BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, November 22, 2009
Cerpen : Cintaku Full House
Nama Pena : aerolit_gurlz

"Woi perempuan!Kau jangan ingat,aku rela kahwin dengan kau.Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa.Kau faham tak,sebab terpaksa.Kalau bukan sebab ma aku,jangan haraplah kau jadi isteri aku.Sebab aku sayangkan ma akulah..aku buat macam ni,kau tahu?"tengking Zakif kuat.

Hana yang sedang jauh mengelamun tersentak.Dia mendengus perlahan."Saya dengarlah.Tak payahlah jerit-jerit.Ingat saya pekak ke apa?Banyak kali dah awak ulang ayat tu.Awak ingat saya nak ke kahwin dengan awak?"soal Hana.Dia merenung bulan di permukaan langit yang hitam kelam.

Zakif terdiam.Dia memandang Hana yang membelakanginya.Agak tersentap mendengar ucapan Hana.Kemudian,dia meraup mukanya,lalu duduk di birai katil.

"Aku tak sangka betul,yang aku kena paksa kahwin dengan perempuan yang macam kau.Yang kau pun satu..punya banyak lelaki dalam dunia ni,kau gatal-gatal buat hubungan dengan suami orang kenapa?Dah tak ada dah lelaki dalam dunia ni?Sebab kau..aku yang kena jadi pak sanggup"bebel Zakif.

Hana yang mendengar hanya mendiamkan diri.Lantaklah..katalah apa nak kata pun.Dia sama sesekali takkan melawan.Kalau nak diikutkan,nak aje dia melawan..tapi dia sedar siapa dia.Dia adalah isteri yang sah kepada seorang lelaki yang terpaksa berkahwin dengannya yang bernama Zakif Imran Bin Mohd Borhan.
*******************************************
5 bulan sebelum itu

"No ma!Kif tak setuju.Ma nak Kif kahwin dengan perempuan ni?"Jari telunjuk ditudingkan ke arah seorang gadis bertudung yang sedang duduk di atas sebuah sofa.
Pn.Salmah mengeluh."Yea..ma nak Kif kahwin dengan dia.Keputusan ma muktamad".

"Ma..please!Ini bukan rancangan gelanggang raja Lawak,ataupun cerita SPONTAN.Ma..ni hidup Kif.Masa depan Kif.Ma takkan nak hancurkan masa depan Kif dengan bagi Kif kahwin dengan..ahh!".

"Zakif!Seorang mak takkan pernah nak menghancurkan masa depan anaknya sendiri.Watch your mouth!Ma ada sebab kenapa ma buat semua ni".

"Sebab apa?Ma..ma yang berhutang dengan keluarga diaorang,kenapa Kif pula yang kena jadi mangsa"bangkang Zakif.

"Kif ingat,ma berhutang apa dengan keluarga Hana?Ma berhutang darah Kif tahu.Kalau bukan sebab mak Hana..ma dah lama mati.Darah mak Hana sekarang,dah ada dalam badan ma".

"Tapi,kenapa Kif?Kenapa tak Along?"soal Zakif perlahan.Lelah hatinya mendengar keputusan tersebut.Mana boleh!Dia baru umur 28 tahun.Masih terlalu awal untuk dia berkahwin.Kerjanya sebagai pembantu makmal pun masih belum stabil dengan sepenuhnya.

"Along dah bertunang Zakif.Tinggal lagi beberapa minggu aje lagi perkahwinan Along akan berlangsung".
Hana yang hanya memerhatikan pertelingkahan mulut di antara Zakif dengan Pn.Salmah mengeluh.Dia mengerling sekilas emaknya yang turut mendengar pertelingkahan tersebut.

"Salmah..kau tak payahlah paksa Zakif.Kesian dekat dia.Kau buat keputusan yang terburu-buru"tegur Pn.Hanim.Pn.Salmah merenung wajah Pn.Hanim.

"Hanim..kau jangan masuk campur.Keputusan aku muktamad.Aku anggap kau,dah macam ahli keluarga aku sendiri.Kau sahabat aku yang paling baik dengan aku.Sahabat yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk aku.Aku rasa,sampai aku mati pun,aku tak mampu nak balas budi baik kau".

Pn.Hanim terdiam.Dia berdiri,lalu melangkah mendekati Pn.Salmah.Dia memegang erat tangan Pn.Salmah.

"Aku tak kisah Salmah.Apa aku buat,aku ikhlas.Kau sahabat aku dunia akhirat.Aku sayangkan kau"ucap Pn.Hanim."Aku tak nak,kerana persahabatan kita..kau jadikan anak kau sebagai mangsa.Aku yang gagal dalam hal ni.Gagal didik Hana dengan sempurna".

Hana yang mendengar hanya menundukkan muka.Jatuh perlahan-lahan air matanya di pehanya.Sedih mendengar kesalan emaknya.

‘Mak..sampai hati mak.Hana bukan macam tu’desis hati Hana.

"Tak Hanim..kau tak bersalah.Aku yakin,hal ni masih dapat diselamatkan.Aku akan bantu kau"tegas Pn.Salmah.Dia kembali merenung Zakif.

"Samada Zakif nak atau tak nak..ma tetap nak Zakif kahwin dengan Hana.Ma yakin,Hana mampu jadi isteri yang baik.Kalau tak..Zakif jangan sesekali berani panggil ma..sebagai ma lagi".

Zakif terkejut.Dia memandang wajah Pn.Salmah.Pn.Hanim serta Hana juga turut terkejut.Mereka tidak percaya apa yang baru diucapkan oleh Pn.Salmah.
****************************************************
Punat pintu lif no 10 ditekan.Pintu lif dibuka.Hana dan Zakif pantas memboloskan diri ke dalam lif.Suasana sepi menyelebungi mereka berdua.

Zakif mencari-cari nombor apartmen seperti yang tertera di kunci.Baru beberapa tapak berjalan,akhirnya apartmen yang dicarinya dijumpai.Pantas Zakif membuka kunci apartmen.Dia membuka luas pintu apartmen lalu menapak masuk.

Zakif memerhati sekeliling.Agak luas apartmen tersebut.Cantik dan lengkap dengan perabut.Apartmen tersebut merupakan apartmen keluarganya.Selalunya,apartmen tersebut disewa.Tapi,penyewa apartmen tersebut sudah berpindah ke apartmen lain,jadi apartmen tersebut dihadiahkan kepadanya sebagai hadiah perkahwinan.

Hadiah perkahwinan?Zakif mendengus kecil.Bukan hadiah perkahwinan,tapi hadiah kerana dia rela berkahwin dengan perempuan tersebut.Zakif menoleh ke belakang.Kelihatan Hana masih lagi berdiri di muka pintu.Zakif mendengus.Berasap rasa hatinya tiba-tiba.

"Oit!Yang kau berdiri tercegat macam jaga tu kenapa?Tak reti-reti nak masuk?Nak aku bentangkan karpet merah?"soal Zakif sinis menyebabkan Hana tersentak.

Pantas Hana membuka kasut dan melangkah masuk.Sudah hampir dua minggu dia bergelar isteri kepada Zakif.Sudah dia masak dengan perangai lelaki tersebut yang kuat menengking.

"Ni..dapur.Yang ni pula ruang tamu.."ucap Zakif.Hana hanya mendengar,sesekali dia memerhati sekeliling.
"Ni pula.."Zakif berdiri di salah satu pintu bilik."Ini bilik aku.."ucapnya lalu menudingkan jari telunjuk ke dirinya."Ni pula..bilik kau"sambung Zakif,menudingkan jari ke arah salah satu pintu bilik yang bertentangan dengan bilik tidurnya.Hana menoleh.Tanpa berkata apa-apa,dia terus menolak daun pintu biliknya.

Zakif mendengus melihat reaksi Hana yang terus masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa kepadanya.Entah kenapa,hatinya rasa sakit melihat reaksi tersebut.Sejak mereka berkahwin,jarang sekali dia mendengar suara Hana.Hana hanya akan bercakap,bila perlu aje.Itupun,yang keluar daripada mulutnya hanya ye..tak..ok..dan suka hati awak.Betul-betul buat Zakif rasa sakit hati.Yelah..dia perli Hana punya kaw-kaw,tapi Hana hanya buat derk aje.Memang sah hati kering.Sesekali,nak juga Zakif melihat Hana mengamuk,tak pun marah ke,namun sayang..langsung tak jadi kenyataan.Akhirnya,Zakif sendiri pun dah mula penat bila tengkingan,sindiran dan maki hamunnya dipandang sepi.Daripada bercakap kasar,Zakif dah mula pandai bercakap dengan volume suara yang sederhana.
*******************************************
Hana berteleku lama di sejadah.Air matanya perlahan-lahan mengalir.Sedih mengenangkan nasib diri.Sedih mengenangkan apa yang telah berlaku.

Hana tahu,silapnya kerana menumpang kereta Johan,teman sepejabatnya.Silapnya bertambah berganda kerana Johan merupakan suami orang.Bertambah teruk lagi,apabila emaknya melihat Johan meniup matanya kerana dimasuki habuk.Kedudukan berdiri yang agak rapat,ditambah pula dengan keadaan yang pada waktu itu hanya ada dia dan Johan,memang boleh menimbulkan syak wasangka.Emaknya yang melihat Johan membelakanginya sudah pasti berangapan yang bukan-bukan.Ahh..kalaulah dia melarang Johan daripada meniup habuk di matanya.Tapi..itu semua terjadi kerana tindakan spontan.Johan tak bermaksud apa-apa,begitu juga dengan dirinya.Sekelumit cinta ataupun sayang pun tak pernah wujud dalam hatinya untuk Johan.Baginya,Johan hanyalah rakan sekerja semata-mata.

Tapi tidak bagi emaknya.Emaknya menyangka,yang dia bercinta dengan Johan.Oleh sebab itu,dia terpaksa berkahwin dengan Zakif.Emaknya tidak mahu dia mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh emaknya.Emaknya dulu pernah menjadi isteri kedua kepada ayahnya,dan kerana hidup sebagai isteri kedua sungguh menyeksakan,emaknya bertekad tidak mahu dia mengalami nasib yang sama.

Puas dia menjelaskan perkara yang sebenar,tetapi emaknya tidak mahu percaya.Diadukan kepada Pn.Salmah,menyebabkan Pn.Salmah terus menyuarakan cadangan untuk mengahwinkan dia dengan Zakif.Memang tidak masuk dek akal..Hana mengeluh.Dia kesian sebenarnya kepada Zakif.Sebab itu,apa sahaja kata-kata kasar lelaki tersebut,dia hanya telan.Dia tahu,andai dia berada di tempat lelaki tersebut,mungkin dia juga akan mengalami perasaan yang sama.

‘Emak..Hana bukan macam yang mak sangkakan’ucap Hana perlahan.
**********************************************
Zakif membuka tudung salji.Sudah tersedia pelbagai jenis makanan.Zakif tersenyum kecil.Tinggal serumah dengan Hana selama sebulan,membuatkan dia sudah masak dengan perangai gadis itu.Walaupun masakannya tidak sesedap mana,namun Hana tetap memasak untuknya.Pagi..tengah hari,petang dan juga malam.Malah,keperluan pakaiannya turut Hana sediakan.Kadang-kadang,dia rasa macam Hana bukan isterinya,tetapi lebih kepada bibik.Hana akan berada di dalam bilik bila dia pulang ke rumah.Selepas dia keluar bekerja,baru Hana keluar daripada bilik.

Timbul rasa simpati didalam hati.Bukan dia tidak tahu,Hana menderita.Sudahlah dipaksa berhenti kerja oleh Pn.Hanim,malah dia terpaksa pula duduk di rumah 24 jam.Kalaulah perkahwinan mereka seperti orang lain,tak mengapa malangnya tidak.Sudah pasti sungguh menyeksakan buat Hana.Namun,Zakif keraskan hati.Perasaan simpati dia buang jauh-jauh.Selalu dia bisikkan di dalam hati..sebab Hana,dia terpaksa berkahwin dengan orang yang langsung dia tidak cintai.Hancur luluh masa depannya.Tapi..apa yang hancur?Dia sendiri pun tidak pernah mempunyai kekasih,malah pekerjaannya masih berjalan seperti biasa.Ahh…yang pasti,dia tetap tidak cintakan Hana.
*****************************************************
Hana yang melangkah keluar daripada bilik berpatah balik apabila melihat Zakif sedang menjamu selera.Zakif yang terpandang Hana spontan memanggilnya.

"Oit..buatkan aku air nescafe"perintah Zakif.Langkah Hana terhenti.

‘Oit dia panggil aku?’desis hati Hana.Dia menuju ke dapur.Cawan dicapai dan dibubuh serbuk Nescafe.Dicampur dengan susu dan gula,dan ditambah dengan air panas.Siap!Hana terus bawa kepada Zakif.

Hana mendengus melihat pinggan kotor di atas meja.Dia menuju ke ruang tamu.Kelihatan Zakif sedang elok bersandar sambil menonton televisyen.Menyirap darah Hana tiba-tiba.Cawan diletakkan di atas meja,dan dia mendepang tangannya.Menghalang Zakif daripada menonton televisyen.Zakif yang melihat mengerutkan dahi.

"Kau ni kenapa?"soal Zakif."Tepilah..aku nak tengok tvlah".

"Takde..awak ni pemalas sungguhlah.Pinggan sendiri pun tak reti nak basuh ke?"soal Hana.

Zakif mencebik."Apa pula aku yang nak kena basuh.Kau yang selalu jadi tukang basuh pinggan kan.Kaulah yang basuh".

Bertambah menyirap darah Hana mendengar kata-kata Zakif.Punat off televisyen terus ditekan.

"Hari ni,pinggan awak..awak basuh sendiri".

Zakif mendengus.Dia pantas berdiri.Menatap pandangan mata Hana yang agak berapi.Dia pelik sebenarnya,kenapa Hana tiba-tiba naik bengang.Macamlah Hana tak pernah basuh pinggan dia.

"Kau ni kenapa?Dah buang tebiat?"soal Zakif.

"Tak…tapi saya nak ajar awak.Awak ni dah melampau awak tahu tak?"tekan Hana.

Zakif terdiam.Dia merenung wajah Hana yang sudah merah.Dia melangkah mendekati Hana.Hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi,jarak diantara mereka.Hana meneguk air liur.Sedar dia sudah terlajak kata.Tapi,dia masih lagi berani bertentangan dengan Zakif.

"Berani kau yea.."ucap Zakif perlahan,namun berjaya mengecutkan jantung Hana.Zakif menoleh ke arah kanan,melangkah menuju ke dapur.Hana menarik nafas lega.Ceh!Saja bikin gempak.Ingatkan tadi,hampir-hampir dia nak kena makan pelempang Zakif.
*************************************************

Hana keluar daripada bilik air dengan muka yang berkerut.Dia menekan-nekan perutnya.Tidak tahan,dia merebahkan badannya di atas katil.

Zakif yang baru pulang daripada pejabat membuka pintu apartmen.Agak pelik kerana dia tidak terbau bau masakan seperti selalu.Stoking dan kasut dibuka.Zakif menjenguk ke dapur.Kosong..malah tiada makanan di atas meja.Zakif menuju pula ke ruang tamu.Tetap kosong.

Dada Zakif rasa berdebar-debar.Gendangan yang dia sendiri tidak tahu maknanya.Dia menuju ke bilik Hana.Diketuknya pintu bilik.Tiada jawapan.Zakif terus membuka pintu bilik.Terkejut dia melihat Hana yang sedang merengkot memegang perut.

"Hana?Kau kenapa?"soal Zakif cemas.

Hana hanya mengelengkan kepala.Terkejut dia melihat Zakif tiba-tiba muncul.Seingatnya,dia mengunci pintu bilik.Malu dia apabila melihat Zakif yang memerhatikan dia tidak bertudung.

"Kau kenapa Hana?Sakit perut?"soal Zakif sekali lagi.Dia memerhatikan muka Hana.Pucat!Dan buat kali pertama jugalah,dia dapat melihat rambut Hana yang sederhana panjang.Selalunya,Hana akan memakai tudung sebelum keluar daripada bilik.

"Hana.."Zakif pegang jemari Hana.Risau hatinya melihat Hana yang hanya mendiam seribu bahasa.

"Jom..aku bawa kau ke klinik"ucap Zakif membuatkan Hana tersentak.Hana menggeleng laju.Situasi tersebut membuatkan Hana berasa rimas.Dahlah perutnya sakit,ditambah pula dengan debaran di dada yang membuatkan jantungnya rasa macam nak tercabut.

"Tak payahlah..sikit aje sakit ni.Nanti okeylah.."ucap Hana.Dia menarik jemarinya,namun Zakif memegang erat jemarinya.Tidak mahu dilepaskan.

"Jomlah..aku risau tengok kau macam ni.Jom..kalau kau tak larat jalan,aku dukung kau"tegas Zakif.Sungguh dia serius dengan kata-katanya itu.Jantungnya terasa hampir terhenti melihat muka Hana yang pucat.

‘Risau?Hati Hana berdetik.’Sejak bila dia pandai risaukan aku?Oh..mungkin dia takut,tak ada orang yang masakkan untuk dia’.

"Awak tak payahlah susah-susah.Kejap lagi,saya sediakan makan malam awak"Hana cuba bangkit daripada pembaringannya,namun bahunya ditolak menyebabkan dia kembali terbaring di atas katil.Berlaga anak mata Hana dan Zakif.Debaran di dada Hana makin kuat bergendang.Dapat dia rasakan,mukanya sudah mula bertukar warna.

"Kau ni..sakit-sakit pun nak risaukan pasal aku.Jangan risau,aku tahu macam mana nak uruskan diri aku.Kau tu..sakit kan?Aku nampak macam seksa je.Kau sakit apa ni?"soal Zakif tidak puas hati.
Hana hanya diam.Dia mengigit bibirnya.Takkan dia nak cakap yang dia sakit orang perempuan.Malulah..

"Hana..aku tanya kau ni.Kalau kau tak beritahu kau sakit apa,aku panggilkan doktor datang sini"ugut Zakif .
Terbeliak biji mata Hana.Dia pandang Zakif sekilas."Ye..saya dengar.Saya sakit orang perempuanlah.."terang Hana malu-malu.

Berkerut dahi Zakif."Apa?Sakit orang perempuan?Ada ke penyakit macam tu?Aku tak pernah dengar pun".

Hana mendengus.Ni buat-buat tak faham ke..atau memang tak faham.

Zakif berusaha menyembunyikan senyumannya.Sebenarnya,dia tahu penyakit yang sedang melanda Hana.Tapi,sengaja dia buat bodoh.Patutlah Hana kuat marah-marah sejak akhir-akhir ni.Entah kenapa,dia rasa macam dia nak dengar lagi bicara keluar daripada mulut Hana.Ingin mendengar dan terus mendengar.Suara Hana tiba-tiba dirasakan merdu ditelinganya.Juga,dia rasa berat hendak melepaskan jemari Hana.

Hana yang masih terbaring,terasa jari-jemarinya digenggam dengan lembut.Dia mengerling sekilas ke arah jari-jemarinnya.Dapat dia rasakan,gosokan kasar tangan Zakif.Pegangan tangan Zakif pada jari-jemarinya terasa begitu kemas.

Tidak mahu dibuai dengan perasaan yang semakin menyeksakan,Hana terus menarik jari-jemarinya membuatkan Zakif tersentak.Zakif cuak!Mengerti dengan respon Hana.

"Err..kau rehatlah dulu.Nanti,aku beli makanan dekat luar"ucap Zakif laju lalu terus melangkah keluar.
************************************************
Hana melangkah keluar bilik.Sakit sengugutnya sudah semakin hilang.Hana menuju ke dapur.Tersentak dia melihat makanan malam sudah tersedia elok di atas meja.Hana tersenyum kecil.

"Yang kau senyum tu kenapa,makanlah.."tegur Zakif.Terkejut dia apabila ditegur begitu.Macam mana Zakif tahu dia tengah senyum padahal dia membelakangkan Zakif?Hana berpusing.Terpana dia melihat Zakif.Nampak hensem dengan berbaju Melayu berwarna biru laut serta berkain pelikat.Ditambah pula dengan songkok di atas kepala.Hana merasa,yang hatinya merasa sejuk melihat imej Zakif .Terasa yang dirinya melayang-layang ditiup angin melihat Zakif ketika itu.

"Makanlah..karang perut kau masuk angin".Zakif menarik sebuah kerusi,dan mencapai pinggan.Hana sekali lagi terpana.Tak pernah Zakif melayannya sebaik ini.Malah..kata-kata Zakif kedengaran sopan di telinganya hari ini.

Nasi dikaut,dan dibubuh lauk.Air dituang ke dalam cawan,dan diletakkan di tepi Hana.Hana hanya memerhati.

"Awak tak makan sekali?"soal Hana apabila melihat hanya sebiji pinggan terdapat di atas meja makan.
Zakif tersentak.

"Err..kau..takpe.Kau.."Tiba-tiba Zakif jadi gagap.

"Marilah makan sekali.Awak dah penat sediakan ni semua"pelawa Hana sambil tersenyum.Hana bangun dan mengambil sebiji pinggan dan cawan.Nasi dan lauk dikaut dan diletakkan di atas meja.

"Silalah"ajak Hana.Zakif tarik kerusi,dan dia duduk di hadapan Hana.

"Aku baca doa yea.."getus Zakif membuatkan Hana tersenyum manis.

Selesai makan,Hana mengambil pinggan yang terletak di hadapan Zakif.Namun,Zakif pantas mencapai pinggan tersebut terlebih dahulu.Hana mengerutkan dahi.

"Letaklah dekat situ.Biar aku basuh pula kali ni"ujar Zakif.Dia sudah mula berdiri.

"Tak payahlah..awak pergilah rehat.Biar saya yang basuh.Tentu awak penat kan"ucap Hana.Pinggannya dicapai namun Zakif terus merampas pinggan tersebut.

"Tak payah..kau tu yang patut rehat.Biar aku yang buat ni semua".

Hana mendiamkan diri.Takkan dia nak bergaduh dengan Zakif semata-mata kerana nak membasuh pinggan.Terus Hana biarkan Zakif mengambil pinggannya.Hana mengekori Zakif ke dapur.Ingin dia melihat Zakif membasuh pinggan?Boleh ke?Desis hati Hana sebab sebelum ni,Zakif hanya tahu tinggalkan pinggan dan cawan kotor di atas meja.

Zakif melihat Hana berdiri di sebelahnya dengan ekor matanya.Rasa kekok apabila melihat Hana memerhati gerak-gerinya.

"Yang kau berdiri dekat sini,kenapa?Pergilah duduk dekat ruang tamu"perintah Zakif.Sabun dicapai,dilumurkan kepada pinggan dan dibilas dengan air.Belum sempat Zakif meletakkan pinggan,Hana pantas mengambilnya.

"Ni..ada lagi sabun.Awak basuh tak bersih"tegur Hana.

Zakif mengambil pinggan tersebut.Betul..masih ada lagi sisa sabun.

"Awak ni..basuh pinggan pun tak pandai.Harap badan aje besar".

Zakif yang mendengar memekakkan telinga.Dia pura-pura membasuh pinggan.

"Entah-entah,dekat rumah selama ni,ma awak je kan yang buat kerja rumah.Awak mesti tak ambik tahu kan?Orang lelaki selalu macam ni..cuci pinggan sendiri pun pemalas".

Zakif ketap bibir.Panas telinganya mendengar omelan Hana yang terlampau ramah malam ni.Hana yang melihat mengerutkan dahi.Hairan kerana Zakif tidak melenting.Kalau dulu,kena provoke sikit je..terus meletup.

"Tengok..basuh pinggan dua biji pun punyalah lambat.Apalah awak ni"kutuk Hana lagi.

Zakif mendengus.Dia bercekak pinggang memandang Hana.Hana hanya memandang terkebil-kebil.Dalam hatinya,mengekek ketawa melihat reaksi Zakif.

"Now..go infront"perintah Zakif tegas.Tangannya menuding ke arah ruang tamu.

Hana keraskan diri."If I don’t want?"soal Hana.

Zakif berpaling ke arah kanan.Amboi..aku speaking British..dia pun speaking British juga.Zakif cuba mententeramkan dirinya.Lain macam sungguh Hana malam ni.Melawan dan banyak cakap.

"Pergi sekarang"…

"Saya tak nak.."

"Nak.."

"Tak naklah..Suka hati sayalah.Awak nak paksa-paksa ni kenapa?".

"Okey..kalau kau tak nak".Pili air kembali dipulas kasar.Aha!Zakif melihat air paip yang mengalir keluar.Terus dia takung air paip tersebut dengan tapak tangan..dan pantas dia menyimbah ke arah Hana.Tindakan refleks yang sengaja itu mengejutkan Hana.Hana menjegilkan mata,tetapi Zakif hanya senyum kerek sambil angkat thumbs up dengan megah.

Tanpa menunggu lama,Hana tolak tubuh Zakif sedikit.Dia menadah air paip tersebut.Zakif yang melihat hanya tersenyum sinis.Dapat dia mengagak tindakan Hana.Terus dia berjalan cepat ke arah ruang tamu.

"Jangan haraplah kau dapat kenakan aku"ucap Zakif sambil ketawa.Takkan Hana mampu punya nak kejar dia dengan air yang bertakung di tangan.

Hana yang melihat Zakif pergi,terus mengambil cawan.Dia mengisi air paip di dalam cawan tersebut.Cawan tersebut di bawa ke depan.Berpura-pura dia meletakkan cawan tersebut di bibir.Zakif yang sedang duduk sambil tersenyum nakal ,dia pandang sekilas.Hana melewati tempat Zakif duduk.Dan tanpa amaran..terus dia menuang air tersebut di atas kepala Zakif.

"Oit!Mana aci kau main macam ni"marah Zakif.Basah kepalanya.Gila kejam punya isteri.

"Aci dekat pasarlah.."jawab Hana selamba.

Zakif bengang.Pantas Hana yang berdiri tidak jauh daripadanya dia tarik kuat.Hana tersentak.Tubuhnya terdorong ke hadapan.Tanpa berlenggah,Zakif terus peluk kuat tubuh Hana.

"Mak.."Hana jerit kuat,apabila menyedari tubuhnya didalam pelukan Zakif.Zakif yang mendengar hanya ketawa kuat.

"Apa kau panggil?Mak..mak dekat rumahlah.Mana ada dekat sini"ucap Zakif sinis.

Hana diam."Okey..awak menang..Lepaslah".

Zakif hanya buat bodoh."Kalau aku tak nak.."

"Naklah.."

"Tak nak.."

"Naklah..please.Awak yang mulakan dulu kan?"soal Hana tidak puas hati.Mana aci main peluk-peluk macam ni.

"Sapa suruh kau kutuk aku kaw-kaw tadi?".

Erk!Hana terdiam.Takkan dia nak cakap,yang dia sengaja buat macam tu.

"Okay..sorry.Saya tak buat dah".

"Takde..sorry ke..maaf ke..forgive me ke..tak ada untukmu.Tapi.."Zakif sengih."Ini ada untuk kau"Terus dia
geletek kuat tubuh Hana menyebabkan Hana menjerit kuat.

"Janganlah.."ujar Hana kuat.Sedaya upaya dia cuba melarikan diri daripada Zakif,namun Zakif pantas menghalang.

Rontaan yang kuat menyebabkan Hana mampu memboloskan diri daripada Zakif.DIa terus berlari,namun malang..kakinya tersadung kaki meja menyebabkan dia hampir tersungkur.Zakif yang melihat,mengambil tindakan pantas dengan menarik tubuh Hana.Tarikan yang agak kuat, menyebabkan tubuh Hana dan tubuhnya hampir jatuh ke atas sofa yang berdekatan.

Gulp!Air liur ditelan.Hana tutup mata apabila menyedari yang dia memeluk Zakif.Merah padam mukanya.Mata bertentangan mata sesaat setengah.Tanpa menunggu lebih lama,Hana terus meleraikan pelukannya dan berlari masuk ke dalam bilik.

Zakif yang melihat mengeluh,kemudian meneletangkan badannya di atas sofa.

‘Oh..what have I done?’desisnya perlahan.
************************************************
Zakif mengintai tingkah laku Hana yang sedang ketawa sambil menonton cerita Korea.Sesekali,Zakif tersenyum kecil disebalik majalah.Cepat-cepat dia memandang kembali majalah,kononnya menumpukan perhatian apabila melihat Hana memandangnya.

"Awak.."panggil Hana lembut.

"Apa?"soal Zakif.Suaranya sengaja ditegaskan.

"Awak baca majalah terbalik"tegur Hana lalu ketawa kecil.Zakif terkejut.Dia memandang majalah ditangannya.Mukanya berubah melihat benar apa yang diucapkan oleh Hana.

"Awak memang pandai baca majalah terbalik yea?"soal Hana.Senyuman masih bergayut di bibirnya.

"Err..tak!Kau tak tahu ke,baca majalah terbalik ni boleh melatih otak"ujar Zakif.Entah betul ataupun tak,dia tak tahu.Sengaja nak cover malu.

Zakif meletakkan majalah di atas meja.Pandangannya mata ditumpukan ke kaca televisyen.

"Kau suka sangat tengok cerita ni.Selalu aku tengok kau pasang cerita ni.Tak jemu ke?Tajuk apa cerita ni?"soal Zakif.

"Full House"jawab Hana sepatah.Dia mengerling sekilas wajah Zakif.

Berkerut dahi Zakif.Dapat dia lihat babak seorang lelaki bergaduh dengan seorang perempuan.Terukir senyuman kecil di bibirnya melihat babak tersebut.

"Macam best aje"getus Zakif.

"Memang best pun awak..drama yang saya langsung tak jemu tengok.Seronok..romantik sungguh hero dia.Dahlah comel"terang Hana bersemangat.Wah..bila masuk je cerita Korea,semangat bercerita kalah askar yang nak
pergi berperang.Memang dia fanatik dengan cerita Korea.

Zakif mengetap bibir.Terus dia bangun.Hana terpingga-pingga.

"Awak nak ke mana?"soal Hana.

"Ikut suka hati akulah.Kau layanlah lelaki romantik tu"kasar Zakif menjawab membuatkan Hana mengerutkan dahi,kehairanan melihat mood Zakif yang tiba-tiba berubah.
****************************************
Zakif meruap mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan.Kerusi yang dia duduk sekarang terasa panas.Dia mengambil dvd yang terletak di atas mejanya.Tertera tajuk Full House.Tidak dia percaya,yang dia akan membeli dvd tersebut.

‘Heh!Tak adalah comel mana pun.Comel lagi aku’desii hati Zakif.Masih dia ingat lagi,panas betul hati dia mendengar Hana mengatakan yang hero cerita Full House tersebut comel dan romantik.Bukan dia tidak kenal lelaki yang berlakon tersebut.Bi Rain..lelaki yang muncul dalam iklan Head n Shoulder.Hitam Kegemaranku..Heh!Zakif mendengus sekali lagi.

Dia tidak tahu,kenapa dia berperasaan begitu.Yang dia tahu,sejak Hana menjadi isterinya,memang mereka tidak pernah berbual panjang.Namun,sejak Hana sakit tempoh hari,hubungan mereka sudah menjadi semakin baik.Malah..dia dan Hana sudah boleh bergelak ketawa bersama-sama.Hubungan mereka sudah menjadi seperti kawan baik.Jujur,dia akui yang dia bahagia dengan situasi tersebut.terasa yang hidupnya semakin terisi.Juga,rasa hatinya semakin gembira apabila dia menjadi imam kepada Hana setiap kali mereka bersolat.Cuma..mereka tidak lagi tidur sebilik.Ahh..dia tak langsung boleh bayangkan yang dia dan Hana akan tidur sebilik.Bersentuhan tangan pun Hana tak suka,nikan pula nak tidur sebilik.Teringat dia akan pelukan Hana tempoh hari..Ahh..Zakif senyum sendiri.

‘Stop it Zakif..kau dah macam orang gila’desis hatinya.

‘Memang pun..aku pun rasa aku dah macam orang gila’.

‘Semuanya sebab Hana kan?Kau dah angau dengan isteri kau tu’.

Zakif mengeluh.Salahnya ke semua ni berlaku?Salahnya ke kerana tiba-tiba muncul perasaan ini dekat Hana.Zakif tahu..hubungan mereka dingin pada permulaan kehidupan mereka.Tapi..pada waktu tu,hatinya sakit.Sakit kerana dipaksa berkahwin.Dia rasakan yang Hana perempuan teruk,tapi jauh sangkaannya.Hana lain.Lain sangat daripada perempuan lain yang dia kenal.Zakif mengeluh sekali lagi.Sekarang..rasa sakit hatinya dah hilang.Diganti dengan perasaan yang dia tidak tahu.Yang dia langsung tidak mengerti.Ahh..sungguh dia benci dengan perasaan yang kian menghimpit jiwa.

Zakif merenung DVD Full House tersebut.Dia memarahi dirinya berkali-kali.Kalaulah Hana tahu,yang dia beli dvd tu..agak-agaknya apalah respon Hana.Mungkin dia akan ketawa terbahak-bahak.
Lantak..bukan Hana tahu pun..ucap hati Zakif.

Laptop di buka.DVD Full House diambil dan dipasangnya ke dalam laptop.Leka dia menonton cerita tersebut tanpa menyedari masa yang semakin berganjak.
************************************************
Hana membulatkan biji mata melihat ada sejambak bunga ros di atas meja di ruang tamu.Hana memerhati sekeliling.Dia terus mengambil bunga ros tersebut.Dihidunya.Wangi.Untuk siapa agaknya.Hana tersenyum.

"Ehem.."Zakif berdehem.Mematikan senyuman Hana.Hana berpaling.

"Err..tu"Zakif menunjuk ke arah bunga tersebut."Untuk kau"sambungnya.

"Untuk saya?Tapi kenapa?"soal Hana.

Zakif mati akal.Ya..untuk apa dia bagi bunga ros?Zakif sengih.Nampak keanak-anakan wajahnya ketika itu.

"Saja..rasa macam suka-suka nak bagi"jawab Zakif selamba.Dihulurkan pula sejambak bunga ros yang dia sembunyikan di belakang tangan membuatkan Hana sekali lagi tersentak.

"Untuk kau juga".

Hana menyambutnya.Dia memandang wajah Zakif yang kelihatan gembira pada pandangan matanya.

"Terima kasih"ucap Hana perlahan.Zakif mengaru tengkuknya.Tiba-tiba dia merasa kekok.Ahh..apa yang dia buat ni?Malunya..Tapi,dia tengok dalam cerita Full House..nak pujuk perempuan..kenalah bagi bunga.Bukan dalam cerita tu aje,kawan-kawan dia pun cakap benda yang sama.Perempuan dengan bunga..kan sehati sejiwa.Tapi,kan ada juga perempuan yang tak suka bunga?Ahh..biarlah.Itu dah masuk bab lain.Perempuan ni complicated.Nak kena kaji dalam-dalam..alamat pengsanlah dia.

"Oh ya..malam ni kau tak payah masak.Ma ajak jemput makan kat rumah dia"beritahu Zakif.

Hana menganggukkan kepala.Zakif menelan air liur.Nak cakap apa lagi?Suasana sepi menyelebungi merimaskan.Hana juga berasa kekok.Kekok campur dengan keliru.Tapi,tak dia nafikan,yang dia rasa gembira dengan bunga ros tersebut.Zakif menuju ke sofa.Remote dicapai.Senyumannya cuba dia sembunyikan.Ahh..bahagianya rasa melihat senyuman terukir di bibir Hana.

"Er..saya masuk bilik dulu"ucap Hana.

Zakif menganggukkan kepala.Dia melihat Hana berlalu pergi sambil membawa dua jambangan bunga ros yang diberinya.Zakif tersenyum.

"Yes.."ucapnya kuat lalu ketawa kecil.Dipeluknya bantal kecil yang sudah sedia tersusun.Tak sia-sialah dia praktis depan cermin nak kasi bunga tu dekat Hana.
**********************************************

Hana merenung Zakif.Zakif buat bodoh.Bukan dia tak nampak wajah Hana yang memprotes daripada hujung ekor matanya.Genggaman tangan diperkemaskan lagi.

"Lepaslah.."ucap Hana perlahan.Ketika itu,mereka sedang berdiri di luar pintu kereta.Sedang menunggu masa untuk masuk ke dalam rumah Pn.Salmah.Hana tahu,emaknya juga ada bersama apabila melihat kereta Savvy berwarna biru yang terpakir elok di halaman rumah.

"Eh..kau lupa ke kita ada kat mana?Dekat rumah ma akulah.Depan diaorang,kita kenalah tunjukkan yang kita ni pasangan paling romantis dekat dunia.Takkan itu pun kau tak faham"ucap Zakif tegas.Sesekali,tangannya yang sebelah lagi membetulkan rambutnya yang memang sudah sedia tersusun rapi.

Hana mencebik."Tak payahlah nak berlakon.Buat macam biasa dahlah.Awak tak tahu malu ke pegang-pegang tangan saya ni?".

"Biarlah..kau tu isteri aku.Aku nak pegang kat tempat lain pun,aku punya suka kau tahu"Zakif ketawa nakal menyebabkan wajah Hana berubah warna.

Zakif senyum lagi apabila melihat Hana diam.Sukanya dia…Memang dia sengaja hendak memegang tangan Hana.Selepas kejadian dia memegang jemari Hana tempoh hari,hatinya nak lagi memegang jemari tersebut.Sebab itu sengaja dia cakap yang Pn.Salmah menjemput mereka makan di rumah padahal dia yang beria-ria menelefon Pn.Salmah memberitahu yang Hana rindukan Pn.Salmah dan meminta menjemput Pn.Hanim sekali.

"Masya-Allah Kif.Dah sampai tak reti-reti nak masuk ke?"jerit Zainal kuat menyebabkan mereka berdua tersentak.Zakif tersenyum,terus dia paut pinggang Hana menyebabkan Hana semakin terperanjat.Tubuh Hana didorong melangkah ke depan.

Hana sedaya upaya mengukir senyuman manis.Debaran di dadanya kembali bertandang.Tubuhnya pula mula merasa peluh dingin.Sungguh dia tak faham dengan perasaan yang melanda diri.

"Wah..langsung kau tak nak lepas si Hana ni yea"usik Zainal nakal.

Zakif tersengih.Hana pula..konfem merah muka.

"Along sihat?"soal Zakif pula lalu bersalaman.

Zainal menganggukkan kepala."Dah..jom masuk.Ma dah lama tunggu kat dalam"ucap Zainal lalu melangkah masuk.
Hana merentap jarinya apabila melihat Zainal semakin menghilang di dalam rumah.Dia mendengus.

"Awak ni memang tak tahu malu kan?Suka-suka hati aje pegang pinggang saya"marah Hana.Sakit hatinya melihat senyuman nakal Zakif.Kalau ikut hati..nak aje dia tumbuk-tumbuk tubuh Zakif.

"Kenapa?Kau tak suka?"soal Zakif pula.Dia berpeluk tubuh dihadapan Hana.

"Boleh awak tanya macam tu.Dah tentulah saya tak suka.Awak ingat tubuh saya ni apa?Malu awak tahu tak..depan Along tadi".

"BIarlah..kan aku beritahu tadi,aku nak tunjukkan yang kita ni pasangan paling romantis dalam dunia.Lagipun,nak heran apa kan?Kau tu isteri aku.Daripada hujung rambut sampai hujung kaki..semua ni hak aku.So..tak payahlah kau nak emo sangat.Ajak aku bergaduh depan pintu pula tu.Apa kata kita masuk dalam rumah..lepas tu makan.Kau tentu rindu nak jumpa mak kau kan?"ucap Zakif panjang lebar.
Hana terdiam.Terus dia berpaling ke hadapan.Sakitnya hati mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Zakif.

"Ehem.."Zakif berdehem mematikan langkah Hana di muka pintu.

Zakif menghulurkan tangannya,membuatkan Hana mengeluh.Terus dia berpatah balik.Bila jemarinya mula bersentuhan dengan jemari Zakif,Zakif menjatuhkan tangannya.

"Kalau kau nak pegang tangan aku,pastikan yang kau jangan sesekali buat muka masam macam tu".
Hana tersentak.Heh!Macam-macamlah..Diukirkan senyuman kecil.Zakif tersenyum pula.

"Good.."Terus dia capai jemari Hana."Sebenarnya,aku saja je nak test kau.Tak sangka aku,kau ni senang ikut cakap aku.Good..i like"puji Zakif membuatkan Hana mengigit bibir.
*********************************************

I am trying Not to tell you….But I want to…I\'m scared of what you\'ll say…And so I\'m hiding..What I\'m feeling…But I\'m tired of…Holding this inside my head

Suasana sepi di dalam kereta dipecahkan dengan alunan lagu daripada Hitz.fm.Lagu Fallin for you nyanyian Colbie Calliat berkumandang.Hana menyanyi-nyanyi kecil.Zakif yang mendengar sesekali tersenyum.

"Boleh tahan.."ucap Zakif tiba-tiba membuatkan Hana tersentak.

"Apa yang boleh tahan?"soal Hana.

"Suara kau..lagi sedap daripada katak".

Hana mendengus.Sakit hatinya mendengar Zakif memperlinya sambil ketawa.

"Diamlah…at least saya boleh nyanyi.Awak boleh ke?"soal Hana pula.

"Apa?Kau ingat aku ni teruk sangat ke?Tolong sikit ek..See the personlah.Aku nyanyi karang..terkejut beruk kau".

Hana mencebik."Eleh..cakap besar.Nyanyilah sikit.Tengok..suara awak tu sedap ke tak?"cabar Hana.

"Okay..kau cabar aku ek?".Punat off radio ditekan.Suasana sepi sesaat dua.Zakif berdehem.

"Sarangul chalmoru gesseo..Ireoke tagaol choolnan molrasseo".

Hana terkejut..tidak berkelip matanya memandang alunan suara Zakif.Itu kan lagu dalam cerita Full House..

"Ne maum cho chedoo sarang ap’eso nun ne ddusde ro andwae"..

Zakif berhenti menyanyi.Dia mengerling Hana sekilas dengan ekor matanya.Dapat dia lihat ekspresi terkejut.

"Kenapa?Terkejut..?"soal Zakif sambil ketawa.Lucu melihat muka Hana.Blur tapi comel.Aduhai..hatinya dah mula buat hal.

"Kenapa berhenti?Sambunglah..sedap awak nyanyi.Pandai awak nyanyi lagu tu yea"puji Hana.

Zakif tersengih.Gengaman stering diperkemaskan.Berdebar rasa hatinya bertambah mendengar pujian Hana.Wahai hati..bersabarlah..

"Mana awak tahu lagu tu yea?"soal Hana pelik.Setahunya,Zakif tidak pernah menonton cerita Full House.Kalau dia pasang cerita itu pun,Zakif mesti masuk dalam bilik.Tak pun,Zakif akan membebel,kerana dia cukup suka memasang cerita tersebut.

Otak Zakif mula merencana,mencari alasan.Takkan dia nak cakap,yang tiap-tiap hari dia pasang lagu tu dalam MP4 miliknya.Takkan dia nak cakap,yang dia sanggup beli dvd Full House tersebut kerana Hana.Takkan dia nak cakap juga,yang dia pasang lagu tu sebelum tidur,siap boleh terbawa-bawa dalam mimpi.Takkan juga dia nak cakap..yang dia sanggup surf internet sebab nak print lirik lagu tu.Berbelit lidahnya menghafal lagu tersebut.Semuanya sebab Hana..Ahh!Gila..betul-betul gila.

"Kau kan selalu pasang cerita tu,sebab selalu sangat kau pasang,sampai aku dah boleh hafal dah lagu tu".

Hana menganggukkan kepala.Bibirnya mengukir senyuman.

"Tapi,kenapa awak tak nyanyi sampai habis?".

Zakif tersentak.Dia mengerling Hana sekilas.

"Kau jangan nak buat lawak?Ingat senang aku nak hafal lagu tu".

"Hafal?Awak hafal lagu tu?"soal Hana mengerutkan dahi.

Zakif gigit bibir.Alahai..celuparnya mulut.

"Tak..maksud aku,sebab dah selalu sangat kau pasang cerita tu,aku dah terhafal secara automatiklah lagu tu.Selalu sangat tergiang-giang dalam kepala otak aku".

"Ooo..macam tu yea.Cepat awak pick-up kan?Kalau sayalah..jangan haraplah".

Zakif tersenyum."Well..u know me".

"Heh!Berlagak"kutuk Hana selamba.Zakif ketawa mendengar kutukan Hana.Siap tarik muka lagi..
***********************************
Good morning beauty princess.Harap hari ini..senyuman masih lagi terukir di bibir.

Hana tersenyum.Lucu membaca nota kecil yang diselitkan di bawah pinggan.Terdapat sekuntum bunga ros merah di atas meja.Pantas Hana capai.Entah bila Zakif membelinya,tidak dia ketahui.

Sarapan di atas meja dipandang.Tersenyum kecil lagi dia.Sejak bilalah Zakif jadi macam ni..dia sendiri tidak pasti.Sudah hilang kata-kata kasar,daripada bibir Zakif.Yang ada,cumalah kata-kata yang kadang-kala romantis ditelinganya.
*************************************

"Kau tunggu aku dekat sini kejap,boleh tak?Aku nak pergi tandaslah"ujar Zakif.Mukanya berkerut menahan sakit perut.

Hana tersengih.Lucu melihat raut muka Zakif.

"Yang kau sengih-sengih ni kenapa?"soal Zakif pelik.

"Awak sakit perut yea..?"soal Hana.Kesian..itulah.Dia dah cakap..kalau tak boleh makan sushi,jangan makan.Namun Zakif degil.Nak juga makan..last-last?

Zakif mendiamkan diri.Itulah bahananya makan makanan yang langsung dia tak suka.Memang dia anti gila dengan sushi.Namun,disebabkan Hana suka makanan tersebut,digagahkan dirinya juga.Satu lagi kerja gila.Kenapalah dia macam ni.Masih dia ingat lagi,berkerut-kerut mukanya sewaktu makan wasabi.Gila pedas.Yang Hana pula..seronok ketawa melihatnya.Tahulah yang dia tak berapa suka dengan sushi,namun memang kejamlah bila Hana kata wasabi tu adalah sushi yang paling sedap di antara semua sushi.Tanpa menunggu masa..terus dia ngapp..dan hanya Allah saja yang tahu,betapa teruknya rasa tersebut.

"Pergilah..saya tunggu awak dekat sini yea"ucap Hana lalu menudingkan jarinya ke salah satu kerusi.Zakif mengangguk.Tanpa menunggu lebih lama,terus dia berjalan laju menuju ke arah tandas.
Hana menapak menuju ke kerusi.Dia duduk sambil memerhatikan manusia yang mundar-mandir.Times Square kelihatan sesak pada hujung minggu ini.

"Hana…"panggil satu suara.Hana menoleh ke arah kiri.

"Ya Allah Johan..lamanya tak jumpa kau.Kau buat apa kat sini?"soal Hana terkejut.

Johan tersengih."Aku temankan isteri aku shopping.Dia pergi tandas kejap.Kau pula,buat apa kat sini?.

"Aku jalan-jalan dengan suami aku"terang Hana ringkas.

Johan mengangguk."Kau bahagialah sekarang ni yea.Muka nampak berseri-seri aje.Lama tak dengar khabar kan.Terkejut aku bila dapat tahu kau tiba-tiba berhenti kerja.Dahlah tu,kahwin pun tak jemput aku.Kejam sungguh kau ni".

Hana tersenyum tawar.Ahh..kalaulah Johan tahu,sebab Johanlah,dia kena berkahwin,pasti lelaki tersebut tidak percaya.

"Nak buat macam mana,dah jodoh aku.Aku nak jemput kau sebenarnya,tapi handphone aku rosak.Hilang semua nombor.Minta maaflah yea.."Hana memberi alasan.Sebenarnya,emaknya yang tidak memberi dia menjemput Johan.

"Alah..banyaklah kau punya alasan.Tapi,tak apa.Aku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat".
Hana tersengih."Amin..aku pun doakan perkara untuk kau".

"Hana".Hana dan Johan toleh ke arah sebelah kanan.Zakif!Zakif menuju ke arah mereka.

"Err..Johan!Ni Zakif.."perkenal Hana.

Zakif merenung Hana.Sakitnya hati kerana Hana tidak memperkenalkan dia sebagai suami.Dia bersalam dengan Johan.

"Suami Hana"ringkas ucapan Zakif namun menusuk ke dalam jantung Hana.

"Owh..Johan.Kawan sepejabat Hana".Johan pula memperkenalkan diri.Berkerut dahinya menahan sakit akibat terasa genggaman tangan Zakif yang agak kuat.Hana yang melihat mencuit lengan Zakif membuatkan Zakif tersentak.

"Jom..kita dah lewat kan?"ajak Hana,ingin beredar sebelum perkara yang lebih buruk berlaki.Dapat dia rasakan kehangatan di situ.

"Kami pergi dulu Johan..Assalamualaikum"ucap Hana lalu melangkah pergi diikuti oleh Zakif.
***********************************************
"Suka kau yea.Nampak ceria aje"sindir Zakif di dalam kereta.Hana hanya mendiamkan diri.

"Siapa lelaki tadi?Kekasih gelap kau?"soal Zakif sinis.Dia mengerling sekilas wajah Hana.

"Kau jangan nak buat pasal.Aku ni suami kau..so,kau jaga sikit perangai kau tu.Hormat aku ni,sebagai suami kau".

Masih lagi tiada respon.Zakif bengang.Yang dia perlukan saat itu,hanyalah jawapan daripada mulut Hana,bukannya mendiamkan diri macam semburan pewangi di dalam kereta.

Stering kereta diputar kasar,menyebabkan Hana tersentak.Dia memandang Zakif.Kelihatan merah mukanya.

"Awak.."panggil Hana lembut,namun tiada respon.Pedal minyak semakin laju ditekan.Kelajuan kereta meningkat.Hana meneguk air liur.Takut dia melihat Zakif membawa kereta.

Sampai sahaja di tempat letak kereta,Hana terus lari lalu masuk ke dalam lif.Cepat-cepat dia membuka pintu apartmen dan menuju ke dalam bilik.Hana menguncikan diri.Zakif yang melihat reaksi Hana diam tidak terkata.Dia tidak sangka,yang Hana akan terus meluru keluar daripada keretanya.Mungkin Hana ketakutan agaknya.Mungkin juga marah.

"Hana"panggil Zakif namun tiada respon.Zakif mengetuk perlahan pintu bilik Hana.

"Sorrylah..aku tak sengaja"ujar Zakif.Zakif mengeluh.Dia sendiri tidak tahu,kenapa tiba-tiba darahnya
menyirap melihat Hana berbual mesra dengan lelaki lain.

Zakif bersandar di luar pintu bilik Hana sambil memegang buku nota dan pen.Dia menulis nota,lalu meletakkan dibawah pintu bilik.

I`m sorry…

Hana yang sedang berbaring mendekati pintu apabila melihat ada nota kecil.Dia pantas mengambil buku nota dan pen.Dia menulis,dan menolak nota tersebut di bawah pintu.

Kenapa awak tiba-tiba marah?

Zakif merenung nota tersebut.Dia mengeluh.Pantas pen menari di atas kertas.

Entah..aku tak tahu.Aku minta maaf okey..

Hana tersenyum membaca nota Zakif.Dia membalasnya..

Lain kali jangan buat lagi.Kalau tak..saya tak nak cakap dengan awak.Kalau awak marahkan saya,marah ajelah.Janganlah bawa kereta laju-laju.Bahaya awak tahu tak.

Zakif tersenyum kecil membaca nota Hana yang panjang lebar.

Hana…kalau aku cakap,yang aku sayangkan kau..macam mana?

Hana terkejut.Pantas pintu bilik dibuka.Zakif yang bersandar di pintu bilik Hana hampir terlentang ke belakang.Bertambah terkejut Hana melihat keadaan tersebut.

"Err..sorry!Saya tak sengaja.Awak okey ke?"soal Hana cemas.Dia mendekati tubuh Zakif.

Zakif mendiamkan diri.Sebenarnya dia malu.

"Kau ni..kalau nak buka pintu pun,kasilah signal dulu.Ni tak..pakai main buka aje".

"Mana saya nak tahu yang awak bersandar belakang pintu ni.Yang awak pun satu..pergi duduk bersandar dekat sini kenapa?".

"Dah bila aku panggil kau,kau buat bodoh aje.Aku ketuk pintu,kau tak menyahut.Terpaksalah guna cara kuno,hantar-hantar pesanan macam ni".

Hana tersengih.Terus dia teringat nota kecil Zakif.Nota tersebut masih di dalam gengaman tangannya.

"Hana…err..Kau marah aku lagi ke?".

Hana mengelengkan kepala,sebelum mendongak memandang Zakif.

"Kenapa awak tiba-tiba je marah tak tentu pasal.Dah buang tebiat?"soal Hana.

Kelu lidah Zakif untuk menjawab.

"Ikut suka akulah,aku nak marah ke..nak bengang ke.Kau apa peduli.Yang kau pun,tak sedar diri ke yang kau tu isteri aku.Mana boleh sembang dengan lelaki lain".

"Eh..dia kawan sepejabat sayalah.Saya sembang aje dengan dia.Bukannya buat apa-apa pun.Awak ni cemburu ke?".
Dushh..Soalan Hana membuatkan Zakif terasa seperti hatinya ditumbuk berpuluh kali.

"Mana ada..tak ada masa aku nak cemburukan kau".

"Dah tu..nota ni?".Hana menunjukkan nota tersebut di hadapan Zakif.

"Awak sayangkan saya ke?"soal Hana.

Merah padam muka Zakif.Dia memasukkan sebelah tangannya di dalam poket seluar jeans.Dia mengangukkan kepalanya sekali.

"Saya tahu.."ucap Hana membuatkan Zakif terkejut.

"Saya tahu awak sayangkan saya.Eh tak..sebenarnya saya tak berapa pasti lagi,betul ke awak sayangkan saya,tapi saya jumpa dvd Full House dalam bilik tidur awak.Awak beli dvd tu yea?Bukan ke awak tak minat?"soal Hana sambil tersengih.

"Err..dah bocor lak rahsia aku"Zakif sengih.Yap..aku beli dvd tu.Semata-mata nak tahu,kenapa kau minat sangat dengan cerita tu.Patutlah kau minat..cerita tu best.Aku pun tertarik dengan cerita tu.Tapi..sebenarnya,aku pun tak tahu kenapa aku beli dvd tu.Automatik terbeli sebenarnya".

"Sorry Hana!Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni.Aku tak tahu,sejak bila aku rasa macam tu..dekat kau.Mungkin sebab aku dah kenal kau…dah tahu hati budi kau..dan dah tiap-tiap hari makan masakan
kau.Mungkin sebab tu..aku rasa..err.."Adeh!Apa aku cakap ni?’soal hati Zakif.

"Kenapa awak gagap ni?Cakap macam biasa dahlah..".

Mak oii..Zakif bulat biji mata bila Hana kata dia gagap.

"Saya pun sama.."ucap Hana tiba-tiba.

"Apa yang sama?"soal Zakif,buat-buat tak tahu.

"Sayangkan awak..".

Zakif gigit bibir bawah.Bibirnya tiba-tiba mengorak senyuman.Ahh..macam ni ke rasanya bercinta?Rasa macam..gembira yang tak mampu untuk dihitung dengan kata-kata.

"Serius?Kau pun sayangkan aku?".

Hana angguk kepala perlahan.Matanya tunduk merenung lantai.Zakif memberanikan diri,memegang jemari Hana.

"Terima kasih..Hana.Untuk semuanya".

Hana tersenyum manis.Dia memandang wajah Zakif.

"Nak tengok cerita Full House?"soalnya membuatkan Zakif ketawa.
TAMAT
p/s=Ini cerpen saya yang ketiga.Hope enjoy reading it.Ma`af kalau rasa cerita ni macam siol ke,sengal ke,kurang asam ke,bosan yang terlampau ke..Sile-silelah tinggalkan komen.
^-^
posted by Penulisan2u @ 4:58 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
23 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group