BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Mei 19, 2009
Novel : Hadir Mu, Takdirku 4
Nama Pena : Kak Lyne

Bab 4
Perhubungan Jeffery dan Hana menjadi lebih akrab dari hari ke sehari. Tiap-tiap petang Jeffery akan datang ke kafetaria untuk makan. Alasannya selepas itu dia boleh terus pergi belajar di perpustakaan. Kadangkala dia membaca buku di kafetaria sahaja sambil ditemani oleh Hana sehingga waktu maghrib. Ada juga dia mempelawa untuk hantar Hana pulang rumah dengan kereta BMW sportnya. Tetapi Hana tidak mahu kerana takut dengan Mak Chak. Hana perhatikan Mak Chak macam tidak berapa suka kalau Hana berbual lama sikit dengan Jeffery. Mak Chak memang tidak akan senang dengan mana-mana lelaki. Dia pernah dikecewakan oleh seorang lelaki pada suatu masa dahulu. Peristiwa ini berlaku semasa Mak Chak mula-mula menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, dua puluh lima tahun yang lalu. Setelah dikecewakan, sampai sekarang Mak Chak tidak kawin-kawin.

"Jeff ada hutang dengan Hana, Jeff kena balas ni."
"Apa dia? Mana Jeff pernah hutang dengan Hana?"
"Hutang budi, hari tu Hana buatkan mee goreng untuk Jeff."
"Alah!...Tak pe."
"Dan Hana sudi menemani Jeff setiap petang, beri Jeff semangat untuk tekun belajar."
"Ye ke?" tidak sangka Hana, Jeffery menganggap dia sebagai aspirasi untuk tekun belajar.
"Lagipun Jeff kasihan tengok Hana kerja sepanjang hari. Mari ikut Jeff, jalan-jalan melihat Bandar Kuala Lumpur ni.‘
"Tak payahlah Jeff. Nanti ada masa Hana akan pergi jalan juga. Selepas semester ni, kafetaria tutup, boleh Hana minta cuti."
"Please Hana! Hari Sabtu ni kita pergi jalan, shopping-shopping sikit, lepas makan malam kita balik le. Lepas ni Jeff tak ada banyak masa lagi sebab nak exam."
Hana ingin sangat hendak mengikut Jeffery. Dia sudah mula menyukai Jeffery. Pada Hana, Jeffery seorang yang sangat baik, bersopan-santun dan sangat menghormati dirinya. Walau pun anak orang berada, dia tekun belajar. Jeffery juga sentiasa membuat Hana rasa dirinya di hargai.
Melihat Hana terdiam, Jeffery terus merayu, "please Hana. Tak syoklah asyik Hana aje yang susah payah dengan Jeff. Jeff tak ada pernah bagi apa-apa pun pada Hana."
"Eh! Hana ikhlas kawan dengan Jeff, Hana tak minta apa-apa balasan.," pada Hana kesudian Jeffery berkawan dengan dia, sudah merupakan satu rahmat pada dia. Dia tidak akan meminta apa-apa lagi.

"Please Hana. Please." Jeff terus merayu.
Lama-kelamaan melihat kesungguhan Jeff, Hana mengalah.
"Nanti Hana tanya Mak Chak dulu ye? Kalau Mak Chak kata ok. Bolehlah."
"Alright! That"s my girl. Jangan hampakan Jeff hari Sabtu ini tau."
"Berdetup jantung Hana, mendengar Jeff memangilnya ‘my girl," tiba-tiba sahaja harapannya menggunung tinggi.
**************************
"Hang ni, baik-baik sikit. Mak Chak bukan nak halang hang berkawan dengan sapa-sapa pun. Budak laki tu, Mak Chak tau dia buas sikit. Sebelum ni berapa pompuan dah dia dok usung." Mak Chak mengeleng-gelengkan kepalanya kemudian dia sambung lagi.
"Hei….! Mak Chak takutlah. Sat ni mak hang kata Mak Chak tak jaga hang dengan betui!"
"Alahai… Mak Chak, Hana bukan nak pi mana-mana, shopping dan jalan-jalan kat-kat sini aja. Lagipun hari tu cuti."
Akhirnya setelah puas di pujuk, baru Mak Chak benarkan Hana keluar dengan Jeffrey. Dia kasihan juga melihat Hana yang berkerja setiap hari tanpa ada masa untuk dirinya langsung. Bila hari kafetaria ditutup seperti Sabtu dan Ahad, Hana sibuk mengemas dan mencuci rumah mereka pulak. Sedikit pun Hana tidak pernah bersungut.

*******

Hari Sabtu, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Jeffery akan menjemputnya selepas Zohor. Mak Chak tengok sahaja Hana, bersiap-siap mengenakan blaus baru bewarna biru dan seluar jean. Rambutnya tidak lepaskan, masih tetap di ikat rapi tetapi Mak Chak perhatikan bibirnya tercalit gincu. Mengeluh Mak Chak menengok Hana, anak dara sunti yang masih mentah dengan dunia di luar sana. Teringat kala dia masih muda, seperti bunga, sesegar dan seharum Hana sekarang ini. Kalau boleh dia ingin melindungi Hana dari dilukai oleh realiti dunia. Sebelum Hana melangkah keluar rumah, Mak Chak berpesan lagi.
"Hang tu jalan-jalan juga, shopping-shopping juga, sembahyang jangan lupa tau. Kat shopping kompleks tu, KLCC ka mana ka, semua ada tempat sembahyang. Jangan buat tak tau aja."
"Baiklah Mak Chak." Hana mengiyakan sahaja, janji dia dapat ikut Jeffery. Hari ini ialah hari yang paling bahagia sekali buat Hana.

Jeffery membawa Hana pusing-pusing keliling KL, tidak semua tempat yang mereka singgah, cuma singgah tempat-tempat seperti Muzium, Masjid Negara, Pusat Sains dan Taman Burung.
"Betul-betul le macam bawa orang kampong melawat KL. Aku pun tak pernah pergi kat tempat-tempat ni." Jeffery berkata dalam hati. Tetapi oleh kerana jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur yang di jadikan umpan supaya Hana mahu mengikut Jeffery, jadi Jeffery kena berpura-pura sangat berminat menunjukkan tempat-tempat ini kepada Hana. Mereka pusing-pusing di tempat-tempat ini sehingga sehingga jam pukul 5.00 petang.
"Lepas ni kita pergi KLCC, Jeff nak beli barang sikit."
"Ok, boleh Hana sembahyang asar kat sana nanti. Mak Chak kata kat KLCC ada tempat sembahyang."
"Alamak! Jeff mengerutu dalam hati, ‘lecehnya perempuan ni. Shopping-shopping pun sibuk nak sembahyang."

Selesai Hana menunaikan sembahyang asar, di surau Pusat membeli belah Suria KLCC, Jeffery terus membawa Hana ke bahagian pakaian perempuan. Hana agak hairan. Dia ingat Jeffery yang hendak membeli pakaian, sebaliknya Jeffery memilih beberapa pakaian wanita dan terus menyuruh Hana mencubanya. Hana cuba menolak tetapi nampaknya Jeff bersungguh tidak mahu kalah. Dia tarik tangan Hana supaya mengikutnya ke bilik salin pakaian, kemudian dia menolak Hana masuk ke bilik tersebut. Mahu tidak mahu dia terpaksa mencuba pakaian yang dipilih Jeffery. Tetapi Hana tidak berapa berkenan dengan pakaian yang Jeff pilih itu. Sama ada terlalu pendek, terlalu ketat atau tidak berlengan. Setelah disuruhnya mencuba beberapa pakaian baru, akhirnya Jeff puas hati dengan pakaian yang terakhir Hana cuba. Baju tanpa lengan dan panjangnya tidak sampai mencecah lutut mendedahkan paha, bewarna hitam. Bahagian dadanya terdedah sedikit.

"Wow, cantiknya Hana pakai baju ni!" seru Jeffery. Barulah pertama kali pada hari ini Hana melihat wajah Jeffery menguntum senyum, tetapi senyuman itu tidak dapat menghilangkan kerisauan Hana yang tidak faham dengan kelainan tingkah laku Jeffery waktu itu.
"Sendatlah baju ni," kata Hana, cuba mengelak daripada dipaksa memakai pakaian itu. "Tak ada baju lain ke?" Hana berkata lagi. Tidak senang langsung dengan pakaian itu. Bila di tarik ke bawah sebab terlalu pendek, dada terdedah, tarik ke atas, paha pula terdedah.
Jeffery puas hati melihat tubuh Hana yang disaluti baju yang dipilihnya itu. Warna hitam membuat Hana nampak langsing sikit. Memang pakaiannya agak sendat. Kalau Hana kurus lagi cantik tetapi baju yang sendat membuat Hana kelihatan menarik, susuk tubuh perawan sunti yang di ambang kedewasaan. Memang Jeffery ada citarasa yang bagus. Baru Hana nampak macam Lily dan rakan-rakannya yang lain. Tidaklah Jeffery malu malam ni nanti.
"Alright! macam ni baru nampak ada kelas, nampak shape, baru nampak pinggang, berbanding dengan pakaian yang Hana pakai everyday," Jeffery agak sinis. Hana terdiam, Selalunya Jeffery tidak bercakap macam tu.
"Terus pakai baju tu, Jeff nak bawa Hana pergi majlis hari jadi kawan. Baju Hana pakai tadi lipat, kita masukkan dalam beg plastik."
"Hah! Hana terkejut, Kenapa Jeff tak cakap awal-awal nak pergi rumah kawan Jeff."
Jeffery buat tak dengar, "Lepaskan rambut Hana, macam ni." Jeffery menarik getah rambut yang mengikat rambut Hana, agak kasar. Hana kesakitan, tetapi belum sempat berkata apa-apa Jeffery sudah menariknya ke kaunter pakaian. Direntapnya tag harga pakaian berwarna hitam itu lalu dia membuat bayaran menggunakan kad kredit.
"Mahalnya baju ni Jeff," terkejut Hana bila mengetahui bajunya bernilai RM399.99
"Tak ape, this just for you."
"Jangan macam tu, Jeff. Tak maulah Hana. Lagipun Hana bukan boleh pakai baju macam ni kat mana-mana pun lepas ni."
"Jeff kata pakai, pakai le. Nanti malu Jeff kalau Hana turn up to the party dengan baju dan seluar jean ini," Jeffery mengunjukkan beg plastik yang berisi baju yang di pakai Hana sebelum ini. Nada dia keras, dia terlupa untuk mengawal marahnya. Dia sudah hampir sangat untuk menang cabaran Mona. Dia tidak pedulikan sesiapa lagi. Dia menyorot matanya ke atas ke bawah tubuh Hana yang bersalut dengan kain sendat itu, tanpa memandang wajah Hana pun.

"Ok! Semua sudah OK," katanya dalam hati. Nasib baik dia pakai sepatu hitam. Walaupun sepatu murahan tetapi padan dengan baju hitam yang dipakainya. Kalau Hana pakai selipar, kenalah Jeff beli sepasang sepatu hitam pulak lagi.
"Mesti seumur hidup Hana, tidak pernah ada baju semahal inikan?" ujar Jeffery tanpa menyedari perkataan itu terkeluar dari mulutnya menyinggung perasaan Hana.

Hana terdiam mendengar nada suara Jeffery yang seperti mengejeknya. Dia tidak berani berkata apa. Tidak faham kenapa Jeffery marah. Mungkin salah Hana kerana tidak menghargai apa yang Jeffery cuba lakukan. Ingin rasanya Hana balik rumah sahaja. Tetapi nampaknya Jeffery terlalu beriya-iya ingin membawanya ke rumah kawan. Hana cuba memujuk hatinya yang Jeffery tidak bermaksud menghinanya. Cuma Hana yang asyik menyusahkan Jeffery hingga dia marah. Lebih baik Hana cuba ikut sahaja kemahuan Jeffery dengan mendiamkan dirinya.

Tetapi Jeffery seperti tidak perasaan pun yang Hana mendiamkan diri. Dia tidak nampak pun diri Hana sebagai Hana. Pada dia, Hana hanya budak kantin, penting untuk menjamin kemenangannya malam ini. Dia melihat jam di tangan, jam menunjukkan pukul 7.30 malam, lalu ditarik tangan Hana sambil berjalan menuju ke eskalator untuk ke kawasan letak kereta. Hana ingin minta Jeffery supaya berhenti di surau KLCC, tempat dia sembahyang asar tadi. Dia hendak sembahyang Maghrib tetapi melihat muka Jeff yang serious, dia jadi takut lalu mengikut sahaja Jeffery berjalan pantas menuju ke keretanya.

******

Mona menyambut mereka di pintu dengan senyum menguntum. Tiba-tiba sahaja tanpa Hana sangka, tangan Jeffery memeluk pinggangnya. Hana terkejut dan cuba meleraikan pegangan itu tetapi nyata Jeffery lebih kuat. Cengkaman tangan Jeffery di pinggangnya seperti besi, tidak mungkin di leraikan. Matanya tidak memandang Hana langsung hanya tertumpu kepada Mona di hadapan pintu bungalow besar.

"Oh Jeff, I ingat you tak datang." Jeffery tidak jawap Cuma senyum, satu senyuman kemenangan, kerana dalam tangannya budak kantin yang dia janji akan ikut dia malam itu.
"Eh! Siapa ni?" seketika Mona terlupa Jeffery kena bawa budak kantin ke partinya. Walaupun sepanjang bulan ini itu sahaja yang difikirkannya. Ini kerana tidak camkan Hana, yang begitu berlainan penampilannya malam ini. Hana nampaknya sudah jatuh dan kini berada dalam pelukan Jeffery. Cepat betul Jeffery bertindak. Budak kantin sudah cair dalam pelukan Jeffery.
"Oh ya, budak kantin. Hampir-hampir I tak kenal. A little black piece. Cantik pulak you malam ni." Tersirap darah Hana mendengar Mona mengelarkannya budak kantin dengan nada yang kuat sekali. Pipi gebunya terus menjadi merah padam. Hana yakin semua orang boleh mendengarnya dan ada yang sedang tertawakan dia.
Jeffery dan Mona berbalas-balas senyuman penuh makna. Kemudian Mona menarik muka Jeffery hampir ke bibirnya yan merah, lalu membisikan, "burung sudah masuk perangkap nampak."

Jeffery tersenyum lebar. Tangannya masih merangkul pinggang Hana, membawa Hana masuk ke dalam rumah. Hana tidak biasa dengan keadaan begini. Tapi Jeffery tetap tidak mahu melepaskan rangkulannya. Hana jadi rimas dan malu. Dia tidak pernah berada dalam keadaan begini, berpakaian begini. Tidak ada sesiapa yang pernah memeluknya sebegini apatah lagi seorang lelaki. Sudahlah dia tidak sembahyang maghrib tadi. Kalau emak dia lihat dia, mati dia di kerjakan nanti. Manusia-manusia lain di sekelilingnya sedang menari, mengikuti irama lagu yang rancak. Hana memandang sekeliling dengan termangu-mangu, terlupa sebentar tangan yang memeluk kemas pinggangnya. Kemudian irama lagu perlahan berkumandang. Lampu makin di malapkan. Semua pasangan mula berpelukkan, liuk-lentuk berdansa .

"Mari kita menari Hana". Hana cuba menolak tangan Jeffery yang memautnya.
"Maaf Jeff, Hana tidak pandai semua ni."
"Tak apa, ikut aje Jeff". Jeffery terus memaksa.
Dia rangkul tubuh Hana dengan kuat dan merapatkan badannya ke badan Hana. Dia memaksa Hana bergerak mengikut gerakan badannya. Mereka kemudian bergerak mengikut irama lagu perlahan. Jeffery makin merapatkan badanya sehingga tidak ada ruang kosong langsung di antara mereka. Dia kemudian menghampirkan mukanya ke muka Hana.
Hana makin kaget. Bau cologne Jeffery menusuk hidung Hana, cukup menggodanya, meresap satu perasaan aneh hingga ke jantungnya. Hana boleh hanyut dalam keadaan begini. Hana cuba sedaya upaya untuk menguatkan dirinya, hanya tuhan yang tahu susahnya melawan godaan yang mengasyikkan ini.
Jeffery rasa sangat gembira. Dia sudah menang. Dia sudah boleh menghela nafas panjang dan lega. Kini dia mahu semua kawan-kawan lihat budak kantin sudah jatuh dalam tangannya. Dia menarik Hana lebih dekat sehingga melekap ke dirinya. Setiap nafas di tarik, setiap kali itulah dia menikmati haruman rambut Hana yang selembut sutera. Rambut budak kantin ini lembut dan harum. Betul juga jangkaan Jeffery bila rambutnya dilepaskan, Hana kelihatan lebih menarik. Jeffery melurut tangannya di lengan Hana, lembut dan licin. Tidak disangka pulak seluruh tubuh budak kantin ini begitu lembut. Seketika Jeffery merasa Hana seperti bunga mawar yang belum mekar, berada di dalam tangannya, hanya sedikit kelopaknya yang hampir-hampir terbuka. Lembut dan mudah rosak. Sekali genggam sahaja, bunga ros itu akan musnah. Bunga mawar lemah dalam genggamannya, buat dia rasa berkuasa.
Tangan Jeffery melurut pula di belakang badan Hana, haruman rambut dan badan Hana membuat dia lupa seketika. Dia terpegun and asyik menikmati kelembutan tubuh gadis ini. Adakah malam ini dia akan beruntung dan hanyut dalam kelembutan tubuh gadis ini. Jeffery mula mengucup batang leher Hana. Satu perasaan aneh meresapi dirinya. Hana pula berdiam diri sahaja, mungkin sedang asyik dalam kehangatan kucupan dan dakapannya. Tangan Jeffery mula menjalar ke merata-rata tubuh Hana. .
Apabila dirasa tangan Jeff di pundaknya, Hana cuba menolak tubuh Jeffery. Jeffery ketawa kecil lalu cuba mencium bibir Hana, membuat Hana terus menolak Jeffery dengan lebih kuat. Jeffery terkejut bila terasa tolakan kuat Hana. Tariannya terhenti lantas dia memegang bahu Hana dan menjarakkan sedikit tubuh mereka, supaya dia dapat melihat wajah Hana. Sebenarnya sejak dari tengahari tadi Jeffery tidak sekali pun memandang wajah Hana dengan tepat. Dia terlalu memikirkan rencananya untuk membawa budak kantin ke situ. Dia tidak nampak pun kerisauan di wajah Hana sejak petang tadi di sebabkan kelakuannya yang pelik. Dia tidak terfikir pun apa sebenarnya perasaan Hana. Dia ingat Hana memang seronok berada di sampingnya, tidak kira apa yang dia lakukan. Dia ingat Hana pun sedang asyik seperti dirinya juga. Tetapi sangkaannya salah. Mata Hana bulat minta belas kasihan, seperti merayu Jeffery membebaskan pelukan ke atas tubuhnya. Tangannya cuba menolak tubuh Jeffery daripada terus melekap di tubuhnya.
"Relaks!" Muka Jeff serta merta mencuka, seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula. Dia syok sendiri rupanya. Dapat di rasa dari dalam hatinya, seperti ada cecair panas sedang mula mengelegak. Dia ingat budak kantin ini sudah hanyut dengan pelukannya. Tetapi Hana terus meronta cuba melepaskan diri dari Jeff.
"Jangan! Hana tak biasa macam ni," ujar Hana perlahan, tangannya masih cuba menjauhkan tubuh Jeffery dari tubuhnya.
Lama-kelamaan Jeffry tidak dapat menahan marahnya lagi. Keegoannya tercalar oleh keengganan Hana. Dia paut tubuh Hana lebih kuat lagi supaya Hana rapat kembali melekap di tubuhnya, lalu dibisiknya di telinga Hana.
"Jangan nak bagi malu Jeff dengan buat perangai kat sini. Kalau tak mahu menari dengan Jeff, ramai lagi yang hendak. Okay!". Jeffery membawa Hana ke sudut ruang tamu yang tidak berpenghuni dan malap. Kemudian di kucup kasar batang leher Hana. Perasaan aneh mendatanginya kembali. Lantas dia mengambil nafas panjang, menghirup dalam-dalam keharuman tubuh dan rambut anak gadis itu. Dia begitu selesa berkeadaan begini dan ingin lebih lama dalam kedudukan begitu.
Tetapi nyata dari rontaan Hana, gadis itu tidak pula berperasaan seperti Jeffery. Menyedari situasi itu, Jeffery jadi semakin geram. Dia cuba mengucup bibir Hana, Hana mengelakkan mukanya lalu cuba sekuat hati untuk menolak Jeffery. Kemarahan Jeffery dirasakan naik mendadak sehingga ke kepala. Tanpa berfikir panjang, dia terus menolak tolak Hana untuk melepaskan geramnya. Nasib baik ada dinding yang menahan Hana, jika tentu dia sudah jatuh terjelepok ke lantai. Hana terperanjat dengan kekasaran Jeffery. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Adakah dia yang membuat Jeffery jadi macam ni? Hana menggosok lehernya yang kesakitan akibat dikasari Jeffery. Mukanya menjadi pucat lesi dan Hana cuba meminta maaf, tetapi Jeffery sudah beredar ke arah kawan-kawannya yang lain. Tinggal Hana termangu-mangu seorang di sudut ruang tamu.

Dia tidak sepatutnya datang ke sini. Tetapi Jeff betul-betul nampak ikhlas bila mengajak dia ke mari. Tiba-tiba Jeffry berubah menjadi pemarah dan kasar. Dia tidak tahu kenapa? Selalu Jeffery tidak begini. Dia tidak pernah berkasar dengan Hana. Jeffry dilihatnya sedang berbual-bual mesra dengan rakan-rakannya sambil menghisap rokok. Hana semakin hairan, setahunya Jeffery tidak merokok atau tidak pernah merokok bila bersamanya. Jeffery sudah seperti tidak meperdulikan Hana yang sedang termangu-mangu seorang diri di sudut ruang tamu yang serba mewah itu. Hana mencari ruang di sudut gelap dan duduk sambil memerhatikan mereka sedang berpesta. Dia perhatikan gelagat manusia yang menghadiri parti hari jadi Mona. Macamana dia, Farhana Ghazali boleh berada di sini? Baru dia perasan majlis keramaian ini tanpa segan silu menghidangkan minuman haram. Dia rasa sangat tidak selesa. Dia tidak biasa dengan keadaan begini. Tambahan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan berlaku tanpa batasan. Mereka saling berpelukan dan berkucupan tidak kira lelaki atau perempuan. Ada yang beredar ke tempat-tempat gelap untuk menjadi lebih intim dengan pasangan masing-masing. Ini bukan tempat untuk Farhana Ghazali. Sekali lagi dia bertanya pada dirinya. Kenapa dia boleh berada di sini?.

Dari sudut yang malap itu, Hana melihat Jeff sedang memaut pinggang Mona sambil di perhatikan oleh Wan, teman lelaki Mona. Wan sedang menikmati minuman dari tin beer sambil berbual dengan Jeffery dan Mona. Wan sedikit pun tidak rasa marah melihat Jeffry menguliti teman wanitanya. Malahan Mona lagi sengaja melekapkan dirinya ke tubuh Jeffry. Pelik Hana menilai semua ini? Pergaulan bebas begini Hana ingat berlaku di televisyen atau di luar negara sahaja. Dia tidak pernah sangka akan melihat perkara di sini depan matanya sendiri. Kemudian Mona memimpin tangan Jeff naik ke bahagian atas bungalow mewah itu. Tiba di atas tangga, Jeffery memeluk tubuh Mona dari belakang sementara Mona terus membawanya menuju ke salah sebuah bilik tidur. Mereka sedang tersenyum gembira. Bagi Jeffery, Hana bagai tidak wujud dalam majlis ini. Apakah maksud semua ini? Kenapa Jeffery berpeluk-pelukkan mersa dengan Mona pergi ke atas. Hana tidak mengerti.

Hana rasa sedih, tiba-tiba dia merindu emak, terkenang kata-kata Mak Chak tengahari tadi. Air matanya mengancam untuk jatuh berderai. Bila Hana nampak seorang perempuan baru keluar dari bilik air, dia terus masuk ke dalam bilik air tersebut.

Mewah betul keluarga Mona. Bilik tidur Hana pun lebih kecil daripada bilik air ini. Terdapat dua ruang terpisah di dalam bilik air ini, ruang mendandan muka di mana terletak cermin dan sinki yang mewah dan satu lagi bilik tandas. Cantiknya bilik air ini, begitunya dengan semua bilik dalam rumah ini. Cantik dan harum. Hana tidak layak berada di sini. Dia lupa diri kerana terlalu ingin berada di samping Jeffery. Hana pilih untuk duduk di dalam bilik tandas supaya dia dapat menangis sendirian tanpa dilihat sesiapa. Lama Hana duduk di dalam bilik tandas yang mewah, menangis sendirian. Dia jadi buntu akan langkah seterusnya yang harus di ambil.
Akhirnya setelah beberapa ketika, Hana bangun, lalu mengesat air matanya. Hana cuba mengeraskan hati untuk keluar dari situ. Dia memegang tombol pintu apabila terdengar pintu bilik air di luar di buka orang.
Dua orang masuk ke dalam, mereka sedang berbual rancak. Hana kenal salah satu suara yang berkata-kata itu. Mona. Hana tidak jadi keluar dari situ. Tidak sanggup berhadapan dengan Mona.
"Habis tu, Jeff dan Lily sedang buat apa kat atas tu."
"Kan I dah janji dengan Jeff. Kalau dia boleh bawak budak kantin tu datang parti aku ni, hadiah menang bet adalah Lily."
"Lily tahu….. Pasal ni ?"
"Lily tahu, dia sebenarnya sukakan Jeff, saja nak buat Jeff jealous, bila dia keluar dengan pilot tu.."
"Lily memang sejak tadi tunggu kedatangan Jeff. ‘
"Apa mereka nak buat kat atas tu. ‘
"You know. Lovers punya reunion. And I bet this is not their first time."
"Apa-apalah," tanya Sherry sambil membetulkan rambutnya.
Mona ketawa gembira.
"So kau yang cabar Jeff lah," soal Sherry lagi.
"Yes!"
"Kira Jeff menanglah the bet."
"Yeap."
"Habis tu budak kantin, siapa nama dia? Dia macamana?‘
"Hana nama dia. I don"t know, I don"t care and I don"t give a damn about her."
"Kesian dia Mona, kalau dia tahu Jeff cuma gunakan dia nak get even dengan Lily mesti dia feel very hurt."
"Alah! Serve her right. Takkan dia tak tahu, dia dengan Jeff tidak padan. Perasan sendiri! She is not even his type. Too much puppy fat. His taste is someone like Lily, or me. Tall and slim. Jeff tackled her only because of the bet. Tu saja. But budak kantin tu pun gunakan Jeff untuk datang ke sini to my party. She sold her body as long as she can get here. You tengok Jeff can do anything with her body, she was so willing. Entah-entah dah jadi mangsa Jeffery," Mona ketawa dengan kejam kemudian dia menambah lagi.
"Anyway, kalau tidak buat macam tu, sampai kucing bertanduk pun takkan dapat dia merasa datang ke parti-parti macam ni. Budak ulu mana mari. Imagine having orang macam tu at my birthday party….Please!"


Hana seperti tidak percaya dengan apa yang didengari nya. Hatinya bagai dihiris-hiris mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Mona. Pertama dia terkejut dengan perbutaan Jeffery. Itu sahaja sudah cukup membuat dia betul-betul terluka. Selepas itu Mona pula menghina dia hingga ke asal-usul dia. Kenapa dia begitu kejam?. Pada hal Hana tidak kenal pun dengan Mona. Hana sudah tidak tahan lagi, lantas dia buka pintu dan keluar dari bilik tandas.
"Hana!" Kata Mona terkejut. Kawan Mona yang seorang lagi, Sherry juga terkejut. Dilihatnya mata Hana merah. Tiba-tiba Sherry merasa sangat kesihan dengan Hana.
"Hana...." Sherry menegurnya dan cuba mencari kata-kata yang boleh membetulkan keadaan tetapi lidahnya kelu.
Hana terus keluar dari bilik air dan terus belari keluar dari bungalow mewah tersebut. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar penghinaan yang di lemparkan oleh Mona dan penganiayaan yang di lakukan oleh Jeffery terhadap dirinya.
posted by Penulisan2u @ 2:30 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group