Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi itu aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Faris. Dia mengejutkan aku untuk bangun solat subuh. Buat pertama kalinya, aku berjemaah dengan keluarga Faris. Faris yang mengimami kami. Selesai solat, aku tercari-cari Along. Entah kenapa lelaki itu bagai menggamit keinginanku untuk mengetahui tentangnya.
Along hanya kelihatan ketika kami sedang menikmati mi goreng sebagai hidangan untuk sarapan pagi itu. Mata kami bertaut, sekejap sahaja. Tiada kemesraan di mata itu apatah lagi dari bibirnya. Along menuang air kosong ke dalam botol. Seperti semalam rambutnya yang agak panjang dibiarkan lepas.
"Along, makan sekali." Aku dengar suara Faris mengajak Along makan.
"Makanlah. Along nak keluar." Suara Along kedengaran juga akhirnya. Aku pandang Ana. Ana pandang aku. Akhirnya, senyuman aku ukirkan untuk gadis itu.
Along hilang sebaik sahaja menaiki tangga ke ruang tamu. Aku sekadar memandang langkah Along sehingga terasa bahuku di cuit.
"Jangan cakap Maira Ris ni dah jatuh cinta dengan Along Ris!" pelahan Faris berbisik ditelingaku. Mengundang kerutan di dahiku. Jatuh cinta? Ish! Gila apa?!
"Dah makan dulu Faris. Kamu jangan nak berdrama hindustan kat depan makanan ni!"
Ana tergelak. Faris tersengih. Aku? Merah bukan kepalang rasanya muka dengan teguran mak Faris. Cepat-cepat aku menyuap mi goreng ke dalam mulut.
"Ala mak ni… tengok Maira dah segan tu!" Faris bersungut tapi di akhir kata ada tawa. Ketawakan akulah tu?! Bisikku pada diri sendiri. Mak Faris turut ketawa kecil. Rasa diri aku menjadi bahan ketawa terutama Faris satu cubitan yang mahu kuat aku hadiahkan di pehanya. Mengaduh kesakitan Faris. Mengundang rasa pelik di wajah mak Faris dan Ana. Aku sekadar tersengih. Padan muka!
"Sakitlah sayang!"
"Itulah siapa suruh ketawakan orang!"
"Ala, mak pun ketawakan awak." Faris tayang muka muncung. Aku tersenyum melihat riak mukanya itu. Comel juga dia ni! Akhirnya aku ketawa dalam hati. Baru hari ini aku sedar Faris comel. Faris comel. Mukhris kacak. Mukhris? Aku menelan air liur. Rasa tersekat dikerongkong. Nama itu tiba-tiba muncul. Sudah lama kami tidak berbalas-balas SMS mahupun saling menghubungi. Jumpa pun sekadar bila secara kebetulan ketika melawat Sean. Selebihnya diam membisu. Syafikah juga begitu. Aku jadi lupa bila kali terakhir kami bertemu.
"La, kenapa muka monyok tetiba ni? Are you okey?"
Aku cuba untuk senyum memandang Faris walaupun aku tahu senyuman aku itu kelihatan cukup pelik. Kenapa nama lelaki itu pula yang terfikir olehku?! Tidak ada lelaki lain ke?
"Habiskan mi tu. Lepas ni Ris bawak Maira jalan-jalan kat sawah."
Aku sekadar mengangguk. Mi goreng yang tinggal berbaki beberapa suap aku habiskan. Ana dan mak Faris entah sudah hilang ke mana. Tanpa sedarku, hanya aku dan Faris yang berada di meja makan.
"Maira fikirkan apa tadi?"
"Ha?" Aku balas soalan Faris dengan soalan juga. Asyik benar aku dengan sawah padi yang nampak cukup mendamaikan. Faris tersenyum. Jari-jemariku diraihnya. Aku mahu menariknya takut dipandang oleh mak Faris tetapi tidak sampai hati.
"Ris tanya apa yang Maira fikirkan masa makan tadi. Tiba-tiba muka monyok semacam jer?!" tanya Faris tepat memandang mataku. Mahu menilik aku bercakap benar atau tidak mungkin!
"Tak ada apalah Ris. Maira teringatkan Sean." Bohongku. Sekejap saya, sekejap Maira. Ah, biarlah! Kadang-kadang aku lebih suka membiasakan diri dengan panggilan saya. Kadang-kadang pula aku membahasakan diri dengan namaku sendiri.
"Maira suka sangat buat Ris cemburukan Sean!" ada nada rajuk pada bicara lelaki itu.
"Dengan Sean pun Ris nak merajuk. Kelakarlah Ris ni!" aku ketawa kecil.
"Sean tu bukan manusia juga ke? Handsome pula tu. Tergugat tau Ris cam ni!" aku pandang Faris. Mahu pecah ketawaku. Dengan Sean pun Faris boleh cemburu?! Sean tidak lebih dari seorang kawan padaku. Tidak lebih dari itu.
"Maira, kita kahwin ya?!" Faris melamarku kah? Renungan matanya benar-benar menusuk hatiku. Aduh, payah benar mahu aku berikan jawapan. Ya atau tidak. Bukankah matlamat aku bersama Faris adalah untuk membina rumah tangga bersama.
"Maira, answer me. Kita kahwin. Hujung bulan ni Ris suruh mak minta tolong Pak Ngah hantar rombongan merisik."
"Kenapa ni tetiba Ris ajak kahwin ni?" aku tidak memberikan jawapan yang Faris mahukan sehingga lelaki itu mengeluh lemah. Genggaman jari-jemarinya dileraikan. Kali ini Faris berpeluk tubuh. Matanya memandang sawah padi yang terbentang luas. Marahkah dia?
"Dah lama Ris tunggu Maira. Dah lama juga Ris mahukan Maira menjadi suri hidup Ris. Ris betul-betul tak sabar nak jadikan Maira isteri Ris yang sah dan…"
Kata-kata Faris terhenti di situ. Matanya melirik memandangku dengan senyuman yang tiba-tiba terukir dibibirnya. Hilang sudah wajah seriusnya tadi. Sekejap sahaja.
"Dan apa Ris sayang?!" sengaja aku tekankan perkataan sayang itu. Faris tergelak kecil. Sempat dia mencubit pipiku. Aku mengaduh kesakitan.
"Dan lepas kahwin bolehlah Ris peluk Maira puas-puas. Ris tak nak lepas-lepas!" Faris gelak lagi. Jari-jemariku kembali dalam genggamannya. Aku tersenyum. Perasaan bahagia menyelinap ke setiap inci tubuhku.
"Kita kahwin ya?" sekali lagi Faris bertanya. Lambat-lambat aku mengangguk. Saat itu kedengaran jeritan kuat daripada Faris. Dia melompat kegembiraan. Aku ketawa dengan tingkahnya. Macam budak-budak baru dapat gula-gula! Getusku.
Entah macam mana pandanganku tertancap ke arah sesusuk tubuh yang sedang memandang kami. Along! Sebaik menyedari aku memandangnya Along terus berpaling.
"Ris…"
"Ya, sayang."
"Along tu kenapa?"
"Erm, Maira ni spoil la. Apa yang Maira nak tahu tentang Along? Pertanyaan terhad ni. Esok-esok Ris tak nak Maira tanya pasal Along lagi!"
Aku tersengih memandang wajah Faris yang tidak berona. Dengan Along sendiri pun mahu cemburu?!
"Ris cemburu ya?" soalku tergelak-gelak. Faris mencebik. Menambahkan ketawaku.
"Gelak la. Suka la kenakan orang eh?!"
Aku tidak menjawab, merapati Faris. Menarik hujung baju t-shirtnya. Faris tetap kaku. Kononnya merajuklah tu!
"Awak, dengan Along pun nak jelous ke? Buruk la merajuk kat tengah-tengah bendang ni. Buat muka macam tu lagi, orang tolak masuk bendang kang!" ugutku dekat dengan telinga Faris.
Faris tidak menjawab. Masih cuba menduga aku agaknya. Jari-jemarinya masih bermain dengan bunga lalang yang tumbuh ditepi bendang. Melurutnya dan kemudian dibiarkan lepas ditiup angin.
"Okay. Merajuklah. Lalang-lalang, kau bagi tahu lelaki yang kat sebelah aku ni, merajuklah puas-puas. Aku tak pandai nak pujuk-pujuk ni. Kang kalau buat mulut macam burung bangau tu, aku suruh cari ikan kat bendang ni." Aku pura-pura tunjuk muka serius. Tidak semena-menanya aku merasakan pehaku sakit yang amat. Aku menjerit kesakitan. Faris sudah tergelak-gelak.
"Ris jahatlah!" terus sahaja aku mengejarnya yang sudah terlebih dahulu melarikan diri. Di pertengahan jalan aku berhenti berlari. Terasa semput. Sampai terduduk di atas batas. Dengan ekor mataku, aku melihat Faris menghampiri. Aku tersenyum, memikirkan rancangan untuk mengenakan Faris.
"Sayang okey tak ni? Itulah awak tu perempuan, berlari mengalahkan apa lagi. Kan dah semput. Meh,"
Faris menyuakan tangan tetapi aku tidak menyambut. Sebaliknya, menolak Faris ke dalam bendang. Aku ketawa sambil menutup mulut tatkala melihat Faris yang bergelumang dengan lumpur.
"Okaylah Maira menang. Tolong Ris naik. Kaki Ris tak boleh tarik ni. Habislah bau lumpur!"
Faris hulurkan tangan kanannya sambil tangan kirinya cuba menarik kaki kanannya yang tersangkut.
"Padan muka. Baru Ris tahu." Aku masih lagi ketawa sambil menghulur tangan kepada Faris. Terasa kasihan pula melihat dia kotor begitu. Tiba-tiba…
debushh… Faris ketawa kuat dan aku merasakan badanku terasa amat sejuk. Bau lumpur menusuk hidung. Aduh, macam mana nak balik ni?!!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kelakar ar..
sambung lagi k