Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Selamat datang," ucap perancang perkahwinan itu kepada Cazlin dan Adam.Cazlin tersengih sahaja.Adam pula terus melulu masuk tanpa mempedulikan perancang perkahwinan tersebut. Puan Sri Saleha dan Tan Sri Latif pula ke Melaka pagi tadi.Papanya mahu membawa mamanya pergi berubat katanya.Ibu cuma memberi mereka tempoh sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan.Dia dan Cazlin terpaksa juga bersetuju demi menunaikan hasrat mama.Pada mulanya Cazlin agak ragu-ragu.Berkahwin bukanlah perkara main-main.Namun, setelah Adam memujuknya dengan memberikan beberapa syarat.Cazlin akhirnya bersetuju.Dia juga menyayangi mama.Seumur hidup inilah dia baru nak menyentuh kasih sayang seorang ibu.Dia tak mahu mama pergi seperti atuk, nek Mah dan along.Lagipun abang Adam memberi jaminan kepadanya bahawa perkahwinan ini hanya untuk sementara.Jadi waktu yang sementara ini akan digunakan untuk mengemis kasih dari mama.Oleh itu, setelah berfikir semasak-masaknya, Cazlin turut mengenakan beberapa syarat kepadanya. "Lin nak kita buat perkahwinan ini seolah-olah perkahwinan yang sebenar.Maksud Lin, segala persiapan suasana perkahwinan berlaku seperti yang Lin impikan.Manalah tahu ini merupakan perkahwinan Lin yang terakhir.Yelah, siapa nak kahwin dengan Lin lagi kalau Lin dah jadi janda?Walaupun abang dah janji takkan sentuh Lin, tapi orang lain takkan fikir Lin masih anak dara.Abang kena faham tu…Haa, lagi satu. Lin tak nak perkahwinan ni terlalu digembar-gemburkan kepada pihak media. Tolong rahsiakan latar belakang Lin. Lin masih pelajar universiti dan Lin tak mahu jadi perhatian orang lain.Apatah lagi berkahwin dengan seorang jutawan, Lin tak mahu dilabel perempuan mata duitan.Lin tahu perkara ni akan diketahui orang ramai suatu hari nanti.Sekurang-kurangnya, dalam tempoh setahun ni Lin dapat belajar dengan tenang dan menamatkan pengajian Lin dengan baik.Itu pun sudah memadai. "
Tepukan Cazlin yang begitu kuat menyedarkan Adam dari lamunannya. "Lin dah pilih warna merah jambu,"ujar Cazlin sambil menunjukkan warna kegemarannya. Adam mengerutkan dahinya. "Takkan abang nak pakai warna ni masa bersanding nanti?Eh, abang ni lelaki tau.Mana sesuai dengan warna ni.Eee, tolonglah.Tak naklah.Cari warna lain.Warna kelabu takde?" Cazlin mencebikkan bibirnya.Kelabu.Teruknya taste brader ni? "Kelabu?Kelabu tahi anjing?Tak mahulah..Teruknya pilihan warna abang??" "Eh, apa Lin tahu tentang warna kelabu dan lelaki?Hanya lelaki sahaja yang tahu.." "Rilekslah..you all pilihlah warna apa pun..Cik Cazlin boleh buat beberapa persalinan nanti,"nasihat perancang perkahwinan tersebut.Dia pun sudah naik pening melihat pasangan di hadapannya.Macam musuh ketat je.Nasib baik bakal pengantin lelaki ini merupakan jutawan Naza yang terkenal di Malaysia.Kalau tak..tak kuasa ‘mak’ nak layan. "Beberapa persalinan?Lin nak buat berapa persalinan?" "Sembilan.. sebab Lin lahir bulan sembilan."Selamba sahaja Lin menjawab.Elleh, bukannya banyak pun. "What!!!"
Adam melihat sebuat kereta Fiat Bravo berwarna merah berada di hadapan pintu pagar rumahnya.Dia sangat mengenali pemilik empunya kereta tersebut.Hana!Adam yang baru pulang dari butik perkahwinan tidak dapat memasuki pintu pagar rumahnya kerana kereta Hana diletakkan betul-betul di hadapan rumahnya.Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. "Lin tunggu sahaja dalam kereta.Abang keluar sekejap.Ada tetamu yang tidak diundang," Cazlin melihat sahaja gadis yang sedang menunggu di hadapan rumah Adam.Cantik.Tinggi.Memang patut pun dapat anugerah Bintang Paling Popular.Tapi sayang, wajahnya telah cacat.Berbalut dengan kain putih.Gadis itu menjeling tajam ke arahnya.Cazlin memandang ke arah lain.Baik jangan layan.Dari segi psikologinya emosi dia tengah tak stabil sebab wajahnya yang cantik selama ini menjadi cacat sekelip mata.Tambahan pula boyfriend dia nak kahwin dengan aku.Maaflah Cik Hana.Saya cuma menunaikan impian seseorang yang penting dalam hidup saya.Impian mama.
"Kau nak apa lagi?Tolong beredar dari rumah aku sekarang juga," Hana mendapatkan Adam.Dia memeluk lengan Adam. "Honey, please.Jangan buat I macam ni.I dengan Fahrin tiada apa-apa hubungan," "Please, go.." Adam menolak tubuh Hana.Aku dah patah hati dengan kau.Kau tak menghargai kesetiaan aku.Kasih sayang aku selama ini sia-sia. "Takkan you dah lupakan kenangan-kenangan kita?"Hana masih cuba menarik simpati Adam. "Baru sekarang you nak ingat kenangan-kenangan kita?Masa you jadi bintang popular dulu ada you ingat semua ini?Masa you dengan jantan lain, ada you ingat semua ini?Come on, Hana.You dah sia-siakan kepercayaan I.You yang hancurkan cinta kita.I’m getting married.Its over between us," Hana mengesat air matanya.Dia meraba-raba wajahnya yang berbalut. "You tak suka sebab I dah hodoh kan?I dah tak cantik lagi kan.Don’t worry.Nanti I buat plastic surgery.I akan buat apa sahaja.Please come back to me," Hana memaut dada Adam.Meminta simpati.Dia tahu setiap kali dia memeluk Adam begini, pastinya jejaka itu akan memaafkannya seperti biasa.Namun, Adam menolak tubuhnya lagi. "Selama ini I sayangkan you sebab diri you sendiri.Bukan sebab you cantik.Tapi Hana yang dulu bukan Hana yang sekarang.Hanyut dengan dunia glamour you.You lupa diri.You angkuh dengan apa yang you ada.You tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang you ada selama ni.You sia-siakan kepercayaan yang I berikan," Cazlin yang melihat drama air mata tersebut merasakan perasaan yang aneh meresap halus jauh ke dalam sudut hatinya.Marah?Cemburukah aku?Eh, tak mungkinlah.
"Stop it, okay.You balik jelah," Hana menuju ke arah kereta Jaguar XF milik Adam.Dia membuka pintu kereta di bahagian sebelah tempat duduk pemandu.Dia menarik Cazlin keluar dari kereta tersebut. "You lupakan I sebab perempuan ni kan?" Hana merenung wajah Cazlin.Memang cantik bakal isteri Adam.Dia cantik sebab aku dah hodoh. Adam menarik Cazlin jauh dari Hana.Lalu memeluk Cazlin. "Don’t you ever touch her.She’s mine.You dah nampakkan? So apa lagi? I tak nak hadap muka you lagi tau tak?" Adam menggenggam tangan Cazlin seeratnya. "Well, Adam.I akan pastikan you takkan bahagia.You akan melutut kembali pada I.Just wait!!!" kata Hana kemudian berlalu pergi.Hana sempat menjeling tajam ke arah Cazlin. Adam menampar bahu Cazlin. "Sakitlah," Cazlin mengurut-urut bahunya yang ditampar oleh Adam. Apasal dengan mamat ni? Pukul-pukul orang pula. "Tahu pula marah.Kenapa tak melawan tadi?Masa kat train tahu pula hempuk abang dengan beg bangla Lin tu," "Alah, Lin malaslah nak berkasar dengan perempuan.Dia dalam keadaan sakit, lemah dan tak berdaya.Lin malaslah nak tunjuk kuat.Lu pikirlah sendiri, brader." Ujar Lin lalu terus meninggalkan Adam keseorangan di pintu pagar. Tengoklah tu.Berlagak.Sabar jelah aku dengan perempuan ni.Peninglah aku beberapa hari ini.Sebab Hana.Sebab Lin.Sebab mama.Semuanya kerana insan yang bergelar wanita.
Cazlin terus menuju ke dapur.Tekaknya terasa begitu haus.Abang Adam memang kedekut.Bukannya nak singgah mana-mana selepas mereka keluar dari butik pengantin.Terus sahaja pulang ke rumah.Belum sempat pulang ke rumah kena tengok drama cinta dan air mata pula.Tiba-tiba seseorang menyergahnya dari belakang. "Hai bakal kakak ipar..," ujar si kembar Ayuni. Cazlin menyambut huluran salam daripada Ayuni.Ayuni memeluknya mesra.Seakan-akan sudah lama tidak berjumpa. "Bila sampai?" "Em, pagi tadi.Oh, inilah dia suri hati abang Adam?So….. beautiful." Panjangnya 'so' dia. "Mana kembar Ayuni?Akak tak Nampak pun dia?" Ayuni mencari-cari sesuatu di dalam peti ais.Lantas dia mencapai sebiji buah Apple merah. "Alah, jangan cakap pasal dia lah.Akak jangan layan dia sangat tau.Kita jangan cakap pasal dia la.Akak ceritalah tentang diri akak.Macam mana boleh jumpa dengan abang Adam?" soal Ayuni dengan terujanya. Cazlin melayan sahaja keletah si kembar itu.Peliklah aku dengan kembar ni.Bukankah kembar ni rapat?Tapi kenapa hubungan Ayuni dengan Ayuna macam tak baik sahaja?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best cita nie... penulis ada blog x?