BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 24, 2009
Novel : Dibius Cinta 15, 16
Nama Pena : Jeje a.k.a Siti Maziah

BAB 24
Adam Shafiq terduduk di bangku hospital keseorangan. Papa, mama dan yang lain-lain dalam perjalanan ke hospital. Mindanya masih terbayang wajah Cazlin Amalina yang pucat dan tidak bermaya ketika mereka sampai ke hospital. Nafas isterinya juga semakin lemah. Kenapa dengan dia? Kenapa? Sudah hampir sejam dia menunggu.
"Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku. Janganlah Engkau pisahkan kami. Sesungguhnya aku tak mampu menahan perpisahan ini. Belum puas aku mendamba kasih isteri dan anak kami yang bakal lahir. Aku bermohon pada-Mu,"
Ketika itu juga seorang doktor wanita keluar dari wad kecemasan. Adam Shafiq berlari menuju ke arah doktor tersebut.
"Doc, macam mana dengan wife saya? Is she okay?"
Doktor wanita tersebut memandang wajah lelaki di hadapannya dengan rasa sayu.
"Isteri kamu selamat. Namun, Tuhan lebih menyayangi bayi lelaki kamu. Maafkan kami. Kami dah cuba sedaya upaya."
Adam Shafiq tersandar di dinding. Dia menumbuk dinding itu berkali-kali. Anak papa….
Doktor wanita itu memegang bahu Adam Shafiq.
"Kami perlukan keterangan dari kamu selepas ini. Hal ini berkaitan dengan racun yang diambil oleh isteri kamu hingga menyebabkan kegugurannya. Sama ada isteri kamu yang mengambil racun ini atau dia telah diracun,"
Adam Shafiq terpaku mendengarkan kata-kata doktor wanita tersebut. Cazlin? Racun? Tak mungkin Cazlin akan mengambil racun. Tak mungkin!!!

Cazlin Amalina memangku bayinya perlahan-lahan. Comelnya. Dia mencium pipi bayinya berkali-kali. Dia dapat mencium bau bayinya. Bau kasih sayang. Tiba-tiba seseorang mengambil bayinya dari pangkuannya dengan kasar. Dia cuba menghalang. Namun bayinya telah diambil dan dibawa pergi darinya. Dia cuba bergerak. Namun kesakitan yang mencengkam di rahimnya menghalangnya dari berbuat demikian.
"Abang!!! Abang!!! Anak kita … Cepat, bang. Selamatkan anak kita!!!!" Cazlin Amalina cuba menjerit sekuat hatinya. Akhirnya dia terjaga dari lenanya.
Cazlin melihat sekelilingnya. Dia keliru melihat semua seisi keluarga Adam Shafiq berada di sisinya. Suaminya mengusap lembut dahinya dan mengucup dahinya. Cazlin mencuba untuk bangun. Namun gagal. Tubuhnya terasa begitu lemah dan tidak berdaya. Dia keliru melihat tubuhnya yang dicucuk dengan jarum dan berselirat dengan wayar. Apaka yang terjadi? Dia cuba memutar ingatannya kembali.
"Lin sayang. Have a rest please. Don’t think too much," Adam Shafiq menasihati isterinya. Dia tahu isterinya masih terkejut. Dia tahu isterinya sedang cuba berfikir apa yang sedang berlaku ke atas dirinya. Namun, bagaimana harus dia menjelaskan apa yang telah terjadi? Dalam keadaan Cazlin yang masih belum stabil dan dalam perhatian doktor. Dia tidak mahu menjejaskan lagi keadaan isterinya.
Cazlin menarik tangan suaminya.
"Apa yang dah jadi kat Lin? Kenapa Lin ada kat sini?" Cazlin bertanya dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Dia memegang perutnya.
"Anak kita? Kenapa abang diam? Kenapa semua orang diam? Lin tanya ni,"
Adam Shafiq duduk di birai katil isterinya. Dia mengusap wajah wanita pujaannya yang semakin keruh itu. Perlahan-lahan tubuh kecil itu dirangkulnya.
Cazlin cuba menolak tubuh suaminya. Berkali-kali. Namun pelukan suaminya begitu kemas hingga sukar untuk dia menolaknya. Air matanya sudah berjujuran membasahi pipinya.
"Kenapa dengan anak kita? Mana dia? Bagitahu Lin, bang. Lin tanya ni. Tolonglah jawab," Cazlin sudah teresak-esak menahan tangisnya.
Pua Sri Saleha mengesat air matanya. Tidak tahan dia melihat Cazlin dalam keadaan begitu. Musnah sudah semua impian dan harapan. Mengapa kebahagiaan anak dan menantunya diragut sedemikian rupa. Tan Sri Latiff hanya mampu memeluk bahu isterinya.
Tiba-tiba tubuh Adam Shafiq ditolak dengan kasar oleh Cazlin. Cazlin Amalina mencabut semua wayar yang berselirat di tubuhnya. Adam Shafiq cuba menghalang perbuatan Cazlin. Namun gagal. Tan Sri Latiff lantas memanggil jururawat yang bertugas.
Beberapa orang jururawat mula datang dan beberapa daripadanya cuba memegang tubuh Cazlin. Seorang jururawat mula menyuntik ubat bius bagi menenangkan Cazlin. Keadaan Cazlin semakin lemah dan tidak lagi meronta-ronta. Semakin lama semakin lemah dan akhirnya isterinya kembali lena.
Adam Shafiq mengesat air matanya. Jiwanya terseksa melihat keadaan Cazlin.
" Ya Allah, berat sungguh dugaanMu. Sesungguhnya Engkau lebih menyayangi anakku,"
Adam Shafiq jatuh terduduk di sisi katil isterinya.
Ayuni memeluk ibunya. Dia sedih melihat keadaan abang dan kakak iparnya.
Ayuna pula hanya membatu di muka pintu. Tanpa disedari, air matanya laju menuruni pipinya.

Hana Nadiah menghempaskan tubuhnya di atas katil. Bibirnya mula mengukir senyuman. Hatinya puas.
Satu dah pergi. Tinggal satu lagi. Hai, kesian dengan kau, Cazlin. Nak buat macam mana. Takde rezeki. Hana Nadiah tergelak keseorangan. Hatinya gembira tak terkata.
"Padan muka," Hana Nadiah bersuara di dalam hatinya.

------------------------------------

BAB 25
"Penggunaan racun yang berbahaya ini sememangnya sesuatu yang kejam. Puan Cazlin sememangnya bernasib baik kerana beliau terselamat. Mujurlah Encik Adam membawanya ke hospital dengan segera. Namun buat masa ini Puan Cazlin perlu diletakkan di bawah pemerhatian yang rapi kerana kami ingin memantau kesihatan beliau sepenuhnya. Kami percaya racun yang diberi mempunyai kesan sampingan ke atas tubuh beliau,"
Adam Shafiq menggenggam tangannya.
"Tapi ini perbuatan siapa? Kenapa bukan saya yang kena? Kenapa?" Adam Shafiq menumbuk meja di hadapannya.
"Pihak kami akan menjalankan siasatan ke atas kes Encik Adam dan isteri. Kita tidak boleh membuat apa-apa kesimpulan selagi kes masih lagi dalam siasatan. Terlalu banyak kemungkinan. Mungkin ianya perbuatan khianat. Malah Puan Cazlin juga boleh dijadikan suspek utama dalam kes ini," jelas pegawai polis berpangkat inspektor yang ditemani dua orang lagi pegawai polis.
Adam Shafiq merenung pegawai polis di hadapannya. Tajam renungannya.
"Apa maksud awak?"
"Mungkin sasaran sebenarnya ialah Encik Adam. Bukankah Encik Adam pernah menghadapi cubaan untuk dibunuh? Mungkin isteri Encik Adam sendiri dalang di sebalik semua ini. Dia cuba membunuh Encik Adam dengan menggunakan racun tersebut, malangnya dia sendiri yang …" belum sempat anggota polis tersebut menghabiskan kata-katanya, Adam Shafiq bangun dari kerusinya dan menumbuk muka pegawai polis tersebut.
Dua orang lagi pegawai polis cuba meleraikan Adam Shafiq yang sedang naik angin.
"Aku tak percaya isteri aku tu sanggup buat benda keji macam tu. Kau jangan cuba nak buat fitnah!!!"
Pegawai polis tersebut mengusap bibirnya yang mulai berdarah.
"Maafkan saya, Encik Adam. Ini hanyalah andaian pihak kami. Tolong maafkan sahabat saya kerana membuat tuduhan melulu," ucap salah seorang pegawai polis tersebut.
Adam Shafiq melepaskan tubuhnya yang berada dalam cengkaman dua orang anggota polis tersebut. Dia terus meninggalkan bilik siasatan dengan perasaan sebal. Dia kesal isterinya dituduh sedemikian rupa. Namun hati kecilnya mula berkata-kata. Fikirannya mula berserabut. Lin tak mungkin….tak mungkin…

Cazlin Amalina membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat wajah seorang wanita di hadapannya. Dia cuba mengingati wajah tersebut. Hana?
Hana Nadiah mengukirkan senyuman kepadanya.
"Hai, you kenal I kan? Hana," Hana Nadiah menyapa lembut Cazlin Amalina.
Cazlin cuba mengukir senyumannya. Sebaik mungkin.
"Saya kenal awak, Hana Nadiah. Terima kasih sudi melawat saya,"
Hana Nadiah mempamerkan raut wajah simpati. Dia menyentuh lembut tangan Cazlin Amalina.
"Sorry for the lost. Ianya sangat tragis untuk dikenang. You cannot make it anymore. I’m so sorry for what had happened to you,"
Cazlin Amalina memandang wajah gadis di hadapannya.
"What do you mean by I cannot make it anymore?"
Hana Nadiah mempamerkan wajah terkejutnya pula.
"I’m so sorry. You don’t know yet? Oh, I shouldn’t told you this,"
"Tolong teruskan dengan apa yang awak nak bagitahu tadi. It’s okay. Please, what is it?"
Hana Nadiah meneruskan lakonannya.
"You dah tak boleh mengandung lagi. Racun tu dah rosakkan organ dalaman you. Kalau you cuba untuk hamil pun, baby you takkan bertahan lama. I’m so sorry to say all these,"
Cazlin Amalina menekup mulutnya.
"I nak tanya sikit, boleh?"
Cazlin Amalina cuba menahan tangisnya. Air matanya sudah mulai membasahi pipi.
"Tanya apa?"
"You tahu tak Adam Shafiq kini dalam siasatan polis. Mungkin dia dituduh cuba meracuni you,"
Cazlin Amalina terpempan seketika. Dunianya seakan gelap seketika. Darahnya seakan berhenti mengalir.
"Saya tak faham apa yang awak cakap. Stop it,’
"You kena buka mata you besar-besar. Adam Shafiq yang plan untuk dinner dengan you malam tu. And, Cuma you yang keracunan. Tapi suami you? Dia sihat walafiat. Wake up, Cazlin. He kills your baby and you! I pun perempuan macam you. I can feel what you feel. I tak sanggup lihat you kena tipu dengan dia lagi,"
"Sudah, aku tak nak dengar lagi. Pergi!!! Pergi!!!"
Hana Nadiah cuba menenangkan Cazlin yang semakin tidak keruan. Namun, Cazlin menolak tubuhnya hingga dahinya terhantuk di bucu meja kecil di tepi katil.
Adam Shafiq yang kebetulan sampai terkejut melihat situasi tersebut. Cepat-cepat dia mendapatkan Hana Nadiah yang terjatuh.
"Are you okay? Dahi you … you’re bleeding,"
Adam Shafiq memapah Hana Nadiah untuk bangun.
"Lin, what happened to you? Look what you’ve done!"
"Kau dengan perempuan tu boleh pergi mati," Cazlin bersuara perlahan tanpa memandang wajah suaminya mahupun Hana Nadiah.
"Lin!!!, cubalah bawa mengucap. Jangan jadi macam budak-budak boleh tak?"
Cazlin Amalina mencampakkan bantalnya ke arah Adam Shafiq. Dari ekor mata dia dapat melihat bagaimana suaminya cuba melindungi Hana Nadiah. Dia sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi. Dia ingin segera pergi dari situ. Dia tidak mahu melihat muka Adam Shafiq lagi. Dia benci!!! Cazlin cuba mencabut wayar di tangannya. Dia ingin pergi. Hana Nadiah cepat memanggil jururawat. Adam Shafiq dan Hana Nadiah hanya mampu melihat Cazlin Amalina bagaikan orang gila cuba melepaskan diri dari pegangan sekumpulan jururawat. Akhirnya Cazlin semakin lemah setelah diberi ubat penenang oleh jururawat tersebut.
Adam Shafiq hanya mampu melihat sahaja keadaan tersebut.
posted by Penulisan2u @ 5:59 PG   18 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Ad + iz 13
Nama Pena : eury athena

Hana balik ke rumah mama dan papanya selepas seminggu di rumah kami. Tu pun lepas aku dan Farriel ‘clorox’ kepala dia. Hehe… Tak la, pujuk aje! Papa Farriel akhirnya setuju Hana amik course berkaitan dengan fashion and make-up. Tapi, Hana kena juga amik wat course architecture. Aku tak tau la apa akan jadi dengan rekaan bangunan yang bakal dihasilkannya kelak. Mungkin lebih colourful dan artistic?

Tengku Ihsan Nur Qayyum a.k.a Mr. Charity yang memang banyak wat keje amal (yang peliknya pada aku aje!) dah pun jadi sebahagian daripada keluarga Izumi Corporation. Aku tak pasti apa jawatan yang diberikan padanya. Tapi yang pastinya bukan jadi kuli la. Dan satu lagi yang pasti, dia akan selalu datang ‘melawat’ aku di kampus bila ada kelapangan. Dibuatnya kampus aku tu macam toilet. Hari-hari mesti nak kena ‘lawat’, walaupun sekali.

Aku dah pun dapat cope life sebagai student uni dah terkejar sana-sini dengan kuliah, tutorial, test, assignment. Dengan result semester 1 yang cukup-cukup makan, dapat juga aku meneruskan pengajian. Sekarang dah masuk second semester pun.

Aku dan Tengku Farriel Izumi… Hmmm… Sedar tak sedar, dah enam bulan usia perkahwinan aku dan Farriel. Masih macam dulu tapi much more better than zaman sekolah dan masa mula-mula kawin dulu la. Semenjak dua menjak ni, hubungan kami dah bertambah baik. Walaupun tak boleh dikatakan berfungsi 100 peratus sebagai suami isteri dari segi peranannya, at least kami dah jadi kawan baik. Even dah boleh duduk rapat dan ketawa sama-sama. Sebenarnya, Farriel tu tak la teruk sangat macam yang aku sangkakan selama ni. Yang aku paling tak sangka tu, dia sanggup ajar aku memandu setiap hujung minggu. Berkat tunjuk ajar Farriel, sekarang aku dah dapat pun lesen. Caya la, Iz… Ni yang wat bertambah sayang ni! Tapi lesen aku masih ‘digantung’ oleh Farriel sebab dia takut aku jahanamkan Honda City dia yang dah cantik di’make-up’ tu. Lagipun aku tak berapa hafal jalan lagi. Kalo setakat area rumah okey la.

"Kuliah start kol berapa?" Soal Farriel dari tempat pemandu. Honda City biru metalik meluncur laju di atas jalan.

Aku kerling Farriel yang lengkap berkemeja biru air, neck tie biru tua dan berkot. Aku geleng kepala. Farriel ni kalo tak 80 kmj ke atas, memang tak sah. Mesti banyak saman speed trap dia ni!

"Ko tak payah la bawa laju-laju. Kuliah aku kol 9 la…" Tubuhku terhenyak sedikit ke kanan bila Farriel memotong sebuah treler. Sekarang aku pergi kuliah dah tak naik teksi lagi dah. Semua ni gara-gara aku nyaris nak kena rompak dan cabul dek pemandu teksi dua minggu lepas. Nasib baik aku pernah belajar Taewando. Aku praktikkan sket kat orang tua gayut tu. Insya-Allah la, lepas ni pakcik tu akan mandul sampai bila-bila.

"Abis, aku tak payah masuk pejabat?" Selar Farriel. Aku tersengih. Lupa pulak!

Mula-mula naik kereta yang Farriel bawa memang menakutkan. Tangan aku asyik duduk kat pintu aje. Senang, kalo emergency aku terus terjun keluar aje. Kaki pulak asyik wat gaya nak tekan brek. Apa taknya, peraturan had laju tu dia wat tak pandang aje. Membrek ikut suka. Nak membelok, nak tukar lane kiri kanan pun ikut teragak hati aje. Signal kat kereta dia wat jadi perhiasan aje. Mesti lampu signal dia lambat terbakar kan…

Dari tadi aku menelengkan kepala ke kiri; melihat bangunan-bangunan di pinggir jalan, pokok-pokok atau apa sahaja yang berada di bahu jalan. Aku mula bosan. Tiap-tiap hari dihidangkan dengan benda yang sama. Naik hafal apa yang akan ku temui. Dan pagi tu, aku wat sesuatu yang tak pernah aku wat sepanjang 6 bulan berkahwin dengan Farriel Izumi; menatapnya wajahnya dalam keadaan dia sedar. Rambutnya yang lurus, matanya yang agak sepet, hidung yang mancung, bibirnya yang nipis, kulitnya yang sawo matang…

"Hensem sangat ke aku ni sampai menganga mulut ko tu?" Soal Farriel sinis.

Kantoi! Ish! Macam mana dia tau aku pandang dia? Padahal dari tadi dia pandang ke depan aje. Ada psikik ke ape? Aku wat muka cemberot. Ape nak cover ni?

"Nampak ke?" Soalku.

"Nampak ape?" Soal Farriel kembali.

"Yela, ko kan rabun. Dah tu bawa kereta tak pakai spek. So, aku tanya. Nampak ke?"

"Nampak aje… Bukan kena tengok specimen atau amoeba…"

Eleh… Ni mesti kes tak nak pakai spek sebab takut hilang aura ke\'hensem\'an ni!

"Tak takut accident?"

"Oi… Mulut tu jangan la celupar sangat!"

Ops…! Aku tutup mulut dengan tapak tangan. Menyesal dengan kata-kataku tadi. Kereta diberhentikan.

"Okey, dah sampai!" Farriel senyum ke arahku. So sweet!

"Thanks!" Pintu kereta ku buka dan ku tutup semula.

"No sweat! Nanti petang aku jemput ko dalam kol 5.30 petang, okey? Ke lambat sangat?"

"Tak pe. Aku pun ada discussion lepas kelas. So, jumpa petang nanti!"

"Okey!"

Farriel angkat tangan sebelum berlalu pergi. Aku angkat tangan. Melambai ke arahnya. Entah dia perasan entahkan tida. Bawa kereta macam bawa kereta F1. Confuse aku…

@~@~@~@~

Porch rumah kosong. Kereta Farriel tiada di situ.

‘Ke mana dia ni? Tadi beria-ria sangat nak jemput.’

Dalam pada membebel dalam hati, pintu rumah kubuka jua dengan kunci pendua. Masuk aje rumah, aku terus hempas beg dan buku yang hampir ‘melumpuhkan’ lengan ke atas meja, sebelum menghenyak punggung di sofa. Selendang yang melingkari kepala dan leher turut ku buka. Panas! Mataku jatuh pada handphone yang elok terletak di atas meja. Handphone Farriel. Patut la tak berjawab. Rupanya dia tertinggal handphone kat rumah.

Aku jenguk skrin handphone. 89 missed calls. Mak aih…! Rasanya tak la sebanyak tu aku missed call tadi. Dan seperti mengerti ada orang untuk meyambut panggilan, handphone Farriel berbunyi sekali lagi. Nombor public phone. Dalam berkira-kira dan meneka-neka dari mana datang panggilan tersebut, panggilan tersebut berubah status menjadi missed call. Beberapa saat kemudian, telefon rumah pula berdering minta diangkat.

"My God, Aril! Where have you been? I’ve been looking for you for the whole evening…!" Lantang kedengaran suara pompuan di hujung talian.

"Hello… Assalamualaikum…" Sapaku teragak-agak. Sapa agaknya?

"Hel… Hello… Sapa ni? Orang gaji Farriel ke?"

Ceh! Orang gaji? Amboi, sesedap rasa melabel status orang…

"Aaa…"

"Okey, who-ever you are… Please tell your boss, I mean Farriel, to pick me up at the airport right now. I dah berjanggut tunggu dia kat sini."

"Yang minta dijemput ni sapa namanya?" Terus aku berlakon jadi bibik Indon kejap.

"Marina Irriani binti Joseph Abdullah."

Hampir terlepas gagang dari tangan. Panggilan diputuskan. Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Nama ini tak mungkin aku lupakan untuk seumur hidupku. Kerana nama ini penting dalam turning point hidupku kini. Nama yang menyatukan aku dengan Farriel. Dan nama ini juga akan memisahkan aku dengan Farriel.

@~@~@~@~

Farriel tercangak-cangak di balai ketibaan. Lehernya dipanjangkan. Mencari wajah orang yang dirinduinya. Sungguh, dia terkejut membaca email yang dihantar oleh Marina tengah hari tadi. Kebetulan, dia terlupa pula membawa handphone. Tak tentu arah dia menyudahkan kerja-kerjanya sebelum bergegas ke KLIA. Marina… Dan ketika itu la dia terlihat susuk tubuh gadis yang dicintainya itu di salah satu bangku di situ.

"Marina!" Jeritnya girang. Wajah Marina yang tadinya dilanda kebosanan, berubah menjadi riang sebaik sahaja terpandang akan Farriel. Luruh kemarahan Marina akibat kelewatan Farriel. Yang ada cuma rasa takjub melihat Farriel. Berkerut wajahnya melihat perubahan Farriel sebelum berjalan menghampirinya.

"Oh my God! Farriel… You look sooo… different! Bertambah handsome and macho!"

Mereka berdakapan.

"I miss you so much!" Luah Marina.

"Not as much as I do…!" Farriel pula meluah rasa. Pelukan dileraikan.

"So, you come back for good?" Soal Farriel. Mengharap akan jawapan positif dari Marina.

"Yes! And I am ready to be Tengku-Farriel-Izumi-future-wife!"

Farriel tersenyum senang mendengar pengakuan Marina. Beg bagasi Marina ditariknya.

"Come! I’ll send you home…"

"Home sweet home…"

Lengan Farriel dipaut mesra oleh Marina. Mereka berjalan beriringan ke tempat parkir.

@~@~@~@~

Bahu terasa digoyang. Semakin lama semakin kuat.

"AD… Bangun!" Suara Farriel sayup-sayup di cuping telingaku.

Mataku gosok beberapa kali sebelum kubuka. Anak mata segera kukecilkan bila cahaya terang lampu menerjah masuk. Bila anak mata sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan cahaya, barulah jelas susuk tubuh Farriel yang melutut di hadapanku. Aku bingkas bangun. Duduk berteleku sebentar. Kebingungan. Wajah keletihan Farriel ku pandang.

"Iz… Dah kol berapa ni?" Soalku separuh sedar, sebelum menguap besar.

"Kol 2 pagi. Pergi la masuk bilik. Tido!" Arahnya. Jawapan Farriel tidak mendapat reaksi dari tubuhku. Aku masih termangu-mangu di sofa. Dan menguap lagi sambil cuba menyusun rentetan peristiwa sehingga mendorong aku tido di sofa. Handphone Farriel… Marina Irriani…

"Tadi handphone ko tinggal." Handphone yang tadinya elok terletak di meja, aku suakan padanya. Farriel kelihatan teragak-agak sebelum menyambutnya.

"Sori tak dapat jemput ko kat kampus tadi!"

Jadi, dia ingat? Ingatkan aku dah dilupakan terus. Entah mengapa ucapan maafnya kedengaran dingin di telingaku. Sedingin suasana malam. Mungkin kerana dia seperti tak bersungguh saat mengucapkannya?

"Marina dah balik... Aku jemput dia tadi."

Aku pamer senyum. Entah bagaimana rupa senyumanku itu. Yang pasti, aku gagal memberikan senyuman ikhlas kepadanya.

"Dia sihat?"

"Hmm…"

"Kira korang dah berbaik semula la…"

"Hmm.."

"Dia tau ko dah kawin?"

Farriel diam. Agak terkejut mendengar soalanku, mungkin.

"Tak. Aku tak bagitau dia lagi."

Aku senyum. Sinis. Berkatalah benar, walaupun kebenaran itu pahit…

"Lambat-laun dia akan tau juga. Lebih baik ko bagitau dia dulu sebelum dia dapat tau dari mulut orang lain." Usulku.

"Aku tak sanggup nak rosakkan mood dia tadi. Dan aku tak nak dia sedih. Ko tau kan, tak ada satu pompuan pun dalam dunia ni gembira bila tengok pakwe dia kawin dengan orang lain."

Dan tak ada satu isteri pun dalam dunia ni yang sanggup tengok atau dengar suaminya ada pompuan lain di belakangnya, sambungku dalam hati. Hai la hati… Tabah la… Jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas.

"Ooo… Kalo itu kata ko… Terpulang la!"

Aku bangun dari sofa. Sudah berkira-kira untuk masuk ke bilik.

"Sorry sebab susahkan ko selama ni. Sampai ko terpaksa kawin dengan aku. Tapi rasanya ‘penderitaan’ ko akan berakhir tak lama lagi. Aku akan cuba propose Marina cepat-cepat. So that ko boleh bebas dengan hidup ko macam dulu…"

Langkah terhenti. Automatik kepalaku berkalih ke arahnya. Sukar aku tentukan emosi dan riak wajah Farriel ketika ini. Apatah lagi dengan cahaya lampu yang samar-samar. Farriel segera melarikan pandangan dari menatap wajahku.

Kalo dulu, sebelum rasa cinta ini menyelinap masuk dalam hati, mungkin aku akan bersorak kegembiraan mendengar kata-kata Farriel. Namun kini, kata-kata tersebut cuma mengundang kesedihan di hatiku. Kesedihan yang menghiris hati. Yang menghancur lumat sekeping hati ini.

"Cuba bertahan unuk beberapa bulan lagi. Sebelum next year, aku akan pastikan hal kita selesai…" Farriel berlalu ke biliknya. Setitis air mataku jatuh. Dan akhirnya aku teresak-esak di situ.

Mulai hari itu dan hari-hari seterusnya, Farriel balik lewat ke rumah. Paling awal pun pukul 11 malam. Pulang jam 2 atau 3 pagi sudah menjadi kebiasaan. Seawal pukul 7 pagi dia akan keluar dari rumah. Mungkin keluar bersarapan dengan Marina. Aku tak bertanya ke mana dia pergi menghabiskan masanya. Kerana aku tiada hak untuk bertanya. Dan aku tak kuasa untuk bertanya kerana jawapan yang bakal kuterima tentunya terasa seperti mencurah garam ke hati yang luka. Pasti dia menghabiskan masa bersama kekasih hatinya.

Rutinnya untuk menghantar aku ke kampus sudah ditamatkan sebaik sahaja Marina selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Aku tidak merungut kerana aku tahu siapa kedudukan aku dalam hatinya. Kalo aku rajin menopang kelopak mata, menunggu kepulangannya sehingga hampir dinihari, maka dapatlah aku menatap wajahnya buat meleraikan rasa rindu yang bermukim di hati. Walaupun sekadar melihat wajahnya sekilas pandang.

Wajah Farriel kulihat bertambah ceria dan berseri. Tidak sugul seperti ketika ditinggalkan oleh Marina dulu. Menyaksikan kegembiraannya, aku menjadi girang kerana Farriel sudah mendapatkan apa yang diidamkannnya. Namun, jauh di sudut hatiku, aku berasa sayu. Suka atau tidak, aku harus mengakui bahawa aku sudah jatuh cinta terhadap suamiku sendiri. Walaupun aku sedaya-upaya menafikan rasa hati ini.

Ya… Memang itu bukan satu kesalahan. Dia suamiku. Dan aku isterinya. Apa yang menjadikannya satu kesalahan adalah perkahwinan kami adalah berdasarkan kontrak semata-mata. Dan aku tak sepatutnya menaruh apa-apa perasaan padanya memandangkan lambat-laun kami akan berpisah juga… Namun aku tetap berharap adanya keajaiban untuk kesudahan cerita hidupku ini.

@~@~@~@~

"I betul-betul terkejut tengok perubahan you, darling… Sapa sangka dalam masa 6 bulan, you boleh kurus macam ni! It’s really amazing! You ingat tak dulu, I suruh you diet, pergi gym tapi tak pernah work out. But now… I really speechless!"

Farriel tersenyum mendengar pujian dari Marina. All credits should be given to AD too… Kalo tak kerana usaha, bebelan, perlian, kata-kata sinis dan semangat yang diberikan, tak mungkin dia dapat bertahan untuk kurus sampai sekarang. AD…

Marina masih sibuk menelek dan mencuba satu-persatu pakaian yang ada di butik kegemarannya. Sesekali dia akan bertanyakan pendapat Farriel. Farriel sekadar tersenyum untuk mengambil hati Marina. Hakikatnya, dia sudah bosan menemani Marina yang sudah hampir empat jam bershopping. Entah kenapa dia mula membanding-bandingkan antara Marina dan AD. AD tak suka bershopping. Dia lebih suka berjalan, melihat dan membandingkan harga barangan di setiap kedai. AD sentiasa menawar harga barangan yang diingininya, sekalipun barangan tersebut sudah diberi potongan harga.

"Ala, tokei! You letak harga RM60. Sana kedai saya pergi offer banyak murah. You amik untung banyak sangat la. Kira cincai sudah la… RM30, boleh"

Tokei kedai baju tepuk dahi.

"Hai yaa… Amoi! RM30 ka? You mau kasi potong saya punya kepala ke? Tak balik modal la saya macam tu…"

"You sudah banyak untung apa? RM30. Kalo tak, saya pergi lain kedai!"

"RM55."

"RM35."

"RM50."

"Ala… RM40 la!"

"Okey, last offer. RM45."

"Saya beli!"

Farriel senyum sendirian. Kelakar betul AD masa tu. Boleh pulak dia tertekak dengan tokei kedai baju tu. Sampai naik malu aku dibuatnya. Ada ke dia main tawar-tawar harga kat shopping complex besar tu. Dia ingat Chow-Kit ke ape?

Sepasang tangan melingkar di bahunya.

"Jauh mengelamun, sayang! Teringatkan orang yang dah ada depan mata ni ke?" Bisik Marina menggoda di telinga Farriel. Farriel bingkas bangun. Meleraikan pautan tangan Marina.

"Dah abis shopping ke?" Soal Farriel.

Marina tunduk memandang beg-beg kertas berisi barang yang dibelinya. Mata dikecilkannya. Membuat muka cute.

"Kita round tempat lain kejap, okey? I tak jumpa lagi baju untuk ke party Linda…"

"Okey!" Jawab Farriel malas. Beg-beg kertas dijinjingnya. Marina memaut mesra dengan Farriel.

Boros betul si Marina ni! Tak macam AD. AD kalo bab duit ni, berkira sket. AD… Balik-balik AD yang diingatnya… Farriel tepuk dahi dengan tangannya kanannya.

"Are you okey, dear?" Soal Marina cemas.

"Yeah!" Farriel senyum ala kadar. Actually, I’m not…okey…

@~@~@~@~

Kelibat sepasang kekasih yang berjalan di kaki lima jalan, menarik perhatian Tengku Faris. Cermin tingkap kereta diturunkannya. Ingin melihat dengan lebih jelas. Si gadis erat merangkul tubuh pasangannya. Mereka tertawa kegirangan.

"Yusman!" Panggil Tengku Faris. Yusman yang berada di sebelah tempat pemandu, menoleh ke belakang.

"Ya, tengku…"

"Saya nak kamu siasat perempuan yang jalan bersama Farriel tadi." Arahnya. Yusman memandang ke arah yang sama dengan Tengku Faris. Cuba menyimpan wajah tersebut dalam kotak memorinya.

"Baik, tengku!"

Cermin tingkap dinaikkannya sebelum menyambung arahan.

"Saya nak kamu siasat juga menantu saya, Adrianna Mayesa. I want to know everything about both of them."

"Baik, tengku!"

@~@~@~@~

"Qhuz, ko penah jatuh cinta?"

Qhuz meletakkan akhbar di tangan atas meja. Memandang wajah Farriel dengan rasa berbaur.

"Serius bunyinya ni…"

"Apa tanda-tanda atau sindrom bila kita cintakan seseorang tu?"

Qhuz ketawa.

"Weih, Ril! Petang-petang macam ni tiba-tiba masuk romantic lane ni apahal? Makanan lunch tadi pun tak hadam lagi, ko tau tak! Jangan.. Nanti aku termuntah kat pejabat ko yang cantik ni karang, tak fasal aje…"

Gurau senda Qhuz dipandang sepi oleh Farriel. Hati dan fikirannya benar-benar bercelaru. Seingatnya, Marina la wanita yang dicintainya. Tapi mengapa AD juga yang diingatinya bila bersama Marina? Mengapa kebosanan sentiasa bermukim di hatinya ketika dia menghabiskan masa-masanya bersama Marina? Mengapa dia tak pernah berasa bosan dengan AD?

"Aku boleh jadi gila macam ni…" Luah Farriel perlahan.

"Weih, ko ni kenapa sebenarnya? Cuba terus-terang."

"Aku tak tau. Ko tau kan, aku cintakan Marina. Bila dia tinggalkan dia, memang aku frust, moody giler…"

"Tapi tak se\'frust\' dan se\'moody\' bila ko dengan Adry…" Qhuz menyampuk. Farriel pandang Qhuz. Masih tanpa perasaan untuk bertelagah dengan Qhuz.

"Sekarang Marina dah balik. Dan kami cuba meluangkan sebanyak masa yang boleh. You know, to catch-up things that happen dalam masa 6 bulan ni. Tapi yang peliknya, aku macam dah tak interested dengan dia. Aku rasa masa-masa yang aku habiskan dengan dia lama sangat. Aku pun dah mula bosan dengan perangai dan cakap-cakap dia yang selalu meninggi diri tu. Aku macam dah tak nampak apa-apa yang menarik pada Marina lagi." Tergawang-gawang tangan Farriel \'menghidupkan\' ceritanya.

Qhuz senyum. Terus sabar menanti Farriel menyudahkan ceritanya.

"And the worst thing is, I keep thinking of AD. Apa-apa aje depan maa, mesti akan mengingatkan aku pada AD. Aku agak otak aku ni ada masalah la. Tak pun, aku ni dah giler!"

Meja di depan, diketuknya sekali. Tanda tak puas hati. Tanda ceritanya sudah berakhir.

"Aril, aku rasa ko ni sah-sah dah jatuh cinta dengan AD!"

"Aku ape? Jatuh cinta? Dengan AD? Giler!" Terbelalak mata Farriel mendengar pendapat Qhuz.

"Ye la. Wat ape pun, ingat kat dia. Asyik ingat, ingat, ingat kat dia aje. Apa lagi kalo bukan jatuh cinta namanya."

"Tak mungkin la!"

"Kenapa tak?"

"Ko kenalkan AD tu macam mana. Kasar, garang, kadang-kadang macam kartun sket… tak pandai bergaya… tapi okey la, dia tak selekeh… pemalas tapi kalo disuruh dia boleh jadi rajin… tak cantik sangat, tapi kadang-kadang nampak comel juga… kuat melawan tapi kadang-kadang lucu dengan cara dia tu… Entah la!"

Qhuz senyum lagi.

"Tengok! Walaupun ada sifat dia yang ko tak suka, tapi ko tetap terima dia seadanya. Dan ko rasa senang, tenang, gembira bila ada dengan dia… Betul?"

Farriel mengangguk. Memang itu yang dirasakannya. Dengan Marina, dia tidak rasa sebegitu. Dia sentiasa ingin menjadi seseorang yang lebih baik dari seadanya dia. Seseorang yang boleh dibanggakan oleh Marina. Seseorang yang sesuai dengan Marina yang cantik, yang classy, yang stylish, yang high-taste. Bila bersama Marina, dia cuba menjadi seseorang yang bukan dirinya.

Tapi bila bersama AD, dia bebas menjadi dirinya yang sebenar. Dia boleh lepas-laku, dia boleh berpakaian sesempoi mana yang dia mahu, dia boleh makan di mana sahaja yang dia suka… Pendek kata, dia rilek bila bersama AD. Even dia tahan telinga mendengar kata-kata AD yang adakalanya ‘pedas’. Kalo dulu, nenda atau mama membebel sket aje, mula la dia berkelibut keluar dari rumah. Pelik…!

"Aril, mencintai tu bermaksud ko terima pasangan ko seadanya. Dan dia terima ko seadanya. Dia tak perlu berubah demi ko, dan ko tak perlu berubah demi dia."

Kenangan bersama Marina terimbas di mindanya. Dulu sebelum kurus, Marina melayaninya secara acuh-tak-acuh. Nak keluar pun ke tempat-tempat yang orang tak ramai aje. Kadang-kadang dia merasakan yang Marina malu untuk berdamping dengannya. Apatah lagi nak memperkenalkan dirinya sebagai pakwe. Tapi sekarang, Marina seolah-olah bangga ‘menunjukkan’ dirinya kepada sesiapa sahaja. Marina lebih manja melayaninya berbanding dulu.

AD… Tak pernah berubah. Dari sebelum kawin hingga la lepas kawin, tetap sama layanannya. Dari dia gemuk hingga la dia muat baju saiz M. Tetap begitu layanannya. Kadang-kadang dingin. Kadang-kadang penuh emosi; marah, sinis, nakal, manja, kalut-kalut… Tanpa sedar, Farriel tersenyum sendirian.

"Jatuh cinta pada AD… That doesn’t sound bad. Berdasarkan apa yang ko cite, aku rasa AD tu pun bukannya teruk sangat. Even waktu sekolah dulu pun aku rasa dia tu budak baik. Kita aje yang rajin mengusik dia."

Farriel diam. Masih menimbang-nimbang rasa hatinya.

"Abis Marina macam mana?" Soalnya lurus.

Qhuz angkat bahu

"Kalo rasa ter\'larat\', amik dia jadi isteri kedua. Tapi kalo aku la jadi ko, aku akan tinggalkan Marina."

"Sebab?" Pantas Farriel menyoal-balas.

"Dia dah berkali-kali tinggalkan ko. Tak mustahil bila perkahwinan korang ada masalah nanti, dia akan tinggalkan ko macam tu aje!" Jelas Qhuz. Jari dipetik ketika mengucapkan ayat terakhirnya.

Farriel diam lagi. Fail yang dibawa masuk oleh Qhuz sebentar tadi, dibiarkan aje terbuka tanpa dibaca. Qhuz mengangkat suratkhabar. Menyambung semula pembacaannya yang tergendala.

"Ko rasa, mungkin ke kita jatuh cinta dengan seseorang hanya kerana dia ada persamaan dengan orang yang pernah kita cintai sebelum ni?"

Suratkhabar diturunkan semula.

"Itu aku tak pasti. Yang aku pasti, tak ada sorang pun dalam dunia ni yang boleh menyerupai orang lain 100 peratus. Setiap orang berbeza, bro!"

Farriel kembali bersandar di kerusinya. Menyukat, mengukur, menimbang, merasa, mentafsirkan apa yang ada dalam hati dan akalnya serta apa yang didengarinya sebentar tadi. Dan bila jawapan dah ditemuinya, dia bangun dan terus mencapai kunci kereta.

"Woi, ko nak pergi mana pulak tu?"

@~@~@~@~

Peugeot 308 vti kelabu berhenti betul-betul depan pintu pagar rumah. Entah kenapa, petang ni mudah benar aku menerima pelawaan Ihsan untuk dihantar pulang. Mungkin kerana hati aku yang tak tentu arah. Atau tak larat nak serabutkan lagi kepala yang sedia serabut gelagat budak-budak fakulti aku yang sentiasa sibuk dan kecoh dengan itu-ini.

"Awak nampak muram, tak ceria… Gloomy dua tiga hari ni." Luah Ihsan. Dia sudah rilek bersandar di tempat pemandu. Memerhatikan diriku. Cuba membaca apa tersirat di fikiranku yang serabut.

Aku tersenyum. Menutup terus peluang Ihsan untuk terus ‘menyelongkar’ kotak fikiran, apatah lagi menyelami dasar hatiku.

"Marina dah balik Malaysia." Luahku. Tanpa nada aku menuturkannya.

"Saya tau!" Ujar Ihsan bersahaja.

Aku terkejut. Wajah Ihsan aku pandang. Lama. Ada senyuman segaris di bibirnya. Bukan senyuman gembira. Bukan juga senyuman sinis atau mengejek. Senyuman sekadar untuk memaniskan muka.

"Macam mana awak tau?" Soalku.

"Kebetulan kami sama flight."

"Ohh…" Keciknya dunia.

Seat belt aku tanggalkan. Sudah berkira-kira untuk keluar dari kereta mewah itu.

"Awak dengan Aril…." Suara Ihsan melumpuhkan niatku. Aku kembali memandang Ihsan. Kening ku angkat. Diam. Menanti Ihsan menyudahkan ayatnya.

"Awak dengan Aril… Korang tak ada terlibat dalam apa-apa perkara yang serius, kan?"

Melopong mulutku. Apa maksud pertanyaan Ihsan ni?

"Maksud awak?"

"Ye la… Since both of you cuma kawin kontrak, so ada ke apa-apa yang serius jadi antara korang? You know… Macam jatuh cinta ke… apa ke…"

Peristiwa yang berlaku di tengah padang kembali segar di ingatan. Mataku pejam rapat-rapat. Cuba mengusir kenangan tersebut. Senyum segaris ku ukirkan buatnya

"Terima kasih sebab sudi hantar saya."

Pintu kereta pantas ku buka. Enggan bersoal-jawab dengan Ihsan lagi. Pintu pagar ku buka. Tiba-tiba tangan Ihsan ‘menangkap’ tanganku. Tergamam aku seketika.

"Adry… Keluar dari ‘perkahwinan’ awak. Tinggalkan keluarga Tengku Faris. Tinggalkan Aril!"

Dan aku segera merentap tanganku darinya.

"Ihsan… Saya hormat pada awak. Tolong jangan buat sesuatu yang menghilangkan rasa hormat saya pada awak!"

"Aril cuma gunakan awak untuk menjaga maruahnya dan keluarganya di mata saudara-mara kami. Dia tak cintakan awak. Dia cintakan Marina. Sekarang Marina dah balik… Dan saya rasa, dah tiba masanya awak berhenti dari jadi ‘pembersih’ maruah Aril."

Aku diam. Menahan air mata yang mula bertakung di birai mata.

"Saya kenal benar dengan Aril. Dia setia pada cinta. Patuh pada janji-janjinya. Dia cintakan Marina. Dia dah berjanji untuk tunggu Marina dan kawin dengannya. Depan saya, Marina sendiri cakap yang dia tak kan lepaskan Aril lagi kali ni."

Aku diam. Sedaya-upaya menutup pendengaranku agar tidak hatiku tak tercalar dek kata-kata Ihsan. Mungkinkah selama ini Farriel hanya mempermainkan diriku? Sengaja berbaik denganku sehingga aku jatuh cinta padanya, kemudian mentertawakanku atas kelemahan dan kebodohan diriku ini?

"Tengku Farriel Izumi tu sama aje macam papanya. Sanggup buat apa sahaja semata-mata nak capai apa yang dihajatkan. Awak cuma alat bagi mereka. Tinggalkan Aril sebelum dia buang awak macam sampah!"

Bahuku digoncang oleh Ihsan. Serta-merta empangan air mataku pecah. Ihsan mula panik melihat keadaanku.

"Say… Saya… tak boleh…" Ujarku dalam tangis. Pandanganku kabur dek air mata. Sukar untuk aku terangkan apa yang ku rasa sekarang.

"Adry… Jangan kata awak dah… Awak dah jatuh cinta pada Aril?" Soal Ihsan. Dia mengelengkan kepala beberapa kali. Cuba menidakkan telahannya itu.

"Saya… dah mula sayangkan Farriel…" Setakat itu sahaja yang mampu ku ucapkan. Ayat selebihnya sudah ditelan oleh esak tangisanku.

Di luar kawalanku, Ihsan mula mengesat pipiku yang dibasahi air mata dengan jari-jemarinya.

"Syhh…! It’s okey…" Ihsan cuba memujukku. Namun tangisanku ini sukar benar dihentikan. Apatah lagi setelah mendengar kata-kata Ihsan tadi.

"Syhh… Your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much… Lebih banyak dari apa yang boleh awak bayangkan…"

Dan aku terkesima di situ.

@~@~@~@~

Stereng kereta ditumbuk sekuat hati oleh Farriel. Melepaskan rasa berbaur dalam diri. Rasa marah, geram, cemburu… Dari jarak 500 meter, cukup jelas di pandangannya drama sebabak lakonan AD dan Ihsan. Hatinya terasa hangat membara.

Sebelum sempat tangan Ihsan melingkari tubuh AD, enjin kereta yang diparkir di bahu jalan, dihidupkannya. Menderum bunyinya. Pusingan U dibuat. Dan dia terus memandu meninggalkan taman perumahan itu dengan 1001 rasa. Memandu selaju mungkin. Tanpa arah.
posted by Penulisan2u @ 5:56 PG   34 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Tidak Seindah Mimpi 20
Nama Pena : Org Ganu

Aku tekad..hari ini aku mesti mendapatkan jawapan atas segala kekeliruanku. Semalaman aku tidak boleh tidur kerana terlalu memikirkan hal ini . Aku lebih banyak memikirkan siapa Syam daripada memikirkan keadaan Syam ketika ini. Sungguh, aku tidak mampu menghalang persoalan demi persoalan dari terus bertandang di fikiranku.

Aku ligat memutar stereng untuk memasuki perkarangan rumah Kak Za. Entah mengapa sepanjang malam, hanya nama Kak Za yang bermain di fikiranku. Aku yakin ,hanya Kak Za yang bisa merungkaikan segala kekeliruan ini memandangkan dia sangat mengenali Syam. Sebaik sahaja aku memarkir kereta di depan rumahnya, kelihatan Kak Za sedang membuka pintu keretanya. Aku lantas mendapatkannya . Kak Za memandangku hairan.

" Assalamualaikum Kak Za..," aku memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Kak Za pantas menyambutnya.

" Waalaikummussalam..eh..kenapa tiba-tiba Lina datang sini? Kenapa tak cakap kat akak dulu?Akak baru je nak pi tengok Syam.." Pantas Kak Za menyoalku.

" Sorrylah akak..actually Lina ada hal sikit nak tanya akak?" Soalku teragak-agak walaupun perasaan ingin tahu membuak-buak.

" Eh, nak tanya apa pulak ni? Tak nak pergi tengok Syam dulu ke?" Kak Za semakin hairan.

" Erm..nantilah Lina pi tengok..yang penting sekarang ni Lina..," kata-kataku terhenti seketika .Aku menggigit bibir, tiba-tiba aku jadi serba salah untuk bertanya tentang Syam memandangkan Syam sedang terlantar sakit kini. Rasa tidak elok pula kalau aku bertanya hal ini sekarang.

" Kenapa ni Lina..cuba cakap kat akak betul-betul, apa yang Lina nak tanya akak sebenarnya ni?" Kak Za sedikit mendesakku . Aku menarik nafas dalam supaya ada sedikit kekuatan aku untuk bertanya hal itu.

" Siapa Syam sebenarnya kak?" Akhirnya persoalan itu terluah juga. Dahi Kak Za berkerut .

" Maksud Lina?" Ternyata Kak Za tidak faham maksud soalanku.

" Macam ni lah kak..sebenarnya semalam Lina nampak ada seorang lelaki dan wanita melawat Syam..dari perbualan mereka..macam diorang ni ibu bapa Syam? Yang Lina peliknya kak, sebelum ni Syam kata dia anak yatim piatu. So, Lina datang sini nak tanya akak, ada sesuatu yang Lina tak tahu ke pasal Syam? Akak mesti tahu pasal ni kan?" Akhirnya aku berani berterus-terang. Aku cuba memasang umpan agar Kak Za menjawab jujur soalanku. Kelihatan riak terkejut terpamer pada wajah Kak Za.

" Err..mungkin Lina salah dengar kot..," jawab Kak Za teragak-agak. Matanya memandang ke arah lain. Aku tidak yakin dengan kata-kata Kak Za. Nampak sangat dia sedang menyembunyikan sesuatu dariku.

" Akak..tolonglah kak..semalaman Lina fikir pasal benda ni sampai tak boleh tidur. Tolonglah kak..explain to me.., who’s Syam actually?" Aku terpaksa mendesak Kak Za. Kelihatan Kak Za serba salah untuk menjawabnya .

" Kak Za..Lina sayangkan Syam..jadi Lina berhak tahu siapa Syam sebenarnya..," aku terus mendesak apabila Kak Za masih berdiam diri . Dia semakin serba salah.

" Erm..macam ni lah..kita masuk dalam dulu. Nanti kita bincang okay..," kata Kak Za sambil menarik lembut lenganku. Aku akur dengan cadangannya . Benar telahanku, Kak Za memang sedang menyembunyikan sesuatu dari aku. Aku mulai curiga..


-----------------------------


" Sebenarnya , Syam bukan yatim piatu..," jawapan Kak Za cukup mengejutkan aku.

" Bukan yatim piatu? Tapi kak..masa Lina mula-mula kenal dia..Syam cakap dia memang yatim piatu..Apa semua ni kak? Kenapa Syam tipu Lina?" Air mataku hampir menitis kerana terkejut apabila mengetahui bahawa selama ini aku ditipu. Aku menggeleng kepala beberapa kali ,tidak percaya dengan jawapan yang baru aku dengar.

" Bertenang dulu Lina..dengar dulu apa akak nak cakap..," lirih suara Kak Za memujukku. Tanganku digenggam erat seperti sedang memberi kekuatan padaku.

" Dia buat macam tu pun kerana Lina.."

" Kerana Lina?Apa maksud akak? " Belum sempat Kak Za menghabiskan kata-katanya aku lebih pantas memintas. Kak Za mengeluh halus .

" Ye..kerana Lina..Lina masih ingat Farid kan?" Soalan Kak Za kali ini semakin mengejutkan aku.

" Farid?Farid mana pulak ni?" Aku terpinga-pinga apabila nama itu disebut.

" Farid, boyfriend Lina masa kat sekolah dulu..ingat?" Aku memandang Kak Za hairan. Macam mana Kak Za boleh tahu siapa teman lelaki aku masa sekolah dulu?

" Ye. Lina ingat. Jap..macam mana akak tahu? Apa kaitan Syam dengan Farid pulak?" Aku menggeleng kepala tanda tidak mengerti.

" Sebenarnya..Syam adalah Farid. Nama sebenar dia Farid Faisyam bin Dato’ Fairuz..Akak panggil dia Syam je..Akak ni kakak angkat dia…" Aku terkedu. Aku menutup mulut yang sedikit ternganga kerana terlalu terkejut. Serta-merta air mataku merembes laju membasahi pipi. Seakan tidak percaya kenyataan yang baru aku dengar. Farid? Syam? Anak dato’? Ya Allah..kejutan apa pula ni? Aku harapkan ini semua dusta. Farid bukan Syam. Bukan! Namun, melihat riak wajah Kak Za, sudah cukup membuktikan kebenaran kata-katanya.

" Kiranya Fad tu nama lain Syam,begitu?" dalam sendu aku masih ingin tahu memandangkan sudah berulang kali nama itu aku dengar.

" Ye..," jawab Kak Za sayu. Hatiku bagai ditusuk sembilu..kenapa selama ini Syam menyembunyikan identiti dirinya? Kenapa?!

" Kak..kenapa dia tipu Lina selama ni kak..kenapa dia tak terus terang pada Lina siapa dia yang sebenarnya? Why?!" Aku menggertak Kak Za. Kak Za terdiam melihat reaksiku yang berubah serta-merta. Aku memegang kepalaku yang berdenyut-denyut sekarang ni. Sakit kepala aku, untuk menerima kenyataan ini..Kalau Syam itu Farid, ternyata dia benar-benar kejam kerana membiarkan aku kecewa selama bertahun-tahun kerana ditinggalkan sepi tanpa berita . Entah mengapa hatiku panas tiba-tiba. Dendam rinduku pada Farid kembali membara.

" Kalau betul lah Syam tu Farid, kenapa dia tinggalkan Lina dulu? Kenapa kak? Dia tak tahu ke betapa sakitnya hati saya bila ditinggalkan macam tu je?!" Aku terus menggertak. Kak Za mengeluh berat. Esak tangisku semakin kuat kedengaran.Walaupun mungkin ia hanya cinta monyet, tapi cinta itu begitu kuat terpahat di hati sehingga susah untuk aku lupakan.

" Lina..akak mintak maaf kerana tak beritahu Lina hal yang sebenar. Syam mintak akak rahsiakan hal ini daripada Lina . Dia betul-betul rasa bersalah kat Lina kerana tinggalkan Lina lepas dia ke London dulu..Bukan dia sengaja tapi masa dia kat sana, dia terlibat dalam satu kemalangan dasyat . Syam terselamat tapi selepas tu, dia jadi hilang ingatan..dia tak ingat apa-apa even papa dan mama dia pun dia tak ingat apatah lagi akak atau Lina. Tapi lepas dia balik Malaysia dan berubat banyak tempat, barulah dia dapat ingat semula. Itu pun selepas 4 tahun…," kata Kak Za sayu. Ada manik-manik jernih mengalir pada pipinya . Aku tergaman. Nafasku seakan terhenti seketika. Ya Allah..Syam..rupa-rupanya Syam sudah cukup menderita selama ini..Aku pula menambahkan lagi penderitaannya..perempuan jenis apa aku ini?! Kak Za memelukku erat sambil menepuk perlahan belakangku seperti memahami kesedihanku.

" Syam tolak kerja yang papa dia tawarkan dan sanggup jadi cleaner kat syarikat Lina supaya dia selalu rapat dengan Lina .Dia selalu cakap dekat akak yang dia betul-betul cintakan Lina..dia tak sanggup kehilangan Lina..," sambung Kak Za lagi. Hatiku semakin perit. Syam..kenapa hatimu sungguh mulia? Kenapa kau sanggup berkorban untukku hanya semata-mata kerana cinta? Kenapa Syam…aku merintih di dalam hati..Nama Syam ternyata lebih sinonim dengan diriku berbanding dengan nama Farid kini .

" Tapi tak sangka , Syam ditimpa musibah lagi..keadaan dia sekarang tak ubah macam keadaannya lepas kemalangan dulu. Akak takut dia hilang ingatan lagi..walaupun akak kakak angkat dia je, tapi akak dah rapat dengan dia dari kecil lagi…,akak tak mahu apa-apa jadi pada dia.." giliran Kak Za pula merintih pilu.

" Kak..ini semua salah Lina kak..kalau bukan kerana Lina , semua ni tak kan terjadi. Lina yang bersalah!" Aku memegang erat bahu Kak Za. Aku ingin meyakinkan Kak Za bahawa akulah yang bersalah dalam hal ini. Tangisanku semakin kuat bergema..Kesian Farid Faisyam..kerana aku ,hidupnya terseksa. Aku tidak sangka dia masih mempertahankan cinta lama kami yang sudah bertahun lamanya terputus.

" Lina..jangan cakap macam tu. Bukan salah Lina…Semua ni kerana Hakim. Akak dah cakap awal-awal kat Syam, jangan kerja kat situ tapi dia degil jugak. Akak tak mahu Hakim apa-apakan dia…,tapi sekarang tengok apa dah jadi!" kata-kata Kak Za penuh dengan rasa sesal.

" Kenapa akak cakap macam tu? Sebenarnya , apa hubungan Syam dengan Hakim?"

" Hakim tu dah lama berdendam dengan Syam sejak dia belajar kat London dulu..akak tak tahulah apa sebabnya..tapi masa belajar dulu, dia dah banyak menyusahkan Syam! Mungkin kemalangan dulu pun angkara Hakim!" Jawapan Kak Za sekali lagi membuatkan aku terpempan.


p/s : sory lah kalo entry kali ni agak membosankan..lately sy hilang semangat nak menulis..anyway..lot of thanx to all the followers for my story and the readers..i really appreciate it..=)
posted by Penulisan2u @ 5:54 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Antara Benci dan Rindu 24
Nama Pena : Ida Farisya

"Morning!" sapaku. Aku mengambil tempat di sebelah mama. Ketika aku turun tadi jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Niatku bangun awal adalah untuk membantu ibu membuat sarapan. Tapi nampaknya aku terlambat lagi. Hidangan telah siap tersedia.
"Aiks, pengantin baru awalnya bangun?" usik mama. Aku hanya tersenyum tawar. Faham sangat maksud mama itu. Sejak dari semalam lagi aku teruk diusik mereka bertiga. Ibu, mama dan Nisa nampaknya sudah bersatu tenaga mahu memerahkan pipiku dengan usikan mereka itu.
"Abang Rizal mana akak? Tak bangun lagi ke?" tanya Nisa. Tangan gadis itu lincah mencuci pinggan mangkuk di sinki. Mungkin baki pinggan yang tidak sempat di cuci semalam. Itulah, bila aku bermurah hati mahu berhulurkan bantuan disuruhnya aku berehat di bilik. Tengok, tak pasal-pasal kena sambung kerja lagi.
"Dah bangun dah tadi. Tapi sambung tidur semula," jawabku ringkas. Malas mahu berbicara tentang lelaki itu kerana hatiku tengah panas dengannya. Pagi-pagi lagi sudah membuatkan aku bertambah dosa kerana memarahi suami sendiri.
"Aiks, tak cukup tidur ke semalam?" Kata-kata Nisa disambut gelak ketawa ibu dan mama. Sekali lagi pipiku terasa hangat dek diketawakan mereka semua. Tapi benar juga kata Nisa. Sememangnya lelaki itu tidak cukup tidur. Bagaimana hendak cukupkan masa tidur sekiranya sepanjang malam kerjanya hanya mengganggu aku. Geram tak usah dikata. Kerana Yusrizal aku juga tidak cukup tidur.
Walaupun Yusrizal menghormati keputusan aku yang masih belum mahu bersamanya, tapi dia tidak membenarkan aku tidur berasingan.
"Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorang-sorang. Abang kan dah ada isteri. So, abang nak tidur dengan isteri abang," ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.
"Kalau saya tak nak?" Aku bertanya berani. Keningku sengaja diangkat sambil memandangnya dengan riak sombong. Ketika itu Yusrizal sedang duduk di birai katil manakala aku sedang berdiri berhadapan dengannya.
"Kalau Ifa tak nak?" ulangnya sambil bangun menghampiriku. Hatiku mula gelisah. Terfikir olehku apakah yang akan dilakukannya. Suamiku itu menghadiahkan senyuman manis kepadaku apabila tubuhnya sudah berada di hadapanku. Aku sedikit terpana melihat senyuman itu. Kenapa sekarang kerap benar senyuman itu terukir di bibirnya? Sedangkan dulu senyuman itu jarang sekali mahu dipamerkan kepadaku.
Keasyikan itu membuatkan aku lupa pada dunia sekeliling. Sedar-sedar tubuhku sudah berada di awangan.
"Apa awak buat ni? Turunkan saya!"
Yusrizal tidak menghiraukan kataku. Sebaliknya tubuhku dibawa ke katil dan diletakkan di situ. Aku cuba bangun tetapi dihalang oleh wajahnya yang terlalu hampir denganku.
"Apa awak buat ni?"
"Kalau Ifa tak nak tidur sebelah abang bermakna malam pertama kita akan bermula sekarang," ujarnya dengan nada yang cukup perlahan dan hampir tidak kedengaran. Terbeliak mataku mendengarnya. Tubuhku sudah kembali menggigil.
"Awak jangan nak buat kerja gila. Saya takkan benarkan!"
"Boleh ke Ifa nak halang abang? Ingat Ifa, seorang isteri wajib melayan suaminya."
"Ooo..kalau bab ni pandai pulak awak nak ikut hukum Allah. Masa awak buat dosa dulu awak tak ingat?" kataku geram.
"Well, I’m giving you the options baby. Tidur sebelah abang atau first night?"
Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu membuat pilihan yang diberikannya. Kedua-dua pilihan yang diberikan ternyata akan membuatkan egoku terasa direndahkan. Sedangkan aku tidak mahu mengalah dengannya.
Yusrizal mula menundukkan kepala apabila aku tidak bersuara. "Okay, okay! Saya tidur sebelah awak! Puas hati?" Akhirnya aku memberikan keputusan untuk mengelakkan bibirku dinodai sekali lagi. Geram aku apabila lelaki itu bangun sambil tersenyum kemenangan.
Malam itu aku tidur disebelahnya tanpa bantal golek ditengah. Awal-awal lagi suamiku itu sudah melemparkan bantal yang tidak berdosa itu ke bawah. Tangannya pula tidak langsung berenggang dari pinggangku. Sepanjang malam aku dipeluknya. Bila aku cuba alihkan dari dia akan memelukku semula. Berapa kali aku cuba memisahkan tangannya dari pinggangku ketika dia sedang tidur aku tidak pasti. Yang pasti aku memang tidak bisa menghalangnya dari terus memelukku. Deria rasanya terlalu peka. Akibatnya aku tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyaknya kerana tidak selesa. Apatah lagi dadaku pula berdebar-debar seperti baru menamatkan larian 100 meter.

"Hai, pengantin baru dah sampai ke bulan ke?"
Aku sedikit tersentak apabila mama menggawangkan tangan di depanku. Serentak dengan itu kedengaran orang ketawa kecil. Aku tersenyum malu. Bagaimana pula boleh mengelamun di sini?
"Agaknya dah sampai ke bulan yang bermadu la tu mama," usik Nisa lagi. Aduh, kalau begini makan hati aku asyik diusik saja.
"Hah Ifa, kamu dengan Rizal tak teringin nak pergi berbulan madu ke?" tanya mama.
Aku mengerutkan dahi. "Berbulan madu? Tak boleh la mama. Ifa ambil cuti empat hari saja ni."
"Laa, kenapa ambil cuti pendek sangat. Dah tahu nak kahwin sepatutnya ambil cuti lama sikit. At least seminggu," omel mama. Aku hanya tersenyum. Tidak langusung mengambil hati dengan omelan itu.
"Itulah Maria. Saya dah cakap dah dekat dia dulu. Tapi tak nak dengar. Banyak kerja katanya," sampuk ibu pula.
"Ifa bukan apa bu. Sekarang ni dah bulan oktober. Dah dekat sangat nak final. Waktu macam ni biasanya sibuk. Student perlukan bimbingan untuk menghadapi final," jelasku.
"A’ah betullah. Sekarang dah dekat nak final. Nisa pun tak ready lagi ni," kata Nisa pula. Perasaanku sedikit lega apabila Nisa berkata begitu. Nampaknya alasanku agak kuat sekarang kerana disokong oleh pelajar universiti sendiri. Nisa sudah tentu memahami kerana dia jugak seorang penuntut. Cuma bukan di universiti yang sama aku mengajar. Tapi rangka masanya juga mesti sama. Kulihat ibu dan mama hanya mengangguk faham.
"Hah Nisa, jangan nak cakap tak ready. Mama nak pointer Nisa naik semester ni!"
Tiba-tiba mama bersuara kembali. Tapi kali ini tumpuannya kepada Nisa pula.
"Alaa mama, jangan risau la! Pensyarah akaun kan ada kat sini," ujar Nisa sambil memandangku. "Lagipun pernah ke pointer Nisa jatuh?"
Aku akui Nisa memang gadis yang bijak. Setiap semester pointernya akan meningkat. Malah, semester lepas Nisa sudah berjaya meletakkan dirinya dalam ranking pelajar-pelajar yang mendapat first class. Aku juga kagum dengan kesungguhannya meningkatkan pencapaian diri.
"Eh, ibu lupa la! Nisa ambil course apa ya?" tanya ibu kepada Nisa. Nisa juga memanggil ibuku dengan panggilan ibu. Itu permintaannya pada ibu. Ibu pula menyambut dengan senang hasrat hati Nisa itu. Lagipun kata ibu, tiada salahnya kerana dia juga teringin merasa punya anak ramai.
"Pengurusan perniagaan, bu."
"Oooo."
"Morning!"
Serentak itu semua mata beralih pandang ke arah pintu dapur.
"Sarapan dah siap ke?" tanya abah. Manakala, papa dan juga Yusrizal sudah mengambil tempat di meja makan itu. Terasa sesak benar dapur ini dengan kehadiran semua penghuni rumah ini.
"Dah siap dah. Baru ingat nak kejutkan, tapi semua dah bangun. Macam berjanji pula," ujar ibu. Mereka bertiga hanya tersenyum memandang sesama sendiri.
Tiba-tiba aku terasa jariku digenggam di bawah meja. Aku mengerutkan dahi lalu memandang Yusrizal yang duduk disebelah kiriku. Tiada siapa lagi yang akan berbuat begitu melainkan dia. Suamiku itu hanya berwajah selamba sambil mendengar perbualan mereka yang lain. Sedangkan aku sudah merasa tidak selesa. Lalu, aku cuba meleraikan genggaman tangan itu, tapi tidak berjaya. Pegangan lelaki itu terlalu kuat. Seolah-olah sudah bersedia dengan tindakan aku. Tapi aku tidak mengaku kalah. Aku terus mencuba lagi. Mengharap jariku dilepaskan. Namun begitu perlakuanku agak terbatas kerana bimbang mama yang berada disebelah kananku akan menyedari tingkah lakuku itu.
Tapi nampaknya mama memang sudah menyedarinya. "Yang kamu berdua ni kenapa?"
Aku dan Yusrizal terdiam. Namun begitu tautan jari-jemari kami masih tidak terlerai. Semua mata sudah memandang kami dengan pandangan penuh tanda tanya. Mungkin masih tidak mengerti kenapa mama berkata begitu.
"Kenapa apa? Tak ada apa-apalah mama," jawabku sambil menguntum senyum. Senyuman men’cover’.
"Abis, mama tengok kamu macam tengah berebut sesuatu je?"
Aduh, terasa mahu saja aku menyembunyikan wajahku di bawah meja. Mama ni pun, tak cover langsung! Aku juga sudah merasakan yang jariku sudah dilepaskan.
"Biasalah tu, pengantin baru..." Kata papa disambut oleh gelak ketawa mereka. Sekali lagi aku terkena. Aku memandang Yusrizal dengan pandangan geram. Lelaki itu kelihatan cukup selamba. Malahan, dia juga tumpang sekaki mentertawakan aku. Perasaan geram dalam hatiku ini, Tuhan saja yang tahu.
"Dahlah, jom kita makan. Ifa, tolong ibu bawakan semua ni ke meja depan."
Aku mengangguk lalu bangun mencapai mangkuk besar yang berisi mee goreng di tangan ibu. Mereka yang lain juga turut bangun meninggalkan meja makan di dapur itu. setelah meletakkan magkuk besar itu di atas meja aku kembali ke dapur.
"Ada apa-apa lagi ke bu?"
"Tak ada apa-apa dah. Semua ni dah bawa ke depan. Jomlah kita makan," ajak ibu.
Baru saja aku mahu melangkah terpacul Yusrizal di depan mata.
"Kenapa Rizal? Jomlah kita makan," ajak ibu kepada suamiku itu.
"Emm, Rizal nak air nescafe susu bleh tak ibu?"
"Oh ya, ibu lupa! Mama kamu ada beritahu tadi yang kamu tak minum kopi. Hah Ifa, pergi buatkan air nescafe susu untuk Rizal."
Aku hanya menurut kata-kata ibu. Sedangkan ibu sudah berlalu ke depan meninggalkan kami di situ. Tanpa mempedulikannya di situ aku mendapatkan cawan dan mula membuatkan air untuknya. Tiba-tiba aku terasa tubuhku dipeluk erat dari belakang.
"Lepaslah!" Aku cuba menolak tangannya yang enak melingkar di pinggangku.
"Marah abang pasal semalam ke?" bisiknya ditelingaku. Dek kerana kegelian aku menjauhkan sedikit kepalaku daripadanya. Entah mengapa hatiku berdebar-debar kencang.
"Ish, lepaslah. Nanti semua orang nampak, malulah."
Geram betul aku dengan kelakuan lelaki ini. Sudahlah dendam dulu pun masih belum sembuh takkanlah hendak ditambah dengan dendam yang baru.
"Biarlah orang nampak. Bukannya kita buat dosa pun." Yusrizal sudah meletakkan dagunya di bahuku.
"Awak ni kenapa? Lepaskanlah saya," pintaku dengan suara yang perlahan. Takut pula sekiranya didengari semua orang diluar.
"Hai, macam mana abang nak lepaskan kalau Ifa bersuara manja macam ni."
Yusrizal sudah semakin mengeratkan pelukannya. Aku sudah semakin gelisah. Sifat mengada-ngada lelaki ini semakin jelas kelihatan sejak semalam. Kalaulah Yusrizal berkelakuan seperti ini dahulu, tidak mungkin aku akan menolaknya sekarang.
"Ifa, Rizal...kalau berdua tak nak makan ke? Ke dah kenyang kat dapur tu?"
Tiba-tiba kedengaran suara papa dari luar. Pantas aku menolak tubuhnya jauh. Dan aku berjaya. Lelaki itu hanya ketawa kecil.
"Jom breakfast, sayang."
Memang itu yang ingin aku lakukan. Tapi bila mengadap muka yang sedari tadi tersenyum membuatkan aku kenyang serta-merta.
"And thanks for this!" Yusrizal menunjukkan cawan yang berisi minuman kegemarannya. Belum pun aku bersedia, tiba-tiba sebuah kucupan hinggap di pipiku. Aku terpana!
posted by Penulisan2u @ 5:52 PG   10 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Sesucinya cintamu 8
Nama Pena : ikmal zurin

Ain menemui Syahir di Suria KLCC pada waktu makan tengahari.Mereka menjamu selera di Spice Of India di tingkat teratas Suria KLCC itu.
"So how is your life with your husband?"Tanya Syahir lalu menghirup sedikit jus guava.
"Herm..Entahlah.Sakit hati je duduk dengan dia setiap hari you tahu tak?I rasa kalau I ada mesin masa dah lama I cepatkan waktu.Aman hidup I."Luah Ain.
"Macam itu pulak?You kenalah belajar terima dia.You akan hidup dengan dia selama-lamanyakan?"
Baru Ain teringat yang Syahir tidak mengetahui rancangannya.
"Syahir I lupa nak bagitahu akan hidup dengan dia selama-lamanyakan?"Baru Ain teringat yang Syahir tidak mengetahui rancangannya."
Syahir I lupa nak bagitahu you yang I kahwin dengan dia secara kontrak.Kami kahwin hanya dalam temph setahun."
Pandangan tajam Syahir membuatkan Ain tertunduk.Dia tahu lelaki itu pasti marah akan tindakannya itu.
"Ain!You dah gila ke?Perkahwinan bukan perkara main-main!Perkahwinan sama seperti membina sebuah masjid!You senang-senang nak runtuhkan masjid yang you bina sendiri?Apa gunanya you kahwin dengan dia Ain?!"Marah Syahir.
"I tahu.I buat ni untuk bahagiakan ibubapa I.I tak ada pilihan lain Syahir.I harap you faham."
Ain mengharapkan belas kasihan daripada lelaki itu tetapi sebaliknya pula yang diterimanya.
"You nak I terima perkara yang mengundang kemurkaan Allah?No Ain!I nak you batalkan kontrak tu?Do you hear me?"
Syahir menfokuskan pandangannya kepada Ain.Ain membalas pandangan Syahir.
"I tak mampu Syahir.I tak boleh sukakan dia jauh lagi untuk sayangkan dia.Malah setiap hari I makin benci kepada dia.You takkan faham sebab you tak ada dekat tempat I."
Syahir menggeleng-gelengkan kepalanya."I have no words Ain.You dari dulu sampai sekarang memang keras kepala.Itu je yang I mampu cakap dekat you."
Syahir ketandusan kata untuk diucapkan kepada Ain.Wanita itu akan tetap dengan pendiriannya.
Ammar mengemas pakaiannya.Malam ini dia ada penerbangan ke Amerika Syarikat.Jam sudah melepasi angka 5 petang.Ain masih belum pulang dari kerjanya.Bagaimana dia hendak memberitahu wanita itu dia tidak akan ada di rumah beberapa hari ini.Ammar mencapai kertas dan pen.Dia meletakkan kertas itu di atas meja kopi.Dia bergegas bersiap.Semasa dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar ke rumah dia terlanggar Ain.
"Auuchhh!Tak ada mata ke apa?!"Marah Ain sambil memegang bahunya yang terasa pijar dek terlanggar badan sasa suaminya itu.
"Siapa yang buta?Awak ke saya?!"Kini Ain pula dimarahinya."Salah saya pulak?Awak yang langgar saya?Kalau awak minta maaf lagi baguslah!"Ammar ketawa kecil.Sinis sekali bunyinya di telinga Ain.
"Minta maaf?Nak buat apa minta maaf dengan perempuan macam ni?Tak dapat untungnyalah!"
Akibat terlampau geram Ain mengambil keputusan untuk memijak kaki lelaki itu.Pastinya sakit kerana dia memakai kasut tumit tinggi.Ammar menari-nari di situ menahan kesakitan.Ain pula ketawa dengan apa yang dilihatnya.Puas hatinya.
"Oh balas dendam ya?Nah ambik ni!"Ammar mencubit lengan wanita itu."Padan muka.."
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.Dia sudah lambat untuk ke kerja!Dia pantas menekan kekunci keretanya dan masuk ke perut kereta lalu memecut keluar dari perkarangan rumah.Ain dibiarkannya kesakitan di situ.
"Cis!Tunggulah nanti aku kenakan kau pulak!"Kata Ain sindirian.
Ain melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya.Setelah selesai mandi dan solat dia melangkah keluar dari bilik tidur itu.Dia menuju ke ruang utama rumah itu dan mencapai alat kawalan jauh.Tiada satu rancangan pun yang berjaya menarik minatnya.Dia terpandangkan kertas kecil di atas meja di hadapannya lalu dicapai kertas itu.’Saya akan tiada di rumah selama 5 hari.Ada flight ke US.’Ain tertanya sendiri.Perlukah Ammar memberitahu ketiadaannya di rumah?Bukankah lelaki itu tidak peduli akan kewujudannya di rumah itu?’Mungkin dia nak bagitahu je kot.Yelah mana tahu nanti ada orang tanya,aku pulak tak tahu.Tak ke naya?’Ain menyedapkan hatinya.Dia menutup kembali televisyen.Majalah pula menjadi mangsanya kini.Dia membuka helai demi helaian majalah tersebut.Hampa.Tiada yang menarik.Dia memaksa matanya untuk membaca yang lansung tidak menarik minatnya dan akhirnya tertidur di atas sofa.
“Ain ni ubat ni Ain makan setiap hari pagi dan malam.Baru senang nak lekat."Arah Datin Maisarah.Ain mengukir senyuman kelat.
"Eh Ammar bila balik?"Tanya ibu mertuanya itu.
Ain mengira hari ketiadaan Ammar di rumah.
"Rasanya esok dia balik.Tak tahulah pukul berapa dia balik.Kenapa ibu?"
Datin Maisarah tersenyum."Tak ada apa-apa.Ibu tanya aje.Sebenarnya bila ibu tengok muka Ammar tu,ibu teringatkan arwah Dato’.Muka Ammar dengan Dato’ memang mirip sangat Ain.Ain nak tengok gambar Dato’?"
Ain hanya mengangguk.Tertarik juga dia hendak melihat muka arwah ayah mentuanya itu.Datin Maisarah kembali semula dengan sekeping gambar yang agak usang.
"Ni gambar dia masa muda-muda dulu.Memang sebijik macam Ammar."
Ain menatap gambar itu.Memang benar kata Datin Maisarah.Mata dan mulut mereka mirip sekali.Teringat pula dia kepada Ammar.Apa?!’Kenapa aku ingat dekat dia?Ish tak ada kerja!’Marah Ain kepada diri sendiri.
"Perangai mereka pun sama.Suka menyakat orang.Minat pun sama.Bawak kapal terbang."
Ain mengalihkan pandangannya ke arah Datin Maisarah.
"Arwah meninggal semasa membawa kapal terbang.Masa itu ribut dan kapal terbang kena panah petir.Kadang-kadang ibu takut juga kalau apa-apa terjadi dekat Ammar sama seperti apa yang dah jadi kepada ayah dia."
Ain menatap wajah wanita itu.Walaupun umurnya sudah agak lanjut tapi kedutan di muka itu amat sedikit sekali.Bak kata orang tua-tua ‘kalau muka sering dibasuh dengan air wudhu’ tak nampak kedut bila dah tua.’Ain dapat melihat ada titisan air mata yang turun dari mata ibu mentaunya itu.Hatinya menjadi sebak.
"Ibu janganlah risau.Ajal dan maut di tangan Tuhan.Kalau Tuhan nak ambik dia masa tu jugak tak kira masa dan tempat ibu."
Datin Maisarah menyapu air matanya dan tersenyum pahit."Sudahlah.Ibu buat drama pulak dekat sini.Ni pastikan Ain makan ya ubat ni?Jangan lupa.Kalau Ain nak tahu tips-tips memenangi hati suami tanyalah ibu."
Ain terasa air liur yang ditelannya pahit.Anak?Tidak!!
Ain memusing ke arah kanan.Tidak kena!Pusing pula ke arah kiri.Sama juga.Matanya tidak dapat dipejamkan.Rasa ngantuknya hilang entah ke mana?Mungkin akibat dia tertidur waktu petang tadi,malam rasa ngantuknya hilang.Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu di luar biliknya.Dia bingkas bangun dan duduk di atas katil.Cuba mendengar lagi bunyi yang tidak dikenal pastinya itu.Bunyi itu ada kembali.Hatinya berdegup laju.Pencurikah itu?Ain memberanikan diri keluar dari bilik itu sambil membawa pasu bunga yang ada di atas meja.Dia tidak peduli apa yang dia ambil dan berapa harganya.Yang pasti dia selamat.
Ain terjengket-terjengket ke hadapan pintu.Menyorok di situ.Dia melihat keluar cermin.Tiada siapa pun.Bunyi pintu gril dibuka membuatkan jantungnya semakin laju berdegup.Dia sudah bersiap sedia dengan pasunya.Pintu rumah dan lampu dibuka dan..Praaanggg!Bunyi benda pecah!
"What the h.."Ammar rupa-rupanya.Terkejut benar Ain.
"Awak buat apa?!Dah gila ke?"Tengking Ammar.
"Saya ingatkan pencuri."
“Pencuri?!Awak lupa yang ada orang lain yang tinggal dalam rumah ni!"Tengking Ammar.
Ain menarik nafas dalam."Saya terlupa yang awak balik malam ni.Yang awak pun satu kenapa tak bagitahu saya yang awak balik malam?!Tak adalah saya pecahkan pasu ni.Nasib baik saya tak pukul awak tahu tak?!"Ain membela dirinya.
"Sudahlah.Dahlah pasu ni mahal!Ish menyusahkan orang betullah!"
Ammar melangkah masuk dan mencampakkan topi dan kot kerjanya di atas sofa dan menuju ke dapur.Ain menarik nafas dalam.Dia mengutip kaca-kaca yang berselerakan.
"Auwww!"Jerit Ain.Ammar yang mendengar jeritan itu pantas menuju ke hadapan.Dia lihat lantai sudah dipenuhi dengan darah dan dia melihat pula dari mana datangnya darah itu.Tentunya dari Ain.Ammar pantas menuju ke arah Ain.
"Kenapa ni?"Tanya Ammar cemas.
"Saya terpijak kaca ni."Air mata sudah berliangan.
Ammar dapat merasakan bahawa luka itu agak dalam.Yalah masakan darah akan keluar begitu banyak kalau lukanya kecil?Ammar mengambil keputusan untuk mengendong Ain untuk dibawa masuk ke dalam kereta.
Setelah hampir setengah jam Ain dirawat di Klinik Raudah yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka.Klinik 24jam.
"Luka itu agak dalam.Kaca tu setebal seinci juga.Kami sarankan isteri Encik Ammar berehat di rumah selama seminggu.Takut pulak kalau dia banyak bergerak lagi teruk luka tu."Nasihat Doktor Khalid yang merawat Ain.
Setelah membuat pembayaran Ammar memapah Ain ke kereta.
"Sakit lagi ke?"Tanya Ammar risau.
"Boleh tahanlah."Jawab Ain pendek.Rasa sakit itu dapat dirasakan apabila kakinya bercium dengan lantai.Perit juga untuknya berjalan.
Tidak diduga,Ammar sekali lagi mendukung Ain menuju ke kereta.Ain agak tersentap dengan tindakan Ammar itu.Dia sepertinya terkejut dengan tindakan lelaki itu.Tadi semasa di rumah semasa lelaki itu mendukungnya tidak pula dia sebegini.Mungkin masa tu tengah sakit,mana nak ingat apa.Malu juga dia diperlakukan sebegitu.Setelah sampai di rumah Ammar mengendongnya untuk dibawa ke dalam bilik tidur.
"Kalau awak nak apa-apa panggilah saya.Saya ada dekat luar."Kata Ammar sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
"Ammar?"Ammar menoleh ke arah Ain.
"Thanks."Termuntah juga perkataan itu dari mulut Ain.
Ammar mengukir senyuman.Entah mengapa sepertinya Ain tergoda dengan lirikan senyuman itu.’Jangan kau mudah tergoda dengan lelaki tu Ain!Baru sikit dia tunjuk baik kau dah jatuh hati?Apa kena dengan kau ni?Jangan mudah terpedaya!Lelaki semuanya sama je!Ingat kau benci dia!’Hatinya mengingatkannya.
posted by Penulisan2u @ 5:44 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Aaron vs Reza 5
Nama Pena : sara vallera

"Tadi cakap nak datang balik tapi akak tak datang pun. Memanglah akak dah sombong sekarang…" bisik Afif perlahan sambil meletakkan satu bekas tupperware yang berisi kuih muih di dalam bonet kereta.

Ibu dan bapa mertuanya sedang duduk di halaman sambil bergurau dengan cucu mereka.
Hani mengambil bekas berisi kuih dan meletakkan di tempat duduk belakang kereta.

"Maaf lah. Akak tertidur tadi…" ujarnya berselindung.

"Ibu, Afif nak ikut Kak Safia pergi Damansara. Esok pagi Afif balik. Afif tidur rumah Fazli."

Teriak Afif sambil berlari kedalam rumah. Tersentak Hani mendengarnya.

Ada-ada aja budak seorang ni.

Tidak lama kemudian Afif kembali sambil menggalas sebuah beg.

"Afif nak tidur rumah siapa?" soal Puan Mariam.

"Rumah Fazli. Semalam dia ada call minta tolong teman dia malam ni sebab parents dia outstation ke Hong Kong."

"Kamu nak ibu pack apa-apa untuk kamu tak?"

Bayi comel yang di dukung oleh Puan Mariam bertukar tempat ke sisi datuknya.

"Boleh juga. Ibu tapau macam kak Safia punya. Mesti Fazli suka."

Lantas Puan Mariam berlalu ke dalam rumah.

"Afif, kamu sajalah yang drive…" ujar Hani sambil menyua kunci kereta.

"Afif tak ingat sangat jalan ke sana. Akak lah. Lagipun Afif baru dapat lesen. Apa-apa jadi kan susah…"

"Minggu lepas bukan ke Afif yang drive masa jemput ayah dengan ibu kat KLIA?" sampuk bapa mertua Hani.

"Hari ni tak boleh sebab Afif rasa macam sengal-sengal je kaki ni. Nanti kang kebas pula masa tengah drive."

Alasan… Rungut Hani dalam hati.

"Bawak kereta elok-elok. Dah sampai bagitau kami." Pesan Puan Mariam kepada menantunya semasa tangan mereka berjabat salam.

"Kalau ada masalah ke apa bagitau…" ujar bapa mertuanya pula.

Hani hanya mengangguk.

"Afif, esok kamu nak balik macam mana?" soal Encik Razif.

"Nanti Afif minta Fazli hantar. Ayah dengan ibu tak payah risau. Apa-apa Afif call. Ok ayah, ibu. Assalamualaikum…"

Perlahan keretanya bergerak dari perkarangan rumah banglo mewah itu menuju ke arah lebuhraya.



-------------------------------



"Akak tak takut ke duduk kat rumah tu?" soal Afif di sebelahnya.

Aqil terpaksa di ubah tempat duduknya atas permintaan bapa saudaranya yang seorang ini.

"Nak takut apa? Tak ada apa-apa lah…"

Matanya tetap memandang ke hadapan. Sesekali dilirik ketepi memerhatikan kereta yang bersimpang siur di lebuhraya itu.

"Kenapa akak sombong dengan Afif?"

"Akak rasa semalam akak dah jawab soalan tu? Ini revision ke apa?"

"Afif cakap benda yang betul. Bulan lepas akak okay je. Tapi minggu ni Afif jadi pelik sebab akak macam tak nak layan Afif je…"

"Masa bila pula akak tak layan? Kamu ni kenapa? Putus cinta ke?"

"Ha ah…" ujarnya ringkas.

"Patutlah. Cari lah yang lain Afif. Bunga kat Malaysia ni macam-macam rupa ada."

"Tapi bunga tu juga yang Afif nak."

"Siapa namanya?" soal Hani sekadar mengambil hati orang yang terluka.

"Safia…" jawabnya perlahan.

Ketika itu juga telefon bimbit Afif berbunyi menandakan mesej masuk.

"Akak tak berapa dengar tadi. Apa nama makwe kamu tu?" soal Hani sekali lagi.

"Safia." Ujarnya selamba.

"Apa ni Afif? Kamu nak mainkan akak ye?"

Nada suaranya berubah.

"Afif gurau jelah. Afif mana ada makwe. Eh, kat bus stop depan tu akak berhenti. Dah janji nak jumpa Fazli kat situ je."

"Kamu ni suka main-main eh…"

"Memang Afif macam ni. Tapi kan kak jujur Afif cakap Afif sayang sangat kat akak. Walau akak marah Afif sayang Afif tu tak pernah berubah. Afif sayang sangat kat akak…"

Kaget Hani mendengar bicara yang keluar dari mulut anak muda disebelahnya. Dia tidak mampu untuk berkata-kata.
Selepas mengucapkan terima kasih Afif tersenyum dan bersikap selamba seperti tiada apa yang berlaku. Hani meninggalkan adik iparnya di hentian bas yang dimaksudkan sebentar tadi dengan perasaaan keliru yang padat dibenaknya.

‘Aslm. Afif dh smpi kt rmh Fazli.’

Berkerut dahi Hani membaca sms yang baru diterima sebentar tadi. Ketika itu dia baru sahaja selesai mandi.
Kenapa nak beritahu pada aku? Aku ni bukan mak bapak dia.

‘Ok.’

Sms adik iparnya dibalas ringkas. Tidak lama kemudian dia menerima satu lagi pesanan di telefon bimbitnya.

‘Itu je? Hmm…’

Hishhh budak ni. Mabuk ke apa? Malas aku nak layan. Dicampak telefon bimbit tersebut ke atas tilam empuk tempatnya beradu. Dia melangkah menuju kekatil bayi yang dihias indah dengan gantungan alat mainan bayi yang comel. Mata sikecil itu berkelip-kelip memandangnya seperti meminta untuk didukung.

Sekelip mata sikecil itu berada didalam pelukannya. Di belai permata hatinya.

"Umi sayang Aqil…"

-------------------------------------------

"Damn…" hatinya memujuk dirinya beristighfar.

Kalau difikirkan kembali memang berat dan menyesakkan dada. Tempat itu memang kesukaannya. Menyimpan pelbagai memori dan yang penting itu tempat tinggalnya. Kenapa mesti jadi macam ni?

"Sewel ke? Dah lima belas minit aku tercongok depan ko nak dengar apa masalahnya ko boleh layan perasaan." Getus Amir. Bengang.

Sebentar tadi Aaron bertandang apartmentnya beserta air muka yang bercelaru. Semasa diberitahu melalui telefon bimbit urgent katanya.

"Hello leng chai… mei see aa?" digoyang perlahan bahu sahabatnya yang masih membatu di sofa.

"Sei la. I have to move out. Where should I go bro?"

"Oh, pasal tu ko jangan risau. Rumah aku ni tak lah tinggi macam rumah ko but as you see kind of perfect. Pleasure to have you around." Pelawa Amir.

"No. I don’t think so. But thanks. Aku nak stay rumah sendiri la. Kau pun macam aku kan suka stay alone…"

"The problem is you don’t have any place to stay tonight. Be my guest and then we figure out something. Hah! Ko ingat lagi tak aku pernah cakap pasal Saiful and rumah dia kat Taman Angkasa?"

Aaron mengangguk.

"That’s it bro. I really figure out something for you."

"Apartment ke apa?"

"Entahlah. Kenapa? Kalau rumah bawah ko tak mau lah?"

"Bukan macam tu. Aku dah tak kisah sekarang ni asalkan aku dapat rumah sendiri dalam masa terdekat ni."

"No worries bro. Esok dengan rela hatinya aku call dia pasal rumah tu. Ko dah makan belum ni?"

Aaron hanya menggeleng.

"Jom pekena mee goreng awek cun kat bawah ni. Aku belanja…" Aaron hanya tersenyum mendengar ucapan yang meluncur dari mulut sahabatnya.


---------------------------------------------


Aaron mengerling tiga buah kotak bersaiz sederhana besar yang disusun berdekatan pintu rumahnya. Tubuhnya bersandar di dinding konkrit diruang tamu melepaskan lelah setelah penat memunggah barang-barang dari rumah lamanya. Kalau bukan kerana kejadian lantai konkrit yang retak di kawasan parker apartment tentu dia tidak perlu bersusah payah begini. Sebaik amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa ramai penduduk di apartment tersebut mengambil langkah awal dengan berpindah keluar. Bimbang sekiranya kejadian yang tidak di ingini menimpa.

Bunyi muzik dari telefon bimbitnya memecah lamunan Aaron. Sebaik memandang sekilas nama yang terpapar di skrin pantas dia menekan butang untuk menjawab panggilan.


"Bro, mind if I late? What a damn traffic. Lagi setengah jam aku sampai…"

"Never mind. As long as you can make it…"

"Ok ciao…"

Amireza Iskandar. Best friend ever had. Amir lah orang yang sentiasa memberi dorongan kepadanya ketika dia mula-mula mengecapi kenikmatan menjadi saudara baru. Namun dia hairan dengan sikap rakannya itu. Walau taat kepada Yang Esa dia masih mengunjungi kelab malam dan sebagainya. Pernah di soal dan Amir hanya menjawab itu hobinya. Lalu dia tiada kuasa lagi untuk bersoal tentang kegemaran rakannya itu.


---------------------------------------------------



Tidak sedar waktu yang berlalu dengan pantas Aaron masih leka mengemas kediaman barunya di Taman Angkasa. Apartment itu telah diubahsuai mengikut kebanyakan kediaman orang Jepun dan Korea. System keselamatan, seperti kamera litar tertutup berserta skrin dan audio suara di pintu masuk serta rekaan di dalam rumah yang sungguh moden dan berteknologi.
Tidak hairan jika imej kediaman diterap sedemikian rupa kerana Saiful pernah menetap lama di Korea suatu ketika dahulu.


___________________________________________


Hujung minggu itu Aaron menggunakan sepenuhnya masa yang ada dengan menyusun dan mengemas mana-mana perabot kelengkapan rumah yang masih berbaki di dalam kotak. Dia berhajat untuk menghantar sahaja sarung tilam dan bantal yang belum dibasuh ke kedai dobi. Mudah dan senang lagi menyenangkan dirinya.


"Bos, u tahu tak kedai dobi kat mana?" Aaron menyoal salah seorang pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal.

"Dekat Blue Garden. Encik jalan terus sampai jumpa traffic light lepas tu encik belok kiri. Sebelah kanan encik Blue Garden. Kawasan tu banyak kedai. Tapi kedai dobi memang ada satu je kat situ…" jawab pengawal tersebut sambil tangannya sibuk menunjuk arah.

"Ok boss. Thanks." Aaron menaikkan cermin tingkap kereta dan berlalu meninggalkan kawasan kediamannya.

Aaron memberhentikan keretanya betul-betul berhadapan dengan kedai Yellow Brush Laundry. Dikeluarkan beg plastic yang mengadungi cadar dan sarung bantal di tempat duduk belakang.

"Ya encik?" seorang gadis manis menyapanya.

"Err… Sarung bantal and cadar u terima tak?" soal Aaron ragu-ragu.

Gadis manis itu tersenyum.

"Jangan risau encik. Kami terima. Encik tulis nama, nombor telefon dan tandatangan kat resit ni. Bila encik nak ambil?

"Esok?" Dia masih leka mencatat sesuatu di resit tersebut.

"Maaf encik. Ahad tak buka."

"Kalau macam tu Isnin lah. Pukul berapa tutup?" soalnya sambil menyerahkan kembali resit tersebut.

"Lapan malam encik." Ujar gadis manis tersebut bersama senyuman yang menawan.

"Ok. Terima kasih." Sebuah senyuman dilemparkan kepada gadis itu.

"Terima kasih encik." Senyuman masih terpamer dari wajah gadis manis tersebut.

"Tina…" suara perempuan dari bahagian dalam kedai memanggil gadis manis tersebut.

Aaron yang baru melangkah beberapa tapak terhenti. Kemudian dia berlalu kearah keretanya dan memecut meninggalkan kawasan lot kedai itu.

Dia berhenti di sebuah restoran halal yang turut menyediakan masakan Cina.Dia memesan untuk membungkus sahaja makan malamnya pada hari itu.


Hani membuka computer riba. Hampir satu minggu dia tidak melayari internet. Beberapa mesej chatting masuk. Semuanya dari Reza.

Reza : At last I can catch u.

Secara tiba-tiba mesej dari Reza diterimanya.

Reza : Hann. Are you going to reply or not??

Hann : Ya.ya. Sorry.

Reza : Is anything happened last week?

Hann : Nothing.

Reza : Looks like something really happened. Never mind. We don’t have to share
everything with people. Sometimes secret should remain secret.

Hann : Since when u being a philosophy?

Reza : Haha. It’s just a word. Don’t take it seriously. When can I meet you Hann?

Hann : No need to meeting. I’m preferred to be like this.

Reza : Ok. Never mind.


Hani tidak membalas mesej tersebut apatah lagi ‘Reza’. Masing-masing tidak mahu mengalah. Akhirnya selepas melayari laman kesukaannya Hani menutup computer. Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Dia ingin merehatkan dirinya pula. Hani melayangkan fikiran mengenangkan rakan-rakan lama. Selepas berkahwin rata-rata rakannya menyepikan diri. Mungkin sibuk menguruskan keluarga. Begitu juga dirinya. Terkadang dirinya juga berasa sunyi. Mujurlah ada si kecil itu menemani hari-harinya.....
posted by Penulisan2u @ 5:35 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Sengaja kita dipertemukan 5
Nama Pena : kelopak mawar

Peperiksaan semester akhir baru sahaja tamat. Kebanyakan pelajar sibuk menguruskan kepulangan ke kampung sempena cuti semester yang berlangsung. Hanya tinggal beberapa pelajar yang tidak pulang kerana beberapa perkara.

Nurjiha mengemas beberapa buku nota kuliah sepanjang semester yang dilalui lalu dimasukkan ke dalam kotak. Esok, seawal jam 8.00 pagi dia harus bertolak dari kolej kediaman untuk pulang ke kampung. Cuti semester tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga di kampung.

Dipandang sekilas pada meja Mashitah. Masih penuh terisi dengan barang peribadi milik sahabatnya itu. Kebiasaanya Mashitahlah orang pertama yang akan pulang sebelum Nurjiha.

Nurjiha mengambil sebuah kotak sederhana bercorak bunga-bunga kecil. Kotak di tangannya itu terlepas. Segala isi di dalamnya terhambur keluar daripada kotak. Nurjiha mengutip satu persatu isi yang terjatuh.

Mata Nurjiha terpaku pada gambar di pegangannya. Gambar yang membuatkan nafasnya berhenti berdenyut. Direnung gambar tersebut. Gambar yang menyimpan seribu kenangan dalam coretan hidupnya.

***

"Tak ada orang yang boleh ambil gambar kitalah.."

"Ha.. Adik mari sini sat.."

Kanak-kanak lelaki yang sedang bermain basikal tidak jauh daripada mereka bergerak hampir. Ragu-ragu dengan panggilan yang menggamitnya tadi.

"Adik boleh tolong abang tak? Ambilkan gambar abang dengan kakak kat sini boleh?", Shahreez tersenyum sambil menunjukkan kamera di tangannya kepada kanak-kanak tersebut.

"Nanti abang bagi upah.."

"Mak kata lelaki dengan perempuan tak boleh pegang tangan macam ni.."

Shahreez terkesima dengan jawapan kanak-kanak tersebut. Genggaman tangannya di jemari Nurjiha dilepaskan. Nurjiha kemerahan malu dengan teguran dari seorang kanak-kanak.

"Abang dengan kakak ni dah kahwinlah dik.. cuba tengok cincin kat jari kakak ni".

Kanak-kanak tersebut mengambil gambar Shahreez dan Nurjiha seperti yang disuruh. Nurjiha yang masih terasa malu dengan teguran kanak-kanak tersebut sedikit enggan bergambar.

Shahreez bersikap selamba dengan mendekatkan dirinya di sebelah Nurjiha. Tangan kanannya rapat memeluk pinggang Nurjiha supaya hampir kepadanya.

"Abang, malulah..". Nurjiha meluahkan rasa tidak senangnya dengan sikap Shahreez sebentar tadi.

Shahreez hanya tersenyum nakal. Matanya menghantar pemergian kanak-kanak yang membantu mereka tadi.

"Nak buat apa malu, kan abang dah cakap kita dah kahwin tadi.."

"Tak baik menipu budak kecil tau.."

"Ok, lepas ni abang tak buat lagi. Tapi pandailah adik tu tadi kan. Kecik-kecik dah tahu benda yang salah. Tengok, gambar yang dia ambil pun cantik tau", dihulur kamera kepada Nurjiha.

"Mestilah dari didikan mak dan ayahnya tu.."

"Sayang, nantikan bila kita ada anak, abang nak anak kita tu lelaki dan bijak macam adik tadi tu…"

"Kalau perempuan?"

"Kalau perempuan mesti cantik macam ibunyalah..".

Shahreez mencuit hujung hidung Nurjiha. Sengaja mengusik buah hati di hadapannya. Rasa seronok sekali menyakat Nurjiha yang akan kemerah-merahan wajahnya apabila disakat oleh Shahreez.

***

Tok! Tok! Tok!

Lamunan Nurjiha terhenti dengan bunyi ketukan di pintu biliknya. Gambar yang berada di genggamannya disimpan di dalam kotak. Berjalan menuju ke pintu biliknya.

Tombol pintu bilik dipulas. Pintu dikuak untuk melihat empunya tubuh yang mengetuk pintu tadi. Sesusuk tubuh berdiri tegak di hadapan Nurjiha. Nurjiha yang tidak menyangka dengan kedatangan tetamu di hadapannya tergamam seketika. Tidak disangka tetamu di hadapannya mencari jejaknya hingga ke biliknya.

***BERSAMBUNG***
posted by Penulisan2u @ 5:31 PG   5 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Anaknya, Anakku Jua 5
Nama Pena : anarif

Nisa' memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai runcit berdekatan dengan Taman Seri Indah. Dia perlu membeli sedikit barang keperluan rumah yang telah habis. Dia mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Kelam-kabut dia melangkah masuk ke dalam kedai runcit itu sehingga dia hampir terlanggar seorang lelaki yang mahu keluar dari kedai itu.

"minta maaf encik." Ucap Nisa' sekali pandang seraya berlalu. Sedang dia memilih-milih barang yang mahu dibelinya, dia terdengar riuh di hadapan kedai itu. Nisa' tidak menghiraukan semua itu. dia perlu cepat sampai ke rumah Mak Su. Sebaik dia tiba di kaunter itu, dia terdengar lagi suara orang meninggi.

"kenapa tu?" Tanya Nisa' pada cashier kedai itu.

"ada orang block kereta dia. Bisinglah dia." Jawab cashier itu.
Nisa' mengangguk-angguk sahaja. Eh, block kereta dia?
Pantas Nisa' berlari keluar meninggalkan barang di kaunter.

Alamak, kereta aku! Nisa' kaku di situ. Dia mengetap bibir. Lelaki yang membuat bising tadi mengalih pandang pada Nisa' yang sudah berubah wajah. Lelaki itu mendekat.

"cik, itu kereta awak ke?" Tanya lelaki itu. Nisa' mengangguk lambat-lambat.

"apa awak tunggu lagi? boleh awak pergi alihkan kereta awak sekarang?"tanyanya perlahan tapi sinis.

Nisa' mengangguk laju sebelum mengatur langkah ke keretanya dan dialihkan keretanya. Orang ramai yang melihat Cuma menggeleng. Apa yang digelengkan pun Nisa' tidak pasti. Nisa' benar-benar tidak perasan dia menghalang kereta lelaki itu. kelam-kabut sangat tadi. Padan muka.

Nisa' keluar dari kereta lalu mendapatkan lelaki itu. wajahnya tegang, jelas berang dengan Nisa'. Muka dah handsome tapi perengus. Nisa' berfikir sendiri.

"encik, saya minta maaf. Saya nak cepat sangat tadi. Tak perasan pulak kereta saya dah halang kereta
encik. Saya minta maaf." Ucap Nisa' berulang kali.

Lelaki itu Cuma menjeling seraya berlalu. Nisa' terkedu. Hah? Macam tu je? Nisa' termangu-mangu.
Malas dia mahu melayan, Nisa' masuk kembali ke kedai, membayar harga barangnya lalu berlalu. Saat ini dia Cuma fikirkan Hana sahaja.

Sampai di rumah Mak Su, Nisa' menarik nafas dalam sebelum keluar dari kereta. Di halaman rumah kereta itu, sebuah kereta tersadai. Kereta siapa ni? Anak saudara dia la tu.
Nisa' memberi salam.

"waalaikumussalam." Masuklah Nisa'. Pelawa Mak Su.
Nisa' menolak pagar lalu masuk.

Di pintu masuk, sepasang sandal lelaki terletak elok. Nisa' menanggalkan kasutnya lalu masuk. Dia menyalami Mak Su.

"Hana mana?" Tanya Nisa'.

"ada kat dalam. Masuklah dalam bilik. Mak Su nak ke dapur kejap. Tinggal lauk atas dapur tadi." Ujar Mak Su seraya menunjukkan bilik yang dimaksudkan.

"ok Mak Su." Nisa' mengatur langkah ke bilik itu.

Dia menguak langsir dan serentak itu, gerakannya terhenti. Nisa' tergamam. Matanya terpaku pada seseorang yang sedang mendukung Hana. Seorang lelaki. Dia berdiri membelakangkan Nisa'.

"err, encik," tegur Nisa'. Lelaki itu berpaling. Nisa' tergamam. Lelaki itu juga jelas terkejut dengan kehadiran Nisa'.

Lelaki garang tadi!

"eh, Nisa' kenapa tak masuk lagi?" tegur Mak Su apabila melihat Nisa' masih di ambang pintu. Nisa' mengalih pandang.

"err, ada orang…." Ayatnya tidak habis.
Mak Su menguak langsir lalu senyum.

"oh, itu Irfan. Anak saudara Mak Su. Dia baru je sampai." Jelas Mak Su. Irfan kelihatan kekok tiba-tiba. Dia meletakkan Hana kembali ke atas tilam. Gelabah. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"err, saya keluar dulu." Pinta Irfan. Nisa' tidak menjawab namun dia memberi ruang kepada Irfan untuk berjalan dan Irfan melintasinya keluar bilik.

Nisa' masih terkejut. Bicaranya amat berbeza dari tadi. Tiada nada sinis terselit. Irfan, Irfan. Macam-macam.
Nisa' mengambil Hana lalu dikucupnya.

"Hana rindu ummi tak? Ummi minta maaf ya Hana. Ummi sibuk hari ni." Nisa' berbicara dengan Hana perlahan. Mak Su Cuma tersenyum.

"Hana baik dengan Mak Su. Dia tak banyak meragam pun." Lapor Mak Su. Nisa' melangkah keluar bilik dan dia terkejut sekali lagi apabila Irfan sedang berdiri di tepi pintu. Wajahnya gelabah. Nisa' tersenyum geli hati namun dia tidak menunjukkan geli hatinya kepada Irfan.

"mana beg Hana?" Tanya Nisa'. Mak Su menghulurkan beg Hana. Nisa' menyambutnya lalu mengatur langkah ke pintu.

"Mak Su, terima kasih banyak-banyak. Saya balik dulu." Ujar Nisa' seraya melangkah keluar rumah. Dari ekor matanya, dia perasan Irfan memerhatikannya tajam namun Nisa' berpura-pura tidak menyedarinya.

"eh, Irfan. Tolong Nisa' kejap. Mak Su nak tengok gulai atas dapur." Arah Mak Su seraya berlalu. Irfan kelihatan terkejut dengan arahan Mak Su. Nisa' juga begitu.
Pandangan mata mereka bertentangan.

"tak apa. Saya boleh buat sendiri Mak Su." Nisa' menolak. Dia mengatur langkah ke kereta dan sampai di kereta, Nisa' termangu-mangu seketika. Macam mana nak buka pintu kereta? Tangan dah tak ada.
Dalam dia berfikir, tiba-tiba ada tangan yang membukakan pintu untuknya. Nisa' mengangkat muka. Irfan mengukir senyum dalam riak serba-salah.

"thanks." Ucap Nisa'. Dia meletakkan beg di seat belakang sebelum berpindah ke seat depan pula. Diletakkan Hana di atas tempat duduk sebelah pemandu. Irfan setia memerhati.

Nisa' mengukir senyum nipis pada Irfan yang masih tegak berdiri di sisi kereta.

"thanks again Irfan. Sampaikan salam pada Mak Su." Ujar Nisa' seraya membuka pintu kereta pemandu. Irfan menahannya.

"ok. Err, saya minta maaf pasal tadi." Ujarnya lambat-lambat.
Nisa' terdiam sebentar berfikir. Dia sudah terlupa tentang hal tadi.

"oh, tak apa. Bukan salah awak, memang salah saya." Akui Nisa'. Dia sudah masuk ke dalam kereta apabila Irfan menahannya lagi.

"err, Hana comel. Macam umminya." Puji Irfan. Merah padam muka Nisa' mendengar pujian itu.
Oh, patutlah dia gelabah kat tepi pintu tadi. Menghendap aku rupanya. Hana membuat telahan sendiri.

"thanks. Saya balik dulu." Pintu kereta ditarik dan enjin dihidupkan. Dia mengangkat tangan pada Irfan lalu memandu pergi.

****************

Nisa' menguap panjang untuk kesekian kalinya. Rasa mengantuknya masih belum hilang. Kini dia sedar betapa berat dan besarnya tanggungjawab seorang ibu. Tidurnya sering terganggu sejak Hana menjadi penghuni tetap di rumahnya namun tiada sekelumit rasa sesal di hatinya. Hana anaknya dan akan menjadi anaknya sampai bila-bila.

Sampai di pejabat, Liza memandangnya pelik.

"cik Nisa', kenapa muka cik lesu je 2-3 hari ni?" tegur Liza. Nisa' yang baru sampai tersenyum tawar.

"entah. Banyak kerja kot?" ujar Nisa' beralasan sedang dia tahu jawapan yang sebenar-benarnya.

"eh, cik tak ada bawa balik kerja pun saya tengok. Kerja apa yang banyak sangat tu?" korek Liza lagi. Nisa' terdiam.

Dia sedar Liza seorang yang prihatin namun kali ini keprihatinannya menyesakkan kepala Nisa'.

"Liza, saya masuk dulu. Tolong buatkan kopi secawan. Thanks." Pinta Nisa' seraya memulas tombol pintu dan masuk.

"ok cik Nisa'." Jawab Liza perlahan. Aku buat dia marah ke? Liza pantas beredar ke pantry menyediakan minuman Nisa'.

Seketika kemudian dia kembali membawa minuman Nisa'.
Diletakkan cawan itu perlahan di hadapan Nisa'.

"err, cik Nisa'. Cik Nisa' marahkan saya ke?" Tanya Liza lambat-lambat.
Nisa' memanggung kepalanya.

"kenapa saya nak marah? Awak ada buat salah ke?" Tanya Nisa'. Liza menggaru kepala yang tidak gatal.

"er, tak lah. kalau macam tu, saya keluar dulu." Liza meminta diri. Nisa' pantas menahan.

"Liza, thanks for your concern. I really appreciate it." Liza tersenyum nipis.

"ok. Saya keluar dulu." Liza beredar tanpa menunggu lagi. Nisa' menyandarkan badannya ke kerusi. Melepaskan keluhan panjang.

Tiba-tiba Nisa' teringatkan Hana. Semalam Hana menangis sahaja tidak mahu tidur. Sudah pelbagai cara Nisa' buat (cara yang dia tahu saja, apa sangat yang dia tahu) untuk menenteramkan Hana. Sehingga pukul 4 pagi baru Hana tidur nyenyak.

Apabila dihantar kepada Mak Su pagi tadi, Hana kelihatan ok sedikit. Harap-harap Hana tak mengamuk pulak dengan Mak Su. Susah nanti.

Menguap lagi. berair matanya menahan ngantuk. Apalah nasib aku. Tak kahwin tapi dapat anak. Hujung minggu ini Nisa' bercadang mahu pulang ke rumah ibu bapanya, bersama Hana. Bimbang juga dia dengan penerimaan mereka nanti.

Hendak mengambil anak angkat mungkin takkan ada masalah pada mereka tapi jika anak itu anak Badri, bagaimana pula reaksi mereka. Badri tidak berapa disukai ibunya semasa mereka bersama. Nisa' Cuma mampu berdoa Hana akan diterima ibu dan bapanya.

Telefon bimbitnya berbunyi. Lagu yang berdering menandakan Daniel yang menelefonnya.

"hello, assalamualaikum." Nisa' memberi salam.

"waalaikumussalam. Petang ni cam biasa?" Tanya Daniel. Nisa' tersenyum. Memang itu rutinnya. Bila masanya mereka takkan dinner bersama? Lagipun hanya itu sahaja masa yang mereka ada. Hujung minggu masing-masing sibuk dengan hal lain. Cuma kadang-kadang mereka bertemu, beralih angin ke tempat lain.

"ye, saya tau." Ujar Nisa'.

"ok, kita makan tempat lain pulak boleh?" Tanya Daniel.

"err, kat mana?" Tanya Nisa'. Sebenarnya dia tidak mahu pergi terlalu jauh. Bimbang dia akan lambat pulang. Kesian pulak Mak Su.

"ada tempat baru kawan saya cadangkan. Seafood. Sedap katanya. Ok? Tapi jauh sikit." Jelas Daniel. Nisa' diam. Macam mana ye?

"err, kita makan area sini je tak boleh? Saya kena balik awal la." Nisa' menolak secara baik.

"kenapa? Awak ni macam ada anak pulak nak jaga. Padahal bukan ada siapa pun kat rumah tu." Tingkah Daniel. Nisa' garu kepala yang tidak gatal.

"hmm, oklah." Akhirnya dia bersetuju dengan berat hati. Mana mungkin Daniel akan memahami?

"ok. Saya ambil awak. Ok?"

"ok. Jumpa nanti." Nisa' bersuara perlahan.

Talian dimatikan. Nisa' memicit kepala yang tidak sakit. Mana nak jaga laki, mana nak jaga anak? Haish, susah betul. Dia mencapai pen, menyambung kerja yang tergendala.

********

"awak mengantuk ke?" Tanya Daniel. Nisa' menutup mulut yang menguap lagi.

"hmm? Haah." Jawab Nisa' jujur. Dipandangnya ke luar tingkap. Destinasi mereka hanya Daniel yang tahu. Nisa' malas mahu bertanya. Mengikut sahaja.

"muka awak letih je, tak bermaya saya tengok. Awak sakit?" Tanya Daniel lagi. alamak, malasnya aku nak melayan cakap dia sekarang. Nak tidur ni. Namun Nisa' tahu Daniel akan bimbang yang bukan-bukan jika dia tidak melayan atau menunjukkan bukti yang dia sihat dan tidak sakit.

"saya ok la. Cuma mengantuk saja." Nisa' memandang Daniel sekilas.

"awak buat apa malam-malam tak tidur? Takkan awak bawak balik kerja pulak?" korek Daniel lagi. sungguh dia hairan.

Dia tahu Nisa' bukan jenis yang suka keluar malam. Habis kerja terus terperuk dalam rumah dan tidur awal. Daniel sering juga bertemu kawan-kawan namun tidak selalu.

"saya, saya bersembang dengan Mala semalam." Habis Mala pulak kena!

"sembang? Aik, tak pernah-pernah rajin sembang tiba-tiba nak menyembang pulak?" Tanya Daniel. Pelik.

"yelah, sebab tak pernah lah kena bersembang." Jawab Nisa' laju.

"tapi kan baru je you all pergi shopping sama hari tu? Tak habis bersembang lagi?" Tanya Daniel lagi. Nisa' garu kepala. Ish, susah betul orang tua ni.

"Daniel, saya penat. Please. Nak tidur kejap. dah sampai awak kejutkan saya." Nisa' tidak menunggu lagi, terus dia memejamkan matanya dan mengiringkan kepalanya ke tingkap.

"hmm yelah, yelah. Tidurlah." Daniel memicit punat radio dan radio dihidupkan. Lagu nyanyian Sudirman "Salam Terakhir" berkumandang memenuhi ruang kereta.

Mata Nisa' terbuka kembali. Lagu ini pernah dinyanyikan Badri padanya satu masa dulu. Namun waktu itu Badri menyanyikannya untuk tujuan suka-suka sahaja. Tidak sangka Badri telah pergi meninggalkannya.
Nisa' sebak. Teringat Hana, teringat suraya, teringat Badri. Air matanya menitis namun tidak disedari Daniel yang tekun memandang ke hadapan. Bait-bait kata dalam lagu ini benar-benar menusuk perasaannya.
Badri, semoga kau aman di sana. Dan Nisa' terlelap jua bersama kenangannya dan Badri.

"Nisa', bangun, dah sampai." Suara Daniel memenuhi gegendang telinganya. Apa yang dah sampai?

"ha? Dah sampai?" terkulat-kulat Nisa' cuba mengingati apa yang sedang berlaku.
Daniel tertawa kecil.

"itulah awak. Tidur waktu asar, mewarisi kegilaan. Kan dah tak betul tu?" usik Daniel.

"kita kat mana ni?" Tanya Nisa' termangu-mangu.

"dah sampai restoran tu. Jom." Ajak Daniel. Dia sudah keluar dari kereta.

Oh, restoran. Ok. Baru aku ingat. Nisa' membetulkan tudung. Pipinya terasa melekit dek air matanya tadi.
Setelah pasti rupanya ok, Nisa' keluar dari kereta dan mendapatkan Daniel.
Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Lama juga perjalanan mereka ke sini.

Nisa' tiba-tiba terasa seperti mahu ke tandas. Daniel yang sedang meneliti menu dikuisnya.

"awak, saya nak ke tandas dulu." Beritahu Nisa'. Dia menolak kerusi. Ditanyanya pelayan kedudukan tandas sebelum dia menuju ke arah yang dimaksudkan.

Tiba-tiba, telefon bimbit Nisa' berbunyi nyaring. Daniel yang masih meneliti menu tersentak. Dicapainya beg Nisa' lalu dikeluarkan telefon bimbitnya.

"Siapa ni?" Daniel bertanya sendiri apabila melihat nombor asing. Ditekan punat hijau.

"helo," sapa Daniel.

"helo, Nisa'. Hana demam ni. Makcik dah bawak dia ke klinik. Makcik dengan Irfan. Nisa' lama lagi ke?" Daniel terkedu. Tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Siapa Hana?

"err, Nisa' ke tandas. Ini siapa?"

"oh, bukan Nisa' ke? Saya Mak Su, yang jaga anak dia, Hana. Nanti tolong beritahu dia minta dia call Mak Su semula ya." Pesan Mak Su. Suaranya cemas sedikit.

"err, ok, ok. Saya sampaikan." Tutur Daniel. Sesak dadanya mendengar bicara Mak Su. Anak Nisa'?
Telefon diletakkan di atas meja. Menu sudah tidak menjadi perhatian. Apa sebenarnya ni? Siapa Irfan? Hana anak Nisa'? Daniel meraup wajahnya. Apa yang dia pasti, Nisa' menyembunyikan sesuatu darinya.

Dari kejauhan dia sudah melihat kelibat Nisa' yang sedang berjalan kembali ke meja mereka. Ditenung wajah itu tajam sehingga Nisa' sampai ke meja.

"dah order?" Tanya Nisa'. Daniel tidak menjawab.
Nisa' perasan wajah Daniel tegang dan telefon bimbitnya berada di luar beg tangannnya.

"ada orang call ke?" Tanya Nisa' lambat-lambat. Janganlah Mak Su.

"Mak Su." Jawab Daniel pendek. Nisa' telan liur.

"Mak Su? Dia nak apa?" suaranya perlahan namun tegas. Dia bimbang ada yang buruk berlaku.
Daniel tidak menjawab sebaliknya dia mengalih pandang. Wajah Nisa' tidak ada raut bersalah. Sakit hati Daniel melihat riak Nisa' yang masih bersahaja.

Nisa' tahu saat ini Hana lebih penting. Daniel tidak mahu menjawabnya. Biarkan dulu. Didail nombor Mak Su. Tidak berangkat. Eh, tak ada kat rumah ke?

Daniel masih tidak bersuara. Nisa' tahu segala soalannya pada Daniel saat ini tidak akan dilayan.
Dia memeriksa panggilan masuk. Didailnya nombor yang terbaru.

"helo,"

"helo," suara garau lelaki menyapanya. Eh, salah orang ke? Tapi ini je nombor yang tak dikenali.

"err, sorry, salah nombor." Nisa' mahu mematikan talian apabila suara itu menahannya.

"cik Nisa', saya Irfan. Nak cakap dengan Mak Su?" Irfan? Oh, lelaki garang tu.

"Mak Su ada situ?"

"ada, kejap ya."

Dan telefon bertukar tangan.

"Nisa', Hana demam. Mak Su dah bawa ke klinik. Mujur Irfan ada. Kalau tak susah juga." Suara Mak Su kedengaran lega walau ada nada cemas terselit.

"teruk ke?" Nisa' risau. Dijeling Daniel sekilas yang memandangnya tajam.

"entahlah. Doctor tengah check ni. Nisa' bila nak datang?"

"saya balik sekarang. Nanti saya call Mak Su balik."

"ok, hati-hati ya."

Talian dimatikan. Nisa' mengetap bibir. Kereta tak ada.

"Daniel, saya kena balik sekarang. Kalau awak nak tunggu terpulang. Saya ambil teksi."

Nisa' bingkas. Daniel tidak berganjak. Nisa' terus beredar tanpa menunggu lagi.

Sudah lama dia tidak menahan teksi. Berdiri di tepi jalan, Nisa' menggapaikan tangannya setiap kali ada teksi yang lalu. Namun hampa. Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di depannya. Daniel.

Nisa' senyum tawar. Dia tahu Daniel tidak akan membiarkannya pulang sendiri. Sudah hampir malam pula.
Dia masuk ke dalam kereta. Daniel tidak memandangnya tapi kereta sudah meluncur laju di atas jalan.

Tiba-tiba, Daniel bersuara.

"kita ada banyak masa sebelum sampai. Tolong jelaskan pada saya apa yang sedang berlaku dan kenapa saya rasa macam orang bodoh sekarang." Sinis ayatnya.

Nisa' menoleh melihat Daniel. Pedih.

"Hana, anak angkat saya."

"then who am I? why can't you tell me? Is it that hard to tell me Nisa'!?" tingkah Daniel. Nisa' menunduk.
Dia sedar, salah dia juga.

"I don't think you will accept her Daniel." Nisa' menjelaskan. Perlahan.

"why? Am I that bad? I love you Nisa', you know I will support you in whatever you do!" keras suara Daniel.

"because she is Badri's daughter!" suara Nisa' tinggi. Air mata sudah mula mengalir. Daniel terpaku. Terdiam tidak berkata apa-apa.

"he got married not long after we broke up. And he died soon after that. His wife was pregnant but she was also going to die because she was sick. Right after she delivered Hana that night, she called me. The night that we were talking to go to the workshop to take my car back. That night. She talked to me, and asked me to accept Hana because she trusted me as Badri did. And she gave Hana to me. She died right in front of me. With Hana in my arm." Nisa' teresak-esak kecil. Kenyataan itu perit dan pahit untuk ditelan.
Daniel menongkat kepala. Perasaannya bercampur-baur.

"so, tell me, Daniel. If you were in my place will you let me know about her?" Tanya Nisa' pada Daniel yang sudah kehilangan kata.

Sepi menyelubungi suasana. Cuma esakan Nisa' yang kedengaran. Dia tidak meminta semua ini terjadi dan dia amat berharap Daniel memahaminya. Namun, fahamkah Daniel isi hatinya?
posted by Penulisan2u @ 5:27 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group