Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Matanya merenung bening mata anak kecil itu, ada sendu di wajah itu. Dikala usia tiga tahun, dia telah kehilangan tempat bergantung. Itulah kisah dua hari yang lalu, kisah yang telah mengubah seluruh hidup anak kecil itu bersama-sama adiknya yang baru mengenal dunia. Ya, abang Razif dan Kak Lia telah pergi dalam tragedy kemalangan jalan raya, hanya si kecil itu dan bayi dalam kandungan kak Lia sahaja terselamat dalam kemalangan ngeri itu, kereta yang di pandu abang Razif hilang kawalan dan seterusnya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.
Di sudut ruang tamu kedengaran sedikit pertengkaran antara dua keluarga, belumpun dua hari abang Razif dan kak Lia di kebumikan, sudah kedengaran pertikaian siapa yang harus menjaga anak-anak arwah. Ahhh sedih rasanya melihat anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu apatah lagi kini mereka menjadi rebutan dua buah keluarga. Pertikaman mulut terus berlaku antara mama dan papa serta ibu bapa arwah abang Razif. Sudah beberapa jam pertikaman lidah itu berlaku namun tiada jalan penyelesaian lagi. Yang pasti mama dan papa akan tetap mempertahankan zuriat yang di tinggalkan oleh kak Lia. Aku faham, mama dan papa tidak ingin kehilangan lagi. Cukuplah dengan pemergian kak Lia dan abang Razif.
Suasana rumah ini sepi, sudah beberapa hari berlalu sejak pertengkaran mengenai hak penjagaan anak kecil ini berlaku. Dia mendodoi perlahan Haziq Amsyar yang baru berusia seminggu itu. Kakaknya Zarith Sofea pula mengikut mama dan papa menziarahi pusara kak Lia dan abang Razif. Tidak lama kemudian, kedengaran gemersik suara Sofea yang keriangan dari luar rumah. Pasti mama dan papa sudah pulang. Anak kecil itu pantas menerpa ke arahnya dan melihat adiknya. Sesekali dia mencuit pipi si kecil yang sedang tertidur nyenyak itu.
Sofea, anak kecil yang periang dan tidak banyak karenah. Usianya yang masih kecil itu menyebabkan dirinya tidak memahami apa yang terjadi. Namun sesekali kala ingatannya kembali pada umi dan walidnya pasti mulutnya petah bertanya, kemana perginya mereka? Tiada jawapan yang mampu aku berikan. Begitu juga dengan mama dan papa… hanya wajah mama yang bertukar sendu… sesekali ada juga kedengaran suaranya bertanya kepada papa "kenapa atuk biar umi ngan walid tidur dalam tanah?" dan tika itu aku lihat mata papa sudah berkaca, menahan rasa sedih. Mama sudah lama tersedu. Hati aku juga turut pedih bila melihat si kecil itu memeluk gambar umi dan walidnya sebelum tidur. Pasti anak kecil itu merindui belaian kasih sayang umi dan walidnya. Dapat aku lihat sinar mata yang penuh kerinduan kala anak kecil itu melihat gambar kak Lia dan abang Razif……
Malam itu, semua keresahan bila Zarith Sofea demam. Mama keresahan di sudut bilik. Anak kecil itu terbaring lemah di atas katil. Menurut doctor yang merawat Sofea, anak itu begitu merindui kehadiran umi dan walidnya. Papa juga kelihatan sangat risau melihat keadaan cucu perempuan tunggalnya itu.
"mama, pergilah rehat dahulu, biar Eka aje yang jaga Sofea," mama sekadar menggeleng. Aku kasihan melihatnya. Wajah mama kelihatan tidak bermaya apatah lagi semalaman kami berjaga menjaga Sofea yang sesekali meracau memanggil-manggil umi dan walidnya. Tika itu air jernih mengalir lesu dari tubir mata mama.
"betul cakap Eka tu mamanya, awak pergilah rehat sekejap. Kan ke si Ramzan dah beritahu keadaan Sofea dah semakin stabil. Panas badannya pun dah berkurangan. Saya takut nanti awak pulak yang sakit," arah papa pada mama. Mama merenung wajah Sofea dan mengucup dahi si kecil sebelum melangkah menuju ke kamarnya. Begitulah mama, hanya papa sahaja yang mampu melenturkan kedegilan mama. Mama begitu hormat dan menyanyangi papa dan aku sedar selama ini jarang aku lihat mama ingkar pada kata-kata papa. Papa juga melangkar keluar dari kamar sikecil. Hanya tinggal aku dan Haziq Amsyar sahaja menemani Sofea. Haziq Amsyar masil lagi nyenyak tidur. Kelihatan tidak terganggu dengan situasi yang berlaku. Aku merenung wajah Sofea yang menyerupai wajah uminya, kak Lia. Rindu dihatiku terhadap kak Lia terubat seketika kala memandang wajah itu. Kak Lia, Eka terlalu rindukan kak Lia…… rumah ini semakin sunyi dan sepi.
Kesihatan Sofea semakin pulih walaupun adakalanya dia masih lagi meracau memanggil umi dan walidnya ketika tidur. Haziq semakin membesar dan iras wajahnya menyerupai wajah arwah abang Razif. Mama kelihatan agak resah, dua hari lagi wasiat arwah abang Razif dan kak Lia akan di baca. Hak penjagaan juga akan di tentukan setelah selesai pembacaan wasiat itu. Papa hanya tenang dan sesekali ketawa melihat telatah Sofea. Aku tahu papa juga gusar memikirkan hal itu, namun papa bijak menyembunyikan resahnya. Tidak ingin mama bertambah resah memikirkan hal itu.
"papa dan mama tak memaksa, tapi mama harap Eka dapatlah buat keputusan sebaik-baiknya… Kalau boleh janganlah hampakan permintaan arwah……" mama terus berlalu ke bilik. Papa hanya memerhati, dan aku semakin serba salah, aku benar-benar tersepit kini. "papa tak memaksa, baik bagi Eka, baiklah pada papa dan mama. Apapun papa harap Eka buat keputusan yang terbaik," ujar papa sebelum berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku faham, papa dan mama tidak memaksa, namun aku juga harus fikirkan nasib si kecil seandainya aku menolak permintaan arwah abang Razif dan kak Lia. Wasiat itu benar-benar meletakkan aku di persimpangan… entah jalan mana harus kutuju… korbankan zaman remaja aku dan menerima segala permintaan yang terkandung dalam wasiat itu atau menolaknya… menolaknya, aku tak mampu… kasihan nasib si kecil. Menerima wasiat itu pula…aku terpaksa korbankan masa depanku, impianku dan meranapkan mahligai impian yang telah aku bina bersamanya……
"saya tak setuju bang, kenapa Razif buat macam tu. Dari dulu lagi saya tak rela kita berbesan dengan keluarga si Lia tu dan kini dia minta……" Puan Salbiah tak dapat meneruskan kata-katanya.
Dadanya sesak memikirkan wasiat yang di tulis oleh arwah anak lelaki sulungnya itu. Dulu dia kehilangan anaknya bila Razif berkeras untuk mengahwini Alia dan menolak Syikin, calon menantu pilihannya… dan sejak itu dia tidak pernah lagi melihat anaknya itu walaupun Razif sesekali datang menjenguk nya. Dia pantas mendiamkan diri di kamar tidur dan membiarkan anak dan menantunya itu pulang kehampaan. Hinggalah beberapa hari yang lalu dia menerima khabar kemalangan yang meragut nyawa anak dan menantunya. Air matanya mengalir, kerana keegoannya, sehingga anaknya menghembuskan nafas dia tidak dapat menatap wajah itu. Arghh… dia tidak rela kehilangan lagi. Zuriat Razif harus dimiliki, hanya itu harta yang ditinggalkan oleh anaknya. Namun permintaan anaknya itu, membuatkannya serba salah dan tertekan.
"sudahlah Sal, tak payah awak fikirkan hal itu, ikut aje permintaan arwah dan kita tak akan kehilangan cucu-cucu kita tu," jawab Encik Saiful, dirinya terasa agak rimas mendengar bebelan isterinya yang tidak berpuas hati mengenai wasiat yang di baca oleh peguam Razif tadi.
"awak ingat senang cik abang oii, ni masa depan anak kita. Dari dulu lagi saya tak nak bermenantukan anak Si Zainab dan Rahim tu…" suara Puan Salbiah meninggi. Tidak setuju dengan cadangan suaminya itu.
"habis tu awak rela melihat nasib cucu-cucu awak tu, fikirlah sikit Sal, cukup-cukuplah awak pertahankan ego awak tu. Tengok apa dah jadi… sebab ego dan sdikap sombong awak tu kita tak dapat lihat anak kita buat kali terakhir tau," ujar Encik Saiful, terus berlalu meninggalkan isterinya. Adakalanya dia geram dengan sikap isterinya yang degil dan tidak boleh menerima pendapat orang lain, mahupun pendapat suami sendiri.
Puan Salbiah hanya memerhatikan langkah suaminya itu, apa yang harus dilakukannya… sedar akan sikapnya yang adakalanya mengjengkelkan suaminya itu. Tapi permintaan yang tertera dalam wasiat itu merisaukannya. Mustahil Danish, anak lelaki bongsunya akan setuju……
Danis melangkah riang memasuki ruang tamu, dahinya berkerut melihat ibunya yang sedang termenung di satu sudut. Segera dia menghampiri ibunya dan memaut bahu wanita itu mesra. Ternyata Puan Salbiah terkejut apabila bahunya dipaut oleh Danish.
"kenapa ibu termenung kat sini? Mana papa?"Tanya Danish sambil mencium tangan ibunya.
"papa kat dalam, tidur agaknya. Danish dari mana?"
"Danish dari rumah Erin. Haa… macammana dengan pembacaan wasiat abang Razif bu? Mana anak-anak abang Razif?" Tanya Danish. Berkerut dahi Danish apabila melihat ibunya mengeluh seperti menghadapi masalah yang besar. Salahkah pertanyaannya sebentar tadi. Wajah ibunya bertambah resah tika dia mengajukan soalan itu. Apa yang telah terjadi…
"kenapa bu, kita tak dapat hak penjagaan anak-anak abang Razifke?" Tanya Danish pada Puan Salbiah. Puan Salbiah sekadar menggeleng, tidak sampai hati memberitahu perkara sebanar pada Danish. Danish hanya membiarkan sahaja ibunya, segera dia meminta izin untuk ke biliknya. Dia sedar ibunya seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Arghh…… biarlah, sampai waktunya pasti ibunya akan bercerita juga.
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
Sekian,
Fithri Pengurus Operasi (019-2727551)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
emmm.first time baca cerpen ni hati sya dah tertarik.x de blog ke?harap blh cepatkan sambungannya ek.