..kalaulah Johan tahu,sebab Johanlah,dia kena berkahwin,pasti lelaki tersebut tidak percaya.
"Nak buat macam mana,dah jodoh aku.Aku nak jemput kau sebenarnya,tapi handphone aku rosak.Hilang semua nombor.Minta maaflah yea.."Hana memberi alasan.Sebenarnya,emaknya yang tidak memberi dia menjemput Johan.
"Alah..banyaklah kau punya alasan.Tapi,tak apa.Aku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat". Hana tersengih."Amin..aku pun doakan perkara untuk kau".
"Hana".Hana dan Johan toleh ke arah sebelah kanan.Zakif!Zakif menuju ke arah mereka.
"Err..Johan!Ni Zakif.."perkenal Hana.
Zakif merenung Hana.Sakitnya hati kerana Hana tidak memperkenalkan dia sebagai suami.Dia bersalam dengan Johan.
"Suami Hana"ringkas ucapan Zakif namun menusuk ke dalam jantung Hana.
"Owh..Johan.Kawan sepejabat Hana".Johan pula memperkenalkan diri.Berkerut dahinya menahan sakit akibat terasa genggaman tangan Zakif yang agak kuat.Hana yang melihat mencuit lengan Zakif membuatkan Zakif tersentak.
"Jom..kita dah lewat kan?"ajak Hana,ingin beredar sebelum perkara yang lebih buruk berlaki.Dapat dia rasakan kehangatan di situ.
"Kami pergi dulu Johan..Assalamualaikum"ucap Hana lalu melangkah pergi diikuti oleh Zakif. *********************************************** "Suka kau yea.Nampak ceria aje"sindir Zakif di dalam kereta.Hana hanya mendiamkan diri.
"Kau jangan nak buat pasal.Aku ni suami kau..so,kau jaga sikit perangai kau tu.Hormat aku ni,sebagai suami kau".
Masih lagi tiada respon.Zakif bengang.Yang dia perlukan saat itu,hanyalah jawapan daripada mulut Hana,bukannya mendiamkan diri macam semburan pewangi di dalam kereta.
Stering kereta diputar kasar,menyebabkan Hana tersentak.Dia memandang Zakif.Kelihatan merah mukanya.
"Awak.."panggil Hana lembut,namun tiada respon.Pedal minyak semakin laju ditekan.Kelajuan kereta meningkat.Hana meneguk air liur.Takut dia melihat Zakif membawa kereta.
Sampai sahaja di tempat letak kereta,Hana terus lari lalu masuk ke dalam lif.Cepat-cepat dia membuka pintu apartmen dan menuju ke dalam bilik.Hana menguncikan diri.Zakif yang melihat reaksi Hana diam tidak terkata.Dia tidak sangka,yang Hana akan terus meluru keluar daripada keretanya.Mungkin Hana ketakutan agaknya.Mungkin juga marah.
"Hana"panggil Zakif namun tiada respon.Zakif mengetuk perlahan pintu bilik Hana.
"Sorrylah..aku tak sengaja"ujar Zakif.Zakif mengeluh.Dia sendiri tidak tahu,kenapa tiba-tiba darahnya menyirap melihat Hana berbual mesra dengan lelaki lain.
Zakif bersandar di luar pintu bilik Hana sambil memegang buku nota dan pen.Dia menulis nota,lalu meletakkan dibawah pintu bilik.
I`m sorry…
Hana yang sedang berbaring mendekati pintu apabila melihat ada nota kecil.Dia pantas mengambil buku nota dan pen.Dia menulis,dan menolak nota tersebut di bawah pintu.
Kenapa awak tiba-tiba marah?
Zakif merenung nota tersebut.Dia mengeluh.Pantas pen menari di atas kertas.
Entah..aku tak tahu.Aku minta maaf okey..
Hana tersenyum membaca nota Zakif.Dia membalasnya..
Lain kali jangan buat lagi.Kalau tak..saya tak nak cakap dengan awak.Kalau awak marahkan saya,marah ajelah.Janganlah bawa kereta laju-laju.Bahaya awak tahu tak.
Zakif tersenyum kecil membaca nota Hana yang panjang lebar.
Hana…kalau aku cakap,yang aku sayangkan kau..macam mana?
Hana terkejut.Pantas pintu bilik dibuka.Zakif yang bersandar di pintu bilik Hana hampir terlentang ke belakang.Bertambah terkejut Hana melihat keadaan tersebut.
"Err..sorry!Saya tak sengaja.Awak okey ke?"soal Hana cemas.Dia mendekati tubuh Zakif.
Zakif mendiamkan diri.Sebenarnya dia malu.
"Kau ni..kalau nak buka pintu pun,kasilah signal dulu.Ni tak..pakai main buka aje".
"Mana saya nak tahu yang awak bersandar belakang pintu ni.Yang awak pun satu..pergi duduk bersandar dekat sini kenapa?".
"Dah bila aku panggil kau,kau buat bodoh aje.Aku ketuk pintu,kau tak menyahut.Terpaksalah guna cara kuno,hantar-hantar pesanan macam ni".
Hana tersengih.Terus dia teringat nota kecil Zakif.Nota tersebut masih di dalam gengaman tangannya.
"Hana…err..Kau marah aku lagi ke?".
Hana mengelengkan kepala,sebelum mendongak memandang Zakif.
"Kenapa awak tiba-tiba je marah tak tentu pasal.Dah buang tebiat?"soal Hana.
Kelu lidah Zakif untuk menjawab.
"Ikut suka akulah,aku nak marah ke..nak bengang ke.Kau apa peduli.Yang kau pun,tak sedar diri ke yang kau tu isteri aku.Mana boleh sembang dengan lelaki lain".
"Eh..dia kawan sepejabat sayalah.Saya sembang aje dengan dia.Bukannya buat apa-apa pun.Awak ni cemburu ke?". Dushh..Soalan Hana membuatkan Zakif terasa seperti hatinya ditumbuk berpuluh kali.
"Mana ada..tak ada masa aku nak cemburukan kau".
"Dah tu..nota ni?".Hana menunjukkan nota tersebut di hadapan Zakif.
"Awak sayangkan saya ke?"soal Hana.
Merah padam muka Zakif.Dia memasukkan sebelah tangannya di dalam poket seluar jeans.Dia mengangukkan kepalanya sekali.
"Saya tahu.."ucap Hana membuatkan Zakif terkejut.
"Saya tahu awak sayangkan saya.Eh tak..sebenarnya saya tak berapa pasti lagi,betul ke awak sayangkan saya,tapi saya jumpa dvd Full House dalam bilik tidur awak.Awak beli dvd tu yea?Bukan ke awak tak minat?"soal Hana sambil tersengih.
"Err..dah bocor lak rahsia aku"Zakif sengih.Yap..aku beli dvd tu.Semata-mata nak tahu,kenapa kau minat sangat dengan cerita tu.Patutlah kau minat..cerita tu best.Aku pun tertarik dengan cerita tu.Tapi..sebenarnya,aku pun tak tahu kenapa aku beli dvd tu.Automatik terbeli sebenarnya".
"Sorry Hana!Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni.Aku tak tahu,sejak bila aku rasa macam tu..dekat kau.Mungkin sebab aku dah kenal kau…dah tahu hati budi kau..dan dah tiap-tiap hari makan masakan kau.Mungkin sebab tu..aku rasa..err.."Adeh!Apa aku cakap ni?’soal hati Zakif.
"Kenapa awak gagap ni?Cakap macam biasa dahlah..".
Mak oii..Zakif bulat biji mata bila Hana kata dia gagap.
"Saya pun sama.."ucap Hana tiba-tiba.
"Apa yang sama?"soal Zakif,buat-buat tak tahu.
"Sayangkan awak..".
Zakif gigit bibir bawah.Bibirnya tiba-tiba mengorak senyuman.Ahh..macam ni ke rasanya bercinta?Rasa macam..gembira yang tak mampu untuk dihitung dengan kata-kata.
"Serius?Kau pun sayangkan aku?".
Hana angguk kepala perlahan.Matanya tunduk merenung lantai.Zakif memberanikan diri,memegang jemari Hana.
"Terima kasih..Hana.Untuk semuanya".
Hana tersenyum manis.Dia memandang wajah Zakif.
"Nak tengok cerita Full House?"soalnya membuatkan Zakif ketawa. TAMAT p/s=Ini cerpen saya yang ketiga.Hope enjoy reading it.Ma`af kalau rasa cerita ni macam siol ke,sengal ke,kurang asam ke,bosan yang terlampau ke..Sile-silelah tinggalkan komen. ^-^
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei