Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Seperti minggu lepas, Amirul akan menghantar Yana ke sekolah tetapi kini berlaku perubahan. Amirul akan menjadi guru di situ juga. Maknanya mereka akan sering bertemu! Hampir seluruh warga sekolah heboh apabila aku menaiki kereta dengan seorang pemuda yang berpakaian segak. Mujur mereka tak nampak apabila aku menyalami tangan Amirul dan Amirul mencium aku seperti kebiasaannya. Aku membawa Amirul ke pejabat sekolah dan terus bergerak ke kelas untuk meletakkan beg sebelum ke dewan bagi majlis perhimpunan. Pengetua sekolahku seorang yang berdedikasi kerana beliau akan tiba ke sekolah sebelum pukul 7 pagi. Jadi tak sukar untuk Amirul melaporkan diri dan memulakan tugasnya tepat pada waktunya. Sewaktu perhimpunan, Amirul dan beberapa rakannya diperkenalkan sebagai guru baru. Terdapat dua guru yang akan mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni termasuk Amirul. Sukar untuk Yana meneka siapakah guru yang akan mengajar di kelasnya juga sebagai guru tingkatannya itu. Apabila nama Amirul disebut, terdengar suara-suara halus yang berbisik mengenai dirinya dan guru tersebut tanpa mengetahui perihal yang sebenar. Ada yang juga yang menjeling tajam terhadapnya. ‘ Aku tak tahu apa yang Si Yana pakailah. Nak kata cantik, biasa saja tapi dia boleh dapat Putera Adam! Ni pula dia datang sekolah naik kereta dengan cikgu baru pula!’ Yana hanya menahan perasaan amarahnya. Tamat perhimpunan, para murid akan beratur untuk kembali semula ke kelas dan meneruskan proses seterusnya.
Hampir semua bertanya kepada aku tentang hubungan aku dengan salah satu guru baru di situ tetapi aku tidak menjawab kerana kewujudan Tiara membantu aku untuk menjawab segala pertanyaan itu. " Yana dengan cikgu tu sepupulah. Salah ke kalau cikgu tu bawa Yana ke sekolah sekali." Itulah jawapan yang diberikan. Aku hanya mengangguk tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Tiara. Pelbagai reaksi yang aku terima. Ada yang suka, ada yang tak suka. Itulah lumrah manusia yang cemburu!
Semasa dalam perjalanan ke kelas, aku berselisih dengan guru yang terkenal dengan gelaran ‘ANDARTUA GEDIK’ dikalangan para murid di sekolah. Nak tahu siapa dia? Cikgu Farah! Cikgu Farah memberi amaran keras kepadaku supaya menjauhi diri daripada Cikgu Azley iaitu suamiku sendiri. ‘ Kalau dia tahu Cikgu Azley itu ialah Amirul, rasakan dia!’ Tiara yang berada disamping aku membela aku di hadapan guru itu dengan berkata, "Cikgu tiada hak untuk berkata demikian terhadap kawan saya. Cikgu Azley tu sepupu Yana, jadi tak salah kalau mereka rapat. Cikgu jangan nak pandai-pandai beri arahan yang salah!" Tiara sangat anti dengan Cikgu Farah. " Lagi satu cikgu, kan ada lagi guru baru yang boleh dijadikan calon suami! Tapi saya rasa cikgu belum terdesakkan nak cari suami!" Sindir Tiara. Cikgu Farah senyap kerana beliau pernah diberi amaran oleh pengetua suatu ketika dulu. Beliau bimbang Tiara akan mengadu hal ini terhadap pengetua dan dia akan diberi tindakan tatasusila. ‘Tunggu kau! Dendam aku belum terbalas lagi sebab kau, aku diberi amaran! Kalau aku tak dapat balas kat kau, kawan kau akan terima balasannya!’
Cikgu Farah dan Tiara amat dikenali dikalangan warga sekolah. Tak hairanlah kalau warga SMK Kayangan melihat mereka bertengkar. Tiara pernah diberi amaran supaya tidak berlaku biadap terhadap Cikgu Farah oleh pengetua tetapi Tiara membantah dengan alasan Cikgu Farah tidak berperangai seperti pendidik. Tiara seorang yang sangat berterus-terang apabila dia rasakan sesuatu tak betul dan harus diberikan tindakan, dia akan merujuk kepada seseorang yang berhak menjatuhkan hukuman. " Cikgu, tak semestinya para pendidik boleh mendidik! Saya rasa Cikgu Farah harus menukar profesionnya. Cikgu boleh bertanya seluruh warga sekolah tentang hal yang saya katakan." Tegas Tiara. " Baik, saya akan menyiasat apakah benar perkara yang kamu katakan sebentar tadi! Jika saya dapati kamu cuba menabur fitnah dan cuba untuk memburukkan nama seorang guru, saya akan mengambil tindakan keras terhadap kamu! Jika saya dapati Cikgu Farah yang bersalah, saya akan memberinya amaran!" Ternyata Cikgu Farah yang bersalah. Pengetua terpaksa mencari guru pengganti apabila ada seorang guru muda lelaki minta pertukaran ke sekolah lain apabila sering diganggu oleh Cikgu Farah. Beliau tak dapat menumpukan perhatian semasa mengajar apabila murid-muridnya mengadu tentang Cikgu Farah yang kerap memberi amaran kepada pelajar perempuan. Pernah sekali, semua pelajar perempuan keluar ke tandas dan tak pulang semula ke kelas sehingga tamat masa pelajarannya.
Cikgu Azley berjalan menuju ke kelas 4 KPH 1 diiringi oleh pengetua. " Cikgu, ini kelas 4 KPH 1! Mari masuk, biar saya perkenalkan cikgu kepada mereka!"ujar Tuan Pengetua. Cikgu Azley mengangguk. Mereka melangkah masuk ke dalam Tingkatan 4 KPH 1. ‘ Mudah-mudahan ini bukan kelas Yana. Silap aku juga sebab tak tanya dia kelas apa pagi.’ Getusnya sendirian sambil melangkah masuk. Murid-murid Tingkatan 4 KPH 1 memberi salam hormat kepada pengetua dan guru baru yang melangkah masuk ke kelas mereka. " Duduk, semua!" arah pengetua. Setelah para murid mengambil tempat masing-masing, pengetua memperkenalkan guru baru kepada mereka. Yana segera tunduk apabila melihat guru baru itu ialah SUAMINYA. ‘ Mudah-mudahan dia tak nampak aku.’ Tiara yang melihat keadaan Yana segera memegang tangan rakannya itu. Dia tahu Yana mengalami situasi yang sulit apabila suaminya menjadi guru tingkatannya. Yana mengeratkan lagi genggaman tangan rakan baiknya itu. " Ini guru tingkatan baru kamu, Muhammad Amirul Azley. Kamu panggil Cikgu Azley! Saya harap kalian dapat memberikan kerjasama yang baik. Tiara, jangan kamu bertekak dengan Cikgu Farah lagi ye!" Ayat terakhir yang keluar daripada mulut pengetua membuatkan para murid di kelas tersebut ketawa besar. Semuanya sudah sedia maklum dengan hal antara Tiara dan Cikgu Farah. Pengetua melangkah keluar daripada kelas tersebut dan membiarkan guru muda itu menjalankan tugasnya yang pertama. Sebaik sahaja pengetua melangkah keluar, Cikgu Azley menanda pada buku kehadiran tanpa perasan tentang kewujudan Yana di dalam kelas itu. Tiba sahaja pada nama Nur Lyanna Arienna, beliau sangat terkejut apabila nama yang disebutkannya sebentar tadi ialah Yana! ‘ Yana! Ya Tuhan, dia adalah anak murid aku! Mcam mana aku nak mengajar ni?’ " Saya, Cikgu!" Yana mengangkat tangan dan berdiri. Sama seperti yang dilakukan oleh pelajar lain ketika nama mereka disebut. Bezanya ialah dia menundukkan kepala kerana gementar untuk memandang wajah gurunya...eh, suaminya! Setelah itu, dia duduk semula. Amirul dan Yana terpaksa berlakon sebagai guru dan pelajar. Sebenarnya, masing-masing gementar dengan perasaan yang dialami. Setelah menanda kedatangan mereka, Cikgu Azley membuka sesi soal jawab sebelum dia memulakan pengajarannya. Dania dengan gaya kegedikkannya berdiri. " Cikgu dah ada yang punya ke?" Tanpa segan dan silunya, Dania menanyakan soalan itu. " Kalau ada, kenapa? Kalau takde pula, kenapa?" Soal Cikgu Azley dengan hairan. Sebelum sempat Dania menyambung, Tiara memotong dengan kebencian yang mendalam terhadap Dania." Dania, abang..eh, Cikgu Azley kita tu dah ada yang punya takkan kau tak nampak ada cincin kat jarinya. Betul tak?" Dania mencebir dan mencuka. Benci! " Betul kata Tiara! Hati saya sudah ada yang menghuninya tapi saya belum dimiliki sepenuhnya. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan, saya harap dapat memiliki dia!" Jawab Amirul dengan selamba. Yana hanya dapat membatukan diri. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak silap memutuskan hubungannya dengan Adam. " Cikgu ni sepupu dengan Yana ke? Bukan apa, pagi tadi kami nampak cikgu dengan Yana datang sesama! Bila kami tanya Yana, Tiara yang jawab. Dia kata cikgu ni sepupu Yana! Sibuk je Tiara tu." Soal Farhan sambil mengusik Tiara. Amirul sekadar menjawab ya tanpa mengulas dengan lebih lanjut sebab takut rahsia mereka terbongkar. Pelbagai lagi soalan yang ditanya oleh murid-muridnya tentang status dirinya tapi dia lebih mudah untuk mendiamkan diri. " Okey, sekarang tiba pula saya tanya soalan berkaitan kelas ini! Soalan peribadi saya tak dapat jawab!" Yana mengeluh lega. Lagi lama lagi panas punggung aku. " Siapakah ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan kelas ini?" Soal Cikgu Azley. Hafiz berdiri. " Cikgu, saya Hafiz. Saya ketua tingkatan kelas ini. Penolong saya ialah Yana. Jika cikgu ada soalan mengenai kelas ini, cikgu boleh tanya saya tapi saya tak sepenuh masa berada dalam kelas sebab saya sering ada latihan dan perlawanan. Jadi, cikgu boleh mendapatkan bantuan Yana,"terang Hafiz. Walaupun sering ketinggalan kelas, Hafiz sentiasa menyiapkan kerja sekolah dan menghantarnya tepat pada masanya. Tanggungjawabnya untuk belajar tetap tak dilupakan. Demi masa depan. " Baiklah Hafiz, terima kasih atas penerangan anda. Sesiapa yang ingin berjumpa saya, tempat saya didalam bilik seni bukan di bilik guru. Sebelum saya keluar, saya nak jumpa dengan penolong ketua tingkatan di bilik saya, pada waktu rehat. Terima kasih!" Cikgu Azley mengemas barangnya dan beredar. Sebelum beredar sempat juga dia memandang Yana. Hafiz mengarahkan semua murid berdiri dan memberi salam hormat. Yana terasa lega sebentar setelah dadanya sesak menahan getar. ‘ Di rumah, suami! Di sekolah, cikgu! Mantap betul watak aku ni.’ " Hoi, termenung ke? Tak payah nak termenung lagi sebab sekarang ni dia akan selalu berada di depan mata!" Sergahan Tiara mematikan sebentar lamunan Yana. " Bertuah kau! Lain kali cuba bagi salam dulu. Kurrr... semangat!" " Yana, habislah kau sekarang ni! Kau dah ada saingan,"sakat Tiara. " Siapa?" Aku terpinga-pinga sebentar. " Tu, si Dania dan rakan-rakannya termasuk juga Cikgu Farah!" " Oh, no!" Aku mula memicit kepala yang sedikit pening apabila mendengar kata-kata Tiara sebentar tadi. ‘Tapi kenapa pula aku nak risau sebab abang berhak untuk menentukan teman hidupnya sendiri. Bukan seperti sekarang yang kami jalani atas permintaan atuk!’ " Kau nak aku teman ke nanti?" " Pergi mana?" " Sang arjuna kau tu!" " Aku lupa pula! Terima kasih sebab kau ingatkan aku. Kau kenalah temankan aku. Mampus aku pengsan nanti!" Mereka tergelak kecil kerana Yana menunjukkan wajah yang lucu.
Dania dan kawannya berjalan menuju ke meja Tiara dan Yana dengan muka tak puas hati. " Kau jangan nak kacau pak we aku. Tak kisahlah kalau dia tu sepupu kau ke apa ke....bla..bla..bla.." amaran Dania. Tiara tak puas hati dan mula menjawab, " Dania, kau takde hak nak beri amaran pada Yana sebab hubungan Yana dan Cikgu Azley dah ternyata kenyataannya. Kau nak kata dia pakwe kau tapi kau pekak ke dia kata dia dah ada yang punya!" Yana terperanjat melihat situasi tersebut. Dia memaut tangan Tiara dan membawa Tiara jauh daripada Dania dan kawan-kawannya. Dia takut ada pergaduhan antara mereka hanya semata-mata mahu membela dirinya. Semasa waktu rehat, Yana dan Tiara menuju ke bilik seni seperti yang diarahkan oleh Cikgu Azley.
TOK! TOK! TOK! Yana mengetuk pintu bilik tetapi tiada yang menjawab. Yana melangkah ke dalam dengan Tiara yang membuntutinya dari belakang. " Assalamualaikum, cikgu!" Yana memberi salam apabila melihat Cikgu Azley leka membuat kerjanya tanpa perasan akan kehadiran Yana dan Tiara. " Wa’alaikumussalam. Yana, Tiara, masuklah!" Pantas Tiara menolak ajakan Cikgu Azley. Dia mahu memberi privacy bagi pasangan tersebut. " Yana, aku duduk luar sajalah! Makanan kau tu bagi kat aku saja. Kau kongsi dengan suami kau. Biar aku melantak habiskan makanan kau,"kata Tiara. Aku mencubit halus lengan Tiara dan dia mengaduh kesakitan. Cikgu Azley hanya memandang ragam mereka. Yana duduk di kerusi sebelah Cikgu Azley. " Yana kekok ye? Maafkan abang sebab abang sendiri tak tahu Yana kelas apa. Jadi, abang tak dapat nak menolak!" " Yana faham! Cuma sekarang kita harus lebih berhati-hati dengan tindakan kita. Sekarang, abang diperhati oleh Cikgu Farah dan Dania! Jadi kita harus mengelak untuk bertemu di sekolah kecuali ada perkara penting. Tadi, Dania dan Cikgu Farah dah beri amaran!" " Amaran apa?"Soal Cikgu Azley dengan terperanjat " Jangan dekat dengan abanglah." " Yana cemburu?" " Abang, Yana juga ada perasaan." " Yana, abang betul-betul maksudkan kata-kata abang apabila Dania bertanya tentang status abang. Maaf kalau Yana tersinggung dengan kata-kata abang!" Cikgu Azley mencapai tangan Yana dan mengucupnya. " Abang, Yana akan mencuba sehabis baik!" Kata Yana memberi cahaya yang bermakna terhadap dirinya. Cikgu Azley memeluk erat tubuh isterinya itu. Yana pantas meregangkan takut ada yang melihat. " Abang, biar Yana suapkan abang makan. Mana bekal abang?" Cikgu Azley memberikan bekal tersebut kepada Yana dan membiarkan isterinya menyuapkan dia makan. Selepas makan, Yana membetulkan tali leher dan mengemaskan pakaian suaminya agar tampak segak. Mulut yang sedikit comot dilap menggunakan sapu tangannya. Amirul senang diperlakukan sebegitu kerana dia terasa disayangi disebalik menyayangi. Tiara tersenyum apabila terlihat adegan romantis secara tak sengaja. ' Semoga kalian berbahagia atas pengorbanan masing-masing! Tapi susah sangat ke nak luahkan perasaan yang mula bersemi dalam hati kalian. Mengaku sajalah yang korang saling mencintai!'
jalan cerita best,tapi pendek sangat.buat novel mesti tip top y,
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best nye..penulis ad blog x?