Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Apa yang aku nak buat ni??? Daniel masih mundar-mandir di sekeliling bilik. Tiba-tiba keputusan untuk beradu tenaga dirasakan sangat tidal masuk akal. Kepalanya sedang menimbang antara logik akal tindakan yang dipilihya sebentar tadi.
Logiknya....dia akan menang kalau lawannya itu perempuan pendek tak cukup umur. Tapi kalau lawan dengan well-trained agent...MANA LOGIK aku nak menang...walaupun well-trained agent tu budak perempuan pendek tak cukup umur!!!! Mak tolong Daniel!!!!!
Sebentar tadi Daniel telah mencari data yg berkenaan dengan Joanna. Terkejut beruk dia bila memdapati yang minah tak cukup umur tu sebenarnya dah dapat training sbagai private agent sejak umur 15 taun. Umur 13 taun dah masuk Cambridge,umur 15 tahun dah abis blajar siap dapat PhD lagi, tersenarai sebagai ahli American MENSA since umur 11 tahun lagi. Apa itu MENSA? alah...association untuk genius2 tulah...aku punya nama pun ada dalam tu. Tapi masuk masa umur 21 tahunlah (ceh ada masa nak action lagi aku ni).
Paling gempak, perempuan ni ada 3 dan dalam Kendo, 3 dan dalam Judo, 3 dan dalam karate do, 4 dan dalam taekwando, level tertinggi dalam silat. Mengnangkan yang dia akan bertarung dengan perempuan itu sebentar lagi Daniel hanya mampu menelan liur.
Pantas wajah kacaknya diperhatikan di dalam cermin. Penuh teliti daniel memerhati setiap inci imbasan wajahnya. Perlahan-lahan wajah tampannya diusap. "Good bye pretty face, kejap lagi bersepailah kau", ucap bibirnya. MATILAH AKU!!!!!
Apa kata kalau battle ni aku tukar...tak pun cancel jelah. Daniel mula menimbang kaedah lain bagi menyelesaikan masalahnya. Mana boleh!!! Daniel kau kena teruskan pertarungan ini. kalau tak tercabarlah ego kau. Apalah sangat yang minahtu boleh buat. Takkan dia nak belasah kau sampai mati kot. Ingat sensei kan pernah kata, dalam pertarungan itu kekuatan bukan aset utama tapi ketangkasan dan kebijaksanaan.
"Yeah....ketangkasan dan kebijaksanaan", daniel tersenyum bangga. Dia yakin walaupun tidak cukup tangkas tapi dia sangat bijak.
Wait...nanti dulu, kau yakin ke kau cukup bijak??? Kau abis belajar kat sekolah pun umur 17 tahun. kau dapat first degree umur 20 tahun, Phd pula dapat umur 23 tahun. Minah tu umur 15 taun dah dapat PhD tau. Kau jd genius umur 21 tahun. Minah tu jd Genius sebelum akil baligh lagi. So jelas di sini yang kau ni lagi lembab wahai En daniel.
Kekonfidenan yang dibina sebentar tadi terus jatuh merundum sebiji mcm bgunan WTC yg kena rempuh dengan pengganas masa 11/9 dahulu...Daniel menjengahkan kepalanya ke arah taman buatan yang indah tersergam. Ayahnya memang minat dengan seni taman, walaupun tinggal berasingan taman di banglo tiga tingkat itu terjaga rapi.Redup maata memandang. Sayup2 tubuh milik Joanna muncul di tengah2 taman. Seakan2 putus nafas Daniel tatkala melihat tubuh itu. Cis...potong stim betullah budak pendek ni... Permandangan yang dirasakan indah sebentar tadi terus hilang lenyap mcam dilanda ribut taufan.
Daniel kembali ke meja komputernya. skrin yang tertera wajah comel Joanna diperhatikan. Ish...muka cute mcm ni bleh wat aku cuak???memang dah nasib badan akulah...Sekali lagi biodata dan informasi mengenai Joanna diteliti satu-persatu. Tiba2 satu ilham datang ke dalam mindanya yang selakin menyempit.
"Yes aku dah tau apa nak buat! Thanks Ya Allah!!!"
*************************************************
"Weh mak cik kau dah bersedia ke belum?" selamba gilernya aku cakap ngan perempuan macam ni. Ah...peduli apa, aku nak minah ni nampak aku ala2 otai gitu. lantaklah apa dia nak kata aku still nak looks cool.
"Ya encik saya dah sedia," kasarnya bahasa. kata cik tania adik dia ni lemah-lembut dalam layan perempuan. Ni aku tengok macam gangster kampung pisang pun ada.
"Alright, kau jangan menagis kalau kalah nanti," penuh lagak daniel menuturkan kata-katanya. yakin bear yang dirinya akan menag.
Joanna hanya mampu tersenyum. Mak oi, berlagak betul mamat ni. Kau tengok lah, kejap lagi aku lumat2 kan kau aku ramas2 muka hensem kau tu macam ramas kelapa time nak perah santan. Jangan kau menagis time tu sudahlah.
"All right, kau dah sedia?"
Joanna mengangguk tenang.
"Great, Mak mah bring the music on!" Daniel tersenyum nakal.
"Music?" Joanna tercengang. "Apa ni En Daniel, kata nak beradu tenaga. lawan karate, kenapa pakai music pula ni?"
"Memang kita beradu tenaga. In karate, but...bukan real karate... it"s a karate dance baby...karae dance.." penuh hasad dengki sungguh suara aku. tapi, aku peduli apa. janji aku menang.
Sori sebab lambat antar karya....bukan lupa, cuma waktu itu terlalu singkat... Buat pengetahuan semua saya telah menyambung pengajian ke peringkat degree...Alhamdulillah, mungkin doa kalian saya berjaya hingga ke tahap ini. Satu permintaan saya, janganlah berhenti mengkritik karya yang saya hasilkan. kritikan kalian sagat membantu saya dalam menghasilkan yang terbaik untuk anda semua. Apa yang saya mampu janjikan adalah usaha yag berterusan dalam menghasilkan karya yang anda minati....doakan kejayaan karya ini.
p/s:ada yang tanya saya lelaki atau perempuan, well secret makes women, women....
cepat cepat ira shazira menyapu air mata di pipinya dan lantas membekukan diri. Seorang lelaki berbaju melayu dan berkain pelekat melangkah masuk dan terus menuju ke katil. Khairul Ilham Shah menghempaskan dirinya diatas katil bersama satu keluhan yang berat kedengaran dari bibirnya. Entah apa maksud keluhan itu hanya dia yang tahu. Dia menoleh kearah sekujur tubuh diatas sofa.huh..sekali lagi keluhan nipis dilepaskan. Khairul memalingkan mukanya mengadap sofa tersebut,entah apa yang dipikirkan,nak kate tengok muka ira shazira,mustahillah..dalam gelap,hanya samar-samar cahaya dari luar sahaja.
'Ape pandang-pandang?tak puas hati?seronok ker tengok aku tido sini?huh..baik aku tido sini dari tidor atas katil ko tu la. Ker ko nak gelakkan aku?ape?ingat aku nak nangis ke tido atas kerusi ni?aku dah masterlah bab-bab tidor atas kerusi nih. Sejak zaman aku sekolah lagi,memang 388 kali aku tido atas kerusi plus meje tiap-tiap malam,dalam masa setahun,tau?ni setakat tidor atas sofa,dah kire up lah ni,tak adenye mati aku tido atas kerusi nih. Kalo mati pun bagus gak,ko boleh letak perkataan 'duda' kat pangkal name ko..hurm. 'En.Duda Khairul Ilham Shah'..wah..bagusnya..hehehe..oppss..tido shaz!jgan gelak..karang kantoi tak tido lagi..'
---------------------------
4.32pagi
Khairul terjaga..dikerling sesusuk tubuh yang merengkok kesejukan diatas sofa..huh(mengeluh lagi)..itulah..katil aku punyalah lawa,kenapalah sofa keras tu jugak yang menang? Dia bagun lantas menuju ke arah ira shazira..dikutipnya selimut yang dah terjatuh dibawah sofa "ish..ganas jugak bini aku ni tido" sambil tersengeh..dia meletakkan selimut itu ke tubuh ira shazira..kesian..sejuk semacam je nampak,karang kalau demam aku jugak yang dipersalahkan dan aku jugak yang susah..dah lah dia dah ishtiharkan perang dengan aku,tengok muka pun dah boleh nampak..tak perlu panggil nujum pak belalang..aku sendiri boleh tilik level mane dah dia punya benci. Ikut suke dialah..aku pun ikut suke aku..set! dalam kepale otak dah berpeta-peta rangka perjalanan rumah dan tangganya.
------------------
5.59a.m
Ira shazira tersedar dari lenanya yang bertemankan mimpi yang sukar ditafsir,pelik..dikerling jam ditangan.. "nasib baik.." hehehe awal pun aku bangun..kalo tak,mampus aku kene kutuk satgi..dia termenung..kenape sejuk gile kat sini?aku yang berselimut sakan ni pun sejuk,nasib baik aku nih sopan dalam tido..hehehe..akulah manusia paling sopan..macam tu aku tido,macam tu jugaklah aku bangun,bantal,selimut even aku sendiri masih utuh diatas sofa yang 'teramatlah besar' ini..KONON..dia tergelak sendirian...ok la tu..nasib baik la tersopan semalam,kalo tak wat malu jer ngan pakcik tu. Sembahyanglah..karang lambat-lambat kena bertembung pulak dengan dia. Ira shazira bangun dan melangkah kearah bilik air setelah mengemas 'katilnya'. Ketika melalui kawasan katil,dia hanya memandang sekilas sahaja kepada insan yang lena diulit mimpi diatas katil empuknya itu.Malas mahu menyerabutkan otak, otak aku dah lame serabut..dah tak larat lagi nak tambahkan keserabutan..yang penting aku nak mandi. Selesai mandi dan bersolat,dia mengemaskan diri ala kadar,menyisir rambutnya yang separas bahu itu, dalam hati memikir-mikir,nak kejut ke tak dia nih,aku dah ler pantang bab-bab ni. Prinsip aku,kalo aku dah terjage dulu,memang kecoh bilik aku(sejak zaman hostel dulu-dulu lagi) gerakkan orang bangun sembahyang subuh ni. Tapi..dia ni..ish..pikir shaz..nak,taknak,nak,taknak,nak,taknak,taknak,taknak...yes..jawapannyer..taknak!! keluarlah..dia melangkah ingin meninggalkan 'bilik tidur' tumpangannya. Mase nak tutup pintu,otaknya yang berkarat itu dapat menjana idea..duummmp!!
Ketika dia sampai didapur,kelihatan mak temah sedang sibuk menumis..hurm..gayer macam nak wat nasi lemak..khusuknya mak temah ni.. "assalamualaikum mak temah" "waalaikummussalam..eh..ira,awalnya bangun" mak temah nih,asal muka nmpak terkejut sangat,macamlah awal sangat aku bangun..ker dia terkejut tetiba ade orang tegur..hehehe...itu nasib baik aku bagi salam,kalo aku jerkah tadi..mahu pengsan makcik ni..aku senyum,aku kacau-kacau sikit sambal tumis dalam kuali.. sambil-sambil tu kami berborak,macam macam topik yang keluar. Pasal En. Khairul Ilham Syah pun ade gak(wah...dah tau name penuh..excited pulak nak guna). Aku tau la serba sedikit pasal dia,sebelum ni,aku taknak langsung ambik tau pasal dia,segala urusan perkahwinan pun mama and abah jer yang handle. Bile dia call umah,mama suruh aku cakap dengan dia..aku taknak..aku wat bodoh jew..malas nak layan,biar diorang uruskan,saper yang suruh aku kawen. Tunggang langgang aku raser si Khairul Ilham Shah tu uruskan sorang sorang..biar dia..tapi nasib baik lah dia wat tema hijau plus purple..kalo tak..memang aku tak nak naik pelamin tu..biar dia sanding sorang-sorang. Cakap pasal dia..name dia pun aku baru tau mase aku tengok kad undangan majlis. Hal-hal lain tu..entah..zero..ader pun cikit la,mak temah baru bagi tau tadi,makanan kegemaran,ape dia selalu buat..nasib baik mak temah tak cerita semua,hobi,cita-cita,kawan baik,kawan sejati,kawan dibenci,kawan disayangi,moto,prinsip...hahaha lebih lebih pulak,dah macam buku biodata mase kecik-kecik dulu jer..once aku dah tau ape dia suka n ape dia tak suka...ape lagi..jalankanlah kegiatan haramku itu...eh..halal kot..hehee..saper suruh cari pasal dengan aku.
Setelah selesai menunaikan kewajipannya,khairul ilham syah berteleku di atas katilnya. Memikirkan langkah pertama.entah ape yang berpete kat minda encik khairul nih..hanya dia dan Allah sahaje yang tahu.teringat kembali saat dia bertemu kedua orang tua ira shazira buat pertama kalinya.
Setelah sekian lama dia mencari keluarga En. Syukri baru kini dia ketemui mereka. Tak disangkanya mereka telah berpindah ke perak. Akhirnya harapan ibunya tercapai jugak untuk berjumpa dengan Pn.Roslina yang juga merupakan kawan baik ibunya suatu ketika dulu. Aku tak faham kenape beriya benar hasrat ibu untuk bersua muka dengan diorang,terutamenya anak perempuan mereka yangg kini dah sah jadi isteri aku dan mungkin...aku dah faham kenapa.
Memang seperti yang aku jangkakan,mereka memang terkejut tengok aku. Tak sangka aku adalah suatu ketika dulu seorang budak yang begitu nakal dan lasak telah menjadi seorang lelaki yang macho lagi bertanggungjawab,sanggup mencari di koordinat manekah mereka berade..hehehe. Demi nak rialisasikan harapan ibu,aku sanggup menongkah arus sungai nil sekalipon..aku tahu,ibu dah tak banyak masa lagi..jadi kerana itu jugaklah aku setuju dengan permintaan ibu untuk menerima cik ira shazira sebagai suri hidupku dan sebab sebab yang tak dapat dinyatakan.
Pertama kali aku tengok gambar dia setelah 15tahun..hurm..not bad la. Aku dengan beraninya tanya pasal dia...nasib baik la abah mentua aku tu boleh share..walaupon sikit..tapi ok la. And,yang paling aku tak sangka..aku boleh buat perkara berani mati yang memalukan..huh..nasib baik tak kantoi. Memang baik punya cilok la...nak kena buli balik pun boleh kalo kantoi.
----------------------------------------------
Aku buat muka orientasi(muka boring+tension+malas..sebab tak kenal orang) yer!!!aku tak kenal dia..kalo aku terserempak tepi jalan memang aku tak kenal..terang lagi bersuluh. Menyampahlah!!suke lah tu tunjuk muka setengah sen dia..ingat macho la tu?huh..pigiiii dah..geli ketiak aku woi...huerrrkk! Nyesal...ingatkan mama dengan abah yang antar aku balik..rupenye dia..huh..
"erm..mama,bila kite nak balik perak?" dengan beraninya aku bersuara dengan tidak lantangnya dimeja makan yang sememangnya semua orang 'kenamaan' ade, mama,abah,ibu dan ayah..eh..seketul lagi..erm..my BELOVED HUBBY..err..Sumua mata pandang aku..aku nak buat ape ni..nak senyum ke??elok je aku rase otot otot kat pipi aku nih macam nak kendur...aku terperasanlah pulak sepasang mata(macam mata penjenayah..pembunuh)tepat pandang kat aku..aku cuba nak pandang..nak tunjuk aku nih berani lah konon..walaupon aku tak penah sucsess..kot-kotlah kali ni berjaye...mula! tuuuuuuuuuuuuuut...ceh..hampagas betul..huhu..dah agak dah..mesti fail..tak sampai 2 saat aku dah ngaku kalah..kenapelah pandangan dia nih tajam giler..tembus la beb biji mate aku ni kalo ko tenung aku camtu..eh jap..asal pulak ko nak tenung aku cam gitu..aku bukan tanya kau pon..aku tanya mak aku lah..sebok jer!!
Punyalah semangat aku bagi alasan kenape nak balik awal..yelah..sem baru dah nak mula,of coz la aku nak packing barang-barang aku yang bertimbun banyak tu plus banyak lagi yang nak dibeli. Tengok-tengok,jelingan manja dari mama yang aku terima. Dengan ibu pun aku kena bagi keterangan lanjut,yelah..takut dia terase dengan aku..walaupon aku tak berapa ingat cerita dulu-dulu,tapi bila aku tengok gambar-gambar yang ibu simpan dan kasih sayang yang ibu curahkan,aku jadi sedih..aku nampak betapa ibu sayangkan aku..ibu...ira pun sayang ibu macam mama jugak....tapi anak ibu tu...ee.. terbantut la sikit. Alasan tu je yang aku rase sesuai buat masa ni untuk aku menjauhkan diri dari 'penjenayah' yang tidak dikehendaki itu..muehehe. Dah 2 hari duk sini,aku tak pernah lagi cakap dengan dia..takper..main tarik tali,menyampah mahu memulakan?aku pun menyampah..lagi aku suka dengan situasi camni ade lah..haha..takderlah susah maner pun life ni..dalam masa beberape bulan lagi..kita 'clash'!!hehe..tak sabarnya.
Agak lama merapu,akhirnya ira shazira tertidur..dan tersedar bila kereta yang dipandu khairul berhenti. Ditenyeh mata dan mulutnya..kot-kot la ade air liur basi..aku pusing kiri,pusing kanan...aik???dah sampai dah istana indah tempatku menginap?aku pandang kanan...dia tengok aku..kosong...then dia terus keluar..ape lagi..aku pun keluar la jugak,takkan nak tunggu dalam tu lagi..coz inilah masa yang aku nanti-nantikan..bebas!!!hehehe.dia angkat beg aku..muka dia??hurm..tak sabar jugak kot..hehehe..tak sabar nak tengok aku lesap dari pandangan mata dia lah tu..aku pun ape lagi..angkat beg..get..set..go! "ira.." "hah?"..ish..kacau daun betollah..aku pusing belakang,nampaklah muka dia..hurm..camni ker muka orang tak sabar??ek??cam tak kena topik je..ni nak cakap ape nih?aku dah tak sabar nak wat pecutan ni. Dia tengok aku,aku tunduk..aku memang geram betollah..aku paling lemah kalo nak bertentang mata dengan orang.huh..yang dia ni pun..tak payah lah tenung aku cam gitu sekali..ish..cuak rase,dah la depan kolej..camne kalo insan-insan yang hampagas nampak aku kat sini..hancus aku. "ira..."aku angkat muka,malu..kenape tetibe aku jadi camni nih..ayu la pulak raser.
p/s:sori lambt post n3..nyway..enjoy k..n pless lv ur cmmnt
"hanni! Mak pecayakan Hanni..k..lau sesuatu jadi kat m..mak,Hanni janji akan terima Hazrul ya?jaga Hazrul untuk mak ya?"Hanni mendengar sayu. Sebak mula bertanfang.
"Hazrul tu anak yang baik. Hanni jangan kecewakan dia ya?"Syarifah Mazirah merayu Hanni sekian kalinya.
"Mak cik..!"suara Hanni bergetar.
"jangan cakap macam tu makcik. Hanni masih belum puas bersama makcik.Lagipun keluarga makcik memerlukan makcik" Rayu Hanni merintih. Air matanya laju mengair. Diusap lemah oleh Syarifah Mazirah.
"Hanni!..setiap kali mak tengok wajah kamu mak dapat rasakan kedamaian. Sejak mak kenal hanni mak dah anggap Hanni macam a..nak mak sendiri" ucap Syarifah Mazirah lemah. Ditatap wajah insan di hadapannya.Lama mereka membisu.
"Makcik! kalau.."
"mak teringin nak dengar Hanni panggil mak ,mak."Syarifah Mazirah memotong percakapan Hanni. Dia berharap ungkapan itu lahir dari bibir hanni ,seorang anak perempuan yang ditunggunya.
Air mata Hanni semakin laju. digenggamnya tanggan wanita itu erat.
"Mak!..."ucap Hanni. Walaupun perlahan, cukup membuatkan hati Syarifah Mazirah sayu. Perasaan sayang kepada Hanni berganda jadinya. Sungguh gadis dihadapannya ini telah berjaya menambat hati keibuannya.
Tekak Hanni berasa perit. Seperti ada sesuatu yang menghalang pernafasannya.Air jernih merembes keluar. Dia menangis lagi.
"Hanni jangan menangis nak!"Syarifah Mazirah mengelus pipi gebu Hanni.Dia sendiri tidak dapat menahan sebak mendengar ungkapan Hanni.
"Hanni jagalah amanah mak ni baik-baik ya?" Hanni mengangguk lantas memeluk Syarifah Mazirah di pembaringannya.Dada Wanita itu berombak Keras. Semakin lama semakin keras dan berat.Nafasnya jadi tersekat-sekat.Hanni cemas.
"Makkk!!!"
***************
"UNCLE?" "uncle ni syed Syahrinkan?ayah kepada Hazrulkan?"
"Ya! Awak ni siapa?" Soal Syed Syazrin hairan wanita dihadapannya yang tidak dikenali mengenalinya.
"itu semua tak penting! cuma saya nak ingatkan uncle satu perkara!" Syed Syahrin kehairanan. Siapa perempuan ini mahu mengingatkan dia perkara-perkara dalam hidupnya. Hati Syed Syahrin berbicara.
"Awak ni siapa? apa yang awak nak?"Soal Syed Syahrin lagi.
"Hanni! jauhkan dia daripada Hazul. Kalau tak hidup hazrul akan susah. Hanni tu pembawa sial. Dengar lah pesan saya kalau tak nak menyesal dikemudian hari.." Sambung peremuan itu lagi. Syed Syahrin semakin hairan.Wanita dihadapannya kelihatan sebaya dengan Hanni. Siapa dia ini? adakah dia mengenali Hanni?entah apa muslihatnya. Soalannya dibiarkan tidak berjawab.walau apa pun aku akan pisahkan mereka juga.Fikir Syed Syahrin.
"Ya memang aku akan jauhkan mereka. Kau apa susah? kau jangan harap nak dapat anak aku lepas kau fitnah orang lain!" wanita itu tersenyum sumbing.
"Aku tidak hairan dengan ank kaula. Asal perempuan jahanam tu tak dapat cukup. Aku tak dapat dia juga tidak akan dapat!" ucap perempuan itu angkuh sekali.
"uncle !percayalah saya sendiri mengalaminya.."perempuan itu cuba meyakinkan Syed Syahrin.Syed Syahrin tidak menyampuk.
"Dia pembawa kemusnahan dalam hidup saya. Terpulanglah uncle nak percaya atau tak. Itu hak uncle.."
"Hah! kenapa kau hamid?" Hamid kelihatan menenagkan dirinya dahulu dari semput sebelum menjawab.
" Puan ..Tuan. kecemasan katanya.Tuan kena cepat kesana" terang Hamid.
"what!!okey..i'll be there"
"uncle?"
"My wife...i kena pergi"
"i ikut" Syed Syazrin hanya mengganguk membenarkan wanita itu ikut bersama .
*********************
Seminggu telah berlalu.. Perkahwinannya terpaksa ditangguhkan. Pagi itu terasa sunyi sekali.Kicauan burung tidak kedengaran dimana-mana seperti biasa. Mereka seperti mengerti keadaannya dan turut berdukalara bersamanya. Seminggu itu jugalah Syarifah Mazirah telah meninggalkan dunia yang fana ini.
'Hanni mak percayakan Hanni...' 'Hanni jagalah amanah mak ni..' Terngiang-ngiang ayat itu di telinga Hanni. Air jernih bertakung di kolam matanya.Perlahan-lahan menuruni lekuk pipinya.Aku perlu tabah menghadapi ujian ini. Segera diseka air matanya. Hanni menundukkan wajah merenung kalung pusaka pemberian ibunya sewaktu hari pertunangannya. Ahh ..hari malang itu, sukar untuk mengusir bayangannya.Hanni merenung lagi kalung itu. Tercoret indah diatas permukaannya 'W.A.F.i'. Menurut ibunya kalung itu adalah warisan turun temurun keluarganya. WAfi adalah bermaksud kesempurnaan. Menurut ibunya lagi setiap keluarganya pasti mengabungkan perkataan itu dengan nama mereka. Baru dia perasan kini. Namanya juga diakhiri dengan wafi. ZarulHanni Wafiah dan ibunya Che Sofiah Wafiah. Nama yang unik. Fikir Hanni. dia tersenyum sendiri.
"tapi..kenapa kalung ini langsung tidak membawa kesempurnaan pada aku?" Terbayang peristiwa seminggu lalu di ruang mindanya. Saat dia dikeji hina begitu kejam sekali. Sungguh perit bsginya menelan tuduhan tidak berasas Syed Syahrin..
"Hey perempuan..Kau tengok apa kau dah buat! kau rasuk fikiran anak aku,lepas tu isteri aku pun kau nak kacau! kau tengok apa dah jadi! disebabkan sial kau tu, isteri aku meninggal kau tau! kau ni memang tau menyusahkan hidup orang je kan!"Syed Syahrin melepas amarahnya kepada Hanni. Ramai yang memberithu kepadanya Hanni memang membawa malang. Segala cerita mereka menguatkan lagi dakwaan wanita yang tidak dikenalinya semalam. Dia yakin Hanni sudah menyusahkan ramai orang.Hanni hanya menunduk tidak berani menentang mata lelaki tua itu.
"Ayah ! semua dah berlaku ayah tak boleh cakap macamtu . Ini dah takdir . Kita tak boleh salah kan orang lain!
"Kau hazrul diam!memang kau membela dia. entah ubat apa yang kau makan dari dia pon aku tak tau!"
"Kau! Perempuan Sial!!" terkejut Hanni dengan suara lantang Syed Syahrin kepadanya. Seumur hidupnya belum pernah dia dimaki hamun sebegitu hebatnya. Sebelum ini cercaan biasa sahaja dari mereka-mereka yang dengki kepadanya. Tetapi kali ini begitu mengguris hatinya. Belum pernah dia berjumpa dengan orang sebiadap itu.
Syed Syazrin cuba ditenteramkan anak keduanya ,Amir.
"Sabar yah.." Amir juga geram dengan Hanni yang menjadi penyebab keluarganya diambang kehancuran.
"Perempuan sial! tak sedar diri! tak tahu malu!" Hina Syed Syahrin lagi.
Hanni sudah tidak tahan lagi dengan cemuhan yang lahir dari Syed Syahrin. Dis berlari jauh dari situ. Berlari pantas !jauh! jauh dari segalanya yang memeritkan.
Ada senyuman yang terukir di sebalik ketegangan itu. menyorak girang didalam hati. Permulaan yang menarik. Strategi yang dirancang berjalan lancar, Dan strategi yang seterusnya disusun licik.
**********************
"Tok! Tok! Tok!"
"Hanni bukak pintu nak. Jangan degil.
"hanni dah seminggu kau macam ni."suara di sebalik ambang pintu kedengaran lagi.ibunya Puan Sofiah tidak jemu memujuknya.
"kau tak kesian kan mak dengan abah ke?"
"bukak nak mak ada bawa bubur ni"
'KreeeK!' pintu terbuka dari dalam . Pan Sofiah tersenyum. Usahanya berjaya.Dia menapak masuk kedalam bilik Hanni sambil menatang dulang berisi makanan untuk Hanni.Puan Sofiah meletakkan dulang tersebut disisi Hanni ditarik perlaha selimut yang membaluti tubuh anaknya.
"Hanni mak pon sedih bila dapat tahu mak Hazrul meninggal! tapi takkan Hanni nak terus macam ni? Hazrul berkali-kali datang nak jumpa Hanni. Kape ni cuba cakap kat mak?" Sofiah mendesak anaknya. risau dia anknya menghadapi masalah lain.
'ah.. mak kalau mak tahu apa riaksi mak?adakah dia akan turut bersedih?sanggupkan dia mendengar anaknya ini dihina dicaci sebegitu teruk?'hanni menyoal bertalu didalam hati.
"Hanni sekurang-kurangnya makan lah.." Sofiah menyuakan bubur kepada hanni.Hanni jadi terharu melihat kesungguhan ibunya.Kasihah mak.Dia mengangakan mulutnya.
'em..sedapnya.tiba-tiba lapar plak perut ni.berapa lama aku tak makan ni?'Sofiah tersenyum dan menyudahkan suapan terakhir. Dihulur gelas air kepada Hanni.
'lapar betul anak akuni, tulla terperap je dalam bilik!'
Pertama kali berkunjung ke rumah mewah keluarga Zarith, aku mendiamkan diri di dalam bilik. Merenung nasib diri di masa depan. Bagaimana kalau Alishah tahu? Marahkah dia? "Abang tak nak makan?." Aku berpaling mendengar suaranya. Manja tetapi tidak bisa menggetarkan jiwaku seperti lazimnya saat aku bersama Alishah. "Tak ada selera nak makan. Sofea makanlah dulu." "Sofea memang tak makan malam, bang." Dan dia terus duduk rapat di sisiku. Aku pula yang berengsot menjauh. Sumpah, aku tidak boleh menerima kehadiran wanita ini dalam hidupku. Sepanjang dua hari kami di rumah keluarga mentua, aku tidak banyak bicara. Mr.Khaleed memang berkecil hati namun dia tidak punya kuasa hendak memarahiku. Cukuplah aku sudah dipaksa mendampingi anak tunggal perempuannya. Aku tidak mungkin mahu membiarkan diriku terus bergelumang dengan tekanan perasaan. Sofea pula seakan hendak terus mencuba nasib. Dia mahu memiliki cinta dan diriku sekaligus. "Cinta abang cuma untuk isteri abang, sofea." Itu keputusanku sebelum kami berpisah katil semalam.
"Saya kena balik ke Malaysia. Saya ada kerja dan tanggungjawab terhadap isteri saya di sana." Kataku setegas-tegasnya sebaik sahaja selesai menghadap sarapan. Sofea terkesima. Mr.Khaleed merengus. Mdm. Zaharah mengeluh. Abang-abang iparku semuanya bangun mahu menyerangku namun ditegah sofea. Buat pertama kalinya aku berterima kasih padanya. "Habis sofea bukan isteri kamu?." Soal Hatheem. Matanya tajam sekali merenungku. "Dia memang isteri saya tetapi dia perlu hormat kedudukan isteri pertama saya. Saya tak nak kecewakan isteri saya lagi. Saya cintakan dia." "Tak apa, bang." Sofea mencelah. Aku memandangnya dengan sejuta kesyukuran. Mudah-mudahan dia ikhlas dengan kata-katanya ini. "Sofea tak marah kalau abang kena layan dia lebih. Asalkan abang tak lupakan saya." Lupa? Hmm....entahlah.
Ketibaanku disambut Alishah dengan wajah cukup berseri. Seakan pertama kali kami bertemu dibuatnya. Kami berpelukan erat sebaik aku selesai mengambil bagasi. "Rindunya kat sayang." Pipinya ku kucup lama. Tersipu-sipu, dia menarik tanganku menuju ke kereta. Melihat sinar di matanya, tiba-tiba terasa kosong pula hati ini. Timbul rasa bersalah yang amat. Aku telah menduakan kedudukannya. Kasihan Alishah tertipu olehku. Argh, aku bencikan Along teramat sangat!!!!!
Malam jumaat, selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami bertiga bersiap ke Bukit Antarabangsa. Mama mahu menjamu kami sekeluarga makan malam. Kebetulan mama tahu aku baru pulang dari Turki. Walaupun sebenarnya tiada satu benda pun dikirimkan Along buat mereka di sini. Mujur aku ada membeli satu dua buah tangan semasa di lapangan terbang dulu. "Wah, berseri betul menantu mama ni tau! Ada apa-apakah?." Usik mama sebaik sahaja kami tiba. Mak Kiah sudah menghilang ke dapur. Aku terus memeluk Alishah yang senyum memanjang. Sangkaku hanya aku yang perasankan hal ini. Papa yang baru turun juga menegur perkara yang sama hinggakan Alishah terus menyembamkan wajah ke dadaku. "Mudah-mudahan adalah good news untuk mama dengan papa. Mama pun dah tak sabar nak timang cucu baru ni." Aku mengangguk. "Mudah-mudahanlah, ma. Mesti handsome macam Zik kan." "Ish, Zik bukannya handsome pun." "Handsome. Kalau tak mana wife zik yang cantik ni nakkan zik." Dan Alishah bersungguh-sungguh ketawa, ditahan tapak tangannya yang tertutup-tutup di mulut.
Urusan kerja di pejabat benar-benar menuntut seluruh perhatianku. Sejak beberapa hari ini, aku cuma muncul di rumah setelah malam menjelang tiba. Dengan keletihan yang amat, aku sudah tidak larat hendak berbuat apa-apa hinggakan makan malam juga terpaksa ku tinggalkan. Syukur saja Alishah sangat memahami. Dia tidak akan tidur selagi aku tidak ada di dalam bilik. Malah kadang-kadang apabila aku terpaksa berjaga malam, dia akan turut sama duduk di sisiku. "Abang rasa baik sayang tidur dulu. Nanti esok penat pula kat kedai." Saranku apabila dia masih sudi menemaniku hingga ke dinihari. Alishah senyum. "Insyaallah, tak. Lagipun kalau Isha mengantuk sangat esok, Isha baliklah kejap. Tak ada orang nak marah." Iya. Dia pemilik kedai. Dia bos mereka. Masa mereka hendak memarahinya pula kalau pun dia tidak datang bekerja. "Wah, mentang-mentang...." Sengaja aku mahu mengusik. "Astaghfirullah, nak mentang-mentang apa pula." "Mentang-mentang....." Alishah ketawa. Sopan. "Mentang-mentang nak bentang kentang." Aduh, ada-ada saja idea di kepalanya mahu mengusik sama. Tapi Alishah memang punya great sense of humor. Dan inilah yang tambah menyenangkan hati setiap kali berdamping dengan dirinya. Insyaallah, selepas projek besar ini selesai nanti aku akan menumpukan lebih perhatian buat rumah tangga kami ini. Mungkin dia kelihatan tidak kisah tidak menerima layanan mesraku tapi hatinya lama kelamaan pasti akan luka. Itu aku tidak mahu. Cukuplah selama ini dia saja yang begitu banyak menggembirakan diriku. Berbuat itu ini untuk diriku.
"Kau rindukan orang tua kau? Atau sedih nak berpisah dengan mamat Indon tu."
"Kau ni ada-ada je lah. Suka sangat dengan si Hardy. Asyik sebut nama dia aje. Kalau kau suka kat dia cakap. Aku rekomenkan."
"Aku pulak! Mana boleh."
Senyap. Kamelia dan Baiti melayan perasaan masing-masing.
"Kau rasa ada orang sayang aku tak? Sebab aku rasa lain macam tau."
"Apa maksud kau? Lain macam... macam mana? Rasa seperti makan roti bakar cicah mayonese, macam tu ke?" Baiti mengacah-acah Kamelia.
"Kau ni main-main pulak! Aku selalu rasa telinga aku panas. Perasaan aku macam sayu sangat. Itu petanda yang selalu aku dapat kalau ada orang yang rindu kat aku."
"Mak bapak kau tak..."
"Aku baru lepas telefon dia orang."
"Tak kan si Hardy dah buat guna-guna kat kau. Tak masuk akal. Orang bijak pandai macam tu, mana main bomoh-bomoh ni. Atau...kau nak demam kot!"
Diam. Kamelia memegang dahinya, tak panas pun. Di luar apartment mereka angin berhembus agak kasar. Mendatangkan suasana dingin di dalam kamar yang sederhana besar itu. Perasaan seakan dibuai-buai. Nyaman.
"Eh! Melia. Aku rasa kau sorok sesuatu dari aku. Kau ada boyfriend kan? Macam mana orangnya... handsome ke tidak, sayang kau tak? Sebab... kadang-kadang aku tengok kau suka belek kad-kad kau tu. Apa specialnya? Sentimental value ya....dari siapa?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Baiti.
"Kau suka goda aku dengan soalan-soalan berani mati kau tu. Tapi maaf cakap, mana aku ada boyfren cik Baiti oii...bolpen banyak la..."
Kamelia berdoa agar ini soalan terakhir berkaitan perasaan daripada Baiti. Mana tahu, nanti aku terpecah rahsia yang selama ini terkunci rapat. Alamat, malu besar jika dia tahu aku mencintai lelaki yang sudah lama terputus hubungan. Dalam zaman moden ini, mana ada cinta sorok-sorok. Mungkin aku satu-satunya spesis yang tinggal. Akhirnya Kamelia tersenyum sendirian memikirkan kekolotan catatan percintaannya. Percintaan ke? Ah! Malas nak fikir.
"Itu senyum kambing tu... betul aku cakap. Kau di lamun cinta."
"Senyum salah, tak senyum lagi salah. Kalau aku masam je, kau cakap aku period sepanjang tahun. Kau ni teruk tau!"
"Dua tahun aku dengan kau. Nampaknya I'm not your best friend. You still can't trust me, even for this simple matter. Aku frust betul!" Baiti meluah rasa.
Kamelia datang mendekati Baiti yang seakan merajuk. Baiti seorang rakan yang amat baik. Dia tidak pernah menyakiti atau memperkatakan perkara buruk mengenai dirinya. Mereka berkongsi segala-galanya termasuk makanan, pakaian (yang luaran sahaja), kegembiraan dan kesedihan. Tetapi yang pelik (memang pelik pun) mereka jarang membicarakan soal cinta dan perasaan. Itu satu kebetulan yang selama ini mereka tidak sedari.
"Cuba kau fikir, pernah ke kita serius berbicara soal cinta kau atau kekasih aku? Tak pernah kan? Sebab... kita sebenarnya sama. Datang ke UK ini hanya untuk study. Untuk ubah nasib kita sendiri. Aku tak pernah paksa kau mengaku yang si Halim tu kekasih kau. Dan... kau pun suka sakatkan aku dengan Hardy. Setakat itu saja. No hard feeling kan..."
Baiti memandang Kamelia dengan seribu makna yang tersurat. Betapa dia tersentuh mendengar bait-bait kata dari bibir nipis Kamelia. Betapa mereka sebenarnya sehati dalam banyak perkara, cuma mata kasar tidak bijak menilai.
"Kau suka buat aku sebak. Tengok ni air hingus aku lebih banyak keluar dari air mata. Kau punya pasallah ni..."
"Aku pulak. Kita sama je Baiti. Eh! Nak joint kita orang pergi jalan-jalan esok? Ingat nak cuci mata sebelum balik Malaysia. Lagipun nak beli barang sikit untuk orang tua aku."
"Kau pergi dengan siapa?"
"Ameer budak Iran tu and his wife. Aku lupa namanya."
"Nama husband orang dia ingat, bini orang tak ingat. Nanti tau dek bini dia, takut kasut naik ke muka." ejek Baiti kepada Kamelia.
"Aku dah kenal lama dengan dia orang. Since first semester lagi. Lagipun... aku tak mainlah laki orang. Duda tak pe. Hee...hee..."
"Interesting! Kau dah ada perasaan pada lelaki lah ni. Laa... ingatkan hati batu. Rupa-rupanya ais batu..."
"Ni yang malas nak cakap ngan kau. Silap sikit mesti aku kena balik. Nak ikut tak esok?!" Kamelia semakin geram.
Baiti termenung sejenak. Sebenarnya Halim ada mempelawanya keluar esok. Ada hal penting katanya. Setelah membuat keputusan, Baiti memilih untuk keluar dengan Halim. Mungkin dia akan mengetahui apa masalah yang ingin diceritakan oleh Halim. Berat benar nampaknya. Kamelia menasihatkan Baiti agar berhati-hati. Dan dia membalasnya dengan rasa senang hati, sebab Kamelia memang rakan yang prihatin.
***
Karina dan Hidayah mengetuk pintu kamar Kamelia dengan kuat dan tergesa-gesa. Kali pertama tiada jawapan. Mereka yakin Kamelia ada di dalam kamarnya. Sekali lagi pintu di ketuk.
Tidak lama kemudian daun pintu terkuak. Kamelia menggosok-gosok matanya dengan hujung jari. Baru sekejap dia terlelap.
"Apa halnya ni?"
"Kamu sibuk tak? Nak bincang sikit."
Kamelia memandang Hidayah yang berseluar bermuda warna biru. Pakaian rasmi mereka apabila di rumah.
"Pasal apa?"
"Hal yang meruncing jugak, Melia. Boleh kami masuk kamar kamu?" Karina bagai tak menyempat untuk menceritakan sesuatu.
"Masuklah..."
Hidayah memandang Karina. Karina membalas pandangan itu dengan wajah yang dipenuhi tanda tanya.
"Ceritalah. Ada hantu ke kat rumah kita ni?" seloroh Kamelia.
"Kamu ingat Hardy tak? Yang syok kat kamu tu..."
"Kenapa dengan dia?" Kamelia menyoal Hidayah semula.
"Begini...aku dengar orang cerita, dia lah yang intip rumah kita dulu. Masa Baiti dengar benda jatuh tuh...ada orang nampak dia." Karina membuka cerita.
"Dia? Hardy tu? Tak mungkin. Okey... memang dia suka kat aku. Dan aku anggap kawan biasa saja. Kami dah saling bersahabat dan selalu ketemu. Tiada libatkan soal perasaan. Dia amat hormatkan aku...aku rasa kau orang salah dengar gosip ni..."
Kamelia menyebelahi Hardy, bukan sebab lelaki itu kacak, tampan dan berkarisma. Tetapi sebaliknya, dia seorang sahabat yang soleh, menjaga solat dan adabnya semasa bersama aku. Tidak mungkin dia mahu mengintip rumah sewa kami. Luahan hati Kamelia hanya terucap di dalam, tidak terluah dengan kata-kata.
"Semua student dah bercakap. Tapi kita semua tak berani nak inform dia. Takut. Kita tak kenal peribadinya." Karina menyambung ceritanya.
"Boleh saya tanya? Dari mana khabar angin ini bertiup? Siapa puncanya?" soal Kamelia persis penyiasat persendirian.
Sekali lagi Karina dan Hidayah berbalas pandangan. Ya, siapa yang bikin cerita? Mereka pun mendengarnya dari mulut ke mulut semasa kuliah.
"Kamu berdua pun tak tau, kan? Ginilah, esok siang saya jumpa dia. Saya akan tanyakan perkara ini, bimbang semuanya fitnah semata. Mungkin ada orang mau kenakan dia." Kamelia memberikan buah fikirannya.
"Mel, jangan kata kami yang bagi tau. Mati nanti!" Hidayah mengingatkan Kamelia.
"Usah bimbang dong! He...he..."
Kamelia ketawa seperti di buat-buat. Sebenarnya dia pun hairan, kejadian yang sudah lama berlalu, baru kini timbul cerita yang bukan-bukan. Apa motif gosip ini disebarkan? Siapa penyebar fitnah ini? Tapi kalau benar, bermakna selama ini dia bersahabat dengan orang yang tidak kurang bahayanya. Mana tahu orang itu sedang menunggu masa yang sesuai. Tidak semena-mena bulu romanya berdiri.
***
Kamelia duduk di atas bangku di tepi jalan sementara menunggu Ameer dan isterinya datang menjemput. Tangannya meraba poket beg silangnya dan mendapatkan handphone Nokia yang hampir tiga tahun digunakan. Sehingga kini handphone tersebut masih elok. Dia menghantar SMS kepada Hardy. Memaklumkan tentang pertemuan yang telah dijanjikan malam tadi harus diteruskan.
'Tut! Tut!'
Bunyi SMS masuk.
'Ok. Aku tunggu kamu di tempat biasa.' Itu balasan daripada Hardy.
Kamelia memasukkan kembali telefon tersebut ke dalam poket begnya. Tidak berapa lama kemudian Ameer dan isterinya tiba dengan memandu kereta sewa model Mercedes Benz yang sudah agak uzur. Enjinnya masih kedengaran bagus. Kalau mahu membeli kereta, periksa enjinnya dahulu. Enjin bagus, body buruk tak apa! Begitu pendapat 'budak gila' semasa zaman persekolahan. Aik, mengapa sejak akhir-akhir ini memori hitam bersama 'budak gila' itu selalu menganggu? Kamelia puas memikirkan hal tersebut sehingga dahinya berkerut-kerut.
Ameer yang memandu di hadapan perasan akan perbuatan Kamelia itu.
"Why you look so down, Mel? Any problems you want to share with? Or...you may share with ladies only?" usik Ameer memaksudkan Kamelia bercerita dengan Falujah, isterinya.
Kamelia menggelengkan kepala. Melihat Ameer pula yang tidak faham, Kamelia bersuara.
"No Ameer. Thanks a lot. I think I'm a bit tired. Last night I most finish my packing."
"Oh I see. When will you going back to your hometown?"
"After finish packing, may be I need a week time. Why? Want to follow us going back to Malaysia?" soal Kamelia bergurau.
"Thank you. Next time may be...Insya'Allah."
Pasangan pelajar Iran itu memang suka mengucapkan terima kasih. Sepanjang sesi membeli belah di MarketGate, entah berapa belas kali ucapan tersebut terkeluar. Yang penting Kamelia merasa berbaloi mengikut pasangan Iran tersebut. Banyak juga cenderahati yang diborong untuk ibu dan bapanya serta sanak saudara yang akan datang bertandang demi mendengar kepulangannya. Tidak dilupakan buah tangan untuk Aini, Zek dan rakan rapatnya yang lain.
Menjelang tengahari Kamelia sudah sampai di rumah sewanya. Baiti mungkin sudah keluar menemui Halim. Mengikut kata Baiti dia akan keluar tengahari dan menjangka pertemuan dengan Halim tidak terlalu lama. Kamelia menganggar Baiti baru sahaja keluar berdasarkan lantai bilik air yang masih basah sewaktu dia melewatinya tadi.
Namun, Kamelia perasan sewaktu masuk ke dalam rumah tadi pintu depan tidak berkunci dan sedikit ternganga. Hish! Cuai betul budak-budak dalam rumah ni. Fikirnya sambil memusing tombol pintu biliknya yang dikongsi dengan Baiti.
"Ya Allah.... kenapa ni??"
Kamelia hampir pengsan melihat kejadian di depan matanya. Pandangannya gelap serta merta.
Malam tu, lepas ja solat isyak berjemaah, ayah aku suruh aku hidangkan makan malam. Aisyeh, ni yang lemah ni!.Bab-bab nak angkat hudangan ni aku cukup lemah. Ye lah, perangai aku yang kurang feminin ni, boleh mnyebabkan aku dapat malu. Eiii....aku angkat dulang berhati-hati ke ruan tamu.
"Boleh Kal tolong?".
Kaki aku hampir-hampir tersadung kat kusyen. Mujurlah aku sempat berpaut pada tangan seseorang. Ya Allah, biar betol!. Aku berpaut pada tangan Haikal.....erat.
"Kal mintak maaf sebab buat Hana terkejut".
Muka aku mula rasa merona merah......malu. Aku melepaskan suaraku bila mendengar suara berdehem dari arah belakang. rupanya ayahku menyaksikan gelagat kami berdua dari tadi. Aku terus bergerak ke ruang dapur. Haikal hanya mampu melihat aku berlalu pergi.
Tau jugak malu budak kampung ni. Cute betul muka dia tadi. Hi,hi,hi....nyata pilihan aku tak silap. Dia seperti Dania. Manis dan pandai menjaga kesopanan sebagai seorang wanita Islam. Mungkin yang berbeza antara Dania dan Hana ialah cara mereka menerima aku. Dalam hal ini, aku rasa Hana lebih keras berbanding Dania. Tapi tak kisahlah. Apa yang penting sekarang, aku perlu tunjukkan keikhlasan aku terhadap Hana.
"Haikal, mai makan kah (cepat). Apa yang dok buat kat situ tu?".
Kedengaran mak Hana memanggil aku. Aku segera mengambil tempat di sebelah Hana. Hana menarik muka masam. Tak suka barangkali. Tak kisah la cik Hana oi!. Aku kan sah dah jadi tunang kau. Abang Hana daripada tadi aku lihat asyik berbalas jelingan dengan Hana. Puncanya aku sendiri tak pasti.
"Kal, nah cuba sambal".
Suara Hana yang kurasakan tak semerdu Siti Nur Haliza mematikan lamunanku. Aisyeh....bab-bab sambal ni yang aku lemah skit. Lidah aku ni lidah orang putih. Mana tahan makan makanan yang pedas-pedas. Aku mencedok sedikit. Tak sampai satu sudu.
"Sikit sangat Kal. Nah, tambah lagi sambal ni. Lagi pedas lagi sedap.
Nah kau tengku. Nampaknya berasap la telinga kau lepas ni. Tu lah , sapa suruh kau nak sangat ambik aku jadi tunang kau?. Ha, kan dah kena!
"Thanks Hana".
Han cuma tersenyum. Aik, lain macam ja si Hana ni. Selalu kalau aku cakap apa-apa ngan dia, muka dia mesti tarik muncung 14 punya. Kalau senyum macam ni hari-hari kan ka manis?Aku toleh ke arah Zariff. Budak ni kalau bab makan memang laju. Kalah roller couster. Tengok tu, punyalah pelahap. Sampai kepala pun tak panggung. Aku kembali menumpukan perhatian aku kat nasi yang dah penuh dengan sambal kat depan mata aku. Macam mana ni? Nak makan ka tak nak?. Sumbat ja la. Kalau pedas, aku mintak ja la air. Aku suapkan nasi ke mulut. Perlahan. Ya Allah, pedasnya!, Aku toleh ke arah Hana. Ingatkan dia nak bagi air kat aku, tapi dia buat tak tahu ja. Macam orang bodoh pulak aku tengok.
"Hana, bagi air kat Haikal tu. Muka dia dah merah tu. Tak tahan pedas kot".
Mak Hana bersuara.
"Terima kasih Hana."
Daripada reaksi muka si Hana, aku dapat agak yang dia tengah tahan gelak. Aku rasa la, kalau la mak bapak dia tak dak kat sini, dah lama Hana gelakkan aku.
Ha, padan muka kau tengku!. AKu dah agak dah orang bandar macam kau mana tahan pedas. lidah cop orang putih!. Tapi cute jugak muka dia tahan pedas. Hisyh, aku ni!. Aku kan bencikan dia, apasal pulak nak kata muka dia cute pulak?. Tapi aku ngok, kawan dia si Zariff tu laju lak makan. Dah besa kot. Tengok tu. Ulam pucuk janggus lansung tak disentuhnya. Patut la orang bandar dapat banyak penyakit. ulam yang awet muda ni tak pernah makan. Aku sure , tak sampai sebulan mesti dia nak balik KL. Dan waktu tu , aku la orang yang akan bersorak gembira.
"Hana, tolong mak angkat semua ni pi dapuq".
Aku menurut sahaja. Kalau sebelum ni, mesti aku gaduh ngan abang aku. Ye la, masing-masing malas nak buat kerja. Tapi, pasai mamat sekor ni, aku kena jadi baik. Takut gak kalau silap hari bulan ayah aku mengamuk lak. Aku melangkah perlahan ke dapur. Malas rasanya nak buat apa-apa. La...beruk ni ada kat sini rupanya. Amboi, mesranya dia sembang ngan mak aku!. Mak aku asyik gelak ja. Ntah apa yang lucu, aku tak tahu. Lawak Mr. Bean mana la yang dia cita kat mak aku. Aku buat-buat tak nampak. At least leh gak aku elakkan daripada dia.
"Rajinnya tunang Haikal ni. Elok la tu, practice buat kerja rumah before jadi wife Kal. Nanti tak dak lah kekok nak layan Kal and uruskan rumah tangga kita. Bertuah betol kal dapat tunang macam Hana".
Tiba-tiba kedengaran suara Haikal dari belakang Hana. Begitu hampir hinggakan hembusan nafas Haikal mampu didengarinya. Hana mendengus kasar. Bimbang keadaan mungkin akan bertukar menjadi ribut taufan, Haikal segera beredar. Lankah kakinya dihalakan ke arah meja makan.
Setelah pasti Haikal tidak lagi berdiri di belakangnya, Hana memulakan bebelannya.
Eiii...orang tua ni!. Gila ka apa?. Selamat jantung aku ok lagi. Kalau tak mau luruh jantung aku dibuatnya. Mujur tak terlepas mangkuk kat tangan ni. Kalau tak....
Hana memandang Haikal dengan pandangan yang tajam.
Rasanya, mau ja aku cincang-cincang beruk ni bagi ikan flowerhorn aku makan. Boleh dia buat dek ja!. Eeee...memang nak kena dia ni. Tak pa. Ada lori, ada kapal, ada hari , aku kepal-kepal dia ni. Aku hanya memerhatikan tingkah lakunya. Malas nak bersuara. nanti dia ngat aku suka kat dia plak. Tak ka parah kalau macam tu. Dah habis kerjanya, dia pun berlalu ke bilik tidur. Letih agaknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selesai ja mengemaskan baju, aku ke beranda. Mana tau, nasib aku untung, boleh la aku borak ngan Hana. Rasanya, aku tak pernah borak ngan dia lama-lama sejak aku sampai tadi. Mau taknya, setiap kali aku nak dekat ngan Hana , aku tengok abang dia jeling semacam ja kat aku. Naik gerun aku dibuatnya. Dan malam ni, peluang dah terbuka depan mata. Ayah ngan abang Hana, pas makan ja tadi terus keluar. Mak Hana cakap pergi rumah saudara dia. Lantak la. Dari ruang tamu, kedengaran suara orang ketawa. Kalau tak silap aku, suara tu macam suara Hana. Tapi suara laki tu, suara siapa. rasanya macam pernah dengar, tapi....la Zariff rupanya. Aku ngatkan abang Hana tadi. Patut la suara macam pernah dengar. Tapi apasal Hana ngan Si Riff ni nampak mesra lain macam ja. Dengan aku, bukan kata nak dengar Hana ketawa, nak dengar suara dia pun susah. Macam ada katak nak keluar bila dia borak ngan aku. Ni tak boleh jadi ni. Nak kata aku cemburu, memangla. Hana tu tunang aku, bukannya tunang Zariff. Kang tak pasal-pasal, si Hana jatuh hati pulak kat Zariff. Tak ke naya?. Si Zariff tu bukannya tak hensem.
"ehem, ehem....seronok nampak. noleh Kal tahu apa yang lucu sangat?".
Aku menyapa. Rasnya tak tahan dah tengok adegan mesra hana ngan Zariff ni. Hana tarik muka masam. Tak suka agaknya. Aku mendekati Zariff. Bila ngok aksi si Zariff yang terus berborak ngan Hana , aku pantas menyiku Zariff. Isyh, orang tua ni. Buat macam tak faham lak. Oii, cik Zariff, aku nak privacy la ngan tunang aku ni. Zariff pantas berlalu. Dia pun sedar kot. Dia tu macam langau ja. Sibuk kacau orang nak berdating. Hahaha....dating kat beranda.
"Hana, Kal nak tanya sikit. hana jangan marah ya?".
Aku cuba untuk pancing minat Hana. tiada reaksi daripada Hana.
"Kenapa Hana macam tak suka ja kehadiran Kal kat sini. Ataupun Hana memang benci nak tengok muka Kal?"
Aku bukannya apa. Takut jugak kalau si Hana bencikan aku. Macam mana nak berkasih kalau sorang sayang sorang benci?.
"Hemm....kalaua Hana terus tak bersuara, Kal angap yang memang Hana bencikan Kal".
Aku meneruskan bicara walaupun aku sedar yang berkemungkinan tiada reaksi daripada Hana.
Hisyh....ni nak jawab ka tak nak?. Kalau tak jawab nanti, kesian plak. Bukannya kesian kat Haikal neh, tapi kesiankan Shima yang susah payah plan nak pekena budak bandar neh.
"Hana tak bencikan Kala k!. Hana cuma tak biasa dengan orang luar".
Aku cuba berbohong. Tak biasa konon. Dengan si Zariff tu senang ja aku nak berbual. Tak pa la, tipu sunat. Kalau cakap yang betul, kecik plak hati mamat neh.
"Orang luar?. Come on. Kal kan dah sah jadi tunang Hana. Kenapa plak Haikal jadi orang luar. Tolong jangan layan Haikal macam ni lagi k!".
Isyh...payah tol la anak dara sorang ni!. Kalau borak ngan Zariff, tak dak plak dia rasa macam orang luar. Ni tiba-tiba ngan aku jadi macam ni plak. Pening aku. Dah la hari yang aku ajak dia keluar, dia asyik diam aja. Shima ja yang dok layan aku. Ingatkan segan lagi. Kot-kot la malu-malu kucing. Sapa tau?. Tapi hari ni macam tu jugak. Dengan Zariff, rancak ja berbual. Dengan aku, tiba-tiba ja jadi orang bisu. Tak tau aku nak kata apa dah. Kalau tak mengenangkan rasa cinta yang membara-bara dalam hati ni, dah lama aku surrender!. Penat aku dibuatnya.
Isyh...payah betul la budak bandar ni. Tu la, sapa suruh gatal sangat nak meminang aku?. Macam la dah tak dak awek-awek yang cun-cun kat bandar tu. Yang gagah nak cari awek kampung tu apasal?. Agaknya dia neh dah tak laku kat KL. Tu yang sampai sanggup masuk meminang budak kampung. Hahaha....dah jatuh saham rupanya.
Deruman enjin motosikal mematikan perbualan Hana dan Haikal. Haikal melepaskan keluhan kecil. Hasrat untuk berbual-bual dengan Hana lebih lama terbantut. Hati kecil Hana sebaliknya melonjak kegembiraan.
Lepas satu bala!. Ayah, Bang Chik, korang la penyelamat Hana. Love you guys!. Hehehe....
Haikal melangkah lesu menuju ke bilik tidur. Niat sucinya ingin mengenali tunang tersayang dengan lebih dekat, terbantut lagi. Haikal sedar, bukan mudah membina cinta baru. Dan bukan mudah melembutkan hati seorang gadis bernama Nur Akma farhana. Banyak liku yang terpaksa ditempuh, Banyak ranjau yang terpaksa diredah. Tapi macam lagu Spider la \'Relaku Pujuk\', aku bukan lelaki yang tewas!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari kedua haikal di rumah Hana, keadaan tak banyak berubah. Hana masih cuba melarikan diri bila menyedari yang Haikal cuba menghampirinya. Bila Haikal berehat di ruang tamu, Hana akan berada di dapur memabntu ibunya taua menguncikan dirinya di dalam bilik. Bagi Hana, dia perlu menjauhkan diri sejauh yang mungkin daripada Haikal. Bukan sebab malu atau segan , tapi sebab plan nakal dia, Shima dan Bang Chik bermula pada hari ketiga.
Nahas la kau budak bandar !. Aku akan hadiahkan kenangan yang kau takkan lupakan selama-lamanya ! Hahaha! Kalau la mak aku tahu pasal plan jahat aku ni, mesti aku kena tahan telinga dengar leteran dia. Ye la, dia tak nak pisang berbuah dua kali (sebab kali kedua tak sedap ka?. Hehehe..).
Dan saat itu, memori lama kembali menerjah ke kotak ingatan Hana.
Kerana terlalu sakit ati ngan perangai Mak lIjah yang tah hapa-hapa , aku ngan Shima buat plan yang teramat nakal untuk balas dendam kat Mak Lijah. Tapi mangsanya bukan Mak Lijah,plan tu dicipta khas buat Camelia. Sebenarnya aku ngan Camelia lansung tak tahu yang Kak Lia tu baaek hati. Ingatkan dia pun macam Mak Lijah. Yela, perangai Mak Lijah yang bukan takat suka jaga tepi kain orang, kalau boleh dalam kain orang pun dia nak jaga. Tu baru 0.00000000000000001% daripada perangai buruk dia. tak masuk lagi bab jadi batu api, mulut tempayan dan banyak lagi la. Pendek kata kalau nak dihitung perangai huduh dia tu, tak cukupngan jari tangan yang sepeluh ni, tambah jari kakai yang 10 pun belum tentu boleh kira perangai teruk dia. Waktu aku ngan Shima nak pekena Kak Lia, niat kitorang cuma satu. Nak sedarkan Mak Lijah yang perangai dia dah betul-betul melampau. Sanggup difitnahnya yang Bang Long aku pernah ngendap Kak Lia mandi. Akibat fitnah dia yang sah-sah teruk daripada membunuh tu, dekat sebulan jugaklah family aku kena pulau dek orang kampung. Mak aku puas berendam air mata. Bang Long aku pula hampir-hampir becerai. Semuanya gara-gara fitnah yang Mak Lijah reka. Sebenarnya Mak Lijah reka fitnah tu sebab dia sakit ati ngan mak aku. Dia ngatkan mak alu bekenan (suka) ngan Kak Lia tapi mak aku sebenarnya dah ada calon pilihan tuk bang long aku. At the end of the day, dia yang malu sendiri. Padan muka!!!!!!!!!
Walaupun waktu tu aku baru 10 tahun, tapi aku faham apa yang family aku terpaksa tanggung. Dan mulai saat tu, aku dah bertekad. Macam mana pun, aku akan balas dendam ngan Mak Lijah. Bukan dendam sampai nak tagih hutang nayawa, cuma dendam nak sedarkan Mak Lijah. Yela, makin lama dibiarkan makin melampau. Mulanya plan tu dah berjalan ngan lancar. Semua persiapan dah di buat, vuma tunggu nak jalankan ja. Aisyeh, macam persiapan nak kahwin la plak!. Hehehe.....
Walaupun nek berbuih mulut Siti nasihatkan kami , aku ngan Shima buat dek ja. Aih, mana leh....Orang penat-penat atur strategi, takkan nak batlkan macam tu ja. At the end, Siti pun angkat bendera putih, tanda ngaku kalah. Yela, mana larat dia sorang nak lawan kami yang berdua ni. Tapi, lain yang dirancang, lain plak yang jadi. Petang sebelum aku nak jalankan plan aku tu, aku terserempak ngan Mak Lijan dan kak Lia kat kedai runcit Pak kassim. Mulanya, aku buat tak heran jugak. Tapi bila aku dengar suara mak Lijah yang lansung tak sedap tengah menjerit-jerit macam beruk kena tarik bulu hidung, aku terus la pasang telinga. Rupanya Mak Lijah ngan marahkan Kak Lia yang tegur perangai dia yang sesuka ati tabur fitnah macam tabur nasi basi kat ayam. Kak lIa bukan takat kena tengking, siap kena tampar lagi!. Apa lagi, lekat la cap tapak tangan kat pipi Kak Lia yang putih gebu tu. Kesian Kak Lia.
Barulah aku tahu yang rupanya kak Lia bukannya brand Mak Lijah. Maybe dia lebih pada arwah Pak Daud, ayah Kak Lia merangkap suami Mak Lijah. Dan saat tu jugak aku cancel kan segala plan balas dendam aku. Tapi macam mana pun, aku tetap cari jalan nak sedarkan Mak Lijah, biar dia tahu langit tu tinggi ka rendah. Biar dia tahu, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Tapi yang pastinya, Kak Lia takkan terlibat dalam plan nakal aku ni.
Korang nak tahu ka apa plan nakal aku tu?. Jeng, jeng, jeng....Aku ngan Shima menyamar jadi hantu bungkus kat rumah Mak lijah. Kononnya kitorang kadi roh yang nak balas dendam kat Mak Lijah sebab jadi mangsa fitnah dia. mak Lijah sampai melutut meniarap merayu agar ktorang bebaskan dia. Siap janji nak taubat nasuha lagi! Insaf la kiranya. Hahaha.....seminggu jugaklah dia demam. Tapi last-last mak aku dapat tahu. Ni semua pasal mulut tempayan Bang Chik aku la. Tak reti nank kunci lansung. (Tempayang boleh kunci ka?). Yang jadi mangsanya, aku ngan Shima. Jenuh gak kitorang kena tahan telinga. Tapi tak kisahlah, asalkan dendam aku berbalas, cukup!.
Lepas daripada insiden tu, Mak Lijah berubah. Tapi tak tahan lama pun!. Ada la tahan takat dua tiga hari . Lepas tu , balik perangai lama dia la. Hampeh betol!!!!. Memang tak pernah nak insaf!!!. Perangai macam Alien!!!. Ntah-ntah, alien pun lagi baik daripada pompuan tua ni. Nampak sangat dia ni tak pernah taubat. Cuma dia tau buat ja. Hi...geram aku!!!Kalau ikut kan hati aku yang sakit ni, mau jugak aku rejam dia dalam tangki taik belakang rumah aku. Bira dia mampus sebab sesak nafas dengan taik-taik tu!!!!!.
Hahahahahahahahahaha dan hahahahahahahaha lagi....................
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu sudah pun menjelma tiba. Tepat ja pukul 8 pagi, muka Shima merangkap penasihat terhormat aku dah pun terjengol kat muka pintu. Dia ni kalau bab plan nak pekena orang, memang nombor satu. Selalu punctual!!.
"Hana, mana tunang kesayangan hang tu?". Dari tadi, tak nampak pun batang hidung dia?. Takkan dok buat peta dunia lagi kot?".
Isyh, anak dara sekor ni!!!. Suka-suka hati dia ja kata budak bandar tu tunang kesayangan aku. Kalau dibuatnya dia denagr, tak ka mampus aku?.
"Hang ni la. Sesedap rasa hang ja cakap macam tu. Kalau Tengku tu dengaq, tak ka malu aku nanti? Nama ja kawan bek aku?. Drop my water face betoi!". "Ala hang ni Hana. Takkan tu pun hang nak marah kot? Aku mintak maaf k!".
Hahahaha....tau pu takut. Tu la, lain kali guna otak dulu sebelum guna mulut. Ni tak, asyik guna mulut dulu sebelum otak.
Hana berlalu ke bilik Haikal. Belum sempat pintu bilik diketuk, muka Haikal sudah terjengul keluar.
Isyh, ni lagi sekor!. Nasib bek aku tak terketuk muka dia. Kalau tak, terbatal pulak air sembahyang aku. Ataupun, free ja muka dia nek benjol. Kena ketuk ngan tunang sendiri. Ha, baru padan muka!
"Hana cari Kal ka?".
Memang la aku cari kau. Kalau aku cari kambing arwah tok wan aku, takkan la aku nak pi ketuk pintu bilik kau?. Akai ada?.
"A ah. Hana nak ajak Tengku pi bendang. Ayah yang suruh".
Banyak la ayah yang suruh. Ayah awal-awal pagi lagi dah keluar ngan Bang Chik. Bila masa pulak ayah pesan kat aku. Hehehehe...tak pe...Tipu sunat la katakan.
"Hana, kan Kal dah cakap. Jangan panggil dekat Kal tengku. Panggil Kal cukup k!".
Isyh, mamt sekor ni!. Lantak aku la nak panggil kau apa. Tu dah kira bertuah aku tak panggil kau cipan ka, cimpazi ka, tenuk ka . Cuba kalau aku panggil kau tapir? . Mesti kau marah punya.
"Ok lah Kal. Cepatla, Shima dah tunggu kat luar tu. Nanti bising plak dia. "
Hehehehe...aku sebenarnya bukan takut Shima bising. Aku cuma dah tak sabar-sabar nak jalankan projek aku ni. Biasala, penat tau fikir macam mana nak pekena mamat bandar ni.
Hana pantas berlalu. Malas baginya untuk terus berbicara dengan Haikal.
"Hana".
Haikal memanggil tunang tersayang. Hana menoleh. Matanya tepat memandang ke arah mata Haikal yang entah bila sudah pun berdiri di belakang Hana. Saat mata bertentang mata, ada getaran di jiwa si gadis. Ada cinta yang kian bersemi di hati si jejaka. Saat itu, Hana merasakan sesuatu di sudut hatinya. Sesuatu yang tak pernah dirasainya. Sesuatu yang bisa membuatkan tidur malamnya diulit mimpi-mimpi indah. Dan saat itu jua....
"Hoi, Kal! Kau ngan Hana nak pergi mana?. Asal tak bagi tau ngan aku pun?".
Ya Allah! Mamat sekor ni . Betul-betul potong stim la. Aku baru ja nak feeling ngan Hana. Kalau ikut hati, mau ja aku sula si Zariff ni. Selamatnla dia dah berkawan ngan aku lama. Kalau tak....Hi....Geramnya aku...
Hana yang tersentak daripada lamunannya berlalu pergi.
Rasa macam nak sembunyi dalam lubang cacing ja. Biar sapa pun tak tau ke mana kau hilang. Sekamatnla Bang Chik tak dak. Kalau tak, jenuh jugak kena tahan diusik abang kesayangan aku yang sorang tu.
"Kau ni Riff, betul-betu kacau dau la!. Hana baru ja nak tangkap cintan ngan aku. Menyesal aku ajak kau datang sini".
Haikal melepaskan kemarahannya kepada Zariff.
Bukannya senang aku nak bertentang nata ngan Si Hana tu. Alih-alih kena kacau ngan si Zariff ni. Sapa yang tak bengang?. Nak tunggu masa tuk bertentang mata ngan Hana ni macam nak tunggu bulan jatuh atas bumbung rumah. Payah nak mapus!!!!. Huh!!!. Geram tahap nak berasap telinga dah ni. Selamatla Zariff ni kawan aku, kalau tak dah lama aku sembelih, pas tu aku bakar, buat cicah ngan air asam. Eh,eh....Tapi aku mana makan air asam?. Ahh, lantaklah!!!!!. Macam la orang lain tak makan. Payah-payah, aku sumbat ja dalam mulut kambing belakang rumah Hana ni. Bukannya susah pun.
"Kal, kau termenung teringatkan siapa?. Tunagn kau tengah tunggu kat luar rumah tu. Yang kau tercegat kat sini macam tiang lampu jalan je apasal?".
Eisyh, kawan aku sorang ni!.Dah buang tebiat ke apa?. Tadi, berdiri terpaku depan Hana. Dah Hana blah, dia mengelamun la plak. Takkan dah hilang separuh daripada kewarasan kot?. Dah sebijik macam penghuni wad bahgia kat Tampoi. Dah macam kawan Kluang Man ngan Tiung Man aku tengok. Lansung tyak macam kawan aku. Bahaya, bahaya....
" Encik Haikal, apa kena ngan kau ni?. Tunang kau ngah tunggu kau kat luar tu. Yang kau still berdiri kat sini kenapa?".
Haikal menoleh seketika ke arah temannya itu. Tanpa bersuara walaupun sepatah, dia terus belalu pergi meninggalkan Zariff yang masih dalam kebengongan. Tertanya-tanta tentang tingkah laku rakannya yang telah dikenali hampir 6 tahun itu.
~hrp ckup pnjg...klu nk dpnjgkn lg rsa cm x bopa nk wujud unsur suspen tu..so hpe u guys njoy reading~ ~love , AyaAkira1011 ^-^ ~
Sudah seminggu berlalu, kini Fina tinggal dirumah banglo milik Alfi. Kaya juga lelaki ni. Tak tahu pulak dia ni seorang Penolong Pengarah Urusan di syarikat milik ayahnya sendiri. Syarikat apa tak tau la. Malas dia nak ambil tahu. Buat apa pun? Bukan penting pun bagi dia. Yang penting sekarang ni, dia seakan didera tinggal dalam banglo yang ibarat seperti neraka baginya itu. Dahlah dia diletakkan didalam bilik yang sempit sebagai kamar tidurnya. Bilik tidur dia dulu lagi besar dan selesa dari bilik tidurnya sekarang. Huhuhu... Lepas tu pulak, segala kerja di dalam rumah tu, dia yang kena uruskan. Ingat dia ni orang gaji ke? Kerja kilang pun lagi bagus dari membuat kerja dalam rumah lelaki ni. Huh! Tak apa. Empat bulan je kan? Kejap je tu... Tapi, kenapa dia rasa yang empat bulan tu macam empat tahun pulak? Aargh... sakitnya hati aku...! "Oi, perempuan! Mengumpat ke apa?" terkejut Fina dibuatnya. Dia segera berpaling ke arah Alfi yang baru saja masuk ke ruang rumah itu. Kenapa dia boleh tak sedar pulak ni? Kenapa dia tak dengar bunyi pintu terbuka pun tadi? Laki ni masuk ikut mana? Ah, lantaklah! "Apa? Ingat orang tak ada nama ke? Panggil elok-elok sikit boleh, tak?" lenting Fina, marah. Dia segera bangun meninggalkan ruang tamu itu. Niatnya nak mengelap meja kopi yang berhabuk diruang depan itu terbantut serta-merta. "Fina! Buatkan aku air!" arah Alfi, selamber sambil menghempaskan dirinya yang keletihan ke atas sofa. Dia mengeluh lega. Tie dilehernya dilonggarkan. Fina pula terhenti melangkah dan berpaling ke arah Alfi. Wajahnya berkerut marah. Wah, sedapnya mengarah orang! Siaplah kau!
*******************************************
"Nah!" Fina meletakkan segelas air kosong diatas meja kopi dihadapan Alfi dengan kasar. Alfi yang tadinya terpejam, terkejut dengan tindakan mendadak wanita itu. "Hoi, tak boleh letak elok-elok ke?! Pecah nanti sape nak ganti?" lenting Alfi, tidak puas hati. "Dalam kontrak tak da tertulis pun yang aku kena buat semua ni? Kau memang sengaja,kan?" tanya Fina sambil bercekak pinggang. Alfi mula bengang lantas dia berdiri berhadapan dengan perempuan itu. Panas dibuatnya. "Dah seminggu kau kat sini, baru sekarang nak komplen? Baik, jangan buat kerja-kerja ni. Tapi ingat! RM10 ribu tu... masih belum langsai lagi," ugut Alfi lantas dia melangkah meninggalkan ruang itu menuju ke tingkat atas. Tekak yang terasa haus tadi dibiarkan saja. Fina memandang langkah lelaki itu dengan perasaan geram. Ish, susah tullah dengan orang tua ni! Benciiiiiii.....!
**********************************************
'Tak baik kamu melawan cakap suami kamu tu. Walau apa pun.... dia sudah menjadi suami kamu sekarang. Kamu seharusnya menghormati dia. Syurga kamu bukan dibawah tapak kaki ibu dah tau? Syurga kamu dibawah tapak kaki suami. Jangan menderhaka pada dia, nak...." ujar mamanya pada suatu hari. Ketika itu, dia datang mengadu tentang nasibnya terseksa sejak hidup bersama Alfi. Fina terdiam. Benar kata-kata mamanya itu. Dia juga pernah belajar tentang kewajipan itu. Kewajipan sebagai seorang isteri. Tapi...dia tidak pernah minta untuk menjadi isterinya. Berdosakah dia? Huhuhu... Fina menekup mukanya dengan bantal. Baru kini dia sedar akan kesilapannya. Walau sebenci mana pun dia pada lelaki itu, dia sudah pun menjadi isterinya yang sah. Ah, bukan salah aku! Ini semua salah dia! Kenapa dia buat cadangan bodoh ini sebagai cara untuk aku bayar hutang tu? Tak ada cara lain lagi ker? Huh! Fina duduk di atas katil. Dia terus berfikir. Dah lewat malam. Rasanya tadi, Alfi tak turun makan pun. Tak lapar ke dia? Ni mesti kes tak nak tengok muka aku la ni. Merajuk la tu! Dah tua-tua macam ni pun tau merajuk ker? Fina merenung ke atas seolah-olah dia merenung ke arah Alfi. Entah apa yang lelaki itu buat sampai tak keluar-keluar dari petang tadi. Kena siasat ni. Hehehehe....
Aduh.... sakit pulak perut ni! Menyusahkan betullah! Ini semua perempuan tu punya pasal. Kalau tak kerana dia, tak payah aku susah-susah tahan lapar macam ni. Tapi... kenapa aku mesti tahan lapar? Kalau dia tak masak, aku boleh makan kat luar. Bodohlah aku ni...huhuhuhu... Masalahnya, aku tak suka makan kat luar. Aku biasa makan kat rumah jer. Mama.. tolonglah anakmu yang kelaparan ni... "Lepas ni... mama takkan masak apa-apa untuk Alfi lagi. Tugas tu... Fina yang akan ambil alih, okey?" "Tapi... kalau dia tak tahu masak, macam mana, mama? Alfi tak kira. Alfi nak jugak makan makanan yang mama buat. Alfi tak biasalah mama.." rengek Alfi, persis kebudak-budakkan. "Tak boleh sayang.... Alfi dah jadi suami orang tau? Tak boleh nak manja-manja dengan mama lagi. Alfi kena jadi seorang pemimpin yang baik untuk isteri Alfi, ya sayang?" "Alah, dah kawin pun apa salahnya kalau Alfi nak manja-manja. Mama tetap mama Alfi, kan?" ujar Alfi manja. Datin Rafidah hanya mampu tersenyum sambil membelai rambut anak bongsunya itu. Hai... teringat pulak saat belaian kasih sayang ibunya itu. Mama... Alfi rindukan mama..huhuhu.. "Oit, Mr. Rubbish!" sergah Fina dimuka pintu. Alfi yang sedang menahan perutnya yang lapar terkejut dengan tindakan tiba-tiba isterinya. Dia segera terduduk diatas katil dan menyembunyikan rasa laparnya itu. Kena kontrol macho la beb! "Apa oit, oit? Ingat orang tak da nama ker? Ni apasal masuk bilik orang ni? Tak malu ke? Baik kau keluar sekarang," Alfi menghalau. Fina mencebik. Nak halau orang konon. Fina tidak mengikut arahan. Malah, dia selamber masuk ke dalam bilik itu. Matanya meliar ke seluruh ruang bilik yang ala-ala bilik VIP. Cantik. Kagum rasanya. Tak macam bilik orang bujang. Kemas saja. Inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik ini. Selama ini, dia tak teringin pun nak masuk ke dalam bilik lelaki tersebut. Malas! Malas nak gaduh. Nanti kata masuk bilik orang tanpa izin pulak. "Oit, kau tau tak kau dah masuk bilik sape?" "Bilik kaulah! Kenapa? Tak boleh?" "Kau ni kenapa? Dah kena rasuk pulak? Jangan kata kau ni gila seks," Alfi terus mengambil selimut dan menutup badannya. Fina memandang jelek. "Yerk... tolonglah! Kenapa kau tak turun makan?" "Suka hati akulah!" "Wah, jual mahal nampak! Tak lapar ke? Aku masak sedap tau hari ni," Fina ketawa kecil. Sengaja nak menarik minat Alfi. Entah kenapa dia perlu buat semua tu. Nak tebus kesalahan kot. Huhuhuhu.... "Sedap ke masakan kau tu? Apa rasa pun tak da. Buat aku sakit perut ada la," Alfi jual mahal lagi. Padahal. Perutnya dah betul-betul meminta untuk diisi. Tiba-tiba, perutnya mengeluarkan bunyi yang kuat. Masing-masing terdiam. Alamak! Fina tiba-tiba mencetuskan tawanya di dalam bilik itu. Alfi tertunduk malu. Jatuh saham aku! "Dah. Tak payah nak tunjuk muka tak hensem kau tu macam tu. Meluat aku tengok. Jom turun makan! Lapar katakan lapar. Tak payah nak kontrol2 macho dengan aku," perli Fina lalu wanita itu keluar dari bilik tersebut untuk turun ke bawah. Alfi mengurut muka menahan malu yang teramat sangat. Perut ni pun satu, tak boleh nak cover line langsung!
*********************************************
Lima minit selepas Fina menghidangkan makanan, Alfi turun dengan langkah yang lemah. Fina hanya tersenyum. Turun pun. Dah lapar sangat la tu. Hehehehe... Nasib baiklah mood aku malam ni baik nak panas dan hidangkan makanan tuk kau. Kalau tidak... mati kelaparanlah kau dalam bilik tu. Alfi menghampiri meja makan dan memandang kearah makanan yang disediakan oleh Fina. Sambal tumis telur, lauk ikan keli goreng, sayur salad dan sambal belacan. Wah, macam sedap je! Betul ke dia masak semua ni? Macam tak percaya pulak aku. Alfi menjeling ke arah Fina seketika dan kemudian memandang hidangan di atas meja tu semula. "Ha, kenapa? Tak percaya aku yang masak la tu? Apa lagi, duduklah makan," jemput Fina dengan nada yang agak kasar. Alfi hanya menurut saja memandangkan perutnya itu sudah terlalu lapar. Dia menarik kerusi sebelum duduk diatasnya. Fina terus menyuakan sepinggan penuh nasi untuk lelaki itu sebelum dia juga duduk berhadapan dengan Alfi. Alfi tidak banyak bicara lagi selain terus menjamu makanan yang tersedia dihadapan mata. Fina hanya melihat tingkah laku suaminya itu. Kadang-kadang membuatkan dia tersenyum sendiri. "Sedap jugak kau masak ek?" puji Alfi. "Erm... aku 'masak' kat kedai. Mestilah sedap," balas Fina selamber. Alfi terhenti dari terus menyuap nasi kemulutnya dan memandang wanita dihadapannya itu. "Aku memang dah agak dah. Nasib baik aku percaya 1% jer yang kau masak semua ni. Kau ni betullah," marah Alfi. Fina hanya ketawa kecil. Dia memang tahu yang Alfi tak suka makan makanan diluar. Tapi, nak buat macam mana? Dah dia tak tahu masak. Terima sajalah. Last-last, habis jugak kau makan.
"SERIUS?" "Of course I'm serious. Kan jimat kos kalau kita adakan majlis pertunangan sekali. Aku dengan Rosalina dan kau dengan Farhan," cadang Hafiz Hakimi. "Hmm... menarik juga rancangan kau ni. Kau dah melamar dia ke?" "Belum lagi. aku ingat nak lamar dia malam ni. Apa pendapat kau?" "Lagi cepat lagi bagus. Tarikh pertunangan aku pun tak lama lagi. I wish you all the best!" ucap Hasliza. "Thanks a lot my beloved cousin! Aku pergi dulu," ujar Hafiz Hakimi. Hasliza menghantar pemergian sepupunya itu dengan perasaan yang berbaur. Gembira dan gusar. Gembira kerana mereka akan mengadakan majlis pertunangan pada hari yang sama dan gusar untuk mengkhabarkannya pada Farhan Hasri. Adakah bakal tunangnya itu akan setuju? Hasliza melihat jam di tangan. Serta-merta dia masuk ke dalam kereta lalu kereta Kelisa miliknya meluncur laju membelah jalan raya menuju ke pejabatnya.
* * * * *
ROSALINA masih dalam kebingungan. Mengapa hatinya rasa sakit dengan tindakan lelaki itu tadi? Bagai dihiris-hiris nipis hatinya dengan belati yang tajam. Kenapa dia harus bersedih sedangkan segala kekusutan ini bermula dari dirinya? Tidak, bukan dia. Semuanya berpunca dari Hasliza. Andai Hasliza tidak menyimpan perasaan pada Farhan Hasri, semua ini tidak akan berlaku. Atau, silap dirinya kerana tidak mengkhabarkan perhubungan mereka pada gadis itu? Rosalina masih ingat, waktu Hasliza menyuarakan hasrat hatinya. Rosalina tidak akan lupa detik itu. "Apa pendapat kau tentang Farhan?" tanya Hasliza sewaktu mereka sedang berehat di bawah pokok ketapang yang rendang, melepaskan penat berjogging. "Bagi aku, dia lelaki yang baik. Kau lebih mengenalinya sebab kau kawan dia sejak kecil lagi. Aku ni, kenal dia pun sebab kau yang kenalkan," jawab Rosalina. "Memanglah... tapi aku tengok dia lebih rapat dengan kau dari aku. Kau orang dulu kan sekelas masa di universiti dulu. Aku lepas diploma terus kerja. Kau orang sambung degree. Di universiti yang sama dan bidang yang sama. Tentu kau lebih faham dia," ujar Hasliza. "Tak dinafikan, tapi kau kenalan dia sejak kecil," "Waktu kecil saja. Kami rapat sampai sekolah rendah. Kemudian, Farhan masuk asrama. Jarang jumpa dia. Kemudian, bertemu semula di universiti. Itu pun tak lama, tiga tahun. Kemudian, aku kerja dan kau orang sambung degree lagi dua tahun. Tentu kau lebih mengenali dia," jelas Hasliza. Rosalina diam. Sebenarnya dia mula diselubungi gusar sejak mendengar pertanyaan Hasliza tentang Farhan Hasri tadi. Dia takut. Takut andai apa yang difikirkannya jadi kenyataan. "Apa pendapat kau kalau aku luahkan perasaan pada Farhan?" Dum!! Hampir terduduk Rosalina mendengar pertanyaan Hasliza sebentar tadi. Ya, memang benar telahannya. Hasliza menyintai Farhan Hasri. Kawan baiknya menyintai lelaki yang dia jatuh cinta. Oh, katakanlah yang dia hanya bermimpi... "Ros, apa pendapat kau?" tanya Hasliza sekali lagi apabila dirasakan tiada respons dari gadis di sebelahnya. "Hah? Er... maksudnya, kau cintakan dia?" agak gugup Rosalina bersuara. "Setulus hati. Sejak dulu lagi. Sejak aku masih di sekolah rendah. Cuma, baru sekarang aku menyedarinya..." balas Hasliza. Peluh mula merenik di dahi Rosalina. Segera diseka dengan jemarinya. Sungguh, dia gemuruh! Bagaimana sekarang? Apa yang perlu dia lakukan? Dia telah menjadi orang ketiga dalam hubungan ini. Mungkin, Farhan Hasri juga menyimpan perasaan yang sama pada Hasliza cuma lelaki itu tidak menyedarinya? Tak, itu tak mungkin! "Ros, kau ni kenapa? Gelisah semacam je?" "Er... aku tak apa-apa. Em, kalau kau cintakan Farhan, aku akan beri sokongan sepenuhnya!" 'Hah? Akukah yang berkata itu?' getus hati Rosalina walhal apa yang diucapkannya tadi berbeza sekali dengan kata hatinya. "Iya? Thanks a lot Ros! Sayang kau!" ucap Hasliza, girang. Bunyi bising enjin motorsikal mengembalikan Rosalina ke dunia nyata. Sejak hari itulah dia mula berfikir. Berfikir sedalamnya. Hubungannya dengan Farhan mula berputik sejak tahun ketiga pengajian semasa peringkat diploma. Sengaja mereka merahsiakannya dari Hasliza. Cadangnya untuk buat kejutan apabila mereka bertunang nanti. Tujuannya untuk mengenakan Hasliza. Kini, siapa sangka Hasliza yang terlebih dahulu memberi kejutan pada mereka. Terdetik di hati Rosalina, apakah Farhan Hasri tidak pernah mengesan perasaan kasih yang bercambah dalam jiwa Hasliza untuknya?
* * * * *
TENGAH HARI itu, Hasliza mendapat panggilan dari Farhan Hasri untuk berjumpa di restoran berhampiran untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama. Pantas sahaja Hasliza bersetuju. Bolehlah dia bertanya perihal mengapa lelaki itu tidak menjemputnya pagi tadi. Sampai waktu yang dijanjikan, Farhan Hasri yang segak berkemeja lengan panjang rona putih menuju ke arah meja yang telah ditempah. “Han ke mana pagi tadi?" terus sahaja Hasliza menyuarakan soalan yang sekian lama terpendam. "Maaf, Han tidur di ofis semalam. Pagi tadi pula Han ada mesyuarat. Liza marah ke?" "Marah jugalah. Kenapa tak beritahu Liza? Penat tau Liza tunggu. Call pula tak nak angkat. Banyak sangat kerja ke?" Farhan Hasri tersenyum. Gadis di hadapannya ini agak keanak-anakan. Berbeza dengan kawan baiknya, Rosalina yang agak tegas dan tampak matang. "Maaflah, Han sibuk sikit dua tiga hari ni. Ada projek baru," terang Farhan Hasri. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan menyebabkan perbualan mereka terhenti seketika. Mereka berdua sepakat untuk makan nasi ayam dan jus tembikai sebagai makanan tengah hari untuk hari itu. "Han, Liza nak beritahu sesuatu. Han dengar baik-baik ya,"ujar Hasliza sejurus selepas pelayan itu pergi. "Tentang apa?" "Pagi tadi, sepupu Liza, Kimi, ala, yang Liza pernah kenalkan dulu, ingat tak?" tanya Hasliza. "Hmm... kenapa dengan dia?" "Dia dah nak bertunang," Serentak dengan itu telefon bimbit Farhan Hasri berbunyi. Segera lelaki itu menjawab panggilan yang diterima dari pejabat. Selepas berbual beberapa ketika, panggilan dimatikan. Telefon bimbit jenama Sony Ericsson itu diletakkan di atas meja, bersebelahan dengan gelas sederhana tinggi berisi air suam. "Maaf, apa yang Liza cakap tadi?" "Sepupu Liza tu dah nak bertunang. Dengan Ros," lancar sahaja Hasliza berkata. Bagai guruh kuat berdentum menggegar pendengaran Farhan Hasri, begitulah juga dengan hatinya yang terasa bagai dicampak sebutir bom. Sungguh, dia terkejut mendengar kata-kata Hasliza sebentar tadi. Rosalina sudah hendak bertunang? Lawak apakah ini? "Kenapa Han nampak terkejut besar?" "Ah, tak... tak ada apa-apa. Terkejut sikit. Rosalina tak beritahu Han pun," ujar Farhan Hasri. "Ala, dia malu kot. Han dengan dia kadang-kadang Liza tengok sejak kebelakangan ni, macam orang asing. Berjumpa pun buat-buat macam tak kenal. Han gaduh dengan dia ke?" Hasliza cuba serkap jarang. "Ish, tak adalah. Pepandai je Liza ni. Perasan Liza je tu," dalih Farhan Hasri. "Er, Liza, Han nak ke tandas sekejap ya," beritahu Farhan Hasri lalu bangun menuju ke destinasi yang dikatanya tadi. Telefon bimbit milik Farhan Hasri menarik perhatian Hasliza. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memeriksa telefon bimbit itu. Lantas, telefon bimbit itu dicapai dan peti mesej dibuka. Tanpa dipaksa, ada curiga yang menjengah. Mesej-mesej di dalam telefon itu kebanyakannya dari seseorang yang dipanggil dengan nama "Cintaku".
"Selamat malam Hasri. Moga mimpi yang indah-indah"
"Saya rindukan awak. Teramat rindu..."
"Sudi temankan saya melihat bintang di langit? Saya nak pinjam bahu. Rasa sedih sangat,"
"Maaf, saya benar-benar minta maaf. Saya tak bermaksud nak kecewakan awak. Anggaplah antara kita tiada jodoh,"
"Tolong jangan ganggu saya lagi! Saya tak mahu ada apa-apa hubungan dengan awak lagi,"
Ah, sandiwara apakah yang sedang dimainkan di hadapannya sekarang ini? Mengapa gadis itu memutuskan hubungan mereka? Hasliza melihat nombor yang tertera di skrin. Serasa dia kenal benar nombor itu. Pantas Hasliza mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Nombor itu didail. Alangkah terperanjatnya dia apabila nama Rosalina yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Oh, apakah yang sedang berlaku ini? Hasliza memberanikan diri untuk membuka mesej yang terakhir.
"Ya, saya benar-benar tak mahu jumpa awak lagi. Saya penat awak tahu tak, penat! Awak dah ada Hasliza, gembirakanlah hatinya. Jangan cari saya lagi,"
Hasliza meletakkan semula telefon bimbit Farhan Hasri di kedudukan asalnya. Lelaki itu tidak membuang mesej-mesej tersebut. Bukankah bila kita menyimpan mesej yang dirasakan bernilai, bermaksud kita juga rasa empunya mesej itu juga bernilai. Hasliza perasan yang tiada satu pun mesej darinya yang disimpan oleh lelaki itu. Dalam hati, pelbagai persoalan mula bertubi-tubi menghenyak perasaannya. Dia perlukan penjelasan untuk semua ini. Tapi dari mana harus dia mulakan? Rosalina! Hasliza segera bangun, meninggalkan restoran itu tanpa apa-apa pesanan pada Farhan Hasri. Persoalan yang berselirat di benak fikirannya lebih utama untuk diselesaikan dari menikmati makan tengah hari itu!
Nana terjaga ketika azan subuh berkumandang. 'Malasnya nak bangun. Ngantuknya…tidur sikit lagi lah. He…'dia kembali melelapkan mata. Tiba-tiba, "Alamak." Peristiwa yang berlaku semalam menerjah kepalanya. Kenduri, persandingan, akad nikah.. 'Ya ALLAH, aku dah jadi bini orang. Tapi mana suami aku? Mana abang Syam?' sebelahnya kosong. Bantal pun tiada. Hampir menjerit Nana melihat sekujur tubuh suaminya meringkuk kesejukan di bawah. Nasib baik tidak dipijaknya.
'Ya ALLAH. Kenapa abang tidur kat bawah. Apa dah jadi semalam? Aku tak bagi abang tidur atas ke?' dia tidak ingat apa yang berlaku semalam sebelum tidur. Yang dia ingat dia tertidur ketika berbual dengan Johan ditelefon. Tak sempat habis berborak, dia dah tidur dulu. Nasib kau la Johan. Lepas tu, dia tak ingat apa yang berlaku.
'Kenapa abang tak tidur kat atas? Tak sudi tidur dengan aku ke?' Hati Nana hiba tiba-tiba. Ditahan air mata daripada mengalir. Perlahan dia bangun menuju ke bilik air. Mungkin hatinya akan tenang sedikit selepas solat.
'Nak kejut ke tak nak? Kang tak kejut aku yang dapat dosa free.' Belum pun sempat tangannya mendarat kat kaki suaminya, lelaki itu lebih dulu terjaga. Cepat-cepat Nana bangun. Buat-buat tak tahu.
"Nana dan solat ke?" tersentak Nana mendengar soalan Hisyam yang tiba-tiba.
"Ha'ah. Bangunlah."
"Abang baru ingat nak solat jemaah. Tapi tak pelah kalau Nana dah solat." Hisyam bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah ke bilik air.
'Hah, solat jemaah? Adus..malunya..' sebelum ni, kalau papa dan mamanya ajak dia solat subuh berjemaah, mesti ada saja alasan yang diberi. Tak pernah nak berjemaah sama-sama. Tapi sekarang, suaminya sendiri ajak berjemaah. Nak bagi alasan apa? Tapi oklah tu daripada dapat suami yang tak solat langsung. Berkat sikit family aku. Amin. Huhu…
"Betul ni Nana tak nak ikut abang? Tanya Hisyam. Dia perlu pulang ke KL hari ini kerana cutinya sudah tamat. Sebolehnya dia mahu Nana mengikutnya pulang. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengenali Nana dengan lebih dekat dan mengeratkan hubungan mereka. Tapi Nana semacam berat untuk mengikutnya.
"Takpe lah bang. Lain kali je lah Nana pergi. Lagipun Sabtu ni nak balik campus. Banyak benda nak kena settle kat sini." 'Abang, tak payah lah balik dulu. Nana sedih ni. Baru nikah dua hari dah kena tinggal. Nak ikut..' rintih hati Nana.
"Hmm… takpelah kalau macam tu. Tapi nanti abang cuba balik hari Jumaat. Sabtu boleh abang hantar Nana balik, ok?"
"Eh, takpelah bang. Nana boleh naik bas. Dah biasa. Bukannya jauh sangat pun." 'Tapi kalau boleh abang baliklah. Nana lagi suka kalau abang hantar.' Kata-kata itu hanya bermain di hatinya. Tak terluah di bibir.
"Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa call abang." Nana menyalami tangan suaminya. Hisyam mengucup mesra dahi Nana.
'Abang, peluklah daku…huhuhu… nak cium lagi… ish, gatal betul kau ni Nana. Tapi takpelah, suami aku. Ikut suka aku lah.'
"Ups.." 'Alamak, dia dengar ke aku cakap apa? Adus..malunya..' Hisyam memeluk erat Nana. Pipi isterinya dikucup. Berat rasanya untuk meninggalkan isteri yang baru dinikahinya dua hari lepas. 'Ah, sekejap je. Bukannya tak jumpa langsung lepas ni.' Muka Nana panas. Malu diperlakukan begitu. Dah lah depan mama dan papa. 'Ish, abang ni. Semalam tak nak peluk. Depan mama dengan papa nak main peluk-peluk pulak. Malu… Hai, tak tidurlah kau malam ni Nana.' Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Hati Nana sayu. 'Abang, cepat balik. Nana dah rindu ni..'
"Nana, tak nak masuk ke? Dah lah tu. Bukannya cik abang awak tu pergi tak kembali." Perli mama. Nana tersipu malu.
'Ish mama ni. Macam tau-tau je.'
Nana termenung panjang. Penumpang lain yang berada di dalam bas juga buat hal masing-masing. Terasa jauh perjalanannya kali ini. Rindunya pada suami tak tertanggung.
"Nana, abang mintak maaf. Esok abang tak boleh hantar Nana balik kampus. Ada emergency." Luluh rasa hatinya. Apa tidaknya, sepanjang lima hari menunggu kepulangan abang Hisyam, fikirannya hanya dipenuhi dengan angan-angan. Membayangkan yang dia akan berdua-duaan dengan suaminya sepanjang perjalanan ke kampus. Gurau senda, kata-kata romantis, kehangatan sentuhan abang. Argh..semuanya hanya tinggal angan-angan. Kini, dia sendirian. Tiada gurau senda, tiada usikan manja, juga tiada kata-kata romantis mengusik jiwa. Hatinya menangis.
'Kenapa abang buat macam ni. Nana rindu sangat dekat abang. Abang tak rindu Nana ke?' rintih hati kecilnya. Air mata yang ingin menuruni pipinya diseka.
Hisyam menilik jam di tangan. 'Mesti Nana dah sampai kampus. Kesian dia.' Hisyam tidak dapat mengelak apabila seorang pesakit memerlukan pembedahan segera hari ini. Dia terpaksa mendahulukan pesakitnya. Lagipun Nana sendiri yang kata, dia sudah biasa balik sendiri. Terdetik juga perasaan kasihan kerana sudah berjanji dengan isterinya. Dia juga rasa rindu untuk bertemu Nana. Perasaan itu datang tiba-tiba tanpa diundang. Mungkinkah dia sudah jatuh hati pada sepupunya itu?
'Suami mana yang tak sayang bini. Tapi aku masih lagi anggap dia macam adik aku. Rasa kekok nak layan dia macam isteri. What should I do?'
"Hai pengantin baru, kenapa ni? Rindu kat bini ke?" Norman, rakan sekerjanya menegur.
"Ish, takde lah. Aku penatlah. So, macam mana dengan pesakit tu? Stable?"
"Stable. Aku takut kau yang tak stable. I think, kau patut pergi jumpa dia la bro." Norman sengih. Dia dulu pun macam tu jugak. Sehari tak jumpa dah menggelabah tak tentu. Ini kan tak jumpa seminggu. Dah lah baru je kahwin. Boleh jadi sawan dibuatnya.
"Assalamualaikum, Nana buat apa?" Nana yang masih lena ketika Hisyam menelefon terpisat-pisat. 'Ish, napelah call time macam ni… ngantuk ni.'
"Erm… tak buat apa-apa. Saja duduk lepak-lepak." Nana control suara. Apa taknya, baru bangun tidur. Sah-sah suara ala-ala Amy search sakit tekak.
"Ye ke? Suara macam baru bangun tidur je ni." Serkap Hisyam.
"Hah." Nana gelabah. 'Aduh, malunya. Dah la sekarang pukul 9.'
"Jom. Pergi jalan-jalan. Abang tunggu kat bawah hostel Nana ni."
"HAH?" Nana melompat dari katilnya. 'Alamak, apasal tak bagi tau awal-awal. Aku tak mandi lagi ni. Mau sejam baru siap ni.' Kelam-kabut dia mencapai tuala. Hisyam masih lagi ditalian.
"Nana? Ok ke? Ke nak abang tolong mandikan?" usik Hisyam.
"Eh, takpe-takpe. Nana dah bangun ni. Abang tunggu. Nanti Nana turun." 'Tolong mandikan? Biar benar laki aku ni. Buang tebiat ke apa? Tapi, kalau nak tolong pun apa salahnya. Hehe…" Nana bergegas ke bilik mandi. Senyumannya tak lekang dari bibir. Suami ajak dating. Seronoknya… "Yahooo!!!!"
"Amboi… wanginya. Kau nak pergi mana ni Nana?" Suria pelik. Awal benar kawannya sorang ni bersiap. Biasanya, selagi tak pukul 12, tak bangun.
"Dating." Hati Nana berbunga riang.
"Dating? Dengan siapa? Johan?"
'Ada ke dengan mamat tak cukup matang tu.' "Dengan suami akulah. Ok, aku pergi dululah. Bye…"
"Eh Nana..tunggu." Belum sempat Suria bertanya lebih lanjut, Nana sudah hilang. 'Amboi, dapat laki, kawan pun tak layan. Siap kau balik ni.'
"Ermm..kita nak pergi mana ni bang?" Tanya Nana. Hatinya berdebar-debar. Apa tidaknya melihat abang Hisyam yang begitu macho walaupun hanya memakai t-shirt polo dan seluar jeans. 'Adus…hensemnya laki aku ni. Nak je aku peluk kat sini. Rindunya….'
"Mana-manalah yang Nana nak pergi. Abang ikut je. Actually, abang nak mintak maaf sebab tak dapat ambik Nana kat kampung hari tu. So, hari ni abang jadi driver Nana. Nana nak pergi mana, abang sanggup bawak. Asalkan tak ke bulan ok?"
'How sweet. Ni yang Nana makin sayang kat abang ni. Ish… rasa nak cubit-cubit je pipi abang. Kalau Nana kata nak duduk je kat sini dengan abang sampai pagi esok boleh? Gatal betul kau ni Nana..' Hari ini memang hari yang paling membahagiakan buat Nana. Buat pertama kalinya dia keluar dengan orang yang paling dia cintai sejak sepuluh tahun lalu. Terasa macam mimpi. Rasa macam nak hentikan je masa biar hari ni kekal sampai bila-bila. Abang sangat baik dengannya. Romantis sekali. Tengok wayang, makan disuap abang, shopping sambil pimpin tangan, mengelilingi tasik putrajaya berdua, semuanya terlalu indah. Betul-betul seperti pasangan yang sedang hangat memadu kasih. Dapat dirasa hangatnya kasih abang padanya.
"Nana happy?" Tanya Hisyam semasa menghantar Nana pulang ke kampus. Nana hanya mengangguk. 'Happy sangat abang. Thanks sayang.'
"Sweet dreams ok." ' Nana tak nak balik. Abang… janganlah balik lagi. Nana tak puas lagi tatap wajah abang.' Lambat-lambat Nana turun dari kereta. Payah benar kakinya hendak melangkah keluar. Macam kena lekat dengan gam gajah saja.
"Kenapa sedih je ni? Ke nak ikut abang balik?" Teka Hisyam. 'NAK!!!' jerit hati Nana.
"Erm… tak lah. Bila abang nak datang lagi?" 'Ups, alamak. Hehehe…' Hisyam senyum. "InsyaAllah. Kalau ada masa abang datang lagi. Kalau Nana rasa nak balik rumah abang, Nana call je lah. Nanti abang datang ambil, ok?" Nana angguk. 'sekarang boleh?' Nana menunggu sehingga kereta suaminya hilang dari pandangan. Air matanya yang tertahan sejak tadi gugur. Bahagia bercampur sedih. Tak pernah terfikir yang hari ini akan muncul dalam hidupnya. Tiba-tiba Nana rasa seperti diperhatikan. Dia menoleh ke kiri.
'Alamak, Johan!! Dia Nampak ke abang Hisyam tadi? Apa aku nak cakap kalau dia tanya? Ish, kacau daun betullah mamat sorang ni.'
"Eh..Melissa,belangkas semacam je nampak kau ngan budak laki tue sekarang? Apa nama dia eh?"soal Esya memulakan perbualan ketika Melissa sedang menanggalkan tudung di kepalanya. "Budak laki? Yang mana ek?"soal Melissa kehairanan. "Aishh,takkan banyak benar laki yang jadi belangkas dengan kau kot. Hmmm.."gusar Zehra kemudian. "Oh, you all mean Rafiq ya? Mana da macam belangkas sangat pun. Biasa-biasa aje. Kalau belangkas mesti aku dah ikut dia balik bilik dia gak. Hehehe.." gurau Melissa cuba menghidupkan suasana yang agak tegang baginya pada saat ini. "Kau nak tahu tak? Actually, that guy lah fasi laki yang kitaorang kutuk-kutuk masa 1st day orientasi ari tuh. Kau dah ada pape ngan dia ke? Aku tak percaya lah dengan laki macam si Rafiq tue."ujar Esya melepaskan segala-segalanya. "A’ah,yelah Lisa. Aku nampak rapat semacam je kau dengan dia. Kau suka kat dia erk? Ari tuh kau bukan da cita kat aku yang kau dah ada someone kan?"soalan berbentuk kenyataan bertubi-tubi dari Zehra membuatkan Melissa hampir tergelak. "Hold on..kejap-kejap ye. Aku tak pernah bawa keluar statement pun yang aku ada suka Rafiq. Memang lah aku rapat dengan dia. Dah dia yang ajak aku makan sekali, korang lak makan bukan nak tunggu aku."terang Melissa menjelaskan keadaan. "Eleh,kau makan dengan dia bukan hari nie je, Lisa. Dari hari kedua agaknya kitaorang dah perasan ke hulu ke hilir kau dengan dia. Kat DSK pun kau berkepit dengan dia je. Kau tak rasa segan eh baru kenal je tapi dah rapat semacam aje?" jujur Nia bertanya. "Weh,korang nie kenapa hah? Angin semacam jek. Rilex lah. Honestly, memang aku suka dengan Rafiq tue. Best kawan dengan dia. Suka buat lawak, aku suka sangat. Tak percaya korang cuba lepak sekali dengan kami gak nanti." Melissa cuba menjelaskan sebaik mungkin. "See, kau memamg sukakan dia. Aku dah agak dah. Kau percaya ke si Rafiq tue? Ntah-ntah playboy. Mesra je ngan sume fasi perempuan."sampuk Esya kemudiannya. "Dengarlah dulu. Aku tak cakap habis lagipun. Yes, I like him but just as a friend,ok. Perasaan aku tak lebih untuk dia. Takkan pernah. Aku tahu lagi jaga maruah aku. Aku tak pernah terhegeh-hegeh dengan dia pun. Dia yang mulakan dulu nak berkenalan dengan aku. Dah orang nak kawan takkan nak sombong plak. Lagipun buat pe nak malu. Bukannya aku dengan dia ada buat benda tak bermoral kat khalayak. Makan pun dekat café je. Bukan dekat bawah pokok pun."bentak Melissa sedikit kegeraman dengan terjahan rakan-rakannya yang memang tidak tepat sekali. "Ok,fine kalau cam tue, kawallah sikit belangkas kau dengan dia tuh. Aku tak nak lah nanti fasi lain fikir kita ni fasi luar yang tahu nak menggatal je."ujar Zehra. "Aku tak pernah sekali abaikan pun tugas aku sebagai fasi group aku. Mereka masih dalam perhatian dan jagaan kasih sayang aku. Percayalah. Hehe.." gurauan Melissa menceriakan suasana yang hangat sebentar tadi. Rakan-rakannya kembali tersenyum. "Lisa, si Rafiq tue takde kawan-kawan laki yang hensem lagi ke? Suruhlah dia kenalkan kat aku. Dulu ingat nak tackle dia, alih-alih kau yang dapat dulu. Huhuhu.."celahan Nia yang tiba-tiba mencetuskan gelak tawa di kalangan mereka. "Kau ni tak habis-habis lah Nia. Tadi baru Zehra cakap kita datang ni bukan untuk menggatal ok. Ingat semua yang hensem baik ke? Huhuhu.."tuntas Esya mencelah. "Alah,kau takpe lah dah ada pakwe. Bagilah chance aku yang sedang single mingle lagi. Si Lisa nie pun belagak je single tapi sebenarnya not available. Hehehe..."tambah Nia terus-terusan. "Ohh,padanlan tadi angin semacam je. Kau jeles ek sebenarnya aku rapat dengan Rafiq. Takpe-takpe, nanti aku tanyakan Rafiq eh. Tak pun kalo kau nak try tackle si Rafiq tue pun aku tak kisah lah. Untung sabut timbul, untung nasib tenggelam. Untung kau, Rafiq sukakan kau lah. Cayalah. Hehehe.." tokok Melissa kemudiannya. "Macam mana plak aku nak try tackle? Dah kau pun ari-ari berkepit je dengan dia. Takde chance langsung aku nak mencelah. Huhuhu.."ujar Nia lagi. "Kau tak bagi salam kot masa nak mencelah tue. Tue yang aku tak perasan kot. Hahaha.."tambah Melissa pula. "Sudah-sudah. Kalau betul kau tak kisah, bak no Rafiq kat aku sekarang. Ada berani? Hahaha.."uji Nia kemudiannya. "Hah..mana boleh terus minta no dia. Kenalah kenal-kenal dulu. Dahlah, aku nak pergi mandi lah. Dah belengas satu badan."Melissa cuba untuk mengelak dari terus diasak. "Tak berani lah tue. Hahaha..aku curi ambik eh Lisa. Hehehe.."usikan Nia membuatkan Melissa tidak jadi melangkah keluar. "Weh,suka-suka hati je."bentak Melissa seraya merampas telefonnya yang sudah pun berada di dalam genggaman Nia. Dibawanya telefon itu ke bilik air bersamanya jugak. "Sampai macam tue sekali. Haha..tak payah lah kau nak masuk line, Nia oii. Buang karan je. Nanti mengamuk lak si Lisa tuh. Hehehe..jom ar pergi mandi. Dah dekat maghrib pun. Kang nak pergi sembahyang jemaah lagi. Cepat-cepat."gesaan Zehra menamatkan perbualan mereka lewat petang tue.
Bab 4 Perhubungan Jeffery dan Hana menjadi lebih akrab dari hari ke sehari. Tiap-tiap petang Jeffery akan datang ke kafetaria untuk makan. Alasannya selepas itu dia boleh terus pergi belajar di perpustakaan. Kadangkala dia membaca buku di kafetaria sahaja sambil ditemani oleh Hana sehingga waktu maghrib. Ada juga dia mempelawa untuk hantar Hana pulang rumah dengan kereta BMW sportnya. Tetapi Hana tidak mahu kerana takut dengan Mak Chak. Hana perhatikan Mak Chak macam tidak berapa suka kalau Hana berbual lama sikit dengan Jeffery. Mak Chak memang tidak akan senang dengan mana-mana lelaki. Dia pernah dikecewakan oleh seorang lelaki pada suatu masa dahulu. Peristiwa ini berlaku semasa Mak Chak mula-mula menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, dua puluh lima tahun yang lalu. Setelah dikecewakan, sampai sekarang Mak Chak tidak kawin-kawin.
"Jeff ada hutang dengan Hana, Jeff kena balas ni." "Apa dia? Mana Jeff pernah hutang dengan Hana?" "Hutang budi, hari tu Hana buatkan mee goreng untuk Jeff." "Alah!...Tak pe." "Dan Hana sudi menemani Jeff setiap petang, beri Jeff semangat untuk tekun belajar." "Ye ke?" tidak sangka Hana, Jeffery menganggap dia sebagai aspirasi untuk tekun belajar. "Lagipun Jeff kasihan tengok Hana kerja sepanjang hari. Mari ikut Jeff, jalan-jalan melihat Bandar Kuala Lumpur ni.‘ "Tak payahlah Jeff. Nanti ada masa Hana akan pergi jalan juga. Selepas semester ni, kafetaria tutup, boleh Hana minta cuti." "Please Hana! Hari Sabtu ni kita pergi jalan, shopping-shopping sikit, lepas makan malam kita balik le. Lepas ni Jeff tak ada banyak masa lagi sebab nak exam." Hana ingin sangat hendak mengikut Jeffery. Dia sudah mula menyukai Jeffery. Pada Hana, Jeffery seorang yang sangat baik, bersopan-santun dan sangat menghormati dirinya. Walau pun anak orang berada, dia tekun belajar. Jeffery juga sentiasa membuat Hana rasa dirinya di hargai. Melihat Hana terdiam, Jeffery terus merayu, "please Hana. Tak syoklah asyik Hana aje yang susah payah dengan Jeff. Jeff tak ada pernah bagi apa-apa pun pada Hana." "Eh! Hana ikhlas kawan dengan Jeff, Hana tak minta apa-apa balasan.," pada Hana kesudian Jeffery berkawan dengan dia, sudah merupakan satu rahmat pada dia. Dia tidak akan meminta apa-apa lagi.
"Please Hana. Please." Jeff terus merayu. Lama-kelamaan melihat kesungguhan Jeff, Hana mengalah. "Nanti Hana tanya Mak Chak dulu ye? Kalau Mak Chak kata ok. Bolehlah." "Alright! That"s my girl. Jangan hampakan Jeff hari Sabtu ini tau." "Berdetup jantung Hana, mendengar Jeff memangilnya ‘my girl," tiba-tiba sahaja harapannya menggunung tinggi. ************************** "Hang ni, baik-baik sikit. Mak Chak bukan nak halang hang berkawan dengan sapa-sapa pun. Budak laki tu, Mak Chak tau dia buas sikit. Sebelum ni berapa pompuan dah dia dok usung." Mak Chak mengeleng-gelengkan kepalanya kemudian dia sambung lagi. "Hei….! Mak Chak takutlah. Sat ni mak hang kata Mak Chak tak jaga hang dengan betui!" "Alahai… Mak Chak, Hana bukan nak pi mana-mana, shopping dan jalan-jalan kat-kat sini aja. Lagipun hari tu cuti." Akhirnya setelah puas di pujuk, baru Mak Chak benarkan Hana keluar dengan Jeffrey. Dia kasihan juga melihat Hana yang berkerja setiap hari tanpa ada masa untuk dirinya langsung. Bila hari kafetaria ditutup seperti Sabtu dan Ahad, Hana sibuk mengemas dan mencuci rumah mereka pulak. Sedikit pun Hana tidak pernah bersungut.
*******
Hari Sabtu, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Jeffery akan menjemputnya selepas Zohor. Mak Chak tengok sahaja Hana, bersiap-siap mengenakan blaus baru bewarna biru dan seluar jean. Rambutnya tidak lepaskan, masih tetap di ikat rapi tetapi Mak Chak perhatikan bibirnya tercalit gincu. Mengeluh Mak Chak menengok Hana, anak dara sunti yang masih mentah dengan dunia di luar sana. Teringat kala dia masih muda, seperti bunga, sesegar dan seharum Hana sekarang ini. Kalau boleh dia ingin melindungi Hana dari dilukai oleh realiti dunia. Sebelum Hana melangkah keluar rumah, Mak Chak berpesan lagi. "Hang tu jalan-jalan juga, shopping-shopping juga, sembahyang jangan lupa tau. Kat shopping kompleks tu, KLCC ka mana ka, semua ada tempat sembahyang. Jangan buat tak tau aja." "Baiklah Mak Chak." Hana mengiyakan sahaja, janji dia dapat ikut Jeffery. Hari ini ialah hari yang paling bahagia sekali buat Hana.
Jeffery membawa Hana pusing-pusing keliling KL, tidak semua tempat yang mereka singgah, cuma singgah tempat-tempat seperti Muzium, Masjid Negara, Pusat Sains dan Taman Burung. "Betul-betul le macam bawa orang kampong melawat KL. Aku pun tak pernah pergi kat tempat-tempat ni." Jeffery berkata dalam hati. Tetapi oleh kerana jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur yang di jadikan umpan supaya Hana mahu mengikut Jeffery, jadi Jeffery kena berpura-pura sangat berminat menunjukkan tempat-tempat ini kepada Hana. Mereka pusing-pusing di tempat-tempat ini sehingga sehingga jam pukul 5.00 petang. "Lepas ni kita pergi KLCC, Jeff nak beli barang sikit." "Ok, boleh Hana sembahyang asar kat sana nanti. Mak Chak kata kat KLCC ada tempat sembahyang." "Alamak! Jeff mengerutu dalam hati, ‘lecehnya perempuan ni. Shopping-shopping pun sibuk nak sembahyang."
Selesai Hana menunaikan sembahyang asar, di surau Pusat membeli belah Suria KLCC, Jeffery terus membawa Hana ke bahagian pakaian perempuan. Hana agak hairan. Dia ingat Jeffery yang hendak membeli pakaian, sebaliknya Jeffery memilih beberapa pakaian wanita dan terus menyuruh Hana mencubanya. Hana cuba menolak tetapi nampaknya Jeff bersungguh tidak mahu kalah. Dia tarik tangan Hana supaya mengikutnya ke bilik salin pakaian, kemudian dia menolak Hana masuk ke bilik tersebut. Mahu tidak mahu dia terpaksa mencuba pakaian yang dipilih Jeffery. Tetapi Hana tidak berapa berkenan dengan pakaian yang Jeff pilih itu. Sama ada terlalu pendek, terlalu ketat atau tidak berlengan. Setelah disuruhnya mencuba beberapa pakaian baru, akhirnya Jeff puas hati dengan pakaian yang terakhir Hana cuba. Baju tanpa lengan dan panjangnya tidak sampai mencecah lutut mendedahkan paha, bewarna hitam. Bahagian dadanya terdedah sedikit.
"Wow, cantiknya Hana pakai baju ni!" seru Jeffery. Barulah pertama kali pada hari ini Hana melihat wajah Jeffery menguntum senyum, tetapi senyuman itu tidak dapat menghilangkan kerisauan Hana yang tidak faham dengan kelainan tingkah laku Jeffery waktu itu. "Sendatlah baju ni," kata Hana, cuba mengelak daripada dipaksa memakai pakaian itu. "Tak ada baju lain ke?" Hana berkata lagi. Tidak senang langsung dengan pakaian itu. Bila di tarik ke bawah sebab terlalu pendek, dada terdedah, tarik ke atas, paha pula terdedah. Jeffery puas hati melihat tubuh Hana yang disaluti baju yang dipilihnya itu. Warna hitam membuat Hana nampak langsing sikit. Memang pakaiannya agak sendat. Kalau Hana kurus lagi cantik tetapi baju yang sendat membuat Hana kelihatan menarik, susuk tubuh perawan sunti yang di ambang kedewasaan. Memang Jeffery ada citarasa yang bagus. Baru Hana nampak macam Lily dan rakan-rakannya yang lain. Tidaklah Jeffery malu malam ni nanti. "Alright! macam ni baru nampak ada kelas, nampak shape, baru nampak pinggang, berbanding dengan pakaian yang Hana pakai everyday," Jeffery agak sinis. Hana terdiam, Selalunya Jeffery tidak bercakap macam tu. "Terus pakai baju tu, Jeff nak bawa Hana pergi majlis hari jadi kawan. Baju Hana pakai tadi lipat, kita masukkan dalam beg plastik." "Hah! Hana terkejut, Kenapa Jeff tak cakap awal-awal nak pergi rumah kawan Jeff." Jeffery buat tak dengar, "Lepaskan rambut Hana, macam ni." Jeffery menarik getah rambut yang mengikat rambut Hana, agak kasar. Hana kesakitan, tetapi belum sempat berkata apa-apa Jeffery sudah menariknya ke kaunter pakaian. Direntapnya tag harga pakaian berwarna hitam itu lalu dia membuat bayaran menggunakan kad kredit. "Mahalnya baju ni Jeff," terkejut Hana bila mengetahui bajunya bernilai RM399.99 "Tak ape, this just for you." "Jangan macam tu, Jeff. Tak maulah Hana. Lagipun Hana bukan boleh pakai baju macam ni kat mana-mana pun lepas ni." "Jeff kata pakai, pakai le. Nanti malu Jeff kalau Hana turn up to the party dengan baju dan seluar jean ini," Jeffery mengunjukkan beg plastik yang berisi baju yang di pakai Hana sebelum ini. Nada dia keras, dia terlupa untuk mengawal marahnya. Dia sudah hampir sangat untuk menang cabaran Mona. Dia tidak pedulikan sesiapa lagi. Dia menyorot matanya ke atas ke bawah tubuh Hana yang bersalut dengan kain sendat itu, tanpa memandang wajah Hana pun.
"Ok! Semua sudah OK," katanya dalam hati. Nasib baik dia pakai sepatu hitam. Walaupun sepatu murahan tetapi padan dengan baju hitam yang dipakainya. Kalau Hana pakai selipar, kenalah Jeff beli sepasang sepatu hitam pulak lagi. "Mesti seumur hidup Hana, tidak pernah ada baju semahal inikan?" ujar Jeffery tanpa menyedari perkataan itu terkeluar dari mulutnya menyinggung perasaan Hana.
Hana terdiam mendengar nada suara Jeffery yang seperti mengejeknya. Dia tidak berani berkata apa. Tidak faham kenapa Jeffery marah. Mungkin salah Hana kerana tidak menghargai apa yang Jeffery cuba lakukan. Ingin rasanya Hana balik rumah sahaja. Tetapi nampaknya Jeffery terlalu beriya-iya ingin membawanya ke rumah kawan. Hana cuba memujuk hatinya yang Jeffery tidak bermaksud menghinanya. Cuma Hana yang asyik menyusahkan Jeffery hingga dia marah. Lebih baik Hana cuba ikut sahaja kemahuan Jeffery dengan mendiamkan dirinya.
Tetapi Jeffery seperti tidak perasaan pun yang Hana mendiamkan diri. Dia tidak nampak pun diri Hana sebagai Hana. Pada dia, Hana hanya budak kantin, penting untuk menjamin kemenangannya malam ini. Dia melihat jam di tangan, jam menunjukkan pukul 7.30 malam, lalu ditarik tangan Hana sambil berjalan menuju ke eskalator untuk ke kawasan letak kereta. Hana ingin minta Jeffery supaya berhenti di surau KLCC, tempat dia sembahyang asar tadi. Dia hendak sembahyang Maghrib tetapi melihat muka Jeff yang serious, dia jadi takut lalu mengikut sahaja Jeffery berjalan pantas menuju ke keretanya.
******
Mona menyambut mereka di pintu dengan senyum menguntum. Tiba-tiba sahaja tanpa Hana sangka, tangan Jeffery memeluk pinggangnya. Hana terkejut dan cuba meleraikan pegangan itu tetapi nyata Jeffery lebih kuat. Cengkaman tangan Jeffery di pinggangnya seperti besi, tidak mungkin di leraikan. Matanya tidak memandang Hana langsung hanya tertumpu kepada Mona di hadapan pintu bungalow besar.
"Oh Jeff, I ingat you tak datang." Jeffery tidak jawap Cuma senyum, satu senyuman kemenangan, kerana dalam tangannya budak kantin yang dia janji akan ikut dia malam itu. "Eh! Siapa ni?" seketika Mona terlupa Jeffery kena bawa budak kantin ke partinya. Walaupun sepanjang bulan ini itu sahaja yang difikirkannya. Ini kerana tidak camkan Hana, yang begitu berlainan penampilannya malam ini. Hana nampaknya sudah jatuh dan kini berada dalam pelukan Jeffery. Cepat betul Jeffery bertindak. Budak kantin sudah cair dalam pelukan Jeffery. "Oh ya, budak kantin. Hampir-hampir I tak kenal. A little black piece. Cantik pulak you malam ni." Tersirap darah Hana mendengar Mona mengelarkannya budak kantin dengan nada yang kuat sekali. Pipi gebunya terus menjadi merah padam. Hana yakin semua orang boleh mendengarnya dan ada yang sedang tertawakan dia. Jeffery dan Mona berbalas-balas senyuman penuh makna. Kemudian Mona menarik muka Jeffery hampir ke bibirnya yan merah, lalu membisikan, "burung sudah masuk perangkap nampak."
Jeffery tersenyum lebar. Tangannya masih merangkul pinggang Hana, membawa Hana masuk ke dalam rumah. Hana tidak biasa dengan keadaan begini. Tapi Jeffery tetap tidak mahu melepaskan rangkulannya. Hana jadi rimas dan malu. Dia tidak pernah berada dalam keadaan begini, berpakaian begini. Tidak ada sesiapa yang pernah memeluknya sebegini apatah lagi seorang lelaki. Sudahlah dia tidak sembahyang maghrib tadi. Kalau emak dia lihat dia, mati dia di kerjakan nanti. Manusia-manusia lain di sekelilingnya sedang menari, mengikuti irama lagu yang rancak. Hana memandang sekeliling dengan termangu-mangu, terlupa sebentar tangan yang memeluk kemas pinggangnya. Kemudian irama lagu perlahan berkumandang. Lampu makin di malapkan. Semua pasangan mula berpelukkan, liuk-lentuk berdansa .
"Mari kita menari Hana". Hana cuba menolak tangan Jeffery yang memautnya. "Maaf Jeff, Hana tidak pandai semua ni." "Tak apa, ikut aje Jeff". Jeffery terus memaksa. Dia rangkul tubuh Hana dengan kuat dan merapatkan badannya ke badan Hana. Dia memaksa Hana bergerak mengikut gerakan badannya. Mereka kemudian bergerak mengikut irama lagu perlahan. Jeffery makin merapatkan badanya sehingga tidak ada ruang kosong langsung di antara mereka. Dia kemudian menghampirkan mukanya ke muka Hana. Hana makin kaget. Bau cologne Jeffery menusuk hidung Hana, cukup menggodanya, meresap satu perasaan aneh hingga ke jantungnya. Hana boleh hanyut dalam keadaan begini. Hana cuba sedaya upaya untuk menguatkan dirinya, hanya tuhan yang tahu susahnya melawan godaan yang mengasyikkan ini. Jeffery rasa sangat gembira. Dia sudah menang. Dia sudah boleh menghela nafas panjang dan lega. Kini dia mahu semua kawan-kawan lihat budak kantin sudah jatuh dalam tangannya. Dia menarik Hana lebih dekat sehingga melekap ke dirinya. Setiap nafas di tarik, setiap kali itulah dia menikmati haruman rambut Hana yang selembut sutera. Rambut budak kantin ini lembut dan harum. Betul juga jangkaan Jeffery bila rambutnya dilepaskan, Hana kelihatan lebih menarik. Jeffery melurut tangannya di lengan Hana, lembut dan licin. Tidak disangka pulak seluruh tubuh budak kantin ini begitu lembut. Seketika Jeffery merasa Hana seperti bunga mawar yang belum mekar, berada di dalam tangannya, hanya sedikit kelopaknya yang hampir-hampir terbuka. Lembut dan mudah rosak. Sekali genggam sahaja, bunga ros itu akan musnah. Bunga mawar lemah dalam genggamannya, buat dia rasa berkuasa. Tangan Jeffery melurut pula di belakang badan Hana, haruman rambut dan badan Hana membuat dia lupa seketika. Dia terpegun and asyik menikmati kelembutan tubuh gadis ini. Adakah malam ini dia akan beruntung dan hanyut dalam kelembutan tubuh gadis ini. Jeffery mula mengucup batang leher Hana. Satu perasaan aneh meresapi dirinya. Hana pula berdiam diri sahaja, mungkin sedang asyik dalam kehangatan kucupan dan dakapannya. Tangan Jeffery mula menjalar ke merata-rata tubuh Hana. . Apabila dirasa tangan Jeff di pundaknya, Hana cuba menolak tubuh Jeffery. Jeffery ketawa kecil lalu cuba mencium bibir Hana, membuat Hana terus menolak Jeffery dengan lebih kuat. Jeffery terkejut bila terasa tolakan kuat Hana. Tariannya terhenti lantas dia memegang bahu Hana dan menjarakkan sedikit tubuh mereka, supaya dia dapat melihat wajah Hana. Sebenarnya sejak dari tengahari tadi Jeffery tidak sekali pun memandang wajah Hana dengan tepat. Dia terlalu memikirkan rencananya untuk membawa budak kantin ke situ. Dia tidak nampak pun kerisauan di wajah Hana sejak petang tadi di sebabkan kelakuannya yang pelik. Dia tidak terfikir pun apa sebenarnya perasaan Hana. Dia ingat Hana memang seronok berada di sampingnya, tidak kira apa yang dia lakukan. Dia ingat Hana pun sedang asyik seperti dirinya juga. Tetapi sangkaannya salah. Mata Hana bulat minta belas kasihan, seperti merayu Jeffery membebaskan pelukan ke atas tubuhnya. Tangannya cuba menolak tubuh Jeffery daripada terus melekap di tubuhnya. "Relaks!" Muka Jeff serta merta mencuka, seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula. Dia syok sendiri rupanya. Dapat di rasa dari dalam hatinya, seperti ada cecair panas sedang mula mengelegak. Dia ingat budak kantin ini sudah hanyut dengan pelukannya. Tetapi Hana terus meronta cuba melepaskan diri dari Jeff. "Jangan! Hana tak biasa macam ni," ujar Hana perlahan, tangannya masih cuba menjauhkan tubuh Jeffery dari tubuhnya. Lama-kelamaan Jeffry tidak dapat menahan marahnya lagi. Keegoannya tercalar oleh keengganan Hana. Dia paut tubuh Hana lebih kuat lagi supaya Hana rapat kembali melekap di tubuhnya, lalu dibisiknya di telinga Hana. "Jangan nak bagi malu Jeff dengan buat perangai kat sini. Kalau tak mahu menari dengan Jeff, ramai lagi yang hendak. Okay!". Jeffery membawa Hana ke sudut ruang tamu yang tidak berpenghuni dan malap. Kemudian di kucup kasar batang leher Hana. Perasaan aneh mendatanginya kembali. Lantas dia mengambil nafas panjang, menghirup dalam-dalam keharuman tubuh dan rambut anak gadis itu. Dia begitu selesa berkeadaan begini dan ingin lebih lama dalam kedudukan begitu. Tetapi nyata dari rontaan Hana, gadis itu tidak pula berperasaan seperti Jeffery. Menyedari situasi itu, Jeffery jadi semakin geram. Dia cuba mengucup bibir Hana, Hana mengelakkan mukanya lalu cuba sekuat hati untuk menolak Jeffery. Kemarahan Jeffery dirasakan naik mendadak sehingga ke kepala. Tanpa berfikir panjang, dia terus menolak tolak Hana untuk melepaskan geramnya. Nasib baik ada dinding yang menahan Hana, jika tentu dia sudah jatuh terjelepok ke lantai. Hana terperanjat dengan kekasaran Jeffery. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Adakah dia yang membuat Jeffery jadi macam ni? Hana menggosok lehernya yang kesakitan akibat dikasari Jeffery. Mukanya menjadi pucat lesi dan Hana cuba meminta maaf, tetapi Jeffery sudah beredar ke arah kawan-kawannya yang lain. Tinggal Hana termangu-mangu seorang di sudut ruang tamu.
Dia tidak sepatutnya datang ke sini. Tetapi Jeff betul-betul nampak ikhlas bila mengajak dia ke mari. Tiba-tiba Jeffry berubah menjadi pemarah dan kasar. Dia tidak tahu kenapa? Selalu Jeffery tidak begini. Dia tidak pernah berkasar dengan Hana. Jeffry dilihatnya sedang berbual-bual mesra dengan rakan-rakannya sambil menghisap rokok. Hana semakin hairan, setahunya Jeffery tidak merokok atau tidak pernah merokok bila bersamanya. Jeffery sudah seperti tidak meperdulikan Hana yang sedang termangu-mangu seorang diri di sudut ruang tamu yang serba mewah itu. Hana mencari ruang di sudut gelap dan duduk sambil memerhatikan mereka sedang berpesta. Dia perhatikan gelagat manusia yang menghadiri parti hari jadi Mona. Macamana dia, Farhana Ghazali boleh berada di sini? Baru dia perasan majlis keramaian ini tanpa segan silu menghidangkan minuman haram. Dia rasa sangat tidak selesa. Dia tidak biasa dengan keadaan begini. Tambahan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan berlaku tanpa batasan. Mereka saling berpelukan dan berkucupan tidak kira lelaki atau perempuan. Ada yang beredar ke tempat-tempat gelap untuk menjadi lebih intim dengan pasangan masing-masing. Ini bukan tempat untuk Farhana Ghazali. Sekali lagi dia bertanya pada dirinya. Kenapa dia boleh berada di sini?.
Dari sudut yang malap itu, Hana melihat Jeff sedang memaut pinggang Mona sambil di perhatikan oleh Wan, teman lelaki Mona. Wan sedang menikmati minuman dari tin beer sambil berbual dengan Jeffery dan Mona. Wan sedikit pun tidak rasa marah melihat Jeffry menguliti teman wanitanya. Malahan Mona lagi sengaja melekapkan dirinya ke tubuh Jeffry. Pelik Hana menilai semua ini? Pergaulan bebas begini Hana ingat berlaku di televisyen atau di luar negara sahaja. Dia tidak pernah sangka akan melihat perkara di sini depan matanya sendiri. Kemudian Mona memimpin tangan Jeff naik ke bahagian atas bungalow mewah itu. Tiba di atas tangga, Jeffery memeluk tubuh Mona dari belakang sementara Mona terus membawanya menuju ke salah sebuah bilik tidur. Mereka sedang tersenyum gembira. Bagi Jeffery, Hana bagai tidak wujud dalam majlis ini. Apakah maksud semua ini? Kenapa Jeffery berpeluk-pelukkan mersa dengan Mona pergi ke atas. Hana tidak mengerti.
Hana rasa sedih, tiba-tiba dia merindu emak, terkenang kata-kata Mak Chak tengahari tadi. Air matanya mengancam untuk jatuh berderai. Bila Hana nampak seorang perempuan baru keluar dari bilik air, dia terus masuk ke dalam bilik air tersebut.
Mewah betul keluarga Mona. Bilik tidur Hana pun lebih kecil daripada bilik air ini. Terdapat dua ruang terpisah di dalam bilik air ini, ruang mendandan muka di mana terletak cermin dan sinki yang mewah dan satu lagi bilik tandas. Cantiknya bilik air ini, begitunya dengan semua bilik dalam rumah ini. Cantik dan harum. Hana tidak layak berada di sini. Dia lupa diri kerana terlalu ingin berada di samping Jeffery. Hana pilih untuk duduk di dalam bilik tandas supaya dia dapat menangis sendirian tanpa dilihat sesiapa. Lama Hana duduk di dalam bilik tandas yang mewah, menangis sendirian. Dia jadi buntu akan langkah seterusnya yang harus di ambil. Akhirnya setelah beberapa ketika, Hana bangun, lalu mengesat air matanya. Hana cuba mengeraskan hati untuk keluar dari situ. Dia memegang tombol pintu apabila terdengar pintu bilik air di luar di buka orang. Dua orang masuk ke dalam, mereka sedang berbual rancak. Hana kenal salah satu suara yang berkata-kata itu. Mona. Hana tidak jadi keluar dari situ. Tidak sanggup berhadapan dengan Mona. "Habis tu, Jeff dan Lily sedang buat apa kat atas tu." "Kan I dah janji dengan Jeff. Kalau dia boleh bawak budak kantin tu datang parti aku ni, hadiah menang bet adalah Lily." "Lily tahu….. Pasal ni ?" "Lily tahu, dia sebenarnya sukakan Jeff, saja nak buat Jeff jealous, bila dia keluar dengan pilot tu.." "Lily memang sejak tadi tunggu kedatangan Jeff. ‘ "Apa mereka nak buat kat atas tu. ‘ "You know. Lovers punya reunion. And I bet this is not their first time." "Apa-apalah," tanya Sherry sambil membetulkan rambutnya. Mona ketawa gembira. "So kau yang cabar Jeff lah," soal Sherry lagi. "Yes!" "Kira Jeff menanglah the bet." "Yeap." "Habis tu budak kantin, siapa nama dia? Dia macamana?‘ "Hana nama dia. I don"t know, I don"t care and I don"t give a damn about her." "Kesian dia Mona, kalau dia tahu Jeff cuma gunakan dia nak get even dengan Lily mesti dia feel very hurt." "Alah! Serve her right. Takkan dia tak tahu, dia dengan Jeff tidak padan. Perasan sendiri! She is not even his type. Too much puppy fat. His taste is someone like Lily, or me. Tall and slim. Jeff tackled her only because of the bet. Tu saja. But budak kantin tu pun gunakan Jeff untuk datang ke sini to my party. She sold her body as long as she can get here. You tengok Jeff can do anything with her body, she was so willing. Entah-entah dah jadi mangsa Jeffery," Mona ketawa dengan kejam kemudian dia menambah lagi. "Anyway, kalau tidak buat macam tu, sampai kucing bertanduk pun takkan dapat dia merasa datang ke parti-parti macam ni. Budak ulu mana mari. Imagine having orang macam tu at my birthday party….Please!"
Hana seperti tidak percaya dengan apa yang didengari nya. Hatinya bagai dihiris-hiris mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Mona. Pertama dia terkejut dengan perbutaan Jeffery. Itu sahaja sudah cukup membuat dia betul-betul terluka. Selepas itu Mona pula menghina dia hingga ke asal-usul dia. Kenapa dia begitu kejam?. Pada hal Hana tidak kenal pun dengan Mona. Hana sudah tidak tahan lagi, lantas dia buka pintu dan keluar dari bilik tandas. "Hana!" Kata Mona terkejut. Kawan Mona yang seorang lagi, Sherry juga terkejut. Dilihatnya mata Hana merah. Tiba-tiba Sherry merasa sangat kesihan dengan Hana. "Hana...." Sherry menegurnya dan cuba mencari kata-kata yang boleh membetulkan keadaan tetapi lidahnya kelu. Hana terus keluar dari bilik air dan terus belari keluar dari bungalow mewah tersebut. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar penghinaan yang di lemparkan oleh Mona dan penganiayaan yang di lakukan oleh Jeffery terhadap dirinya.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei