Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Come on, pa! Fina 'kan anak papa…Fina Cuma nak pinjam RM10,000 je. Boleh la, pa...." pujuk rayu Fina langsung tidak diendahkan oleh Abdul Rashid sejak tadi. Hampir putus asa dibuatnya. Tapi... demi menyelamatkan diri dari diseret ke makhamah, dia sanggup buat apa saja asalkan dia terlepas dari lelaki lahabau tu. "Saya tak kira! Saya nak ganti rugi sebanyak 10 ribu ringgit untuk cermin kereta yang retak, lampu kereta yang pecah, kereta saya yang kemek dibuat awak termasuk nyawa saya yang terancam sekejap tadi. Itu pun nasib baik saya mintak sikit saja tau, kalau tidak.... nahas awak!" ugut lelaki itu. Kacak, tapi... garang! Tak bertolak ansur langsung. Bukan nak kata 10 ribu, 10 ringgit pun aku tak tentu ada tau. Duit petrol kereta aku ni pun aku guna atas nama papa. Itu pun senyap-senyap. Kalau tak.... 'patah kaki' la jawabnya....Huhuhuhu... kasihan lah aku yang kemiskinan ini. "Tolonglah, 'cek.... saya tak ada duit sebanyak tu," "Itu bukan masalah saya. Saya bawak kad pengenalan awak ni sebagai tebusan. Kalau awak nak I.C awak ni balik... baik awak ikut cakap saya, okey?" Apa? Silaplah dia bagi tunjuk I.C dia tadi. Ingatkan saja nak tengok aje... rupa-rupanya.... Babun betolla mamat ni. Mana boleh macam ni.... keluar air mata darah sekali pun, mamat yang tak berhati perut tu takkan bersimpati punya. Takpe, takpe.... ada ubi ada batas...tengoklah nanti. Huhuhuhu.....
*****************************************
"Masalah ni masalah Fina. Papa tak akan bertanggungjawab. Lagipun, Fina dah kasi malu papa tau. Mana papa nak letak muka papa ni dengan Uncle Lee. Dia dahlah bersusah payah pujuk bos dia untuk dapatkan kerja ni untuk Fina, Fina buat hal pulak. Ha, sekarang, Fina tanggunglah sendiri! Kerja tak dapat, kena bayar ganti rugi kereta orang pulak," bebel Abdul Rashid, panjang lebar. Tak berhati perut langsung papa ni. Takkan nak tolong anak sendiri pun tak boleh?huhuhu... "Papa, please.... kali ni aje. Lepas tu Fina janji, Fina akan ganti balik semua duit papa tu. Uncle Lee pulak.... Fina akan jumpa dia. Fina akan minta maaf. Fina janji papa," rayu Fina lagi. Bersungguh-sungguh. Sampai melutut dan menyusun sepuluh jarinya ala kong xi fa cai lagi. Abdul Rashid yang tadinya duduk kini dia berdiri menjauhi anaknya itu. Dia memang dah nekad untuk tidak mempedulikan pujuk rayu anaknya itu. Bukan bermaksud dia nak bersikap kejam. Malah, dia sayangkan anaknya itu lebih dari dirinya sendiri. Dia cuma mahu mengajar anaknya supaya berdikari. Selama ini, Fina hanya bergantung dibawah ibu-bapanya sahaja. Kini, tibalah masa anaknya itu menjadi orang yang matang. Sudahlah belajar pun tak mahu. Apa nak jadi agaknya? "Papa tak akan tolong, Fina kali ini. Fina fikirlah sendiri jalan penyelesaiannya. Fina dah dewasa. Pandai-pandailah bawa diri," ujar Abdul Rashid memberikan kata putus. Fina berdiri dengan muka yang mencuka. Nak nangis pun ada gak. Sampai hati ayahnya sendiri sanggup membiarkan anaknya dalam kesusahan. Huhuhuhu... Apalah nasibku kali ini? Dahi yang berbalut plaster, terasa berdenyut kembali. Aduh... sakitnya! Fina memandang pilu ke arah mamanya yang duduk disofa tidak jauh dari dua beranak itu. Mamanya tidak dapat berbuat apa-apa. Bukan dia tidak kasihan. Dia cuba membantu anaknya itu. Tapi... ketegasan Abdul Rashid, mengatasi segala-galanya. Maafkan mama sayang!
************************************************ "So, saya nak buat apa dekat awak? Erm?" lelaki yang tak normal dari segi kemanusiaan itu memandang tepat ke wajah Fina yang sedang resah di amuk perasaan yang tidak menentu. Ah, tak faham-faham bahasa tol 'lah lelaki ni. Aku tembak sekali baru tau. "Encik…. Tak ada cara lain lagi ke yang saya boleh buat untuk bayar ganti rugi tu? Saya betul-betul tak ada duit sekarang. Saya kerja pun tak ada. Kereta saya pun, saya tak mampu repair. Tolonglah, 'cek," merayu lagi. Huhuhuhu.... "Aik, pakai kereta besar, tak ada duit?! Itulah..... lain kali kalau nak memandu tu... pakai otak sikit. Kalau nak mati pun, jangan libatkan orang lain. Nasib awak lah awak terlanggar kereta orang macam saya ni. Saya ni, tak kenal erti kemanusiaan, tau?" Aik, sedar pulak? Ermmm.... tau takper! "Okey, macam ni. Saya sanggup lakukan apa saja untuk bayar semua ganti rugi tu. Tapi, kalau pasal duit tu... payah sikit kot. Please....." Lakukan apa saja?? Kalau dia mintak yang bukan-bukan macam mana? Mintak simpanglah.... "Lakukan apa saja? Betul ni? Saya no hal... tentang duit ni, saya tak kisah sangat. Tapi... saya tetap nakkan ganti rugi. Untuk itu, saya cadangkan awak....... " Awak apa? Cakaplah cepat! Ish, mamat ni. Buat aku suspen aje la. Janganlah dimintaknya buat yang bukan-bukan, ya Allah! Lindungilah hamba-Mu ini. Amin....
*******************************
Fina mencuakkan air paip yang ditadahnya ke muka. Matanya beralih ke cermin dihadapannya itu. Dia melihat wajahnya yang lencun dibasahi air tadi. Tangannya mengenggam erat dibahagian tepi sink. Geram, marah, sakit hati, semuanya sedang bertahta dihatinya kini. Tak guna punya jantan. Berani dia nak buli aku ek. Huh! Dada Fina berombak kencang menahan marah. Kalau nak diikutkan, nak saja dia menjerit sekuat hati disitu. Bila dikenangkan balik kata-katanya 10 minit yang lalu...... "Kalau awak tak nak bayar dengan duit.... awak kena bayar dengan badan awak, macam mana?" lelaki itu tersenyum nakal. Nakal ke jahat? Agaknya lebih daripada itu kot. Masa tu, serta merta Fina menutup dadanya dengan menyilangkan tangannya disitu. Takut, cemas, gelisah, huh! Badigol punya jantan. Ingat aku ni apa agaknya. Dari takut, Fina terus naik marah. Dia tidak peduli akan pandangan orang lain lagi dah. "Oi, jantan! Kau jaga sikit ek. Kau ingat aku ni apa? Perempuan murahan?!" lenting gadis itu sekuat yang mungkin. Cuak jugak dibuatnya. Apasal pulak perempuan ni? "Aku tak habis cakap lagilah bongok!" lelaki itu mengetuk kepala Fina dengan jambangan bunga yang menghiasi meja makan tempat mereka buat mesyuarat tak rasmi itu. Fina terdiam sambil memandang orang dikeliling mereka. Aduh, mereka pandanglah pulak. Malunya.... Fina meng'cover'kan diri. Begitu juga dengan lelaki yang belum diketahui namanya itu. Bunga yang dicabut dari pasunya tadi dimasukkan semula ketempat asal. Lelaki itu membetulkan anak tekak sambil melonggarkan sedikit tie dilehernya itu. Rasa tercekik pulak. Mereka berpandangan semula. "Maksud aku... sa....saya... saya nak awak kerja dengan saya, tanpa gaji selama mana hutang awak pada saya terbayar. Faham?" jelas lelaki itu dengan nada yang kembali normal. Fuh, lega pulak rasanya bila mendengar penjelasan yang masih kurang jelas itu. "Kerja apa maksud awak?" "Berlakon," "Berlakon?!" tercetus satu ketawa yang besar dari mulut gadis yang tak tahu malu itu. Aduh.... jatuh saham aku jumpa awek macam ni. Betul ke dia ni bakal jadi calon untuk berlakon dalam drama aku lepas ni???? "Diamlah, bodoh!" lelaki itu mengetuk lagi kepala Fina dengan menggunakan jambangan bunga didalam pasu tadi. Fina terhenti ketawa sambil menggosok kepalanya yang sedap-sedap diketuk oleh lelaki didepannya itu. Babun betol! "Kau ni produser syarikat mana yang nak ajak aku berlakon ni? Apa? Dah kekurangan pelakon dah ke? Atau... takada pelakon yang sesuai untuk watak kau tu?" fuh, hilang langsung perkataan saya dan awak tu dari mulutku ini. Tapi... nampaknya, dia masih berbahasa dengan aku. Boleh tahan! Hahahaha.... lawak ke? "Saya bukan dari mana-mana syarikat perfileman ke apa. Ini drama yang saya cipta sendiri. Saya nak awak lakonkan watak sebagai....... " "Sebagai apa?" "Isteri!" "What??? Are you crazy or what? Kau ni memang pandai buat lawak ar," "But i'm not joking, okey! I'm serious!" "No! Kau jangan nak buat lawak bangang kat sini. Please...aku takkan ikut kata kau, okey?" Gila ke apa! Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia nak aku jadi bini dia? Bukan ke kami tengah bincang pasal ganti rugi kereta yang hancus dibuat aku dua hari lepas. Apa pasal masuk bab kawin plak ni? Betul-betul dah sakit laki ni. Sakit! "Okey! Fine! Kita jumpa dekat court lepas ni. Itu yang kau nak, kan?" Wah, dia pun dah mula pakai kau, aku dah! Lantaklah! Tapi... lelaki ini betul-betul membuatkan gadis itu lemah sendi lututlah.... betul-betul nak ugut dia dengan cara macam ni ke? Why? Menangis lagilah jawabnya. Kerana kemalangan lalu dan kerana 10 ribu, aku kena kawin secara paksa ke???
Matanya merenung bening mata anak kecil itu, ada sendu di wajah itu. Dikala usia tiga tahun, dia telah kehilangan tempat bergantung. Itulah kisah dua hari yang lalu, kisah yang telah mengubah seluruh hidup anak kecil itu bersama-sama adiknya yang baru mengenal dunia. Ya, abang Razif dan Kak Lia telah pergi dalam tragedy kemalangan jalan raya, hanya si kecil itu dan bayi dalam kandungan kak Lia sahaja terselamat dalam kemalangan ngeri itu, kereta yang di pandu abang Razif hilang kawalan dan seterusnya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.
Di sudut ruang tamu kedengaran sedikit pertengkaran antara dua keluarga, belumpun dua hari abang Razif dan kak Lia di kebumikan, sudah kedengaran pertikaian siapa yang harus menjaga anak-anak arwah. Ahhh sedih rasanya melihat anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu apatah lagi kini mereka menjadi rebutan dua buah keluarga. Pertikaman mulut terus berlaku antara mama dan papa serta ibu bapa arwah abang Razif. Sudah beberapa jam pertikaman lidah itu berlaku namun tiada jalan penyelesaian lagi. Yang pasti mama dan papa akan tetap mempertahankan zuriat yang di tinggalkan oleh kak Lia. Aku faham, mama dan papa tidak ingin kehilangan lagi. Cukuplah dengan pemergian kak Lia dan abang Razif.
Suasana rumah ini sepi, sudah beberapa hari berlalu sejak pertengkaran mengenai hak penjagaan anak kecil ini berlaku. Dia mendodoi perlahan Haziq Amsyar yang baru berusia seminggu itu. Kakaknya Zarith Sofea pula mengikut mama dan papa menziarahi pusara kak Lia dan abang Razif. Tidak lama kemudian, kedengaran gemersik suara Sofea yang keriangan dari luar rumah. Pasti mama dan papa sudah pulang. Anak kecil itu pantas menerpa ke arahnya dan melihat adiknya. Sesekali dia mencuit pipi si kecil yang sedang tertidur nyenyak itu.
Sofea, anak kecil yang periang dan tidak banyak karenah. Usianya yang masih kecil itu menyebabkan dirinya tidak memahami apa yang terjadi. Namun sesekali kala ingatannya kembali pada umi dan walidnya pasti mulutnya petah bertanya, kemana perginya mereka? Tiada jawapan yang mampu aku berikan. Begitu juga dengan mama dan papa… hanya wajah mama yang bertukar sendu… sesekali ada juga kedengaran suaranya bertanya kepada papa "kenapa atuk biar umi ngan walid tidur dalam tanah?" dan tika itu aku lihat mata papa sudah berkaca, menahan rasa sedih. Mama sudah lama tersedu. Hati aku juga turut pedih bila melihat si kecil itu memeluk gambar umi dan walidnya sebelum tidur. Pasti anak kecil itu merindui belaian kasih sayang umi dan walidnya. Dapat aku lihat sinar mata yang penuh kerinduan kala anak kecil itu melihat gambar kak Lia dan abang Razif……
Malam itu, semua keresahan bila Zarith Sofea demam. Mama keresahan di sudut bilik. Anak kecil itu terbaring lemah di atas katil. Menurut doctor yang merawat Sofea, anak itu begitu merindui kehadiran umi dan walidnya. Papa juga kelihatan sangat risau melihat keadaan cucu perempuan tunggalnya itu.
"mama, pergilah rehat dahulu, biar Eka aje yang jaga Sofea," mama sekadar menggeleng. Aku kasihan melihatnya. Wajah mama kelihatan tidak bermaya apatah lagi semalaman kami berjaga menjaga Sofea yang sesekali meracau memanggil-manggil umi dan walidnya. Tika itu air jernih mengalir lesu dari tubir mata mama.
"betul cakap Eka tu mamanya, awak pergilah rehat sekejap. Kan ke si Ramzan dah beritahu keadaan Sofea dah semakin stabil. Panas badannya pun dah berkurangan. Saya takut nanti awak pulak yang sakit," arah papa pada mama. Mama merenung wajah Sofea dan mengucup dahi si kecil sebelum melangkah menuju ke kamarnya. Begitulah mama, hanya papa sahaja yang mampu melenturkan kedegilan mama. Mama begitu hormat dan menyanyangi papa dan aku sedar selama ini jarang aku lihat mama ingkar pada kata-kata papa. Papa juga melangkar keluar dari kamar sikecil. Hanya tinggal aku dan Haziq Amsyar sahaja menemani Sofea. Haziq Amsyar masil lagi nyenyak tidur. Kelihatan tidak terganggu dengan situasi yang berlaku. Aku merenung wajah Sofea yang menyerupai wajah uminya, kak Lia. Rindu dihatiku terhadap kak Lia terubat seketika kala memandang wajah itu. Kak Lia, Eka terlalu rindukan kak Lia…… rumah ini semakin sunyi dan sepi.
Kesihatan Sofea semakin pulih walaupun adakalanya dia masih lagi meracau memanggil umi dan walidnya ketika tidur. Haziq semakin membesar dan iras wajahnya menyerupai wajah arwah abang Razif. Mama kelihatan agak resah, dua hari lagi wasiat arwah abang Razif dan kak Lia akan di baca. Hak penjagaan juga akan di tentukan setelah selesai pembacaan wasiat itu. Papa hanya tenang dan sesekali ketawa melihat telatah Sofea. Aku tahu papa juga gusar memikirkan hal itu, namun papa bijak menyembunyikan resahnya. Tidak ingin mama bertambah resah memikirkan hal itu.
"papa dan mama tak memaksa, tapi mama harap Eka dapatlah buat keputusan sebaik-baiknya… Kalau boleh janganlah hampakan permintaan arwah……" mama terus berlalu ke bilik. Papa hanya memerhati, dan aku semakin serba salah, aku benar-benar tersepit kini. "papa tak memaksa, baik bagi Eka, baiklah pada papa dan mama. Apapun papa harap Eka buat keputusan yang terbaik," ujar papa sebelum berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku faham, papa dan mama tidak memaksa, namun aku juga harus fikirkan nasib si kecil seandainya aku menolak permintaan arwah abang Razif dan kak Lia. Wasiat itu benar-benar meletakkan aku di persimpangan… entah jalan mana harus kutuju… korbankan zaman remaja aku dan menerima segala permintaan yang terkandung dalam wasiat itu atau menolaknya… menolaknya, aku tak mampu… kasihan nasib si kecil. Menerima wasiat itu pula…aku terpaksa korbankan masa depanku, impianku dan meranapkan mahligai impian yang telah aku bina bersamanya……
"saya tak setuju bang, kenapa Razif buat macam tu. Dari dulu lagi saya tak rela kita berbesan dengan keluarga si Lia tu dan kini dia minta……" Puan Salbiah tak dapat meneruskan kata-katanya.
Dadanya sesak memikirkan wasiat yang di tulis oleh arwah anak lelaki sulungnya itu. Dulu dia kehilangan anaknya bila Razif berkeras untuk mengahwini Alia dan menolak Syikin, calon menantu pilihannya… dan sejak itu dia tidak pernah lagi melihat anaknya itu walaupun Razif sesekali datang menjenguk nya. Dia pantas mendiamkan diri di kamar tidur dan membiarkan anak dan menantunya itu pulang kehampaan. Hinggalah beberapa hari yang lalu dia menerima khabar kemalangan yang meragut nyawa anak dan menantunya. Air matanya mengalir, kerana keegoannya, sehingga anaknya menghembuskan nafas dia tidak dapat menatap wajah itu. Arghh… dia tidak rela kehilangan lagi. Zuriat Razif harus dimiliki, hanya itu harta yang ditinggalkan oleh anaknya. Namun permintaan anaknya itu, membuatkannya serba salah dan tertekan.
"sudahlah Sal, tak payah awak fikirkan hal itu, ikut aje permintaan arwah dan kita tak akan kehilangan cucu-cucu kita tu," jawab Encik Saiful, dirinya terasa agak rimas mendengar bebelan isterinya yang tidak berpuas hati mengenai wasiat yang di baca oleh peguam Razif tadi.
"awak ingat senang cik abang oii, ni masa depan anak kita. Dari dulu lagi saya tak nak bermenantukan anak Si Zainab dan Rahim tu…" suara Puan Salbiah meninggi. Tidak setuju dengan cadangan suaminya itu.
"habis tu awak rela melihat nasib cucu-cucu awak tu, fikirlah sikit Sal, cukup-cukuplah awak pertahankan ego awak tu. Tengok apa dah jadi… sebab ego dan sdikap sombong awak tu kita tak dapat lihat anak kita buat kali terakhir tau," ujar Encik Saiful, terus berlalu meninggalkan isterinya. Adakalanya dia geram dengan sikap isterinya yang degil dan tidak boleh menerima pendapat orang lain, mahupun pendapat suami sendiri.
Puan Salbiah hanya memerhatikan langkah suaminya itu, apa yang harus dilakukannya… sedar akan sikapnya yang adakalanya mengjengkelkan suaminya itu. Tapi permintaan yang tertera dalam wasiat itu merisaukannya. Mustahil Danish, anak lelaki bongsunya akan setuju……
Danis melangkah riang memasuki ruang tamu, dahinya berkerut melihat ibunya yang sedang termenung di satu sudut. Segera dia menghampiri ibunya dan memaut bahu wanita itu mesra. Ternyata Puan Salbiah terkejut apabila bahunya dipaut oleh Danish.
"kenapa ibu termenung kat sini? Mana papa?"Tanya Danish sambil mencium tangan ibunya.
"papa kat dalam, tidur agaknya. Danish dari mana?"
"Danish dari rumah Erin. Haa… macammana dengan pembacaan wasiat abang Razif bu? Mana anak-anak abang Razif?" Tanya Danish. Berkerut dahi Danish apabila melihat ibunya mengeluh seperti menghadapi masalah yang besar. Salahkah pertanyaannya sebentar tadi. Wajah ibunya bertambah resah tika dia mengajukan soalan itu. Apa yang telah terjadi…
"kenapa bu, kita tak dapat hak penjagaan anak-anak abang Razifke?" Tanya Danish pada Puan Salbiah. Puan Salbiah sekadar menggeleng, tidak sampai hati memberitahu perkara sebanar pada Danish. Danish hanya membiarkan sahaja ibunya, segera dia meminta izin untuk ke biliknya. Dia sedar ibunya seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Arghh…… biarlah, sampai waktunya pasti ibunya akan bercerita juga.
Memperlahankan lagu yang hinggap di corong telinga buat seketika oleh sang pangeran memberikan nafas baru untuk dia menghayati dan menganalisis kehidupanku.Ku perhatikan aje dari teratak ku gelagatnya.Sambil berkepul-kepul asap yang barangkali memberikannya seribu satu persoalan yang aku sendiri masih mencari-cari.Ya,keturunanku diperhalusi dari segenap ceruk aspek bagi membolehkan sang sejarah berkata bahawa setiap yang hidup wujudnya salasilah asal tok nenek moyang.Terdetik juga di fikiran kambingku,kenapa tuan tanahku beriya sangat nak menyelongkari keturunanku?.Terlalu istimewa sangatkah?Atau,begitu penting sangatkah untuk diadili tahap kekastaan peringkat hidupku?. Otak kambingku ligat berputar mencari jawapan kudus tentang segala persoalan yang ada.Nah,sambil mataku melilau menikmati panorama sekitar,aku lantas cuba mengimbas kembali sejarah tok nenek moyangku yang sehingga kini tidak kukenali mereka-mereka ini tetapi hanya berpandukan cerita mulut ke mulut oleh sang penglipurlara. Dari benua yang begitu jauh di benua Afrika Selatan beribu-ribu abad,sayup kelihatan tok nenek moyang ku hidup di dalam kelompok yang bermasyarakat.Mungkin dari kalangan kalian,terhasillah diriku ini di sini menongkah hidup di dunia asing.Ya..mereka beramai-ramai membiakkan keturunan mereka walhasil dari keturunan inilah mereka berharap agar di dunia akan datang,mereka tidak dilaknati dan diludahi oleh generasi seperti aku ini.Pengharapan konsistensi baka keturunan dapat dimanfaatkan oleh sang para bumi sepenuh-penuhnya.Bertaburan serata dunia dengan harapan dapat menghapuskan kemiskinan,menghapuskan keegoan,kemalasan,kecelaruan minda dan pastinya memegang amanah dari maha kuasa sebaik mungkin……….
Tapi bagaimana aku di sini?.Apa assignment aku yang diamanahkan dari tok nenek moyangku?.Adakah semuanya terlaksana sepenuhnya?Sayup jauh memerhatikan persekitaran.Memerhatikan gelagat keturunanku membuatkan aku rasa betul-betul berdosa kerana perjalanan masih jauh tetapi mereka-mereka masih leka dibuai kemewahan.Mewah makan…mewah tempat tinggal…riang ria menanti hari esok… seolah-olah hari esok masih ada untuk dinikmati sepenuhnya.
Aku perlu lakukan sesuatu…. mesti bertindak!!.. tapi bagaimana?!..
Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar (Episod 2)
Tersandar aku seketika selepas selesai menjamu selera.Wah, hari ini hari yang begitu baik sekali cuacanya.Tidak terlalu kepanasan dan tidak terlalu kesejukan.Rencana seterusnya waktu senggangku didatangi salah satu dari keturunanku.Matanya ku perhatikan redup tapi seolah-olah ada seribu satu macam pertanyaan minta dimengertikan.Ya..bicara mengenai permasalahan pastinya untuk permulaan akan menyesakkan otak seleberum jika tidak ditangani dengan tenang.Ianya datang dan pergi tanpa perlu diminta.Walaupun sebesar coklat M&M.
"Ada apa kamu?..Kulihat dirimu agak kerimasan aja hari ini?"…acuh tak acuh aku bertanya,cuba menyelami nalurinya sekadar seadaanya. "Aku disaman."…….. perlahan bunyinya. "Oleh siapa? Pastinya jika kamu membuat kesalahan,wajar tindakan itu…" "Bisa wajar tindakannya,tapi aku perlukan penjelasan.Ini soal maruah dan sifat semulajadiku…." "Laju kamu berlari?..." aku menanya kembali. "150km/j aja.Tapi pastinya itu memang sifatku.Telah kuterangkan segalanya tapi masih dia tidak mengerti.."
Aku terdiam seketika.Cuba mengejar arus alpha di otakku sebaik mungkin. Riak mukanya kulihat begitu letih memikirkan masalahnya.Mungkin dah penat untuk mengomel atas kejadian yang menimpa.Sang undang-undang melakukan apa yang telah direncanakan tetapi dari sisi yang lain juga,kemanusiaan dan toleransi itu perlu.Pemahaman juga bisa diterjemahkan sebaiknya.Kita hidup bukannya hanya kelompok kita sahaja.Banyak lagi kelompok yang berbeda ideologi,budaya,pemikiran dan falsafah berkongsi planet dengan kita.Cuba lah mereka-mereka ini mengerti……….
"Gini aja la, bagitau sang pangeran yang kamu telah melakukan kesilapan dan minta dipertimbangkan saman kamu, aku yakin ada hikmah disebalik toleransi kamu nanti…" "Bagaimana kalau dia berkeras?" jelas ketidakpuasannya dengan jawapanku. "Bilang aja kamu udah melakukan yang termampu buat dirimu,terserah padanya untuk menilai kembali tindak tanduknya……….." "Ermm……..nak aja ku tanduk pantatnya,geram betul la"
Sunyi sepi. Tertunduk seketika dirinya tatkala aku berkata demikian.Perlahan-lahan membawa dirinya bersama-sama masalah yang masih terbuku. Aku tahu bukan senang untuk memberikan jawapan yang baik tetapi hidup perlu diteruskan........
Dummm…..dummm………dummmm……. Sayup jauh kedengaran bunyi deruman enjin kilat di langit memecah keheningan petang. "Nak hujan agaknya malam ini…" bisik hatiku… Malam ini pasti kedengaran AJK tingkap membincangkan intipati mesyuarat mereka sehingga membelah hening pagi….
Mmmmm…..ku mendengus kembali. Ku teruskan baki kunyahan aku…………………..
Hari ini,aku sedang membelek-belek manuskrip yang dibawa sang pangeran untuk aku baca sambil menjilat-jilat molasses (sejenis garam bukit).Helai demi helai aku jelajahi satu per satu.Jarang ada di dunia sebenar metropolitan mengenai buku ini.Isinya menjerit-jerit minta didukung pemahamannya. "Argghh..persetankan semua nih….apa bisa aku perlu membacanya…"getus hati kecilku. "Apa mungkin aku perlu tau bakal penyakit-penyakit aku,obat-obatannya,suntikannya…buat semak aje benakku memikirkan……."
Tapi……………………………. Siapa lagi yang patut ambil berat soal kesihatanku?. Bukankah aku sendiri yang perlu tau.Apa mungkin orang lain peduli tentangku….
Ku teruskan juga pengembaraan ini walaupun berat untuk dilakukan.Rasa mau tidur aje seenaknya. Ku cuba selongkari istilah-istilah yang agak pelik untuk difahami.Lenggok bahasanya, kosa katanya yang agak bercelaru,dan yang pastinya aku cuba membayangkan sedalam boleh sekiranya ia benar-benar terjadi…
Pembacaanku terhenti seketika tatkala riuh rendah mendengar jeritan perkhabaran dari negara seberang.Sampai tercungap-cungap si pembawa berita menyebarkan perkhabaran seolah-olah ingin memberitahu sekalian alam berita yang dibawanya.Ada yang terloncat-loncat mendengarnya,menari-nari menerima berita seberang.
Ohh…..rupanya,anak Pak Janggut Mengurai selamat dibidankan….syukur terhadap Sang Pencipta.Rasa dunia ini benar-benar adil pada semua.Adil pada sang ibu dan sang anaknya.Bersyukur diatas kehadiran warga baru ke alam nusantara. Apa mereka benar-benar berterima kasih atas saat ini?.
"Kamu, sini….." teriakku pada si pembawa berita. Tergelek-gelek si pembawa berita menuju ke arahku. "Khabarkan salam tahniah pada keturunan Pak Janggut Mengurai ya…….aku akan mengusul kendian melihat anak barunya….." tegasku. "Baik pak,akan ku khabarkan salam bapak mewakili kerajaan Samudera semuanya….." ujarnya jujur. "Bagus………"
Aku menoleh ke atas sang langit.Pasti ada hidup dan ada mati. Senyuman menguntum….. tanda kepuasan….
"Bagaimana dengan anak kau?" aku memulakan bicara petang sambil ku regangkan kakiku dihadapannya. "Sihat bapak Roy,Cuma badannya agak sedikit panas,mungkin cuaca sekarang tak menentu agaknya…" balas bapak Janggut Mengurai sambil menyengeh. "Udah diberi suntikan?" tanyaku lagi. "Belum lagi,tuan bangla ku masih belum bagi lagi….." sambil menarik nafasnya dalam-dalam dan menghelanya perlahan.
Aku memerhatikan gerak geri laku anak kecilnya.Gelisah semacam.Sesekali ekornya tidak bergerak dan matanya acapkali mendongak ke atas.Apa yang dilihatnya aku sendiri kurang pasti.Suasana sekeliling nampak tenang.Tiada hiruk pikuk bunyi yang membingitkan halwa telinga,yang kedengaran hanya bunyi burung-burung berkicauan.Suasana petang yang agak selesa disambut dengan angin mengasyikkan.
"Bagaimana keadaan di kerajaan Samuderamu,pak?" Pak Janggut Mengurai mengubah tajuk perbualan. "Tiada yang lainnya,kehidupan seperti biasa.Rakyat semuanya hidup seadanya.Dan sihat alhamdullilah.."balasku penuh hormat.
Diam seketika…………
"Kau beruntung hidup di sini,ramai kawan-kawanmu,isterimu juga ramai,anak-anakmu dan cucu-cucumu juga dihadapan matamu.Kau patut bersyukur.Dan sekarang,kau dianugerahi lagi keturunanmu…" ujarku cuba memecahkan kesunyian. "Tapi pak,ianya tak sama dengan keturunanmu,walaupun keturunanku ramai,kami masih menganggap keturunanmu jauh lebih baik.Kami hormati keturunanmu.Andai aku ada peluang berbesan dengan keturunanmu,akulah yang paling gembira mendengar perkhabaran itu.Tapi itu pastinya mustahil….."
"Aahhh…..itu hanya atas nama keturunan aja.Semuanya sama saja pada pandanganku.Kita semua satu rumpun,bedanya hanya pada rupa dan bentuk.Kau patut berasa bangga dengan apa yang kau miliki….."aku cuba menyakinkan dirinya….
Aku menoleh kembali ke arah anaknya.Comel sekali wajahnya.Hatiku senang sekali menatap wajahnya dan gelagatnya.
"Namanya udah diberikan?"……. Pak Janggut tersenyum nipis. "Udah ada,aku berikan namanya Ketombe,ibunya juga menyukai nama itu…." Jawapnya bangga. "Ohhh…baguslah kalau begitu…."ujarku kembali.
Lantas perlahan-lahan ku dekati anak kecil bernama Ketombe.Ku usap kepalanya dengan penuh belaian.Lama juga kuperhatikan tingkahnya.Renungan matanya terasa suatu perasaan luar biasa hinggap di sanubariku.Jauh fikiranku melayang memikirkan nasib generasi akan datang.Bagaimanakah mereka ini nanti?........ Dunia hari ini semakin hari semakin kejam.Yang berkuasa akan terus erat mencengkam kekuasaanya,dan yang daif akan terus hidup dalam kedaifan.Bergaduh dan bertelingkah sesame sendiri hanya kerana berebutkan suatu yang bukan hakiki.....
PPranggg!!!!!!!!!!...
Lamunanku tersentak.Pak Janggut segera bingkas dari tempat duduknya turun ke tangga bawah. "Kenapa?..Apa sudah berlaku?" bisik hatiku sendiri…………….
Amanda Balqis Bt Dato' Khalyd Nordynne adalah pelajar yang paling popular di sekolah. Bukan kerana dia seorang yang bermasalah tetapi kerana dia memiki rupa paras yang sempurna bak orang Jepun. Tambahan pula, Amanda memiliki tubuh badan persis seorang model dan merupakan anak Dato'.
Maria Juliana pula merupakan teman baik Amanda Balqis. Namun, dia hanya popular sebagai posmen kepada Amanda. Walaupun, dia merupakan teman baik Amanda tetapi dia selalu berasa dia bukan teman baiknya.
Tidak ada sesiapa dapat menyangka bahawa Maria begitu mencemburui kesempurnaan yang dimiliki Amanda. Ini kerana mereka berdua sudah berkawan lebih dari 7 tahun.
* * * * * * * * *
"Maria, dah siap ke belum ?" tanya Amanda yang sudah menjadi rutin hariannya menjemput dan menghantar Maria pulang dari sekolah.
Mereka hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke SMK Beluran Bestari yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada rumah Maria.
"Kejap ! Dah nak siap ni," balas Maria dengan kelam-kabut memakai kasut.
"Sekarang dah siap," sambung Maria sambil tersenyum selepas dia mengikat tali kasut Conversenya.
Kasut Converse itu adalah pemberian Amanda pada hari jadinya tahun lalu. Dia memang inginkan kasut tersebut tetapi tidak mampu membelinya kerana keluarganya tidak sekaya keluarga Amanda.
"Aku rasa macam aku ni plastic sebab asyik pakai barang yang orang bagi je," desis hati Maria.
Selepas mereka berdua berbual-bual, Amanda dan Maria meminta izin daripad Pn. Zalina, ibu Maria.
ZROOM ! ZROOM !
Kereta Honda yang dipandu oleh pemandu Amanda memecut laju menuju ke sekolah.
* * * * * * * * *
"Hi, Amanda," tegur beberapa orang pelajar lelaki dalam satu kumpulan.
"Hi," Amanda membalas tanpa mengenali siapa mereka.
"Untung kau, Manda. Kau pergi memana mesti ada orang tegur. Tak macam aku ni," keluh Maria. Maria biasanya memanggil Amanda sebagai Man atau Manda sahaja.
"Memanglah kau kata untung tapi aku tak suka. Aku rimas. Kau tak tau aku ada ramai musuh. Perempuan semuanya. Tak ada untung langsung," kata Amanda dengan rasa terganggu.
"Siapa yang musuh dengan kau ? Cerita sikit kat aku," pinta Maria.
"Alah, budak gangster yang kembar tulah. Nama dia Alya Aliysa dengan Alya Ariysa. Hari tu dia ada hantar surat kat aku," Amanda bercerita.
"Surat? Kau ada lagi tak suratnya? Kalau ada, aku nak baca, boleh kan?" Tanya Maria dengan membuat muka ala-ala comel.
"Ada, nah," balas Amanda pendek sambil menghulurkan sehelai kertas yang dikeluarkan dari poket begnya.
"Ni kan logo kumpulan gangster tu. 2 Alya tu si kembar kan ? Tapi apa kaitan Afiq dengan kau ?" Soal Maria.
Sebenarnya Maria kenal siapa sebenarnya Afiq. Afiq atau nama penuhnya Afiq Izzudin adalah seorang lelaki yang tampan, cool, macho, pandai dan tinggi. Maria telah menyukai Afiq sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tetapi tiada sesiapa yang tahu kecuali Amanda.
"Ha'ah, kembar. Aku tak tahu apa-apa pasal Afiq. Mungkin sebab aku pernah cakap dengan Afiq," balas Amanda selamba.
"APA ??!! Kau cakap dengan Afiq ? Tapi kau tak cakap kan yang aku suka dia ?" kata Maria bengang dengan tindakan Amanda yang diluar pengetahuannya.
"Ha'ah. Tapi kau jangan risau. Rahsia kau selamat dengan aku," kata Amanda.
"Mar, maafkan aku. Sebenarnya aku cakap yang aku suka dekat dia. Lepas tu, aku cakap kau sokong dengan pilihan aku. And he accept me as his girlfriend, " Amanda bermonolog sendirian.
Amanda tidak pernah memberitahu Maria bahawa dia juga menyukai Afiq dan telah pun bercinta dengannya. Dia bimbang persahabatannya dengan Maria akan terjejas.
"Man, kau tak pernah pun cakap dekat aku kau suka siapa. Siapa agaknya lelaki bertuah tu ? Harap-harap kau tak rampas orang yang aku suka," Maria tiba-tiba menanyakan soalan cepu mas kepada Amanda.
"Hah ? Erm...tak ada siapa-siapa lah," Amanda membalas dengan perasaan bersalah.
"Mar, kau tak boleh salahkan aku sebab kau yang membuatkan aku suka dekat Afiq. Setiap hari kau akan suruh aku cari dia, tengok dia buat apa dan apabila setiap hari tengok, terbit rasa suka dalam hati aku," getus hati Amanda memikirkan jawapan yang harus diberi kepada Maria.
"Loceng dah bunyi. Jom beratur," ajak Maria.
* * * * * * * * *
Cuti sekolah bulan Jun.....
"Erm....Maria," panggil Amanda.
"Ya, ada apa ?" balas Maria sambil membelek-belek majalah Yezz! yang ada dalam bilik Amanda.
"Kalau aku cakap kau jangan marah tau," kata Amanda dalam nada merayu.
"Cakaplah apa yang kau nak cakap. Kalau pasal marah ke tak marah tu terpulang pada aku lepas dengar cerita kau," jawab Maria acuh tak acuh.
"Sebenarnya, aku.....," Amanda berasa sungguh bersalah pada waktu ini.
"Apa dia ? Cakap je lah," gesa Maria.
"Aku sebenarnya couple dengan Afiq," balas Amanda laju bak kereta api tetapi perlahan.
"Apa ? Aku tak dengarlah. Cakap kuat sikit. Kau ni dah macam orang buat salah je," kata Maria marah.
"AKU COUPLE DENGAN AFIQ! ! !" Jerit Amanda.
Maria seperti terkena renjatan elektrik. Dia tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa Amanda Balqis anak seorang Dato' akan melukakan hatinya. Tidak pernah sama sekali.
"Kau couple dengan Afiq ?!! Kenapa ?!! Kau tau aku suka kat dia tapi kenapa kau nak couple juga dengan dia ?!! Dah tak ada laki lain ke kat dunia ni?!!" Jerit Maria.
Hati Maria bagai dirobek dengan pengakuan Amanda. Nasib baik Amanda "pernah" berkawan dengannya, kalau tidak....sudah dicekik-cekiknya Amanda.
"Maafkan aku, Mar. Tapi....," belum sempat Amanda membalas, Maria menyampuk.
"Mentang-mentanglah kau tu kaya, cantik, putih, sempurna, kau buat macam gini dekat aku," kata Maria. Perasaan sebak, geram, marah, semuanya bercampur-baur.
"Tapi Mar...," sekali lagi ayat Amanda dipotong.
"Mulai hari ini dan seterus-seterusnya, kau tak payah nak susah payah jemput aku ke nak buat baik kat aku ke. Kau simpan je segala kebaikan yang kau ada tu untuk orang lain," emosi Maria mulai menguasai pemikirannya.
"AKU BENCI KAU, MAN !" Jerit Maria sambil beredar keluar dari rumah Amanda.
"MAR ! MAR ! Dengar dulu apa yang aku nak cakap," pinta Amanda sambil mengejar Maria.
"Hey, kau yang patut dengar apa yang aku nak cakap. AKU BENCI KAU ! BENCI ! BENCI ! BENCI !" Laung Maria sambil menahan sebuah teksi.
"Kau tak patut benci aku Maria," kata Amanda perlahan lalu menangis melihat teman baiknya berlalu pergi.
* * * * * * * * *
Sewaktu mula persekolahan.....
" Aku dengar cerita, ada sorang budak tu gaduh dengan kawan dia," perli Maizatul Azura, ketua kumpulan gangster perempuan di sekolah SMK Beluran Bestari sambil tergelak-gelak.
"Hahaha....kelakar sangatlah tu. Tapi yang kelakarnya, dia sorang-sorang sekarang ni. Kesiannya aku tengok," sambung Alya Aliysa.
Amanda hanya menahan telinganya daripada mendengar kata-kata mereka yang cukup sinis. Kalau dulu, Maria boleh melindunginya, sekarang tiada siapa pun yang cukup berani menentang Kumpulan Dark Heart.
"Korang semua ni tak ada kerja lain ke. Tau nak kacau orang, buli orang je. Aku tau korang jealous dengan dia tapi tak payahlah nak kecoh-kecoh," kata seorang budak perempuan yang cukup stylo tetapi tidak dikenali.
"Siapa budak ni ? Tak pernah nampak pun," Amanda pelik. Walaupun dia hairan dengan kehadiran budak perempuan tersebut tetapi dia bersyukur atas pertolongan yang diberikan.
"Kau siapa nak tegur gangster sekolah ? Kau ingat kau tu bagus sangat lah ? Wei, sedarlah sikit kau tu siapa nak dibandingkan dengan aku," kata Maizatul Azura dengan lagak gediknya itu.
"Aku Dina Sabrina. Aku mengaku aku tak sebagus kau dalam hal membuli orang ni, tapi aku memang more than good to defeat you. Lagi satu, kau dengan aku bagai langit dan bumi. Langit tu aku, bumi tu kau. So, siapa yang patut sedar diri. Kau ke aku ?" Sungguh sinis sekali ayat yang dilontarkan oleh Dina kepada Azura.
"Apa kau cakap ? Berani kau cakap macam tu dekat aku, ketua kumpulan Dark Heart ? Kau tengok satu hari nanti, kau yang akan aku buli," kata Azura sambil berlalu pergi dengan perasaan yang cukup bengang.
"Azura, kita tak boleh biarkan budak tu kalahkan kita. Jatuh maruah, beb. Kita kena cari jalan nak kenakan dia," kata Alya Ariysa.
"Aku tau. Kau tunggu jelah pembalasan daripada aku," balas Azura dengan penuh perasaan dendam.
* * * * * * * * *
"Kau okey tak ?" tanya Dina.
"Okey. By the way, awak ni siapa ? Budak baru ke ? Tak pernah nampak pun," tanya Amanda sopan.
"Oh, lupa pula nak kenalkan diri. Dina Sabrina, tulah nama aku. Orang panggil Dina ataupun Bree. Baru hari ni start sekolah dekat sini," terang Dina perkenalkan diri.
"Dulu, aku sekolah dekat Eastview High School dekat Apple Valley, Minnesota, USA. Sekolah kat negara orang putih, so pakailah nama orang putih sebab nak senangkan orang sana panggil," jelas Dina panjang lebar.
"Sekolah kat luar negara ? Bestnya ! Kat USA pula tu," nada Amanda berkata seolah-olah dia tidak pernah kesana.
Pergi bercuti ke luar negara memang menjadi aktiviti tahunan keluarga Amanda pada cuti bulan Disember. Cuma dia tidak sangka dia akan bertemu dengan orang yang pernah ke luar negara.
"Tak pernah pergi sana ke ? Takkanlah orang kaya macam kau tak pernah pergi kot," kata Dina. Ada sedikit nada mengejek.
Dina sudah dapat menggagak Amanda seorang yang kaya berdasarkan jenama barangan yang dipakai Amanda. Kasut Everlast, beg Converse, jam tangan Rolex dan minyak wangi Body Shop. Barangan original pula. Siapa yang mampu memiliki barangan berjenama seperti itu melainkan orang berada sahaja ?
"Tau-tau sahaja aku ni kaya. USA pernah pergi tapi tak pernahlah sekolah kat sana. Dahlah sekolah dekat Eastview High School pula tu. Antara sekolah terbaik kat USA," balas Amanda, tidak lagi menggunakan panggilan awak, saya.
"Akhirnya, aku dah jumpa orang yang setaraf dengan aku.Dia ni boleh jadi pengganti Maria. YAY !" Teriak Amanda di dalam hati.
Mereka berbual-bual sambil ketawa mesra. Selepas itu, Amanda menunjukkan kawasan sekolah kepada Dina.
Dalam kegembiraan mereka berdua, ada juga yang yang tidak puas hati dengan mereka. Bukan Maizatul Azura, tetapi bekas teman baiknya, Maria.
"Oh, kau gembira sekarang ea ? Perampas tak patut gembira macam ni sekali. Aku nak join Kumpulan Dark Heart. Diorang pun tak suka Amanda, so if I join them, we'll make a big evil plan. Hahaha...," kata Maria perlahan sambil tersenyum mengejek.
* * * * * * * * *
Semenjak Dina dan Amanda berkawan, kedua-dua mereka popular. Dina popular bukan kerana Amanda seperti Maria tetapi kerana dia juga sempurna seperti Amanda. Kebetulan pula, mereka berdua sekelas.
"Siapa yang letak paku tekan dekat kerusi kau ni ?" Tanya Dina tidak puas hati sebaik tiba di kelas.
Siapa sangka ketika ini, saat ini, Maria telah pun menjadi salah seorang ahli Dark Heart. Dia telah memberitahu segala-galanya tentang Amanda kepada Azura.
"Biarlah. Sebelum kau datang pun, aku memang dah kena. Biasanya, budak-budak Dark Heart yang buat semua ni. Kalau dulu aku kena macam ni, Maria yang tolong aku," secara tidak sengaja Amanda menyeritakan kisah silamnya.
"Maria ? Budak yang tinggi-tinggi, putih-putih kelas 2 Lavender tu ke?" Tanya Dina.
"Macam mana kau tau ciri-ciri Maria ?" Amanda kehairanan.
"Dah kata Dina. Kalau tak tau, tu bukan Dina namanya," gurau Dina.
"Jawablah betul-betul. Serius. Bukan main-main," tegas Amanda.
"Yelah, yelah. Tadi aku nampak dia jalan sama-sama dengan geng Dark Heart. Lepas tu aku tengoklah name tag dia. Sebab tulah aku tau," jawab Dina selamba.
"Takkanlah Maria dah jadi geng dengan Dark Heart ? Bocor rahsia aku kalau macam ni. Aku rasa makin teruk diorang akan kenakan aku nanti," kerisauan Amanda jelas terlihat di riak mukanya.
"Rahsia apa ?" Dina kebingungan.
Amanda mula menceritakan fasal dia dan Maria, fasal Afiq Izzudin dan fasal pergaduhan dia dengan Maria.
"Takkan sebab Afiq, korang putus kawan. Tak patut betul. Si Maria pun satu, dah laki tu tak nak kat dia, takkan nak paksa. Lagipun, ni soal hati dengan perasaan," Dina seakan-akan tidak percaya dengan cerita Amanda.
"Nak buat macam mana, benda dah jadi," kata Amanda dengan nada mengeluh.
Knock ! Knock! Knock !
"Amanda ada ?"Tanya seorang budak lelaki yang berkaca mata.
"Nak jumpa kejap je. Tak sampai satu hari. Lepas tu aku blah," kata budak tersebut.
"Ni ada surat untuk kau. Afiq yang bagi. Dia kata malas nak jumpa kau," kata Fikri, teman sekelas Afiq kepada Amanda. Sebenarnya Fikri mengatakan sedemikian bersebab. Sebabnya dia telah diugut oleh geng Dark Heart.
"Malas ? Pelik betul perkataan tu," Amanda dan Dina serentak berkata.
Sejurus mereka membuka surat yang berada di dalam sampul surat berwarna kelabu itu, mereka terkejut.
Amanda, sebenarnya aku dah lama nak cakap hal ni dengan kau tapi aku tak berkesempatan. So, aku just hantar surat je kat kau. Hal yang aku maksudkan tu adalah aku nak minta putus! Aku rasa, aku dah bosan tengok muka kau. Kalau kau rasa tindakan aku keterlaluan, tiada ucap maaf yang mampu aku tuturkan. One more thing, kenapa dulu waktu kau cakap kau suka aku, kau kata Maria sokong tindakan kau? Sedangkan dia pun tak tahu kau suka aku. Pada pendapat aku, kau sesuai digelar "Backstabber". Aku suka waktu kau cakap kau suka aku, tapi aku benci dengan orang yang tikam kawan dia dari belakang macam kau ni. Aku dah tulis semua yang aku rasa patut aku cakap, mulai detik ni, tak payah bazirkan kredit kau telefon aku. Aku dah tukar number phone.
-Afiq-
Begitulah isi kandungan surat tersebut. Ayat yang digunakan oleh "Afiq" yang disangkakan Afiq sebenar begitu kasar dan membuatkan air mata Amanda mengalir untuk kedua kalinya. Surat yang lebih kurang sama isi kandungannya juga dihantar kepada Afiq dengan menggunakan nama Amanda.
"Apasal Afiq ni kurang ajar sangat? Lepas tu suka hati je gelarkan orang apa. Dia ingat dia tu siapa?" Tidak putus-putus kutukan yang dilemparkan Dina kepada Afiq.
"Biarlah. So, sekarang ni aku dah single lah. Kita samalah," gurauan Amanda tidak disambut oleh Dina.
Tiba-tiba, satu ketukan singgah di pintu kelas. Tetapi kali ini bukan pelajar. Malangnya bagi 2 Dahlia kerana Puan Dalilah a.k.a guru yang paling banyak bercakap yang relief kelas mereka.
"Hari ini, saya akan masuk ke kelas kamu buat pertama kalinya. Dan sekarang saya nak kenal dengan semua pelajar. Kita mulakan dari pelajar di sebelah kanan saya." Sesi perkenalan bermula setelah Puan Dalilah berkata demikian.
Bermacam-macam soalan yang diajukannya kepada setiap pelajar. Bagai roket yang sedang meluncur laju di angkasa kerana lepas satu soalan, soalan lain pula datang.
Amanda dan Dina hanya menahan gelak. Apabila tiba giliran mereka berdua, Puan Dalilah amatlah suka kerana dia sudah maklum mengenai kesempurnaan mereka.
* * * * * * * * *
"Mana Dina ni? Kata nak datang awal. Kalau dia lambat tak dapatlah nak shopping habis-habisan," Amanda bermonolog di hadapan sebuah butik sambil melihat jam tangannya.
Mereka berdua telah merancang untuk berbelanja di shopping kompleks pada hari Ahad. Tapi malangnya bagi Amanda, Dina yang ditunggu, lain yang mendatang.
"Tunggu siapa?" Sapa Afiq.
"Alamak ! Apa mamat ni buat kat sini? Tak reti malu apa. Dahlah hantar surat tak macam kurang ajar pula. Tak tahu malu punya lelaki," kata Amanda dalam hati.
"Tunggu Dina," jawab Amanda tanpa sedikit pun memandang wajah Afiq.
"Fiq nak tanya. Kenapa Man hantar surat kat Fiq ? Dah tu agak kurang ajar pula ayat dalam surat tu," tanya Afiq, tiada langsung perasaan marah dalam hatinya.
"Bila masa pula Man hantar surat kat Fiq. Fiq yang hantar surat kat Man adalah. Man tak ada masa lah nak tulis surat ke apa ke. Kalau Man nak cakap dengan Afiq, Man jumpa Afiq. Bukan tulis surat," jawab Amanda tidak puas hati dengan soalan yang diajukan Afiq.
"Fiq tak ada hantar surat kat Man pun. Man ada bukti ke yang Fiq hantar surat kat Man?" Tanya Afiq inginkan kepastian.
"Ada nanti kat sekolah esok Man tunjuk kat Fiq. Tapi dah renyuklah," kata Amanda.
"Ok. Fiq tunggu. Nanti kat sekolah jumpa dekat depan library," Afiq menghabiskan ayatnya sejurus melihat kelibat Dina.
"Dina ! Asal kau lambat ? Kalau kau datang cepat sikit, tak payahlah aku nak menghadap muka Afiq," Amanda membebel seperti emak-emak.
"Sorry lah, tadi terbangun lambat. Lagipun aku nampak korang berdua berbual. So, aku nak korang ada private time. Jom lah gerak. Kalau lambat, orang lain borong barang yang kau nak," ujar Dina.
"Dia yang lambat. Ish, nasib baik kawan aku sorang je perangai macam kau," perli Amanda lalu mereka berdua menuju ke butik-butik yang berjenama.
Mereka berdua sememangnya berada di bawah pemerhatian kumpulan Dark Heart. Farisha ditugaskan untuk mengekori mereka pada hari Ahad. Dia telah menyabotaj beberapa buah butik yang dijangkakan akan dikunjung oleh Amanda dan Dina atas arah Maizatul Azura.
Namun begitu, Amanda dan Dina telah menyedari perbuatan kumpulan Dark Heart. Jadi mereka tidak berbelanja banyak. Cukup sekadar beberapa helai pakaian. Setelah itu, mereka pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat memborong satu shopping kompleks tersebut.
* * * * * * * * *
Hari Isnin.....
"Mana surat yang Man janji nak tunjuk kat Afiq?" Tanya Afiq sudah tidak dapat menahan kesabarannya.
"Kejaplah. Man nak keluarkanlah ni," kata Amanda sambil membuka poket begnya lalu mengeluarkan segumpal kertas yang renyuk.
"Haa. Ni suratnya. Kalau Fiq tak percaya sudah. Tulisan dalam tu sebijik macam tulisan Fiq," sambung Amanda. Setelah Afiq membaca dan meneliti surat tersebut, dia sungguh terkejut. Dia tidak akan menulis ayat kurang ajar seperti itu kepada seseorang yang dia begitu sayangi.
"Macam pernah baca ayat ni. Baru Afiq ingat. Surat yang Man bagi kat Fiq pun macam ni," kata Afiq dengan muka terkejut.
"Lagipun, cuba Man tengok huruf ‘g' dengan ‘y'. Kan lain ? Sumpah! Afiq memang tak tulis surat ni," nasib baik Afiq menemui perbezaan tulisan. Kalau tidak, sampai langit yang terbentang di atas gugur sekalipun Amanda tidak akan percaya.
"Memang lain sangat. Tapi siapa nak buat macam ni kat Fiq dengan Man? Man cuma dapat teka satu nama jer," balas Amanda dengan bersungguh-sungguh.
"Siapa ?"
"Maria. Sekarang dia satu geng dengan Dark Heart."
"Geng Dark Heart?!!" Afiq memang tidak menyangka itu jawapan Amanda.
"Mungkin jugalah. Tapi Azura juga mungkin terlibat sama sebab dia tak puas hati dengan kau," sambung Afiq setelah sedikit tenang.
"Maybe. We need someone professional to investigate this problem," kata Amanda yang benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini.
"Afiq rasa Dina boleh. Dia tu kan tau hampir kesemua rahsia yng memalukan budak sekolah ni. So, I think she's the right person," balas Afiq yang tidak mahu kalah dengan kepetahan Amanda berbahasa Inggeris.
"Betul tu. Nanti Man cuba cakap dengan dia. Okeylah Fiq, Man nak pergi kantin dulu. Bye, jumpa nanti," balas Amanda sambil menyusun langkah untuk ke kantin.
"Kejap. Man, Afiq rasa Fiq nak couple lagi dengan Man. Lagipun, kita sebenarnya tak pernah clash. Boleh, kan?" Tanya Afiq penuh harapan.
"Ermm......Man rasa.....Man still sayang kat Fiq. So, bolehlah," jawab Amanda tersipu-sipu malu.
"Thanks sebab sayangkan Fiq. Fiq akan berusaha supaya hubungan ni kekal. Okey, bye," kata Afiq sambil kedua-dua mereka berlalu pergi ke haluan masing-masing.
"Yes!! Yes!! Yes!! Aku dapat Man balik. Hoooray!!" Gembira sungguh hati Afiq keran belum sempat orang lain hendak rampas Amanda, dia sudah merampasnya kembali.
"Aku dah couple balik dengan Afiq. Sukanya!!! Aku sayang dia. Tapi aku benci dia. Tak kisahlah apa aku rasa. Apa yang penting....bukan kerjasama macam Wondepet....tapi aku dah jadi girlfriend dia yang sah," desis hati Amanda sambil tersenyum-senyum.
Susah betul nak lelapkan mata. Sekejap ke kiri, kejap ke kanan. Kata-kata mama siang tadi masih bermain-main di kepalanya. "Abang Syam nak bertunang minggu depan." Satu ayat tu cukup membuatkan jantungnya rasa nak gugur. "De..dengan sape ma?" nak nangis dah ni. Relax Nana, relax. "Dengan makwe dia la. Mama pun tak kenal lagi. Minggu depan pergi merisik terus tunang." Abang Hisyam nak bertunang. Betul ke apa aku dengar ni. Aduh…tak boleh terima. First love aku tu. Abang, kenapa tak tunggu Nana. "Ko gila Nana. Dia tu kan sepupu kau. Jangan harap mama dengan papa nak bagi ko kawin dengan abang Hisyam tau." "Ape salahnya kawin ngan sepupu. Tak haram kan?" "Memangla..tapi abang Hisyam tu suka kat ko ke? Entah2 ko je yang syok sendiri. Makwe dia lagi cantik agaknya. Setakat orang macam ko ni, dia nak pandang ke?" "Tak kira..cantik ke tak cantik ke. Abang Syam, nak kawin ngan abang..hukhukhuk…" Akhirnya Nana tertidur jugak setelah penat bermonolog sendiri. Apalah nasib, terjatuh cinta ngan sepupu sendiri. Mana tak jatuh cinta, Hisyam tu sikit punya hensem. Doctor pulak tu. Baik. Adus.. silap-silap bini orang, nenek orang pun boleh jatuh cinta ngan doctor hensem tu.
"Kenapa tak nak balik. Bukannya jauh sangat pun. Kak Yaya pun boleh pergi amik." Kenapa la dengan budak sorang ni. Sepupu sendiri tunang pun tak nak balik. "Takpe la Kak Yaya. Nana banyak assignment nak kena submit next week ni. Ala, tunang je kan, nanti kalo abang kawin, Nana balik k." Gila ke nak pergi majlis tunang abang Syam. Kang aku nangis kat depan tu kang, tak pasal-pasal buat drama budget murah kang. Kantoi. "Hmm.. suka hati Nana lah. Tapi nanti kalo Nana tetiba rasa nak balik, bagitau akak tau. Nanti akak pergi jemput. "InsyaAllah." InsyaAllah tak. Tak mungkin aku ubah fikiran. Simpang malaikat 44. Kesian Kak Yaya. Mesti dia nak aku temankan dia. Ye la. Kita orang ni rapat sangat macam adik beradik dah. Kak Yaya adik bongsu abang Syam. Dah kerja. Peguam. Baru je habis belajar tahun lepas.
13/3/2005 Mesti dia orang tengah gembira sakan ni. Ye la..majlis pertunangan. Mesti la gembira kan. Takkan nak sedih-sedih pulak. Kang nanti jadi majlis orang mati la pulak. Aku je kat sini menangis tak henti. Siapa tak sedih, first love kena kebas. Sampai hati abang Syam. "Ko ni pun satu. Mana la si abang Syam tu nak tahu ko suka kat dia. Ko bukannya pernah bagitau dia." "Takkan nak bagitau. Malu la aku." "Habis tu. Bukan salah Abang Syam kalo dia nak tunang ke kawin ke dengan orang lain." "Tapi, takkan dia tak boleh rasa aku syok separuh mati kat dia." "Lelaki, mana tahu perasaan pompuan cam mane. Ego." "Ah lantak la. Yang penting, kalo jadi bini nombor dua pun tak kisah." Hah? Bini nombor dua? Ko biar benar Nana. Ish gila la ko ni. Dah takde jodoh nak buat camne. "Arghhh… Tensionnya!!!" jerit Nana. "Weh, terkejut beruk aku. Ko ni, nak mengamuk pun tengok tempat la." Farah yang sedang layan game dynomite terperanjat mendengar jeritan Nana yang tetiba. "Opps..Hehe..Sorry. Tak sengaja." Nana senyum kambing. "Ko ni kenapa. Sawan ke?" "Ish, ke situ pulak ko ni. Muka lawa aku ni ada nampak macam orang sawan." Perasan betul. "Banyak la ko punya lawa. Cantik la lagi amoi jual buah kat market tu tau." "Kurang asam ko Farah. Amik ko." Gedebuk. Bantal busuk mengena tepat muka Farah. "Cinabeng ko Nana. Tunggu ko." Alamak, kena selamatkan diri ni. Nana dah buka langkah seribu. Tawaf satu rumah dah budak tak cukup umur dua orang ni. Kejap Nana menjerit sebab kena baling bantal ngan Farah, kejap Farah pulak yang menjerit. "Ya Allah, Korang ni pehal? Baru terlepas dari tanjung rambutan ke?" Suria yang baru balik dari library terkejut melihat dua kawannya yang berlari-lari macam orang gila baru terlepas. Gedebuk, muka Suria pulak jadi mangsa. "Woi, siap ko aku kerjakan." Suria pulak yang joint the group. Haha.. dia pulak yang jadi macam orang gila terlepas dari hospital tampoi. Hahaha…
Cuti semester memang bosan. Tak tahu nak buat apa. Makan tidur je. Nak keluar ngan kawan-kawan malas. Sudahnya, duduk aje la kat rumah jadi penunggu. Tengah seronok layan Tom and Jerry, tetiba sebuah kereta CRV meluncur laju memasuki perkarangan rumahnya. "Sape la pulak datang pagi-pagi ni." Tudung yang tersedia di atas sofa disarung ke kepala. "Assalamualaikum.." "Waalaikummussalam..La, maklong. Ingatkan siapa tadi. Jemput la masuk. Nanti Nana panggilkan mama. Baru je nak panggil, mama dah turun dulu. "La kaklong. Kenapa tak bagitahu nak datang." Tangan kakak sulungnya disalam. "Saja je." Senyuman Nana terhenti bila ternampak kelibat seseorang. Aduh..jantungnya berdetak laju. Wajah yang dirindui siang malam walaupun dah jadi tunang orang. Pergerakannya kaku. Mata tak lepas memandang wajah kacak abang sepupunya itu. "Alahai, makin hensem la pulak aku tengok. Sabar Nana. Behave yourself." "Eh, abang Syam pun ada. Duduk la." Hisyam senyum. Alamak, cairnya aku. Lemah dah lutut ni. "Erm..Nana dengan Syam borak la dulu ye. Mama dengan maklong ke dapur sekejap." "Hah? Borak berdua dengan abang je. Ni yang lemah ni. Aku nak cakap apa." Nana gelisah. "Cakap pasal Tom and Jerry tadi aci?" "Erm…Nana apa khabar? Lama tak jumpa. Dah lain abang tengok." "Hah? Ok je." Nana hanya mampu senyum. Nak cakap apa. Aku malu la.. sambung tengok Tom and Jerry la. "Bila habis study?" "Minggu depan." "hah? Minggu depan?" Hisyam hairan. Biar benar sepupu aku ni. "Eh, abang tanya apa?" Apa aku jawab tadi. Malunya..mana nak sorok muka ni. Dalam mangkuk jamban aci? "Abang tanya, bila habis study?" Hisyam gelak. Berangan ke minah ni. Ke syok sangat tengok kartun kat tv tu. "Ermm.. bulan 5 ni." Malunya, tu lah. Control sangat. Kan dah malu. Air teh di hadapanya diteguk perlahan. Control nervous. Neuron transmitter tak berhenti hantar isyarat vibration lagi ni. Jantung pun dari tadi asyik duk dup dap dup dap. "Nanti la saya cakap macam mana. Benda macam ni tak boleh buat main-main kak." "Ye la. Tapi akak harap sangat kat Mah ni." Mama mengangguk lemah. Apasal lain macam je muka mama? Tadi elok je. "Nana, maklong balik dulu ye. Dah nak tengahari ni. Senang-senang datang la rumah." Nana sekadar mengangguk. Tangan maklongnya disalam. Wajah abang Syam dipandang sekilas. Tak sanggup tenung tunang orang lama-lama. Kang nanti tak boleh tidur pulak.
"Kenapa maklong tadi tu ma? Pelik je Nana tengok. Orang nak dapat menantu mestila happy, tapi maklong macam sedih je?" Saja nak korek rahsia. Tapi memang pelik tengok maklongnya tadi. Dah la cakap dengan mama sorang-sorang kat dapur. Macam ada rahsia kerajaan je. "Takde apa-apa la. Penat agaknya. Ye la, sorang-sorang buat persiapan." Belum masanya untuk Puan Rosmah bercerita. Nantilah. "Kesian maklong. Nanti la Nana pergi tolong." Kuat ke aku? Buat persiapan untuk perkahwinan orang yang aku cinta? Menyesal pulak meng"offer"kan diri tadi. Dah terlepas, nak buat camne. Nasib la kau Nana.
"Nana, mama nak cakap sikit boleh?" "Ish mama ni, cakap la. Apasal tak boleh pulak. Kelakar la mama ni." Pelik la mama ni. Bila pulak aku buat rules kena mintak kebenaran dulu sebelum cakap. Apa2 je lah. "Ni pasal maklong tadi." Aik, tadi kata takde apa-apa. Ni yang aku tak sedap hati ni. Nana membetulkan duduknya. "Kenapa pulak dengan maklong ma? Tadi mama kata takde apa-apa." Ish, suspend la pulak mama aku ni. Papa yang sedang duduk mengadap tv siaran buletin utama tenang. Sesekali memandang muka mama yang seakan meminta kekuatan. "Macam ni. Mama pun tak tahu macam mana nak cakap." Puan Rosmah serba tak kena. Muka puteri kesayangannya dipandang penuh kasih sayang. "Kenapa ni mama? Papa? Cakap la." Nana tak sabar. Apekebenda nya ni. "Tunang Syam mintak putus." "HAH??" Ish biar betul. Aku tak silap dengar ke ni? Ish bukan ke dia orang nak kawin dua minggu lagi? "Kenapa mama?" makin tak sabar Nana ingin mengetahui cerita selanjutnya. "Entahla. Tak pulak maklong bagitau." "Abis tu apa kena-mengena dengan Nana." Ha"ah. Apa kena mengena dengan aku. Lantak la tunang dia nak putus. Memang la aku happy, tapi kesian pulak kat maklong. Lagi dua minggu nak buat majlis, tup-tup tak jadi. "Maklong mintak Nana jadi pengganti." Baru nak suap cekodok masuk mulut. Tergolek jatuh atas karpet. Aku mimpi? Ganti? Kawin dengan abang? Eh jap. Pipi ditampar beberapa kali. Sakit. Maknanya tak mimpi. "Nana? Dengar tak mama cakap apa ni?" Risau pulak Puan Rosmah tengok anak dia. Kesian, tak pasal-pasal jadi mangsa. "Mama biar benar. Mama jangan main-main dengan Nana." Ish mama ni nak gurau pun tengok la dulu. Papa pun senyap je. Bantah pun tidak, setuju pun tidak. "Buat apa mama nak main-main. Semua persiapan dah hampir siap. Kad pun dah diedar. Pengantin pulak lari. Maklong tak nak batalkan majlis tu. Syam pun setuju." Abang Syam setuju kalo aku jadi pengganti? Ni lagi aku tak percaya. Biar betik sepupu aku tu. Nana tak tahu nak cakap apa. Kawin dengan abang Syam memang impiannya tapi masalahnya, dia belum habis belajar lagi. Malu lah nanti kat orang lain. Hatinya berbelah bagi. Tapi kalau tak ambil peluang tu sekarang, ada ke lagi peluang dia nak kawin dengan abang Hisyam? Macam mana kalau dia tolak, maklong cari orang lain? Melepas dia. "Mama tahu Nana susah nak buat keputusan. Nana fikir la dulu. Mama terima apa saja keputusan Nana." Kepala anak manjanya diusap penuh kasih. Kesian anak aku. Terpaksa buat keputusan sebesar ni pada usia muda macam ni.
Malam tu, tidurnya tak lena. Asyik fikirkan perkara tadi. Aduh, macam mana nak buat ni. Nak buat solat istikharah, hati tak kuat. Betul ke abang Syam setuju? Ish, xcaye la aku. Biar betul mamat tu. Betul ke dia tak kisah kalau kawin dengan aku? Patut la muka dia tadi relax je. Tapi takkan tak sedih kot putus tunang. Dengarnya dah lama jugak dia orang couple. Sejak sama-sama study kat Australia dulu. Takkan tak rasa apa-apa kot. Ish, kompius aku. Lelaki, mana nak tunjuk perasaan mereka depan orang. "Ish, sape pulak call malam-malam ni? Kacau je orang tengah berangan. Alamak Kak Yaya. Dia dah tahu ke pasal ni. Mesti la maklong dah bagitahu anak dia sorang ni kan." "Dah tidur ke adik akak ni?" "Belum la kak. Malam masih muda. Hehehe…" "Ke tengah berangan?" Aik, macam tahu-tahu je kakak aku sorang ni. "Eh mana ada. Pandai je la akak ni." Cover line sket. "Mana la tahu dah berangan-angan pakai baju pengantin." Serkap Zahlia. Gulp. Adus kak Yaya ni. Dia pakai ilmu apa yek. Nak jugak aku belajar. Boleh jugak aku tahu abang Syam tengah buat apa sekarang ni. "Ish, ke situ pulak. Mana ada lah kak. Orang tengah baca magazine ni." Ye lah tu. "Majalah pengantin ke? Hahaha..so, macam mana? Dah sedia?" usik Zahlia lagi. Dia memang suka menyakat si Nana ni. Dari kecik sampai besar. "Kak Yaya!!! Tak suka la macam ni. Merajuk lah." Nana tarik muka 44. Buruk benar. Dah macam joyah jual getah dah gayanya. "Alahai merajuk la pulak. Takpe, nanti akak suruh abang Syam pujuk ye sayang. Hahaha.."makin kuat Zahlia gelak. Nana dah nak menangis. Malu. Siap ko kak. Jumpa nanti tahu la apa Nana nak buat. "Oklah bakal kakak ipar. Adik ipar taknak ganggu la orang tengah berangan ni. Jangan tidur lewat sangat tau. Nanti tak berseri pulak kat atas pelamin." Sempat lagi menyakat. "KAK YAYA!!!" Geram betul dia dengan kakak sepupunya tu. Tapi dalam hati, gembira jugak. Eh tapi betul ke aku nak kawin dengan abang Syam ni? Keputusan takde lagi ni. Kawin ke taknak? Ish, nak kawin pun susah la…adoi..
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei