Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Eeiii...abang ni!!” jeritanku menggegarkan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Cahaya. Abang yang sedang tersengih macam kerang busuk itu kukejar dengan bantal, habis tunggang-langgang segala isi perut rumah. "Aduh...! Sakitnya!!" jeritan abang pula menggamatkan suasana rumah. Bantal yang berada di tangan kuhenyak-henyakkan keatas badan abang. Jeritan abang meminta aku menghentikan aktivitiku, kubiarkan sahaja.
"Biarkan abang rasa. Sape suruh kacau ina tengok cerita Card Captor Sakura???" bisik hati kecilku. Namun aku terpana seketika setelah menyedari bahawa bantal yang kuhenyak-henyakkan ke atas badan abang mula memuntahkan isinya.
"Oopps..." aku dan abang saling berpandangan dan tersengih. Kuperhatikan sekitar ruang tamu itu, macam kapal nak karam sahaja rupanya. Majalah bertaburan. Kerusi tunggang-langgang. Kekabu merata-rata. "Memang macam sarang tikus..."aku mengomel sendiri. Keakraban antara aku dan abang memang tidak dapat disangkal lagi. Kadang-kadang ini menimbulkan konflik antara aku dan rakan-rakan sekuliahku, terutamanya yang berlainan jantina denganku.
Mungkin ini menyebabkan mereka sukar untuk mendekatiku. Mana taknya, aku lebih selesa berkepit dengan abang berbanding dengan teman sekuliahku. Lagipun aku malas untuk memikirkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajaranku. Biarlah apa orang nak kata, asalkan aku happy dengan kehidupanku.
Abanglah segala-galanya bagiku setelah kedua orang tuaku maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira 17 tahun yang lalu. Sejak itu, abanglah menjadi temanku, abang jualah yang menjadi musuhku dan abang jugalah yang menjadi tempat aku meluahkan segala senang susahku.
Pernah juga terdetik di mindaku, bagaimana dengan diriku andai abang tiada di dunia ini? Mampukah aku untuk meneruskan kehidupanku tanpa abang di sisiku? Mampukah aku???
Namun segera kulontarkan jauh segala yang terlintas dimindaku. Aku tidak mahu memikirkannya kerana aku tahu aku belum bersedia untuk menerima segala yang terjadi.
*** Seperti biasa, selesai sesi tutorialku aku segera pulang ke rumah menaiki bas. Pada kebiasaanya abang akan menjemputku, tetapi hari ini aku mula bertekad untuk pulang sendiri. berdikarilah konon!!!
Sampai sahaja di rumah aku segera mamanjat anak tangga untuk ke bilikku. Aku segera merebahkan badanku ke atas tilam yang begitu kuimpikan sejak di dalam dewan kuliah lagi.
"Aargh...leganya!!! Entah mengapa kurasakan begitu penat sekali. padahal hari ini tiada latihan bola jaring pun. Mungkin pra-haid kot," aku bermonolog sendiri.
Tiba-tiba aku tersedar apabila jam locengku berbunyi. Lantas aku duduk dibirai katil dan memandang jam di atas meja solekku.
"Aik..baru pukul tiga. Siapa pulak yang gatal kunci jam ni???" aku tertanya sendirian. Aku lantas bergegas menuju ke bilik air setelah teringat bahawa aku belum lagi menunaikan solat zohor. Selesai menunaikan kewajipanku sebagai hamba-Nya, aku segera memohon keampunan buat diriku, abangku dan kedua orang tuaku. Semoga mereka tenang di alam sana.
Selepas itu, aku teringin membuang masaku dengan menonton televisyen.tiba-tiba langkahku terhenti apabila melintasi bilik abang. Teringin juga aku melihat keadaan bilik abang, padahal bilik itulah yang sering aku kunjungi suatu ketika dulu.
Hatiku tiba-tiba bergetar sewaktu tanganku memegang tombol pintu bilik abang. "Masya-Allah...macam tempat kucing beranak..."aku menggelengkan kepalaku tatkala melihat bilik abang. "Hapak...patutlah asyik membebel baju tak de..." aku berbisik sendirian sambil mengenangkan sikap abang yang asyik mengomel bahawa bajunya tiada untuk dipakai.
Baju abang yang bersangkutan di dinding dan bertaburan di lantai kukutip dan kumasukkan ke dalam bakul untuk dibasuh. Buku-buku serta majalah abang yang bertaburang di atas katil kukemas satu persatu. tiba-tiba sekeping sampul berwarna coklat jatuh dari peganganku.
Zafrin Shauki No. 31 Jalan 2/3B Taman Cahaya 43650 Bangi. *** Sedang aku leka menonton 'Maya Mira', aku terdengar deruman kereta abang memasuki perkarangan rumah. tombol pintu yang dipulas menambahkan lagi degupan jantungku.
"Aik..! Awal adik abang balik?" abang memulakan pertanyaannya. Diam. Abang terus mengambil tempat di sebelahku. "Asal diam ni? Demam ke?" suara abang dikeraskan sedikit. Diam. Air mata kutahan dari berjujuran jatuh. Tanpa membuang masa aku segera menyarahkan sampul surat yang berwarna coklat itu kepada abang dan meninggalkan abang termangu-mangu. Aku segera berlari menaiki tangga menuju ke bilikku.
Aku menangis sepuas-puasnya. bantal yang berada di sisi, kupeluk erat. Aku kesal dengan sikap abang. Aku lantas membaringkan diri memandang kipas yang sedang berputar laju seolah-olah sama ligat dengan fikiranku yang sedang berkecamuk.
*** Aku dan abang tidak bertegur sapa lagi. Masing-masing dengan hal sendiri. Jika abang di dapur, aku pasti berada di ruang tamu. jika abang di ruang tamu, aku pasti melarikan diriku ke dalam bilik. Aku dan abang bagaikan orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain,
Sudah puas abang memujukku, namun hampa. Sudah berkali-kali abang membelikanku coklat kegemaranku, black forest, namun aku masih mengukuhkan tembok keegoaanku. Tetapi sebenarnya, cokalt itu sudah pasti habis kuhadamkannya.
*** Aku ingin mencari ketenangan selesai tamat kuliahku. Kepalaku terasa berat. Lantas aku menghayunkan langkah kakiku ke taman permainan di belakang rumah. Kelibat kanak-kanak yang sedang leka bermain mengayikkanku. tiba-tiba aku terkenangkan zaman kanak-kanakku bersama abang.
"Abang..." Sudah agak lama aku tidak menyebut perkataan ini sejak hal tempoh hari. Air mataku menitis lagi. "Kakak..! Tolong amikkan bola tu..." Aku lantas mengesat air mataku dengan hujung lengan bajuku. Kanak-kanak yang bertocang itu menunjukkan bola yang berada di kakiku.
Lantas aku mengambil dan menyerahkan kepada si kecil itu. Datang pula si abang memimpin tangan si adik ke arah ibu mereka di bawah pokok yang bertentangan denganku. Aku menghantar mereka dengan sebuahsenyuman manis.
Aku segera teringatkan abang. Aku membuka langkah seribu untuk pulang ke rumah. Aku bertekad untuk memohon keampunan dari abang. Sampai sahaja di rumah...
Untuk Ina, adik abang... Maafkan abang atas apa yang berlaku...bukan niat abang untuk menipu Ina. Tapi, percayalah abang buat semua ini kerana Ina adalah tangungjawab abang dan amanah dari arwah ayah dan ibu. Jadi abang akan pastikan ina mendapat segala keperluan dengan secukupnya. Walaupun Ina dan besar, namun bagi abang, Ina adalah seperti kanak-kanak yang masih perlukan perhatian dari abang. Sebab itulah abang tolak tawaran abang ke UPSI.
Biarlah abang di sini untuk menjaga Ina. Abang sayangkan Ina dan tolong jangan mendera abang lagi. Abang dah tak tahan lagi... Ina...please forgive abang. abang sayang Ina.
-abang- Surat abang habis renyuk dalam genggamanku. Kalau abang berada di sini tentu abang akan melihat adiknya menangis tanda kekalahan. Biarlah. Aku pasrah. Aku menangis sepuas-puasnya tanda bersalah terhadap abang.
*** Malam ini aku akan pastikan berlaku sesuatu yang istimewa antara aku dan abang. Aku bertekad untuk memasak pada malam ini walaupun aku sebenarnya jarang memasuki dapur untuk memasak. Biasanya abang yang akan lakukan perkara ini bukannya aku.
Aku terpaksa bersedia dengan apa sahaj kemungkinan yang akan kuterima setelah abang pulang. "Assalammualaikum..." kedengaran suara abang. Tanpa dijemput abang segera mengambil tempat duduknya di hadapan aku. "Wah..adik abang masak ye malam ni?? Aku tersenyum kambing. Tangan abang ligat mencuba itu ini. akhirnya abang bersuara... "Iissshh...ape ni?? Dah la masin, sayur pahit. Sup ni pula kurang rasa ni.. air tawar berdenut..." abang mula memecah kesunyian.
Aku hanya mampu menahan telinga. Mata kujegilkan kepada abang tanda tidak berpuas hati. Abang hanya mampu tersengih seperti biasa.
"Nak makan, makan je la... jangan nak banyak songeh plak. Bersyukurlah Ina dah masak ni," aku memulangkan paku keras kepada abang.
Kaki abang di bawah meja kusepak tanda geram teramat. "Aduh!!" abang menjerit kesakitan. Aku dan abang saling berpandangan dan ketawa bersama-sama. Ketawa aku dan abang mula memecahkan keheningan malam. Akhirnya aku dapat rasakan kesunyian yang melanda rumah teres dua tingkat itu beransur hilang. Rumah itu kembali ceria dengan gelak ketawa antara aku dan abang. Kini mentari muncul lagi.
-syabas, cerpen yang berjaya mengisahkan hubungan adik-abang.. kalu diperkuatkan lagi dengan kenapa abang bertindak begitu... ada hubg sosial dengan lelaki tidak semestinya merosakkan unless lelaki itu ditonjolkan sebagai 'buaya'.. -bahasa dan kemas dan 'klausa' dan 'kosa kata'menarik. -anda berjaya timbulkan 'kasih abang', cuma persoalannya 'sayang' sebagai 'apa'?? adik sahaja atau lain2.. -cinta ada dalam pelbagai warna, jangan lupa itu ya.. -anyway, syabas... p/s ada masa give comment to cerpen cinta untuk gadsku.. sis norafuad
walaupon cerpen nie orng kate mmbosan kan tp bg sy..ia okay.. krna pnulis brjaya juga mmbawa unsur2 kkeluargaan disini...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mcm cerpen kanak2 la...sory er.