BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Januari 28, 2008
Cerpen : Menyintaimu
niellisa

Masjid ini menjadi tempat aku berlabuh membawa mindaku melayang mengimbau kenangan-kenangan lalu. Seribu satu kenangan kugamit di masjid ini. Kemuncak kebahagiaan kugapai di sini. Ya, hanya sebuah kenangan yang masih kekal di ingatan ini. Aku menyusuri kenangan di masjid ini. Sebuah kerinduan yang hangat masih utuh walaupun kenangan itu telah pun lama berlalu. Aku cuba menidakkannya namun betapa sukar untuk aku melupakannya.

“Awak akan jadi isteri saya…tak lama lagi…” kata-kata itu membahagiakan aku. Semakin dekat harinya semakin debar bertapa di dadaku. Aku mula mengimbau pertemuan pertama kami. Stesen LRT Setiawangsa menjadi saksi kami mula berkenalan. Ada yang tak kena dengan LRT pada hari itu menyebabkan ramai yang terkandas termasuk aku. Bukan aku saja tapi juga dia. Dia yang berkarisma, bergaya dan matang datang dan duduk di sebelahku yang kerimasan dengan keadaan. Dia juga seperti aku yang cukup meluat dengan situasi menunggu dan terus menunggu.

“Suka tak nak jadi isteri saya?” soalannya menghapuskan khayalanku. Aku cuma tersenyum.
“Kalau awak suka, saya pun suka…” Aku memberi jawapan. Apa lagi yang harus aku katakan…
“Nanti bila dah jadi suami isteri masing-masing ada tanggungjawab yang lebih besar. Kalau boleh tak nak lagi selalu gaduh-gaduh macam sekarang. Kena banyak bersabar, mesti saling bertolak ansur.” Panjang pula ceramahnya. Aku mendengar saja. Banyak sungguh nasihatnya sehari dua ni. Sempat juga dia memilih-milih cincin untukku di hari perkahwinan kami tidak lama lagi. Pelbagai bentuk dan rupa cincin di tayang di depan kami. Tahu ke lelaki ni memilih yang cantik…?

Apa yang aku tahu dia seorang yang inginkan kesempurnaan dalam semua keadaan. Walau sesibuk mana pun jadual hariannya pasti dia peruntukkan masa untuk persiapan majlis perkahwinan kami. Aku pula jenis yang tak kisah, asalkan sah kami jadi suami isteri itu sudah memadai. Aku pun bukannya artis yang suka sangat nak menunjuk-nunjuk semua benda yang mereka ada.

“Nanti saya cuba belajar jadi isteri yang terbaik untuk awak. Awak pun macam tu juga tau…kena jadi suami yang terbaik untuk saya. Kalau macam tu baru adil. Kalau saya salah awak boleh nasihat saya…dan kalau awak pula yang buat hal saya berhak tegur kesilapan awak. Macam tu la rumahtangga yang bahagia…” panjang juga jawapan dari aku. Siapa yang tak nak bahagia selepas kahwin? Semua orang yang punya rumahtangga inginkan keharmonian dalam hidup mereka.

“Kematangan juga penting dalam rumahtangga…awak jangan nak jadi macam budak-budak lagi. Jangan asyik merajuk je. Merajuk ni tak boleh selesai masalah, kalau ada masalah kita kena bincang baik-baik…” apa kena la dengan si dia ni yang banyak benar berceramah hari ini. Apa yang pasti aku sudah mula jatuh cinta dengan sebentuk cincin yang terlekat di jariku kini, memang cantik, memang suai amat untuk si dia sarungkan ke jariku di hari majlis berlangsung nanti. Mmm…berapa harganya? Ah…tak kisahlah, bukan aku yang bayar pun!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kenapa lambat? Ambil sarapan dulu ke?” Mizan menyapaku. Dia dulu pernah berura-ura untuk melamarku tapi tidak terlaksana kerana aku sudah berpunya. Itu cerita lama, lagipun aku sendiri tak pernah pun jatuh cinta dengan dia.
“Ya, perut ni lapar lah.” Aku mengiakan tekaannya. Ringkas dan padat jawapannya supaya tidak lagi meleret-leret.
“Lain macam je aku tengok kau sekarang ni…makin berseri-seri. Sedang berbahagia ke…?” ada lagi celoteh Mizan. Mejaku dihampirinya, tanpa dijemput dia duduk di hadapan mejaku. Malasnya aku nak melayan.

“Sibuk-sibuk ni kenapa? Itu urusan aku la. Dah…aku nak mula kerja ni. Banyak lagi kerja yang tak siap ni…” fail di depan kubuka cepat-cepat. Sedikit catitan kutulis, buat-buat sibuk supaya dia tidak lagi mengganggu.
“Kau tak nak layan aku ke…? Sombong la kau sekarang ni.” Dia bangun dan terus berlalu. Alhamdulillah, selamat aku dari gangguan. Lelaki pun ada juga macam tu ya…ingatkan perempuan saja yang suka menyibuk. Zaman sekarang ni macam-macam sudah berubah.

Si dia baru sampai nampaknya. Serius sungguh wajahnya tanpa secalit pun senyuman, namun tetap menjadi pujaan hatiku. Tak sama macam Mizan yang selalu senyum kambing. Untung aku menjadi pilihan hatinya, dan bertuahnya aku tidak jatuh cinta dengan Mizan.

“Assalamualaikum!” Si dia memberi salam kepadaku. Aku menjawab sepertimana diwajibkan. Sekilas dia memandang kepadaku dan memberi satu senyuman. Senyumannya kubalas. Biasanya begitulah setiap hari di awal pagi begini. Semakin hampir hari penyatuan kami semakin dia menunjukkan kemesraannya, semakin dia memanjakan aku, semakin berawalan dia ke pejabat, semakin kacak, semakin berlemah lembut bicaranya, dan sungguh banyak perubahan positifnya, tentunya kerana tidak lama lagi kami akan bergelar suami isteri. Aku juga tidak sabar menunggu hari itu untuk membuktikan segala apa yang ada pada diriku adalah untuknya sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Si dia sudah banyak berubah kini. Aku perasan benar segala perubahan yang berlaku terhadapa dirinya. Sahabatku juga perasan akan perubahan itu. Si dia sudah pandai melepak di kelab-kelab, berkawan dengan manusia yang entah apa-apa, membawa perempuan ke hulu ke hilir, semuanya itu sungguh memeritkan aku. Ada juga sahabat lain yang cuba menegur segala perbuatannya namun nasihat yang diberikan bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Aku tetap juga macam dulu, masih seorang perempuan yang berpegang pada budaya orang timur, masih dalam tatasusila kemelayuan. Habis saja waktu pejabat aku terus balik ke rumah. Menonton rancangan tv dan buat apa saja asalkan masaku tidak terbuang begitu saja. Sahabat-sahabat sememangnya cuba memahami keperitan yang kualami. Kenapa si dia berubah sebegitu rupa? Lupakah dia pada janji-janjinya kepadaku? Sememangnya aku semakin tidak mengenali dirinya sebagaimana dulu. Rindunya aku…

“Kenapa termenung?” huh! Aku mengurut dada. Kirana duduk di depanku. Inilah satu-satunya sahabat baikku.
“Terkejut la aku kau buat macam ni…” pandangan tajam kuhadiahkan padanya. Kirana hanya tersenyum.
Segala-galanya kerana si dia. Aku sememangnya merindui dirinya. Gambarnya selalu kutatap, sekadar untuk menghilangkan rasa rinduku padanya. Sarat sungguh rinduku untuknya. Ya Allah…semoga aku mampu mengharungi segala ujiian yang engkau berikan kepadaku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kenapa dengan awak ni Nina? Saya tunang awak je bukannya suami awak pun. Kita belum terikat sepenuhnya lagi. Lagipun selama ni ada saya melayan awak dengan kasar? Kalau awak dah tak suka saya, sekarang kita boleh putus. Awak ni memang kolot! Saya tak suka lah terkongkong macam ni.” Tengkingannya sungguh kasar sekali. Cincin pertunangan kami diletakkan di atas meja. Putus? Aku putus tunang? Kenapa semua ini berlaku?

“Sayang saya masih ada pada awak. Sebagai tunang awak, saya rasa saya juga ada hak untuk menegur apa yang telah awak lakukan pada saya. Saya tahu kita bukannya suami isteri, tapi sekurang-kuranya kita sedang merancang ke arah itu. Saya rindu pada awak yang dulu…” ada sebak dalam kata-kataku. Memang benar aku sudah tidak tertanggung lagi dengan keperitan ini. Aku tidak tahu apa salahku yang sebenar sehinggakan dia berubah sebegitu jauh. Si dia bukan lagi menjadi lelaki impianku sewaktu ketika dulu.

“Kita sudah tidak serasi lagi. Kita berpisah saja…saya dengan cara saya, dan awak dengan cara awak. Kalau awak rasa saya bukan lelaki baik, awak boleh cari lelaki lain yang lebih baik dari saya. Saya pun rimas la dengan perhubungan macam ni. Cinta tak boleh dipaksa lah.” Kata-katanya tetap kasar dan memandangku dengan pandangan tajam. Sedih! Jauh di sudut hati luka perasaanku semakin parah.

“Kenapa semudah itu awak menghukum perhubungan kita ini? Hanya tinggal tiga bulan saja lagi kita akan disatukan. Awak lupa ke janji-janji awak pada saya? Awak pernah ucapkan kata sayang pada saya, awak pernah menaruh harapan untuk jadikan saya isteri awak, awak pernah kata sayalah perempuan terbaik untuk hidup awak walaupun awak memang mampu untuk meraih cinta perempuan lain…tapi kenapa cepat benar awak berubah? Awak juga pernah cemburu melihat Mizan bercakap-cakap dengan saya sebab awak tahu dia juga menaruh harapan pada saya. Mana sayang awak pada saya selama ni?” entah dari mana kekuatan itu hadir sehinggakan aku berani untuk berkata-kata. Air mataku mula bergenang. Aku sekadar meluahkan perasaan. Betapa hancurnya hati ini apabila cintaku dipermainkan. Dia masih tegak berdiri di hadapanku. Aku puas berkata-kata walaupun sebenarnya tiada apa lagi yang tinggal untukku. Cinta kami telah musnah.

“Itu sudah lama lah. Sekarang kita sudah berbeza. Lepas ni saya tak akan ganggu awak lagi. Kita putus!” tegar benar keputusannya.
“Kalau itu yang awak mahu saya menerima seadanya. Saya masih berharap semoga awak akan kembali menjadi awak yang dulu. Mungkin tiada jodoh di antara kita. Awak telah menghancur lumatkan hati saya…” aku kembali tenang. Tiada lagi kata-kata untuk aku ucapkan. Aku tidak akan merayu lagi walaupun sukar aku melupakannya. Biarlah aku ubati sendiri lara ini.

“Mungkin jodoh awak dengan orang yang lebih baik dari saya. Saya harap awak akan dapat lelaki idaman. Saya tak sesuai dengan awak…jalan kita berbeza. Lepas ni tiada apa-apa lagi antara kita. Saya tak akan ada dalam hidup awak lagi dan awak bebas ke mana saja awak suka. Semoga awak dapat kebahagiaan yang awak cari. Ini kali terakhir kita jumpa begini…” suaranya sedikit kendur. Barangkali ada kelegaan yang dirasakan setelah terputus sudah ikatan yang kami simpul suatu ketika dulu.

“Impian saya untuk menjadi isteri awak musnah. Tapi tak apa lah, sekurang-kurangnya awak tahu saya tiada orang lain yang saya cinta selain awak, saya tak pernah curang, saya memang sayang awak…itu semua ikhlas dari hati saya. Sepatutnya saya boleh menyayangi awak sampai bila-bila pun…sehingga ke penghujung usia saya. Awak tahu tak…esok kad kahwin kita siap dicetak?” aku pasrah. Kad itu akan menjadi saksi bahawa kami pernah merancang untuk mencipta bahagia bersama. Aku serius dalam perhubungan ini namun segala-galanya mula berkubur.

“Awak jangan nak mengungkit lagi lah.” Dia seolah-olah tidak puas hati dengan kata-kataku. “semua tu dah berlalu…” Dia mula mengorak langkah. Segalanya selesai sudah…
“Sehingga saat ini saya masih sayang awak…awak cinta pertama saya. Saya harap awak kembali seperti dulu. Selamat tinggal!” hanya hati yang berkata-kata…

Hajatku untuk merungkai masalah akhirnya berakhir dengan tragedi. Rinduku untuk bersua dengannya langsung tidak bersambut. Aku masih termenung sendirian di sini. Biarlah aku mendapat kekuatan untuk seketika. Walaupun langkah si dia sudahpun menghilang namun masih terasa kehatangan perhubungan kami suatu ketika dulu. Sejauh mana dia jauh dariku namun dia tetap berada di hati ini. Sebenci mana dia padaku namun aku tidak mampu menipu untuk terus menyayanginya.

Itulah cinta pertama! Sukar untuk dilupakan begitu saja. Remang senja mula menebar di kaki langit. Akhirnya aku berlalu dengan langkah longlai…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada lagi kemesraan kami di pejabat. Sebolehnya dia langsung tidak mahu terserempak dengan aku. Terasa sungguh diri ini bagaikan dihina oleh insan yang pernah menyayangi. Siapa sebenarnya bersalah sehinggakan dia langsung tidak mahu memandangku. Aku bagi salam pun dijawabnya acuh tak acuh. Paling mendukacitakan minggu depan dia mula berada di jabatan lain, atas permintaannya sendiri.

Terserempak di café pun dia boleh tukar haluan lain. Apa yang dia tak suka dengan aku langsung aku tak tahu. Seolah-olah di antara kami adalah orang asing. Apalah salahnya kalau kami terus menjadi kawan kalaupun bukan kekasih. Situasi sebegini membuatkan aku rimas untuk terus hidup. Aku cuba menghormati hak peribadinya sebagaimana dia mahukan aku tidak mengganggu hidupnya lagi.

Aku mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja. Surat perletakan jawatan telah kuhantar kepada Ketua Jabatan. Biarlah aku mengalah. Aku mahu berada jauh dari pandangannya. Keadaan yang begitu mencengkam perasaan harus aku kendurkan. Mungkin ini adalah terbaik untukku. Untuk mengubati lara yang melanda tidak semudah disangka. Namun aku akan cuba buktikannya.

Hari terakhir aku di pejabat kuluangkan masa untuk menemuinya. Biarlah dikata perigi mencari timba sekalipun, inilah kali terakhir aku memandangnya sebelum aku pergi jauh. Langkahku menjauh perlu dikhabarkan.

“Maaf kiranya saya mengganggu. Saya cuma ingin minta maaf daripada awak, selepas ni mungkin saya tak akan jumpa awak lagi. Hari ni hari terakhir saya di pejabat ni. Saya akan pindah…” aku mengatur kata. Seperti hari-hari sebelumnya, dia tidak melayaniku. Sekilas dia memandangku dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Pindah mana?” akhirnya dia bersuara. Sekurang-kurangya ada rasa ingin tahu ke mana aku akan pergi.
“Tak penting saya bagitahu awak. Saya cuma mahu awak maafkan segala kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang kita berkawan. Saya maafkan segala-galanya untuk awak…dan saya nak awak tahu awak cinta pertama saya hingga ke saat ini. Kenangan itu akan saya simpan rapi. Saya juga doakan semoga awak mendapat jodoh yang baik. Kita tak akan berjumpa lagi selepas ini. Saya pergi dulu…” langkah kuatur padu. Ada hadiah yang kutinggalkan untuknya. Kalau ditongsampahkan pun tidak mengapa.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Ada air mata yang menitis. Memang aku sedih. Terpaksa juga aku pergi jauh dari orang tersayang. Tak mampu lagi aku hidup begini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kehidupanku jauh berubah di tempat baru. Kenangan yang menghimpit kucuba tolak ke tepi. Akan kubuktikan aku mampu mengharungi apa jua dugaan yang melanda. Ingatan pada si dia juga jarang benar mengganggu. Orang pun dah lama lupakan kita…tapi belum juga muncul orang baru…

“Seronok tak tinggal sini? Sebenarnya kat sini ok je…kalau suka shopping, mall memang berlambak-lambak, dekat dengan pantai pula…nyaman je rasa…” Mimi berbual kosong dengan aku. Aku mendengar dengan penuh minat. Memang tempat ini mendamaikan.

“Seronok juga…” aku memberi komen. Pantai yang cantik menjadi panoramaku setiap hari. Langsung aku tidak menyesal pindah ke sini. Walaupun bebanan kerjaku di sini makin bertambah namun itu juga mampu melupakanku pada kenangan berdarah. Sampai bila aku akan berada di sini aku pun belum pasti. Sampai bila-bila kot! Aku mahu menyendiri buat seketika. Tidak mahu lagi mencari cinta yang entah di mana penghujungnya.

Apa cerita Kirana, Mizan…dan Ilham? Kekadang ada juga rasa rindu pada mereka. Ilham, orang yang pernah kusayang suatu ketika dulu…akhirnya aku mencuri masa mengutusi emel kepada mereka, kecuali Ilham. Aku tidak mahu mengganggu dia lagi. Biarlah dia dengan dunianya yang penuh galak. Dia bukan lagi lelakiku. Walaupun putus sudah perhubungan kami namun tidak sesekali aku membenci dirinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ada bunga untuk kau la…peminat ke?” Sejambak bunga dihulurkan kepadaku. Mimi tersenyum-senyum…aku mula cuak.
“Ada kad pengirim…?” Aku membelek-belek jambangan tersebut. Mimi hanya menggeleng kepalanya. Siapa la yang malang hantar bunga kat aku ni. Bau harum ros pink menusuk ke hidungku. Perfume apa la yang disemburnya…Tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja aku ada peminat di sini.

Lima tahun berlalu sudah dan aku masih menyendiri. Rumah yang dulu kusewa sudah menjadi hak milikku kini. Aku kini semakin selesa berada jauh dari negeri sendiri. Masa yang berlalu menjadikan aku lebih matang untuk meniti hari-hari mendatang. Tiada lagi harapan menggunung kubina untuk mengisi kekosongan hati ini, cukuplah sekadar aku masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup di sini.

Tiada lagi penantian yang penuh penyeksaan. Namun sesekali kenangan terindah suatu masa dahulu tetap singgah di fikiran ini. Itulah cinta pertama, sukar untuk ditepis walau sejauh mana aku berlari.



“Kau Nina kan…?” Aku terlanggar seseorang. Seorang perempuan tersenyum kepadaku. Aku masih cuba mencari-cari jawapan siapa gerangan perempuan di hadapanku kini.
“Hei, kau dah berubah la Ana…eii…kau mengandung ni…” Aku pasti perempuan mengandung di hadapanku ini adalah Kirana. Lantas dia memelukku kegirangan. Ada kesayuan jauh di sudut hatiku.
“Apa kau buat kat sini Nina? Ehh…kau dah kahwin ke…? Ni anak sulong aku…” sambil Kirana menunjuk kepada perutnya yang memboyot. Aku tersenyum gembira.
“Aku bujang lagi lah…tua-tua ni mana laku lagi…” jawapanku ringkas.
“Tak lah tua sangat pun. Jangan lupa panggil aku bila kau naik pelamin. Kau tunggu pak we lama lagi ke…?” dia sempat mencungkil rahsia. Dia cuba membawaku ke zaman silam.

“Orang dah tak nak kat kita buat apa aku merayu lagi. Banyak lagi kumbang lain boleh aku dapat…masalahnya aku je yang tak nak. Alah…sampai masa ada lah tu seru untuk aku kahwin.” Aku menjawab yakin. Kirana hanya mengangguk-angguk saja.
“InsyaAllah,…aku yakin tak lama lagi jodoh kau akan sampai. Minggu depan aku dijangka bersalin ni…nanti kalau ada rezeki selepas seminggu aku nak buat aqiqah, aku nak kau datang ke majlis tu.” Kirana menulis alamat rumahnya. Dia pun dah pindah ke sini juga.
“Bila lagi kau pindah sini? Tak bagitahu aku pun…” Kirana menjelaskan sudah hampir dua tahun dia berada di sini kerana mengikut suami yang ditukarkan ke sini. Dia sudah banyak berubah, dari seorang anak dara dan sekarang akan menjadi ibu tidak lama lagi. Aku juga yang masih seperti dulu, mungkin yang berubah hanyalah status pada nama dara, sekarang ni mungkin daratua…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Baru tiga bulan lepas dia berhenti kerja. Katanya nak buka bisnes sendiri. Aku pun tak tahu la kat mana dia buat bisnes tu. Ada juga aku tanya kat mana tapi dia kata bila dah selesai semua urusan berkaitan nanti dia bagitahu.” Rupanya Ilham sudah tidak lagi bekerja di tempat dulu. Mizan yang sebumbung kerja dengan dia pun tak tahu ke mana dia pergi, apatah lagi aku yang langsung tiada lagi kaitan dengannya. Peluangku untuk melihat dirinya makin menipis. Kenapa sukar benar untuk aku melupakannya?

“Ok lah Mizan. Lain kali kita jumpa lagi ya…” aku mengatur langkah pulang seusai pertemuan yang tidak dirancang dengan Mizan di bandar tadi.
“Ingat lagi kau kat dia ya…? Apasal setia sangat ni…” masih terngiang-ngiang di telingaku sindiran Mizan saat kutanyakan perihal Ilham kepadanya. Setiakah aku…?
“Salah ke kalau aku bertanya khabar kawan lama…? Setia tak setia tu lain cite lah.” Aku cuba pertahankan hak. Kalaupun aku setia biarlah hanya aku yang tahu apa yang bersarang di hati.

Berat hatiku menerima jawapan daripada Mizan. Seolah-olah terputus sudah harapanku untuk menemui Ilham lagi. Tiada lagi jejak yang boleh aku turuti untuk mengekorinya. Semakin kukuh keinginanku untuk tidak lagi memijak bumi kelahiranku nun jauh di sana. Biarlah aku tamatkan saja sisa-sisa hidupku di sini. Kali ini akan aku kuburkan segala kenangan terindah yang pernah kulorekkan di kanvas hidupku. Akan aku abadikan segalanya jauh di lubuk hati. Tiada lagi Ilham, tiada lagi cinta, dan tentunya tiada lagi kenangan terindah. Aku bermenung sendirian. Menyusuri gerak waktu yang langsung tiada endah dengan gelora di jiwaku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langkah kuatur menuju ke tempat letak kereta di bawah bangunan pejabatku. Dari jauh kulihat ada sesuatu di cermin hadapan keretaku. Apalah gerangan benda yang terletak elok di situ. ‘Happy Birthday To You!’ Ada kotak hadiah berbalut cantik di keretaku.

“Satu-satunya tarikh yang I tak akan lupakan adalah hari jadi U. I akan ingat sampai bila-bilapun pasal pada tarikh inilah I kenal dengan U. Bukan tarikh ini yang istimewa…tapi U yang paling istimewa dalam hidup ini.” Kata-kata itu pernah terluah di bibir Ilham suatu ketika dulu, saat dia menghadiahkanku seutas rantai sempena hari jadiku. Ah, kenangan itu hadir lagi. Masakan ia boleh hilang sementelah rantai itu masih terlilit di leherku sehingga kini. Sememangnya aku tidak mampu menguburkan segala kenangan terindah itu.

“Terima kasih…U juga teristimewa untuk I. Bukan hadiah yang I nak tapi kasih sayang U sampai bila-bila pun.” Aku tersenyum, bahagia di saat itu. Rantai itu kupegang erat, seerat rasa kasihku padanya.

Hari ini tarikh itu tiba lagi. Genap sudah umurku 30 tahun. Dah masuk siri tiga rupanya! Kotak hadiah itu kuambil lantas kubawa masuk ke perut kereta. Aku mencuri sedikit masa untuk membuka hadiah tersebut. Siapa yang bagi ni…? Otak aku tepu untuk berfikir, malas mencari jawapannya. Sebentuk cincin bertatahkan berlian bentuk hati membuatkan jantungku berdegup kencang. Cincin itu kupegang kejap lantas kucuba sarungkan di jariku. Terletak!

‘Terlalu Istimewa’
Tulisan tangan dititip ringkas kutatap penuh debar. Teramat kenal aku dengan tulisan ini. Banyak benar kenangan yang wujud pada tulisan ini. Debaran makin kencang dapat kurasakan. Ini tulisan Ilham! Diakah gerangan pemunya cincin ini? Dia datang menghampiri hidupku? Cincin itu kutatap penuh perasaan. Apakah ini petanda yang baik untuk hidupku…Dia datang kepadaku…

‘Suka dengan cincin tu…?’ satu sms kuterima saat debaranku belum lagi reda. Debaran lain pula yang bertimbun dalam dadaku.

‘Saya harap awak suka…Berlian bentuk hati yang awak mintak dulu kan?’ sms datang lagi. Nombor telefon siapa ni…? Aku mula rimas. Mataku mula melilau ke kiri ke kanan. Di hujung sana ada gerak langkah menghala ke arahku.

Ilham? Debaran lain pula yang mencengkam dadaku. Hampir pitam rasanya aku saat ini. Ada senyuman yang terukir di wajahnya. Senyumnya tidak berubah. Sama seperti waktu dulu.

“Cantik cincin tu di jari awak…” suaranya di sebalik tingkap keretaku. Aku kaget…suaraku tersekat di kerongkong…bagaikan ada tali-tali yang mengikat kukuh salur uratku dirongga tekak saat ini. Bisukah aku?

“Saya ingat ukuran jari awak…dan saya juga ingat berlian bentuk hati yang awak mintak dengan saya dulu…” terangnya lagi dengan mesra. Seolah-olah di antara kami tiada pernah terputus hubungan suatu ketika dulu.

“Kenapa awak ada kat sini? Awak ekori saya ke?” aku meluahkan kemusykilan yang bersarang. Hilang sedikit rasa gemuruh yang terhimpun di dada sejak tadi.

“Tak suka jumpa saya? Saya memang ekori awak…sejak sekian lama.” Jawapan yang diberikan cukup mencurigakan aku. Debaran baru mula singgah di hati. Kenapa dia ekori aku? Ada hal yang belum selesai nampaknya.
“Kenapa ekori saya? Kita kan dah tak ada apa-apa.” Suaraku sedikit menekan. Ada sedikit amarah yang terkeluar.

“Awak kan tunang saya…mmm…saya pernah bertunang dengan awak.” Suaranya sedikit mendatar. Aku merenungnya tajam. Kata-katanya begitu menusuk ke jantungku. Terasa bahang panas mula menyerbu ke wajahku.

“Kita dah putus tunang! Semua tu dah berlalu. Awak jangan nak cari pasal dengan saya. Jangan cari saya lagi!” Suaraku lantang tegas. Enjin kereta kuhidupkan. Tak kuasa lagi untuk aku terus berbicara dengannya.

“Kita bincang dulu, Nina. Saya cuba datang dengan cara baik dan saya ingin minta maaf atas apa yang telah terjadi antara kita. Saya telah lakukan segalanya untuk berjumpa dengan awak lagi…” rayunya kepadaku. Aku menggeleng kepala beberapa kali.

“Apa yang perlu kita bincang lagi? Semua tu dah lama berlalu. Awak juga yang kata dulu, masing-masing buat hal sendiri.” Ingatanku masih jelas pada pertemuan terakhir kami suatu ketika dulu. Entah kenapa sakit benar rasa hatiku saat ini.

“Kalau awak masih kenangkan kata-kata saya yang dulu, itu maknanya awak masih lagi ingatkan saya. Saya pun dah mengaku salah sekarang…” masih lagi dia memancing minatku untuk berbicara. Pandanganku tajam menyorot wajahnya. Senangnya dia mengatur kata. Lupakah dia pada lewat bicaranya dulu tentang jodoh kami yang tiada penghujungnya? Bicaranya boleh membuatkan aku gila. Kenapa dia hadir lagi disaat aku sedang mencuba membina hidup baru. Aku langsung terkedu.

“Kita kahwin, Nina! Saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap ni. Dah lama saya ekori ke mana awak pergi, hanya hari ini saya cuba beranikan diri tampil depan awak. Saya dah tak mampu hidup tanpa awak.” Kata-katanya langsung tak masuk akal bagiku. Setelah sekian lama aku merana kenapa baru hari ini dia hadir? Memang selama ini aku mengharapkan kehadirannya, tapi bukan hari ini. Hari ini aku sudah matang. Aku sudah tahu menilai mana kaca mana permata. Bukan semudah itu aku akan jatuh lagi. Aku tak akan rebah lagi untuk kali kedua.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap…?” dia masih kekal berdiri di sisi keretaku. Aku mengangguk saja. Tenagaku seolah terlerai untuk berhadapan situasi ini.

“Awak kahwin lah dengan perempuan lain. Awak juga yang cakap dulu antara kita tiada jodoh yang tersurat.” Aku cuba bersuara. Perasaanku kini berkecamuk, tak mampu untuk aku tafsirkan apa yang melanda jiwaku saat ini.

“Saya nak kahwin dengan awak, bukannya perempuan lain.” Masih lagi lunak suaranya berbicara. Masih lagi dia mampu bersahaja sedangkan aku bagaikan mahu pecah dada dengan keadaan yang melanda.

“Pagi tadi keluarga saya dah ke rumah awak…tetapkan tarikh perkahwinan kita.” Ayatnya itu kubawa laju seiring pedal minyak yang kutekan. Tiada jawapan yang kutinggalkan padanya. Apa telah terjadi sebenarnya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kad undangan majlis perkahwinanku telah pun siap ditempah. Aku masih terkesima dengan apa yang terjadi. Gembira pun ada, sakit hati pun ada. Seolah-olah bodohnya aku salama ini membawa lara hati jauh nun di sana. Tapi saat kebahagiaanku boleh muncul bagaikan sekelip mata sahaja. Kad putih yang berlatar belakangkan istana kristal itu kutatap dengan perasaan yang pelbagai. Segalanya bagaikan mimpi yang menjadi realiti.

Sayangku,
Akhirnya kita ditakdirkan bersama jua. Impian saya untuk hidup bersama awak akhirnya akan termakbul jua. Terimalah saya seadanya dalam hidup awak. Walau badai pernah melanda dalam hubungan kita, saya amat bertuah kerana akhirnya awak akan jadi milik saya jua. Hanya awak yang saya dambakan selama ini. Saya yang bersalah selama ini, namun saya cukup bersyukur kerana masih ada sisa-sisa cinta awak untuk saya.

Nina,
Cinta awak sentiasa mekar di jiwa saya. Saat ini sememangnya telah lama saya tunggu. Awak adalah segala-galanya dalam hidup saya. Tak mungkin saya berpaling lagi selepas ini. Biarlah ia kekal hingga ke akhir hayat.

ILHAM

Sekeping kad dititipkan buatku. Aku memandang sekeliling. Melihat pelbagai barangan yang telah kusediakan untuk dijadikan hantaran.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Mana awak pergi tadi?” Ilham menyoal setelah agak lama dia menungguku. Aku menghulurkan bungkusan coklat untuknya. Aku tahu dia sukakan coklat. Itu salah satu cara aku memujuknya.

“Selama ni dah lama Nina tunggu abang, so kali ni giliran abang pula tunggu Nina.” Jawabku selamba. Aku cuba menduga dirinya. Sejauh mana tahap kesabarannya melayan karenahku.

“Kira nak balas dendam lah ni ya. Tak pe…ada ubi ada batas…” sempat lagi dia bersikap kebudakan.
“ada hari lagi, Nina akan buat gaya bebas...” aku menyambung pantun dua keratnya. Sempat lagi aku menguji suamiku. Dalam hati aku terpaksa akur dengan ketampanan dirinya, sementelah dengan butang baju melayu yang berderet di dadanya. Sebenarnya itulah hadiah yang pernah kutinggalkan di mejanya dulu sebelum aku lari dari dirinya. Ilham, kau memang hati batu! Rela kau biarkan aku merana sekian lama kerana kasihku dipermainkan. Tapi kenapa dia kembali kepadaku…?
“Pandai awak sekarang ya…” hidungku dipicit kuat. Sudah lali hidung ni menjadi mangsa keadaan selepas aku bergelar isteri. Katanya hidung ni mancung sangat, sayang kalau tak sentuh.

“Sakit la…so, kita nak ke mana sekarang?” aku bertanya sambil jemariku sibuk membuka balutan coklat tadi.
“Pergi hantar abang ke masjid dulu…Nina pergi la shopping apa yang patut…lepas Jumaat jangan lupa datang ambil abang balik.” Dia memberi penjelasan. Aku mengangguk tanda faham. Petang nanti kami akan sama-sama balik kampung.

“Ok, beres. Nina nak beli barang dapur je…nanti kita sama-sama masak kat rumah mak.” Aku menyambung kata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Semuanya dah selesai…” ada kesedihan pada suara itu. Aku hanya tersadai lemah di sudut bilik.
“Nina, bersabarlah!” air mataku disapu lembut. Emak juga perit sebenarnya menerima kejutan ini. Ilham tiada lagi! Masih lagi terasa kehangatan cintanya kepadaku…namun segalanya sekejap cuma. Kemalangan jalan raya semalam meragut kebahagiaan yang baru aku kecapi.


Masjid ini…sebagai saksi menghalalkan tautan dua hati yang sekian lama memadu kasih. Syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberikanku peluang untuk merasa nikmat sebagai isteri. Segala kenangan terindah akan kuabadikan sepenuh hati di lubuk hati ini. Untukmu suamiku, Ilham…kaulah ilhamku, kaulah memoriku.

Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini…

Label: , , ,

posted by Tanpa Nama @ 12:38 PG   6 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen :Sekeping hati untuk suraya
Assalamualaikum…..Suraya, Syah datang ni..maafkan Syah...sebab dah lama Syah tak jumpa Suraya. Syah bukan dah lupakan Suraya..tidak sekali-kali. Selagi Syah masih bernafas di bumi ini, Syah janji....Syah tidak akan lupakan Suraya. Walau sejauh mana pun Syah pergi, Suraya tetap berada di hati Syah. Di hati Syah sudah terpahat indah nama Suraya. Suraya tau kan itu semua?? Suraya.. dengar tak apa yang Syah cakap ni??

Suraya….tengoklah, Syah datang dengan siapa hari ni.. Syah bawa Ayu..cinta hati kita. Hari ni Ayu genap 2 tahun. Ayu semakin pintar dan lincah. Suraya tau, semua orang jatuh sayang pada Ayu. Ayu sempurna di mata semua orang yang menyayanginya. Rambutnya yang lurus, lebat dan hitam berkilat..seperti ada kuasa magnet yang mampu menarik tangan sesiapa jua untuk membelainya. Sepasang mata Ayu yang kuyu, mampu menumpahkan rasa sayang pada setiap orang yang merenungnya. Hidungnya kecil comel. Kulitnya halus mulus. Putih bersih. Semua yang Suraya miliki, tumpah pada cinta hati kita yang seorang ini. Suraya tau..Ayu juga semakin pandai berkata-kata…. walau pun kadang-kadang Syah tidak memahaminya. Tapi Suraya jangan bimbang..Syah janji, Syah akan didik Ayu agar sempurna budi bicaranya. Lembut dan sopan..sama seperti Suraya.

Suraya..rasanya sekejap sahaja masa berlalu pergi kan...Ayu sudah pun berusia 2 tahun. Rasanya seperti baru semalam kita berangan-angan untuk memiliki cinta hati..sebagai bukti betapa tulusnya benih cinta yang kita semai bersama… Syah ingat lagi betapa gembiranya Syah malam itu bila Suraya berbisik pada Syah bahawa ada satu nyawa yang akan bernafas bersama-sama kita di dunia ini. Satu nyawa yang akan Suraya lahirkan untuk kita.

Demi tuhan..Syah terlalu gembira Suraya...hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya Syah. Mengalir mutiara mahal dari mata Syah kala itu. Demi tuhan juga..kasih sayang Syah pada Suraya semakin mendalam…terlalu sukar untuk Syah zahirkan dengan untaian kata-kata. Andai diberikan emas permata, Syah pilih senyuman Suraya..andai Syah miliki mahligai indah, Syah hadiahkan untuk Suraya..Dalam berjuta bintang berkelipan..Suraya bagaikan kejora..antara ribuan emas menikam.. takkan Syah biarkan Suraya tenggelam..

Suraya….Suraya ingat lagi tak..itu di antara madah yang Syah berikan masa kita mula-mula memintal tali kasih dulu?? Tentu Suraya ingat kan….Suraya..walau pun sekarang Syah sudah lama tidak menulis madah cinta untuk Suraya..Syah harap Suraya tau bahawa hati Syah tidak pernah berubah.. masih seperti dulu. Malah hati Syah semakin utuh untuk Suraya. Tapi kala ini hati Syah bukan milik Suraya seorang..Suraya tak marah pada Syah kan?? Sekeping hati milik Syah kini juga milik cinta hati kita..Ayu….

Suraya....kadang-kadang Syah terasa sudah tidak mampu menempuhi liku-liku hidup yang mendatang…Syah perlu berkerja bertungkus-lumus saban hari. Dalam masa yang sama Syah juga perlu membahagiakan Ayu. Tapi tidak mengapa...kerana cinta hati kita.. Syah rela berkorban apa sahaja....Suraya jangan sedih..Syah tidak pernah marahkan Suraya walau pun Suraya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang mithali dan mama yang sempurna. Syah tidak akan merungut kerana Syah tau..Suraya tidak berdaya.. Syah juga tidak akan mengungkit kerana Syah tau Suraya lagi tersiksa menanggung beban bermula dari saat pertama Ayu bernaung di dalam rahim Suraya, sehingglah Ayu lahir ke dunia menyedut udara milik tuhan.

Syah tau..Suraya yang saban waktu merasai pergerakan Ayu di dalam perut, yang seirama dengan degupan jantung. Suraya juga yang akan merasai kesakitan bila Ayu menendang dari dalam perut... Syah ingat lagi..pada suatu malam tu, Suraya menangis kesakitan. Syah tergesa-gesa membawa Suraya ke hospital. Kata doktor, sudah sampai masanya untuk Suraya melahirkan. Syah lihat Suraya tidak bermaya. Baju Suraya semakin basah dengan keringat..bercampur dengan hujan air mata Suraya yang juga semakin lebat. Syah tau..Suraya sakit..tapi Syah tidak ada kuasa untuk menghilangkan atau sekurang-kurangnya berkongsi kesakitan itu. Tangan Suraya semakin kuat mencengkam lengan Syah..maafkan Syah Suraya..Syah tidak mampu berbuat apa-apa selain terus berada di sisi untuk meniupkan semangat dan kekuatan.

Syah dapat melihat..betapa kesakitan yang berpaut di tubuh Suraya saat itu tidak terucap bisanya. Demi melihat wajah Suraya..Syah tau..kesakitan itu tidak mampu Suraya ceritakan.. Syah sendiri terasa bagaikan tercabut jantung, saat melihat Suraya berusaha meneran dengan sepenuh kudrat yang ada.. bertarung dengan nyawa yang tiada galang-gantinya demi melahirkan nyawa milik cinta hati kita…

Syah panik melihat Suraya tercungap-cungap. Doktor yang kelihatan tenang, mula mempamerkan bimbang melihat betapa azabnya keadaan Suraya ketika itu. Darah membuak-buak keluar tapi Suraya belum juga melahirkan. Darah, keringat dan air mata Suraya..bagai berlumba-lumba untuk mengiringi saat-saat yang mendebarkan itu. Suraya ingat tak lagi? Suraya semakin tidak berdaya....masa tu, tanpa sedar..Syah bangun..mengucup dahi Suraya dan berbisik “Syah sayangkan Suraya sepenuh nyawa Syah.. Suraya kena kuat menghadapi saat ini..Syah ada kat sini..Syah tidak akan tinggalkan Suraya..Syah tunggu Suraya..”

Kala itu juga Suraya tiba-tiba meraung….mencengkam kuat lengan Syah..Suraya menarik nafas panjang dan menghembus deras, melepaskan beban kesakitan itu. Tatkala itu juga, pecah tangisan satu nyawa yang selama ini kita nantikan. Pada bibir pucat tak berdarah itu..Syah lihat Suraya tersenyum dalam kepayahan....Suraya tau, Syah resah saat itu..Syah berdoa agar Suraya tidak akan ditimpa apa-apa yang tidak diingini. Suraya membuka mulut mahu berbicara..tapi Suraya cuma mampu mengukir senyum. Senyum yang saban hari menemani Syah untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dan hari-hari yang telah berlalu pergi.

Dengan menghimpun sisa kudrat yang tinggal..Suraya membelai cinta hati kita yang telah Syah iqamatkan..Terpancar kasih seorang ibu dari sinar mata Suraya. Syah ingat lagi..selepas sahaja menyentuh cinta hati kita.. Suraya seakan-akan pulih dan bertenaga semula. Suraya sempat berbisik pada Syah..bahawa cinta hati kita akan dinamakan Hanna Ayuni. Syah angguk. Cantik nama itu. Nama yang kita rancangkan sekian lama semasa kita terlanjur berbicara tentang rumah tangga, tentang anak-anak. Sedangkan masa itu kita perlu berbicara tentang kuliah, tentang tugasan dan tentang ijazah yang perlu digenggam.

Suraya..Suraya ingat lagi tak semua itu?? Syah tau Suraya tak kan lupa.. Cuma Suraya tidak berdaya untuk membalas kata-kata Syah. Tidak apa Suraya..Syah faham..Syah tak marah..Mana mungkin Syah akan melepaskan amarah pada insan yang Syah cintai sepenuh nyawa..

Suraya….Ayu sudah merengek resah..Suraya dengar tak?? Dia lapar agaknya. Nampaknya Syah kena balik dulu Suraya..Syah pun dah lama ganggu Suraya dekat sini…Suraya jangan lah sedih..lain kali Syah datang lagi bawa Ayu.... Syah balik dulu Suraya… Lain kali Syah datang lagi.. Assalamualaikum..



-PERGILAH BINTANG KEJORA-

Kala hadirmu dalam hidupku jiwa ini bergoncang
Tidak pernah kupuja seindah dirimu,
Tidak pernah kunanti sesiapa sebelummu
Belum pernah kurindu bayang yang lain

Tautan ini terus terjalin...
Kau bagai mentari penyuluh pagiku
Hilangmu di malam hari pasti resah terasa
Namun, aku tahu kau masih tetap disisiku
Aku masih dapat merasa kehangatan sinar itu.

Masa terus berlalu...
Kau masih tidak pernah berubah...
Belaian kasihmu membuat aku seakan bukan di dunia ini,
Aku seakan terbang...indah sekali, tenang, asyik...ohh..
Kau...memang kau yg tercipta untuku. Terima kasih TUHAN.

Ikatan suci termeterai sudah,
Lautan rindu telah berpadu
Usikan manja pasti telah menunggu
Rajuk sayang menanti dipujuk.
Akukah yg berada disisimu?
Alam...sedarkanlah aku..jangan pisahkan aku dan dia.

Berita gembira kau khabarkan,
Jurang pemisah musnahlah kini.
Zuriat kita sudah mula bertanda.
Riangmu adalah harapan untukku;
Resahmu pastilah padah menunggu.

Sembilan bulan sudah berlalu...
Kini tangisan pertama itu menggelar dirimu sebagai seorang IBU
Matanya, hidungnya, bibirnya, rambutnya ...
Sama, sebati, seiras… dua jiwa dalam zaman yg berbeza.

Sungguh alam bukan penentu, hanya ALLAH yg lebih tahu.
Kebahagian kini harus berakhir..
Aku harus redha, harus tabah, harus yakin.
Tapi mengapa di waktu begini?
Mengapa disaat yg kudamba sudah kuperolehi?

Pergilah sayang... jangan menoleh berkata jangan.
DIA lebih menyayangi dirimu, DIA lebih berhak.
Ketahuilah, selagi darah ini masih berwarna merah.
Selagi hembusan nafasku masih belum bernoktah
Takkan kusia-siakan harapan amanahmu.
Semua pasti bagai direncana;insyAllah itulah kehendakNYA.
Bersabarlah, aku pasti akan menyusul.

Label: , , ,

posted by Tanpa Nama @ 12:32 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Ahad, Januari 20, 2008
cerpen : Keranamu Alia
Farzana Liayana / Syima syawal
http://syimasyawal72.blogspot.com/

Peperiksaan STPM sudah seminggu berakhir, segala perit jerih ketika meghadapi peperiksaan tersebut masih lagi terasa. Sudah seminggu juga rutin kehidupan Roha berubah, mengambil alih tugas neneknye menguruskan rumah. Seawal 5.00 pagi bagun siapkan sarapan untuk dua orang adiknye kesekolah dan bekalan untuk neneknye menoreh getah. Tengahari masak untuk makan tengah hari dan petang pula masak untuk makan malam.

Siti Rohayu gadis manis bertubuh langsing, bermata ayu serta berkulit putih tidak pernah menyesal dengan kehidupannya. Nenek ijah lah tempat mereka 3 beradik mendapat kasih sayang setelah ibubapa mereka meninggal dunia 3 tahun lalu. Dengan hanya menoreh getah di kebun peninggalan arwah suaminye itu lah nenek ijah membesarkan anak yatim piatu itu. Nenek Ijah bertekad takan sia-siakan masa depan tiga orang cucunye. Biarlah dia gunakan tulang empat keratnye ini bagi memastikan cucu nya mendapat pelajaran secukupnya. Nenek Ijah bersandar di pintu dapurnya. Roha sibuk menghidangkan makan tengah hari mereka. Sayur pucuk paku gulai lemak, ikan kering bersama sambal belacan sudah cukup membuka selera mereka sekerluarga. Dua adik Roha sudah pulang dari sekolah. Nenek Ijah terkenang peristiwa 3 tahun lalu.

"Nek Roha ingat nak berhenti sekolah, biar Roha cari kerja, boleh Roha sara adik-adik dan nenek tak payah susah payah menoreh lagi" usul Roha kepada neneknya setelah seminggu kedua ibubapanya pergi.

"Jangan nak mengada-gada Roha, jangan nak buat keputusan sendiri. Nenek tak benarkan kamu semua berhenti sekolah, kan ke Roha nak ambil SPM, nak jadi apa kalau tak ada pelajaran ?" jerkah nenek Ijah. Dia tak pernah meninggikan suara kepada cucu-cucunye itulah kali pertama. Airmata Roha menitis laju dipipinya. Niatnya untuk membantu tapi nenek nya tetap bekeras dengan keputusanya akhirnya Roha akur.

" Nek…makanan dah sedia, mari kita makan nek" panggilan Roha mengejutkan nek Ijah dari lamunan tanpa disedarinya airmata nek Ijah mengalir dipipi tua yang dah dimamah usia tu. Cepat-cepat dikesatnya airmata tu takut disedari oleh cucu-cucunya. Nek Ijah bingkas bangun menuju ke perigi untuk membasuh tangan dan membersihkan kakinya.

"emmm sedapnya lauk ni kak Long, kak Long ambil kat mana pucuk paku ni" tanya si azim adik Roha yang bongsu kini dalam darjah 6. Tahun ni Azim ambil UPSR. adik Roha yang kedua Azhar kini dalam tingkatan 2.

"alah kak long ambil kat belakang rumah tu je" jawab Roha ringkas.

Berat betul mulut Roha nak bagitau nenek nya tentang hajatnya itu. Dia khuatir Nek Ijah tak bersetuju dengan cadangannya. Roha keluar dari bilik setelah selesai mengerjakan solat Isyak, dilihatnya adik-adik sibuk menyiapkan kerja sekolah, neneknya sedang bersandar sambil memakan sirih. Roha menghampiri neneknya, dia memberanikan diri untuk menyuarakan hajat hatinya. Siang tadi ketika neneknya masih dikebun, Halimah datang bertandang kerumahnya. Halimah mengajaknya mencari kerja Kilang dibandar. Untuk mengisi masa terluang sementara menunggu keputusan. Roha berjanji akan memberi keputusanya esok. Tapi dia mesti berbincang dengan neneknya dahulu sebelum mengambil keputusan.

" Nek…ada perkara Roha nak bincangkan, "ujar Roha. Nek Ijah memandang Roha

" Ada perkara apa Roha" tanya Nek Ijah

" Tadi Halimah datang, dia ajak Roha cari keje kat bandar, kerja kilang, sementara tunggu keputusan keluar, boleh juga Roha bantu nenek," terang Roha. Terasa lega bila dah utarakan pada neneknya.

"kerja kilang? Tak payahlah Roha, nenek masih mampu lagi nak menyara kamu bertiga, kalau kamu pergi kebandar tu duduk dengan siapa, duduk bercampur dengan budak-budak yang tak baik. Nenek tak izinkan" tegas nek Ijah, sambil mulutnya menyongel sirih. Nek Ijah dah selalu benar mendengar kisah gadis kilang dibandar tu, ada juga budak dikampung tersebut yang bunting. Pergaulan mereka dibandar bebas. Tak ada siapa yang nak melarang. Nek Ijah tak mahu cucunya turuh terjebak, biarlah Roha duduk dirumah aje.

Roha tau keputusan neneknya takan berubah. Rasa menyesal pula Roha menyuarakan hasratnya itu mesti neneknya berasa bimbang. Roha tahu neneknya amat sayang pada mereka. Roha memandang ke wajah neneknya garis-garis tua sudah menyeluputi wajah neneknya. Kesian nenek detik hati Roha.

*****************************

Petang sabtu rumah usang Nek Ijah dikunjungi tetamu, anak saudara Nek Ijah yang duduk dibandar, sudah lama tak menziarahi Nek Iajh ujarnya. Saja menjengok. Mak cik Siti sepupu kepada ibu Roha datang bertandang. Sekarang ni mak cik Siti buka sebuah tadika dan Taska. Dah lama dia buat perniagaan tersebut. Roha tau mak cik siti memang berminat dalam bidang tersebut apa lagi mak cik siti tak ada anak. Dengan cara tersebut dapat juga mak cik siti dihiburkan dek keletah kanak-kanak.

"Roha, kau tak cari kerja ke?" soal mak cik siti bila Roha menghidangkan minuman keruang tamu.

"ada juga dia nak cari kerja kat bandar sana, kerja kilang, aku aja yang tak bagi" jawab nek Ijah. Belum sempat Roha menjawab.

Mak cik siti faham perangai nek Ijah mak long nya tu kalau dia kata tidak, tidaklah, sayang betul dia dengan cucunya yang satu ni.

"kalau gitu, Mak Long biar Roha ikut Siti aja, tinggal gan Siti, boleh juga dia bantu Siti kat Taska tu, lagipun memang Siti tengah cari cikgu ajar bahasa english ni, cikgu dulu dah berhenti ikut suaminya kat sabah, Roha kan pandai dalam bahasa english ….bolehlah mak long, susah tau siti nak cari cikgu, sekurang-kurangnya si Roha ni bolehlah bantu mak Long" pujuk mak cik Siti.

Nek Ijah serba salah, takut nak melepaskan cucu kesayangannya duduk dibandar.

"alah, Siti janji jaga Roha baik-baik, percayalah dengan Siti mak Long" pujuk mak cik Siti lagi.

Roha hanya mendiamkan diri membiarkan mak cik Siti dengan neneknya berbincang.

"Baiklah, tapi kau tengok-tengokkanlah si Roha ni ya, jangan kau biarkan pulak" ujar nek Ijah. Akhirnya memberi persetujuan kepada mak cik Siti.

Roha berkemas, berat hatinya nak meninggalkan nenek dan adik-adiknya. Selepas solat isyak Roha bertolak kebandar. Esok bermulalah hidup baru…….

****************************************

Pagi isnin, bermulah tugas Roha sebagai cikgu tadika. Dia telah diperkenalkan kepada kanak-kanak tadika tersebut. Roha melemparkan senyuman kepada mereka. Roha melihat satu persatu wajah kanak-kanak tadika Cergas Dan Pintar tersebut. Rata-rata berumur 5 hingga 6 tahun. Sungguh comel mereka. Di tadika tersebut ada 5 orang guru termasuk dirinya. Mak cik Siti menegndalikan bahagian taman asuhan (Taska)

"cikgu……nama cikgu sapa" tegur seorang kanak-kanak. Roha terkejut dari lamunan dia mengalih pandangan kearah kanak-kanak tersebut. Wajahnya sungguh comel. Kulit putih berambut panjang diikat dengan rapi. Dia tersengih menampakan barisan gigi susu yang putih bersih.

" nama cikgu Siti Rohayu bte Abu Bakar, nama awak siapa" soal Roha kepada kanak-kanak tersebut

"Nama saya Alia farhana bte Iqbal Alaudin cikgu..." jawabnya manja, Roha berkira-kira mesti kedua ibubapa kanak-kanak tu cantik kerana anakya begitu comel sekali.

"boleh Alia panggil cikgu Ibu…" soal anak itu lagi mengejutkan Roha.

"kenapa nak panggil ibu, Aliakan dah ada ibu"jawab Roha berhati-hati….terlihat ada kekecewaan dimuka Alia, Alia terus berlari ketempat duduknya dengan muka yang murung. Roha binggung, baru hari pertama dah ada yang buat perangai hai …sabar Roha pujuk Roha pada dirinya.

Hari-hari yang dilalui tidak membosankan Roha terhibur dengan telatah anak-anak tersebut tapi hati Roha sedikit pelik dan terasa janggal bila berdepan dengan anak yang seorang ni…Alia….entah kenapa sudah berkali-kali dia menegah Alia memanggilnya dengan panggilan "ibu"……sudah berkali-kali juga Roha mengajar Alia memanggilnya dengan panggilan cikgu tapi itu semua tidak dipedulikan. Alia tetap memanggilnya "Ibu"…akhirnya Roha malas nak melayan ah biarlah apa pun yang Alia nak panggil.

"macamana Roha, seoronok kamu dengan budak-budak tu" soal mak cik Siti sambil duduk disofa bersebelahan Roha. Malam tu pak cik Azlan tak ada dirumah pergi outstation. Pak cik Azlan kerja sebagai Pegawai pemasaran disebuah syarikat swasta dibandar JB ni. Memang sering outstation dan mak cik sering kesepian kerana tiada teman untuk berbicara. Mereka dah kahwin hampir 12 tahun tapi belum dikurniakan cahayamata. Belum ada rezeki setiap kali ditanya. Roha mengeluh, kesian mak cik Siti.

"Hei..Roha dengar tak mak cik tanya tadi" suara mak cik mengejutkan Roha.

"okeylah cik, seronok tengok keletah mereka semua, tapi……"

"tapi apa lagi Roha, ada yang tak kena ke?" soal mak cik Siti.

"Roha peliklah cik, kenapa si Alia tu panggil Roha ibu….manja betul dia dengan Roha" Roha bertanya sambil matanya memandang tepat pada muka mak cik Siti.

"oh…si Alia tu…kesian dia Roha kecik lagi dah ditinggalkan oleh mama dia, mama dia dah meninggal dunia sejak dia lahir lagi, sekarang ni nenek dia lah tempat dia bermanja," terang mak cik Siti

kini fahamlah Roha kenapa Alia beriay-iya mahu memanggilnya "ibu". Timbul rasa kesian dihati Roha sedangkan dia ditinggalkan ibu tak tertahan rasanya rindu belaian ibu inikan pulak budak sekecil itu.

"ayah Alia tu keje apa cik?" sola Roha berminat pula nak mengetahui latar belakang muridnya yang seorang itu.

"ayah dia bisnessman, bukak perniagaan sendiri, bisness apa cikpun tak ingatlah…okeylah Roha cik tidur dulu dah lewat malam dah ni" mak cik Siti berlalu ke bilik tidurnya. Roha termanggu sendiri belum sempat tanya lebih lanjut mak ciknya sudah pergi.

Roha masih lagi menonton filem kegemaranya. Matanya belum mengantuk lagi tapi dimalam ini tiba-tiba dia merasa kesepian pulak. Dia merindui sesorang, orang yang menjadi pembakar semangatnya…..dah lama dia tak berhubung…dah lupa ke dia pada ku……..

***********************************************

pagi ahad, Roha sedang sibuk menolong mak cik Siti menyiram pokok bunga. Banyak betul pokok bunga dirumah teres tu. Nampak indah ditaman mini milik mak cik Siti, Roha tenang sekali bila berada ditaman mini itu. Sedang asyik Roha menyiram pokok bunga sambil menikmati suasana pagi ring ! ring ! ring! Bunyi telefon membingitkan kedua insan tersebut. Lekas-lekas Roha masuk kerumah menyambut panggilan tersebut.

"Hello, Assalamualaikum"

"Hello, Wa’alaikumsalam…ooii Roha akulah Halimah….apalah kau ni diam je kat sana bukan nak telefon aku….boring betullah…..kau apa kabar" kedengaran suara Halimah menjerit memarahi kawan karibnya.

"ha..kau Halimah, aku ingatkan siapalah tadi, aku Alhamdulillah, bukan aku lupa kat kau cuma kau tu kan sibuk, akupun sibuk jadi memang tak sempat telelefon kau…kau apa kabar?"

"kabar baik…..eh kau tau result nak keluar minggu depan, kau balik ke tak?" kata Halimah

"minggu depan, eh mestilah aku balik, borang UPUpun aku dah beli, kau dah beli ke belum…tak sabar aku lah nak jumpa kau……"

"akupun dah beli jugak….lagi satu minggu lepas abang Hadi ada balik, dia tanya pasal kau, aku ada bagi no telefon kau kat dia…eh korang ni ada masalah ke…apa pasal kau tak bagi tau ke yang kau dah kerja kat situ?" pelik juga Halimah kerana Halimah tau kawan baiknya memang akrab dan lebih tepat lagi memang sedang berkasih dengan abang sepupunya itu.

"ha..abang Hadi balik…..eh dia tanya apa lagi pasal aku?" soal Roha tanpa mengendahkan pertanyaan Halimah.

"ya…dia balik minggu lepas, kan minggu lepas cuti krismas, kau aja yang tak balik…hei kau tak jawab lagi soal aku…kau ada problem ke?" soal Halimah tidak berpuas hati dengan jawapan teman karibnya itu…

"tak adalah cuma aku dah lama tak berhubung dengan dia, dia apa kabar sihat ke…..dah lama aku tak jumpa dia, surat akupun dia tak balas…aku tak tau apa salah aku…" terang Roha sambil menahan kesedihan dihatinya. Memang dah lama abnag Hadi tak mengirim berita, seolah-olah dirinya sudah dilupakan. Hatinya memang pilu menanggung rindu. Roha masih ingat lagi janji-janji abang Hadi sebeum masuk keUSM 4 tahun lalu…..

"percayalah Roha, abang takan lupakan Roha…..abang akan selalu ingat kat Roha, hanya Roha yang abang cinta, yang abang sayang" pujuk Hadi. Dilihatnya gadis yang disayanginya menitiskan air mata. Dimata ayu itu penuh kebimbangan, keraguan.

"Roha takut bang, Roha takut abang dah sampai kat sana, abang lupakan Roha, manalah tau dah jumpa gadis yang sama taraf dengan abang kat sana, siapalah Roha ni bang"

"abang janji Roha…abang janji" janji Hadi sambil mengucup tangan gadis idamannya…dikesatnya air mata Roha…

"ooiii…mak cik kenapa senyap je…kau masih disitu ke…" jerkah Halimah mengejutkan lamunan Roha…..

"Sorrylah…eh okeylah lain kali telefon lagi yek…dah lama sangat ni…minggu depan aku balik" Roha meletakan ganggang telefon…fikiran nya masih teringatkan pada Hadi..Mohd Hadi Bin Ahmad. Nama tu terus terpahat didalam ingatannya. Dia amat merindui pemuda itu. Pemuda yang sering membakar semangatnya. Dialah menjadi sumber inspirasinya. Hubungan mereka hanya melalui surat dan akan berjumpa dirumah Halimah bila cuti semesta. Kini abang Hadi ditahun akhir diUSM. Abang Hadi duduk di kampung sebelah. Tapi sejak kebelakangan ini abang Hadi menyepikan diri, surat-surat yang dikirim Roha tidak dibalas, sudah hampir setahun abang Hadi berperangai begitu. Roha sendiri tidak faham kenapa dan mengapa. Sudah berubah hati ke dia.

*******************************

Hari yang ditunggu sudah tiba Roha sudah pulang sejak semalam, pagi-pagi lagi Roha sudah bersiap untuk pergi ke sekolahnya untuk mengambil keputusan.

"Assalamualaikum…..Roha dah siap ke belum"kedengaran Halimah memberi salam.

"Wa’alaikum salam…..kejab aku dah siap dah" jawab Roha sambil mendapatkan Nek Ijah. Setelah bersalaman Roha terus menaiki kereta bapa Halimah menuju kesekolah.

Disekolah sudah ramai pelajar mengambil keputusan, ada yang berpelukan kegembiraan, ada yang menaggis dan tak kurang juga yang berwajah pucat lesi termasuklah dirinya. Tangan Roha terasa seram sejuk, agak berat kakinya untuk melangkah kebilik guru, belum sempat kakinya melangkah jauh kelihatan Devi, Sara dan juga rakan-rakan yang lain menyerbu kearah Roha sambil mengucapkan tahniah

"Tahniah, Roha kamu dapat keputusan cemerlang, kamu pelajar terbaik disekolah ni," Devi memeluknya begitu juga rakan-rakan yang lain. Hati Roha terasa lega. Dia sudah buktikan kepada neneknya yang cucunya juga boleh mendapat keputusan cermerlang begini. Selepas ini kehidupan mereka sekeluarga mesti berubah. Tak sabar rasanya nak beritahu neneknya.

Sampai dirumah neneknya menyambut berita itu dengan penuh kesyukuran. Nek Ijah tau cucunya memang pelajar bijak. Tak sia-sia dia berkorban selama ini. Nek Ijah berasa bangga.

"kak nah surah tadi adik ambil kat kedai pak Mat" adik bongsu Roha memberi sepucuk surat kepadanya. Roha membelek surat tersebut dan dia sudah pasti siapa pengirimnya. Hatinya mula berdebar dan dia merasa tidak selesa dengan kehadiran surat tersebut walaupun itu yang dia tunggu-tunggu selama ini.

Assalamualaikum

Buat Roha yang amat abang kasihi…apa kabar sekarang? Maafkan abang kerana sudah lama tidak menghantar berita. Sejak kebelakangan ini abang agak sibuk untuk tahun akhir semesta ini. Abang terlalu rindu kan Roha.

Roha,

Maafkan abang jika apa yang abang ini katakan disini akan menyakitkan hati Roha. Bukan kehendak abang semua ini berlaku. Ianya berlaku tanpa disengajakan. Perasaan ini datang secara tiba-tiba. Abang tewas dengan perasaan abang sendiri, abang kini sudah berteman. Dia datang dalam hidup abang tanpa diundang. Abang tidak boleh menolak cintanya kerana perasaan abang juga sama sepertinya. Abang terlalu mencintainya. Kami sudah berjanji akan berkahwin selepas habis semesta ini.

Maafkan abang sekali lagi Roha. Janganlah simpan dendam terhadap diri abang. Abang harap Roha dapat terima kenyataan ini dan abang harap Roha faham perasaan abang. Abang juga sayangkan Roha kalau bolah abang tak mahu kehilangan Roha tapi takdir menetukan segalanya. Abang bukan milik Roha tapi abang bakal milik Hairani.

Lupkanlah abang Roha, anggaplah apa yang berlaku sebagai kenangan kita, tapi kita boleh menjadi sahabatkan…..

Sekian saja. Salam sayang dari abang yang jauh.

Dari

Mohd Hadi Bin Ahmad

Surat yang dipeggang oleh Roha direnyokkannya. Hati Roha benar-benar pedih. Mengapa disaat ini, disaat dia gembira tiba-tiba dia mendapat berita duka……pilu…pilu…..peritnya hati ini …kedengaran lagu di corong radio makin memilukan hati Roha.

****************************

Pulang dari tadika Alia tak berhenti menanggis. Puas neneknya memujuk. Namun tidak berhenti juga. Bergegas Alaudin pulang kerumah bila mendapat telefon dari maknya.

"ada apa ni Alia, kenapa tak berhenti menangis ni" soal Alaudin kepada anak kesayanganya itu. Dibelai rambut Alia dengan penuh kasih sayang.

"papa, ibu nak berhenti keje. Ibu nak tinggalkan Alia….Alia tak nak kehilangan ibu….papa pujuklah ibu please…."rengek Alia.

"okeylah…nanti papa pujuk ibu Alia ya jangan berhenti sekarang anak papa mesti berhenti menangis okey, pergi mandi lepas tu makan okey"pujuk Alaudin

"promise ya papa" pinta Alia lagi ingin kepastian

"okey papa janji" Kini fahamlah Alaudin, Alia akan kehilangan guru tadikanya.

"siapa yang dipanggi ibu tu mak?" soal Alaudin sebaik saja Alia kebilik air.

"ooo…..alah cikgu baru dia tu nama nya Siti Rohayu tapi si Alia panggil dia "ibu"…."jawab Datin Rohana.

Hati Alaudin berasa lega bila melihat anaknya sudah tidak meragam lagi. Tapi hati nya juga mula bergetar bila mendengar nama Siti Rohayu….begitu indah nama itu mesti cantik dan ayu seperti namanya juga bisik hati kecil Alaudin. Dia kini dalam diam mula terpikat dengan nama tersebut…anggau ke dia kini……

Esoknya Datin Rohana pergi ke tadika Alia. Dia ingin sekali berjumpa dengan cikgu Roha. Roha terkejut dengan kehadiran Datin Rohana.

"ada apa Datin nak berjumpa dengan saya?" soal Roha.

"maaf cikgu, saya menggangu, semalam Alia menanggis bila dengar cikgu nak berhenti, kenapa cikgu nak berhenti..sudah dapat kerja lain ke?"

"tidak Datin, saya nak sambung belajar, saya dapat panggilan diUTM di sini aja," jawab Roha penuh sopan. Memang sejak dari tadi Datin Rohana memang menyenangi Roha, gadisnya bersopan santun, wajahnya juga cantik dan ayu seperti namanya juga.

"tak payah berdatin-datin dengan saya, panggil saja saya mak cik, kan lebih mesra. Alia kehilangan mamanya sejak dari lahir, dia memang ketandusan kasih sayang seorang ibu, sejak dia berjumpa cikgu, dia memang ceria, selalu saja cerita pasal cikgu, seolah-olah dia sudah mendapat kasih dan sayang tu dari cikgu, itulah kalau boleh saya nak Roha mengajar dia dirumah supaya dia tidak kehilangan Roha." Terang Datin Rohana

Roha terkedu dengan permintaan Datin Rohana, bolehkah dia melakukannya.

"kenapa papanya tak kawin lagi Datin…ooppsss mak cik" tanya Roha disamping juga ingin mengenali latar belakang Alia. Dia juga sudah mula menyukai Alia. Kanak-kanak yang pintar dan dengar kata.

"entahlah Roha…boleh mak cik panggil Rohakan…..mak cik dah suruh dia cari calon isteri tapi dia kata tak terfikir lagi, dia masih sayangkan arwah isterinya. Puas dah mak cik pujuk…oh ya..mak cik harap Roha fikirkan tentang permintaan mak cik tu ya….janganlah hampakan mak cik. Mak cik minta diri dulu" Datin Rohana bersalaman dengan Roha. Roha hanya memerhatikan wanita cantik tu. Walaupun sudah berusia tapi dia tetap kelihatan cantik. Orang berada….detik hati Roha….hatinya mula risau memikirkan permintaan Datin Rohana tadi apa yang perlu dia lakukan……..

**********************************

sudah dua tahun dia menjadi graduan dan sudah dua tahun juga dia mengajar tusyen Alia. Alia kini sudah masuk kedarjah satu. Semakin akrab dan semakin hari semakin sayang Roha pada Alia. Tapi selama dia mengajar Alia dirumah tak pernah sekalipun dia berjumpa dengan papa Alia. Roha mengenali En. Aluadin papa Alia melalui gambar dididing ruang tamu rumah banglo tersebut. Kacak dan hensom papa Alia. Macam pelakon salman khan pun ada.

Petang itu seperti biasa Roha datang kerumah Alia. Roha menunggang motosikal pemberian mak cik Siti. Senang kekuliah. Lagipun Roha memang menumpang dirumah mak cik Siti. Kebetulan UTM dekat dengan rumah mak cik Siti.

"Assalmualaikum" Roha memberi salam…..Alia meluru keluar rumah mendapatkan Roha.

"Walaikumsalam" jawab satu suara lelaki. Hati Roha berderau lalu memandang ke muka Alia

"Papa Alia ada rumah ke?" soal Roha. Alia hanya mengganguk kepala sambil menarik tangan Roha.. dia tak sabar nak memperkenalkan ibunya kepada papa.

"Papa, inilah ibu" kata Alia dengan gembira. Roha hanya memandang kemuka Alaudin"memang kacak" detik hati kecil Roha.

"Oh…inilah ibu Alia ya..apa khabar Rohayu" soal Alaudin sambil menghulurkan tangan kearah Roha. Roha terketaar-ketar menyambut salam tersembut. Alaudin memeggang erat tangan Roha "cantik dan ayu sekali" cetus hati Alaudin nakal….

"khabar baik…errr.." Roha melihat tangannya tidak dilepaskan oleh Alaudin. Dia mula serba salah sehinggalah.

"papa sudahlah tu…sakitlah tangan ibu…" tegur Alia mengejutkan papanya. Alaudin terasa malu dengan teguran itu.

"maafkan saya" pintanya lalu meneruskan membaca akhbar yang dipenggang nya sejak tadi.

Sejak pertemuan itu hati Roha tidak keruan, Alaudin seolah-olah mencari peluang untuk bertemu dengannya. Memang itulah yang sedang Alaudin lakukan. Kalau tidak memandang gadis pujaannya, dia akan merasa rindu. Dia ingin sekali memiliki hati gadis itu tapi bagaimana caranya dia tak tahu. Roha terpaksa melupakan perasaan gusarnya kerana dia dibayar gaji untuk mengajar Alia bukanya free dan bukan masanya dia untuk bercinta kedua kalinya cukuplah hatinya telah dilukai oleh Hadi dulu. Teringatkan Hadi hati Roha terasa sakit. Roha dengar berita Hadi sudah berkahwin dengan gadis pilihannya. Mungkin dia sudah bahagia sekarang.

Roha dan Alaudin semakin rapat tapi sebagai majikan dan pekerja sahaja pada Roha. Tapi bagi Alaudin dia sudah jatuh cinta pada Roha. Alia dapat rasakan perasaan papanya dan kalau boleh dia inginkan Roha menjadi ibu sebenar pada dirinya. Dia terlalu sayang pada Roha dan acapkali angan-angan itu diluahkan pada neneknya. Datin Rohana sedar tentang perubahan anak tunggalnya itu. Alaudin sudah pandai membahagikan masa pada keluarga, ini semua kerana Roha.

Sudah seminggu Roha tidak datang kerumah Alia. Alia mula merenggek dan menanggis rindukan Roha. Walaupun cuti semesta Roha tetap akan mengajar Alia tusyen kerana Roha sudah berjanji dengan Datin Rohana. Tapi entah kenapa Roha tidak muncul-muncul.

"nenek…mana ibu nek…..kenapa ibu tak datang…..Alia rindukan ibu…" rengek Alia. Alia tidak makan dan seolah-olah kehilangan sesuatu ini semakin merunsingkan Datin Rohana begitu juga Alaudin.

" Din pergilah cari Roha dirumah mak cik nya tu…manalah tau dia tak sihat ke….mak tengok siAlia tu dah rindu sangat pada Roha." Pinta Datin Rohana. Bukan Alia saja yang rindu mak…saya juga bisik hati Alaudin. Fikirannya juga buntu memikirkan kehilangan Roha.

Badan Alia lemah dan dia demam sudah 3 hari dia demam dan tak mahu makan. Datin Rohana semakin panik.

"Din kamu tak pergi ke kerumah mak cik Roha tu…pergilah cari dia…tak kesian ke dengan anak kamu ni….." desak Datin Rohana sambil menitiskan airmata tak sanggup melihat cucu kesanyangannya sakit.

**************************

Kereta BMW meluncur laju menuju kekampung halaman Roha. Dia mesti mencari gadis itu..dia mesti menerangkan kedudukan sebenar. Dibelakang kereta Datin Rohana juga turut serta dan Alia demamnya semakin pulih kelihatan kegirangan diraut wajahnya. Dia begitu ceria kerana bila disebut hendak bertemu Roha sepantas kilat dia bersiap. Tak sabar dan rindunya pada ibunya.

Dia tak percaya apa yang diceritakan oleh mak cik Siti. Sungguh dia tak percaya. Kenapa sanggup mereka rosakan hubungan mereka. Kenapa mereka sanggup melukakan hati Roha. Alaudin menjadi geram. Geram kerana tidak percaya mereka sanggup melakukan apa saja untuk mencapai hajat mereka.

"kenapa kau sanggup lakukan itu semua Zetty?" marah Alaudin pada adik ipar nya.

"Zetty cakap apa yang betul bang……hanya Zetty aja yang layak…." Jawab Zetty dengan wajah yang selamba.

"hei…dengar sini ya…urusan hidup abang tak perlu Zetty masuk campur….biar abang uruskan sendiri, Zetty tak ada hak Tu." Marah Alaudin lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Dia tak sabar lagi diperlakukan begitu.

"apa salahnya bang. Apa kurangnya Zetty ni berbanding dengan dia" jerit Zetty…Datin Mariam meluru keruang tamu dimana perbalahan antara menantunya dengan anak kesayangannya itu.

"Yalah Din, kenapa tidak Zetty jadi penganti…kenapa tidak?" soal Dati Mariam masuk campur.

"kenapa tidak….kenapa nak heretkan saya dalam masalah Zetty mak? Kenapa? Mak ingat saya tak tau yang Zetty sekarang tengah mengandung…saya tak sanggup jadi cina buta….saya tak sanggup menanggungtanggungjawab diatas perbuatan orang lain" jawab Alaudin. Begitu serius wajahnya. Muka Datin mariam berubah. Sudah tahu rupanya maksud dan niat hati mereka sekeluarga. Dia sangkakan boleh selindungkan malu itu bila kahwinkan Zetty dengan bekas menantunya itu.

"Din bukan maksud mak nak…" belum sempat Datin Mariam teruskan kata-kata Alaudin sudah menyampuk

"Sudahlah mak….itu keputusan saya, tidak ada siapa boleh ubahkan. Maafkan saya mak" Alaudin terus bangun menuju kekereta BMW miliknya dia.

Kereta terus melunjur laju. Dia mesti segera sampai kekampung itu.

Roha masih lagi disitu. Sudah 2 jam dia berada ditepi sungai belakang rumahnya. Air mata sudah tidak dapat dibendung lagi. Mengapa dia harus melalui cabaran ini. Mengapa tuhan menduganya begini.

"hei perempuan kampung….kau dengar sini ya. Kau tak layak mengantikan kakak aku, kau ni layak sebagai tukang gaji aja" getus perempuan itu.

"kenapa ni saudari, saudari nak cari siapa, apa yang saudari cakapkan ni saya tak faham…" Roha kebinggungan

"jangan buat-buat tak faham untuk pengetahuan kau aku bekas adik ipar Alaudin dan bakal isterinya. Kau jangan nak rampas dia dari aku. Kau tak layak duduk disisinya. Dasar perempuan kampung" sekarang fahamlah Roha siapa perempuan cantik di hadapannya kini. Memang Roha akui perempaun dihadapannya memang cantik, menawan, bertubuh langsing dan sofistikated.

"maafkan saya cik, saya tak pernah ada apa-apa hubungan dengan Encik Alaudin, saya hanya mengajar tusyen anaknya saja tak lebih dari itu" terang Roha cuba mengawal perasaannya. Roha juga ada maruah dan harga diri tak sepatutnya dirinya dihina begitu.

"ah..jangan nak pura-puralah orang miskin macam kau ni dah kelabu mata bila lihat orang kaya, cuba cermin sikit muka tu…." Sergah perempuan itu dengan megah.

"jangan kau harap dapat menikmati harta peninggalan kakak aku ya, hanya aku aja yang layak menjadi pengantinya, kau ni layak jadi bini orang angkat sampah tu aja, jangan mimpi disiang hari" sambung perempuan itu lagi.

"cik..cik boleh kata apa saja tapi jangan nak bermegah diri sangat ya, saya tahu saya miskin tapi saya tak miskin budi bahasa dan tidak kurang ajar seperti cik, tolong tinggalkan rumah ini sebelum apa-apa terjadi" suara Roha mula meninggi mengejutkan mak cik Siti didapur. Bergegas mak cik Siti keluar dari rumah

" ada apa Roha, apa yang terjadi ni" soal mak cik siti, dia lihat ada seorang wanita tidak dikenali bersama dengan Roha.

"Ingat..kalau kau kacau dan rapat lagi dengan Alia dan Alaudin. Nahas kau aku kerjakan" amaran perempuan tu lalu terus memecutkan keretanya laju.

Roha terus mendapatkan mak cik Siti sambil menanggis teresak-esak. Tak tahan rasanya menerima penghinaan tersebut.

"sabarlah Roha……" pujuk mak cik Siti.

"kak, nenek suruh balik ada orang datang rumah" panggilan adik bongsunya mengejutkan Roha dari lamunan cepat-cepat dia mengesat air mata. Siapa pula yang datang rumah ni. Lambat-lambat Roha melangkah menuju kerumahnya.

Sampai dihalaman rumah dia melihat kereta yang amat dikenalinya. Hati Roha berdebar rasanya dia tak mahu berhadapan dengan situasi yang menyakitkan hatinya lagi tapi dia juga tak boleh berpatah balik dan lari dari semua masalah takan selesai masalah kalau hanya megelakan diri. Dia harus berhadapan dengan kenyataan.

"Assalamualaikum…." Roha memberi salam

"Wa’alaikumsalam "jawab semua yang ada didalam rumah.

"ibu…..ibu" Alia menerpa Roha sambil menanggis

"ibu pergi mana, kenapa tinggalkan Alia, ibu tak sayang Alia lagi ke" sayu aja bunyinya. Roha juga turut menanggis. Dia juga rindukan alia. Dia memeluk alia erat. Sepasang mata memerhatikan saja gelagat dua insan tersebut. Dari pandangan itu juga terubat sedikit kerinduannya.

Roha bersalaman dengan tetamu yang datang. Roha mengambil tempat duduk disebelah neneknya. Dia cuba tersenyum cuba menyembunyikan masalah yang melanda jiwanya kelihatan senyuman nya tawar. Roha memangku Alia. Habis muka Roha dicium oleh Alia. Dia betul-betul rindu.

"sudahlah Alia, ibukan penat tu, mari duduk dengan nenek kat sini…" panggilan Datin Rohana tidak diendahkan langsung oleh Alia. Dia mahu melepaskan rindu pada Roha.

"Roha, maafkan mak cik sebab manganggu Roha dan cari Roha sampai kesini, siAlia ni demam sebab rindukan Roha, mak cik juga minta maaf sebab kejadian yang berlaku keatas Roha, mak cik Roha dah ceritakan semuanya pada mak cik, mak cik harap Roha jangan endahkan apa yang dia orang kata, mak cik dan Alaudin tak pernah berjanji apa-apa dengan mereka, percayalah…mak cik akan selesaikan perkara ini" Datin Rohana cuba meyakinkan Roha.

"pilihan hati Alaudin hanya satu, anak mak cik dah tetapkan pilihan hatinya dan kami akan meminangnya secepat mungkin" sambung Datin Rohana lagi. Muka Roha berubah. Hatinya mula berdebar-debar.

"marilah Nek Ijah kita kedapur biarlah mereka bincang hal mereka, saya dah lama rindukan suasana kampung begini, Alia biar papa nak berbual dengan ibu, Alia ikut nenek ya…" usul Datin Rohana. Nek Ijah semacam faham maksud Datin Roahana lalu mengekori nya kedapur. Alia juga mengekori neneknya.

"Roha mari kita duduk dibawah pokok didepana halaman itu, abang ada perkara nak dibincangkan" Aluadin bersuara sambil memandang tepat kewajah Roha, Roha akur lalui mengikut saja.

Mereka duduk dibawah pokok yang rendang itu. Dibawah pokok inilah Roha selalu bermain, menyiapkan kerja sekolah dan menenangkan fikiran.

"ada perkara apa bang" suara Roha agak bergetar apa lagi dengan panggilan "abang". Dia juga seakan tidak percaya boleh memanggil Alaudin dengan panggil tersebut.

"emm….abang nak minta maaf diatas kekasaran bekas adik ipar abang tu, abang dengan dia tak pernah ada hubungan apa-apa dan kami juga tak pernah berjanji apa-apa. Hubungan kami hanyalah ipar sahaja, sekian lama isteri abang meninggal abang tak pernah membuka hati abang untuk menerima mana-mana wanita. Entahlah abang pun tak tahu kenapa, sukar untuk melupakan arwah…..pengalaman bersamanya terlalu singkat. Kami hanya sempat hidup bersama selama 3 tahun, dan setelah itu kami berpisah untuk selama-lamanya, Allah lebih sayangkan dia dari abang" Alaudin mula bercerita. Ada riak kesedihan diwajahnya.

"boleh saya tahu arwah isteri abang sakit apa?" tanya Roha cuba memberanikan diri untuk mencungkil rahsia lelaki itu.

"dia sakit ketumbuhan pangkal rahim, sepatutnya dia tak boleh mengandung tapi dia nak juga melahirkan Alia dan selepas melahirkan Alia dia meninggal dunia" cerita Alaudin lagi. Dia cuba menahan sebak. Bukan niatnya untuk bercerita kesedihan hatinya pada Roha tapi dia ingin meluahkan sesuatu yang terpendam sekian lama dihatinya. Dia mesti berterus terang.

"Roha…sebenarnya abang……" resah bunyinya suara Aluadin. Roha jadi serba salah. Hatinya mula tidak keruan.

"ada apa sebenarnya bang…cubalah berterus terang…kalau Roha boleh bantu, InsyAllah Roha bantu," ujar Roha penuh keyakinan.

"Roha sebenarnya setelah sekian lama hati abang tertutup, kini abang sedar ada seorang gadis yang telah berjaya mengetuk pintu hati abang, dia lah wanita yang abang cari selama ini, bagi abang selain diri abang, abang mahu dia menyayangi anak abang sepenuh hatinya…dan abang sudah jumpa kini….Roha …abang…abang cintakan Roha…abang tak boleh berbohong lagi, Rohalah pilihan hati abang seperti mana yang mak katakan tadi…abang nak jadikan Roha suri hidup abang" berjaya juga Alaudin meluahkan perasaan hatinya. Dia menggengam erat tangan Roha. Dia mahu Roha tahu semuanya. Hati ini milikmu Roha. Roha tersentak dan air matanya bercucuran laju. Dia tidak menjangka sejauh ini perginya hubungan mereka. Roha tertunduk sayu.

" Roha maafkan abang….kalau Roha menolak abang tak hairan kerana abang hanyalah seorang duda anak satu, abang tau ini akan membebankan Roha, Roha seorang gadis mana mungkin nakan duda seperti abang" Alaudin cuba memancing perasaan Roha. Dia juga ingin tahu isi hati gadi pujaannya itu.

"abang….bukan maksud Roha begitu…Roha tengah belajar bang, Roha nak dapatkan ijazah…Roha tak nak orang pandang hina pada Roha, abang mesti faham, Roha juga sayangkan abang…sayangkan Alia tapi…" secara tak sengaja Roha juga meluahkan isi hatinya. Ada keceriaan di wajah Alaudin. Dia tahu kini cintanya berbalas. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.

"tapi kenapa Roha…..apa lagi yang tak kena" soal Alaudin inginkan kepastian.

"kalau boleh biarlah Roha habiskan study dulu, Roha nak bantu nenek dan adik-adik…abang fahamkan" terang Roha dengan suara yang lembut sekali.

"Roha abang faham..habis aja Roha study kita kawin, keluarga Roha, keluarga abang juga…abang akan tanggung keluarga Roha..percayalah dengan abang…."janji Alaudin. Dia mahu keluarga Roha juga hidup lebih selesai itulah janjinya.

Genggaman tangan mereka semakin erat seolah sudah bersatu seperti bersatunya hati mereka. Alaudin mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan dia menyarungkan sebentuk cicin dijari manis Roha. Alaudin mengucup tangan Roha. Pergilah duka. Datanglah gembira dan kalau tak kerana Alia mereka takan bersatu begini. Terima kasih Alia. Kebahagiaan juga milik kami akhirnya.

3 novel Syima syawal yang berada di pasaran :
Janji seorang sahabat
Mencari Pelangi
Satu Anugerah

Label: , , ,

posted by Tanpa Nama @ 2:57 PTG   18 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Mentari muncul lagi

"Eeiii...abang ni!!” jeritanku menggegarkan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Cahaya.
Abang yang sedang tersengih macam kerang busuk itu kukejar dengan bantal, habis tunggang-langgang segala isi perut rumah.
"Aduh...! Sakitnya!!" jeritan abang pula menggamatkan suasana rumah. Bantal yang berada di tangan kuhenyak-henyakkan keatas badan abang. Jeritan abang meminta aku menghentikan aktivitiku, kubiarkan sahaja.

"Biarkan abang rasa. Sape suruh kacau ina tengok cerita Card Captor Sakura???" bisik hati kecilku.
Namun aku terpana seketika setelah menyedari bahawa bantal yang kuhenyak-henyakkan ke atas badan abang mula memuntahkan isinya.

"Oopps..." aku dan abang saling berpandangan dan tersengih.
Kuperhatikan sekitar ruang tamu itu, macam kapal nak karam sahaja rupanya.
Majalah bertaburan. Kerusi tunggang-langgang. Kekabu merata-rata.
"Memang macam sarang tikus..."aku mengomel sendiri.
Keakraban antara aku dan abang memang tidak dapat disangkal lagi. Kadang-kadang ini menimbulkan konflik antara aku dan rakan-rakan sekuliahku, terutamanya yang berlainan jantina denganku.

Mungkin ini menyebabkan mereka sukar untuk mendekatiku. Mana taknya, aku lebih selesa berkepit dengan abang berbanding dengan teman sekuliahku. Lagipun aku malas untuk memikirkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajaranku. Biarlah apa orang nak kata, asalkan aku happy dengan kehidupanku.

Abanglah segala-galanya bagiku setelah kedua orang tuaku maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira 17 tahun yang lalu. Sejak itu, abanglah menjadi temanku, abang jualah yang menjadi musuhku dan abang jugalah yang menjadi tempat aku meluahkan segala senang susahku.

Pernah juga terdetik di mindaku, bagaimana dengan diriku andai abang tiada di dunia ini? Mampukah aku untuk meneruskan kehidupanku tanpa abang di sisiku? Mampukah aku???

Namun segera kulontarkan jauh segala yang terlintas dimindaku. Aku tidak mahu memikirkannya kerana aku tahu aku belum bersedia untuk menerima segala yang terjadi.

***
Seperti biasa, selesai sesi tutorialku aku segera pulang ke rumah menaiki bas. Pada kebiasaanya abang akan menjemputku, tetapi hari ini aku mula bertekad untuk pulang sendiri. berdikarilah konon!!!

Sampai sahaja di rumah aku segera mamanjat anak tangga untuk ke bilikku. Aku segera merebahkan badanku ke atas tilam yang begitu kuimpikan sejak di dalam dewan kuliah lagi.

"Aargh...leganya!!! Entah mengapa kurasakan begitu penat sekali. padahal hari ini tiada latihan bola jaring pun. Mungkin pra-haid kot," aku bermonolog sendiri.

Tiba-tiba aku tersedar apabila jam locengku berbunyi. Lantas aku duduk dibirai katil dan memandang jam di atas meja solekku.

"Aik..baru pukul tiga. Siapa pulak yang gatal kunci jam ni???" aku tertanya sendirian.
Aku lantas bergegas menuju ke bilik air setelah teringat bahawa aku belum lagi menunaikan solat zohor.
Selesai menunaikan kewajipanku sebagai hamba-Nya, aku segera memohon keampunan buat diriku, abangku dan kedua orang tuaku. Semoga mereka tenang di alam sana.

Selepas itu, aku teringin membuang masaku dengan menonton televisyen.tiba-tiba langkahku terhenti apabila melintasi bilik abang. Teringin juga aku melihat keadaan bilik abang, padahal bilik itulah yang sering aku kunjungi suatu ketika dulu.

Hatiku tiba-tiba bergetar sewaktu tanganku memegang tombol pintu bilik abang.
"Masya-Allah...macam tempat kucing beranak..."aku menggelengkan kepalaku tatkala melihat bilik abang.
"Hapak...patutlah asyik membebel baju tak de..." aku berbisik sendirian sambil mengenangkan sikap abang yang asyik mengomel bahawa bajunya tiada untuk dipakai.

Baju abang yang bersangkutan di dinding dan bertaburan di lantai kukutip dan kumasukkan ke dalam bakul untuk dibasuh. Buku-buku serta majalah abang yang bertaburang di atas katil kukemas satu persatu. tiba-tiba sekeping sampul berwarna coklat jatuh dari peganganku.

Zafrin Shauki
No. 31 Jalan 2/3B
Taman Cahaya
43650 Bangi.
***
Sedang aku leka menonton 'Maya Mira', aku terdengar deruman kereta abang memasuki perkarangan rumah. tombol pintu yang dipulas menambahkan lagi degupan jantungku.

"Aik..! Awal adik abang balik?" abang memulakan pertanyaannya.
Diam. Abang terus mengambil tempat di sebelahku.
"Asal diam ni? Demam ke?" suara abang dikeraskan sedikit.
Diam.
Air mata kutahan dari berjujuran jatuh. Tanpa membuang masa aku segera menyarahkan sampul surat yang berwarna coklat itu kepada abang dan meninggalkan abang termangu-mangu. Aku segera berlari menaiki tangga menuju ke bilikku.

Aku menangis sepuas-puasnya. bantal yang berada di sisi, kupeluk erat. Aku kesal dengan sikap abang. Aku lantas membaringkan diri memandang kipas yang sedang berputar laju seolah-olah sama ligat dengan fikiranku yang sedang berkecamuk.

***
Aku dan abang tidak bertegur sapa lagi. Masing-masing dengan hal sendiri.
Jika abang di dapur, aku pasti berada di ruang tamu. jika abang di ruang tamu, aku pasti melarikan diriku ke dalam bilik. Aku dan abang bagaikan orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain,

Sudah puas abang memujukku, namun hampa. Sudah berkali-kali abang membelikanku coklat kegemaranku, black forest, namun aku masih mengukuhkan tembok keegoaanku. Tetapi sebenarnya, cokalt itu sudah pasti habis kuhadamkannya.

***
Aku ingin mencari ketenangan selesai tamat kuliahku. Kepalaku terasa berat. Lantas aku menghayunkan langkah kakiku ke taman permainan di belakang rumah. Kelibat kanak-kanak yang sedang leka bermain mengayikkanku. tiba-tiba aku terkenangkan zaman kanak-kanakku bersama abang.

"Abang..."
Sudah agak lama aku tidak menyebut perkataan ini sejak hal tempoh hari. Air mataku menitis lagi.
"Kakak..! Tolong amikkan bola tu..." Aku lantas mengesat air mataku dengan hujung lengan bajuku. Kanak-kanak yang bertocang itu menunjukkan bola yang berada di kakiku.

Lantas aku mengambil dan menyerahkan kepada si kecil itu. Datang pula si abang memimpin tangan si adik ke arah ibu mereka di bawah pokok yang bertentangan denganku. Aku menghantar mereka dengan sebuahsenyuman manis.

Aku segera teringatkan abang. Aku membuka langkah seribu untuk pulang ke rumah. Aku bertekad untuk memohon keampunan dari abang. Sampai sahaja di rumah...

Untuk Ina, adik abang...
Maafkan abang atas apa yang berlaku...bukan niat abang untuk menipu Ina. Tapi, percayalah abang buat semua ini kerana Ina adalah tangungjawab abang dan amanah dari arwah ayah dan ibu. Jadi abang akan pastikan ina mendapat segala keperluan dengan secukupnya. Walaupun Ina dan besar, namun bagi abang, Ina adalah seperti kanak-kanak yang masih perlukan perhatian dari abang. Sebab itulah abang tolak tawaran abang ke UPSI.

Biarlah abang di sini untuk menjaga Ina. Abang sayangkan Ina dan tolong jangan mendera abang lagi. Abang dah tak tahan lagi... Ina...please forgive abang. abang sayang Ina.

-abang-
Surat abang habis renyuk dalam genggamanku. Kalau abang berada di sini tentu abang akan melihat adiknya menangis tanda kekalahan. Biarlah. Aku pasrah. Aku menangis sepuas-puasnya tanda bersalah terhadap abang.

***
Malam ini aku akan pastikan berlaku sesuatu yang istimewa antara aku dan abang. Aku bertekad untuk memasak pada malam ini walaupun aku sebenarnya jarang memasuki dapur untuk memasak. Biasanya abang yang akan lakukan perkara ini bukannya aku.

Aku terpaksa bersedia dengan apa sahaj kemungkinan yang akan kuterima setelah abang pulang.
"Assalammualaikum..." kedengaran suara abang.
Tanpa dijemput abang segera mengambil tempat duduknya di hadapan aku.
"Wah..adik abang masak ye malam ni??
Aku tersenyum kambing.
Tangan abang ligat mencuba itu ini. akhirnya abang bersuara...
"Iissshh...ape ni?? Dah la masin, sayur pahit. Sup ni pula kurang rasa ni.. air tawar berdenut..." abang mula memecah kesunyian.

Aku hanya mampu menahan telinga. Mata kujegilkan kepada abang tanda tidak berpuas hati. Abang hanya mampu tersengih seperti biasa.

"Nak makan, makan je la... jangan nak banyak songeh plak. Bersyukurlah Ina dah masak ni," aku memulangkan paku keras kepada abang.

Kaki abang di bawah meja kusepak tanda geram teramat.
"Aduh!!" abang menjerit kesakitan.
Aku dan abang saling berpandangan dan ketawa bersama-sama. Ketawa aku dan abang mula memecahkan keheningan malam.
Akhirnya aku dapat rasakan kesunyian yang melanda rumah teres dua tingkat itu beransur hilang. Rumah itu kembali ceria dengan gelak ketawa antara aku dan abang. Kini mentari muncul lagi.

Label: , , ,

posted by Tanpa Nama @ 1:34 PTG   9 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
cerpen : Kalau itu suratan
Fina zain
curiousbaby86@yahoo.com

“Huh!”Pak Kadir mengeluh. Dia duduk bersahaja di atas lantai sambil menhisap rokok udang garamnya itu. Mak Jijah hanya memerhati. Hatinya rancak berkata-kata. Apalah dia rungutkan dalam hati tu? Mesti ada yang tak kena.! Dia menghampiri suaminya itu dengan membawakan secawan air kopi susu panas kegemaran suaminya.

“Bang, air,”pelawa Mak Jijah sambil menepuk perlahan belakang suaminya.

“Letak je kat situ,”suara Pak Kadir sedikit tegas. Mak Jijah hanya menurut. Apa kenalah orang tua ni? Pelik!

“Kenapa dengan abang ni, hah? Balik-balik dari kerja muka macam ada masalah. Sejak akhir-akhir ni abang dah lain,”tanya Mak Jijah. Suaranya agak mendatar. Mata Pak Kadir bertentang dengan mata Mak Jijah. Kaku!

“Mak, Aiman pergi dulu ya. Ayu nak ikut sekali boleh tak?”tanya Aiman sopan. Dia mengendong adiknya Ayu yang terencat itu dengan penuh kasih sayang.
Pada setiap petang selepas pulang dari sekolah, Aiman pasti membawa adiknya itu bermain di taman permainan berhampiran dengan sekolahnya. Walaupun jarak rumahnya dengan taman permainan agak jauh, namun bagi Aiman dia sudah biasa dengan keadaan itu. Baginya, adiknya Ayu perlu didedahkan dengan dunia luar supaya dia tidak berasa tertekan jika asyik berada di rumah.

“Em, pergilah. Jaga adik kamu baik-baik,”pesan Mak Jijah acuh tak acuh. Pandangannya tertumpu semula kepada Pak Kadir. Aiman mencapai tangan ayah dan ibunya. Tangan itu selalu dikucup setiap kali keluar dari rumah. Aiman terus melangkah.

“Apalah nasib kita, Jijah!”Pak Kadir mengeluh lagi. Dahinya berkerut seribu. Mak Jijah terdiam. Dia pasrah!

“Ada anak tapi seorang pun tak boleh diharap! Hakimi…harap saja pandai, tapi tak membantu langsung. Ayu cacat…sorang lagi tu lembab pula!”Pak Kadir melepaskan keluhan yang berat. Raut wajahnya sedikit kecewa! Ya, kecewa yang teramat!
Aiman tersentak. Ayah marahkan aku ke? Menyesalkah dia mempunyai anak yang bodoh macam aku? Bisik hati kecilnya. Dikesat perlahan matanya yang mula menitiskan manik-manik kaca. Ayu hanya memerhatikan abangnya yang sedang memakaikan kasut untuknya. Mereka masih berada di laman rumah pada ketika itu. Belum sempat Aiman terus melangkah, dia terdengar baris-baris ayat yang terpacul keluar daripada ayahnya itu. Kecil hatinya. Tapi apakan daya. Dia terima hakikat itu. Benar kata ayah, aku ni lembab! Tak berguna! Air matanya menitis lagi, kali ni lebih deras.
Kehidupan mereka sekeluarga sememangnya daif. Ayahnya hanya bekerja di Kilang Simen milik Tuan Rasyid, kenalan ayahnya. Abangnya, Hakimi masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi. Walaupun abangnya itu mempunyai kelebihan dikurniakan akal yang bijak, dia hanya dengan dunianya sahaja. Dia langsung tidak mengambil berat terhadap hal yang melibatkan keluarga. Apatah lagi untuk menjaga adik perempuannya yang terencat itu. Hakimi sendiri malu mengakui mempunyai adik yang cacat sebegitu. Bukan itu sahaja, apabila berada di rumah ketika cuti semester, dia langsung tidak mahu membantu untuk meringankan beban keluarga. Dia hanya tahu melepak bersama kawan-kawan dan tidur sahaja di rumah. Lain benar sifatnya dengan adik lelakinya, Aiman. Aiman seorang anak yang patuh pada keluarga. Malah, dia rajin menolong emak dan ayahnya pada masa lapang. Cuma dia ditakdirkan kurang cerdas berbanding dengan abangnya. Hendak dikatakan tidak mengulangkaji pelajaran, dia selalu sahaja membuat latihan apabila ada waktu lapang. Mungkin takdirnya! Tidak semua perkara dapat dikecapi walaupun kita berusaha mendapatkannya. Jika itu sudah suratan buatnya, dia akur. Pasrah!
Di rumah, Aiman rapat dengan neneknya iaitu mak kepada Pak Kadir. Nek Timah selalu menemani Aiman, teman untuk berbual-bual dan tempatnya untuk bermanja. Mak Jijah dan Pak Kadir tidak begitu memanjakan Aiman. Kadang-kala Aiman terasa terasing dalam dunianya sendiri. Mujur ada nenek dan Ayu! Peneman aku di kala sunyi! Gerutunya seorang diri. Abang Kimi? Huh, dia hanya tahu bermain dengan telefon bimbit yang baru dibelinya itu. Tit Tit…mesej masuk! Mak Jijah berbuih-buih mulutnya menyuruh Hakimi ke kedai membeli barang dapur. Haram dia pergi! Alih-alih, Aiman yang baru darjah enam itu juga yang pergi. Aduh! Apa nak jadi dengan anak aku ni? Hati Mak Jijah memendam rasa. Dugaan…dugaan! Ayu? Uwek…wek…yeaa…uuu…yek. Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya! Sepatah perkataan pun tak tahu cakap! Mak ke, ayah ke…haram! Tak boleh sebut langsung! Pak Kadir termanggu sendirian. Kimi, Ayu, Aiman! Bila kamu nak menyenangkan aku?! Hati Kadir memberontak. Fikirannya melayang seketika. Kini dia mula memikirkan keadaan maknya yang sedang terlantar sakit di rumah. Kakinya dah macam hendak dimakan ulat! Luka yang agak teruk kerana mengidap penyakit kencing manis tahap serius. Hendak di hantar ke hospital, dia tidak mampu membiayai kos perubatan emaknya itu. Dia mengeluh lagi! Terasa ingin meraung sekuat hatinya! Arghhhhhh!!!!

“Biar saja saya yang kerja pulak!”suara Mak Jijah kian meninggi seolah-olah mencabar suaminya pula.

“Awak jangan nak merepek! Sudah, abang lapar! Nak makan!”bentak Pak Kadir. Dia lantas meraba-raba rokok di dalam kotak kecilnya itu.

“Abang ni dah hilang akal, apa!”Mak Jijah melawan. Dia merampas kotak rokok yang dipegang suaminya lalu dilontar jauh ke luar rumah.
“Eh, apa yang awak tak puas hati ni Jijah? Abang dah bosan tahu!”tengking Pak Kadir. Angin satu badan dibuatnya! Bini aku ni bukan nak meredakan aku, malah menaikkan api kemarahan aku saja! Hatinya berbisik.

“Daripada abang habis duit beli rokok, baik abang simpan saja duit tu untuk mak abang yang menyusahkan tu! Saya dah penat tahu! Penat layan karenah mak abang tu!”bebel Mak Jijah tidak puas hati. Hubungannya dengan mertuanya itu tidak pernah erat. Ada saja yang tak kena. tanya Aiman saja yang selalu melayan Nek Timah. Baik memberinya makan mahupun memimpinnya ke bilik air apabila neneknya hendak buang air kecil atau besar.

“Awak jangan bagi saya hilang sabar, Jijah! Aiman tak merungut, awak yang lebih-lebih tu kenapa? Tak payah awak sibuk-sibuk nak kerja, saya ketua keluarga. Pandai-pandailah saya cari duit!”suara Pak Kadir semakin meninggi bersama dengan egonya itu. Mak Jijah mencebik. Dia kembali ke dapur untuk memasak. Malas aku nak layan egonya! Kata Mak Jijah dalam hati.

-----------------------------------------------------------------------------------

“Aiman…aiman…nenek nak minum ni!”Nek Timah memanggil-manggil nama Aiman. Mahu sahaja Mak Jijah menutup mulut mertuanya itu. Bingit telinga aku ni! Bising betul! Bebel Mak Jijah. Dia ke dapur menuangkan air ke dalam gelas dengan tergesa-gesa. Matanya merah menahan air matanya dari terus mengalir. Dia tidak sanggup menghadapi keadaan itu lagi! Bahunya terasa terbeban dengan segala masalah. Buntu! Kaku! Kecewa! Kesal! Itu sahaja perkataan yang bermain-main dalam fikirannya sekarang. Adakah aku melawan takdir? Berdosanya aku!

Pap! Gelas kaca itu jatuh berderai di atas lantai.
“Adoi! Ada saja yang tak kena! Penat aku!”bentak Mak Jijah. Dikutipnya serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Aiman yang kebetulan baru pulang terus mendapatkan emaknya.

“Biar Aiman yang buat,”dicapainya penyapu dan penyodok lalu disapunya serpihan kaca itu perlahan-lahan. Mak Jijah membiarkan Aiman membantunya.

“Air…air…mana air ni, Aiman!”Nek Timah memanggil lagi. Kali ni suaranya lebih kuat. Mak Jijah mengetap bibir. Aiman hanya memerhati.

“Tunggu jap ye nek. Nanti Aiman ambilkan,”jerit Aiman supaya neneknya dapat dengar dengan jelas memandangkan neneknya juga mengalami masalah pendengaran.

“Aiman, terus je menyapu tu. Biar mak saja yang melayannya,”ujar Mak Jijah sambil menuangkan air ke dalam gelas yang lain pula. Kemudian, dia bingkas menuju ke bilik Nek Timah.

“Nah, lain kali jangan memekak macam tu! Jah bukan pekak macam mak!”jerkah Mak Jijah selamba. Sudah biasa dia berkelakuan begitu, sejak Nek Timah mula terlantar sakit. Perangai orang tua ni makin menjadi-jadi! Bebel Mak Jijah lagi.

“Jah, mak teringin nak makan kuih koci. Teringin sangat! Boleh tak Jah belikan untuk mak,”pinta Nek Timah lagi. Buang tabiat ke apa orang tua ni? Sakit kencing manis dah tahap kritikal lagi mahu makan kuih koci yang manis tu! Melampau sungguh! Rungut Mak Jijah dalam hati.

“Mak, janganlah menyusahkan saya lagi! Kaki mak tu dah nak berulat tahu! Nanti kena potong baru tahu. Eeee…ngeri! Paham tak?”ujar Mak Jijah sambil meletakkan gelas yang berisi air itu di atas meja berdekatan Nek Timah.

“Mak nak sikit je, secubit pun jadilah,”rayu Nek Timah.

“Tak boleh!”tegas Mak Jijah lalu melangkah keluar dari bilik itu. Aiman merenung emaknya yang ‘angin semacam itu’. Nek Timah terdiam. Dia tidak meminta-minta lagi. Dicapainya gelas yang berisi air itu lalu diminum perlahan-lahan.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Hakimi tersedar daripada tidur. Cuti-cuti duduk kat rumah pun tak tenang! Bising! Baik aku tak payah balik! Gerutunya dalam hati. Hakimi bangun dari tidur agak lewat hampir pukul 1 tengahari, bangun-bangun saja terus ke dapur mencari makanan untuk dimakan.

“Mak, nasi mana? Orang lapar ni,”rungut Hakimi.

“Kau tu, bangun-bangun tidur terus melantak. Tak reti-reti bangun awal sikit tolong mak kat dapur ke, pergi tolong ayah kau kat kilang tu ke. Dapat juga duit poket cuti-cuti ni,”bebel Mak Jijah.

“Mak, Kimi dah la penat belajar. Masa ni lah Kimi nak berehat, tenangkan otak. Alih-alih, kusut fikiran Kimi ni bila balik sini!” balas Hakimi acuh tak acuh.

“Apa-apa aja lah kau tu. Mak ada banyak benda nak fikir, bukan pasal kau sorang je tahu!”Mak Jijah terus berlalu meninggalkan Hakimi terpinga-pinga.
Aiman menggeleng-gelengkan kepala. Abangnya ni memang dah tahap melampau. Mengada-ngada sungguh! Aiman kemudiannya mendapatkan Ayu yang sedang duduk di atas lantai berhampiran ruang tamu yang sempit itu.

“Ayu, nak makan? Nanti abang Aiman suapkan,”tanya Aiman sambil mengusap-usap rambut adiknya itu.

“Wek…yeaa…uuuu…aaaa,”balas Ayu. Kepala Ayu terangguk-angguk tanda mahu namun dia tidak mampu untuk berkata-kata.. Aiman faham bahasa adiknya itu, memandangkan dia seorang sahaja yang rajin melayan adiknya itu.

“Huh! Aiman, Aiman…kau ni dahlah sengal. Apa yang kau faham apa si Ayu tu nak?”perli Hakimi. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk sahaja. Harap muka saja kacak, perangai mengalahkan jin bertendang!

“Sudahlah, abang Kimi. Sengal-sengal Aiman ni, ada hati dan perasaan. Bukan macam abang, harapkan ada otak, akal tak ada,”balas Aiman. Geram rasanya mendengar sindiran Hakimi. Aiman biasanya hanya menurut, tidak pernah melawan. Tetapi kali ni, dia sudah hilang sabar.

“Hei, budak kecik! Kau jangan nak mengajar aku pula. Kecik-kecik dah nak mampus, bila besar menyusahkan orang,”hendik Hakimi sesuka hatinya.

“Cukup!”Pak Kadir tiba-tiba muncul. Mukanya merah menahan marah. Ada sesuatu yang lebih membangkitkan kemarahannya.

Pang!
Satu tamparan hinggap ke pipi Hakimi. Berdarah bibirnya. Tersentak Aiman melihat abangnya ditampar dengan sebegitu kuat. Jantungnya berdegup dengan kencang. Apa pula tindakan ayah selepas ini?

“Ayah tak sangka, selama ni kau menipu ayah dan mak kamu tu!”suaranya bergetar. Sebak Pak Kadir ketika itu. Mak Jijah pelik. Penipuan apa pula yang dicipta Hakimi?

“Apa yang ayah cakap ni? Kimi tak faham,”Hakimi bingung. Dia tidak dapat menangkap baris ayat yang dikatakan oleh Pak Kadir.

“Kamu dah berhenti belajar, bukan? Sejak bila kamu dah pandai menipu ni,hah? Ayah dan mak tak pernah ajar! Kenapa dengan kamu ni, hah? Kau yang ayah harapkan,
tapi lain jadinya!”air matanya menitis. Mak Jijah tergamam. Benarkah kata-kata suaminya itu? Air muka Hakimi tiba-tiba berubah. Bagaimana ayah tahu?

“Maafkan, Kimi…Kimi tak mampu nak teruskan. Kimi sering gagal dalam peperiksaan. Nak sambung, tak ada duit. Kimi tak nak susahkan ayah dan mak lagi!”Hakimi dihantui rasa bersalah.
Dia berlutut mencium kaki Pak Kadir. Dia benar-benar menyesal. Kemudian dia berlutut pada kaki Mak Jijah pula. Dikucup kaki Mak Jijah berkali-kali sambil meminta maaf. Mak Jijah menepuk-nepuk dahinya! Apalah nasib keluarga aku ni?

“Maafkan, Kimi!!!”air matanya turut mengalir. Ayu hanya memerhati. Dia masih tidak mengerti tentang kehidupan.
“Maa…maak…ayaahh…,”semua mata tertumpu kepada Ayu. Ayu boleh memanggil ayah dan juga mak? Ya Allah, akhirnya Kau kabulkan juga doaku! Detik hati Mak Jijah. Pak Kadir tersenyum penuh makna walaupun dia baru saja bersedih tadi. Nek Timah mula mengesot-esot menghampiri depan pintu bilik. Dia kuatkan semangat untuk melawan kelemahan diri disebabkan sakitnya itu.

“Aiman yang ajar Ayu bercakap mak, ayah. Selama ni, yang Aiman bawa dia keluar petang-petang tu, Aiman cuba ajar dia bercakap. Alhamdulillah, Ayu dah boleh sikit-sikit,”terkesima Pak Kadir, Mak Jijah dan Hakimi mendengarnya.

“Aiman…maafkan ayah kerana selalu mengecil-ngecilkan kebolehan kamu! Ayah silap dalam menilai kamu, maafkan ayah!”Pak Kadir memeluk erat anaknya itu. Timbul rasa kekesalan kerana selalu mengabaikan Aiman yang selama ini banyak berjasa kepada keluarga.

“Maafkan, mak juga. Mak sayangkan kamu Aiman! Mak sayangkan kamu!” air mata Mak Jijah mengalir. Aiman dan Ayu dipeluknya erat. Dirinya benar-benar menyesal. Aku selalu mengabaikan tanggungjawab aku selama ni. Ya Allah! Maafkan aku! Hakimi turut memeluk adiknya itu. Sudah timbul rasa kasih dalam dirinya. Penyesalannya mula menghimpit diri kerana mengabaikan peranannya sebagai abang dan anak lelaki dalam keluarga!

“Jah…,”Nek Timah memanggil dengan suara yang lemah. Mak Jijah terkejut melihat Nek Timah sudah berada di depan pintu bilik.

“Mak, macam mana boleh jadi macam ni?”dipapah Nek Timah kembali ke katil.
“Mak nak ke dapur. Mak nak cuba bangun sendiri tapi tak mampu,nak!”ujar Nek Timah bersungguh-sungguh. Mak Jijah terpana. Hakimi dan Pak Kadir cepat-cepat membantu. Aiman pula membawa Ayu ke tandas kerana adiknya itu hendak membuang air besar.

“Maafkan Jah, mak! Selama ni Jah selalu berkasar dengan mak. Jah mintak maaf sangat-sangat!”wajah Nek Timah dikucupnya berkali-kali sambil tangan mentuanya itu digenggam erat. Rasa keinsafan mula menular ke segenap tubuhnya. Dia dapat rasakan sinar kebahagian kian menerpa ke dalam hidupnya setelah sekian lama.

“Mak dah lama maafkan kamu, Jah!”balas Nek Timah. Dia tersenyum kecil. Tangannya cuba menyatukan tangan Pak Kadir dan Mak Jijah. Mata Mak Jijah dan Pak Kadir saling berpandangan. Rasa kasih kembali bertaut. Kalau itu sudah suratan, aku terima seadanya! Bisik hati kecil Mak Jijah.



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Al-Baqara :: 286

Label: , , ,

posted by Tanpa Nama @ 1:23 PTG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group