Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Okey, saya setuju. Tapi saya nak perkahwinan ni dilangsungkan lepas raya. Sebelum saya final exam dan saya cuma nak majlis akad nikah je. Tak nak kenduri. Boleh?"
Semua kepala yang ada ketika itu mengangguk macam burung belatuk. Kaki ini ku hayun longlai menuju ke bendang di belakang rumah. Hisy… Aku hairan betul dengan depa ni.. kenapa nak paksa sangat aku kahwin dengan anak Mak Jah tu.. nak kata hensem, tak lah sangat. Aku rasalah.. sebab aku pun tak pernah tengok dia.. aku cuma bayangkan dari kata-kata Mizah. Hehe.. Kaya? Tak tau lah plak.
Tapi mak long cakap dia kaya.. ala, kalau setakat engineer, tak lah kaya sangat.. tapi tak kisah arr.. yang penting kepala otak aku dah tak dibelenggu dengan desakan dan leteran mak long..
Kalau difikir-fikirkan balik kata-kata aku tadi.. aku rasa Hari Raya minggu depan. Maksudnya aku punya majlis dua minggu lagi lah.. arghhhh.. kenapa lah bodoh sangat aku tadi.. kalau aku cakap lepas exam terus kan bagus… tapi tadi aku tengah marah sebab tu otak tak berfungsi dengan okey.. ni semua Mizah punya pasal. Dia yang cucuk-cucuk mak long tadi. Kalau tak mulut dia yang macam murai tu, aku tak yah kena paksa kahwin.. mentang-mentanglah dia nak kahwin hujung tahun ni, dia pergi paksa mak long kahwinkan aku dulu.. alasan dia, tak nak langkah bendul.. aku tak tau apa muslihat dia, tapi aku rasa ada yang tak kena kat sini..
Anyway, keputusan dah dibuat.. so, tak leh nak tarik balik. Aku pun tak kisah sangat. Bagi aku, benda ni hal yang remeh-temeh. Malas aku nak fikir. Biar mak long yang settlekan. Lagipun dia yang beria-ria sangat nak suruh aku kahwin..
"pom..pomm.pomm.. adik, cepat lari. Nanti kena mercun." Aku terus menjerit kepada Aman, Azim, Raju dan Ah Keong. Budak-budak tu terus lari macam kena kejar hantu.
"fullamak.. best la akak ni.. ni yang sayang sangat kat akak ni. Tiap kali balik mesti ada benda baru untuk kita orang. Mercun kali ni best la akak.. kuat betul bunyinya.." kata Aman.
Budak-budak tu terus bermain. Tapi pemetik api aku yang pegang. Dia orang cuma susun mercun-mercun tu jadi panjang dan modifykan sikit-sikit mengikut apa yang aku ajarkan sebelum ni untuk menghasilkan satu bunyi yang dapat menggegarkan kampung ni… hahaha.. Suasana ni yang aku tunggu-tunggu setiap tahun. Hehe.. main mercun..
"dik, esok kita wat meriam buluh nak?"
"tak bahaya ke akak? Nanti meletup kuatlah.. Kami takut jadi macam budak-budak dalam berita tu.. kami nak raya ngan sempurna kak.. tak nak duduk kat hospital.." kata Aman. Yang lainnya cuma mengangguk aje.
"ala.. tak bahaya sangat la.. nanti akak guide la. Korang jangan duduk dekat sangat. Biar akak yang bakar meriam tu. Korang dok jauh sikit. Amacam?"
"okeylah kalau macam tu.. esok kita pergi cari buluh dan bahan-bahan lain."
Yess!! Yeye.. aku boleh main meriam buluh!! ketahuilah wahai penduduk kampung.. esok akanku nyanyikan irama yang sungguh merdu untuk kalian semua.. hahaha..
Hari yang ditunggu-tunggu dah menjelma.. hari ni aku akan mengejutkan manusia-manusia yang sedang bersolat terawih di surau. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun.. selalunya mata aku cuma akan terbuka kalau matahari betul-betul terpacak kat atas kepala. Tapi logik ar.. aku tidur lewat sebab buat kuih raya.. lagipun Allah Taala yang bagi cuti.. kalau boleh solat, aku tidur lepas solat subuh..
Setelah bertungkus-lumus kami menyediakan alatan untuk bermain meriam buluh, kini telah tiba masanya kami menggegarkan bumi Penang ini..
Sewaktu aku nak menyalakan api di meriam buluh tu aku menyuruh semua budak-budak tu lari jauh. Tiba-tiba sebelum meriam tu meletup, aku melihat Arni, adik Aman berlari ke meriam tu.. hisy.. budak ni.. spoil betul! Aman menjerit supaya Arni lari dari situ tapi dia makin mendekati plak.. nak tak nak aku yang kena jadi superwoman and lari pergi kat Arni untuk selamatkan dia.. hmmm… nak dijadikan cerita.. aku tolak Arni ke tepi tapi aku plak yang kena meriam tu.. apalagi.. aku pun mati la sebentar waktu tu.. yang aku ingat, sebelum aku pengsan tu, aku ada dengar suara seorang lelaki.. tak tau la sapa…
Aku buka mata perlahan-lahan.. pedih plak rasa tangan dan kaki aku waktu ni.. ishq.. kat mana ni? Putih je? Takkan kat syurga kot?.. tapi.. Kalau syurga, kenapa aku rasa sakit?
"Ha.. hang dah sedaq ka? Tu la… aku dah larang jangan main meriam.. tapi gatai jugak.. ni nasib baik hang yang kena, kalau budak-budak tu yang kena, apa aku nak jawab kat mak bapak depa?" aku dengar sound track mak long bila mula-mula sekali aku buka mata.. Aman, Azim Arni dan ntah sesapa lagi tengah kerumuni katil aku waktu tu… alahai mak long ni, aku yang tengah sakit ni pun, dia boleh dok beletiaq lagi.. malu aku..
Aku tengok semua orang yang ada kat situ senyum je bila dengar leteran mak long.. dah faham sangat dengan perangai dia.. tiba-tiba mata aku terhenti dekat seorang pemuda yang berdiri betul-betul hujung kaki aku. Siapa ni? Tak pernah jumpa pun..
Tiba-tiba suara katak Mizah kedengaran, "wei, ni Abang Am. Ahmad Adham, orang menyelamatkan hang. Dia ni anak Mak Jah merangkap bakal husband hang lagi seminggu lebih."
Semua orang yang ada kat situ ketawa mendengar kata-kata Mizah. Apa yang lawak aku pun tak tau. Mata aku terus terbeliak bila mendengar apa yang Mizah cakap. Aku terus pura-pura pengsan balik. Semua yang ada kat situ risau bila aku pengsan balik kecuali Mizah sebab dia memang dah tahu taktik aku bila aku malu.. aku dengar suara Mizah yang makin galak gelakkan aku… jaga kau nanti.. aku tetap akan balas dendam kat kau Mizah!
Hari ini aku keluar hospital.. tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku berhari raya ngan tangan dan kaki berbalut.. nasib baik tak patah tangan. Kalau patah.. alamatnya aku jadi pengantin yang bersangkut tangan kat leher la.. Yang menyegankan lagi hidup aku sekarang ni, ada ke mak long suruh Adham yang ambil aku kat hospital dengan Mizah si murai tu… lagi malu la aku.. tak tau nak letak muka kat mana. Dah la pertama kali aku berjumpa dengan dia dalam keadaan yang menyedihkan.. apa tak nya, dia dah tahu perangai aku macam budak-budak, pergi main mercun sampai masuk hospital. Dah la tu, dia yang tolong angkat aku sampai ke hospital.. hmmm.. aku tak tau nak sorok muka kat mana dah lepas ni.. ni pun Aman yamg bagitau. Geram betul aku dengar cerita dari budak-budak tu. Siap dengan mimik muka lagi depa cerita sambil mengejek aku. Eeee… geram betul. Wahai dunia… ketahuilah bahawa aku tersangat malu ketika ini…
Sehari sebelum aku diakad nikahkan, aku tidur di riba mak long.. hmmm.. sedih la pulak bila aku dengar mak long cakap sorang-sorang malam tu.
"hmmm.. kesian kat hang Suha. Aku bukan nak paksa hang kawin sangat. Tapi aku risau bila tengok perangai hang ni. Sebijik macam arwah mak hang dulu. Nakal betul. Tapi sebab nakal dia lah, arwah ayah hang boleh terpikat kat dia. Tapi mak hang baik.. selalu tolong orang. Aku sayang sangat kat dia. Hang tau, waktu dia nak pergi dulu, dia tinggal pesan kat aku supaya jaga hang elok-elok. Aku risau nanti aku pulak tak dak. Mizah dah memag ada orang nak jaga, tapi hang ni, aku tengok macam tak minat ja kat laki, sebab tu aku paksa hang menikah jugak.."
Mata aku yang memang pejam waktu tu dah pelan-pelan terbuka. Tapi mak long tak nampak la.. karang malu pulak dia kalau dia tahu aku tengok dia nangis. Hati aku sebak waktu tu. Yalah, selama ni aku ingat mak long tak sayang aku sebab dia asyik marahkan aku.. tapi malam ni baru aku tahu dia sayang kat aku sama macam dia sayang Mizah, cuma cara dia aje yang kasar. Tapi aku tetap sayang dia..
Buat pertama kalinya dalam hidup aku, malam tu aku cium-cium muka mak long.. abis dia maki aku gatal.. dia cakap nanti muka dia tumbuh jerawat kalau kena air liur aku yang banyak kuman coz jarang gosok gigi.. hehe.. aku tak kisah, janji aku boleh cium dia puas-puas sebagai ganti terima kasih kerana jaga aku.. last-last, Mizah pun datang jugak bila dengar kami bising. Dia pun bertungkus-lumus mencium mak long walaupun mak long menjerit tak nak.. hahaha..
Pagi tu macam biasalah bagi aku.. liat giler nak bangun. Hmmm… niat hati aku bukan nak liat sebenarnya, tapi nak buat macam mana, mata aku ni degil tak nak buka. Aku dah marah dia banyak kali, tapi dia still nak tutup jugak. so, aku tutup je lah.. aku bukan apa, ikut prinsip Islam.. kan tiada paksaan dalam Islam.. hehe.. aku pun tak nak la paksa mata aku ni lebih-lebih.. karang merajuk pulak..
Last-last, mak long siram muka aku dengan segayong air.. hmmm mata ni daripada degil nak buka, celik terus! Tapi aku tak mandi jugak sebab tak sempat. Akad nikah pukul 9.30 pagi dan aku betul-betul terjaga lima minit sebelumnya. So, jadilah aku pengantin tak mandi untuk hari yang paling bersejarah aku.
Yang paling memalukan aku adalah waktu Adham nak cium dahi aku. Ada pulak aku boleh tertidur waktu tu.. hisy.. malu aku.. dah la Mizah kejut aku dengan suara macam bom, mahunya aku tak termelatah. Abis semua yang ada waktu tu gelak dekat aku termasuk Pak Imam nya sekali. Tapi tak kisah ar.. matlamat aku yang paling utama adalah sambung tidur balik lepas ni. Mak long ada jugak paksa aku balik rumah Adham, tapi aku tak nak. Aku bagi alasan nak balik ambil baju dulu. Ala bukan jauh pun rumah dia, tak sampai lima minit aku jalan, dah sampai..
Malam tu mak long paksa aku pergi tidur kat rumah Adham. Nak tak nak aku kena pergi jugak.
"Ha.. dah sampai pun hang. Mak ingat tak nak datang dah." Sapa Mak Jah waktu aku bagi salam sebelum masuk rumah dia.
"taklah. Saya memang nak mai. Tapi petang tadi ada hal sikit. Tu yang mai malam ni. Saya mintak maaf sebab lambat sampai."
"mak tak dak apa. Cuma takut laki hang la yang dok tunggu. Ha, pi la kat atas. Dia ada kot kat atas tu, tengah tengok televisyen rasanya."
Aku terus melangkah ke atas. Sebenarnya ni kali pertama aku menjejakkan kaki aku di rumah ni. Bilik Adham pun aku tak tau yang mana. Macam mana aku nak jumpa dia. Takkan nak ketuk satu-satu pintu bilik yang ada ni kot… hmmm… aku memang tak der choice, memang kena ketuk la macam ni..
‘Tok,tok,tok..’ tak der orang jawab pun. Aku try la bukak dan masuk.. tiba-tiba..
"Mak!! Akak buat apa kat sini? Cari abang ka? Bilik dia depan sana. Ni bilik saya."
Alahai.. malunya aku.. aku termasuk bilik adik ipar aku yang berumur 17 tahun pulak.. dah la waktu tu dia nak salin seluar.. hmmm.. nasib baik aku tak putih sangat, kalau tak mesti muka aku merah giler sebab aku dapat rasakan yang muka aku macam kena bakar je malam ni.
"sorry, sorry. Akak tak sengaja. Akak tak tau mana satu bilik Abang Am. Akak minta maaf" Aku terus blah pergi bilik Am. Hmmm.. macam-macam la aku ni..
Sesampainya aku kat depan pintu bilik Am, aku terus ketuk. Lepas dengar dia cakap masuk, baru aku masuk.. wahh.. besar giler bilik dia. Siap ada televisyen dengan sofa lagi.. bilik air pun ada sekali. Ni lagi memudahkan kerja aku pagi-pagi.. maklumlah, aku ni banyak angin, karang kalau aku kentut kuat-kuat nanti, si Am ni terkejut pulak dengar.. hehe..
"ohhh.. awak dah sampai. Silalah duduk. Buat macam bilik sendiri. Sorry, saya tak cakap loghat Penang. Saya tak fasih sangat. Sebelum ni saya duduk dekat Johor dengan arwah ayah saya."
Aku senyum je. Bukan apa, malu tadi tak habis lagi, ni nak berdua-duaan dengan Adham pulak, lagi bertambah segan la aku..
"tak per. Saya paham gak. Saya pun study kat Shah Alam sekarang ni. Boleh la paham kalau orang cakap luar sikit-sikit."
"awak ngantuk dah ke? Kalau mengantuk, awak tidur la dulu. Saya nak tengok tv kejap. Nanti saya tutup lampu."
"eh, tak per-tak per. Saya tak ngantuk lagi. Nak study sikit." Aku terus baring atas tilam. Kalau nak diikutkan, memang aku segan, tapi sampai bila aku nak segan? Aku kena jugak berhadapan dengan realiti yang sekarang ni dia suami aku dan aku kena biasakan diri dengan kehadiran dia selepas ni.. so, mulai malam tu aku dah start tanamkan dalam fikiran aku yang dia ni suami aku dan aku mesti taat kat dia walaupun aku tak tau sampai bila.. and aku harap all of these sour memories akan terus aku ingat sampai bila-bila.. hari ni betul-betul memalukan aku.. pasni aku janji akan mandi terus lepas subuh dan takkan jadi pengantin tak mandi macam pagi tadi…
Kami bertolak ke Johor dua hari lepas tu. Hmmm… boring la.. mamat ni macam jenis pendiam jer.. aku ni dah la pemalu.. kena tunggu dia buka cerita dulu.. takkan aku nak tanya pulak..ishq..segan la..
Aku tersedar dari tidur bila Am mengejutkan aku. Dia cakap dah sampai, tapi bila aku keluar dari kereta dan tengok rumah yang dimaksudkan macam hutan jer..
"ni rumah awak ke? Takkan nak tinggal dalam hutan ni? Kita takde jiran ke? Kenapa rumah ni atas bukit? Saya gayat la…"
Am senyum lagi.. apala mamat ni, aku tengah tanya, tapi dia boleh senyum lagi.. apala yang lawak sangat.
"ni rumah yang baru saya beli dan ini bukan hutan. Kita ada jiran, cuma diorang tinggal kat bawah sana" katanya sambil menunjuk ke arah jalan yang bertentangan dengan rumah kami..
"dan saya mintak maaf. Saya tak tau awak gayat.. nanti saya cari rumah lain..".
"hmm… tak pe ar.. saya tak kisah sangat. Nanti saya cuba jalan-jalan dulu… mana tau kot hilang penyakit gayat saya ni..".
Malam tu kami tidur berlapikkan toto jer.. aku rasa macam nak marah jer kat Am ni.. ada ke patut suruh aku tidur atas lantai macam ni. Makin susah aku nak buang angin esok pagi.. mana taknyer.. badan aku lemah dan cepat sakit kalau tidur atas lantai. Dia cakap rumah ni dia baru dapat sebelum kami nikah. Sebab tu dia tak sempat nak beli perabot.
Keesokkan harinya, aku terus ajak dia pergi beli perabut. Tak tahan aku.. malam tadi semalaman aku tak tidur. Geram plak bila tengok Am tidur. Siap berdengkur lagi.
Seminggu selepas kami menghuni di rumah baru tu, aku terpaksa pulang ke universiti. Semester baru akan bermula lagi dua hari. Am menawarkan diri nak menghantar aku ke universiti tapi aku tolak. Nanti apa pulak budak-budak lain kata. Kalau diorang tanya siapa Am, takkan aku nak jawab suami aku kot? Ishq.. macam tak percaya je aku dah kahwin.. hehe. Nasib baik aku dapat suami yang tak banyak kerenah, kalau tak, naya aku..
Nasuha Amran.. tak la cantik sangat tapi berwajah cute. Tak putih sangat dan tak gelap sangat. Pendek. Ketinggian Cuma takat dagu aku je. Ada la dalam lima kaki lebih skit. Perangai macam budak-budak. Suka main mercun. Dan.. suka tidur peluk orang sambil hisap ibu jari. Teringat hari pertama tidur sekatil dengan dia. Macam tidur dengan budak kecik. Dah la liat nak bangun bila orang gerak. Boleh pulak mamai-mamai sampai cakap benda yang ntah apa-apa.. hmm.. lawak betul budak ni!
"hei awak.. bangun. Dah pukul enam suku ni. Hei.. awak.." Adham terus mengoyangkan bahu Nasuha. Namun isterinya ini hanya mengemaskan lagi pelukan di pinggangnya.
"ala.. mak long ni.. jangan la kacau Suha.. awal lagi ni. Lagipun Suha tak leh solat. Pukul sebelas nanti Suha bangun la tolong mak long pegi kutip kacang.."
"hei awak. Ni bukan mak long. Ni suami awak. Bangun la cepat. Karang saya tolak awak jatuh katil."
"apa mak long ni. Bila pulak Suha kawin? Kenapa mak long kacau Suha ni. Pegi la gerak Mizah. Dia boleh solat."
Tangannya terus memeluk kemas pinggang Am yang dianggap bantal golek.. alahai budak ni.. dah la muka mengalahkan budak kecik yang tengah kelat dan masam, ibu jari pulak tak lepas-lepas dari mulut tu.. tak senonoh betul..
"hei awak! Bangun! Saya nak solat ni. Bangun cepat!" Am terus menjerit di telinga Suha. Mata Suha tu terus celik.
"awak sapa? Kenapa tidur atas katil saya ni?" Suha terus terpinga. Sapa dia ni? Tak penah nampak pun..
"Ya Allah.. semalam kan kita dah menikah. Awak lupa ke? Saya Adham. Okey, sekarang dah sedar kan? Boleh awak alihkan tangan awak ni. Karang saya tolak betul-betul karang."
Suha terus menarik tangannya yang melingkari pinggang Adham.. Ya Allah, macam mana aku boleh peluk dia ni.. mak aih.. malunya.. tapi tak kisah arr.. malu tu aku qada nanti. Sekarang aku mengantuk. Lambaian Mekah masih tergambar di mata aku.. tak baik menangguhkan benda baik.. so, baik aku sambung tidur dan sambung tawaf kat Kaabah.. tata..
Hmm.. lagi sebulan Suha dah abis study.. tak sabar nak jumpa dia. Boring pulak bila dia tak da. Banyak perangai dia aku dah terjangkit. Dulu aku tak pandai nak cakap banyak. Tapi sekarang boleh la nak bergaul dengan orang lain skit-skit.. ni semua dia arr yang ajar. Ada ke patut dia pegi melawat setiap rumah jiran kami yang tinggal kat bawah bukit ni.. mula-mula tu segan arr jugak.. tapi best jugak bila ada orang yang kita kenal ni.. dia la yang paksa aku pegi bertegur sapa dengan pak cik dan mak cik tu semua.. tak pasal-pasal aku ni jadi gila-gila macam dia.. dah terjangkit virus suka buat lawak dan main dengan budak-budak iaitu cucu-cucu pak cik dan makcik tu semua..
Satu hari yang memang aku nanti-nantikan.. Suha akan balik rumah. Mak long cakap dia dah abis study. Tak sabar nak jumpa dia. Nak tunjukkan surprise kat dia.. hehe… tapi….
"assalamualaikum Am. Ni mak long ni. Suha dah sampai?"
"w’salam. Sampai mana mak long?"
"tak de. Semalam dia balik rumah. Dia cakap dia dah abis study. Mak long tanya dia dah balik jumpa kamu ke belum. Dia cakap belum. Mak long halau dia ke Johor suruh jumpa kamu. Tu yang mak long tanya dia dah sampai ke belum? Dia tertinggal kunci rumah kamu ni. Macam mana dia nak masuk nanti.."
"oh ye ke.. tak pe lah. Nanti saya tepon dia. Tanya kat mana dia sekarang."
Selepas menamatkan perbualan dengan mak long, aku terus telepon Suha.. ishq.. budak ni, tak abis-abis bagi orang risau.
"Assalamualaikum. Awak kat mana tu?"
"w’salam. Baru sampai kat stesen bas ni. Kenapa awak tepon?"
"tak de. Mak long tepon saya tadi. Dia cakap awak nak datang sini. Kunci rumah tertinggal kat sana"
"hah! Betul ke? Alamak macam mana saya nak masuk rumah ni?"
"macam ni la. Awak datang kat ofis saya dulu. Nanti kita balik sama-sama. Lagipun saya tak leh amik awak sekarang ni. Saya ada meeting jap lagi. Boleh awak datang sini? Kalau tak boleh, saya suruh driver gi jemput."
"ishq.. tak yah arr. Nanti saya gi ngan teksi je."
"nanti bila awak sampai, cakap nak jumpa dengan Miss Fizah. Tu secretary saya. Nanti saya pesan kat dia supaya benarkan awak masuk dalam bilik saya. ok?"
"ok"
Alahai.. besarnya bangunan ni.. mana aku nak cari perempuan yang Am cakap tu? Try tanya pak guard la..
Lepas dah jumpa orang yang dimaksudkan, lega betul. Segan arr pulak datang kat sini. Semua yang ada kat sini pakai baju formal. Aku je yang datang pakai t-shirt lengan panjang and baju tak berlengan di luarnya serta seluar jean ala hip-hop tapi steng berserta cap di kepala. Macam budak-budak la pulak..
"hmm.. cik ni Cik Nasuha ke?"
Aku angguk.. mak aih.. lawanya pompuan ni.. macam muka Annahita tapi edisi pakai tudung la.. hehe. Dia terus bawak aku masuk ke dalam office Am. Kemas pulak bilik ni. Kalau nak dibandingkan dengan bilik kerja dia kat rumah.. fuh! Aku rasa ular pun tak nak masuk. Dah la selerak. Busuk pulak tu.
"cik duduk la dulu. Nanti saya sediakan minuman" aku angguk je. Kira ok la tu, perut aku memang tengah lapar ni. Dah la mak long halau aku suruh datang sini.. apa kejadah la yang aku nak buat kat sini. Kalau kat kampung tu, boleh jugak pegi kutip kacang. Kalau kat rumah tu, aku tak tau nak buat apa..
Secretary Am masuk dan meletakkan minuman serta kuih-muih. Hmm.. bagus ni.. ada makanan sekali..
"hmm.. kalau saya nak tanya, jangan marah ek.." si Fizah tu berkata.. apasal ni?
"hmm.. awak ni adik En. Adham ke?" muka aku terus blurr.. adik? Mudanya aku.. aku terus geleng.
"tak la. Saya wife dia. Dan rasanya saya lagi tua dari awak. Umur saya dua puluh enam." Kata ku sambil terbersin.. alahai.. badan aku dah start nak demam ni..
Muka Fizah terus terkejut. Kenapa? Tak layak ke aku jadi wife Am?
"betul ke ni? Macam tak percaya je En. Adham tu dah kawin. Kami ingat dia bujang terlajak..oppss.. sori terlepas cakap.."
Aku senyum je.. ikut ko la.. dia terus keluar lepas berbual skit-skit dengan aku.. aku jawab macam-macam tu je. Sebenarnya aku terasa nak je halau dia tapi nanti tak sopan pulak.. ye arr, hidung aku tengah meleleh ni.. tapi budak ni macam tak paham jer yang aku tengah sakit.. susah la nak cakap banyak..
Adham masuk ke dalam pejabatnya sejurus selepas habis mesyuarat.. hmm.. banyak betul masalah pasal projek kali ni.. dia terus duduk di sofa yang mana sofa di hadapannya itu adalah tempat tidur bagi Suha. Alahai budak ni.. ada ke datang tidur dalam office aku ni.. kalau staff- staff lain nampak, segan aku..
"Suha.. Suha.. bangun. Jom balik. Saya dah abis ni. Bangunlah"
Tiada tanda yang budak ni akan bangun. Takkan nak jerit lagi? Tapi kenapa muka dia semacam je? Adham terus menyentuh dahi Nasuha. Panas. Ya Allah, budak ni demam la..
Adham terus memanggil Fizah dan menyuruhnya menahan pintu bagi memudahkan dia mendukung Suha ke lobi.. perasaan segan terpaksa ditolak ke tepi sekarang ni.. wife aku yang macam budak sekolah ni terpaksa aku bawa ke klinik dulu..
Malam tu mak long menelefon Adham lagi.
"suha dah sampai Am?"
"dah mak long. Tapi dia demam ni"
"huh.. aku dah agak. Dia main hujan semalam. Tangkap katak. Katanya nak bagi kat Arni. Hadiah hari jadi budak tu. Dia pakat ngan budak-budak tu semua.."
"oh. Ye ke? Saya ingat dia kena sampuk apa-apa bila balik sini. Mak long, saya ada berita gembira ni."
"apa?"
"Suha mengandung. Dah empat minggu."
"alhamdulillah. Syukurlah. Hang jaga dia elok-elok. Jangan bagi dia buat benda pelik-pelik."
Mereka terus berbual. Sepuluh minit lepas tu, telepon dimatikan. Adham berjalan ke bilik Suha untuk menyalin tuala di dahi Suha.
Haila.. nakal betul budak ni. Macam mana kalau aku ada anak nanti, nakal macam dia tak? Kalau mak ngan anak sama-sama naik maunya pening aku tiap-tiap hari. Silap-silap aku pulak yang sakit nanti.
Due date for the baby to come out is today. Alahai.. cemas. Gelabah. Takut. Risau. Semuanya bersatu menjadi acuan yang caca-merba di dalam diri Adham.
Suha terpaksa buat operation coz tak boleh nak bersalin normal. Baby yang bakal lahir songsang. Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku.. hati Adham tak berhenti berdoa.
Alhamdulillah.. Suha selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Sebijik muka Suha.. mintak-mintak perangai tak macam dia sudah. Ikutlah macam bapak dia yang soleh lagi baik ni.. amin..
Anyway.. aku bagi dia nama Nurul Wardah binti Ahmad Adham.. ok x? aku rasa sedap nama ni coz………………….. aku yang pilih la.. hehe..
Next two years aku nak tambah collection baby kat rumah kami.. nak baby boy pulak.. kalau boleh la.. doakan kami berjaya ek.. babai.. assalamualaikum
cter nie bes..ade gak ea owg besar gigit jari ag mase tdo..tapi tber2 jerk mengandung(xtau mase ble diowg ade ase cinta antara satu sama len)...confius cket r..cter cam xsbaw2 nak abes kan jerk..tapi yang penting mmg best..wat novel pun ley..usaha ag..
menghiburkan sebab bahasa mudah faham, tak berbunga-bunga. Kira cerpen ni bahan bacaan ringan dan dapat melegakan hati yang sedang lesu sebab jalan sesak giler! dekat 2 jam dalam keta
best giler-giler. tapi masalahnya tiba-tiba je dia tu boleh mengandung. macam pelik pulak kalau baca lama lama. sepatutnya buat la panjang sikit. ceritakan laa secara detail macam mana dia boleh suka dekat lelaki tu mesti bestkan. apa-apa pun citer ni tetap paling best.
x syak ag mmg t`baekkkkkkkkkkkkkkkk..........bwat ag taw writer . .NANA SAYANG ALEP<33
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bez la citer nie :)
hope wat la citer2 bez lg next time