Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hisyam memandu tenang. Dia dan Nana dalam perjalanan pulang ke kampung. Emaknya yang beria-ia mahu mereka pulang. Maklumlah, cucu pertama. Mestilah gembiranya terlebih.
"Sayang nak makan apa-apa ke? Kalau nak, abang berhenti ni." Hisyam memandang wajah isterinya sekilas. Tangan wanita itu diusap perlahan.
"Takpelah bang. Dah nak sampai rumah mak ni." Tidak sampai setengah jam lagi sebelum sampai ke kampungnya. Lagipun, mesti mak mertuanya sudah sediakan banyak makanan seperti kebiasaannya.
Telefon bimbit Hisyam berdering tiba-tiba. Hisyam melirik ke arah telefonnya yang berada di hadapannya. Nama Hani tertera di skrin. ‘Apa lagi minah ni nak?’ detik hatinya. Dia rimas sebenarnya. Dibiar deringannya mati sendiri tanpa dijawab. Nana pelik bila panggilan itu tak dijawab suaminya. Tak pernah Hisyam tak menjawab panggilannya. ‘Mungkin tak mahu diganggu.’ Tekanya sendiri.
"Kenapa tak jawab?" Hatinya masih tak puas selagi tak mengetahui perkara sebenar.
"Malas. Tengah drive ni. Nantilah abang call dia balik. Tak penting pun. Kawan lama abang je tu." Jawab Hisyam cuba menyedapkan hati isterinya. Nana mengagguk perlahan. Hisyam lega.
"Hmm..mesti mak dah tak sabar nak tunggu cucu dia ni sampai kan? Mesti asyik tengok jam je tu." Hisyam cuba mengalihkan topik. Perut Nana diusap perlahan. Nana geli. Dia mengalihkan tangan suaminya. ‘Ish, kang ada yang terkencing dalam kereta ni kang. Gelilah…’ Nana senyum sebaris.
"Mana ada cucu lagi. Belum tentu jadi tau." Nana cuba mengingatkan suaminya. Usia kandungannya baru menginjak 6 minggu. Masih lambat lagi. Macam-macam boleh terjadi dalam tempoh 8 bulan ini.
"Ish sayang ni. Tak baik cakap macam tu tau. Abang kan ada. Apa guna abang jadi doctor kalau tak dapat jaga baby and my cute wife ni. InsyaAllah, semuanya akan selamat. Trust me, ok…" Hisyam mencubit manja pipi gebu isterinya. Makin gebu sejak berbadan dua ni. Suami mana yang tak geram.
"Tapi bang, semua tu kerja Allah. Kalau bukan rezeki kita lagi kali ni nak buat macam mana." Nana tetap mempertahankan kata-katanya tadi. Entah kenapa mindanya berfikir sebegitu.
"Dah. Jangan cakap macam tu lagi. Selagi abang ada, abang akan jaga sayang dengan baby sebaik-baiknya. Abang tak suka sayang cakap macam tu lagi, ok." Putus Hisyam tegas. Dia tak dapat bayangkan kalau ada apa-apa terjadi kepada bayi dan isterinya. Ini cahaya mata pertamanya. Dah lama dia menunggu. Mungkin benar kata Nana yang semuanya ketentuan Allah, tapi dia akan pastikan kandungan isterinya sihat dan berjalan dengan lancar.
Nana dan Hisyam disambut mesra oleh Puan Hasnah yang sedari tadi memang menantikan kepulangan anak dan menantunya. Nana dipeluk erat oleh ibu mertuanya. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Suasana rumah begitu ceria dengan gelak ketawa mereka sekeluarga. Ayah mertuanya juga turut serta. Seperti jangkaan, hidangan memenuhi meja makan. Dari hidangan utama ke hidangan pencuci mulut. Lengkap. Ayam masak kurma, ikan goreng berlada, sayur pucuk paku kegemaran Hisyam, telur dadar, buah-buahan, dan pudding. Jenuh juga nak menghabiskannya.
"Banyaknya mak masak. Siapa nak habiskan ni?" Tegur Nana. Sememangnya dia kecur liur melihatkan lauk pauk yang pelbagai di atas meja. Sudah lama tak menjamu selera sebegini. Perutnya lapar tiba-tiba.
"Siapa lagi. Korang berdualah. Tu, baby kat dalam tu pun mesti nak rasa nenek dia masak." Maklong menjuikan mulutnya ke perut Nana. Mukanya memang ceria.
"Tapi mak, banyak sangat ni. Makan 10 orang pun tak habis ni." Tambah Hisyam lagi. Dia sudah sedia di meja makan untuk menjamah makanan.
"Takpelah. Sekali sekala. Hah, malam nanti si Yaya dengan Haidar pun nak balik. Nanti tak payah masak lagi.
"La…ye ke. Hmm..ada diorang seronok sikit." Masing-masing sudah mengambil tempat. Makanan yang terhidang dijamah satu persatu. Berselera sekali semuanya, diselang seli dengan gelak ketawa.
"Nana, kita ni macam janji-janji pulak ye." Zahlia yang sedang duduk berehat di ruang tamu bersama ahli keluarganya yang lain berkata.
"Janji? Janji apa pulak kak?" Nana kerut dahi tak faham.
"Ish budak ni. Saja je buat tak faham. Ni…" Zahlia menuding jarinya ke arah perut mereka berdua yang tidak lama lagi akan memboyot.
"Oooo…ingatkan janji apa tadi." Nana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ahli keluarga lain turut sama ketawa.
"Hmm…Mak. Lepas ni pening la kepala mak nak layan dua orang puteri ni. Dua-dua manja." Sampuk Hisyam yang berada di sebelah Nana. Dia mengaduh tiba-tiba bila pehanya terasa pedih akibat dicubit isterinya.
"Mak tak kisah. Lagi mak suka. Riuh sikit rumah ni. Takde lah bosan sangat." Wajah Puan Hasnah ceria sejak tadi. Seronok melihat anak dan menantunya bahagia. Tak lama lagi, ahli keluarganya akan bertambah dengan kehadiran dua orang cucu serentak. Tak sabar dia menantikan saat itu.
"Ha… Dengar tu bang. Bukan kita yang manja tau. Mak yang nak manjakan. Jangan jealous ye." Zahlia memeluk lengan Puan Hasnah di sebelahnya. Hisyam mencebik. Nana hanya senyum. Dia sebenarnya sudah penat. Sejak berbadan dua, badannya memang cepat letih. Tak boleh buat kerja lebih sedikit, pasti dia akan terbaring keletihan selepas itu.
"Hmm…korang ni kalau berborak tak ingat dunia. Dah lah, mak nak masuk tidur dulu. Nana, Yaya, jangan tidur lewat sangat. Ingat, kamu tu mengandung. Jangan nak buat macam anak dara dulu. Selagi ayam tak berkokok, tak ingat nak tidur." Pesan Puan Hasnah sebelum dia dan suaminya masuk ke bilik. Kedua-dua bakal ibu itu hanya mengangguk perlahan.
"Abang pun dah mengantuk ni. Penat. Sayang tak nak tidur lagi ke?" Hisyam menggosok-gosok bahu isterinya. Mata Nana sudah merah menahan rasa mengantuknya.
"Ish, apa tidur awal sangat ni. Tunggulah dulu. Bukan senang nak jumpa macam ni. Nana, tak payahlah tidur lagi. Hah, kalau abang nak tidur, abang pergilah masuk dulu. Malam ni, isteri kesayangan abang ni Yaya sewa. Tau." Tangan Nana sudah digenggam kemas oleh Zahlia. Tegas sekali arahan Zahlia.Hisyam diam. Tak dapat nak berkata apa. Kalau berbahas dengan peguam ni, sampai esok pagi pun tak habis. Ada saja hujahnya. Betul juga kata adiknya, bukan senang nak berkumpul macam ni. Biarkanlah.
"Abang pun nak tidurlah Ya. Jangan lewat sangat tau. Kesian kat baby tu." Suami Zahlia yang dari tadi hanya menjadi pendengar, mula bersuara. Sudah beberapa kali dia menguap. Mata pun sudah berair.
"Ala…awalnya nak tidur. Tapi takpe lah. Nana ada." Haidar mengucup dahi isterinya sebelum dia melangkah ke bilik.
"Jangan lewat sangat tau. Abang takut tidur sorang-sorang." Bisik Hisyam seraya mencium mesra dahi isterinya. Nana tersipu malu.
"Amboi, mengalahkan pengantin baru nampak. Jangan harap Yaya nak izinkan Nana naik sebelum ayam berkokok tau. Abang tidurlah sorang-sorang. Biar hantu kat rumah sebelah tu temankan." Zahlia siap membuat gaya hantu di depan abangnya. Hisyam mencubit geram pipi adik kesayangannya. Dia pun rindu untuk berbual dengan Zahlia tetapi malam ini dia terlalu letih. Sudahlah banyak pesakit di hospital tadi. Balik kerja terus memandu ke kampung. Dia memang letih. Mungkin esok saja.
"Kejam betullah Yaya ni. Kalau apa-apa jadi kat isteri abang, siap Yaya. Abang penyek jadi lempeng." Hisyam memberi amaran. Zahlia memjelirkan lidahnya. Dia tahu, abangnya hanya bergurau.
Hisyam merebahkan badannya ke katil. Nikmat sekali rasanya. Mata dipejam rapat. Bantal peluk dipeluk erat. Dia tak biasa tidur tanpa Nana di sebelah. Tapi, hanya untuk malam ni. Sekejap saja, dia sudah berada di awang-awangan. Telinganya menangkap bunyi yang amat biasa didengarnya. Namun, otaknya yang letih tak mampu mengingatinya. Beberapa ketika kemudian, bunyi itu berhenti sendiri. Namun, bunyi itu kembali menyapa telinganya. Mengganggu tidurnya. Tapi, dia masih belum berupaya untuk membuka matanya. Dibiar bunyi itu membuai tidurnya. Terasa mendayu-dayu dan senyap kembali.
Hani menghempas telefon bimbitnya ke katil. Geram. Sudah beberapa kali dicuba, namun tak berhasil. Takkan dah tidur. Dia membelek jam di tangan. Baru pukul 11. Masih awal. Esok hari minggu. Badannya dihenyak keras ke katil. Telefon dikutip semula. Dia terus berusaha. Takkan dia begitu mudah menyerah kalah. Kali ini, mesti berjaya.
"Hello?" Hani tersenyum menang. Dia berjaya. Memang tak sia-sia dia mencuba.
"Hmmm…" Lemah sekali suara Hisyam. Dia terlalu mengantuk. Entah siapa yang menelefonnya malam-malam begini. Memang langsung tak menghormati orang.
"Hai…Dah tidur ke? Sorry ganggu you malam-malam ni…" Hani bersuara manja. Mungkin Hisyam tak akan marah padanya. Ternyata Hisyam sudah tidur.
"Siapa ni?" Suara Hisyam agak keras. Sudahlah telefon orang malam-malam. Diri pun tak perkenalkan.
"Takkan dah lupa kot. I lah ni. Hani." Suaranya makin menggoda. Sebenarnya agak kecewa juga bila Hisyam tidak mengenali suaranya kerana dalam hatinya suara Hisyam sentiasa menemani tidur malamnya.
"Ohh…Sorry. I mengantuk sangat ni. Tired. Anything important?" Hisyam membuka matanya. Hairan bila Hani menghubunginya malam-malam begini. Ada hal kecemasankah?
"No. Saja nak call. Takkan dah tak boleh nak borak-borak dengan you kot?" Hani mengalih posisi duduknya. Dari duduk dia sudah berbaring di atas katil.
"Bukan macam tu. I penat sangat ni. Mungkin lain kali saja kita borak ye. I nak tidur." Hisyam malas hendak melayan karenah Hani. Tak mungkin dia akan kembali menjalin hubungan dengan wanita itu. Walaupun hanya kawan.
"Hmmm…takpe lah. Orang dah tak sudi nak berborak dengan kita. Nak buat macam mana. Anyway, sorry lah ganggu you tidur. Good night." Hani mematikan talian. Sekali lagi telefon bimbitnya menjadi mangsa geramnya. Hatinya sakit. Kali pertama lelaki tak melayannya. Egonya tercabar.
"Jangan sombong sangat Hisyam. Kau tak kenal aku lagi. Kita tengok siapa yang lagi hebat." Mukanya sudah merah dan berbahang kerana menahan marah. Kunci kereta dicapai. Dia mahu melepaskan tekanannya. Tempat yang paling sesuai untuknya bukan di rumah tapi di kelab malam. Dia mahu menari sepuas-puasnya sampai pagi.
"Kejarlah laju sikit. Apalah abang ni. Kejar ayam seekor pun tak dapat. Malu je tau." Hisyam dan Haidar tercungap-cungap kepenatan. Hampir sejam mereka berusaha menangkap ayam untuk hidangan tengah hari. Tapi, masih belum berjaya.
"Amboi, sedapnya cakap. Hah, kalau pandai sangat, tangkaplah sendiri."Hisyam mencabar adiknya yang dari tadi hanya membebel tak berhenti. Mengalahkan nenek.
"Jangan cabar tau. Kalau Yaya dapat tangkap ayam tu, abang nak bagi apa?" Zahlia cuba berlagak pandai. Dia sendiri pun tak pernah tangkap ayam sebenarnya. Makan ayam tahu lah.
"Eleh, nak berlari pun tak larat. Nak kejar ayam konon. Dah lah. Hah Haidar, ayam tu tengah berehat tu. Cantik. Slow sikit. Nanti lari pulak. Ok. Satu…dua…tiga….tangkap!" Hisyam memberi arahan kepada adik iparnya. Mereka berdua menyusup seperti askar mahu menembak musuh. Ayam jantan yang sedang mematuk makanannya tidak sedar akan kehadiran musuhnya. Apa lagi, berkokoklah ayam tu bila badannya dicekup oleh dua lelaki itu.
"Yes!" Haidar bersorak gembira. Memang tak sia-sia dia berjemur panas hampir sejam. Hanya kerana hendak menangkap ayam untuk hidangan tengahari mereka. Kali pertama dalam hidupnya. Selama ini, kalau nak makan ayam, beli saja di kedai. Lagipun keluarganya tinggal di bandar. Tak ada tempat untuk memelihara ayam.
"Ha…tengok. Siapa kata abang tak pandai. Dah dapat pun. Nah!" Hisyam tersenyum bangga. Zahlia dan Nana mencebik menyampah. Hisyam menghulurkan ayam itu kepada isterinya. Nana menjerit kerana ayam itu masih meronta-ronta minta dilepaskan. Kesian pula.
‘Nasiblah kau ayam. Alamatnya, jadi hidangan kamilah kau hari ni…’
"Dah dapat tangkap ke belum? Sehari suntuk tangkap ayam seekor. Apalah budak-budak ni." Puan Hasnah terkedek-kedek keluar dari rumah. Dari tadi, halaman rumahnya riuh rendah dengan suara anak menantunya. Itu baru suruh tangkap ayam, kalau suruh tangkap lembu, mahunya sampai seminggu.
"Dah ni mak. Nah, macam mana nak buat ni?" Hisyam menghulurkan ayam jantan yang berada di tangannya.
"Yaya, pergi panggil ayah. Nanti ayah sembelih. Lepas tu, cabut bulunya. Besar jugak ayam ni. Cukuplah untuk kita anak beranak makan tengahari ni." Puan Hasnah membelek-belek ayam jantannya. Dia menyerahkan ayam itu kepada suaminya untuk urusan penyembelihan. Menggelupur ayam jantan itu selepas disembelih. Kesian pula.
"Nana, Yaya. Ambil ayam ni. Cabut bulunya. Lepas tu biar mak potong." Arah Puan Hasnah. Nana dan Yaya berpandangan sesama sendiri. Cabut bulu? Macam mana nak buat?
"Ermm…mak. Macam mana nak cabut ni? Kuat sangat ni. Dia tak nak tercabut." Yaya cuba mencabut bulu ayam itu. Namun, bulunya terlalu kuat melekat pada kulit ayam.
"La…budak bertuah ni. Kalau buat macam tu, macam mana bulunya nak tercabut. Dah , bawak masuk ayam ni. Rendam dalam air panas. Lepas tu, barulah senang nak cabut bulunya." Puan Hasnah menggelengkan kepala. Budak-budak sekarang, satu apa pun tak tahu.
"Tu lah. Tadi gelakkan orang. Hah sekarang, jom kita gelakkan dia." Hisyam dan Haidar ketawa sekuat hati. Mulut kedua-dua wanita itu sudah muncung. Mereka melangkah laju masuk ke dapur. Itulah, dulu siapa suruh tak nak belajar.
Gambar gadis yang sering menjadi igauan tidurnya ditatap penuh rasa kerinduan. Terlalu rindu. Sudah hampir enam bulan dia tidak mendengar khabar berita gadis itu. Mungkin sedang mengulit bahagia bersama suami tercinta. Hatinya pedih dan sayu bila teringat akan perkara itu. Gadis yang dipuja sudah jadi milik orang. Johan bangun dari pembaringannya. Menyaksikan matahari yang terbenam di ufuk barat. Terang sinarnya menerangi alam. Adakah peluangnya untuk memiliki Nana secerah itu? Mungkinkah mereka dapat mengecapi hidup bahagia bersama? Dia terlalu mengharapkan kebahagiaan itu. Cintanya suci luhur. Tiada wanita lain dalam hatinya.
"Johan…" Terdengar suara seorang wanita memanggil namanya. Lemah sekali suara itu. Johan melangkah keluar dari biliknya.
"Ye Ibu. Ada apa?" Johan menghampiri emaknya yang sedang terbaring lemah di kerusi. Wanita separuh usia itu terlalu menderita dulu. Dan sekarang, Johan tak mahu melihat wanita yang mengandungkannya selama sembilan bulan, menjaganya dan menyaranya hingga dia berjaya menamatkan pelajaran menderita. Setiap permintaan wanita itu akan ditunaikan walau betapa sibuk pun dia.
"Tak ada apa-apa. Kamu buat apa dalam bilik tu?" Sesekali kedengaran batuk-batuk kecil bersulam dengan suara lemahnya. Kepala anak kesayangannya diusap perlahan. Kasihan. Anaknya terpaksa menjaganya yang sudah tak berdaya. Dia hanya mampu menolong apa yang terdaya. Tapi dia tahu, anaknya memang seorang anak yang baik. Taat.
"Tak buat apa-apalah Ibu. Saja je baring-baring. Ibu nak makan apa-apa ke? Johan boleh masakkan." Tubuh lemah ibunya dirangkul penuh kasih. Rasanya tak sanggup berpisah. Doanya setiap hari agar Tuhan memanjangkan usia ibunya.
"Tak apalah. Ibu kenyang lagi ni. Kenapa ni? Ibu tengok Johan macam ada masalah je. Cuba cerita kat ibu." Jelas kerut di wajah anak lelakinya. Apa agaknya masalah yang sedang menimpa anaknya.
"Mana ada masalah bu. Pandai je lah ibu ni. Johan gembira je ni. Cuma letih sikit je. Banyak sangat kerja kat pejabat tu." Johan cuba menyembunyikan perasaannya. Dia tak mahu ibunya risau. Lagipun, dia belum bersedia untuk memberitahu ibunya mengenai perkara itu. Dia dapat mengagak reaksi ibunya kalau wanita itu dapat tahu. Pasti ibunya menentang. Tidak ada gadis lainkah yang boleh dijadikan isteri? Kenapa mesti isteri orang?
"Tak apalah kalau Johan tak nak cerita kat ibu. Tapi, nanti kalau dah sedia nak bagitau ibu, cakap saja. Ibu sedia." Pesan ibunya. Ibunya memang lembut. Tak pernah marah kepadanya. Kalau dia berbuat silap, pasti ibu akan menasihatinya. Tak pernah sekalipun ibu marah apatah lagi memukulnya.
"Malam ni ibu tak payah masak ye. Kita makan kat luar. Kesian ibu, hari-hari kena masak." Johan memeluk erat ibunya. Kasih sayangnya takkan luntur sampai ke akhir hayat.
"Kalau tak masak nak makan apa. Lagipun ibu dah biasa. Hmm…kalau macam tu, kita makan mee hoon sup kat tempat hari tu ye. Teringin pulak rasa." Johan mengangguk. Apa-apa sahaja yang ibu minta. Asalkan ibu bahagia. Cukup.
Dua beranak itu sangat rapat. Seperti tak dapat dipisahkan. Gurau senda sentiasa mewarnai kehidupan mereka. Kini, tirai bahagia telah menutupi kesengsaraan yang pernah mereka alami satu ketika dulu. Saat yang tak mungkin dilupakan mereka. Sejarah itu tetap menjadi pedoman dalam hidup mereka.
Nana menanti suaminya penuh sabar. Sudah hampir setengah jam dia menunggu. Hatinya rasa mahu menangis. Sejak kebelakangan ini, emosinya agak tidak stabil. Senang sekali tersentuh. Kadang-kadang marah tak tentu pasal. Mungkin pembawaan budak. Baru saja dia hendak membuka semula tudung biru muda yang dipakainya ketika telefon bimbitnya berlagu rancak.
"Sorry sayang. Abang lambat. Ada emergency tadi. Sayang turun sekarang ye. Abang dah tunggu kat bawah ni." Mendengar saja suara suaminya Hisyam, terus moodnya berubah. Hatinya riang. Marahnya reda. Segera dia keluar dari rumah menuju kepada suaminya yang sedang menunggu untuk keluar makan bersama.
"Lama ke sayang tunggu? Sorry ye. Tiba-tiba saja ada urgent. Tapi nasib baik ada Norman dan Salina. Boleh abang mintak excuse sebab nak dating dengan isteri abang yang cantik ni." Pandai Hisyam memujuk. Tangan isterinya dikucup penuh kasih dan rindu. Pipi Nana merah menahan malu. Hatinya cair. Terasa baru semalam mereka berkahwin.
"Lama tau orang tunggu. Nasib baik tak tukar baju." Nana mengadu manja. Kereta mereka meluncur perlahan meninggalkan kawasan perumahan.
"Alah, kesiannya isteri abang ni. Ok, malam ni abang belanja sayang kat tempat paling best. Setuju?" Hisyam masih tak jemu memujuk. Muka Nana yang makin comel di pandangan matanya membuatkan hatinya terasa geram. Ingin saja dia mencium dan mencubit pipi gebu itu. Tapi dia harus tumpukan pada pemanduannya.
"Tak nak lah. Nana rasa nak makan masakan panas je. Kita pergi restoren yang kita makan dengan Kak Yaya hari tu nak tak? Makanan dia pun sedap." Cadang Nana. Liurnya kecur bila terbayangkan mee bandung yang dimakan Zahlia dulu. Nampak sangat sedap. Perutnya lapar tiba-tiba.
"Hah! Dah kecur liur lah tu. OK. Apa-apa saja yang sayang mintak." Tangan Nana dikucup lagi. Digenggam erat. Tak mungkin dilepaskan. Cintanya hingga akhir hayat. Biar betapa kuat badai melanda, akan tetap dipertahankan walau dia terpaksa mengorbankan dirinya.
Suasana restoren agak lengang. Mungkin masih awal. Hanya kelihatan beberapa pelanggan di situ. Dua pasangan dan satu keluarga. Nana dan Hisyam mengambil tempat duduk di hujung restoren. Agak tersorok. Mereka mahu berdua-duaan di situ. Cahaya lampu restoren dan jalan cukup untuk memberi cahaya di tempat mereka. Makanan dipesan. Mee bandung dan jus oren. Nana sudah tidak sabar ingin menjamah makanannya.
"Cantik sayang malam ni." Puji Hisyam. Nana tersipu malu. ‘Hai, selama ni aku tak cantik ke?’
"Biasa je." Nana masih malu. Hisyam memandangnya tak berkelip. Senyuman yang sentiasa mencairkan hatinya terukir di bibir Hisyam. Tangan Nana diraih ke dalam tangannya. Dilekatkan ke pipinya. Lembut.
"Ish…apa abang ni. Malu orang tengok tau. Macam budak-budak lah." Nana memerhati sekeliling. Masih tidak ramai orang walaupun ada pertambahan pelanggan.
"Takpe. Kat sini mana ada orang. Jauh. Orang tak nampak. Lagipun, kita kan suami isteri. Apa nak malunya." Tangan Nana dikucup bertalu-talu. Nana cuba menarik tangannya dari genggaman Hisyam namun tak dilepaskan.
Seketika kemudian, pelayan restoren datang menghantar makanan yang dipesan. Haruman hidangan yang berada di depan mata menaikkan selera Nana. Tangannya disentap. Sudu dan garfu dicapai. Tak sabar nak menjamu selera.
"Ha….Baca doa dulu. Baby kat dalam tu pun nak makan jugak. Nanti sakit perut tau." Hisyam mengingatkan isterinya yang kelihatan tak sabar-sabar. Matanya bersinar-sinar.
Nana meletakkan semula sudu dan garfunya. Dia mengaminkan doa yang dibaca oleh suaminya. Habis saja doa, terus dicapai semula sudu dan garfu. Sesaat kemudian, mee bandung telah masuk ke dalam mulutnya.
"Ouch…" Nana mengibas-ngibas mulutnya. Panas.
"Ha…Tu lah. Makan tak reti nak perlahan. Meh sini abang tiup. Sakit ke?" Nana menghirup air orennya dengan harapan pedih mulutnya akan berkurangan.
"Tak pelah bang. Sikit je ni. Nanti sejuk lah." Nana masih mengibas-ngibas mulutnya. Hisyam geleng kepala. Macam budak-budak. Dia senyum sendiri. Mungkin orang yang sedang mengandung memang begitu. Mengidam.
Makan malam mereka diselang seli dengan gelak ketawa. Hisyam galak mengusik isterinya. Sampai terkeluar air mata Nana kerana terlalu kuat ketawa. Tapi dia bersyukur kerana rumah tangganya kini sedang menuju alam kebahagiaan. Berkat kesabaran dan cinta sucinya, doanya agar dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang dimakbulkan oleh Tuhan. Ditambah lagi dengan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua, dirasakan dirinya lengkap sebagai seorang wanita.
Johan menghempas badannya ke katil. Gelak ketawa Nana bersama suaminya bermain-main di benaknya. Cemburunya menyala. Makanan yang dipesan hanya luak separuh dek kerana hatinya pedih bagai disiat-siat. Ibunya mungkin perasan akan perubahan air mukanya. Dari mula-mula Nana dan suaminya masuk, dia sudah memerhatikan gelagat mereka. Walaupun kurang jelas kerana kedudukan mereka agak jauh dan tersorok, tapi dia dapat melihat wajah Nana yang ceria dan dia juga dapat mendengar gelak ketawa wanita itu. Mereka berdua kelihatan sangat gembira. Bahagia. Dia cemburu. Terlalu cemburu. Dia tak sanggup melihat drama percintaan antara gadis pujaannya dan lelaki lain itu lama-lama. Dia mengajak ibunya pulang dengan alasan sakit perut. Ya. Dia memang sakit. Tapi sakit hati. Sakit jiwa. Sakit kepala. Kejadian tadi terus menghantui mindanya. Matanya terasa pedih. Tapi, semua itu bukan alasan untuk dia berputus asa. Masih ada harapan. Semua yang berlaku hanya satu dugaan. Dan dia sudah biasa berdepan dengan dugaan. Lagi parah dan teruk daripada ini. Hatinya yang kecewa terus dipujuk agar bersabar. Dia hanya perlu berusaha. Bersabar dan bersedia dengan apa sekalipun dugaan yang tiba. Suatu hari nanti, kejayaan pasti akan menyebelahinya jika benar cintanya ikhlas dan suci. Johan terlena dengan mimpi dan impiannya. Impian yang masih samar dan tidak tahu penghujungnya.
p/s:ok.yg ni post terakhir ek.lps ni, sy kena fokus untuk novel writing.so,kalo nk tahu kesudahan cinta nana n hisyam, nntikan novel sy ek.ape2 pun, terima kasih yg teramat kt korang coz always support me. novel tu adalah hadiah sy untk sokongan korang selama ni. anyway,enjoyzzz!!!
Admin : Novel ini akan berada di pasaran. Akan datang.
Aku rasa happy selepas peristiwa itu..Baru aku tahu yg dia suka kat aku gak..so secara automatiknya aku tak bartepuk sebelah kaki..Semua kena ku lakukan cepat2..Aku tak pandai masak sebenarnya tp aku masak jelah…Jam menunjukkan angka 1 n aku baru saja selesai masak makanan tengahari yg special untuk buah hati yg tersayang..hehehe.. "Tak lama lagi baliklah dia tu,"bisik hatiku..
Kedengaran loceng rumah berbunyi..aku segera membuka pintu rumah dan menyalami tgn suami yg tersayang..Biasalah…akukan isteri mithali…so contohilah aku..hohoho…Aku segera mencapai briefcase miliknya.Ku lihat dia duduk di sofa ruang tamu..Aku segera ke dapur dan mengambil segelas jus epal untuk ku hidangkan kepadanya.Aku duduk bertenggek di birai sofa untuk membuang stoking busuk miliknya..kemudian aku memicit-micit bahunya.
"Bob,aku dah masak makanan yg special untuk ko..jom kita makan"
"Ko masak ape nyet?Lapar perut aku ni,"balas Bob lalu memegang erat jejemariku kemudian dikuncupnya.
"Hehehe…Ko tgk jelah nanti ape yg aku masak…sedap sampai menjilat ibu kaki,"selorohku padanya..
"Ok..kalau begitu,jom makan,"ajaknya..
Kami pergi ke dapur ..kemudian aku mengarah Bob mengambil tempat di meja makan..sebagai seorang isteri mithali aku menghidangkan makanan untuknya dan harus melayannya taraf kelas satu di meja makan..Mata Bob terkebil-kebil melihat masakan aku utknya..
"Subahanallah..nyet nape sayur ni hitam??Nape ayam ni hangus??Nape sup ni berlendir??Aiyoyo…,"kata Bob sambil memandang tepat ke arah anak mataku..
"GLLUUUPPP!!"Air liurku telan kelat2..
"Eaaa…aku baru blaja masak,"jawab ku jujur..lalu menundukkan kepalaku..wah bersih lantai rumah aku..
"Ha,ni mesti tak pernah tolong mak masakkan??"ujarnya lalu tersenyum cekodok basi..
Aku tertunduk malu..Yelah,kalo dalam pembedahan aku memeng hebat buat kerja tapi kalo memasak jgn cakap…Aku low profile!!
"Oklah…Pukul 1.40 ptg ni kita kuar pi makan..cepat siap,"arahnya padaku..aku mengangguk tanda faham lalu segera berlari naik atas meninggalkannya..
"Jgn lupa bawa pen nagan buku!!"jeritnya di bawah…..
*********
Disebabkan makanan yg aku masak terlalu byk kekurangan ,aku dan Bob pergi makan di luar..Kitorang pilih untuk makan di KFC yg terdekat…
"Ok..Nyet,skrng kita lawan..kita lawan sape dulu yg habis makan 20 ketul ayam Hot n Spicy..pemenang akan dapat apa yg dia nak..tak kira apa..so yg kalah kena tunaikan hajat pemenang,"cadang Bob.
"Boleh"jawabku dgn semangatnya..
"Baik skrng tulis ape ko nak sebanyak 5 wish jer,"arah Bob
Aku menulis semua apa yg aku mahu kemudian aku bg buku agriment kpd Bob utk menulis apa yg dia inginkan..
"Biar aku bgtau ko dulu,aku ni raja makan …so ko tak akan dapat lawan aku…Bek ko menyerah,"ugutnya pdku..
Pantang aku di cabar sedemikian rupa..Now way I gonna take it easy in this match!!I am a champion!!Aku mengetap bibir menahan geram..
"Kita kena habiskan makanan ni dalam masa 16 minit sahaja..Ok…Get ready…Start!!"
Aku dan Bob segera makan Ayam KFC….Di sebabkan kami makan dgn begitu gelojoh ,kami menjadi tontonan phk ramai..Aku makan sambil melihat mulut Bob yg penuh dgn daging ayam.. Aku segera meneruskan makan dgn gelojoh dan menanam azam utk menang…Wajah Bob kelihatan kelat…Peluh dingin membasahi dahinya pabila melihatku makan 2 ketul ayam sekali gus dlm masa yg singkat.Jam menunjukkan pukul 3 ptg..Masa sdh tamat dan pemenangnya….
"Yes!!I am the champion!!"jeritku sambil tgn ku giat menghantak meja dgn tulang ayam..
"Ko ni monster ke ha??Mcm mana pompuan mcm ko leh mkn semua ni??bkn pompuan takut gemuk ke??"soalnya bertubi-tubi..sememangnya dia tak pnh melihat gadis yg kuat makan sepertiku..
"Hehehe….tu x pntng…skrng kita ikut perjanjian,"jwbku lalu menghulurkan buku perjanjian kpd Bob yg x berpuas hati pada kekalahannya..Dia rasa malu pabila dikalahkan oleh pompuan comel sepertiku..puji diri lagi…hehehe..
"Bacalah 5 wish aku tu..then ko kena tunaikan,"kataku sambil tersenyum..
5 wish yg kena ditunaikan…
1.Ko kena panggil aku sayang n aku panggil ko abg …baru romantik.. 2.Kita kena tidur satu bilik sepanjang hayat coz aku takut tido sorng2.. 3.Hidup seperti suami isteri yg lain bukan sbg musuh.. 4.Jgn sesekali nak kawin lain or main kayu tiga.. 5.Sentiasa mendengar cakap aku..
"Ko ni..perigi cari timba betullah,"sindir Bob kpdku..Aku hanya membisu..
"Huh,menyesal aku cadangkan 5 wish,"keluh Bob..
"Hehehe…nasi dah jadi padi..tak perlu disesalkan..wahai Tuan Eric yg ku sayangi perjanjian tetap perjanjian,"balasku spontan lalu mengenyitkan mataku padanya..
"Asal ngan mata ko tu??Sakit eh??Meh aku kuarkan biji mata ko tu,"katanya sinis..
"So deal??Or nak aku tukarkan 5 wish aku tu??"soalku
"Ok2..aku buat,"jawabnya ..kami membuat perjanjian jari kelingking sambil tersenyum-senyum..Aku dan Bob saling memandang antara satu sama lain..pantas tgnnya memegang erat jari jejemariku..
*********
Sebagaimana dalam perjanjian bilik kitorng kena share dan tiada lagi aku n ko dlm senarai kamus love couple kitorng..Dan sejak itu,tawa riang dan kemesraan mewarnai hubungan kami tetapi kadang2 ada gaduh gak..Asam garam kehidupan katakan…Kami di lamun cinta tua..Yelah baru skrng dapat bercinta…Apepun aku skrng ni sngt happy!!Aku sering blaja masak dgn izzaty..
**********
Awal pg aku bgn coz terjaga dari mimpi..Kemudian aku lihat wajah Bob..Ek??Kenapa peluh2 ni??Tubuhnya menggeletar..aku menjadi gelabah kemudian menyentuh dahinya …PANAS!!Bob demam!!Aku segera berlari ke dapur mengambil penadol kemudian aku berlari ke bilik semula..Aku menyumbat ubat ke dalam mulutnya kemudian aku membuka bajunya..Badannya pun panas..Aku berlari ke bilik air dan berlari semula ke bilik..Aku mengelap badannya dgn air..Proses ini dpt mengurangkan demamnya..Aku teringat akan cara nenek ku menuamkan air asam jawa ke dahi..Dgn pantas aku segera membuat air asam jawa lalu menuamkan air asam jawa ke dahi Bob..Aku mengenggam tgnnya….
**********
Jam menunjukkan pukul 7 malam ..Ahh!!Aku tak msk lagi!!Aku berlari ke dapur dan terus membuka peti sejuk untuk mengeluarkan brng untuk di masak..Aku nak masak sambal sotong tetapi malangnya sotong tak ada..Aku segera mencapai tudung dan terus keluar membeli sotong di pasaraya..Aku menaikki teksi untuk ke sana..Selepas membeli sotong,aku pergi ke bus stop..Duit aku tak cukup untuk pulang menaikki teksi,oleh itu aku kena naik bas..Semasa menunggu bas,aku di sapa sekumpulan jejaka x bermoral..
"Hai adik comel,nak balik ye??meh abg antar,"ujar lelaki samseng itu kpdku..
Teruklah skrng ni..dah la aku sorng2..mana la bus ni…Aku just buat don’t know saje…perasaan ku di landa ketakutan..Tidak lama kemudian sekumpulan samseng datang..Geng mamat ni la…
Nasib menyebelahi aku kerana bus akhirnya dtng juga…syukur aku selamat…segera aku meninggalkan sekumpulan lelaki hampeh itu…
"Bos,perempuan tu bini Bob,"ujar salah seorng lelaki samseng tadi kepada ketua pasukkan mereka..
"Aku dah lama tahu..Jantan x guna tu rampas milik aku..Tapi skrng aku akan hancurkannya…dan gadis itu akan jd milik aku…Bob,ko akan dapat balasan ko setelah ko menghancurkan hidup aku apatah lagi ko telah rampas gadis yg aku cintai,"kata Azmi lalu menyandarkan diri di tiang bus stop.
"Guys,siasat kelemahan Bob,tiba masanya utk kita balas dendam!!"arah Azmi kepada anak buahnya…
Aku lihat Bob makan dgn berselera benar..Aku pun senyum-senyum saja coz Bob sudah sembuh dgn cepatnya n ..aku juga gambira melihat Bob suka akan lauk yg ku masak untuknya..yelah hasil titik peluh aku mempelajari dunia masakkan akhirnya aku berjaya juga..
"Abg ,nak tambah lg x??"soalku padanya "Boleh syng,syng masak sedap la..Abg tgk syng pun sedap..sedap dari makanan ni,"ujarnya manja dgn nada bergurau.. Aku tersipu malu lalu menyendukkan nasi ke pinggannya kemudian aku menuangkan air untuknya..Selesai makan,aku segera mengemas dapur..lalu aku menemani Bob menonton tv..Aku duduk di sebelahnya lalu mendekatkan diri padanya..Dgn pantas bdanku di tariknya lalu dikemaskan pelukkannya padaku..kemudian di kuncupnya dahiku..wah beshnya…sememangnya inilah yg diingini oleh sang isteri..hanya kasih syng suami yg tercinta..
"Ni nak manje nagan abg la ni??"soalnya romantis..aku tersipu malu..Aku baring di pahanya..Bob membelai diriku dgn penuh kasih syng..Rambutku di usapnya lembut dan sesekali di ciumnya kepala ku..
"Syng,esok kita p umah abg teh ya??"cadangnya..
"Boleh..dah lama kita tak p sana kan,"jwbku
"Aah..dan satu lg syng..abg nak kawin lagi satu boleh?Dan esok abg bawa calon madu syng,"guraunya padaku..
Panas dan pedih hatiku apabila mendengar pekataan kawin itu..
"Hah!!Kawin!!Sampai ye hati abg wat mcm ni kat saya!!"Jeritku padanya..perasaan marah mulai menakluki jiwaku..hatiku sebak..air mataku mulai membasahi pipi..Dia menangkap tgnku apabila aku memukul dada sasanya..
"Nape x bleh syng??Abg kan blh kwin 3 lagi kalau abg nak,"ujarnya manja lalu dia ketawakan aku..
"Sampai hati abg wat mcm ni kat saya….sampai hati..saya bg cinta pada abg tapi abg bagi saya duri..duri yg mencucuk jiwa dan hancukan hati ini,"tangisku..Dia ketawa lbh kuat!!Ketawa lagi..
"Alah…abg gurau je tadi…abg masih ingtkan perjanjian no 4 kita tu..No main kayu tiga ..ala cayang-cayang..jgnlah merajuk…meh la abg yg encem ni yg pujuk…"
Aku mengesat air mataku lalu ketawa melihat telatah Bob seperti kanak-kanak meminta gula2..Geli hatiku padanya..telatahnya mencuit hatiku..Aku menampar dada sasanya kerana mempermainkan diriku..Kemudian Bob melarikan diri daripada serangan tamparan ku ke dada sasanya maka berlakulah aksi kejar mengejar di rumah kami..Bob melarikan diri ke bilik dan aku mengejarnya di belakang..Aku lihat Bob duduk di atas katil lalu dia mengankat tgn tanda menyerah..kemudian dia terus baring..Aku baring di sisinya..Nasafku tercungap-cungap..Kami ketawa apabila memandang antara satu sama lain..Bob mencuit hidungku dan terus mencium pipiku…Kegembiraan jelas terancar di wajahku…
"I love u forever syng,"bisiknya ke telinga ku..
"I love u too,"balasku padanya..
Aku amat berterima kasih kepada Tuhan Yg Maha Kuasa kerana memberikan ku saat kebahagian yg telah lama ku pinta dalam setiap doa ku pada-Nya…
p/s:Maaf akan kesilapan saya..sory kalau cite ni tak besh n agak tak patut penggunaan bahasa..saya minta maaf..sila komen ya semoga jd pedoman bg saya untuk buat cite yg lbh menarik dan tdk membosankan....
" Blah ar kau, jantan keparat!!" Zack menghadiahkan flying kick tepat mengena ke muka tembok uncle Amri.
" Bangang kau, Zack!" Uncle Amri menempik kuat sambil memegang pipinya yang disepak Zack tadi, merah. Tangannya cuba untuk menangkap Zack, namun Zack lebih cepat bertindak.
" Kau lagi bangang la, orang tua tak sedar diri!" Oh, selama ni aku takde tempat and makhluk nak test gaya Twist of Fate Jeff Hardy, so hari ni, kau lah mangsa pertama yang malang kena Twist of Fate aku!
Perut uncle Amri disepak sekuat hati dan lehernya dicekak dan dipulas,( Aku tak reti nak cerita huhu korang tengok la sendiri dalam WWE) akhirnya uncle Amri terbaring kepeningan.
" Baik kau zip balik seluar kau, mangkuk! Geli geleman aku melihat benda alah kau tu! Hish!" Zack menjerit kuat.
" Zack.." Tiba-tiba, suara Arin kedengaran memanggil Zack lemah.
" Arin, kau okay tak?" Zack cepat-cepat mendukung Arin dan dibaringkan ke atas sofa. Kemudian, Zack mencapai baju Arin di atas lantai dan menutup badannya dengan baju tersebut.
" Kau ingat kau dah hebat sangat ke, hah?" Leher baju Zack dicekik dari belakang. Badannya dipusing menghadap uncle Amri yang kelihatannya seperti dinasour zaman batu itu lalu lehernya dicekik kemas. Zack pucat, nafasnya tersekat. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Namun, apa guna ada tali pinggang hitam Taekwondo kalau tak boleh balas balik??
Zack tak mudah menyerah kalah. Dia segera mencucuk 2 bijik mata dinasour tadi sedalam-dalamnya sehingga cengkaman dinasour itu pun terlepas.
" Ahh! Kurang ajar kau!" Uncle Amri melepaskan leher Zack dan cuba menahan kepedihan matanya dicucuk.
" This is for your sins, dinasour gemuk!" Zack melibas pasu bunga sebesar perut uncle Amri tepat ke muka pakciknya itu dan darah memercik keluar. Uncle Amri pengsan di situ.
" Arin, kau tahan sekejap. Aku nak uruskan badak berendam ni dulu."
" Berat gila! Kau telan duit syiling ke sampai buncit macam ni ni?? Uhh!!" Zack cuba mengheret uncle Amri ke dalam stor dan dikunci dari luar kemudiannya menggunakan mangga Solex sebesar penumbuk.
" Sweet dream, monster!" Zack puas dan lega kerana dia tidak cepat lemah dan mengalah di saat-saat genting. Kalau tak, mesti uncle Amri sempat melarikan diri, dan mungkin aku yang akan dipersalahkan nanti!
" Arin, jom aku bawak kau pergi klinik." Arin yang semakin pucat itu didukung Zack dan dibawa ke klinik berdekatan.
Sementara menunggu Arin dirawat, Zack menghubungi mamanya. Aku tak boleh selesaikan kes ni seorang diri! Kes berat ni, kalau kes Arin muntah atas aku takpe lagi, ini kes Arin kena rogol!
" Mama, you should come back here ASAP! I"ve something I need to tell you! No, not in the phone, mama. Okay, okay then, I"ll tell you." Zack terpaksa mengalah dengan asakan mamanya.
" What??!" Mamanya menjerit kuat di hujung talian selepas Zack habis bercerita. Mak ai, pekak lah anakmu yang seorang ini, mama! Zack menjauhkan sedikit handphone dari telinganya.
" Ye, mama. Sebab tu Zack mintak mama balik, tolong Zack selesaikan masalah ni. Zack takut kalau-kalau uncle Amri sempat lari, ma! Please!"
" Ma, I"ll call you back later. Doktor Arin dah keluar ni, ma. Okay, tata."
" Macam mana dia doktor? Okay tak??"
" Dia banyak hilang darah disebabkan keguguran. Dan dia mungkin akan susah untuk mengandung lagi selepas ni. Kami kena tahan dia dulu untuk sementara waktu sampai keadaan dia kembali stabil."
" Okay, thanks, doktor. Boleh saya tengok dia?"
" Please. But don"t take too long. She needs some rest." Zack angguk. Dia masuk ke bilik tersebut dan memandang sayu ke arah Arin.
" Aku mintak maaf, Rin. Aku tak dapat protect kau." Rambut Arin diusap sikit. Arin membuka matanya perlahan.
" Benda dah jadi, Zack. Mungkin ada hikmah di sebaliknya."
" Kau nak makan apa? Aku belikan. Kejap." Zack bangun dan berlalu jauh sedikit daripada Arin selepas handphonenya berdering.
" Okay, ma. Bila mama nak sampai?" Dari jauh kedengaran Zack bercakap. Arin mengurut perutnya. Babynya sudah tiada. Dia agak trauma dengan kejadian tadi, namun dia cuba menyembunyikannya dari penglihatan Zack supaya Zack tidak terus rasa bersalah. Padahalnya, dia yang patut dipersalah kerana degil tidak mahu mengikuti Zack awal pagi tadi.
" Arin, aku ada benda kena selesai. Kau duduk diam-diam kat sini, okay? Dengar cakap doktor, jangan degil." Zack bangun, namun tangannya segera disambar Arin.
" Arin mintak maaf, selalu menyusahkan Zack." Matanya merenung dalam ke mata Zack.
" Arin, kau jangan macam ni. Aku dah anggap kau macam adik aku dah. Dah, okay? Kau kena rehat cukup-cukup. Kau tak sihat ni." Arin menangis tiba-tiba. Dia hairan kenapa hatinya bagai terhiris duri sembilu mendengarkan Zack hanya menganggapnya sebagai adik sahaja. Hatinya bagai meronta-ronta menginginkan Zack menganggapnya lebih daripada seorang adik.
" Dah, tak nak nangis. Ssshh.. Sini. Aku kan ada ni." Zack memeluk Arin. Lama Arin menangis sepuas hati di dada Zack sehingga akhirnya dia pun tertidur.
---------------
" Yo, bro! Sorry lambat sikit, ada hal tadi. Jom, masuk." Zack mempelawa 2 orang bodyguard yang dihantar mamanya untuk masuk ke dalam rumah. Badan kedua-duanya sangat lah kemas dan taf, serupa hero Asta La Vista, babe itu huhu. Dengan spek hitamnya, muka tak payah sebut, aku tengok pun takut beb! Serius giler! Siapa la yang nak kahwin dengan diorang dua ni agaknya huhu.
" Mana dia, tuan?" Mak ai, tuan lagi!
" Ada dalam stor ni, bro. Rasanya dia memang tak dapat keluar."
" Nak kami cek?"
" Emm, boleh jugak." Zack membalas. Kedua-dua brothers tadi mengeluarkan senjata. Seorang revolver, seorang pisau. Berkilat siot! Zack telan air liur. Woo, risky gila hidup!
Mereka membuka mangga Solex itu dan menjenguk ke dalam.
" Woi! Lepaskan aku, Zack! Jahanam kau!" Kedengaran kuat suara uncle Amri menjerit.
" Better you just shut up your mouth, buddy!" Ambik kau! Kena sekali dengan bro taf tu huhu. Berani lawan la! Sekali kena shot, innalillah la kau kat situ, mangkuk!
" Sorry la, dinasour. Kau mesti lapar kan? Tapi, aku rasa kau patut diet sementara kes kau ni nak selesai." Zack menjerit di balik badan abang taf tadi.
" Zack! Mana uncle? Mana dia??" Eh eh? Datang dah ayang dia. Cepat betul!
" Ayang! Tolong honey!" Ya Allah! Makin tua makin menjadi! Aku yang tak mengandung ni pun naik loya tekak mendengarnya! Hee, tak malu siot! Dah curang dengan bini pun, still nak carik bini dia jugak!
" Honey, honey okay tak? Ya Allah, kenapa berdarah-darah ni?" Auntie Maria gelisah.
" Ayang tanya la si Zack tu, apa yang dia dah buat dekat honey!" Esh! Macam pasangan gay pun ada aku tengok! Berhoney honey walaupun dia laki! Tobat aku dengan laki bini nih!
Auntie Maria memandang ke arah Zack.
" Apa dah jadi, Zack?"
" Auntie tanya lah HONEY auntie tu!" Zack menjawab dengan nada memerli, siap dengan gaya geng gay lagi, beb!
" Zack! Just tell me, okay?? Jangan buat auntie angin dekat sini." Auntie Maria membalas. Mak ai! Poyo pulak makcik aku ni!
" He raped Arin just now! RAPED! Go ask him la!" Zack membalas bengang. Auntie Maria melopong.
" Betul ke ni, honey? Betul ke??" Nak pulak orang tua tu mengaku!
" Dia tipu, ayang. Dia tipu." Uncle Amri membalas manja. Orang tua ni memang nak merasa Tomb Stone aku pulak kot??
Admin : Novel ini akan berada di pasaran. Akan datang.
"PUT." Arissa siku Aryana disebelahnya. Gadis itu leka mendengar ceramah ‘Anti Dadah’ yang disampaikan oleh penceramah jemputan sekolah.
"Huh?" Aryana toleh kanan. Kening diangkat pada Arissa.
"Tu..." Muncung Arissa panjang ke arah Bella di sebelah kiri Aryana.
Aryana pantas bawak mata ke sebelah kanan. "A’uzubillahimanasyaithannirrajim..."Bisiknya sambil mendekatkan mulutnya di telinga Bella yang sedang lena ternganga disebelahnya.
"Aaa..." Bella mengeliat sambil membuka mata.
"Alhamdulillah... Menjadi jugak jampi aku. Dah bape lama kau membuta?"
Bella gosok mata. "Tak sure. Agak lama jugak kot. Tak silap aku before ceramah ni start lagi."
"Mak aii... Dah sejam setengah ceramah ni. Meaning selama tu jugak kau mengeruh?" Juwana yang berada di kerusi depan Bella pantas menoleh.
Bella terjegil. "Aku mengeruh ke?"
"Tipu je..." Juwana tarik sengih. "Gelabah..."
"Bohsan weyh... kat sekolah lama aku dulu pun every years ada ceramah pasal anti dadah ni. Dah naik muak aku dengar. Asyik-asyik benda yang sama." Ujar Bella dengan muka bosannya.
"Weyh... Okay what. Ceramah macam ni sangat digalakkan tau. Nak bagi kesedaran kat manusia-manusia yang masih lagi sesat. Menghindarkan para belia dari terjebak dengan benda bangang tu. Pe yang bohsannya?" Sela Batrisya yang berada disebelah Juwana.
"Hmmm... Yela yela... Aku sukaaaa sangat. Bebel mengalahkan opah aku." Bella membetulkan duduknya. Lima saat kemudian matanya semakin layu. Lima...empat...tiga...dua...saaa...tuuu... Gelap! Tidur bersambung kembali.
"Tengok... haiii..." Arissa tergeleng-geleng.
"Takpe. Aku ada idea. Confirm dia tak tidur lagi dah pas ni." Aryana tersenyum nakal. Batrisya, Juwana dan Arissa angkat kening.
"Bell... Boyot pandang sini."
"Hah? Mana... mana?" Bagai terkena short karan, Bella buka mata. Pantas pandangannya meliar ke arah Boyot yang berada dibelakang dewan. Nafas dilepaskan. "Ngokngek betol. Tipu aku noh..." Bahu Aryana ditumbuk.
"Padan muka. Tidur sangat." Aryana ketawa melihat reaksi gubra temannya itu. Arissa, Juwana dan Batrisya ikut ketawa.
"Weyh, apsal aku rasa pelik je?" Soal Bella dengan muka pelik.
"Pe yang peliknya?" Soal Aryana pulak.
"Macam tak complete je genk kita."
"A’ah la... Sape yang takde?" Juwana buat muka orang sedang berfikir.
"Uni." Arissa mencelah.
"Right." Empat suara serentak bergabung.
"Lorrh... Tidur rupanya mek Kelate ni." Juwana toleh pada Murni yang sedang menutup mukanya dengan sapu tangan.
"Genk aku la tu..." ujar Bella bangga.
"Korang. Bonda kesayangan Put on the way ke sini ar..." Kata Juwana cemas.
"Mana mana?" Masing-masing mengangkat muka mencari kelibat Puan Norasyidah.
"Cepat kejut Uni, Wana." Arah Bella.
"Uni." Panggil Juwana. Gadis itu tidak bergerak.
"Oi Uni!" Arissa mengangkat sapu tangan di muka Murni. Namun masih tiada respon.
"Murni Izzati." Bella hulur tangan goncang bahu temannya itu. Namun sama jugak. No respon.
"Uni!" Pekik Aryana agak kuat sambil menepuk belakang Murni.
"Belia benci dadah!!!"Tetiba Murni berdiri sambil angkat tangan. Erk? Lima sahabat itu gigit lidah. Semua mata yang berada di dalam Dewan Meranti memberikan fokus sepenuhnya pada gadis negeri Kelantan itu.
"Baguih. Bersemangatnya student aspuri kat belakang tu." Penceramah di hadapan turut kasi fokus pada Murni."Sat saya pi belakang?" Penceramah itu melangkah ke arah mereka. Lima pasang mata gigit bibir tahan tawa.
"Weyh... pe ni?" Murni toleh pandang satu persatu mata sahabat-sahabatnya. Muka jangan cakap la. Dah blushing + puzzled habis.
"Apa nama awak?" soal penceramah tersebut sebaik saja dia berdiri disebelah Murni. Mikrofon didekatkan dibibir gadis itu.
"Erk? Aa..err..." Murni garu kepala yang tidak gatal. Jantung dah gegar sakan. "Murni, Encik." Perlahan dia menjawab.
"Murni. Baguih lah awak ni. Saya suka semangat macam ni. Awak adalah contoh belia yang baguih. Apa kata awak laungkan belia benci dadah kuat-kuat sebanyak tiga kali? Then semua member-member yang ada kat sini ikut awak. Boleh?"
"Boleh!!!" Sebelum Murni menjawab, terlebih dahulu seisi dewan memberikan jawapan.
Murni pandang sahabat-sahabatnya minta simpati. Rasa malu teramat sangat ni. Nervous pun ada. Mau taknya beratus-rstus pasang mata menghadap muka dia. Huhuhu...
"Buat je la." Bisik Aryana.
"Come on. Uni. Kitorang sokong kau." Juwana angkat tabik. Arissa, Batrisya dan Bella mengangguk laju.
"Go Uni! Go Uni!" Pidut yang berada di belakang dewan menjerit.
"Uni! Chayok-chayok!" Fizi disebelah Boyot turut bersuara.
Mikrofon dipegang erat. Murni ketap bibir. Mata dipejam.Perlahan-lahan tangan kanan diangkat. "Belia benci dadah!" Bergema suaranya di seluruh dewan.
"Belia benci dadah!!!" Sahut seluruh dewan.
"Belia benci dadah!"
"Belia benci dadah!!!"
"Belia benci dadah!"
"Belia benci dadah!!!!!" Gamat suasana ketika itu. Semua pelajar turut mengangkat tangan kanan sambil mengikut laungan Murni.
Microfon diserah kembali pada penceramah. "Baguih. Terima kasih, Murni. Awak boleh duduk. Baiklah.... ada sikit lagi yang saya nak jelaskan di sini..." Penceramah itu kembali ke depan dewan.
Murni lepas nafas lega. Dia kembali duduk. Muka Juwana dipandang. "Wanaaaa..." Lalu Murni menyembamkan mukanya dibahu Juwana. "Malu weyh... Haaaa..." Kaki dihentak-hentak.
"Hahaha..."Serentak lima gadis itu ketawa.
"Rilex, Uni. Kitorang bangga dengan kau." Kata Bella bersungguh-sungguh,
"Betul betul betul..." Sampuk Aryana.
"Sumpah lepas ni aku takkan tidur lagi time ceramah."
"BELL. Apit kan tu?" Bella tunjuk ke arah pokok di tepi DM aspura. Apit ketika sedang menggamit mereka. Berpusu-pusu pelajar berjalan pulang ke asrama melintasi mereka.
"Apit ar tu. Jom?"
"Weyh korang nak gi mana?" Soal Murni bila Aryana dan Bella berjalan menuju ke DM aspura.
"Kitorang nak gi amek something kat ketua biro tu." Bisik Aryana sambil menuding jari ke arah Apit.
"Apa tu?" Batrisya kerut dahi.
"Kau nak plan kita gagal ke?" Soal Aryana sambil melirik mata ke sekeliling.
"Ooowwww..." Bulat mulut Batrisya dan Murni.
"Dah. Jangan banyak soal. Ikut je kitorang." Bella tarik lengan Aryana menuju ke arah Apit. Murni dan Batrisya ikut dari belakang.
"Mana?"
"Rilex ar, Put. Kejap lagi Epon bawak sini." Apit tunduk tampar nyamuk di kaki.
"Kat store tepi toilet junior level satu. Banyak nyamuk la pulak..." Apit garu kaki kanannya yang digigit nyamuk.
"Weyh." Sapa Epon yang baru muncul bersama Boyot. Ditangannya ada sebuah beg kertas yang bercorak teddy bears.
"Epon, mana?" Pantas Aryana menyoal.
"Nah." Beg kertas tersebut dihulur pada Aryana.
"Hadiah ke? Kau kasi aku? Tapi besday aku lambat lagi." Aryana pamer muka teruja.
"Aku ketuk jugak budak ni karang. Hadiah kemendenya? Benda yang korang mintak tu la. Hisy!" Epon tayang muka geram.
"Oowww... Heeee..."
"Mak aii gila cantik bekas dia. Macam hadiah la pulak." Sampuk Bella sambil mencapai beg kertas di tangan Aryana. Kepala dijenguk ke dalam beg kertas tersebut.
"Mesti ar. Nak cover. Kalau kantoi mampos kitorang. Korang dah janjikan no fire-fire?" Epon pandang muka empat gadis di depannya.
"Sweetie, please don’t make a stupid thing okay?" Boyot bersuara tetiba.
"No la sweetheart. Don’t worry okay." Lembut Bella bersuara sambil tersenyum manis.
"Promise?"
"Promise."
"Betul ni?"
"Ye... Betul."
Boyot sengih lebar. "Sayang awak."
"Sayang awak jugak." Balas Bella sambil tersipu malu.
Erk? Apit pandang Aryana. Aryana pandang Epon. Epon pulak pandang Batrisya dan Murni silih berganti. Masing-masing jungkit bahu. Mulut dicebik.
"Weyh, kitorang ni invesible ke? Main madah chenta kat sini pulak dah." Sampuk Epon.
"Dengki ar tu." Bella mencebik. "Kau nak aku panggilkan Rissa ke Epon?"
Muka Epon terus berubah. "Apsal pulak? No need. Thank you..."
"Cover muka ar tu. Huh!"
"Uni, kau tadi apsal? Tetiba je menjerit dalam dewan? Histeria ke?" Tanya Boyot dengan kening terangkat-angkat.
"A’ah la, Uni. Awat weyh? Semangat gila hang tadi. Serius aku banga dengan hang." Apit masuk line.
"Aku pun. Bagus-bagus." Sela Epon.
"Diam ar korang!" Marah Uni sambil menjeling tajam tiga lelaki itu.
"Hahaha..." Enam kepala lantas ketawa. "Uni..Uni..."
"Okay,dah. Pi balik dorm. Dah lewat ni. Bahaya. Nanti kena cekup lagi. Tak pasal-pasal kena jadi security depan pintu rumah penolong ketua warden." Kata Apit sambil sengih mengejek.
Aryana terlopong."Mana kau tau ni? Issabella..." Bella disebelah direnung tajam.
"Heeee..." Bella dah tarik sengih dah. "Sorry, Put terkeluar. Sungguh tak sengaja."
"Kau ni kan..." Telinga gadis itu di tarik.
"Adoi... Promise tak buat lagi." Tutur Bella bersungguh-sungguh. Tangan kanan diangkat.
"Macam-macam la korang ni." Epon menggeleng melihat telatah kawan-kawan pompuannya.
"Cepat lah pi balik dorm. Lewat sangat ni. Dah dekat pukui 11.30. Time tutup lampu dah ni." Ujar Apit sambil menyeluk poket seluar. Torchlight dikeluarkan.
"Kau nak buat pe dengan torchlight tu?" Batrisya yang diam dari tadi menyoal.
"Kami nak ronda sekolah."
"A’ah la.. Lupa pulak. Kau kan ketua biro. Tugas kau kan..." Sampuk Uni pulak.
"Tau takpa. Epon, hang pi panggil Carl. Tadi dia cakap nak follow kita malam ni."
"Wokeyh." Epon mula mengatur langkah. Tak sampai tiga langkah dia menoleh semula ke arah Aryana. "Aku nak masuk cari Carl ni. Kau nak pesan pape kat dia tak, Put?" Epon angkat kening tiga kali.
Aryana tersentak. Control feeling, Put..."No need. Dah ar. Kitorang blah dulu. Thanks a lot pasal benda ni." Aryana tayang beg kertas ditangannya. "Bye. Good night. Assalamualaikum." Tangan Bella ditarik. Kaki diangkat meninggalkan tiga lelaki itu.
"Waalaikumussalam." Tiga suara bergabung.
"Caow dulu." Serentak Murni dan Batrisya kejip mata sambil angkat thumb up pada Epon yang sudah tersengih. Apit dan Boyot turut tayang gigi.
"BELL..." Panggil Aryana dari atas katil.Suasana dorm dah gelap gelita. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Semua penghuni asrama dah dibuai mimpi.
"Bell..." Sedaya upaya volume dikawal. Bella masih kaku dia atas katil. Langsung tak bergerak. Isyh minah ni. Tadi beriya-iya sangat janji takkan tido. Ni lain pulak jadinya... Aryana melangkah turun dari katil. "Issabella..." Tubuh gadis itu digoncang. Tak cukup dengan itu, pinggang Bella jugak di geletek. Namun sia-sia je. Awek Haziq ni kalau tido gila susah nak kejut. Adeh... Aryana menongkat dagu ditepi katil Bella sambil merenung muka temannya itu. Entah apa yang dia mimpi agaknya?
"Put."
"Oh pak lebai!" Aryana gosok dada.Dia menoleh. "Mama!!"
"Weyh... Ni aku la Uni." Ujar Murni yang sudah menekup mulut Aryana.
"Pheww... Terkejut aku. Dengan muka yang bertampuk bedak. Boleh buat nyawa aku terbang kau tau?"
"Sorry ar. Skin care kan. Heeee..." Murni tarik sengih. Cahaya dari lampu koridor membantu penglihatan mereka.
"Kau jangan sengih cam tu. Seram aku tengok. Dah macam zombi pun ada." Aryana berdiri. "Apsal kau tak tido lagi?"
"Tak ngantuk ar. Tadi kan aku dah tido dalam dewan." Ballas Murni yang bersandar di katil Aryana dan Bella itu. "Jom ar aku temankan kau. Si loceng ni kalau tido... taknak cakap ar. Kau pun dah sedia maklum kan?"
"Hmmm... Jom kita balas dendam." Aryana mencapai beg kertas yang tersangkutdi lockernya. Towel dihujung katil jugak diamek menutup kepala. "Jom." Dua gadis itu berjalan ke arah pintu. Langkah mereka terhenti tetiba.
"Put, apa tu?" Murni dah mula tak sedap hati bila terpandang satu lembaga yang berada betul-betul depan pintu dorm mereka.
"Kenal pun. Penakut jugak eh korang ni. Apa daa..." Juwana menggeleng.
"Kau buat pe kat sini?"
"Aku pun nak follow korang jugak, Put."
"Lorrh... Dari tadi kau tunggu kat sini?" Soal Murni.
"Yup."
"Wana...Wana..." Aryana dan Murni menggeleng serentak.
"Okay. Let’s go. Cover line jugak tau..." Bisik Aryana sambil membuka kunci pintu.
BALDI berwarna pink yang berlabel ‘ Thalia punya ‘ dibahagian tangkai dicapai. Beg kertas dibuka. "Wana, line clear?" Aryana angkat kepala pada Juwana yang berdiri di depan pintu.
"Clear." Thumb up terpacak.
"Uni mana?"
"I’m here." Balas Murni yang sebaik saja muncul di depan pintu bilik basuhan. Ditangan kirinya terdapat botol Clorox.
"Mana kau dapat?" Soal Aryana sambil membuka botol minyak petrol.
"This is mine la."
"Good job, buddy." Sengih ditarik.
"Ni baldi Taliban tu ke?" Soal Murni sambil menjenguk ke dalam baldi pink tersebut. "Rezeki weyh... Banyak helai baju ni. Semua top brand tuh. Levi’s, Adidas, Converse. Weyh coli pun ada. Pink colour pulak tuh. Eeeiii... Si Taliban tu pinky rupanya..." Sambung Murni dengan muka jelik.
"Tak sia-sia usaha kita." Juwana masuk line.
"Uni, masukkan air sikit kat dalam baldi ni." Pinta Aryana yang sudah bersiap sedia dengan botol petrolnya.
"Wokeyh." Murni tarik paip getah. Pili dipusing. Tak sampai 20 saat baldi tersebut dah dipenuhi separuh air.
Aryana senyum puas. "Now, your turn pulak Taliban." Tanpa sekuman pun perasaan belas kesian, semua isi minyak petrol dituang ke dalam baldi tersebut. "Bak Clorox." Tangan dihulur pada Murni.
"My pleasure."
"Thanks..." Lalu Clorox dituang.
"Jangan habiskan. Aku nak guna esok."
"Ye la. Okay, done." Botol Clorox ditutup.
Juwana mendapatkan dua gadis itu. "Good. Aku tak sabar nak tunggu respon si Taliban." Sengih jahat dah menampakkan diri.
"Aku pun." Sampuk Murni yang turut tersengih.
"Aku laaaagi tak sabar. Hahaha..." Aryana ketawa jahat. "Dah jom blah. Nak buang botol petrol ni." Tiga sahabat itu melangkah keluar dari bilik basuh dengan senyuman lebar. Amek kau Thalia Taliban!
Kelihatan Teddy dan along sedang asyik bermain dam ular di ruang tamu.
"Along, mana aci main macam ni? Kalau ular kena telan lah. Mana boleh naik ikut ekor?"
"Bolehlah. Manja yang tak tau"
"Tipu. Tipu. Along main tipu. Bencilah" Teddy berpusing ke arah lain. Tidak mahu memandang alongnya.
"Okay. Okay. Kita mula lagi sekali ye?" Along menarik tangan Teddy.
"Kau tak kerja hari ni Long? Boleh main dengan Manja macam ni?"
"Tak ayah. Saya off hari ni. Saja je layan budak Manja ni"
"Buat apa nak dilayan budak mengada ngada ni? Makin di layan makin menjadi"
"Apa ayah ni? Sampai hati tau. Dahlah Manja nak pergi jauh ni"
"Manja! Siapa boyfriend kau?! Cakap cepat!"
"Yang ayah jerit jerit ni kenapa? Manja belum pekak lagi lah"
"Jadi cepat cakap siapa boyfriend Manja?"
"Apasal tiba tiba ayah tanya pasal boyfriend Manja ni?" Mesti si cawan kopi tu yang buat cerita dengan ayah. Dia tu bilalah nak berhenti mengganggu hidup aku agaknya?. Takkan aku nak buat dia kena buang negara lagi pulak?
"Cakap ajelah tak payah banyak soal jawab"
"Nak tau sangat? Okey, along boyfriend Manja. Angah girlfriend Manja. Ayah apa ye? Ayah sugar daddy, mak pula sugar mummy. Okay tak?"
"Budak ni. Ada ke ayah nak dibuat sugar daddy. Tunggu jangan lari" Teddy yang sudah berlari ke laman rumah tidak perasan yang Spider sedang berdiri di situ lalu melanggarnya.
"Eh.. aku dah salah rumah ke?" Teddy menepuk nepuk kepalanya beberapa kali kemudian dia melihat nombor rumahnya.
"Eh.. betullah nombor 15 bukan 16. Ayah. Ayah. Kenapa dia boleh ada kat sini?" Sebelum sempat Teddy melangkah masuk ke dalam rumahnya Spider menarik lengan Teddy. Kejap sehingga Teddy tidak dapat melepaskannya.
"Hey apa ni? Lepaslah. Tak malu ke pegang tangan anak dara orang macam ni? Ingat saya tak ada mak bapak ke? Along! Tolong Manja long"
"Norman? Apa ni?" Along yang baru keluar bertanya lalu menarik Teddy ke arahnya.
"Maafkan saya bang tapi saya nak cakap dengan Manja tapi dia tak nak cakap dengan saya sebab tu sa.."
"Hey! Kau ingat adik aku ni anak patung ke hah?" Along bertindak menolak Spider.
"Along! Kenapa ni? Patut ke seorang doctor berkelakuan macam ni?"
"Dia ni ayah, dah melampau. Apa dia ingat Manja ni anak patung ke main pegang macam tu je?"
"Yelah. Yelah. Ayah tau tu. Tapi.. bagilah Norman peluang cakap dengan Manja. Biarlah diorang selesaikan masalah mereka sendiri"
"Tapi ayah.."
"Tak ada tapi tapi lagi. Tolong ayah check tekanan darah. Jom masuk" En. Izlan menarik tangan along masuk ke dalam rumah.
"Oh ya Norman, uncle bagi kebenaran untuk cakap aje tau, jangan ulang lagi macam tadi"
"Terima kasih En. Izlan"
"Awak nak apa?" Teddy bertanya setelah mengambil tempat di salah sebuah bangku yang terdapat di laman rumah.
"Saya cabar awak" Spider berkata setelah mengambil tempat di hadapan Teddy.
Gila agaknya mamat ni. Tak pasal pasal nak cabar orang pula.
"Awak dengar tak? Saya cabar awak ni?"
"Awak ni demam ke apa? Nak saya minta ubat dari boyfriend saya?"
"Boyfriend?"
"Along, ni ada orang demam. Tolong tengok sekejap" Manja berkata bersahaja.
"Kenapa awak tak nak kerja dengan saya bila awak tau yang saya ni ‘Spiderman’?"
"Saya tak ada masalah siapa awak cuma saya tak suka bekerja dengan seseorang yang suka menyamar. Peduli apa saya awak ni Spiderman ke Superman ke atau Ultraman? Tak ada kena mengena dengan saya. None of my business"
"Atau awak dah mula suka kan saya? Pasal tu awak marah bila saya tak berterus terang?
"Hey tolonglah. Tak ada masalah nak bercintan cintun ni. Tengok oranglah sikit. Dahlah pergi baliklah. Malas nak layan"
"Kalau macam tu saya cabar awak kerja dengan saya. Kalau betul awak tak ada perasaan kat saya"
"Apa?"
"Saya cakap saya cabar awak kerja dengan saya kalau betul awak tak ada perasaan pada saya. Macam mana? Awak berani tak terima cabaran saya?"
"Apa ingat saya takut ke? Sikit pun tak goyanglah. Saya terima. Saya tak akan pergi ke Kelantan. Saya akan uruskan projek yang saya pegang sekarang."
Yes.
"Norman, awak dah check.."
"Setiap tingkat bangunan yang ada kat sini saya dah check. Semuanya okay kecuali bangunan blok B ada masalah dan reportnya saya dah siapkan. Esok pagi saya akan letak atas meja awak"
"Okay. Kalau macam tu saya balik office dulu. Kalau ada apa apa masalah call saya"
"Macam ni ke tanggungjawab seorang ‘Project Manager’?"
"Excuse me En. Norman?"
"Taklah saya hairan, macam ni ke kerja seorang pengurus projek? Senangnya. Saya pun nak minta naik pangkatlah"
"Awak ni saja nak cari pasal ke En. Norman? Kalau dah tak ada kerja pergilah bergayut kat mana mana bagunan kat sini. Lagi satu, awak tak perlu nak ajar saya apa yang perlu saya buat. Memang pantang cucu cicit saya kalau ada orang cuba nak control saya. Pasal kenaikan pangkat, tak payah susah payah. Jawatan pengarah urusan memang milik awak. Tapi.. bukan kat sini, tu kat company bapa awak"
"Awak.."
"Chow" Teddy melangkah meninggalkan perkarangan tapak projek tersebut tanpa menoleh ke belakang. Selepas 5 minit kemudian Teddy mendapat panggilan dari salah seorang penyelia tapak yang mengatakan ada kemalangan yang berlaku di tapak projek. Teddy yang kebetulan masih belum betul betul meninggalkan tapak projek berkenaan bergegas masuk ke dalam.
"Apa yang dah berlaku? Baru 5 minit saya pergi dah kecoh?. Apa dia?"
"En. Norman jatuh bangunan cik Manja"
"Norman? Jatuh? Macam mana? Tingkat berapa? Teruk ke?"
"Tak tau. Dia pengsan. Tangan berdarah. Kepala.."
"Mana dia?"
"Sana. Blok B"
"Angkat dia masuk dalam kereta saya" Tak habis habis menyusahkan orang. Kalau nak bunuh diri pun janganlah kat site yang aku jaga. Pergilah tempat lain. Menyusahkan orang je.
" Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni Syam..,saya dah puas merayu tapi Encik Hakim tetap tak nak bertanggungjawab dengan perbuatan dia…dia kata saya perempuan murahan…dia kata saya macam-macam.." aku merintih pilu. Setelah Syam mengasak aku berkali-kali, barulah aku berani membuka mulut . Aku terpaksa menceritakan padanya apabila melihat kesungguhannya untuk mengetahui cerita sebenar. Aku mendongak untuk melihat reaksi Syam. Syam tiba-tiba terdiam seribu bahasa setelah mendengar ceritaku. Dia kelihatan begitu terkejut. Wajahnya berubah riak. Dia seperti sedang menahan marah. Sedikitpun dia tidak memandang aku.Melihat reaksinya menyebabkan luka hatiku bertambah parah. Aku tahu Syam tidak boleh terima semua ini. Aku tahu selepas ini, pasti Syam benci terhadapku yang sudah hilang maruah diri. Dia pasti meninggalkanku.Pelbagai andaian bukan-bukan menyesakkan ruang benakku.
" Maafkan saya Syam..saya tahu awak dah benci saya sekarang. Saya minta maaf kerana tak ikut nasihat awak dulu. Maafkan saya..," aku merintih lagi lebih-lebih lagi apabila melihat Syam terus membisu. Syam mengenggam penumbuk erat . Badannya sedikit bergetar. Sedikitpun dia tidak berpaling padaku. Namun, dari pandangan sisi, aku dapat melihat wajahnya merah, matanya bersinar seperti penuh dengan kebencian.Nampak sangat dia sedang menahan marah.
" Saya tak kan biarkan dia buat macam tu pada awak. Setan tu mesti di ajar!" Tegas Syam setelah lama berdiam diri. Kemudian tiba-tiba dia bergerak pantas untuk meninggalkan aku di situ.Aku terpinga-pinga.
" Syam, awak nak pergi mana tu?!" Laungku dari jauh.
" Jumpa Hakim!" Jawabnya sepatah. Aku tergaman seketika lantas dengan spontannya aku turut mengekori langkahnya.
" Jangan jumpa dia Syam..tak guna! Dia tak kan bertanggungjawab walaupun awak merayu macam mana pun..," kata-kataku menghentikan langkah Syam. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Syam masuk campur dalam hal ini. Syam berpaling dan perlahan-lahan mendekatiku.
" Lina..dengar sini..saya tak kan berdiam diri kalau dia buat awak macam ni. Orang macam tu mesti di ajar nak bagi dia sedar sikit! Awak tak boleh mudah mengalah..," Syam memandangku dengan geram.Mungkin geram dengan kelemahanku. Aku terdiam. Tanpa menunggu jawapan dariku, Syam terus mengorak langkah untuk masuk ke ruang pejabat . Aku tahu dia akan pergi ke tingkat atas untuk berjumpa Encik Hakim. Aku menyusul dari belakang. Aku mesti ikut kerana aku tidak mahu apa-apa terjadi pada Syam walaupun aku masih lemah untuk berhadapan dengan Encik Hakim. Jauh di sudut hatiku,aku tidak sanggup berdepan dengan binatang itu namun aku terpaksa!
" Hakim!" Pintu bilik Encik Hakim ditendang kuat dan laungan Syam bergema. Encik Hakim yang sedang bercakap di telefon terkejut besar. Dia terus meletakkan telefon apabila melihat aku dan Syam di situ.
" Kau nak apa lagi hah?!" Laung Encik Hakim .Syam meluru ke arah Encik Hakim lalu satu tumbukan kuat singgah pada mukanya .Encik Hakim terjatuh dari kerusinya dan badannya menghempas lantai. Dia menyapu kasar darah pekat yang mengalir pada bibirnya.Bibirnya pecah.Dia memandang tajam ke arah Syam.Aku pula tergaman melihat tindakan Syam yang tiba-tiba.
" Hoi! Kau dah gila ke?!" wajah bengis Encik Hakim sudah kelihatan. Dia benar-benar marah .
" Siapa yang gila!Kau tu sebenarnya yang gila, bangang! Kau memang tak patut dibiarkan hidup! Sepatutnya aku hapuskan kau dari dulu lagi!" Syam menengking kuat . Kolar baju Encik Hakim disentap kasar lantas satu tumbukan lagi dihadiahkan pada dagu Encik Hakim. Kali ini dia terbaring . Syam kemudian menendang kuat perutnya beberapa kali .Encik Hakim mengerang kesakitan. Perutnya dipegang kemas.
" Syam..stop it!" Aku memegang lengan Syam untuk menghalang tindakannya yang seterusnya .Gerun pula aku melihat Syam yang sedang berang ketika ini .
" Hakim! Kau dengar sini baik-baik..kalau kau tak nak bertanggungjawab dengan Lina, aku tak teragak-agak akan bunuh kau!" Aku tergaman mendengar kata-kata berbaur ugutan dari mulut Syam. Syam bersungguh-sungguh ingin membela nasibku. Aku sungguh terharu.
" Haha..bunuhlah kalau kau berani?! Kau ingat aku takut? Kau tak payah lah nak bela perempuan sundal ni..buang masa je!" Dalam kesakitan, dia masih mampu tergelak sinis. Hatiku terguris lagi mendengar kata-kata itu. Dia cuba bangkit namun belum sempat dia berbuat begitu Syam menendang dadanya pula. Darah merah tersembur keluar dari mulut dan hidungnya. Dia terguling sekali lagi dan mengerang kesakitan.Aku melihat sahaja Syam membelasah Encik Hakim tanpa ada terselit sedikitpun rasa simpati . Yang pasti, hatiku benar-benar pedih , hancur hatiku apabila Encik Hakim tidak henti-henti menghinaku. Air mataku mula bergenang di tubir mata dan akhirnya ia menitis lagi.
" Rasakan !! Ingat Hakim! Sekali lagi kau cakap macam tu, nahas kau!" Bentak Syam. Bunyi desas desus seperti orang sedang berbisik di muka pintu membantutkan tindakan Syam seterusnya .Rupa-rupanya tanpa disedari adegan ini disaksikan oleh pekerja-pekerja lain yang berada di situ memandangkan pintu bilik Encik Hakim terbuka luas. Syam masih mengenggam penumbuk.
" Syam, sudah lah tu..," aku terpaksa menghalang tindakan Syam seterusnya kerana aku tidak sanggup lagi berada di situ. Lagi lama aku berada di situ, lagi seksa hatiku menahan perit lebih-lebih lagi apabila kami menjadi tontonan ramai.
" Aku tak kan lepaskan kau binatang! Dasar buaya darat!" Syam menghadiahkan tendangan terakhir kepada Encik Hakim sebelum berlalu dari situ. Tanganku ditarik kasar. Aku mengekori langkahnya dengan tergesa-gesa melepasi kumpulan manusia di luar bilik Encik Hakim. Aku mengesat air mataku yang masih tidak bersisa.Semua memandang hairan kepadaku, begitu juga Leha yang turut berada di situ.Wajah yang terpamer pada wajahnya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku .
-------------------------------------------------
" Awak mesti laporkan perkara ini pada polis!" Tegas Syam ketika kami tiba di suatu tempat terpencil di pinggir kota .Setelah berjumpa Encik Hakim tadi, dia membawaku dengan motornya ke sini, tempat yang tidak pernah aku kunjungi sebelum ini.
" Lina.., awak tak boleh berdiam diri macam ni.Awak mesti lakukan sesuatu..," dia duduk menghadapku apabila melihat aku masih berdiam diri sejak tadi.
" Tak boleh Syam..tak boleh!Kalau lapor pada polis saya akan dapat malu. Saya takut Encik Hakim sebarkan gambar saya kat internet..," aku menggelengkan kepala beberapa kali kemudian berdiri menghadap tasik yang saujana mata memandang di hadapanku.
" Lina..awak kena bertegas! Awak tak boleh macam ni..kalau awak nak nasib awak dibela,awak kena ikut cakap saya..," Syam menarik tubuhku supaya menghadapnya.Bahuku dipegang kemas. Aku memandangnya sayu. Kemudian aku menolak lembut pegangannya pada bahuku .
" Kalau saya buat macam tu, macam mana dengan anak ni? Walau macam mana sekalipun Encik Hakim mesti kahwin dengan saya. Saya nak dia bertanggungjawab dengan anak ini..," hatiku semakin sebak kerana mengharapkan sesuatu yang mustahil.
" Awak jangan buat kerja bodoh..Sanggup ke awak kahwin dengan buaya darat tu? Saya kenal sangat perangai dia..dia tu kaki betina. Saya tak nak awak hidup menderita nanti..," suara Syam bergetar,tidak tahulah sama ada dia marah atau kecewa dengan kata-kataku. Kedengaran nafasnya dihembus kasar .
" Ye Syam..saya memang bodoh dan kerana kebodohan saya tu, maruah saya tercemar…kalau dia tak nak kahwin dengan saya..saya akan gugurkan anak ni!" Aku menekan perutku, rasa tidak sanggup untuk melahirkan anak ini ke dunia ini .
" Lina!! Don’t do that! Anak awak tak bersalah dalam hal ni. Please..jangan buat keputusan terburu-buru!" Aku tersentak apabila Syam menengkingku.
" Habis, awak nak saya buat apa? Awak nak biar saya lahir anak luar nikah? Awak nak biar anak ni tak ada ayah? Macam tu? Awak tak faham perasaan saya Syam..saya akan lebih menderita kalau semua tu terjadi pada saya!" Aku merintih hiba. Tangisanku bergema lagi.
" Saya faham perasaan awak..saya faham sangat..dan saya nak awak faham yang saya lagi terseksa kalau tengok awak macam ni…saya sayangkan awak..," sayu aku mendengar kata-kata itu. Tapi perasaan sayang itu tidak penting lagi bagiku kerana aku bukan lagi Lina yang dulu..
"Baiklah kalau itu yang awak nak, saya sanggup jadi ayah pada anak awak…," dia meneruskan kata-katanya bila melihat tiada respon dariku. Dahiku berkerut tidak mengerti kata-kata Syam.
" Maksud awak?"
" Saya akan mengahwini awak..," mataku buntang mendengar cadangan itu.
" What?!" Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar kini. Benarkah dia mahu jadi pak sanggup pada anak ini? Biar betul!
Rumah Nek Mah meriah sekali. Hari ini mereka sekeluarga menjemput keluarga Kak Yam ke rumah menjamu selera. Suara anak-anak kak Yam kelihatan seronok mendengar jenaka dari Adi Hamidi. Sesekali Adi Hamidi menjeling isterinya yang sedang menyusun pinggan. Kelihatan abang Mail baru mengatur langkah menuju ke rumah Tok Aki. "Assalamualaikum.." Abang Mail memberi salam "W'salam..Sila naik bang. Kami semua tengah tunggu abang ni. Suara Adi Hamidi kedengaran ramah menyambut kedatangan Abang Mail iaitu suami kak Yam. "A'aa. Yea lah. Maaflah lambat sikit adi." "Takpe bang. Tapi kalau lambat sikit lagi nampaknya abg kena makan sorang-sorang lah jawabnya. Tak dapet den nak nolongnya…"Selorohnya. Anak-anak abg Mail ketawa, mereka seronok melihat Along Adi mengenakan ayah mereka. "Jom makan. Semua dah terhidang tu." Pelawa Tok Aki yang sudah pun berada di ruag makan. Mereka duduk bersila beralaskan tikar mengkuang. Cara kampung masih tidak dilupakan lebih-lebih lagi Tok Aki. Selesai Tok Aki mengaminkan doa, mereka sekeluarga menjamu selera.
"Lama ke cuti ni." Soal abg Mail sambil memangku anak bongunya Munirah. Anak bongsunya terlalu manja dengannya. "Tak lama, tiga hari aja. Esok balik lah bang. Lagipun Murni petang esok dah balik. Nanti takde sesiapa pulak kat rumah tu, tingal dia seseorang pulak." terang Adi Hamidi. Sesekali tangannya gatal mencuit hidung Munirah. "Murni kemana? Tak bawak dia sekali ke?" "Murni tak ikut bang. Dia ada kem motivasi anjuran sekolahnya. Kan tahun ni dia nak periksa." Jelas Adi Hamidi "Ooo..patutlah abg tak nampak pun batang hidung dia." Ujarnya "Banyak dapat ikan memancing hari tu bang." Adi Hamidi beralih topik setelah mereka sama-sama terdiam. Abg Mail seorang yang pendiam tidak banyak bercakap, kecuali topic yang menarik minatnya. "Tak dapat langsung. Takde rezeki kali ni. Cadangnya bulan depan nak turun lagi." Adi Hamidi dan Abg Mail semakin rancak bersembang, sesekali Tok Aki akan menyampuk.
Nur Alia membasuh pinggan mangkuk dibantu oleh Siti anak Kak Yam. Siti tidak langsung kekok bila mekukan kerja bersama Nur Alia. Malah kanak-kanak itu rancak bercerita. Sesekali pecah ketawa mereka mendengar celoteh Siti. "Petang ni kamu buat apa Alia?" soal Kak Yam "Entah la rasanya takde buat apa kak." Terangnya sambil matanya memandang Nek Mah yang sedang meneguk air masak. "Petang ni Kak Yam nak ke bendang. Kamu nak ikut? Darpada tak buta apa. Alia pun bukan selalu dating sini" Pelawa Kak Yam. "Boleh jugak kak." Nur Alia bersetuju. Wajahnya mula mengukir senyum. Nek Mah hanya tersengih memandang. Cucunya ini langsung tidak kekok, malah makin teruja mengenali budaya hidup dikampung. "Boleh kan nek." Nur alia meminta izin dari Nek Mah. "Boleh. Apa tak bolehnya. Kamu kena kenal dengan pokok nasi yang kamu makan tu. Lain kali orang tanya kamu bolehlah ceritakan bentuk pokok padi tu." Nek mah sengaja mengenakan cucunya. Nur alia hanya tersenyum. "Pokok nasi." Nur Alia menggaru-garu kepala nya. "Pokok beras lah nek." Jawab Siti dengan bangga. Lalu pecah ketawa mereka "Nah! Alia bawakan ubi rebus ni kedepan. Boleh mereka makan sambil bersembang." Ujar Nek Mah sambil menghulurkan sepiring ubi rebus dan sepiring kecil kelapa parut yang digaul dengan garam dan gula. "Baik nek. Balasnya. Nur Alai membawa dulang yang berisi ubis rebus dan seteko air kopi ke beranda. "Jemput makan tok, abg Mail." Dengan sopan Nur Alia mempersilakan mereka makan. "Hai tok ngan abg Mail aja ke. Abang tak pelawa ke?" Adi hamidi yang memandang wajah Nur Alia yang menatang dulang tadi sengaja mahu mengenakan isterinya. "Jemputlah makan bang kalau rasa muka tak malu." Nur alia mengenakan Adi Hamidi. Dia sudah dapat mengagak pasti ada aja hal yang hendak dikenakanya. Tok Aki dan abg Mail ketawa berdekah-dekah. Tak terduga Nur Alia akan mengenakan Adi Hamidi kembali. Adi Hamidi hanya tersenyum kelat. "Ni tak boleh jadi Alia dah pandai kenakan aku." Getusnya didalam hati.
"Kami pun dah kenyang ni tok, nek, terima kasih banyak-banyak. Sedap Alia masak, kalah kak Yam Adi, beruntung kamu. Kak Yam memandang Adi Hamidi yang tersengih. "tengoklah siapa suaminya."Jawabnya dengan bangga. "Apa kena pulak suaminya dengan masakan Alia." Adi malu sendiri. Mulut nak kenakan orang aja tak sedar makan diri sendiri. Mereka semua ketawa setelah Adi Hamid terdiam tanpa kata. "Minta diri dululah yea, petang nanti kita ke bendang yea Alia. Nanti Kak Yam suruh Siti datang kesini panggilkan kamu." Terang Kak Yam. "Yea lah kak." "Nak kebendang kak. Adi pun na ikut juga." "Hai tak boleh berenggang langsung dengan bini." Tegur Nek Mah memandang sekilas wajah cucunya. Pecah ketawa mereka mendengar kata-kata Nek Mah. "Ala nenek ni. Adi nak pergi cari siput la. Teringin nak makan siput." "Dah teringin nak makan pulak. Sengaja alih topic lah tu. mengidam agaknya." Sakat Kak Yam. Mereka ketawa melihat wajah kelat Adi Hamidi tersenyum. "Ajis petang nanti kita pergi cari siput yea. Kita berkubang nak." "Horey boleh long. Beresss…!" "Eh siapa benarkan ni." "Ala mak. Sesekali berkubang takkan tak boleh bukannya pergi ngan siapa pun Ajis pergi ngan Along Adi." ujar Ajis mempertahankan diri. "Ikut sangatlah perangai tak betul Along kau tu. celah Nek Mah. "Kita tangkap banyak-banyak nanti kita jual kan Ajis.." "Erm..tak sempat nak jualnya kamu dah habiskan dulu Adi." Sanggah to kaki. Ketawa meledak lagi. Adi Hamidi tiada kata, dia terpaksa mengalah dan menelan semua kata-kata tok dan neneknya.
Hampir pukul empat petang barulah Adi Hamidi dan Nur Alia menuju ke rumah kak Yam. Munirah sudah terlompat-lompat melihat kehadiran Adi Hamidi dan Nur Alia. Rupanya Kak Yam dan anak-anaknya dah lama tunggu. "Maaf lah kak, lambat sikit. Dah lama akak tunggu. Adi sakit perut tadi, memulas sangat tak tahan makan pedas tadi lah ni. Kot-kot sengaja ada orang taruk cili lebih nak kenakan Adi agaknya." Adi Hamidi menjeling Nur Alia. Dia sengaja mengusik. Sambal belacan tadi dia tahu Nur Alia yang sediakan. Sebab itu dia berani kata macam tu. "Hiss… kamu ni Adi, dah tak boleh makan tu kenapa kamu makan juga. Jangan nak menyalahkan orang pulak. Bebel Kak Yam. Nur Alia hanya tersenyum. Dia tahu suaminya ingin mengenakannya. "Lupa la Alia nak pesan sebelum makan tadi kak. Orang ada buasir tak boleh makan ni." Ejek Nur Alia. Kak Yam ketawa gelihati mendengar jawapan dari Nur Alia untuk mengenakan Adi Hamidi. "Erk ala..suka-suka aja mengata orang ada buasir." Jeling Adi Hamidi sambil menjuihkan sedikit bibirnya. "Bila pulak saya mengata. Takde kan kak. Saya cuma bagitahu orang yang ada buasir tak boleh makan. Bukannya saya sebut nama awak pun. Siapa makan hempedu dialah yang terasa pahitnya." Nur Alia menjawab dengan pantas. "Sudah-sudah. Tak habis-habis nak gaduh, kalau kamu berdua ni anak akak dah lama akak piat telinga tu." sangah Kak Yam yang mula pening melihat pertelingkahan kecil antara Adi Hamidi dan Nur Alia. Ada saja yang tidak kena. Nasib baik bukan anak akak, kalau dapat mak garang macam ni bertompok-tompok lah badan Adi jawabnya…Adi Hamidi mengutur dada, saja mengenakan Kak Yam yang sudah membulatkan mata mendengar usikannya. Nur Alia hanya tersenyum menahan tawa. "Jom lah. Dah nak petang ni. Nanti lambat pulak baliknya karang." Ajak Kak Yam "Ajis mana kak?" Soal Adi Hamidi setelah dia tidak nampak kelibat anak sulong Kak Yam. "Dia dah pergi dulu. Dia pesan pada akak nanti dia tunggu kamu kat tali air tu." "Jom lah kak. Adi dah tak sabar ni." "Macam dia pulak yang baru datang ke kampung ni." Adi Hamidi hanya tersengih. Kak Yam mengelengkan kepala, sedikit pun dia tidak bosan dengan kerenah Adi Hamidi. Ada-ada saja ideanya.
"Ooo..tak tunggu Along yea. Laung Adi Hamidi setelah melihat kelibat Ajis dan Epie sedang berendam. Baldi yang dibawanya tadi telah diletakkan bersebelahan pakaian Ajis dan Epie. Dua beradik itu hanya tersengih bila melihat Adi Hamidi mula melangkah dengan berhati-hati menuruni tebing tali air. "Dapat banyak tak?" "Belum cari lagi Long, tengah berdendam ni. Best." "La kenapa tak cari lagi. Ingatkan dah penuh baldi kecil tu." "Kami tunggu Along lah. Sementara menunggu ketibaan putera katak yang tak rupa seperti katak ni kami mandi dulu." Terang Epie yang mula berkuak didalam air. Sengaja dia menguak Air dengan kuat agar percikan air terkena Adi Hamidi. "Apa…. tunggu putera katak. Banyak la kau punya putera katak. Nah!" Adi Hamidi membaling selut ke arah meraka. Keadaan menjadi riuh dengan hilai tawa setelah kehadiran Adi Hamidi menyertai mereka. "Best juga mandi kat sini kan Ajis. Dah lama benar Along tak mandi kat sini. Nasib baik dapat berkawan dengan korang, tak la malu sangat Along nak mandi kat sini." Ajis dan Epie hanya tersengih. Dibiarkan Along Adi mereka mengelamun. Ibart si luncai dengan labu-labunya. "Jangan ambik yang kecik sangat. Yang anak-anak tu tak payah ambik lah Jis..kita buah benih. Kita ambik mak ngan bapak aja." "Banyak lah kat sini along." Jerit Ajis. Tangannya mula mengagau siput. Keruh air mula kelihatan bila dia mengangkat beberapa ekor siput didalam gemgamannya yang bersalut lumpur. "Ajak Epie cari sama kat situ. Along cari kat sini." Mereka mengagau siput dengan penuh semangat. Sesekali terdengar ketawa Ajis dan Epie bila Adi Hamidi melawak.
Siti berlari-lari anak menghampiri emaknya. Dadanya berombak kencang kerana berlari pantas. Dia yang memakai baju kurung moden nampak comel. Siti mengangkat sedikit kainnya bagi mengelakkan kemuncup melekap dibahagian kaki kain. "Mak! ayah panggil balik." "Kenapa…" laung Kak Yam, setelah terdengar suara anak perempuannya memanggilnya "Entah la mak." "Erm..ada-ada saja lah ayah kamu tu. Alia akak balik dulu lah yea. Kalau kamu nak balik jom lah." Kak Yam mempelawa Nur Alia pulang. Dia rasa serba salah tak lama Nur Alia turun kebendang bersamanya dah kena balik pulak. "Takpe lah kak . Alai ke sana aja yea, tengok diorag cari siput. Jawabnya jujur. "Baiklah hati-hati nanti kang tak pasal-pasal jatuh dalam sawah ni." Nur Alia hanya ketawa mendengar kata-kata Kak Yam. "Siti temankan kak Alia tu. Pinta Kak Yam kepada anaknya yang masih lagi tercegat ditempat tadi. Dia kelihatan tersengih. "Yea lah mak." Mariam meninggalkan anaknya Siti bersama Nur Alia. Langkahnya semakin laju. Sesekali dia menoleh ke arah tali air tempat anak-anak lelakinya Ajis dan Epie berendam. Seronok bukan main lagi mereka. Mariam berjalan sambil tersenyum. "Jom Siti. Kita kesana, tengok Along Adi cari siput." Nur Alia berjalan berpimpingan tangan dengan Siti. Dia ketawa riang melayan celoteh Siti. Sesekali ketawa mereka menyapa lembut gegendang telinga Adi Hamidi. Terasa satu ketengangan dijiwanya bila mendengar gema suara isterinya disapa angin. Mata Nur Alia tidak puas menatap kehijauan pepehon rendang dihujung sawah. Cukup damai sekali. Bertemankan bunyi kicauan burung yang sesekali disapa angin petang. "Itu siput kan Siti." "A'aa kak" "Siput apa yea." "Entah la kak. Siti pun tak tahu." "Agaknya siput ni kot yang Along Adi cari. Jom." Nur Alia mengajak Siti keraha batas sawah yang terbentang hijau dipenuhi anak-anak padi. Beberapa ekor siput lagi kelihatan sedang merayap perlahan-lahan dicelah batang anak padi. "Siti ambilkan plastic, kita tolong Along Adi carikan siput yea." "Baik kak." Siti berlari-lari kecil menuju ke tempat abangnya mencari siput. Dia mengambil plastic yang terletak berhampiran baldi. Kehadiran Siti langsung tidak diendahkan oleh mereka yang sedang keseronokkan berkubang. Sesekali suara Epie terjerit-jerit marah diatas perlakuan Ajis melempar selut ke arahnya. "Jom kita kutip siput ni. Besar-besar yea siput ni Siti. Kenyang lah Along Adi Siti makan nanti." Secarik senyuman terukir diwajahnya. Tangan Nur Alia lincah mengutip beberapa ekor siput yang berada di tepi batas. Walaupun terasa sedikit geli ketika menyentuhnya namun ditahan juga. Lama kelamaan rasa geli itu beransur hilang. "Ada telurlah. Comelnya telurnya kak. Warna pink lagi." Siti kegirangan melihat telur-telur siput yang berwarna pink seakan-akan biji selasih berselerakan diatas rumput-rumput kering disekitar sawah. Jari telunjuknya diarahkan ke tanah. "Yang ni bertelur tak payah ambik la Siti. Kesian. Kita cari kat tempat lain pulak yea." Arah Nur Alia setelah melihat siput itu meningalkan telurnya. "Jom kita ke sana." "Kak Alia kat sini ada lima ekor." Siti terjerit-jerti keriangan. Dia melompat-lompat kecil. "Nanti akak ambik." Nur Alia mengutip siput-siput yang berjalan lambat itu. Dia tersenyum. "Hati-hati kak. Kat sini ada lintah." Laung siti dari atas batas. "Hah ada lintah." Nur Alia berlari-lari anak menuju ke batas dimana tempat Siti berdiri. Dia cukup geli dengan makhluk bernama lintah yang mempunyai badan yang lembik, kenyal dan berlendir bila mengingatinya serta merta badannya kegelian. Siti ketawa melihat karektor Nur Alia berubah setelah dia mengetahui lintah juga terdapat didalam sawah. "Dah penuh la siti. Cukuplah yea. Nantikan pupus pulak siput ni." Suaranya tercungap-cungap menahan debar ketika berlari ke arah Siti tadi. "Kita campurkan dengan yang Along, kak. Diaorang taruk dalam baldi." "Ok. Jom." Nur Alia dan Siti berjalan menuju ke arah tempat Adi Hamidi berkubang. Ditangannya terdapat satu plastic kecil yang terisi penuh dengan siput. Meraka saling senyum bila berpandangan. "Tak payah susah payah berendam. Kat sini pun boleh dapat siput. Saja nak berkubang." Getus hati Nur Alia. "Kita masukkan sekali dalam baldi tu yea Siti. Nanti biar Along angkat ngan abg Ajis aja." "Yea lah kak." Nur Alia menuang siput-siput yang dipungutnya tadi kedalam baldi yang terletak dititi kecil itu. "Aik yang lain-lain semua kecil yang kita aja besar Siti. Lain pulak tu." "Along Adi ni saja nak kenakan anak-anak siput agaknya. Betul kata nenek tadi along adi tu bukannya betul sangat." Bebel Nur Alia sambil memandang ke arah suaminya yang sedang seronok berendam. Beberapa ekor siput sedut merayap ditepi-tepi dinding baldi. Siti cepat-cepat menguis supaya jatuh kembali kedalam baldi. "Siti..Siti sekejap." Laung Epie dari jauh sambil melambai tangannya ke arah adiknya Siti. "Ada apa." Siti masih lagi tidak berganjak. Sduanya dia hanya bertanya kepada abangnya mahu apa. "Ambil siput ni. Satukan dalam baldi tu. siput dalam baldi kecil ni dah nak penuh." Epie menyuakan baldi kecil yang berada ditangannya. Siti berlari-lari anak meneju ke tempat Epie. "Nah! Kak, abg Epie suruh kita satukan dengan yang ni. Dia nak baldi." Nur Alia mengambil baldi yang berisi siput sedut kedalam baldi besar. Siput-siput itu menimbusi siput-siput besar yang tuangkan oleh Nur Alia tadi. "Dah banyak ni. Nanti siapa pulak nak habiskan. Bagitahu Along Adi dah cukup lah. Dalam baldi ni pun dah nak penuh. Lagipun dah petang ni." Siti menganguk tanda mengerti arahan yang diberikan oleh Nur Alia. Dia berlari-lari anak melaungkan nama Along Adi. "Along.. kak Alia cakap cukup lah. Dah penuh satu baldi. Nanti takde siapa pulak nak habiskan. Lagipun dah petang. Kak Alia suruh balik." Ucapnya dengan suara terputus-putus kerana kelelahan berlari sakan tadi. "A'aa. Yea lah kami nak balik lah ni. Jom Ajis, Epie. Kak Alia dah tunggu tu. nanti bising pula nenek kebayan tu." Ajis dan Epie ketawa riang apabila Along Adi mereka memanggil Nur Alia dengan panggilan nenek kebayan. Badan mereka bertiga penuh dengan selut. Macam kerbau dah jadinya. Nur Alia hanya mengelengkan kepala. Suaminya tak ubah macam budak-budak. Elok lah berkawan dengan Ajis dan Epie tu. sama-sama suka sakat orang. "Siti tolong bawakan seliper Along. Bawak sini baldi tu kita bahagi-bahagikan." "Eh! tak payah lah Along. Kami ni dah puas makan siput. Along tu jarang balik kesini. Ajis ngan Epie bukan nak makan pun. Cuma nak berednam aja. Terangnya sambil tersenyum lebar. "Patut la hari aku ajak tu bukan main lagi gembiranya, rumpanya nak berendam." Bisik Adi Hamidi. "Ajis ambik la separuh." "Tak nak lah Long. Takpe lah Along makan aja puas-puas ngan kak Alia ni. Along kan mengidam." Adi Hamidi memadang wajah merah Nur Alia. Dia tahu Nur Alia malu dengan kata-kata Ajis tadi yang masih lagi tersengih ke arahnya. "Isk.. kesitu pulak kamu. Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tahu tadi ambik sikit aja." "Takpelah. Nanti kak Alia masak, akak bagi pada Ajis yea." "Yea lah kak." "Ooo… Ajis nak yang dah masak yea. Kalau cakap dari awal kan senang tak payah la Along peningkan kepala kira berapa ekor nak bagi Ajis tadi. Ketawa meletus bila mendengar kata-kata Along Adi yang sengaja mengenakan Ajis. "Ala… kalau bagitahu awal-awal tak suspend la Along." "Ada ke macam tu. Siapa yang ajar." "Along lah. Along kan sifu Ajis dan Epie." "Kenakan kita pulak yea."Mereka sama-sama ketawa. "Uih!.. beratnya. Batu ke siput ni." "Biar Ajis yang angkatkan Along." "Tak payah la. Saja aja Along kata macam tu nak tengok kamu ni nak tolong ke tidak. Dah jom balik." Ajis hanya mencebikkan bibir. Dia cukup seronok hari ini, jarang sekali dia merasai keseronokkan seperti sekarang. Mereka berjalan beriringan. Sesekali kedengaran ketawa Adi Hamidi memecah keheningan petang.
anne_neesa: Abang sayang apa cerita? choco_ville: Hahha. That’s so funny. :)) anne_neesa: Aku tanye bebetul ni. X( choco_ville: Aku jawab bebetul la ni... :P anne_neesa: Atiqah.... anne_neesa: Aku merajuklah dengan kau. anne_neesa: Sejak bila kau pandai berahsia dengan aku. Mentang-mentanglah aku dekat UPSI kau dekat UTM. Dah tak nak cerita... choco_ville: Dia sihatlah... tadi dia baru lepas call aku. kau ni.. sama je dengan angah aku. Busy body. :D anne_neesa: Mestilah kena busy body. Kau tu dah la jenis simpan sorang-sorang. Dia cakap apa? choco_ville: Dia cakap, belajar elok-elok. Dapatkan first class degree. Haha. Ye-ye sangatlah tu first class. Baru hari tu kena tolak markah sebab lambat hantar assignment. :D anne_neesa: Kau ni. Tak berubah! X( Nanti aku report dekat dia baru kau tahu. Dia tak cakap apa-apa selain tu? choco_ville: Ada. Dia konvo bulan in the middle of 8. Haila, tak sangka yang kita tinggal sem ni je lagi. anne_neesa: Tu je? Lagi? choco_ville: Ha’ah. Kenapa? Kau nak suruh dia cakap apa? anne_neesa: :D mana tahu. Orang bercinta. :)) choco_ville: Mana ada. anne_neesa: Eleh kalis. Eh, gtg. Len kali free-free aku buzz kau. da...~~~ anne_neesa: Btw, imy ily!
Imy, ily? Macam...
BUZZ!
choco_ville: Eh, jap-jap. Imy ily tu apa??? :? anne_neesa: I love u, i miss u-lah. Kau ni... Lampi. K...
anne_neesa has sign out.
Oh! Itu rupanya maksud imy, ily! Pelik aku bila Hafiz selalu hantar 2 perkataan yang ada 3 huruf tu. Ah! Panas muka aku sekejap. Kalau Hafiz ada dekat depan sekarang ni, mesti tak tahu nak letak muka kat mana. Hafiz. 4 tahun tinggal di bumi kenyalang. Buat ijazah dalam kejuruteraan elektrik. Bakal engineer bakal suami aku tu. Haha. Berangan tak sudah.
Aku membelek gelang yang aku simpan di dalam kotak khas. Tak sanggup nak pakai. Gelang silver. Kalau selalu kena air mesti kusam jadinya. Angahlah yang sibuk memuji-muji gelang silver ini. Siap marah sebab aku tak pakai. Lepas tu, sibuk pula cakap dengan aku, ‘aku nak tengok gambar budak upper six tu. Boleh la!’
Mati hidup balik aku tak nak bagi. Alasan aku, ‘dia tak bagi pic la. Takkan aku nak mintak.’ Walhal gambar yang Hafiz bagi tersisip kemas di belakang salah satu gambar di dalam album milikku. Dekat e-mail lagi tak payah nak cakap banyaknya! Kalau Angah nampak, mesti dia jaja satu rumah. Buat malu aku dengan abah dan ibu je nanti. Itu pun nasib baik sangat dia tak cerita apa-apa dekat ibu. Nasib baik!
Bunyi telefon secara tiba-tiba membuatkan aku mengucap panjang. Aku melihat skrin telefon. Angah. Ada apa tiba-tiba telefon ni? Aku menjawab panggilannya. Telefon bimbit aku letakkan di telinga.
"Assalamualaikum," ucap Angah di corong telefon. "Wa’alaikumussalam. Apahal?" "Kau balik hujung minggu ni?" Aku mengerutkan dahi mendengar soalan yang dilontarkan Angah. Balik? "Kau call aku semata-mata nak tanya tu je? Hoi, kau tak tengok kalendar apa? Hari nikan Selasa. Kot ya pun nak tanya, tunggulah sampai hari Khamis ke," ujarku panjang lebar. Angah dah ketawa di corong telefon. "Tak adalah. Eh, aku nak cerita ni. Aku dah dapat kerja." "Kat mana?" "Asadra." "Asadra? Negara mana tu? Isketambola?" Angah ketawa lagi. "Banyaklah kau punya bebola ketam. Dekat Melaka lah!" Aku tergelak. Bebola ketam? Ada ke? "Aku baru tahu ada tempat nama Asadra dekat Melaka," kutukku. "Hisy kau ni! Asadra tu nama company tempat aku kerja nanti. Office dia dekat Sungai Udang," rungut Angah. Aku ketawa. "Lain kali, cakap biar terang. Ni kau cakap Asadra je. Mana aku tahu. So, apa position kau?" "Aku ni kan fresh graduate. Aku bakal bekerja sebagai assistant engineer. Huhu." Ada nada gembira di situ. "Untung kau. Belum konvo lagi dah dapat kerja. Orang lain, bertunggu tangga nak kerja. Rezeki murah kau ni."
Aku membelek ‘stick-note’ di atas meja. Tiba-tiba nataku disapa bayang seseorang. "Dia pun bakal engineer jugak," ujarku tiba-tiba. Angah diam sejenak. "Dia? Maksud kau abang sayang kau?" Aku ketawa. Ish! Terlepas cakap pulak. "Abang sayangla sangat. Hrm..." aku mengiyakan. "Kau tak cerita pun. Dia belajar kat mana? Kau ni kan, asal aku tanya je kau elak. Yang kau cerita kat aku pun pasal kau suka dia sebab dia macam Along. Itu pun masa kau form 5 dulu. Nama dia pun aku tak tahu tau!" Boleh dikesan nada tak puas hati di situ. "Alah kau ni. Tunggu ajelah kot-kot aku dengan dia ada jodoh. Nanti masa aku cerita dekat ibu dengan abah, kau dengar sekali. Tak adalah aku cerita banyak kali. Lecehlah." Aku menjeling jam di atas meja. "Eh, aku ada kerja ni. Kirim salam ibu dengan abah. Oklah eh, assalamualaikum." Aku mematikan talian sebaik sahaja Angah menjawab salam.
Kalendar di sebelah laptop aku capai. Aku menyelak ke helaikan sebelah. Bulan Ogos. Tarikh konvokesyen Hafiz aku tanda. Aku tersenyum sendiri. Kemudian, aku beralih pula ke tarikh konvokesyen Angah. Lagi tiga minggu. Boleh aku pergi. Boleh ajak Ayu ‘Si roomateku’ jalan-jalan dekat sana naik skuter. Untung-untung dapat naik beca atau ‘kereta api’ kat padang kawat sana.
Aku kembali menyambung tugasan. Hrm... Lagi tiga minggu. Kalaulah aku boleh terbang ke Kuching masa konvokesyen dia. Kalau lah aku boleh bagi surprise macam tu. Aku kembali mencapai kalendar. Lagi tiga minggu... Lagi tiga minggu... Aku tersenyum sendiri. Rindu!
"Hoi berangan!" suara Ayu menyentakkan aku. Aku menjeling Ayu geram. Ayu mengeringkan rambutnya dengan tuala. Baru lepas mandi. "Kau dah tak reti nak beri salam dulu sebelum masuk bilik apa? Bikin aku sakit jantung aje. Kalau aku ada heart problem, da jalan dah tau!" rungutku. Ayu menayangkan riak tak bersalah. "Aku tahu kau tak ada heart problem aku sergah. Kau tu yang berangan. Yang pergi tenung kalendar macam nak makan apahal? Aku beri salam pun tak dengar. Kau mengira tarikh nak balik ke... mengira tarikh orang sana balik?" Ayu dah ketawa besar. Alamak! "Mana ada." Kalis! Ayu dah menggeleng-gelengkan kepala. "Kau ni, Ika. Dah la tiap-tiap malam tengok gambar dia laptop tu. Naik cair skrin laptop tu kau tahu." Muka aku panas... Muka aku panas... "Sudah-sudahlah tu angaunye pun..." Ayu masih ketawa. Sempat aku mencampak kalendar di tangan sebelum dia melangkah ke almari pakaian.
*salam guys. sorry sgt2.. skrg ni masa pack.. mana dgn tutors.. lectures... labs.. tak smpat nak taip pnjg2. maaf ya.
Macam-macam soalan dari kawan-kawan aku.Tapi aku layan Nurul dulu la,sat lagi dia ingatkan aku ni dah sombong pas jadi \"isteri orang\" nih!=)
Nurul:Ida,betul ke Ida dah menikah?Sampai hati tak bagitau.Sdih betul?
Isyh,Nurul ni.Bila masa lak aku menikah?Takkan la aku yang baik hati nak berahsia bila sampai hari bahagia?Tak patut betul kan.Cepat-cepat aku balas YM dia.Minah sorang ni boleh tahan gak emotional dia,so kena explain dengan ayat BAIK punya.Ayat penuh berbunga-bunga & menenangkan dia.
AKU:Nurul,Nurul silap faham ni.Takkan la Ida nak lupakan kawan baik Ida sendiri kan.Lagipun kita kan dah janji,siapa kahwin dulu akan jadi pengapit.Seribu kali Ida dah rasa menggatal nak menikah pun,Ida tetap nak Nurul jadi pengapit tau.Kalau tak,Ida tak akan bagi abah menikahkah suami Ida.
Soleh tak ayat nih?Boleh la dari takde ayat langsung!
Tekan send & mari kita tengok apa kata kawan baik aku nih!Fuh,mudah-mudahan dia percaya la.Macammana pun,dia kena percaya juga kata-kata aku nih!
Aku menarik nafas lega.Nurul punya YM bertulisan begini:
"Haha,suka la buat main-main.Takkan la nak suruh abah hentikan pernikahan Ida kalau Nurul tak de.Hyperbola betul.Nurul caya jelah.Dun worry.Just rasa cam pelik je bila Ida balik Malaysia kali ni tak kasi tau Nurul dulu.Tup..tup,dengar ada seoarang hamba Allah ni kata Ida dah jadi isteri orang.Rasa sedih la tau!".
Bab ni aku tak suka!Seorang hamba Allah?Aku rasa tak ada orang lain la bawa berita dongeng nih!Mesti si Amal nih!Seribu kali kecewa pun jangan la nak mendongengkan cerita!Aceh,kalo dia kecewa la kan.Tapi aku rasa dia tak feel apa-apa pun.Aku ke yang perasan tu!=)
AKU:Ida lupa nak kasi tau.Lagipun Ida balik sekejap je,Tak sampai seminggu pun.Baru habis exam,terus balik Msia.Sori ye Nurul.Jap,siapa yang bagitau Nurul ni?Amal ke?
Aku rasa memang tak ada orang lain dah!Mesti dia punya!Dan tekaan aku yang betul lagi benar ni disahkan oleh Cik Nurul sendiri.
Geram lak rasa!Aduh,napa hidup jadi tak tentu arah ni.Benci betul!
Memandangkan aku malas nak memanjangkan bicara dan ramai la kawan-kawa aku yang tengah tunggu aku explain & menjelaskan apa yang belum jelas ni,aku cepat-cepat tukar status YM aku!
STATUS:SINGLE & AVAILABLE!
Tapi lain lak jadinya!Ramai lak yang buzz aku.Paling tak boleh blah bila ada seorang hamba Allah yang misteri nih tegur aku!
No_name:Amboi Cik Kak,promote nampak.Nak berkenalan boleh!
Memandangkan aku memang malas nak melayan orang-orang tak berkepentingan & sesat nih,aku terus meng"invisible" kan diri.Biarlah dunia nak berbicara apa pun!
-----------------------------
"Akak dengar,ada orang tu promote diri dia semalam kat YM!Amboi,macam desperate sangat je".
Terkejut aku dengan ayat yang keluar dari mulut Kak Ina waktu makan malam.Mujur tak tersembur nasi yang ada dalam mulut.
"Eh,tak ada la.Mana akak dapat cerita nih",Tanya aku.Kak Ina tergelak tengok aku gelabah semacam.
"Ade la.Kalau tak ada betul,takkan la ada orang bercerita kot!",balas Kak Ina bersahaja.
Seingat aku,aku tak pernah ada list kawan-kawan dia kat YM aku.Entah-entah mamat misteri yang menggatal tu kawan dia kot!Tapi dari stail dia bertanya ni,macam nak korek rahsia je.Nak cerita tak nak ye?Kalau cerita tak dapat apa-apa pun.Layan jelah!
"Bukan nak promote diri la akak.Amal tu yang wat hal.Aritu masa kakak Ida kahwin dia call Ida.Dia dok desak kata Ida ke yang kahwin.Ida malas nak layan dia,Ida iya kan jelah.Alik-alik dia g heboh kan dekat kawan-kawan.Ade ke patut?".
Panjang aku terangkan hal sebenar.Tak ada full stop tuh.Nak plak aku ni memang suka bercakap,Tanya la Lagi!
"Memang patut pun",balas Kak Ina pendek.
Aku buat muka terkejut.Dahi aku kerutkan.Kak Ina tergelak tengok muka poyo aku.
"Memang patut pun,Sekian lama dia tunggu Ida,sekali terlepas kat tangan orang lain.Memang la dia patut hebohkan pun.Biar semua orang tahu yang dia masih sukakan Ida.".
"Uisyh,tak ada maknanya akak.Seribu kali dia nak kat Ida la sok,Ida tak mahu dah kat dia.Selamat jalan la romeo",balasku.
"Jalan romeo konon.Kalau la menjadi esok-esok,Akak gelakkan Ida tahu.Ya Allah,satukan Ida dengan Amal.Amin".
Amboi-amboi,siapa berdoa lagi untuk aku.Memandangkan aku malas nak memanjangkan bicara,segera aku bangun.
\"Nak kemana Ida.Takkan la segan dengan akak kot".tegur Kak Ina.
"Tak,nak tunggu azan Magrib.Pastu nak buat solat hajat.Minta dijauhkan dari bertemu jodoh dengan Amal.Hehehe".
Ceh,sikit punya berani aku berkata-kata.Kalau betul la dia yang Allah jodohkan untuk aku esok-esok,sengeh jelah aku jawabnya!
------------------------------------------
"Kesibukan itu kehidupan.Kena kita asik busy.Memang hidup camni ye?".
Ada hamba Allah buzz YM aku.Hamba Allah yang menggedik nak berkenalan dengan aku sebelum nih.Tak hingin aku melayan,terus delete dia.Yehaaaaaaaaaaaa,p la berkenalan dengan orang lain tu!Aku tak sudi!
Aku sebenarnya musykil dengan status-status YM si Amal nih.L+O+V+E semuanya.Jiwang & karat semua status.Tapi apa nak dipelikkan,orang tengah bercinta kan.Semuanya indah belaka.Ye ke best.
Kalau best la bercinta-cinta ni,takkan la seorang kawan aku ni asik bersedih je.Terkongkong habis hidup dia.NAsib dia kot,dapat buayafren yang terlebih-lebih caringnya!
Sejak peristiwa aku tipu bab aku nikah dulu,memang aku tak pernah pun dah layan mamat tu.Dia pun tak tegur aku.Biarlah,bukan mati pun,kalau tak bertegur sapa kan.Banyak lagi benda lain aku bleh buat selain chatting dengan dia!
Whatever it is,hidup mesti diteruskan.Caiyok Ida,life must go on!Yeeeeeeeeeha! ---------- Pening!Pening memikirkan soalan exam dan menyeliratkan urat saraf.Pening juga memikirkan prosedur dan ranjau hidup di bumi orang yang penuh dugaan.
Kebetulan hari ini baru habis Oral test.Ingatkan habis sekolah menengah dah tak ada benda-benda macam gini.Alik-alik,termasuk kat Universiti yang ada oral test lak.Pening juga la nak menganalisis kes.Nak pula dapat doktor straight,menangis tak keruan la jawabnya.
Sedih memang sedih bila memikirkan kita tak dapat apa yang kita target.Apa yang kita rasakan,kita mampu capai dan genggam dalam hidup.Tapi dalam kesedihan tu gak,mengingatkan aku tentang aku sebagai seorang hamba pada Tuhan.Tuhan Maha Pengatur dan Berkuasa Atas tiap-tiap sesuatu.
Dan Alhamdulillah,hati terubat bila mengingatkan kata-kata-NYA.
"Kamu merancang,Allah merancang.Dan Allah sebaik-baik Perancang".
Ya Allah,terima kasih atas peringatan itu.
-----------------------
Hari ini dah habis exam.Puh,leganya.Rasa beban yang tergalas hilang dari bahu.Beratnye bukan main.Maunya tak berat,buku-buku dia gemuk kemain.Ada sekali,buku nih terjatuh atas kaki.Bengkak jugalah seminggu.Lebam birat semua ada.Sob-sob..
Memandangkan masa terluang nih tak baik kita biarkan berllau macam tu je.So,aku dan kawan-kawan pun plan la nak menghabiskan masa dekat aktviti berfaeah sket.Hehe.Kita layan movie dan drama korea yang dah sekian lama tnggu turn nak dipasang.Apa guna beli je tapi tak tengok kan?Hehe.
Kebetulan lak,aku baru je pindah rumah sekarang ni.Ada masalah sket kat rumah lama.Lagipun,aku nak duduk dengan kengkawan satu batch.Senang sikit urusan.Sebelum ni macam kera sumbang juga lah.Dah la kera,sumbang lak tu.
Aku memang suka rumah ni.Rumah besar,bilik besar dan aku memang sedia besar.Layan jelah.Nak plak,semua ahli rumah baru ni hantu cerita korea,maka aku pun dah pandai la SarangHae sikit-sikit.Merosakkan bahasa korea yang belum rosak.Hehe.
Tapi 2,3 menjak ni aku rasa geram gak la.Nak tau kenapa?Tunggu..haha.
------------------------------------
Al-kisahnya begini.Tengah-tengah best aku layan cerita korea di tengah-tengah pagi ni,tetiba ada hamba Allah buzz aku.Dah la tak beri salam,tetiba kata nak berkenalan dengan aku.Potong stim betoi la.Geram betul aku.
Dah tu plak,siap bagi gambar die lagi.Aku tak kisah la bab-bab nak berkawan ni pada mulanya.Tapi kalo dah stat gatai nak lebih-lebih,nak berkenalan dari hati ke budi ini.Sori to say la,malas aku nak layan ko..Memang sah la mamat tu kena miang keladi bila balik kampung.Mane die dapat list aku pun aku tak tau.Dan tu plak sibuk promote suh aku join perniagaan kat internet dia.Malas aku.Tak kuasa.!!
----------------------------------------
GERAM,RASA MACAM NAK MAKAN ORANG!
Aku tukar status aku dari happy,bahagia,gembira awal-awal tu pada sengsara punya.Alik-alik mamat tu lak yang buzz aku dulu.Dia sibuk la dok kekonon nak tenangkan.Pergh,geram gile. Terus aku delete die dari list aku.Puas hati.
Dan tepat after aku berasap rasa nak bakar orang tu,Amal buzz aku.Dok sibuk tanya kenapa,siapa,dimana dan bila?Aku takde mood weh.Tak pasal-pasal lak die kena marah,.
Tapi marah aku nih ilang dan digantikan dengan rasa cuak plak.Ni semua gara-gara Amal mengayat aku.Katanya nak aku.Oh no!
Aku cepat-cepat reply YM dia.
AKU:Apa kes nak jumpa aku nih?Ko takde keje ke?
AMAL:Ops,siapa aku,siapa kau nih?Seribu kali nak marah pun,kasarnye bahasa cik kak!!
Ops,baru perasan.Aku terguna bahasa harian aku kat sini lak.Kalau la die tau aku dah pandai beraku & kau,kena nasihat la aku sat lagi.Panjang la khutbah dia.Silap aribulan,4x jumaat pun tak berhenti.
AKU:Sori-sori.Teremotional sikit.Ingatkan Amal mamat miang tadi.Sori-sori.
AMAL:Ha,mamat mane tu?Dia buat apa?Ida ok tak?
AKU:Dun worry la.I’m okay.Just die menggatai dekat YM je.Geram betu.Kalau ada depan mata,siap la.Memang saya belasah dia cukup-cukup.
AMAL:Ok la macam tu.Ida,i want to see u this holiday?Boleh tak?
AKU:Tak boleh la.Dan saya memang tak hingin jumpa apa.
Ceh,terkeluar lak rasa hati aku yang kecewa nih.Yelah kan,maunye aku tak geram.Dah la membuayakan diri,pastu nak jumpa-jumpa aku lak.Kekononnya nak minta maaf.Nak explain kat aku cerita yang sebenar.Malas aku!Tak kuasa.Dan-dan juga,hamba Allah ni merayu.
AMAL:Please Ida.Kalau pun Ida tak mau jumpa Amal,kita keluar ramai-ramai.Dengan kawan-kawan lain.Boleh tak?
Aku apa lagi,terus la dengan pendirian aku.Sekali ko mainkan aku,selamanya aku ingat.Ceh,macam berdendam lack bunyinya akan.Dan-dan Amal ugut aku plak.
Kata die:Ok,fine then.Kalau macam tu,Amala datang rumah Ida.Kita jumpa depan mak & abah Ida.
Ha,gilo ke ape?Nak libatkan mak & abah aku lak.Dan la mak & abah macam steday je kalau aku nak menikah time-time belajar nih.Maut aku kalau betu-betul la mamat ni datang.
AKU:APA kes?Saya dah terima semuanya yang berlaku tu.No need to kusutkan kepala saya lagi.
AMAL:Amal tak kire.Amal nak jumpa Ida juga!Amal akan cari rumah Ida sampai dapat.Amal tak main-main.
Sudah,aku lak yang cuak.Aku bukannya tak tahu muka amal ni tebal berinci-inci.Memang tak mustahil la die akan datang.So,kena la cari alasan supaya die tak datang rumah.Salah satu factor lagi,kalau dia datang.Tak keruan la hidup aku,habis la cerita aku kena canang satu kampong.Mak Long sure punye letak aku punye cerita kat bibir dia.Macammana ye?Pening betul memikirkan hidup yang tetiba complicated nih!Adussssssssssss!
AKU:Ok then,kita jumpa.Amal balik Malaysia bila?
Malas aku nak bertekak.Aduh la.Seumur hidup aku nih,mane pernah aku keluar dengan lelaki berdua-duaan except abang aku.Alamatnya,kena la bawak si JU mulut laser as peneman.
AMAL:Amal balik 28.8 nih.So,nak jumpa kat mana?
Waaaaaaa,i like that date.28.8 aku punye tiket balik Indon semula.Kebetulan lak kelas aku start 31.8.Hari merdeka tu. Dan dengan bangganya,aku umumkan bahawa Amal takkan berjumpa dengan aku.So,aku dah dapat elak dah dari jumpa manusia berkepala buaya ni.Yehaaaaaaaaaa,selamat jalan romeo!
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei