BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Disember 07, 2009
Novel : Cinta tak bersyarat 3
Nama Pena : nufa shyairan

RYZAL ketawa besar melihat reaksi Riezq yang keresahan. Tidak pernah dia melihat sahabatnya dalam keadaan sebegitu. Nampaknya Riezq benar-benar tidak mahu mengikut telunjuk mamanya dalam soal yang penting ini.

"Boleh tak kau berhenti ketawa?" soalnya geram. Ketawa Ryzal mati. Kemudian tawanya kedengaran kembali. Riezq mendengus geram dengan telatah Ryzal.

"Okeylah beb aku minta maaf tapi aku tak pernah lihat kau macam ni. Relaks okey. Aku pun sedang cari orang yang boleh dipercayai untuk menjayakan misi kau ni." Ujarnya separuh bergurau.

"Papa aku pun dah bertanya. Aku nak hal ni diselesaikan cepat. Lagipun bukan lama, just pretend depan keluarga aku aje. Bila aku dah pindah semua ini akan selesai." Ujarnya.

"Aku akan tolong kau. Don’t worry." Ryzal menelan liur. Di mana harus dia mencari calon ‘isteri’ untuk Riezq itu? Sengaja dia menempah bala. Walaubagaimanapun Riezq adalah sahabatnya dan dia harus membantu.

Ryzal pulang ke pejabat dengan perasaan yang resah. Dia telah berjanji dan harus menunaikannya. Dalam dia mengelamun tubuhnya terlanggar seseorang.

"Maaf encik saya tak sengaja." Ryzal mendongak.

"Awak?"

Mereka sama-sama bersuara. Kemudian Ryzal mengerutkan dahinya.

"Saya akan mula kerja kat sini. Besok baru mula kerja." Terangnya seperti mengerti tanda tanya di hati lelaki tu. Dia tersenyum.

"Kerja di bahagian mana?" soalnya.

"Pemasaran." Jawabnya sepatah.

"Okeylah semoga awak gembira bertugas di sini. Selamat memulakan tugas." Ujar Ryzal dan terus berlalu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Tidak menyangka akan bertembung dengan perempuan itu di sini. Lebih-lebih lagi di syarikat Riezq. Macam berjodoh pula. Mula-mula di kampungnya kemudian di sini. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Otaknya berputar mengingati sesuatu. Dia berpaling kembali kebelakang. Perempuan itu telah menghilang entah ke mana. Dahinya berkerut-kerut. Kemudian kepalanya menggeleng. Merasakan fikirannya yang terpesong agak jauh tadi.

Mana mungkin dia menggunakan perempuan sebaik itu. Perempuan itu sudah terlebih menderita dengan masalah yang melandanya. Lagipun dia gadis yang baik-baik dan tidak mungkin akan menerima cadangan itu jika dipinta sekalipun.

********************************************
Rania Qyrina mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia melirik jam di tangannya. Dadanya makin berdebar apabila menyedari masa yang makin berlalu. Dia mengutuk dirinya yang terlewat bangun padahal dia telah mengunci jam. Tetapi jam itu pula yang buat hal di saat-saat penting begini. Dia berdoa di dalam hati agar semuanya berjalan lancar.

Dia memandang pintu lif yang masih belum terbuka. Perasaannya makin berdebar-debar. Matanya memandang tangga di sebelah kanan. Berniat untuk memanjat tangga. Kemudian dia mematikan hasratnya apabila menyedari pejabatnya terletak di tingkat 15. Gila . Mahu mampus sebelum sempat sampai. Apabila pintu lif terbuka, dia cepat-cepat meloloskan dirinya dan menekan nombor 15. Namun belum sempat pintu lif tertutup ada seseorang yang melambaikan tangan dari jauh. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Atau lebih tepat lagi dia memang tidak mahu menunggu.

" Sorry " laungnya. Dia bergegas keluar apabila pintu lif terbuka. Siapa yang harus dia temui? Ah, satu lagi masalah. Rasa ingin menangis pun ada apabila menyedari dia benar-benar berada dalam kesusahan. Hari pertama yang menyusahkan dirinya. Ibu!!!!! Jeritnya di dalam hati.

"Cik Rania Qyrina?"

Dia berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Wajah manis seorang wanita yang lebih berusia sedikit daripadanya menyapa. Dia tersenyum hambar. Tidak ikhlas. Perasaan cemas masih merajainya.

" Ya saya." ujarnya.

" Saya Hasliza, tapi orang sini panggil kak Liza." Tuturnya.

Sememangnya aku tidak ada masa untuk berkenalan buat masa ini. Kenapalah orang yang digelar kak Liza ini boleh menegurku tika ini?

Dia menatap jam.

"Kenapa lambat?" soal wanita itu.

"Saya….."

" Dah lah. Jom ikut akak. Nasib baik bos pun belum sampai. Tambahnya. Rania qyrina terkebil-kebil memandang Hasliza.

"Akak ni setiausaha En.Riezq. Akak sepatutnya dah kenalkan Cik Qyrina dengan staf-staf yang lain tapi elok rasanya kalau akak tunjukkan bilik cik Qyrina dulu. Cepatlah sebelum bos sampai. " ujar Hasliza. Rania Qrina mengangguk. Dia masih tidak dapat focus dengan bicara wanita itu. dia masih berdebar-debar. Tetapi kakinya cepat mengekori langkah hasliza. Mereka berhenti di hadapan bilik yang tertera penolong pengurus. Ini lah biliknya, duganya.

"Ini bilik cik Qyrina. Kalau perlukan apa-apa akak ada di depan." Ujar hasliza dan berlalu. Dia masih ada banyak perkara yang ingin ditanya kepada wanita itu tetapi wanita itu kelihatan tergesa-gesa. Dia melangkah ke dalam bilik yang sederhana besar itu. dia menghenyakkan punggung di kerusi. Satu keluhan terbit dari bibirnya. Barulah dia merasa lega.namun bunyi telefon di hadapannya membuatkan dia terperanjat besar. Lama telefon itu berbunyi barulah dia mengangkatnya.

" Hello." Ujarnya perlahan.

"Qyrina masuk bilik saya."

Dia mengerutkan dahi mendengar suara seorang lelaki di hujung talian.

"Bilik siapa?"ujarnya bodoh.

"Sayalah." Tambahnya.

"Awak siapa?" soalnya lagi.

"Riezq, bos awak."

Mendengar ayat lelaki itu dia terdiam seketika. Air liur ditelan lambat-lambat.

"Erm ,maaf encik Riezq. Sekarang ke?"

"Ya sekarang." Tegas kedengaran suara lelaki itu dan membutkannya kembali gementar. Tetapi mengapa? Pasti kerana permulaan yang tidak baik. Dia bergegas menuju ke bilik lelaki itu.
Pintu bilik pengurus besar diketuk perlahan. Dia melangkah perlahan apabila kedengaran suara yang menyuruhnya masuk. Wajah lelaki yang menunduk itu dipandang. Entah kenapa dia berasa berdebar. Padahal ini bukan kali pertama dia berjumpa lelaki itu. Matanya tajam merenung lelaki itu. Nak bersuara ke tak nak ? Dia berkira-kira di dalam hati.

"Okey you can sit."lelaki itu mendongak. Gulp,panahan mata lelaki itu membuatnya gelabah. Dia tunduk. Kerusi di hadapannya di tarik. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya di bawah meja diramas-ramas.

"Ada apa en.Riezq nak jumpa saya?" soalnya perlahan.

"Awak dah kenal bilik awak?" soal Riezq. Dia mengangguk.

"Dah kenal staf-staf di sini?" soalnya lagi. Kepalanya pantas menggeleng. Kenapa dia tidak mampu bersuara saat ini. Ke mana menghilangnya suara lantangnya? Hish, dia bingung.

"Awak dah jadi bisu ke?"

"Hah.." dia merenung wajah pegawai atasannya. Apa yang mamat ni cakap tadi?

"Takkan dah pekak pulak."

Qyrina membeliakkan matanya. Apa kena pulak mamat ni? Pandai-pandai pulak dia nak kata aku pekak. Tapi kenapa aku tak boleh nak menjawab pulak.

"Hai cik Qyrina, awak dah sampai mana ni?" Riezq memandang wajah perempuan dihadapannya. Qyrina mengerutkan dahinya. Tidak mengerti dengan pertanyaan lelaki itu.

"Saya………."

"Lain kali kalau ada orang bercakap dengan awak tolong bagi perhatian. Fikiran tu jangan melamun jauh. Tak elok. Faham?" ujar Riezq tajam. Qyrina serba salah. Dia menyumpah lelaki itu di dalam hatinya. Apasal pulak nak kenakan aku ni? Aku ada hutang kau ke? Menyampah betul….

"Dahlah pergi buat kerja awak. Lain kali jangan buat lagi macam tu." Tegurnya lagi. Apa yang aku dah buat? Bosan .

"Terima kasih." Apa yang aku cakap ni? Terima kasih untuk apa? Sebab dia mengata aku.. Dia pantas berdiri dan berkira-kira untuk berlalu. Tangannya mencapai pintu.

"Lain kali kalau ada orang tahan pintu lif awak kena lah tunggu walaupun awak mengejar masa, cik Rania Qyrina." Ujar Riezq tetiba. Qyrina tidak berpaling. Apa yang mamat ni cakap pulak? Takkan lah………. Tanpa berpaling dia terus meninggalkan bilik lelaki itu. langkah yang diaturnya serba tidak kena. Apa yang aku dah buat ni? Patutlah mamat tu asyik mengata aku jer. Tentu dia tahu aku terlewat hari ni. Hish……..kepalanya menggeleng-geleng. Kenapalah aku asyik malukan diri aku di depan dia? Dulu di kampung sekarang di sini.
posted by Penulisan2u @ 7:47 PG   41 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Pelukan Cinta 9, 10
Nama Pena : Amisha Dania

BAB 9

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang mengambil masa kurang lebih enam jam itu mereka penuhi dengan pelbagai cerita dan impian. Mereka singgah di Kuantan untuk makan tengah hari. Lapang rasa hati Armand apabila hajatnya hendak membawa Zulaika bersamanya ke Kuala Terengganu direstui oleh papa Zulaika. Malah papa dan mama sempat lagi berpesan agar membelikan dua pasang batik sutera untuk mereka.

"Sayang, kita nikah gantung dulu nak?" Armand membuka bicara apabila sudah mereka menjamu selera di Kuantan. Kereta dipandu dengan kelajuan yang sederhana.

"Apa tu nikah gantung?" Zulaika bertanya.

Armand senyum. Betul-betul tidak faham ke minah ni? Hatinya bergumam.
"Nikah dulu, kenduri lepas sayang ‘grad’ nanti" Armand menjelaskan.

"Macam tu…maknanya abang duk rumah abang, Ika duk kolej? Sama macam tak kahwin gak." Zulaika menyatakan pandangannya.

"Mana ada sama sayang. Time Ika cuti, Ika balik rumah abang. Kita duk sama-sama." Armand menerangkan. Kepalanya telah membayangkan, duduk bersama-sama dengan Ika. Balik kerja Ika menunggunya dihadapan pintu. Ah…..bahagianya.

"Kata nikah gantung, macam mana lak boleh duduk sama?" zulaika bertanya lagi. Keliru dia dengan ayat-ayat Armand tadi.

"Sayang…..bila dah nikah, dah sahlah hubungan kita. Semuanya dah halal. Sayang dah jadi isteri abang." Armand cuba membuatkan Zulaika faham kehendak hatinya.

" Abis…..apanya yang digantung tu? Abang cakap nikah gantung tadi….eh tak fahamlah Ika. Kan, abang cakap dulu Ika boleh habiskan belajar?" bulat mata Zulaika merenung Armand.
Armand mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Susah bercakap dengan orang lurus ni. Bagaimana dia hendak menjelaskan kepada Zulaika?
Mereka singgah di Kuala Kemaman. Armand berhenti disebuah restoran tepi laut yang ada menjual keropok dan sotong goreng. Sudah agak lama dia tidak berkunjung ke Terengganu. Sotong, keropok dan ikan goreng celup tepung merupakan makanan yang popular di Terengganu. Tiap kali berkunjung ke Pantai Timur dia tidak lupa akan menu ini.

"Tiga tahun lagi Ika habis belajar tau, tak kesian pada abang ke?" Armand cuba lagi memancing simpati Zulaika Husna.

"Apa masalah abang sebenarnya?" Zulaika makin keliru dengan kehendak Armand. Dulu Armand kata dia boleh habiskan studynya sebelum fikirkan soal kahwin, sekarang Armand minta lain pula.
Armand terdiam. Mungkin Zulaika belum bersedia lagi agaknya. Lagi pun gadis itu baru mencecah dua puluh dua tahun. Masih mentah lagi. Sanggup ke aku tunggu gadis ini habis belajar? Armand ragu-ragu dengan keupayaan hatinya sendiri.

"Forget it. Abang cuma menyatakan cadangan sahaja. Bukan abang nak paksa Ika." Armand mengalah akhirnya.



BAB 10

Armand cuba melelapkan matanya. Penat menjadi pengapit Zaki masih terasa lagi. Apa yang dilakukan oleh Zulaika agaknya ketika ini. Armand tersenyum sendiri. Masih terdengar-dengar lagi usikan rakan-rakan mereka. Ada yang gatal-gatal mulut mengatakan kedua-dua pengapit pun dah layak untuk disandingkan. Masih ternampak-nampak lagi pipi Zulaika yang merona merah apabila diusik. Pengantin dengan set pakaian berwarna oren dan mereka pula mengenakan set pakaian berona peach lembut. Paling tidak dapat Armand lupakan bila pak Imam mengusik Armand.

"Ni….pak cik nak bagitahu sikit….biasanya, lepas jadi pengapit, kena jadi pengantin pula, kalau tak, pak cik yang tangkap pengapit perempuan tu…." Usikan pak Imam disambut dengan gelak ketawa hadirin yang ada dalam masjid untuk majlis akad nikah hari itu.

"Jangan macam tu Imam. Pengapit tu memang untuk saya dah. Kalau dapat kat Imam, lenguh kepala nak bercakap dengan dia…" Armand mengusik Imam yang memang agak rendah jika dibandingkan dengan Zulaika dan dirinya sendiri.
Mengkekek-kekek Imam ketawa. Sedar dirinya dikenakan oleh Armand. Bukannya apa, Imam sekadar bergurau, hendak menghilangkan gemuruh Zaki.
Armand mencapai telefon bimbitnya. Nombor Zulaika didailnya. Agak lama barulah panggilannya bersahut.

"ermmm" Zulaika menjawab lemah.

"Sayang dah tidur ke?" Armand bertanya lembut.

"Ermmm…Ika terlelap. Letih lah abang."

"Nak keluar jalan-jalan tak?" Armand membuat cadangan. Peluang yang ada tidak ingin dibazirkan. Bukan senang dia dapat bersama Zulaika. Kesibukan kerja selalu sahaja membataskan masanya.

"Nak pergi beli baju mama dan papa ke?" Zulaika tiba-tiba teringat pesanan papanya tempuh hari.

"Tiga dalam satu lah tu." Armand menjawab.
Setelah menetapkan masa, mereka bersiap-siap untuk keluar. Mereka menuju ke pasar Payang. Tetapi tidak membeli apa-apa pun kerana hari telah petang. Banyak kedai telah ditutup. Akhirnya mereka ke Butik Arfa. Batik sutera yang begitu eksklusif rekaannya menarik minat mereka.

"Rasa nak juling mata Ika tenguk corak-corak yang menarik ni.." Bisik Zulaika ke telinga Armand. Armand tersenyum. Tipikal perempuan.

"Berkenan?" Armand bertanya kembali.
Zulaika menggangguk-angguk kepalanya. Dia mengasingkan beberapa helai sutera yang berkenan dimatanya.

"Abang, dua pasang ni tuk mama dan papa, okey tak?" Zulaika memilih warna hijau lumut dan biru firus untuk mama dan papanya. Dia meminta pandangan Armand. Armand memuji di dalam hati. Cantik corak yang dipilih oleh Zulaika. Tidak terlalu penuh.
Matanya tertancap pada sepasang sutera berwarna merah hati yang berada dilengan Zulaika. Sangat menyerlah warna itu dengan kulit Zulaika yang putih.

"Tu untuk siapa?" Armand memuncungkan mulutnya. Merujuk pada sutera yang berada dilengan Zulaika.

"Untuk kita, okey tak? Abang pakai batik kan?" bulat mata Zulaika memandang Armand. Takut Armand tidak berkenan dengan warna pilihannya.
Armand merenung Zulaika. Hatinya sangat tidak keruan ketika itu. Zulaika seolah-olah seorang isteri yang sedang mencari pakaian untuk suaminya menghadiri majlis rasmi. Armand memaut bahu Zulaika, menariknya kedalam pelukan Armand. Mata yang memandangnya didalam butik tersebut tidak dihiraukan. Armand menepuk-nepuk bahu Zulaika. Tidak terluah apa yang ingin diucapkannya.
posted by Penulisan2u @ 7:46 PG   30 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Aurabidadari 6
Nama Pena : Nazrina Hussin

Penulis sudah menulis 3 buah Novel di pasaran sejak tahun 2000 - 2005, antaranya Sepenuh Hati Sepenuh Jiwa, Mencintaimu dan Janjimu Kepadaku terbitan rhythm publishing

"Pakcik pun tidak tahu Mil. Setiap kali ditegur pasti dia akan menjawab. Ditegah makin ligat dia keluar malam. Sakit hati pakcik melihat perangai Audra tu. Dibawa bercakap dengan lembut dia cuma mendiamkan diri. Makcik kamu sepatah haram pun dia tidak bercakap. Cuma dengan adik-adiknya dia mahu bercakap," keluh Datuk Azri. Besar hatinya sekiranya Muzammil dapat membantu masalahnya ini.
Dibiarkannya Datuk Azri bercakap. Dia tahu orang tua itu kecewa lantaran sikap biadap Audra itu. Memang dia ingin membantu. Lebih-lebih lagi kerana Datuk Azri banyak membantu mereka sekeluarga. Mungkin sehingga kini dia masih lagi menganggur kerana tidak mendapat kerja.
Wajah teman baik bapanya itu ditatap. Kalau tidak kerana bapanya pernah menjadi menyelamatkan Datuk Azri sudah tentu dia tidak akan bertemu insan yang berhati luhur dan baik itu. Kenapa Audra memusuhi ayahnya? Bila Datuk Azri bercakap tidak pernah Audra memandang wajah ayahnya itu. Wajah Audra penuh dengan rasa kebencian apabila Muzammil bertanya tentang hubungan Audra dengan Datuk Azri. Ringan mulutnya hendak bertanya lebih lanjut pada gadis itu tapi terpaksa dipendamkannya. Keluar angin puting beliung lagi susah nanti.
Sejak kecil lagi dia berpendapat orang kaya dan berharta ini sombong. Bukan salahnya, buku-buku cerita yang pernah dibaca selalunya memaparkan kisah orang kaya kedekutlah, jahatlah, itulah dan inilah.
"Pakcik tidak tahu apa lagi yang harus pakcik lakukan agar Audra dapat menerima pakcik sekeluarga. Hmmm, sejak keluar dengan siapa tu? Si Reena, tidak pernah dia lekat di rumah. Keluar dari rumah selamba saja dia melangkah pakcik yang ada di depannya pun tidak dihiraukannya. Mahu saja pakcik biarkan dia tidur di luar rumah, kunci pintu biar dia tidak dapat masuk. Bila diingatkan bertambahlah meluap-luap perasan bencinya terhadap pakcik ni nanti."
"Entahlah pakcik…kalau dengan saya ni tidak pernah sekali pun Audra meninggikan suara. Ditegur dia cuma mendiamkan diri," terangnya memberitahu. Malah bila dipujuk gadis itu akan tersenyum manis. Eh…aku pujuk Audra? Selalunya Audralah yang memujuknya. Nasiblah dapat kekasih jiwa balada macamnya ni. Retak, karat,bersepai.
"Pakcik kalau boleh tidak mahu bermusuh dengannya. Hendak bertengkar pun kalau boleh pakcik hendak elakkannya. Audra tu kalau sudah benci dengan pakcik ni, tidak mustahil dia bungkus semua bajunya terus balik ke Ireland semula. Perangai degilnya itu menurun daripada sebelah emaknya."
Anak temannya itu dipandangnya. Sejak Audra balik dia ditugaskan menjadi pemandu Audra. Padahal Muzammil adalah Akauntan di syarikatnya. Muzammil yang dilihatnya itu memang baik, hormatkan orang tua dan yang selalu diperhatikannya anak muda itu tidak pernah meninggalkan sembahyang. Niat di hatinya hanya satu biarlah Muzammil dan Audra bersatu, agar Audra tidak jauh pergi meninggalkannya lagi. Atas sebab itulah dia mengarahkan Muzammil menjadi drebar Audra buat sementara waktu ini. Pada mulanya Muzammil menolak rancangan yang dirancangkan oleh Datuk Azri yang ingin menyatukannya dan Audra. Soal jodoh biarlah datang sendiri bukannya dipaksa-paksa. Akhirnya Muzammil akur dengan permintaan Datuk Azri itu.
Muzammil dibenarkannya mengunakan bilik belakang agar memudahkan pergerakannya. Cuma Muzammil meletakkan syarat agar merahsaiakan tentang latarbelakangnya kepada Audra. Biar kasih dan sayang itu dapat berputik. Nampaknya usahanya itu sedang meniti ke arah itu.
"Pakcik tahu Audra masih lagi menyalahkan pakcik di atas kematian emaknya. Dia menuduh pakciklah yang menyebabkan emaknya terjatuh dari tangga," terngiang-ngiang di telinganya ketika Audra mahukan emaknya kembali. Orang yang sudah tiada tidak mungkin akan kembali.
Muzammil membetulkan tempat duduknya. Hampir setengah jam dia mendengar keluhan hati seorang ayah yang kecewa dengan sikap anaknya. Dibiarkannya Datuk Azri menyambung ceritanya. Walaupun sudah berkali-kali dia mendengar dan mengetahui sebab isteri pertama Datuk Azri terjatuh tapi dibiarkan orang tua itu terus bercerita.
"Pakcik begitu sayangkan arwah Salmah begitu juga dengan Audra."
"Kenapa pakcik tidak berterus terang? Saya rasa Audra tentu dapat menerima kenyataan. Bercakap menerusi hati ke hati. Insya-ALLAH semuanya akan dapat diselesaikan," nasihat Muzammil. Orang yang dahulu makan garam meminta nasihat daripadanya.
Datuk Azri mengelengkan kepala. Hendak bercerita hal yang sebenar sudah tentu Audra tidak mempercayainya. Selama ini rahsia itu sentiasa dalam lipatan yang kemas. Silap haribulan pasti Audra akan mengatakan dia mereka-reka cerita demi kepentingan diri. Dia tidak mahu Audra pergi meninggalkannya. Bukan mudah untuknya memujuk Audra balik ke tanahair. Berbuih mulutnya memujuk.
"Pakcik mahu Mil memperisterikan Audra," katanya mengharap. Bukan semalam dia memikirkan permintaannya itu. Malah sebelum Audra sampai lagi. Sekiranya dulu dia yakin Muzammil menolak akan permintaannya itu tapi sekarang ni Datuk Azri yakin Muzammil akan menerimanya. Matanya belum kabur melihat kemesraan Muzammil dan Audra. Renungan mata Muzammil ketika bertetangan dengan Audra sudah cukup membayangkan perasaan Muzammil terhadap anak perempuannya itu.
"Manalah Audra mahukan Mil ni pakcik," katanya merendah diri sedangkan hatinya berdegup pantas. Siapalah dia jika dibandingkan dengan anaknya yang jelita itu? Macam kopi dengan susu. Audra tu cantik orangnya, putih gebu manis menawan. Sedangkan dia macam hero tamil tapi tetap ada manisnya.
Ditenungnya wajah yang suram di hadapannya itu. Anak gadis seorang yang buat masalah, macam menghadapi masalah negara. Dia yang adik beradik seramai lapan orang ni tidak pun mendatangkan masalah kepada ibu dan bapa.
"Berilah saya masa berfikir. Ini tentang masa depan dan kehidupan bersama. Kata orang kahwin biarlah sekali." Bukannya dia tidak setuju, kalau setuju sekarang ni juga nampak sangatlah dia kemaruk sangat hendak memperisterikan anak Datuk Azri yang cantik jelita itu.
"Baiklah. Mil fikirkanlah permintaan pakcik ni. Dua tiga hari ni biarlah Mil buat kerja di pejabat. Ada projek besar menanti dan syarikat perlukan pertolongan Mil. Lagi pun Audra semakin ligat dengan aktiviti malamnya."
Muzammil mematuhi arahan bosnya itu. Jadi drebar dia ikut, titah dikeluarkan agar dia buat kerja di pejabat dituruti. Beginilah keadaannya kalau kerja makan gaji dengan orang. Nampaknya seumur hiduplah, saya yang menurut perintah.
Audra! Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan perempuan itu. Kalau dulu dia rajin bangun awal semata-mata hendak bersarapan bersama tapi kebelakangan ini batang hidung pun langsung tidak nampak. Malam keluar subuh baru balik. Seharian tidak pernah lekat di rumah.
Perempuan macam itukah yang akan menjadi suri hidupnya? Alamat ibu dan bapa tidak berkenan. Dugaankah ini? Agar dia menjadi penyuluh jalan bagi Audra. YA-ALLAH, tunjukkanlah jalan yang harus aku pilih, doanya di dalam hati.
Dilihatnya Datuk Azri senyap. Agaknya kehabisan kata-kata.
"Saya keluar dulu pakcik," Muzammil memohon diri untuk meneruskan perkerjaannya. Sebulan lebih dia jadi drebar barulah hari ini dia menjejakkan kaki ke pejabat. Nasib baiklah ada pembantu yang cekap kalau tidak semuanya kelam kabut jadinya.



MUZAMMIL duduk mengadap kolam renang itu sebaik saja selesai solat maghrib. Tenang air di kolam tidak dapat menahan debar rasa hatinya. Sejak petang tadi dia menantikan Audra tapi Mak Senah memberitahu sejak pagi lagi Audra sudah keluar dan hingga sekarang belum balik lagi. Ke mana saja gadis itu menyukat jalan? Entah hari ini kedai mana dia tawaf? Ini pun sudah pukul tujuh malam. Ke mana saja agaknya dia pergi?
"Oiii abang Mil," sergah Suhaila terkekeh-kekeh. Suraya dan Hazri turut ketawa sebaik saja melihat wajah terkejut Muzammil itu.
"Apadah abang Mil itu pun boleh terkejut. Sue tengok abang Mil termenung? Ini mesti ada problem besar ni?" celah Suraya.
"Kak…Ari hendak mandilah," Hazri menarik lengan Suraya.
"Sudah malam ni Ari. Esok sajalah kita berenang," Suhaila memujuk adiknya. Hazri tidak mengendahkan kata kakaknya itu lalu duduk di tepi kolam sambil mengocak air kolam itu dengan kakinya.
"Degillah. Ayah nampak mesti dia marah," Suraya menjeling ke arah adiknya yang duduk di tepi kolam itu.
Dua tiga hari ni angin ayah mereka bertiga tidak elok. Audra buat perangai habis satu rumah kena tempiasnya. Hendak marah, marahlah pada Kak Audra. Ini tidak sampaikan hendak berenang pun ayahnya menegah. Suraya memendam ketidakpuasan hatinya itu. Mahu saja dihalaunya kakaknya itu keluar dari rumah. Tidak habis-habis buat perangainya yang teruk tu. Balik ke Ireland lagi baik. Buat menyemak saja di rumah ni.
"Elok-elok Ari jangan sampai jatuh…" ucap Muzammil sebaik saja melihat Hazri semakin kuat mengocak air kolam. Heee…budak ni pantang berjumpa air.
"Abang Mil rindukan Kak Audra ni?" duga Suhaila menyiku Muzzammil. Meledak tawa Muzammil mendengarkannya. Amboi, budak-budak sekarang bukan main lagi mahir meneka soal rindu-merindu ni.
"Abang Mil cakaplah. Sue dan Ila pasti akan membantu. Betul kan Ila? Abang Mil happy kami semua pun tumpang happy. Manalah tahu abang Mil boleh menyelamatkan perangai Kak Audra tu. Rupa saja cantik macam bintang filem hollywood tapi perangai…Opsss sorry abang Mil, Sue terkutuk kekasih abang Mil," celoteh Suraya.
Semakin melebar senyuman Muzammil. Sue…Sue, ingat abang Mil ni Superman hendak jadi penyelamat kakak kamu tu. Entah apa yang ada di kepala batu kakak kamu tu? Tingkah lakunya berubah-ubah. Sejak berjumpa dengan Reena hari itu, semakin panjang langkahnya.
Muzammil berasakan tindakan Audra itu menjerut perasaannya sendiri. Bagaikan berlakon hanya semata mata hendak menyakitkan hati ayahnya sendiri. Kedukaan Datuk Azri bagaikan kemenangan di pihak Audra. Seolah-olah gadis itu sengaja hendak menyakiti Datuk Azri.
"Kamu berdua setujulah ni kalau abang Mil jadi abang ipar kamu berdua?" sejak tadi dia membiarkan kedua anak yang meningkat remaja itu berceloteh di hadapannya.
"Setuju!" serentak mereka berdua menjawab.
"Doakan abang Mil berjaya," Katanya mencuit pipi Suraya dan Suhaila. Eh! Betulkah aku hendak kahwin? Mesti ibu dan bapa di kampung terkejut dengan keputusan yang dibuatnya ini.
"Mil…tolong hantarkan Audra ke rumah Reena," Audra berdiri di belakang Muzammil. Terkejut Muzammil mendengarkannya. Segera dia menoleh ke belakang. Bila dia balik?
Muzammil membetulkan duduknya mengadap Audra. Suraya dan Suhaila berpandangan. Baru saja sampai ke rumah dia hendak keluar lagi. Suraya memandang pakaiaan yang dikenakan oleh Audra itu. Skirt separas lutut dan baju yang melekap ikut badannya. Lekuk tubuh badan kakaknya itu memang kelihatan.
"Audra hendak ke mana ni? Baliknya entah bila, tiba-tiba hendak keluar lagi," melengking sedikit suara Muzammil. Audra tersengih. Pandai pula dia hendak menegur aku.
Audra mengerling jam di tangannya. Mesti Reena ternanti-nantikannya. Mereka sudah berjanji hendak menonton wayang. Tayangan akan bermula pada pukul lapan malam.
"Audra hendak ke mana tu?" tanya Muzammil yang mula menapak.
"Telefon Reena. Minta ambil sebab malas hendak menyusahkan orang," perlinya tergesa-gesa pergi.
Amboi pedasnya bahasa. Agaknya darah tengah mengelegaklah tu. Bukannya Muzammil tidak mahu menghantarnya tapi dia tidak mahu Audra keluar malam dan balik subuh.
Bilalah agaknya perangai Audra tu akan berubah? Mampuslah Muzammil kalau perangainya itu berterusan sampai ke tua. Alamat setiap malam dia akan jadi tunggul kayu menanti Audra balik ke rumah. Makan, pakai pula macamana? Harapkan Mak Senah? Kalau macam tu baik dia meminang Mak Senah. Susahlah kalau dapat isteri yang educated macam Audra ni. Lagi pun dia sudah biasa dengan hidup bebas di negara luar tu. Hmmm… sanggupkah aku melayan kerenah Audra itu?
"Audra sebenarnya hendak ke mana? Pagi keluar, malam keluar. Anak dara tidak elok keluar malam," cetus Muzammil sambil menumpukan perhatian memandu. Walaupun Audra tidak mahu dihantar,setelah dia berkeras akhirnya gadis itu mengalah. Iskk…sakit biji matanya melihat gadis itu berpakaiaan.
"Mil…kalau hendak hantar, hantar sajalah. Jangan banyak tanya," balas Audra radang. Ayah tidak pernah ambil tahu. Alih-alih dia pula yang sibuk bertanya itu dan ini. Audra bukannya hendak sangat ikut Muzammili tapi bila dia buat muka seposen, kesian pula Audra melihatnya.
"Baiklah lain kali Mil tidak akan bertanya," jawabnya berjauh hati.
"Merajuk?" tanya Audra sambil memandang Muzammil. Muzammil mengelengkan kepalanya. Saja aku tunjuk muka monyok depan Audra.
"Mil cuma menasihatkan. Audra bijak dan tahu berfikir mana yang baik dan buruk. Siapalah Mil hendak menasihati Audra?. Kekasih pun bukan jauh sekali suami. Buatlah apa yang Audra hendak, semua tu bukannya ada kena-mengena dengan Mil," biar ayat tu pedas sikit. Biar dia terasa. Kekadang seronok juga sindir-menyindir ni.
"Memang pun kehidupan Audra tidak ada kena mengena dengan Mil. Mil janganlah susahkan diri ambil tahu hal Audra. Cukuplah Mil buat kerja Mil dan Audra dengan diri Audra sendiri" dengus Audra. Dia tidak pernah meminta agar Muzammil berat tentang dirinya. Masing-masing dengan hal sendiri sudahlah.
"Huh, tidak kena mengena Audra kata? Ayah Audra cukup sengsara memikirkan perangai anak gadisnya yang keras kepala ni. Datuk Azri meluahkan pada Mil rasa sedihnya melihat kebencian Audra terhadapnya yang tidak pernah surut itu. Audra kata tiada kena mengena dengan Mil? Kenapa Audra? Sampai begitu sekali Audra bencikan ayah Audra sendiri."
"Mil jangan masuk campur hal Audra dan Datuk Azri!" Bentak Audra marah.
"Sejak Audra berjumpa dengan kawan Audra yang bernama Reena tu Audra tidak pernah lekat di rumah. Berpeleseran entah ke mana dari pagi sampailah ke subuh baru sedar hendak balik. Dulu baju Audra yang pakai tidaklah seksi macam ni." Muzammil melirik ke arah Audra. Dilihatnya Audra berlagak selamba seakan tidak mendengar apa yang diucapkan oleh Muzammil sebentar tadi.
"Jangan memandai hendak komen kawan Audra pula," balasnya agak marah. Sudah bertahun dia berkawan dengan Reena dan Muzammil tiada hak hendak mengutuk kawannya itu.
"Mil hairan…Apa selama ini Audra tidak belajar cara sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua? Audra…."
Audra mendiamkan diri. Biarlah Muzammil cakap apa yang dia hendak cakap. Sindiran itu tidak separah luka yang aku alami selama ini.



"KENAPA kau macam tiada bersemangat ni? soal Reena yang melihat sejak sampai tadi Audra sedikit pun tidak tersenyum. Malah temannya itu tidak banyak bercakap.
"Aku bergaduh dengan Muzammil. Macam-macam dia cakap pada aku. Pasal aku selalu balik ke rumah, cara aku berpakaiaan. Aku paling sakit hati bila dia menegur cara aku bercakap dengan Datuk Azri…" Audra menyelak majalah di tangannya dengan kasar. Hilang mood apabila Muzammil menegurnya.
Reena membiarkan sahabatnya itu meluahkan apa yang di hatinya ketika itu. Bila mood Audra tidak elok dia akan akan menyebut nama ayahnya itu. Sudah reda nanti akan bertukar kepada ayah pula. Reena sudah masak dengan situasi Audra yang tidak sebulu dengan ayahnya.
"Aku bukannya ke mana pun. Lepak di rumah kau dari pagi ke petang hingga ke subuh. Kalau kau ajak ke disko pun kadang-kadang saja aku ikut sama."
"Kau keluar dengan pakaiaan macam ni mesti orang di rumah kau berperasangka yang bukan-bukan. Lain kali kau datang rumah aku pakailah baju kurung." Gurau Reena. Audra tersenyum pahit. Reena memandang ke arah Audra yang sedang termenung jauh itu. Reena tahu semua yang dilakukan oleh Audra ini semata-mata hendak menyakitkan hati ayahnya.
"Kau pun sama dengan Muzammil."
"Sebenarnya apa yang kau hendak daripada ayah kau Audra? Kalau kau bencikannya buat apa kau balik ke sini? Elok kau di Ireland tu, kerja kau di sana pun cukup bagus untuk menampung keperluan kau sendiri. Aku nampak kau lebih gembira berada di sana daripada tinggal bersama ayah kau. Kenapa mendera perasaan sendiri?" pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan oleh Reena. Sekiranya Audra tidak gembira balik ke rumahnya lebih elok dia berada di kampung halaman arwah emaknya. Semua saudara-mara sebelah arwah emak Audra mengambil berat dan menyayangi Audra.
"Entah…Aku pun sendiri tercari-cari jawapan pada soalan yang kau beri tadi Reena. Bila aku dapat kerja masa di Ireland dulu memanglah aku gembira sangat tapi aku sering teringatkan ayah. Aku sering teringatkan rumah yang pernah menjadi tempat aku, emak dan ayah tinggal dengan penuh kasih dan sayang. Aku rindukan suasana yang dulu Reena. Aku rindukan emak aku. Semuanya aku tidak perolehi di sana. Semuanya ada di sini Reena…" Audra menahan tangisnya.
"Emak kau sudah tiada Audra…" Reena menyedarkan Audra. Seolah-olah Audra tidak merelakan pemergian emaknya selama ini. Audra sering bercerita kepadanya dan Jesnita bahawa emaknya terlalu memanjakannya. Apa saja keinginan Audra pasti akan dipenuhi oleh emaknya. Reena belas melihat keadaan temannya. Akibat terlalu menyalahkan ayah sendiri Audra menjadi seorang insan yang pendendam.
"Aku tahu emak aku sudah tiada lagi tapi bayangannya sentiasa ada di mata aku Reena. Berada di rumah aku seakan-akan ternampak dirinya," akhirnya Audra tidak dapat membendung kesedihan hatinya. Airmatanya mengalir laju. Reena turut hiba melihatkan keadaan Audra itu. Pantas dia menghampiri temannya itu dan memeluk Audra yang tersedu-sedu itu.
posted by Penulisan2u @ 7:44 PG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Cinta? Penting ke? 4
Nama Pena : iman hazana @ iman nizrina

Dannia melangkah masuk ke dalam bangunan pejabatnya. Setiap orang yang di laluinya melihat dia seperti makhluk asing. Seperti biasa dia terserempak dengan Pak Ali, pengawal keselamatan yang akan meronda setiap pagi itu dan dia tak segan silu menegur lelaki yang sudah separuh abad itu.

"Assalamualaikum Pak Ali? Apa khabar hari ini?" Dannia memang ramah dengan semua orang. Dia tak memilih siapa kawannya. Sama ada tua muda atau apa pangkatnya sekalipun. Dia tak segan kalau duduk melepak di pondok keselamatan dan dia tidak malu makan di tangga-tangga dengan makcik cleaner malah dia lebih selesa berkawan dengan mereka yang banyak pengalamannya.

"Waalaikumsalam. Dannia, cantiknya Dannia hari ini."Pak Ali tergamam juga melihat tranfromasi imej gadis itu.

"Terima kasih Pak Ali. Dannia naik dulu Pak Ali." Malu pula Dannia mendengar dirinya di puji sebegitu. Pak Ali oran kedua memujinya hari ini selepas Adam. Segera dannia hilang di telan kotak lift itu.

Dannia lebih bersemangat untuk melangkah setelah dua pujian di terimanya. Namun cuaknya tetap ada. Pagi tadi dia teragak-agak juga untuk memulakan hidup ‘baru’nya ini. Sebaik melangkah masuk ke pejabatnya di tingkat 10 itu, semua mata memandangnya.

Yang paling lucu adalah, Fazley salah seorang executive di bawahnya tersembur air teh apabila dia mengucap salam pada lelaki itu. Yelah bukan dia pekak selama ini dia di panggil Gadis melayu terakhir. Tapi hari ini rasanya panggilan itu lenyap sendiri.


"Morning Grace. Anything for me?" Dannia bertanya lembut pada setiausahaku. Jawatanku sebagai legal consultant kanan membolehkan ku mendapat khidmat seorang setiausaha.

"Grace?" Dannia memanggil lembut nama Grace melihat gadis itu tergamam memandangnya.

"Eh... Ahh.. Cik Dannia ada meeting dengan Encik Zarul dan Dato pukul 9.15 nanti.

Lepas tu Cik Dannia dah tak ada appoinment. Cuma Cik Dannia, esok adalah due date untuk final draf for SRI. Holding. Cantik Cik Dannia hari ni." Puji Grace. Hampir setahun bekerja di bawah gadis itu. Hari ini dia bagai melihat orang lain di dalam diri ketuanya.

"Thanks Grace. Tolong aturkan meeting saya dengan Fazley dan Mira pukul 3 petang nanti ye. For the final draft untuk SRI Holding tu." Dannia melihat jam di tangannya sudah pukul 8.45 pagi. Sekejap lagi dia kena menghadap Zarul dan majikannya Dato Fuad. Dannia masuk ke pejabatnya. Beberapa fail di teliti sebagai persediaan untuk masuk ke ruang perbincangan itu. Mungkin ada tender baru yang akan masuk.

Hari ini dia tak sibuk dengan temu janji cuma satulah... Terpaksalah dia memerah otak menyiapkan final draf tu petang nanti. Walaupun sudah 90% siap tapi masih ada banyak lagi yang boleh di perbaiki.


" Maaf Dato. Saya terlambat. Tadi ada call dari SRI holding berkenaan Draf esok. There are slightly changes in the draf." Dannia memohon maaf atas kelewatannya yang hampir lima minit itu. Di dalam pejabat ini memang mementingkan ketepatan masa.

"Never mind. WOW... you looks wonderful today Dannia." Dato Fuad memuji salah seorang pekerja kesayangannya. Kalau dia menyatakan Zarul senjata utama syarikat, Dannia pula lombong emas kepada syarikatnya. Mereka berdua muda dan bijak.

Zarul yang mendengar pujian Dato itu turut berpaling. Matanya terpaku meluhat Dannia. Lama sudah dia mengenali Dannia dan hari ini dia melihat Dannia sebagai orang lain. She is beautiful. Tak beralih matanya dari Dannia sehingga Dannia duduk di sisinya berhadapan dengan Dato Fuad.

"Amazing transform. Ada apa apa ke ni?" Seloroh Dato Fuad. Dannia hanya tersenyum.

"Tak adalah Dato. Well people do change Dato." Dannia menjawab sopan. Rasanya jawapan itu boleh di kira cukup kuat.

"Okay, kita tutup buku soal itu. Mari kita mulakan dengan isu hari ni. Zarul, janganlah pandang anak dara orang macam tu. Kalau dah terpikat tu baik cepat masuk jarum. Nanti kena kebas pula." Tegur Dato Fuad dalam gurauan. Sedar sejak dari Dannia masuk tadi, mata Zarul langsung tak beralih.

Zarul tersenyum malu di tegur begitu. Zarul benar-benar ralit memandang perubahan pada Dannia. Dia pernah berkawan dengan Dannia, pernah bercinta dengan gadis itu. Dia tahu kecantikan hati Dannia cuma baru hari ini dia nampak kecantikan luaran Dannia yang selama ini tersembunyi di balik imej kekampungannya. Dannia hanya tersenyum hambar.

Hampir sejam mereka berbincang tentang aturan projek terbaru syarikat dan berbincang untuk pengambilan baru legal consultan yang akan di letak bawah seliaan Dannia dan Zarul.

Jarak masa yang hampir sejam itulah Dannia sentiasa perasan yang sesekali Zarul mencuri pandang ke arahnya. Sesekali Zarul hilang dari perbincangan kerana merenungnya. Dannia tidak selesa. Sangat tidak selesa. Sebaik sahaja habis perbincangan cepat-cepat sahaja Dannia meminta diri dengan alasan menyiapkan draf untuk esok.

"Dannia... Dannia..." Terdengar suara Zarul memanggilnya yang sudah di hadapan. Mahu tidak mahu Dannia berhenti dan menunggu Zarul menghampirinya.

"Ada apa Zarul? I nak cepat ni." Hari ini secara rasminya Dannia bercakap secara peribadi dengan Zarul setelah mereka berpisah. Kalau selalu mereka hanya bercakap bila perlu sahaja. Itupun soal kerja.

"Hmm.. Zarul nak ajak Dannia lunch hari ni." Zarul masih menggunakan ganti diri dengan nama seperti waktu bercinta dulu walaupun Dannia sudah menukarkan panggilan nama itu dengan ‘I’ dan ‘You’.

"Sorrylah Zarul. I sibuk. You keluarlah dengan Intan. Kecik pula hati dia nanti. I pergi dulu." Di dalam hati Dannia bersorak gembira kerana hari ini dia berjaya menolak Zarul untuk pertama kalinya. Kalau dulu Zarul yang sering menolak dan mengelak kini giliran dia pula.

Zarul hanya melihat Dannia melangkah penuh yakin. tak sangka gadis itu cepat berubah. Dulu Dannia pasti tak mengelak kalau di ajak keluar tapi sekarang gadis itu dah berubah? Dendamkah gadis itu padanya?

----------------------------------

"Assalamualaikum. Kata sibuk?" Zarul sengaja menegur pasangan itu ketika terserempak di luar restoren. Matanya memandang Dannia.

"Waalaikumsalam. Sibuk, sibuk pun kena makan kan. Kenalkan kawan I, Adam. Adam ini Zarul kawan sekerja Nia, dan ini Intan teman wanita Zarul." Dannia memperkenalkan keduanya. Sengaja membahasakan dirinya sebagai ‘Nia’ biar kedengaran manja sedikit pada Adam.

"I Adam." Adam menghulurkan salam. Ini pasti bekas kekasih Dannia. Kacak bergaya.

" Zarul." Zarul menyambut salamnya.

"You nampak lain hari ini Dannia." Intan sememangnya terkejut dari tadi memandang Dannia yang kelihat terlalu jauh berubah itu. Sengaja Intan memeluk lengan Zarul ingin melihat reaksi Dannia. Wajah Dannia memang berubah namun cepat sahaja gadis itu menyembunyikan perubahannya.

"Manusia berubah Intan. Okaylah kita orang minta diri dulu." Dannia cepat-cepat meminta diri. Tak sanggup melihat kemesraan mereka.

Adam menurut sahaja lagkah Dannia. Dia tahu Dannia tak selesa. Gadis itu masih menyayangi Zarul. Kalau tak kenapa Dannia cepat sahaja berubah bila Intan menunjuk kemesraan terhadap Zarul.

"Sakit hati?" Adam bertanya perlahan.

"Segala pun ambil masa kan?" Soalan di jawab soalan.
Adam hanya tersenyum. Tangannya gatal memimpin tangan Dannia ketika ingin melintas jalan. Dannia beberapa kali menarik tangannya namun dia tak mampu melawan pegangan erat Adam.


ENAM BULAN BERLALU...

Dannia sibuk bersiap. Dia hanya memilih T-shirt lengan panjang berwarna puntih dan Jeans hitam. Tudungnya abstrak nampak sesuai dengan penampilannya yang kasual. Malam ini Ashraf megajak dia dan Adam keluar makan malam bersama. Kata

Ashraf ingin mengumumkan sesuatu. Entah apalah yang abangnya ingin umumkan itu. Tunggu dan lihat jelah. Baik juga berjumpa abang dia malam ini. Boleh dia menyampaikan pesan dari neneknya tadi yang menyuruh mereka pulang untuk kenduri kahwin sepupu mereka.

Mengenang kembali hidupnya kini. Berbulan-bulan berlalu Dannia sudah sinomin dengan kehadiran Adam dalam hidupnya. Di mana Adam di situ dia. Adam sudah mengenali abangnya Ashraf. Kini rumah Dannia menjadi station keduanya itu menonton bola dan melepak di hujung minggu. Dah jadi macam markas pertemuan dah. Kalau di tanya kenapa rumahnya? Mahluk berdua tu selamba menjawab sebab rumahnya banyak bekalan makanan.

Terimbau lagi kenangan waktu pertama kali abangnya bertemu Adam. Degan muka yang pucat tergagap-gagap dia menjawab siapa Adam pada abangnya. Dannia ingatkan abangnya marah tapi tidak rupanya.

Waktu itu Adam menghantarnya pulang seperti biasa. Di dalam perjalanan hari tiba-tiba hujan. Adam menawarkan diri menghantar Dannia sampai ke pintu kondonya. Bukan hanya kerana hujan tapi waktu itu sudah terlalu lewat.

Hari itu Dannia dan Adam masing-masing kena buat kerja lebih masa. Mulanya Dannia menolak namun apabila Adam tegas menemaninya pulang. Dannia terpaksa menurut juga. Sampai je depan lift mereka terserempak dengan Ashraf yang ingin keluar dari lift tersebut. Saat itu Dannia rasa bagai nak lari satu kilometer dari situ. Menyembunyikan diri namun dah terlambat.

Ingatkan abangnya dan Adam akan bertumbuk. Tahu sangat sikap protective abangnya tapi nasib baik tidak. Hanya saling bersalaman dan bertukar kad. Entah sejak bila abangnya dan Adam berkawan baik sampaikan bersetuju menjadikan rumahnya kini sebagai markas.

Bunyi telefon menyedarkan Dannia. Pasti Adam. Kelihatan miss call dari Adam. Ada SMS. Adam dah menunggunya di bawah. Cepat-cepat Dannia mencapai sandalnya lalu turun. Dengan tergesa-gesa dia menyarung sandalnya di dalam lift. Ketika itu baru dia sedar dia tersalah ambil sandal. Sandal yang dia pakai sekarang akan membuat kakinya melecet. Aduh... nak naik balik, Dannia memang malas. Biar je lah.



"Assalamualaikum." Dannia memberi salam sebaik masuk ke dalam kereta. Dia membuka sandal tersebut. Untuk keselamatan supaya kakinya tak melecet.

"Waalaikumsalam. Kenapa pakai sandal tu? Bukan sandal tu buat kaki you sakit kan hari tu?" Adam perasaan tentang sandal tu sejak mula dia melihat Dannia berjalan ke arah keretanya tadi.

"Haah. I tersalah capai sandal pula tadi. Nak cepat sangat kan?"

"Hmm... Cuba you tengok kat berlakang. I rasa ada sandal you kat situ. Sandal yang you pakai masa kita pergi main squash hari tu. Kan balik tu you pakai kasut sukan."

"Oh ye ke? Kenapa tak cakap sandal I tinggal? Kalau orang lain tengok, ada pula apa pula kata kawan-kawan you kalau nampak kasut I kat sini nanti?" Rungut Dannia.

Jangan tak percaya sekrang Dannia dah pandai merungut sekarang ni. Bukan apa. Dia tahu tugas Adam sebagai projek manager tu selalu ke sana ke mari, dan setiap kali itu ada je kawan-kawannya menumpang. Jadi Dannia takut kalau kawan-kawan Adam salah faham.

"Hmm salahkan I pula. Dia yang tertinggal." Adam hanya membalas begitu. Kang di balas lebih kang merajuk pula.

"Okay I yang salah. Along kata nak jumpa kat mana?" Dannia bertanya pada Adam. Hmm mesti abangnya sudah memberitahu Adam. Sekarang rasanya abang dia lebih rapat dengan Adam berbanding dirinya. Apa-apa pun Adam dulu tahu darinya.

"Ashraf tunggu kat KLCC katanya. Kenapa?" Tanya Adam hairan.

"Tak ada apa-apa." Jawab Dannia ringkas.

"Tengah hari tadi lunch dengan siapa?" Pertanyaan itu membuat Dannia berpaling pada Adam.

"Zarul."

"Oh. Jauh keluar lunch."

"Actually kita orang ada discussion dengan client kat Hilton tadi. Alang-alang dah kat luar tu pergi lunch sekali." Dannia menerangkan segalanya. Dannia tahu Adam tidak gemar dia rapat dengan Zarul. Adam pernah mogok dengannya kerana dia keluar dengan Zarul beberapa minggu lepas. Ini pun baru berbaik.

"Jangan terlalu rapat dengan dia, Dannia. I tak nak you terluka lagi. Luka dulu pun susah sangat you nak lupakan. Tak akan you nak rasa sakit lagi kot." Adam nampak tak senang. Dannia rasa tak senang. Dia tak suka Adam seolah-olah terlalu mengawalnya. Rasanya tak salah dia keluar dengan Zarul lagipun itukan atas dasar kerja.

"I tahu Adam. I tahu jaga diri I. Stop baby me okay. I keluar dengan dia pun atas dasar kawan. Patutlah sejak I masuk tadi you masam je. Rupanya ini sebabnya." Dannia dah ada bunga-bunga merajuk. Dia terasa hati.

Adam tahu Dannia dalam keadaan nak marah tu. Lantas Adam biarkan sahaja.Belum ada usaha hendak memujuk. Dia mencapai radio lalu membukanya. Biarlah hanya celoteh DJ radio menemani kesunyian mereka ini.

"Kita dah sampai ni." Adam menghentikan enjin keretanya. Dia membuka tali pinggang yang di pakai. Dannia hanya menurut. Hatinya masih terasa. Tiba-tiba Adam menahannya.

"I’m Sorry. I risaukan you Dannia. Masa you sakit dulu kerana Zarul. I yang berada kat sisi you. I tahu bertapa sakitnya you. Please Dannia. Dah berbulan you kawan dengan I. Tak kan you tak kenal I lagi. You tahukan I risaukan you. I just nak lindungi you." Pujuk Adam. Dia tak mahu Dannia terus senyap begini. Dia tak tahan. Akhirnya biar dia je mengalah.

"Hmm... I pun minta maaf sebab bentak kat you." Dengan senyuman manis Dannia juga meminta maaf. Dia tahu niat suci Adam.

"Kalau macam tu kita 0-0. Jom keluar."

Adam dan Dannia berlegar-legar di sekitar kawasan ruang KLCC itu sementara menunggu Ashraf. Ashraf kata dia dalam pejalanan. Selalu je mereka yang terpaksa menunggu Tuan Doktor tu.

"Adam kita masuk jap kat sini. Nak tengok tudunglah." Dannia mengajak Adam masuk ke salah sebuah butik di situ. Dannia ingin menambah koleksi tudungnya. Sekarang dia sudah pandai bergaya. Dah pandai membina imejnya tersendiri.

Mereka memilih beberapa jeis tudung. Nampak macam suami isteri pula. Adam menunjuk beberapa tudung kepada Dannia. Tudung yang berkenan di matanya. Dannia menggeleng. Dia tak suka warna yang Adam tunjukkan. Terlalu terang dan menyerlah. Dannia sukakan warna pastel yang lembut.

"Ala tak cantiklah." Rungut Dannia.

"Cantiklah ni."

"Yang ini baru cantik. Bukan yang itu."

Ketika mereka sibuk bertekak yang mana satu lebih cantik. Jurujual di situ hanya memandang penuh hairan. Sebelum menyampuk pasangan yang di sangka suami isteri di hadapannya itu.

"Encik, kalau encik dan puan nak, saya bleh tunjukkan koleksi terbaru butik kami. Lebih cantik dan sesuai dengan isteri encik." Sampuk juru jual tersebut. Ayat itu mengundang kerut di dahi Dannia dan Adam sebentar. Isteri? Tak lama kemudian ketawa Adam pun meletus. Jurujual itu memandang hairan pada Adam.

"Adam." Dannia mencubit lengan ‘suaminya’ itu. Tahu apa yang Adam gelakkan. Adam hanya tersengih.

"Maaf dik. Dia ni memang macam ni. Kureng sikit." Saja Dannia mengenakan Adam.

"Tak apa kak. Akak nak tengok ke koleksi terbaru kami?" Jurujual itu tetap bermanis muka.

"Boleh juga."

Adam dan Dannia memilih beberapa helai tudung corak bunga dan abstrak. Kali ini mereka sependapat pula. Dua helai tudung menjadi pilihan. Sedang mereka menunggu wang baki. Tiba-tiba Adam di tegur oleh seseorang.

"Tengku Adam Syahzan." Sepertinya ada suara gadis menegur mereka. Suara itu membuat Adam berpaling. Bila Adam berpaling, Dannia turut berpaling. TENGKU? Dannia hairan dengan panggilan itu.

"Hai... ?" Adam cuba mengingati gadis yang menegurnya tadi.

"I Izzati. Kenal lagi tak? Kawan Tasya. Wartawan tu." Gadis itu memperkenalkan dirinya. Serta-merta Adam mengingati nama itu. Ya dia kenal Izzati. Bukan sahaja kawan Tasya buah hatinya yang sekarang berada di Singapura. tapi juga seorang wartawan yang cukup pandai ‘mengorek’.

"Oh Izzati. Hai.. Buat apa kat sini?" Tanya Adam ramah.

"Saja tengok-tengok barang. You dengan siapa ni?" Wajah Izzati memandang ke arah Dannia. Cerita hangat ni untuk di sampaikan pada Tasya.

" I, Dannia. Kawan Adam." Dannia memperkenalkan dirinya.

"Puan, Ini tudung dan duit bakinya." Kehadiran jurujual tadi nampaknya tidak kena pada waktunya. Terkelu lidah Dannia sebentar mendengar panggilan Puan itu di hadapan Izzati. Izzati sudah tersenyum sinis....
posted by Penulisan2u @ 7:42 PG   5 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Dia 4
Nama Pena : Nura

Seperti semalam. Aku tetap keluar rumah pada pukul 7.25 pagi. Tapi bezanya, aku tidak kelihat mamat semalam. Entah kenapa aku teringin nak tahu siapakah dia. Dan aku teringin berjumpanya lagi. Tapi, mungkin kami tiada jodoh untuk berjumpa. Arh.. biarkanlah..

Sebaik sahaja aku tiba disekolah, perhimpunan pagi sudah bermula. Aku yang tiada semangat meletakkan beg lalu pergi ke barisan yang khasnya untuk kelas aku. Aku mendengar ceramah dari Cikgu Q. dalam banyak-banyak cikgu di sekolah nie, cikgu Q yang paling aku tak suka dengar dia ceramah… kalau dalam 5-10 minit takpe lah, ini sampai 15-20 minit. Pengetua sekolah aku pun kalah.ish..ish...ish...

Setelah tamat perhimpunan pagi, aku segera ambil beg lalu masuk ke kelas. Aku lihat si Shahirah duduk ditempat aku. Dia nie memang nak kena dengan aku sungguh. macamlah dia tiada tempat duduk.Aku letakkan beg diatas dia dengan selamba.biarlah, yang gedik duduk tempat aku apasal. kan dah kena. huhuhu

"kau apahal letak beg kau kat atas aku nie?"katanya dengan geram, aku buat muka seposen

"la… ingat takde orang dok kat kerusi tadi. Rupa-rupanya ada orang dok atas kerusi aku. Almaklumlah aku nie rabun, tak reti nak bezakan orang dengan kerusi.. jadi aku teruslah letak beg. Lagipun jarang orang dok kat kerusi aku pagi-pagi macam nie. Itupasal lain semacam hari nie"aku tersengih. Syamimi dan Zamzuri yang dengar kata-kataku, juga turus tersengih. Aku mencari kelibat Shuhada. Mungkin dia pergi pejabat untuk ambil buku ponteng yang telah disediakan oleh pihak sekeloh untuk setiap kelas.

"kau nie… memang sengaja nak cari pasalkan? Aku tahulah kau cemburu dengan aku, sebab Iqram asyik sembang dengan aku"aku tetap buat muka seposen

"a’ha.. aku cemburu sangat-sangat la. Tapi, aku rasakan ada sorang lagi minah gedik yang lagi cemburu daripada aku. Ye la, aku kan boleh kata duduk sebelah Iqram. Yang dia tu, duduk nun jauh dibelakang, sampai terpaksa duduk tempat aku. Agak-agak kau kan Shahirah, siapa lagi cemburu. Aku atau dia, yang lagi cemburu?"tanyaku konon-konon tertanya-tanya. Aku lihat mukanya yang konon dia kata cerah tu bertukar merah padam. Mungkin menahan marah.

"kau kata aku minah gedik. Wei, Dania dengan minah gedik nie lah, kau selalu kalah. Sudahlah dulu aku sering gagalkan rancangan kau untuk bersama Akip. Dan aku tetap menang apabila, temu janji kau dan dia tak pernah lancar. Tahu tak sebab apa?? Sebab aku lah. Walaupun aku tak pernah couple dengan Akip, tetapi aku akhirnya berjaya untuk membuatkan kau dan dia tak pernah couple dan tak pernah bertemu janji berdua-duaan"entah kenapa setiap kali Shahirah sebut tentang Akip, pasti perasaan aku menjadi sensitis. Entah datang darimana datangnya pedih dihatiku. Pedihnya. Aku merenung kearah Shahirah.

Tanpa aku sedar Cikgu Alex sudah lama melihat drama antara aku dan Shahirah. Aku terus keluar kelas tanpa, menghiraukan Cikgu berbangsa cina yang baru datang kemarin sebagai guru paktikal. Aku segera pergi kesurau dan mengambil wuduk lalu kubaca al-quran dengan asyiknya. Tanpa aku sedar yang waktu rehat sudah tiba. Shuhada dan Syamimi datang kearah aku dengan teragak-agak. Aku senyum kearah mereka, sekadar menutup kepedihan dihatiku.

"kau ok?"tanya Syamimi

"aku ok je. Aku minta maaf kalau aku buat korang berdua risau"kataku pada mereka berdua.

"kau bukan sahaja buat aku dan Syamimi risau, tapi kau telah buatkan hampir semua orang risau di kelas, tahu tak?? Sampai Cikgu Alex tak mengajar sebab kami risaukan kau. Kau tahu tak hampir semua di dalam kelas cari kau. Termasuk Cikgu Alex. Last-last, Cikgu Alex minta kami berhenti cari kau"kata Shuhada panjang lebar.

"memang patut korang tak cari aku, sudahlah hari nie hari pertama Cikgu Alex masuk kelas kita. Mesti dia hampa. Lain kali, korang tak payah susah-susah cari aku. Sebab aku tahu jaga diri aku. Sudah lah, mari kita pergi kantin"kataku

"kau tak payah risau, aku sudah beli makanan untuk kita semua"kata Zamzuri entah darimana dia muncul.

"so, kita nak berkelah dimana nie?"tanya Tarmizi sememangnya berada disebelah Zamzuri sejak tadi.

"kita makan di padang sekolah nak tak?"tanya Syamimi

"tak naklah aku, sudahlah panas"kata Shuhada

"kala kau nie, kita bukan makan tengah-tengah panas, kita makan kat bawah pokok besar tu"kata Syamimi

"ok juga tu"kataku. Kami segera pergi ketampat yang dituju.




"aku rasa, nak balik rumah lah, rasa macam tak sihat je"kataku pada kawan-kawan yang asyik tengah makan.

"sebab apa pula"tanya Zamzuri.

"kau nie hampehlah Zam. Kau tahu-tahu lah sendiri sebab apa"kata Tarmizi. Aku tersenyum dengan kerenah Zamzuri dengan Tarmizi. tapi betul gak apa yang dikatakan oleh Tarmizi nie. macamlah dia tak leh fikir sebab aku nak balik. apa punya kawanlah dia.

"suka hati kaulah Dania. Aku rasa, itu baik untuk kau. Kau nak aku dan Shuhada temankan kau pergi pejabat?"tanya Syamimi

"tak usahlah. Tapi aku minta tolong, kau bawakan beg aku ke surau, ye?"mintaku

"ok"kata Syamimi. selepas kami selesai makan, aku segera pergi pejabat. manakala kawanku yang lain, balik kekelas.
posted by Penulisan2u @ 7:30 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Butakah Cinta 3, 4
Nama Pena : Zamita Syaqis

Bab 3

Marlia sedang menangis di ruang tamu yang dipenuhi oleh perabot-perabut antik. Dipandang seluruh ruang itu, banyak mata yang memandang tajam kepadanya. Gerun dia melihatnya. Tidak diketahui apa salahnya, Tan Sri Mahmud mengamuk dan telah memukulnya bertubi-tubi sehingga ada kesan berbirat di belakang badannya. Sungguh sakit yang teramat.

Suara riuh-rendah dari luar mengejutkan Marlia yang sedang berendam air mata. Dilihat dari muka pintu, tiga orang lelaki sedang mengheret sesorang di atas tanah. Di pukul lelaki itu bertubi-tubi. Disepak perut, ditumbuk muka dan diterajang perut . Baju lelaki itu di penuhi oleh darah. Alangkah terkejutnya Marlia. Lelaki yang diheret itu adalah Halim.

Marlia meluru mendapatkan Halim. Tangisan semakin bertambah apabila melihat keadaan Halim. Sungguh menyentuh jiwanya. Tergamak Borahan dan kawan-kawan Borahan mencederakan Halim sedemikian rupa. Apakah kesalahan Halim sehingga diperlakukkan begitu? Sungguh kejam.

"Borhan!!!kenapa kau buat begitu pada Halim?Apakah kesalahan yang telah dibuat sehingga kau buat begitu pada dia?Kau ni memang tidak berperikemanusiaan langsung," dalam tangis Marlia memarahi Borhan.

"Memang dia buat salah. Kesalahan dia amat besar. Patut direjam sampai mati,"Borhan bertambah marah apabila Marlia membela Halim.

"Salah? Apa yang dia dah buat? ,"soal Marlia

" Eh..dah memang kau berdua buat salah. Ditanya kita pulak buat salah apa,"Borhan mencebik.

"Kami berdua buat salah? Salah apa yang kau maksudkan ni?Aku tak faham,"soal Marlia. Walau marah setakat manapun, Marlia tidak pernah meninggikan suara.

"Alah buat-buat tak faham. Yang dalam perut kau tu apa? Bukan salah?,"tengking Borhan.

Halim yang cedera parah tidak dapat berbuat apa-apa. Seluruh anggota badannya lemah kerana sudah kehilangan banyak darah.

"Dalam perut? Kenapa dengan perut aku? Apa kaitan perut aku dengan Halim? Cuba kau terangkan, aku tak faham," berkerut dahi Marlia. Dia kurang pasti maksud sebenar yang disampaikan oleh Borhan.

"Biar papa terangkan,"celah Tan Sri Mahmud.

Dia yang dari tadi hanya menjadi pemerhati. Dia tidak dapat menerima dengan apa yang telah berlaku. Anak yang disayangi telah menconteng arang ke mukanya. Anak yang lemah-lembut sifatnya telah menjatuhkan maruahnya.

Semua mata yang ada di situ memandang Tan Sri Mahmud. Di lihat Tan Sri Mahmud sedang menahan marah. Masing-masing kecut perut melihat muka bengis Tan Sri Mahmud.

"Mar, papa buang kau dari keluarga kita. Mulai dari hari ini kau bukan lagi anak papa. Aku halau kau. Berambus kau dari sini. Aku tak mahu lihat muka kau lagi. Jangan kau pijak lagi kaki kau ke sini. Aku benci ada anak macam kau. Aku tatang kau dengan kasih sayang, ini yang kau balas pada aku," suara Tan Sri Mahmud meninggi. Dihamburkan segala kemarahan kepada Marlia. Tidak ada kata manis lagi dari bibir itu.

"Tapi papa, apa yang Mar dah buat sehingga papa membuang Mar? ,"dengan tangisan yang belum reda, Marlia memegang kaki Tan Sri Mahmud.

"Kau masih tak mengaku apa yang telah kau lakukan bersama-sama Halim,"marah Tan Sri Mahmud

"Apa yang telah kami lakukan? Mar tak faham. Tolong jelaskan papa. Mar merayu. Tolong la papa. Apa salah Mar?,"semakin kuat tangisan Marlia. Pegangan kaki Tan Sri Mahmud tidak dilepaskan.

"Kau dah berzina dengan Halim…dan sekarang kau mengandungkan anak dia. Itu kau kata tak salah? Masih nak menafikan?,"tengking Tan Sri Mahmud

"Anak?Mengandung? Bila masa pula Mar berzina, papa. Mar masih waras. Mar tahu hukum hakam lagi. Mar tidak tergamak untuk melakukan kerja terkutuk itu. Mar masih waras papa.,"bela Marlia.

"Habis kalau bukan mengandung, kenapa kau muntah-muntah…dah tu pengsan. Aku telah menyuruh Doktor Rashid memeriksa kau. Dan kau tahu apa jawapanya? Memang positif kau sedang mengandung . Dua bulan kau tahu tak?2 bulan…Dah lama kau buat kerja ni? Kalau kau tidak pengsan tadi sudah tentu aku tidak akan tahu kerja terkutuk kau ni,"tengking Tan Sri Mahmud. Kemarahannya semakin bertambah apabila Marlia tidak mengaku dia telah berzina.

"Demi Allah papa. Mar tidak buat kerja terkutuk tu. Demi Allah papa,"Marlia membela diri.

Marlia memang tidak mengandung. Semua adalah rancangan Madiha yang berhati busuk dan hasad dengki kepada Marlia. Tergamak Madiha melakukan semua itu kepada kakak kandungnya sendiri. Madiha telah mengupah Doktor Rashid untuk memberikan keputusan menyatakan Marlia sedang mengandung 2 bulan. Sungguh bijak rancangan Madiha. Dia merencanakan semuanya dari awal lagi. Syaitan sedang bertepuk tangan berjaya menyesatkan Madiha.


Bab 4

"Aku terima nikahnya Marlia Binti Mahmud dengan mas kahwin sebanyak 50 ringgit tunai,"Halim melafazkan akad nikah.
"sah? ,"tanya tok kadi
"Sah!!,"jawab saksi-saksi untuk majlis kahwin itu.

Majlis kahwin antara Halim dengan Marlia berlangsung dalam suasana hening. Tidak meriah seperti perkahwinan orang lain. Marlia minta ayahnya menjadi wali untuknya buat kali terakhir. Hanya itu yang di minta dari ayah tersayang. Walau sekejam mana Tan Sri Mahmud, dia menyelesaikan juga tanggungjawabnya. Dia tidak mahu melepaskan Marlia dengan Halim tanpa ada ikatan yang sah. Hanya itu jalan terbaik. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan Marlia, namun kejadian yang telah merobek hatinya terpaksa ditelan jua.

Selepas peristiwa semalam, Halim telah dirawat oleh Doktor Rashid yang ketika itu masih berada ditempat kejadian. Luka-luka yang ada di cuci. Halim mengakadkan nikah dengan mukanya lebam kebiruan. Kalau diikutkan hatinya tidak mahu meneruskan perkahwinan itu. Namun cintanya pada Marlia mengatasi segalanya. Dia kasihan melihat Marlia. Gadis itu dibuang keluarga tanpa tahu akan kebenaran yang sebenarnya. Kini menjadi tanggungjawabnya untuk memelihara dan membahagiakan Marlia.

Selepas tok kadi dan saksi-saksi perkahwinan itu pulang, Tan Sri Mahmud telah mengarahkan Mak Jah pembantu rumah mereka membungkus semua pakaian Marlia. Pada hari perkahwinan Halim dan Marlia, Tan Sri Mahmud telah kehilangan anak yang amat di kasihi.

Begitu juga Marlia. Dia telah kehilangan kasih seorang ayah. Sudah lah ibunnya Puan Sri Maisarah meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun lagi. Kini dia kehilangan kasih ayah yang tercinta pula. Sungguh pilu.

"Kau ambik barang-barang kau ni. Mulai hari ini putus segala hubungan kita. Kau bukan anak aku lagi. Berambus kau. Kau, Halim berambus. Bawa isteri kau dari sini. Aku tak mahu lihat lagi muka kau berdua. Berambus,"arah Tan Sri Mahmud dengan kasar.

Tiada kata-kata yang terpacul dari mulut Halim dan Marlia. Mereka hanya menurut saja kata. Tiada guna untuk menerangkan hal sebenar. Untuk membela diri pun tidak diberikan kesempatan, apatah lagi untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Biarlah. Mereka menerima segala dugaan ini seadanya. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Mereka meninggalkan banglo mewah itu dengan hati yang hiba dan pilu.

Pemergian mereka di ekori oleh pandangan mata seseorang. Begitu sinis dan tajam pandangan itu. Pandangan kemenangan si perancang, Madiha dan Borhan. Mereka berdua memang berhati busuk. Kerana dendam mereka sanggup menggadaikan maruah mereka untuk mencapai apa yang di inginkan.

Bagi Madiha dan Borhan, ia adalah satu kemenangan yang amat besar. Tiada yang dapat menghalang mereka. Tapi mereka lupa bahawa ada yang lebih berkuasa dari mereka. Yang menentukan ajal maut, jodoh pertemuan. Segala yang tersirat hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Jika tidak di bumi ini mereka menerima balasan di atas kejahatan yang dilakukan, di akhirat nanti mereka akan menerima jua pembalasannya.
posted by Penulisan2u @ 7:25 PG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Endless Love 3
Nama Pena : Hana Kimi

DIA berjalan perlahan menyusuri pantai. Air laut melimpahi kakinya saat ombak menjengah ke pantai. Dia melihat sekelilingnya. Tidak ramai orang di pantai pada pagi-pagi begini. Ji Hoon alih pandangan ke belakang. Rumah yang baru sahaja dibelinya masih lagi kelihatan walau dari jauh. Dia tersenyum sendirian.

Ji Hoon melabuhkan punggung pada pasir pantai yang memutih itu. Dia menebar pandangan pada lautan yang luas terbentang. Pak Cik Nam Gil sudah pulang ke Seoul. Lelaki tua itu akan mengabari ibunya bahawa dia meninggalkan Pak Cik Nam Gil sendirian selepas kerjanya selesai dan tidak memberitahu ke mana dia ingin pergi. Lantaklah kalau ibunya mahu marah sekalipun. Kini, tinggal dia sendirian di pulau yang indah ini tanpa teman. Jiran sebelah rumahnya juga masih belum dikenali. Dia masih belum mengenali siapa-siapa lagi di pulau ini kecuali... kecuali Eun Hee dan si kecil Ryu Min itu.

Dia masih teringatkan gadis itu. Kadang kala, Ji Hoon sendiri hairan dengan dirinya sendiri. Jatuh cinta? Dalam masa satu hari je? Akhirnya, dia juga yang akan khayal dalam mimpinya. Raut wajah Eun Hee sentiasa bermain dalam mindanya.

" Aku ni dah tak waras ke? Terkena cinta pada pandangan pertama," katanya sendirian. Tubuhnya direbahkan ke pasir. Kaca mata hitam Rayban dibawa ke tepi. Matahari pada pagi ini masih belum terik lagi. Ji Hoon memejamkan matanya. Deru angin menyapa tubuhnya. Dia tersenyum senang. Bagus juga dia memilih Pulau Jeju untuk ‘menyorokkan’ diri daripada orang lain. Terutamanya ibunya dan juga Chae Rin yang masih mengejarnya. Selain dapat merehatkan minda, pantai di Pulau Jeju ini juga cantik.

" Eun Hee, Eun Hee," katanya perlahan. Langit yang terhidang di hadapan matanya direnung. Tangan kirinya diangkat, seolah-olah ingin menggapai langit biru itu. Camar-camar berterbangan meredah langit.

" Bila lagi kita boleh jumpa, ye?" tanyanya lagi.

Angau benar dia dengan gadis itu. Ji Hoon ketawa kecil. Dia mula bersiul. Gembira sungguh dia sekarang. Langsung tidak memikirkan apa reaksi ibunya yang masih berada di Seoul jika mendapat tahu tentang khabarnya sekarang.


" APA?"

Bergema suara Presiden Park, pemilik rangkaian Royal Imperial Hotel itu dalam pejabatnya. Pak Cik Nam Gil tertunduk mengejut. Terkejut dengan suara wanita itu. Setiausaha Presiden Park, Shim Na turut terkejut. Wajah wanita awal 50-an itu merah padam. Hanya Da Wei sahaja yang kelihatan tenang.

" Dia tak cakap dia pergi mana?" tanya wanita itu lagi. Nada suaranya masih tidak berubah. Pak Cik Nam Gil mengangguk. Dia langsung tidak memandang wajah majikannya itu. Takut. Shim Na turut kaku pada tempatnya.
" Di… dia kata, puan jangan bimbang dengan dia. Dia akan kembali semula nanti. Cuma dia tak beritahu bila je," tutur Pak Cik Nam Gil terketar-ketar. Presiden Park merengus.

" Budak ni suka betul kalau mak dia bimbangkan dia. Pergi manalah dia ni?"

" Mungkin hal Ji Hoon hilangkan diri ni ada kaitan dengan rancangan perkahwinan dia dengan anak Encik Lee tak?" usul Da Wei. Dia merupakan sepupu Ji Hoon dan turut bekerja bersama Presiden Park.

" Kalau betul pun, cakaplah terus terang yang dia tak nak kahwin dengan Chae Rin," kata Presiden Park. Dia memicit kepalanya. Sakit kepalanya mula menyerang. Bagaimana kalau ada perkara buruk menimpa Ji Hoon? Ji Hoon satu-satunya pewaris yang dia ada.

" Apa kata kalau mak cik cuba telefon Ji Hoon. Mungkin dia angkat," cadang Da Wei. Dia dan Ji Hoon membesar sama-sama dan Ji Hoon hanyalah setahun lebih tua daripadanya. Jarak rumah mereka yang dekat menjadikan Da Wei dan Ji Hoon seperti adik beradik. Apatah lagi Ji Hoon merupakan anak tunggal.

Presiden Park berdiri bercekak pinggang. Betul juga apa yang dikatakan oleh Da Wei itu. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor telefon bimbit Ji Hoon didail. Mukanya berkerut menahan marah.

" Bertuah punya budak! Dahlah telefon pun tak diangkat!" Nombor Ji Hoon yang didail langsung tidak diangkat. Kalau tidak pun, suara operator sahaja yang menyambut di hujung talian. Telefon bimbit yang digenggam hampir hancur. Wajah wanita itu semakin merah. Marah yang ditahan semakin meningkat dan ingin meletus bagaikan gunung berapi.

" Park Ji Hoon!!!"


" ADUH!"

Ji Hoon segera bangun daripada baringnya. Dia melihat sikunya yang sakit terkena sesuatu. Ada tanda merah pada sikunya. Dia melihat pada pasir itu. Seekor ketam kecil sedang berada di tepinya. Ji Hoon tersenyum. Ketam kecil itu diangkat naik sama paras dengan matanya.

" Encik ketam rupanya. Kau tak nak pulang ke laut ke?" tanyanya sambil matanya fokus pada ketam kecil itu. Sepit ketam itu bergerak-gerak. Ji Hoon ketawa. Ketam kecil itu kembali diletak pada pasir. Sebaik sahaja mencecah pasir, terus sahaja ketam itu bergerak meninggalkannya. Rayban kembali dipakai.

" Hai, masa aku tengah khayal nilah ada halangan. Hai..." keluhnya lagi. Mentari di langit ditenung.

" Kau tentu tak ada masalah tentang perasaan, kan?"

Ji Hoon mengeluh. Tiba-tiba dia teringatkan Chae Rin. Teringat bagaimana gadis manja itu curang dengannya. Mereka bercinta ketika Ji Hoon berusia 21 tahun. Chae Rin manja orangnya malah dia lebih banyak berkawan dengan lelaki daripada perempuan. Pada mulanya, Ji Hoon tidak kisah apatah lagi dia sudah mengenali Chae Rin sejak kecil lagi. Ketika Chae Rin meluahkan perasaannya tidak lama dulu, Ji Hoon terus menerima gadis itu tanpa teragak-agak walaupun pada ketika itu tidak pernah terlintas cinta dalam hatinya. Dia cuba mencintai gadis itu. Namun, semuanya musnah sebaik sahaja Chae Rin melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia bertemu dengan seorang pemuda Korea kacukan Jepun di sana dan sentiasa meluangkan masa bersama. Malah, Chae Rin juga yang memutuskan hubungan mereka.

" Emph! Aku tak perlukan perempuan yang tak setia dalam hidup aku. Mereka cuma akan menambah luka di hati je," kata Ji Hoon sendirian. Dia tersenyum jengkel. Kini, Chae Rin kembali mengejarnya setelah dia berjaya melupakan gadis itu. Chae Rin jugalah yang beria-ria dengan perkahwinan mereka berdua.

" Walau aku sendirian seumur hidup pun aku takkan kembali pada perempuan macam tu," katanya keras.

Ji Hoon bangun daripada duduknya. Jeansnya yang terkena pasir pantai ditepuk-tepuk sedikit. Dia mula berjalan meninggalkan pantai itu. Ingin kembali ke rumahnya.


TUBUHNYA ditolak kasar ke dinding. Lelaki itu mengerang kesakitan. Wajahnya dipaut kasar. Wajah bengis di hadapannya menggerunkan dia.

" Mana duit tu?" tanya lelaki berwajah bengis itu kasar.

" Aku… aku tak ada duit lagi. Tolong..."

Satu tumbukan hinggap di perutnya. Lelaki itu terduduk di atas lantai. Dia memegang perutnya yang senak. Lelaki berwajah bengis itu duduk mencangkung berhadapan dengan dia. Rambut lelaki itu ditarik kuat.

" Aku beri masa satu bulan untuk kau. Itu pun sebab aku dah lama kenal kau! Tapi, ingat! Lepas tempoh tu dan kalau kau tak bayar balik, aku akan ambil dia sebagai gantinya," kata lelaki berwajah bengis itu lagi.

" Aku akan bayar! Aku akan bayar! Tapi, tolong... jangan libatkan dia dalam hal ni. Tolong, aku rayu pada kau," rayu lelaki itu.

Lelaki berwajah bengis itu mendengus. " Jangan lupa. Aku akan ambil dia sebagai gantinya kalau kau tak mampu bayar! Aku nak kau cuba bayangkan apa yang aku akan buat pada dia!"

Lelaki berwajah bengis itu menghentak kuat kepala mangsanya itu sebelum berlalu pergi. Raungan sakit mangsa tidak dihiraukan. Lelaki itu ditinggalkan dalam kesakitan. Dia cuba bangun tetapi tidak berdaya. Akhirnya dia terkapai-kapai sendirian.
posted by Penulisan2u @ 7:23 PG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Cinta Ku Milik Siapa 3
Nama Pena : Alina Haizar Anuar

Bab 3

"Syikin, boleh Umi masuk?"

Umi mengetuk pintu bilik Syikin. Syikin mendiamkan dirinya, Syikin malas untuk membuka pintu biliknya. Nanti macam-macam yang

Umi hendak suruh Syikin lakukan, Padahal dia tidak berdaya untuk berbuat apa-apa pun.

Umi suruh Syikin pergi jumpa kawan-kawannya. Umi suruh Syikin ikut dia keluar membeli belah. Umi suruh Syikin cari kerja. Umi

suruh Syikin buat seribu macam benda lagi. Tetapi satu pun Syikin tak buat. Syikin tahu Umi risau tengok Syikin, Syikin asyik duduk rumah sahaja sejak beberapa bulan yang lalu. Kawan-kawannya ramai yang sudah mula mendapat kerja tetapi nampaknya Syikin tidak berbuat apa-apa untuk meminta kerja. Dia cuma duduk dalam biliknya sahaja.


Sedih Umi melihat anak gadisnya semakin hari semakin pudar, tidak ada serinya langsung. Padahal, sebelum ini Syikin bukan begini orangnya, Syikin ceria dan gembira orangnya. Umi rindukan gelak ketawa Syikin. Syikin nampaknya sudah hilang semangatnya. Setiap hari dia duduk dalam biliknya, termenung sendirian.


Umi tidak sangka Syikin boleh hilang semangatnya sampai teruk begini. Kehilangan Ikram sebagai tunangan dan juga kawan baiknya, merupakan tamparan begitu hebat kepada Syikin.


"Syikin, buka pintu nak." Pujuk Umi lagi. Syikin pelik dengan Umi, begitu sabar dengan karenah Syikin, tidak pernah menaikkan suaranya pada Syikin. Setiap hari Umi cuba menarik Syikin agar keluar dari kemurungannya itu dengan penuh kesabaran. Umi terus memnaggil-manggil nama Syikin dengan lembut. Lama kelamaan Syikin bangun dan membuka pintu biliknya. Syikin terus baring kembali dikatilnya. Umi menghampiri Syikin dan duduk disebelahnya.


"Kin, takkanlah Syikin sampai hilang semangat Syikin langsung. Syikin kena percaya dengan ketentuan dan kebesaran tuhan, Umi tahu ada rahmat disebalik semua ini."


"Umi asyik cakap ada rahmat-ada rahmat, ada rahmat di sebalik semua ini. Umi tau tak bagaimana perasaan Syikin selama ini. Umi tak tahu pedihnya hati Syikin ini? Selama ini, hati Syikin hanya untuk Ikram, Syikin tidak pernah memandang sesiapa pun, Syikin belajar dengan tekun berusaha bersungguh untuk menghadapi peperiksaan, semuanya sebab ada Ikram."


"Umi tahu perasaan Syikin. Umi dapat rasakan penderitaan Syikin."


"Mana Umi tahu, Umi tak mungkin tahu perasaan Kin."


"Umi tahu Kin."


"Mana Umi tahu, Umi tak mengalaminya?"


"Syikin ingat Umi tidak pernah muda? Umi tidak pernah tahu macamana rasanya jatuh cinta? Syikin ingat Umi tidak pernah rasa kecewa ?" Tanya Umi dengan lembut.


"Umi selalu cakap abah, cinta umi yang pertama. Bila masa umi pernah kecewa? Umi berkahwin dengan abah kan? Bila masa umi kecewa. Macamana Umi kata Umi tahu macamana perasaan Kin sekarang?" Sanggah Syikin lagi.


"Memang abah , my first love, Dan akhirnya Umi dapat berkahwin dengan abah, tapi yang Umi tak pernah cerita yang Umi dan abah pernah berpisah selama beberapa tahun. Pada masa itu Umi ingat Umi sudah kehilangan cinta abah."


Syikin agak terkejut dengan kata-kata Umi. "Umi pernah berpisah dengan abah? Umi tak pernah cakap dengan Kin pun."


Umi mengangguk kepalanya.


"Memang Umi tak pernah cerita tentang itu, kalau Umi cerita nanti Syikin akan tanya pasal hal-hal lain, kenapa Umi dan abah berpisah, angkara siapa abah dan lain-lain lagi. Lagipun itu semua cerita lama. Lagipun Umi bahagia sekarang. Umi tak mahu ungkit kisah lama."


"Apa yang berlaku?"


"Okaylah Syikin sudah besar dan mungkin boleh faham."


"Masa umi dan abah mula-mula bercinta dulu, nenek dan atuk tidak setuju. Mereka suruh abanh putuskan hubungan dengan Umi.

Mereka sudah ada orang lain yang hendak dikahwinkan dengan abah, saudara abah juga."


Pertama kalinya setelah berminggu-minggu berlalu, Syikin berfikir pasal hal lain selain dari peristiwa malang yang menimpa dirinya. Umi pernah mengalami kekecewaan dalam bercinta? Syikin tidak pernah tahu tentang itu. Ini sesuatu yang baru bagi Syikin. Bulat matanya memandang wajah Umi. Selama ini matanya yang bengkak kelihatan begitu kuyu sekali.


"Apa yang terjadi Umi?"


"Umi dan abah berpisah, Umi tidak mahu abah jadi anak derhaka."


"Selepas itu, macamana Umi jumpa abah balik. Abah jadi kahwin dengan saudara dia tu ke? Kenapa Syikin tak tahu pun?"


"Kami tak beritahu apa-apa pun yang berlaku pada Syikin, Nazmi, adik Naufal dan Naim." Nazmi ialah adik lelaki Syikin yang sedang belajar di Matrikulasi Kulim sekarang ini.


"Apa yang jadi Umi, abah kahwin dengan saudara dia ke? " Syikin mula terfikir, adakah jalan cerita Umi macam cerita dirinya juga.


Umi mengelengkan kepalanya, "Tidak sayang, Abah tidak mahu berkahwin dengan saudaranya. Saudaranya juga tidak mahu berkahwin dengan abah, dia sudah ada pilihan dia sendiri. Kami cuma bawa diri masang-masing. Pergi bawa hati, pergi sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, bekerja dan tiba-tiba telah ditakdirkan Umi dan abah bertemu semula di tempat kerja."


"Oh!" Syikin ingat Umi kahwin dengan abah walaupun abah sudah berkajwin, dengan ini dia ada harapan untuk bersatu lagi dengan Ikram.

"Kenapa, Kin ingat cerita Kin macam Umi?" Tanya Umi, Umi begitu tajam pemerhatiannya.

Syikin terdiam.

"Kenapa? Kalau Ikram mahu, Syikin mahu ke kahwin dengan dia walaupun dia sudah kahwin dengan Julia?" Umi bertanya Syikin.

Sebenarnya, Syikin selalu terfikir tentang itu. Berkali-kali dia membuka email, mengharap agar Ikram ada menghantar email padanya, menyesal dengan apa dia lakukan, telah memutuskan pertunangannya dengan Syikin. Syikin angan-angankan yang Ikram mohon Syikin kembali kepadanya, dia menyesal mengahwini Julia. Itulah harapan dan impian Syikin. Ikram kembali kepadanya.

Tetapi lain soalan yang Umi tanya, hendakkah Syikin berkahwin dengan Ikram, walaupun dia sudah berkahwin? Syikin tidak akan sanggup dimadukan begitu. Tidak! Dia tidak boleh terima keadaan itu.

Syikin mengelengkan kepalanya.

"Tak mahu kan? Sekarang Syikin kena redha dengan apa yang telah berlaku. Syikin bukan ditakdirkan untuk dijodohkan dengan Ikram. Walaupun Kin begitu sayang sangat dengan Ikram, kadang-kala bercinta bukan semestinya bersama. Kin dengarlah cakap

Umi, Kin kena reda. Ada rahmat disebalik semua ini Kin."

"Umi bolehlah cakap macam tu, Umi kahwin juga dengan abah."

"Tujuan Umi bercerita pada Syikin bukan hendak menyakitkan hati Kin, Umi hendak beritahu, Umi juga pernah menderita akibat bercinta, Kin jangan kata umi tak tahu perasaan Kin, Umi tahu apa yang Kin lalui, Umi ingat abah sudah berkahwin selama Umi berpisah dengan abah tetapi Umi menguatkan diri Umi dan serahkan semuanya pada Allah."

"Rupa-rupanya Umi ditakdirkan ada jodoh dengan abah juga, rupanya nenek dan atuk juga mula sedar kesilapan mereka. bila umi berkahwin dengan abah, Umi mendapat restu mereka. Itu yang umi kata ada rahmat disebalik apa yang berlaku."


Syikin tahu Umi bercakap benar, Syikin tahu nenek dan atuk begitu rapat dengan Umi. Sekarang bila atuk sudah meninggal dunia, nenek duduk dengan umi dan abah walaupun nenek ada anak-anak yang lain. Nenek serasi tinggal dengan Umi dan abah. Malahan Umi yang banyak melayan karenah nenek berbanding dengan abah.

"Jadi, apa yang Umi hendak beritahu Syikin sebenarnya, lupakan Ikram?"


"Tidak Syikin, Umi nasihatkan Kin supaya redha dengan apa yang berlaku. Syikin tidak boleh duduk berkurung dalam bilik ini

selama-lamanya. Syikin ada kehidupan Syikin yang harus dihadapi. Syikin hendak kerjakah? Hendak sambung belajar kah? Syikin tak boleh duduk dalam keadaan begini seterus-terusnya. Kin ada tanggungjawab pada Umi, abah, nenek, adik-adik yang perlu dilakukan."

"Tapi Umi, Kin sayangkan Ikram!"

"Kalau Kin sayang, lepaskan dia, let him go… if he is meant for you, he will be back. Tidak kira bila pun he will be back. Percayalah kepada takdir yang tuhan tentukan. Just let go. Live your life again." Pujuk Umi, akhirnya Syikin dapat menerima kata-kata Umi itu, walaupun Umi telah mengambil masa hampir tiga bulan untuk membuka mata dan hati Syikin agar menerima ketentuan Allah dengan sabar.


"Baiklah Umi, Syikin akan cuba. Kin akan cuba, Umi." Jawab Syikin, sedar dia begitu menyusahkan umi dan abah. Syikin kagum dengan kesabaran Umi selama ini, dia tidak pernah marah Syikin dan membiarkan Syikin berkabung sekian lama. Sedikit demi sedikit Umi memberinya nasihat.

Umi memeluk Syikin dengan erat. Lega akhirnya Syikin berjanji mahu mencuba untuk memulakan hidupnya tanpa Ikram.

Sukar Syikin hendak memulakan kembali hidupnya, setelah selama tiga bulan dia hidup macam zombie. Umi menasihatkan Syikin mengambil langkah-langkah kecil, tidak perlu terburu-buru. Syikin hendak mulakan dengan keluar dari tempt dia mengurungakn dirinya selama ini. Sebelum itu Syikin telah mengumpulkan semua gambar-gambar dia dan Ikram, barang-barang yang akan membuat dia mengenangkan kembali kepada Ikram, dimasukkan ke dalam kotak, Syikin minta Umi buat apa yang patut dengan kotak itu. Syikin tidak mahu tahu.

Perjalanannya untuk pulih begitu sukar, sakit dan berjalan begitu perlahan sekali, kadang-kala, dia tewas dengan dirinya sendiri, kesepian melanda dirinya, dia mula teringatkan Ikram dan mula menangis kembali. Kemudian Syikin mencuba balik untuk melepaskan Ikram pergi. Umi kata tidak mengapa jika Syikin gagal, tetapi Syikin jangan gagal mencuba dan terus mencuba, lama kelamaaan Syikin akan berjaya, melepaskan Ikram dari ingatannya, melepaskan kenangannya dengan Ikram, meredhakan apa yang berlaku, memberitahu dirinya sendiri, mungkin ini yang terbaik untuk mereka. Syikin ambil kata Umi, mungkin ada rahmat di
sebalik semua ini. Redhakan Ikram, telah mengambil yang lain selain dari dirinya. Relakan Ikram pergi dari dirinya.

******************************

Syikin sedang melayari internet. Dia sedang mengemaskini resume di dalam jobstreet.com, Syikin telah mencuba beberapa kali untuk meminta kerja. Tetapi dia belum begitu bernasib baik lagi. Ada juga kawan-kawan Syikin yang sudah mendapat pekerjaan. Ada yang dapat tawaran untuk mendapatkan Diploma Pendidikan, bila mereka dapat diploma nanti, mereka boleh jadi guru. Syikin ingin mencari kerja lain dahulu, Mungkin kalau sampai tahun depan dia masih belum dapat pekerjaan lagi, Syikin akan cuba memohon untuk mendapatkan Diploma Pendidikan.

Sementara menunggu mendapat pekerjaan, Syikin hanya duduk di rumah. Bila Umi dan abah pergi kerja, Naufal dan Naim ke sekolah, Syikin akan tinggal dengan nenek. Syikin akan menemani nenek agar nenek tidak kesepian. Syikin tidak perlu sibuk-sibuk buat kerja rumah kerana semua kerja rumah dilakukan oleh bibik.

Syikin harap sangat dia mendapat pekerjaan secepat mungkin. Jika dia sibuk dengan kerja nanti, dia tidak ada banyak masa untuk teringatkan Ikram. Iya! Syikin sebenarnya masih belum melupakan Ikram, walaupun dia cuba tidak tunjukkan kesedihannya itu. Demi umi, abah dan adik-adik Syikin kena kuatkan dirinya. Tetapi kadang-kala dia kalah dengan azamnya itu dan dia akan mengimbau kenangan lama. Syikin akan cuba sedaya melupakan Ikram. Ikram sudah meluapkn Syikin, Sejak mengirim email yang terakhir itu, Ikram tidak pernah menghubungi Syikin lagi.


Manakala ibu bapa Ikram pula, pernah datang sekali lagi ke rumah Syikin, bukan untuk bertemu Syikin atau atau hendak menunaikan janjinya untuk mengahwinkan Syikin dengan Ikram juga. Tetapi untuk memulangkan semua barang-barang hantaran pertunangan yang Syikin telah berikan kepada Ikram. Syikin ingin memulangkan kembali barangan hantaran yang Ikram berikan kepadanya seperti cincin, sepasang baju, kasut barangan make-up, dan juga duit hantaran. Tetapi emak Ikram tidak mahu menerimanya, menurut emak Ikram, Ikram yang enggar janji. Dengan yang demikian, pihak perempuan berhak menyimpan barangan hantaran dan duit hantaran itu.


Sekali lagi Syikin kalah dengan azamnya untuk melepaskan kenangan Ikram pergi. Lupakan, lupakan Ikram. Apabila amelihat barang-barang hantarannya di pulangkan semula, membuat dia rasa sedih. Syikin tidak mahu barang-barang itu balik, Syikin juga tidak mahu menyimpan barang-barang yang Ikram berikan kepadannya. Malam itu, Syikin jadi murung balik, kemudian dia mengamuk, mencampak-campak barang hantaran itu. Syikin suruh Umi buang sahaja semua barang-barang itu. Dia tidak mahu lihat barang-barang itu lagi.

Abah naik risau tengok perangai Syikin, Syikin seorang yang lembut, kenapa dia berperangai sedemikian rupa.

"Sabar abang, dia melalui proses pemulihan, bukan senang, Insya allah selepas ini dia akan baik sedikit demi sedikit." Abah memandang sahaja umi, di mana dia dapat kesabarannya itu abah pun tidak tahu. Kadang-kala abah hendak marah juga dengan Syikin. Anginnya tidak menentu sekarang ini. Adakalanya dia baik sahaja, adakalanya dia mula naik radang, tidak pun dia mula mengurung dirinya dalam bilik. Belum sekali abah lihat umi memarahi Syikin, malah berlembut sahaja dengan dia.

Setelah habis mengemaskini resumenya Syikin sembahyang asar, kemudian dia keluar dari bilik dan duduk di meja makan. Kejap lagi nenek akan keluar dari bilik tidurnya, nenek selalunya tidur selepas makan tengahari, kemudian bangun untuk sembahyang asar. Selepas itu dia keluar dari biliknya untuk minum petang bersama minum petang Syikin, abah dan Umi, yang akan balik dari kerja sekejap lagi.

Tidak lama kemudian kereta abah sudah sampai di rumah, Umi dan abah berjalan seiringan masuk ke dalam rumah. Syikin mencemburui mereka, mereka berdua begitu memahami antara satu sama lain dan nampaknya sangat menyayangi antara satu sama lain walaupun mereka sudah meningkat usia.

Mereka duduk menikmati minuman petang. Bibik telah mengoreng pisang abu yang di ambil di belakang rumah.

"Sedap betul pisang goring yang di makan panas-panas begini." Seru Umi sambil tersenyum. Syikin hanya mengigit sedikit demi sedikit sahaja. Dia bukannya berselera untuk makan. Sejak beberapa bulan ini, dia telah hilang selera makan. Badannya begitu kurus sekarang ini. Umi, abah dan nenek makan dengan berselera sekali pisang goreng panas-panas itu. Tiba-tiba telefon berbunyi, belum sempat Syikin bangun, Umi sudah bangun dan menjawap panggilan telefon itu.

"Iya ke," Terdengar Umi bercakap dengan agak perlahan.

" Tak pun."

"Tak mengapalah. Bukan jodoh mereka."

"Biarlah, anak menantu mereka juga."

Syikin cuba menangkap biji butir pebualan Umi. Syikin rasa-rasa macam sedang bercakap tentang dia dan Ikram. Umi nampaknya cuba bercakap seperlahan yang mungkin tetapi telinga Syikin dapat menangkap nama Ikram disebut. Syikin meminta dirinya untuk naik ke biliknya, dia bangun dan naik ke atas. Di ruang keluarga di atas ada sebuah lagi telefon. Syikin mengangkat gagangan telefon dengan perlahan dan mendengar perbualan Umi.

"Mula-mula hari tu kata, tak nak terima lah menantu dia tu, tak sukalah, macama-macam lagi. Tapi rupa-rupanya menantu dia, siapa namanya, Julia, anak orang kaya, ada business besar di New Zealand. Bapa Julia sponsor satu family dia orang untuk pergi New Zealand jumpa menantu baru dia tu dan keluarga bisan dia. Sekarang ni dah tukar tune dah. Asyik puji menantu dia tu, lawa, kaya, pemurah hati, bukan macam awak Hajah, berkira, nak buat kenduri pun berkira-kira, bunga telur pun hendak buat sendiri...abetul Kak, Dia cakap macam tu.."

"Iyalah, iyalah. Tak mengapalah. Biarlah dia. Itu rezeki dia orang." Umi cakap dengan baik sekali. Berderau darah Syikin mendengar perbualan telefon itu.

"Syikin macamana? Dia okay tak? Saya dengar emak Ikram dok cerita dengan semua jiran-jiran di sini, keadaan Syikin teruk betul sejak Ikram putuskan pertunangan, macam sudah tidak betul. Iye ke dia asyik berkurung dalam bilik? Mengalami depression, baik-baik Hajah Nor, nanti boleh sakit mental!"

"Tak adalah Syikin baik-baik sahaja." Umi tetap menjawab dengan baik dan sopan. Kalau Syikin, mungkin sudah Syikin maki hamun orang yang bercakap itu

"Iyekah Hajah Nor, Saya dengar sudah teruk keadaan mental dia. Bawalah dia pergi hospital!"

"Tak adalah, Insya Allah dia baik."

"Dia tidak boleh terima tu, Ikram sudah kawin, dengan orang lagi cantik kaya, Ikram dan Syikin kan berkawan rapat sejak kecil lagi. Mesti susah dia nak terima Ikrm sudah ada orang lain."

"Dia sudah boleh terima, sudah tidak ada jodoh."

"Iye ke." Sinis sahaja bunyi suara di talian satu lagi.

Insya Allah, boleh. Itu namakan takdir. Terima kasihlah. Assalamulaikum." Jawap Umi dengan baik.

Baru Syikin sedar betapa beratnya beban yang Umi dan abah tanggung akibat dari perbuatannya itu. Rupa-rupanya keadaan Syikin telah menjadi topik perbualan antara jiran-jiran dan rakan-rakan Umi dan abah Syikin tidak sangka, emak Ikram juga telah menokok tambah cerita tentang keadaan kestabilan mental Syikin. Syikin ingat dia betul-betul simpati dengan nasibnya.

Rupa-rupanya selama ini mereka cuma bermuka-muka sahaja untuk menunjukkan simpati. Bila diunjukkan dengan wang ringgit dan kekayaan, semuanya telah beralih arah. Begitu agaknya yang terjadi dengan cinta Ikram. Memang dasar lelaki. Syikin tidak akan percaya dengan janji-janji mereka lagi. Syikin benci dengan mereka!

Mahu rasanya Syikin mengamok di dalam biliknya lagi petang ini. Tetapi Syikin teringatkan kata-kata emak Ikram itu, Syikin sudah tidak betul. Dia tidak akan membenarkan mereka berkata sedemikian tentang dirinya lagi, melukakan hati umi dan abah lagi. Dia akan bangun dari kekalahan ini. Dia akan lupakan semua, lupakan pasal Ikram, dia benci Ikram. Dia juga benci kaum lelaki. Dia kan tunjukkan kepada mereka yang telah mempermainkan dirinya dan memperlekeh-lekehkan dirinya itu. Baru Syikin teringat sesuatu, sesuatu yang sudah lama dia dia patut lakukan. Dia sepatut mulakan azam barunya itu dengan menanggalkan cincin yang
Ikram berikan kepadanya, yang masih tersarung di jari manis itu.
posted by Penulisan2u @ 7:19 PG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Cintaku milikmu 3
Nama Pena : saidatul firdaus

"Encik Iz, Encik Johan dah sampai, boleh dia masuk sekarang?"
"Oh.. ok, boleh.."
"Encik Johan boleh masuk sekarang, Encik Iz ada di dalam."
"Thanks.."
Suraya memberikan senyumannya yang paling manis sekali kepada Johan, dalam diam dia memuji ketampanan lelaki itu. Dia melihat tubuh Johan menghilang ke dalam bilik Izdihar.
"Eh, sudah-sudah lah tengok laki orang tu.. Aku yang ada depan mata ni tak nak tengok pula."
"Kuss.. semangat..! Kau ni buat aku terkejut saja.. Tak ada kerja lain ke?"
Hampir saja Suraya hendak menampar muka Fauzi kerana terlalu terkejut dengan teguran lelaki itu secara tiba-tiba.
"Eleh.. kata aku, kau tu, yang tak ada kerja, usha laki orang macam nak makan."
"Err.. eh.. mana ada, pandai saja kau ni."
Wajah Suraya merona merah, malu kerana ada orang yang menyedari kelakuannya. ‘Alah, tengok saja, bukan luak pun..’ Ujar hati kecilnya. Dia buat-buat sibuk untuk menutup rasa malunya.
"Kalau kau nak tengok aku ni, tengok 24 jam pun boleh."
Fauzi mengusik Suraya lagi, sengaja mahu menimbulkan kemarahan gadis itu, dia suka melihat wajah Suraya yang sedang marah, terutama jelingannya, jelingan gadis itu membuatkan dia tidak tidur malam.
"Ah.. sudah lah, malas nak layan kau ni.."
Suraya berlalu menuju pantry, meninggalkan Fauzi yang sedang tersenyum-senyum seperti kerang busuk dan berteleku di mejanya. Geram sungguh Suraya dengan Fauzi yang suka mengganggunya.
"Apa khabar pengantin baru?"
Izdihar sekadar tersenyum nipis mendengar gurauan Johan, hatinya tertanya-tanya tujuan kedatangan sahabatnya itu.
"Hai, dapat bini muda, tapi muka macam baru bercerai, tak berseri langsung, kenapa dengan kau ni Iz? Ada masalah ke?"
"Kau ni, ada-ada saja, ada hal apa kau datang ni?"
"Aku tanya kau, kau tanya aku balik, entah apa-apa je.. Aku datang ni sebab nak jemput kau datang rumah aku hari sabtu ni, ada kenduri sikit untuk anak aku."
"Ye lah, terlupa pula aku, isteri kau dah habis pantang ke?"
"Belum lagi, tapi nak habis dah lah, tak lama lagi aku sambut raya lah.."
"Raya?"
Johan tersenyum nakal kepada Izdihar, melihatkan senyuman itu, Izdihar segera dapat menangkap maksud sebenar Johan.
"Cis.. aku ingat raya apa tadi.."
"Alah kau ni, macam tak pernah pula.. Ha.. nanti jangan lupa bawa isteri kau sekali, Ina kata tak sabar nak tengok bini muda kau. Hehe.."
"Tengoklah kalau dia sihat, aku bawa dia sekali."
"Isteri kau sakit apa pula?.. Err.. isteri kau nama apa ye? Terlupa pula aku."
"Nisya, dia bukan sakit teruk, sakit orang perempuan je."
"Sakit datang bulan ke? Teruk sangat ke sakitnya?"
"Bukan, sakit lain, aku pun tak tahu nak cakap macam mana."
"Sakit lain apa pula? Yang aku tahu, sakit perempuan ni, sakit sebab datang bulan lah. Sakit yang lain tak tahu lah pula, eh, bagitahu lah, isteri kau sakit apa?"
"Dia alah teruk, muntah sampai lembik badan."
"Alahan apa sampai teruk macam tu? Selalunya orang muntah teruk ni, alahan sebab mengandung. Takkan lah isteri kau dah mengandung.."
Johan memandang tepat wajah Izdihar, cuba mencari jawapan di sebalik kebisuannya.
"Dah nak masuk lima minggu pun, minggu lepas dia pergi cheak up."
"Eh.. tapi bukan.. err.. bukan korang baru nikah dua minggu lepas ke?"
Lagak Johan seakan-akan sedang mencongak matematik sambil mulutnya terkumat-kamit membilang nombor.
"Hoi..! bilang nombor ekor ke?"
"Ish.. kau ni..! aku tengah confius ni, aku salah dengar ke, atau kau yang salah cakap?"
"Kau tak salah dengar dan aku tak salah cakap, kau tak payah nak pening-peningkan kepala, cukup aku seorang yang pening kepala sudah lah."
"Aku rasa macam ada yang tak kena saja ni.. Ha..! Kau jadi pak sanggup ye?"
"Bukan lah.. kau ni dari dulu suka sangat serkap jarang.."
"Dah kau cakap berbelit-belit, aku gasak je lah. Cuba kau bagitahu aku, apa sebenarnya yang berlaku, bagitahu apa yang aku tak tahu."
"Aku nak cakap pun macam nak buka pekung di dada sendiri, tapi aku tak tahu nak luahkan pada siapa, aku buntu, tak tahu nak buat apa."
"Hai.. macam besar je masalah kau ni Iz.."
"Nisya mengandungkan anak aku.."
"What..!!"
Bulat mata Johan memandang Izdihar, dia seakan tidak percaya mendengar kata-kata Izdihar itu, mulutnya terkunci, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Izdihar melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Johan, mengharapkan Johan kembali ke alam nyata.
"Aa.. err.. aku.. err..."
"Aku apa?"
"Terkejut.. dan confius.."
Izdihar tertawa kecil, lucu melihat reaksi daripada Johan, sudah dijangkanya reaksi sebegitu yang akan diberikan oleh Johan.
"Aku ingatkan kau jadi pak sanggup, macam tak percaya pula aku. Kenapa boleh jadi macam ni Iz? Sampai mengandung budak tu kau buat."
"Semua ni berpunca daripada Maisarah."
"Maisarah pula yang kau salahkan, apa kena mengena dia dengan kes kau ni?"
"Malam tu aku masa nak balik, aku terserempak Sara dengan seorang lelaki, bukan main mesra lagi, aku tak fikir panjang, terus follow diorang, sampai ke Sri Hartamas. Entah apa yang merasuk aku, sebab sakit hati tengok Sara dengan jantan lain, aku jadi lupa diri, aku follow diorang sampai masuk club."
"Then, kau buat apa? Jangan bagitahu aku yang kau ambil benda tu.."
"Hemm.. kalau aku tak ambil benda tu malam tu, semua ni tak akan terjadi.."
"Ya Allah, Iz..! Kenapa tak hilang lagi perangai lama kau tu?"
"Aku tahu, salah aku, bila balik rumah, aku nampak Sara tunggu aku."
"Ish.. apa hal pula Sara tiba-tiba ada kat rumah kau?"
"Aku mabuk Han, fikiran aku tak waras, lain di depan mata, lain yang aku nampak.."
Johan mengangguk-anggukkan kepalanya, dia sudah dapat menangkap kisah sebenar Izdihar, dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Banisya, gadis itu menjadi mangsa keadaan.
"Patut lah, tiba-tiba saja kau nak kahwin, ni masuk kategori kahwin paksa juga ke?"
"Entah, aku pun tak pasti, yang aku tahu, aku cuma hendak menjalankan tanggungjawab aku, perkara dah jadi, takkan aku nak lepas tangan. Lebih teruk lagi, malam tu mak aku tak ada di rumah pula, tinggal Nisya seorang saja, kalau lah mak aku ada malam tu.."
"So, now, what is the problem?"
"Nisya.. dah seminggu tak bercakap dengan aku, asyik larikan diri saja, nampak saja aku balik, kelam kabut dia lari masuk bilik. Kalau terpaksa berdepan dengan aku pun, sepatah haram dia tak bersuara.. Dengan ibu atau along, boleh pula dia layan baik-baik. Aku tak faham lah.."
"Kenapa ye? Dia takut dengan kau kot.."
"Takut apa nye, aku ni dah jadi suami dia pun.."
"Emm.. kau lupa ke? Apa yang kau dah buat pada dia sebelum kau jadi suami dia?"
"Err.."
"Mungkin dia trauma kot, kau bawa lah dia jumpa doktor, tak boleh biar tu, dah lah tengah mengandung, gila meroyan nanti dia."
"Gila meroyan tu gila apa?"
"Orang yang stress masa mengandung, kemungkinan besar boleh jadi gila selepas melahirkan anak, tu Ina lah yang bagitau aku, kalau dia tipu aku, aku pun tipu kau lah.. hehe.."
Termenung panjang Izdihar mendengar kata-kata Johan, hatinya dipagut rasa bimbang, dia bimbangkan kesihatan Banisya dan anak di dalam kandungannya itu.
"Eh, kalau baru nampak kau pun dia dah lari macam nampak hantu, tidur malam macam mana? Nak pula dia menghadap muka kau?"
"Tak ada soalan lain ke kau nak tanya? Aku nak keluar lunch ni, nak join tak?"
Soalan Johan dibiarkan sepi tanpa jawapan, Izdihar menanggalkan tali lehernya sambil matanya masih memandang Johan, menantikan jawapan lelaki itu.
"Oit..! nak ikut tak?"
"Ye lah.. yelah.. jom, soalan aku tadi kau tak jawab lagi.."
"Nanti lah aku jawab yer.. right now i’m starving..."
************************************************************
Kereta Izdihar meluncur laju memasuki halaman rumahnya. Dia merasa hairan dengan suasana sunyi yang menyelubungi rumah itu, tidak kedengaran suara Ikmal menyambutnya pulang seperti selalu. Tetapi bila saja melihat kereta ibunya tiada di garaj, dia mengandaikan ibunya mungkin membawa keluar Ikmal dan Banisya. Pintu yang berkunci menguatkan lagi andaiannya, mujur juga dia sentiasa membawa kunci rumah bersama-samanya, jadi tidak sukar baginya untuk memasuki rumah walaupun pintu berkunci.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah, hidungnya pantas menangkap bau sesuatu yang telah hangit dari arah dapur. Langkah nya laju diatur ke dapur untuk memeriksa.
"Ya Allah..! Siapa punya kerja ni? Nisya lah ni, kalau ye nak keluar rumah pun, tak kan lah tak perasan benda tengah masak atas dapur ni? Nasib baik lah aku cepat balik, kalau terbakar rumah ni, naya je."
Izdihar membebel seorang diri melihatkan pengat ubi yang telah hangus diatas dapur, pantas tangannya menutup api dan menuangkan air paip ke dalam periuk yang sudah kehangusan itu. Selesai itu, dia menuju ke biliknya untuk membersihkan diri dan solat. Usai solat, tergerak hatinya untuk menghubungi Mardhiah.
"Assalamualaikum ibu.."
"Waalaikumsalam, Iz dah balik ye.."
"Emm.. ibu pergi mana?"
"Ni, along ni tadi mengamuk nak kan ais-krim, tu yang kami keluar ni. Ais-krim yang ada dalam ice box tu Nisya habiskan semua. Nak buat macam mana, ye lah, pembawa budak, macam-macam benda lah dia teringin nak makan."
"Oh.. Nisya ada kat mana tu ibu?"
"Eh, Nisya ada kat rumah lah, tadi ibu ajak keluar dia tak nak, nak habiskan masak pengat ubi katanya, ibu keluar dengan along saja, tu dia tengah seronok main."
"Eh..! Nisya tak ikut sekali? Tapi Iz tak nampak dia pun.."
"Ada kat bilik lah tu, okey lah, Ibu nak tengok-tengok kan along sekejap, bahaya pula tengok si along tu main sorang diri."
"Emm.. okey.."
Sebaik sahaja Mardhiah memutuskan panggilan, Izihar segera menuju ke bilik Banisya. Hatinya gusar apabila Banisya tiada di dalam biliknya, semua bilik di tingkat atas diperiksanya, tetapi kelibat Banisya masih belum kelihatan. Izdihar menuju pula ke bawah termasuk memeriksa bahagian luar dapur, pula, tetapi dia hampa, Banisya tiada.
Tiba-tiba matanya terpandangkan pintu bilik air di dapur tertutup rapat. Telinganya didekatkan pada pintu, sayup-sayup kedengaran bunyi pili air sedang terbuka. Hatinya mula diserang rasa gusar, seingatnya, pintu bilik air itu jarang sekali di tutup.
"Nisya..Nisya.."
Tiada sahutan, dia cuba membuka pintu bilik air itu, tetapi berkunci.
"Ish..! mana pula kunci pendua ni? Ibu letak di mana?"
Izdihar mengomel sendiri sambil menyelongkar kabinet di dapur, mencari kunci pendua. Hampir lima minit menyelongkar, kunci yang dicari masih belum ditemui. Akhirnya Izdihar terpaksa mengambil tindakan drastik, pintu bilik air itu terpaksa dipecahkan.
"Nisya..! Ya Allah, Nisya.."
************************************************************
Izdihar setia menanti disisi katil Banisya, hatinya gusar melihatkan keadaan isterinya itu, mujur kandungannya tidak mempunyai masalah. Tanpa disedari, tangannya perlahan mengusap perut Banisya yang sudah mula menampakkan bentuknya.
"Encik, saya nak ambil tekanan darah boleh?"
Teguran seorang jururawat mengejutkan Izdihar dari lamunannya, pantas dia menarik tangannya dan mengangguk perlahan kepada jururawat tersebut. Dia menjarakkan sedikit kedudukannya untuk memberi ruang kepada jururawat tersebut melakukan tugasnya.
"Encik, tekanan darahnya rendah lagi, tapi bukan dalam peringkat bahaya, encik jangan bimbang, kita akan monitor tekanan darahnya setiap jam. Suhu okey, dia tak demam."
"Oh.. terima kasih.."
Jururawat itu tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya sebelum beredar keluar.
"Err.. nurse.."
"Kenapa encik?"
"Isteri saya ni bila boleh sedar?"
"Emm.. doktor tak terangkan tadi bagaimana keadaan isteri encik sekarang?"
"Err.. doktor bagitahu dia dah stabil, tapi bila boleh sedar, tak pula doktor bagitahu."
"Emm.. Insyallah, sekejap lagi dia sedar lah tu, pukul berapa masuk wad tadi?"
"Pukul 6 petang tadi, sampai sekarang tak sedar lagi, risau juga saya.."
"Sekarang baru pukul 8 malam, kalau doktor kata dia dah okey, encik jangan risau sangat. Saya minta diri dulu ye, ada kerja yang perlu diselesaikan."
"Oh, maaf lah mengganggu kerja awak.."
"Tak apa, saya pergi dulu.."
"Terima kasih.."
Beberapa minit kemudian Mardhiah menyusul bersama Ikmal.
"Iz, macam mana dengan Nisya?"
"Ibu.. Emm.. macam ni lah, tak sedar lagi."
"Doktor bagitahu apa?"
"Tekanan darahnya rendah, sebab tu dia pengsan."
"Ish.. Masa ibu keluar tadi, okey saja ibu tengok, tapi muka dia memang nampak pucat sikit. Ni, Ibu ada bawa barang-barang yang Iz pesan."
"Emm.. tadi kelam kabut, tak sempat nak bawa apa dah.. Along.. jangan panjat katil tu, kan Ibu tak sihat tu, jangan kacau ibu.."
"Pe papa?"
"Ibu tak sihat sayang, mari sini, duduk dekat nenek.."
Ikmal segera mendapatkan neneknya apabila melihat wajah serius Izdihar. Namun mulutnya tetap becok bertanya itu dan ini kepada neneknya.
"Iz rasa elok Iz balik dulu lah, Ikmal ni pun tak tahu nak diam, nanti marah pula nurse sebab buat bising, sekarang pun dah lewat."
"Emm.. ye lah."
"Along, amin nenek, kita nak balik ni."
"Nenek tak alik ke?"
"Nenek kena jaga ibu, kan ibu sakit.. Meh, sayang sikit.. Ala bucuk dia ni.. Jangan nakal-nakal, dengar cakap papa tau."
Laju Ikmal menanggukkan kepalanya, tanda patuh pada kata-kata Mardhiah.
"Iz.."
Perlahan-lahan Banisya membuka matanya, pandangannya jatuh kepada Ikmal yang berada di sisinya dan kemudian beralih kepada Izdihar yang berada bertentangan dengannya di hujung katil dan terakhir, pandangannya jatuh pada Mardhiah.
"Ibu.. Nisya kat mana ni?"
"Kat hospital, Nisya pengsan petang tadi.."
"Pengsan?"
"Ha’ah, Iz terjumpa Nisya pengsan di bilik air."
Tiba-tiba Banisya meraba perutnya, hatinya tiba-tiba gusar dengan keselamatan anak di dalam kandungannya, sedangkan sebelum ini, dia langsung tidak ambil berat tentang dirinya yang sedang berbadan dua, dia bencikan anak di dalam perutnya itu, pernah juga dia berniat untuk membuang janin yang baru hendak membesar itu. Banisya berishgtifar beberapa kali di dalam hatinya memikirkan betapa bodoh dirinya kerana mempunyai niat sebegitu rupa.
"Ibu.. anak Nisya.."
"Nisya rehat dulu, tekanan darah Nisya rendah."
"Nisya tak nak rehat, ibu, anak Nisya macam mana? Nisya nak tahu, dia selamat?"
"Nisya, anak kita selamat.."
Pandangan Banisya beralih kepada Izdihar, hatinya sakit melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Senyuman itu langsung tidak memberi ketenangan kepadanya.
"Nisya nak tidur.."
Banisya merebahkan semula tubuhnya ke katil, harapannya agar Izdihar segera berlalu pergi, entah kenapa hatinya sakit melihat lelaki itu. Dia mula membenci Izdihar sebaik saja mengetahui dirinya berbadan dua, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya telah mengandungkan anak luar nikah. Mujur dia tidak bertindak di luar kawalan, mujur juga kandungannya masih selamat, jika tidak, Banisya pasti akan merasa menyesal seumur hidupnya.
‘Maaf kan ibu.."
Banisya berbicara sendiri sambil mengusap lembut perutnya, saat ini, dia telah berjanji untuk menjaga kandungan nya dengan baik. Dia tidak mahu ambil pusing lagi dengan Izdihar, biarlah lelaki itu dengan hidupnya, asalkan tidak mengganggu dirinya.
"Nisya, abang balik dulu.."
Izdihar segera meminta diri untuk pulang apabila melihatkan reaksi tidak senang daripada Banisya. Banisya langsung tidak mahu bercakap dengannya sejak 2 minggu yang lalu. Izdihar sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang sedang bermain di fikiran Banisya.
"Bu.. along alik lulu.."
Tanpa menunggu jawapan dari Banisya, Ikmal terus saja mengucup pipi Banisya, terharu Banisya dengan kelakuannya itu. Perlahan Banisya bangun dan menarik Ikmal ke dalam pelukkannya, pipi Ikmal diciumnya beberapa kali. Tanpa disedari, air matanya merembes keluar, entah kenapa dia rasa bersalah kepada Ikmal kerana dia tidak menjaga dengan baik ‘adik’ Ikmal yang sedang dikandungkannya itu.
"Nape bu angis?"
" Tak ada apa-apa sayang, along jaga diri tau, dengar cakap papa, ibu sayang along.."
Izdihar menghampiri keduanya, tubuh Ikmal diangkat ke atas dukungannya.
"Ibu sedih, sebab kita nak balik, esok kita datang lagi ok.."
"Ote.. tata.. ibu.. tata nenek.."
Banisya membalas lambaian Ikmal, perlahan-lahan rasa sebaknya berkurangan, kepalanya mula terasa berat, dia kembali berbaring, ingin menghilangkan kesakitan di kepalanya.
posted by Penulisan2u @ 7:17 PG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group