Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ain mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran daripada surah Yassin di sisi kubur yang tanahnya masih lagi merah.Pipinya tidak pernah kering dengan air mata sejak pemergian orang yang telah banyak membahagiakannya.Datin Suraya telah pulang ke ramatullah tiga hari yang lepas.Saat dia mengetahui yang Mamanya sudah tiada lagi,jantungnya seperti direntap kuat!Hampir pengsan dia apabila sahaja mendengar berita pahit itu.
"Ain sudahlah tu.Jom balik.Dah satu hari kau ada dekat sini.Janganlah macam ni.Aku sedih tengok kau macam ni."Nurin memegang bahu Ain setelah sahabatnya itu selesai membaca surah Yassin.Nurin mengangkat Ain untuk berdiri.Dia tahu wanita itu bersedih.Dia juga turut merasai kesedihan itu.Nurin memimbing Ain ke keretanya.
"Kita pergi makan ya?"Ujar Nurin setelah mereka berdua sudah memasuki ke dalam perut kereta.Ain menggeleng dan merenung keluar tingkap.Pemandangan yang kosong.Nurin mengeluh.
"Dah tiga hari kau tak makan.Minum air pun kena paksa.Janganlah macam ni.Kalau Ammar tahu..."Nurin memandang tajam ke arah Nurin.
"Jangan kau sebut nama dia!"Marah Ain.Nurin mengalah.Dia menekan pedal minyak kereta Waja hitam menuju ke kawasan Damansara.
"Makanlah.Nanti kau sakitkan susah?"Nurin menyuakan sudu berisi bubur nasi yang masih panas.Dia membelinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah Ain.Kebetulan ada gerai yang jual bubur.Ain masih lagi tidak mahu membuka mulutnya.Lidahnya terasa kelat.Tiada selera dia nak makan.Nurin meletakkan kembali sudu itu ke dalam mangkuk.Dia menatap muka Ain.Muka yang penuh kesedihan.Pintu rumah dibuka membuatkan Nurin berpaling.Tersembul muka Ammar yang segak memakai pakaian kerjanya.Ain yang menyedari kehadiran lelaki itu pantas menaiki tangga dan memasuki ke dalam bilik.Ammar memandang ke arah Nurin dan ke atas silih ganti.
"Apa I dah buat?"Ammar tercengang.Nurin menghampiri lelaki itu.
"What?!Oh my God!When?!"
"Tiga hari lepas."Ammar menepuk dahinya.Dia menyeluk kocek seluarnya dan melihat telefon bimbitnya.
"Telefon I tak ada bateri.I terlupa bawak charger."Nurin mengangguk.Ammar menapak ke arah tangga dan menuju ke bilik tidur utama rumah itu.Nurin mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah itu.Tidak mahu mengganggu privacy suami isteri itu.
"Nurin thanks by the way!"Laung Ammar dari atas.Nurin tersenyum dan melangkah keluar.Ammar memasuki ke dalam bilik tidur itu.Matanya tertancap ke arah sekujur tubuh yang sedang duduk di birai katil.Dia melonggarkan tali lehernya dan menghampiri isterinya.
"I’m sorry about Mama."Ammar memulakan bicara setelah lama dia berdiri di sisi wanita itu.
"Don’t talk to me.Go away…"Ujar Ain.
"Look.Let me explain."Ain bingkas bangun dengan niat untuk keluar dari bilik itu.Malas dia hendak melihat muka lelaki itu.Namun tindakannya sempat ditahan oleh Ammar.Lelaki itu menarik lengannya.
"Don’t be like this.I owe you an explanation."Ammar menarik nafas dalam.
"Saya tak tahu mungkin awak ada telefon saya.Saya tak tahu pun sebab handset saya habis bateri.Saya terlupa bawak charger.I’m really sorry.My bad."Jujur Ammar menerangkan keadaan sebenar.Ammar menarik dagu isterinya agar dia dapat melihat muka itu.Dilihatnya mata Ain berkaca.Segera dia membawa Ain ke dalam dakapannya.Ain pun apa lagi?Melalaklah dekat bahu Ammar.
"Sorry coz I’m not there for you when you need me."Beberapa minit kemudian esakan Ain kedengaran ditelinga Ammar.
"Shuutt.Dah,dah.Jangan macam ni.Semua yang hidup pasti akan pergi."Pujuk Ammar sambil tangannya mengusap rambut isterinya itu.
"Tapi kenapa awal sangat Allah mengambil Mama daripada saya?Kenapa?"Luah Ain.
"Jangan cakap macam tu.Saya nak awak ingat ni.Mungkin ianya akan membantu awak untuk terus hidup.Tak kira macamana sekalipun kita menyangi seseorang itu,suatu hati dia pasti akan tinggalkan kita."Ammar meleraikan pelukan mereka untuk menatap wajah jelita itu.
"Okey?"Ain terdiam sebentar.Ada benar juga kata lelaki itu.
"Saya faham apa awak rasa.Saya pernah kehilangan jugak.Dah jangan sedih macam ni lagi.Buruk rupanya.Monyet dekat zoo pun tak buruk macam ni."Ammar cuba meringankan suasana.Ain tergelak kecil.
"I love you."Ain mendakap kembali suaminya itu.Ammar tidak tahu samada perlukah dia membalas kata-kata itu.Dia akui setiap kali dia berjauhan dengan wanita itu,wajah itu yang selalu muncul di dalam setiap mimpinya.Di dalam setiap pandangannya.Adakah dia sudah jatuh cinta?
Ammar merenung kontrak yang ditandatangani olehnya dan Ain 6 bulan lepas.Dia keliru.Perlukah dia mengoyakkannya ataupun menyimpannya?Dia tidak pernah mempercayai perkahwinan.Dia tidak percaya bahawa perkahwinan akan membawa kepada kebahagian.Ammar mengeluh lalu ditarik laci meja sisi bilik tidurnya dan dimasukkan kertas itu kedalamnya.Tubuhnya terasa dipeluk oleh seseorang dari belakang.Pastinya Ain.Ammar mengambil kesempatan mengucup lengan putih di dadanya.
"Bila saya dah okey.Awak pulak yang termenung.Kenapa ni herm?"Ammar meleraikan pelukan isterinya dan memalingkan tubuhnya menghadap Ain.Ammar meletakkan bantal di kepala katil dan bersandar.Ain duduk bersila memandang suaminya.
"Tak ada apa.Saya cuma teringatkan arwah ayah."Ain menghampiri suaminya dan meletakkan kepalanya di atas dada sasa suaminya.
"Awak rindukan dia?"
"Every second."Ammar membelai rambut diparas bahu itu.
"Saya pun.Tidak pernah sesaat arwah Mama lekang di dalam fikiran saya."Lama mereka begitu.Melayan perasaan sendiri.
"Hey don’t ruin the mood."Ujar Ammar tiba-tiba.Ain menoleh melihat lelaki itu.Dia tersenyum dan bangun dari baringannya.Ammar membelai pipi gebu isterinya.Dia mengucup leher kemudian bibir mugil Ain.Lama di bibir itu.Tangannya sudah liar menjelajah tubuh wanita itu.Telefon berdering.Ammar melepaskan kucupan tadi.Tangannya pantas mencapai telefon bimbitnya.Tertera nama Lufya.Kekasihnya.Dia segera bangkit dari katil sambil membawa telefon bimbitnya menuju keluar bilik.Tercetus keluhan kecil di bibir Ain.Dia menghempaskan badannya di atas katil besar itu.Matanya mengerling ke arah daun pintu yang tertutup rapat.Hatinya curiga juga ingin tahu siapa pula gerangan yang menelefon suaminya di malam hari.
"No,sayang.Tak boleh.I’m sorry.Okey esok kita jumpa ya?Bye."Pantas ibu jari milik Ammar menekan punat merah.Dia kembali masuk ke dalam bilik tidurnya.Dilihatnya Ain sudah pun berselimut di atas katil.Ammar memanjat katil.Dia memegang tubuh isterinya.
"Ain?Dah tidur ke?"Tiada suara kedengaran.Ammar mencuri tengok muka wanita itu.Dia terlihat sebelah mata wanita itu terbuka dengan muka yang masam.Dia tersenyum.
"Dah tidur ke ni?"Ammar menguji lagi.Tiada jawapan.
"Kalau dah tidur tak apalah.Good night."Timbul rasa kecewa dihati Ain.’Bukannya reti nak pujuk ke apa.Ni terus tidur je?Cis!’Bebelnya seorang di dalam hati.Lampu sisi sebelah Ammar dipadam.Lampunya sudah lama terpadam.Sejak 10 minit tadi.Ain mengeluh.Dia memejamkan matanya rapat-rapat.Terdetik juga rasa kesalnya dihati.’Tulah siapa suruh merajuk?Siapa suruh olok-olok tidur?Padan muka sendiri.’Pinggangnya terasa dilingkari sesuatu.Satu kucupan hangat hinggap di lehernya.
"Lain kali jangan pura-pura tidur."Adus!’Malunya aku!!!Dia dengar ke aku mengeluh tadi?Aduh-aduh!Malunyaaa!’Bibirnya dikucup tanpa disedari.Dapat dirasa tangan lelaki itu mengusap pipinya.Ammar membawa Ain keawan biru malam itu.
"Biasalah tu Ain.Ibu ni dulu jangan cakaplah kena tinggal dengan Dato’.Rasa macam nak mintak dia berhenti kerja pun ada.Tapi yelah sayangkan?Relakan aje."Ujar Datin Maisarah.Ain tersenyum.Ya memang benar apa yang dicakapkan oleh ibu mentuanya itu.Ain telah diminta untuk datang ke rumah orang tua suaminya.Atas permintaan ibu mentuanya sendiri juga sebenarnya.Mereka sedang berehat sambil menikmati pemandangan di taman rumah itu.
"Redup hari ni.Berangin.Oh ya Ain."Datin Maisarah membetulkan duduknya di kerusi taman itu.Dia yang tadinya sibuk memerhati daun-daun pokok kering berterbangan ditiup angin menoleh ke arah menantunya.
"Selama kamu kahwin nilah ada tak kamu rasa macam nak pitam,muntah-muntah,loya-loya ke pening kepala ke?"Ain mengerutkan dahinya.Apa kena mengena kalau dah kahwin dengan semua penyakit tu?Kan semua orang pernah rasa?
"Tak pernah pulak.Kenapa ibu?"Datin Maisarah diam seketika kemudian menganggukan kepalanya.
"Kamu ada makan ubat yang ibu bagi tu tak?"Ain mengangguk.Bohong sebenarnya.Mana ada dia makan ubat untuk subur tu.Haaa?Ubat subur??Maksudnya…
"Oh ibu.Pasal hal tu ke?Erm insyAllah nanti kalau ada rezeki adalah."Datin Maisarah tersenyum.
"Ibu faham.Kamu berdua baru kahwinkan?Takkanlah dah nak ada anak pulak?Belum puas honeymoon lagi betul tak?"Naik merah pipi putih Ain.Memang dah merah pun.
"Yelah tapi ibu memang teringin sangat nak timang cucu dari korang dua.Ibu memang mengharap dekat korang dua jelah.Yelah cucu yang ada pun jauh nun sana.Sunyi jugak ibu."Rasa kasihan terbit dihati Ain.Kasihan ibunya.Suami sudah tiada.Anak semuanya sudah besar dan berdikari.Tinggalah dia seoarang di rumah.Pasti sunyi.
"Ibu,kami akan usahakan itu untuk ibu.Ibu janganlah sedih."Ain memegang tangan Datin Maisarah.
"Ammar beruntung dapat kamu Ain.Kamu ni baik sangat.Terima kasih kerana bahagiakan anak ibu.Bimbinglah dia Ain."Sekali lagi dahi Ain berkerut. "Ye mungkin pelik isteri nak kena bimbing suami.Tapi dia tu lain dari adik beradiknya yang lain.Dia degil.Tapi dia mempunyai hati yang baik.Dia memang seorang yang baik.Dia penyayang orangnya.Kalau dia marah dia mesti akan cakap benda bukan-bukan.Tapi dia tak ada niat cakap tu.Dia memang tak maksudkannya.Ibu pun hairan dalam semua anak-anak ibu,ibu paling sayangkan dia.Bukannya pilih kasih.Tapi seumpama kita punya banyak baju mesti ada satu yang kita paling sayang bukan?Mungkin kerana perangainya sama dengan perangai ayahnya."Terang Datin Maisarah panjang lebar tentang anak lelakinya itu.Ain mengangguk dan tersenyum.Harapannya biarlah lelaki itu memang diciptakan untuknya.
Ammar mengunyah keropok Twisties yang baru dibelinya tadi.Dia menyuakan bungkusan keropok itu ke isterinya.Ain menolak.Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan di taman permainan kawasan rumah itu.Ammar mengambil tempat disebelahnya.
"Kenapa ni?Muka masam je?"Ain menggeleng.
"Tak adalah."
"Yelah tu."Ammar meneguk air mineral.Budak-budak kecil dalam lingkungan umur 5 tahun tiba-tiba datang berlari di hadapan mereka.Entah dari mana datangnya mereka pun tak tahu.Tanpa diduga salah seorang dari mereka terlanggar tangan Ammar.Habis air mineral yang sedang diminumnya tumpah ke baju.
"Shit!Hey kalau nak main,main dekat sana!Bukan dekat dengan aku faham?!"Marah Ammar kepada budak tadi.Apa lagi menangislah budak tu dan berlari pulang ke rumah sambil memanggil nama ibunya.
"I hate kids!Kenapalah manusia melahirkan bayi?Kenapa tak boleh terus besar.Ish."Bebel Ammar sambil mengelap bajunya yang basah menggunakan tisu yang diberikan oleh Ain tadi.Telinga Ain mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Ammar tadi.Hatinya gusar.
"Kenapa awak cakap macam tu?"Ammar memberhentikan perbuatannya mengelap baju.Dia menoleh ke arah Ain.
"Diaorang tu entah leceh.Pening kepalalah."Memang benar dia tidak suka akan budak kecil.Ketika adiknya Aisyah masih kecil,dia kerap memahari adiknya itu.Apa yang adiknya buat tidak kena.Tapi apabila adiknya itu sudah besar panjang barulah hatinya aman.Muka Ain berkeruh.
Ain runsing.Dia tidak tahu hendak mengikut kehendak siapa.Kehendak ibu mentuanya atau suaminya?Suaminya tidak suka akan anak sedangkan ibu mentuanya inginkan anak daripada mereka berdua.Dia pula?Semua wanita yang dah berkahwin pasti inginkan anak.Itulah impiannya jika dia berkahwin.Apa lagi tujuan berkahwin jika tidak menyambung zuriat?Ahh!Pening,pening.Ain memejamkan matanya.Beberapa ketika kemudian dia mencelikkan kembali matanya.Skrin komputer terpapar dimatanya.Dia mengambil nafas dalam.Dia mencapai tetikus dan meneruskan kerjanya.
"Puan Ain ada orang nak jumpa."Ujar Sofea.
"Siapa?"
"Customer.Saya cakap dia nak Puan Ain sendiri yang designkan rumah dia.Bukan Asyraf."Ain bangkit dari kerusi kerjanya.Hendak atau tidak dia mestilah mengikut kerenah pelanggan. "Okey thanks Sofea."Sofea mengangguk dan kembali ke meja kerjanya.Ain menuju ke arah satu badan yang sedang membelakanginya.Nampak gayanya orang itu lelaki.Dia sedang asyik melihat lukisan yang tergantung di kedai itu.
"Hello sir.Can I help you?"Lelaki itu berpaling.Tusspp!Anak panah cinta menusuk ke hati lelakinya.
"Sir?"Ain mengerutkan dahinya.’Apasal lak mamat ni?Pengsan berdiri ke apa?Ke bisu?’
"Oh sorry.Hai!I’m Danish.Ziyad Danish."Ramah lelaki itu memperkenalkan dirinya.Ain tersenyum.Begitu juga dengan Danish.Lelaki itu tinggi orangnya.Badannya tidak setegap Ammar.Tapi lelaki itu mempunyai senyuman yang menawan.
"Saya Ain.Anyway what can I help you Mr.Danish."Danish tersengih.
"Do call me Danish.Not Mr.Danish."
"Err…Danish apa saya boleh Bantu awak?"
"Haa sedap sikit dengar.Panggil Mr. rasa pelik.Haha.By the way saya nak awak tolong decorate rumah baru saya."Ain mengangguk.
"Okey.Sila ke pejabat saya.Banyak benda yang perlu dibincangkan bukan?"Danish tersenyum.Dia mengikuti langkah Ain.
"So Encik Danish nak saya hias satu rumah atau sesetengah tempat sahaja?"
"Ain,just Danish."
"Oh ya.Sorry.Danish."
"Erm saya nak awak buat semua.Satu rumah."Ain mengangguk.
"Baiklah kalau macam tu,bila boleh saya datang rumah Danish?"Danish merenung muka wanita jelita dihadapannya.Dia benar-benar sudah jatuh cinta akan wanita itu.
"Esok."
"Okey,pukul berapa awak free?"
"Satu hari."Danish masih lagi tidak jemu merenung mata wanita itu.Ya mata itulah aset utama wanita itu.
"Err…Kalau macam tu saya datang dalam pukul 10 pagi."Ain mencatatkan sesuatu di buku catatannya.Isinya semua appoinment-appoinmentnya dengan klien.
"Awak orang Arab ke?"Ain memberhentikan tangannya menulis.Dia merenung buku itu sebelum memandang ke arah Danish.
"Oh anak kacukan.Padanlah cantik…"Puji Danish jujur.Ain tersengih.’Mamat ni kenapa?’Gerutu hatinya.
"Can I have your phone number?Jangan fikir lain.Ini untuk memudahkan kerja kita.Kalau ada apa-apa masalah senanglah saya nak call."Helah sahaja sebenarnya.
"Here is my card.So we see tomorrow."Danish bangkit dari kerusi sambil membelek-belek kad nama yang diberikan oleh Ain.
"Okey.See you tomorrow.Nice to meet you."Danish berlalu pergi dengan hati girang.Dia pasti akan mendapatkan wanita itu!
Ain memarkir keretanya dihadapan rumah bungalow dua tingkat milik pelanggannya,Danish.Dia keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pintu utama rumah itu.Jari telunjuknya pantas menekan loceng yang disediakan disebelah pintu.
"Oh Ain!Please come in."Jemput Danish.Ain melangkah masuk.Wah kosong!
"Saya belum tinggal lagi dekat sini.Rumah ni baru siap minggu lepas.So what do you think?Boleh buat?"Mata Ain menjelajah rumah itu.
"InsyAllah."Danish membawa Ain melihat setiap inci rumah itu.Setiap ruang.Tidak ada satu pun yang tertinggal.
"Saya akan cuba siapkan secepat mungkin.Jumpa lagi."Ucapan ‘jumpa lagi’ itu memberikan Dansih harapan.
"Alright.See you then."Ain memasuki ke dalam keretanya dan meluncur laju menuju kembali ke kedainya.Banyak kerja perlu dibereskan!
Hari ini hari minggu.Selalunya Ain akan keluar.Tapi membayangkan kerjanya yang bergunung dia lebih rela terpuruk dengan rumah dan menghabiskan masa bersama dengan kerja-kerjanya.Ain bangkit dari katil dan duduk sisi katil.Dia mengerakkan tengkuknya ke kiri dan ke kanan.Selesa sikit.Sakit tengkuknya.Mungkin dia salah tidur.Dia menguap.Tiba-tiba perutnya rasa mual.Tekaknya rasa loya pulak tu.Dia menekup mulutnya yang ternganga tadi dan berlari ke bilik air.Dikeluarkan segala isi di dalam perutnya yang membuatkannya menjadi tak selesa ke dalam mangkuk tandas.Ain menekan punat tandas.Semua muntahnya bercampur air dipam keluar.Dia menuju ke sinki.Mencuci tangan dan mulutnya.Dia melangkah keluar longlai.Dia melabuhkan punggungnya di sofa bilik itu.Mindanya ligat mengingat apa yang dimakannya semalam.Tapi belum sempat otaknya memutarkan kembali perkara semalam tekaknya kembali loya.Ain berlari kembali ke bilik air.
"Apa yang aku makan semalam ni?Adui"Ain terduduk ditepi tub mandi bilik air itu.
‘Selama kamu kahwin nilah ada tak kamu rasa macam nak pitam,muntah-muntah,loya-loya ke pening kepala ke?’Benda lain yang cuba diingat benda lain pula yang terjah keluar.
"Jangan-jangan…Tak,tak.Mengarut.Tapi itu boleh jadi.Takkanlah.Eiiii!"Kusut kepalanya.Memandangkan waktu Subuh sudah hampir ke penghujungnya Ain segera berwuduk dan menunaikan solat.Dia termenung di atas sejadah.Ya dia tahu apa nak buat!
Ammar pulang tepat pukul 1 pagi hari itu.Dia memasuki ke dalam rumahnya.Ain masih belum tidur lagi.Sedang sibuk mentelaah sesuatu di meja kerjanya.
"Kenapa tak tidur lagi ni?"Ammar menghampiri isterinya.Dilihatnya isterinya sudah pun tertidur di atas meja.Ammar mengambil keputusan mengendong isterinya ke atas.Kasihan letih bekerja.Perlahan-lahan Ammar menarik kerusi beroda itu ke belakang sedikit.Penuh berhati-hati dia mengangkat isterinya untuk diletakkan di atas kedua-dua lengannya.Mujur isterinya itu tidak terjaga.Lega.Mungkin letih sangat kot.Ammar meletakkan Ain di atas katil bilik tidur mereka.Diselimutkan Ain.Satu kucupan di dahi dihadiahkan oleh Ammar kepada Ain.Selepas membersihkan diri Ammar mengambil tempat disebelah Ain.Baru sahaja matanya ingin terlelap satu panggilan telefon membuatkan tidurnya terbantut.
"Hello…"Malas sahaja bunyinya.
"Ammar.I miss you sayang!" Syafira.Ammar menghela nafas kecil.
"I miss you too.Esok kita jumpakan?"
"I tak boleh tahan tunggu esok.I rindu sangat dekat you.Kita jumpa sekarang boleh?"Rengek Syafira.
"I letihlah.Baru balik kerja.I nak tidur.Jumpa esok.Bye."Ammar memutuskan talian dan mencabut keluar bateri telefonnya.Aman sikti dia nak tidur.
Ammar meraba-raba di sisinya.Kosong.Matanya dibuka.Dilihat lampu bilik air dibuka.Dia mengerling ke jam dinding.Pukul 6 pagi.Mungkin Ain nak solat.Dia kembali tidur.
"5 minutes more."Ammar menarik selimutnya.Ain mengeluh.
"Bangunlah!Dah nak habis waktu dah ni."Ain menarik selimut yang menutupi badan Ammar.
"Yelah!"Keras sahaja bunyinya.Ain bersandar di kepala katil.Memang payah untuk menyuruh suaminya itu mengerjakan solat.Kalau disuruh barulah buat.Seperti semalam perutnya berasa mual.Dia membuka laci sisinya.’Pregnancy test kit’ sudah berada ditangan.Dia harus melakukannya hari ini juga.Selepas sahaja Ammar keluar dari bilik air,Ain pantas memasuki ke dalamnya. Ammar hairan.’Buang saham besarlah tu’Teka Ammar.Usai menunaikan solat,Ammar melabuhkan punggungnya di atas sofa.Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu ditekan punat yang berwarna merah.Dia membuka siaran berita.Sudah setengah jam Ain berada di dalam bilik air.Hati Ammar gusar.Pengsan ke isterinya itu?Tak keluar-keluar.Berita yang ditontonnya tadi pun dah habis siarannya.Ammar bangkit dari sofa dan mengetuk pintu bilik air.
"Ain are you okey in there?"Ketukan pintu yang tiba-tiba membuatkan Ain terperanjat.Dia tidak tahu hendak berbuat apa.Alat penguji kehamilan digenggamnya.Tanpa diduga Ammar memasuki ke dalam tanpa izin.
"Kenapa ni?"Ammar menghampiri isterinya.Matanya tertancap di tangan Ain yang sedang memegang sesuatu.Tidak tahu dia apa benda itu.
"What is this?"Ammar mencapai alat penguji kehamilan daripada tangan Ain.
"Ain please talk to me."Gesa Ammar.Risau juga dia wanita itu tidak bercakap apa-apa sejak tadi.
"I’m...I’m pregnant..."Ucap Ain lemah.Ammar yang tadinya mencangkuk di sebelah Ain segera bangkit.
"What?!No way!How could you do this to me?!"Ain memandang tajam ke arah suaminya.
"Apa awak cakap?!"
"I used protection!Tak mungkin!"Ammar sudah berang dan tak tentu hala.Dia berjalan mundar-mandir di situ.
"Awak pun tahu protection bukannya 100%!" "Ni bukan anak saya!"
"Apa awak cakap?"Bukannya Ain tidak dengar tapi dia inginkan kepastian.
"Tu bukan anak saya!"Jerit Ammar.Ain bangun dari duduknya.Dia menarik badan Ammar supaya memandangnya.
"Ini anak awak!"Ain mencapai tangan suaminya lalu diletakkannya di perut.
"No!Ini anak lelaki lain!It’s all your fault!Ahh!!"Ammar menafikannya.Air mata ain tumpah semahunya.Tidak dia sangka suaminya sanggup berkata begitu.
"Saya nak awak gugurkan anak ni!Saya tak nak anak ni!"Mata Ain membuntang.
"Dia tak berdosa!"
"Ah lantaklah awak nak cakap apa!Yang pasti saya nak awak bunuh dia!Saya tak nak dia hidup awak faham?!"Tengking Ammar.
"Saya tak akan bunuh dia!Kalau awak tak nak anak ni tak apa!Biar saya yang jaga dia!"
"What did you say?!What did you say?!"
"Saya nak dia hidup!"
"Fine!Lepas dia lahir saya akan ceraikan awak!"Ammar meloloskan diri keluar dari bilik air.Ain terduduk di situ.Besarnya tamparan yang diterimanya.Sedih bukan kepalang.’Ya Allah janganlah apa yang diucapkan oleh suamiku itu menjadi kenyataan.’Doanya dalam hati.
Aku terjaga.Badan aku ni,rasa sengal ya amat melampau-lampau.Dari posisi duduk,aku bangun mematah-matahkan sendi pinggangku.Ya Allah..lega baik punya.Wajiblah rasa sengal satu badan sebab tidur duduk bersandar kat batang pokok.Dah tu,manalah nak cari katil seempuk kuih bengkang dalam hutan ni.Nak tidur baring,memang aku takut.Bukan takut apa tapi…aku kat dalam hutan ni dengan mafia ye.Jadi kesimpulannya kenalah berhati-hati.
Aku tidur kat batang pokok sebelah Rizkin,asing-asing.Tak adanya aku nak tidur sepokok dengan dia.Tak tingginya daulat dia tu.Aku kerling Rizkin,mak aih…dia tidur!Siap baring lagi sesedap rasa macam ular sawa.Pulak tu beralas dengan daun besar.Entah kat mana dia dapat daun sebesar cadar tu.Tapi aku nak puji dia sikitlah sebab pandai buat unggun api.Kalau tak…memang berchenta dengan binatang buas nanti waktu tidur.
"Aku ni bekas pengakap bertauliah!"dia riak ler.Jadi,tak payah banyak cakap atau nak puji dia sebab dia tu besar kepala.Heh..besar kepala tapi ada semput?Huwarh-huwarh,mafia hitam ada semput deh?Lawak..Nasib baiklah bunyi ranting patah yang aku dengan Rizkin dengar semalam tu tak ada apa-apa pun,kalaulah bala yang datang alamatnya kena lari lagi.Heh..kang semput lagi.
Amma..yang aku ni dok berfikir tu apa pasal?Handset dari dalam pokek aku keluarkan.Ooooo,dah pukul 6.15 pagi,bolehlah nak solat.Tapi,mana nak cari air ni?Dengar bunyi sungai pun tak.Tayamun jer lah.Ni daruratkan?Ok!Bagus Hana.Walau apa pun,tak ada diplomasi kalau nak tinggalkan solat.
Aku melilau.Sekarang ni hutan masih lagi gelap.Dengan gunakan bantuan lampu handset yang agak malu-malu kucing tu,aku cari tempat yang sesuai untuk bertayamum.Selesai bertayamum,aku berdiri dan bertawakal dengan yakinnya kat mana kiblat.Tak ada telekung tapi baju aku dah tutup aurat.Pula tu semalam aku pakai stoking.Jadi,tak ada masalah kan.
Usai solat,aku datang balik kat batang pokok.Aku pandang Rizkin.Er..dia tu solat ker tak ye?Uh..ok,aku kejut jer dia.Aku capai ranting dan tujukan pada badan Rizkin.
"Ish..apa ni…"Rizkin menolak ranting tu.Heh,jolok hidung dialah. Hasyyyyyum!!Bergema.Hahaha,dia bersin baik punya.Rizkin bangun,muka dia Nampak penat.Eh..buat apa semalam.
"Rizkin!Bangun!Sila bangun!Solat subuh!Minta petunjuk nak keluar hutan ni!Bangun bangun bangun!!"Aku bersuara deras.Rizkin mula bangun dari pembaringan tapi mata dia masih tertutup.Aku jolok telinga dia.
"Apa kes kau ni!Sewel ker?"Rizkin tepis kasar ranting kayu tu."Kau tahu tak aku penat?Baru jer pagi tadi aku tidur sebab dah berjaga semalaman.Ni kau tetiba jer datang macam apa.Aku dah solat tadi sebelum aku tidur.Ni aku betul-betul baru tidur."Suara Rizkin keras.Aku tarik mulut bawah.Aiyooo,pasal apa pula dia nak berjaga semalaman?
"Yang awak tak tidur semalam,siapa suruh?"Tapi seingat aku,Rizkin dah baring dulu sebelum aku.Dah betul dia tidur baru aku berani nak tidur.
"Eh kau ingat dalam hutan ni selamat ker kalau tidur tak berlindung ha?Ni bukannya tapak khemah weh.Ni betul-betul hutan."perkataan betul-betul ditekannya. "Kau bolehlah nyenyak tidur.Aku ni yang duduk berjaga.Aku saja jer pura-pura tidur sebab aku tahu kau takkan tidur selagi aku tak tidur.."Kali ni suara dia perlahan.Aku…ek?? "Aku nak tidur.Nanti kalau aku dah ada tenaga,aku bangun balik dan kita cari jalan keluar."serentak dengan itu,dia kembali tidur.
Aku garu kepala.Kenapalah dia nak bersusah payah berjaga?Bukannya ada apa pun.Paranoidlah mamat ni.Tak adanya nak jadi tragedy.Entah betul entah tipu dia bangun solat tadi.Aaah,Rizkin tu bukan boleh percaya.Dia tu mengantuk sebab tak biasa bangun awal.Kan??Jadi Hana Humaira’ tak payahler nak rasa terharu ker apa.
Aku melangkah ke batang pokok.Ni nak buat apa ni?Baca buku?Hikayat hutan yang tebal?Tak pun hikayat Hana tersesat bersama mafia?Urhhh.Duduk bersandar kat batang pokok…tetiba mata jadi Garfield dan…kroooh…Wassalam ye.
Hasyyyyyyyum!! Mak aih…gatalnya hidung.Aku buka mata.Wa!!!!! "Oiit!Apa ni!?"aku silangkan tangan kedada bila tengok Rizkin kat depan mata.Dia ketawa.
"Hoi molen!Dah bangun?"Dia mengejek.Chait!!"Dah pukul 9.30 pagi ni."dia berkata sambil menatap jam kat tangan.Aku bangun dari posisi duduk.
"Sedap tidur?"
"Dah awak tidur,saya pun tidurlah.."nak bela diri.
"Heh..kau tu tidur sampai matahari merajuk.Dah,jom makan." Makan?Mendanya nak makan?Tanah?
"Kat sini ada restoren ker?"nak jadi bendul…Tanya soalan bodoh.
Rizkin buat muka sinis.Dia yang berdiri depan aku tadi,berjalan kearah bekas tempat unggun api.Ada buah!
"Eh…mana dapat?"aku teruja.Memang perut dah lapar ni.Aku kan perut stoking.Aku datang dekat Rizkin.
"Aku dapat waktu tengah tidur tadi.Ada bidadari bagi."Chait….asallah dia tak boleh bagi jawapan yang menepati skema?Kenapa mesti nak sindir aku yang baik hati ni?
"Dah..tak payah nak buat muka kesian.Duduklah.Kalau kau tak nak,aku lahap sorang-sorang."Dia dah duduk.Aku pun duduk juga.Bila masa entah aku buat muka kesian.
"Aku pergi cari tadi.Dapatlah buah ni.."sambil tu buah dah masuk dalam mulut.Ooohh,dia cari.Pandainya.Tapi…
"Eh,boleh makan ker?Entah-entah ni buah racun?"betullah,kat tengah hutan ni.Lepas tu,tak pernah makan pun sepsis buah ni.
"Banyak songehlah kau ni."kunyahan dia terhenti."Sebelum aku petik,aku dah kajilah.Aku ada Nampak monyet makan.Tengok okey jer.Makan jerlah.Kalau kau keracunan pun aku tak kisah.."
Hak endah mafia ni..Huh..Aku ambil sebiji dan makan.Hurm..manis oooo..makan dan makan.
"Awak memang pengakap ker dulu?"soalan rambang,baik cakap dari sunyi.Rasa pelik.
"Hurm.."khusyuk makan.
"Banyak pengalamanlah ni?"
"Hurm.."
"Mesti seronok kan?
"Hurm.." Aduh dia ni..aku punyalah berchenta nak Tanya soalan,dia?Hurm…Hurm…Hurm.. Menyampah betul aku.Selalu,ada jer modal nak cari gaduh dengan aku.
"Apalah awak ni,saya Tanya jawab sepatah.Macam cakap dengan tunggul!"
"Pergilah cakap dengan tunggul tu."mulutnya menjuih.Chait!!!Benci.Okey..aku diam jer.Memang rasa sengal kalau cakap dengan orang yang kadang kala wayar terputus ni.Kejap tadi boleh pula nak cakap dengan aku,ni datang aura lain pula.
Selesai makan.Tapi jujurnya perut aku ni masih tak kenyang.Tapi okeylah daripada tak ada apa kan.Kami bangun.
Dia jalan.Aku ikut jerlah.Nanti kalau Tanya..jawapannya menyakitkan hati.Apasal cepat sangat emosi dia berubah?Hormon tak cukup tu.
Kami berjalan dan terus berjalan.Ni betul ker ni jalan keluar?Ish..Rizkin ni macam buat-buat tahu jer.Kalau lagi sesat,nak buat macam mana?Kami sampai di dua persimpangan.Rizkin bergerak kekanan namun aku static.
"Nak jadi tunggul kat situ ker?"Rizkin berpaling kebelakang bila aku tak gerak.
"Saya nak ikut jalan yang ni."jari telunjuk aku terangkat ke sebelah kiri.Dahi Rizkin berkerut.
"Aku rasa ikut jalan ni lagi bagus."
"Sebab?"
"Sebab aku nak ikut jalan ni!"dia berdegus."Kalau kau nak ikut jalan tu,silakan.Kalau jadi apa-apa aku tak mau tanggung."
Aku tarik mulut bawah."Awak ingat saya takut ker ha?Tak takutlah.Okey,saya akan ikut jalan ni!"akuterus berjalan meninggalkan Rizkin.Huh mafia tu,makin lama nak tujuk ego konon. Biar aku kena baham harimau daripada kena tunduk dengan arahan dia tu.Apa ingat mandat besar sangat???
Hana terus berjalan meredah hutan.Tapi kenapa rasa macam ada yang ikut kat belakang?Rasa macam diperhatikan.Dup dap dup dap rasanya jantung ni berjalan.Hana terus jalan secepat yang mungkin.Sambil tu tak putus-putus dia berdoa.Wa..janganlah berlaku apa-apa.
Hana berdiri static.Tak tahu kenapa tapi hati rasa tak sedap.Seketika kemudian,dia menarik nafas.Timbul perasaan sesal sebab tak ikut Rizkin.Walaupun Rizkin tu menyakitkan hati tapi sekurang-kurangnya ada juga orang nak bagi perlindungan.
Aaaa..apasal pula ni?Dah jom jalan.Baru jer kaki nak jalan,terasa tak boleh gerak.Apa kes?Kaki oh..janganlah nak mogok pula..Hana pandang bawah.
Ya ALLAH!!!!!!!!!Ular sawa tengah sedap membelit kakinya.Hana rasa nak jerit tapi tak terkeluar.Bulu romanya dah naik.Air matanya terasa nak terjatuh.Tolonglah…Sikit masa nanti,ular tu dah boleh nak belit seluruh tubuhnya dan wassalam.
Tak sedar air matanya menitik.Menyesal dengan ego sendiri.Kalaulah tadi tak ego sangat,tak jadi macam ni.Apa nak bua sekarang Ya Allah??Berikanlah bantuan.Hana menutup matanya perlahan.Dia dah tak berdaya.
Hana terus tutup mata.Mengalah?Ya lah tu.Sebab dah tak tahu nak buat apa.Hana terus pejam mata.
Seketika kemudian,terasa kepalanya diketuk.Kali ni apa pula? "Dah,buka mata tu!Tak payah nak nangis.."Hana kenal suara tu.Hana buka mata perlahan.Terjegul wajah Rizkin..
Kakinya dipandang. "Tak payah nak pandang bawah.Bendalah tu dah pergi."kata-kata Rizkin membuatkan Hana bulat mata.Pantas tangan meraup muka.Syukur Ya Allah…
Wajah putih didepannya ditatap,dia dah jadi hero kali ni!Ikut hati nak peluk jer sebab dah selamatkan nyawa.Tapi,akal masih ada.Haram..
"Baik kau lap air mata kau tu,lawak!"Rizkin sengeh.Lawak betul bila tengok perempuan kampung ni menangis.Nasib baiklah hati dia tak tergamak nak biarkan Hana ni jalan sorang-sorang.Dah tu,ikut Hana jalan belakang.Bila tengok kaki Hana dah kena belit dengan ular,cepat-cepat dia cari kayu dan bakar..Lepas tu,suakan kat ular tu.Nasib baik mau pergi.
Hana mengambil hujung selendangnya dan mengelap matanya.Ish..buat malu jer nangis tadi.
"Mana ada nangislah!Mata masuk habuk tadi.Kalau awak tak datang tadi pun bukannya ada apa pun.."Hana menjawab.
Rizkin buat muka.Ingatkan aku ni jer yang ego besar gajah,si molen ni pun 2x5 jer! "Bukannya ada apa pun.."Rizkin buat nada mengejek."Kalau aku tak datang tadi,agaknya kau terus menangis tak buat apa.Terus nak serah nasib mati cam tu jer.."
Hana tarik muka.Rizkin sinis.Eh..lawa juga muka budak ni ye..Aaaa dah Rizkin,tak payah! "Jom,terus jalan.."
Jalan dan terus jalan.Rizkin mengerling Hana.Lambatnya dia ni jalan.Mesti fikir lagi pasal benda tadi tu.Rizkin mencapai lengan Hana berniat mahu Hana jalan lebih cepat.Namun Hana pantas merentap.Wa..tu baru pegang berlapik tu..
"Asal pula nak pegang-pegang saya?Awak jangan ingat awak dah selamatkan saya,awak boleh nak pegang saya ek.."
"Eh..kau ingat aku lahap ker nak pegang kau?Tolong sikit ye,kau tu jalan macam siput khinzir,lembab sangat.."Rizkin membela diri.
Hana berhenti berjalan.Rizkin pun sama.Apakehelnyer lagi budak kampung ni?Dilihatnya Hana mengutip ranting panjang lebih kurang 2 jengkal.Hana angkat ranting tersebut.
"Awak pegang belah utara,saya pegang belah selatan.Ha..Selamat kan?Tak payahlah awak nak pegang-pegang saya."Kening Hana terangkat.Rizkin angkat bahu kanan.Ikut jerlah.Kedua-duanya terus memegang ranting tersebut sambil berjalan.Konon-kononnya ranting tu jadi penyambung antara mereka lah tu.
Mereka terus berjalan lagi.Harap dapat keluar.Rasanya hutan macam ni tak tebal kot.Rizkin bulat mata dan pandang Hana.
"Did you hear what I’m hear molen?"
Hana pandang Rizkin.Tangan kanannya naik ketelinga cuba menecam bunyi yang Rizkin dengar.
"Bunyi air!!!"Hana girang.Yabedabedu……..
"Jom cari datang dari mana."
Aku seronok.Rizkin pun sama.Wa….dah sampai kat sungai weh..Sukanya.Aku rasa ni hulu sungai.Airnya betul-betul segar.Tak tunggu dah,terus jer aku minum.Huh..leganya.
"Eh,kau minum air tu?"Rizkin bertanya.Aku angguk.
"Lah…aku baru jer…"mata Rizkin menghala pada bahagian sungai yang lebih atas sikit dari tempat aku minum.Arrr..janganlah dia cakap yang dia dah buang air kecil dan aku pula dah minum.Tapi dari riak muka dia tu…wa..susah nak ditafsirkan.
"Aku ludah…"Rizkin ketawa.Ha..seronoklah sebab dapat kenakan aku.
"Bila nak berangkat balik ni?"aku bertanya.Malas nak layan.
"Kita stay dulu kat sini,tak mau?"cadangan keluar.Nada dia dah mula serius. "Sekarang dah pukul 3.00 petang.Hutan ni cepat jer gelap.Aku rasa kalau gerak pun tak jauh mana.Kalau stay dulu kat sini,ada juga bekalan air.."Rizkin garu hidung.
Betul juga tu..Tapi.. "Aaa apa kata kalau kita jalan jer ikut anak sungai ni.Bila dah petang betul baru kita berhenti nak?Kita tak bazir masa dan dekat juga dengan bekalan air."
"Okey.Jom solat dulu lah."
Aku angguk.Seronoknya,kalau tadi solat guna tayamum,ni dah boleh ambil air sembahyang dah..Suka suka suka…
Selesai solat,kami terus berjalan.Sambil tu bila berjalan,Rizkin tangkap anak ikan dan bubuh kat daun.Ha..boleh makan buat lauk.Tadi waktu berhenti,tak makan pun.Eh..main berhenti-berhenti ni macam kat R&R pula dah..
Bila jer aku tengok handset,dah pukul 5.00 petang.Dah mula gelap dah.Betullah cakap Rizkin,hutan ni cepat betul gelap.Dah tu,nama pun hutan..
Kami berhenti.
Hutan makin gelap.Aku lepas jer solat asar tadi terus nak simpan air sembahyang,malas nak ambil banyak-banyak kali.Tapi hasrat terbantut bila Rizkin suruh aku siang ikan.Wa..nak pakai apa nya?Pisau pun tak ada.Jadi,dengan penuh keyakinan,aku belah jer perut ikan dengan jari.Nasib baik ikannya kecil.Tapi banyak..Nak kata geli,tak pun..Dah biasa,Lainlah kalau ular..okey,tak mau sebut lagi!
Lepas maghrib,ikan dibakar.Baru aku tahu,rupanya Rizkin buat kayu api dengan lighter.Ceh..ingatkan pandai sangat.
"Awak merokok ker?"aku Tanya.Dah tu,buat apa simpan lighter?
Aku tarik mulut bawah."Tanya jer.Tu pun nak marah.Tak cukup hormone betullah..Tak nak jawab sudah.."
Kesudahannya,persoalan aku tadi tak terjawab.Baik lah berchenta dengan ikan-ikan ni.Hurm..sedap!Memang sedap!Perut lapar,semua pun sedap..
Pukul 8.15 di villa Tengku Rubiah. "Jadi Tengku,apa nak cakap ni?Tengku Rizkin dengan Hana tak ada.Ni live pula tu."Sya bersuara.
"Awak jangan risau.Bila jer mula rancangan tu,buat apa yang patut.Bila dah tiba masa nak umumkan penyingkiran,awak halakan kamera pada saya dan saya akan cakap."Tengku Rubiah tenang.
"Apa yang Tengku nak cakap?"Sya nak tahu.
"Awak akan tahu nanti."tegas nadanya.Sya dah tak berani nak cakap apa.Dia meninggalkan Tengku Rubiah dan menghampiri finalis yang lain.
"So Sya,how?"Eurica bersuara.
"Wait and see.."
"Ceritalah Sya.."Zarra pula masuk sama.
Sya buat muka serius."After this okey.Cepat bersedia.In 10 minutes will start."
Semua akur.Dalam 10 minit,rancangan dimulakan.Yang uniknya,tak ada pengacara.Cuma suara latar jer.Program ni dimulakan dengan imbasan aktiviti yang dibuat sepanjang minggu.Kemudian pandangan finalis.
Tiba waktunya,penyingkiran.Muncul Tengku Rubiah duduk dikerusi khas yang ada diantara finalis.
"Assalamualaikum semua…"mukaddimah.
"Seperti yang semua Nampak,hari ni Tengku Rizkin Ajmin dan Hana Humaira’ tak ada diantara kita.Kemanakah mereka berdua?"nada suspend.
"Sebelum saya mendedahkan dimanakah mereka,saya nak bacakan balik kontrak Program Pilih Kasih ni."Kertas ditangan diangkat. "Fasa 4,Tengku Rubiah berhak mengubah kontrak ini dan mengawal sepenuhnya peraturan kontrak.."
Kata-kata Tengku Rubiah membuatkan para finalis berpandangan antara satu sama lain.Kenapa?Apa kaitan dengan kontrak pula.
"Rizkin dah buat keputusan bahawa dia nak pilih Hana Humaira’ sebagai isterinya dan sebab itu mereka tak ada disini sekarang!"
Jangankan para finalis,kru produksi pun terkejut!Abang kamera,si Hazrik lagi terkejut badak.Rizkin dengan Hana apa?
Che Nah yang menonton dari rumah tersedak.Apa yang Tengku Rubiah cakap tadi?Che Su disebelah dipandang.
"Akak…Hana dapat jadi isteri Tengku?"Che Su,mak si Ayob tak percaya.Che Nah geleng.Tak mau cakap banyak.Terus pandang TV balik.
"Dan saya dah bersetuju.Jadi,secara rasminya Program Pilih Hati ni berakhir disini..Dan menurut fasa 5 bila saya ubah kontrak,para finalis akan diberi pampas an."
Semua terpempam.Tak percaya.Biar betul Tengku Rubiah ni?Entah-entah tak berapa nak betul ni?
"Kita kembali selepas ini."
Iklan ambil alih.Semua meluru ke arah Tengku Rubiah. "Why Tengku?Why?"Eurica terus bersuara.Mukanya Nampak tak puas hati tahap hiperbola punya dinosaurs.
Tengku Rubiah tenang. "Awak dengar kan apa yang saya cakap tadi?"
"You lied!"
"Semalam Rizkin ada telefon saya.Dan seperti yang awak semua dengar tadi,dia pilih Hana Humaira’.."masih lagi tenang.
"Tak mungkin!Tengku Rizkin tak suka Hana!He hate the ugly village girl very much!"Zarra pula.
"Kita tak akan tahu apa yang ada dalam hati Rizkin.Saya pun terkejut.Jadi,bila dia dah pilih Hana,saya terus setuju."
"Jadi,diorang ada kat mana sekarang ni?"Sya menyoal.
"Will know soon.."
Para finalis tak puas hati.Hazrik yang dengar mula berfikir.Tak..tak mungkin Rizkin dengan Hana?Mesti ada yang tak betul ni.Hazrik yakin sangat-sangat.Dia tak tahu apa,tapi seperkara yang perlu dirungkaikan.Tak mungkin Hana boleh nak terima Rizkin yang dipanggil mafia tu.
Tersedak-sedak aku dengan Rizkin.Siapa yang kutuk aku dengan dia ni ha?Rizkin pandang aku,aku pandang dia.Entah…hati rasa tak sedap semacam ni..Memang tak sedap.Entah-entah mafia ni pun dapat rasakan apa yang aku rasa tak?Apa ye sebenarnya?
Pagi itu aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Faris. Dia mengejutkan aku untuk bangun solat subuh. Buat pertama kalinya, aku berjemaah dengan keluarga Faris. Faris yang mengimami kami. Selesai solat, aku tercari-cari Along. Entah kenapa lelaki itu bagai menggamit keinginanku untuk mengetahui tentangnya.
Along hanya kelihatan ketika kami sedang menikmati mi goreng sebagai hidangan untuk sarapan pagi itu. Mata kami bertaut, sekejap sahaja. Tiada kemesraan di mata itu apatah lagi dari bibirnya. Along menuang air kosong ke dalam botol. Seperti semalam rambutnya yang agak panjang dibiarkan lepas.
"Along, makan sekali." Aku dengar suara Faris mengajak Along makan.
"Makanlah. Along nak keluar." Suara Along kedengaran juga akhirnya. Aku pandang Ana. Ana pandang aku. Akhirnya, senyuman aku ukirkan untuk gadis itu.
Along hilang sebaik sahaja menaiki tangga ke ruang tamu. Aku sekadar memandang langkah Along sehingga terasa bahuku di cuit.
"Jangan cakap Maira Ris ni dah jatuh cinta dengan Along Ris!" pelahan Faris berbisik ditelingaku. Mengundang kerutan di dahiku. Jatuh cinta? Ish! Gila apa?!
"Dah makan dulu Faris. Kamu jangan nak berdrama hindustan kat depan makanan ni!"
Ana tergelak. Faris tersengih. Aku? Merah bukan kepalang rasanya muka dengan teguran mak Faris. Cepat-cepat aku menyuap mi goreng ke dalam mulut.
"Ala mak ni… tengok Maira dah segan tu!" Faris bersungut tapi di akhir kata ada tawa. Ketawakan akulah tu?! Bisikku pada diri sendiri. Mak Faris turut ketawa kecil. Rasa diri aku menjadi bahan ketawa terutama Faris satu cubitan yang mahu kuat aku hadiahkan di pehanya. Mengaduh kesakitan Faris. Mengundang rasa pelik di wajah mak Faris dan Ana. Aku sekadar tersengih. Padan muka!
"Sakitlah sayang!"
"Itulah siapa suruh ketawakan orang!"
"Ala, mak pun ketawakan awak." Faris tayang muka muncung. Aku tersenyum melihat riak mukanya itu. Comel juga dia ni! Akhirnya aku ketawa dalam hati. Baru hari ini aku sedar Faris comel. Faris comel. Mukhris kacak. Mukhris? Aku menelan air liur. Rasa tersekat dikerongkong. Nama itu tiba-tiba muncul. Sudah lama kami tidak berbalas-balas SMS mahupun saling menghubungi. Jumpa pun sekadar bila secara kebetulan ketika melawat Sean. Selebihnya diam membisu. Syafikah juga begitu. Aku jadi lupa bila kali terakhir kami bertemu.
"La, kenapa muka monyok tetiba ni? Are you okey?"
Aku cuba untuk senyum memandang Faris walaupun aku tahu senyuman aku itu kelihatan cukup pelik. Kenapa nama lelaki itu pula yang terfikir olehku?! Tidak ada lelaki lain ke?
"Habiskan mi tu. Lepas ni Ris bawak Maira jalan-jalan kat sawah."
Aku sekadar mengangguk. Mi goreng yang tinggal berbaki beberapa suap aku habiskan. Ana dan mak Faris entah sudah hilang ke mana. Tanpa sedarku, hanya aku dan Faris yang berada di meja makan.
"Maira fikirkan apa tadi?"
"Ha?" Aku balas soalan Faris dengan soalan juga. Asyik benar aku dengan sawah padi yang nampak cukup mendamaikan. Faris tersenyum. Jari-jemariku diraihnya. Aku mahu menariknya takut dipandang oleh mak Faris tetapi tidak sampai hati.
"Ris tanya apa yang Maira fikirkan masa makan tadi. Tiba-tiba muka monyok semacam jer?!" tanya Faris tepat memandang mataku. Mahu menilik aku bercakap benar atau tidak mungkin!
"Tak ada apalah Ris. Maira teringatkan Sean." Bohongku. Sekejap saya, sekejap Maira. Ah, biarlah! Kadang-kadang aku lebih suka membiasakan diri dengan panggilan saya. Kadang-kadang pula aku membahasakan diri dengan namaku sendiri.
"Maira suka sangat buat Ris cemburukan Sean!" ada nada rajuk pada bicara lelaki itu.
"Dengan Sean pun Ris nak merajuk. Kelakarlah Ris ni!" aku ketawa kecil.
"Sean tu bukan manusia juga ke? Handsome pula tu. Tergugat tau Ris cam ni!" aku pandang Faris. Mahu pecah ketawaku. Dengan Sean pun Faris boleh cemburu?! Sean tidak lebih dari seorang kawan padaku. Tidak lebih dari itu.
"Maira, kita kahwin ya?!" Faris melamarku kah? Renungan matanya benar-benar menusuk hatiku. Aduh, payah benar mahu aku berikan jawapan. Ya atau tidak. Bukankah matlamat aku bersama Faris adalah untuk membina rumah tangga bersama.
"Maira, answer me. Kita kahwin. Hujung bulan ni Ris suruh mak minta tolong Pak Ngah hantar rombongan merisik."
"Kenapa ni tetiba Ris ajak kahwin ni?" aku tidak memberikan jawapan yang Faris mahukan sehingga lelaki itu mengeluh lemah. Genggaman jari-jemarinya dileraikan. Kali ini Faris berpeluk tubuh. Matanya memandang sawah padi yang terbentang luas. Marahkah dia?
"Dah lama Ris tunggu Maira. Dah lama juga Ris mahukan Maira menjadi suri hidup Ris. Ris betul-betul tak sabar nak jadikan Maira isteri Ris yang sah dan…"
Kata-kata Faris terhenti di situ. Matanya melirik memandangku dengan senyuman yang tiba-tiba terukir dibibirnya. Hilang sudah wajah seriusnya tadi. Sekejap sahaja.
"Dan apa Ris sayang?!" sengaja aku tekankan perkataan sayang itu. Faris tergelak kecil. Sempat dia mencubit pipiku. Aku mengaduh kesakitan.
"Dan lepas kahwin bolehlah Ris peluk Maira puas-puas. Ris tak nak lepas-lepas!" Faris gelak lagi. Jari-jemariku kembali dalam genggamannya. Aku tersenyum. Perasaan bahagia menyelinap ke setiap inci tubuhku.
"Kita kahwin ya?" sekali lagi Faris bertanya. Lambat-lambat aku mengangguk. Saat itu kedengaran jeritan kuat daripada Faris. Dia melompat kegembiraan. Aku ketawa dengan tingkahnya. Macam budak-budak baru dapat gula-gula! Getusku.
Entah macam mana pandanganku tertancap ke arah sesusuk tubuh yang sedang memandang kami. Along! Sebaik menyedari aku memandangnya Along terus berpaling.
"Ris…"
"Ya, sayang."
"Along tu kenapa?"
"Erm, Maira ni spoil la. Apa yang Maira nak tahu tentang Along? Pertanyaan terhad ni. Esok-esok Ris tak nak Maira tanya pasal Along lagi!"
Aku tersengih memandang wajah Faris yang tidak berona. Dengan Along sendiri pun mahu cemburu?!
"Ris cemburu ya?" soalku tergelak-gelak. Faris mencebik. Menambahkan ketawaku.
"Gelak la. Suka la kenakan orang eh?!"
Aku tidak menjawab, merapati Faris. Menarik hujung baju t-shirtnya. Faris tetap kaku. Kononnya merajuklah tu!
"Awak, dengan Along pun nak jelous ke? Buruk la merajuk kat tengah-tengah bendang ni. Buat muka macam tu lagi, orang tolak masuk bendang kang!" ugutku dekat dengan telinga Faris.
Faris tidak menjawab. Masih cuba menduga aku agaknya. Jari-jemarinya masih bermain dengan bunga lalang yang tumbuh ditepi bendang. Melurutnya dan kemudian dibiarkan lepas ditiup angin.
"Okay. Merajuklah. Lalang-lalang, kau bagi tahu lelaki yang kat sebelah aku ni, merajuklah puas-puas. Aku tak pandai nak pujuk-pujuk ni. Kang kalau buat mulut macam burung bangau tu, aku suruh cari ikan kat bendang ni." Aku pura-pura tunjuk muka serius. Tidak semena-menanya aku merasakan pehaku sakit yang amat. Aku menjerit kesakitan. Faris sudah tergelak-gelak.
"Ris jahatlah!" terus sahaja aku mengejarnya yang sudah terlebih dahulu melarikan diri. Di pertengahan jalan aku berhenti berlari. Terasa semput. Sampai terduduk di atas batas. Dengan ekor mataku, aku melihat Faris menghampiri. Aku tersenyum, memikirkan rancangan untuk mengenakan Faris.
"Sayang okey tak ni? Itulah awak tu perempuan, berlari mengalahkan apa lagi. Kan dah semput. Meh,"
Faris menyuakan tangan tetapi aku tidak menyambut. Sebaliknya, menolak Faris ke dalam bendang. Aku ketawa sambil menutup mulut tatkala melihat Faris yang bergelumang dengan lumpur.
"Okaylah Maira menang. Tolong Ris naik. Kaki Ris tak boleh tarik ni. Habislah bau lumpur!"
Faris hulurkan tangan kanannya sambil tangan kirinya cuba menarik kaki kanannya yang tersangkut.
"Padan muka. Baru Ris tahu." Aku masih lagi ketawa sambil menghulur tangan kepada Faris. Terasa kasihan pula melihat dia kotor begitu. Tiba-tiba…
debushh… Faris ketawa kuat dan aku merasakan badanku terasa amat sejuk. Bau lumpur menusuk hidung. Aduh, macam mana nak balik ni?!!
Dengan rasminya aku berpacaran dengan Fiq. Fiq menyarungkan cincin berlian itu ke jari manisku. Aku sungguh bahagia. Bak kata P.Ramlee.. "Ana rasa dunia ni ana yang punya"
" Lepas ni izinkan I panggil u, ‘Baby’ ok? U panggil I ‘Hubby’. Kalu u panggil Fiq tak romantic la. Cam kawan I jer."
"Okey, my hubby. Thank you very much Fiq. Opss…Hubby" hahah…aku tersasul.
"Kalu u nak tau. U la perempuan pertama yang I approach dalam hidup I. Sejak kali pertama kita jumpa. I rasa macam ada chemistry antara kita berdua. I tak nafikan, memang ramai perempuan yang minat kat I. Tapi I memang tak layan. Kalau boleh I nak jadi setia macam daddy I. Kecuali la kalau u buat something yang buat I marah macam apa yang Mummy I buat kat Daddy I atau u dua kan I. Mungkin I jadi macam Daddy i. So you kena setia dengan I ok? Baby, I love you very much. Dan I sanggup buat apa saje untuk u. Baby, U adalah segala-galanya bagi I. I takkan persiakan u."
Kata-kata itu masih tergiang-giang di fikiranku. Fiq dah buktikan segala janjinya benar belaka. Dia benar-benar mencintaiku. Sudah hampir sebulan peristiwa indah itu berlaku. Tapi masih segar segalanya di ingatan ku seperti baru semalam berlaku. Aku masih ingat tarikhnya 14 Januari. Kini aku benar-benar mencintai Fiq. Aku yakin ini cinta sejati yang dicari dalam hidup ini. Bukan cinta monyet di zaman persekolahan. Dialah cinta pertama dan terakhirku yang berjaya mencuri hatiku.
Dalam sebulan ini jugalah hidup aku makin mewah. Sudahlah mendapat keuntungan daripada internet investment aku tu. Pastu hidup aku ni seperti ditaja pula oleh Fiq. Segala yang menjadi idaman aku kini menjadi milikku. Aku sudah tak perlu belajar bersungguh-sungguh. Segala assignment aku boleh upah kawan siapkan. Fiza juga sudah tunduk dengan apa yang aku suruh. Sekarang baru dia tahu langit tu tinggi ker rendah. Hari-hari yang ku jalani rasa sungguh indah. Tapi aku rasa ada satu kekurangan dalam hidup ni. Tapi apa? Aku pun tak tahu. Nak kata tak bahagia. Aku bahagia sekarang. Entah la..Hubungan aku dan Fiq juga semakin rapat. Kalau dulu aku takut-takut nak naik motor bersamanya. Setiap malam minggu kami merempit bersama sambil melihat panorama Kuala Lumpur yang sungguh mengagumkan disamping melayan jiwa muda yang inginkan keseronokan dan kebebasan. Sekarang aku dah terbiasa memeluknya sekuat hatiku sambil membonceng motor. Aku dah tak takut kelajuan. Aku rasa selamat bila aku memeluknya. Aku dah bagi kepercayaan ku 100 peratus kepadanya. Aku bangga dapat menjadi aweknya.
Diluar kawasan universiti terutama masa keluar date ngan Fiq aku berpakaian seperti perempuan moden. Aku takkan jatuhkan maruah Fiq pengarang jatung kesayangan ku. Kat fakulti aku terpaksa mengekalkan pakaian lama ku iaitu baju kurung walaupun aku rimas dan panas memakainya disebabnya aku takut nanti terjumpa si Maz. Nanti di berinya aku khutbah yang panjang lebar. Malas aku nak dengar. Aku pun pelik. Nape la dia selalu datang ke fakulti ku. Kadang-kadang ada juga dia datang ke bilikku secara mengejut. Nak buat surprise katanya. Aku rahsiakan hubungan aku dengan Fiq daripada pengetahuanya. Aku yakin kalau dia tahu, pasti dia akan memujukku memutuskannya. Dia memang seorang yang antikapel. Senang la dia nak cakap. Sebab dia tak pernah kena penangan cinta tu. Bila dia kena nanti baru dia tahu. Bak kata orang cinta tu buta. Tapi hakikatya orang yang terkena penangan cinta tu jadi buta. Sebab tu la kita susah nak elak bila terkena. Kerana bila terkena cinta…kita akan nampak segalanya indah, semuanya sempurna. Tiada cacat celanya… Sedangkan tiada yang sempurna di dunia ini. Hanya Allah yang sempurna.
"Mira, esok valentine day. U all sambut kata mana?" Pertanyaan kak Amy mengejutkan aku dari lamunan.
Valentine atau dikenali juga dengan nama hari kekasih. Hari yang ditunggu-tunggu pasangan kekasih untuk menyambutnya. Dulu aku pernah dengar kisah disebaliknya. Ada orang kata valentine day adalah hari menangnya orang kristian melawan tentera islam. Ada juga orang kata valentine tu juga nama seorang paderi kristian. Entah la… malas aku nak fikir pasal kisah disebalik valentine tu.
"Ooo..yer tak yer… kita orang tak rancang lagi la. Dah la 14 Feb tu genap sebulan hubungan kita orang. Rasa macam nak bagi hadiah istimewa kat dia sebab Mira tak pernah lagi bagi hadiah kat dia. Dia jer yang bagi Mira hadiah. Tapi Mira kena tanya Fiq dulu."
" Ehh..korang biasa jalan-jalan jerkan? Tak pernah buat projek bersama lagi kan?"
"Aaaha…jalan-jalan jer la. Nak buat apa lagi. Projek? Projek apa?"
" Hish..buat tak tau plak dia ni. Kolot betul la. Mira masih virgin kan? Apa kata Mira bagi hadiah paling istimewa buat dia esok?"
"Yer la…memang Mira virgin. Apa kaitan ngan hadiah istimewa tu plak? Maksudnya? Tak faham la Kak Amy."
"Maksud akak, Mira tau kan apa yang lelaki mahukan daripada seorang perempuan. Nafsu lelaki hanya satu, iaitu tut.. Jadi apa kata malam esok, you give your virgin to him?"
"Hahh…apa? Takkan camtu skali kut. Pastu apa tinggal kat suami Mira andai kata Fiq bukan jodoh Mira kalau Mira dah bagi segala-galanya untuk Fiq?"
"Mira…Mira… Nape la ko ni ketinggalan zaman sangat. Zaman sekarang ni lelaki dah tak kisah perempuan tu ada dara ker tak. Kalu tak buat benda tu pun. Dara mungkin hilang sebab gaya hidup perempuan yang lasak. Mira boleh buat tu sebagai alasan Mira. Kalu suami Mira tu nakkan yang ada dara pun. Bukan susah sekarang ni, banyak jer pil yang Mira boleh ambik untuk kembalikan dara. It’s so easy. Yang penting kita enjoy dalam hidup kita. Tak payah fikir panjang-panjang. Kali ni Kak Amy cabar Mira. Kalau betul Mira ni perempuan moden dan bukan kolot, buat apa yang kak Amy kata."
Huhh..sekali lagi aku dicabar. Aku memang pantang dicabar. Tapi ini melibatkan maruah aku. Masa depan aku. Kalau aku mengandung macam mana? Layakkah aku mengorbankan maruah aku demi sebuah cinta? Bagi aku maruah memang bukan untuk dijual beli. Tapi untuk cinta bagaimana? Bolehkah harga diri digadai? Kalau tidak, apa pula hadiah istimewa aku nak bagi kat dia? Nak bagi hadiah mahal. Aku rasa benda tu tak istimewa sebab dia mampu beli sendiri. Hahh.. apa patut aku bagi? Dara ku?
Tiba di hospital, Kassim mencempung Puspa yang sudah tidak sedar diri itu. Hilang rasa sakit kaki yang bengkak siang hari itu. Puspa lebih penting kali ini. Puspa dimasukkan ke wad kecemasan. Puspa dirawat. Kassim keluar setelah memberitahu doktor tentang kecederaan tangan Puspa.
Kassim keluar ke meja pendaftaran dan memberikan kad pengenanalan Puspa untuk tujuan pendaftaran. Kassim meraup-raup wajahnya. Tidak sangka keadaan akan bertukar buruk sebegini.
Kassim enak melayan perasaan hinggalah terasa bahunya di pegang. Pantas mendongak. Kelihatan wajah abah kelihatan. Di lihat sekeliling, ramai yang hadir. Abah, ibu, adik beradiknya dan juga keluarga Puspa.
"Apa dah jadi Kassim?" Abah bertanya dengan garang.
Kassim tidak tahu bagaimana ingin menjawab. Dia diam membisu.
Takkan nak bagitahu yang aku dengan Puspa berkelahi sampai bocok kelambu katil roboh?
"Kamu dengar tak abah tanya ni ?" kali ini pertanyaan abah semakin garang.
"Salleh, janganlah marah-marah Kassim tu. Dia pun tengah serabut. Biarlah dulu..." lembut Hisyam membela menantu barunya itu.
Tun Nila Utama menghampiri Kassim. Dia duduk di sebelah bangku Kassim. Dia menepuk-nepuk bahu Kassim. Kassim dan Tun Nila Utama memang rapat sejak dari kecil lagi.
Seketika menunggu, keluarlah seorang doktor lelaki yang memakai lab coat dan stetoskop di leher. Di dadanya ada tag nama. ’Shahrizal’ tertulis di situ.
"Doktor, macam mana isteri saya?" Kassim bertanya dengan riak wajah yang sangat risau.
Doktor itu hanya senyum kecil.
"Isteri encik tak da pape. She’s ok. Tangan dia retak sedikit sahaja,"
"Ooooo," serentak semua menjawab
"So kenapa dia pengsan tadi doktor?" tanya Kassim curiga.
"Dia terlalu terkejut menahan sakit menyebabkan dia pengsan. Dia ok sekarang. Saya admitkan dia masuk wad. Rasanya esok dia boleh keluar. Jangan risau, ok! Sekarang dia tidur," Dr Syahrizal berkata dan berlalu dari situ.
Kassim terus ke kaunter bertanyakan wad berapa Puspa dimasukkan.
"Semua pulanglah dulu. Saya tunggu sini jaga Puspa," Kassim bersuara kepada semua kaum keluarganya.
"Kamu jaga Puspa tu betul-betul Kassim. Balik rumah nanti kita bincang lagi.." Abah berkata dengan suara seakan mengugut.
Kassim hanya mampu mengeluh. Di salam tangan semua yang hadir menemani.
Tun Nila Utama bergerak ke sebelah Kassim.
"Ayah, Andak stay sini temankan Kassim ye," Tun Nila Utama bersuara kepada ayahnya, Hisyam. Hisyam hanya mengangguk-angguk setuju. Kassim segera bergerak laju ke wad Puspa. Tun Nila Utama mengejar pantas.
"Kassim, tunggulah aku," panggil Tun Nila Utama sambil cuba menyaingi langkah laju Kassim.
Mereka berpapasan ke wad. Tiba di wad, pintunya di tutup dengan gril besi. Kassim dan Tun Nila Utama gagal untuk melawat Puspa. Tambahan jururawat di situ mengatakan hanya perempuan sahaja yang boleh menemani pesakit kerana di sini wad perempuan.
Mereka duduk di bangku luar. Kassim merenung langit yang hitam. Hitam itu jugalah hatinya. Risau memikirkan keadaan Puspa.
"Kau gaduh dengan adik aku ke Kassim?" suara Tun Nila Utama memecah kesunyian malam.
Kassim hanya mengangguk.
"Aku tak sangka sampai jadi macam ni. Aku takda niat pun nak cederakan dia. Sungguh aku tak buat apa-apa dekat dia," Kassim menerangkan keadaan yang terjadi kepada Tun Nila Utama.
"Nila, sungguh aku takde niat nak cederakan adik kau..." bersungguh-sungguh Kassim bercakap lagi.
Tun Nila Utama hanya tersenyum kecil. Dia menepuk bahu Kassim.
"Relaksla my adik ipar. Adik aku kan ok. Doktor pun dah cakap macam tu. Takda apalah…" Tun Nila Utama memujuk Kassim.
Kassim merasa sedikit lega dengan pujukan Tun Nila Utama. Perkataan adik ipar itu membuatkan dia sedar bahawa dirinya dan Tun Nila Utama bukan lagi sekadar sepupu, namun hubungan itu telah dieratkan lagi dengan hubungan sebagai ipar duai.
"Err... Tapikan... Aku rasa happy sangat bila ko mengaku Puspa as your wife kat doktor tadi tu. Terharu aku dengar..." Tun Nila Utama berkata lagi apabila menyedari Kassim masih berdiam diri.
Kassim tidak menjawab. Dia hanya senyum kerang kepada Tun Nila Utama. Kepala yang tidak gatal di garu. Silap haribulan, botak kepala Kassim jika terus mempunyai habit begitu.
Tun Nila Utama memandang wajah Kassim sepi. Jauh disudut hatinya agar pilihannya memujuk Puspa mengahwini Kassim adalah tepat. Dia tidak mahu Puspa terseksa. Dia mahukan Puspa mengecapi kebahagiaan bersama-sama Kassim. Melihat raut wajah Kassim yang risau, dia tahu Kassim mengambil berat akan tanggungjawab yang baru dipikul. Walaupun mungkin tanpa cinta, rasa hormat dan tanggungjawab masih boleh membuatkan rumah tangga bahagia dan kekal lama.
Tun Nila Utama dan Kassim berdiam di situ sambil mata terpejam. Melayan fikiran dan rasa hati sehingga mereka berdua terlena di bawah gelapnya awan dan langit.
------------------------------
"Andak... Andak..." Puan Maimunah menggerakkan bahu Tun Nila Utama lembut.
Tun Nila Utama dengan malas membuka mata dan menguap-nguap kecil. Dilihat emaknya datang ditemani Mak Uda, panggilan yang dipanggil oleh sanak saudara ke atas ibu Kassim.
"Bangunlah.. Mak nak pergi tengok Puspa ni," Arah Puan Maimunah sekali lagi.
Tun Nila Utama memerhati disebelahnya. Kassim tiada.
"Mak, mana Kassim?" Tun Nila Utama bangun dan menggeliat. Di tolak badannnya ke kiri, ke kanan, ke atas dan kebawah. Meregangkan otot-otot dan sendi badan yang rasa sakit akibat tidur di atas bangku keras dan berembun.
"Dia pergi ke surau sana tuh. Katanya nak basuh muka dengan solat sekali. Kamu tuh tak nak solat ke?" bebel Puan Maimunah pula.
Dia dah buat dah... Tun Nila Utama cuma tersengih sahaja. Pantas dia berjalan menuju surau. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Kassim yang tidak menggerakkan dia bangun dan meninggalkan dirinya keseorangan tidur di atas bangku keras itu.
-----------------------------
Kassim dan Tun Nila Utama jalan beriringan menuju ke wad Puspa. Kelihatan Puan Maimunah dan Puan Aminah berbual kecil disisi katil Puspa.
"Mak Teh, nurse takde kata apa-apa ke pasal Puspa?" Kassim yang baru tiba terus menyoal Puan Maimunah.
"Ai... Kamu yang jaga dia semalaman, takkan kamu tak tahu?" soalan dibalas dengan soalan oleh Puan Maimunah.
Kassim menggaru-garu kepalanya lagi. Mukanya tersengih.
"Ni lagi satu. Jangan nak panggil Mak Teh lagi. Sekarang Mak Teh ni dah jadi mak mertua kamu. Kamu kenalah panggil mak,"
Kassim menggangguk-angguk kecil. Dilihat Tun Nila Utama mengekek ketawa. Hatinya geram diketawakan Tun Nila Utama.
"Kassim, mak takda bawa sebarang pakaian Puspa atau apa-apa keperluan dia. Sementara dia belum bangun ni apa kata kamu balik ke rumah Tok dulu. Pergi ambil keperluan dia. Bawa sini. Kang kalau dia dah bangun kang, dia nak mandi, nak gosok gigi. Mak tadi seganlah nak masuk bilik kelamin kamu..." Puan Maimunah berkata lagi.
Kassim hanya mengangguk. Dia menarik tangan Tun Nila Utama untuk menemankan dirinya pulang ke rumah.
"Eh... Yang kamu nak bawa si Nila ni nak buat apa? Ibu nak suh dia teman ibu dengan mak dia kat sini. Apa-apa hal kalau doktor datang nak suruh uruskan apa-apa ke, bolehlah dia uruskan. Takkan nak harap kami ni orang tua.." kali ini giliran Puan Aminah berbicara.
Kassim tersengih lagi. Nampak gayanya kenalah aku balik sorang. Aduyai... Kalau orang semua tanya apa dah jadi kat Puspa apa aku nak jawab?
Kereta meluncur laju keluar daripada perkarangan Hospital.
------------------------------
Sampai di bilik Kassim termenung melihat betapa ’memukau’ pemandangan dalam biliknya. Katil yang patah, cadar yang koyak, kekabu bantal yang bersepah, bocok kelambu yang roboh. Kalau tidak dikemaskan, dimana pula Puspa akan berehat selepas pulang dari Hospital petang nanti? Kassim mengeluh.
Nampak gayanya kenalah aku kemas sorang-sorang. Aduh...
Kassim bingkas mengemas. Bocok kelambu dialihkan. Cadar katil di buka dan diganti dengan cadar baru yang sememangnya tersedia di dalam almari.
Penat Kassim bertarung mengemaskan bilik seorang diri. Hampir 2 jam dia mengemas seorang diri. Lelah nafasnya. Perut dah terasa lapar.
Pantas keperluan Puspa di ambil.
Yang ni pun nak kena bawak ke? Kassim memegang bra dan juga panties kepunyaan Puspa. Dimasukkan sekali ke dalam beg yang telah berisi sedikit baju.
Kuman tangan aku...
Kassim pantas berlalu pergi dari rumah Tok Aki menuju ke Hospital semula.
--------------------------------
Tiba di katil Puspa, Kassim melihat Puspa duduk bersandar seorang diri. Tidak tahu ingin berkata apa. Kassim diam sahaja. Dia meletakkan beg baju di penjuru kaki Puspa. Makanan yang dibeli tadi sewaktu singgah di pekan Jerantut diletakkan di atas meja sisi katil.
"Kau dah makan?" Kassim bertanya sambil mencecahkan punggungnya di atas kerusi.
Puspa hanya menggeleng.
"Nak makan?"
Puspa mengangguk.
"Lapar?"
Puspa mengangguk lagi.
Kassim membuka bekas polistiren yang berisi nasi lemak. Di ambil sudu, dan memberikan kepada Puspa.
Puspa mengambilnya dengan tangan yang sakit. Masakan tidak. Tangan kiri disimen dan berbalut manakala tangan kanannya dicucuk drip. Kedua-duanya sakit. Bagaimana hendak makan? Tambahan pula semalam dia hanya dapat makan sedikit sahaja. Sedang enak menjamu selera, saudara-maranya menyuruh dia naik menemankan Kassim di bilik. Kini perutnya sudah tak tahan kelaparan.
Kassim melihat Puspa yang payah untuk menyuap nasi ke mulut.
Alahai... Dua-dua tangan sakit. Kesianlah pulak...
"Meh sini aku suapkan," Kassim pantas menyambar semula bekas polistiren dan sudu dari tangan Puspa. Puspa tidak ada daya menahan mahupun melawan. Lagi-lagi dalam keadaan dia begini.
Kassim pantas menyudukan nasi lemak ke mulut Puspa. Lepas satu, satu disudukannya.
"Kau ni gopoh sangat kenapa? Mulut aku penuhlah... pelan-pelanlah sikit," Puspa berkata dalam keadaaan mulutnya dipenuhi nasi lemak.
Kassim tersengih seperti Pak Pandir lagaknya.
"Nak air?" Kassim menyoal.
Puspa hanya mengangguk.
Dahlah dia suapkan aku mengalahkan aku nih anak dinosaur kelaparan. Ada pulak tak nak bagi aku air. Gila ke apa? Mestilah aku nak air... Dalam hati Puspa membentak.
Tanpa mereka berdua sedari perlakuan mereka berdua diperhatikan oleh sanak saudara yang sudah ramai datang melawat. Ada yang cuba untuk pergi ke katil namun niat mereka dihalang oleh Wok.
Selesai makan. Puspa dan Kassim kembali diam.
"Kau tak nak mandi ke?" Kassim menyoal lagi. Kali ini perbualan mereka banyak dimulakan oleh Kassim.
Puspa mengangguk.
"Jom aku bawak ko pergi bilik air," Kassim berkata lagi.
Puspa menggeleng kali ini.
"La.. kenapa pulak?" kali ini Kassim pula tertanya-tanya.
"Itu tandas perempuan. Khas untuk pesakit perempuan. Kalau kau ada macam mana pesakit lain nak mandi atau nak masuk bilik air. Tunggu jelah mak aku atau sesape sedara kita yang perempuan datang," Puspa menjelaskan.
Kassim hanya mengangguk mengiyakan. Tidak terfikir oleh akalnya jawapan Puspa itu. Baru Kassim perasan. Ibunya, mak mertuanya dan Tun Nila Utama merangkap abang iparnya itu semenjak dia tiba semula ke hospital tidak kelihatan.
"Mana yang lain? Tadi waktu aku tinggalkan kau ambik baju kat rumah Tok dorang ada. Mana dorang pergi?"
Puspa hanya mengangkat bahu tidak tahu.
Kemudian seorang nurse dalam linkungan umur 20-an datang menghampiri katil.
"Encik ni siapa?"
"Saya suami dia,"
"Ooh…" Dalam hati nurse itu berasa sedih. Lelaki di depan matanya ini suami orang. Ingatkan bujang lagi. Manalah tahu kalau-kalau setakat adik-beradik kepada patient di depan matanya ini sahaja.
"Doktor dah check tadi. Dan rasanya Encik bolehlah uruskan pasal prosedur isteri Encik keluar wad," Nurse itu berkata lagi. Kemudian berlalu pergi.
Kassim memandang Puspa.
"Kau tunggu kejap. Aku nak pergi uruskan pasal kau nak keluar wad," Kassim bingkas bangun dan beredar keluar daripada wad.
Diluar wad kelihatan sanak saudaranya ramai yang hadir.
"Eh Wok… Kenapa Wok tak masuk tadi?" Kassim menyoal sambil mencium tangan Wok itu.
"Wok malas masuk. Biarlah kamu jaga Puspa tuh. Kami tengok dari luar sudah. Puspa macam mana? Dah sembuh?"
"Puspa ok. Ni Kassim nak uruskan pasal dia nak keluar wadlah ni. Kassim pergi dululah. Wok masuklah tengok Puspa tu," Kassim berlalu pergi.
----------------------
Dalam kereta kedua mereka diam membisu. Kassim tidak tahu untuk berkata apa. Puspa pula sibuk memandang ke luar tingkap. Kassim cuba mencari jalan untuk memecahkan suasana sunyi sejak tadi. Lagu daripada radio tidak diendahkan.
"Tadi doktor cakap apa dekat kau yang kau boleh sampai keluar hospital awal?" Kassim akhirnya membuang egonya.
"Hah? Oh... Doktor cakap forearm fractured. Tulang ulna twisted sikit. Kira very mild fractured. That’s why just pakai plaster cast and sling je. Then dia bagi medical leave slip for 2 weeks. So cuti lama sikitlah…" Puspa berkata sambil tangan kanannya memegang tangan kiri yang berbalut kemas. Badannya masih membelakangkan Kassim yang menumpukan perhatian pada pemanduan.
Kassim tidak tahu untuk berkata apa lagi. Suasana kembali sunyi. Kassim senang mendengar penjelasan Puspa. Hati yang tadi kerisauan sudah beransur hilang. Kassim mula bersiul-siul kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang dan jari-jemari mula mengetuk stereng mengikut ritma siulannya.
------------------------
kerana kerinduan untuk menghantar karya kat sini, saya gagahkan diri gak habiskan episod 7. nantikan episod seterusnya. probably lmbt sket coz byk sgt keja nk buat. lgpon kakak sy nk kawen. kena tlg dia uruskan mcm2 hal. ni pon final exam blm abis. doakan sy cemerlang. tme kasih atas sokongan anda semua. jika ada salah silap saya dalam cerita ni minta maaf. anyway keep on commenting. ianya sangat diperlukan untuk memperbaiki lagi mutu tulisan saya yang tak seberapa ni. thanks to u all. may god bless u all n me. ;)
Sejak dari petang tadi lagi aku dah berkurung dlam bilik. Malas temankan kak Ayu yang tengah duk seronok layan drama cina. Aku dengan hobiku capai mana-mana novel yang dirasai serasi dengan hati. Apa tunggu lagi layan lah sampai mata ni mengantuk. Lagipula aku keuzuran hari ni. "Mak telefon aku, dia suruh kita balik hujung minggu ni." Kak Ayu memulakan bicara sebaik sahaja mukanya terpacul dimuka pintu biliku. Dia menghampiriku dan sama-sama berbaring diatas katil. Wajah seperti ada tanda soal besar dimuka menanti jawapan dari mulutku apabila aku sengaja buat tak degar. "Kau dengar tak ni dik?" dia merenung tajam. "Dengar..." aku menatap wajahnya yang nampak basah dengan tompokan bedak sejuk, macam nenek kebayan dah rupanya. "Mak pun baru aja lepas telefon aku kak. Aku ok jerk kalau kau nak balik... kau tu macam mana pulak?" "Dah mak suruh balik aku balik aja. Dia menjawab pantas. Senang benar kak ayu dapat cuti. Dia ni pekerja kesayangan bos ke? "Apa pula agenda mak kali ni yer..." "Ermm entah la." aku menjawab acuh tak acuh. Yea lah mana aku tahu mak pun tak cakap apa-apa "Kau agak-agak lah kan apa erk.." kak Ayu yang terbangun sedikit tadi membaringkan tubuhnya sekali lagi di sebelahku yang setia dengan novel A.D.A.M karya novelis terkenal Ramli Awang Murshid. "Nak kahwin kan kau tak kak.." jawapan yang aku sendiri tak tahu macam mana boleh terkeluar. "Isk kau ni kan dik.." "Habis kau tanya apa aku rasa, aku jawablah apa yang aku rasa.." "Yea lah takkan lah nak kahwinkan aku.. kan dah ditetapkan tarikhnya hujung tahun ni lambat lagi tu." "Entah la kak aku tak tahu lah. Agaknya mak rindukan kita lah tu. Dah lama tak jenguk dia." aku mengaru pipi ku yang terasa gatal akibat gigitan nyamuk. "Balik ajalah kalau nak tahu kenapa..."kataku malas apabila kak Ayu masih berterusan mahu menganggu pembacaan ku. Dia hanya mendiamkan diri. Entah apa yang difikirkan kak Ayu, malas aku mahu ambil tahu, tak payah nak pening-pening kepala hujung minggu ni balik dah tentu dapat jawapannya.
Akhirnya kami balik juga ke kampung, ah rindunya aku pada Mak Tok satu-satunya nenek yang masih panjang umurnya. Musim buah juga baru pertengahan, sudah tentu tumpuanku pada buah rambutan gula batu yang ditanam d halaman rumah Mak Tok. "Hei apa yang kau sengih-sengih tu dik. Kau ni angau siapa pulak ni, teringat kat Mamat ais kepal tu erk.."Usik kak Ayu mencetuskan rasa geram. "Takde lah kak, aku terkenangkan masa kita kecik-kecik dulu, kau kan suka berbogel mandi parit.."aku sengaja mencetuskan rasa sakit hatinya. Dia paling tidak suka apabila aku mengungkit kisah masa kecil-kecil kami dahulu. Ah mana mungkin aku lupa, kesan luka itu masih melekat dipehaku. Kak Ayu mendiamkan diri. Mungkin sama-sama mengingati kenangan dulu.
"Adik..jom ikut Pak Usu.." ajak kak Ayu ketika itu aku baru berusia enam tahun. Mulanya aku tidak mahu ikut namun kak Ayu pandai memujuk, katanya jika aku ikut, dia akan hadiahkan aku aiskerim. Aku apa lagi tawaran yang dihulurkan begitu menarik hati. Tanpa membantah aku dan kak Ayu mengekori Pak Usu yang sememangnya tidak menyedari kehadiran kami dibelakangnya. Entah macam mana planing kak Ayu bertukar sekelip mata, dia singgah di parit yang kelihatan jenih airnya. Dengan pantas kak Ayu menanggalkan bajunya lalu turun ke parit, aku yang masih tidak dapat berfikir dengan waras dengan selamba mengikut rentak kak Ayu. Apa lagi tanpa membuang masa kami mandi sepuas hati. Entah macam mana air parit tadi yang tenang tiba-tiba mengalir laju, aku yang terasa sedikit lemas mula berpaut pada tebing. kak Ayu ketika itu kelihatan tercungap-cungap. Air parit tiba-tiba menjadi deras dan berupaya mengheret aku dari tebing ke tengah. Hampir-hampir aku kelemasan kak Ayu sempat menarik lenganku, dan tanpa diduga dahan pokok yang entah datang dari mana menghempap pehaku. Goresan luka akibat tarikan kak Ayu yang cuba menyelamatkan aku membuatkan aku mengaung sekuat hati. Mujurlah Pak Salleh yang kebetulan melalui parit itu datang menolong jika tidak aku dan kak Ayu sudah tentu menjadi arwah. Dan yang paling kelakarnya kak Ayu langsung tidak menyedari yang dia tidak berseluar. Mungkin getah seluarnya longgar dan ketika dia berhempas pulas amneyelamatkan aku dia sendiri tidak menyedarinya yang dia telah pun berbogel. Kami balik dihantar oleh Pak Salleh dan habuannya kami dileteri dan sesekali dapat hadiah hasil dari kraftangan mak Kak Ayu malu pada Pakcik Salleh sehingga kini bila dia berselisih dengan Pak Salleh pasti dia akan menundukkan wajahnya. @@@@@@@@@
"Nak kemana? air tu kamu tak bawa ke depan lagi.." Emak menegur apabila aku mula mahu melangkah. "Ala mak orang sakit perut lah, dah la rimas pakai baju macam ni. mak tolong hantarkan kejap yea." aku memberi alasan. "Isk budak ni ada aja alasannya bila kita suruh. Dah pergi cepat nanti mak nak kenalkan kau dengan makcik Zaini. Jangan cari alasan pulak." arah emak seakan tidak memberi peluang aku cabut lari. Aku menggaru kepala... alamak baru nak pergi rumah tok mak, mak dah bagi warning pulak. "Ha kau nak kemana tu dik nak nyorok lagi erk.." datang dari mana pula minah ni tetiba aja muncul. "Ala sibuk lah kak Ayu ni." "Mak dah panggil tu lama bebenor kau buang air besar. Kenapa selulit ke..." "Hahahaa kau ni kan kak nak kenakan orang tu cermin lah diri tu sikit. Bukan selulit lah akak ku sayang sembelit lerk. Aku eja yea kak..S.E.M.B.E.L......." "Ijaaa...."panggil mak dengan nada sedikit tegas. Terus ejaan ku terhenti. Tak sempat nak mengajar budak separuh abad ini mengeja. "Yea mak.."balas aku masih lagi tak berganjak dari dapur. Kak Ayu ketawa mengekek-ngekek melihat gelagat aku yang tak tentu arah. Menjadi kebiasaan aku akan menghisap jari apabila aku berada dalam gelombang gelabah dan gementar menyerang sistem tubuh..Tabiat yang paling buruk kata emak. Nak buat macam mana dah terbiasa. "Hoi mak dah panggil kau tu. Ha.. padan muka." "Dah..dah jangan nak hisap jari depan orang tua tu malu nanti mak. Kau buat selamba aja dik. Mak bukan nak buat apa pun nak kenalkan kau dengan kawan mak aja makcik Zaini. Ala makcik yang selalu duk pinjam kan kau kalau dia boring anaknya takde kat rumah." "Mak pinjamkan aku kat orang lain kak." "Ala tu kisah masa kecik-kecik dulu lah. Kau dah tak ingat.." balas kak Ayu sambil menolak aku ke depan. Aku menguis tangan kak Ayu yang masih lagi melekat dibahuku. Dia ketawa kecil.
"Ha tu lah anak bongsu saya Kak Ani. Aliza namanya.." Mak memperkenalkan diriku yang masih terpinga-pinga. "Oh dah besar sekarang, dulu yang ni lah akak selalu duk timang-timangkan, lama betul akak tak jumpa dia ni. Makin cantik lah Ros" "Tak lah cantik mana pun kak Ani. Jangan duk puji sangat. Anak-anak dara sekarang ni kalau dipuji sikit mulalah kembang." Mak menyuruh aku menyalami makcik Ani yang sentiasa tersenyum mekar. Aku menuruti tanpa membantah sempat lagi mak membisikkan sesuatu ke telingaku. "Sopan sikit jalan tu." Aku hanya tersengih. "Berkenan lah kak Ani dengan anak kau ni Ros. Cantik, manis, sopan.." makcik Ani memujiku didepan mak, dan dengan jelas aku mendengar suara kak Ayu didapur sedang pecah gelak. Siapa yang tak tergelak puji pujian tu kontra benar dengan diri aku yang sebenar, kalau lah makcik Ani ni tahu perangai aku comfirm aku rasa dia tarik balik kata-katanya tu. Aku menyalami tangan makcik Ani. Lama dia mengengam tanganku. "Mari duduk dekat makcik." Aku yang baru hendak bangun terus terpaku disebelahnya. mak hanya tersenyum nipis. Rambutku yang selama ini aku sembunyikan bawah topi kini berjuntaian hingga ke paras bahu. Sesekali hujung rambutku yang panjang itu mencucuk hidung apabila agin sesekali menjengah. Terasa ingin ku cekak sahaja rambut yang mengerbang tapi bila fikirkan kata-kata makcik Ani tadi aku ni cantik, manis dan sopan aku tahan aja.Bila la nak balik ni. Aku mula rimas. "Dah lama makcik sampai.."soalan yang entah apa-apa keluar dari mulut aku. Mak menjeling geram. Aku sedikit mengelabah jari telunjukku baru sahaja nak masuk ke mulut tapi cepat-cepat aku tersedar..huuuu. nasib baik tak nampak. Sememangnya aku tahu makcik Zaini dah lama sampai sejak aku lari dari menghantar air lagi. Makcik Ani tersenyum kecil, mungkin dia faham keadaan aku yang sedikit gabra tu maklumlah aku bukan kenal dia pun. "Makcik tunggu anak lelaki ni tak datang ambil lagi. Tadi dia kata nak jumpa kawan dia sekejap aja ni dah lama benar perginya." terang makcik Ani membuatkan aku rasa serba salah. "Ayyoo..Ayyooo, minta-minta lah mak cik Ani tak berkecil hati dengan soalan aku tadi." Bukan menghalau tapi tersalah soalan. Jerit hatiku yang tersenyum kelat. Terasa perit pula kerongkong aku ni. Masak lah bila makcik ni balik nanti tentu mak membebel tak henti-henti. "Ha itupun Iskandar dah sampai pun Ros." Makcik Zaini tersenyum lebar. Sejurus kemudian anaknya yang dipanggil Iskandar memberi salam. Aku masih duduk menghadap makcik Ani tak kiralah siapa anaknya pun aku tak peduli yang penting aku nak cepat-cepat beredar dari situ. "Marilah masuk dulu Iskandar..." Ajak mak yang melemparkan senyum pada aku. "Kenapa mak pandang aku?.." hati aku mula dihinggap debar. Anak lelaki makcik Ani melangkah sopan. Serta merta mataku membulat, mulutku sedikit terganga. Awang!!. Nama itu terpacul dari mulutku. Mak menampar lembut peha ku mungkin untuk menyedarkan aku yang kini berada di bawah sedar. Makcik Ani menoleh seketika ke arah aku apabila nama Awang yang ku sebut itu menarik perhatianya. Iskandar terpaku. Matanya sedikit mengecil mungkin mengimbas kembali detik-detik pertemuan kami atau mungkin langsung tidak mengenali aku. Yea lah mana nak kenalnya dulu pertemuan kami aku dengan pakaian lelaki kini aku seperti gadis sunti yang menunggu untuk dipinang. Dengan kebaya moden yang hampir-hampir menyekat saluran pernafasanku. Ini gara-gara kak Ayu lah ni. Muka yang berkerut tadi kini kembali ceria. "Ohh..tak sangka yea kita jumpa lagi." Balas Iskandar sambil tersenyum dan memandang ke atas dan ke bawah. Mungkin sudah dapat mengingati kembali pertemuan kami dulu. Malunya aku dia pandang semacam. Mungkin makcik Ani dapat dengar jeritan hatiku, dia menampar lembut bahu anaknya. "Kalau yea pun janganlah pandang anak dara orang macam tu sekali." Aku lihat Iskandar tertunduk perasan akan kesilapannya apabila ditegur oleh mamanya. "Aduh!..mak sakit perut lah mak." Aku mahu sahaja lari apabila dia mula mengingatinya. Buatnya dia menyuruh aku mebayar bil yang tak masuk akal tu, mampus mana aku nak cekau duit sebanyak tu. "Ija masuk dulu lah mak." Pintaku. Mak menegah. "Tak tahan lah mak." Bohongku . Aku sembunyikan wajah dibalik rambut panjang tadi. Aku tahu Awang masih merenungku. "Mak cik saya minta diri dulu makcik." Kataku panats lalu menyusup ke dapur. Ahh lega. Kak Ayu yang sedang mengoreng cempedak hairan melihat aku yang sedikit berpeluh. "Hoi dik kau kena temuduga ke apa. Berpeluh macam nak banjir aja ni..." "Kau tahu apa kak.." "Aku tak tahulah aku tanya kau ni dik. Apasal...." "Awang ada kat luar lah." "Awang...Awang mana pulak ni." "Ala Awang yang aku ceritakan pada kau dulu lah. Yang langgar motor aku tu." "Hah!..anak makcik Ani ke..." "Yea lah.." jawbku ringkas. "Mana...mana aku nak tengok hensem tak!.." "Tengok lah sendiri." Aku mula menyabar cempedak goreng yang terhidang di atas meja. Kak Ayu masih terhengdap-hengdap. "Kak kalau kau nak tengok ensem ke tak ensem baik kau hantar cempedak goreng ni ngan cawan sekali ke depan. Real lagi kau boleh tengok kak." "Betul juga kata kau ni dik. Ok aku hantar ni jap kau tengok-tengokkan yang dalam kuali tu ek." Aku cuma menganguk sambil mengunyah cempedak. Melayan perasaan yang sedang berkecamuk memikirkan Awang bocorkan perihalku kepada emak. "Dikk..jerit kak Ayu membuatkan aku yang sedang mengunyah cempedak tercekik. Kak Ayu berlari mendapatkan aku lalu menyuakan air masak. "Apalah kau ni kak, terkejut aku. Nasib baik tak terus go.." kak Ayu tersenyum kelat. Mungkin rasa bersalah melihat aku dalam keadaan begitu tadi. "Apasal kau jerit..dia takde mata erk, takde hidung.." soalku tanpa sempat kak Ayu menjawab "Hensem lah dik.." kata-kata itu terkeluar juga dari mulut kak Ayu. "Biasa aja aku tengok. Semua cukup sifat. Macam kau juga lah kak.." "Isk budak ni memang takde perasaan betullah kau ni." "Ala kak buat apa kecohkan hensem orang. Biarlah dia nak hensem ke nak apa ke. Wajah dia. Dia punya sukalah." "Hisyyy!..susah betul cakap dengan orang kayu macam kau ni dik." Aku biarkan kak Ayu mengalah. Dia ku lihat tersenyum seyum menyambung kerja yang aku ambil alih tadi. "Hoi kak, cempedak tu dah hangit lah..." Jeritku Kak Ayu terkejut dengan jeritan kecil. Dia memandang ke dalam kuali. Cempedaknya belum masak lagi, masih belum nampak kekuningannya. "Kau main-main kan aku dik." Aku ketawa sakan melihat kemarahan kak Ayu. "Itulah kau berangan lagi..." Aku berlari ke bilik air sambil ketawa apabila kak Ayu mengangkat sodek ke paras atas. Aku tahu tindakannya selepas ini
Selesai sahaja sesi pembayaran itu,eisya terus sahaja menarik tangan nurin pergi dari kedai itu dengan cepat.Dia merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku,mungkin kerana hakimi juga turut berada dikedai itu.Selangkah sahaja lagi dia akan meninggalkan kedai itu,bahunya ditepuk dari belakang.'alamak...mr.ungentlement tu ke? mampos aku!\'ngomel eisya dalam hati.Eisya terus berdiri disitu.Nurin yang melihat hanya mengerutkan muka tanda dia berasa pelik dengan perangai eisya.
"hei eisya! kau dah kenape? kate tadi nak pergi kedai lain,tup2 kau tercegat je kat pintu ni dah kenapa??" tanya nurin
"er...er...e..a...aku takde ape2..cube kau tengok sape kat belakang aku ni?"
"haa? kenape dengan belakang kau?" lantas nurin berpaling kearah yang dimaksudkn oleh eisya tadi.
"cik? cik tertinggal bungkusan ini di kaunter semasa sesi pembayaran tadi."kata jurujual sambil menghulurkan bungkusan tadi.
"erk..ouh..sory tak perasan tadi..terima kasih ya?" kata nurin sambil mengambil bungkusan itu.
"sama-sama.." balas jurujual itu sambil tersenyum.
Eisya yang melihat hanya tersengih macam kerang busuk apabila nurin menjeling dia.\'fuhh...naseb baek bukan mamat tu..\' keluh eisya dalam hati.
"ni kau lah ni.maen tarik je tangan kan dah tertinggal ni."marah nurin kepada eisya
"alaaaa...ilek3 larh...jum aku belanja kau makan"
"ape makan2? tapi oke gak la...hee~" kata nurin sambil tersengih..
"cehhh..ingat taknak tadi... eh,dah r..jom g makan. kang aku dok lame2 kat cni ade trserempak dengan mamat tuh."
"huh? mamat mana?
"alaa...nanti aku cite arh..."
************* hakimi .....
sementara itu,hakimi yang turut berada di kedai itu tidak menyedari kehadiran eisya karana terlalu sibuk membeli baju.Hakimi seorang yang mementingkan cara pemakaian yang stylo dan mengikuti perkembangan trend baju zaman sekarang.Dia tidak kekok untuk bergaya.Baginya bukan perempuan sahaja yang boleh bergaya.lelaki juga boleh bergaya.
"razil kau nak beli gak ke?"
"of course la aku nak beli.Takkan nak tengok je kau beli kowt..."
"hurm..."
"tadi kau tak nampak eisya ke?"
"huh? minah ganaz tu ke? dia ade ke?" tanya hakimi jengkel.
"larh...dia kat kedai nih tadi..."
"huh!whateverla! mampos muke dye tuh."
"ish kau nih..lek3 arh.."
"takdenye.dah arh..jom balek. malas aku nak beli baju kat cini."
"hah? yerlah...sukati kau la kimi...." kimi..kimi...ape nak jadilah kau nih... keluh razil dalam hati sambil menggelengkan kepala.
*********** keesokan harinya disekolah...
"waahhhh...cutenye dia....." kata eisya apabila ternampak jejaka pujaannya iaitu nazry.
Eisya berdiri bersiap sedia untuk memberi surat cinta kepada nazry.Apabila nazry semakin dekat eisya menghulur surat itu. Malangnya nazry tidak perasan dan terus berjalan tanpa memandang kiri dan kanan.Tiba-tiba eisya terasa suratnya diambil,dengan gembira eisya memandang si pengambil itu.si pengambil itu sangat tinggi..\'hurm..macam nazry..\' dengan perlahan dia dongak melihat.
"KAUUUU?????" eisya terlopong apabila melihat orang itu.Fikirnya nazry yang ambik.Rupa-rupanya hakimi!
"wow! surat cinte...heh!" kata hakimi dengan senyuman evilnya...
"bak sini balik! aku bukan nak kasi kat kau!" kata eisya dengan marah
"huh? kau dah kasi aku maknanya aku punye larh.."
"siape nak kasi kau? ayam pon tak nak kasi inikan aku pulak? BAK SINI LAHH!"kata eisya marah sambil terlompat-lompat apabila hakimi yang lebih tinggi daripadanya menaikkan tangan untuk menghalang eisya mendapat surat itu.
"kalau aku tak nak???" hakimi menaikkan keningnya melihat eisya yang tidak berputus asa untuk mengambil balik surat itu.
"bagi balik lah...please la hakimi...aku taknak cari pasal dengn kau." rayu eisya apabila hakimi tidak memberikan semula surat itu.
"jangan harap! kalau kau taknak satu sekolah tahu pasal surat ni kau kena jadi hamba aku!"kata hakimi sambil merapatkan mukanya ke muka eisya untuk memastikan tiada sesiapa pun yang mendengar.
Eisya terlopong..mulutnya berbentuk huruf oo.Dia tidak menyangka hakimi begitu kejam.
"aku nak surat tu balik laa!!!bak sini!"
"last warning..kalau kau taknak jadi hamba aku, aku akan photostep surat ni n then aq sebarkan kat satu sekolah..amacam? setuju ke tak?" hakimi mengugut dengan bersunggh-sungguh.
Eisya meluat melihat muka hakimi.Tambahan pula, ramai yang kata bahawa hakimi gengster sekolah.Tidak seorang pun berani bercakap dengan hakimi kecuali gengnya.para cikgu pula tidak berani bertindak kerana mama hakimi memiliki syer tertinggi.Kalau mama hakimi berhenti menyumbangkan sumbangan kepada sekolah itu mereka juga terpaksa menutup sekolah.Dan mereka akan memastikan perkara itu tidak berlaku.Jadi mereka biarkan sahaja perbuatan hakimi itu.
Eisya berfikir samaada mahu atau tidak..\'kalau aku terima mampos aq dikerjakan mr.ungentlement nih! kalau aku tak terima habis satu sekolah tahu..adoi...' kata eisya dalam hati. Eisya menarik nafas panjang sambil bersedia untuk memberikan jawapan...........
"Tasha, kau buat apa tu? Dah lunch hour dah ni. Jom teman akak pergi beli makan kat bawah," aku tersentak apabila Kak Siti menegur aku.
"Tulah kerja kau, asyik berangan je. Jomlah cepat, akak dah lapar sangat ni," ujarnya lagi. Aku bangun dengan gaya malas bercampur lapar membontoti langkah Kak Siti.
"Kamu berdua nak kemana ni?" soal bos aku yang kebetulan berada dalam lif. Aku pun tak sedar bila masa dia ada, seronok sangat layan rasa lapar.
"Kami nak turun beli makan dekat bawah bos. Bos mesti nak pergi lunch kat restorankan?" balas Kak Siti.
"Siapa kata saya nak ke restoran? Saya pun nak turun ke bawah nak makan kat situ. Emmm...alang-alang kita nak ke bawah ni. Jomlah makan sekali, saya belanja. Bukan senang tau saya nak belanja orang lain," selorohnya lagi.
"Takpelah bos, menyusahkan bos je. Kami nak tapau je, makan kat ofis nanti," balas Kak Siti lagi. Aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar saja.
"Tak baik tau tolak permintaan saya. Bukannya susah pun. Makan je, tapi kalau taknak takpelah. Tak baik paksa-paksa orang ni," ada sedikit nada rajuk darinya.
"Eh...eh...janganlah merajuk bos. Kami temankan bos makan," ujar Kak Siti. Bosku kembali tersenyum, comelnya dia senyum.
"Tasha, awak tak kisah ke?" Kak Siti menyenggol aku dengan sikunya yang tajam. Aku yang terkhayal sekejap tadi terus kembali ke alam nyata.
"Saya, tak kisah bos," jawabku sambil tersenyum.
"Korang selalu makan kat sini ke?" soal bos aku setelah kami selesai memesan makanan.
"Kami selalu lepak sini juga kalau tak bawak bekal. Bos mesti pertama kali datang sini kan?" lancang sekali Kak Siti ni menyoal.
"Takdelah, ni dah masuk kedua je. Saya penah ke sini dengan Yazid hari tu. Ni, dia takde pulak. Tiba-tiba pulak teringin nak pekena teh tarik. Tu yang laju je turun ke bawah. Tak sangka terjumpa kamu berdua tadi," ujarnya.
"Kami tak kisah pun, kalau hari-hari bos nak ajak kami ke sini pun takpe," kata Kak Siti.
"Eh...lupa pula saya. Hujung minggu ni, jemput datang ke rumah saya. Ada majlis cukur jambul anak buah saya," pelawanya pada kami.
"Anak buah bos ke anak bos?" seloroh Kak Siti selamba.
"Apa pula anak saya, sayakan bujang lagi ni. Anak kakak sayalah. Jangan lupa tau, jemput datang," pelawanya sekali lagi.
"InsyaAllah, kalau takde aral melintang. Kami sampailah ke rumah bos tu."
"Tasha, awak jangan tak datang pula." Aku menganggukkan kepalaku.
"Tasha, kenapa kau senyap je hari ni?" soal Kak Siti padaku.
"Takde apa kak, cuma takde mood je hari ni," balas aku.
"Takde moodlah sangat, makan tadi lalu je, siap berangan je kau sepanjang hari ni."
"Janganlah marah kak, berangan tu penting dalam hidup saya ni."
"Pentinglah sangat. Tasha, kau nak pergi tak minggu ni? Akak kalau takde apa program dengan hubby dan anak-anak akak tu, boleh je akak ikut. Kalau tak, kau pergi jelah, kang apa pula bos kita cakap. Akak ni takpelah, dah kahwin. Kau tu bujang lagi, takde hallah nak pergi," ujar Kak Siti dengan panjang lebar tanpa sempat aku berkata apa-apa.
"Bujang pun kak, saya ni mana ada transport nak pergi," balas aku.
"Takpe, yang tu kau takyah susah hati, pandailah akak uruskan," kata Kak Siti sambil mendabik dadanya.
"Apa-apa jelah akak ni. Layan jelah," balas aku.
Hujung minggu tiba...
"Mana Kak Siti ni? Cakap nak datang masa ni," aku mengeluh perlahan sambil memandang jam yang menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku dengan Kak Siti berjanji untuk pergi awal, konon-konon nak menolong apa yang patut dirumah bos kami nanti.
Pon! Pon! Pon!
Kedengaran hon kereta dibunyikan dari luar rumah aku. Aku bingkas bangun dan mencapai beg tanganku yang kecil comel berwarna pink. Aku mengunci pintu rumah serta grilku dengan pantas. Bila aku pusing kebelakang, baru aku perasan, kereta Kak Siti bertukar menjadi kereta bosku. Apa sudah jadi ni weh?
"Tasha! Cepatlah naik," bos aku memanggil aku. Seakan tak percaya je dia menjemput aku dirumah. Aku yang masih terpinga-pinga mengikuti saja katanya. "Assalammualaikum bos, macam mana bos boleh ada kat sini?" soal aku sebaik saja aku memasuki ke dalam perut kereta.
"Ooo...Siti telefon saya tadi, dia tak dapat pergi rumah saya, dia cakap lagi, awak nak pergi tapi transport takde. Jadi saya ambiklah awak, lagipun saya tak buat apa sangat pun kat rumah tu." Kak Siti memang nak kena dengan aku ni, pandai je dia buat cerita. Terbayang dimataku dimana aku mencekik leher Kak Siti sekuat hati.
"Tasha, awak tak kisahkan? Lagipun bukan saya sorang je ambik awak ni, tengok kat belakang tu," dia menunjukkan ke arah belakang. Aku memalingkan badanku melihat ke belakang. Terlihat kelibat seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 5 tahun.
"Anak siapa tu bos?"
"Anak kakak saya, Aiman, salam auntie," arah bosku pada anak buahnya. Comelnya dia, macam bos aku sikit. Aiman mencapai tanganku, dan dengan sopan mencium belakang tanganku.
"Auntie ni siapa? Makwe Pak Ngah ek?" soal Aiman selamba. Aku terkedu, bos aku apatah lagi.
"Pandai je Aiman ni, Pak Ngah sekeh Aiman nanti," Aiman menjelirkan lidahnya pada bos aku.
"Meh sini, duduk atas riba nak?" aku ni pantang sikit nampak budak kecik, habis semua aku nak riba. Aiman bangun dan melangkah ke depan dan duduk atas ribaan aku.
"Aiman, umur berapa tahun?"
"5 tahun," balasnya.
"Aiman nak bawa acik pergi mana ni?"
"Pergi rumah nenek Aiman, adik Aiman kena potong rambut dia hari ni," dengan lancar dia menuturkannya.
"Mana Aiman tau adik Aiman kena potong rambut? Siapa bagitahu Aiman?" soal aku sambil memeluk tubuh kecil milik Aiman.
"Nenek bagitahu kat Aiman, Mama dengan Papa pun cakap macam tu sekali," ala pandainya dia bercakap.
"Auntie...." panggilnya manja.
"Apa sayang? Janganlah panggil auntie, tak bestlah. Panggil aciklah, baru lagi mesra," pandai-pandai aku je suruh dia panggil aku macam tu.
"Acik, apa nama acik? Tak acilah acik dah tau nama Aiman."
"Nama acik, Tasha."
"Nama acik lebih kurang sama dengan makwe Pak Ngah dulu, tapi nama dia Fasha, bukan Tasha."
"Aiman...!!!!"
"Ooopsss...sorrylah Pak Ngah. Aiman tak sengajalah," Aiman mengatup mulutnya dengan kedua belah tangan kecilnya sambil tergelak manja. Sweet sangat Aiman ni.
"Janganlah marah dia bos, Aiman tak sengaja pun kan?" Aiman menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum kemenangan apabila melihat Pak Ngahnya tak jadi nak marah. Ala, marah manja-manja je.
Nadir berhenti..keliling dia dah dikepung..Nabil pulak dah tergamam..tak sangka makhluk yang hampir-hampir nak membunuh Naila adalah Nadir..setahunya Nadir tak pernah melakukan perkara-perkara yang tak berfaedah..apatah lagi jenayah..
"kenapa kau??" Nabil soal dengan penuh hairan..matanya tepat pandang Nadir..masih ragu-ragu benarkah Nadir yang lakukan semua tu atau dia cuma menjadi kambing hitam?
"memang aku..kenapa??kau tak percaya??" Nadir angkat kening..langsung tak rasa gentar walaupun dia dah tertangkap..
"kenapa kau buat macam tu??kenapa kau buat Naila macam tu!!" Nabil menjerkah..kesabarannya dah hilang..matanya tak pernah berganjak dari pandang Nadir..Shah dengan Faruq cuma bertindak sebagai pemerhati dulu..belum masa untuk mereka bertindak..
Nadir cuma senyum sinis + mengejek..soalan nabil langsung tak dijawab..Nabil yang macam orang hilang pertimbangan terus meluru arah Nadir..tumbukan Naruto nya dilepaskan pada Nadir..
Nadir dah terbaring atas lantai..darah di bibirnya di kesat..kali ni Nabil meluru lagi arah Nadir..kolar baju Nadir dicekak..tumbukan bertalu-talu dah dilepaskan..tapi Nadir langsung tak membalas..Shah dengan Faruq terus tarik Nabil bila diorang tengok Nadir dah longlai akibat dibelasah Nabil..
"sudah-sudah la Nabil!!dia dah separuh nyawa tu!!" Shah terpaksa kuatkan volume suaranya bila Nabil masih tak puas hati dengan Nadir..
Shah dengan Faruq pandang 3 orang gadis di belakang Nabil..Nabil yang pelik tengok Shah dengan Faruq yang tak lepas dari pandang belakangnya turut kalih belakang..pandangan Nabil dengan Naila bertemu..kemudian Naila kalih pandang pada sekujur tubuh yang dah terkulai layu atas lantai..
"Nadir??" muka Naila benar-benar nampak macam orang yang terkejut..Nadir??dia ke??takkan dia kot??susah Naila nak percaya..pendapatnya tentang Nadir sama seperti pandangan Nabil pada Nadir..
Naila melangkah ke depan mendekati Nadir tapi dihalang Nabil..Naila pandang Nabil sebagai isyarat ‘Nadir ke tu?’..Nabil cuma mengganguk..
Nadir dah dipapah ke bilik klinik..Naila pandang Nadir..sungguh dia tak percaya kenapa Nadir buat dia macam tu..selama ni Nadir benar-benar baik dengannya..Nadir lalu di belakang Nabil…
"aku takkan lepaskan Naila macam tu saja.." Nadir bersuara lemah..tapi cukup jelas pada pendengaran Nabil..Nabil pandang Nadir..tapi cuma senyuman sinis yang dihadiahkan Nadir..kelibat Nadir dah hilang dari pandangan..
"aku tahu kenapa Nadir bertindak macam tu.." Naila bersuara tiba-tiba..10 mata pandang arah Naila..Naila cuma pandang lantai..
"aku tolak cinta dia..dia proposed aku jadi girlfriend dia.." Naila bersuara lagi..Nabil mengeluh..patut la Nadir sanggup buat macam tu..semuanya disebabkan CINTA!!masing-masing membisu hampir lima minit..Naila pandang kawan-kawannya sorang demi sorang..
"korang jangan risau la..dia takkan apa-apakan aku.." Naila berusaha senyum..walaupuin dia sendiri risau..wajah kelima-lima sahabatnya masih terpamer kebimbangan..Shazia baru nak buka mulut tapi Naila dah melangkah tinggalkan mereka berlima..mereka berlima cuma pandang Naila..mungkin Naila perlu bersendirian..
************************************************
Naila termenung sorang-sorang..kolam ikan di pandangnya tanpa minat..fikirannya kini melayang pada pertemuannya bersama Nadir dua tiga hari yang lepas..
"Naila,balik sekolah kejap lagi tunggu saya kat belakang sekolah.." Nadir kasi arahan..belum sempat Naila nak bagi alasan,Nadir dah berlalu tingggalkannya..Naila cuma tercengang..asal pulak dengan mamat ni?
Nadir sembunyi sejambak bunga di belakangnya bila Naila dah berjalan ke arahnya..Nadir tersenyum..ingatkan Naila takkan jumpa dia..
"kenapa nak jumpa saya ni?" Naila soal Nadir..muka dah monyok semacam je..baru je ingat nak balik awal hari ni..tup tup mamat ni pulak kacau line..Nadir masih tersenyum..suka dia tengok muka monyok Naila tu..
"awak ni kenapa pulak?nak jumpa saya tapi sepatah haram pun tak cakap..!" Naila dah bengang tengok perangai Nadir tu..tangannya disilang ke dada..wajahnya dah di paling ke arah lain..sakit hati dengan Nadir..
Nadir tersenyum..lututnya dah disembamkan atas tar..bunga di belakangnya di keluarkan..kepala dah di dongak pandang Naila..
"err..aw..awak..buat apa ni?" terketar-ketar Naila bersuara..terkejut dengan tindakan Nadir..dia ni apa kena pulak?jangan buat yang bukan-bukan dah la..
"Naila..saya tahu bukan saya sorang je yang cintai awak..ramai lagi lelaki lain yang lebih hebat dan baik dari saya.." Nadir bersuara..Naila cuma pandang Nadir tanpa perasaan..bukan pertama kali dia hadapi situasi macam tu..naik bosan pun ada..
"awak tahu..sejak saya kenal dengan awak,saya tak dapat nak lupakan wajah awak,senyuman awak,gelak tawa awak..setiap hari wajah awak yang terbayang di mata saya..awak tahu apa maksud saya kan?" Nadir pandang Naila sepenuh hati..harapannya pada Naila benar-benar tinggi..
"Nadir,saya…"
"sudikah awak jadi kekasih saya?" belum sempat Naila nak bersuara,Nadir dah potong cakap dia..Naila cuma mengeluh..dia dah agak dari awal lagi ini yang akan terjadi..
"Nadir,saya…"
"awak pasti akan terima saya kan?" Nadir berdiri semula..wajahnya dah tunjuk riak happy..sekali lagi katanya dipotong Nadir..
"kenapa??kenapa tak boleh terima saya??" kata-kata Naila dipotong buat kali ketiga..Nadir pegang tangan Naila..tangan Naila digoncang dua tiga kali..
"awak ni kan…!!" Naila dah bara habis..tak faham-faham bahasa betul la mamat ni..aku bagi sepakan penalti Beckham kang tak pasal-pasal koma setahun kot..Naila tarik nafas dua tiga kali..cuma lenyapkan marahnya..
"Nadir,tolong dengar apa yang saya nak cakap boleh??" tegas Naila bersuara..mata Nadir di pandang tajam..Nadir terdiam..
"mintak maaf..saya tak boleh terima awak..hati saya tak terbuka untuk mana-mana lelaki sekarang..saya harap awak boleh faham.." Naila tundukkan wajahnya..serba salah dibuatnya..
"tak!!saya tak faham!!awak bohong!!awak sukakan saya..awak bohong!!" tangan Naila digoncang kasar..perangai Nadir dah benar-benar macam orang gila..tapi tak gila lagi la..
"Nadir,please..jangan macam ni ok!" Naila cuba tenangkan Nadir..Nadir lepaskan tangan Naila perlahan-lahan..
"Nadir..saya mintak maaf..bukan saya saja perempuan kat dunia ni..ramai lagi perempuan yang nakkan awak.." Naila sambung lagi..Nadir cuma diam…wajahnya jelas nampak kecewa yang teramar sangat..
"saya mintak maaf sekali lagi..saya doakan awak dapat temui kebahagiaan.." Naila melangkah meninggalkan Nadir..Naila dah berada 20 tapak depan dari Nadir..
"Naila!!" Nadir menjerit..Naila berhenti melangkah..tapi mukanya langsung tak kalih belakang pandang Nadir..
"kalau aku tak dapat memiliki kau,lelaki lain pun tak akan memiliki kau jugak!!aku takkan biar kau dan lelaki yang kau suka hidup bahagia!!" Nadir bersuara lantang..kata-katanya bukan hanya menutur di bibir..tapi akan dilaksanakannya..
Naila melangkah laju meninggalkan Nadir..dia langsung tak mempercayai kata-kata Nadir..
***************************
"assalamualaikum.." Nazim dah terjengul depan pintu..bahagua benar hatinya sebab dia dibenarkan pulang dari hospital juga akhirnya..
"waalaikumussalam.." suara seorang perempuan kedengaran dari dalam..Puan Suriati dah melangkah ke pintu utama..matanya terhenti pada satu tubuh di hadapannya..
"Nazim!!" tubuh anaknya lantas dipeluk..rindu benar dia pada anak bongsunya tu..rambut anaknya diusap penuh mesra..
"ma.." Nazim tersenyum..tubuh ibunya dirangkul erat..
"Naz mintak maaf ma..Naz banyak buat silap dengan ma.." Nazim bersuara sayu..sejak dia disahkan menhaden penyakit kronik tu,dia hanya tahu memarahi orang di sekelilingnya saja..termasuklah mamanya sendiri..tapi sejak dia dimarahi Naila,baru la dia sedar kesalahannya selama ni..berkasar dengan ibu bapanya sendiri..
Puan Suriati hanya mengangguk..walaupun terkejut dengan sikap Nazim hari ni tapi dia sudah cukup bahagia..pelukan Nazim dileraikan..
"kenapa tak bagi tahu mama yang Nazim balik hari ni?kalau tidak boleh la mama masak yang special untuk Naz.." Puan Suriati bersuara lembut..rambut anaknya diusap bahagia..nazim mengeleng kepala dua tiga kali..
"Naz tak nak susahkan mama..mama dah banyak bersusah payah demi Naz.." Nazim pandang mata mamanya penuh kasih sayang..Puan Suriati tersenyum..Tubuh Nazim di peluk sekali lagi..penuh kasih sayang..
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei