Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Okey, saya setuju. Tapi saya nak perkahwinan ni dilangsungkan lepas raya. Sebelum saya final exam dan saya cuma nak majlis akad nikah je. Tak nak kenduri. Boleh?"
Semua kepala yang ada ketika itu mengangguk macam burung belatuk. Kaki ini ku hayun longlai menuju ke bendang di belakang rumah. Hisy… Aku hairan betul dengan depa ni.. kenapa nak paksa sangat aku kahwin dengan anak Mak Jah tu.. nak kata hensem, tak lah sangat. Aku rasalah.. sebab aku pun tak pernah tengok dia.. aku cuma bayangkan dari kata-kata Mizah. Hehe.. Kaya? Tak tau lah plak.
Tapi mak long cakap dia kaya.. ala, kalau setakat engineer, tak lah kaya sangat.. tapi tak kisah arr.. yang penting kepala otak aku dah tak dibelenggu dengan desakan dan leteran mak long..
Kalau difikir-fikirkan balik kata-kata aku tadi.. aku rasa Hari Raya minggu depan. Maksudnya aku punya majlis dua minggu lagi lah.. arghhhh.. kenapa lah bodoh sangat aku tadi.. kalau aku cakap lepas exam terus kan bagus… tapi tadi aku tengah marah sebab tu otak tak berfungsi dengan okey.. ni semua Mizah punya pasal. Dia yang cucuk-cucuk mak long tadi. Kalau tak mulut dia yang macam murai tu, aku tak yah kena paksa kahwin.. mentang-mentanglah dia nak kahwin hujung tahun ni, dia pergi paksa mak long kahwinkan aku dulu.. alasan dia, tak nak langkah bendul.. aku tak tau apa muslihat dia, tapi aku rasa ada yang tak kena kat sini..
Anyway, keputusan dah dibuat.. so, tak leh nak tarik balik. Aku pun tak kisah sangat. Bagi aku, benda ni hal yang remeh-temeh. Malas aku nak fikir. Biar mak long yang settlekan. Lagipun dia yang beria-ria sangat nak suruh aku kahwin..
"pom..pomm.pomm.. adik, cepat lari. Nanti kena mercun." Aku terus menjerit kepada Aman, Azim, Raju dan Ah Keong. Budak-budak tu terus lari macam kena kejar hantu.
"fullamak.. best la akak ni.. ni yang sayang sangat kat akak ni. Tiap kali balik mesti ada benda baru untuk kita orang. Mercun kali ni best la akak.. kuat betul bunyinya.." kata Aman.
Budak-budak tu terus bermain. Tapi pemetik api aku yang pegang. Dia orang cuma susun mercun-mercun tu jadi panjang dan modifykan sikit-sikit mengikut apa yang aku ajarkan sebelum ni untuk menghasilkan satu bunyi yang dapat menggegarkan kampung ni… hahaha.. Suasana ni yang aku tunggu-tunggu setiap tahun. Hehe.. main mercun..
"dik, esok kita wat meriam buluh nak?"
"tak bahaya ke akak? Nanti meletup kuatlah.. Kami takut jadi macam budak-budak dalam berita tu.. kami nak raya ngan sempurna kak.. tak nak duduk kat hospital.." kata Aman. Yang lainnya cuma mengangguk aje.
"ala.. tak bahaya sangat la.. nanti akak guide la. Korang jangan duduk dekat sangat. Biar akak yang bakar meriam tu. Korang dok jauh sikit. Amacam?"
"okeylah kalau macam tu.. esok kita pergi cari buluh dan bahan-bahan lain."
Yess!! Yeye.. aku boleh main meriam buluh!! ketahuilah wahai penduduk kampung.. esok akanku nyanyikan irama yang sungguh merdu untuk kalian semua.. hahaha..
Hari yang ditunggu-tunggu dah menjelma.. hari ni aku akan mengejutkan manusia-manusia yang sedang bersolat terawih di surau. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun.. selalunya mata aku cuma akan terbuka kalau matahari betul-betul terpacak kat atas kepala. Tapi logik ar.. aku tidur lewat sebab buat kuih raya.. lagipun Allah Taala yang bagi cuti.. kalau boleh solat, aku tidur lepas solat subuh..
Setelah bertungkus-lumus kami menyediakan alatan untuk bermain meriam buluh, kini telah tiba masanya kami menggegarkan bumi Penang ini..
Sewaktu aku nak menyalakan api di meriam buluh tu aku menyuruh semua budak-budak tu lari jauh. Tiba-tiba sebelum meriam tu meletup, aku melihat Arni, adik Aman berlari ke meriam tu.. hisy.. budak ni.. spoil betul! Aman menjerit supaya Arni lari dari situ tapi dia makin mendekati plak.. nak tak nak aku yang kena jadi superwoman and lari pergi kat Arni untuk selamatkan dia.. hmmm… nak dijadikan cerita.. aku tolak Arni ke tepi tapi aku plak yang kena meriam tu.. apalagi.. aku pun mati la sebentar waktu tu.. yang aku ingat, sebelum aku pengsan tu, aku ada dengar suara seorang lelaki.. tak tau la sapa…
Aku buka mata perlahan-lahan.. pedih plak rasa tangan dan kaki aku waktu ni.. ishq.. kat mana ni? Putih je? Takkan kat syurga kot?.. tapi.. Kalau syurga, kenapa aku rasa sakit?
"Ha.. hang dah sedaq ka? Tu la… aku dah larang jangan main meriam.. tapi gatai jugak.. ni nasib baik hang yang kena, kalau budak-budak tu yang kena, apa aku nak jawab kat mak bapak depa?" aku dengar sound track mak long bila mula-mula sekali aku buka mata.. Aman, Azim Arni dan ntah sesapa lagi tengah kerumuni katil aku waktu tu… alahai mak long ni, aku yang tengah sakit ni pun, dia boleh dok beletiaq lagi.. malu aku..
Aku tengok semua orang yang ada kat situ senyum je bila dengar leteran mak long.. dah faham sangat dengan perangai dia.. tiba-tiba mata aku terhenti dekat seorang pemuda yang berdiri betul-betul hujung kaki aku. Siapa ni? Tak pernah jumpa pun..
Tiba-tiba suara katak Mizah kedengaran, "wei, ni Abang Am. Ahmad Adham, orang menyelamatkan hang. Dia ni anak Mak Jah merangkap bakal husband hang lagi seminggu lebih."
Semua orang yang ada kat situ ketawa mendengar kata-kata Mizah. Apa yang lawak aku pun tak tau. Mata aku terus terbeliak bila mendengar apa yang Mizah cakap. Aku terus pura-pura pengsan balik. Semua yang ada kat situ risau bila aku pengsan balik kecuali Mizah sebab dia memang dah tahu taktik aku bila aku malu.. aku dengar suara Mizah yang makin galak gelakkan aku… jaga kau nanti.. aku tetap akan balas dendam kat kau Mizah!
Hari ini aku keluar hospital.. tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku berhari raya ngan tangan dan kaki berbalut.. nasib baik tak patah tangan. Kalau patah.. alamatnya aku jadi pengantin yang bersangkut tangan kat leher la.. Yang menyegankan lagi hidup aku sekarang ni, ada ke mak long suruh Adham yang ambil aku kat hospital dengan Mizah si murai tu… lagi malu la aku.. tak tau nak letak muka kat mana. Dah la pertama kali aku berjumpa dengan dia dalam keadaan yang menyedihkan.. apa tak nya, dia dah tahu perangai aku macam budak-budak, pergi main mercun sampai masuk hospital. Dah la tu, dia yang tolong angkat aku sampai ke hospital.. hmmm.. aku tak tau nak sorok muka kat mana dah lepas ni.. ni pun Aman yamg bagitau. Geram betul aku dengar cerita dari budak-budak tu. Siap dengan mimik muka lagi depa cerita sambil mengejek aku. Eeee… geram betul. Wahai dunia… ketahuilah bahawa aku tersangat malu ketika ini…
Sehari sebelum aku diakad nikahkan, aku tidur di riba mak long.. hmmm.. sedih la pulak bila aku dengar mak long cakap sorang-sorang malam tu.
"hmmm.. kesian kat hang Suha. Aku bukan nak paksa hang kawin sangat. Tapi aku risau bila tengok perangai hang ni. Sebijik macam arwah mak hang dulu. Nakal betul. Tapi sebab nakal dia lah, arwah ayah hang boleh terpikat kat dia. Tapi mak hang baik.. selalu tolong orang. Aku sayang sangat kat dia. Hang tau, waktu dia nak pergi dulu, dia tinggal pesan kat aku supaya jaga hang elok-elok. Aku risau nanti aku pulak tak dak. Mizah dah memag ada orang nak jaga, tapi hang ni, aku tengok macam tak minat ja kat laki, sebab tu aku paksa hang menikah jugak.."
Mata aku yang memang pejam waktu tu dah pelan-pelan terbuka. Tapi mak long tak nampak la.. karang malu pulak dia kalau dia tahu aku tengok dia nangis. Hati aku sebak waktu tu. Yalah, selama ni aku ingat mak long tak sayang aku sebab dia asyik marahkan aku.. tapi malam ni baru aku tahu dia sayang kat aku sama macam dia sayang Mizah, cuma cara dia aje yang kasar. Tapi aku tetap sayang dia..
Buat pertama kalinya dalam hidup aku, malam tu aku cium-cium muka mak long.. abis dia maki aku gatal.. dia cakap nanti muka dia tumbuh jerawat kalau kena air liur aku yang banyak kuman coz jarang gosok gigi.. hehe.. aku tak kisah, janji aku boleh cium dia puas-puas sebagai ganti terima kasih kerana jaga aku.. last-last, Mizah pun datang jugak bila dengar kami bising. Dia pun bertungkus-lumus mencium mak long walaupun mak long menjerit tak nak.. hahaha..
Pagi tu macam biasalah bagi aku.. liat giler nak bangun. Hmmm… niat hati aku bukan nak liat sebenarnya, tapi nak buat macam mana, mata aku ni degil tak nak buka. Aku dah marah dia banyak kali, tapi dia still nak tutup jugak. so, aku tutup je lah.. aku bukan apa, ikut prinsip Islam.. kan tiada paksaan dalam Islam.. hehe.. aku pun tak nak la paksa mata aku ni lebih-lebih.. karang merajuk pulak..
Last-last, mak long siram muka aku dengan segayong air.. hmmm mata ni daripada degil nak buka, celik terus! Tapi aku tak mandi jugak sebab tak sempat. Akad nikah pukul 9.30 pagi dan aku betul-betul terjaga lima minit sebelumnya. So, jadilah aku pengantin tak mandi untuk hari yang paling bersejarah aku.
Yang paling memalukan aku adalah waktu Adham nak cium dahi aku. Ada pulak aku boleh tertidur waktu tu.. hisy.. malu aku.. dah la Mizah kejut aku dengan suara macam bom, mahunya aku tak termelatah. Abis semua yang ada waktu tu gelak dekat aku termasuk Pak Imam nya sekali. Tapi tak kisah ar.. matlamat aku yang paling utama adalah sambung tidur balik lepas ni. Mak long ada jugak paksa aku balik rumah Adham, tapi aku tak nak. Aku bagi alasan nak balik ambil baju dulu. Ala bukan jauh pun rumah dia, tak sampai lima minit aku jalan, dah sampai..
Malam tu mak long paksa aku pergi tidur kat rumah Adham. Nak tak nak aku kena pergi jugak.
"Ha.. dah sampai pun hang. Mak ingat tak nak datang dah." Sapa Mak Jah waktu aku bagi salam sebelum masuk rumah dia.
"taklah. Saya memang nak mai. Tapi petang tadi ada hal sikit. Tu yang mai malam ni. Saya mintak maaf sebab lambat sampai."
"mak tak dak apa. Cuma takut laki hang la yang dok tunggu. Ha, pi la kat atas. Dia ada kot kat atas tu, tengah tengok televisyen rasanya."
Aku terus melangkah ke atas. Sebenarnya ni kali pertama aku menjejakkan kaki aku di rumah ni. Bilik Adham pun aku tak tau yang mana. Macam mana aku nak jumpa dia. Takkan nak ketuk satu-satu pintu bilik yang ada ni kot… hmmm… aku memang tak der choice, memang kena ketuk la macam ni..
‘Tok,tok,tok..’ tak der orang jawab pun. Aku try la bukak dan masuk.. tiba-tiba..
"Mak!! Akak buat apa kat sini? Cari abang ka? Bilik dia depan sana. Ni bilik saya."
Alahai.. malunya aku.. aku termasuk bilik adik ipar aku yang berumur 17 tahun pulak.. dah la waktu tu dia nak salin seluar.. hmmm.. nasib baik aku tak putih sangat, kalau tak mesti muka aku merah giler sebab aku dapat rasakan yang muka aku macam kena bakar je malam ni.
"sorry, sorry. Akak tak sengaja. Akak tak tau mana satu bilik Abang Am. Akak minta maaf" Aku terus blah pergi bilik Am. Hmmm.. macam-macam la aku ni..
Sesampainya aku kat depan pintu bilik Am, aku terus ketuk. Lepas dengar dia cakap masuk, baru aku masuk.. wahh.. besar giler bilik dia. Siap ada televisyen dengan sofa lagi.. bilik air pun ada sekali. Ni lagi memudahkan kerja aku pagi-pagi.. maklumlah, aku ni banyak angin, karang kalau aku kentut kuat-kuat nanti, si Am ni terkejut pulak dengar.. hehe..
"ohhh.. awak dah sampai. Silalah duduk. Buat macam bilik sendiri. Sorry, saya tak cakap loghat Penang. Saya tak fasih sangat. Sebelum ni saya duduk dekat Johor dengan arwah ayah saya."
Aku senyum je. Bukan apa, malu tadi tak habis lagi, ni nak berdua-duaan dengan Adham pulak, lagi bertambah segan la aku..
"tak per. Saya paham gak. Saya pun study kat Shah Alam sekarang ni. Boleh la paham kalau orang cakap luar sikit-sikit."
"awak ngantuk dah ke? Kalau mengantuk, awak tidur la dulu. Saya nak tengok tv kejap. Nanti saya tutup lampu."
"eh, tak per-tak per. Saya tak ngantuk lagi. Nak study sikit." Aku terus baring atas tilam. Kalau nak diikutkan, memang aku segan, tapi sampai bila aku nak segan? Aku kena jugak berhadapan dengan realiti yang sekarang ni dia suami aku dan aku kena biasakan diri dengan kehadiran dia selepas ni.. so, mulai malam tu aku dah start tanamkan dalam fikiran aku yang dia ni suami aku dan aku mesti taat kat dia walaupun aku tak tau sampai bila.. and aku harap all of these sour memories akan terus aku ingat sampai bila-bila.. hari ni betul-betul memalukan aku.. pasni aku janji akan mandi terus lepas subuh dan takkan jadi pengantin tak mandi macam pagi tadi…
Kami bertolak ke Johor dua hari lepas tu. Hmmm… boring la.. mamat ni macam jenis pendiam jer.. aku ni dah la pemalu.. kena tunggu dia buka cerita dulu.. takkan aku nak tanya pulak..ishq..segan la..
Aku tersedar dari tidur bila Am mengejutkan aku. Dia cakap dah sampai, tapi bila aku keluar dari kereta dan tengok rumah yang dimaksudkan macam hutan jer..
"ni rumah awak ke? Takkan nak tinggal dalam hutan ni? Kita takde jiran ke? Kenapa rumah ni atas bukit? Saya gayat la…"
Am senyum lagi.. apala mamat ni, aku tengah tanya, tapi dia boleh senyum lagi.. apala yang lawak sangat.
"ni rumah yang baru saya beli dan ini bukan hutan. Kita ada jiran, cuma diorang tinggal kat bawah sana" katanya sambil menunjuk ke arah jalan yang bertentangan dengan rumah kami..
"dan saya mintak maaf. Saya tak tau awak gayat.. nanti saya cari rumah lain..".
"hmm… tak pe ar.. saya tak kisah sangat. Nanti saya cuba jalan-jalan dulu… mana tau kot hilang penyakit gayat saya ni..".
Malam tu kami tidur berlapikkan toto jer.. aku rasa macam nak marah jer kat Am ni.. ada ke patut suruh aku tidur atas lantai macam ni. Makin susah aku nak buang angin esok pagi.. mana taknyer.. badan aku lemah dan cepat sakit kalau tidur atas lantai. Dia cakap rumah ni dia baru dapat sebelum kami nikah. Sebab tu dia tak sempat nak beli perabot.
Keesokkan harinya, aku terus ajak dia pergi beli perabut. Tak tahan aku.. malam tadi semalaman aku tak tidur. Geram plak bila tengok Am tidur. Siap berdengkur lagi.
Seminggu selepas kami menghuni di rumah baru tu, aku terpaksa pulang ke universiti. Semester baru akan bermula lagi dua hari. Am menawarkan diri nak menghantar aku ke universiti tapi aku tolak. Nanti apa pulak budak-budak lain kata. Kalau diorang tanya siapa Am, takkan aku nak jawab suami aku kot? Ishq.. macam tak percaya je aku dah kahwin.. hehe. Nasib baik aku dapat suami yang tak banyak kerenah, kalau tak, naya aku..
Nasuha Amran.. tak la cantik sangat tapi berwajah cute. Tak putih sangat dan tak gelap sangat. Pendek. Ketinggian Cuma takat dagu aku je. Ada la dalam lima kaki lebih skit. Perangai macam budak-budak. Suka main mercun. Dan.. suka tidur peluk orang sambil hisap ibu jari. Teringat hari pertama tidur sekatil dengan dia. Macam tidur dengan budak kecik. Dah la liat nak bangun bila orang gerak. Boleh pulak mamai-mamai sampai cakap benda yang ntah apa-apa.. hmm.. lawak betul budak ni!
"hei awak.. bangun. Dah pukul enam suku ni. Hei.. awak.." Adham terus mengoyangkan bahu Nasuha. Namun isterinya ini hanya mengemaskan lagi pelukan di pinggangnya.
"ala.. mak long ni.. jangan la kacau Suha.. awal lagi ni. Lagipun Suha tak leh solat. Pukul sebelas nanti Suha bangun la tolong mak long pegi kutip kacang.."
"hei awak. Ni bukan mak long. Ni suami awak. Bangun la cepat. Karang saya tolak awak jatuh katil."
"apa mak long ni. Bila pulak Suha kawin? Kenapa mak long kacau Suha ni. Pegi la gerak Mizah. Dia boleh solat."
Tangannya terus memeluk kemas pinggang Am yang dianggap bantal golek.. alahai budak ni.. dah la muka mengalahkan budak kecik yang tengah kelat dan masam, ibu jari pulak tak lepas-lepas dari mulut tu.. tak senonoh betul..
"hei awak! Bangun! Saya nak solat ni. Bangun cepat!" Am terus menjerit di telinga Suha. Mata Suha tu terus celik.
"awak sapa? Kenapa tidur atas katil saya ni?" Suha terus terpinga. Sapa dia ni? Tak penah nampak pun..
"Ya Allah.. semalam kan kita dah menikah. Awak lupa ke? Saya Adham. Okey, sekarang dah sedar kan? Boleh awak alihkan tangan awak ni. Karang saya tolak betul-betul karang."
Suha terus menarik tangannya yang melingkari pinggang Adham.. Ya Allah, macam mana aku boleh peluk dia ni.. mak aih.. malunya.. tapi tak kisah arr.. malu tu aku qada nanti. Sekarang aku mengantuk. Lambaian Mekah masih tergambar di mata aku.. tak baik menangguhkan benda baik.. so, baik aku sambung tidur dan sambung tawaf kat Kaabah.. tata..
Hmm.. lagi sebulan Suha dah abis study.. tak sabar nak jumpa dia. Boring pulak bila dia tak da. Banyak perangai dia aku dah terjangkit. Dulu aku tak pandai nak cakap banyak. Tapi sekarang boleh la nak bergaul dengan orang lain skit-skit.. ni semua dia arr yang ajar. Ada ke patut dia pegi melawat setiap rumah jiran kami yang tinggal kat bawah bukit ni.. mula-mula tu segan arr jugak.. tapi best jugak bila ada orang yang kita kenal ni.. dia la yang paksa aku pegi bertegur sapa dengan pak cik dan mak cik tu semua.. tak pasal-pasal aku ni jadi gila-gila macam dia.. dah terjangkit virus suka buat lawak dan main dengan budak-budak iaitu cucu-cucu pak cik dan makcik tu semua..
Satu hari yang memang aku nanti-nantikan.. Suha akan balik rumah. Mak long cakap dia dah abis study. Tak sabar nak jumpa dia. Nak tunjukkan surprise kat dia.. hehe… tapi….
"assalamualaikum Am. Ni mak long ni. Suha dah sampai?"
"w’salam. Sampai mana mak long?"
"tak de. Semalam dia balik rumah. Dia cakap dia dah abis study. Mak long tanya dia dah balik jumpa kamu ke belum. Dia cakap belum. Mak long halau dia ke Johor suruh jumpa kamu. Tu yang mak long tanya dia dah sampai ke belum? Dia tertinggal kunci rumah kamu ni. Macam mana dia nak masuk nanti.."
"oh ye ke.. tak pe lah. Nanti saya tepon dia. Tanya kat mana dia sekarang."
Selepas menamatkan perbualan dengan mak long, aku terus telepon Suha.. ishq.. budak ni, tak abis-abis bagi orang risau.
"Assalamualaikum. Awak kat mana tu?"
"w’salam. Baru sampai kat stesen bas ni. Kenapa awak tepon?"
"tak de. Mak long tepon saya tadi. Dia cakap awak nak datang sini. Kunci rumah tertinggal kat sana"
"hah! Betul ke? Alamak macam mana saya nak masuk rumah ni?"
"macam ni la. Awak datang kat ofis saya dulu. Nanti kita balik sama-sama. Lagipun saya tak leh amik awak sekarang ni. Saya ada meeting jap lagi. Boleh awak datang sini? Kalau tak boleh, saya suruh driver gi jemput."
"ishq.. tak yah arr. Nanti saya gi ngan teksi je."
"nanti bila awak sampai, cakap nak jumpa dengan Miss Fizah. Tu secretary saya. Nanti saya pesan kat dia supaya benarkan awak masuk dalam bilik saya. ok?"
"ok"
Alahai.. besarnya bangunan ni.. mana aku nak cari perempuan yang Am cakap tu? Try tanya pak guard la..
Lepas dah jumpa orang yang dimaksudkan, lega betul. Segan arr pulak datang kat sini. Semua yang ada kat sini pakai baju formal. Aku je yang datang pakai t-shirt lengan panjang and baju tak berlengan di luarnya serta seluar jean ala hip-hop tapi steng berserta cap di kepala. Macam budak-budak la pulak..
"hmm.. cik ni Cik Nasuha ke?"
Aku angguk.. mak aih.. lawanya pompuan ni.. macam muka Annahita tapi edisi pakai tudung la.. hehe. Dia terus bawak aku masuk ke dalam office Am. Kemas pulak bilik ni. Kalau nak dibandingkan dengan bilik kerja dia kat rumah.. fuh! Aku rasa ular pun tak nak masuk. Dah la selerak. Busuk pulak tu.
"cik duduk la dulu. Nanti saya sediakan minuman" aku angguk je. Kira ok la tu, perut aku memang tengah lapar ni. Dah la mak long halau aku suruh datang sini.. apa kejadah la yang aku nak buat kat sini. Kalau kat kampung tu, boleh jugak pegi kutip kacang. Kalau kat rumah tu, aku tak tau nak buat apa..
Secretary Am masuk dan meletakkan minuman serta kuih-muih. Hmm.. bagus ni.. ada makanan sekali..
"hmm.. kalau saya nak tanya, jangan marah ek.." si Fizah tu berkata.. apasal ni?
"hmm.. awak ni adik En. Adham ke?" muka aku terus blurr.. adik? Mudanya aku.. aku terus geleng.
"tak la. Saya wife dia. Dan rasanya saya lagi tua dari awak. Umur saya dua puluh enam." Kata ku sambil terbersin.. alahai.. badan aku dah start nak demam ni..
Muka Fizah terus terkejut. Kenapa? Tak layak ke aku jadi wife Am?
"betul ke ni? Macam tak percaya je En. Adham tu dah kawin. Kami ingat dia bujang terlajak..oppss.. sori terlepas cakap.."
Aku senyum je.. ikut ko la.. dia terus keluar lepas berbual skit-skit dengan aku.. aku jawab macam-macam tu je. Sebenarnya aku terasa nak je halau dia tapi nanti tak sopan pulak.. ye arr, hidung aku tengah meleleh ni.. tapi budak ni macam tak paham jer yang aku tengah sakit.. susah la nak cakap banyak..
Adham masuk ke dalam pejabatnya sejurus selepas habis mesyuarat.. hmm.. banyak betul masalah pasal projek kali ni.. dia terus duduk di sofa yang mana sofa di hadapannya itu adalah tempat tidur bagi Suha. Alahai budak ni.. ada ke datang tidur dalam office aku ni.. kalau staff- staff lain nampak, segan aku..
"Suha.. Suha.. bangun. Jom balik. Saya dah abis ni. Bangunlah"
Tiada tanda yang budak ni akan bangun. Takkan nak jerit lagi? Tapi kenapa muka dia semacam je? Adham terus menyentuh dahi Nasuha. Panas. Ya Allah, budak ni demam la..
Adham terus memanggil Fizah dan menyuruhnya menahan pintu bagi memudahkan dia mendukung Suha ke lobi.. perasaan segan terpaksa ditolak ke tepi sekarang ni.. wife aku yang macam budak sekolah ni terpaksa aku bawa ke klinik dulu..
Malam tu mak long menelefon Adham lagi.
"suha dah sampai Am?"
"dah mak long. Tapi dia demam ni"
"huh.. aku dah agak. Dia main hujan semalam. Tangkap katak. Katanya nak bagi kat Arni. Hadiah hari jadi budak tu. Dia pakat ngan budak-budak tu semua.."
"oh. Ye ke? Saya ingat dia kena sampuk apa-apa bila balik sini. Mak long, saya ada berita gembira ni."
"apa?"
"Suha mengandung. Dah empat minggu."
"alhamdulillah. Syukurlah. Hang jaga dia elok-elok. Jangan bagi dia buat benda pelik-pelik."
Mereka terus berbual. Sepuluh minit lepas tu, telepon dimatikan. Adham berjalan ke bilik Suha untuk menyalin tuala di dahi Suha.
Haila.. nakal betul budak ni. Macam mana kalau aku ada anak nanti, nakal macam dia tak? Kalau mak ngan anak sama-sama naik maunya pening aku tiap-tiap hari. Silap-silap aku pulak yang sakit nanti.
Due date for the baby to come out is today. Alahai.. cemas. Gelabah. Takut. Risau. Semuanya bersatu menjadi acuan yang caca-merba di dalam diri Adham.
Suha terpaksa buat operation coz tak boleh nak bersalin normal. Baby yang bakal lahir songsang. Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku.. hati Adham tak berhenti berdoa.
Alhamdulillah.. Suha selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Sebijik muka Suha.. mintak-mintak perangai tak macam dia sudah. Ikutlah macam bapak dia yang soleh lagi baik ni.. amin..
Anyway.. aku bagi dia nama Nurul Wardah binti Ahmad Adham.. ok x? aku rasa sedap nama ni coz………………….. aku yang pilih la.. hehe..
Next two years aku nak tambah collection baby kat rumah kami.. nak baby boy pulak.. kalau boleh la.. doakan kami berjaya ek.. babai.. assalamualaikum
Everything have not started yet…the story just begin.. a word said, given a thousand meaning to a life…where the story begin, is where the life of two different persons start…
Awan yang berarak mendung membuatkan Faris membatalkan niatnya untuk bermain bola.Satria Neo miliknya dipandu terus menuju ke arah rumahnya.Sebaik menghampiri kawasan rumah,sebuah lori yang menghalang pintu pagar membakar hati.Enjin dimatikan setelah kereta diparkir betul-betul di belakang lori. "Assalamualaikum,Ibu."Faris menyapa ibunya yang berada di gazebo di halaman Villa Bougainvilla. "Waalaikumusalam.Cepat kamu balik.Kata tadi nak main bola."Puan Marisa sedikit pelik melihat kepulangan anak lelakinya yang lebih awal daripada biasa.Selalunya selagi matahari belum terbenam,selagi itulah Faris tidak akan pulang. "Saja.Lagipun hari ni Faris minum petang dengan ibu.Mia mana,ibu?"Faris bertanyakan soalan.Janggal pula rasanya apabila adik kesayangan tiada bersama ibunya.Kalau tidak, setiap kali ibu di taman, Damia, adik bongsunya mesti ada sama. "Dia pergi rumah sebelah.Tolong orang rumah sebelah.Baru pindah." "Oh,itulah yang ada lori kat depan.Menyusahkan betul.Tak fasal-fasal, anak ibu ni kena parking kereta kat luar."Faris bersungut dan mengadu. "Dahlah.Kita kan berjiran.Lagipun bukannya jauh.Nanti, kamu bawalah kereta tu masuk.Jom,ibu dah sediakan minum petang.Kamu duduk dulu.Kejap lagi kita minum sama-sama."Puan Marisa terus berlalu meninggalkan Faris yang masih tercongok memandang ibunya berlalu.
******
Farisha bersalaman dengan ibunya sebelum berlalu untuk ke tempat kerja.Memandangkan hari itu hari pertamanya memulakan kerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di sebuah syarikat swasta, Farisha memulakan harinya lebih awal daripada biasa.Walaupun papanya mengajak dia untuk bekerja di syarikat keluarga, namun Farisha lebih gemar untuk menimba pengalaman bekerja dengan orang lain. "Selamat Pagi,Cik.Anything I can help?"Pertanyaan gadis penyambut tetamu itu dibalas dengan senyuman. "Saya Ilya Farisha.Nak lapor diri.Today’s my first day."Farisha memaklumkan. "Oh,Cik Farisha.Cik boleh jumpa bos.Third floor.Hah, Iqbal!Kau tolong bawa Cik Farisha jumpa bos."Farisha mengalihkan pandangannya kearah seorang lelaki yang menuju ke arahnya.Dia segera mengekori langkah Iqbal. "Cik Farisha, yang tu bilik bos.Saya pergi dulu.Hmm..By the way,saya Iqbal,office boy kat sini."Farisha mengucapkan terima kasih sebelum menghantar Iqbal dengan ekor matanya.Farisha meneruskanlangkahnya ke tempat yang dituju.
******
Faris berdiri foyer bangunan syarikat. Fikirannya menerawang kepada gadis yang dihantar bertemu bos tadi. Dia mengelamun sendiri.Cantik.Hati Faris berdetak kencang saat pertama kali memandang wajah manis itu.Faris memandang jam tangan di pergelangan tangan.Pukul 5.30 petang. Teringat janjinya untuk pulang awal hari itu, Faris melajukan langkah keluar.Tanpa disedari,dia terlanggar seseorang. "Opps,sorry!"Spontan Faris meminta maaf sambil membantu mengutip barangyang bertaburan. "Its Okay."Faris terkejut sebaik mendapati orang yang dilanggarnya adalah Farisha. "Cik Farisha.Maaf.Saya nak cepat."Sekali lagi Faris memohon maaf. "Takpe.Iqbal nak balik dah ke?" "Haah.Cik Farisha pun mesti dah nak balik kan."Mereka meneruskan perbualan sambil berjalan keluar. "Ya.Hmm..takpelah.Saya pergi dulu.Jumpa lagi, Iqbal."Farisha meminta diri sebelum berlalu ke arah tempat parkir.Faris mendapatkan motosikalnya sebelum menunggang keluar dari kawasan pejabat.
******
Farisha berjalan-jalan berseorangan.Meninjau novel-novel baru dan buku-buku di MPH.Faris sedang mencari bahan sebagai persediaan untuk semester baru.Dari satu sudut ke satu sudut kedai dijelajahi.Faris menuju ke kaunter pembayaran setelah puas hati dengan pilihannya.Setelah selesai membuat pembayaran, matanya menangkap sesusuk tubuh lampai yang dikenalinya.Farisha. "Hai,Cik Farisha."Faris menyapa. "Hai,Iqbal.Awak pun beli buku juga ke?"Farisha bertanya memulakan perbualan. "Haah.Sikit-sikit jer.Sorang j eke?"Faris bertanya sambil mereka sama-sama melangkah. "Ya.Hmm..Apa kata,saya belanja Iqbal minum?"Farisha mempelawa.Sebolehnya, dia mahu berkenalan dengan jejaka di sebelahnya.Dia senang bersama Iqbal walaupun baru beberapa kali ,mereka bertegur sapa. "Saya tak kisah.Patik menurut perintah,Tuanku."Sedikit berseloroh Faris menjawab.Ibarat bulan jatuh ke riba, Faris bersetuju.Sekurang-kurangnya, dia dapat mengenali Farisha dengan lebih dekat lagi.Farisha tergelak dan mereka beriringan menuju ke Food Court. "Cik Farisha tak kisah ke minum dengan saya?"Faris bertanya sebaik sahaja mereka duduk di satu meja. "Kalau saya kisah, tak adalah saya pelawa Iqbal.Kenapa Iqbal tanya macam tu?" "Saja. Yalah,Cik Farisha kerja pangkat tinggi,saya ni Office Boy je." "Saya tak memilih pangkat, Iqbal.Pada saya, kita semua sama je.Dan,sebagai permulaan,Iqbal panggil saya Farisha je.Tak payah nak bercik-cik dengan saya."Farisha tersenyum.Memulakan langkahmembina persahabatan.Memang,dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa pun.Bak kata orang,berkawan biar seribu. "Ok.Tapi, kat pejabat,saya kena panggil Cik..Opss..Farisha, Cik Farisha.Sebab Farisha ketua saya."Faris turut tersenyum.Senang hatinya.Persahabatn baru terbina walau jauh di sudut paling hujung hatinya, dia mengakui,dia bukan sekadar tertarik dengan Farisha tapi,telah jatuh cinta pandang pertama,pada keayuan dan manisnya wajah di hadapannya. "Hmm..Iqbal beli buku apa tadi?"Hati Farisha melonjak ingin tahu isi kandungan beg yang dibawa Faris.Agak banyak buku.Jarang dia melihat lelaki sekarang yang rajinmembeli buku.Apatah lagi bagi mereka yang sudah bekerja. "Oh,beli buku rujukan.Malu nak cakap,saya sebenarnya belajar lagi."Faris tersenyum menjelaskan.Dalam hati, dia tergelak sendiri.Agak kelakar jika seorang penuntut ijazah sarjana,malu memberitahu orang lain yang dia masih belajar. "Buat apa nak malu.Belajar itu kan tuntutan agama.Tapi, bila Iqbal kerja, tak ganggu pelajaran ke?"Farisha sebenarnya kagum denganlelaki di hadapannya.Tidak dinafikan,Iqbal kelihatan berusia pertengahan 20-an dan lebih matang daripadanya,tetapi,masih mahu menimba ilmu. "Saya kerja par-time je.bila tak ada kelas.Lagipun,nak tambah duit poket."PerlahanIqbal menjawab.Mereka saling berkongsi cerita.Dari cerita tentang diri masing-masing sehinggalah hal ehwal semasa.
******
"Mia!Mia!"suara yang memanggil dari tingkat bawah memaksa Damia turun.Dia tah,itu abangnya.Walaupun malas, dia tetap bangun dari kerusi. "Abang,kenapa?Dari bawah menjerit.sakit tahu telinga Mia.Boleh cair tahi telinga dengan abang jerit."Damia mendapatkan abangnya sambilmengomel.Di mengdongkol geram melihat Faris yang selamba baring di sofa.Bukannya reti nak naik atas. "Abang happy sangat hari ni.Abang dah jumpa Princess hati abang tahu."Faris bercerita meluahkan rasa gembira.Terbayang wajah Farisha yang cantik dan hubungan mereka yang semakin rapat. "Dah jumpa??Siapa yang malang dapat abang Mia yang tak handsome ni?"Damia terkejut.Masakan abangnya yang terlalu taksub dengan pelajaran boleh jatuh cinta.Dia masih ingat bagaimana Faris mengamuk dan tidak pulang ke rumah 3 hari gara-gara papa menghalang niatnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master.Akhirnya,papa terpaksa mengalah dan membiarkan Faris menyembung pelajaran.Itupun bersyarat. "Ala, dia belum dapat abang lagi. Sebab abang belum propose dia lagi." "Apalah abang ni.Lembab.Better you propose her ASAP.Nanti, kalau melepas,menyesal.Dia pun kaki study macam abang jugak ke?" "Dia dah kerja.Kat syarikat papa.Abang takut nak beritahu.Kalau dia tolak, niaya je.Abang kecewa tahu."Faris mengaku.Biarpun sudah agak lama dia rapat dengan Farisha tapi, dia masih terlalu takut untuk berterus terang. "Itu, masalah besar.First, dia tahuke abang anak papa? Second,Kenapa abang takut sangat.Kalau dia taknak, Mia kenalkan abang dengan Kak Ilya.JIran sebelah rumah. Cantik."Damia menyuarakan cadangan.Damia memang rapat dengan Ilya. "Itulah fasal.Abang belum bersedia lagi nak berterus terang.Lagipun, abang ingat bila abang dah propose dia, baru abang nak baritahu.Setakat ni dia Cuma tahu abang kerja sambil belajar kat syarikat." "Abang nimemang.Dari dulu, Mia dahbaritahu abang, abang kena fakir implikasi dan effect.Mia kan, sebenarnya masih tak faham, kenapa abang nak sangat kerja as an office boy.Abang ka nada degree.Memang la abang nak sambung belajar,tapi, kalau nak part time,takdalah sampaikena jadi budak pejabat je."Damia mempersoalkan keputusan yang di ambil abangnya.Pada Damia, Faris punya segalanya, tapi masih berkelakuan seolah dia tiada apa-apa. "Yelah.Abang tahu.Abang salah.Dahlah,sekarang ni, better Mia tolong buatkan abang air..Dahagalah,dik!".Farismengubah topic.Mengakui kesilapannya walaupun, pada hakikatnya, dia mempunyaiagenda sendiri dalam setiap tindakan yang di ambil.Dalam usianya,dia memang perlu mencari teman hidup, dan Faris hanya inginkanseseorang yang mencintainya sepenuh hati dan boleh menerima segala kekurangannya.
******
Farisha berjalan di sepanjang pantai.Faris yang berada di bangku yang barhampiran sekadar menjadi pemerhati.Sepanjang lebih 3 bulan mereka berkenalan,Farisha amat senang dengan kehadiran Faris.Begitu juga dengan Faris. Farisha rindu setiapkali Faris tiada untuk menemaninya dikala bosan. "Farisha."Sapaan Faris membuatkan Farisha berpaling. "Hah,Iqbal.Kenapa?Terkejut Farisha." "Farisha, Iqbal rasa, kita dah lama kenal.Iqbal senang dengan Farisha.Farisha lain dari yang lain."Faris memulakan bicara. Akhirnya, Faris bersedia untuk meluahkan perasaannya. "Hmm.Farisha pun, rasa senang dengan Iqbal.Iqbalkan kawan Farisha yang paling rapat."Farisha senyum. "Kalau Iqbal nak hubungan kita lebih dari kawan,Farisha okey ke?Maksud Iqbal, Iqbal nak Farisha jadi suri di hati Iqbal."Fuh,lega.Akhirnya terluah jua kata-kata Iqbal.Farisha terkedu.Langsung tidak terduga dengan kata yang diluahkan lelaki dihadapannya. "Iqbal beri masa pada Farisha."Akhirnya Farisha membuat keputusan walaupun masih meninggalkan tanda tanya kepada Faris. Faris hanya mengangguk dan mendiamkan diri. Farisha akhirnya, berlalu menuju ke keretanya.
******
Farisha sedang bersiap-siap ketika ibunya masuk ke bilik.Hujung minggu itu, dia telah membuat rancangan untuk keluar bersama Damia. Gadis di sebelah rumahnya. "Ilya,dah siap ke?Damia dah lama tunggu kamu kat bawah."Beritahuibunya sebelum beredar keluar. Farisha pantas mengikat rambutnya dan mengambil beg tangan sebelum berlari turun. "Mia,Sorry.Akak lambat.Jom, kita pergi sekarang.Ibu,Ilya, pergi dulu."Farisha memberitahuibunya sebelum melangkah ke kereta bersama Damia. "Mia tak kisah pun akak.At least dengan akak, dapat juga Mia keluar shopping.Kalau nak harapkan Abang Faris, tahun depan pun belum tentu dapat keluar shopping."Damia geram dengan Faris.Sejak dia cuti, belum pernah Faris membawanya keluar.Faris sentiasa denganaktivitinyasendiri.Kalautidak pun,akan bersama dengan buku-bukunya.Farisha hanya menguntum senyum.Selalu dia menjadipendengar setia kepada rungutan Damia tentang abangnya.Tetapi, sepanjang dia menghuni kawasan kejiranan itu, belum pernah dia terserempak dengan abang Damia walaupun mereka berjiran. "Yelah, cik Damia.So,sekarang ni, apa kata, kita main bowlingdulu,lepas tu, kita shopping."Farisha memberi cadangan.Damia hanya mengangguk.Farisha menguruskan segalanya.Damia hanya mengikut. "Kak, kalau Mia nak tanya akak something boleh?"Damia bertanya selepas mereka selesai bermain dan menuju ke Pizza Hut. "Tanyalah Mia. Kalau akak boleh jawab, akak jawab."Farisha tersenyum.macam-macam Damia ni. "Akak, orang besar ni, lagi-lagi lelaki memang susah ke kalau nak berterus terang dengan orang yang diaorang suka?"Damia bertanya dan buat muka confius.Farisha hanya menggeleng.Tak sangka langsung gadis berusia 17 tahun di hadapannya bertanya soalan sebegitu. "Mia ada boyfriend tak?"Tiba-tiba Farisha bertanya tanpa menjawab soalan Damia. "Tak ada lah akak.Damia ni kecik lagi tahu. Tak pernah terfikir pun nak ada.Kenapa kak Ilya tanya?Soalan Mia pun akak tak jawab lagi."Damia membalas. Memang, dia langsung tak pernah terfikir untuk mempunyai teman lelaki. Walaupun, ramai dalam kalangan teman-temannya mempunyai teman istimewa.
"Hmm..Padanlah pun Mia tanya macam tu. Tak ada pengalaman lagi.Mia, semua apa yang seseorang itu lakukan dalam hidup mesti ada sebab.Mia pun mesti ada belajar sejarah kan,setiap incident happened, mesti ada sebab dan akibat.Dalam bab ni, depends pada hati seseorang tu. Kalau dia dah bersedia mesti dia berterus terang.Sama juga, kalau orang tu tak berterus terang, explain the truth, mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu.Kenapa Mia tiba-tiba tanya macam tu?"Panjang lebar Farisha menjelaskan.Dia merasakan dia mengalami situasi yang sama.Dia pasti dengan apa yang dia rasakan terhadap Iqbal.Cuma Farisha belum ada kekuatan untuk mengaku semua itu. "Saja. Cuma, Mia pelik dengan abang.Dia tu, minat kat seorang girl ni, tapi, dia tak berterus terang kat kakak tu siapa dia.Orang tu ingat dia tak ada kelulusan padahal abang dah nak buat master pun."Damia memberitahu tentang Faris kepada Farisha. "Yeke?Mesti abang Mia ada alasan dia sendiri kenapa dia buat macam tu.Tapi, kalau akak jadi girl tu mesti akak sedih sebab kena tipu.Ha, cakap pasal abang Mia, kenapa akak tak pernah pun jumpa dia?"Farisha tertanya-tanya.Dia pelik kerana belum pernah bertemu anak teruna di rumah sebelahnya padahal sudah banyak kali dia bertandang ke situ. "Mia tak pelik pun akak.Akak pun tak payah nak pelik.Abang memang macam tu.Kalau dia tak keluar, ada kat bilik, study.Kadang kadang kan akak, kawan-kawan papa datang rumah, tak pernah tahu pun yang papa ada anak lelaki."Damia beritahu sambil tergelak. Pada Damia, abangnya memang kelakar.Jarang lelaki yang jenis terperuk. "Baguslah.At least dia concern kat study.Tapi, akak teringin la nak kenal abang Mia tu.Bila nak kenalkan?" "Ha..Kalau nak kenal bila-bila masa je akak.Tu pun kalau makhluk coklat tu ada kat rumah la.hehe.."Damia tersengih.Best jugak bagi abang nama makhluk coklat.
******
Kereta yang dipandu Farisha menjalar masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat.Farisha keluar diikuti Damia. "Kak, Mia balik dulu lah.Akak tak nak pergi rumah Damia ke?" "Hmm…takpelah Mia,nanti lain kali akak pergi. Tunggu abang kesayangan Mia ada dulu."Farisha menolak pelawaan Damia sambil tersenyum. "Alah, akak.Jomlah, Mia tahu abang ada kat rumah tu. Kereta dan motor dia ada kat garaj."Damia tetap memujuk. Apa salahnya kalau kali ini, dia dapat menemukan abangnya dan Kak Ilya. "Yalah Mia. Jom."Akhirnya Fariaha mengalah. Lagipun dia boleh berkenalan dengan jiran. Rapatkan ukhuwah sesama jiran tetangga.Mereka berjalan hingga ke rumah Damia. Damia melangkah lajuke arah seorang lelaki dan ibunya yang berada di tepi kolam.Farisha mengagak itu adalah abang Damia, walaupun hanya bahgian belakangnya yang kelihatan. "Mia, lambat balik.Ilya pun ada, duduklah.Auntie buatkan air.Borak dengan si Faris ni dulu."Teguran Puan Marisa membuatkan jejaka itu berpaling dan berdiri. Farisha terkedu sebaik melihat lelaki di hadapannya.Iqbal.Mereka hanya saling memandang. Damia yang pelik dengan situasi itu terkejut. "You’re lying."Farisha terasa di permainkan. Lantas, laju langkah kakinya dihayun.Panggilan Faris dan Damia langsung tidak diendahkan.Faris terduduk.Damia terus memandang pelik. "Eh, Mia,Kak Ilya mana?Dah balik ke?"Puan Marisa bertanya.Pelik apabila Ilya balik awal. "Entahlah,ibu.Mia pun tak faham.Ibu tanya lah Abang Faris." "Faris, Kenapa?"Faris hanya diam sambil memandang wajah ibunya. "Hmm..Ibu,Faris naik dulu."Tanpa menunggu panjang,Faris terus melangkah masuk ke dalam rumah.Damia dan Puan Marisa pelik.
******
Faris merenung jauh ke luar tingkap.Segala yang berlaku petang tadi mengganggu fikirannya.Bercampur aduk.Dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang dilakukan.Faris duduk dihadapan computer.Skrin computer yang gelap dipandang kosong.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Faris takut untuk berdepan dengan Farisha.Lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi ketukan.Faris bangkit melangkah ke pintu. "Abang,boleh Mia cakap sikit?"Damia melabuhkan punggungnya di katil setelah Faris membuka pintu untuknya.Faris hanya mengangguk tanda membenarkan.Dia sanggup untuk menerima apasaja yang bakal dikatakan Damia.Pastinya tentang peristiwa petang tadi. "Mia tak tahu apa yang berlaku dan kenapa.Cuma, Mia dapat rasakan Kak Ilya adalah girl yang abang beritahu hari tu."Damia memandang Faris yang memandang tepat ke arahnya. "Memang.Kak Ilya yang Mia kenal adalah Farisha yang abang kenal." "Abang, tadi Mia ada ceritakan pasal abang dan girl abang tu pada Kak Ilya and she said, setiap orang ada alas an sendiri atas semua tindakan yang diambil walaupun kalau dia jadi gadis tu, dia akan rasa tertipu." "Tapi dik, abang bukan berniat nak tipu dia. Abang takpernah tipu pun, abang Cuma tak berterus terang.Itu je."Faris cuba mempertahankan diri. "Mia percaya Kak Ilya boleh terima alas an abang.And, what you need and must do now, is, tell her the truth dan alas an abang.That’s all.Abang fikirkanlah."Damia terus bangun dan berlalu keluar.Faris turut bangkit dan melangkah keluar menuruti Damia.Iklan aiskrim Walls di kaca tv menarik perhatian Faris. Apatah lagi lagu tema iklan tersebut.Dua Hati Menjadi Satu nyanyian Dafi dan Gita Gutawa menusuk kalbu.Idea datang. "Mia, tolong abang esok boleh?"Faris buat muka mengharap. "Hmm…Oklah. Apa?"Damia bertanya.Faris membisikkan sesuatu lalu berlalu.Damia menggeleng.Apalah abang aku ni, tadi bukan main sedih, serius je.Tapi, sekarang tersengih macam kerang busuk.
******
Pagi hari ahad.Farisha bangun dan bersiap-siap. Teringat Damia yang merayunya untuk keluar jogging pagi itu. Lagipun telah agak lama Farisha tidak berjoging. Peristiwa yang berlaku antara dia dan Faris langsung tidak menjejaskan hubungan dengan Damia. Farisha tahu, Damia tidak bersalah.Faris yang bersalah.Lagipun, semalaman dia berfikir.Dia sedia memaafkan Faris.Kesalahan lelaki itu tidaklah sebesar mana.Farisha keluar dan mula berjalan ke taman rekreasi yang berdekatan dengan kediaman mereka. Mereka jogging mengelilingi taman. "Kak Ilya, Mia penat lah. Jom kita duduk kat bangku tu."Damia terus menuju ke arah bangku yang agak jauh dari orang ramai.Farisha hanya mengikut. "Assalamualaikum."Satu suara memberi salam mengejutkan Farisha.Farisha angkat wajah dan di hadapannya, seorang kanak-kanak bersama aiskrim dan sekeping kad ditangan. "Untuk akak ke?"Farisha bertanya dan menyambut aiskrim yang dihulur.Dia mengarahkan pandangan ke arah yang ditunjuk kanak-kanak itu. "Abang tu suruh bagi.Kakak ni cantiklah.Bye"Ujar kanak-kanak tersebut sebelum berlari riang kea rah seorang kawan-kawannya.Farisha membuka kad di tangannya.
Dear Farisha,
Sejak melihatmu Ku jatuh hati padamu Saat mengenalmu Semakin ku ingin kamu Maukah kau menemani aku….
Faris Iqbal
Farisha senyum.Damia di sebelah menghilang entah ke mana.Faris berjalan kea rah Farisha bersama aiskrim yang sama di tangan.Hati mereka mula bernyanyi lagu yang sama.
Hari kuindah Dua hati kan bersatu Hariku indah Dua langkah menjadi satu Andai aku dan kamu Bersama selalu Saat kau menatapku Aku jadi salah tingkah Kau genggam tanganku Berdebar debar jantungku Maukah engkau menemani aku… Dan bila kau tak ada Mengapaku memikirkanmu Apakah engkau juga memikirkan aku.
"Izzaty!! Tunggu lah woi." Kedengaran suara Mike memanggil dari jauh. Izzaty memberhentikan langkahnya yang laju. "Kenapa? Aku dah lambat ni." Izzaty sedikit mengah. "Lepas sekolah jangan lari. Aku ada cerita nak bagitahu ko ni." Mike beria-ia memberitahu. 'Mia lagi ke?' Izzaty menggeleng. "Tengoklah. Aku tak tahu aku habis kelas pukul berapa." Izzaty pantas berlari menuju ke kelas muzik. Dia sudah terlambat dari waktu yang dijanjikan. 'apa lagi alasan lepas ni Izzaty oi…'. Tidak dipeduli lagi jeritan Mike yang memanggilnya.
"Izzaty, kenapa lambat?" Suara ibu saudara merangkap cikgu muzik yang mengajarnya. "Tadi pengetua panggil." 'tipu sunat' Izzaty menahan senyum. "Kenapa dia panggil?" Cikgu Fazilah menanya pelik. "Oh, pasal Graduation Day nantilah. Dia nak confirmkan berapa banyak persembahan dari budak muzik." Izzaty tersengih. Memang pengetua ada bertanya kepada dia selaku ketua kelas muzik, tetapi itu semalam. "Oh, tak per. Nanti saya sendiri bagitahu dia. Awak duduk dekat tempat awak." Cikgu Fazilah melepaskannya. 'Fuh selamat.' Namanya ibu saudara tetapi tidak ada belas kasihan bab-bab lewat masuk kelas ni. "Ok class, as you all heard, habis kelas ni, saya nak, siapa yang confirm nak adakan persembahan on Graduation Day nanti, bagi nama dekat saya. Hari ni jer. Esok, permintaan tak akan dilayan." Cingu Fazilah bersuara tegas. Semua murid menganggukkan kepala. Kelas dimulakan. Masing-masing sibuk bermain dengan instrumen masing-masing. Boleh dikatakan setiap pelajar akan membuat persembahan kecuali Izzaty. Dia memang tidak berani berhadapan dengan orang ramai. Kelas habis. Semua pelajar sibuk memberi nama kepada Cikgu Fazilah. Izzaty keluar dari kelas paling awal. Tekaknya yang dahaga kerana lari masih belum hilang.
"Izzaty! Sini." Kelihatan Mike dan sahabat baiknya Fiera melambai-lambai. "Fuh puas." Izzaty bersuara sebaik sahaja air Mike separuh dibantainya. Jarinya diletup-letupkan. "Woits! Selamba jer minum air aku." Mike menjeling. "Alah, selama ni kau tibai air aku boleh jerk." Izzaty membalas. "Tak derlah banyak macam ni aku minum. Ni sampai separuh. Tengok" Mike menunjukkan bekas minumannya "Ah sudah-sudah korang dua ni. Karang meleret-leret bergaduh." Fiera meleraikan. Dia menggeleleng melihat sahabatnya yang dua orang itu. Satu sekolah tahu yang Mike dan Izzaty bersahabat baik sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama memandangkan ibu bapa masing-masing juga bersahabat baik dalam urusan perniagaan. "Amacam kelas tadi?" Fiera bertanya. "Bukan ada apa pun. Kebanyakannya berlatih untuk Graduation Day nanti. Aku rileks lah sorang-sorang." Izzaty menongkat kepala. "Kau tak ambik bahagian pulak?" Fiera bertanya. "Aku nak wat apa? Main gitar sorang-sorang? Mahu terlelap semua malam tu." Izzaty menggeleng. "Kau nyanyi lah." Fiera memberi cadangan. "Izzaty menyanyi? Kau jangan buat lawak lah Fiera. Semua budak muzik pernah menyanyi kecuali Izzaty. Sebab suara dia tak sedap." Mike menyampuk selamba. "Adoi." Mike mengusap kepalanya yang bari diketuk dengan sudu oleh Izzaty. "Betul jugak. Kau seorang jer yang aku tak pernah dengar menyanyi." Fiera menyokong. "Aku malas lah. Aku main gitar dah lah." Izzaty senyum. Fiera mengambil kelas seni begitu jugak dengan Mike. Izzaty seorang yang mengambil kelas muzik. Itupun atak dorongan Cikgu Fazilah yang selalu dengar dia melalak dalam bilik air. Mike dan Fiera memang berbakat dalam melukis. Mereka sudah bercita-cita mahu membuka galeri seni apabila dewasa nanti. "Aty, aku serius ni. Aku rasa Mia lah orangnya untuk aku. Aku dah cinta giler dekat dia ni." Mike membuka topik. Fiera bangun berlalu. Muak dia mendengar cerita Mike tentang Mia. Junior mereka. Hanya Izzaty yang masih boleh menadah telinga mendengar cerita-cerita bosan Mike. "Ok lah tu. Ajaklah dia jadi girlfriend ko." Izzaty menjawab malas. "Semalam aku sembang dengan dia time dia tunggu parents dia ambik dia. Cair aku dengar suara dia. Dah lah lawa. Putih. Aku pun macam ada peluang. Dia layan aku." Mike tersenyum. Izzaty mengangguk lemah. 'Kalaulah kau boleh baca hati aku Mike…' Izzaty mengeluh perlahan. "Malam tu aku call dia. Lama kitorang sembang. Aku bagilah hint sikit. Dia dah macam faham jerk." Mike meneruskan cerita. Tidak dia perasan Izzaty yang menahan rasa. "Kau dengar tak aku cerita ni?" Mike menggongcang tangan Izzaty. "Aku dengar." Izzaty mengukir senyum paksa." Mike menyambung cerita-cerita tentang Mia. Izzaty hanya buat-buat dengar. "Eh. Tu Mia lah. Jap ek. Dia macam nak beli air jer. Aku belanja dia lah." Mike berlalu mendapatkan Mia yang baru memunculkan diri di kantin. Izzaty memicit-micit kepalanya yang tidak sakit. "Aty…" Fiera memanggilnya. Entah bila Fiera duduk dihadapannya. "Kenapa?" Izzaty pura-pura tersenyum. "Kau boleh tahan ke? Bagitahu jer dia." Fiera yang memang tahu akan perasaan Izzaty terhadap Mike sudah berkali-kali memujuk. "Tak nak lah. Elok aku kawan dengan dia. Karang aku bagitahu, bukan jer hilang cinta, hilang kawan sekali. Tak sanggup aku. Dia bahagia dengan Mia." Izzaty memuju hati. "Mia gedik tu? Macam tak cukup tulang aku tengok dia. Lembik sana, lembik sini." Fiera mengacah tingkah laku Mia. Izzaty tergelak besar. Lupa sekejap gelodak perasaannya. Fiera memang arif bab lawak-melawak ni. "Eh tu Mike nak pergi mana dengan Mia. Macam nak balik jer. Habis tu kau balik dengan apa?" Fiera melihat Mike dan Mia melangkah meninggalkan dewan. Dibahu masing-masing tergalas beg yang menempatkan beberapa buah buku. "Biarlah nak balik pun. Aku boleh call Pak Man ambil aku dekat sekolah. Kau nak tumpang tak?" Izzaty bertanya. "Tak. Aku bawa motor arini. Tapi aku temankan kau call Pak Man ek?" Fiera dan Izzaty bangun menuju ke pondok telefon.
Izzaty mengeluh. Semenjak Mia secara rasmi menjadi hak milik Mike, masa yang diperuntukkan dengan Mike semakin berkurang. Rehat pun dengan Mia. Tinggal Fiera dan Izzaty. Fiera makin menyampah dengan Mia. Hari-hari ada jer perkara tentang Mia yang tidak kena di mata Fiera. Mia suruh Mike tolong beli air lah… Mike tolong pegangkan buku lah… Mike suapkan makan lah.. bak kata Fiera, Mike dah macam nanny si Mia tu. Izzaty hanya tersenyum. Mia menyibukkan dirinya dengan persiapan untuk Graduation Day. Sengaja dia menyibukkan diri. Untuk mengelakkan diri dari mendengar cerita-cerita Mike. Kalaupun mereka dapat bersembang, tidak sampai lima minit. Lepas tu Mia datang memanggil Mike. Riak muka Mia macam tidak puas hati dengan Izzaty. "Izzaty, tolong pergi office, ambil satu beg plastik tepi meja saya." Puan Fazilah memberi arahan. "Cepat. 3 minit jer. Lambat, saya denda kamu." Izzaty berlari pantas. Cikgu Fazilah selalu mengotakan janjinya. Kalau dia cakap denda, dendalah maknanya. Dalam waktu Izzaty memecut kelajuah tahap cipan kononnya, entah macam mana kakinya terlanggar sesuatu sewaktu membelok. "Ouch!!" Izzaty terjatuh. "Sorry, sorry.." Izzaty meminta maaf. Izzaty mendongak. Mia! Dilihatnya Mia tidak pun mengadu sakit. Malah senyum. Izzaty pelik. Dia melihat kaki Mia. 'Mia selit aku? Dia sengaja letak kaki dia dekat situ nak bagi aku jatuh?' Izzaty panas. "Woi! Apsal kau buat macam tu ha?" Izzaty menolak bahu Mia. Mia senyum sinis. Barangnya yang banyak sengaja dijatuhkan. Riak muka Mia berubah. 'Menangis?' Izzaty pelik. "Aty! Apa kau buat dekat Mia?" entah dari mana Mike muncul. "Aku buat dekat Mia?" Izzaty kembali menyoal. "Dari jauh aku nampak kau tolak bahu Mia. Kau tak puas hati apa?" Mike menengkingnya. Pertama kali dia ditengking dengan Mike. Dan sebab Mia. "Aku…" Izzaty mahu menjelaskan perkara sebenar. "Dah! Aku tak nak dengar. Selama ni aku tak percaya sangat bila Mia cakap kau selalu ugut dia. Kau marah Mia kawan dengan aku. Tapi sekarang aku nampak sendiri dengan mata aku. Kau tak payah nak tunjuk baik dengan aku!" Mike masih marah. Izzaty berlalu dari situ menuju ke pejabat. Malas dia mahu bertengkar kalau pendapatnya tidak mahu didengar lagi. Dalam perjalanan, air matanya gugur. Tidak sangka sahabatnya sendiri hilang kepercayaan dengannya.
"She did that to you?" Fiera melenting apabila diceritakan kepada Fiera peristiwa tadi. "And he didn't believe you?" Izzaty menggunk. Mukanya sembab dengan air mata. "Dah lah Fiera. Aku malas nak panjangkan cerita." Izzaty menjawab lemah. "Ni dah lebih. Aku nak jumpa Mike jugak." Fiera bangun. Izzaty menahan. "Tak payah. Aku okey. Aku nak tunjuk kat kau ni." Izzaty menghulurkan sekeping surat. "What!!?? Congrats dear. Ini yang kau impikan kan?" Fiera memeluk dirinya. Izzaty senyum. Dia diterima masuk ke universiti di Switzerland. Walaupun dia masih belum menduduki SPM, tetapi result trial membolehkan dia mendapat tempat awal. "Aku terkilan tak dapat share dengan dengan Mike benda ni. Tapi tak per. Mungkin bukan rezeki dia. Aku minta kau jangan bagitahu Mike." Izzaty memegang tangan Fiera. Fiera mengangguk. "Bila kau akan pergi?" Fiera bertanya. "Graduation day sehari selepas habis SPM, esoknya aku pergi. Means, aku ada masa dengan kau sampai graduation day jer." Izzaty menjelaskan. "Kenapa awal? Dalam surat tulis daftar bulan 1." Fiera pelik. "Aku pergi awal. Dah parents aku pun dekat sana. Saja nak kenal dulu tempat tu." Izzaty memeluk Fiera.
Kemeriahan seaktu malam draduation day dapat dilihat melalui wajah pelajar-pelajar yang hadir. Almaklumlah baru lepas dari tekanan exam semalam. Walaupun majlis itu untuk pelajar senior, tetapi ada juga pelajar senior yang membawa pasangan junior. Bagi pelajar junior, time ni lah mereka mahu membodek pelajar senior kalau mahu ikut serta dengan majlis tersebut. Izzaty sibuk berbual dengan Fiera memandangkan itu malam terakhir mereka bersama. Keesokan harinya Izzaty akan berangkat meninggalkan bumi Malaysia. Di suatu sudut kelihatan Mike sedang tersenyum senang bersama dengan Mia. Izzaty hanya memandang dari jauh. "Kau still x nak beritahu Mike ke?" Fiera bertanya. Walaupun dia geram dengan Mike, tetapi memandangkan Izzaty dan Mike merupakan sahabat baik, Fiera merasakan yang Izzaty perlu memberitahu Mike. "Aku nak bagitahu macam mana. Mia berkepit jer dengan dia. Biarlah. Nanti mak aku akan bagitahu mak dia. So, lambat atau cepat, dia tetap akan tahu." Izzaty senyum. "Aku nak pergi back stage kejap." Izzaty meminta diri. "Buat apa? Kau bukan buat persembahan pun." Fiera merungut. "Kau tunggu jer dekat sini." Izzaty mengucap.
"Attention please. Sorry disturb korang yang tengah makan and menari ni." Hafiz selaku MC meminta perhatian. Semua mata tertumpu diatas pentas. "Malam ni, kita akan ada persembahan khas. Buat julung-julung kalinya, kita akan dapat mendengarkan suara emas seorang pelajar muzik yang selama ini, menjadi rahsia." Kelihatan semua memberi tepukan. Nama Izzaty kedengaran. Fiera terkejut. Dibelakang pentas, Izzaty sedia dengan gitarnya. Sementara itu…..
"Mike, aku nak cakap kejap." Akmal, menarik tangan Mike keluar dari dewan. Walau jelas riak tidak puas hati di muka Mia. "Kenapa?" Mike hairan. "Aku rasa kau tak patut buat Izzaty macam tu." Akmal memulakan bicara. "Apa yang kau cakap ni?" Mike mula meradang. "Jangan ce[at marah. Kau tak tahu keadaan sebenar. Aku ada time benda tu berlaku." Akmal lihat muka Mike bertukar merah. Menahan marah. "Kau pun menangkan Izzaty?" Mike melempiaskan marahnya. Sudahlah semua seakan-akan menyalahkannya apbila dia bergaduh dengan Izzaty. "Memang patut pun. Izzaty tengah lari, dia selitnya kaki Izzaty. Izzaty yang jatuh tersungkur." Akmal meninggikan suara. Mike terdiam. "Izzaty tolak bahu Mia sebab dia bengang. Mia buat dengan sengaja." Akmal meluahkan segalanya. "Habistu kenapa kau tak tolong kalau kau nampak?" Mike masih tidak puas hati. "Aku memang nak pergi tolong. Tapi, kau mendahului aku. Aku ingat bila kau dah datang, kau tolonglah Izzaty, tapi kau menangkan Mia. Kau sanggup lupakan persahabatan kau dengan Izzaty demi Mia yang selama ni curang dengan kau." Akmal memandang muka Mike. "Apa pulak kau cakap ni?" Mike kembali berang. "Kau tengok ni sendiri. Aku jumpa Mia time die keluar minggu lepas. Aku rakam lah." Akmal menunjukkan video Mia sedang berpeluk mesra dengan seorang lelaki. Tanpa ragu lelaki itu mencium bibir Mia. Mia hanya tersenyum. Mike terduduk. "Jom masuk. Ada benda kau perlu tengok." Akmal menarik tangan Mike. Diatas pentas, kelihatan Izzaty sedang duduk memegang gitar. Bersedia untuk menyanyi.
"Lagu ini saya tujukan buat insan yang lama hadir dalam diri saya dan juga buat semua rakan-rakan. Perkenalan kita selama lima tahun amat bererti. Dan kehadiran kalian memeriahkan lagi kehidupan saya sebagai seorang pelajar disekolah ini." Izzaty tersenyum. Semua orang bertepuk tangan.. Dewan kembali senyap apabila tangan Izzaty bermain dengan gitar.
Drew looks at me, I fake a smile so he won\'t see That I want and I\'m needing everything that we should be I\'ll bet she\'s beautiful, that girl he talks about And she\'s got everything that I have to live without
Drew talks to me, I laugh cuz it\'s so damn funny That I can\'t even see anyone when he\'s with me He says he\'s so in love, he\'s finally got it right I wonder if he knows he\'s all I think about at night
He\'s the reason for the teardrops on my guitar The only thing that keeps me wishing on a wishing star He\'s the song in the car I keep singing, don\'t know why I do
Drew walks by me, can he tell that I can\'t breathe And there he goes, so perfectly The kind of flawless I wish I could be She\'d better hold him tight, give him all her love Look in those beautiful eyes and know she\'s lucky cause
He\'s the reason for the teardrops on my guitar The only thing that keeps me wishing on a wishing star He\'s the song in the car I keep singing, don\'t know why I do
So I drive home alone, as I turn out the light I\'ll put his picture down and maybe Get some sleep tonight He\'s the reason for the teardrops on my guitar The only one who\'s got enough for me to break my heart He\'s the song in the car I keep singing and don\'t know why I do He\'s the time taken up, but there\'s never enough And he\'s all that I need to fall into
Drew looks at me, I fake a smile so he won\'t see.
Izzaty tersenyum puas. Tepukan gemuruh dengar dari setiap penjuru dewan sebaik sahaja dia manamatkan nyanyiannya. Izzaty memberi tunduk hormat. Dia berlalu meninggalkan pentas. Fiera menunggunya dibelakang depentas. "Wow! Suara kau sedap." Fiera memeluknya. Pertama kali mendengar sahabatnya menyanyi. "Aku tahu, kalau tidak macam mana aku lepas masuk kelas muzik?" Izzaty senyum. "Yer lah. Kau seorang jer yang kitorang semua tak pernah dengar suara. Yang lain pernah. Orang ingat kau dapat kelebihan sebab Cikgu Fazilah mak sedara kau." Fiera senyum. "Memang dapat kelebihan. Maksud aku dari segi, tak payah nyanyi depan orang ramai. Dia jer yang dengar suara aku. Tapi aku tetap kena nyanyi." Izzaty senyum. "Aku nak blah dah ni. Tak sempat nak tunggu sampai habislah. Barang ada yang tak kemas lagi" Izzaty menyambung bicara. "Aku pun lah. Nak tunggu apa lagi. Bukan boleh menang prom queen pun." Fiera dan Izzaty tergelak. Mereka berlalu meninggalkan dewan menggunakan jalan belakang.
Sejurus selepas itu, Mike sampai dibelakang pentas. "Hafiz, Izzaty mana?" Mike memanggil Hafiz. "Dia dah blah tadi." Mike menendang dinding. Kalau tak disebabkan Mia yang banyak songeh sewaktu dia memutuskan hubungan mereka, mesti dia sempat mengejar Izzaty. Mike mengeluh sendirian.
Sudah dua hari dia menjejakkan kaki ke bumi Switzerland. Dia mengambil angin petang dikawasan rumahnya. Taman mini dihadapan rumahnya memang mendamaikan. Ayah dan Ibu masih belum pulang dari kerja. Izzaty tersenyum melihat teletah ikan yang lari sewaktu dia menghampiri kolam mini tersebut. "Jauh larikan diri." Izzaty terkejut. Dia menoleh. Mike! "Apa kau buat dekat sini?" Izzaty bertanya terkejut. "Kejar kau." Mike menjawab selamba. Kerusi kosong disebelah Izzaty diduduki. Izzaty bangun. Mahu melangkah kedalam rumah. Perasaan kecewanya masih ada terhadap Mike. "Kau jangan lari lagi dari aku." Mike menarik tangan Izzaty. "Kau lepaslah tangan aku!" Izzaty merentap kasar. "Kau tak boleh lari dah sayang. Sampai Switzerland aku kejap kau." Mike tersenyum. Izzaty kaget! Sayang?? "Kenapa kau tak nak berterus terang dengan aku? Kan lagi senang." Mike menghampiri Izzaty. "Berterus-terang apa?" Izzaty sedikit gementar. "Kau sayangkan aku." Mike tersenyum. Izzaty merasakan ada batu berapi menghempap dirinya. "Eh kau jangan nak perasan lah." Izzaty mengelak. "Takkan Fiera nak tipu aku?" Mike menduga. Izzaty bertambah terkejut. Bukan lagi batu api yang dirasakan meghempap dirinya, malah seolah sedang terjun ke gaung yang dipenuhi ular, segalam jenis ular ada. "Kau dengarlah cakap Fiera." Izzaty ketawa. Jelas terpaksa. "Lagu tu bukan untuk aku?" Mike masih menduga. Izzaty diam. "Lagu tu untuk Drew. Kan lirik dia tulih nama Drew" Izzaty menunduk. "Sudahlah sayang. Mengaku jer." Kali kedua Mike menyebut perkataan sayang. Izzaty yakin dia tidak salah dengar. "So, kau nak buat apa? Gelak lah." Izzaty malas mahu main tarik tali lagi. "Kenapa aku nak gelak?" "Habistu kau nak apa?" Izzaty mengeluh berat. "Aku nak kau." Mike senyum menggoda. Izzaty mendongak memandang Mike. "Kau janganlah buat lawak." "Apsal pulak?" Mike pelik. Degil betul sahabatnya itu. "Mia kau campak mana? Kau belajar lah untuk setia." "Mia dengan aku dah tak ada apa-apa. Aku dah putukan hubungan malam tu jugak. Akmal dah ceritakan yang sebenar. And bila Fiera cakap kau dah pergi, aku rasa macam hilang nyawa aku. And bila Fiera cakap kau suka aku, sayang aku, aku yakin, selama ni, bukan Mia yang aku cari. Tapi kau." Mike senyum. Izzaty tepaku. "I love you Nur Imzal Izzaty" Mike melafazkan. Izzaty tekejut bukan kepalang. Dipandangnya wajah Mike. Mike tersenyum. Keningnya diangkat. Izzaty senyum. "I love you too Mike Amirul Arshah" sepotong ayat itu dilafazkan. Mike memeluk dirinya. Izzaty berasa bahagia yang teramat. Alhamdulillah… ucapnya didalam hati.
---------------------------------------- ini percubaan pertama. salh silap harap dimaafkan... (*_*)
Demam bola kembali melanda seluruh dunia. Bagi yang tidak minat memang tidak merasainya namun bagi yang minat sudah semestinya ternanti-nanti kejohanan berprestij ini. Kali ini Austria dan Switzerland diberi peluang menjadi hos bersama untuk Euro 2008 edisi ke-13. Aku pernah mengagumi presiden Austria, Heinzs Fischer yang mengambil sikap berkecuali semasa pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq. Sikap bijak dan berlapang dada presiden ini sedikit melegakan masyarakat Islam lebih-lebih pasca ledakan bom yang menggoncagkan London beberapa tahun lalu dan hampir sebahagian besar pemimpin kerajaan di Eropah menuding Islam sebagai dalang keganasan. Namun dengan tegas Fischer menyatakan bahawa Islam bukanlah musuh Austria. Fischer turut mengikuti program-program yang dianjurkan oleh komuniti Muslim Austria termasuk mengundang perwakilan Muslim ke kediaman rasmi presiden semasa bulan ramadhan. Sikap bersahabat Fischer dengan masyarakat Islam dinegaranya benar-benar menguntungkan komuniti Islam Austria dan mereka menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya. Malahan masjid-masjid di Austria kini tidak hanya menjadi pusat ibadah, tetapi juga menjadi pusat perbincanagn ilmu dan aktiviti kemasyarakatan. Permulaan Euro 2008 edisi 13 ini amat menarik dan penuh keterujaan. Diperingkat kumpulan, pasukan Belanda paling menonjol dan mencuri tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia walaupun diletak dalam kumpulan yang digelar sebagai kumpulan maut.. Setelah membelasah juara dunia, Itali dan naib juara dunia, Perancis dengan 7 gol berbalas 1 menjadikan skuad Oranje sebagai pilihan utama untuk bergelar juara. Memang tidak rugi membayar harga tiket kalau melihat aksi fantastic pemain-pemain berjersi serba oren ini. Fantastic football yang dipamerkan skuad Marco Van Basten mengingatkan peminat dengan kehebatan Belanda yang memperkenalkan permainan Total Football suatu ketika dahulu. 'Classic counter attack' Belanda yang laju dan tersusun benar-benar telah berjaya memalukan Les Blues dan Azzuri. Lebih manis gol-gol yang dijaringkan Belanda merupakan gol-gol cantik menjadi hadiah berharga buat kejohanan ini. Gol-gol cantik yang dijaring pemain-pemain kreatif Belanda seperti Wesley Sneijder, Robin Van Persie dan Arjen Robben memang dinanti-nantikan oleh 'football lovers' yang sememangnya merindui 'beautiful football'.
Jumaat 20 June 2008 Basel, Suku Akhir 1 Portugal vs Jerman
Perlawanan ini memang aku nanti-nantikan tapi aku bukanlah penyokong Portugal mahupun Jerman. Di atas kertas, kedua-dua pasukan ini dikatakan kuat. Mataku yang pada awalnya segar bertukar mengantuk padahal baru sahaja 15 minit masa perlawanan. Akhirnya aku...... zzzzzzzzz......
Sabtu 21 June 2008 Vienna Suku Akhir 2 Croatia vs Turki
Menyingkir England di pusingan kelayakan, Croatio turun sebagai pasukan pilihan pagi ini. Walaupun tanpa penyerang utama, Eduardo Da Silva yang cedera ketika bersama Arsenal, mereka tetap mempamerkan persembahan yang mantap dan bersemangat. Corak permainan Croatia yang tersusun dan menarik menaikkan nama pengemudinya Sleven Bilic, pengurus muda yang berbakat dan dikatakan bakal menyinar suatu hari nanti. Melihat pemain-pemain Turki yang kebanyakannya bertatu menzahirkan betapa jauhnya mereka dengan kehidupan berlandaskan Islam. Masih segar diingatanku bagaimana Kamal Artarturk menukar Turki kepada sekular bukan sahaja pemerintahan malahan seluruh kehidupan warga Turki. Kelibat seseorang yang penuh karisma di celah-celah ribuan peminat fanatic Euro menarik perhatian. Seraut wajah ceria, bersih dan jernih, ditambah sedikit uban dirambutnya serta hadir dengan penampilan yang segak mengagumkan. Ditambah perawakan luaran yang jelas memperlihatkan beliau seorang pemimpin berani dan dihormati. Aku mengagumi beliau bukan sahaja sebagai seorang presiden sebuah negara tetapi sebagai pejuang Islam yang mahu mengembalikan negara sekular kepada Islam yang sebenar. Presiden Turki itu telah berkali-kali melobi supaya Turki diterima masuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) namun sehingga kini penyertaan mereka ditolak tanpa sebarang alasan kukuh. Penolakan Pope Benedict ke-16 dan juga pihak-pihak lain dengan usul tersebut berpunca daripada takutnya mereka terhadap fenomena yang berlaku diseluruh Eropah hari ini. Fenomena populasi Turki Muslim, Arab Muslim dan India Muslim di benua Eropah yang semakin bertambah saban hari manakala saiz demografi masyarakat Eropah non-muslim yang semakin mengecil benar-benar menggerunkan. Keadaan ini akan menjadi semakin rancak jika Turki diterima masuk menyertai Kesatuan Eropah (EU). Bilangan rakyat Turki berjumlah 70 juta orang itu sudah cukup untuk meningkatkan populasi muslim benua Eropah. Kemasukan Turki akan memberikan kesan jangka panjang kepada Eropah. Majalah Economist pernah membuat liputan mengenai fenomena Islam di Eropah. Di dalam liputan yang tidak komprehensif itu, kebanyakan laporan menyorot potensi Islam menjadi agama utama di kota-kota besar Eropah menjelang tahun 2050. Perlawanan antara Crotia dan Turki pagi tadi benar-benar dramatik dan cukup mendebarkan. Minit-minit terakhir masa tambahan Croatia berjaya menyumbat gol yang dicari-cari setelah berhempas pulas lebih seratus minit. Jaringan itu seolah-olah akan meleburkan impian Turki untuk mara namun beberapa saat sebelum pengadil meniup wisel penamat, Semih Senturk melakukan keajaiban dengan menjaringkan gol cantik untuk memanjangkan masa perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Pemain-pemain Croatia yang tersentak dengan jaringan ajaib itu tewas secara psikologi 3-1 kepada Turki.
Ahad 22 June 2008 Basel, Suku Akhir 3 Belanda vs Russia
Melihat aksi tidak bermaya pasukan Belanda aku teringat kebiadaban Geert Wilders yang jelas cuba membakar perasaan umat Islam seluruh dunia dengan menayangkan filem yang menghina Islam. Anggota parlimen Belanda yang hatinya telah terpaut pada Israel ini tetap berdegil walaupun kerajaan Belanda marah dengan tindakan tersebut. Filem yang berjudul Fitna, Wilders menggambarkan Al-Quran sebagai kitab suci yang menggalakkan keganasan dan bersifat perkauman. Ini bukan kali pertama Wilders mencemarkan Islam. Beberapa tahun lalu, ketua parti berhaluan kiri, Parti Kebebasan ini melontarkan gagasan yang berbentuk hasutan apabila menyaraNkan kerajaan Belanda melarang pengedaran al-Quran. Dalam akhbar harian De Volksrent, Wilders pernah menulis, “Larangan buku (Al Quran) yang buruk ini seperti Mein Kampf dilarang.” Mein Kampf adalah buku yang berisi pemikiran-pemikiran dan ideology pemimpin Nazi, Adolph Hitler. Sungguh biadab!! Walaubagaimanapun impak daripada filem tersebut cukup menakjubkan. Beberapa sumber Belanda menegaskan perpustakaan di Amsterdam dikunjungi orang ramai dengan jumlah yang agak luar biasa dan mereka mencari buku-buku yang berkaitan Islam. Laporan itu juga menyatakan mushaf-mushaf elektronik yang diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda hampir habis dijual di pasar raya selepas dua hari filem itu ditayangkan dan yang lebih menarik tiga orang telah memeluk Islam. Terbukti benarlah firman Allah dalam surah Ali Imran ayat ke 54: “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” Menganalisis perlawanan pagi tadi, Rusia berhak di atas kemenangan itu. Maka, berkecailah rekod kejayaan seratus peratus skuad kendalian jurulatih berumur 43 tahun itu dilunyai anak buah Guus Hiddink. Gerakan-gerakan cantik dan mengelirukan benar-benar dapat menewaskan pertahanan dan penjaga gol belanda yang begitu kental, hanya tewas dengan jaringan Thierry Henry sahaja diperingkat kumpulan. Pagi tadi nampak gayanya Guus Hiddink sudah tahu-tahu taktik Marco Van Basten. Guus Hiddink yang berasal dari Belanda telah membuktikan kepakaran dan pengalamannya diperingkat antarabangsa. Pemain-pemain Belanda yang ramai berstatus bintang seolah-olah tidak larat mengekang kepantasan pemain-pemain Rusia yang bagaikan singa lapar memburu gol. Apa yang berlaku terhadap Belanda pagi tadi mirip dengan Itali dan Perancis. Pagi tadi semuanya tidak menjadi buat Belanda. Malang sekali pasukan yang paling menghiburkan di kejohanan ini tersingkir awal.
Isnin 23 June 2008 Vienna, Suku Akhir 4 Sepanyol vs Italy
Sepanyol menjadi pilihan pagi ini. Walaubagaimanapun, rekod cemerlang Itali di kejohanan berprestij seperti ini tidak boleh dipandang enteng. Setengah jam berlalu corak permainan kedua-dua pasukan yang berhati-hati sangat membosankan. Aku mencapai senaskah majalah untuk membaca sesuatu supaya aku tak terlena sepertimana adik-adikku yang nyata kecewa dengan corak permainan Itali yang hanya bertahan. Aku tertarik untuk membaca satu artikel mengenai kehalusan seni bina masjid-masjid yang terdapat di Sepanyol khususnya masjid Cardoba. Peninggalan sejarah seperti ini membuktikan Islam pernah gemilang di Sepanyol suatu ketika dahulu. Dahulu Sepanyol dikenali sebagai Andalusia yang terletak di semenanjung Iberian. Sebelum kedatangan Islam, Andalusia dikuasai oleh kaum Visgoth. Ketika empayar Rom, mereka telah membawa ramai orang Yahudi ke Andalusia. Oh agak panjang untuk menceritakan bagaimana Islam dapat menawan Andalusia dan membawa Andalusia mencipta satu sejarah yang gilang-gemilang. Andalusia dibawah pemerintahan Islam telah menunjukkan kecemerlanagn pemerintahan, kebudayaan dan peradaban baru dalam benua Eropah sehingga ia menjadi model kepada Barat akan uniknya sebuah kerajaan Islam. Andalusia menjadi pusat para cendikiawan dan ulama Islam di Eropah berkumpul. Pelbagai bidang ilmu telah berkembang disini seperti sains, astronomi, seni bina, kesusasteraan, politik, falsafah dan tasawwuf. Sesiapa pun tidak dapat menafikan peranan yang telah dimainkan oleh pemerintah dan cendikiawan Islam dalam kemashyuran bumi Andalusia kini. Kehebatan pelbagai bangunan dan masjid yang masih mengekalkan kehalusan seni binanya masih tersergam indah sehingga ke hari ini. Oleh itu, kerajaan Sepanyol telah membina sebuah pusat kebudayaan Islam sebagai pengiktirafan kepada kegemilangan Islam di Sepanyol. Malangnya segala kegemilangan itu tidak mampu bertahan lama. Semuanya gara-gara masyarakat Islam telah lupa dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka mengejar kekayaan dengan membina pelbagai bangunan pencakar langit dan masjid-masjid mewah semata-mata untuk bermegah-megah. Malahan, sentiasa bercakaran sesama sendiri, berpecah-belah, berpuak-puak serta perebutan kuasa yang berlaku menjadikan umat Islam Andalusia lemah sehingga kegemilangan Islam yang dibina runtuh. Setelah tamat masa tambahan 30 minit, Sepanyol dan Itali masih buntu mencari gol. Perlawanan kalah mati ini terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Dari segi pengalaman serta penjaga gol nombor satu dunia, Gianluigi Buffon yang dimiliki skuad Azzuri, kelebihan berpihak kepada skuad Donadoni untuk mara. Akhirnya, rekod cemerlang Buffon tercemar dengan kehebatan kapten Sepanyol, Iker Casillas yang berjaya menyelamatka dua penalti untuk membawa pasukannya mara ke separuh akhir.
Khamis 26 June 2008 Basel, Separuh Akhir 1 Turki vs Jerman
Haha... Aku masih lagi tidak percaya Portugal tewas kepada Jerman dan Croatia tewas kepada Turki. Melihat aksi setiap pasukan dari peringkat kumpulan, Portugal dan Croatia menjadi pilihan aku untuk mara ke separuh akhir selain Belanda dan Sepanyol. Malangnya, ramalanku tidak benar-benar belaka. Haha.. nak cerita pasal perkembangan politik di Turki. Terbaru di Turki, ketua Pendakwa raya Turki Abdurrahman Yalcinkaya telah membuat permohonan di Mahkamah Perlembagaan Turki untuk menutup atau mengharamkan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) atau dalam bahasa Turki Parti Adalet ve Kalkinma yang diterajui oleh Abdullah Gul yang kelibatnya bersama-sama peminat di Stadium Basel ketika ini. Setahunya, sistem kehakiman Turki berbeza dengan Malaysia yang mana Turki mempunyai Mahkamah Perlembagaan yang boleh mengadili mana-mana pertelagahan yang melibatkan prinsip-prinsip perlembagaan. Mahkamah Perlembagaan Turki telah mengharamkan 40 parti politik di Turki sejak ditubuhkan pada 1961. Parti Refah pimpinan Najmuddin Erbakan juga telah diharamkan oleh Mahkamah Perlembagaan ini 10 tahun yang lalu. Alasan Yalcinkaya terhadap permohonan tersebut adalah kerana Parti AK telah menjalankan aktivit-aktiviti anti sekular seperti hubungan baik pemimpin parti dengan ulama, ucapan-ucapan yang berbau keagamaan dan banyak lagi. Kesemua alasan-alasan itu jelas menunjukkan betapa terdesaknya puak-puak sekularis Turki. Tidak demokrtaik langsung!! Agaknya mereka lupa Parti AK telah memenangi pilihanraya dan kemenangan mereka telah mendapat mandat daripada rakyat. Sebenarnya puak-puak sekular berhati busuk ini berdendam dengan Parti AK yang menarik balik larangan bertudung di universiti. Aku yakin dendam mereka akan membinasakan mereka. Suatu hari nanti. Mudah-mudahan Islam akan terus kukuh di bumi Usmaniyyah tercinta ini. Perlawanan pagi tadi cukup menarik dan mengujakan. Malangnya keterujaan itu terganggu dek siaran yang kerap tergendala. Sebelum perlawanan, skuad Fatah Terim digelar pejuang tempang kerana masalah kecederaan dan penggantungan pemain-pemain utama. Yang mengejutkan skuad Turki yang sudah beberapa kali mati hidup semula mendominasi sebahagian permainan. Walaupun mereka bangkit menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir diatas sentuhan ajaib Semih Senturk tetapi pada pagi itu tuah tidak bersama mereka. Penyokong Jerman berpesta meraikan kejayaan mereka ke akhir walaupun Turki lebih berhak untuk kemenangan itu.
Jumaat 27 June 2008 Vienna, Separuh Akhir 2 Sepanyol vs Rusia
Rusia yang mengejutkan Belanda diperingkat suku akhir, menjadi pilihan mengalahkan Sepanyol dan mencipta sejarah pertama kali melayakkan diri ke final. Aksi bertenaga mereka menaikkan nama Arshavin dan Pavlyuchenko. Semangat pemain-pemain Rusia di atas padang ketika membenam pasukan pilihan Euro, Belanda bagaikan cerminan semangat penduduk Muslim Rusia dalam menyebarkan dakwah Islam. Dari hari ke hari penduduk tempatan yang memeluk Islam juga semakin bertambah meskipun sentimen anti-Islam juga tidak kalah hebatnya. Sekitar 20 ribu orang telah memeluk agama suci ini sejak awal Januari hingga Oktober tahun 2004. Jumlah itu menurut Islamonline hanya merujuk perkembangan di Moscow sahaja dan 75 peratus daripada jumlah tersebut adalah remaja yang berusia antara 17-21 tahun dan mereka sememangnya mencari sesuatu untuk dijadikan panduan hidup. Selepas peristiwa di Beslan beberapa waktu dulu, tidak dinafikan masyarakat Islam di Rusia menjadi sasaran kebencian. Jurucakap pertubuhan Islam di Moscow menyatakan wujud kempen secara tersembunyi terhadap penduduk Islam Rusia di media dengan menakutkan masyarakat bahawa setiap muslimah yang bertudung adalah pembawa pengebom berani mati. Meskipun demikian, kempen anti Islam secara senyap ini telah menarik minta sebilangan masyarakat Rusia untuk mengetahui lebih mendalam mengenai ajaran Nabi Muhammad. Namun perlawanan antara Rusia dan Sepanyol sebentar tadi amat mengecewakan. Permainan tidak bersemangat yang ditunjukkan pemain-pemain Rusia telah memberi laluan mudah kepada Sepanyol yang sememangnya kelihatan sangat lapar memburu kejuaraan pertama mereka selepas 44 tahun. Dua gol yang direncanakan oleh bintang Arsenal Cesc Fabregas itu membuktikan pemain paling muda dalam pasukan Sepanyol ini telah matang melebihi usianya. Permainan bersahaja tetapi penuh semangat serta variasi hantaran kreatif pemain berjersi 10 ini benar-benar memberi impak yang besar selepas masuk sebagai gantian menggantikan David Villa. Akhirnya Sepanyol mara setelah membenam Rusia 3-0.
Isnin 30 June 2008 Vienna, Akhir Sepanyol vs Jerman
Sepanyol dan Jerman akhirnya yang ke final. Haha... sebelum Euro bermula lagi perdebatan peminat di alam maya memang rancak. Artikel 'Euro 2008 debate' bertajuk 'Who will make the final?' yang disiarkan selepas tamat peringkat kumpulan hangat dibahaskan. Rata-rata peminat mahukan Portugal vs Belanda di final. Aku harap Belanda dan Croatia ke final rupanya tidak menjadi. Final kali ini kurang menarik dan kurang teruja. Bak kata orang kurang ummphh. Walaupun aku bukanlah 'die hard fan' Sepanyol tapi aku gembira mereka menjuarainya. Aku tertarik dengan negara lembu ini yang dahulunya cahaya Islam pernah bersinar indah disitu. Semuanya hanya tinggal sebagai sejarah. Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang Sepanyol yang aku ingin coretkan. Jika di negara-negara Eropah lainnya para pendatang yang beragama Islam dipandang serong tetapi tidak di Sepanyol. Masyarakat Islam Sepanyol dapat hidup dengan selesa dan harmoni tanpa sebarang ancaman walaupun dunia Barat mengaggap Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. Malahan kerajaan Sepanyol juga mengakui pendatang Islam talah berasimilasi dan menjadi sebahagian dari masyarakat Sepanyol. Perkembangan Islam di Sepanyol amat mengagumkan dan gerakan-gerakan Islam ini dipelopori oleh golongan yang baru memeluk Islam. Justeru, aku tidak hairan andainya seorang pemain bola sepak Liga Inggeris yang paling menghiburkan berhijrah ke Sepanyol. Perpindahan Thierry Henry ke Barcelona sudah lama diduga namun peminat terkejut dengan keputusan penceraian Henry dengan isterinya, Claire. Kenyataan-kenyataan Henry tentang penceraian itu juga aneh. Dia pernah memberitahu seorang kenalan rapatnya, “Banyak perkara telah berubah sejak kebelakangan ini. Aku perlu menjauhkan diri dari faktor Inggeris sepenuhnya termasuk isteri aku.” Peminat tertanya-tanya mengapa dia berkata sedemikian? Apa sebenarnya yang mendorong Henry sehingga dia sanggup meninggalkan orang tersayang? Walaubagaimanapun peguam Henry menegaskan yang dia berhijrah ke Barcelona kerana bola sepak bukan atas faktor-faktor lain. Ada juga maklumat menyatakan yang Henry mempromosikan buku-buku Islam kepada teman-temannya serta mneggalakkan mereka untuk membacanya. Ketika bersama Arsenal pernah dia meraikan gol dengan aksi seperti orang Islam sedang sujud dalam sembahyang. Ketika lawatan ke Arab Saudi pula, Henry menyatakan yang dia berminat dan tertarik dengan Islam. Wallahualam… samada itu benar atau hanya khabar angin, Allah yang lebih tahu. Pernah dengar nama Frederik Kanoute? Mungkin nama ini tak sepopular Kaka, Thierry Henry, Ronaldinho, Steven Gerrard, Cristiano Ronaldo ataupun Cesc Fabregas namun nama ini cukup popular dikalangan masyarakat Islam Sepanyol di Sevilla bukan hanya sebagai pemain bola sepak tetapi lebih daripada itu. Sungguh penduduk Islam Sevilla akan sentiasa mendoakan kebahagian pemain ini. Jasanya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Pemain ini telah menggunakan sejumlah wang gajinya sebagai penyerang Sevilla untuk membeli sebuah masjid. Jikalaulah dia tidak berbuat demikian, umat Islam Sevilla akan menangis air mata darah melihat rumah Allah itu bakal dijadikan gereja. Murni sungguh peribadi pemain ini yang memeluk Islam ketika berusia 21 tahun. Kebangkitan Islam di bumi AS dan juga negara-negara Eropah tidak dapat dinafikan malahan perkembangannya cukup drastik. Ramainya golongan warga AS dan Eropah yang memeluk Islam telah menjadikan Islam diiktiraf sebagai “The Fastest Growing Religion.” Walaupun juak-juak yang membenci Islam terus-terusan mengadakan kempen menempelkan slogan keganasan terhadap Islam namun gagal menyekat perkembangan Islam. Semakin buruk gambaran yang mereka berikan mengenai Islam, semakin tinggi inkuiri seseorang untuk mengetahui tentang agama suci ini. Apabila mereka telah mengetahuinya, mereka semakin tertarik akan keindahan serta kebenarannya dan sukar untuk melepaskannya. Berlabuhnya tirai Euro 08, tamatlah catatanku ini sepanjang Euro berlangsung. Inilah sedikit catatan untuk mengelak dari tertidur ketika menunggu waktu solat Subuh masuk selepas menonoton Euro… hehe… dahsyat kalau solat subuh 'gajah' atau subuh 'dinasour' disebabkan tengok bola. Dosa... dosa... Semoga diri saya dan sahabat-sahabat dapat manfaat bersama daripada catatan ini. Wallahualam….
sejauh mana ikhlasnya hati ketika lembut senyum diberi apakah ada tujuaan sebalik senyuaman ini Sejujur manakah kata-kata ketika kita bertentang mata Bolehkah aku percaya ini bukan satu sandiwara kerana sering pengucapan.. zahir batin tak seiring ada rasa pada jiwa sehingga hilang rasa percaya
pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran pahit getir yang pernah dilalui guruku sejati bukan diri mu ku curigai aku sekadar berhati-hati tidak rela bakal ada antara kita yang kecewa harus waspada
_spring;sejujur manakah kata-kata
****
Hamdan mengusap lembut muka Sheila.Dia memandang dengan lembut.Bermain anak mata Shiela.Baru tadi puas dia melampiaskan nafsunya. Sheila dengan mudah menyerahkan tubuhnya pada lelaki bernama Hamdan itu.Lelaki itu dikenali hanya dari chatting. Baru 3 bulan lelaki itu dikenali.Sebenarnya Shiela pun tidak pasti tentang Hamdan.yang pasti,hatinya sudah jatuh kasih.Kasih teramat angat.Sementara itu,Hamdan bangun. "sayang..abang tetap sayang kan mu."hamdan menghulur baju Sheila yang tersidai diaampaian.Rambut Shiela Hamdan belai lembut. Dalam hati Hadan tersenyum girang.Mudahnya wanita.
"abang ada kerjalah sheila sayang..abang hanatr shiela balik dulu ea?" Shiela mual bermasam muka. "alah..abang tadi akta free.." "Ni kawan hantar message" Shiela hanay menurut terpaksa.Memakai semual blaus.Mengenakan tudung. "Abang manja tak?"soal Hamdan dan menjamah bibir Sheila.Sheila tersenyum. "jangan tinggalkan shiela." "tak..kita tetap kawan.." Shiela diam.ada rasa kurang enak dengan perkataan kawan tu. Hamdan merangkul pinggang Sheila.Tanagnnya merayap tempat tak sepatutnya.Sheila menepis manja..rela dan tidak lagaknya. 'ah perempuan malu2 kucing' target hati Hamdan. 'sayonara kau shiela..'
****** Hamdan meraih tangan Wardiah.Wardiah diam membeku.Kereta Bmw Hamdan memecut laju.Cadangan mereka ingin ke Ulu Yam.Bermandi manda bersama.Hamdan mula memasang angan-angan biasa. Alim je..aku rasa ni..mesti senang ni itulah ayat Hamdan biasa dalam hati. Hamdan tidak kisah,janji dia dapat puaskan nafsunya.Segala jaji dusta dicurahkan.Tanagnnya mengenggam erat jemari wardiah.Wardiah tunduk malu. Biasalah..bunga baik..sangka hati Hamdan.Itulah ayat Hamdan. Dia memang takkan kalah dengan wanita.wanita mudah tunduk padanya.Ada kereta Bmw pon adh untung.apatah lagi di tambah dengan handsomenya aku.Kata hatinay nakal.Walaupun dia sedar kereta BMW ini kereta syarikat aje,tapi dia dah mampu mengoyahkan hati wanita yang mudah percaya. Wardiah merenungnya.Dia merenung Wardiah.Wardiyah malu.Hamdan membawa wardiyah ketempat sunyi. Seperti biasa dia memasang pujuk rayu.Wardiyah mula2 menola..setelah tiga kali dia mengoda..akhirnya Wardiyah pon tewas.Tewas tangan HEARTBREAKER. Hamda senyum bangga. ******
Hamdan menhabiskan roti canai yang tinggal suku. "Aalaaah..perempuan ni Shah..petik jari je aku dapat.."Dia tergelak besar. "awek yang hari tu kau bagi tu..mengancam abis lah Dan..Mula2 tak mau..tapi dia nak jugak..' "alah kau..biasalah tu..aku dah biasa dah.." "Semua malu tahi kuching.."Hamdan tergelak lagi.Bangga sekali dengan pencapaiannya. "Hamdan..aku ada awek baru..tak lah cun sangat..alah tapi janji dapat..Kau nak? "Boleh gak..name dia sape?" "aku kenal dalam chatroom jugak..aku malas jumpa dia..sebab aku ada temu janji dengan Mona.Nama dia..Nur" "aku bagi gambar kau masa tu...Kau nak tak?" "Boleh gak..aku pun dah lama tak tengok permpuan nangis..name macam baik je"hamdan tertawa besar. "Ok sett..."
*******
Hari dinantikan.Hamdan tak payah pakai baju cantik2.Baginya kereta dia dah cukup. "Abg balik umah jap ea Nur..Abg nak ambil barang.." "nur ikut abg boleh?" nur mengangguk,tanda setuju.YESS...UMPAN HAMPIR MENGENA Sampai dirumahnya,Hamdan menarik jemari Nur.Tidak memandang langsung orang gajinya.Kebiasaan orang gajinya pun dah tak amik tahu.takut dia kena lempang.Takut kena terajang dengan Hamdan.Nur masuk kedalam bilik Hamdan.Bagi lembu dicucuk dihidung.Pintu bilik Hamdan kunci langkah awal.Lampu dipadam.Komputer dipaasng.Lagu heavymetal berkumandang.Nur diam sahaja sebaik Hamdan menyuruhnya membuka tudung.Kata Hamdan,dia penat.Mahu rehat sekejap. Rambut Nur panjang,lurus.Haruman Pantene menusuk.Hamdan makin tak tahan gelora.Terus didakap erat Nur yang tercengang tiba-tiba.Nur diam tapi melawan.Hamdan semakin menganas.Tiba-tiba tangan hamdan digigit Nur.Pipi hamdan ditampar,dan susuk hamdan yang macam kerengga itu di tolak ke dinding. "ADUH"hamdan mengerang kecil "nur sayang..kata nak temankan abg sampai kemana pun..pandanglah sini..' "Tak mo..!!"Nur menepis.Bibir hamdan ditolak dari mengenai leher Nur. "Nur.."tubuh Nur ditarik rakus. Nur tolak badan itu algi.Kena lagi ke dinding. 'main kasar ea kau' "abang nak bersama Nur.please sayang..abang ni manja.." Nur bangun dan membuka lampu. "Kalau Nur tahu macam ni,tak hinggin datang..' "sayang...abang bukan nak buat apa.." rayu hamdan lagi.Geram betul ngan minah ni..aku guna cara kasar karang. Hamdan ikut bangun,menarik dagu Nur.dah lah..Abg nak tidur.Nur duduk kat abg je..abang atk usik..Janji.." Akhirnya Nur mengalah.Baring di sudut tepi katil. Hamdan sudah tercabar,tidak kira.Nur akan jatuh padanya juga.Itulah niat sebenar Hamdan. Nur ditarik kepelukan.Nur meronta.Makin meronta makin kuat hamdan peluk.Makin kuat Nur menggigit tangannya. "Aku nak balik lah!!!Setan."Nur bangun.Bergegas keluar.Menuruni tangga. Hamdan diam.Hasratnya jadi terbantut.Bibik dengar Nur jerit tadi.Hamdan bengang. "Nur..'hamdan menarik lengan Nur. "Dont touch me!i hate you.."Nur menangis teresak. "Abang hantar.." "tak payah..." "Nur..abang hantar.." Nur merenung muka Hamdan. "Pudu.." sepatah itu Nur cakap.Nur sebenarnya tak tahu jalan KL.kalau tidak jangan harap nak naik kereta dengan lelaki ini.Hamdan diam. Sesampainay di PUDURAYA,Nur keluar tanpa ucap terima kasih.Hanya not merah RM10.katanya duit minyak.Hamdan hanya menelan liur.Tak sangka begitu cepat dia tewas dengan gadis itu.
itulah saat terakhir dia tewas dari Wanita.sehinggalah dia membawa kemari.Doktor mengesahkan penyakitnya sukar disembuh.Sehinggakan dia terlantar dan disahkan menghidapi siflis dan Hepatatis B.Dia sedar sudah lewat untuk kembali.Tiada lagi gelak tawa dan wanita.Shah pun tiada menemaninya ketawa menghabiskan sisa malamnya bercerita tentang kehebatannya.Syukur aku tak merosakkan gadis bernama Nur.Biar pun aku sudah terlewat,aku harap aku akan bertemu mu nanti untuk berterima kasih.Hamdan menadah tangan ditikar sejadah.Terasa malu dan kerdil.jijik untuk melihat dirinya.
Cinta sememangnya membuat kita gila.sanggup menyerahkan mahkota kita kepada insan yang tidak sepatutnya.sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.Cinta jika salah tafsiran buruk padahnya.Seandainya agama itu ada,kita tak mungkin terdorng kearah lembah mungkar.Dunia ini hanya pancarloba.dalam kita bahagia mencari cita sejati,ada yang merana kerana cinta yang tak pasti dan jauh dari erti cinta sebenar.
"Dunia ini syurga bagi orang kafir."itulah pesan Nabi kita Nabi Muahmmad SAW
P/s semoga kita tidak terjebak dengan cinta yang membawa kehancuran. Buat wanita diluar sana..cerita ini berdasarkan pengalaman seseorang.Semoga menjadi pengajaran dalam hidup kita ayng mentah mencari apa itu cinta.Sama-sama kita renungkan.
KAHWIN KONTRAK BAB 10 Aku terdengar loceng rumahku dibunyikan. Aku membiarkan sahaja.. Tiba-tiba pintu rumahku dibuka. Wajah Syira muncul. "akak!!"jeritnya. Dia berlari mendapatkanku.. dia mengangkatku ke sofa.. Surat di tanganku diambilnya.. "akak, rose ni dah layu.. tangan akak berdarah ni kena duri.." dia mengambil kuntuman rose itu ditanganku "dia dah pergi.. dia dah tinggalkan akak" teriakku.. aku menghentak-hentakkan kakiku.. Syira memelukku "sabar, kak.. banyak-banyak beristighfar..dia pergi mana??" " akak x tahu.. akak nak mintak ampun dgn dia. Akak derhaka dgn dia, dia suami akak.. Akak nak jumpa dia…!!"jeritku. Syira yang sedang membersihkan lukaku memelukku lagi.. Aku menangis sepuas-puasnya. Selepas itu, Syamil datang bersama mama dan abah.. mama meluru memelukku "maafkan mama, sayang.. kalau mama tak ugut kamu dulu maybe perkara ni takkan berlaku.." "dia dah pergi dari hidup Fia.. Fia rindukan dia.. Fia banyak lukakan hati dia" "dia dah pergi mana..abah akan cari dia..".Aku menggeleng tanda tidak tahu.. aku menyerahkan surat itu ke mama.. Usai membacanya, mama menangis dan memelukku " kita akan cari dia.. Fia jangan risau, kita akan cari dia"ujar mama sungguh-sungguh.. Aku tiba-tiba bangun dan dan berlari ke beranda.. "mama.. kalau bukan sebab mama, semua ni takkan jadi.. Fia takkan jumpa dan jatuh cinta pada dia.. kalau mama tak paksa Fia, Fia takkan buat kerja bodoh tu.. Mama tahu kan perkahwinan Fia itu satu dosa..Kahwin kontrak itu satu dosa.. mama boleh fikir tak berapa banyak dosa Fia buat kat Eri supaya dia ikut perjanjian tuh.. Mama tak fikir, tak pernah fikir pon.. Mama..!!!"jeritku.. Aku tak tahu hantu apa yang merasukku sampai aku boleh jadi begitu.. Mama berlari memelukku "Maafkan mama, Fia..mama mengaku semuanya salah mama.. Mama ego, mama pentingkan maruah mama berbanding kebahagiaan anak mama sendiri" "dah, semua balik..Balik.. Fia tak nak tgk muka mama lagi.. Mama dah buat Fia menderita.. Fia benci mama!!"jeritku.. Satu penampar gagah milik abah hinggap di pipiku.. Aku terkesima.. Sampai hati abah.. "sampai hati abah buat Fia macam nih..Pergi..pergiiiiiiiiiiiiiiii"jeritku sebelum aku jatuh tidak sedarkan diri
-----------------------------
Dua bulan kujalani dgn payah sekali.. Kandunganku yang mencecah dua bulan ini cukup mencabar ketabahanku.. Aku masih seperti dahulu.. Sering terbaring lemah dikatil tanpa membuat satu pekerjaan pon..Gambar Khusyairi sudah kelepet aku peluk dan cium..Gambar-gambarnya di handphoneku setiap hari aku tatap.. Sali Holdings kembali diuruskan oleh abah selepas aku dimasukkan ke hospital jiwa kerana tekanan perasaan.. Hari ini aku dibenarkan keluar selepas membazirkan waktu di situ hampir dua bulan.. hari ini dgn tekad dan semangat yang tinggi aku pulang ke kondominiumku.. Bilik Khusyairi aku masuk dgn linangan air mata.. Katilnya aku pandang.. Aku terpandang sesuatu.. diari..biru.. Diari biru miliknya..
Pertemuan pertama dgn dirinya membuahkan bahagia..Renungan matanya menggetarkan batinku..Arghh, cintaku berputik.
Pertemuan yang ke-dua ini memang satu kebetulan..Rupa-rupanya dia masih belum berpunya.. Aku sengaja ke temu duga itu..Akhirnya aku bisa menjadikan dia milikku..
Malam pertamaku x seindah pasangan lain..Panahan matanya meruntuhkan temboh imanku.. Aku merenungnya sewaktu dia tidur..Wajahnya ku kucup..Hangat dan membara..
Pelukan pertama yang menghangatkan diberi waktu aku sakit..Aku rela sakit begini demi mendapatkan kehangatan pelukannya.
Sikapnya semakin berubah.. Dia semakin membahagiakanku.. Dia menjadi Hafia yang sebenarnya..Lincah dan manja
Tuhan..dugaan apa lagi ini..dia mmg cintakan aku sejak dulu lagi.. Bukan wang yang dia harapkan sewaktu menikahiku tapi memang cintanya tulus buatku..Aku terus ke rumah mama.. Mama memelukku dgn linangan air mata "maafkan mama, Fia.." "Tak..mama tak salah..thanks mama, kalau bukan sebab mama, Fia takkan jumpa lelaki yang begitu cinta akan Fia.. I owe you a lot.." "Hafia.."panggil seseorang.. Aku berpaling..Uncle Man rupa-rupanya "Uncle, maafkan Fia uncle.." "it’s ok..Uncle dah tahu semuanya.. Fia tak salah, Eri pun tak salah.. Sekarang Fia kena kuat sebab kita dah mula bergerak cari Eri.. Kita dah buat iklan dekat paper.. Sekarang kita nak pergi tampal gambar Eri dekat public amenities..Kita kena cari dia cepat sebab tempoh lapan bulan dah nak berakhir.."..Aku kaget..lapan bulan.. apa kaitannya dgn permasalahan ini "ada apa dgn lapan bulan, Uncle" "he doesn’t told you anything, right. Tentang jantung dia"soal Uncle Man.. Aku angguk.. Aku gementar, teka-teki apa pulak nih"Dia dah kritikal.. he need a donour kalau tak..You have to face this, Hafia" ‘kenapa dia tak beritahu apa-apa pun dekat Fia.. sampai hati Eri" "That’s why kita kena cepat sbb dia tak mahu ikut operation tu.. Kita dah ada penderma .." "Fia nak ikut.." ‘But, your baby, Fia..Think about it..Kandungan Fia tak kuat lagi.. Nanti membahayakan Fia pulak.. Biar kami je yang pergi" "a’ah akak.. biar kami je pergi"sampuk Syamil "takpe.. akak dah cukup kuat.. akak nak cari dia" Kami bertolak ke sekitar bandar.. menampal gambarnya di board-board utama..Kini kami berada di Shah Alam.. semua jenis hospital aku hubungi, dia tetap tiada.. Oh Soo Jung juga buntu kerana Khusyairi juga tidak bertandang ke Korea.. "Ok, rehat dulu.. jom pergi makan.."..Kami singgah makan di Restoran Rasa Sayang. Aku termenung merenung teh ais milikku "Eri suka kanak-kanak..kalau Eri tension or sedih, Eri akan jumpa kanak-kanak" "kanak-kanak?? Anak siapa Eri buat main..ke Eri cilok budak-budak tuh" "ala..rumah anak yatim kan ada" "kat mana biasa Eri pergi.. Yelah, kat KL ni saja berlambak rumah yatim" "biasa Eri pergi Rumah Bakti.. kat situ paling ramai budak-budak" Aku tersentak.. Kanak-kanak..ya, itulah kunci kepada masalah ini.. Eri di rumah anak yatim.. Tanpa pengetahuan orang lain, aku sudah memecut laju ke Rumah Bakti.. Sejam kemudian, aku tiba di situ.. Rumah Bakti yang mungkin menjadi tempat persembunyiannya selama 2 bulan ini..Aku memasuki kawasan rumah itu..Ramai kanak-kanak bermain disitu.. Aku terlihat seseorang.. Aku lihat lelaki itu duduk diatas kerusi roda..Adakah itu.. "Syed Iman Khusyairi, is that you"panggilku perlahan..Tiada respons.. "Eri, it’s me.. Hafia..your wife"panggilku sekali lagi..Tiada respons lagi..Aku hampir berlalu pergi.. "Abg Eri, ada orang panggil tuh"kata seorang budak kecil.. "Abg ni, selalu tidur kat sini tau..tuh kesian kat auntie tu panggil Abg Eri dari tadi" kanak-kanak perempuan itu berbicara lagi..Tuhan, benarkah suami yang terduduk lemah dikerusi roda itu suamiku.. "Tolak Abg kat dia sayang.. Abg letih "keluhnya perlahan..Aku berlari mendapatkannya.. Ya Tuhan..aku dapat lihat penderitaan dalam matanya "Eri, I miss you damn much.. kenapa tinggalkan Fia.." "Cik Hafia..I’m sorry tapi perjanjian kita dah tamat" "Tak..perjanjian kita.. jangan sebut pasal kontrak tuh..Semuanya sudah berlalu" "tapi.." "tak ada tapi-tapi lagi..ingat nih"soalku sambil menghulurkan 3 kuntum rose yang sudah layu pemberiannya dahulu.. "Fia masih simpan rose ni sebab cinta Fia pada Eri tak pernah padam..Tolonglah terima Fia balik..Eri cintakan Fia, kan..Fia dah baca diari dan surat-surat Eri tu..Fia mintak maaaf sebab selama ni Fia buta..bodoh sebab tak mampu nak nilai cinta Eri" "Tapi Eri dah nak mati, Fia..Eri dah tak mampu nak bahagiakan Fia..Eri tak mampu nak berdiri pun skrg nih" "Sebab tu, Eri kena buat operation tuh.. Please Eri, anak kita perlukan ayahnya..Pleaseeee, I beg You"..Aku membawa tangannya ke perutku..Dia menjamah perutku. Ada senyuman bahagia terlakar indah diwajahnya yang cengkung dan pucat tidak berdarah itu.. "I’m gonna be a father..Alhamdulillah..Tapi, maafkan Eri.. Eri takkan buat operation tuh..Fia baliklah..Eri dah tak ada masa nak bercinta, Eri hanya nak mengabadikan diri Eri pada yang Esa"ujarnya..Dia berlalu pergi..Kanak-kakak perempuan tadi menolak Khusyairi tanpa mengalihkan pandangannya ke arahku..Air mataku berlinangan..Tuhan, hancur hatiku.. Hujan turun dgn lebatnya.. "I love rain couse no one knows I’m crying.."jeritnya tiba-tiba..Aku lihat dia bangun..Ya Tuhan dia memang sudah terlalu lemah..Kami berhadapan..mata kami bersabung.. "But, I know you are crying..I can see the terrible sorrow in your eyes..I love you damn much, Eri" "Eri pun..kita akan bersama..Eri takkan menyerah kalah..Eri nak lihat anak kita" "Kita nikah semula, okey.." "Kita nikah lepas operation tuh.."ujarnya..Aku menangis kegembiraan..Tuhan, aku memang bahagia saat ini..kau selamatkan dia nanti "aduh.."jeritnya tiba-tiba..pelukan kami terurai..Aku lihat dia terhuyung-hayang sebelum jatuh ke tanah.. "Khusyairi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"jeritku..
--------------------------------------
Air mata yang turun perlahan-lahan ini aku biarkan tanpa diseka.. Tuhan, ampuni aku kerana melupakanmu terlalu lama..maafkan hamba mu yang menzalimi diri sendiri mengenangkan cinta yang bukan hakiki.. Tuhan, aku hamba yang berlumur dosa..Kau selamatkan suamiku dalam ujian ini..Air mata yang turun ini sungguh..aku insaf..Teriakan yang hadir dari telefon bimbit mematikan lamunanku ini..Aku bangun membuang kain sembahyang ini dan terus mencapai handphone milikku.. "kak, dekat mana nih"soal Syira..suaranya kedengaran resah..Apa yang berlaku pada Khusyairi..Selepas menunggu hampir 12 jam aku ke surau, menunaikan solat hajat bagi kesembuhan suamiku.. "akak dekat surau..macam mana dengan Khusyairi" "cepat datang, kak"jerit Syira..Usai mematikan talian aku berlari ke ruang pembedahan.. Aku tahu perbuatan ini boleh membahayakan kandungan ini..tapi semua aku sanggup aku lakukan demi dia.. "Macam mana, doctor"soalku kepada Dr. Kuzer yang baru keluar dari ruang pembedahan.. "I’m sorry, but we had do our best.."kata-kata yang terbit dari mulut doktor separuh abad itu tak mampu aku dengarkan lagi..Rohku seolah melayang, jasadku terjelapuk menyembah lantai..
Bila bahagia mulai menyentuh, Seakanku bisa hidup lebih lama, Namun harus kutinggalkan cinta, Ketikaku bersujud.
P/s: hope u\'oll akan enjoy ngan story nih.. n3 berikutnya merupakan episod akhir.. ada suprise sikit..
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei