BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 03, 2009
Novel : Jodoh Atau Cinta 30
Nama Pena : Iman Hazana

"Assalamualaikum." Keempat-empat mereka menoleh apabila mendengar salam yang di hulurkan. Kelihatan tubuh tegap Tengku Farid berdiri di hujung ruangan itu.
Farhan dan Iman bangkit dari sofa tempat mereka duduk sadari tadi. Keduanya kelihatan tegang. Mata mereka berlaga kemarahan.

"Apa yang Tengku cuba buat disini? Memaksa kami datang. Apa yang Tengku nak lagi?" Farhan terus bertepik kuat. Hilang perkataan hormatnya pada lelaki di hadapannya sekarang yang bergelar ayah padanya. Iman di berlakang abangnya pun turut mempamerkan rasa tidak puas hati.

" Boleh kita duduk berbincang dulu kan? Papa rasa tak salah papa panggil anak menantu papa balik. Makan malam bersama." Tengku Farid dengan selamba melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi mewah di situ.
Farhan tidak mengendahkan Tengku Farid. Begitu juga Iman adiknya. Entah hati mereka cukup keras menerima lelaki yang banyak membuat hidup mereka menderita. Farhan mahupun Iman, masing masing langsung tidak nampak sebab musahabab kenapa Tengku Farid perlu wujud lagi di dalam di hidup mereka. Setelah berpuluh tahun lamanya. Tak kan Tengku Farid tak terasa sudah terlambat untuk semua ini.

"Papa? Kami tak ada papa sejak ibu kami kena tinggal macam tu je Tengku. Kami tak ada papa sejak kami ni hidup macam anak yatim piatu, menumpang kasih pada keluarga orang. Kami tak ada papa apabila seorang suami tega melepaskan isterinya tanpa sebab. Apabila seorang lelaki tak pun hadir di hari pengebumian bekas isterinya. Apabila seorang ayah lagi rela biarkan anak-anaknya tinggal dengan orang asing dan tak pernah sekalipun nak ambil peduli." Iman dengan senyuman sinisnya bebas mengkritik. Dia nampak tabah meluahkannya tapi saat itu hatinya bagai di tumbuk hancur lumat. Matanya menceritakan segalanya. Danish bak memahami. Dia bangkit dari duduknya yang kaku tadi. Berdiri di sisi Iman. Merangkul bahu Iman sambil mengusap lembut bahu isteri kesayangannya itu. Ingin menyalurkan semangat buat Iman.

"Duduk Iman. Iman tahu kan apa yang papa boleh buat? Tentu sekali Iman tak terfikir yang Iman boleh keluar dari sini dengan mudah tanpa kebenaran papa. Sekarang duduk. Both of you." Tegas suara Tengku Farid memberi arahan. Sakit hati anak-anaknya. Pedih lagi hati dia. Hancur hati permatanya berdua itu. Lumat lagi hatinya. Perit hatinya mendengar luahan Iman.

Iman dan Farhan memang cukup faham apa yang di katakan oleh Tengku Farid. Mereka terlalu faham apa yang Tengku Farid boleh lakukan sebenarnya. Siapa yang tak kenal Tengku Farid yang ramai pengikut yang mampu melakukan apa sahaja. Kalau tak masakan dengan mudah Tengku Farid boleh mengheret mereka kembali ke rumah ini. Lantas itu mereka tiada pilihan lain selain duduk menurut apa yang di perintahkan.

"Kenapa dengan muka Farhan tu?" Melihat anak-anaknya mengalah. Tengku Farid berlembut. Dari tadi dia tertanya-tanya kenapa dengan wajah anak terunanya itu. Siapa yang sebegitu berani menyentuh anaknya?

"Jangan pura-pura lah Tengku. Ini kan kerja anak buah Tengku. Agaknya selagi kami berdua ni tak pergi dari dunia ni. Selagi itu Tengku tak puas hati kan?" Farhan rasa nak tergelak sahaja mendengar soalan yang cukup tak rasional itu. Pura-pura tak tahu konon. Keadaan bukan semakin sejuk malah semakin hangat rupanya.

"Farhan!!! Bukan salah papa tapi mama yang suruh mereka buat macam tu. Kalau tidak, Farhan dengan Iman mesti tak sampai sini kan? Farid, I yang suruh orang-orang you paksa mereka ke sini. I memang dah agak jadi macam ni." Entah dari mana, Suhana muncul. Farhan dan Iman terkejut melihat Mama Sue mereka di situ.

"Mama..." Terkeluar perkataan itu dari mulut mereka. Masing-masing dalam keadaan yang jantung mereka bagai baru lepas kena hentaman yang kuat. Nampaknya suasana akan semakin membahang selepas ini.

"Sue? Kenapa you buat anak-anak I macam ni?" Tengku Faris tak sangka Suhana boleh menyuruh orang-orangnya berlaku kasar dengan kedua warisnya itu.

"Kenapa? Sebab I kenal anak-anak you ni. Mereka ni sebiji macam you. Degil ego. You ingat kalau muka mereka tak lebam-lebam macam tu, mereka nak datang sini ke? Jangan berangan lah Farid. I yang jaga mereka. I tahu sangat otak anak-anak you ni. Betulkan cakap mama? Abang? Adik?" Suhana mengambil tempat di kerusi kosong berjiran dengan kerusi yang di duduki Tengku Farid. Tengku Farid terdiam. Mengakui kebenarannya. Farhan dan Iman hanya tertunduk.

Terasuh dengan cukup baik dan terdidik dengan cukup beradab. Farhan mahupun Iman bangkit mencium tangan Suhana. Di ikuti Intan dan Danish masing-masing di berlakang mereka. Bertapa sedihnya hati Tengku Farid melihat keadaan itu. Suhana di sambut penuh hormat oleh anak-anaknya sedangkan dia? Bertapa kala itu dia teringin tangannya di salam dan dicium hormat oleh kekasih-kekasih hatinya. Bertapa waktu itu dia ingin menarik mereka dalam pelukkannya. Meleraikan rindunya yang berkurun lama. Tapi tengku Farid sedar semua itu tidak mungkin untuk masa ini.

"Kenapa kami ke sini mama?" Farhan bertanya setelah balik duduk di tempatnya tadi. Semua mata yang ada melihat Suhana.

"Nantilah kita cerita. Jom kita makan dulu. Mama dah masakkan makanan kesukaan anak-anak mama. Rasanya Khalis dah hidangkan tu." Suhana bangkit mempelawa mereka semua.

"You masak ke Sue? Kenapa tak biarkan Khalis je masak?" Tengku Farid tak menyangka Suhana memasak. Di rumah ini selepas arwah Khadijah, ibu kepada anak-anaknya itu berpisah dengannya, belum pernah ada perempuan lain lagi yang masak di dapur itu kecuali Khalis tukang masak yang di gaji khas.

"Anak-anak balik Farid. Apa salahnya I masak." Hanya itu jawapan Suhana.



Sunyi dan sepi menyelebungi meja makan itu. Hanya kedengaran bunyi pinggan sesekali berlaga dengan sudu. Entah apa yang sebenarnya berlaku. Adakah makanan itu terlalu menyelerakan sehingga masing-masing leka menikmatinya atau mereka berkhayal?

"Sedap. Dah lama tak makan macam ni Sue. Sejak..." Tengku Farid memecah kesunyian tadi. Belum sempat menghabiskan kata, Farhan segera memotong.

"Usah dikenang pada yang di buang. Tengku sendiri yang membuang ibu dari hidup Tengku jadi dengan segala hormatnya Tengku tak ada hak nak menyebut nama ibu lagi." Sinis ayat itu keluar dari mulut Farhan. Tanpa rasa ralat pun. Iman memang dari tadi menyokong abangnya itu.

"Farhan. Watch your word?" Tegas benar suara Suhana menegur. Dia tak suka anaknya berkasar dengan papanya sendiri.

"Abang Han betul mama. Dia memang tak ada hak. Kenapa mama nak tegakkan dia? Lelaki yang dah lukakan hati arwah ibu?" Iman pula bersuara. Rasanya mereks perlu tegas dengan Suhana yang bertapa mereka memang berdendam dengan lelaki bernama Tengku Farid itu.

"Sebab mama tahu hal sebenarnya. Sebab papa kamu tak bersalah...." Suhana hampir membuka rahsia yang terimpan selama ini

"Sue." Tegas suara Tengku Farid menegah Suhana dari terus berkata-kata. Tengku Farid memberi gelengan pada Suhana.

Dia tak mahu anak-anaknya tahu kisahnya dulu. Dia tak mahu anak-anaknya rasa bersalah. Paling dia tak sanggup kalau anak-anaknya berdendam nanti dan ada hasrat melunaskannya. Biar hanya dia yang menghadapi semuanya. Lebih baik anak-anaknya tak tahu daripada mereka tahu. Apa yang penting sekarang anak-anaknya selamat.

"Sampai bila you nak simpan Farid? Samapi bila you nak mereka salah faham? Mereka patut tahu. Biar mereka sedar diri sikit." Suhana tak puas hati namun dia terlanjur berjanji. Kalau ikutkan hatinya biarkan semua terbongkar. Biar Farhan dan Iman tahu Tengku Farid dan Khadijah itu mangsa keadaan. Entah untuk apa Tengku Farid membiarkan segalanya. Sanggup membiarkan anak-anaknya terus memboikot diri sendiri.

"No Sue. Biarkan saja. You pernah berjanji dengan I. Cuma yang penting mereka selamat dan terus selamat." Tengku Farid semakin tegas. Mengingatkan Suhana tujuan mereka sebenar.

"Apa berlaku sebenarnya? Salah faham apa?" Suara Iman tegang bertanya. Terlalu jelas nampak, banyak rahsia antara Tengku Farid dan Suhana yang membuat dai semakin cuak.

"Iman." Danish yang sedari tadi memerhati mengenggam dan meramas lembut tangan Iman di atas meja. Menenangkan Iman yang nyata berubah auranya. Hati Danish turut terkesan dari setiap yang berlaku. Dia tak pernah tahu hal ini hingga sekarang, tapi dia mengerti luka di hati Iman itu cukup dalam.

"Ini kisah lampau Iman. Iman tak perlu tahu. Papa tak mahu Iman dan Farhan tahu. Jadi kamu tak perlu susah-susah fikirkan. Sekarang keselamatan kamu berdua yang utama." Keegoan Tengku Farid memang tak berubah malah semakin jelas.

"Kami ada hak nak tahu. Lagipun sejak bila hal keselamatan kami jadi urusan Tengku? Selama ini tanpa Tengku sekalipun, hidup kami selamat je." Semakin panas apabila Farhan juga mengeluarkan aura egonya. Bapa borek anak rintik.

"Sejak dari dulu lagi urusan kamu berdua adalah urusan papa. Benar kamu selamat selama ini, sebab itu papa tak masuk campur dalam hidup kamu. Tapi jangan ingat kamu jauh dari papa. Papa tak tahu apa yang jadi. Semua kisah kamu berdua, papa tahu. Macam rumah Farhan kena ceroboh semalam pun papa tahu. Sekarang papa tahu kamu berdua dalam bahaya dan mula hari ini adalah urusan papa lindungi kamu berdua." Tengku Farid bercekap seolah mudah sahaja pekara itu di lakukan. Tak terasa kekok ke untuk dia tiba-tiba muncul dalam hidup anak-anaknya macam ni?

"Kami dah dewasa. Kami tak perlukan perlindungan dari Tengku. Tengku tak terasa dah terlambat untuk Tengku berbuat macam tu? Dulu saat kami perlukan Tengku. Tengku di mana? Saya boleh lindungi diri saya sendiri dan Iman pun dah ada Danish untuk melindunginya." Farhan ingin membuka mata Tengku Farid. Tak mudah untuk dia dan Iman, tiba-tiba menerima kehadiran seorang papa setelah berpuluh tahun tempat itu kosong dalam hidup mereka. Kenapa sekarang? Kenapa setelah mereka sudah boleh berdikari.

" Terlambat atau tidak itu bukan urusannya. Papa tak mahu nanti kamu hilang di dunia ni tanpa sebarang kesanpun. Papa tak mahu apa-apa terjadi pada kamu berdua. Percayalah pengaruh mereka terlalu kuat untuk kamu lawan." Tengku Farid mengerling Suhana. Ingin meminta bantuan.

"Betul kata papa kamu. Farhan, Iman. Mama sendiri tak rasa kamu boleh melawan mereka. Percayalah apa yang nak buat adalah untuk kebaikan kamu berdua juga. Sekarang ni ikut je apa yang papa kamu katakan. Kamu tak kenal mereka seperti mana kami kenal mereka." Suhana menyokong Tengku Farid. Sejak tahu hal ini. Tak sesaat pun dia terlepas dari berfikir keselamatan dua anak angkat kesayangannya itu.

"Hebat sangat ke mereka tu? Kenapa rasanya kami tak pernah usik siapa-siapa. Tak ada sebab untuk mereka ganggu kami." Farhan memang layak di gelar peguam. Memang kuat membantah.

"Mereka musuh papa. Selama ini mereka tak ganggu kamu sebab mereka tak tahu papa ada anak ataupun mereka tak tahu mana nak cari kamu berdua. Sekarang mereka dah jumpa Iman dan Han. Percaya cakap papa. Mereka tak akan teragak-agak nak hapuskan kamu berdua. Kalau itu yang mereka tahu dapat buat papa menderita dna kamu tak akan tahu takat mana mereka mampu lakukan. Mereka sangat kejam. I don’t want anything happen to both of you. Papa dapat tahu mereka yang ceroboh rumah kamu semalam dan kemungkinan besar mereka yang aturkan kemalangan Iman dulu. Kamu tak hairan ke Farhan. Rumah kena pecah tapi tak ada barang hilang. Tahu kenapa? Kerana target mereka adalah kamu. Mereka tu datang nak hapuskan kamu." Tengku Farid cuba meyakinkan keduanya. Nampaknya suntikkannya berjaya. Farhan dan Iman terdiam. Berfikir agaknya.

"Okay. Sekarang nyawa kami dalam bahaya. So? Apa yang Tengku cuba cadangkan?" Farhan nampak mula bertolak ansur untuk itu. Kalau sudah melibatkan nyawa dia dan adiknya, rasanya dia perlu mempertimbangkan lagi.
Ini soal berat. Soal hidup mati. Ego mereka perlu di ketepikan. Kalau benar kata Tengku Farid. Mereka tak akan boleh melawan selagi tak tahu siapa mueuh mereka.
Tengku Farid mengerling ke arah Suhana. Dia perlukan Suhana untuk berbincang lebih lanjut tentang hal ini dengan anak-anaknya. Suhana memahami. Dia menarik nafas sebelum memulakan cerita. Bagai sesuatu yang sukar untuk di laksanakan sahaja tanggungjawab itu.

"Papa, dan mama dah berbincang. Mama minta Iman dan Farhan ikut mama ke London buat sementara, papa dan mama dah siapkan tempat. Tempat yang mereka tak akan dapat kesan." Suhana yang memahami menerangkan segalanya pada Iman dan Farhan.

"Mama, kami ada hidup sendiri. Takkan kami nak tinggalkan segalanya." Farhan tak setuju. Mereka memang ada hidup sendiri. Tak mungkin dia tinggalkan kejayanya. Lebih tak mungkin untuk dia tinggalkan Intan.

"Betul tu. Iman tak boleh tinggalkan kehidupan Iman sekarang. I cannot just walk out and leave everything." Iman menyokong. Dia juga tak mudah untuk tinggalkan segala-galanya di sini. Iman sendiri dapat merasakan keresahan Danish yang duduk di sebelahnya. Sesuatu yang mustahil untuk Danish lepaskan dia pergi. Iman pasti itu.

" Papa tahu, tapi buat masa sekarang itu yang terbaik." Tengku Farid tahu tak mudah untuk Iman dan Farhan lakukan. Lagi-lagi mereka di kemuncak dalam kejaya masing-masing.

"Tak. Mesti ada cara lain... Hmmm... Okay... Apa kata kalau Farhan pasang bodyguard. Itu yang terbaik Farhan boleh buat. Kalau cara lain yang menuntut Farhan tinggalkan kejaya Farhan dan Intan kat sini tak mungkin. Iman pun, Dia ada kejaya dia sendiri. Ada suami dia. Ada kehidupan dia sendiri disini. Farhan tak rasa Danish akan benarkan Iman ke London. Kami ada kehidupan kami." Farhan mencuba nasib memberi jalan penyelesaian yang lain dan itu yang terbaik dia boleh fikirkan.

"Memang saya tak akan benarkan Iman ke London. Tak semudah itu saya biarkan dia jauh dari saya. Lagi-lagi sekarang saya tahu dia dalam bahaya. Saya boleh upahkan bodyguard untuk dia" Danish tak mungkin setuju kalau Iman jauh darinya. Sedangkan ketika dia tahu Iman selamat pun sukar untuk dia berjauhan. Inikan sekarang saat dia tahu yang Iman dalam bahaya.

"Tak benarkan? Siapa kamu nak halang saya bawa anak saya sendiri ke London?" Pertanyaan yang tak terduga dari Tengku Farid. Lupakah Tengku Farid saat-saat dia menikahkan anak gadisnya dengan Danish dulu.

"Dia isteri saya. Saya ada hak." Danish sedikit baran apabila haknya terhadap Iman di persoalkan. Itu memang pantangnya. Danish tak suka orang mempersoalkan Iman dengannya walaupun bapa mertuanya sendiri. Kini dari soal keselamatan sudah beralih arah ke soal hubungan Danish dan Iman.

"Isteri? Sah ke?" Sinis benar suara Tengku Farid. Nadanya bagai memberitahu dia tak sukakan Danish dan Danish itu adalah rivalnya.

"Apa maksud Tengku?" Danish menjadi semakin panas. Apa niat bapa mertuanya menyoal begitu. Spontan tindakbalas Danish. Dia berdiri di tempatnya. Matanya menentang mata Tengku Farid.

"Nikah kontrak itu nikah muta’ah dan nikah muta’ah tu haram di sisi agama. Bukan kahwin kamu berdua ni terikat kontrak ke? Kamu berdua terasuh dengan didikan agama. Berpelajaran tinggi. Tapi bertapa kecewanya papa apabila kamu boleh pandang remeh hal nikah kahwin ni. Tak tahu hukum halal haram nikah kontrak." Memang aura Tengku Farid ketika itu penuh kekecewaan. Dia benar-benar tak sangka pekara itu terjadi. Paling dia kecewa dia baru tahu siang tadi dari laporan penyiasat persendiriannya. Kalau tak kerana dia mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat siapa yang pecah masuk ke rumah Farhan dan menyiasat kemalangan Iman dulu. Pasti dia tak akan tahu.

Kenyataan itu menyentak Iman dan Danish. Memang mereka nikah kontrak. Memang nikah mereka di sertai kontrak tapi Danish dah hampir lupa tentang itu malah Danish anggap kontrak itu dah lama terhapus. Benar ke nikah mereka tidak sah? Ya Allah di saat hubungan mereka begitu bergolak sekarang, kenapa pekara ini boleh keluar?

"Papa dah cakap. Papa jauh tak bermakna papa tak tahu. Papa tahu apa yang terjadi dan kamu Danish. Saat papa nikahkan kamu dengan Iman. Papa berharap sangat kamu mampu menjaga dia tapi apa kamu buat. Boleh kamu buat kontrak bodoh dengan Iman. Kamu tinggalkan Iman. Masa arwah atuk kamu dulu meninggal, kamu di mana? Keluarga kamu pun kamu biarkan macam tu je. Kamu nak kami percaya yang kamu boleh jaga Iman. Terus terang papa kata kalau papa tahu dari dulu lagi tentang kontrak tu. Tak mungkin papa setuju dengan penikahan kamu berdua. Mungkin dah lama papa minta kamu lepaskan Iman." Luah Tengku Farid. Iman dan Danish berpandangan sesama sendiri. Terkelu. Terpaku. Tak tahu menjawab apa. Mereka sendiri tak tahu status mereka sekarang.

"Macam mana Iman? Iman sanggup ke terus hidup bersama Danish? Iman dah tahukan wasiat arwah atuk tu? Iman rasa betul ke Danish sayangkan Iman." Satu pertanyaan yang terlalu sukar untuk di duga. Pada saat sekarang hubungan mereka bergolak Pada masa emosi Iman pada Danish terganggu. Tambahan Tengku Farid sengaja mengungkit hal wasiat itu.

"Iman, abang tak tahupun hal wasiat tu. Tengku, tolong jangan nak menambah masalah kami. Iman please..." Danish benar-benar cuak. Apakah keputusan Iman. Danish sedar buat masa sekarang terlalu terbuka peluang untuk Iman pergi meinggalkan dia begitu sahaja.

"Iman, abang Han rasa Iman tak perlu fikir yang bukan-bukan. Tengku sebagai papa sepatutnya menyelesaikan masalah bukan menambahkan masalah macam ni." Farhan tak mahu adiknya membuat keputusan yang salah. Dia tahu perasaan Danish sekarang. Pasti dia sendiri gila kalau Intan meninggalkannya.

"Ini bukan keputusan papa, Han. Iman yang akan buat keputusan. So Iman? Tinggal di sini bersama Danish yang belum tentu sayangkan Iman atau ikut mama Sue ke London?" Duga Tengku Farid lagi.

Iman terdiam. Berfikir. Apakah keputusannya nanti? Benar kata Tengku Farid, Danish belum tentu ikhlas menyintainya yang tentu-tentu sudah terlalu banyak melukakannya. Berada di London dia akan jauh dari Danish bererti jauh dari kelukaan. Masalahnya sekarang sanggup ke dia jauh daripada Danish? Apa keputusannya nanti?

Danish risau dengan keadaan Iman yang membisu. Apa yang Iman fikirkan? Sanggup ke Iman meninggalkan dia? Apa akan terjadi dengan hidupnya nanti? Tanpa Iman bolehkah dia hidup? Danish berpaling pada Iman.

"Sayang..." Danish memanggil Iman lembut namun tak sedikitpun Iman mendongak memandangnya.

"Sayang... Tolong jangan buat abang macam ni. Jangan tinggalkan abang ya." Danish meletakkan kedua belah tangannya di pipi Iman dan menarik wajah Iman memandangnya.
Mata bertemu mata. Hatipun berbicara. Danish melihat kekosongan dan kekeliruan di mata itu. Walaupun terbias sinar cinta yang tersisa namun ada keraguan. Itu yang merisaukan Danish.

"Give me time. Biar Iman berfikir dahulu." Itu jawapan Iman. Jawapan yang terkeluar dari bibir comel Iman. Jawapan yang membuatkan jantung Danish berhenti berdenyut. Terlurut tangan Danish di pipi Iman. Danish terduduk di tempatnya.

YA. ALLAH, apa yang akan terjadi sekarang? Apa keputusan Iman nanti? Ikutkah Iman kemahuan papanya? Sanggupkah Iman meninggalkannya? Dalam keadaan mereka yang terlalu bermasalah dan banyak salah faham ini, Di tambah lagi status mereka sekarang tak tahu hujung pangkalnya. Danish tak mahu Iman melihat itu sebagai salah satu jalan keluar. Yang pasti Danish tak akan biarkan Iman jauh darinya. Soal status mereka dia akan selesaikan secepat mungkin, sebelum Iman boleh melangkah setapak pun darinya. Itu tekad Danish? Bagaimana Iman? Bukankan untuk melakukan itu semua perlukan kerjasama dari Iman?


p/s Jangan lupa komen ye... Cerita ini masih banyak likunya.... Apa yang akan terjadi? terlalu banyak persoalan dan terlalu sikit jawapannya... Enjoy... dan jangan lupa komen tau berilah idea lagi merancakkan cerita itu.. To all my reader and my friend... Thanks for all your support... Komen... komen jangan tak komen.. Adios... cuss
posted by Penulisan2u @ 6:03 PG   100 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Ad + Iz 9
Nama Pena : eury athena

Mana nih? Tanganku terus membongkar segenap isi bilik. Tak cukup dengan tu, abis perabot di ruang tamu pula jadi mangsa pemeriksaan ala-ala penguatkuasa kastam.

Isk… Mana aku taruk Si Kepam ni? Malam tadi ada aje masa aku tengok cite hantu Korea tu. Tak kan ghaib kot? Bukan bear kecik tu boleh jalan pun. Paling tak pun jatuh bawah sofa ke meja. Tapi masalahnya tak ada. Celah sofa pun tak ada.

"Ko apehal? Terbongkok-bongkok. Cari benda?"

Farriel turun pakai short paras bawah lutut dan t-shirt pink. Pink? Lantak ko la! Janji ko berbaju. Kalo tak berbaju, haru aku jadinya.

"Ko ada nampak tak bear aku warna putih? Semalam ada kat sini!" Bawah meja aku intai. Tak ada. Celah-celah almari pun tak ada. Tak kan ghaib kot? Si Kepam tu bukan ada ilmu ghaib pun!

"Last ko letak kat mana?"

"Rasanya atas meja ni…" Meja kaca tu aku pandang. Cuma suratkhabar hari ni aje yang ada di atasnya.

Farriel garu kepala. Perlahan-lahan riak wajahnya berubah. Macam dah wat benda salah. Tak ubah macam riak muka Bakhtiar, adik tiri aku yang dah pecahkan pinggan-mangkuk yang ada kat dapur. Jadi, berasas la syak aku padanya…

"Aku rasa, aku dah TERbuang bear ko tu." Monotone aje ayat tu keluar dari mulut Farriel.

Aku segera berpaling mengadap Farriel. Tiba-tiba telinga aku jadi panas bila mendengar perkataan-perkataan yang meluncur dari mulutnya.

"Izumi, we’re not playing hide and seek… Bagi balik bear aku!"

"Betul la! Aku dah terbuang bear ko tu masa aku kemas-kemas sampah atas meja ni semalam."

Suhu badan aku mula naik. Kepala pun ‘hang’ satu macam.

"Kat mana ko buang?" Soalku. Nada suara masih ku kawal.

Farriel menunding ke arah bakul sampah. Aku berlari ke bakul sampah. Kosong. Dahi ku tepuk. Pagi tadi aku dah siap-siap buang sampah dalam plastik hitam tu dalam tong sampah besar kat luar. Biar senang lori sampah nak kutip. Aku berlari pula keluar. Berharap ada keajaiban berlaku.

Farriel yang masih tercengang-cengang, ikut aje belakang aku. Bila tong sampah tu aku buka dan selongkar,mulutnya jadi macam bertih digoreng.

"Weih, AD! Ko ni apehal?

"AD, yang ko pegi selongkar sampah tu ape hal? Busuk ler!"

"AD!"

Aku terduduk di tepi pagar itu. Si Kepam tak ada. Yang ada cuma plastik hitam yang kosong. Si Kepam tak kelihatan di mana-mana. tidak di dalam, tidak juga di luar tong.

"Okey, aku minta maaf sebab buang bear ko tu. Tapi bear tu dah ‘teruk’ sangat… Ko pun satu. Pandai wat sampah aje. Aku ni jenis tak boleh tengok sampah… bla bla bla…"

Walaupun perkataan maaf terucap, namun nada suara Farriel langsung bukan dalam mood memohon maaf. Aku bangun. Melangkah longlai masuk ke rumah. Air mata mula bertakung.

"Dah la, banyak lagi bear cantik-cantik kat kedai. Beli aje lain. Esok aku bagi ko duit, okey? Case close, bleh?"

Aku terus menonong menuju ke bilik.

"AD!" Bahuku terasa ditarik. Farriel memintas dan berdiri di hadapanku. Kedua-dua belah tangannya sudah mendarat di atas bahuku. Tanpa pilihan, langkah ku matikan.

"I said, I’m sorry! Sorry, okey!"

Aku tetap kaku. Kepala ku tundukkan. Cuba menyembunyikan air mata yang bila-bila masa aje akan gugur.

"AD! Ko dengar tak ni?"

Farriel menggoncang tubuhku. Aku masih dalam keadaan tadi. Farriel tundukkan kepala. Mencari wajahku. Dan… Farriel berundur ke belakang, setapak demi setapak menjauhi diriku. Tangannya sudah longlai di sisi tubuh. Aku terus berlalu masuk ke bilik.

Farriel tersandar di dinding konkrit. Termangu-mangu dengan mata yang masih melekat di pintu bilik AD. AD… Crying? Kepala digelengkan. Otak enggan menerima input dari retina mata. She can’t be!

@~@~@~@~

Midvalley dah dijelajahinya. Berjaya Times Square tak ketinggalan. KLCC dah dibuatnya macam gelanggang futsal aje. Lot 10 pun dah diputarnya dua tiga kali. Semua kedai yang ada menjual bear dia ‘geledah’. Mencari wajah bear kepam si AD.

Kaki lenguh minta rehat, langsung tak dipedulikan. Bila teringat air mata jernih AD yang mengalir tak henti-henti malam tadi, hati Farriel jadi tak tentu arah. Dan semangatnya berkobar semula untuk terus mencari dan mencari.

"Kalo bear macam ni, ko rasa comel tak?" Bear Winnie The Pooh diangkatnya. Lalu disuakan pada Qhuz. Qhuz tergelak.

"Woi! Ko ingat aku ni ‘dua alam’ ke ape? Aku mana main bear-bear ni, weih! Malam sket, ek!" Qhuz menolak Winnie The Pooh ke arah Farriel semula. Bimbang disalah anggap oleh pengunjung-pengunjung kedai yang dah mula bagi pandangan ‘laser’ ala-ala Kal-el si Superman.

Farriel letak balik bear oren sebesar budak setahun. Ubun-ubun kepala dipicit-picitnya. Pening! Pening memikirkan kat mana nak cari bear kepam yang serupa dengan bear milik AD. Aku tak rasa bear tu hand-made. Kalo bukan hand-made, mesti ada kedai yang jual bear macam tu, kan… Masalahnya, di manakah kedai tersebut?? Ha, kan dah skema soalan aku bagi!

"Apa kes ni, Ril? Lunch hour ko ajak aku ke Midvalley. Tak cukup ‘ukur’ lantai konkrit kat situ, ko seret pulak aku ke Berjaya Times Square. Ni sekarang, KLCC, Lot 10. Lepas ni ke mana pulak? Pavilion? Alamanda?"

Qhuz pandang Farriel. Serabut sungguh. Lagi serabut dari masa menyiapkan tender. Padahal cari bear aje. Bukan cari supplier barang ke ape!

"Aku cari bear la. Warna putih. Tak! Tak berapa putih sangat la. Pastu bear ni besar lebih kurang tapak tangan aku ni aje. Rupa… Kalo sekali tengok macam kambing. Dua kali tengok macam monyet. Tiga kali tengok macam ‘ntah’…"

"Haha! Bear ape yang ada specification macam tu? Haha…!"

Farriel buat muka bengkek. Dalam pada tu, matanya liar memerhatikan kedai menjual bear dan anak patung yang ada di situ.

"Qhuz, kalo ko datang sini sebab nak gelakkan aku, baik tak payah. Simpan gelak ko tu dan balik rumah, okey!"

"Yo! Jangan la emo, kawan… Gurau aje la! Yelah-yelah, aku tolong… Tapi ko punya description tentang bear tu, tak membantu langsung! Cuba describe betul-betul. Kalo ada gambar lagi bagus!"

"Qhuz…!"

"Okey, okey! Mulut tutup, mata cari!"

Bila hari menginjak ke malam, Farriel mula putus asa.

"Apa ko dah buat dengan bear Adry tu?" Soal Qhuz. Serius. Masa tu mereka dah melepak kat kedai mamak. Pekena teh tarik setelah misi pencarian menemui kegagalan.

Farriel wat muka terkejut. Sejak bila Qhuz jadi ahli nujum?

"Mana ko tau?"

"Aku teka aje! Kira tepat la tekaan aku tu, ek?"

Farriel angguk kepala.

"Aku dah lama kenal ko, Ril… Kenal sangat dengan perangai ko. Satu-satunya pompuan yang boleh bagi ko hangin-satu-badan, yang boleh wat ko sesejuk-iceberg, sepanas lahar volcano, pendek kata yang wat mood ko tunggang terbalik, dari dulu sampai sekarang adalah insan yang bernama Adrianna Mayesa… Itupun selepas Ann ‘dipadam’ dari list." Konfiden aje Qhuz wat spekulasi.

Farriel tarik nafas. Dalam-dalam. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Dulu Ann. Sekarang AD. AD…

"Aku terbuang bear dia. Sumpah, aku tak ada niat nak buang! Entah mana pertimbangan aku masa tu. Selamba aje tangan aku mengarah bear tu masuk tempat sampah. Mengamuk la si AD tu."

Qhuz geleng kepala. Letih tengok Farriel dan Adry beramuk sejak dari bangku sekolah. Dia tak pernah tau kenapa Farriel benci benar pada Adry. Bukan dia tidak bertanya. Cuma Farriel tak mahu menjawab. Farriel ni perahsia orangnya. Namun untuk kali ini, Farriel membuka mulut. Dan dari air muka Farriel, dia yakin Farriel tidak berbohong.

"Ko dengan Adry tu aku tengok memang dah padan sangat la tu. Sama-sama keras. Sama-sama ego. Sama-sama kaki melawan. Tapi ada keserasian… Cuba korang…"

Farriel angkat dua-dua belah tapak tangan. Minta Qhuz berhenti.

"Qhuz… Aku tak minta tazkirah ko pun. Please…"

Qhuz angkat bahu. Telan balik nasihat yang tak terluah tadi.

"Aku cuma nak cakap, kalo ko perlukan nasihat aku, anytime ko boleh datang pada aku. Ko tau kan, aku ni bekas pembimbing rakan sebaya terbaik zaman kita skool dulu..."

Farriel tersengih, tak percaya. Berlawanan sungguh dengan kenyataan!

"Pembimbing rakan sebaya, wak lu! Perosak rakan sebaya ada la! Ade ke ko suruh Apek 4-flat tu hisap dua kotak rokok sekali gus! Nasib tak gol budak tu! Kalo tak, menjawab la ko dengan bapak dia tokei keranda tu!"

Qhuz tersengih. Imbas balik kenangan masa Form 4. Muka Lee Hai Nan yang kecewa dengan result examnya, tergambar.

"Aku menolong dia ape! Menjimatkan masa dia nak menghabiskan rokok-rokok yang dibeli. Jimat minyak lighter lagi. Haha! Kan langkah bijak tu!"

Farriel tergelak mendengar hujah Qhuz. Tak boleh pakai punya kawan… Tapi dia serasi dengan Qhuz. Boleh terlebih terkurang aje dengan mamat ni. Wat apepun komited. Sebab tu dia syorkan pada Nenda Nerrisa agar Qhuz diambil bekerja di Izumi Corporation. Mujur Qhuz memang benar-benar layak. Jadi tak la susah nak menyakinkan Nenda Nerrisa.

"Ko rasa, aku kena wat ape ek nak selesaikan ‘masalah’ aku dengan AD ni?"

Qhuz petik jari. Farriel membetulkan duduknya. Bersedia mendengar cadangan Qhuz.

@~@~@~@~

Balik dari jumpa Qhuz, Farriel naik ke bilik. Bersihkan diri, solat Isya’. Lepas tu mundar-mandir dalam bilik macam bakal ayah yang tengah tunggu berita gembira dari labor room. Bezanya Farriel menunggu datangnya sebuah keberanian untuk meminta maaf dari AD, seperti yang dicadangkan dek Qhuz tadi. Biliknya AD gelap. Farriel jenguk pula ke tingkat bawah. Meninjau di mana AD. Susuk tubuh seseorang di halaman rumah, menangkap pandangan Farriel. AD, tengah duduk kat kerusi batu di tengah laman. Tengah bermandikan embun.

Perlahan-lahan, Farriel menghampiri AD. AD tetap kaku di situ. Tak berganjak mahupun melarikan diri. Namun Farriel tahu, AD sedar akan kehadirannya di situ. Farriel melabuhkan punggung, bersebelahan AD. Tapi masih ada ruang antara mereka, khas untuk ‘emergency’ incident. Kot-kot AD layang penumbuk ke…

Farriel di sisi aku kerling. Aku tak mahu dia berada di situ. Menyampah! Namun aku tak mampu nak menghalaunya. Ini rumahnya. Aku cuma menumpang di sini, sehingga kontrak kami tamat.

"AD… Aku nak minta maaf fasal bear ko tu!" Muqaddimah sesi meminta maafnya dimulakan dengan ayat itu.

"I didn’t mean…" Sambung Farriel.

"It’s okey. Bear murah dan buruk macam tu memang layak dok dengan sampah aje…" Ujarku perlahan.

"Tak! Bukan macam tu maksud aku…"

Farriel diam. Tak mampu nak teruskan ayat. Tak tau perkataan apa, atau bahasa apa yang patut dituturkan untuk membetulkan keadaan yang dah sedia kacau. Masih berfikir cara terbaik untuk meminta maaf.

Aku masih tetap berteleku di situ sambil memeluk kaki. Sesekali mendongakkan kepala ke langit. Menebar pandang pada dada langit. Mengira bintang yang berjuta. Merenung bulan yang tetap satu. Dan kenangan lalu terimbas serta-merta di layar pandang.

"Masa aku kecik dulu, aku selalu fikir. Kenapa aku tak ada ayah? Kawan-kawan aku yang lain semua ada ayah. Contohnya Siti. Dia ada ayah. Ayah dia baik, penyayang... Tiap-tiap kali nak pergi keje, ayah Siti akan cium Siti. Kadang-kadang ayah Siti belikan Siti mainan, coklat, anak patung, baju, macam-macam la…. Tapi aku… Aku tak pernah dapat semua tu. Tapi aku tak pernah komplen. Sebab aku tau, ibu susah nak cari duit. Ibu terpaksa ambil upah cuci pakaian di rumah orang kaya, jahit baju, kadang-kadang jual kuih untuk tampung kehidupan kami sekeluarga…" Di bawah sedar, aku menuturkan jalan cerita hidupku kepada Farriel.

Kata-kata AD berhenti di situ. Jari-jemarinya menyapu pipi. AD menangis… lagi sekali? Hati Farriel bagaikan meruntun bila melihat keadaan AD yang hiba. Bagai ada benda tajam menusuk hatinya. Bahagian dada kirinya ditumbuk perlahan. Ada masalah ke hati aku ni?

Air mata di pipi aku kesat. Menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan bicara.

"Aku tak pernah kenal sapa ayah kandung aku. Satu-satunya ayah yang aku kenal, Pakcik Bakar, ayah tiri aku yang suka berhutang dan menyusahkan ibu. Silap sket, naik la penampar. Cakap lebih aje sket, sepak terajang la jawabnya."

Aku berjeda lagi. Bulan penuh aku renung.

"Aku pernah minta Pakcik Bakar belikan mainan untuk aku. Pakcik Bakar marah dan tampar aku. Aku menangis. Ibu bergaduh dengan Pakcik Bakar. Last-last, ibu pun kena pukul dengan Pakcik Bakar. Sejak tu, aku tak berani minta apa-apa lagi. Satu hari, ibu bawak balik satu bear putih. Ibu kata, bear tu tak la cantik, tak la mahal tapi itu aje yang mampu ibu beli. Aku suka sangat. Langsung tak pernah berenggang dengan bear tu. Aku namakan bear tu Si Kepam. Sebab badan bear tu makin lama makin kepam. Itulah benda pertama dan terakhir ibu pernah bagi pada aku. Masa umur aku 5 tahun, ibu meninggal. Cuma Si Kepam yang aku ada untuk mengadu nasib… Dan keluarga tiri aku…"

Farriel kalih pandang ke arah AD yang sudah diam. Mula mengerti mengapa bear kepam itu penting dalam hidup seorang AD yang keras hatinya.

"End of the story. R.I.P to Si Kepam…" Katanya. AD tersenyum kepadaku sebelum matanya mengalih pandang, kembali merenung bulan.

@~@~@~@~

"Kisah hidup aku sedih, kan? Ko mesti rasa kesian kat aku, kan?" Farriel yang turut merenung ke arah sang purnama, aku soal. Farriel berpaling ke arahku.

"Tak! Aku tak rasa kesian pun…" Nada suara si-Farriel-android kedengaran.

"Napa tak rasa kesian?" Terkejut!

"Sebab ada orang yang lebih malang dari ko!"

"Ye ke? Tak mungkin la…" Aku macam tak caye aje ada orang yang bernasib lebih malang dari aku. Mustahil ada…

"Nasib Ann lebih malang dari ko, AD!" Farriel membuang pandang. Tanpa arah. Sekadar memandang kosong.

"Ann tu sape?"

Soalanku tidak berjawab. Farriel masih merenung bisu ke arah bulan. Seperti mencari sesuatu di situ. Mengungkap kenangan hidup dalam bentuk cerita.

"Ann tak pernah kenal mak dan ayah kandungnya. Dia dijual kepada sepasang suami isteri sewaktu bayi lagi. Masa umur aku 13 tahun, aku jumpa Ann di lorong gelap. Dia lari dari rumah pelacuran. Ayah angkat Ann jual Ann pada ‘bapak ayam’ gara-gara berhutang."

Farriel sambung ceritanya.

"Aku selamatkan Ann. Bawak Ann tinggal kat rumah aku. Mama papa tak pernah suka pada Ann. Tapi sebab hormat pada nenda, mereka terpaksa ambil Ann jadi anak angkat."

Mata Farriel sayu memandang langit malam.

"Ann keluar dari traumanya lepas beberapa ketika. Dia mula bersekolah, mula berkawan dengan aku, Ihsan dan Murni. Ann berubah jadi gadis yang periang, lincah, lucu, sentiasa bersemangat, tak pernah putus asa. Semua orang suka pada Ann. Mama pun mula terima Ann jadi sebahagian dari keluarga kami."

Diam. Tak semena-mena, Farriel mengukir senyuman lebar. Seperti ada yang melucukan.

"Nama Izumi tu… Cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik." Ujarnya dalam senyum.

Barulah aku tahu mengapa Farriel marah benar bila aku memanggilnya Izumi. Rupanya ada kisah, ada kenangan, ada perasa di sebalik nama tersebut. Ada rasa gembira, sedih, atau apa-apa jua perasa yang dirasainya saat Ann memanggilnya Izumi.

Diam lagi. Sekadar membiarkan cengkerik berbicara buat seketika. Rentak penceritaan Farriel berubah. Tempo scene air mata pula sekarang.

"Masa umur 14 tahun, Ann selalu jatuh pengsan. Doktor sahkan Ann ada barah otak. Peringkat akhir. Darah beku yang kami tak pernah tau kewujudannya tu, rupanya dah lama menumpang di dalam kepala Ann. Ann tak pernah mengadu sakit. Dia sentiasa berpura-pura sihat. Dan dia tak pernah mengalah pada sakitnya. Ann berkeras nak jalani pembedahan walaupun harapannya sangat tipis. Akhirnya… Ann meninggal dalam pembedahan tu… beberapa hari sebelum hari lahirnya yang ke-14..."

Air mataku automatik mengalir. Menangisi nasib malang seorang Ann. Entah mengapa, cerita hidup Ann ni membuatkan aku insaf. Memang benar, nasib Ann lebih malang dariku. Sekurang-kurangnya aku kenal ibu kandungku, walaupun hayatnya tak panjang. Aku juga dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, ucapanku dalam hati. Mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.

Farriel tetap tenang. Tidak menangis. Cuma berwajah suram.

"Baju tu?" Soalku dengan suara serak akibat menangis.

"Pemberian terakhir Ann sebelum meninggal."

Aku angguk. Mula faham kenapa baju separuh lunyai tu begitu berharga di matanya.

"Ko sayangkan Ann?"

Farriel diam. Memandangku sekilas sebelum membuang pandang ke hadapan.

"Ann cinta pertama aku..."

Entah kenapa, kata-katanya terkesan di hatiku.

"Ann cinta pertama aku…"

@~@~@~@~

"Iz…" Panggilku perlahan.

‘Nama Izumi tu… Cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik.’

Ayat aku terhenti. Bibir bawah ku gigit. Alamak… Tersilap panggil.

"Sorry! Aku terpanggil… Rasanya, aku tak sepatutnya panggil ko Izumi lagi lepas dengar cite ko tadi…"

"Tak pe! Just called me Izumi. Rindu gak nak dengar orang panggil aku dengan nama tu!" Kata Farriel. Mata masih menala ke langit. Lagak seperti ahli astronomi tengah mengkaji bulan bintang.

Aku gosok batang hidung. Pulak? Tak pe ke? Tak mengingatkan ko pada Ann?

Hening kembali.

"Iz…" Cubaan kedua.

"Hurm…"

"Sorry sebab buang baju ko tu… Kalo aku tau, mesti aku tak buat macam tu."

Wajah Farriel tak beriak. Cuma matanya memandang sayu ke arah sang bulan purnama. Langsung tak ada tanda-tanda nak membalas kata-kataku. Tapi aku tau, dia dengar apa yang aku perkatakan.

Diam. Masing-masing menala mata ke langit. Dingin malam kian terasa hingga ke tulang. Salakan anjing menimbulkan suasana seram. Namun aku tak terniat langsung nak melangkah masuk.

"AD…" Panggil Farriel.

"Hmm?"

"Sorry sebab buang bear yang ibu ko bagi…"

"Hmm…" Itu aje yang aku jawab. Memang ada rasa sedih, marah, kecewa tapi benda nak jadi… Apa nak buat… Kalo aku menangis air mata darah sekali pun, Si Kepam tak akan menapak balik dari pusat pelupusan sampah yang entah kat mana tu. Kalo aku maki-hamun si Farriel ni pun, wat menghabiskan pahala aku yang sedia sedikit banyaknya aje. Jadi, adalah lebih baik kami saling bermaafan. Aku pun dah buang baju yang Ann bagi kat dia. Kira fair la. 0 – 0.

"AD…"

"Hurm…"

"Sorry sebab sangka ko orang suruhan Marina. Tak fasal-fasal ko kena marah dengan aku hari tu!"

"Tak pe…"

Diam lagi.

"Iz…."

"Yap!"

"Sorry. Sebab salah faham tu, ko terpaksa kawin dengan aku…"

Farriel mengangguk-anggukkan kepala. Bahagian bawah dagu digaru-garunya. Lagak seperti menimbang-nimbangkan perkataan maaf dariku. Aku siku lengannya.

"Ko maafkan aku tak?" Soalku garang. Farriel senyum.

"Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan. Ko pun terpaksa kawin dengan aku jugak ape! So, kira seri la…"

Kami berbalas senyuman. Kedinginan suasana malam yang semakin merangkak ke dinihari ini, benar-benar ‘membantu’ kami untuk berbincang dengan cara manusia bertamadun. Bukan seperti orang jahiliyah yang singkat akal dan menurut nafsu amarah semata-mata.

"Friend?"

"Never’ll be!"

Kami ketawa kecil. Dan bulan menjadi saksi. Farriel dan aku merenung ke dada langit sehingga ke dinihari. Tanpa suara. Hanya sekadar memandang ke langit dan sesama sendiri. Dengan senyuman.
posted by Penulisan2u @ 6:00 PG   16 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Buruk 5
Nama Pena : ButTerFly_GurL87

"Woi...!!!Pekak ke?!" terdengar seseorang menjerit ditelingaku. Siapa pula ni? Orang tengah bersedih hati boleh pula jerit-jerit dekat telinga aku. Kutolehkan biji mataku ke tepi dimana terdapat sesusuk perempuan ditepiku.

"Apa kau nak? Dahlah kau rampas suami aku. Berani kau tengking aku." Dengan penuh garang aku memarahinya, siap tonyoh hidung dia lagi.

"Apa kau merepek ni?"

"Boleh pula kau tanya aku balik. Siap kau, aku kerjakan." Aku menyinsing lengan kemejaku hingga ke siku ala-ala minah ganster gitu.

"Kejap...kejap...apa yang kecoh-kecoh sangat ni?" muncul suami kesayanganku menyelamatkan keadaan yang tegang.

"Abang, jangan tinggalkan saya bang." Aku memegang kakinya dan merayu padanya. Spontan saja semuanya berlaku sebaik saja aku lihat mukanya.

"Abang? Bila masa aku kahwin ni? Kenapa dengan dia ni?" suamiku menanya pada Sherry yang berada disebelahnya.

"Tak tahulah bos, saya pun kena serang tadi. Sewel gamaknya dia ni." Selamba Sherry mengutuk aku. Aku masih kejap memegang kakinya dan air mata berserta hingus meleleh menjatuhi ke mukaku.

"Em....Tasha....!!!!!!!!Wake up..!!!" macam dicucuk oleh wayar letrik badanku terus tegak berdiri. Memandang sekeliling, ramainya manusia. Aku kat mana ni ek?

"Kat mana ni?" aku yang tengah blur dengan hingus meleleh dari hidung berserta air mata yang bersisa bertanya pada mereka semua.

"Awak kat ofis sekarang ni. Saya bos awak. Masuk dalam bilik saya sekarang!!!" dia mengarahku dan mengheretku masuk ke dalam pejabatnya. Aku yang masih terpinga-pinga hanya mengekori saja langkahnya.

"Ok, tutup pintu. Pastu awak boleh ke basuh muka awak kat dalam toilet saya." Arahnya. Aku macam kerbau dicucuk hidung hanya mengekori saja arahanya.

Aku masuk ke dalam tandas dan membasuh mukaku. Habis luntur gincu yang kupakai. Apa nak dikisahkan. Mukaku lap hingga kering, selasai semua tu. Aku kembali ke tempatnya dan duduk di depannya.

"Dah segar ke?" aku menganggukkan kepala.

"Awak sedar sekarang awak kat mana?"

"Ofis, bos."

"Siapa nama awak?"

"Fiona Natasha."

"Apa awak buat hari ni?" soalnya lagi.

"Saya buat kerja macam biasa, bos." Jawabku lancar.

"Kerja apa yang awak buat? Berangan ke?"

"Ya, eh...eh...bukan. Saya masukkan data dalam rekod." Kalut aku menjawab.

"Ye ke? Saya tak rasa awak buat satu kerja dalam satu masa. Awak ada buat kerja sampingankan? Awak berangan time kerja." Katanya lagi.

"Maafkan saya bos. Saya mengaku saya berangan, tapi saya tak sedar tu semua. Benda tu berlaku bila saya rasa mengantuk atau letih buat kerja. Otak saya dengan laju akan berada ditempat lain. Saya takkan berangan lagi lepas ni." Dengan pantas dan panjang lebar aku menjawab sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi.

"Aik, sikit saya tanya. Banyak awak jawab. Janji tak buat lagi lepas ni?"

"Saya tak janji. Sebab kalau saya janji nanti terbuat lagi. Berdosa pula saya. Apa yang saya boleh cakap ialah, saya akan cuba untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali." Aku menarik nafas panjang.

"Baik, saya pegang kata-kata awak." Dia tertawa lepas tu membuatkan aku sekali lagi terpinga-pinga.

"Kenapa bos gelak? Ada apa-apa yang kelakar ke pada saya?" soalku dalam keadaan pelik melihatnya.

"Takde apa. Cuma saya rasa nak tergelak dengar kata-kata awak tadi." Dia menyeka air mata yang mengalir ditepi matanya.

"Saya cakap sikit laju dan banyak yang awak cakap. Saya akui awak ni jujur. Mengaku kesalahan yang awak lakukan." Dia kembali serius. Tak paham aku dengan dia ni.

"Ada apa-apa lagi ke bos?" soalku.

"Takde apa. Tapi ingat jangan buat lagi tahu."

"Baik bos. Saya mintak diri dulu."

"Ok." Dia tersenyum padaku.

"Tengoklah tu. Cinderella kita dah keluar, tak malu betul. Ada ke patut berangan jadi bini bos. Tak ‘seswai’ langsung." Perli Sherry sebaik melihat aku yang telah keluar dari bilik bos.

"Betul tu. Lainlah kalau kau yang jadi bini bos. Baru seswai you, together-together." Sambut Aina yang kaki ampu si Sherry. Mulut jahat betul dorang ni. Aku mempercepatkan langkah kakiku.

"Eh...nantilah dulu. Dengar sini, aku nak bagi kau amaran. Jangan kau berangan nak jadi bini bos atau...whateverlah. Cermin diri kau tu dulu, muka buruk macam kau ni. Ada hati nak jadi bini bos. Kalau kau tu cukup lawa macam aku ni takpelah juga." Dia mememberi amaran padaku.

"Mulut busuk." Selamba aku mengutuk dan berlalu.

"Hei...nanti. Apa kau kata aku. Mulut busuk." Dia cuba mengejar aku yang dah jauh ke depan. Belum pun jauh dia bergerak, bos dah panggil dia masuk dalam bilik. Jangan fikir lain, tak baik tau.
posted by Penulisan2u @ 5:57 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : It's me! 5
Nama Pena : sha ibrahim

BAB 5

Natasya hanya mendiamkan diri sepanjang berda di meja makan tersebut. Seorang demi seorang dia perhatikan. Bermula dengan papanya sehinggalah abang-abangnya serta tak lupa bakal isteri papanya bersama anak perempuannya yang menyakitkan hati. Semua makan menggunakan sudu dan garpu malah dia sendiri pun terpaksa makan menggunakan sudu dan garpu. Bukan dia tak pandai makan menggunakan sudu dan garpu namun dia tak biasa. Dia sebenarnya lebih selesa makan nasi dengan menggunakan tangan. Lebih menyelerakan dan sedap. Tapi dia tahu dia sekarang ini dia berda di rumah papanya. Seorang lelaki yang paling kaya di Malaysia. Siapa sangka ayah kandungnya merupakan seorang jutawan yang cukup dikenali di Malaysia malah di luar negara. Kalaulah kawan-kawan baiknya Mickey, Bob, Shah dan Joehanna tahu yang dia sebenarnya anak kandung jutawan mesti mulut kawan-kawannya ternganga. Dia tersenyum sendirian.

"Makan pun sempat berangan lagi ke?" satu suara menegurnya. Natasya tersentak. Kemudian dia terpandang Adam, abang sulungnya sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Natasya tersentak. Macam manalah Adam boleh perasan dia tengah berangan. Ingatkan masing-masing sibuk makan sampaikan satu patah perkataan pun tidak kedengaran sejak tadi.

"Maaf...Along ada apa-apa nak cakap dengan adik ke?" tanya Natasya. panggilan yang cukup janggal yang dirasakan olehnya ketika itu. Tetapi dia masih ingat lagi semasa umurnya 7 tahun dan abang-abangnya masih lagi tinggal bersama-samanya panggilan itulah yang dia gunakan.

"Along? Adik?...please Ok! I hate to hear that!" Adam bersuara agak kasar. Asyraff yang berada di sebelahnya mulai tersenyum dengan senyuman yang cukup menyakitkan hati Natasya.

"Adam...behave yourself!" kemudian kedengaran suara keras keluar dari mulut papanya. Adam hanya mendiamkan diri.

"Habis tu adik nak panggil Along apa?" tanya Natsaya yang masih mampu berlembut. Hatinya memberontak di kala itu. Itu bukan dirinya. Dirinya yang sebenar tak akan mendiamkan diri sahaja apabila seseorang berlaku biadap.

"Just call him Adam...and i Asyraff...that\'s it! senang kan?" Asyraff pula bersuara.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata dari kedua-dua abangnya hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang Natasya rasai di kala itu. Ke mana abang-bangnya yang dia kenali 11 rahun dahulu. Abang-abang yang cukup mesra dan cukup menyayanginya. Abang-abang yang sanggup melindunginya sekiranya dia selalu ditindas oleh budak-budak lain yang sebaya dengan mereka di kala itu.

"Ya Allah...kuatkanlah semangatku!" Hatinya merintih. Dia dapat merasakan dia hampir-hampir mengeluarkan air matanya di kala itu. namun dengan sedaya upaya dia cuba menahan daripada menangis di depan mereka semua.

"Natasya tak payahlah ambil hati dengan Adam dan Asyraff ni...mereka memang macam ni...bukan apa, mungkin mereka tak biasa...yalah selama ini mana pernah mereka dengar ada orang panggil mereka Along atau Angah...anak aunty tak apalah panggil dia orang dengan panggilan abang pun sebab dia dah biasa," Sofea, bakal ibu tiri Natasya bersuara cuba membela bakal anak-anak tirinya.

Natasya hanya mendiamkan diri. Dia memandang papanya yang berada agak jauh darinya di meja makan tersebut. Dia mengharapkan simpati lelaki tersebut. Dia mahu papanya akan membelanya. namun harapannya hanya tinggal harapan. Papanya hanya mendiamkan diri seperti tiada apa yang berlaku di kala itu. Waktu itu baru dia tahu yang sememangnya kehadiarnnya di sini hanya sia-sia. Dia mulai tidak yakin dengan diri sendiri. Adakah dia mampu bertahan dengan semua ini pada hari-hari yang berikutnya? Adakah dia mampu untuk lakukan apa yang telah disuruh oleh arwah mamanya agar dia tinggal bersama dengan papanya untuk selamanya? Hatinya mulai tawar.
posted by Penulisan2u @ 5:53 PG   12 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Tak mampu ku hindari 5
Nama Pena : Sofi

"Apa yang Lia menungkan lagi tu, sayang?"

Suara ibu mertua membuat dia menoleh ke muka pintu. Maria cuba tersenyum namun kesedihan tidak dapat disembunyikan.

Datin Syarifah berjalan perlahan-lahan merapati menantunya. Matanya tajam memerhati Maria yang sedang duduk di birai katil. Di atas katil itulah, Mustafa terbaring lesu selama lebih sebulan yang lalu. Di atas katil itu jugalah lelaki itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Di situlah jenazahnya diletakkan sebelum diangkat, dimandi dan dikafankan petang tadi.

"Lia sedih, mami. Minggu lepas keadaan abah elok aje. Tiba-tiba hari ini, dia dah tak ada." Satu keluhan dilepaskan, "Rasanya sekejap sangat kami dapat bersama. Susah payah, baru Lia dapat bermanja-manja dengan abah. Tak puas lagi rasanya…"

Tangisan bergema lagi. Walau cuba ditahan, air mata tetap mengalir menuruni pipi.

"Tapi…Lia patut bersyukur yang umur abah Lia panjang juga. Walau doktor kata jangka hayatnya cuma enam bulan tapi tengoklah kuasa ALLAH. Dapat juga dia bertahan sampai semalam." Ujar Datin pula.

"Entahlah, mami! Kalau Lia sesedih ini, macam mana agaknya keadaan emak?"

Maria terbayangkan Aisyah. Raut wajah itu begitu tenang tadi. Emaknya tidak menangis teresak-esak seperti dia. Emaknya terlalu sabar.

"Insya-ALLAH, mak tak apa-apa, Lia. Mak masih kuat lagi." Aisyah bersuara di muka pintu. Maria segera bangun dan memeluknya.

"Kalaulah Lia boleh jadi sekuat mak!" Desahnya.

"Anak mak ni dah cukup hebat. Dari Lia kecil sampai sekarang. Bagi mak, bagi arwah abah Lia, hanya Lia anak perempuan kami yang terbaik. Tak ada yang lain! Lia, kematian hanya memisahkan jasad kita. Tapi ingatan dan kenangan bersama abah tetap hidup sampai bila-bila. Mak tahu Lia sangat-sangat sayangkan abah. Mak juga tahu, Lia akan sentiasa mendoakan abah walaupun sekarang dia dah tak ada. Doa anak yang baik macam Lia, tentu akan memberi manafaat kepada dia di sana, kan?"

Maria segera menyeka air mata. Benar, hidup dan hubungan tidak berakhir dengan satu kematian. Bila meninggal seseorang anak Adam, ada tiga perkara yang memberi keberuntungan kepadanya. Satu, amal jariahnya semasa hidup. Dua, ilmu yang berfaedah dan tiga, doa dari anak-anaknya yang soleh.

Maria ingin menjadi anak yang baik itu!

"Lia ingat pesan abah semalam?" tanya Aisyah.

Maria angguk. Kenangan semalam menerjah minda.

Dalam nafas yang tersekat-sekat ayahnya berkata, "Lia, bila abah dah tak ada nanti, ingat pesanan abah ni, ya."

Maria tekur merenung lantai. Cuba mencerakin amanah seorang ayah.

"Jadilah isteri Hisyam yang baik. Jaga segala keperluan dia. Ingatlah, kerana dia, keluarga kita bersatu semula. Kerana Syam, abah dapat anak perempuan abah semula. Syam yang berjaya pujuk Lia memaafkan abah. Abah terhutang budi pada dia."

"Hah, dah ingat ya? Habis tu, ngapa Lia sorang diri kat sini. Kenapa biarkan Syam menung sorang-sorang kat anjung tu?"

Maria terkulat-kulat diperli ibunya. Pada ketika itu Hisyam menjengukkan diri ke dalam bilik. Demi melihatnya, dia terus masuk dan duduk di sebelah Maria. Memeluk isterinya tanpa mempedulikan sesiapa. Sepasang matanya redup memandang.

"Lia ok tak ni?" Soalnya.

Maria mengangguk. "Abang nak makan?"

"Lia makan sama dengan abang, ya!"

"Tak apalah. Lia kenyang lagi. Biar Lia temankan abang aje. Marilah!" Dia berdiri menghulurkan tangannya.

Hisyam masih duduk. Dia masih merenung Maria.

"Jomlah!" Maria mendesak.

"Kalau Lia kenyang, abang pun kenyang juga. Biar kita sama-sama tak payah makan." Balas suaminya.

Tiba-tiba mami mencelah, "Lia, Syam tu risau. Sejak semalam Lia tak jamah apa-apa pun. Tentulah mati seleranya bila isteri dia tak mahu makan?"

Maria tersenyum kecil. Sekali lagi dia menghulurkan tangannya kepada suami yang masih menatap wajahnya.

"Jom, kita makan sama-sama."

Hisyam menghela nafas tanda dia lega mendengar. Tangan isteri disambut dan digenggam. Seiringan, mereka menuju ke dapur.

Di dapur, masih ada lagi tetamu yang tinggal untuk menolong mengemaskan pinggan mangkuk sebaik habis kenduri dan bacaan tahlil. Dua orang kawan ibunya masih setia di situ.

Maria menyendukkan nasi dan membubuh lauk untuk suaminya. Dia menyiram tangan Hisyam dengan air. Air minuman dituang ke dalam gelas. Kemudian barulah dia duduk di sebelah untuk makan bersama. Dia tidak menyedari ada mata-mata yang nakal sedang memerhati gelagat mereka berdua. Ada suara-suara nakal yang ingin mengusik!

"Hai, Lia. Kamu suami isteri ni makcik Zah tengok, kalah pengantin baru. Mesra macam orang baru kahwin aje. Si Syam ni asyik nak berkepit dengan kamu! Manja bukan main!"

Wajah putih menjadi kemerahan mendengar usikan itu namun tidak dibalas. Hanya senyuman menghiasi bibir.

"Tapi, takkanlah nak berdua aje, kut? Tak berseri rumah kalau tak ada anak kecil, tahu tak? Buat apalah nak merancang-rancang, Lia! Cepat-cepatlah beranak! Barulah semakin berseri rumah tangga kamu ni hah! Lagi bertambahlah kasih sayang cik abang kamu ni pada kamu!" Tambah mak cik Zah sinis.

Pasangan suami isteri itu berbalas renungan. Dahi Hisyam sedikit berkerut. Semakin tidak selesa apabila melihat wajah Maria yang sudah berubah. Tiada keceriaan lagi!

‘Adui... makcik Zah ni pun satu! Tak nampak ke dia keadaan bini aku ni? Abah baru aje meninggal! Dah usik tentang anak pulak! Memang menyibuk betul orang tua ni!’ Marah Hisyam dalam hati.

"Belum ada rezeki lagi, makcik!" Balasnya geram.

"Aik, dah lama kamu kahwin, kan? Kalau kamu tak merancang, apa masalahnya? Sampai bila nak berdua aje?" Makcik Zah masih belum berpuas hati.

"Sebenarnya Zah, budak dua orang ni tak pernah merancang pun. Dua-duanya pun suka budak kecik, tapi ALLAH belum nak bagi lagi. Nak buat macam mana, kan?" Balas mami Hisyam pula.

"Abis tu, korang tak berubat ke?"

‘Aduh...bisa gawat nih! Banyak bangat soalan!’ Hisyam mengetap bibir.

"Dah puas berusaha dah! Cara kampung? Berurut? Jumpa pakar? Semua dia orang berdua ni dah cuba! Belum lekat-lekat lagi. Agaknya sebab terlampau mesra sangat, kut? Macam yang awak kata tadi! Kalah pengantin baru, kan! Itulah yang tak jadi-jadi tu!"

Maria segera mencubit paha suaminya bila Hisyam ketawa besar mendengar kata-kata ibunya tadi. Hingar bingar keadaan di dapur ketika itu.

"Apa yang tak jadi-jadi?"

Dato’ Ahmad yang mendengar orang bising-bising di dapur turut ingin mengetahui sebabnya. Dia mengambil tempat di hadapan anaknya. Maria bangun. Dia menyendukkan nasi untuk ayah mertuanya pula.

"Zah ni, bang. Dia nak tahu kenapa budak dua orang ni tak mahu anak!" Jawab datin.

"Bila pulak dia orang ni tak mahu anak? Saya tak tahu pulak. Yang saya tahu, si Hisyam ni pantang tengok bininya. Asyik nak menerkam aje!"

Keriuhan memenuhi ruang. Pipi Maria merah padam, begitu juga dengan Hisyam. Hai, tidak fasal-fasal, mereka berdua menjadi sasaran hari ini. Tidak habis-habis diri mereka suami isteri ingin diusik.

Geramnya!
posted by Penulisan2u @ 5:51 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Kemarau Hati 4, 5
Nama Pena : cahaya anugerah

"Bosannya.Nyesal aku tak pergi sekolah.Kalau pergi sekolah ada jugak kawan diajak bersembang.Ummi ni pun.Time nilah nak beli barang.Tinggal aku sorang kat rumah." Rungut Nurul Ain.Puan Sumaiyah baru sahaja keluar membeli barang-barang dapur.Nurul Ain tidak dibenarkan ikut kerana kakinya masih belum sembuh.

Dia memikirkan kejadian pagi tadi.Risau sekiranya Izzah merajuk."Izzah merajuk ke?Peningla aku dengan perangai dia ni.Kejap ok, kejap tak ok.Huh!" Nurul Ain mengeluh.Keliru dengan sikap rakannya itu.

"Dahla.Tak payah fikir pasal dia tu.Baik aku tengok tv. Lagi best." Remote control dicapai."1.30?Cerita apa yang best?" Nurul Ain menyoal diri sendiri.

Ting tong!

"Sape pulak yang datang ni.Kacau betullah.Orang nak tengok tv pon tak boleh."Nurul Ain segera mencapai tudung.Lalu disarungkan ke kepala.

"Takkan ummi kot.Baru 15 minit takkan dah balik.Tadi kata banyak barang nak beli." Nurul Ain pelik.Diselak sedikit langsir."Sape tu?" Nurul Ain berjalan terhincut-hincut menuju ke pintu pagar.

"Adik,ni ada bungkusan untuk adik.Mintak tandatangain kat sini."ujar pemuda dihadapan Nurul Ain.Katanya peminat Nurul Ain yang beri.Bila ditanya siapa "rahsia".
Benci Nurul Ain melihat wajah pemuda itu tersenyum seperti kerang busuk.'Gatal'.Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah.Pintu dikunci."Meluat aku.Takde keje lain.Dahla senyum tak manis.Kalau manis macam cotton candy naklah aku".Nurul Ain membebel sendiri.

"Sapa pulak yang bagi ni?Nama pun takde.Lain kali tulislah nama.Cikgu kat sekolah tak ajar ke." Nurul Ain membelek-belek bungkusan itu.Dibuka dengan berhati-hati.

"Wow.."

------------------------------

Hari ini Nurul Ain bersemangat untuk ke sekolah.Dia masih belum mengetahui keputusan pertandingan koir semalam.Dia terlupa untuk memghubungi Izzah untuk mengetahui keputusan pertandingan itu.Pagi itu dia tidak bersarapan.Hanya minum seteguk milo panas sahaja.Itupun setelah di paksa umminya.

"Abah,hari ni hantar Ain awal sikit ye."Abahnya hanya mengangguk.Tahu benar sikap Nurul Ain.Jika dia menolak pasti dia akan melihat muncung itik Nurul Ain.

*************************************
"Izzah!" Hampir terkeluar anak tekak Nurul Ain memanggil Izzah tapi tidak sedikit pun dia menoleh.Nurul Ain hairan memikirkan kelakuan Izzah.Dia belari-lari anak menuju ke kantin.Kemudian mengambil tempat dihadapan Izzah.

"Hai Izzah.Awal kau sampai hari ni?Selalunya pukul 7.00.Ni baru 6.50.Kau makan ape tu?Nak sikit?"Gurau Nurul Ain mesra.Izzah tidak menjawab pertanyaan Nurul Ain tetapi matanya tepat menghala ke wajah manis Nurul Ain.Nasi lemak yang dijamah tadi seakan hilang rasanya saat memandang wajah Nurul Ain.

"Kenapa kau pandang aku camtu?Ade yang tak kena ke?Yelah.Aku tak makan nasi lemak kau.Aku gurau jelah.tu pun nak ambik serius," Nurul Ain merajuk.Pelik.Tak pernah Izzah sedingin ini."Izzah!Kenapa ni?Aku ada buat salah ke?" Nurul Ain tidak puas hati selagi tidak mengetahui apa masalah Izzah."Ish!Tepilah.Sibuk je!" Tengking Izzah pada Nurul Ain.Nurul Ain terkejut dengan tengkingan yang diterima.Tak sangka Izzah bersikap begitu padanya.Izzah berlalu ke tapak perhimpunan meninggalkan Nurul Ain disitu.Nurul Ain mengeluh.

********************************************

'Ish.Laparla pulak.Sempat lagi kot nak makan.Erm..Mi goreng best gak..' Nurul Ain lambat turun untuk rehat.Cikgu Izzul menahannya dalam kelas.Semuanya gara-gara tidak menghubungi Izzah untuk bertanya tentang homework.Cikgu Izzul ni pelik sikit.Walaupun tak hadir tetap kena buat homework dan hantar pada esok harinya.

'Ala..Tempat penuh pulak.Nak duduk mana ni?' Keluh Nurul Ain dalam hati.Leher Nurul Ain sudah panjang seperti zirafah.Matanya melilau-lilau mencari tempat duduk.

'Akhirnya!' Hatinya menjerit.Dapat jugak tempat.Sebelah budak laki pun tak kesahlah.Asalkan dapat makan' Belum sempat Nurul Ain menyuap mi goerng ke dalam mulutnya..."Hai awak.Sorang je?"

Nurul Ain menoleh.Akif!Sedikit terkejut.Tetapi berjaya dikawal.

"A'ah." Jawab Nurul Ain sepatah lalu mengunyah sesudu mi goreng ke dalam mulutnya."Nak sikit".

"Ha?!" Akif tersenyum melihat mulut Nurul Ain ternganga.Mungkin tidak sangka.
Nurul Ain meneruskan suapan.Dia menganggap itu hanya satu gurauan.

"Hauslah.Bak skit air awak." Tangan kanan Akif pantas mengambil gelas berisi teh ais kepunyaan Nurul Ain."Apa ni minum air orang". Akif tidak menghiraukan kata-kata Nurul Ain lalu ditarik pinggan mi goreng Nurul Ain.Diheret pinggan itu ke hadapannya. "Sedapnya mi goreng ni.Nak?" Akif mahu manyuap Nurul Ain.Lantas Nurul Ain menolak tangan Akif.Sudu besi di tangan Akif terlepas ke lantai.

Ting!

Suasana yang tadi hingar-bingar bertukar senyap sunyi.Semua pelajar memandang ke arah mereka berdua.Mata Nurul Ain sudah berkaca.Akif telah mengganggunya makan.Dia juga telah memalukannya di hadapan semua pelajar.

"Akif!Awak ni kan memang saja nak kacau saya." Empangan air matanya pecah.Segelintir pelajar berbisik-bisik.Ada juga yang ketawa kecil dapat menyaksikan 'sinetron' percuma ini.

Air matanya mengalir laju.Cuba ditegah tetapi tetap mengalir.Nurul Ain tidak sanggup lagi menanggung semua dugaan ini.Sudahlah Izzah tidak mahu melayannya.Walaupun duduk bersebelahan didalam kelas namun tidak sedikit pun Izzah berbicara.

Akif sudah cuak melihat Nurul Ain menangis.Tidak sangka gurauannya menyebabkan air mata Nurul Ain tumpah.Dia tidak tahu apa harus dilakukan.

"Lepas ni tolong jangan kacau saya lagi".Nurul Ain berkata-kata dalam sendu.Malah air matanya masih belum berhenti.Kakinya melangkah meninggalkan Akif.

'Ya Allah tabahkanlah hatiku.Aku tahu ujian ini terlalu kecil.KAu kuatkanlah hatiku Ya Allah.' Air matanya diseka.Dia tidak bersedia untuk masuk ke kelas.Surau sekolah dituju.Bukan untuk bersolat fardhu tapi berdoa.Mungkin juga solat hajat.Minta dikuatkan diri menghadapi ujian kecil ini.Tiada tempat untuknya mengadu selain Allah.
posted by Penulisan2u @ 5:48 PG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Pertemuan 4
Nama Pena : kayaizzat

Mahalnya kenangan:


"Amani………..cepat turun,abang Zaky nak jumpa ……mah!!!" Aku kaget mendengar suara Kak May May memanggil namaku. Entah mengapa jantungku berdegup kencang bila mendengar nama abang Zaky. Ku calit sedikit bedak di pipi dan sejemput gincu di bibirku. "Apa agaknya yang abang Zaky nak dari aku ya". Tanpa membuang masa,aku ke ruang tamu untuk membuka pintu. Di bawah sebatang pokok mangga yang rendang,ada sesusuk tubuh yang gagah berjalan mundar mandir ke sana sini. Di tangannya ada sebuah kotak berwarna merah hati yang berbalut kemas.


"Assalamulaikum………..". Lelaki itu tepat memandang wajahku. Terpanah seketika hatiku. "Apa hajat Abang Zaky nak jumpa Amani pagi-pagi buta ini,tak manis kalau orang nampak". Lelaki itu menghadiahkan sebuah senyuman yang indah seperti pelangi senja. "Tak boleh ke nak jumpa!!!,lagi pun dah bertahun-tahun abang tak jumpa Amani. Amani tak sudi jumpa abang ya". Hatiku tersenyum sendirian. "Bila-bila pun abang boleh jumpa Amani,Amani tak kisah asalkan abang sudi. Eh….nak tanya sikit boleh tak? ". Abang Zaky tersenyum mendengar pertanyaaanku. "Nak tanya apa?. Kali ini aku kehilangan kata-kata. Aku tunduk memandang rumput Filipina yang subur menghijau di telapak kakiku. "Amani……nak tanya apa?"


"A….abang datang sini,makwa tak marah ke!!,Amani takut tau….tak pasal-pasal nanti ada orang serang kita. Ngeri sangat rasanya……" Abang Zaky berterusan memandang wajahku. Aku menjadi semakin tidak tentu arah. Aku pura-pura memandang Puncak Ledang. Tanpa Abang Zaky sedari,aku mencuri pandang wajahnya. Berubah benar wajahnya kali ini. Kacak dan segak berbanding 6 tahun lalu. Kumisnya yang hitam dan dadanya yang bidang,benar-benar mengegarkan hati keperempuananku. Bertuahnya aku,andai dapat merebut hati abang Zaky. Namun siapalah aku…………untuk merebut cintanya. "Manalah Abang Zaki ada makwa. Amanikan tahu,sampai bila-bila pun abang tak akan mencari orang lain……..." . Kata-kata abang Zaki mati di situ. Bersalahnya aku memaksa abang Zaky membuka lipatan memori dulu. Patutlah abang Zaky masih sendiri,rupa-rupanya cinta misteri nusantaranya itu masih berbekas di hati.


"Amani….ni abang ada bawa hadiah untuk Amani. Sudilah kiranya Amani terima. Jauh abang bawa tau……,dari Bumi Madinah. Ni sebagai tanda terima kasih kerana selamatkan abang tempoh hari. Kalau Amani tak tolong hari tu,entah-entah abang tak dapat tengok muka Amani lagi." "Abang….Amani ikhlas dan sebagai manusia kita punyai kewajipan untuk menolong sesama manusia. Hari ini hari abang dan entah bila pulak masa Amani. Tak payahlah abang. Amani ikhlas.". "Tak sudi ya…..eh abang balik dulu ya. Nanti mak aji bising pulak". Abang Zaky meninggalkan kotak hadiah di atas pangkin di bawah pokok mangga. Aku sekadar memerhati abang Zaky dengan sejuta pertanyaan.


Ku buka kotak hadiah pemberian abang Zaky. Ada sebuah kotak muzik dan sekeping gambar seorang lelaki seiras abang Zaky. Kedengaran lagu instrumental filem "Titanik" beralun dengan sayu. Melodinya benar-benar meruntun jiwa kewanitaanku. Kotak muzik ku biarkan berbunyi. Terasa tenang menghayati melodinya. Ku buka sampul surat pemberian abang Zaky.
Assalamulaikum,…………Amani

Ketika mentari berlari pergi
Aku akan memandang ke langit
Mengira kerdipan bintang yang bertaburan
Di situlah janjiku tersimpul
Di situlah kasih ku bersemi
Biar hakikatnya……………aku ibarat menanti bulan jatuh ke riba.
Tanpa siapa tahu
Dalam hati ini
Ada cinta yang berbalam-balam suram
Ku rela terbang tinggi
Dari melihat ia gugur satu persatu
Andainya nanti……., gerbang kekecewa itu mengetuk pintu hatiku
Aku rela………….
Biar cinta dan rindu ini
Cuma bertamu dikalbu……………

Nukilan rasa: Zeky@zaki Haji Basri
Ku lipat warkah ringkas abang Zaky.Hatiku tertanya-tanya siapakah gadis impian
Abang Zaky. Kesiannya aku padanya. Patutlah dia membawa diri jauh ke Bumi Madinah sebaik sahaja tamat STPM beberapa tahun yang lalu. Walauapapun,akhirnya rindu seorang sahabat terlerai jua bila membaca puisi ciptaan Abang Zaky.


"Abang Zaky………….tiada siapa tahu,jauh di sudut hati ini,Amani amat menyenangi abang. Mengapa tergamak abang Zaky biarkan Amani sendirian menghadapi hari-hari yang mendatang. Abang pergi tanpa pesan. Amani tak tahu,apa salah Amani hingga abang tergamak pergi tanpa sempat memberi lambaian terakhir buat Amani". Hatiku terguris lagi bila mengenang kenangan lalu. Pemergian abang Zaky ke Bumi Madinah memadamkan terus tali persahabatan kami. Tiada sepucuk surat pun bertandang ke rumah abah. Aku pulak………pasrah pada takdir Tuhan. Tak ada maknanya aku ke rumah Pak

Imam Basri untuk bertanya khabar pada orang yang tak sudi mengkhabarkan berita untuk ku. "Tak kan……perigi nak cari timba kot!!!! Dahlah hidung tak mancung,pipi pulak tersorong-sorong". Sudahnya keakraban kami hilang begitu sahaja bersama hilangnya bayangan Abang Zaky.


Kini abang Zaky kembali lagi. Tembok kenangan ku terkuak sendiri. Berbondong-bondong memori silam tersembul keluar di mindaku. Rindu benar aku….pada gurau senda abang Zaky. Rindu benar aku…..pada bait-bait puisi abang Zaky yang mengusik jiwa. Ternyata memori bersama abang Zaky tidak pernah padam dalam ingatanku. Pemergian abang Zaky menjadikan aku wanita tabah,………tabah seperti Kinto menghadapi saat kematian Dasimah dalam novel Senjakala.


Perkhabaran darimu:

"Amani……….cepat,ada panggilan dari orang jauh". Aku kaget mendengar laungan mak. Tanpa membuang masa,aku berlari-lari anak ke ruang tamu rumah kami. Ku perhatikan abah telah terlena di atas kerusi malas yang masih bergoyang. Kesiannya aku pada abah. Sepatutnya disaat usia persaraan hampir tiba,abah sudah menganyam bahagia. Bahagia dengan gelak tawa cucu dan anak-anak. Namun takdir Tuhan……tiada siapa mampu menghalang.. Ketabahan abah sering teruji. Sewaktu usiaku 13 tahun,Abang Jasmee,satu-satunya pewaris abah pergi buat selama-lamanya sebelum sempat memperisterikan Kak Yasmin. Kehilangan Abang Jasmeen membuatkan kemersaan kami mati bertahun-tahun lamanya. Pantang terpandang gambar abang Jasmee,air mata abah pasti mengalir. Sudahnya………..aku ambil tindakan nekad,membakar semua gambar abang Jasmee. Mulanya abah

marah,lama kelamaan abah berterima kasih kepada ku. Yang abah tidak tahu sampai kini,sekeping gambar abang Jasmee masih tersimpan kemas dalam simpananku. Andai rindu datang membara,andai luka datang bertandang,gambar itulah tempatku mengadu."Maafkan…..Amani,abah"


Gagang telefon ku capai. Ada lontaran suara sayu di hujung talian. "Assalamulaikum………..maaf mengganggu". Aku kehilangan kata-kata. "Boleh saya cakap dengan Amani". Aku biarkan sahaja suara itu berhenti. "Boleh saya bercakap dengan Aisyah Amani". "Y………ya….ya,saya Aisyah Amani". Hatiku tidak karuan. Tidak ku tahu,mengapa perempuan ini tergamak menganggu hidupku lagi. Saat hatiku mula bercambah riang,ia datang ……… cuba meragut kebahagiaanku. Bencinya aku menguak pintu kenangan. "Ya Allah,besar benar dugaan kau untuk ku".


"Kenal lagi tak……?". "Makcik……………sampai mati pun saya akan ingat wanita semulia makcik,……. Profesor Madya Norhasni Binti Hassan!!!!". Sakitnya kesabaranku. Marahnya ketenanganku. "Ma…..maafkan makcik Amani". Ada sendu yang semakin jelas kedengaran di hujung talian. Semarah dan sebenci mana pun aku pada wanita itu,hati ku luntur jua akhirnya. Sebenarnya…..hatiku tak ubah seperti kerak nasi. Kalau ku ikut hati,akan ku maki wanita mulia sepertinya. Biar dia tahu betapa deritanya aku mengusir cinta yang telah mampat dalam jiwa,biar dia tahu betapa sangsaranya abah menebalkan muka,membuang sifat malu demi melihat aku bahagia dan akhirnya semua orang tahu,keluarga kami merana sangsara kerana dirinya. Air mataku gugur. "Abang Zaki…….tolonglah Amani,Amani terlalu lemah menangani situasi ini". Kata-kata itu Cuma bermain di mindaku. Andainya abang Zaki ada di depanku,pastinya…akan ku sembamkan wajahku di dadanya yang bidang.


"Mak………cik……a…..a…..ada apa-apa yang saya boleh tolong". Aku cuba kuatkan semangatku setakat yang ku mampu. Ku kuak air mata yang mula mengalir deras. "Amani…….kenapa nak". Aku tidak menjawab kata-kata abah. Bersalahnya aku kerana mengejutkan abah dengan tangisanku. "Ta…..ta…..tak ada apa-apa abah". Ku lihat abah berjalan ke arah dapur setelah emak melambainya. "Tolonglah datang sini !!!,makcik benar-benar minta tolong. Tolong makcik nak…..". Suara Puan Hasni tersekat-sekat. Dapatku rasakan air matanya lebat sekali biar jarak antara Muar dan Alor Star amat jauh.. Tidak ku duga,wanita seego dirinya akhirnya merayu padaku. "Dunia sudah terbalik mak".


"Kenapa makcik….". Ku lembutkan tutur kataku. Perlakuanku perlu dijaga. Aku tak nak dikata orang,cakap tak serupa bikin. Bertahun-tahun aku ajar pelajarku tentang adap sopan seorang muslim,bertahun-tahun aku ajar pelajarku tentang erti kesabaran,apa gunanya jika aku tidak mengamalkan ajaran itu pada diriku sendiri. Aku perlu bermuhasabah sendiri. Aku mahu menjadi wanita soleha idaman semua insan.

"Amani……………….Amirul nazak. Dia terlibat dalam kemalangan. Dari semalam dia asyik menyebut nama Amani….." Kata-kata Puan Norhasni mati di situ. Dia gagal membendung tangisannya. Tangisannya semakin jelas ke dengaran. Aku kehilangan kata-kata. Perasaanku kini kosong. Biarpun telah ku buang kenangan bersama Amirul,namun bekasnya masih ada. Aku menjadi simpati pada Puan Norhasni. Ku buang keegoanku jauh-jauh. "Puan……..sabar ya banyak-banyak. Malam ini juga saya akan ke sana. Jangan risau ya". Ku letak gagang telefon di badannya.


Langkahku sudah hilang rentaknya. Tubuhku jadi longlai saat memandang wajah emak. "Mak……Amirul nazak. Dia kemalangan". Ku peluk tubuh emak. Ku lihat ada air mata mengalir diwajah emak. Mata abah telah berkaca. Aku tahu,biar keluarga Amirul telah membuang keluarga ku jauh dalam hidup mereka,tapi aku tahu bahawa abah amat menyayangi Amirul. "Sabar ya nak,beristifar banyak-banyak". Ku biarkan sahaja emak berbicara. Tidak ku tahu,apakah sebenarnya perasaanku hari ini. Apa yang pasti……dalam diri ini ada sedikit rindu yang bertandang dan segunung simpati yang menyimpul erat.
posted by Penulisan2u @ 5:40 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Mahligai Ketulusan hati 4
Nama Pena : PUTRIE LYANNA ARIENNA MUHAMMAD

Seperti minggu lepas, Amirul akan menghantar Yana ke sekolah tetapi kini berlaku perubahan. Amirul akan menjadi guru di situ juga. Maknanya mereka akan sering bertemu!
Hampir seluruh warga sekolah heboh apabila aku menaiki kereta dengan seorang pemuda yang berpakaian segak. Mujur mereka tak nampak apabila aku menyalami tangan Amirul dan Amirul mencium aku seperti kebiasaannya.
Aku membawa Amirul ke pejabat sekolah dan terus bergerak ke kelas untuk meletakkan beg sebelum ke dewan bagi majlis perhimpunan. Pengetua sekolahku seorang yang berdedikasi kerana beliau akan tiba ke sekolah sebelum pukul 7 pagi. Jadi tak sukar untuk Amirul melaporkan diri dan memulakan tugasnya tepat pada waktunya.
Sewaktu perhimpunan, Amirul dan beberapa rakannya diperkenalkan sebagai guru baru. Terdapat dua guru yang akan mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni termasuk Amirul. Sukar untuk Yana meneka siapakah guru yang akan mengajar di kelasnya juga sebagai guru tingkatannya itu.
Apabila nama Amirul disebut, terdengar suara-suara halus yang berbisik mengenai dirinya dan guru tersebut tanpa mengetahui perihal yang sebenar. Ada yang juga yang menjeling tajam terhadapnya.
‘ Aku tak tahu apa yang Si Yana pakailah. Nak kata cantik, biasa saja tapi dia boleh dapat Putera Adam! Ni pula dia datang sekolah naik kereta dengan cikgu baru pula!’
Yana hanya menahan perasaan amarahnya.
Tamat perhimpunan, para murid akan beratur untuk kembali semula ke kelas dan meneruskan proses seterusnya.

Hampir semua bertanya kepada aku tentang hubungan aku dengan salah satu guru baru di situ tetapi aku tidak menjawab kerana kewujudan Tiara membantu aku untuk menjawab segala pertanyaan itu.
" Yana dengan cikgu tu sepupulah. Salah ke kalau cikgu tu bawa Yana ke sekolah sekali."
Itulah jawapan yang diberikan. Aku hanya mengangguk tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Tiara.
Pelbagai reaksi yang aku terima. Ada yang suka, ada yang tak suka. Itulah lumrah manusia yang cemburu!

Semasa dalam perjalanan ke kelas, aku berselisih dengan guru yang terkenal dengan gelaran ‘ANDARTUA GEDIK’ dikalangan para murid di sekolah. Nak tahu siapa dia? Cikgu Farah!
Cikgu Farah memberi amaran keras kepadaku supaya menjauhi diri daripada Cikgu Azley iaitu suamiku sendiri.
‘ Kalau dia tahu Cikgu Azley itu ialah Amirul, rasakan dia!’
Tiara yang berada disamping aku membela aku di hadapan guru itu dengan berkata, "Cikgu tiada hak untuk berkata demikian terhadap kawan saya. Cikgu Azley tu sepupu Yana, jadi tak salah kalau mereka rapat. Cikgu jangan nak pandai-pandai beri arahan yang salah!"
Tiara sangat anti dengan Cikgu Farah.
" Lagi satu cikgu, kan ada lagi guru baru yang boleh dijadikan calon suami! Tapi saya rasa cikgu belum terdesakkan nak cari suami!" Sindir Tiara.
Cikgu Farah senyap kerana beliau pernah diberi amaran oleh pengetua suatu ketika dulu. Beliau bimbang Tiara akan mengadu hal ini terhadap pengetua dan dia akan diberi tindakan tatasusila.
‘Tunggu kau! Dendam aku belum terbalas lagi sebab kau, aku diberi amaran! Kalau aku tak dapat balas kat kau, kawan kau akan terima balasannya!’

Cikgu Farah dan Tiara amat dikenali dikalangan warga sekolah. Tak hairanlah kalau warga SMK Kayangan melihat mereka bertengkar. Tiara pernah diberi amaran supaya tidak berlaku biadap terhadap Cikgu Farah oleh pengetua tetapi Tiara membantah dengan alasan Cikgu Farah tidak berperangai seperti pendidik.
Tiara seorang yang sangat berterus-terang apabila dia rasakan sesuatu tak betul dan harus diberikan tindakan, dia akan merujuk kepada seseorang yang berhak menjatuhkan hukuman.
" Cikgu, tak semestinya para pendidik boleh mendidik! Saya rasa Cikgu Farah harus menukar profesionnya. Cikgu boleh bertanya seluruh warga sekolah tentang hal yang saya katakan." Tegas Tiara.
" Baik, saya akan menyiasat apakah benar perkara yang kamu katakan sebentar tadi! Jika saya dapati kamu cuba menabur fitnah dan cuba untuk memburukkan nama seorang guru, saya akan mengambil tindakan keras terhadap kamu! Jika saya dapati Cikgu Farah yang bersalah, saya akan memberinya amaran!"
Ternyata Cikgu Farah yang bersalah. Pengetua terpaksa mencari guru pengganti apabila ada seorang guru muda lelaki minta pertukaran ke sekolah lain apabila sering diganggu oleh Cikgu Farah. Beliau tak dapat menumpukan perhatian semasa mengajar apabila murid-muridnya mengadu tentang Cikgu Farah yang kerap memberi amaran kepada pelajar perempuan. Pernah sekali, semua pelajar perempuan keluar ke tandas dan tak pulang semula ke kelas sehingga tamat masa pelajarannya.

Cikgu Azley berjalan menuju ke kelas 4 KPH 1 diiringi oleh pengetua.
" Cikgu, ini kelas 4 KPH 1! Mari masuk, biar saya perkenalkan cikgu kepada mereka!"ujar Tuan Pengetua.
Cikgu Azley mengangguk. Mereka melangkah masuk ke dalam Tingkatan 4 KPH 1.
‘ Mudah-mudahan ini bukan kelas Yana. Silap aku juga sebab tak tanya dia kelas apa pagi.’ Getusnya sendirian sambil melangkah masuk.
Murid-murid Tingkatan 4 KPH 1 memberi salam hormat kepada pengetua dan guru baru yang melangkah masuk ke kelas mereka.
" Duduk, semua!" arah pengetua.
Setelah para murid mengambil tempat masing-masing, pengetua memperkenalkan guru baru kepada mereka.
Yana segera tunduk apabila melihat guru baru itu ialah SUAMINYA.
‘ Mudah-mudahan dia tak nampak aku.’
Tiara yang melihat keadaan Yana segera memegang tangan rakannya itu. Dia tahu Yana mengalami situasi yang sulit apabila suaminya menjadi guru tingkatannya.
Yana mengeratkan lagi genggaman tangan rakan baiknya itu.
" Ini guru tingkatan baru kamu, Muhammad Amirul Azley. Kamu panggil Cikgu Azley! Saya harap kalian dapat memberikan kerjasama yang baik. Tiara, jangan kamu bertekak dengan Cikgu Farah lagi ye!"
Ayat terakhir yang keluar daripada mulut pengetua membuatkan para murid di kelas tersebut ketawa besar. Semuanya sudah sedia maklum dengan hal antara Tiara dan Cikgu Farah.
Pengetua melangkah keluar daripada kelas tersebut dan membiarkan guru muda itu menjalankan tugasnya yang pertama.
Sebaik sahaja pengetua melangkah keluar, Cikgu Azley menanda pada buku kehadiran tanpa perasan tentang kewujudan Yana di dalam kelas itu. Tiba sahaja pada nama Nur Lyanna Arienna, beliau sangat terkejut apabila nama yang disebutkannya sebentar tadi ialah Yana!
‘ Yana! Ya Tuhan, dia adalah anak murid aku! Mcam mana aku nak mengajar ni?’
" Saya, Cikgu!" Yana mengangkat tangan dan berdiri. Sama seperti yang dilakukan oleh pelajar lain ketika nama mereka disebut. Bezanya ialah dia menundukkan kepala kerana gementar untuk memandang wajah gurunya...eh, suaminya! Setelah itu, dia duduk semula.
Amirul dan Yana terpaksa berlakon sebagai guru dan pelajar. Sebenarnya, masing-masing gementar dengan perasaan yang dialami.
Setelah menanda kedatangan mereka, Cikgu Azley membuka sesi soal jawab sebelum dia memulakan pengajarannya.
Dania dengan gaya kegedikkannya berdiri.
" Cikgu dah ada yang punya ke?"
Tanpa segan dan silunya, Dania menanyakan soalan itu.
" Kalau ada, kenapa? Kalau takde pula, kenapa?" Soal Cikgu Azley dengan hairan.
Sebelum sempat Dania menyambung, Tiara memotong dengan kebencian yang mendalam terhadap Dania." Dania, abang..eh, Cikgu Azley kita tu dah ada yang punya takkan kau tak nampak ada cincin kat jarinya. Betul tak?"
Dania mencebir dan mencuka. Benci!
" Betul kata Tiara! Hati saya sudah ada yang menghuninya tapi saya belum dimiliki sepenuhnya. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan, saya harap dapat memiliki dia!" Jawab Amirul dengan selamba.
Yana hanya dapat membatukan diri. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak silap memutuskan hubungannya dengan Adam.
" Cikgu ni sepupu dengan Yana ke? Bukan apa, pagi tadi kami nampak cikgu dengan Yana datang sesama! Bila kami tanya Yana, Tiara yang jawab. Dia kata cikgu ni sepupu Yana! Sibuk je Tiara tu." Soal Farhan sambil mengusik Tiara.
Amirul sekadar menjawab ya tanpa mengulas dengan lebih lanjut sebab takut rahsia mereka terbongkar.
Pelbagai lagi soalan yang ditanya oleh murid-muridnya tentang status dirinya tapi dia lebih mudah untuk mendiamkan diri.
" Okey, sekarang tiba pula saya tanya soalan berkaitan kelas ini! Soalan peribadi saya tak dapat jawab!"
Yana mengeluh lega. Lagi lama lagi panas punggung aku.
" Siapakah ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan kelas ini?" Soal Cikgu Azley.
Hafiz berdiri.
" Cikgu, saya Hafiz. Saya ketua tingkatan kelas ini. Penolong saya ialah Yana. Jika cikgu ada soalan mengenai kelas ini, cikgu boleh tanya saya tapi saya tak sepenuh masa berada dalam kelas sebab saya sering ada latihan dan perlawanan. Jadi, cikgu boleh mendapatkan bantuan Yana,"terang Hafiz.
Walaupun sering ketinggalan kelas, Hafiz sentiasa menyiapkan kerja sekolah dan menghantarnya tepat pada masanya. Tanggungjawabnya untuk belajar tetap tak dilupakan. Demi masa depan.
" Baiklah Hafiz, terima kasih atas penerangan anda. Sesiapa yang ingin berjumpa saya, tempat saya didalam bilik seni bukan di bilik guru. Sebelum saya keluar, saya nak jumpa dengan penolong ketua tingkatan di bilik saya, pada waktu rehat. Terima kasih!"
Cikgu Azley mengemas barangnya dan beredar. Sebelum beredar sempat juga dia memandang Yana.
Hafiz mengarahkan semua murid berdiri dan memberi salam hormat.
Yana terasa lega sebentar setelah dadanya sesak menahan getar.
‘ Di rumah, suami! Di sekolah, cikgu! Mantap betul watak aku ni.’
" Hoi, termenung ke? Tak payah nak termenung lagi sebab sekarang ni dia akan selalu berada di depan mata!"
Sergahan Tiara mematikan sebentar lamunan Yana.
" Bertuah kau! Lain kali cuba bagi salam dulu. Kurrr... semangat!"
" Yana, habislah kau sekarang ni! Kau dah ada saingan,"sakat Tiara.
" Siapa?"
Aku terpinga-pinga sebentar.
" Tu, si Dania dan rakan-rakannya termasuk juga Cikgu Farah!"
" Oh, no!"
Aku mula memicit kepala yang sedikit pening apabila mendengar kata-kata Tiara sebentar tadi.
‘Tapi kenapa pula aku nak risau sebab abang berhak untuk menentukan teman hidupnya sendiri. Bukan seperti sekarang yang kami jalani atas permintaan atuk!’
" Kau nak aku teman ke nanti?"
" Pergi mana?"
" Sang arjuna kau tu!"
" Aku lupa pula! Terima kasih sebab kau ingatkan aku. Kau kenalah temankan aku. Mampus aku pengsan nanti!"
Mereka tergelak kecil kerana Yana menunjukkan wajah yang lucu.

Dania dan kawannya berjalan menuju ke meja Tiara dan Yana dengan muka tak puas hati.
" Kau jangan nak kacau pak we aku. Tak kisahlah kalau dia tu sepupu kau ke apa ke....bla..bla..bla.." amaran Dania.
Tiara tak puas hati dan mula menjawab, " Dania, kau takde hak nak beri amaran pada Yana sebab hubungan Yana dan Cikgu Azley dah ternyata kenyataannya. Kau nak kata dia pakwe kau tapi kau pekak ke dia kata dia dah ada yang punya!"
Yana terperanjat melihat situasi tersebut. Dia memaut tangan Tiara dan membawa Tiara jauh daripada Dania dan kawan-kawannya. Dia takut ada pergaduhan antara mereka hanya semata-mata mahu membela dirinya.
Semasa waktu rehat, Yana dan Tiara menuju ke bilik seni seperti yang diarahkan oleh Cikgu Azley.

TOK! TOK! TOK!
Yana mengetuk pintu bilik tetapi tiada yang menjawab. Yana melangkah ke dalam dengan Tiara yang membuntutinya dari belakang.
" Assalamualaikum, cikgu!"
Yana memberi salam apabila melihat Cikgu Azley leka membuat kerjanya tanpa perasan akan kehadiran Yana dan Tiara.
" Wa’alaikumussalam. Yana, Tiara, masuklah!"
Pantas Tiara menolak ajakan Cikgu Azley. Dia mahu memberi privacy bagi pasangan tersebut.
" Yana, aku duduk luar sajalah! Makanan kau tu bagi kat aku saja. Kau kongsi dengan suami kau. Biar aku melantak habiskan makanan kau,"kata Tiara.
Aku mencubit halus lengan Tiara dan dia mengaduh kesakitan. Cikgu Azley hanya memandang ragam mereka.
Yana duduk di kerusi sebelah Cikgu Azley.
" Yana kekok ye? Maafkan abang sebab abang sendiri tak tahu Yana kelas apa. Jadi, abang tak dapat nak menolak!"
" Yana faham! Cuma sekarang kita harus lebih berhati-hati dengan tindakan kita. Sekarang, abang diperhati oleh Cikgu Farah dan Dania! Jadi kita harus mengelak untuk bertemu di sekolah kecuali ada perkara penting. Tadi, Dania dan Cikgu Farah dah beri amaran!"
" Amaran apa?"Soal Cikgu Azley dengan terperanjat
" Jangan dekat dengan abanglah."
" Yana cemburu?"
" Abang, Yana juga ada perasaan."
" Yana, abang betul-betul maksudkan kata-kata abang apabila Dania bertanya tentang status abang. Maaf kalau Yana tersinggung dengan kata-kata abang!"
Cikgu Azley mencapai tangan Yana dan mengucupnya.
" Abang, Yana akan mencuba sehabis baik!"
Kata Yana memberi cahaya yang bermakna terhadap dirinya.
Cikgu Azley memeluk erat tubuh isterinya itu. Yana pantas meregangkan takut ada yang melihat.
" Abang, biar Yana suapkan abang makan. Mana bekal abang?"
Cikgu Azley memberikan bekal tersebut kepada Yana dan membiarkan isterinya menyuapkan dia makan.
Selepas makan, Yana membetulkan tali leher dan mengemaskan pakaian suaminya agar tampak segak. Mulut yang sedikit comot dilap menggunakan sapu tangannya. Amirul senang diperlakukan sebegitu kerana dia terasa disayangi disebalik menyayangi.
Tiara tersenyum apabila terlihat adegan romantis secara tak sengaja.
' Semoga kalian berbahagia atas pengorbanan masing-masing! Tapi susah sangat ke nak luahkan perasaan yang mula bersemi dalam hati kalian. Mengaku sajalah yang korang saling mencintai!'
posted by Penulisan2u @ 5:37 PG   6 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Strong Heart 4
Nama Pena : Virus Ame

Hee-jun

Heejun segera turun dari kereta setelah kereta tersebut diberhentikan. Dia mengambil basikalnya semula dari bonet. "Terima kasih." Heejun menunduk hormat. Lalu dia pergi dari situ sambil mengiring basikalnya.
"Nak balik sekarang ke tuan?" tanya driver tersebut. "Nanti dulu. Jangan jalan lagi."kata Hwangjun sambil memerhati Heejun. Setelah Heejun berjalan agak jauh, Hwangjun meminta drivernya mengekori Heejun.
Pada masa itu, Heejun langsung tidak mengambil tahu hal sekelilingnay. Sebaliknya dia hanya termenung sambil berjalan mengiring basikalnya. Dia sedang memikirkan nasibnya yang agak malang.
"Heejun,awak tahu kan bagaimana reputasi supermarket kita jika ramai orang dapat tahu ada seorang lelaki gila datang menyerang. Mereka tentu akan takut untuk ke sini sebab takut di serang." Kata-kata Puan Shim terimbas kembali.
"Tapi, kenapa? Habis tu...macam mana... Heejun, takkan sebab kau nak pertahankan lelaki gila tu?" Heejun teringat pula kata-kata Niri yang begitu kecewa apabila mengetahui dirinya sudah tidak mahu bekerja lagi di supermarket tersebut.
Heejun juga teringat bagaimana dia telah meminta Puan Shim untuk memberhentikannya. "Lelaki gila?" kata Heejun seorang diri, sebak. "Ah! Buat apa aku nak sedih! Baru susah sikit. Orang lain tentu ada yang lebih susah hidunya daripada aku. Kuat Heeju., kuat!" katanya lagi yang akhirnya tersenyum kembali.
Akhirnya dia sampai di rumah. Dia masih lagi tidak mengetahui bahawa Hwangjun mengkorinya. Alangkah terperanjatnya Hwnagjun apabila melihat kedaifan rumah Heejun. Kni baru dia tahu, sebenarnya Heejun susah. "Kenapa agaknya mak pecat dia ek? Takkan sebab dia nampak kad aku daripada Heejun. Ataupun, mak marah dapat tahu yang dia pakai baling je risalah sampai kena kepala aku?" kata Hwangjun.
"Macam mana sekarang tuan?" tanya driver tersebut. "Erk!" Hwangjun seperti baru tersedar dari lamunan. "Ada apa pakcik?" tanyanya.
"Macam mana sekarang?"
"Oo...oh... er..hantar saya pulang ye. Hantar saya pulang." Arah Hwangjun.
"Mak, saya balik. Mak!" panggil Heejun sambil menutup pintu rumah. Panggilannya tidak dijawab. "Mak! Oo..mak!" panggilnya lagi. "Mana mak ni..?" Heejun segera pergi kebelakang rumah. Tetapi ibunya tidak berada disitu juga. "Pelik! Mana mak nih."
Lantas Heejun segera pergi ke depan rumah lalu duduk di atas tanggga sambil memeluk tubuh untuk menunggu ibunya pulang. Reaksi mukanya jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar risau tentang bagaimana keadaan ibunya sekarang. "Mak ada mana ni mak. Cepat lah balik." Katanya.
PUAN HA sedang berjalan sendirian di sebuah lorong terpencil dalam keadaan ketakutan. Dia berjalan agak laju dengan harapan dia tidak akan diapa-apakan oleh sesiapa kerana disekelilingnya terdapat banyak orang mabuk kerana arak dan dadah.
Tidak lama kemudian dia terkihat Munyong. Puan Ha segera mengumpul semangat untuk berjumpa dengannya. "Mak?" Munyong terperanjat juga kehairanan. "Jangat sebut perkataan tu depan aku!" kata Puan Ha menyebabkan Munyong terpaku.
"Ambik ni!" Puan Ha menghulurkan sesampul envelop kecil yang agak tebal, lebih kurang 2 inci. Minyong mengambil secara perlahan. "Kau dengar sini! Ini kali terakhir aku bagi kau duit! Lepas ni, tak payah kau nak kacau Heejun lagi! Faham!" kata Puan Ha. Munyong hanya mendiamkan diri.
"Aku tak kisah kau nak susahkan hidup aku, kau nak tolak aku ke, tending aku, aku tak kisah. Tapi kau jangan pernah, jangan pernah sentuh Heejun dan susahkan hidup dia! Aku juga dah tak larat nak tengok kau! Sebab kau sendiri yang pilih untuk jadi macam ni!" Puan Ha menangis lalu segera mengesat air matanya.
Munyong masih lagi mendiamkan diri. Dia juga tidak memandang ibunya itu. Puan Ha menarik nafas sedalamnya lalu pergi dari situ. Dia tidak boleh menahan sebak dan akhirnya menangis semula. Secara perlahan, Munyong berpaling kearah ibunya berjalan meninggalkannya dengan wajah yang sayu.
HWANGJUN keluar dari bilik selepas selesai mandi. Dia segera pergi ke dapur untuk makan sesuatu. "Eh, mak?" Hwangjun kehairanan melihat Puan Shim. "Awal mak balik hari ni. Kenapa?"
"Hmmh...mak rasa pening sikit. Tapi dah ok dah lepas makan panadol tadi. Jangan risau." Kata Puan Shim.
Hwangjun duduk disebelah ibunya. "Mak, nak tanya sikit?"
"Tanyalah. Apa dia?"
"Mak ada pecat seseorang ke hari ni?"
"Aik? Mana kamu tahu?"
Hwangjun terdiam. "Bukan mak yang pecat pun. Dia yang sendiri yang nak berhenti. Kamu tahu tak siapa tu?"
"Tak" Hwangjun menipu. "Perempuan yang jumpa kad kamu tu la. Sayang betul dia berhenti. Dia tu rajin orangnya." Jelas Puan Shim. "Kenapa dia minta berhenti mak?" tanya Hwangjun. "Entahlah. Tapi tengah hari tadi, ada seorang lelaki gila jerit-jerit panggil nama dia. Bila mak tanya siapa lelaki tu, dia tak nak jawab lepas tu dia terus letak jawantan,"
"Mak ada juga gertak dia yang mak akan pecat dia, tapi dia berkeras nak berhenti. Jadi, mak dah tak boleh nak buat apa lah." Jelas Puan Shim lagi. "Siapa nama dia mak?" tanya Hwangjun. "Cha Hee-jun. Mak rasa dia ada masalah peribadi lah." Kata Puan Shim.
Hwangjun mengeluh. "Mak, sebenarnya,saya dah kenal pun dia. Cuma nama je tak tahu." Puan Shim tersentak. "Saya hantar dia pulang, tapi dia berhenti kat tengah jalan. Lepas tu, saya ekori dia. Baru saya tahu, dia hidup susah mak. Rumah dia kecil sangat. Nampak using." Jelas Hwangjun.
Puan Shim mengeluh panjang. "Dia hidup susah ke? Serba salah mak. Selama ni, mak tak ambil kisah pun hal pekerja-pekerja mak. Hish...kesian Heejun. Apa patut mak buat ya?" kata beliau. "Senang je. Mak terima dia balik bekerja kat supermarket tu." Kata Hwangjun.
"Tapi...macam mana dengan lelaki gila tu?" tanya Puan Shim. "Mak, rugi kalau mak buang dia. Mak sendiri yang kata dia paling rajin daripada semua pekerja mak yang lain kan?" kata Hwangjun, meyakinka ibunya. "Betul tu." Kata Puan Shim. "Baik lah, mak akan bagi dia peluang kedua!" kata beliau lagi. Hwangjun tersenyum.
PENANTIAN Heejun akhirnya berakhir juga apabila melihat ibunya pulang juga. Dia segera mendapatkan ibunya. "Mak pergi mana tadi?" tanyanya. Puan Ha tidak emnjawab. Dia hanya tersenyum melihat Heejun lalu mengusap kepala anaknya itu.
"Mari kita masuk rumah, mak. Mak pasti penat." Heejun membawa ibunya masuk ke dalam rumah lalu mereka duduk bersama di atas lantai. "Mak tak jawab lagi soalan Heejun. Mak pergi mana tadi?" tanya Heejun semula. "Mak saja ambil angin sekejap. Nak tenagkan fikiran mak. Kamu tak perlu risau." Jelas Puan Ha.
"Mak dah makan ubat ke belum?" Puan Ha mengangguk. "Mak bawa dalam beg tangan ni ha. Kamu tak perlu risau lah. Mak tahu jaga diri amk. Kamu tu yang kena pandai jaga diri." Kata Puan Ha.
"Mak tak boleh risaukan saya macam ni lagi. Mak tu sakit. Saya tak nak berpisah dengan mak!" kata Heejun. Puan Ha tersenyum lembut. Dia memeluk anaknya itu. "Tidak ada sesiapa pun yang akan memisahkan kamu daripada mak. Kamu jangan risau." Katanya. Heejun menitiskan air mata. "Walau apa pun yang terjadi, mak akan selalu berada di sisi kamu, lindungi kamu semampu mak. Sebab kamu adalah satu-satunya permata mak yang paling berharga." Kata Puan Ha lagi. Dia juga menitiskan air mata
JAM sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Hwangjun telah pun tidur lena tetapi tidak Puan Shim. Entah kenapa dia tidak dapat tidur pada malam itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengambil sebuah album lama di dalam sebuah cabinet kecil
Puan Shim duduk diatas katil dan membuka album tersebut secara perlahan. Ada gambar yang membuatkan dia tersenyum dan ada juga yang menyentuh hatinya, tiba-tiba dia terlihat foto kecil ibu mertuanya dahulu.

BERSAMBUNG...
posted by Penulisan2u @ 5:35 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : My Witch Is Angel 4
Nama Pena : OkiE

Spell 4: Confession


Kolam itu dipandang lama.Kakinya kaku disitu tidak berganjak.Kenangan yang cuba untuk dilupakan kini menerpa semula di minda Moon,kenangan yang meragut keberaniannya.

"Wei..apasal tercegat lagi?" Moon tersentak.Secara spontannya Moon terus menjauhkan diri dari kolam itu,jauh juga dari Zero.Zero kehairanan.

"Kenapa Moon?" Soal Zero.Moon menggeleng beberapa kali.Lututnya terketar-ketar.Mulutnya yang tadi merah bertukar kelabu.Zero yang sedar akan perubahan wajah Moon ingin menghampirinya.

"Stop!Berhenti di situ!" Kata Moon seakan terkejut.Langkah Zero serta merta mati.

"Moon kau pucat..ada apa?" Soal Zero.

"Bukan urusan kau!" Jawab Moon kasar pula.

"Jawablah betul-betul..kau sakit?" Soal Zero lagi sambil melangkah,mengendahkan amaran Moon tadi.

"Stop!Kan aku dah cakap berhenti..jangan dekat dengan aku!" Marah Moon.Langkah Zero mati buat kali kedua.

"Kenapa Moon?Kenapa kau tak bagi aku dekat dengan kau?"

"Aku tak sukalah..kau tak perlu tau kenapa."

"Takkan.." Zero berfikir sambil memandang ke arah kolam yang sudah lama ditenung oleh Moon.Peristiwa 10 tahun yang lalu menerpa semula di ingatan Zero.Takkan kejadian itu masih membekas di hati Moon?Pandangan Zero beralih pula pada Moon.

"Kau takut aku tolak kau lagi?Oh..come on Moon..it’s been 10 years.Can’t you just forget about that?" Moon mengedutkan dahi tanda protes.Zero memang keterlaluan!

"Forget??Forget??!Kau tau tak aku yang hampir mati kat dalam kolam tu..kau sedar tak apa yang kau lakukan itu membuatkan aku hilang segala-galanya..termasuk kawan-kawan aku!" Moon meluahkan rasa sakit yang terpendam selama 10 tahun,hampir berkarat hati Moon menahan rasa sakit itu.

"Moon,kau yang tak sedar apa dan siapa yang ada di sekeliling kau..kau patut diubah."

"Diubah??Siapa kau..kau untuk ubah siapa aku?Aku tak pernah sakiti kau Zero..apa yang membuatkan kau menolak aku?"

"Sebab kau terlalu baik!"

"Salahkah aku baik dengan semua orang?"

"Memang tak salah..tapi aku tak suka,"

"Kenapa pula kau tak suka?" Zero terdiam.Soalan akhir Moon membuatkan lidahnya kelu.

"Sebab...aku..aku meluat dengan sikap kau tu..anyway,aku rasa kau perlu ucap thank you pada aku,"

"Untuk apa?" Soal Moon pelik.

"Sebab kalau bukan aku,kau takkan sedar siapa kawan dan siapa lawan.Just like Lily..bila kau berubah dia
tinggalkan kau.Dia tak terima baik buruk kau,Moon,"

"She left me because of you." Kata Moon sambil memandang ke tempat lain.

"Because of me?Why?"

"Aku tak perlu bagi tau kau," Jawab Moon sambil melangkah ingin keluar dari banglo itu.

"Wei..kau nak pergi mana?Kerja kau belum siap lagilah," Halang Zero.Langkah Moon terhenti lalu berpaling
semula.

"Kolam tu..aku tak boleh bersihkan..aku tak dapat.So,i’m going home now,"

"Tak boleh!Kau mesti bersihkan kolam tu," Desak Zero lagi masih enggan melepaskan Moon pergi.

"Please Zero..i can’t," Pinta Moon.

"Of course you can..aku takkan tolak kau lagi.Percayalah," Pujuk Zero lagi.Masih belum mengalah lagi.Macam mana aku nak percaya pada orang yang pernah tolak aku dalam kolam?

"Please..mama papa akan balik dalam masa terdekat ni..aku tak nak diorang fikir aku tak boleh berdikari," Sambung Zero lagi.

"Apa kena-mengena kolam dengan persepsi diorang?" Soal Moon pula.Zero mengeluh lembut.Takda gunanya bercakap dengan perempuan sihir.

"Okey..aku tak nak paksa kau lagi..pergilah!" Zero mengalah.Zero akui yang dia memang tidak boleh mengubah pendirian Moon.Moon terlalu keras.
Moon mengedutkan dahi.Kejam sangatkah aku pada Zero?Tapi takkan aku nak pertaruhkan nyawa aku demi ibubapa dia pula..think Moon..think!

"Okeylah..aku tolong kau..tapi jauh sikit..aku taknak pisang berbuah dua kali," Moon mengambil keputusan untuk setuju.Nanti aku dikira perempuan paling kejam di bumi lagi..walaupun title tu sudah ada..
Kayu jaring yang seakan kayu untuk menangkap rama-rama itu dipungut dari lantai.Perlahan-lahan dia mendekati kolam itu.Glup!Relax Moon..
Zero tersentak.Langkah Moon yang terketar-ketar itu dipandang lalu dia tersenyum sendiri.Sudah takut separuh mati pun masih nak buat juga.Zero mendekati Moon lalu mengambil kayu jaring itu dari tangan Moon.

"It’s okey Moon...thank you..kau boleh balik.Aku boleh uruskan sendiri," Moon melepaskan pegangannya pada jaring itu sambil berundur beberapa tapak kebelakang.

"Betul??Okey..aku balik dulu!" Tanpa sempat Zero berkata apa-apa,Moon sudah berlari meninggalkannya.Zero tergelak kecil.

"Ohh..Moon..you drive me crazy!" Katanya.Giliran Zero pula meninggalkan tempat itu.


****


"Macam mana jadi orang gaji dirumah musuh ketat?" Soal Mine sebaik saja mereka melabuhkan punggung di satu meja dimana hanya Moon yang boleh menduduki tempat itu.Bukan Moon yang mahu sebenarnya tapi pelajar semua yang menyisihkan tempat itu.

"Takpayahlah nak perli-perli aku dan aku bukan maid dia..aku cuma nak tunaikan perjanjian itu."

"Okeylah..apa saja yang kau buat dalam rumah agam dia tu?" Soal Mine lagi penuh minat.

"Takda benda yang menarik..yang ada hanya penyeksaan.Dahlah bertimbun kerja dia bagi,dia suruh aku bersihkan kolam lagi.The most terifing in my world!"

"Tapi aku tak buat..I mean,aku nak buat tapi dia halang aku.Aku tak buatlah."

"Kenapa dia halang?" Soal Mine lagi,dalam nada mendesak.

"Saja.." Ringkas saja jawapan Moon.

"Alah..bagi taulah..aku nak tau sangat apa-apa yang kau buat kat sana.Bolehlah..ya??" Kata Mine pula seakan merayu pada raja.

"Vice-President!" Belum sempat Moon menjawab,mereka telah dikejutkan dengan suara yang memanggil Moon dengan jawatannya.Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut.Kelihatan Nadal Safary,Setiausaha Kelab Persatuan Pelajar.

"Kenapa?" Soal Moon.

"Lepas rehat ni kita ada mesyuarat di bilik persatuan pelaja,"

"Mesyuarat?Apasal tiba-tiba saja?" Tanya Moon pula.

"Aku sendiri tak tahu..tapi lepas ni kita akan tahu.Okey..i have to go.See ya!" Jawab Nadal lalu beredar.Lagaknya kelihatan tergesa-gesa.Cara jalan pun dah tahu dah..

"His gorgeous.." Kata Mine sambil memandang langkah Nadal sehinggalah dia lenyap disebalik selekoh itu.

"Entahlah..bagi aku dia tu biasa-biasa aja."

"Yalah..bagi kau tu semua manusia di mata kau biasa-biasa aja..tapi pernahkah kau melihat seseorang yang bagi kau dialah segala-galanya dan dialah yang paling penting dalam hidup kau?"

"Tak pernah..sebab,aku tak percaya yang seseorang akan menjadi orang yang penting dan segala-galanya bagi aku"

"Love is learn,Moon..cinta itu dimana kita belajar untuk mencintai dan memandang seseorang dengan cinta."

"Wow!Aku tersentuh Mine..but it’s okey..you always good on it." Balas Moon pula,seakan menganggap kata-kata Mine hanyalah perkara remeh yang tak akan berlaku pada dirinya.

"I’m not joking,Moon..tapi aku tau kau akn faham apa yang aku cakap suatu hari nanti.,"

"Mine,are you in love?" Soal Moon.Serta merta muka Mine berubah merah bak ketam dididih.Moon tergelak.

"You’re in love,don’t you?Tell me..who’s the guy," Giliran Moon pula tertanya-tanya.
Baru saja Mine ingin menyangkal,bunyi lonceng menandakan rehat sudah tamat berbunyi.

"Ahh..aku perlu pergi..tapi kau AKAN bagitau aku siapa orang tu." Kata Moon sambil berdiri.Sengaja dia menekankan ayat akan.Nada suaranya seakan mengugut.Moon sudah melangkah tanpa sempat Mine menjawab.

"Macam mana Moon boleh tahu?Dia boleh baca fikiran orangkah?"


* * * * * *


"Moon!" panggil Zero sebaik saja mereka keluar dari Bilik Persatuan Pelajar.Moon mengeluh.Aku tak nak berdepan dengan dia!

"Apa lagi??" Soal Moon maran sambil menoleh kebelakang.

"Lagi??Setahu aku hari ni..ini kali pertama aku panggil kau..kau selalu dengarkah aku panggil nama kau?" Soal Zero berselorah.Sengaka menaikkan darah Moon.Suka sangat dia melihat Moon marah.

"Gila!Apa..cakaplah!" Gesa Moon.

"Okey..jangan lupa.Jam 2,"

"Hey!Kat sekolah..kau dan aku takda kena-mengena,so jangan nak arah-arah aku.Aku tahulah nak buat kerja aku sendiri!" Moon benar-benar kelihatan marah.Takda angin,takda ribut..tiba-tiba ja menyinga.Perempuan sihir sangatlah dia ni.Zero yang seakan terkejut itu tidak dapat bersuara.Tergamam.Melihat keadaan Zero yang diam membisu.Moon pun menyambung langkahnya.

"Kenapa kau benci sangat dengan aku,Moon?" Soal Zero,ada terselit kekecewaan dalam nada suaranya.Langkah Moon mati namun tidak pula dia berpaling.

"Aku tak benci kau,aku cuma..." Ayat Moon berhenti disitu.

"Cuma apa?" Zero diserang ingin tahu.

"Aku cuma…tak suka," Sambung Moon lantas meninggalkan Zero dengan pertanyaan.

"Tak suka?" Fikir Zero sendiri.Apa bezanya benci dan tak suka?

**********
posted by Penulisan2u @ 5:33 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group