Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tasha, kau buat apa tu? Dah lunch hour dah ni. Jom teman akak pergi beli makan kat bawah," aku tersentak apabila Kak Siti menegur aku.
"Tulah kerja kau, asyik berangan je. Jomlah cepat, akak dah lapar sangat ni," ujarnya lagi. Aku bangun dengan gaya malas bercampur lapar membontoti langkah Kak Siti.
"Kamu berdua nak kemana ni?" soal bos aku yang kebetulan berada dalam lif. Aku pun tak sedar bila masa dia ada, seronok sangat layan rasa lapar.
"Kami nak turun beli makan dekat bawah bos. Bos mesti nak pergi lunch kat restorankan?" balas Kak Siti.
"Siapa kata saya nak ke restoran? Saya pun nak turun ke bawah nak makan kat situ. Emmm...alang-alang kita nak ke bawah ni. Jomlah makan sekali, saya belanja. Bukan senang tau saya nak belanja orang lain," selorohnya lagi.
"Takpelah bos, menyusahkan bos je. Kami nak tapau je, makan kat ofis nanti," balas Kak Siti lagi. Aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar saja.
"Tak baik tau tolak permintaan saya. Bukannya susah pun. Makan je, tapi kalau taknak takpelah. Tak baik paksa-paksa orang ni," ada sedikit nada rajuk darinya.
"Eh...eh...janganlah merajuk bos. Kami temankan bos makan," ujar Kak Siti. Bosku kembali tersenyum, comelnya dia senyum.
"Tasha, awak tak kisah ke?" Kak Siti menyenggol aku dengan sikunya yang tajam. Aku yang terkhayal sekejap tadi terus kembali ke alam nyata.
"Saya, tak kisah bos," jawabku sambil tersenyum.
"Korang selalu makan kat sini ke?" soal bos aku setelah kami selesai memesan makanan.
"Kami selalu lepak sini juga kalau tak bawak bekal. Bos mesti pertama kali datang sini kan?" lancang sekali Kak Siti ni menyoal.
"Takdelah, ni dah masuk kedua je. Saya penah ke sini dengan Yazid hari tu. Ni, dia takde pulak. Tiba-tiba pulak teringin nak pekena teh tarik. Tu yang laju je turun ke bawah. Tak sangka terjumpa kamu berdua tadi," ujarnya.
"Kami tak kisah pun, kalau hari-hari bos nak ajak kami ke sini pun takpe," kata Kak Siti.
"Eh...lupa pula saya. Hujung minggu ni, jemput datang ke rumah saya. Ada majlis cukur jambul anak buah saya," pelawanya pada kami.
"Anak buah bos ke anak bos?" seloroh Kak Siti selamba.
"Apa pula anak saya, sayakan bujang lagi ni. Anak kakak sayalah. Jangan lupa tau, jemput datang," pelawanya sekali lagi.
"InsyaAllah, kalau takde aral melintang. Kami sampailah ke rumah bos tu."
"Tasha, awak jangan tak datang pula." Aku menganggukkan kepalaku.
"Tasha, kenapa kau senyap je hari ni?" soal Kak Siti padaku.
"Takde apa kak, cuma takde mood je hari ni," balas aku.
"Takde moodlah sangat, makan tadi lalu je, siap berangan je kau sepanjang hari ni."
"Janganlah marah kak, berangan tu penting dalam hidup saya ni."
"Pentinglah sangat. Tasha, kau nak pergi tak minggu ni? Akak kalau takde apa program dengan hubby dan anak-anak akak tu, boleh je akak ikut. Kalau tak, kau pergi jelah, kang apa pula bos kita cakap. Akak ni takpelah, dah kahwin. Kau tu bujang lagi, takde hallah nak pergi," ujar Kak Siti dengan panjang lebar tanpa sempat aku berkata apa-apa.
"Bujang pun kak, saya ni mana ada transport nak pergi," balas aku.
"Takpe, yang tu kau takyah susah hati, pandailah akak uruskan," kata Kak Siti sambil mendabik dadanya.
"Apa-apa jelah akak ni. Layan jelah," balas aku.
Hujung minggu tiba...
"Mana Kak Siti ni? Cakap nak datang masa ni," aku mengeluh perlahan sambil memandang jam yang menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku dengan Kak Siti berjanji untuk pergi awal, konon-konon nak menolong apa yang patut dirumah bos kami nanti.
Pon! Pon! Pon!
Kedengaran hon kereta dibunyikan dari luar rumah aku. Aku bingkas bangun dan mencapai beg tanganku yang kecil comel berwarna pink. Aku mengunci pintu rumah serta grilku dengan pantas. Bila aku pusing kebelakang, baru aku perasan, kereta Kak Siti bertukar menjadi kereta bosku. Apa sudah jadi ni weh?
"Tasha! Cepatlah naik," bos aku memanggil aku. Seakan tak percaya je dia menjemput aku dirumah. Aku yang masih terpinga-pinga mengikuti saja katanya. "Assalammualaikum bos, macam mana bos boleh ada kat sini?" soal aku sebaik saja aku memasuki ke dalam perut kereta.
"Ooo...Siti telefon saya tadi, dia tak dapat pergi rumah saya, dia cakap lagi, awak nak pergi tapi transport takde. Jadi saya ambiklah awak, lagipun saya tak buat apa sangat pun kat rumah tu." Kak Siti memang nak kena dengan aku ni, pandai je dia buat cerita. Terbayang dimataku dimana aku mencekik leher Kak Siti sekuat hati.
"Tasha, awak tak kisahkan? Lagipun bukan saya sorang je ambik awak ni, tengok kat belakang tu," dia menunjukkan ke arah belakang. Aku memalingkan badanku melihat ke belakang. Terlihat kelibat seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 5 tahun.
"Anak siapa tu bos?"
"Anak kakak saya, Aiman, salam auntie," arah bosku pada anak buahnya. Comelnya dia, macam bos aku sikit. Aiman mencapai tanganku, dan dengan sopan mencium belakang tanganku.
"Auntie ni siapa? Makwe Pak Ngah ek?" soal Aiman selamba. Aku terkedu, bos aku apatah lagi.
"Pandai je Aiman ni, Pak Ngah sekeh Aiman nanti," Aiman menjelirkan lidahnya pada bos aku.
"Meh sini, duduk atas riba nak?" aku ni pantang sikit nampak budak kecik, habis semua aku nak riba. Aiman bangun dan melangkah ke depan dan duduk atas ribaan aku.
"Aiman, umur berapa tahun?"
"5 tahun," balasnya.
"Aiman nak bawa acik pergi mana ni?"
"Pergi rumah nenek Aiman, adik Aiman kena potong rambut dia hari ni," dengan lancar dia menuturkannya.
"Mana Aiman tau adik Aiman kena potong rambut? Siapa bagitahu Aiman?" soal aku sambil memeluk tubuh kecil milik Aiman.
"Nenek bagitahu kat Aiman, Mama dengan Papa pun cakap macam tu sekali," ala pandainya dia bercakap.
"Auntie...." panggilnya manja.
"Apa sayang? Janganlah panggil auntie, tak bestlah. Panggil aciklah, baru lagi mesra," pandai-pandai aku je suruh dia panggil aku macam tu.
"Acik, apa nama acik? Tak acilah acik dah tau nama Aiman."
"Nama acik, Tasha."
"Nama acik lebih kurang sama dengan makwe Pak Ngah dulu, tapi nama dia Fasha, bukan Tasha."
"Aiman...!!!!"
"Ooopsss...sorrylah Pak Ngah. Aiman tak sengajalah," Aiman mengatup mulutnya dengan kedua belah tangan kecilnya sambil tergelak manja. Sweet sangat Aiman ni.
"Janganlah marah dia bos, Aiman tak sengaja pun kan?" Aiman menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum kemenangan apabila melihat Pak Ngahnya tak jadi nak marah. Ala, marah manja-manja je.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehe..bestnye..tp cite cmni pnh bce gak,hrp smbunganye ade klainan la ye..:)