Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"SERIUS?" "Of course I'm serious. Kan jimat kos kalau kita adakan majlis pertunangan sekali. Aku dengan Rosalina dan kau dengan Farhan," cadang Hafiz Hakimi. "Hmm... menarik juga rancangan kau ni. Kau dah melamar dia ke?" "Belum lagi. aku ingat nak lamar dia malam ni. Apa pendapat kau?" "Lagi cepat lagi bagus. Tarikh pertunangan aku pun tak lama lagi. I wish you all the best!" ucap Hasliza. "Thanks a lot my beloved cousin! Aku pergi dulu," ujar Hafiz Hakimi. Hasliza menghantar pemergian sepupunya itu dengan perasaan yang berbaur. Gembira dan gusar. Gembira kerana mereka akan mengadakan majlis pertunangan pada hari yang sama dan gusar untuk mengkhabarkannya pada Farhan Hasri. Adakah bakal tunangnya itu akan setuju? Hasliza melihat jam di tangan. Serta-merta dia masuk ke dalam kereta lalu kereta Kelisa miliknya meluncur laju membelah jalan raya menuju ke pejabatnya.
* * * * *
ROSALINA masih dalam kebingungan. Mengapa hatinya rasa sakit dengan tindakan lelaki itu tadi? Bagai dihiris-hiris nipis hatinya dengan belati yang tajam. Kenapa dia harus bersedih sedangkan segala kekusutan ini bermula dari dirinya? Tidak, bukan dia. Semuanya berpunca dari Hasliza. Andai Hasliza tidak menyimpan perasaan pada Farhan Hasri, semua ini tidak akan berlaku. Atau, silap dirinya kerana tidak mengkhabarkan perhubungan mereka pada gadis itu? Rosalina masih ingat, waktu Hasliza menyuarakan hasrat hatinya. Rosalina tidak akan lupa detik itu. "Apa pendapat kau tentang Farhan?" tanya Hasliza sewaktu mereka sedang berehat di bawah pokok ketapang yang rendang, melepaskan penat berjogging. "Bagi aku, dia lelaki yang baik. Kau lebih mengenalinya sebab kau kawan dia sejak kecil lagi. Aku ni, kenal dia pun sebab kau yang kenalkan," jawab Rosalina. "Memanglah... tapi aku tengok dia lebih rapat dengan kau dari aku. Kau orang dulu kan sekelas masa di universiti dulu. Aku lepas diploma terus kerja. Kau orang sambung degree. Di universiti yang sama dan bidang yang sama. Tentu kau lebih faham dia," ujar Hasliza. "Tak dinafikan, tapi kau kenalan dia sejak kecil," "Waktu kecil saja. Kami rapat sampai sekolah rendah. Kemudian, Farhan masuk asrama. Jarang jumpa dia. Kemudian, bertemu semula di universiti. Itu pun tak lama, tiga tahun. Kemudian, aku kerja dan kau orang sambung degree lagi dua tahun. Tentu kau lebih mengenali dia," jelas Hasliza. Rosalina diam. Sebenarnya dia mula diselubungi gusar sejak mendengar pertanyaan Hasliza tentang Farhan Hasri tadi. Dia takut. Takut andai apa yang difikirkannya jadi kenyataan. "Apa pendapat kau kalau aku luahkan perasaan pada Farhan?" Dum!! Hampir terduduk Rosalina mendengar pertanyaan Hasliza sebentar tadi. Ya, memang benar telahannya. Hasliza menyintai Farhan Hasri. Kawan baiknya menyintai lelaki yang dia jatuh cinta. Oh, katakanlah yang dia hanya bermimpi... "Ros, apa pendapat kau?" tanya Hasliza sekali lagi apabila dirasakan tiada respons dari gadis di sebelahnya. "Hah? Er... maksudnya, kau cintakan dia?" agak gugup Rosalina bersuara. "Setulus hati. Sejak dulu lagi. Sejak aku masih di sekolah rendah. Cuma, baru sekarang aku menyedarinya..." balas Hasliza. Peluh mula merenik di dahi Rosalina. Segera diseka dengan jemarinya. Sungguh, dia gemuruh! Bagaimana sekarang? Apa yang perlu dia lakukan? Dia telah menjadi orang ketiga dalam hubungan ini. Mungkin, Farhan Hasri juga menyimpan perasaan yang sama pada Hasliza cuma lelaki itu tidak menyedarinya? Tak, itu tak mungkin! "Ros, kau ni kenapa? Gelisah semacam je?" "Er... aku tak apa-apa. Em, kalau kau cintakan Farhan, aku akan beri sokongan sepenuhnya!" 'Hah? Akukah yang berkata itu?' getus hati Rosalina walhal apa yang diucapkannya tadi berbeza sekali dengan kata hatinya. "Iya? Thanks a lot Ros! Sayang kau!" ucap Hasliza, girang. Bunyi bising enjin motorsikal mengembalikan Rosalina ke dunia nyata. Sejak hari itulah dia mula berfikir. Berfikir sedalamnya. Hubungannya dengan Farhan mula berputik sejak tahun ketiga pengajian semasa peringkat diploma. Sengaja mereka merahsiakannya dari Hasliza. Cadangnya untuk buat kejutan apabila mereka bertunang nanti. Tujuannya untuk mengenakan Hasliza. Kini, siapa sangka Hasliza yang terlebih dahulu memberi kejutan pada mereka. Terdetik di hati Rosalina, apakah Farhan Hasri tidak pernah mengesan perasaan kasih yang bercambah dalam jiwa Hasliza untuknya?
* * * * *
TENGAH HARI itu, Hasliza mendapat panggilan dari Farhan Hasri untuk berjumpa di restoran berhampiran untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama. Pantas sahaja Hasliza bersetuju. Bolehlah dia bertanya perihal mengapa lelaki itu tidak menjemputnya pagi tadi. Sampai waktu yang dijanjikan, Farhan Hasri yang segak berkemeja lengan panjang rona putih menuju ke arah meja yang telah ditempah. “Han ke mana pagi tadi?" terus sahaja Hasliza menyuarakan soalan yang sekian lama terpendam. "Maaf, Han tidur di ofis semalam. Pagi tadi pula Han ada mesyuarat. Liza marah ke?" "Marah jugalah. Kenapa tak beritahu Liza? Penat tau Liza tunggu. Call pula tak nak angkat. Banyak sangat kerja ke?" Farhan Hasri tersenyum. Gadis di hadapannya ini agak keanak-anakan. Berbeza dengan kawan baiknya, Rosalina yang agak tegas dan tampak matang. "Maaflah, Han sibuk sikit dua tiga hari ni. Ada projek baru," terang Farhan Hasri. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan menyebabkan perbualan mereka terhenti seketika. Mereka berdua sepakat untuk makan nasi ayam dan jus tembikai sebagai makanan tengah hari untuk hari itu. "Han, Liza nak beritahu sesuatu. Han dengar baik-baik ya,"ujar Hasliza sejurus selepas pelayan itu pergi. "Tentang apa?" "Pagi tadi, sepupu Liza, Kimi, ala, yang Liza pernah kenalkan dulu, ingat tak?" tanya Hasliza. "Hmm... kenapa dengan dia?" "Dia dah nak bertunang," Serentak dengan itu telefon bimbit Farhan Hasri berbunyi. Segera lelaki itu menjawab panggilan yang diterima dari pejabat. Selepas berbual beberapa ketika, panggilan dimatikan. Telefon bimbit jenama Sony Ericsson itu diletakkan di atas meja, bersebelahan dengan gelas sederhana tinggi berisi air suam. "Maaf, apa yang Liza cakap tadi?" "Sepupu Liza tu dah nak bertunang. Dengan Ros," lancar sahaja Hasliza berkata. Bagai guruh kuat berdentum menggegar pendengaran Farhan Hasri, begitulah juga dengan hatinya yang terasa bagai dicampak sebutir bom. Sungguh, dia terkejut mendengar kata-kata Hasliza sebentar tadi. Rosalina sudah hendak bertunang? Lawak apakah ini? "Kenapa Han nampak terkejut besar?" "Ah, tak... tak ada apa-apa. Terkejut sikit. Rosalina tak beritahu Han pun," ujar Farhan Hasri. "Ala, dia malu kot. Han dengan dia kadang-kadang Liza tengok sejak kebelakangan ni, macam orang asing. Berjumpa pun buat-buat macam tak kenal. Han gaduh dengan dia ke?" Hasliza cuba serkap jarang. "Ish, tak adalah. Pepandai je Liza ni. Perasan Liza je tu," dalih Farhan Hasri. "Er, Liza, Han nak ke tandas sekejap ya," beritahu Farhan Hasri lalu bangun menuju ke destinasi yang dikatanya tadi. Telefon bimbit milik Farhan Hasri menarik perhatian Hasliza. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memeriksa telefon bimbit itu. Lantas, telefon bimbit itu dicapai dan peti mesej dibuka. Tanpa dipaksa, ada curiga yang menjengah. Mesej-mesej di dalam telefon itu kebanyakannya dari seseorang yang dipanggil dengan nama "Cintaku".
"Selamat malam Hasri. Moga mimpi yang indah-indah"
"Saya rindukan awak. Teramat rindu..."
"Sudi temankan saya melihat bintang di langit? Saya nak pinjam bahu. Rasa sedih sangat,"
"Maaf, saya benar-benar minta maaf. Saya tak bermaksud nak kecewakan awak. Anggaplah antara kita tiada jodoh,"
"Tolong jangan ganggu saya lagi! Saya tak mahu ada apa-apa hubungan dengan awak lagi,"
Ah, sandiwara apakah yang sedang dimainkan di hadapannya sekarang ini? Mengapa gadis itu memutuskan hubungan mereka? Hasliza melihat nombor yang tertera di skrin. Serasa dia kenal benar nombor itu. Pantas Hasliza mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Nombor itu didail. Alangkah terperanjatnya dia apabila nama Rosalina yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Oh, apakah yang sedang berlaku ini? Hasliza memberanikan diri untuk membuka mesej yang terakhir.
"Ya, saya benar-benar tak mahu jumpa awak lagi. Saya penat awak tahu tak, penat! Awak dah ada Hasliza, gembirakanlah hatinya. Jangan cari saya lagi,"
Hasliza meletakkan semula telefon bimbit Farhan Hasri di kedudukan asalnya. Lelaki itu tidak membuang mesej-mesej tersebut. Bukankah bila kita menyimpan mesej yang dirasakan bernilai, bermaksud kita juga rasa empunya mesej itu juga bernilai. Hasliza perasan yang tiada satu pun mesej darinya yang disimpan oleh lelaki itu. Dalam hati, pelbagai persoalan mula bertubi-tubi menghenyak perasaannya. Dia perlukan penjelasan untuk semua ini. Tapi dari mana harus dia mulakan? Rosalina! Hasliza segera bangun, meninggalkan restoran itu tanpa apa-apa pesanan pada Farhan Hasri. Persoalan yang berselirat di benak fikirannya lebih utama untuk diselesaikan dari menikmati makan tengah hari itu!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah! berdebar2... apa yg hasliza nak buat ni? sambung cepat!!