Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku pandang surat yang mak tunjukkan.Berkerut dahiku mengalahkan dahi Pak Man,tokei kedai runcit kat kampung ni waktu nak mengira barang.Ish…biar betul ni.Mak yang duduk bertentangan depan aku angkat kening kanan,ala-ala Ziana Zain punya mak cik dah gayanya,huhu..
"Mana mak kutip surat ni?Tah-tah mak suruh Ayob buat tak?Nak kelentong Hana ek?Cam tak logik jer ni.."aku mengekek ketawa tapi mak buat muka matang.Aik...ni buat aku konfius ni.Mak jarang nak buat muka matang cam tu.Takutlah pulak aku tengok..
"Hana ni,ada pula mak nak kelentong.Betullah ni.Takkan mak nak tipu pulak.Mak dapat apa kalau tipu Hana?Kalau dapat menantu sorang,bagus juga tu.Surat tu baru sampai pagi tadi waktu Hana ada kat warung.Tengah hari tadi mak lupa nak bagi,ni dah malam baru ingat."
"Ye ker?Setahu Hana,tak ada pula Hana apply kerja kat KL.Ni tup-tap-tip-top,dapat kerja kat sana.Konfius ni.Tah-tah ni komplot nak culik Hana tak?Mesti diorang berkenan kat reban ayam mak tu.Sebab tulah Hana pula yang jadi mangsa,hehe.."serentak dengan tu,mak bangun dari kerusi dan duduk disebelah aku.Dan tak lupa sekali cenderahati,satu cubitan manja…
"Orang serius,dia buat lawak pandai pula.Pergilah sana masuk Raja Lawak,dapat juga faedah.Ni,buat pening kepala mak jer Hana ni..Tak ada jer komplot nak culik Hana lah..Mak dah Tanya Ayob tadi,dia cakap tu memang nama syarikat besar kat KL.betullah tu,Ayob kan tahu benda-benda macam ni.."aku mencebik.Uh…mak ni,kalau Ayob cakap apa,mesti percaya.Ayob tu sepupu aku,anak mak ngah merangkap adik mak.Tahulah Ayob tu budak U tapi selalu sangat percaya apa budak skeding tu cakap..
"Masalahnya mak,Hana tak pernah nak apply pun jawatan ni.Jadi setiausaha pula tu.Kan Hana ni Cuma lepasan SPM jer.Setakat pengalaman bekerja,kerja kat warung Pak Mail jer lah.Ni tiba-tiba nak jadi setiausaha pula.Tak logik sangat ni mak….ni ha,Tengku Rubiah,siapa tu?Tak kenal pun.."aku hala jari telunjuk pada nama yang tercatat sebagai pemegang saham terbesar syarikat Melayu Deligasi..
"Ha!"jeritan mak melayangkan sebentar roh aku.Mak ni,kalau nak menjerit bukannya nak bagi isyarat.Nasib baiklah jantung aku sempat lagi nak berpaut kat tangkai,kalau tak mati den..
"Tengku Rubiah...takkan Hana tak ingat dia?"aku geleng menanti penjelasan mak.
"Yang tumpang rumah kita bulan lepas sebab tersesat tu.Takkan tak ingat."kata-kata mak menyegarkan balik memori aku yang kabur.
Ha,aku ingat..Tiba-tiba jer malam tu,pintu kena ketuk.Dahlah tengah hujan lebat giler.Dengar bunyi orang ketuk pintu,mestilah rasa suspen kan.Tengok-tengok muncul sorang perempuan tua dengan baju basah berkuyup-kuyup giler..Aku dah jerit awal-awal,ingat langsuir versi sopan,bertudung!Rupa-rupanya,dia kena tinggal dengan pemandu dia.Pemandu dia pergi lepaskan hajat kejap kat kampung ni.Dia pula gatal pergi keluar.Dah naik limosun,mestilah tak nampak penumpangnya kat belakang.Dengan konfidennya pemandu Tengku Rubiah pecut limosun,tertinggal dia terkontang kanting kat tepi jalan.Bertuah...dahlah hujan lebat.
Nasib baik jumpa rumah aku.Sampai demam 3 hari orang tua tu..Sampai tak boleh ingat nombor telefon keluarga dia.Dahlah tas tangan tak bawa,handset pun tertinggal dalam limosun tu..Nasib baik lepas 3 hari,dia sihat.Pastu,get out from our house lah!
"Ni mesti sebab dia nak balas jasa kita tak.."mak buat kesimpulan yang aku kira kalau buat jawapan untuk soalan periksa,kompem dapat 100%!
"Nak balas jasa tu memanglah bagus...Tapi Hana rasa cam tak sedap limpa jer dengan tawaran Tengku ni.Tah-tah ada sotong di sebalik meggi tak?"sekali lagi cubitan mak singgah.
"Hana ni kan,kalau cakap tak pernah nak seriuslah.Mana ada mak masak meggi bubuh sotong,bubuh telur jer..Jimat!!"serentak itu,aku ketawa terbahak-bahak.Betullah tu,mak aku memang jimat a.k.a kedekut.Tapi janganlah cakap mak aku cam tu,nanti marah pulak,hehe...
"Hana pergilah.Ni lah peluang untuk Hana rasa pengalaman baru.Duit gaji pun lagi banyak dari kerja kat warung Pak Mail tu.Bila lagi nak rasa hidup senang?Bukannya datang bergolek orang bagi tawaran cam ni.Hana tak mahu?"
"Mak...Hana dah rasa senang kalau duduk dekat dengan mak tau.Hana tak kisah pun nak kerja kat warung Pak Mail tu.Ada mak,ada syurga..."mak tersentak.Aik,awat pulak ni?Nak jadi anak wayang pulak ker?
"Kalau maka dah tak da?"pertanyaan itu membuatkan aku secara automatik memeluk mak...Mak,jangan cakap cam tu!!!!
"Hana,pergilah.Peluang tak datang bergolek tahu.....Mak dah matang,boleh jaga diri..."mak leretkan kata-katanya.Aku meleraikan pelukan.Aku faham sebenarnya niat mak nak suruh aku kerja kat sana.Mak nak aku rasa hidup senang tapi terjamin ker hidup aku tanpa mak?
"Nanti Hana nak tinggal dengan sape kalau pergi sana?"soalan aku membuatkan mata mak bulat,ala-ala Rika Sumanto,watak jahat dalam sinetron indon yang aku minat.
"Ni jadi yer?Ni kan kat belakang surat tu ada lampiran alamat rumah.Hana pergilah rumah tu.Kalau Hana jadi,boleh mak minta Ayob tolong hantarkan naik kereta kancil dia tu.."
Aku cebik.Ayob lagi ker...Huh,kalau naik kereta kancil tu memang bertuah sangat........Waktu hujan,sabar je lah nak tahan haba dalam kereta.Mana taknya,kereta tu pendingin hawa pun tak ada.Kocai betul!!
"Jadi yer??"kening mak agkat.Aku hanya angguk jer lah...
Sabar jerlah duduk dalam kereta kancil yang maha menyeksakan ni.Dahlah panas,bau busuk pulak tu!Aku agak,tu mesti bau stokin dia tu.Mamat skeding ni bukan boleh kira.Nasib baiklah muka handsome,tak adalah malu sangat aku nak ngaku sepupu!Kalau tak buat malu kaum jer...
Dahlah kereta dia ni buruk tapi cerewet giler.Aku usik sikit pun tak boleh!Macamlah bagus sangat.kalau mercedes bolehlah nak heboh!Apalah Alaudin ni..Ha,kalau nak tahu,Alaudin tu nama sebenar dia.Sedap kan?tapi panggil Ayob...haha...
"Molen!Dah sampai!"Ayob menyentuh bahuku.Aku yang masih mamai terpisat-pisat.
"Woi molen,air liur basi tu!Memang tak boleh buat bini lansunglah kau ni!"Ceh...dia dah panggil aku dengan panggilan yang tak pernah aku iktiraf lansung!Aku lap jer air liur tu dengan belakang tapak tangan.haha...
"Molen,kau ni pengotorlah!Dah cepat turun.Nanti air liur kau tu kena kereta aku yang 5 star ni!"ish...Ayob ni memanglah...Cepat-cepat aku turun.Ayob buka bonet belakang dan keluarkan beg baju aku.
"Kau tak mau teman aku ker?Aku takutlah...."aku memandang banglo besar dihadapan ku.Memang aku takut ni...
"Ala,aku memang nak teman kau tapi aku ada kerja kat UITM.Aku nak uruskan yuran asarama.Ni dah pukul 3 petang.Nanti aku lambat,tutup pula pejabat tu..Dah alang-alang aku hantar kau,baik aku teruskan jer.."
Hm...kalau dah macam tu,tak dapatlah aku nak berteman.Kereta Ayob meluncur pergi. Aku pandang banglo besar yang ada depan mata aku ni.Beg tarik ala-ala akademi fantasia,aku tarik dan sandarkan ditepi dinding.Aku ingat nak tawaf dulu banglo ni.Elok jer aku nak masuk,mataku tertacap pada pokok mawar yang subur berhampiran pintu masuk.Cepat jer aku sambar bunga tu.Ambik bau sat,nak bau sama tak dengan mawar kat kampung.Manalah tahukan,mawar kat bandar ni tak sama baunya.Al-maklumlah,udara kat sini kureng fresh berbanding dengan kampung.
"Ha...datang pun!Ingat tak datang.Cepat,press dah lama tunggu tu!"tiba-tiba,seorang perempuan tarik lengan aku.La,bila masa pula dia timbul ni?Siap dengan sesuka hati anak tiri laki mak dia jer tarik tangan aku.Dahlah aku pakai baju kurung ni,kalau tersadung mana nak cari hero tolong sambut ha?
Tapi tak terniat pula kat benak limpa aku nak menegah.Tah-tah dia ni penyambut tetamu kat rumah ni tak?Aku terus dibawa ke bahagian kolam.Mak aih...apasal ramai sangat ni?Ada kenduri ker apa ni?Dahlah pula tu,mata aku ni dah cukup sabar dengan silauan yang datang dari mana tah.Aku memang tak nampak dah!!!
Aku ditarik lagi.Kali ni,aku dibawa baik keatas pentas yang ada dipenjuru kolam.Kat atas ni,ada lagi 5 orang gadis yang tengah duduk atas kerusi ala-ala miss World punya PA!!Ada satu lagi kerusi kosong dan perempuan tadi suruh aku duduk kat atas kerusi tu.Dengan persoalan yang lebih susah dari soalan peperiksaan add mate,aku duduk juga kat atas pentas ni.
Aku tak faham,aku Cuma nak jadi setiausaha jer asal kena duduk atas pentas macam ni?Confius giler ni.Dahlah dari tadi silauan tak henti-henti.Aku rasa ni mesti flash dari press.Aku pandang gadis-gadis yang ada kat atas pentas ni.Ada persamaan antara kami!Kami berenam pakai baju warna kuning hitam dan pegang bunga ros kat tangan!!!ooooooo.....what happen here??
Seorang gadis naik ke pentas dan mengambil mikrofon.Ni mesti pengacara majlis.Majlis apa ya?
"Memperkenalkan,6 finalis Pilih Hati yang akan bersaing untuk memenangi hati Tengku Rizkin!"tepukan gemuruh kedengaran tapi jantung aku macam nak tergelincir ni!!!Apa ni?Pilih Hati?Yang aku tahu,Pilih kasih jer.Oh tak...missunderstanding!!!
"Finalis pertama,Eurica Nabilla.."gadis dihujung sekali bangun dan menunduk hormat.Dia menuju kearah gadis pengacara majlis dan memperkenalkan diri.
"Finalis kedua,Mellissa Risha.."
"Finalis ketiga,Zarra Arrina.."
"Finalis keempat,Lufya Qamyra.."
"Finalis kelima,Syuhairah Milia.."
Semua gadis-gadis yang disebut namanya tampil kedepan.Peh,ada yang anak Datuk,Tan sri..Aku?Cucu Datuk jer.Siap ada kacukan lagi..Inggeris,arab,belanda..Aku?campur ayam belanda jer lah..
"Finalis terakhir..Puteri Imtihan.."
Serentak itu,semua biji-biji mata memandang kearahku.Apa?Tu bukan akulah...Asal tengok-tengok pula ha? Syihairah yang duduk disebelahku menyinggung sikuku.Mulutnya dijuihkan pada mikrofon yang ada dihadapan.Ha?nak kena kenalkan diri ker ni?Macam mana aku nak kenalkan diri kalau tu bukan nama aku ha...
Nak larikan diri,press tengah ramai ni.Nanti tak silap-silap jadi tajuk utama berita.
’SEORANG GADIS MAUT TERJUN PENTAS!’
Huh...gila tu!Dengan hati yang sangat tak rela,aku pergi kearah mikrofon.Hati aku,tak payah nak cakaplah.Berdebar mengalahkan orang nak nikah ni,orang nak sunat pun tak berdebar macam aku tau!
Semua mata masih memanah aku.Aku melilaukan mata dan nampa muka Tengku Rubiah yang baru muncul.Aku dapat rasakan muka dia berubah terkejut.Tapi lepas tu,boleh pula bagi sedekah senyuman dia tu.Ish orang tua ni,tak mau tolong aku ker?Kalau aku silap cakap macam mana?Aku tahu juga nak jaga air muka orang..Aku ada idea!
"Uhuk!!Uhuk!!"aku pegang tekak aku dan bagi mengibas-ngibaskan tangan kiri,isyarat tak boleh.
"Oh..nampaknya finalis kita ni tak berapa sihat.Mungkin mengalami masalah tekak.Tak per..."
Dengar jer dia cakap macam tu,aku blah kat tempat duduk aku.Mataku dihalakan pada wajah Tengku Rubiah.Aku mencari jawapan disebalik anak matanya.Dan aku dah tak dengar apa yang pengacara majlis cakap..
"Macam mana you boleh buat silap Amy!This is not the girl ok!What we want to tell whole the world.Nak mengaku yang kita tersilap?Ni boleh menjatuhkan reputasi kita!"
Hemburan kata dilepaskan pada Amy yang pandai-pandai tarik tangan aku tadi.Aku yang duduk kat sini tercongok macam orang bodoh.Majlis dah berakhir tadi.
"Manalah I tahu Sya.You kata dia pakai tudung and she wear it!Warna baju pun putih kuning and siap pegang bunga mawar.It’s not my fault ok!"Amy membela diri.
Tiba-tiba muncul Tengku Rubiah.Dia berbisik ketelinga Amy dan Sya kemudian mereka beredar.
"Apa yang terjadi Tengku?Tengku tawarkan saya jadi setiausaha tapi kenapa pula saya boleh jadi finalis Pilih Hati?"aku terus bertanyakan soalan sebab aku memang kena dapat jawapannya.
"Salah faham sebenarnya Hana.Finalis terakhir tu datang lambat and awak disalah fahamkan dan sekarang awak kena sertai Pilih Hati ni!"
Kerutan di dahiku muncul ala-ala The Rock."Kalau saya tak mahu?"
"Awak kena.Pihak kami tak mahu tanggung malu dengan menyatakan tersilap calon.Lagipun,press semua dah kenal awak.Kalau awak tak mahu,awak akn disaman pihak penerbitan sebab dah memalukan syarikat."tegas nada suara Tengku Rubiah.Tapi,aku terpempam.
"Saya......"kata-kataku mati.
"Awak tak rugi apa-apa kalau jadi finalis Pilih Hati ni!"
"Apa tujuan program ni?"
"Pilih Hati ni adalah untuk mencari isteri cucu saya,Tengku Rizkin.Enam finalis akan bersaing dan setiap minggu akan ada penyingkiran.Rancangan ni dipaparkan di stesen TV.Sebab tulah press datang tadi!"
"Tapi saya tak mahu jadi isteri Tengku Rizkin!"aku meningkah.
"Kau yakin kau yang akan terpilih jadi isteri aku?Jangan nak beranganlah budak kampung!Kau tu yang akn tersingkir dulu."muncul seorang lelaki,berkaca mata dan berpakaian serba hitam.Ni Tengku Rizkin ker?Peh....kureng garam+asamnya mulut dia ni.Cam longkang!
"Saya tak cakap pun..."aku membela diri.Tengku ni cam mafia jer..
"Dah tu,kau masuk jer lah.Jangan risau,aku takkan pilih kau punya.Aku akn singkirkan kau awal and kau boleh jadi setiausaha seperti tawaran nenek aku."dia menjungkitkan kening.
"Saya...."kata-kataku terhenti disitu.
"Ker kau kecut ha budak kampung?"
Demi dengar jer kata-kata hodoh Tengku Rizkin ni,pantas aku berkata "saya tak takut dan saya terima!!" Tengku Rizkin mencebik tapi Tengku Rubiah tersenyum...
Oh Tuhan...apa yang akan jadi lepas ni?Nak berdepan dengan mafia hitam ni....Lain yang diharap,lain pula terjadi.Mak....tolong Hana!!!!
Hanni memimpin Iskandar yang dalam keadaan terhuyung-hayang. Nasib baik dia mengikuti Iskandar malam ini kalau tak,tak tahulah apa nak jadi. Walaupun dia sebenarnya dalam keadaan paksa rela mengikut Iskandar malam ini. Di hadapannya dia nampak dengan mata kepalanya sendiri seorang gadis memasukkan sebiji pil di dalam air yang kemudiannya di serahkan kepada Iskandar. Mungkin kerana pil itu Iskandar jadi begini.
"Thanks Johan sebab tolong I papah Iskandar." Hanni berterima kasih pada Johan teman baik Iskandar yang menolongnya sama memapah Iskandar tadi. Mana larat dia nak memapah Iskandar yang badannya dua kali ganda itu.
"Tak ada apalah..." Kata-kata Johan terhenti di situ juga kala terasa tengkuknya di hentak kuat dari berlakang. Hanni ingin menjerit namun mulut dan hidungnya di tutup dengan kain. Sejenis bau daripada kain tersebut membuatkan pandangan Hanni mula kabur dan akhirnya dia pengsan...
Hanni menggerakkan tubuhnya. Terasa sakit tubuhnya terutama di bahagian yang ‘satu’ itu di tambah lagi dadanya bak di hempap sesuatu. Matanya masih tertutup itu berkerut-kerut menahan sakit. Perlahan-lahan dia membukakan mata. Walau payah kerana kepalanya yang masih lagi pening-pening lalat tapi digagahkan juga. Sebaik matanya terbuka...
"Hahhhhhhhh" Hanni terjerit. Malu melihat keadaan dirinya yang tanpa seurat benang di tubuh. Terkejut melihat ada tangan yang menghempap dadanya. Hanni berpaling. Wajah Iskandar menggapai anak matanya. Tak terluah kata-kata. Terkejut benar benar terkejut. Esak tangis berlagu. Tahulah dia, mahkota dirinya yang di pertahankan selama ini musnah di tangan lelaki itu.
Hanni mengangkat perlahan tangan Iskandar. Dia tak ingin Iskandar sedar melihat dia dalam keadaan yang memalukan ini. Dia juga tak sanggup menangis depan Iskandar. Padanya biarlah benda ini berlalu tanpa siapa menyedarinya kecuali dirinya dan Iskandar. Hanni tak mahu Iskandar bertanggungjawab dan dia juga tak mahu meminta simpati Iskandar dengan airmatanya kini.
Iskandar yang merasakan tangannya di alihkan terus tersedar. Wajahnya kelihatan terkejut melihat wajah Hanni di sebelah. Hanni pula pantas menarik selimut menutup sampai ke atas bahunya. Walaupun dia sedar semuanya telah musnah namun dia masih ada harga diri. Semalam bukan kehendaknya dan tentu sahaja bukan kehendak Iskandar. Dia ingat lagi semalam ada gadis menyerangnya dan kemudian seseorang telah membuatnya pengsan. Tidak mustahil dengan keadaannya yang pengsan itu dan Iskandar yang seakan mabuk, lalu terjadi sesuatu. SIAPA UNTUK DIA PERSALAHKAN???
"Hanni, I..." Iskandar seakan bingung untuk menjelaskan apa-apa. Gelengan Hanni pula meresahkannya.
Iskandar kaku. Ternyata lidahnya kelu melihat air mata Hanni yag menitis. Kalau sebelum ini dia ingin sekali melihat gadis itu menangis namun apabila ianya terjadi hati Iskandar pula sakit melihat wajah luka Hanni.
" I nak bangun." Hanni tak melihat sedikitpun wajah Iskandar ketika itu. Mukanya tunduk dan air mata langsung tak berhenti mengalir. Tekadnya Rahsia ini hanya akan jadi rahsia mereka. Dia tak ingin Iskandar bertanggungjawab. Dia tak perlukan semua itu.
BAB 1
DI SINI BERMULA...
Enam Bulan sebelumnya....
Cuaca pagi hari ini tak sama, udara lembut mengusap pipi. Sungguh ia bagai menunjukkan satu permulaan yang amat baik. Mungkin ada suatu kebahagiaan menungu di hadapan sana. Siapa tahu bukan?
Jam sudah berdetik pukul sepuluh pagi. Hanni baru ingin membuka peti ais mengambil minuman. Dia tak perlu mengejar masa seperti orang lain kerana dia berkerja sendiri. Dia memiliki kedai gambarnya sendiri dan baru nak berjinak-jinak dengan dunia pengiklanan pula. Minatnya terhadap fotografi memang tiada yang boleh menafikannya lagi.
Di rumah yang mereka sewa ini dahulunya di duduki oleh empat orang. Dirinya, Sara, Shila dan Anis. Setelah Anis bernikah, hanya tinggal dia bertiga bersama Sara dan Shila. Untuk mencari teman lain yang menggantikan Anis rasanya tidak perlu kerana mereka selesa begini. Mereka mula duduk serumah sejak di Universiti lagi kerana itu mereka selesa berempat dan kini mereka bertiga. Ketika menutup pintu peti ais dua pintu itu, mata Hanni menangkap sekeping kertas memo warna kuning yang terlekat di pintu ais. Dari Sara. Sejak Sara rapat dengan Iskandar, memang susah sangat Hanni nak jumpa minah sorang ni. Mana taknya. Pagi-pagi gadis bergelar akauntan ini sudah keluar ke pejabat. Bila malam hilang ke mana dengan Iskandar. Balik waktu Hanni dah nyenyak di buai mimpi. Hanni membaca nota yang di titipkan.
Hanni, Malam ni, aku adakan party b’day aku kat Blue Night. Dtg tau. Kalau kau tak datang siap ko. Sara
" Hish, Sara ni. Dah tahu aku tak masuk tempat macam tu." Rungut Hanni perlahan. Hanni mengikat rambutnya yang panjang. Seperti biasa pakaiannya hanyalah jeans dan T-Shirt sambil rambutnya di ikat satu di tengah kepala kalau tak di sanggul. Sangat simple seperti orangnya. Mudah dan cepat.
Hanni sampai sedikit lewat. Namun masih sempat sampai sebelum acara meniup lilin berlaku. Geram mencari parking tadi. Hish siapa punya idealah nak adakan party kat sini. Ini memang benar-benar merosakkan mood Hanni.
Hanni masuk ke dalam kelab malam yang cukup high class itu. Hanni tak kisah masuk ke tempat begitu hanya dengan memakai jeans dan kemeja T. Pakaian untuk dia ke tempat kerja pagi tadi. Hanya golongan atasan sahaja yang mampu datang ke sini. Agak privasi. Tersangat privasi sebenarnya. Hanni di bawa ke meja Sara. Di situ, moodnya segera berubah setelah berjumpa teman-temannya. Lagi-lagi Anis yang sudah jarang dia temui. Anis turut datang bersama suaminya Imran. Makin cantik.
"Hai. Lambat." Hanni mendengar Sara mengomel. Ya. Hanni yang paling lambat sampai. Shila sudah ada di situ bersama Zack. Anis dan Imran. Pastinya Sara yang gembira bersama Iskandar.
"Bukan salah aku. Siapa suruh kau adakan party kat tempat macam ni? Tempat yang kedekut elektrik ni?" Hanni membela diri. Sara hanya tersengih sambil menjeling pada Iskandar. Memang kerja mamat tu lah. Hish entah kenapa Sara dapat lelaki yang ala mawas ni??? Why...? Why...? Why...?
"Ohh..." Itu yang terluah di bibir Hanni. Dia kemudian bercakap-cakap dengan Anis. Sudah lama mereka tak meluangkan waktu sebegini. Imran sesekali menyampuk. Hanni memang bersyukur Anis mendapat suami yang sebaik Imran. Cukup baik dan sangat sporting.
Seketika Imran meminta diri untuk ke tandas. Ketika itu Iskandar datang mengajak Anis menari. Mungkin kerana muzik yang rancak, Anis menerima pelawaan Iskandar. Hanni sendiri tak tahu kenapa. Tapi apa nak dikisahkan. Antara mereka berempat, hanya Hanni yang tidak sesosial yang lain.
Pada mulanya Imran seperti tak kisah Anis menari dengan Iskandar. Namun apabila muzik berubah rentak yang rancak kepada yang perlahan mengusik jiwa. Hanni dapat melihat wajah Imran berubah saat melihat Iskandar menarik rapat tangan Anis terus merangkul tubuh Anis. Mungkin seperti Hanni, Imran dapat merasakan ketidakselesaan Anis.
"Aku rasa kau kena selamatkan Anis tu. Nampak dia tak selesa sangat tu." Hanni berkata pada Imran. Syukur Imran memahami lalu pergi ke arah pasangan itu. Sekejap sahaja Anis sudah beralih arah ke Imran.
Iskandar kembali duduk di meja itu. Hanya Hanni dan Iskandar sahaja. Sara sudah nun leka menari dalam pelukan seorang lelaki tak ku kenali, manakala Shila bahagia menari dengan Zack. Hanni ingin berkata sesuatu pada Iskandar namun ada yang datang mengganggu.
"Hanni? Wow... " Hanni mengangkat wajahnya. Wajah sepupunya Adli menjamah. Sepupu yang dirinya tahu tak akan biarkan dia hidup senang.
"Siapa ini?" Tanya Adli lagi. Namun belum sempat Hanni menjawab Adli pantas memotong. Baik dia langsung tak payah bertanya.
"Who care.. Jom menari." Tanpa menunggu sebarang penerimaan dari Hanni. Adli pantas menrik tangan sepupunya itu. Hanni cuba meronta dalam diam sebaik dirinya dibawa rapat ke tubuh Adli. Nampak sangat Adli ingin memaksanya. Namun dalam keadaan semuanya leka begitu dengan keseronokan dunia. Siapa yang kisah?
"Tak sangka kau pun datang ke tempat macam ni?" Sinis suara Adli menyindir Hanni.
"Aku datang menyambut birthday kawan aku. Bukan macam kau. Tempat macam ni dah menjadi rumah kedua kau kan?" Balas Hanni pedas. Adli ingin menyakiti Hanni namun belum sempat dia berbuat bergitu bahunya di tepuk perlahan.
Iskandar. Dengan hormat Iskandar meminta untuk menari dengan Hanni. Kesian pula dia melihat Hanni di paksa begitu. Walau dia tak serapat mana dengan Hanni berbanding dengan kawan Sara yang lain. Namun dia masih hormatkan gadis itu. Pada Iskandar seorang gadis adalah untuk di belai, di manja bukan di sakiti.
"Hmm... Kau okay?" Mahu tak mahu Iskandar bertanya.
"Okay. Aku tak nak menari lagi." Hanni ingin melepaskan diri.
"Baik kau menari dengan aku dulu. Sampai habis lagu ni je. Kalau kau tak nak masalah. Aku tak rasa that guy biarkan kau macam tu je. Siapa tu?" Iskandar berbisik ke telinga Hanni. Haruman rambut Hanni memukau Iskandar di sebalik sesak bauan rokok.
Iskandar tak berniat pun nak menyibuk tapi hanya mengambil tahu. Hanni pula mahu tak mahu dia terpaksa terus menari. Betul kata Iskandar, Adli hanya menunggu peluang. Hanni tiada pilihan sekarang ini selain berada bersama Iskandar mengikut rentak lagu.
"Sepupu aku." Itu ayat terakhir yang keluar dari mulut mereka sehingga ke akhir lagu. Buat pertama kali Hanni tak meronta dalam dakapan seorang lelaki. Mereka menari dengan tenang. Iskandar pula terus mengambil peluang merasai keharuman bau rambut Hanni. Entah kenapa dia sangat menyukai bau ini. Imran dan Anis tergesa-gesa meminta diri sebaik Sara selesai memotong kek. Melihat perubahan mood Imran dan Anis berada di samping Iskandar. Hanni tahu ini pasti di sebabkan kes menari tadi. Hanni merenung tajam ke arah Iskandar.
"Kau ni kenapa? Tenung aku semacam. Tahulah aku kacak." Sergah Iskandar apabila di lihat Hanni merenung tajam ke arahnya. Sara di sebelah Iskandar mencubit mesra lengan buah hatinya itu sambil tergelak kecil.
"Perasan lah kau. Aku bukan apa ini semua sebab kau. Lain kali kalau menari dengan isteri orang agak-agak lah. Jangan sesedap kau je peluk. Aku nampak muka Imran berubah bila kau peluk Anis tadi." Hanni meluahkan rasa tak puas hatinya.
"Betul ke?" Sara nampak sedikit terkejut. Baru sedar dunia agaknya minah ni. Yelah tadi sibuk sangat menari.
"Alah bukannya luak pun." Hanya itu alasan yang boleh Iskandar fikirkan. Tadi niatnya hanya untuk mengusik Anis. Tak lebih daripada itu.
"Itu kata kau. Tapi Imran? Kau jangan samakan Imran macam kau. Kau tu mawas. Dah lah Sara. Aku nak balik dulu. Esok aku kena pergi Seremban ada kerja sikit. Aku balik dulu. Kau pun jangan balik lewat sangat. Jangan ikut sangat mawas ni nanti kau pun sekali jadi mawas." Selamba mulut Hanni tanpa insurans mengata Iskandar. Iskandar nampak bengang, Ingin membalas tapi Hanni sudah hilang dari kelab itu.
Jam ditangan dilirik sekali lagi.`adus.. mana ilham ni janji kul 5 skang da kul lima lebih da ni.. mau lenguh kaki aku berdiri kat sini..' Ryana membebel lagi.. hari ini ilham berjanji untuk mengambilnya di campus tetapi menginjak ke waktu yang ditetapkan bayang lelaki itu masih tidak kelihatan.` kalau tahu macam ni baik pergi sendiri tadi.. ini ti..' "Hai.. Fea.. sory lewat.. I banyak kerja tadi… lama you tunggu" Ilham terus menyoal sebaik sahaja kakinya melangkah menuju ke tempat Ryan… atau lebih tepat lagi Aryana.. Nur Aryana sofea.. tetapi dia lebih suka memanggil gadis itu dengan pangilan fea lebih manis sesuai dengan wajah gadis itu yang lembut.. Dia memuncungkan bibirnya.. `time orang da start membebel ni la dia nak datang..' tergeleng geleng kepalanya melihat Ilham yang kelihatan semput.. lagak macam orang baru lepas lari jew " maunya tidak.. lenguh kaki saya tau.. yang awak ni.. semput sangat ni kenapa" "Penat!! Jauh sangat parking.. call awak tak angkat pulak.. so terpaksa la saya datang sini.." "Ye ker.. tak dengar pun.." Ryana bersuara sambil mengambil handsetnya yang terletak di dalam beg sandangnya..seketika bibirnya terkatup sendiri.. wow 15 miscall.. "… sory.. terlupa nak on balik.. tapi salah awak jugak janji kul brape skang kul brape.. huh tidak menepati janji langsung" dia bersuara seakan merajuk.. sengaja dileretkan suaranya mahu melihat reaksi lelaki itu.. "Sory ok.. tak sengaja.. jom kita gerak sekarang.. nanti lewat pulak.. awak dah solat?" Ilham memujuk sambil mengamit Ryana supaya berjalan mengikutinya. Jam dilirik sekilas.. ma aii dah kul 6.. patutla.. si Fea ni merajuk.. mampus.. Ryana hanya kaku tanpa mengikut langkah Ilham yang jauh kehadapan `dah la datang lambat.. berjalan menonong je..' hatinya membebel lagi. "Lah kenapa ni Fea.. merajuk??" Ilham bertanya lagi.sejak duamenjak ini Sofea dirasakan terlalu sensitive pantang silap sedikit pasti muncungnya memanjang tetapi dia tidak kisah , apatah lagi cara Sofea merajuk jarang dibuat orang.. gadis itu berbeza dari yang lain dan mungkin sebab itulah hatinya berat untuk meninggalkan Sofea, namun dia akur akan takdir mereka berdua apatah lagi diantara mereka sememangnya tiada ikatan yang membolehkan dia mengikat Sofea supaya mengikutinya kemana sahaja. 'lagi tanya..sendiri mau tahu la..' namun kata kata itu tidak disuakan kepada Ilham. Dia hanya berdiam diri. Sengaja mahu memprovok Ilham dengan reaksinya ketika itu. "dah la tu..jom.. saya bawak buku ni .. jalan cepat.. kalau budak budak merajuk comel tapi kalau orang tua merajuk .." "awak jangan nak mula ya.. karang ader yang makan penampar nanti.." dia membentak geram. "eleh.. nak tampar orang.. berani ker?? " Ilham bersuara selamba. Dia ketawa perlahan. kelakar benar hatinya melihat reaksi Sofea ketika itu. "Huh teruk betul perangai" Ryana berkata sambil menutup pintu kereta Gen-2 sedan hitam milik Ilham dengan kuat..Sengaja.. Berdentum bunyi pintu ditutup membuatkan Ilham menoleh. Dia mengeleng geleng kan kepalanya . kereta diundur perlahan. "kita nak kemana ni Am??" Ilham hanya diam. Dia hanya menunjuk dengan jari arah tujuannya. Ryan menoleh. Masjid!! hmm..ni confirm tak solat lagi ni.. hatinya berbicara sendiri. Wajah Ilham ditenung sekilas. Dia melihat sesekali Ilham mengeluh perlahan. lagak macam orang ader masalah jew. Setibanya di halaman masjid Ilham terus keluar tanpa menunggu Sofea. Enjin kereta dibiarkan hidup dan langkahnya diatur menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar. Dihatinya sempat memohon supaya diberi seribu kekuatan dan ketenangan..`ahh.. sebulan je lagi..' -------------------------------- "Fea bangun..kita dah sampai" Ilham mengejutkan Ryana sebaik sahaja keretanya diparkir di halaman rumah mewah itu. Kesian pula melihat Ryana yang lena tidur semenjak dari masjid lagi. Melihat Ryana yang tidak bergerak sedikit pun.. tangan gadis itu ditarik perlahan. "sampai.. sampai mana ?? kat mana ni?" Ryan bertanya dalam keadaan mamai. Sungguh dia benar benar keletihan . kerana itu juga dia mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika sementara menanti Ilham kembali. Tidak disangka pula dia lena betul sehingga tidak menyedari kereta Gen-2 itu sudah jauh dari perkarangan masjid. " kat rumah awak la.. pergila sambung tidur dalam rumah, penat betul saya tengok" Ryana mengaru kepalanya yang tidak gatal.Rasa bersalah pula pada lelaki dihadapannya itu sedangkan semalam beria dia meminta kebenaran Ilham untuk menemani lelaki itu keluar mencari barang tetapi.. " err.. kenapa tak terus pergi je.. kata nak keluarkan??" "Lainkali je la.. awak pun dah penatkan??" " awak tak kisah ker?? Ryana bertanya lagi " it`s ok.. nanti ade masa kita pergi.. k" "Am.. Awak tak penat ker??" " penat la jugak.. nengok awak tidur tadi.. jelous saya tau!!" Ilham bersuara sambil tersenyum.. Hahaha.. Ryan ketawa lepas.. " jom lah.. ??" tangan Ilham ditarik perlahan supaya mengikutinya. "Err.. kemana??" "masuk rumah lah!!" "buat aper " Ish banyak Tanya lak.. " rest.. tadi kata penat kan.." "Fea.. aper kata orang nanti..tak manis tahu tak.. awak tu perempuan" Ilham berkata perlahan. tidak berkenan dengan cara Sofea yang terlalu bebas. Ryana mengerutkan dahinya. " Ilham.. awak ingat saya ni aper.. Mak Ilah ada la..Elly pun ada.. awak rest la dulu.. then malam ni boleh kita makan sama sama.. after that awak balik la..lagipun ni dah nak magrib.. awak pun dah lama kan tak jumpa mak Ilah ngan Elly kan.." Ryan menerangkan. Dia tahu Ilham tidak akan semudah itu menerima perlawaannya. Ilham yang baru sahaja dikenalinya itu padanya memang seorang yang jujur .. membuatkan dia rasa selesa dan dilindungi. Dan oleh kerana Ilham jualah dia mampu untuk untuk terus memperjuangkan hidupnya disaat keluarga tercinta meningalkan dia sendirian dimuka bumi ini. Dia..Aryana sofea.. dari gadis yang agak social semakin dan sedang mencuba untuk hidup diatas para normal yang benar. "Tapi apa kata orang nanti??" "Hello.. bukannya kita berdua ok!!.. apa awak ingat Fea ni dah gatal sangat ker.." "Oitt.. mana la tahu.. cik Sofea kita ni.." "Awakkk… tak nak sudah.. saya masuk dululah.. thanks!!" dia bersuara geram. Berlawan kata dengan Ilham memang tidak akan ader kesudahannya. "Alahai.. merajuk pulak.. kesian betul pakwe awak kan.. hari hari nak kena pujuk.." Ilham berkata seraya bergerak menyaingi langkah Ryana yang sudahpun menuju ke ruangtamu itu. "adoii!!" tangannya dilekap kekepala seketika.. geram plus tension " apa awak cakap ni.. jom la cepat.. saya dah ngantuk ni.. nak qada tidur??" "Banyak la Fea punya qada.. nan.." " eh.. Encik Ilham bila sampai…patutla Mak cik bunyi macam suara kamu tadi.. Riuh.." Mak Ilah bersuara sebaik sahaja melihat kelibat Ilham dan Ryana yang sedang berbalas kata di ruang tamu. Dia tersenyum senang. Lama betul tidak kelihatan wajah pemuda dihadapannya itu. "Err.. baru je sampai mak cik.. mananya tidak Am sampai je rumah ni terus je Fea ajak Am bergaduh.. itu yang riuh tu" dia berkata selamba sambil sebelah tangannya dihulur untuk bersalam dengan wanita separuh umur itu. Ryana menjengilkan biji matanya.. sesuka hati je kata aku ajak dia gaduh.. nak kena betul la mamat ni.. " kak Ryana dengan Abang Ilham memang selalu macam tu Opah.. Elly pun naik pusing dah kepala nengok drama sebabak abang ngan kakak" Elly bersuara menyampuk sebaik sahaja sampai keruang tamu. "Hah tengok!!.." Ilham berkata sambil memandang Ryana .. Ceh.. nengok aper.. dia yang start kata kita pulak.. dah tu ader hati nak suruh orang nengok.. "Bukan abang Am salah.. tapi akak Ryana kamu ni hah.. manja" " akak manja dengan Abang Ilham je kan… betul tak kak.." "WHAT!! Elly.." Ryana membuntangkan matanya.. Geram!! "Hehehe.. gurau je lah akak Ryana ni.. relaks.. berkerut dah muka tu.. " bibirnya dikatup menahan ketawa. "Elly.. sudah.. menyakat je kerja kamu ya.. marah kak Ryana kamu nanti.. " Mak Ilah menyampuk apabila melihat muka Ryana yang kelat manis apabila disakat oleh cucu dan temannya itu. "Abang dinner kat sini erh??" "A`ah.. kak Ryana kata dia nak masak special untuk abang hari ni" Ilham berkata sambil mengenyit matanya perlahan. sengaja mahu bersandiwara dengan gadis comel yang ditocang dua rambutnya itu. Woit.. sape yang nak masak untuk awak.. tak ingin… Ryana menjerit di dalam hati.. "ya.. kew.. musykil nieh??" "Kenapa pulak" Ilham bertanya lagi. Bercakap dengan gadis kecil ini seolah olah seperti bercakap dengan orang dewasa biarpun ketika ini umur Elly baru sahaja menginjak ke 10 tahun. "psst.. sis Ryana mana reti masak" dia berbisik perlahan.. "Elly!!!!" Ryan menempik.. geram apabila dirinya diperkatakan seolah olah dia tiada disitu. INVISIBLE!! "Opss.. sory.. by abang.. see you later.. daa.." dia bersuara sambil berlari ke tingkat atas. Ketawa riang meletus dibibirnya. Kelakar melihat reaksi Ryana ketika marah.. namun jauh disudut hati dia tahu kak Ryana tidak akan marah kepadanya. "Sudah.. Sudah la tu.. macam la lucu sangat.." Ryana bersuara pula kepada Ilham yang sedang sakan ketawa sendirian.. "Hehehe..tak de la lucu sangat. Tapi kelakar la jugak.." "Whatever.. Fea nak rehat.. nanti after magrib kita lunch sama sama ya" dia bersuara sambil berjalan menuju ke tingkat atas.. "Ok.. my dear see you later.." "Mendengarkan itu Ryan berpaling menghadap Ilham..Cheh.. wat macam rumah sendiri pulak.. dah tu panggil aku dear lak tu.. ingat rusa ke aper!! "Pergila bilik tamu..hah.. jangan buat macam rumah sendiri ya.. .. one more.. ader aper aper jangan panggil Fea tau.. kalau tidak.." "Kalo tidak aper.." "Ader lar.. rahsia.." dia memberitahu sambil tersenyum senang.. sengaja mahu berdebate dengan lelaki itu. Ilham hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah Sofea.. seketika kemudian dia menuju ke tingkat atas untuk ke bilik tamu.. hehehe.. buat cam rumah sendiri lak!! ---------------------- "Elly.. pergi panggil kak Ryana.. cakap opah dah siapkan makan malam" mak Ilah menyuruh cucunya yang ketika itu sedang ralat bermain dengan anak patungnya setelah tidak melihat tanda tanda Ryana akan turun sedangkan jarum jam sudah menginjak ke pukul 8 setengah malam. "Ok.. opah" " eh.. nak pergi mana ni.. tak makan sekali ke??Ilham bertanya sebaik sahaja terlihat kelibat elly yang sedang berjalan menuju ke tingkat atas. "Nak panggil kak Ryana.. err.. Abang tolong boleh tak" "Tolong aper??" "tolong panggilkan Kak Ryana.." "Ouh.. abis.. Elly nak buat ape pulak" "Buat bodoh … hahaha" "Apa buat buat bodoh hmmm.. tengah mengumpat jer kerja dia yer.." Ryan mencelah sebaik sahaja terlihat kelibat manusia yang sedang berbisik bisik.. tak lain tak bukan kalau bukan makhluk dua ekor tu.. "Fuih.. akak terkejut orang tau.. " Elly berkata sambil mengusap dadanya akibat terkejut dek disergah begitu. "Padan muka.. dah jom makan.. akak dah lapar ni.. opah dah siap masak ker??" "A`ah.." Selesai sahaja makan ilham tersandar kekenyangan di meja makan kaca itu.. " sedap mak cik masak.. teringat kat masakan mak saya.." "Ehh.. sesuka hati sesedap rasa jer kata masakan mak Ilah sama cam awak masak.. err.. awak pandai masak ker" Ryana berkata selamba..namun.. "Akak.. Abang Ilham kata masakan mak dia lah.. bukannya dia.." "ELLY!!.. ish sibuk betul.. langsung tak kesian kat Akak.." Ilham yang melihat ketawa lepas.. "thank you Elly.. Love you so much" "err.. Simpan je kata kata Abang kat Akak.. nanti kak Ryana jelous ngan Elly pulak" "Huh tak de maknanya .." Ilham mengeyit sebelah matanya kepada Ryana.. Ryana mencebik.. ingat aku jelous sangat la tu!!
"Mana pulak mak dengan abah ni? Takkan menyorok takut aku balik kut?" Amir membebel sendirian di muka pintu.
"Mak! Abah! Jangan la nak main sorok-sorok dengan Amir pulak," Amir buat lontaran vokal sekali lagi.. Tiba-tiba, Papp!! Amir rasa bahunye ditepuk orang dan apabila dia berpaling, "Mak! Abah! Amir nmpak hantu!" Selepas itu Amir rasakan dunianya gelap gelita. Eh aku pengsan ke ni? Hantu ke tadi tu? Kalau hantu pengsan jelah..
"Amir! Bangun! Jangan kamu nak pengsan lama-lama. Abah letak kamu bawak pokok pisang tepi kubur tu nanti baru kamu tahu," ugut pakcik Hassan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya seakan tak percaya dengan aksi yang dilakukan Amir. Anak bongsunya itu memang lain daripada yang lain. Kalau diikutkan degil, keras kepala dan nakal, memang anak bongsunya itulah yang jadi juara. Penakut pun si Amir jugalah juaranya. Ibu dan ayah yang baru pulang dari masjid pun disangkakannya hantu.
"Mak! Apa yang Amir nampak tadi mak? Amir nampak makhluk putih je tadi mak."
"Awak ni memang penakut la. Konon ganas sangat. Mak dengan abah awak balik dari masjid awak katakan hantu. Apa?? Muka mak yang cantik ni ada rupa hantu ke? Abah awak tu, mak tengok hensem je lagi. Awak kata hantu pulak," usik makcik Jamaliah kepada anak bongsunya itu.
Owh..mak dengan abah balik dari masjid pakai jubah dengan telekung ke yang aku Nampak tadi..hehehehe..macam mana la boleh rasa macam nampak hantu pulak tadi. Memang la kau ni penakut Amir
"Sudah..pergi bangun. Mandi. Kamu tu dah solat ke belum Amir?" soal si ayah. Pakcik Hassan memang pantang kalau ada anak-anaknya yang culas dalam solat.
"Amir ABC bah, hehehe.." Amir sengih.
"ABC? Apa pulak tu Amir?" Makcik Jamaliah buat muka blur.
"Allah bagi cutila mak" Amir sengih lagi. Amir dapat cuti solat ke? Mestilah, inikan Amira Sofea binti Hassan.
Anak perempuan bongsu pakcik Hassan yang perangainya tak sama macam kakak-kakaknya. Mungkin waktu makcik Jamaliah mengandungkan Amir, makcik Jamaliah nak sangat anak lelaki. Itu yang terkenan dekat si Amir. Nasib baik Amir tak jadi tomboy. Cuma perlakuan Amir sahaja yang agak kasar tak seperti anak-anak gadis lain.
Selesai membersihkan diri dan bersiap, Amir laju-laju melangkah ke dapur yg terletak di bahagian bawah rumah mereka. Rumah kampung, kebiasaannya yang letaknya di bahagian bawah mestilah ruang dapur.
"Mak masak apa? Bau macam sedap," Amir terus meluru melihat emaknya sedang mengacau masakan dalam periuk. Kecur air liur Amir melihat ikan gerut-gerut masak lemak cili api. Ada pula belimbing buloh dan bunga kantan dalam ramuan masakan makcik Jamaliah. Memang antara makanan kegemaran Amir. Amir..semua masakan makcik Jamaliah memang makanan kegemarannya waima telur kicap sekalipun.
"Dah..awak pergi susun pinggan dengan gelas atas meja makan tu. Bancuh air sekali. Sesekali jadi anak dara apa salahnya. Anak teruna makcik Timah yang tiga orang tu lagi boleh diharap dari awak tu. Takkan mak suruh bancuh air pun tak reti" Makcik Jamaliah masuk mode membebel.
Dengan mulut muncung Donald Duck, Amir melangkah ke kabinet dapur dan memulakan kerja-kerja membancuh air. Bukan susah mana pun, tuang kordial dalam jug air, tambah air kosong dan letak air batu. Mendengar makcik Jamaliah menyebut perihal tiga orang anak teruna makcik Timah, Amir teringat seseorang.
"Apehal kamu senyum sorang-sorang tu Amir? Makruh tau senyum sorang-sorang. Kamu teringatkan siapa di KL tu sampai macam orang angau abah tengok."
Amir sengih sampai ke telinga diusik abahnya. Sambil menatang dulang air, "Mana ada ingat sape-sape abah. Cepatlah abah, baca doa. Amir dah lapar gila ni. Dari malam tadi Amir tak makan nak tunggu masakan mak ni..hehehe."
Terasa kelainan makan malam mereka hari itu.Selalunya pakcik Hassan dan makcik Jamaliah candle light dinner berdua . Malam ni Amir tumpang dinner mereka sekali.Dalam hati pakcik Hassan tertanya-tanya apa yang menyebabkan anak bongsunya itu tiba-tiba sahaja terpacak depan muka pintu rumah mereka. Kalau terpacak tegak, tak mengapalah juga. Ini siap pengsan lagi. Terpaksalah pakcik Hassan exercise, mencempung badan anaknya itu ke dalam rumah.
"Awak ni, selalunya kalau nak balik jenguk mak dengan abah, awak call mak dulu. Ini tiba-tiba je awak muncul. Kenapa?" makcik Jamaliah yang sememangnya sehati dan sejiwa dengan pakcik Hassan mula menyoal Amir seakan-akan dapat membaca apa yang ada di benak suaminya itu.
"Kredit habislah mak. Amir memang nak call mak. Lepas office tadi terus Amir drive balik sini," Amir terpaksa kelentong mak dan abah. Ya, memang ada sebab lain Amir memandu ke kampung halamannya tanpa sebarang notis pemberitahuan kepada orang tuanya.
To : Semalu@yahoo.com From : Bored_generation@yahoo.com Subject : Bosan amat….
A’kum….semalu. Apa khabar? Aku sihat je. Boring betul dengan bebudak kolej aku. selalu sangat nak cari pasal dengan aku. Awek dorang lari tinggalkan dorang pun salahkan aku. Mereka tak pandai cari awek. Awek macam tu pun nak frust menonggeng. Kalau aku dapat awek macam tu, boleh blah. Aman hidup aku. Pantang nampak jantan hensem dan kaya sikit dari balak didepan mata, dah kelabu mata. Aku harap kau tak macam tu, semalu. Memang sengsara hidup kau kalau kau bersikap macam tu. Pulak kalau kau dapat aku sebagai pakwe kau. Siap kau, aku kenakan. :> itu kalau… Itu cerita dua hari yang lepas. Hari ni punya cerita …lain sikit walaupun dah banyak kali aku lalui. Pasal ayah aku tu lah. Benganglah tu dengan aku. aku rasa tak lama lagi, aku tak perlu datang ke kolej buruk tu. Rekod yang tercantik seperti biasa. Kalau ikutkan, aku malas nak belajar lagi. Tapi…kasihan dengan ayah aku dengan muka 14 dimensinya itu. Kerana kasihan, aku ikut je kemahuannya walaupun aku rasa berat macam memikul 10 guni beras kat atas bahu aku ni dalam satu masa. Suatu hari nanti, aku pasti dia takkan terfikir untuk memasukkan aku kemana-mana kolej lagi. I’m very sure about that! Hem…kau pulak macam mana? Sibuk lagi dengan mamat yang tak reti bahasa tu? Kau send kat aku gambar dia. Tau lah aku nak buat apa dengan dia. Suka sangat mengganggu bestfriend aku hendak bernafas dengan aman di muka bumi ni. Aku akan buat jantungnya berdegup kencang lebih dari biasa. :> Okey…semalu. Jangan lupa balas email aku ni. Kekadang rindu jugak nak baca leteran dan motivasi kau tu. Almaklumlah…kau tu kan pakar motivasio ternama. Keh! keh! keh! keh! Gurau je.
See u. Wassalam.
Risya tersenyum. Telah berulang kali dia membaca email dari sahabatnya yang tak pernah dikenali itu. Bukannya tak pernah diajak bersua muka tapi Risya yang enggan. Belum tiba masanya. Lagipun terlalu banyak cerita yang didengarnya tentang perkenalan siber ini. Semuanya menggerunkan. Tiada satu pun cerita yang menggambarkan kebaikannya. Nasib baiklah sahabat sibernya itu memahami dan tidak terlalu mendesaknya untuk berjumpa. Walaupun…..usia perkenalan mereka telah menjangkau 2 tahun! Hebat tu. Bermula dengan pergaduhan kecil, akhirnya menjadi sahabat yang akrab. Kedua-duanya tidak merahsiakan masalah masing-masing. Kalau ada pun…semestinya masalah yang terlalu peribadi. Tapi selalunya…Risya yang bertindak sebagai penasihat kepada sahabatnya itu kerana sahabatnya itu bukanlah seperti orang lain yang hidupnya aman dan tenang. Sahabatnya itu mempunyai banyak masalah. Masalah yang sengaja diada-adakan! Namun Risya tak pernah merungut. Baginya, ia bagaikan satu tanggungjawab. Walaupun adakalanya, pening juga kepalanya untuk mencari jawapan yang sesuai. Almaklumlah…aku kan pakar motivasi. Bisik hati Risya sambil tersenyum. " Boleh abang masuk, Risya? " Risya terkejut. Dia merenung tajam ke arah abangnya, Farid yang sudahpun berada di belakangnya. "Apa yang Risya buat tu?" soal Farid lagi tanpa mempedulikan renungan tajam adiknya itu. Farid tahu dia bersalah kerana memasuki bilik adiknya tanpa mengetuk pintu dan meminta kebenaran. "Abang ni…tak baik tau masuk bilik orang perempuan tanpa kebenaran. " marah Risya. Farid tersenyum. Lalu mencuit hidung adik kesayangannya itu. "Marah? Sorrylah abang tak sengaja. Lupa rule adik abang ni tadi. Sorry…" pinta Farid sambil memegang kedua-dua belah telinganya. Risya tergelak kecil sambil menggeleng-geleng. "Ada-ada je, abang ni. Tak larat Risya nak marah kat abang. Bukannya makan saman." Kata Risya sambil merenung wajah tampan milik abangnya dengan rasa sayang yang melimpah. Satu-satunya abang yang memahami jiwa remajanya. Yang sentiasa membantunya dalam apa jua hal. "Abang tahu. Tu…sebab abang dah buat plan nak buat sekali lagi di lain hari."jawab Farid sambil tersenyum. Senyuman Risya mati. Menjeling abangnya yang nakal. "Abang buat lagi, Risya tak nak cakap dengan abang selama seminggu. " "Habis tu, abang nak cakap dengan sapa?" "Cakaplah dengan orang lain." " Risya…." Panggil Farid dengan suara yang lembut. Risya tidak mengendahkannya dan matanya kembali ke skrin komputer. Tangannya lincah menaip sesuatu. Farid tersenyum. " Adik abang ni kan, kalau merajuk….selalu buat abang mati kutu. Tak tau nak buat macam mana. Tak baik tau buat macam tu. Abang ni dah lah cuma ada seorang je adik. Kalau yang seorang tu pun buat dek je dengan abang…parahlah abang. Abang dah lah tak reti nak pujuk, mesti berkurun lamanya, barulah dunia abang ni ceria balik." "Abang ni…ada-ada je. Ni..apahal jumpa Risya ni? Mesti hal pentingkan?" Farid menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Better abang cerita. Pendam karang jadi karat yang tak berguna pulak." Sindir Risya sambil tangannya lincah menaip sesuatu di komputer. Membalas kembali email si 'Bored Generation’. "Entahlah..Risya. Abang pun tak tahu sama ada ia boleh dinamakan masalah ataupun tidak." Risya tersenyum. "Abang ni peliklah. Takkan abang tak tahu nak bezakan? Ke…abang dah kena sampuk dek hantu nek Kumah tu." Usik Risya sambil ketawa kecil. Matanya melirik sebentar pada Farid yang kelihatan terdiam. Aik! Takkanlah….serius sangat masalah dia? "Abang, cakaplah apa masalah abang tu sampai abang tarik muka 14 inci? Kalau raja tikus nampak abang macam ni, sure ….lari punya." Seloroh Risya. Sekadar hendak melihat abangnya tersenyum. Alhamdulillah….senyum pun dia. "Muka abang macam ni punya hensem, Risya kata raja tikus akan lari? Entah-entah terus melekat kat abang. Tak nak balik ke istananya." Balas Farid dengan megah. Risya tergelak besar. " Hensem? Uik! Muntah Risya dengar. Perasan betul abang ni." Farid tersenyum. Dia memaut bahu Risya dengan mesra. Merenung wajah adik kesayangan nya itu. "Risya tahu, itulah sebab abang sayang sangat kat Risya. Risya pandai ambil hati orang, nakal, pandai pujuk orang. Beruntung siapa yang dapat adik abang ni. " Hish! Ni yang buat aku kembang semangkuk ni. Nasib baik hidung aku tak kembang kempis dibuatnya. Kalau tak, malu beb! Walaupun yang memuji tu adalah abang aku sendiri. " So?" Farid menghela nafas. "Sebenarnya abang keliru dengan perasaan abang sendiri. " Risya mengerutkan dahi sambil membetulkan kedudukannya. Dia menghadap ke arah abangnya. Rasa ingin tahu membuak-buak di dada. "Keliru?" " Begini…Risya pun tahukan yang abang pernah kecewa dulu?" Risya mengangguk, mengiyakan kata abangnya. "Kesan dari cerita bodoh tu, abang tak percaya lagi dengan perempuan kecuali Mama dan Risya. Tapi baru-baru ni, abang berkenalan dengan seseorang dengan tak sengaja. Mula-mula tu, abang ok je bila terjumpa dia dimana-mana. " cerita Farid. Dia terdiam sebentar hingga membuatkan Risya kurang sabar. "Then…." " Then…pada suatu hari, kami terserempak sekali lagi. Entah kenapa, abang terasa ada sesuatu yang menarik dalam diri perempuan tu sampai abang asyik teringat-ingatkan dia." Risya tersenyum. Asyik teringat perempuan tu? Hem…perkembangan yang baik. Ada chancelah aku berkakak ipar. "Perempuan tu pula macam mana? I mean reaksi dia setiap kali terserempak dengan abang?" soal Risya. " Entah. Susah nak teka." Jawab Farid pendek. "Dah berapa hari abang kenal? Nama dia abang tahu ke?" Farid tersenyum. Adik aku ni kan, part nak menyoal bagilah kat dia. Sebijik macam polis tapi hairan aku, tak pulak berminat nak jadi polis. "Satu-satulah, dik oi. Susah abang macam ni." "Err…sorrylah, bang." Farid tersengih melihat adiknya. Dah faham sangat dengan fill adiknya nan seorang itu. "Emm....abang kenal dia baru 2 bulan. Itupun secara tak sengaja. ' Risya menaikkan keningnya." Tak sengaja? Part yang macam mana yang tak sengaja tu?" usik Risya. "emm....masa tu, abang pergi ke Klinik. Hantar pekerja kita yang sakit disitu. Klinik tu klinik kepunyaan dia dan kawannya. " oh….doktor rupnya…. "Hah! Part yang tu, abang tak payah cerita. Risya dah boleh agak macam mana abang boleh 'terberjumpa’ dengan dia." Risya sengaja menekan perkataan terberjumpa itu untuk mengusik Farid. Namun Farid hanya tersenyum. Dia memaut mesra bahu Risya. "So....macam mana, Prof. Boleh tak kategorikan sakit saya ni sekarang?" Risya tergelak kecil. Lah....takkan itu pun tak tahu. Apalah abang aku nan seorang ni. Umur dah nak masuk 26 tahun tapi otak masih lagi paras 20 tahun. Tentulah angau, cik abang ooi. Abang tu dah jatuh ditimpa tangga dengan perempuan tu. Tapi....siapa nama dia? Abang ni, tak habis cerita lagilah...! "Bang, siapa nama kakak tu?" Farid memandang Risya dengan tajam. "Kan abang dah bagi tahu tadi." "Bila masanya? Risya tak dengar pun. Ke...abang ni dah hilang ingatan gara-gara si dia?" usik Risya sambil ketawa. Farid mendengus perlahan. Dia bingkas bangun . Risya hanya mengangkat bahu. Marahlah tu. Tak tahan godaan betul abang aku ni. Baru kena usik macam tu. "Takkanlah...abang merajuk pulak. Dah lah tu. Risya minta sorry. " Farid tersenyum. Dia melihat jam di tangan. "Oklah...abang kena pergi ni. Ada meeting dengan papa kejap lagi. Hah! Tu....jangan dok gelakkan abang. Tolong abang, kay? Malam karang, kita sambung perbincangan kita. Emm...nama dia, Nurul Fatihah." Beritahu farid sebelum menutup pintu. Nurul Fatihah! Nice name. Tentu orangnya pun macam tu. Bisik hati Risya sambil tersengih.
Nazrin membuka matanya. Dia lihat sekelilingnya. Sempat matanya tertancap pada Tasha yang sedang menuang air daripada jag ke dalam gelas. Azura pula menghampirinya dan mengusap kepalanya. "Alhamdulilah, kakak dah sedar. Syukurlah," Tasha menghulurkan gelas tersebut kepadanya tetapi Nazrin tidak memberikan sebarang reaksi. Sebaliknya, dia membiarkan sahaja Tasha meletakkan gelas berisi air jernih itu di atas meja. "Kakak, kami sudah baca surat Abang Hairi. Setiap persoalan pasti ada jawapan. Kakak, dia pun dah tak ada……," "Jangan kau sebut nama dia lagi, Zura. Aku benci!" kasar bunyinya. Itulah kali pertama dia melihat Nazrin bersikap demikian. Dia memandang Tasha. Tasha pula buat-buat tidak pandang. Dia tidak sanggup lihat wajah Nazrin yang penuh dengan dendam dan sakit hati. "Rin, kau mahu ke mana?" soal Tasha apabila dia lihat Nazrin mengikat tudungnya. Nazrin membisu. Tasha harap Nazrin tidak lakukan perbuatan yang tidak-tidak. Dengan pandangan mata begitu, Tasha dapat bayangkan Nazrin bukan seperti biasa. Nazrin memandang wajahnya pada cermin. Dia benci lihat dirinya sendiri. Nyata, segalanya lebih keruh daripada apa yang dia sangka. Nazrin tidak sanggup lagi hendak berfikir sebarang kemungkinan. Dia menumbuk perutnya berkali-kali. "Aku tidak mahu anak ini. Aku benci dia dengan seluruh keturunannya. Aku tidak mahu dia," ronta Nazrin berkali-kali. Dia menumbuk cermin di hadapannya. Cermin yang pecah itu menyumbang kepada darah yang mengalir pada tangan kanannya. "Kenapa ini? Puan Nazrin," Azuraidah dating bersama jururawat lain. Azura berdiri di sebelah Tasha yang nyata mati akal. Tasha juga simpati yang amat tetapi kekuatannya tidak ada pada waktu itu. Dia faham, dia sendiri pun pernah dilukai. Dia pernah rasa apa yang Nazrin rasa. Dia pun pernah jadi mangsa lelaki cemburu buta. Tetapi, bezanya dia belum kahwin pada waktu itu. Tidak dia sangka, Fendi larikan diri pada hari mereka sepatutnya diijab kabulkan. Dia ditinggalkan di masjid sendirian. Tetapi, pada waktu itu Nazrinlah punca kekuatan. Tidak sampai setahun, dia diperkenalkan dengan Jamal rakan sekolah Nazrin. Atas permintaan Tasha, mereka terus dikahwinkan tanpa bertunang. Alhamdulilah, perkahwinannya dengan Jamal bahagia sehingga sekarang. "Mengucap puan," sebut Azuraidah lagi. Jamal tiba dan dia memberikan suatu suntikan. Nazrin kelihatan tenang sedikit dan dia akhirnya akur dengan kuasa suntikan tersebut. Tidak sampai beberapa lama, dia dibawa ke alam mimpi. "Jangan risau, ubat itu tidak bahayakan bayi. Harap, Nazrin lebih tenang. Azuraidah, rawat tangan dia," Azuraidah angguk bagai hamba abdi yang taat. Rasa simpati Azuraidah yang semakin menebal menjadikan dia lebih cekap. Dalam banyak-banyak pesakit yang dia kenali, Nazrin yang paling dia kenal betul. Tetapi, sebagai jururawat dia cuba bersikap adil dalam memberi layanan. Jamal memandang isterinya dan Azura. Dia mengamit keduanya dan keduanya mengikutnya sehingga ke pejabat.
"Kasihan, Nazrin. Apa yang kita boleh buat, bang?" soal Tasha sebaik suaminya duduk. Tanpa dijemput, Tasha dan Azura juga duduk. "Dia okay. Dia tidak apa-apa. Fizikalnya, dia sihat dan bayi pun sihat. Cuma….., emosinya kurang stabil. Buat masa ini, dia kena banyak rehat," Jamal berkata. Lain yang disoal Tasha lain yang Tasha jawab. "Jamal, kau rasa kakak aku itu boleh sembuh tak dalam masa terdekat," "Kita tengok keadaannya macamana nanti," Jamal menjawab. Dia simpati dengan Azura. Wajah Azura juga berubah. Sepanjang yang dia tahu, Azura seorang yang ceria. Tetapi, masalah begini membunuh cerianya. Jamal tahu sangat, Azura memang manja denngan Nazrin. Nazrin sanggup ketepikan kepentingannya sendiri demi Azura. Hasilnya, Azura menjadi seorang Peguam kini. "Puan Reha memang tiada hati perut. Tidak habis-habis nak susahkan hidup kakak aku. Hairi memang kejam. Tergamak dia ceraikan kakak aku begitu sahaja. Sekarang anaknya jadi mangsa," Azura mengetap bibirnya. Rasa geram membuak. "Tidak apa ke yang boleh kita buat? Maksud aku, harta….," "Kalau tak ada pun, aku akan cari jalan juga. Kakak aku mesti dapatkan hak dia," nyata nada suara AZura juga lebih keras. "Kau mahu ke mana?" soal Tasha memegang bahu Azura yang ditindih dengan rambutnya yang lembut itu. "Ke rumah syaitan betina "tu. Biar dia tahu, Nazrin tidak bersendirian," "Lebih baik jangan. Buat masa ini, tidak sesuai. Nanti kredibiliti kau sebagai Peguam akan jatuh. Kita kena bersikap macam orang pergi sekolah," nasihat Jamal yang mula bimbang. Azura mengeluh keras. Dia terus berlalu sambil menghempas daun pintu. "Degil," keluh Jamal. Tasha juga geleng. Dia juga tidak nampak apa yang harus dia lakukan. Azura masuk ke dalam kereta Atoz yang berwarna biru. Dia telefon bimbitnya berbunyi lagu kegemarannya "Nothing Gonna Change My Life For You" nyanyian Westlife. Nama Akmal ( Love) terpampang. Tetapi, dia tidak minat untuk menjawab. Dia hanya menulis SMS : Sorry sayang, kita tidak jadi jumpa hari ini. Kemudian, telefon bimbitnya dimatikan terus. Dia membetulkan rambutnya sedikit. Dia memandang cermin pada tempat pemandu. "Kau akan terima balasannya, Puan Reha," Azura harap, tunangnya, Akmal faham. Berkali-kali juga Azura sering ingatkan kepada Akmal apa-apa hal dia akan utamakan Nazrin lebih dari segalanya. Barangkali, Nazrin tidak tahu atau orang lain tidak tahu. Di sebalik sikap degilnya terselit juga rasa kasihnya yang mendalam. Azura sanggup menundakan perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung hujubg tahun ini kerana mahu bersama Nazrin yang baru kehilangan suaminya. "Tunda? Mama saya dah bising tahu? Satu kampung dah tahu yang kita nak kahwin," "Tahun ini tidak sesuai. Mal, awak tak kesian ke dengan kakak saya," "Saya kesian, tetapi tidak bermakna kita kena tunda segalanya. Apa kata orang kampong dan mama nanti," "Kenapa dengan awak ini? Dulu, awak kata sanggup buat dan ikut sahaja apa yang saya nak. Sekarang, permintaan kecil macam ini pun awak dah bising," "Saya tidak mahu hilang awak!" "Akmal, begini sahajalah. Daripada kita buang masa buang tenaga bertengkar perkara-perkara begini. Saya beri kata dua. Putus atau tunda. Jika awak tidak sanggup tunggu, saya redha, awak carilah orang lain sebagai pengganti saya pada hari sanding nanti. Tetapi, kalau awak masih minat, saya hargai sangat. Saya janji walauapa pun tidak akan berlaku sebarang penundaan lagi. Akmal, awak tahu betapa penting Kak Rin pada saya. Saya sayangkan dia lebih dari nyawa saya sendiri. Kalau ditakdirkan nyawa saya sebagai ganti demi untuk kebahagiaan dia…, saya sanggup," Akmal mengeluh kasar. Nyata, retorik Azura tidak dapat dia sangkal lagi. Sebagai seorang Akauntan, dia terpaksa akur dia tidak akan menang apabila terpaksa bertikam lidah dengan Azura. Azura mengesat air matanya. Dia harap, Akmal boleh terima dirinya yang begitu. Azura kini sudah tiba di hadapan istana lambing kesombongan Puan Reha itu. Azura walaupun sudah berkali-kali ke situ, tidak pernah sekali pun dia rasa kagum. Bagi Azura, tiada gunanya rumah besar dan penuh penghawa dingin tetapi hati penghuninya tidak seindah mahligainya. Azura sudah keluar dari keretanya. Tanpa rasa takut, dia terus menekan loceng berkali-kali. Tidak sampai beberapa minit, Puan Reha muncul di anjung dengan kipasnya. Nora di sebelahnya tersengih sumbing. "Masuklah," Nora berkata macamlah itu rumahnya. Azura meluat. Dia memerhati sahaja pintu pagar terbuka di hadapannya. Dengan hati yang sakit, dia melangkah masuk.
Nia menutup laptopnya." Siap akhirnya,"bisik Nia dalam hatinya. Assignment yang diminta oleh Prof. Zainal itu akhirnya berjaya disiapkan olehnya.Nia kemudiannya menyusun buku-buku dan mengemas meja tulis itu.Satu persatu buku di atas meja itu di susun di penjuru meja tulisnya itu.Tiba-tiba,dia terhenti apabila terdengar lagu ‘Sempurna’ yang dinyanyikan oleh Gita Gutawa dalam radio.
" Kau adalah darahku..Kau adalah jantungku…Kau adalah hidupku,lengkapi…."
Matanya mula berkaca."Adam..,"nama itu tiba-tiba terpancul dari mulutnya. Fikirannya mula kembali ke lima tahun yang lalu. " Nia marahkan abang ke?"kata Adam dalam keadaan termengah-mengah kerana keletihan mengejar Nia. " Mana adalah.Untuk apa pula Nia nak marah kat abang.Bukannya ada faedah pun marah kat abang kan?"kata Nia.Kemudian,dia terus berjalan tanpa menghiraukan Adam. Walaupun itu yang dikatakan olehnya,namun dalam hatinya,perasaan marah terhadap Adam masih membara.Dia berasa sungguh marah apabila melihat Adam terlalu mesra dengan teman sekelasnya itu tadi.Hatinya mula dikuasai rasa cemburu.Tapi bila terbit rasa cemburu itulah yang menunjukkan dia benar-benar sayang akan Adam. " Nia,jangan tipu la.Abang tahu Nia marahkan abang.Perempuan tu tak ada apa-apa hubungan pun dengan abang.Cuma Nia seorang je yang penting bagi abang,"Adam cuba memujuk Nia. " Sudahlah abang,jangan nak tipu Nia lagi.Berpegang-pegang tangan macam tu tak ada apa-apa hubungan la?!,"kata Nia dengan nada yang agak kasar. " Betul,abang sumpah..Perempuan tu yang gatal nak abang terima dia jadi girlfriend abang,"kata Adam bersungguh-sungguh. " Habis tu,kenapa tak terima?Terima la!Dia kan cantik,seksi.Tak macam Nia ni. Dah la abang,Nia tak ada masa la nak dengar semua ni,"kata Nia.Kemudian,dia terus berjalan pergi dari situ. " Nia!" Nia tidak mempedulikan panggilan itu dan terus berjalan.Seketika selepas itu, Nia menoleh ke belakang.Adam sudah tiada lagi di tempat tadi.Nia mengeluh. "Adakah aku boleh percaya kata-kata dia tadi?,"kata Nia dalam hatinya.Ketika dia masih memikirkan tentang perkara itu,tiba-tiba kedengaran bunyi petikan gitar.Nia terhenti. Adam tiba-tiba muncul di hadapannya sambil memetik gitar.
Kau begitu sempurna.. Di mataku kau begitu indah.. Kau membuat diriku akan selalu memujamu.. Di setiap langkahku,ku kan selalu memikirkan dirimu.. Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu.. Janganlah kau tinggalkan diriku,takkan mampu menghadapi semua.. Hanya bersamamu ku akan bisa.. Kau adalah darahku, Kau adalah jantungku, Kau adalah hidupku,lengkapi diriku.. Oh sayangku,kau begitu.... Sempurna..
Adam mendendangkan lagu ‘Sempurna’ untuk Nia.Semua pelajar yang berada di kawasan itu mula mengelilingi mereka berdua. Kemudian,Adam duduk secara melutut di hadapan Nia dan mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dari saku bajunya."Sayang, maafkan abang..,"kata Adam sambil menghulurkan ros merah itu kepada Nia. Nia terdiam seketika.Dia tergamam dengan tingkah laku Adam itu.Namun,dia akhirnya mengukir sekuntum senyuman sambil mengambil ros merah di tangan Adam itu. "Nia dah maafkan abang la..Bangunlah dulu,"kata Nia.Adam tersenyum gembira apabila mendengar kata-kata Nia itu.Pelajar-pelajar yang menyaksikan drama itu mula bersorak kepada mereka berdua.Nia yang sedar mereka sedang menjadi tumpuan para pelajar tersipu-sipu malu.Kemudian,dia segera pergi dari situ.Sebelum itu,dia sempat memberitahu Adam untuk berjumpa dengannya selepas tamat persekolahan hari itu nanti.
"Nia!,"Nia tersentak apabila namanya dipanggil."Kau ada nampak fail biru aku tak?,"Sarah yang tiba-tiba muncul mengejutkan Nia.Nia segera mengesat air matanya. "Nia,kau menangis?,"tanya Sarah. "Tak adalah,ada debu masuk dalam mata aku,"kata Nia. "Jangan cuba tipu aku la Nia,aku dah lama kenal kau.Ni mesti teringat kat dia kan?,"Sarah cuba menduga Nia. "Entah la Sarah,susah aku nak cakap.Walaupun dah tiga tahun berlalu,tapi hati aku tetap tak dapat lupakan dia.Dan aku masih rasa bersalah pada dia pasal hal yang berlaku dulu tu.Entah bagaimanalah keadaan dia sekarang ni.Lepas hal tu,aku langsung tak dapat berita daripada dia.Aku rindu sangat pada dia,"kata Nia sayu. "Nia,kau tak boleh terus macam ni,dia tu hanya sebahagian daripada kisah silam kau.Lupakan dia!Pandang ke depan Nia.Ramai lagi lelaki lain di luar sana tu.Mungkin dia pun dah lupakan kau sekarang ni,"kata Sarah tegas kepada Nia.Nia hanya mengeluh. "Aku nak pergi mandi dulu la.Petang ni aku ada kuliah. Fail yang kau cari tu ada atas meja sana tu," kata Nia sambil mencapai tuala birunya yang tersangkut di birai katil. Kemudian dia berjalan menuju ke bilik air. "Apa nak jadi la dengan kawan aku seorang ni,"kata Sarah sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya.Dia mengenali Nia sejak di sekolah menengah lagi.Mereka bersekolah di sekolah yang sama waktu itu.Dia merupakan pelajar baru ketika itu.Masih jelas dalam ingatannya pada waktu itu Nialah orang pertama yang datang menegurnya dengan senyuman yang sungguh manis ketika melihat dia tiada kawan.Tapi,kini Nia yang dia kenal lima tahun dulu itu sudah banyak berubah.
Nia berjalan sepantas mungkin untuk ke dewan kuliah.Dia melihat jam di tangannya,pukul 4.45 petang.Nampaknya dia sudah terlewat lima belas minit.Fikirannya sudah dapat membayangkan bagaimana Pn. Mariah akan meleterinya kerana terlewat nanti. Pn. Mariah memang cukup tidak suka jika ada studentnya yang datang lewat ke kuliah. Nia sebenarnya bukan sengaja datang lewat ke kuliah itu,tetapi dia terlewat kerana Prof. Azman hendak berjumpa dengannya tadi.Dalam keadaan tergesa-gesa itu, tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki.Buku-buku mereka berdua terjatuh bertaburan di atas lantai. " Maafkan saya,"kata Nia dengan rasa bersalah. " It’s ok,"kata lelaki itu.Masing-masing tunduk untuk mengambil buku mereka. " Maaf sekali lagi ye?,"kata Nia.Kemudian,dia terus berlari menuju ke Dewan Seroja yang tidak jauh dari situ. " Cantik perempuan tu,tapi dia tergesa-gesa hendak ke manalah tu agaknya," Haris tertanya-tanya dalam hatinya. " Hei Haris,kau buat apa lagi tu?Cepatlah sikit.Kau cakap nak ikut kami pergi library tadi,"Nabil yang berada jauh di depan memanggil Haris."Ya,ya..aku datang ni!,"jawab Haris.Kemudian,dia segera menuju ke arah rakan-rakannya itu dan sama-sama pergi ke perpustakaan. Pintu utama dewan kuliah itu dibuka dan semua orang memandang ke arah Nia yang berdiri di hadapan pintu itu. " Niana!Kamu tahu tak yang kamu sudah terlewat lebih lima belas minit?Kamu ke mana?,"tiba-tiba Pn. Mariah bersuara. " Saya...Tadi Prof. Azman hendak berjumpa dengan saya,kerana itulah saya terlewat.Maafkan saya Puan.,"Nia menjelaskan kepada Pn. Mariah. " Lain kali jangan lewat lagi..Pergi ambil tempat kamu,"kata Pn. Mariah. " Terima kasih Puan.,"kemudian dia segera pergi ke tempatnya.Dia mencari-cari buku Sejarah dan Manusianya,tetapi buku itu tiada. " Mana buku aku ni.Aku rasa aku dah ambil buku tu tadi,"kata Nia dalam hatinya. Dia mula berasa hairan.
Suasana perpustakaan yang senyap itu menjadikannya tempat yang paling tenang untuk para pelajar belajar.Di situ jugalah Haris dan dua orang kawan baiknya,Nabil dan Faiz sering berkunjung setiap petang untuk membuat sebarang rujukan.Dengan kerajinan mereka itu,tidak hairanlah mereka bertiga menjadi antara student terbaik dalam fakulti kejuruteraan di universiti itu. " Haris,kau ada bawa buku Sastera tak?,"tanya Faiz kepada Adam.Suara Faiz yang agak kuat itu menyebabkan pustakawan di situ memberi isyarat kepada mereka supaya tidak membuat bising. " Kau ni..jagalah volume suara tu sikit.Ni kan library,"kata Nabil kepada Faiz. " Aku tahu,memang salah aku.Sorry la..Eh,kau ada bawa tak,Haris?," tanya Faiz sekali lagi."Ada ni,"Haris menghulurkan buku itu kepada Faiz.Dalam semua buku-bukunya di atas meja itu,dia terpandang sebuah buku yang dia pasti bukan miliknya.Dia membelek-belek buku berkulit biru itu dan terlihat satu nama tertulis di dalamnya. " Nur Niana Elise bt. Aziz" " Nampak gayanya aku dah terambil buku perempuan tadi agaknya.Aku mesti pulangkan balik buku ini pada dia,"bisik Adam dalam hatinya.
"Walau sesukar manapun hidup yang perlu ditempuhi, walaupun seberat manapun cabaran yang perlu digalas, dan walau siapapun kita, ingatlah hidup mesti ditempuhi, mesti dijalani seadanya".
Hidup ini adalah rumit.. tidak semudah dan seringkas pemikiran anak-anak kecil yang hanya tahu bergelak tawa.
Aku masih mencari kebahagiaan, masih mencari sinar yang belum hadir di dalam hidupku. Kadang-kadang aku bertanya pada alam, pada sang angin, kenapa harus aku diperlakukan begini. Aku tidak minta, aku tidak mohon untuk diperlakukan sebegini rupa. Tapi inilah jalan takdirku, aku tidak boleh memilih.. ---------------------------
Hidup ini sering membuat aku menangis.. sedar aku murahnya air mata ini.. aku semakin mengerti, semakin lali dengan permainan hidup ini.. tekadku meneguhkan aku disini.. berseorangan mencari cahaya, jalan untuk keluar dari kedukaan ini.. kadang kala aku lemas.. anggapanku sudah tidak mampu bernafas.. cahaya itu semakin malap.. jalanku semakin kabur.. haruskah aku teruskan hidup ini.. apa yang menantiku didepan.. adakah sinar bahagia.. atau kedukaan yang tak berpenghujung.. ---------------------------
Adam , indah namaku tetapi tidak seindah hidupku... bagaimana hidupku bisa indah jika mereka telah pergi.. siapa mereka.. mereka yang bergelar ibu dan ayah.. Teringat aku pertama kali tiba di teratak kasih ini.. sunyi.. sedih,, keseorangan.. terpencil.. Itulah yang aku rasai.. teratak kasih atau rumah untuk anak-anak yatim. Tapi untuk menyenangkan hati penghuninya.. ia di biasakan dengan panggilan teratak kasih..
Kini, inilah rumahku.. inilah syurgaku... aku cuba membiasakan diri, dengan suasana baru, dan teman yang baru.. cantik .. damai.. keadaan di teratak kasih ini.. penuh dengan kasih sayang insan yang bergelar manusia.. namun betapa menggunung pun kasih sayang ini.. tidakkan sama dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah..
Berat hati ini untuk menerima hakikat bahawa mereka telah tiada.. pergi menyambut seruan ilahi.. pintaku berbahagialah mereka disana.. dan aku perlu mencari kebahagiaanku disini.. dunia baruku.. sama ada aku suka ataupun tidak.. inilah dia.. teratak kasih.. tempat aku berteduh berlindung.. dari kekejaman dunia..
Disini. Ada peraturan yang perlu dipatuhi.. ada tatasusila yang perlu di pelajari.. hidup di sini tak boleh ikut kepala sendiri.. nak lakukan semua benda, kena fikirkan untuk semua penghuni.. lain lah kalau di rumah sndiri.. makan bila-bila masa pun tak kisah.. tapi di sini terlepas waktu makan terpaksa la menunggu waktu seterusnya.. makan tidak boleh memilih.. telan apa yang ada.. syukur sentiasa perlu ada dalam diri..
Sukar untuk aku membiasakan diri, sikapku yang suka menyendiri menyebabkan aku tidak punya ramai teman.. mungkin ada yang mencela aku ni sombong, buat kepala sendiri.. tak sedar diri.. tapi mengertikah mereka aku tidak bisa, belum bisa menerima kenyataan ini.. kenyataan bahawa aku telah keseorangan..
Disini.. aku temui satu tempat yang indah.. teratak kasih, tumbuhnya di tempat yang paling aku gemari.. pantai.. cantik dan damai sekali.. lantas ku jerit pada sang burung, pada langit, pada sang pokok.. " pantai ini milik aku, pantai adam,, ingat sang burung,, ini milikku" puas hatiku.. terasa hilang beban yang ditanggung...
Kebanyakan hariku tersisa dipantai ini,, pantai adam, nama yang ku berikan.. Aku suka bunyi ombak yang menderu,, aku suka bila angin yang lembut ini membelai tubuhku.. walaupun dipagari pagar yang tinggi.. aku masih bisa mendengar ombak itu berlagu, aku masih bisa merasai angin itu berpuisi,, teringin aku untuk melangkah pagar itu, menyentuh air yang jernih itu, berlari-lari mengikut alunan ombak itu.. namun peraturan tetap peraturan.. penghuni teratak kasih tidak diizinkan mendekati pantai itu tanpa kebenaran dan kawalan rapi.. ok la.. syukurku.. masih mampu melihat.. masih mampu merasa, masih mampu mendengar...
Hari demi hari.. aku semakin pasti.. semakin menerima.. inilah takdirku.. Dia lebih menyayangi mereka.. aku redha.. aku terima percaturannya.. dia lebih tahu semuanya.. Cuma satu pintaku... abadilah mereka bersama insan yang soleh dan berbahagialah mereka disisimu.. moga pergi mereka tanpa rasa kekesalan kepadaku.. jika ada kesal di hati mereka.. hidupku pasti dirundum pilu.. menjadi anak yang derhaka..
Hari ini, aku berazam inilah permulaan baruku,, aku akan mencari bahagiaku.. ya allah limpahilah hatiku dengan sinarmu, berikanlah aku secebis harapan agar yang secebis itu bisa menjadi segengam.. agar aku mampu menerima apa jua dugaan mu.....
"Adam' inilah sekolah barumu,, ingat dalam setiap apa yang kamu lakukan,, utamakan maruah teratak kasih, berikanlah kebanggaan kepada seisi penghuni teratak kasih agar kita dipandang tinggi" itulah pesanan ibu@ pengetua teratak kasih sewaktu menghantarku ke sekolah baruku.... hati berdebar memikirkan apa yang menantiku dihadapan,, byk perkara yang aku bimbangkan,,, ibarat anak kecil yang baru hendak melangkah ke alam persekolahan..
Aku melangkah ke tingkatan 3 adil.. diiringi kepala sekolah,, " assalamualaikum,,, saya Adam, baru pindah, senang bertemu kalian.." ringkas dan padat tanda perkenalanku dengan teman2 yang baru.... "Adam, kamu boleh duduk di sebelah Danial, di hujung sana" baik cikgu.. aku melangkah dengan perlahan, "assalamualaikum Danial, saya Adam, selamat berkenalan" salam perkenalan pertama aku tidak bersambut.. tidak mengapa.. mungkin masih baru.. mereka masih belum biasa..
Aku mengemgam sebatang pena, dan pena itu mengukir semua yang aku fikirkan,, tidak aku sedari kertas itu telah penuh dengan cotenganku yang mana hanya aku sahaja yang faham apa maksudnya..
"hai adam, saya murni, kamu sudah makan?" soal murni... "Hai" belum lagi"... balasku..
"Hanis! Cepatlah, woi! Kata nak main dengan kamiii...!!!" pekik Farhan dari luar rumah Hanis. "Sabarlah, wei!" balas Hanis, memekik juga. "Hanis, jaga suara tu, sayang..." ibu Hanis, Puan Sharmila menegur lembut. "Hehe! Sorry, Ma! Nis pergi dulu, ya!" ujar Hanis lalu mencium tangan ibunya. "Pa, Hanis nak pergi main dulu, yaaaa.... Sayang Papa!" Hanis mencium ayahnya sambil tersenyum. "Hah, main nanti jangan kasar-kasar sangat. Suka sangat bergaul dengan budak-budak lelaki," Tuan Hisham menggeleng-geleng kepalanya. Hanis keluar dan kelihatan Farhan sedang menunggu. "Woit, hari ini ada budak baru joinlah. Nama dia Danny, anak orang kaya. Dia baru pindah sini," Hanis hanya mendengar celoteh Farhan itu. "Nis?" panggil Farhan. "Apa dia?" jawab Hanis. "Kenapa kau suka main dengan budak-budak lelaki?" soal Farhan. "Hmmm... Kalau aku main dengan budak perempuan, bosanlah wei! Asyik-asyik main masak-masak, pengantin-pengantin... Tak mencabar langsung!" Hanis mendengus. "Sebenarnya kau tu yang kasar. Ala-ala tomboy gitu," Farhan ketawa. Hanis hanya tersenyum. Mereka tiba di padang bola. Hanis terlihat kelibat seorang lelaki yang tak dikenali sedang lincah beraksi di padang. 'Budak baru tu kot. Pandai juga dia main,' getus hati Hanis. "Woi, ni, Hanis dah datang. Jom start!" pekik Farhan. Amboi, suka sangat memekik budak-budak ni. "Hah? Budak perempuan ni? Gila ke? Dahlah lembik, ada hati nak ajak dia main! Pergi balik main mak-mak sana dengan budak-budak perempuan!" sindir Danny. Farhan memandang Hanis, merah padam muka sahabatnya itu. "Kau apa hal?!" Hanis menolak Danny dengan kuat dan Danny hampir jatuh. "Hei, perempuan! Kau ni memang tak layaklah main dengan kami! Pergi baliikkk..!!!" Danny sudah hampir meletup.
'Danny, dahlah. Budak ni selalu main dengan kamilah,' bisik Farhan. "Farhan, aku blah dulu. Tak ada mood nak main," ujar Hanis selamba. "Hah, kau orang tengok! Penakut ya amat! Aduh!" bola sepak milik Danny sendiri mengenai kepalanya. Dia berpaling, Hanis tersenyum sinis. Kemudian, Hanis berlalu pulang. "Woi, kau Danny... Kacaulah!" Farhan geram dengan tindakan Danny tadi. "E'eleh. Setakat perempuan, baik kau cari budak lelaki kaki bangku main dengan kita. Sekurang-kurangnya kita tak main dengan perempuan," Danny memandang rakan-rakannya di hadapan. Semua diam, terkaku. Kemudian, satu keluhan berat dilepaskan dan mereka beredar dari situ. Danny terpinga-pinga. "Tulah kau. Aku dah cakap, jangan herdik Hanis. Dia tu memang dah mempengaruhi budak-budak lelaki kat sini. Dia tu kasar!" Farhan mencapai basikalnya. "Aku tahu kau anak orang kaya. Tapi, duit tak boleh beli kawan, tak boleh cari kawan. Hanis tu, memang anak orang berada juga, tapi dia tak sombong. Dia bergaul je dengan sesiapa pun. Atas rayuan dia, ayah dia setuju nak beli padang ni untuk budak-budak main. Hanis tu memang kasar, tapi dia baik," Farhan menerangkan karakter Hanis dengan panjang lebar. "Umur dia berapa?" soal Danny. Farhan memandang Danny sambil tersenyum simpul sebelum menjawab. "Sama tua dengan kita, 16 tahun. Kenapa, kau jatuh cinta ke dengan dia?" Farhan ketawa dengan lawaknya sendiri. Danny menjelingnya. "Kau cakap dia tu kasar? Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan dia pula..." Danny tersenyum sinis.
"Mana tahu... Wakaka," Farhan menahan ketawa. "Woi, Farhan!" sapa seseorang. Suara tak garau langsung, tapi kasar. 'Mesti si Hanis,' teka Farhan. Dia berpaling. 'Dah cakap dah...' bisiknya sendirian. "Jom pergi rumah aku kejap," ujar Hanis sambil tangannya memegang sebuah buku. "Apa hal pula... Malaslah," Farhan membuat muka blur. Danny hanya memandang mereka berdua. "Alah, jomlah!" Hanis mendekati Farhan dan menarik tangan Farhan. "Danny, kau baliklah dulu! Aku nak pergi rumah Hanis kejap," Farhan melambai-lambai ke arah Danny. 'Kalau kau nak ajak budak berlagak tu, aku tak kisah. Asal dia jangan cakap dengan aku, tak payah cari masalah,' bisik Hanis. "Danny, nak ikut?" Farhan dan Hanis menghentikan langkah. "Boleh juga..." jawab Danny teragak-agak. Mereka berjalan menuju ke rumah Hanis. Kelihatan ibu dan ayah Hanis sedang menikmati minum petang di halaman rumah yang permai itu. "Eh, Farhan! Mari sini, mak cik sediakan kuih kegemaran kamu, bingka ubi. Makanlah," Puan Sharmila menguntum senyum. "Eh, yang ni siapa? Hanis, tak nak kenalkan kat Mama?" Puan Sharmila memandang anak perempuannya itu. "Ermm... Ni, aa... Farhan, nama dia apa? Lupa pula. Hehehe," Hanis tersengih. Baginya, tak perlu ingat nama budak berlagak macam tu. "Mak cik, pak cik, saya Danny. Baru semalam pindah ke sini. Papa saya kena tukar tempat kerja," Danny menghulurkan salam kepada Tuan Hisham. "Oh... Anak Encik Daniel tu, ya? Tu kawan baik pak cik. Dah lama kami berkawan," Tuan Hisham menguntum senyum. "Oh..." Danny mengambil tempat di sebelah Farhan. 'Tak sangka pula ayah kau dan ayah Danny kawan baik. Nanti, bila dah besar, kau orang berdua dinikahkannya pula," Farhan kemudiannya ketawa. Hanis memandang Farhan tajam.
"Hah, Farhan. Kenapa suka sangat tu?" soal Puan Sharmila. "Eh, tak ada apa-apa, mak cik. Ni ha, Hanis buat lawak," ujar Farhan sambil tersengih. Danny hanya memandang Hanis lama. Hanis yang cantik, kulitnya putih gebu, wajahnya mulus dan kepalanya dilitup dengan tudung berwarna kelabu. 'Cantik,' bisik hati kecilnya. Setelah selesai minum petang, kedua-dua jejaka itu pulang ke rumah mereka. Keesokannya, Danny dimasukkan ke sekolah yang sama dengan Farhan dan Hanis. "Danny, sila perkenalkan diri," Cikgu Suhaila selaku guru kelas 4 Astronomy tersenyum. "Hai, saya Muhamad Danny Amirul bin Muhamad Daniel Amin. Saya datang dari Johor. Tapi, saya tak kisah berkawan dengan sesiapa. Jadi, harap awak semua dapat menerima kehadiran saya di sini. Cewah, ayat skema pula," Danny tersenyum dan seisi kelas ketawa. Ada juga yang sengih-sengih. Para pelajar perempuan hampir terlopong mulut melihat wajah Danny. Sungguh kacak! Dahlah tinggi lampai... Hanya Hanis je yang kelihatan gelisah. "Okey, Danny. Awak pergi duduk tepi Hanis. Tempat tu dah lama menyepi, sejak perginya kawan baik Hanis, Farhana. Pergilah duduk," Cikgu Suhaila memandang Danny, lama. "Tak ada tempat kosong lain ke, cikgu?" soal Danny. Cikgu Suhaila menggeleng tegas. Danny, dengan separuh terpaksa mengatur langkah ke meja bersebelahan Hanis. 'Okey, kelas. Cikgu ada meeting, jadi terpaksa pergi dulu," Cikgu Suhaila terus keluar dari kelas. "Farhan! Kau duduk sini, boleh?" soal Hanis. "Apa hal pula?" soalan berbalas soalan. "Tak selesa pula rasanya duduk sini. Lagipun, kau 'kan kawan baik orang sebelah aku ni. Tolonglahh..!!!" walaupun seisi kelas mendengar perbualan itu, mereka langsung tidak mengendahkannya. "Yalah... Yalah..." jawab Farhan. "Woi, Fiq! Aku duduk belakang kau, eh! Berbahagialah engkau di sebelah Hanis! Muahaha!" Farhan tersengih.
Syafiq Faisal, kawan baik Farhan. Boleh tahan juga kacaknya, tapi sedikit pendiam. Sedikit je, tak banyak. Hahaha. 'Sorry, eh, Fiq! Aku terpaksa... Aku tak sukalah duduk tepi budak Danny berlagak tu,' bisik Hanis. Syafiq hanya mengangguk. Dia tahu semua kejadian yang berlaku petang semalam, Hanis gaduh dengan Danny. 'Kau okey aku duduk sebelah kau?' soal Hanis. 'Okey jee... Tak kisah. Asal Farhan dekat dengan aku. Hahaha, macam kekasih pula kami ni, ya!" Syafiq tersengih. Apabila waktu rehat tiba, Hanis hanya memakan bekalannya di dalam kelas. Dilihatnya Danny seakan sakit. Dia menekan-nekan perutnya. "Danny, kau okey?" soal Hanis tanpa mengingati kisah semalam. Danny hanya diam, masih menekan-nekan perutnya. "Aku tanya ni..." Hanis hanya memandang Danny. "Aku...erk...aku ada gastrik," Danny menahan sakit. "Kau tak bawa bekal? Tak beli di kantin?" soal Hanis sambil mencapai bekalnya. Danny menggeleng. "Dompet...a...aku hi..lang.." Danny masih lagi kesakitan. "Nah, makan bekal aku ni. Nasi goreng mak aku buat. Sedap tau," Hanis menghulur bekalnya. Danny menggeleng, sebenarnya malu. "Kau...nak makan...apa...er...nan...ti?" Danny memandang Hanis. "Makanlah. Aku tak apa, aku tak ada gastrik. Hehehe. Nanti sakit kau melarat, susah pula," Hanis menghulurkan satu suapan kepada Danny. Nasib baik pakai sudu. Danny terkedu. Menyesal pula hina Hanis semalam. Dia teragak-agak membuka mulutnya. Farhan yang baru masuk kelas menyaksikan kejadian itu. Syafiq yang baru muncultersenyum. Mereka berdua pura-pura batuk. Hanis tersentak. "Err... Makan sendirilah pula, ya!" Hanis tersengih, malu gila! Syafiq duduk di tempatnya. 'Romantik gila aku tengok kau orang tadi,' bisik Syafiq. Hanis hanya tersengih.
"Hanis, nah bekal kau," Farhan mencampak bekal Hanis atas meja perempuan itu. Kemudian, dia berlalu begitu saja. "Danny, sakit lagi ke?" soal Hanis. Danny menggeleng. Setelah tamat pembelajaran pada hari itu, Hanis kelihatan sedikit pucat. "Kau okey, Nis?" soal Syafiq. "Okey..." jawab Hanis, mamai. "Hmmm.... Betul?" soal Farhan pula. "Yaa...." Hanis mencapai beg galasnya. Dia melangkah perlahan keluar kelas. Setelah mendengar Hanis dalam keadaan okey, Farhan dan Syafiq sibuk berbual. Danny juga ikut serta dalam perbualan itu. Hanya mereka bertiga yang belum pulang. "Gedebukk..." Farhan, Syafiq dan Danny tersentak. "Bunyi apa tu?" soal Syafiq. "Macam orang jatuh je..." Farhan menduga. "HANIS!" terbelalak mata Danny melihat Hanis kaku tidak bergerak atas lantai betul-betul tepi pintu. Ketiga-tiga jejaka itu mendekati Hanis yang terbaring kaku. "Ini semua mesti salah aku... Kalaulah aku tak sakit tadi, mesti dia tak bagi bekal dia. Mesti dia perut dia tak kosong," Danny mengeluh. "Wei, bukan salah kaulah. Dah, tak payah salahkan diri sendiri," Syafiq menepuk-nepuk belakang Danny. Danny kemudiannya mengangkat Hanis ke bilik sakit yang hanya setingkat dengan kelas mereka. Farhan hanya diam. Biasanya dia yang banyak celoteh. "Awak semua ni siapa?" tanya seorang guru yang bertugas. "Saya Danny. Kawan sekelas Hanis. Ni Syafiq, dan ni Farhan," Danny menunjukkan riak wajah yang kebimbangan. "Oh. Hanis tu cuma perut kosong je. Sebab tu dia pengsan. Lepas ni, bawa dia pergi makan ya," guru yang bertag nama Khalida itu tersenyum. "Ha, tu dia dah sedar. Hanis, kawan-kawan kamu nak belanja kamu makan ni," Puan Khalida tersenyum lagi. Farhan, Syafiq dan Danny tersengih melihat Hanis menggaru-garu kepalanya. "Jomlah...!" Farhan menarik tangan Hanis. Danny menjeling. 'Aku pengsan ke?' bisik Farhan. "Hmm..." jawab Farhan, melepaskan tangan Hanis. Hanis dapat rasakan Farhan semakin dingin dengannya. Ah, biarlah.
"Kenapa Cikgu Khalida cakap kau orang nak belanja...er..aku?" Hanis memandang Farhan dan Danny. "Aku balik dulu!" Farhan terus menghilangkan diri. "Tak ada siapa nak belanja kau. Perasan!" Danny mencebik dan terus berlalu dari situ. Syafiq terkebil-kebil memandang dua rakannya itu. "Kau okey?" soal Syafiq. "Aku okey, tapi tak tahulah kalau kawan-kawan kau tu okey ke tak... Pening aku. Jom, balik," Hanis beriringan dengan Syafiq menuju ke pagar sekolah. Kelihatan Farhan dan Danny juga sedang menunggu pemandu masing-masing menjemput. Hanis tidak mempedulikan mereka. "Wei, aku lintas dulu, eh. Nanti ayah aku ambil kat seberang sana," Syafiq melambai-lambai ke arah Hanis. Dia terus melintas setelah mendapati tiada kereta yang sedang lalu-lalang. Tiba-tiba, sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Tanpa sempat dielak, "GEDEBUMMM...!!!" Syafiq terpelanting jauh. Hanis terduduk. Farhan dan Danny tergamam. Pemandu kereta yang melanggar Syafiq itu berhenti, namun setelah melihat keadaan Syafiq, dia cabut lari. "SYAFIQ...!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Hanis. Air matanya sudah bercucuran keluar. Dia mendekati Syafiq yang dibasahi darah itu. Baju sekolah putih yang dipakainya langsung tiada warna putih. Merah! Merah semerah-merahnya! Kepala Syafiq diletakkan ke atas ribanya. "Fiq... Sabar, Fiq. Nanti ambulans datang," Hanis mengesat air matanya. Farhan sedang menelefon ambulans di pondok telefon berdekatan manakala Danny hanya memandang. Syafiq lemah tiada berdaya. "A...ak...aku...cin...cintakan kau, Fiq!" Hanis menangis lagi. Syafiq kemudiannya terpejam matanya. "SYAFIIIIIIQ.....!!!!!!!!" jerit Hanis sekuat hati. Dia menangis teresak-esak.
Seketika kemudian, ambulans tiba. Syafiq dikejarkan ke hospital, namun apakan daya. Allah itu Maha Kuasa. Dia telah mengambil Syafiq untuk selama-lamanya. "Jangan khuatir, tuan. Kami pasti mencari orang yang melanggar anak tuan. Kami janji," seorang anggota polis bercakap dengan ayah Syafiq, Taufiq. Mata Hanis bengkak. "Hanis..." panggil Farhan perlahan. Dia memegang lembut bahu Hanis. Hanis menepis tangan Farhan dan pergi dari situ. "Hanis!" panggil Danny pula namun tidak dihiraukan. "Kak Fiqah!" Hanis memeluk kakak Syafiq, Shafiqah. Kedua-duanya menangis. Hanis agak rapat dengan Shafiqah memandangkan dia seorang anak tunggal. Dan, Shafiqah jugalah tempat Hanis meluahkan perasaan. Shafiqah tahu perasaan Hanis terhadap adiknya, Syafiq, tetapi dia hanya mendiamkan diri. Hanis sendiri yang menyuruhnya merahsiakan hal itu. "Hanis dah beritahu Syafiq?" soal Shafiqah. Hanis mengangguk. "Bila?" soal Shafiqah lagi. "Tadi...masa Syafiq tengah nazak, darah dia banyak sangat. Hanis takut. Hanis beritahu Hanis sayangkan dia," Hanis sudah reda tangisannya. "Hanis, sayang!" Puan Sharmila tiba di hospital. Hanis memeluk ibunya. Setelah selesai semuanya, Hanis dan keluarganya pulang ke rumah. Hanis hanya mendiamkan diri. "Syafiiiiq!!!!!!" jerit Hanis, tengah malam. Dia mengigau. Kemudian, dia menangis. Ibunya memasuki biliknya. "Hanis? Sayang okey?" Puan Sharmila memeluk anaknya tatkala melihat Hanis menangis. "Dahlah. Tidur... Esok nak pergi sekolah, 'kan?" Puan Sharmila mengusap-usap kepala anaknya itu. Cewah, kalah budak 6 tahun! Biasalah, anak tunggal, umur 16 pun masih dimanjakan. Hehehe!
Esoknya, Hanis melangkah masuk ke kelas dengan lemah. Dia duduk di tempatnya, sebelah arwah Syafiq. Dia hanya memandang tempat Syafiq. Kemudian, dia mengeluh. Sebentar kemudian, Puan Suhaila masuk ke kelas dengan wajah muram. Semua pelajar dalam kelas 4 Astronomy riuh-rendah, kecuali Farhan, Danny dan Hanis. Mungkin semuanya tak tahu akan pemergian Syafiq. Yalah, tak ada orang beritahu. "Bangun!" ketua kelas, Fazrin mengucapkan selamat pagi kepada Puan Suhaila. "Okey, kelas. Hari ini ada satu berita yang mengejutkan. Erm... Syafiq... Dia dah tak ada," Puan Suhaila menitiskan air mata. Hanis yang mula-mula hanya sebak terus menangis teresak-esak. Danny dan Farhan menunduk. Seisi kelas tergempar. Ada yang berwajah sedih, ada juga yang menangis. Mana taknya, Syafiq tu teramatlah baik. Selalu tolong orang. Tak pernah sakitkan hati orang. Bijak pula tu! Seorang pelajar lelaki melangkah masuk. Dia bercakap-cakap dengan Puan Suhaila. "Okey, kelas. Kalau semalam kita ada pelajar baru, Danny, hari ini kita ada Irfan. Irfan, perkenalkan diri," Puan Suhaila memaksa dirinya untuk senyum. "Assalamualaikum, semua. Saya Wan Irfan bin Wan Irsyad. Harap semua sudi berkawan dengan saya," Irfan menguntum senyum. "Irfan, memandangkan tak ada tempat kosong lain, awak kena duduk sebelah Hanis. Hanis, awak okey?" Puan Suhaila memandang Hanis yang bengkak matanya. Hanis mengangguk. "Tempat tu memang tiada orang ke, cikgu?" soal Irfan. "Sebenarnya ada... Tapi, orang tu dah 'pergi'," Puan Suhaila menunduk. Irfan sedikit hairan apabila melihat seisi kelas menjadi muram. Dia menuju ke tempat sebelah Hanis. Dia memandang Hanis dengan senyuman tanda perkenalan.
Waktu rehat, semua pelajar turun ke kantin untuk makan. Hanya tinggal Hanis berseorangan dalam kelas. Irfan yang hanya mengambil angin di tingkat itu masuk ke dalam kelas. "Eh, awak! Tak makan ke?" Irfan langsung tidak tahu nama Hanis. Hanis hanya memandang Irfan, kemudian dia tunduk. "Nama awak siapa?" soal Irfan. "Hanis. Faizatul Hanis," Hanis menjawab ringkas. Irfan mengangguk-angguk. "Hanis tak makan?" soal Irfan lagi. Hanis menggeleng. "Puasa?" sekali lagi Hanis menggeleng. "Habis?" Irfan pelik dengan perangai Hanis. Hanis tidak menjawab. Seketika, Danny dan Farhan masuk ke dalam kelas. "Hanis..." panggil Farhan. Diam. "Hanis!" panggil Danny pula. Dia sudah tidak tahan dengan perangai Hanis yang asyik mendiamkan diri sejak peristiwa Syafiq dilanggar lari semalam. 'Jangan kasar sangat, wei...' bisik Farhan. "Apa hal pula? Dia 'kan kasar, takkan kita tak boleh kasar-kasar dengan dia?! Benganglah kau ni, Farhan! Woi, Hanis! Takkan sebab Syafiq bodoh tu mampus, kau tak nak kawan kita orang?!" Danny mendengus marah. Irfan hanya memandang. "Kau... APA HAL?!" Hanis menolak Danny. Air matanya bercucuran. Merah padam muka Danny menahan marah. Irfan dan Farhan hanya memandang. Danny bangun dan memegang kedua-dua bahu Hanis. Kemudian, dia menolak Hanis hingga Hanis jatuh ke belakang dan kepalanya terkena bucu meja. "Kau memang kena diajar! Orang yang dah mati tu, dahlah! Kami ni nak minta maaf! Lagipun, bukan salah kami Syafiq kau tu mati!!" Danny semakin berapi. "Danny!" Farhan menegah Danny daripada melakukan sebarang perkara yang bakal memburukkan keadaan. Irfan membantu Hanis bangun. Ternampak kesan tompokan darah di tudung putih Hanis. "Dahlah, wei. Tak eloklah gaduh-gaduh macam ni," Irfan cuba meredakan keadaan. "Kau siapa, hah?!" Danny makin naik angin.
Aku berlari mendapatkan beg sandang yang aku tinggalkan entah merata-rata, memang dah sejak azali ye perangai aku macam ni suka suki aku je letak barang lepas tu juga macam orang gila cari. Hari ni genap 8 hari ehhh bukan 9 hari 3 jam 12 saat aku berkerja dekat sini maknenya opppss xde maknanya. Cuti semester ni aku kena cari banyak duit untuk tampung kos perubatan aina. Nak dijadikan cerita aku dah banyak kali cuba untuk menjadi kaya tapi tetap juga tak boleh bukanlah sampai jumpa bomoh , berdosa tu tapi kalau nak diikutkan kiraan aku yang add mate pun dapat 0 ni dah 10 kerja aku buat semuanya sebab duit. Entahlah manusia mana yang sesuka hati dia je cakap duit tu tak penting sekarang ni nak masuk jamban atau bahasa lembutnya tandas pun kena duit tau, dah naik pulak tu kalau dulu masuk 30 sen sekarang 50 sen. Nasib baik aku pompuan kalau tak dah lama aku buang kat tempat-tempat tak sepantutnya…tut….pemikiran kotor jangan contohi.
"Syah esok kau masuk pukul 5 tau, bos suruh sebab stok baru nak sampai" jerit ayu, amboi pompuan ni ayat macam siot laaa…..aku jugak yang kena bos ni pun satu taulah si ayu tu ala-ala keperempuan yang melampau aku ni ala-ala kejantanan sikit, ini dah kes deraan ni….
"Pasal apa aku sorang je kene ko nak ke mana?" soalku sambil meletak keras buku baru di hadapan ayu.
"Aku ada date esok so aku cuti hahahah" katanya disertai gelak menyerupai pontianak busuk di waktu malam. Aku mencebik kea rahnya ’pegi mampus lah date kau’ tapi dalam hati je aku ni baik tak sampai hati nak marah ..ewahh baik ke??. Aku meneruskan kerja yang tergantung tadi.
"apa kata kau ngorat je mamat kaya, anak dato ke....tak payah la ko dok pening kepala macam nikan...." dila mengangkat keningnya setelah memberi cadangan yang konon-kononnya bernas. Apa ko pikir aku ni dah buruk lantak nak sapu je semua sebab duit? Hish hish tak mungkin…..bisik hatiku. Cadangan itu ku biarkan seperti angin lalu.
"cik…cik….." pekikan kuat di telingaku memusnahkan ingatan pada dila, mataku berpaling kepada mahluk yang sesuka sesuki je sergah aku tadi. Bleh pecah gegendang telinga sebelah kiri aku.
"nak apa?" soalku kuat ya lah mengacau je orang nak layan perasaan.
" nak beli bukulah tak kan nak awak kot…" haa amik kau syahrina gatal sangat sergah pelanggan, aku terus terdiam wajah mamat poyo tu langsung aku tak pandang, malu siot dia cakap macam tu tak control langsung..anak sapo la ni. Mesti masa kecik dulu mak dia bagi dia dengar lagu kuat-kuat tu yang jadi cam ni.
" hehhh kiralah cepat berangan pulak…" sekali lagi sergahan kuat dari mamat tu abis basah muka aku ken air liur dia. Beberapa orang pelanggan memandang kearah kami. ‘sabar syah jangan ikutkan perasaan, ingat tuhan’ suara hati murni aku tapi tetiba plak terdengar ’ala ko sentap je mamat tu sesuka dia je nak marah kau ingat kau tu bini dia ke apa....’ hishhhh.....
" apa ni encik sabarlah sikit, sampai basah muka saya ni kena air liur encik, busuk tau tak" lelaki itu memandangnya tajam, syah buat muka bodoh sambil tangannya memberi baki duit lelaki itu.
"tak payahlah… awak ambik je baki tu buat beli pencuci muka sebab jerawat awak tu penuh penuh satu muka" bumm kenyataan ‘membabi buta’ dari seorang lelaki, cihssss tak penah keterunan aku kena kutuk sebab jerawat ini kali pertama…. mamat poyo tu terus blah macam tu je.
Hari ini macam biasa aku sorang sahaja yang akan menjadi mangsa menyusun stok buku-buku baru yang sampai semalam. Ini kalau call tali dera mesti kedai ni tutup tak makanlah bos aku baru padan muka dia. Tapi padan muka aku juga nanti tak ada keje.
Baru nak merehatkan tulang belakang seorang costumer membunyikan loceng macam jual ikan. Hishhh alamak mamat hensem laaa..sekali pandang macam muka mix blood plak, bersamanya seorang budak pompuan yang comel siap tocang dua macam aku kecik-kecik dulu hehe. Mesti bukan anak dia sebab dia muka macam pecah rumah....ehh ye ke hensemlah tiba-tiba hati jahatku berbisik.
"Ada tak buku yang tentang puteri-puteri?" soalnya persis anak kecil, masa tu mukanya berona merah masa tu jugalah aku ketawa terbahak-bahak. Cuak muka saudara dihadapanku... hah aku peduli apa, ada aku kisah. Dia terus duduk separas anak kecil di sebelahnya umurnya kira-kira 6 tahun kot.
"Sayang nak buku apa? Papa tak tahulah..." hah terbuntang biji mata syahrina papa?dah kawin ke alaaahaiiii melepas aku. Hish syah..syah kau tengah kerja jangan pikir tak senonoh. Dosa-dosa laki orang. Tapi umur macam dalam 30 an cam tu ni mesti kes kawin awal ni...haiii best ye kawin...
Selepas hampir beberapa minit berdiri di depan kaunter lelaki tadi macam dah pening melayan kerenah anaknya. ’Mana mama dia tak akan tak ikut’ hati aku bertanya tapi kat hati je lah tak akan aku nak tanya kot. Syahrin tekun memandang dua beranak di hadapannya, Akhirnya bosan nampaknya aku kena turun padang.
" hai...sayang nak buku yang ada puteri pakai gaun cantik kan putera naik kuda? " tekaku. Hatiku lega apabila anak manis itu laju menganggukkan kepala..pipi manisnya aku cuit lalu aku membawa diri ke tempat buku yang dimaksudkan. Aku membawa beberapa buah untuk dipilih.
" sayang nak yang mana satu? Akak bagi pilihan banyak ni...kalau nak putera yang comel buku ni, kalau nak yang berani buku ni, kalau nak....bla..bla.." aku membuat tawaran.
"nak putera yang hensem macam papa...." jawabnya sudah.... hensem macam papa dia? Mana nak cari, aku memandang wajah lelaki itu jelas wajah itu berona merah mungkin malu dengan pengakuan anaknya.
" emmm.... hensem macam papa ek... yang ni lah...adik amik yang ni ek..." aku memberikan buku itu kepadanya. Dah senyum-senyum kambing plak budak ni kat aku, jangan ingat aku nak ngorat papa kau ek, tak main laki orang. Tapi kalau dia nak ok kot....aku tersenyum sendiri.
Banglo milik Tan Sri Moktar indah disinari cahaya, seisi rumah sedang khusuk dengan makanan yang terhidang di atas meja yang boleh memuatkan 12 orang. Puan Sri Maznah memandang telatah kedua anak lelakinya dan cucu kesayangannya sejak Arwah Yasmin pergi hanya Syakila saja penyejuk di matanya. Hatinya sangat menginginkan penganti menantunya, namun lokman hafizi anak sulongnya tetap dengan setia pada arwah. Nak harapkan si lokman hakim anak bongsunya jangan haraplah nak kata tak hensem, itulah keistimewaan anaknya nak kata tak ada duit sebagai penolong pengarah mustahil itu menjadi masalah. Tapi satu nama perempuan pun tidak pernah terkeluar dari mulut anak kesayangannya itu.
" pak su tadikan ila jumpa akak comel, baik sangat...." syakila memecah sunyi. Hakim hanya memandang anak saudara kesayangannya kemudian matanya menuju ke arah hafizi abangnya.
"haiii along tak akan bawa jumpa ila je kot, ni pengawai penapisan bakal kakak ipar kena tau juga. Hakim mengenakan abangnya
"Hishhh kau ni dengarlah kata si budak kecik ni, bayangkan dekat sejam along duduk kedai buku semata-mata nak cari buku putera katak dia tu" hafizi mamandang anaknya sambil menjulir lidah. Syakila bangun dari kerusinya terus mencubit lengan papanya yang lebih besar darinya.
"aduh..aduh....sakitnya puteri cubit, tolong katak ambik puteri ni" mendengar jeritan alongnya, hakim semakin memberi semangat kepada syakila untuk membuli papanya.
Melihat aksi itu Tan Sri dan Puan Sri hanya tersenyum dan kadang kala terdengar juga mereka menyelah dengan ketawa yang kuat. Gamat suasana keluarga itu sehinggakan bibik juga keluar sama berkongsi kegembiraan.
" Suruh ajalah papa kawin dengan kakak yang ila jumpa tu, nanti dapat mama baru." sekali lagi hakim mengenakan alongnya hatinya bukan saja bergurau tapi ibarat mendoakan yang alongnya akan dapat mencari penganti cinta kak Yasmin.
" amboi hakim tu macamana umur pun bukan muda lagi dah 29, along pulak yang dia sibukkan, kalau tak ada yang berkenan biar mama carikan yang sesuai anak Datin Murni tu dah lama tanyakan hakim...nak" semua mata tertumpu kepada hakim, ’hishh mama ni aku pulak yang kena anak Datin Murni mulut murai tu Ya Allah simpang malaikat 44.....’
"ila kita gelakkan pak su tulah nak kenakan orang sangat dia yang terkena’’. Sebaik sahaja mendengar kata-kata papanya, anak kecil itu terus mengekek kesukaan. Suka hatinya apabila melihat muncung pak su macam ikan puyu.
Selihat gelak anak buat kesayangannya masih belum berhenti dia bangun dan mendapatkan tubuh kecil itu. Mengekek syakila apabila di geletek oleh pak su nya. Dia segera lari mendapatkan papanya untuk menyelamatkan diri. Suasana kembali riuh rendah dengan jeritan ila dan hakim yang macam budak-budak. Dalam hati hafizi tertanya-tanya kenapa adiknya mesti mengelak jika dibicara tentang cinta atau perempuan adakah sebab dia dijadikan contoh?.
Sudah hampir seminggu dia menjadi pelawat setia hospital besar KL, melihat wajah suram aina yang lena di atas katil dipandang. Entah mengapa air matanya tumpah tiba-tiba, mengapa anak kecil itu yang patut menanggung seksa? Pandangannya beralih kepada Suhana...hah sukarnya berada di tempat suhana entah mengapa sehingga kini kakak angkatnya itu seakan membisu mungkin kerana terpaksa menangung perasaan sedih yang terlampau. Barah darah yang di hidapi aina anaknya banyak menjadikan suhana menjadi insan yang tabah, namun setabah mana hatinya apabila melihat anaknya berperang dengan kesakitan.
" Ana ni aku ada bawakan nasi, makanlah dulu biar aku jaga aina" aku meletakkan bungkusan nasi dah air milo ais di hadapan Suhana, aku tahu dia tidak berminat tapi aku akan pastikan dia makan.
" Rina terima kasih... " mata suhana memandang tepat ke arahku entah ke berapa juta kali ucapan itu meniti di bibirnya.
Buat sekian kali juga aku hanya mendengar dan tersenyum, sememangnya aku tahu Suhana malu kerana hampir semua perbelanjaan hospital aina aku selesaikan dengan bantuan tulang empat kerat ini. Tapi dasar kasih dan sayang yang tak dapat aku gambarkan ucapan terima kasih atau pengorbanan aku selama ini tidak pernah berbekas di hati ini. Sebrutal-brutal aku ni kalau dengan airmata ni kalah, aku cukup cepat tersentuh maybe sebab aku ni anak yatim piatu kot...ya sebab itu aku tak penah harapkan balasan dengan apa yang aku buat.
" rina kau ajalah yang aku ada......" satu lagi rintihan keluar dari mulut suhana.. rina hanya suhana sahaja yang memanggilku dengan nama itu, selain aina yang memanggilku mak cik aina... nama itu ibarat satu watak lain yang aku lakonkan hanya bersama insan-insan ini. Insan-insan yang paling aku sayang.
Sinaran mata cerita segalanya Luka lara terpendam Memori selamam tinggal segala cinta tiada kembalinya Abadi cinta kita kau bawa bersama..
Petikan lagu kaer AF izinkan... aku pergi entah kenapa aku layan feeling plak. Terkenang pulak suka duka aku kehilangan orang-orang yang aku sayang. Kipas di siling ligat berputar tanpa henti seligat kepala hotak aku. Pertemuan Suhana pagi tadi membuatkan aku terfikir sekarang ini hanya duit yang mampu membantu...tiba-tiba aku beristifar dalam hati Ya Allah Kau adalah segala-galanya. Aku terus bangun patutlah badan aku ni berat je pikir pun bukan-bukan dan pukul 6.45 nak magrib dah. Dah menjadi keturunan aku kalau tidur waktu macam ni akan terjadilah mimpi-mimpi buruk yang bukan-bukan. Jadi sepanjang hidup aku aku setiasa berusaha untuk tidak tidur pada waktu macam ni melainkan kalau terbabas juga... tak leh nak wat pe....
Tan sri Moktar Hamzah Teratak Indah, Lot banglo 45, Taman permai indah...
Nota kecil itu aku masukkan ke dalam poket beg sandangku, sambil tanganku menekan loceng beberapa kali. Aku telah membuat keputusan untuk menjadi orang gaji kerana tawaran ini adalah tawaran yang gajinya lebih lumayan dari menjaga kedai buku yang hari-hari aku kena bambu tukan. Tapi apa yang pasti segalanya adalah demi aina. Cuti semester yang hanya bersisa ni aku akan gunakan dengan sebaik mungkin sebelum urusan penjualan tanah aku selesai, kami perlukan duit untuk bil hospital.
" assalamualaikum....." seorang perempuan berkain batik keluar mendapatkan pagar yang mak aiii macam istana. Bestnya jadi orang kaya..
"waalaikumsalam... masuk dulu ya mahu berjumpa Puan Sri iya" haaa dari loghatnya aku sudah meneka inilah bibik bakal roomate aku he3... haii macamana aku boleh terfikir nak jadi orang gaji ni kalaulah Suhana tahu mati aku kena marah.
Mahasiswi jurusan undang-undang kelas pertama, syahrina abdul taib jadi orang gaji bleh masuk paper universiti ni muka depan... hot story. Kalaulah budak-budak kelas tahu ni boleh kecoh satu dunia.. hah aku tetap dengan prinsip pertama ’ada aku kisah....bukan aku mintak duit diorang pun... ewahhh semangat syah..semangat..caiyok-caiyok (pengaruh cite korea).. demi aina apa pun aku sanggup walaupun nyawa aku pertaruhkan.
"mama biar betul dia nak jadi orang gaji macam tak reti buat keje je" hakim meluahkan rasa tidak puas hati, cuak gila mukanya apabila mamanya memperkenalkan orang gaji baru rumahnya. Dia sendiri tidak menyangka perempuan mulut banyak ni yang mama pilih. Mesti ada sesuatu perempuan ni kalau tak mustahil dia nak jadi orang gaji. Hatinya kuat mengatakan perempuan dihadapannya itu ada maksud tertentu apabila dia dapat melihat cara syakila yang begitu gembira apabila melihat syahrina. ’Muka lawa, perangai je kasar semacam entah-entahdia nak goda along kot....’ matanya beralih kepada alongnya yang tidak berkelip memandang orang gaji barunya. Amboiii.......
" Apa tujuan kau keje kat sini hah??" hah sudah mamat ni nak cari gaduh lagi dengan aku, memang nak cari pasal betul, aku tak ganggupun dia. Peristiwa di kedai buku terimbau kembali.
" Saya kerja ikhlas kerana Allah nak cari rezeki kalau En. Hakim fikir saya ada niat lain semua itu tak betul." syah kontrol jiwa...kontrol, walau biadap macamanapun dia bos kau ingat ini rumah dia.
Sepanjang seminggu berada di mahligai Tan Sri ni aku dapat merasakan kemesraan keluarga yang tak pernak aku rasa. Mungkin dengan suhana dan aina mereka keluargaku tapi kat sini lain sangat. Aku rasa kalau di beri markah memang aku bagi A lah keluarga ni walaupun kaya Puan Sri layan aku macam anak dia. Cuma aku kurang selesa dengan anak-anak teruna dia je bajet bagus sorang gila kerja sorang lagi dok sibuk siasat aku konon-konon ada niat jahat. Lantaklan syah kau bukan lama kat sini pun bertahan je la.... " Akak menung apa tu? Ingat putera raja ek?" kemunculan syakila mengejutkanku umur syakila hanya muda setahun dari aina. Kelincahan dan kepetahannya membuatkan aku teringat kepada aina. Tidak hairanlah kenapa aku sayang sangat dekat puteri kecil ini.
"Akak tunggu putera datang bawa akak ke istana, hehehe" aku tergelak apabila melihat syakila begitu syok je layan cerita aku. Bukan cerita betul un entah cerita apa aku hentam je, ya lah dengan kemahiran aku yang suka berangan garapan berita yang aku cipta mesti dia sukalah.
" Akak biar ila suruh pak su jadi putera selamatkan akak... tak pun papa pun putera baik..." hahh sudah dok promote jejaka dua orang tu plak, tak pelah ila akak tak nak bisik hatiku.
Walaupun aku ni tak macam perempuan melau terakhir atau kedua terahir tapi bab masak-memaak ni kira chef wan pun tabik springgg arr kat aku bukan nak bangga diri tapi hakikat hehe.. si hakim yang macam singa tu pun akan tunduk je bila makan masakan aku inikan pula hafizi yang pendiam tu konfemm tambah dua pinggan arr. Aku sering kali mendapat pujian berganda dari Puan Sri.
" sedapnya, kalau macam ni hari-hari saya makan dekat rumah sayang" puji Tan Sri.. aku kembang dah...
" emmm....ye lah ni anak perempuan saya yang masak" Puan Sri sekali lagi mengangkat darjatku, aku betul-betul terharu. Walaupun dapat aku lihat jebikkan muka hakim yang macam tenuk tercekik je aku buat bodoh... jelous arr tu...
Malam tu aku mengambil angin tepi kolam memandang keindahan malam. Kalau nak tahu dari aku datang ke rumah ini hinggalah sekarang hanya t-shirt dan jeans menjadi unifom setiap hari lagipun Puan Sri dah cakap dia tak kisah. Setiap malam juga aku akan bertanyakan kabar aina dari suhana.
" jauh menung...." "oitt....mana ada menung ehhh tak jauh... laaa En hafizi terkejut saya nasib baik tak ada sakit jantung" aku menutup rasa maluku nasib baik latah benda yang elok kalau buatnya aku menari bersilat ke... hah sape yang malu aku juga...(">)
"maaf kalau buat syahrina terkejut...buat apa kat sini?, kenapa tak makan sekali?" mak aiii lembutnya soalan aku memandang sekilas insan yang sudah duduk di sebelahku. Dup dap dup dap...alamak jantung aku mengalami komplimasi yang kencang.
" tak apa saya tak lapar lagi, saja je nak ambik angin malam..." balasku
" emmm sian dekat malam ni..kan....." sambungnya lagi aku mengangkat kening menandakan tidak faham dengan kenyataannya..." ye lah dah awak ambik angin saya pun dah jadi panas ni... semua angin awak dah ambik" gurau hafizi..
’Alamak bergurau senda di malam hari la pulak..nasib baik aku cakap ambik angin kalau aku cakap buang angin apa dia kata..hahaha’ bisik hati syahrina
" terima kasih syahrina kerana sudi menjaga anak saya yang nakal tu, sejak akhir-akhir ni dia gembira sentiasa mungkin sebab hadirnya awak" luah hafizi matanya masih memandang kolam walaupun kata-kata itu dituju khas untukku.
" bukan sebab hadirnya saya En. Hafizi tapi sebab bahagia yang datang pada dia mungkin selama ini dia memang bahagia ada keluarga yang sememangnya bahagia..." aku tersenyum sekali lagi aku dapat melihat senyuman hafizi memang dia ni spesies lelaki kacak la......bercahaya je aku tengok.
Lama kami menghabiskan malam bersama banyak cerita dikongsikan kisah mereka semasa kecik, perangai nakal hakim syakila semuanya diceritakan, aku pun macam burung pelatuk dok angguk je. Ada juga persoalan ditujukan kepada aku tapi aku hanya menjawab seringkas boleh. Tahap pengajianku juga tidak aku ceritakan kerana dari awal aku datang hanya dengan sijil spm. Konon-konon aku ni tak berapa la... tu yang nak jadi orang gaji sebab nak cari pengalaman.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei