Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Lelaki itu mengangkat kening,tetap selamba.Dia mengangkat gitarnya lalu berlalu dari situ,masuk ke bilik yang disediakan untuk pekerja.Yana masih terpinga-pinga.Dia menyangka tidak akan ada lagi pertemuan dengan lelaki itu sebaik saja mereka habis sekolah.Ternyata semuanya meleset.
"Ariyana,kenapa ni?"Syafika datang setelah mendengar bunyi kaca pecah.Di sisinya kelihatan Jesnita.Kemudian dua orang staff yang berada berhampiran di situ turut menyibukkan diri melhat apa yang berlaku.
"Err..sorry..saya tak sengaja."Yana serba-salah.Hisy..apasal la aku ni gelabah tak tentu pasal..malang betul la hari ni..
"Tadi saya nampak dia berangan je miss..bukannya nak lap betul-betul, "adu Jesnita.Senyuman sinis dihalakan pada Yana.Ahh..semestinya dia gembira kerana berjaya mencari point untuk mengenakan aku..bisik hati Yana.
"Kenapa ni?"Dania pula tiba-tiba muncul.
"Miss Dania,Yana pecahkan kristal ni.Dia asyik berangan je dari tadi.Kalau tak silap saya kristal ni mahal kan?"adu Jesnita lagi.Memang sudah terang lagi nyata,dia memang jenis kaki ampu.First day lagi dah tunjuk belang..tak pandai cover langsung!
"Nita..cuba jangan buat tuduhan melulu.Mana awak tahu dia berangan..kalau macam tu awak pun sama la..sebab dari tadi saya tengok awak tak buat kerja,asyik perhatikan orang je,"pintas Syafika.
Jesnita terdiam lalu mencebik bibir.Yana pula menjadi serba salah.Syafika cuba membelanya.Tapi memang betul dia yang bersalah.Kemunculan lelaki itu membuatkan dia terkejut.
Dania memerhatikan Syafika yang cuba membela gadis itu.Dia menggelengkan kepala.Tak berubah-ubah lagi perempuan ni."Hemm..saya tak nak menyebelahi siapa-siapa pun.Tapi mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Encik Faris,barang yang rosak atau hilang disebabkan kecuaian,staff yang akan bertanggungjawab.Yana,awak mengaku ini kesalahan awak?"
Yana terdiam sebelum mengangguk.Tiada sebarang alasan dapat diberi.Memang itu kesalahannya.
"Kenapa berkumpul ramai-ramai ni?"Muncul pula Faris Ifwat secara tiba-tiba.Yana makin pening.Hisy..menyibuk betulla.
"Awak pecahkan kristal ni?"soal Faris Ifwat sambil memandang Yana.Yana mengangguk selamba.Entah kenapa tiba-tiba dia tidak berasa takut langsung dengan lelaki itu.Mungkin rasa meluat telah menutup perasaan hormatnya kepada lelaki itu.
"Pihak syarikat akan potong gaji awak untuk bulan ni mengikut harga kristal tu,"ucap Dania akhirnya.Sebagai supervisor di Foto Siber,memang haknya untuk membuat keputusan berkaitan dengan pekerja-pekerja di situ.
"Emm..saya rasa kita maafkan dia.Lagipun dia tak sengaja pecahkan benda ni.I'ts just a small matter.."
Kata-kata Faris Ifwat membuatkan semua pekerja terkejut.Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
"Small matter?Tapi.."pintas Dania.Kata-kata Faris Ifwat tadi telah merendahkan kredibilitinya sebagai supervisor di Foto Siber.
"Hari ni first day Ariyana kat sini.Mungkin dia tak biasa lagi dengan keadaan kat sini."
Yana serba-salah.Dipandangnya teman-teman sekerja yang memandang sinis kepadanya.Hisy..tak suka la.
"Saya mengaku bersalah.Encik potong jela gaji saya bulan ni."Akhirnya dia bersuara.Malas mahu menyerabutkan fikirannya lagi.Hari pertama dah macam-macam yang berlaku.Menyesal tak dengar cakap mama.
"Awak nak bayar?"soal Faris Ifwat.
Yana mengangguk.
"Hmm..fine.Dah,semua boleh bersurai.Kes dah settle."Faris Ifwat senyum kecil sebelum berlalu pergi.
"Huh..first day dah buat hal!"Jesnita menjeling.
Yana buat tidak peduli.Arghhhh!!
***********************
"Kenapa you buat macam tu tadi?You tau tak yang you dah malukan I?"
Faris tidak menjawab.Pandangannya masih dihalakan ke skrin laptopnya.
"Sayang,dengar tak ni?"rengek Dania.
"I bukan buat apa-apa pun,just bagi pendapat je.Ni kan first day budak tu kerja kat sini.Kalau hukum berat-berat sangat,menangis pulak dia nanti."
"Huh!Alasan..bukan I tak tau perangai playboy you tu.Tapi tengok tempat la.You tak nampak ke staff lain berbisik-bisik tadi.Selama ni,kalau you nak menggatal pun,takde la sampai macam ni.Kalau pasal harta syarikat memang you kedekut.Tapi kenapa tadi you baik hati sangat kat budak tu.Tindakan you tu boleh buat dia naik lemak tau.I tak faham la,cantik sangat ke budak Yana tu sampai you pandang tak berkelip-kelip?Buat malu je.. "bebel Dania.Hilang segala karisma yang ditunjukkan di hadapan staff selama ini.
"Hey,you boleh diam tak?Asyik membebel je dari tadi.Tak nampak ke I banyak kerja ni?"tengking Faris Ifwat.Tangannya dihentak ke atas meja.Pantang betul dia kalau perempuan pandai-pandai mengarahnya.
Dania terdiam.Air matanya mula bergenang.Faris Ifwat mendengus kuat."Dah..I ada banyak kerja ni.Please leave me alone."
Dania mengesat air mata yang sudah mengalir.Dia bangun lalu menuju ke arah lelaki itu."Sayang,I'm sorry.."ujarnya sambil memegang tangan lelaki itu.Faris Ifwat memberi isyarat menyuruhnya keluar."Sayang.."Dania masih berdegil.Lelaki itu buat tidak peduli.Dania mencebik,dia tahu lelaki itu tidak mahu diganggu.Perlahan-lahan dia bangun.
Tiba di muka pintu,Faris Ifwat memanggilnya."Dania,dont worry about that.Ariyana tu budak-budak lagi.."
Kata-kata itu membuat Dania tersenyum lebar.
****************************************
Sejak kejadian tadi,Yana semakin berhati-hati dalam tindak tanduknya.Tambahan pula setelah mendengar pesanan Amy,salah seorang staff di Foto Siber.
"Kau baru first day kat sini.Jangan harap yang indah-indah je.Banyak yang kau tak tahu.Yang nampak baik tak semestinya baik.Yang nampak buruk pulak tak semestinya buruk.Nanti kau dah kerja lama kau tahu la."
Puas Yana berfikir namun dia masih tidak memahami maksud Amy.Ah..biarlah..lagipun bukannya aku nak kerja lama kat sini.Dapat tawaran masuk U atau matriks nanti aku blah la.Yana tidak sabar untuk memberitahu Dewi tentang apa yang berlaku dan dengan siapa dia berjumpa hari ini.Hari pertamanya dirasakan begitu lambat berlalu.Hari yang senang kerana dia masih belum tahu membuat apa-apa di sini.Jadi dia hanya menjadi penyambut tetamu.Tersenyum bila customer datang.Selainnya dia hanya memerhatikan rakan-rakan sekerjanya bertugas seperti orang bodoh.Syafika juga telah memberinya satu buku panduan tentang segala peraturan di Foto Siber dan maklumat am tentang tugas-tugasnya di sini.Wah,boleh tahan juga susahnya.Ingatkan senang je kerja kat Foto Siber.
Tentu ini semua juga idea-idea dari Faris Ifwat.Huh..cerewet betul lelaki itu.Banyak betul peraturan.Macammana la diorang semua boleh tahan kerja kat sini..bisik hati Yana.Dia memandang ke arah studio yang pintunya tertutup.Sejak dari pagi tadi lelaki itu tidak keluar-keluar.Terperap di dalam studio itu.Entah apa tugasnya di sini..Yana sendiri tidak tahu.Kenapa hanya dia seorang pekerja lelaki di Foto Siber?Opss..bukan sorang..Encik Faris Ifwat juga..
**************************
"Hah?Macammana first day kau?Best tak?"soal Dewi.
Yana yang baru saja menukar skirtnya kepada seluar jeans mencebik bibir."Best?Yeah..best sangat-sangat.Rasa macam nak lari je.Hah,kau macammana pulak?Best kerja dengan mamat handsome tu?"
Dewi ketawa."Bolehla.Best sikit dari apa yang aku bayangkan semalam.Encik Nabil tu takdelah garang sangat,cuma muka dia je serius sikit.Susah betul nak senyum.Tapi kalau dia selalu senyum,mesti lagi comel."
Comel?Yana turut sama tergelak.Tak sesuai betul menggunakan perkataan comel tu untuk lelaki seperti Nabil Ifwat.Huh..alangkah bagusnya jika dia tidak bekerja di Foto Siber..memandang muka kasanova Faris Ifwat,memang menyakitkan hati.Kerja pula banyak betul peraturannya.Kena sentiasa tersenyum,bermanis muka...arghh..Yana rimas!
Yana mengambil tisu lalu mengelap make up yang bertempek di mukanya.Terasa melekit dan merimaskan.Memandangkan sudah menjadi salah satu peraturan di Foto Siber,staffnya wajib memakai make up dan menjaga penampilan agar sentiasa nampak cantik sepanjang waktu kerja.Berlainan di department Thundermatch Siber dan Dimensi Siber,staffnya tidak diwajibkan memakai make up.Mereka hanya dikehendaki memakai kameja dan seluar slack.
Tiba-tiba Yana teringatkan sesuatu.Perlukah dia memberitahu Dewi tentang lelaki itu.Walaupun dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu tiba-tiba berada di Foto Siber.Mungkinkah lelaki itu bekerja sebagai jurukamera di Foto Siber memandangkan sejak pagi tadi dia hanya berkurung di dalam studio.Photographer?Arghh..rasa macam mustahil la pulak..
"Dewi..kau tau tak tadi aku jumpa siapa?"
"Dah kau tak bagitau,macammana pulak aku nak tau.?"Tanpa memandang,Dewi menyoal Yana semula.
Yana termenung seketika."Azree..dia ada kat sini."
"Laa..tu pun nak kecoh ke..Hah??Azree???Maksud kau Azree??"
"Aduh..tak payahlah jerit kuat-kuat.Kau nak satu wisma BS ni dengar ke?"
Dewi menekup mulutnya.Terlupa yang mereka berdua masih berada di toilet Wisma Beta Siber."Dia buat apa kat sini?"
Yana mengangkat bahu."Dia staff Foto Siber."
"Hah?Bila masa pulak lelaki boleh masuk Foto Siber?Bukan En Faris tu staff lelaki tunggal kat situ ke?"Bertubi-tubi soalan dari Dewi mengasak Yana.
"Hmm..tulah aku pelik tu.Aku pun tak tau apa kerja dia..dari pagi tadi asyik terperap dalam studio je.Dia buat syarikat ni macam bapak dia punya pulak."
"Habistu,kau tak tegur dia?"
"Tegur?Never..kau lupa ke?Dia musuh aku Dewi!"
Dewi terdiam.Pergaduhan di alam persekolahan,diteruskan hingga kini.Dia tahu,antara Yana dan lelaki itu tersimpan satu kenangan yang membuatkan mereka bergaduh dan bermasam muka sampai sekarang.
"Hisy..tambah lagi satu masalah.Arghhhh..susah jugak rupanya nak cari duit ni,"rungut Yana perlahan.
"Ha..baru kau tau..macam tu la susahnya ibu bapa kita cari duit..nak besar dan sekolahkan kita.Tapi bila dah besar,masing-masing tak kenang budi..menyusahkan mak bapak lagi ada la.Bapak hantar sekolah suruh jadi orang,dah besar jadi beruang."
"Uish..mulut.."
Dewi ketawa kecil."Dahla,jom balik."
Sebaik saja keluar dari tandas,dia bertemu lagi dengan Azree.Lelaki itu seperti biasa,menunjukkan muka tidak berperasaannya dan terus masuk ke tandas lelaki.
"Mak aihh..ko tengok tu..sombong gila..ingat bagus sangat la tu,"ejek Dewi dengan mimik muka meluatnya.
Yana hanya mendiamkan diri.Azree..kau memang tak pernah berubah!!
Dzikri dan Nashriq kini telah bertukar menjadi naga besar bersama yang mampu mengeluarkan bola-bola api.. (Dengar betul-betul ye.. bola-bola api.. bukan bola-bola cinta) Hidung mereka pula turut galak mengeluarkan asap tebal seolah-olah kebakaran hutan sedang berlaku.. (hehe.. mungkin juga bulu hidung mereka telah habis hangus akibat bara yang membakar dijiwa..)
Dzikri: Argh!! Sesuatu yang tak mampu diterima jiwa!! (Jerit Dzikri sambil menghentak sofa.. tak berani lagi hendak menghentak meja kerana tangannya asyik cedera kebelakangan ini akibat salah landing.. slalu terhentak di bucu meja.. sakit siot!)
Azim: Rilekslah. Apa yang kau marah sangat nih? (Bahu Dzikri ditepuknya perlahan.. membayangkan seolah-olah sedang memujuk bayi merajuk.. ya.. bayi.. bayi tua!!)
Dzikri: Relaks ko cakap?! Kau tau tak apa yang sedang kau perkatakan kepada aku sekarang? (Wah..!! Impressive.. Standard bahasa Dzirkri berubah ketika marah..) Bukan calang-calang benda yang masuk hospital kau tau.. Kereta aku.. Kereta kesayangan aku.. His.. Kalau aku dapat la siapa yang buat kerja terkutuk ni.. Memang teruk dia aku pimpin ke muka pengadilan
Haritz mengangguk-angguk sendirian. Tidak faham dengan penyakit bahasa yang dihidapi oleh si Dzikri. Bahasa dah betul salah pulak pilih kosakatanya… Konpius.. Konpius..
Haritz: Hehe.. berbudi bahasa tol ko ek Dzik.. ni apa kes pimpin-pimpin.. Orang tu bukan nenek kebayan sampai nak kena pimpin.. Bukan pimpin.. heret daa.. (senyum sinis kembali menguntum.. wah.. bibir ‘bunga’ yang sedang berbunga.. hehe.. memang indah.. harapnya.. dan juga berbau harum. Erk..? harum ke?)
Azim hanya geleng kepala.. (Bilalah nak lulus anak murid aku nih? Gagal tol..)
Dzikri: Ah.. tak kisah la.. heret ke pimpin ke.. janji dia akan aku bawa ke wajah pengadilan.. (Dzikri menjungkit kening sambil berwajah sinis terhadap Haritz yang membawa maksud – Apa kau orang ingat aku tak pandai berbahasa..?)
Azim tepuk dahi.
Azim: Adoi la Enchek Dzikri oi.. memang la dulu waktu di sekolah cikgu kita pernah mengajar subtopik perkataan seerti dalam subjek Bahasa Melayu… Tapi muka pengadilan mana sama dengan wajah pengadilan…!!
Dzikri : Mana boleh tak sama?! Wajah dengan muka kan sama? Korang jeles la tuh, saja tak mau approve kehebatan aku dalam berbahasa..
Azim kembali menggeleng kepala… (Sungguh aku tak percaya..!!)
Belum sempat Azim kembali membuka mulut untuk memberi kata balas, tiba-tiba Nashriq bangun sambil menghentak meja.
Dum!!!
Bunyi meja bergema di seluruh F4 Lounge dan diikuti oleh suatu bunyi lain…
Bukk!! Adoi.. Kambing gemuk!!
Jatuh rahang Haritz tatkala melihat Azim bongkang di atas lantai bersama latah yang tidak ada kena mengena dengan topic yang sedang hangat diperdebatkan sebentar tadi… Sungguh. Jemaah dewan rakyat tidak dapat memahaminya…
Azim: Ape ni wei? Sakit buntut aku dowh!(tarik muka sambil gosok punggung yang cedera. Habislah patah tongkeng aku wahahaha)
Nashriq: Mahap.. Mahap.. Sorry Zim, aku tak sengaja.. (ucap Nashriq sambil menyilangkan tangan sambil menarik telinga. Lidahnya pula dijelir pendek sebagai tanda meminta maaf cara orang zaman dolu-dolu..)
Azim mengeluh keras sambil menjeling manja sambil menyampaikan maksud – Ok Nash, you are forgiven… (Aduh!! Tatkala melihat wajah comel itu yang sedang menarik telinga sambil menjelir pendek.. segala kemarahannya cair ibarat api yang tertanam di dasar gula-gula Halls.. Kecil tapi mendinginkan.. hehe..)
Nashriq tersengih lalu membalas melalui isyarat telipati.. (Thanks Zim, luv you always.. erk.. not luv yang gitu-gitu tau.. kita orang implement platonic luv? Erk.. valid ke.. keh.. keh.. keh..)
Nashriq : Erm.. apa yang korang nak susah-susahkan diri nak heret la.. nak pimpin la.. Korang lupa ke? Mengikut subseksyen 36(18)(c3/4) enakmen undang-undang persendirian F4 ada menyatakan bahawa setiap pesalah undang-undang F4 bakal berdepan dengan suatu pernyataan mandatori? (Ucap Nashriq penuh gaya.. Terbayang bahawa dia sedang menyarung jubah hitam, berambut putih bulat-bulat dan bercermin mata old school.. Gaya, Mutu, Keunggulan bagi seorang peguam..)
F4 : (Eyh? Dia cakap fasal apa ni? Satu-satu rahang mereka jatuh ke bawah.. hingga menitis air liur mereka.. punyalah kagum dan tak faham apa yang disampaikan oleh si Loyar Nashriq)
Nashriq : Erk? Napa pandang aku macam tu? Tak faham ke?
F4 : (Pantas mengangguk seperti belatuk yang sedang mematuk kayu..)
Nashriq : Lah.. tu pun tak tau.. “Kalau main kasar gerenti menang buat apa ada pengadil” Remember ayat tu? Ring any bell?
Dzikri: Hah!! (Jarinya dipetik langsung bergema ditelinga F4) Betul cakap ko.. Kenapa aku boleh tak ingat akta kita tuh.. Hurm.. Waktu tu, orang yang cuba cari fasal dengan kita pasti menyesal.. Kita juga boleh gunakan kekerasan!! Kekerasan kau tahu?! (Gayanya seperti gelagat Afdlin Shauki dalam cerita Soalnya Hati semasa dia cuba berlagak untuk melindungi Erra Fazira ketika diserang di Kubur Cina..)
Nashriq: Masa tu dia akan tahu, langit tinggi ke rendah.(pakai sunglasses semula. Mengukir senyuman paling hensem... Apa lagi kalau bukan senyuman Colgatelah.
Bunga-bunga kebahagiaan yang terpancar diwajah F4 musnah tatkala mereka melihat Haritz mengangkat satu jari untuk bertanya.
Azim : Ko kenapa Ritz?
Haritz: Kejap la.. Korang ni senyum-senyum.. sengih-sengih.. Aku tak faham ni.. Apa maksud ayat tadi.. (Haritz mengangguk kepalanya laju.. )
F4: Adoi.. apa la kau ni? Maksudnya kalau dia boleh main kasar, biar kita jadi pengadil!(tunjuk thumbs up dengan muka confidentnya)
Haritz : Tapi masalahnya, dia tu siapa? (Haritz menggaru kepalanya yang gatal berketumbe)
F4 : (Erk.. betul juga.. hurm..)
Sementara itu, Intan Maisara melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka yang sangat bahagia dan bercahaya.. (Senyum seindah suria yang membawa cahaya.. Senyumlah dari hati duniamu berseri.. eceh.. lagu senyum mula berkumandang di jiwa) Riak bangganya tidak lagi dapat dinafikan. Puas hatinya kerana dapat mengenakan F4 sebentar tadi. Teringat gelagat Dzikri yang terloncat-loncat macam kera apabila kakinya sakit menendang pokok akibat geram yang melampau.. (Keh.. keh.. keh.. Senyuman jahat pula tersiat dibibirnya..)
Hati Intan pula bagai digeletek apabila mengingatkan wajah cemberut Nashriq apabila melihat body kekasih hatinya tidak lagi se’cun’ biasa. Hormon ketawa Intan kini melepasi paras bahaya lalu satu siri ketawa yang panjang meletus dengan hebatnya.. Kah.. Kah.. Kah.. Kah.. (36 pasang mata pantas tertancap ke wajahnya..)
Fuh!! Intan meniup urat-urat rambut yang jatuh ke dahinya (cover malu beb!! Lately keayuannya semakin menghilang.. huh!!) Dengan raut wajah yang tidak bersalah, Intan melangkah menuju ke tempat duduknya sambil memintal-mintal hujung dandan lipan rambutnya.
Intan telah selamat mendarat di kerusi miliknya. Pantas dibuka beg galasnya lalu dikeluarkan sebuah buku Kimia. Intan perasaan ada satu penanda yang terdapat di celahan muka surat buku tersebut. Secepat kilat Intan membuka bahagian yang telah ditanda – Nota Maut F4.
Demi melihat nota maut yang tertera perkataan F4, tawa Intan meledak semula. Genjatan ketawa yang dilakukannya tadi kembali bergolak semula. Intan ketawa semahu-mahunya. Adegan gelagat F4 tadi kembali terpapar diruangan mata. Intan ketawa, ketawa dan terus ketawa. Sakit perutnya dan meleleh air matanya. Namun itu semua tidak dihiraukannya. Apa yang penting, hatinya puas…
Ketawa Intan yang pada mulanya berdekah-dekah kini beransur berubah seperti mengilai. Meremang janggut dan bulu hidung warga kelas. Ada pula yang sudah mula gatal mata kerana menahan rasa seram yang mula menjelma.
Satu kelas kini sudah mula tertanya-tanya.. Apakah yang telah menyampuk Intan Maisara? Akibat tidak berani mengambil sebarang risiko maka satu-satu warga kelas 1 Apa pandang-pandang? terus meninggalkan kelas mereka. (Hmm.. nama yang unik bagi sebuah kelas – Tahun 1 Apa pandang-pandang? Nama kelas di Kolej Lavender memang sangat unik.. Nama lain bagi kelas yang terdapat di sana adalah Lu Mau Mati Ka?; Toin.. toin.. Kantoi; dan Kelas Sepuk kang..!!)
Pelajar 1: Dia ni ada tekanan perasaan ke?(mulut terjuih-juih. Nampak sangat mengumpat)
Pelajar 2: Entah? Tak pun mereng sebab dah penat perang dengan F4 (makin terjuih bibirnya apabila melalui Intan Maisara. Namun mulutnya ditutup dengan tangan, bimbang disumbat Apollo Rokka oleh Intan Maisara lagi.. hehe..)
Pelajar 1: Erm.. kalau bab tu baik kita jangan masuk campur.. Nanti tak fasal-fasal kita skali hancho.. (Pantas sahaja mereka meninggalkan Intan Maisara seorang diri..)
Sementara itu, keadaan di F4 Lounge menjadi sedikit saspen apabila Peon, informer setia mereka tiba-tiba sahaja melaporkan diri. Dzikri terkaget seketika.
F4: (Aik, bukan patutnya Peon ke yang gentar tapi kenapa pulak si Dzik ni pulak yang macam cicak tertelan kapur barus?)
Peon : Bos, sorry for reporting so suddenly without any prior notice (cewah.. Peon cuba untuk speaking.. nasib baik speaking.. silap-silap jadi skipping lak.. ahaks..)
Dzikri : Ehem..(Membetulkan tekak yang rasa tercekik.. Baru perasan yang dia tak sepatutnya jadi cicak depan Peon) Erm.. tak pe.. Hah, apa kes datang ni?
Peon : Intan dah gila.
Dzikri : Gila!! Gila ke Intan gila? Mana mungkin gila.. Gila.. Gila.. tak mungkin gila..
Berputar mata F4 mendengarkan perkhabaran indah yang baru mereka terima tetapi putaran mata mereka menjadi dua kali ganda apabila mendengar kata-kata si Dzikri.
Azim : Erm Dzik, ko tengah praktis tounge twister ke?
Haritz menggelengkan kepalanya tanda setuju.
Dzikri: Argh!! Aku tak percaya.. Dia tak boleh gila!! Dia belum terima lagi balasannya.. Maruah bontot aku nih masih belum terbala.. (marah Dzikri tanpa mengendahkan teguran dari Azim)
F4 menepuk dahi bersama-sama. (Memang cari fasal la budak sorang ni. Berani dia tegur si bapak naga nih.. isk.. isk.. isk..)
Tajam mata Dzikri mencerlun marah tepat ke wajah Peon. Automatik lutut Peon menggeletar sendiri. Pundi kencingnya pula tiba-tiba terasa penuh. Pantas Peon menunduk sedikit tanda hormat sebelum berlalu. Namun sebelum itu sempat dia menggedikkan jari kelingkingnya kepada F4 sebagai isyarat dia dah tak tahan nak terkencing.
Nashriq: Kau janganlah melenting. Kalau dia gila, lagi senang kerja kite. Tapi takkan kita ni kejam sangat sampai dah buat anak orang mereng?(Erm.. tapi lately bukan kita ke yang asyik jadi mangsa?! Garu-garu dagu. Gatal la janggut nak tumbuh. Esok lusa kena cukur balik.)
Haritz hanya mengangguk-It doesn’t make a sense. Huh!
Dzikri tidak berpuas hati. Hatinya terdetik sesuatu tatkala dia mendapat berita mengenai kegilaan Intan. Nak dikatakan senang tidak juga, nak dikatakan risau pula untuk apa? Entahlah… Dzikri sendiri tidak mengerti namun yang pasti kebenaran perlu dia terokai sendiri. Lantas, dengan secepat Keluang Man Dzikri berlalu menghilangkan diri.
F4: (Erk? Mana pula dia nak pergi?)
Azim dan Nashriq hanya angkat bahu dan membuka langkah untuk menuruti langkah Dzikri manakala Haritz pula seperti biasa, mengambil masa untuk membuka langkah slow motionnya.
Dengan langkah yang gelojoh Dzikri membawa haluan langkahnya menuju ke kelas 1 Apa pandang-pandang? Motifnya hanya satu – mengetahui hakikat sebenar kondisi Intan Maisara.
Intan: Eyh?(terkejut Intan mendegar suara yang menempik tiba-tiba dihadapan pintu kelasnya. Namun, tatkala terbias sahaja raut wajah Dzikri di kornea matanya, ledakan ketawa Intan kembali meletus. Kenangan yang cuba dilupakannya sedari tadi kembali menjengah..)
Dzikri bengang apabila melihat Intan yang begitu galak mentertawakan dirinya. Argh!!! Ini tak boleh jadi.. Lantas jari-jemari kasarnya mencubit pipi Intan sekuat hati..
F4: (Eyh? Betul ke ni?
Azim dan Nashriq terkebil-kebil sambil menggenyeh mata mereka beberapa kali. Haritz yang baru sampai pelik melihat aksi kedua sahabatnya.
Haritz : Erm, aku ada tertinggal something yang penting ke? (Dengan muka sengal-sengal bodoh Haritz bertanya)
Azim dan Nashriq menepuk dahi sahaja. Malas hendak melayan karenah Haritz slomo nih…
Intan: Argh! Sakitlah bodoh!(pantas tangan Dzikri yang masih mencubit pipinya ditepis)
Dzikri: Apa kau cakap? Ulang sekali lagi! (gelagat melawan Intan benar-benar mencabar hati lelakinya.. Lantas pipi mongel Intan dicubitnya lagi sekuat hati)
Intan: Eh, sakitlah bodoh! Aku cakap kau bodoh, bodoh., bodoh dan bodoh.. Apa pegang-pegang ni, haram la bukan muhrim!! (Intan terjerit-jerit sekuat hati demi melepaskan rasa geram yang mula membuku dijiwa
Dzikri tersentak. (Alamak!! Sarung tangan aku..) Mukanya dibiar pada raut wajah selamba tetapi tangannya perlahan diseluk ke dalam poket untuk mengambil sarung tangan plastik yang sering dibawanya (perisai untuk menepis Siti Hanim). Matanya tidak lepas merenung wajah Intan dihadapannya.
Intan : Apa pandang-pandang? Mata tak ada insuran ke atau dulu ko tak belajar agama? Pandangan kali pertama rezeki pandangan seterusnya dosa tau!! (jerkah Intan lagi.. Hakikatnya Intan sendiri segan apabila mata bundar Dzikri tidak lepas dari memandang wajahnya. Terasa hangat sebentar pipinya.. Tapi hangat bukan sebab malu tapi hangat sebab dipicit kuat oleh Dzikri tadi..)
F4 membulatkan mata. Tidak sangka si kenit Intan berani untuk menengking, membentak serta memberikan ceramah agama buat Dzikri. Dan, hampir terkoyak kelopak mata mereka apabila melihat gelagat Dzikri yang tersengih-sengih tanpa sebarang riak marah.
F4 : (Aik, apa dah jadi ni? Dzik dah angau ke? Sekarang siapa yang gila? Intan atau Dizk?
Intan: Eii.. ko ni tak faham bahasa ke? Jangan pandanglah!! Patutnya aku baling batu kat muka kau macam aku baling kat kereta kesayangan korang tadi (Alamak.. Intan menggigit bibir.. Terlepas kata sudah..)
"Mama sudah buat keputusan nak ke Malaysia."Puan Chae Rin bersuara setelah keluarganya semua berkumpul untuk bersarapan pada pagi yang indah itu. "It's great!mama and papa pergi ke Malaysia, I'll look after our company"selamba Dennis bersuara tanpa melihat kearah ibu dan ayahnya.Mendengar apa yang diperkatakan Dennis membuatkan Puan Chae Rin melihat tajam kearah anak tunggalnya itu. "Kita sekeluarga akan pergi ke Malaysia." tegas suara Encik Amir turut juga mencerunkan anak mata kearah anak lelakinya. "Argh..it's not right papa, I don't want to go."Dennis mula membalas pandangan kedua-dua ibu dan bapanya.Wajahnya tiba-tiba sahaja berubah apabila menyedari rancangan untuk ke Malaysia melibatkan dirinya juga.Puan Chae Rin mengerutkan air wajahnya apabila melihat Dennis yang membantah akan keputusan ke Malaysia. "No. It's final, whatever we said, you must obey it" tegas Puan Chae Rin tiada kompromi. Dia juga turut mengangkatkan jari telunjuknya kepada Dennis menunjukkan dirinya tegas dengan apa yang diperkatakan dan Dennis tidak boleh membantah apa-apa percakapannya.Dennis diam tidak berkata apa-apa.Walaupun hatinya memberontak dirinya hanya pendamkan sahaja.Dia tahu ibunya itu tidak akan membenarkan dia untuk membuat keputusan sendiri melainkan dia sudah sah berumah tangga atau lebih tepat dia sudah sah menjadi suami kepada seseorang wanita. Oleh kerana itu juga dia berasa sangat tertekan, kerana di usia yang muda sepertinya tidak mungkin dia akan berumah tangga dan pada usia sebegini juga semestinya dia tidak mahu ibunya masih mengawalnya seperti kanak-kanak kecil yang tidak tahu menguruskan hal peribadinya sendiri. "Rin, bagus idea you ni, I pun ingat nak pergi bercuti dalam masa terdekat ni.Tak sangka pulak you cadangkan nak ke Malaysia."senyum Encik Amir melihat kearah isterinya itu. Sememangnya sudah lama dia tidak ke Malaysia,dan dia juga sangat merindui keluarga adiknya lelakinya itu,Rahim. Puan Chae Rin turut membalas dengan senyuman manis dibibirnya. "Tak sangka Dynaz sudah bertunang kan, Rin rasa tak berapa nak seronoklah. Kenapa mereka tidak inform kita awal-awal ye?"Puan Chae Rin bersuara seakan terasa hati dengan keluarga Rahim, adik kepada suaminya itu. "Mereka kan sudah kata yang mereka pun tak expect benda tu nak jadi, it suddenly happen, honey."Encik Amir bersuara menenangkan perasaan isterinya itu.Dia tahu benar isterinya itu amat menyukai Dynaz, malah isterinya itu pernah suarakan kepadanya untuk mengahwinkan Dynaz dengan anak lelaki mereka, Dennis.Memang dia sangat bersetuju dengan cadangan isterinya itu, kerana dia turut menyukai Dynaz dan dia sudahpun menganggap Dynaz seperti anak kandungnya juga.Oleh kerana itulah khabar yang diterima tentang pertunangan Dynaz amat mengecewakan dirinya.Lama juga dia memikirkan tentang itu dan akhirnya dia pasrah dengan keputusan yang dibuat oleh Dynaz yang khabarnya sangat mencintai pemuda yang kini sah menjadi tunangannya itu. Apa sahaja keputusan Dynaz yang dianggap seperti anak kesayangannya itu,akan diterima seikhlas hatinya. "Rin,itu semua kan keputusan Dynaz,kita patut setuju demi kebahagiaannya."Encik Amir bersuara perlahan memujuk isterinya itu. Dennis yang melihat cuma mendiamkan dirinya.Di dalam kotak fikirannya penuh dengan ingatan pada kenangan silamnya.Kenangan yang sememangnya mahu dihindarinya. "Dynaz."tiba-tiba sahaja mulutnya menyebut perlahan nama yang sangat membuatkan hatinya rawan menanggung rindu suatu ketika dahulu.
Perjalanan selama sembilan jam yang membawa pesawat penerbangan terkenal Korea ke Malaysia sememangnya cukup untuk meletihkan badan sesiapa sahaja yang menaikinya.Tetapi lain bagi keluarga Encik Amir,mereka suami isteri tidak henti-henti tersenyum riang apabila melihat pesawat yang mereka naiki semakin hampir mendarat di pengkalan penerbangan Malaysia. Melihatkan si kecil yang sudah letih dan berada kemas didalam pangkuan Puan Chae Rin membuatkan Encik Amir tersenyum manis. "Inilah puteraku,Dennis.Akan ku kenalkan kepada kau Rahim"Encik Amir mengusap-usap kepala anaknya yang sudahpun genap berumur 11 tahun itu.Dia sesungguhnya ingin sangat memperkenalkan anaknya itu kepada adiknya supaya dapat berkenalan dengan lebih rapat tetapi kerja-kerja di syarikatnya yang banyak membuatkan dia sering kali menunda tarikh untuk pulang ke Malaysia.Akhirnya pada hari ini dapat juga dia berpeluang untuk pulang ke Malaysia, dia juga tidak sabar untuk bertemu dangan si kecil yang bernama Dynaz, anak kepada adiknya itu dua tahun muda dari anak lelakinya.Dia tersenyum lagi apabila matanya bertembung dengan sepasang mata bundar isterinya itu.
"Mama, kita sudah sampai ke?"Dennis bersuara seakan merengek sambil mengosok-gosok biji matanya apabila semua imej yang dilihatnya seakan-akan kabur.Jelas kelihatan yang dia masih dalam keadaan mamai setelah terbangun dari tidur lenanya. "Kita hampir sampai ni,"lembut Puan Chae Rin bersuara sambil menbelai-belai kepala anaknya itu yang berada di ribanya. Dennis terkejut,cepat dia bangun dari ribaan ibunya.Sungguh tidak disangkanya bahawa sekarang dia tidak lagi berada di dalam pesawat, sebaliknya berada didalam sebuah kereta mewah.Dennis dan ibunya berada ditempat duduk belakang manakala hanya ayahnya sahaja berada dihadapan sambil memandu cermat kereta yang disewanya sebaik sahaja mereka turun dari pesawat dua jam yang lalu. Dennis bangun dengan serta merta melihat kearah luar cermin tingkap kereta.Dia tersenyum manis melihatkan panorama luar yang sangat asing bagi dirinya.Disetiap jalan penuh dengan pokok-pokok yang tumbuh kehijauan, daun-daun pokok yang ditiup angin seakan melambai-lambai menyambut kedatangan mereka sekeluarga, cuaca yang sungguh berbeza dari negara asalnya membuatkan dirinya sungguh teruja.Tidak terlepas langsung pandangannya melihat setiap pemandangan yang terbentang luas dihadapan matanya itu.Berbeza!sungguh berbeza daripada kota metropolitan tempat kediamannya.Dennis tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu. Puan Chae Rin yang melihat gelagat anaknya itu tersenyum manis.Jarang dia dapat melihat Dennis tersenyum girang seperti itu.Anaknya itu selalu menyendiri dan tidak mempunyai seorang kawan pun, dan mungkin kerana itu membuatkan anaknya itu seorang anak yang agak pendiam.
"Yes, here we are, home sweet home." riang suara Encik Amir apabila dia membelok kereta mewahnya memasuki perkarangan rumah Pak Rahim.Kedudukan rumah itu tidak berubah dari waktu terakhir dia dan isterinya datang berkunjung, cuma sekarang ini rumah itu telah berubah menjadi sedikit besar dan warnanya turut berubah kepada warna yang kelihatan lebih menceriakan daripada sebelum ini. Ah..sungguh dia merindui kampung ini.
"Mak,ada orang datang."ceria wajah Dynaz yang comel berambut pendek dengan hanya berpakaian baju T-shirt labuh pada paras lututnya.Terkebil-kebil wajahnya melihat kepada tetamu-tetamu yang tidak dikenalinya, tetapi cepat dia menuruni anak tangga dan berlari pantas kearah tetamunya yang sudah pun keluar dari perut kereta mewah tersebut.Mereka memberikan senyuman manis buatnya. "Pakcik, Makcik, maaflah..abah takde,dia pergi ke kebun" manis dan ramah Dynaz bersuara, sambil melihat tepat kearah Dennis yang juga melihat kearahnya.Cepat Dennis menarik pandangannya daripada terus memandang kearah Dynaz ketika mata mereka berdua bertembung.Dynaz memalingkan wajahnya kepada pasangan suami isteri dihadapannya dan menghadiahkan senyuman manisnya, dan turut dibalas mesra oleh pasangan tersebut. "Hah, Si Comel ini mesti Dynaz kan?"soal Puan Chae Rin sambil mendekati Dynaz yang mengangguk mesra.Sememangnya Dynaz cepat mesra dengan sesiapa sahaja, malah orang yang tidak dikenalinya juga turut ditegurnya ketika dia berjalan-jalan diluar rumah.
"Naz,siapa yang datang tu?"terdengar suara Mak Ana sayup-sayup dari dalam rumahnya.Puan Chae Rin segera mengalihkan pandangannya kepada pintu rumah keluarga tersebut, diharapkan sangat Mak Ana muncul kerana dia sangat merindui wanita tersebut.Banyak yang dia ingin ceritakan dengan birasnya itu yang dianggap seperti adiknya sendiri. "Ya Allah, kamu datang!"Mak Ana seperti tidak percaya akan matanya apabila melihat keluarga yang sangat dirinduinya itu berada di halaman rumahnya.Hampir tersungkur dia apabila menuruni anak tangga untuk bertemu bersama mereka, selamatlah Encik Amir cepat menyambutnya.Akhirnya mereka semua ketawa riang bersama-sama. Dennis masih tidak berganjak,dia masih berada dipintu kereta.Matanya liar melihat keadaan sekeliling yang sangat cantik dengan tumbuhan yang ditanam kemas dan dijaga rapi. Walaupun dia masih kecil,jelas kelihatan kekacakkan wajahnya.Pakaiannya yang kemas dan semestinya berjenama mahal menambahkan lagi kesempurnaan pada penampilan dirinya.Dynaz merapati Dennis apabila melihat ibunya asyik bersembang girang bersama tetamu yang datang berkunjung kerumahnya. "Hai, awak siapa? Nama saya Dynaz."mesra Dynaz bersuara sambil menghulurkan tangannya tepat kearah Dennis. "Dennis." sepatah Dennis bersuara dan seraya menyambut tangan Dynaz tanda perkenalan.Dia menghadiahkan segaris senyuman.Inilah kali pertama dia bercakap mesra bersama seorang perempuan, mugkin kerana dia senang dengan kelakuan Dynaz.Budak perempuan dihadapannya ini nampak mesra dan berlainan daripada budak-budak perempuan yang lain.Sekali imbas dia tidak ubah seperti seorang budak lelaki yang sangat comel. "Oh,Dennis..sudikah awak jadi kawan saya?"manis sekali senyuman Dynaz berikan kepada Dennis.Dennis tersenyum dan mengangguk perlahan, dia juga tidak lepas memberikan senyuman manis kepada Dynaz.
"Ahh..Dennis I love u.."Soon Ae bersuara seakan mendesah didalam rangkulan Dennis yang tidak henti mencumbu setiap ruang wajahnya dengan ghairahnya sekali.Setiap kawasan badannya yang terdedah dicumbui Dennis sambil tangannya meliar disetiap pelosok susuk tubuh seksi wanitanya.Bergetar tubuh badan Soon Ae apabila Dennis mula mengalihkan ciuman intimnya disekitar lehernya.Pantas jari-jemarinya yang mulus membuka helaian baju Dennis satu persatu.Dennis tersenyum manis menampakkan ciri-ciri lelaki maskulin yang sungguh menggoda hati setiap wanita, matanya melihat redup ke anak mata Soon Ae yang sudah ditenggelami nafsu yang berahi.Pantas Soon Ae memagut ghairah bibir menggoda kepunyaan Dennis dan mereka tenggelam di dalam fantasi cinta yang penuh berahi dicipta oleh mereka sendiri.
"I love u honey," Soon Ae bersuara seakan berbisik dicuping telinga Dennis setelah bahtera yang mereka layari sudahpun berlabuh ditepian pantai.Dennis tersenyum manis sambil mengusap-usap wajah cantik kepunyaan Soon Ae yang sememangnya terkenal dikalangan pelajar-pelajar di kolejnya. "Same with me." Dennis mencium lembut dahi kepunyaan Soon Ae,wanita yang dianggap koleksi yang sangat sempurna baginya.Mereka berpelukan mesra diatas katil yang besar dan luas serta serba indah itu. "You know, I'll miss u when u tak ada nanti." Soon Ae meluahkan perasaannya kepada Dennis.Dia cuba untuk bertutur menggunakan bahasa melayu kerana dia tahu bahawa keluarga Dennis yang terkenal di Korea itu sangat mementingkan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa melayu.Dia juga nekad dan tidak akan peduli untuk menukar agama yang dianutinya sekarang sekiranya dia berpeluang untuk berkahwin dengan Dennis kelak. "I just go for couple of the day, honey" lembut Dennis bersuara walaupun matanya kini sudahpun terpejam rapat.Haruman lavender yang menguasai bilik itu amat menenangkan hatinya. "Dennis, I want to marry u" tiba-tiba Soon Ae yang berada kemas didalam pelukan Dennis bersuara seakan berharap.Mendengar kenyataan itu Dennis terkejut tetapi dikawal tubuhnya supaya tidak terlalu ketara.Dirinya mencelikkan kedua-dua matanya, dan seraya memalingkan wajahnya menghadap tepat ke wajah Soon Ae.Segaris senyuman dipamerkan dibibir sensualnya.The killer Smiling! "Honey, like I said before, we're not ended our relationship with married" Dennis bersuara lembut memandang ke wajah bersih Soon Ae.Sememangnya dia sudah menerangkan awal-awal lagi tentang itu sebelum perhubungan mereka menjadi sejauh ini. Malah, ketika dipujuk rayu oleh teman-teman wanitanya yang lain, Dennis turut menerangkan bahawa perhubungan mereka tidak akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan dan kesemuanya mereka bersetuju dengannya. Sememangnya hakikat, bukan Dennis yang meminta untuk bermesra tetapi gadis-gadis itu yang sanggup dan merayu untuk bermesra dengannya. "I knew it, but I can't help myself from loving u, and I really want to be your wife" Soon Ae bersuara meluahkan perasaan tulus didalam hatinya.Sesungguhnya dia sangat mencintai lelaki yang sempurna dihadapannya ini.Walaupun dia sedar dan tahu Dennis merupakan seorang ‘kasanova' besar, dia tetap juga mencintai jejaka tersebut dan sanggup untuk menjadi teman hidup Dennis.Malah dia yakin, bukan setakat dirinya seorang sahaja yang mendambakan lelaki itu tetapi semua wanita yang memandang Dennis pasti akan berasa lemah apabila melihat senyuman yang mekar diwajah maskulin Dennis. Tubuh badan Dennis yang sasa berserta ciri-ciri elegan yang selalu digayakan menambahkan lagi kelengkapan dirinya yang merupakan seorang lelaki yang sangat digilai dan didamba oleh setiap wanita.Ditambahkan lagi dengan faktor Dennis yang juga merupakan satu-satunya waris tunggal bagi syarikat terkenal King Capital One yang sangat terkenal diseluruh Asia, sesiapa sahaja yang menjadi teman hidupnya pasti akan hidup didalam kemewahan sehingga keakhir hayat tanpa mengeluarkan setitik peluh pun untuk melakukan pekerjaan bagi sesuap nasi. "Honey if we still talking about this, it will hurt u. I don't want to hurt your feeling and of course u also don't want me to hurt your feeling, right?" tenang dan lembut sahaja Dennis bersuara sambil mengusap penuh kasih sayang pipi gebu milik Soon Ae. Soon Ae terdiam dia tahu akan keputusan Dennis dan dia terpaksa akur dengan itu.Dia memeluk erat tubuh sasa itu untuk merasakan hangat kasih sayang Dennis selagi Dennis masih lagi menjadi miliknya.Dirinya tahu cinta Dennis bukan untuknya, selama ini dia cuma hanya berada didalam hati Dennis bukan didalam perasaan cinta Dennis.Walaupun begitu hatinya tetap buat Dennis dan dia tidak berdaya untuk menolak lelaki itu didalam hidupnya.Dennis membalas pelukan erat Soon Ae dan mengucup lembut ubun-ubun Soon Ae.
Suasana malam didalam president suite yang disewa Dennis khas untuk malamnya bersama Soon Ae sesungguhnya sangat nyaman dan dingin sekali.Katilnya yang besar dan dihias cantik dengan gebar baldu berwarna unggu muda membuatkan sesiapa sahaja yang berada diatasnya akan terlena dibuai mimpi-mimpi yang indah.Sebagai seorang lelaki yang berduit dan berkedudukan Dennis sememangnya selalu mendiami bilik-bilik mewah seperti ini.Malah itu sudah menjadi kebiasaan baginya. Di luar hujan lebat menyirami bumi menambahkan lagi kedinginan malam bagi sesiapa sahaja yang menetap di kota metropolitan itu. Berada di hadapan tingkap yang besar,langsir dibukanya luas bagi melihat panorama malam di luar sana. Dennis termenung jauh.Otak dan fikirannya kosong,hujan lebat diluar sana menutupi segala kecantikkan malam kota yang didiaminya sejak kecil lagi.Dennis menarik nafas dalam, keharuman bunga lavender segar yang menjadi aroma penyegar bilik itu meresap masuk kedalam rongga hidungnya, dia mula terasa tenang dan nyaman.Di atas katil kelihatan Soon Ae nyenyak dibuai mimpi, selimut yang tebal membaluti tubuh seksinya menambahkan lagi keselesaannya untuk terus tidur tanpa sebarang gangguan. Dennis melihat suasana yang penuh mewah didalam bilik tersebut, dengan perhiasan yang sangat cantik dan bercirikan inggeris klasik cukup menghidupkan suasana yang sangat romantik, sesuai buat pasangan yang baru berkahwin dan sedang hangat berbulan madu. "Kahwin, tidak lama lagi Dynaz akan berkahwin.Mungkinkah Dynaz akan menghabiskan bulan madunya didalam bilik seperti ini."jauh Dennis berfikir.Sesungguhnya dia tidak pernah memikirkan tentang gadis itu semenjak pulang dari Malaysia lapan tahun yang lalu.Tekad hatinya untuk melupakan gadis periang tersebut dan akhirnya dia sudahpun berjaya melakukan tersebut tetapi surat perkhabaran dari Malaysia yang diterima keluarganya baru-baru ini membawanya kembali mengimbas segala kenangan silam. "Hariz, kaukah tunang Dynaz?" Dennis mencerunkan anak matanya memandang pekat malam diluar tingkap.
Keasyikan perbualan diantara Dennis dan Dynaz pada malam itu terganggu sekali lagi apabila bunyi bising ditingkap bilik Dynaz makin menjadi-jadi.Dennis memandang lama tingkap yang diperbuat oleh papan itu.Sebelum ini bunyi seakan ketukan yang terdengar di tingkap tersebut tidak diendahkan Dynaz yang sibuk bercerita padanya.Tetapi apabila ketukan itu berbunyi berkali-kali membuatkan Dynaz menghentikan perbualan rancaknya. "Abang Dennis, bunyi apa tu? Malam-malam macam ni."Dynaz bersuara sambil mengerutkan dahinya.Setelah mengetahui perbezaan umurnya dengan Dennis dia mula memanggil dengan panggilan yang lebih sopan kepada Dennis.Malah Dennis juga tidak ubah seperti abang Hariznya seorang yang baik, bijak dan berkarisma tinggi.Cuma perbezaan antara mereka ialah Dennis lebih suka menyendiri dan seorang yang pendiam.Selalunya Dynazlah orang yang pertama akan memulakan perbualan untuk menjalinkan perhubungan baik dengan sepupunya itu. "Biar abang pergi lihat, Dynaz duduk dekat sini ye.."Dennis bersuara sambil menghadiahkan senyuman manis kearah Dynaz.Pada mulanya memang agak kekok untuk membahasakan dirinya sebagai ‘abang' tetapi setelah sering digelar dengan panggilan itu dia sudah membiasakan diri.Lagipun dia sangat menyenangi sikap sepupunya itu.
"Hey, agak-agak la wei."marah Halimah apabila melihat Yusri yang tidak henti-henti membaling batu-batu kecil kearah tingkap bilik Dynaz. "Baling sekali dia buat tak tahu je.."Yusri bersuara membela diri sambil terbongkok-bongkok mencari batu-batu kecil untuk dibalingnya lagi.Hariz yang berada berhampiran mereka hanya diam, matanya tidak lepas memandang kearah kereta mewah yang terpakir megah di laman rumah Dynaz. Dua hari lepas, kecoh satu kampung apabila sebuah kereta mewah memasuki kampung.Apabila ditanya barulah tahu bahawa keluarga yang datang merupakan abang kepada Pak Rahim yang menetap di Korea.Sejak itu Dynaz tidak lagi menghabiskan masa bersama Hariz, Yusri dan Halimah malah Dynaz juga sudah mula pulang dari sekolah tanpa membonceng basikal Hariz seperti selalunya.Sememangnya Hariz ada mendengar bahawa keluarga tersebut mempunyai seorang anak lelaki yang seumur dengannya tetapi sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan lelaki tersebut.
Tiba-tiba tingkap bilik Dynaz yang tertutup rapat dibuka cermat.Bunyi yang terhasil dari bukaan tingkap itu membuatkan Yusri menghentikan balingannya.Hariz, Halimah dan Yusri tersentak seketika apabila melihat kelibat yang membuka tingkap bilik tersebut. "Wow, siapa mamat hensem tu?"Halimah ternganga apabila menglihat Dennis membuka tingkap.Dennis pula masih dengan raut wajah penuh dengan kehairanan tetapi masih boleh menghadiahkan segaris senyuman buat tetamunya pada malam itu. "Hey, kau buat apa dalam bilik Dynaz, hah?"Hariz tidak menunggu lagi terus sahaja dia bersuara apabila tidak diduganya seorang lelaki akan membuka tingkap tersebut.Seakan ada api cemburu didalam hatinya walaupun tidak disedarinya.Dennis mula tersenyum apabila mendengar nama Dynaz disebut Hariz.Didalam fikirannya mula mengatakan bahawa tiga orang asing diluar itu sudah tentu sahabatnya Dynaz.Dia berpaling ke dalam bilik dan menglihat kearah Dynaz yang masih berada di atas katil. "Dynaz, kawan Dynaz ada di luar." manis raut Dennis bersuara dan semula memalingkan wajahnya melihat kelibat kawan-kawanya Dynaz.Mendengar percakapan itu laju sahaja Dynaz mengerakkan tubuhnya kearah tingkap biliknya.Dia tersenyum riang apabila menglihat Hariz, Halimah dan Yusri yang berada diluar dan sedang memerhati kearahnya. "Abang, Limah, Yus.Hi…Kenapa ni?" riang sahaja Dynaz bersuara. "La..kan hari ni kita nak pergi tengok ‘malam gamelan' dekat dewan budaya" Yusri bersuara perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Dynaz,khuatir didengari ibu dan bapanya Dynaz.Ini kerana Pak Rahim dan Mak Ana sudahpun melarang anak perempuannya dari keluar rumah waktu malam selepasnya kejadian Dynaz yang hampir lemas di paya Tok Din ketika memancing di waktu malam. "Maaf aku terlupa la.. " Dynaz menepuk dahinya sekali dan mula memanjat tingkap biliknya itu.Dennis terkejut dengan spontan dia memegang erat pinggang Dynaz apabila menglihat Dynaz yang memanjat tingkap bilik tidurnya itu.Dia kaget kerana inilah kali pertama dia menglihat seorang perempuan yang menyerupai seorang lelaki dari gerak kelakuannya.Terkejut besar Hariz apabila melihat lengan Dennis yang memaut erat pinggang Dynaz,dia mula tidak keruan. "Dynaz terjun cepat, abang sambut dari bawah. " Hariz cepat bersuara dan melangkah menghampiri tingkap tersebut.Halimah tersenyum memandang kelakuan Hariz.Yusri yang tidak mengetahui apa-apa cuma terdiam tidak bersuara.Dynaz tersenyum riang dan mengangguk kecil. "Tak apa, Dynaz tak akan apa-apa"Dynaz bersuara kepada Dennis dengan senyuman yang manis dia terjun kelaman rumahnya melalui tingkap bilik yang terbuka luas.Hariz menyambut kemas Dynaz didalam pangkuannya.Dennis menarik nafas lega apabila melihat Dynaz selamat didalam pangkuan Hariz.Lama dia memerhati kearah Hariz, dirinya dapat merasakan pandangan yang kurang enak yang dilemparkan Hariz kearahnya. "Abang,terjunlah sekali.Kita pergi sama-sama."Dynaz mengajak Dennis suaranya perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Dennis. "Ya,marilah sekali." Halimah turut mengajak.Yusri hanya mengangguk walaupun tiada senyuman yang menghiasi bibirnya.Hariz diam dia melihat lama kearah Dennis yang turut memandang kearahnya.
"Assalammualaikum dan selamat datang kepada rakan-rakan sekalian yang sudi menjayakan ‘malam gamelan' di kampung kita ini.Sila beri tepukan gemuruh"suara Makcik Rita ibunya Fasha bergegar ceria menggunakan pembesar suara.Keadaan menjadi riuh rendah, bising dengan tepukan gemuruh yang diberikan para penonton yang hadir pada malam tersebut. Kelihatan Dynaz, Hariz, Halimah, Yusri dan Dennis juga turut memberikan tepukan gemuruh.Diwajah masing-masing terpamer riak wajah yang ceria dan riang.Keadaan dewan yang masih kecil dan kekurangan kelengkapan membuatkan semua yang hadir hanya duduk dilantai berlapikkan tikar yang disediakan pihak dewan.Kanak-kanak diberikan keutamaan dengan diberikan tempat duduk dihadapan manakala orang dewasa dibelakang.
"Harulah mat Korea tu."Yusri bersuara seakan berbisik kepada Halimah sambil memuncungkan mulutnya kearah Dennis.Halimah mencebikkan wajah. "Kau tu jealous, cakap ajelah."selamba sahaja Halimah membalas kenyataan Yusri. "Wei, aku bukan jealous.Aku cuma nak tergelak aje dengan kebendulan mamat tu"Yusri memegang perutnya untuk menahan tawanya yang hampir pecah.Cepat Halimah menyikunya. "Agak-agak la wei.Aku dan Hariz pun dah habis gelak yang kau tak habis-habis lagi apehal?"Halimah mengaku yang dia juga hampir pecah perut geli hati apabila mengingatkan kelakuan Dennis yang agak bendul ketika dirumah Dynaz tadi.
Dennis apabila diajak tadi terus sahaja mengangguk laju dan menutup kembali tingkap yang terbuka luas dia mengunci tingkap kemas membuatkan semua yang berada di halaman rumah Dynaz terdiam dan terpinga-pinga. "Eh,kawan kau tu tak nak ikut ke?"Yusri menyoal Dynaz kehairanan "Tadi dia mengangguk nak ikut kan?"Halimah pula bersuara menggaru kepala yang tidak gatal.Dynaz terdiam tidak berkata apa-apa,sebenarnya dia pun dalam keadaan binggung juga. "Jangan dia buat bendul pergi minta kebenaran ibu bapa sudah le.."Yusri bersuara berseloroh.Hariz diam memandang kearah Dynaz. Tiba-tiba pintu hadapan rumah Dynaz terbuka,bunyi yang terhasil daripada bukaan itu menarik perhatian Hariz,Dynaz,Yusri,dan Halimah.Bulat mata mereka semua, terkejut apabila menglihat kelibat ibu Dynaz tercegat dihadapan pintu sambil memandang tepat kearah mereka. "Alamak!Kantoi kita."Dynaz bersuara mengigit bibirnya.Dia risau akan kemarahan ibunya itu.Hariz mula mengatur langkah kehadapan untuk menerangkan segalanya kepada Mak Ana dengan harapan ibu Dynaz itu akan memahami mereka dan akhirnya bersetuju dengan membenarkan Dynaz keluar untuk menyambut ‘Malam Gamelan' di Dewan Budaya.Tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti apabila menglihat Dennis keluar dari pintu tersebut dengan senyuman yang riang. "Mak kami pergi dulu ye.."Dennis bersuara riang dan memakai kasutnya.Mak Ana membalas senyuman tersebut.Sememangnya sejak keluarga Amir bercuti di rumahnya,Dennis sudah mula memanggilnya dengan gelaran Mak manakala Dynaz juga turut memanggil Chae Rin dengan gelaran Mama.Ia seumpama ikatan pertalian keluarga yang rapat dan bahagia. "Dynaz,kamu nak pergi mak tak halang,tapi kenapa buat macam ni?"Mak Ana menyoal Dynaz, pertanyaannya tiada bernada marah cuma pertanyaan dari seorang ibu yang risaukan keselamatan anaknya. "Mak,tak perlulah risau ye, Dennis ada boleh jaga Dynaz."lembut Dennis bersuara sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Mak Ana.Dynaz hanya tertunduk tidak berkata apa-apa.Hariz memerhati tajam kearah Dennis,dia tidak tahu mengapa dirinya bersikap demikian yang pentingnya dia tidak senang dengan kehadiran Dennis.Yusri dan Halimah turut tidak berkata apa-apa. "Ye lah, pergi baik-baik ye.."Mak Ana bersuara setelah menarik nafas panjang.Dynaz meloncat riang hatinya sangat gembira setelah ibunya membenarkannya untuk pergi ke ‘Malam Gamelan'.Mak Ana turut tersenyum melihat karenah anaknya itu.Dia turut memberi senyuman manis kepada Hariz,Yusri,dan Halimah.
"Ok, Dynaz naik sama abang ye."Hariz bersuara sambil mengambil basikal yang diparkirnya di halaman rumah Dynaz.Yusri dan Halimah turut beredar mengambil basikal.Hari ini Halimah menumpang basikal Yusri kerana basikalnya dipinjam oleh abangnya untuk pergi kedusun malam ini mengutip buah durian yang gugur dari pohonnya.Pada mulanya, bising juga mulut si Yusri itu apabila mendengar Halimah akan memboncengnya tetapi setelah Halimah mula menarik wajahnya akhirnya Yusri tewas juga.Dynaz riang mengangguk dan berjalan mendekati basikal Hariz. "Eh,Dennis nak naik basikal siapa ye?basikal Dynaz rosak."tiba-tiba Dynaz bersuara menoleh pandangannya kepada Dennis yang masih tercegat tidak bergerak kemana-mana.Walaupun Dennis masih dengan senyumannya masih menampakkan kekeliruan diwajahnya. "Tumpanglah basikal siapapun dia nak tumpang, kalau takde sangat jalan kaki ajelah"Hariz bersuara tegang.Walaupun dia cuba untuk mengawal perasaan yang tidak dimengertinya itu tetapi percakapannya tetap tidak boleh dikawalnya.Dynaz mengerutkan dahinya memandang Hariz,tidak pernah Hariz melayan seseorang yang tidak dikenalinya seperti itu.Selalunya Hariz mudah mesra dan baik sewaktu berbicara. Mendengar percakapan Hariz membuatkan Dennis terkelu lidah senyuman manisnya mati di situ.Terasa dirinya tidak diterima di situ. "Sudah, Dynaz nak naik ke tak?"Hariz bersuara serius tiada senyuman dipamerkan.Dynaz menjadi serba salah, dia melihat kearah Dennis, matanya bertembung dengan anak mata hazel kepunyaan Dennis.Dirinya terdiam, di dalam hatinya dia sangat mengharapkan Dennis dapat mengikutnya.Yusri dan Halimah turut bersimpati dengan Dennis,mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolong kerana mereka juga tidak mempunyai tempat lebih untuk diboncengnya. "Sorry ye, kitaorang pun takleh nak tolong la."Yusri bersuara mengangkat bahunya.Halimah turut mengangguk perlahan. "Eh, takpelah saya boleh pergi lain kali aje."Dennis bersuara bagi menenangkan keadaan.Pantas Dynaz menggeleng laju. "Tak, tak boleh.Abang kena ikut juga,please Naz nak tunjuk macam-macam kat abang ni.."Dynaz bersuara seakan merayu.Dennis tersenyum terasa hatinya tenang mendengar suara itu.Lalu dia mengangguk perlahan sambil tersenyum.Hariz merenungnya tajam,ternyata dia sangat tidak menyenangi lelaki tersebut.Dia menyuruh Dynaz duduk di basikalnya,Dynaz yang serba salah duduk mengikut arahan Hariz sambil matanya tidak lepas memandang kepada Dennis. "Kitaorang bawa perlahan aje, kau ikutlah perlahan-lahan"Hariz bersuara tanpa menoleh ke wajah Dennis.Tiada kemesraan ditunjukkannya,terus sahaja dia mengayuh basikalnya. "Abang ikut ye.."Dynaz bersuara mengharap.Dennis senyum mengangguk dan berjalan perlahan-lahan mengikut arah yang dipandu Hariz dan Yusri.Mengingatkan pandangan tajam Hariz membuatkan dirinya menyedari bahawa lelaki itu tidak menyukai akan kehadirannya. Jauh di hadapan dia mendengar ketawa riang dari Dynaz yang bising menceritakan tentang perasaanya yang tidak sabar untuk menonton ‘Malam Gamelan' tersebut.Ketawa Dynaz disambut riang oleh Hariz,Yusri, dan Halimah.Jauh dibelakang Dennis juga turut tersenyum mendengar suara Dynaz yang kuat didalam kepekatan malam itu.Dia terus berjalan walaupun penat dirinya perlu juga untuk menguatkan semangatnya kerana dia tidak mahu mengecewakan perasaan Dynaz.Walaupun terasa seperti seorang bodoh dirinya tetap juga teruskan kerana sesungguhnya dirinya sanggup menjadi bodoh demi Dynaz.
"Honey, what wrong?"tiba-tiba sahaja suara lembut Soon Ae menyapa di telinga Dennis.Tersentak Dennis, tetapi cepat dia mengawal supaya tidak kelihatan kepada Soon Ae yang dia sedang leka mengimbau masa dahulunya. "Oh, nothing..just wanna rest my mind"Dennis menjawab sambil melemparkan senyumannya kepada Soon Ae.Senyumanya dibalas dengan sebuah senyuman manja di bibir Soon Ae.Cepat Soon Ae memeluk tubuh sasa itu sambil merehatkan kepalanya dibahu yang bidang itu.Dennis membalas pelukan itu erat.Dia mengucup lembut umbun-umbun wanita tersebut membuatkan Soon Ae betul-betul terasa sangat disayangi oleh lelaki idamannya itu.Dennis menutupkan kedua-dua matanya untuk merehatkan mindanya.Dia tidak boleh lama disitu kerana sebelum tepat jam menunjukkan ke angka dua belas dia harus pulang kerumahnya.Tidak ubah seperti ‘Mr.Cinderrella' yang dikawal ketat oleh keluarganya. Keharuman tubuh dan rambut Soon Ae betul-betul membuatkan dia leka dan damai didalam pelukan wanita tersebut.Dia sudah mempunyai segalanya yang diidamkan para lelaki didalam dunia ini, duit, harta, wanita, kerjaya,kedudukan semuanya sudah dimilikinya didalam genggamannya.Dia tidak perlukan apa-apa lagi di dalam hidupnya dan hanya perlu menikmati sahaja segala yang diperolehinya. Dynaz.Tiada apa-apa makna wanita kampung itu di dalam hidupnya, dirinya pasti hatinya dan fikirannya yang mengimbau masa dahulu sejak kebelakangan ini hanyalah cuma perasaan ingin tahunya sahaja bukan mempunyai apa-apa makna kasih sayang yang tersirat.Wanita itu sungguh mudah menyakitkan hatinya sedangkan wanita yang berada erat didalam pelukannya ini sangat mencintainya dan tidak pernah akan menyakitkan hatinya. "Seorang wanita yang menyakitkan hati cuma untuk lelaki yang menyakitkan hati"Dennis berkata-kata senyap didalam hatinya menujukan khas buat Dynaz dan Hariz.Dirinya tersenyum puas walaupun matanya masih lagi terpejam rapat merehatkan mindanya yang kusut kebelakangan ini memikirkan keluarganya yang bercadang bercuti ke Malaysia. Dia tidak perlu gusar, tidak perlu takut, dan tidak perlu berasa janggal untuk ke sana kerana ternyata dirinya sememangnya tidak akan mengendahkan lagi budak-budak kampung tersebut.Dia dahulu merupakan insan yang berbeza dengan dirinya sekarang.Bahkan dia juga amat membenci dirinya yang terdahulu.Perkenalannya dengan Henney mengajarnya erti kehidupan yang sebenar.Menikmati segala kemewahan yang terhidang dihadapan mata dan menjadi insan yang digilai ramai itulah dirinya sekarang.
"Bagi akak milo ais ye. Kurang manis sikit ye dik." Jawab Farisya lembut kepada pelayan itu. Dia langsung tidak menoleh kearah Haziq. "Ok dik. Bagi Milo ais satu orange jus satu. Erm.. kau nak makan apa-apa tak?" Haziq masih lagi dapat mengawal emosinya walaupun Farisya cuba buat endah tidak endah. Namun dia bersyukur kerana Farisya tidak cuba membuat dirinya seperti tunggul di hadapan pelayan itu. "Tak pe lah. Saya tak lapar." Jawab Farisya pendek. Pelayan itu seperti faham akan situasi yang di hadapi oleh Haziq dan Farisya cepat-cepat beredar.
Suasana sunyi seketika. Farisya sibuk meneliti keadaan sekeliling. Dia amat tertarik dengan suasana restoren itu. Cantik. Haziq masih mendiamkan diri. Dia begitu asyik melihat gelagat Farisya. Dia ingin mengetahui apa yang sedang difikirkannya.
'Apasal pulak mamat ni asyik tengok aku je ni. Heee… rimasnya aku' Farisya resah. Sejak dari tadi Haziq asyik merenungnya. Dia menoleh kearah Haziq dan mereka bertentangan mata. Ingin mencari kepastian apa tujuan Haziq mengajaknya keluar. Tapi dia kalah. Dia tidak mampu untuk melawan panahan mata Haziq yang begitu tajam.
'Aiksss..tadi nampak cam kuat je nak lawan mata dengan aku,,,cepatnya mengaku kalah' Dia menafsirkan Farisya seorang budak kampong yang kolot. Namun dia silap dan dia juga lupa yang Farisya adalah bakal graduan tidak lama lagi. Walaupun kelulusannya bukan dari luar negara, namun dia tetap bangga.
"Apa tujuan awak?" suara Farisya sedikit getar. Haziq membiarkan saja pertanyaan Farisya. Air di hadapannya di sedut perlahan. Masih senyap seperti tadi. Seperti sedang menyusun ayat lagaknya. Farisya semakin rimas dan Haziq sedar akan itu. Keresahan Farisya jelas terpancar di wajahnya walaupun sudah puas dia berselindung .
"Kenapa kau tak pernah tolak lamaran papa aku?" Farisya terkedu. Kenapa baru sekarang soalan itu diajukan kepadanya? Untuk apa? Semuanya sudah berlalu. Farisya tunduk. "Kenapa diam? Selalu aku tengok kalau dengan mama bukan main ramah lagi kau sembang. Kenapa dengan aku kau jadi bisu pulak?" sindir Haziq sengaja ingin menduga Farisya. Masih diam lagi. "Woit jawab la aku tanya. Ke kau memang dah syok gila dekat aku sampai sanggup terima lamaran papa aku," pantas Farisya mendongak. 'What..!syok gila dekat kau… malam sikit la ..' cuba di padam api kemarahannya.
Farisya mencari kekuatan. Apapun yang akan berlaku, cerita ketika bersama Aswad adalah sejarah buat dirinya. "Kenapa baru sekarang nak tahu?" soalnya lambat. "Suka hati aku la. Sekarang ni aku tanya, kau jawab je la." Marah Haziq. "Saya malas nak bantah cakap abah. Lagipun abah dah banyak berjasa untuk saya." Jawab Farisya. Tangannya memainkan hujung straw minuman. "Kau sanggup taruhkan masa depan kau semata-mata nak balas jasa pak ngah dekat kau. Mustahil budak u macam kau nak buat macam tu. Bukan pasal papa aku ada harta?" tambah Haziq lagi. 'Eh mamat ni pasal apa? Kau ingat dengan harta bapak kau tu boleh beli semua benda ke?' Geram Farisya dengan tuduhan Haziq.
"Kalau awak tak setuju dengan perkahwinan ni, kenapa awak tak cakap je dengan pak long," cabar Farisya. Sempat dia menjeling ke arah Haziq. "Aku dah cakap tapi papa tak dengar. Aku ingat nak suruh kau cakap." "What! Awak nak suruh saya cakap? Lepas tu nak bagi malu keluarga saya pulak. Saya tak sanggup," jelas Farisya. 'Banyak cantik ..muka cam tiang lampu..heeeee' Hatinya semakin sakit dengan telatah Haziq. Tak mungkin dia akan bahagia bersama Haziq andai Haziq masih berperangai seperti ini.
"Dah tu aku nak buat macam mana. Aku tak boleh nak bahagiakan kau. Lagipun aku tak cintakan kau." Terang Haziq dengan suara sedikit merayu. "Habis tu awak ingat saya cintakan awak. Saya terima awak pun sebab abah, tu saja," suara Farisya sudah sedikit tinggi tetapi masih dapat di kawal. 'Kalau kau tak hendak, aku lagi tak teringin' gumam Farisya. "Please Isya, aku merayu dekat kau. Tolong la aku." Rayu Haziq lagi. "Sorry, saya tak dapat nak tolong awak," tegas Farisya. Wajah Haziq mencuka.
"Baik, hari ni hari kau. Tapi jangan harap kau akan bahagia selagi kau hidup dengan aku. Aku akan pastikan kau menyesal satu hari nanti," bentak Haziq sambil bangun meninggalkan Farisya.
Dia kalah dalam kata-kata. Luka dihatinya dengan perbuatan Irma belum pulih, kini ditambah pula dengan sikap Farisya. Dia memang tertekan. Agak lama juga dia menunggu Farisya di dalam kereta. Setelah selesai membayar harga minuman tadi, dia terus menuju ke tempat letak kereta. Dia langsung tidak memaklumkan kepada Farisya. "Hiii.. mana minah ni.. takkan nak kena berjemput kot" Hatinya semakin panas.
Farisya cuba berlagak biasa. Dia masih lagi memikirkan kata-kata Haziq. Mungkinkah dirinya akan menyesal satu hari nanti. Dia sendiri pun tidak pasti. 'Ya allah, kau ampunkan lah dosa ku ya allah. Kuatkan lah imanku ya allah.' Ego Haziq begitu sukar untuk di runtuhkan. Tiba-tiba talifon bimbitnya berbunyi. Talifon pemberian Dato' Razlan menggantikan talifonnya yang hilang. Dia mengamati nombor tersebut. Bukan dari kalangan kenalannya. Dia menekan butang "yes" untuk menjawab.
"Hell…" belum pun sempat Farisya menghabiskan kata-kata suara pemanggil sudah pun terdengar di talian. " Woi cik kak. Kau nak aku jemput kau masuk dalam kereta ke? Ke kau nak balik jalan kaki.?" Haziq menghembur kemarahannya. Farisya semakin geram dengan layanan Haziq. Dia tahu kenapa Haziq begitu marah dengannya. " Tak payah. Saya boleh balik sendiri." Klik.. Pantas Farisya memutuskan talian. Haziq berang. Dia memandu keretanya dengan laju. Dia tidak menyangka Farisya begitu keras orangnya.
******
Haziq melangkah masuk ke rumahnya.Belum sempat dia menyambung langkahnya, terdengar Dato' Razlan memanggilnya. Dengan langkah longlai Haziq menuju ke arah papanya. " Mana Isya. Bukan ke kamu keluar berdua tadi." Dato' Razlan seperti sudah menduga sesuatu telah terjadi antara anak dan bakal menantunya. Haziq terkedu. " Errr..Dia ..aa…dia.." "Assalamualikum" Dua beranak itu menoleh. Haziq berasa lega apabila Farisya yang memberi salam. "Waalaikumsalam." Dato' Razlan tidak dapat meneka apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka. Tapi dia dapat mengagak ada sesuatu terjadi di antara mereka. " Farisya duduk sini sekejap. Papa nak cakap sikit." Farisya akur. Haziq bangun untuk memberi laluan kepada Farisya. "Kamu pun duduk Ziq. Papa nak cakap dengan kamu berdua." Haziq dan Farisya menoleh ke arah Dato' Razlan serentak. Datin Rosma datang dari arah dapur sambil membawa dulang berisi minuman. Dia tahu apa yang akan suaminya lakukan. Dia sendiri akan menjadi penyokong yang paling setia untuk suaminya.
" Papa nak kamu berdua faham. Apa yang papa lakukan ini semua adalah untuk kebaikan kamu." Haziq merenung ke arah papanya. Dia ingin membantah namun di tahan hasratnya itu. " Dengar dulu apa yang papa nak cakapkan ni. Papa bukan nak seksa anak-anak papa. Papa nak kamu bahagia itu saja. Papa buat ni semua ada sebab." Dato' Razlan lebih dulu dapat membaca riaksi Haziq. Namun Haziq tidak mahu mengalah.
"Papa yakin kami akan bahagia?" Haziq menduga percaturan papanya. Dia ingin sekali menyatakan yang apa yang di rancangkan oleh papanya tidak akan berhasil. Tidak mungkin dia akan hidup bahagia jika berkahwin dengan Farisya.
"Papa yakin suatu hari nanti kamu akan bahagia." Farisya hanya mampu berdiam diri. Biarlah mereka selesaikan kekusutan ini. Dia hanya menjadi mangsa keadaan sahaja. Namun untuk menghancurkan harapan kedua orang tuanya tidak sama sekali. Dia sanggup menelan segala kepahitan. Dia rela menanggungnya.
"Macam mana papa tahu kami akan bahagia. Kami yang akan melaluinya, bukan papa." Haziq masih lagi tidak mahu mengalah. "Kamu yakin kamu akan bahagia kalau kawin dengan Irma." Bidas Dato' Razlan. Faham benar dengan sikap Haziq. "Itu Ziq tak pasti. Tapi biarlah Ziq kawin dengan orang yang Ziq cinta pa." Haziq memohon pengertian papanya. Suasana sedikit tegang. Datin Rosma mencari jalan supaya dua beranak itu tidak berterusan bertelagah.
"Cinta? Kalau cinta takkan dia sanggup lari ikut lelaki lain. Papa dapat tahu dia dah pun berkahwin dengan lelaki tu. Itu yang kamu kata cinta?" Haziq seperti terpukul dengan kata-kata Dato' Razlan. Farisya tidak mahu campur. Dia lebih rela menjadi penonton yang setia.
"Ziq, mama yakin dengan keputusan papa. Cinta akan datang kalau Ziq sendiri yang memupuknya. Lagipun tak salah kalau bercinta lepas kahwin. Macam mama dengan papa juga," pujuk Datin Rosma sambil melirik ke arah Farisya. Di elus lembut tangan anak kesayangannya. Dia faham akan kehendak hati anaknya itu. "Tapi ma…," kata-kata Haziq terhenti melihat Datin Rosma mengeleng. Perangai Haziq tidak sama dengan kakak-kakaknya. Dia lebih suka dipujuk daripada memujuk. Anak bongsu lelaki seorang la katakan.
" Mama suka kalau Ziq kawin dengan Isya." Farisya tersentak apabila namanya di sebut. Dia menoleh ke arah Haziq. Mata mereka bersatu namun cepat-cepat Farisya beralih pandang. Dia tidak mahu menjadi mangsa mata Haziq lagi. ' Sepatutnya aku yang bersedih.. sebab aku ni mangsa keadaan.. bukan kau..'
*******
Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Kelihatan majlis begitu meriah sekali. Farisya telah sah menjadi isteri Haziq dengan hanya sekali lafaz. Semua hadirin yang hadir tidak putus-putus memuji pasangan pengantin. Bak kata pepatah bagai pinang di belah dua. Dato' Razlan dan Datin Rosma adalah orang yang paling gembira sekali. Farisya sibuk melayan para tetamu begitu juga dengan Haziq. Haziq memperkenalkan Farisya kepada teman-temannya. Farisya hanya menurut rentak Haziq. Dia tidak mahu mood Haziq berubah di hari yang berbahagia ini.
"Ermm kak long tengok korang ni bukan macam kahwin paksa pun.Dari tadi asyik berkepit je," Farisya tersentak dengan teguran kakak Haziq yang sulung. Yang lain turut sama memerhatikan gelagat mereka sambil tersenyum. Haziq langsung tidak mengendahkannya. Namun dia tetap setia duduk di sisi Farisya.
"Rasa macam nak kawin balik je kan bang, best je." Tambah Hasni lagi sambil mencuit suaminya. "Aiks.. dulu Has jugak yang nak buat majlis kecik-kecik je. Dah teringin la tu," sindir Azman kepada isterinya. "Dulu kita lain la bang. Kalau tak pasal kena pergi oversea, Has pun nak buat kenduri besar macam ni. Meriah sangat kan," "Tu la kak long. Teringat pulak masa kita kawin dulu." Hasrin menyampuk menyetujui kata-kata kak longnya. "Siap ada orang tu asyik kena perli je kan." Tambah Hasni lagi memandang ke arah Hidayat suami Hasrin. "Ha ah, naik lemas kami di buatnya. Kan bang." Tambah Hasrin sambil menyiku suaminya. Hidayat hanya tersengih. Pengalaman semasa majlis kenduri mereka tidak pernah di lupakan.
"Lepas ni giliran dia orang la pulak kan." Semua yang berada di ruang tamu itu memandang ke arah pasangan pengantin itu. Farisya tersipu malu. Haziq hanya tersenyum kelat.
"Sudah-sudah la kamu ni. Kesian mama tengok si Farisya. Dari tadi asyik kena buli je dengan kamu." "Bila lagi nak buli ma. Kami pun bukan selalu dapat jumpa. Lagipun masa ni la kami nak beramah mesra," jawab Hasni sambil memeluk bahu Farisya. Mereka semua setuju dengan pilihan Dato' Razlan. Memang dari dulu lagi kakak-kakak Haziq tidak penah berkenan dengan perangai Irma yang terlebih gedik tu. "Betul tu kak long, kalau nak tunggu si Haziq ni. Sampai cucu cicit ada baru dia nak bawak bini dia ke rumah kami." Sokong Hasrin kakak Haziq yang kedua.
"Kalau macam tu, korang je la yang balik ke sini." Cadang Datin Rosma. "Ok juga tu. Boleh kami ajak Isya pergi window shopping. Biar orang lelaki pulak duduk rumah jaga anak." tambah Hasmin sambil menjeling suaminya yang sedang memangku anak mereka. "Abang Zam ok je." Suami Hasmin memberi persetujuan sambil memandang ke arah Azman dan Hidayat, kedua-dua birasnya. "Tapi kan. Kak lang takut ada orang yang tak tahan nak berjauhan dengan isteri tercinta, Pengantin baru la katakan," semua ketawa mendengar kata-kata Hasmin. Suasana menjadi gamat. Habis merah wajah Farisya mendengar usikan iparnya.
"Ziq tak kisah la," bidas Haziq. Menyembunyikan segala kekusutan yang semakin tersimpul. "Ye la tu ok. Jangan nanti kamu pulak yang merengek," sindir Hasni lagi. Haziq Cuma mencebik kepada kak longnya. Sudah lama mereka tidak berkumpul beramai-ramai. "Hah Isya, lepas ni Isya kenalah jaga anak emas mama ni betul-betul. Dia ni pelik sikit." Ujar Hasni. Farisya tersenyum kelat. 'Jaga makan pakai sudah la, jaga bab lain sorry mem..i tak ready.' Bisik Farisya dalan hati.
Dato' Razlan dan Datin Rosma tersenyum. Di saat begini, mereka rasa cukup bahagia kerana telah selesai segala tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Kini sudah tiba masanya mereka berdua berehat.
Aku mulai menikmati pekerjaan, walau hanya sekedar membantu di kedai milik Paman Lutfi. Setiap pagi aku berjalan ke pusat kota. Jarak yang jauh tidak menjadi halangan, malahan dilakukan dengan suka cita. Selain harus berhemat, tubuh muda ini masih kelihatan sehat untuk aktifitas yang berat. Impian dan cita-cita mengalahkan rasa lelah yang mendera. Keinginan untuk memulai segalanya dengan perlahan tertanam didada.
Setelah sampai di kedai, aku langsung menuju dapur. Disana telah tersedia sarapan yang di buat oleh Bang Kadir! Orangnya masih muda, tapi sangat terampil dalam meracik setiap bahan makanan yang ada. Kopi hangat dan mie menjadi bekal awal yang cukup untuk menjalani setiap aktifitas. Kadang nasi goreng bisa menjadi selingan untuk menghindari rasa bosan. Kebersamaan diantara kami, telah membentuk sebuah ikatan kekeluargaan. Paman Lutfi ibarat seorang ayah yang membimbing setiap karyawannya, Bang Kadir adalah seorang kakak yang memberi panutan kepada adik-adiknya. Yasir, Sani, Bayu serta Dani, dapat menjadi teman dalam berbagi pekerjaan. Sungguh ini adalah lingkungan yang sangat menyenangkan untuk bekerja.
Aku senantiasa menjalani pekerjaan ini dengan suka cita, kunjungan seorang sahabat dapat memberikan dorongan. Yandi yang pada saat ini dalam masa liburan sekolah, selalu hadir mengisi waktunya di kedai Paman Lutfi. Kami bersama-sama bekerja dengan rajin, guna memberikan pelayanan yang memuaskan kepada setiap pengunjung, senyum selalu terpancar dari wajah, kata-kata sopan menjadi penghantar yang memberikan kenyamanan. Pepatah yang mengatakan bahwa pengunjung adalah raja, memang selalu diterapkan.
Saat ini awan hitam sedikit-demi sedikit mulai bergerak perlahan di atas kehidupanku, akan tetapi awan itu begitu besar, sehingga dia dapat menari kesana-kemari! Apabila gerakan yang muncul begitu indah, dia mendapat sambutan yang hangat, dilain waktu dia sangat kaku, hianaan dan penderitaan dialami, membuat rakyat jelatapun ikut ambil bagian.
Kini…! Biarkanlah hembusan angin untuk menuntunnya, aku tak akan mengiringinya, sehingga waktu dapat berbicara dan takdir akan menentukan selanjutnya, tanpa lupa untuk tetap berdoa.
***
Minggu pagi terasa cerah, langit biru menampakan keagungannya, kicauan burung saling bersahut-sahutan, mereka seolah ingin mendengarkan kepada dunia betapa indahnya suara mereka.
Hari ini aku tidak bekerja, karena sengaja tidak mengambil lembur. Ingin segera kuberbenah rumah, menjadi istana impian dalam hidup. Selama ini aku terlalu sibuk menata anganan, setelah nampak suatu bentuk, dengan perlahan baru dilakukan.
Bagian dalam rumah menjadi prioritas utama. Sebuah kasur tua dan bantal yang lusuh aku angkat keluar untuk di jemur, agar teman-teman pengganggu dalam tidur dapat segera lenyap, sering kali mereka meninggalkan tanda mata berupa bintik-bintik merah dibadan. Debu-debu yang melekat disetiap pojok rumah tak lepas dari usapan sapu ditangan. Perabotan yang ada tak luput jua oleh belaian kain basah, membuat mereka tampak lebih baik. Sesekali aku terbatuk, nafas ini sedikit tersendat, karena tak jarang debu itu singgah dihidung. Tetesan keringat mulai tampak dari pori-pori tubuh. Dengan seksama aku kumpulkan setiap kotoran yang ada diluar rumah. Kini dengan bebasnya sinar mentari memberikan kesejukan kembali di dalam rumah.
Kemudian aku beristirahat sejenak sambil melepas lelah. Senyum lebar mengumandang dari wajah, tapi pekerjaan ini belum selesai. Pekarang masih tampak lebat oleh ilalang yang sangat merusak pemandangan.
Tanpa terasa perutku sedikit terusik, akibat belum terisi oleh sesuatu yang menganjal dari pagi hari. Aku pun bergegas untuk membeli makanan, keringat didada diusap, baju segera dikenakan. Rumah itu dibiarkan begitu saja tanpa terkunci. Aku tidak takut untuk melakukannya. Masyarakat yang melewati rumah ini sangat jarang, apalagi hanya ada masyarakat sekitar yang sudah saling mengenal. Aku juga tidak memiliki barang berharga dirumah. Beberapa potong pakaian, perabotan rumah yang ada tak akan membuat masyarakat tertarik memilikinya, dan uang Rp 13,000 terselip dikantong celana. Surat–surat penting telah tersembunyi dengan aman.
Langkah kaki ini aku percepat apabila tidak melewati rumah penduduk dan orang yang memperhatikan. Aku berjalan perlahan setelah semua itu berlalu. Semua itu dilakukan agar segera sampai di warung makan, dan juga apabila ada orang yang melihat tidak merasa aneh. Mengapa ada orang yang berlari, sedangkan tidak ada yang dia kejar. Mungkinkah dia menghindar dari suatu dosa yang baru diperbuatnya? Alangkah baiknya suatu prasangka buruk yang akan terjadi untuk dihindari, demi hal baik yang akan menciptakan pesona.
Warung makan itu telah terlihat! Kemudian aku memasukinya, memesan makan yang pernah dimakan. Walaupun harganya mahal, tapi aku tak ada pilihan, warung makan yang ada didaerah tersebut hanya ada satu, makanan yang dipesan itu sudah yang paling murah. Setidaknya aku telah mempertimbangkan segala sesuatu itu dengan kemampuan serta keadaan yang ada. Jangan terlalu menuruti hawa nafsu, bila kelak akan menanggung resiko di kemudian hari.
Setelah Perut ini terisi, aku kembali pulang kerumah! Terlebih dahulu membeli sebungkus rokok, untuk menjadi teman yang menyenangkan dalam perjalanan. Di rumah pekerjan telah menanti, tenaga yang terkuras kini terobati. Perabotan yang ada di pekarang tak beranjak. Aku pun tersenyum kecil.
Benar perkiraanku, mana ada orang yang mau mengambil sesuatu dari orang yang tidak memiliki apa-apa seperti diriku ini! Bila itu terjadi, sungguh dia lebih miskin dariku. Ataukah mereka merasa iba atas nasibku? Mungkin juga niat itu tidak akan timbul, sebab mereka tidak mengetahui? Tapi yang jelas semua itu adalah takdirku hari ini, yang akan terus berjalan untuk menyambung takdir yang lain.
Aku kemudian meneruskan pekerjaan, membersihkan pekarangan rumah sebanyak yang dimampu. Menata kembali perabotan yang ada agar tampak lebih baik untuk ditempati.
"Camne?OK tak?" penuh semangat Puan Syarifah bertanya. "Ok je. Sihat je. Nape?Mama sakit perut lagi ke?" "Ish budak bertuah ni. Kesitu plak dia. Org tanya lain, lain yg djawabnya. Tu, si Fazreen tu. Macam mane. Ok ke?" Geram betul ngan budak sorang ni. Jawabnye xpernah nak betul. "Mana la orang nak tahu. Dia kat umah dia. Orang kat sini. Mama tepon la tanya." DZ saja buat2 xpaham. Test mama. "Eeee…budak ni. Boleh darah tinggi mama macam ni tau. Dah la. Mama nak tido. Esok mama nak balik." Sakit betul hatinya. Nasib baik anak yang lain tak macam ni. Kalo tak, da lama dia tutup mata. "La..nak balik dah? Baru je datang. Duduk la lama sikit." Merajuk ke mama aku ni? "Tak kuasa mama nak duduk lama2. Buat sakit hati je. Duduk kampung dengan ayam itik lagi seronok. Lagi senang nak jaga. Ikut je cakap." Ala…merajuk la pulak mama sayang aku ni. Camne nak pujuk ni.. "Ala mama, abang gurau je la..ok2. Fazreen baik, sopan, cantik.." "Ah sudah, tak payah nak pujuk2. Mama nak tido ni.." tangan DZ ditepis. Xkuasa nak melayan. DZ gelak. ‘Hai..tua2 pun merajuk lg. Tapi kalo dapat anak cam aku, memang la. Asyik nyakitkan hati je.. ‘Sorry mama..’ Bukannya dia tak nak cari pasangan dan kawin. Kalau diikutkan, memang bolehla sangat2 kalo dia nak kawin sekarang. Duit ada, rumah ada, kerja ada. Yang takde, pasangannya je. Bukannya memilih, tapi belum jumpa yang sesuai. Ala, sama la tu. Memilih jugak. Ada sesuatu yang menyebabkan dia terlalu payah untuk mencari teman hidup. Kenangan dulu masih berbekas di hati. Memang susah nak padam. Sering menghantui fikirannya. Sarah. Argh…bencinya pada makhluk yang bernama wanita membuak2 bila teringatkan nama itu. Gadis yang membuatnya hanyut dibuai cinta. Menyerahkan jiwanya dengan rela. Gadis itu yang membuatkannya persis orang gila. Gadis itu juga yang meranapkan hatinya. Lumat. Berkecai. Sarah curang. Hatinya hanya untuk permainan gadis licik itu. Disebabkan perkara tu lah, sampai sekarang dia benci dan tak percaya pada mana2 wanita pun. "Sarah, u buat ape kat sini? Siapa ni?" DZ bengang. Sape tak bengang tengok awek sendiri berkepit dengan jantan lain. Kat public pulak tu. Siap berpeluk cium tu. "Oh, this is Mike. My bf." Dengan bangganya Sarah memperkenalkan lelaki di sebelahnya. Senyuman meleret di bibirnya. Lelaki tu pun tanpa segan silu mencium bibir mungil Sarah. DZ terbakar. Merah padam mukanya macam biji saga. Memang kurang ajar. "Don’t u dare to play with me Sarah. Tell me the truth!" "I’m telling u the truth. Kenapa u nak marah plak? Who are u?" Sarah buat muka selamba. DZ menyirap. "Pompuan tak guna. Kau memang kejam." Mike di sebelah diam. Xpaham. "Whatever. I tak pernah declare pun yang I ni gf u. So, buat apa u nak marah plak? I nak kawan dengan u pun dah cukup baik tau. Kalau x sebab u yang tergila-gilakan I, tak ingin I nak layan u. Waste my time." "Kurang ajar!" tangan DZ hampir mengena pipi Sarah tapi sempat ditahan Mike. "Hey, are u crazy? Don’t u dare to touch her." Buk, sebijik terkena kat perut DZ. Senak. DZ menekan perutnya. Dua makhluk tu dah blah. "Damn u!!" "Abang…abang. Nape tido kat sini ni. Dah tu, ngigau plak. Dah, pergi naik tido." DZ gosok perut yang terasa senak dek kerana mimpi tadi. Astaghfirullah. DZ meraup mukanya. Perlahan dia bangun menuju ke bilik. Ternyata masih tersimpan dendam di hatinya terhadap insan bernama wanita. Hanya pada Tuhan dia memohon moga suatu hari nanti dendam itu akan berakhir dan moga akan hadir seorang wanita yang mampu mengubah pendiriannya.
‘Cam kenal je mamat kat depan tu. Sape ek?’ Dahi Fenn berkerut. Cuba mengingati mamat yang boleh la dikatakan hensem di depannya. Awek kat sebelah pun cun je. Sesuai la sangat. "Fenn, ko pehal? Cam sembelit je muka aku tengok." Mek hairan. Sakit perut ke kawan aku sorang ni? "Hah? Tak de la. Aku tengok mamat kat depan tu. Cam pernah ku lihat. Tapi di mana ya?" Tiru dialog Yassin. Hehehe… "Mamat mana?" Mek memalingkan badan, menghala ke arah yang ditunjukkan Fenn. "Yang baju biru tu ke?" Mek meminta kepastian. Hanya dibalas anggukan Fenn. "Oh, ko ingat tak auntie Pah. Alah, yang kita duk borak ngan dia sampai kol 12 malam time kenduri arwah ari tu." Fenn da ingat. Anak auntie Pah. "Ingat. Nape? Ape kena mengena mamat tu ngan auntie Pah?" Mek tak tangkap lagi. "Tu anak dia. Aku jumpa minggu lepas masa kuar ngan auntie. Dia bawak anak dia sekali." "Oooo…" Muncung mulut Mek. "Pergi la tegur dia." "Tak nak la aku. Ntah ingat ke tidak dia kat aku." Ye la mana tak nye. Asyik ngan handphone dia je memanjang. "Isy mana la ko tau. Ntah2 dia ingat. Asyik mimpi ko je siang malam. Hahaha.." sakat Mek. "Huh, kalo stakat mamat tu tak payah. Ko tak Nampak ke pompuan kat depan dia tu. Blond tu. Ntah2 yang tutup2 cam kita ni dia xpandang langsung." "Ish ko ni tak baik tau. Mana ko tau. Ntah2 tu kawan dia je ke.." "Sudah la. Malas aku nak serabut kepala otak. Banyak lagi bende lain aku nak kene pikir." Peduli apa dia. Kawan ke, makwe ke, bini ke..ade dia kisah? Lantak ko la. Bukannya laki aku pun. Bagi Fenn, suaminya tetap satu. Abang. Takde yang kedua. Takde yang boleh ganti abang. Abang je yang boleh buat dia bahagia walaupun dia tak sempat nak rasa kebahagiaan tu untuk masa yang lama. Tapi dia bersyukur sebab dapat juga rasa bahagia saat abang melafazkan akad. Menyarungkan cincin di jari manisnya. Mengucup mesra dahinya. Semua tu masih hangat terasa. Tak mungkin padam sampai bila2. Al-Fatihah untuk abang…
Bdk kecik-Eh! baik la plak Nik terpacak berdiri dihadapannya. " nak gi mana?" "toilet." Tanpa memandang wajah Nik, dia dah melangkah pergi. "kenapa?" suara Epunk terdengar berdiri di belakang. " dia gi toilet." Malas nak jawab. "bro, makan jom?" Epunk dah menarik lengannya ke warung tepi bus stand. "lex lu.. budak tu ko nak tinggal mana?" " emm..ye la. Kita tunggu kat warung tu la..lapar nih.."Epunk pegang perut. Pandangannya jatuh pada warung sebelah bus stand tu.. " nak makan apa?" nik menarik senyum segaris. "beger!" Epunk sengeh. "mmm...." "cik..beger tiga!" "kasi tarok mayonis lebih eh..sayur pun..wat beger special la...." Epunk mencelah. Dia sengeh. Nik geleng. "beyeh..bos..jap."
***
Nik berpaling ke belakang. Arif masih leka dengan mata lekat pada beg silangnya sambil kaki melangkah. "Arif!" Arif angkat muka. Matanya melilau. "Sini la!" Epunk melambai tangan. Mulutnya penuh dengan daging beger. "weh sini!" Arif angkat kening bertanya. "meh la..cepat sket.." "nie." Plastic beger ditangan dihulur. Dahi Arif berkerut. "apa tu?" huluran nik x bersambut. "beger." Huh??pe kehel mamat nie beli lak. Untuk aku ke? Nik mengalih pandang pada Arif yang masih x bergerak. "nak ke tak nie?" "bro, bagi kat aku je lah.." Epunk tawar diri. Mulutnya masih mengunyah saki baki beger.
Nak ambik ke x eh..nak ..x moh..nak...x moh.. irresistible nie..
"x nak sudah." Off-handed Nik bersuara sambil menjungkit bahu. Huluran plastic ditangan ditarik semula. "jom Punk." Dia meraih bahu Epunk kea rah bangku kosong. Arif terkesima kat situ.
***
"Weh.. sape datang ambik?" "Ntah. Along kot.." "dah call ke?" "dah.."Dia jawab lemah. "Bila?" "tadi..masa nak naik bas.." Ek? Biar betul budak nih.. Nik x terus menunggu. Jarinya terus menyelongkar poket seluar. W550i Sony Ericsson oren silver dikeluarkan. Hujung matanya memerhati Arif yang merenung kosong public fon yang xde ganggang tu. "nah." W550i dihulur. Ek? Teragak-agak Arif ambik. "Gune ah." "xpe ah.." "la.. x kan nak tunggu sini.. kat kul 9 dah.." "xpe..kekgi mari ar tu.." "gune jela..nanti kami berdua dah nak balik.. tinggal awak sorang sini. X takut ke?" Nik mula baik hati. "emmm...." W550i bertukar tangan. Arif mendail nombor umahnya. Yesss! Angkat. "hello.." "emm yap.." "Along.." "ye..sape nih?" "Along...adik nih..papa ada? datang ambik!" "ooo..adik! papa xde la.. Xpe biar Along je gi ambik.kat ne?" "Kat bus stand..cepat la." "emmm..dik. nombor sape ni?" "kawan..cepat eh.." "k..gotcha! lagi 10 minit Along sampai.." "K..bye!"
Talian dimatikan. Arif sengeh. Yes. X sabar nak sampai umah.. heheheee.. Nset dipulangkan. Arif still sengeh.
Yes...sis. tell me I’m kinda.good hearted..heheheee.. tengok muka pun dah tau apa dalam hati.
Hahahaaaa..,bro! you wish! Dalam mimpi la wei!
You can’t defy truth la.
Truth? Ye sangat la tu.. Arif juling mata ke kasut.
Head stone punya budak! Nik mengeleng. Ego tol!
I’m that.
"weh apsal ko bawak nset? Bukan ke haram!" "emmm...yap!" Nik sengeh. "emmm.." "Apsal?" "x la.. x kne rampas ke?" "emm..dia kan MPP." Epunk mencelah. "So?" "So.. so what?!" "xde pape la.."
"Arif." "emm..nape?"dia wat muka stomet. "nah ,beger ." Epunk sengeh. Beger yang hanya dibalut plastic disua ke muka budak kecik tu. "weh..aku la blanja.."
"gee..thanks!" berdesup dia menyambar beger ditangan Epunk.
Aku x tau la nak kata apa dah.. tanpa mampu ditahan Epunk ketawa kecil sendiri sambil geleng kepala. Budak ni memang ego! Kalu dia tau Apek yang belanja ntah la camne.. muntahkan balik agaknye.. "Wei..sape datang ambik?" "Along.." "Sape kakak ke?" Pong..pong.. satria neo color grey berkilat parking betul-betul depan budak tiga orang tuh..Arif senyum..Epunk jatuh rahang! Nik pun sama. "Along! Panjang umur.." "Along?" Epunk ngan Nik ulang dalam hati. Lelaki yang digelar Along tu menapak keluar dari kereta. Santai abih mamat nie.. hanya pakai tee hitam ngan lambang Nike di side kanan warna putih. berseluar jeans hitam dan berselipar. Macam budak skin jer gayanya. Arif berlari mendapatkan Alongnya. "er..Along. Bro aku." Arif memperkenalkan Alongnya kepada budak dua orang tu.. "Long..ni Nik..tu.."belum sempat Arif prabihkan ayat..Epunk mencelah.."Epunk. heheee.. her Classmate ngan Homeroomate..heheheee.." Epunk sengeh. Budak nie memang la..friendly nak mampos! "oo.. k la" Arif dah menonong ke kereta. Beg bajunya ditangan. "emmm..nak tumpang.." Epunk angguk . Nik lak geleng . Serentak. Mereka berpandangan. "Thanks la.. but no thank.. ayah datang ambik.." "k,gerak luh eh.." "Bye!"
"weh apsal ko cakap ayah datang ambik?" Epunk x puas hati. Dia baru berangan nak tumpang satria neo tu tadi.. "La.. bukan ke ko dah suruh ayah ko ambik?" "ye la.. tapi bukan ayah ko..." "heheheee..sowy tersasul lak.." Nik sengeh. Pong..pong.. Kereta perdana hitam metallic berhenti x jauh dari mereka berdua. Epunk senyum." Panjang umur.." "eh beg aku mane?" "Tu kat bangku.." "emmm...." "Jom ah.."
"Amboi, Eric! Bertuahlah kau tadi,"ujar Syahrul setelah mereka menghantar Elly dan Nia pulang ke rumah. Mujur kedua ibu bapa Elly tiada di rumah. Jikalau tidak, apalah fikiran mereka melihat Elly dihantar pulang oleh seorang jejaka. "Bertuah? Kenapa pula?"tanya Eric kembali. "Yelah,kau tahu tak?" "Tak tahu." "Yelah, aku tak beritahu lagi kau dah potong. Kau tahu tak, ramai yang mengidam nak kat Elly tu tau. Asal dapat pegang tangan pun jadilah. Tapi tak ada seorang pun dapat. Kau ni bertuah sungguh,dapat peluk dia lagi,"jelas Syahrul. "Hei, aku bukan sengaja nak pegang dia tahu tak. Aku just tolong dia saja. Kau nak tengok dia patah sana sini sebab jatuh?" "Alah,Eric! Aku tau kau pun suka kat Elly tu kan? Mengaku sajalah." Eric hanya mendiamkan diri dan terus memandu pulang ke rumah. Syahrul yang di sebelahnya juga diam sambil tersenyum penuh makna.
"Semalam aku dengar kau jadi heroin sementara. Betul ke?" tanya Meely kepada Elly keesokan harinya. Ketika itu Elly menemani Nia ke tandas. "Yang kau sibuk kenapa? Suka akulah nak jadi heroin ke penjahat ke. Aku rasa aku tak menyusahkan kau pun. Apatah lagi ahli keluarga kau." Meely merupakan salah seorang daripada pelajar tercantik di kelas itu. Kumpulan Elly menjadi saingan mereka kerana sentiasa menjadi perhatian ramai. "Anyhow, mana kau tahu semua ni?"tanya Elly pula. "Alah, kau tak payah nak soroklah. Semua orang dah tahu. Entah-entah kau memang sengaja buat-buat jatuh supaya Eric peluk kau, kan,"tempelak Meely. Elly terkejut mendengar ulah Meely yang lancang itu. "Dasar perempuan tak tahu malu. Kau ingat kau cantik sangat? Tak ada jantan lain ke kat sekolah ni selain Eric. Kau tahu, kau ni tak layak untuk dia. Aku yang layak. Cerminlah diri kau tu,"sambung Meely lagi. "Hei, kau ni dah melampau! Aku rasa aku tak ada buat kau problem. Yang tiba-tiba kau nak tuduh aku ni kenapa. Bukan aku nak dia sambut aku. Aku tak kisah pun kalau aku jatuh sekalipun. Aku pun tak suka dia pegang akulah. Dia ingat aku anak patung main pegang-pegang gitu?" Elly mula terasa panas hati. Dia memang pantang dituduh sebegitu. Dia bukan tidak tahu Meely amat memusuhinya. Hanya kerana dia dan teman-teman mendapat lebih perhatian daripada kebanyakan pihak. "Elly, kenapa ni marah-marah. Eh, Meely! Bila masuk sini? Kan cikgu kata dalam satu masa hanya dua orang je boleh keluar kelas,"Nia berkata setelah keluar dari tandas. Setelah ditegur oleh Nia, Meely terus berlalu ambil menjeling tajam ke arah Elly sebagai tanda amaran. Nia berhasrat untuk bertanya apa gerangan masalah yang diterbitkan oleh Meely kali ini namun terpaksa dibatalkan kerana melihat muka Elly yang penuh kemarahan. Mereka terus menuju ke kelas tanpa sebarang gurauan seperti biasa. Sesampainya mereka ke kelas Elly terus menuju ke arah Eric yang sedang berborak dengan Anne, Fiza, Syahrul dan Karim. "Hei, kau ingat lepas kau tolong aku semalam aku akan menjadi kawan kau?! Maaf, tak ada tempat untuk kau dalam hati aku. Dulu, kini dan selamanya. Walaupun sebagai seorang rakan. Aku nak sekarang, kau angkat beg kau dari tempat duduk sebelah aku. Aku benci tengok muka kau. Kalau boleh kau pindah terus dari kelas ni. Pergi!"tempik Elly. Semua orang tercengang melihat gelagat Elly. Dia tidak pernah begitu sebelum ini. Dia tidak pernah marah sebegitu sekali. Pasti ada yang tak kena. Eric masih lagi terkejut. Melihat keadaan Eric sebegitu, Elly nekad. Dia mengambil beg sekolahnya lalu keluar dari kelasnya. Nia, Fiza dan Anne berlari menahan Elly. Meely tersenyum sinis. Elly menuju keluar sekolah. Dia nekad! Dia benci! Dia tahu rakan-rakannya mengejarnya. Tapi dia tidak akan berpatah semula. Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang. Elly menjerit kecil kesakitan. Elly menoleh dan terkedu. ‘Cikgu Hairy!’ "Awak nak ke mana, Elly? Waktu persekolahan tak habis lagi." "Lepaskan saya. Cikgu tak ada hak nak tahan saya. Ini hal saya bukan cikgu!"Elly membentak dan cuba melonggarkan pegangan dilengannya. "Elly, kenapa ni? Janganlah macam ni. Kalau pasal Meely tadi, Elly patut lupakan je. Elly bukan tak kenal Meely tu. Dahlah, jom kita masuk kelas semula. Kita belajar, okey. Nia akan pastikan Eric tak duduk sebelah Elly lagi. Nia yang akan duduk dengan Elly. Jom kita masuk semula,"pujuk Nia setelah berjaya mendapatkan Elly. Elly tiba-tiba menangis dan menyembam ke bahu Nia. Anne dan Fiza turut memeluk Elly. "Kamu semua, ikut saya ke bilik kaunseling sekarang. Biar Elly berehat di sana dan kamu boleh teman dia,"ujar Cikgu Hairy.
Semenjak kali pertama menjejak kaki ke sekolah ini, Hairy Amier dapat merasakan sesuatu yang menarik minatnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu hadir. Mungkin ini kali pertama dia mengajar setelah tamat pengajian di Universiti Malaya. Tapi sejak dia terpandang sekuntum senyuman dia pasti itulah sebabnya. ‘Ah, tak mungkin. Tapi senyumannya sungguh menawan dan menarik hati. Sehingga membuat aku tak lena tidur. Apa ini namanya....’
"Nia, sekarang saya nak awak cerita pada saya yang sebenar-benarnya. Saya tahu, there’s something wrong happen in your class. Beritahu saya dan insya-Allah saya akan cuba selesaikan,"ujar Hairy Amier. "Tapi cikgu, saya kurang pasti adakah ini jalan terbaik kerana saya kena Elly lebih dari setahun. Saya kenal dia luaran dan dalaman dia. Dia tak suka orang masuk campur dalam urusan dia," jelas Nia pula. "Nia Amylia. Saya tahu awak kawan karib Elly Marsha tapi awak nak tengok kawan awak sentiasa bermurung?" Hairy Amier mula memainkan persoalan yang membuat Nia serba salah. Akhirnya Nia mengalah dan menceritakan segalanya kepada Hairy. "Saya tak nampak apa-apa permasalahan antara dia dan Eric yang membuatkan dia begitu marah dengannya. Saya dapat rasakan Eric merupakan seorang yang baik tetapi saya tahu permasalahan ini berpunca daripada Meely. Baiklah, saya akan cuba berbincang hal ini dengan Cikgu Sofea. Saya tahu kamu semua adik angkatnya,"ujar Hairy menamatkan perbualannya dengan Nia. ‘Elly,maafkan Nia. Nia terpaksa demi kepentingan Elly juga.’
"Elly, kau okey?" Anne bertanya. "Aku okey selagi aku tak berdepan dengan si Siamang tu." "siapa?" Fiza bertanya kembali. "Minah gedik si Meely tu,lah. Dia ingat aku nak sangat kat budak baru tu? Tak hingin aku!" Elly bersuara tegas. Dia tahu, dia tak patut memarahi Eric hanya kerana Meely menuduhnya tapi dia harus melakukan demikian kerana semua ini berlaku disebabkan lelaki itu. "Biar betul? Meely tu cari pasal dengan kau lagi ke? Memang nak kenalah dia tu. Hei,kau tengoklah apa aku buat kat dia nanti!"ujar Fiza. "Ah, kau tak payah masuk campurlah Iz! Ni masalah aku dengan dia." "Alah, bukan dengan kau je dia buat hal. Aku pun sama. Nilah masa aku nak balas dendam balik. Ada ke dia tuduh aku rampas pakwe dia yang entah nombor berapa tu?! Dia ingat aku gersang sangat nak rampas pakwe dia? Tolonglah.."jawab Fiza. "Kau ingat kau sorang je? Aku pun kena juga lah. Kurang asam pedas betul perempuan tu. Ada satu hari tu, kau ingat tak Iz masa kita lepak kedai burger hari tu? Kan dia marah-marah kita duduk meja tempat biasa kita lepak tu. Tebal giler muka aku masa tu. Nasib baik abang tu back up kita. Aku rasa macam nak back hand je minah seekor tu,"ujar Anne pula. "Aku rasa,kan. Dah masa kita bagi buat ‘tuisyen sivik’ kat dia lah. Setuju tak?"tanya Elly. "Kau nak buat apa Elly?" "Adalah.." Elly tersenyum bermakna. Anne dan Fiza sudah mengagak ada rancangan yang nakal bakal mereka lakukan dan Nia juga tidak mampu menghalang Elly kali ini. "Elly, saya nak jumpa awak sekarang." Elly tersentak mendengar suara itu ketika dia dan teman-temannya berbincang mengenai rancangannya untuk membuat ‘tuisyen’ buat Meely. ‘Hisy, ni sorang. Tak reti nak bagi salam ke? Aku tampar guna kaki baru tahu Cikgu Hairy ni.’ Dia berlalu menuju ke bilik yang tersedia menemui Hairy Amier. "Duduk, Elly. Kerusi itu memang untuk awak duduk." Elly perlahan-lahan menarik kerusi di hadapannya. Kelihatan Cikgu Sofea ada bersama di dalam bilik itu. "Elly, akak nak tahu apa cerita yang sebenarnya. Akak bertanya sebagai seorang kakak Elly, bukan guru Elly. Akak tahu, adik akak bukan macam ni walaupun adik akak ni nakal. Elly cerita pada akak,ye?"pujuk Cikgu Sofea sambil berseloroh. Elly memandang Cikgu Hairy. Cikgu Sofea tahu Elly tak mahu ada orang lain dalam bilik itu selain dia dan Elly. Cikgu Sofea mengisyaratkan Cikgu Hairy keluar. "Okey, tinggal kita berdua dalam bilik ni. Sekarang Elly cerita pada akak,"ujar Cikgu Sofea setelah Cikgu Hairy melangkah keluar. Elly menceritakan kepada Cikgu Sofea satu persatu perkara yang berlaku. Bermula dari hari Eric masuk ke kelas sehinggalah peristiwa yang berlaku tadi. Elly juga memberitahu yang dia tidak mengetahui mengapa dia amat membenci Eric. Cikgu Sofea mengerti dan memujuk Elly supaya bersabar. Lagi pula mungkin ini salah satu ujian tatkala mereka akan menduduki peperiksaan percubaan tak lama lagi. Dia juga memberi nasihat kepada Elly untuk belajar bersungguh-sungguh. Mengenai Meely Cikgu Sofea meminta Elly dan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah ini sebaiknya. Dan segala permasalahan hari itu selesai di situ.
"Selamat datang," ucap perancang perkahwinan itu kepada Cazlin dan Adam.Cazlin tersengih sahaja.Adam pula terus melulu masuk tanpa mempedulikan perancang perkahwinan tersebut. Puan Sri Saleha dan Tan Sri Latif pula ke Melaka pagi tadi.Papanya mahu membawa mamanya pergi berubat katanya.Ibu cuma memberi mereka tempoh sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan.Dia dan Cazlin terpaksa juga bersetuju demi menunaikan hasrat mama.Pada mulanya Cazlin agak ragu-ragu.Berkahwin bukanlah perkara main-main.Namun, setelah Adam memujuknya dengan memberikan beberapa syarat.Cazlin akhirnya bersetuju.Dia juga menyayangi mama.Seumur hidup inilah dia baru nak menyentuh kasih sayang seorang ibu.Dia tak mahu mama pergi seperti atuk, nek Mah dan along.Lagipun abang Adam memberi jaminan kepadanya bahawa perkahwinan ini hanya untuk sementara.Jadi waktu yang sementara ini akan digunakan untuk mengemis kasih dari mama.Oleh itu, setelah berfikir semasak-masaknya, Cazlin turut mengenakan beberapa syarat kepadanya. "Lin nak kita buat perkahwinan ini seolah-olah perkahwinan yang sebenar.Maksud Lin, segala persiapan suasana perkahwinan berlaku seperti yang Lin impikan.Manalah tahu ini merupakan perkahwinan Lin yang terakhir.Yelah, siapa nak kahwin dengan Lin lagi kalau Lin dah jadi janda?Walaupun abang dah janji takkan sentuh Lin, tapi orang lain takkan fikir Lin masih anak dara.Abang kena faham tu…Haa, lagi satu. Lin tak nak perkahwinan ni terlalu digembar-gemburkan kepada pihak media. Tolong rahsiakan latar belakang Lin. Lin masih pelajar universiti dan Lin tak mahu jadi perhatian orang lain.Apatah lagi berkahwin dengan seorang jutawan, Lin tak mahu dilabel perempuan mata duitan.Lin tahu perkara ni akan diketahui orang ramai suatu hari nanti.Sekurang-kurangnya, dalam tempoh setahun ni Lin dapat belajar dengan tenang dan menamatkan pengajian Lin dengan baik.Itu pun sudah memadai. "
Tepukan Cazlin yang begitu kuat menyedarkan Adam dari lamunannya. "Lin dah pilih warna merah jambu,"ujar Cazlin sambil menunjukkan warna kegemarannya. Adam mengerutkan dahinya. "Takkan abang nak pakai warna ni masa bersanding nanti?Eh, abang ni lelaki tau.Mana sesuai dengan warna ni.Eee, tolonglah.Tak naklah.Cari warna lain.Warna kelabu takde?" Cazlin mencebikkan bibirnya.Kelabu.Teruknya taste brader ni? "Kelabu?Kelabu tahi anjing?Tak mahulah..Teruknya pilihan warna abang??" "Eh, apa Lin tahu tentang warna kelabu dan lelaki?Hanya lelaki sahaja yang tahu.." "Rilekslah..you all pilihlah warna apa pun..Cik Cazlin boleh buat beberapa persalinan nanti,"nasihat perancang perkahwinan tersebut.Dia pun sudah naik pening melihat pasangan di hadapannya.Macam musuh ketat je.Nasib baik bakal pengantin lelaki ini merupakan jutawan Naza yang terkenal di Malaysia.Kalau tak..tak kuasa ‘mak’ nak layan. "Beberapa persalinan?Lin nak buat berapa persalinan?" "Sembilan.. sebab Lin lahir bulan sembilan."Selamba sahaja Lin menjawab.Elleh, bukannya banyak pun. "What!!!"
Adam melihat sebuat kereta Fiat Bravo berwarna merah berada di hadapan pintu pagar rumahnya.Dia sangat mengenali pemilik empunya kereta tersebut.Hana!Adam yang baru pulang dari butik perkahwinan tidak dapat memasuki pintu pagar rumahnya kerana kereta Hana diletakkan betul-betul di hadapan rumahnya.Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. "Lin tunggu sahaja dalam kereta.Abang keluar sekejap.Ada tetamu yang tidak diundang," Cazlin melihat sahaja gadis yang sedang menunggu di hadapan rumah Adam.Cantik.Tinggi.Memang patut pun dapat anugerah Bintang Paling Popular.Tapi sayang, wajahnya telah cacat.Berbalut dengan kain putih.Gadis itu menjeling tajam ke arahnya.Cazlin memandang ke arah lain.Baik jangan layan.Dari segi psikologinya emosi dia tengah tak stabil sebab wajahnya yang cantik selama ini menjadi cacat sekelip mata.Tambahan pula boyfriend dia nak kahwin dengan aku.Maaflah Cik Hana.Saya cuma menunaikan impian seseorang yang penting dalam hidup saya.Impian mama.
"Kau nak apa lagi?Tolong beredar dari rumah aku sekarang juga," Hana mendapatkan Adam.Dia memeluk lengan Adam. "Honey, please.Jangan buat I macam ni.I dengan Fahrin tiada apa-apa hubungan," "Please, go.." Adam menolak tubuh Hana.Aku dah patah hati dengan kau.Kau tak menghargai kesetiaan aku.Kasih sayang aku selama ini sia-sia. "Takkan you dah lupakan kenangan-kenangan kita?"Hana masih cuba menarik simpati Adam. "Baru sekarang you nak ingat kenangan-kenangan kita?Masa you jadi bintang popular dulu ada you ingat semua ini?Masa you dengan jantan lain, ada you ingat semua ini?Come on, Hana.You dah sia-siakan kepercayaan I.You yang hancurkan cinta kita.I’m getting married.Its over between us," Hana mengesat air matanya.Dia meraba-raba wajahnya yang berbalut. "You tak suka sebab I dah hodoh kan?I dah tak cantik lagi kan.Don’t worry.Nanti I buat plastic surgery.I akan buat apa sahaja.Please come back to me," Hana memaut dada Adam.Meminta simpati.Dia tahu setiap kali dia memeluk Adam begini, pastinya jejaka itu akan memaafkannya seperti biasa.Namun, Adam menolak tubuhnya lagi. "Selama ini I sayangkan you sebab diri you sendiri.Bukan sebab you cantik.Tapi Hana yang dulu bukan Hana yang sekarang.Hanyut dengan dunia glamour you.You lupa diri.You angkuh dengan apa yang you ada.You tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang you ada selama ni.You sia-siakan kepercayaan yang I berikan," Cazlin yang melihat drama air mata tersebut merasakan perasaan yang aneh meresap halus jauh ke dalam sudut hatinya.Marah?Cemburukah aku?Eh, tak mungkinlah.
"Stop it, okay.You balik jelah," Hana menuju ke arah kereta Jaguar XF milik Adam.Dia membuka pintu kereta di bahagian sebelah tempat duduk pemandu.Dia menarik Cazlin keluar dari kereta tersebut. "You lupakan I sebab perempuan ni kan?" Hana merenung wajah Cazlin.Memang cantik bakal isteri Adam.Dia cantik sebab aku dah hodoh. Adam menarik Cazlin jauh dari Hana.Lalu memeluk Cazlin. "Don’t you ever touch her.She’s mine.You dah nampakkan? So apa lagi? I tak nak hadap muka you lagi tau tak?" Adam menggenggam tangan Cazlin seeratnya. "Well, Adam.I akan pastikan you takkan bahagia.You akan melutut kembali pada I.Just wait!!!" kata Hana kemudian berlalu pergi.Hana sempat menjeling tajam ke arah Cazlin. Adam menampar bahu Cazlin. "Sakitlah," Cazlin mengurut-urut bahunya yang ditampar oleh Adam. Apasal dengan mamat ni? Pukul-pukul orang pula. "Tahu pula marah.Kenapa tak melawan tadi?Masa kat train tahu pula hempuk abang dengan beg bangla Lin tu," "Alah, Lin malaslah nak berkasar dengan perempuan.Dia dalam keadaan sakit, lemah dan tak berdaya.Lin malaslah nak tunjuk kuat.Lu pikirlah sendiri, brader." Ujar Lin lalu terus meninggalkan Adam keseorangan di pintu pagar. Tengoklah tu.Berlagak.Sabar jelah aku dengan perempuan ni.Peninglah aku beberapa hari ini.Sebab Hana.Sebab Lin.Sebab mama.Semuanya kerana insan yang bergelar wanita.
Cazlin terus menuju ke dapur.Tekaknya terasa begitu haus.Abang Adam memang kedekut.Bukannya nak singgah mana-mana selepas mereka keluar dari butik pengantin.Terus sahaja pulang ke rumah.Belum sempat pulang ke rumah kena tengok drama cinta dan air mata pula.Tiba-tiba seseorang menyergahnya dari belakang. "Hai bakal kakak ipar..," ujar si kembar Ayuni. Cazlin menyambut huluran salam daripada Ayuni.Ayuni memeluknya mesra.Seakan-akan sudah lama tidak berjumpa. "Bila sampai?" "Em, pagi tadi.Oh, inilah dia suri hati abang Adam?So….. beautiful." Panjangnya 'so' dia. "Mana kembar Ayuni?Akak tak Nampak pun dia?" Ayuni mencari-cari sesuatu di dalam peti ais.Lantas dia mencapai sebiji buah Apple merah. "Alah, jangan cakap pasal dia lah.Akak jangan layan dia sangat tau.Kita jangan cakap pasal dia la.Akak ceritalah tentang diri akak.Macam mana boleh jumpa dengan abang Adam?" soal Ayuni dengan terujanya. Cazlin melayan sahaja keletah si kembar itu.Peliklah aku dengan kembar ni.Bukankah kembar ni rapat?Tapi kenapa hubungan Ayuni dengan Ayuna macam tak baik sahaja?
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei