Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Memperlahankan lagu yang hinggap di corong telinga buat seketika oleh sang pangeran memberikan nafas baru untuk dia menghayati dan menganalisis kehidupanku.Ku perhatikan aje dari teratak ku gelagatnya.Sambil berkepul-kepul asap yang barangkali memberikannya seribu satu persoalan yang aku sendiri masih mencari-cari.Ya,keturunanku diperhalusi dari segenap ceruk aspek bagi membolehkan sang sejarah berkata bahawa setiap yang hidup wujudnya salasilah asal tok nenek moyang.Terdetik juga di fikiran kambingku,kenapa tuan tanahku beriya sangat nak menyelongkari keturunanku?.Terlalu istimewa sangatkah?Atau,begitu penting sangatkah untuk diadili tahap kekastaan peringkat hidupku?. Otak kambingku ligat berputar mencari jawapan kudus tentang segala persoalan yang ada.Nah,sambil mataku melilau menikmati panorama sekitar,aku lantas cuba mengimbas kembali sejarah tok nenek moyangku yang sehingga kini tidak kukenali mereka-mereka ini tetapi hanya berpandukan cerita mulut ke mulut oleh sang penglipurlara. Dari benua yang begitu jauh di benua Afrika Selatan beribu-ribu abad,sayup kelihatan tok nenek moyang ku hidup di dalam kelompok yang bermasyarakat.Mungkin dari kalangan kalian,terhasillah diriku ini di sini menongkah hidup di dunia asing.Ya..mereka beramai-ramai membiakkan keturunan mereka walhasil dari keturunan inilah mereka berharap agar di dunia akan datang,mereka tidak dilaknati dan diludahi oleh generasi seperti aku ini.Pengharapan konsistensi baka keturunan dapat dimanfaatkan oleh sang para bumi sepenuh-penuhnya.Bertaburan serata dunia dengan harapan dapat menghapuskan kemiskinan,menghapuskan keegoan,kemalasan,kecelaruan minda dan pastinya memegang amanah dari maha kuasa sebaik mungkin……….
Tapi bagaimana aku di sini?.Apa assignment aku yang diamanahkan dari tok nenek moyangku?.Adakah semuanya terlaksana sepenuhnya?Sayup jauh memerhatikan persekitaran.Memerhatikan gelagat keturunanku membuatkan aku rasa betul-betul berdosa kerana perjalanan masih jauh tetapi mereka-mereka masih leka dibuai kemewahan.Mewah makan…mewah tempat tinggal…riang ria menanti hari esok… seolah-olah hari esok masih ada untuk dinikmati sepenuhnya.
Aku perlu lakukan sesuatu…. mesti bertindak!!.. tapi bagaimana?!..
Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar (Episod 2)
Tersandar aku seketika selepas selesai menjamu selera.Wah, hari ini hari yang begitu baik sekali cuacanya.Tidak terlalu kepanasan dan tidak terlalu kesejukan.Rencana seterusnya waktu senggangku didatangi salah satu dari keturunanku.Matanya ku perhatikan redup tapi seolah-olah ada seribu satu macam pertanyaan minta dimengertikan.Ya..bicara mengenai permasalahan pastinya untuk permulaan akan menyesakkan otak seleberum jika tidak ditangani dengan tenang.Ianya datang dan pergi tanpa perlu diminta.Walaupun sebesar coklat M&M.
"Ada apa kamu?..Kulihat dirimu agak kerimasan aja hari ini?"…acuh tak acuh aku bertanya,cuba menyelami nalurinya sekadar seadaanya. "Aku disaman."…….. perlahan bunyinya. "Oleh siapa? Pastinya jika kamu membuat kesalahan,wajar tindakan itu…" "Bisa wajar tindakannya,tapi aku perlukan penjelasan.Ini soal maruah dan sifat semulajadiku…." "Laju kamu berlari?..." aku menanya kembali. "150km/j aja.Tapi pastinya itu memang sifatku.Telah kuterangkan segalanya tapi masih dia tidak mengerti.."
Aku terdiam seketika.Cuba mengejar arus alpha di otakku sebaik mungkin. Riak mukanya kulihat begitu letih memikirkan masalahnya.Mungkin dah penat untuk mengomel atas kejadian yang menimpa.Sang undang-undang melakukan apa yang telah direncanakan tetapi dari sisi yang lain juga,kemanusiaan dan toleransi itu perlu.Pemahaman juga bisa diterjemahkan sebaiknya.Kita hidup bukannya hanya kelompok kita sahaja.Banyak lagi kelompok yang berbeda ideologi,budaya,pemikiran dan falsafah berkongsi planet dengan kita.Cuba lah mereka-mereka ini mengerti……….
"Gini aja la, bagitau sang pangeran yang kamu telah melakukan kesilapan dan minta dipertimbangkan saman kamu, aku yakin ada hikmah disebalik toleransi kamu nanti…" "Bagaimana kalau dia berkeras?" jelas ketidakpuasannya dengan jawapanku. "Bilang aja kamu udah melakukan yang termampu buat dirimu,terserah padanya untuk menilai kembali tindak tanduknya……….." "Ermm……..nak aja ku tanduk pantatnya,geram betul la"
Sunyi sepi. Tertunduk seketika dirinya tatkala aku berkata demikian.Perlahan-lahan membawa dirinya bersama-sama masalah yang masih terbuku. Aku tahu bukan senang untuk memberikan jawapan yang baik tetapi hidup perlu diteruskan........
Dummm…..dummm………dummmm……. Sayup jauh kedengaran bunyi deruman enjin kilat di langit memecah keheningan petang. "Nak hujan agaknya malam ini…" bisik hatiku… Malam ini pasti kedengaran AJK tingkap membincangkan intipati mesyuarat mereka sehingga membelah hening pagi….
Mmmmm…..ku mendengus kembali. Ku teruskan baki kunyahan aku…………………..
Hari ini,aku sedang membelek-belek manuskrip yang dibawa sang pangeran untuk aku baca sambil menjilat-jilat molasses (sejenis garam bukit).Helai demi helai aku jelajahi satu per satu.Jarang ada di dunia sebenar metropolitan mengenai buku ini.Isinya menjerit-jerit minta didukung pemahamannya. "Argghh..persetankan semua nih….apa bisa aku perlu membacanya…"getus hati kecilku. "Apa mungkin aku perlu tau bakal penyakit-penyakit aku,obat-obatannya,suntikannya…buat semak aje benakku memikirkan……."
Tapi……………………………. Siapa lagi yang patut ambil berat soal kesihatanku?. Bukankah aku sendiri yang perlu tau.Apa mungkin orang lain peduli tentangku….
Ku teruskan juga pengembaraan ini walaupun berat untuk dilakukan.Rasa mau tidur aje seenaknya. Ku cuba selongkari istilah-istilah yang agak pelik untuk difahami.Lenggok bahasanya, kosa katanya yang agak bercelaru,dan yang pastinya aku cuba membayangkan sedalam boleh sekiranya ia benar-benar terjadi…
Pembacaanku terhenti seketika tatkala riuh rendah mendengar jeritan perkhabaran dari negara seberang.Sampai tercungap-cungap si pembawa berita menyebarkan perkhabaran seolah-olah ingin memberitahu sekalian alam berita yang dibawanya.Ada yang terloncat-loncat mendengarnya,menari-nari menerima berita seberang.
Ohh…..rupanya,anak Pak Janggut Mengurai selamat dibidankan….syukur terhadap Sang Pencipta.Rasa dunia ini benar-benar adil pada semua.Adil pada sang ibu dan sang anaknya.Bersyukur diatas kehadiran warga baru ke alam nusantara. Apa mereka benar-benar berterima kasih atas saat ini?.
"Kamu, sini….." teriakku pada si pembawa berita. Tergelek-gelek si pembawa berita menuju ke arahku. "Khabarkan salam tahniah pada keturunan Pak Janggut Mengurai ya…….aku akan mengusul kendian melihat anak barunya….." tegasku. "Baik pak,akan ku khabarkan salam bapak mewakili kerajaan Samudera semuanya….." ujarnya jujur. "Bagus………"
Aku menoleh ke atas sang langit.Pasti ada hidup dan ada mati. Senyuman menguntum….. tanda kepuasan….
"Bagaimana dengan anak kau?" aku memulakan bicara petang sambil ku regangkan kakiku dihadapannya. "Sihat bapak Roy,Cuma badannya agak sedikit panas,mungkin cuaca sekarang tak menentu agaknya…" balas bapak Janggut Mengurai sambil menyengeh. "Udah diberi suntikan?" tanyaku lagi. "Belum lagi,tuan bangla ku masih belum bagi lagi….." sambil menarik nafasnya dalam-dalam dan menghelanya perlahan.
Aku memerhatikan gerak geri laku anak kecilnya.Gelisah semacam.Sesekali ekornya tidak bergerak dan matanya acapkali mendongak ke atas.Apa yang dilihatnya aku sendiri kurang pasti.Suasana sekeliling nampak tenang.Tiada hiruk pikuk bunyi yang membingitkan halwa telinga,yang kedengaran hanya bunyi burung-burung berkicauan.Suasana petang yang agak selesa disambut dengan angin mengasyikkan.
"Bagaimana keadaan di kerajaan Samuderamu,pak?" Pak Janggut Mengurai mengubah tajuk perbualan. "Tiada yang lainnya,kehidupan seperti biasa.Rakyat semuanya hidup seadanya.Dan sihat alhamdullilah.."balasku penuh hormat.
Diam seketika…………
"Kau beruntung hidup di sini,ramai kawan-kawanmu,isterimu juga ramai,anak-anakmu dan cucu-cucumu juga dihadapan matamu.Kau patut bersyukur.Dan sekarang,kau dianugerahi lagi keturunanmu…" ujarku cuba memecahkan kesunyian. "Tapi pak,ianya tak sama dengan keturunanmu,walaupun keturunanku ramai,kami masih menganggap keturunanmu jauh lebih baik.Kami hormati keturunanmu.Andai aku ada peluang berbesan dengan keturunanmu,akulah yang paling gembira mendengar perkhabaran itu.Tapi itu pastinya mustahil….."
"Aahhh…..itu hanya atas nama keturunan aja.Semuanya sama saja pada pandanganku.Kita semua satu rumpun,bedanya hanya pada rupa dan bentuk.Kau patut berasa bangga dengan apa yang kau miliki….."aku cuba menyakinkan dirinya….
Aku menoleh kembali ke arah anaknya.Comel sekali wajahnya.Hatiku senang sekali menatap wajahnya dan gelagatnya.
"Namanya udah diberikan?"……. Pak Janggut tersenyum nipis. "Udah ada,aku berikan namanya Ketombe,ibunya juga menyukai nama itu…." Jawapnya bangga. "Ohhh…baguslah kalau begitu…."ujarku kembali.
Lantas perlahan-lahan ku dekati anak kecil bernama Ketombe.Ku usap kepalanya dengan penuh belaian.Lama juga kuperhatikan tingkahnya.Renungan matanya terasa suatu perasaan luar biasa hinggap di sanubariku.Jauh fikiranku melayang memikirkan nasib generasi akan datang.Bagaimanakah mereka ini nanti?........ Dunia hari ini semakin hari semakin kejam.Yang berkuasa akan terus erat mencengkam kekuasaanya,dan yang daif akan terus hidup dalam kedaifan.Bergaduh dan bertelingkah sesame sendiri hanya kerana berebutkan suatu yang bukan hakiki.....
PPranggg!!!!!!!!!!...
Lamunanku tersentak.Pak Janggut segera bingkas dari tempat duduknya turun ke tangga bawah. "Kenapa?..Apa sudah berlaku?" bisik hatiku sendiri…………….
waduh..waduh.. sakit kepala gue bca crita nvl ini.ngak fhm benar sih jln critanya.ulasan..? ngak ada ulasan le kerna bacanya smpai episod 1 aje.mybe blh fhm sefhmnya klu gue bca dgn tliti.tp x best n boring.x pyh sambungle sang pengeran woi.MAAF ye dgn komen yg......alamak, terlebih sudah(mcm stacy ckp)he he he
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waduh..waduh.. sakit kepala gue bca crita nvl ini.ngak fhm benar sih jln critanya.ulasan..? ngak ada ulasan le kerna bacanya smpai episod 1 aje.mybe blh fhm sefhmnya klu gue bca dgn tliti.tp x best n boring.x pyh sambungle sang pengeran woi.MAAF ye dgn komen yg......alamak, terlebih sudah(mcm stacy ckp)he he he