BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Julai 14, 2008
Cerpen : Disebalik Sorakan Emosi EURO 08
LaBuORen
labuoren@yahoo.com

Demam bola kembali melanda seluruh dunia. Bagi yang tidak minat memang tidak merasainya namun bagi yang minat sudah semestinya ternanti-nanti kejohanan berprestij ini. Kali ini Austria dan Switzerland diberi peluang menjadi hos bersama untuk Euro 2008 edisi ke-13. Aku pernah mengagumi presiden Austria, Heinzs Fischer yang mengambil sikap berkecuali semasa pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq. Sikap bijak dan berlapang dada presiden ini sedikit melegakan masyarakat Islam lebih-lebih pasca ledakan bom yang menggoncagkan London beberapa tahun lalu dan hampir sebahagian besar pemimpin kerajaan di Eropah menuding Islam sebagai dalang keganasan. Namun dengan tegas Fischer menyatakan bahawa Islam bukanlah musuh Austria. Fischer turut mengikuti program-program yang dianjurkan oleh komuniti Muslim Austria termasuk mengundang perwakilan Muslim ke kediaman rasmi presiden semasa bulan ramadhan. Sikap bersahabat Fischer dengan masyarakat Islam dinegaranya benar-benar menguntungkan komuniti Islam Austria dan mereka menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya. Malahan masjid-masjid di Austria kini tidak hanya menjadi pusat ibadah, tetapi juga menjadi pusat perbincanagn ilmu dan aktiviti kemasyarakatan.
Permulaan Euro 2008 edisi 13 ini amat menarik dan penuh keterujaan. Diperingkat kumpulan, pasukan Belanda paling menonjol dan mencuri tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia walaupun diletak dalam kumpulan yang digelar sebagai kumpulan maut.. Setelah membelasah juara dunia, Itali dan naib juara dunia, Perancis dengan 7 gol berbalas 1 menjadikan skuad Oranje sebagai pilihan utama untuk bergelar juara. Memang tidak rugi membayar harga tiket kalau melihat aksi fantastic pemain-pemain berjersi serba oren ini. Fantastic football yang dipamerkan skuad Marco Van Basten mengingatkan peminat dengan kehebatan Belanda yang memperkenalkan permainan Total Football suatu ketika dahulu. 'Classic counter attack' Belanda yang laju dan tersusun benar-benar telah berjaya memalukan Les Blues dan Azzuri. Lebih manis gol-gol yang dijaringkan Belanda merupakan gol-gol cantik menjadi hadiah berharga buat kejohanan ini. Gol-gol cantik yang dijaring pemain-pemain kreatif Belanda seperti Wesley Sneijder, Robin Van Persie dan Arjen Robben memang dinanti-nantikan oleh 'football lovers' yang sememangnya merindui 'beautiful football'.


Jumaat 20 June 2008
Basel, Suku Akhir 1
Portugal vs Jerman

Perlawanan ini memang aku nanti-nantikan tapi aku bukanlah penyokong Portugal mahupun Jerman. Di atas kertas, kedua-dua pasukan ini dikatakan kuat. Mataku yang pada awalnya segar bertukar mengantuk padahal baru sahaja 15 minit masa perlawanan. Akhirnya aku...... zzzzzzzzz......



Sabtu 21 June 2008
Vienna Suku Akhir 2
Croatia vs Turki

Menyingkir England di pusingan kelayakan, Croatio turun sebagai pasukan pilihan pagi ini. Walaupun tanpa penyerang utama, Eduardo Da Silva yang cedera ketika bersama Arsenal, mereka tetap mempamerkan persembahan yang mantap dan bersemangat. Corak permainan Croatia yang tersusun dan menarik menaikkan nama pengemudinya Sleven Bilic, pengurus muda yang berbakat dan dikatakan bakal menyinar suatu hari nanti. Melihat pemain-pemain Turki yang kebanyakannya bertatu menzahirkan betapa jauhnya mereka dengan kehidupan berlandaskan Islam. Masih segar diingatanku bagaimana Kamal Artarturk menukar Turki kepada sekular bukan sahaja pemerintahan malahan seluruh kehidupan warga Turki. Kelibat seseorang yang penuh karisma di celah-celah ribuan peminat fanatic Euro menarik perhatian. Seraut wajah ceria, bersih dan jernih, ditambah sedikit uban dirambutnya serta hadir dengan penampilan yang segak mengagumkan. Ditambah perawakan luaran yang jelas memperlihatkan beliau seorang pemimpin berani dan dihormati. Aku mengagumi beliau bukan sahaja sebagai seorang presiden sebuah negara tetapi sebagai pejuang Islam yang mahu mengembalikan negara sekular kepada Islam yang sebenar.
Presiden Turki itu telah berkali-kali melobi supaya Turki diterima masuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) namun sehingga kini penyertaan mereka ditolak tanpa sebarang alasan kukuh. Penolakan Pope Benedict ke-16 dan juga pihak-pihak lain dengan usul tersebut berpunca daripada takutnya mereka terhadap fenomena yang berlaku diseluruh Eropah hari ini. Fenomena populasi Turki Muslim, Arab Muslim dan India Muslim di benua Eropah yang semakin bertambah saban hari manakala saiz demografi masyarakat Eropah non-muslim yang semakin mengecil benar-benar menggerunkan. Keadaan ini akan menjadi semakin rancak jika Turki diterima masuk menyertai Kesatuan Eropah (EU). Bilangan rakyat Turki berjumlah 70 juta orang itu sudah cukup untuk meningkatkan populasi muslim benua Eropah. Kemasukan Turki akan memberikan kesan jangka panjang kepada Eropah. Majalah Economist pernah membuat liputan mengenai fenomena Islam di Eropah. Di dalam liputan yang tidak komprehensif itu, kebanyakan laporan menyorot potensi Islam menjadi agama utama di kota-kota besar Eropah menjelang tahun 2050.
Perlawanan antara Crotia dan Turki pagi tadi benar-benar dramatik dan cukup mendebarkan. Minit-minit terakhir masa tambahan Croatia berjaya menyumbat gol yang dicari-cari setelah berhempas pulas lebih seratus minit. Jaringan itu seolah-olah akan meleburkan impian Turki untuk mara namun beberapa saat sebelum pengadil meniup wisel penamat, Semih Senturk melakukan keajaiban dengan menjaringkan gol cantik untuk memanjangkan masa perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Pemain-pemain Croatia yang tersentak dengan jaringan ajaib itu tewas secara psikologi 3-1 kepada Turki.



Ahad 22 June 2008
Basel, Suku Akhir 3
Belanda vs Russia

Melihat aksi tidak bermaya pasukan Belanda aku teringat kebiadaban Geert Wilders yang jelas cuba membakar perasaan umat Islam seluruh dunia dengan menayangkan filem yang menghina Islam. Anggota parlimen Belanda yang hatinya telah terpaut pada Israel ini tetap berdegil walaupun kerajaan Belanda marah dengan tindakan tersebut. Filem yang berjudul Fitna, Wilders menggambarkan Al-Quran sebagai kitab suci yang menggalakkan keganasan dan bersifat perkauman. Ini bukan kali pertama Wilders mencemarkan Islam. Beberapa tahun lalu, ketua parti berhaluan kiri, Parti Kebebasan ini melontarkan gagasan yang berbentuk hasutan apabila menyaraNkan kerajaan Belanda melarang pengedaran al-Quran. Dalam akhbar harian De Volksrent, Wilders pernah menulis, “Larangan buku (Al Quran) yang buruk ini seperti Mein Kampf dilarang.” Mein Kampf adalah buku yang berisi pemikiran-pemikiran dan ideology pemimpin Nazi, Adolph Hitler. Sungguh biadab!!
Walaubagaimanapun impak daripada filem tersebut cukup menakjubkan.
Beberapa sumber Belanda menegaskan perpustakaan di Amsterdam dikunjungi orang ramai dengan jumlah yang agak luar biasa dan mereka mencari buku-buku yang berkaitan Islam. Laporan itu juga menyatakan mushaf-mushaf elektronik yang diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda hampir habis dijual di pasar raya selepas dua hari filem itu ditayangkan dan yang lebih menarik tiga orang telah memeluk Islam. Terbukti benarlah firman Allah dalam surah Ali Imran ayat ke 54:
“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”
Menganalisis perlawanan pagi tadi, Rusia berhak di atas kemenangan itu. Maka, berkecailah rekod kejayaan seratus peratus skuad kendalian jurulatih berumur 43 tahun itu dilunyai anak buah Guus Hiddink. Gerakan-gerakan cantik dan mengelirukan benar-benar dapat menewaskan pertahanan dan penjaga gol belanda yang begitu kental, hanya tewas dengan jaringan Thierry Henry sahaja diperingkat kumpulan. Pagi tadi nampak gayanya Guus Hiddink sudah tahu-tahu taktik Marco Van Basten. Guus Hiddink yang berasal dari Belanda telah membuktikan kepakaran dan pengalamannya diperingkat antarabangsa. Pemain-pemain Belanda yang ramai berstatus bintang seolah-olah tidak larat mengekang kepantasan pemain-pemain Rusia yang bagaikan singa lapar memburu gol. Apa yang berlaku terhadap Belanda pagi tadi mirip dengan Itali dan Perancis. Pagi tadi semuanya tidak menjadi buat Belanda. Malang sekali pasukan yang paling menghiburkan di kejohanan ini tersingkir awal.



Isnin 23 June 2008
Vienna, Suku Akhir 4
Sepanyol vs Italy

Sepanyol menjadi pilihan pagi ini. Walaubagaimanapun, rekod cemerlang Itali di kejohanan berprestij seperti ini tidak boleh dipandang enteng. Setengah jam berlalu corak permainan kedua-dua pasukan yang berhati-hati sangat membosankan. Aku mencapai senaskah majalah untuk membaca sesuatu supaya aku tak terlena sepertimana adik-adikku yang nyata kecewa dengan corak permainan Itali yang hanya bertahan. Aku tertarik untuk membaca satu artikel mengenai kehalusan seni bina masjid-masjid yang terdapat di Sepanyol khususnya masjid Cardoba. Peninggalan sejarah seperti ini membuktikan Islam pernah gemilang di Sepanyol suatu ketika dahulu. Dahulu Sepanyol dikenali sebagai Andalusia yang terletak di semenanjung Iberian. Sebelum kedatangan Islam, Andalusia dikuasai oleh kaum Visgoth. Ketika empayar Rom, mereka telah membawa ramai orang Yahudi ke Andalusia. Oh agak panjang untuk menceritakan bagaimana Islam dapat menawan Andalusia dan membawa Andalusia mencipta satu sejarah yang gilang-gemilang.
Andalusia dibawah pemerintahan Islam telah menunjukkan kecemerlanagn pemerintahan, kebudayaan dan peradaban baru dalam benua Eropah sehingga ia menjadi model kepada Barat akan uniknya sebuah kerajaan Islam. Andalusia menjadi pusat para cendikiawan dan ulama Islam di Eropah berkumpul. Pelbagai bidang ilmu telah berkembang disini seperti sains, astronomi, seni bina, kesusasteraan, politik, falsafah dan tasawwuf. Sesiapa pun tidak dapat menafikan peranan yang telah dimainkan oleh pemerintah dan cendikiawan Islam dalam kemashyuran bumi Andalusia kini. Kehebatan pelbagai bangunan dan masjid yang masih mengekalkan kehalusan seni binanya masih tersergam indah sehingga ke hari ini. Oleh itu, kerajaan Sepanyol telah membina sebuah pusat kebudayaan Islam sebagai pengiktirafan kepada kegemilangan Islam di Sepanyol.
Malangnya segala kegemilangan itu tidak mampu bertahan lama. Semuanya gara-gara masyarakat Islam telah lupa dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka mengejar kekayaan dengan membina pelbagai bangunan pencakar langit dan masjid-masjid mewah semata-mata untuk bermegah-megah. Malahan, sentiasa bercakaran sesama sendiri, berpecah-belah, berpuak-puak serta perebutan kuasa yang berlaku menjadikan umat Islam Andalusia lemah sehingga kegemilangan Islam yang dibina runtuh.
Setelah tamat masa tambahan 30 minit, Sepanyol dan Itali masih buntu mencari gol. Perlawanan kalah mati ini terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Dari segi pengalaman serta penjaga gol nombor satu dunia, Gianluigi Buffon yang dimiliki skuad Azzuri, kelebihan berpihak kepada skuad Donadoni untuk mara. Akhirnya, rekod cemerlang Buffon tercemar dengan kehebatan kapten Sepanyol, Iker Casillas yang berjaya menyelamatka dua penalti untuk membawa pasukannya mara ke separuh akhir.



Khamis 26 June 2008
Basel, Separuh Akhir 1
Turki vs Jerman

Haha... Aku masih lagi tidak percaya Portugal tewas kepada Jerman dan Croatia tewas kepada Turki. Melihat aksi setiap pasukan dari peringkat kumpulan, Portugal dan Croatia menjadi pilihan aku untuk mara ke separuh akhir selain Belanda dan Sepanyol. Malangnya, ramalanku tidak benar-benar belaka. Haha.. nak cerita pasal perkembangan politik di Turki. Terbaru di Turki, ketua Pendakwa raya Turki Abdurrahman Yalcinkaya telah membuat permohonan di Mahkamah Perlembagaan Turki untuk menutup atau mengharamkan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) atau dalam bahasa Turki Parti Adalet ve Kalkinma yang diterajui oleh Abdullah Gul yang kelibatnya bersama-sama peminat di Stadium Basel ketika ini. Setahunya, sistem kehakiman Turki berbeza dengan Malaysia yang mana Turki mempunyai Mahkamah Perlembagaan yang boleh mengadili mana-mana pertelagahan yang melibatkan prinsip-prinsip perlembagaan. Mahkamah Perlembagaan Turki telah mengharamkan 40 parti politik di Turki sejak ditubuhkan pada 1961. Parti Refah pimpinan Najmuddin Erbakan juga telah diharamkan oleh Mahkamah Perlembagaan ini 10 tahun yang lalu.
Alasan Yalcinkaya terhadap permohonan tersebut adalah kerana Parti AK telah menjalankan aktivit-aktiviti anti sekular seperti hubungan baik pemimpin parti dengan ulama, ucapan-ucapan yang berbau keagamaan dan banyak lagi. Kesemua alasan-alasan itu jelas menunjukkan betapa terdesaknya puak-puak sekularis Turki. Tidak demokrtaik langsung!! Agaknya mereka lupa Parti AK telah memenangi pilihanraya dan kemenangan mereka telah mendapat mandat daripada rakyat. Sebenarnya puak-puak sekular berhati busuk ini berdendam dengan Parti AK yang menarik balik larangan bertudung di universiti. Aku yakin dendam mereka akan membinasakan mereka. Suatu hari nanti. Mudah-mudahan Islam akan terus kukuh di bumi Usmaniyyah tercinta ini.
Perlawanan pagi tadi cukup menarik dan mengujakan. Malangnya keterujaan itu terganggu dek siaran yang kerap tergendala. Sebelum perlawanan, skuad Fatah Terim digelar pejuang tempang kerana masalah kecederaan dan penggantungan pemain-pemain utama. Yang mengejutkan skuad Turki yang sudah beberapa kali mati hidup semula mendominasi sebahagian permainan. Walaupun mereka bangkit menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir diatas sentuhan ajaib Semih Senturk tetapi pada pagi itu tuah tidak bersama mereka. Penyokong Jerman berpesta meraikan kejayaan mereka ke akhir walaupun Turki lebih berhak untuk kemenangan itu.



Jumaat 27 June 2008
Vienna, Separuh Akhir 2
Sepanyol vs Rusia

Rusia yang mengejutkan Belanda diperingkat suku akhir, menjadi pilihan mengalahkan Sepanyol dan mencipta sejarah pertama kali melayakkan diri ke final. Aksi bertenaga mereka menaikkan nama Arshavin dan Pavlyuchenko. Semangat pemain-pemain Rusia di atas padang ketika membenam pasukan pilihan Euro, Belanda bagaikan cerminan semangat penduduk Muslim Rusia dalam menyebarkan dakwah Islam. Dari hari ke hari penduduk tempatan yang memeluk Islam juga semakin bertambah meskipun sentimen anti-Islam juga tidak kalah hebatnya. Sekitar 20 ribu orang telah memeluk agama suci ini sejak awal Januari hingga Oktober tahun 2004. Jumlah itu menurut Islamonline hanya merujuk perkembangan di Moscow sahaja dan 75 peratus daripada jumlah tersebut adalah remaja yang berusia antara 17-21 tahun dan mereka sememangnya mencari sesuatu untuk dijadikan panduan hidup.
Selepas peristiwa di Beslan beberapa waktu dulu, tidak dinafikan masyarakat Islam di Rusia menjadi sasaran kebencian. Jurucakap pertubuhan Islam di Moscow menyatakan wujud kempen secara tersembunyi terhadap penduduk Islam Rusia di media dengan menakutkan masyarakat bahawa setiap muslimah yang bertudung adalah pembawa pengebom berani mati. Meskipun demikian, kempen anti Islam secara senyap ini telah menarik minta sebilangan masyarakat Rusia untuk mengetahui lebih mendalam mengenai ajaran Nabi Muhammad.
Namun perlawanan antara Rusia dan Sepanyol sebentar tadi amat mengecewakan. Permainan tidak bersemangat yang ditunjukkan pemain-pemain Rusia telah memberi laluan mudah kepada Sepanyol yang sememangnya kelihatan sangat lapar memburu kejuaraan pertama mereka selepas 44 tahun. Dua gol yang direncanakan oleh bintang Arsenal Cesc Fabregas itu membuktikan pemain paling muda dalam pasukan Sepanyol ini telah matang melebihi usianya. Permainan bersahaja tetapi penuh semangat serta variasi hantaran kreatif pemain berjersi 10 ini benar-benar memberi impak yang besar selepas masuk sebagai gantian menggantikan David Villa. Akhirnya Sepanyol mara setelah membenam Rusia 3-0.



Isnin 30 June 2008
Vienna, Akhir
Sepanyol vs Jerman

Sepanyol dan Jerman akhirnya yang ke final. Haha... sebelum Euro bermula lagi perdebatan peminat di alam maya memang rancak. Artikel 'Euro 2008 debate' bertajuk 'Who will make the final?' yang disiarkan selepas tamat peringkat kumpulan hangat dibahaskan. Rata-rata peminat mahukan Portugal vs Belanda di final. Aku harap Belanda dan Croatia ke final rupanya tidak menjadi. Final kali ini kurang menarik dan kurang teruja. Bak kata orang kurang ummphh. Walaupun aku bukanlah 'die hard fan' Sepanyol tapi aku gembira mereka menjuarainya. Aku tertarik dengan negara lembu ini yang dahulunya cahaya Islam pernah bersinar indah disitu. Semuanya hanya tinggal sebagai sejarah. Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang Sepanyol yang aku ingin coretkan. Jika di negara-negara Eropah lainnya para pendatang yang beragama Islam dipandang serong tetapi tidak di Sepanyol. Masyarakat Islam Sepanyol dapat hidup dengan selesa dan harmoni tanpa sebarang ancaman walaupun dunia Barat mengaggap Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. Malahan kerajaan Sepanyol juga mengakui pendatang Islam talah berasimilasi dan menjadi sebahagian dari masyarakat Sepanyol. Perkembangan Islam di Sepanyol amat mengagumkan dan gerakan-gerakan Islam ini dipelopori oleh golongan yang baru memeluk Islam.
Justeru, aku tidak hairan andainya seorang pemain bola sepak Liga Inggeris yang paling menghiburkan berhijrah ke Sepanyol. Perpindahan Thierry Henry ke Barcelona sudah lama diduga namun peminat terkejut dengan keputusan penceraian Henry dengan isterinya, Claire. Kenyataan-kenyataan Henry tentang penceraian itu juga aneh. Dia pernah memberitahu seorang kenalan rapatnya, “Banyak perkara telah berubah sejak kebelakangan ini. Aku perlu menjauhkan diri dari faktor Inggeris sepenuhnya termasuk isteri aku.” Peminat tertanya-tanya mengapa dia berkata sedemikian? Apa sebenarnya yang mendorong Henry sehingga dia sanggup meninggalkan orang tersayang? Walaubagaimanapun peguam Henry menegaskan yang dia berhijrah ke Barcelona kerana bola sepak bukan atas faktor-faktor lain. Ada juga maklumat menyatakan yang Henry mempromosikan buku-buku Islam kepada teman-temannya serta mneggalakkan mereka untuk membacanya. Ketika bersama Arsenal pernah dia meraikan gol dengan aksi seperti orang Islam sedang sujud dalam sembahyang. Ketika lawatan ke Arab Saudi pula, Henry menyatakan yang dia berminat dan tertarik dengan Islam. Wallahualam… samada itu benar atau hanya khabar angin, Allah yang lebih tahu.
Pernah dengar nama Frederik Kanoute? Mungkin nama ini tak sepopular Kaka, Thierry Henry, Ronaldinho, Steven Gerrard, Cristiano Ronaldo ataupun Cesc Fabregas namun nama ini cukup popular dikalangan masyarakat Islam Sepanyol di Sevilla bukan hanya sebagai pemain bola sepak tetapi lebih daripada itu. Sungguh penduduk Islam Sevilla akan sentiasa mendoakan kebahagian pemain ini. Jasanya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Pemain ini telah menggunakan sejumlah wang gajinya sebagai penyerang Sevilla untuk membeli sebuah masjid. Jikalaulah dia tidak berbuat demikian, umat Islam Sevilla akan menangis air mata darah melihat rumah Allah itu bakal dijadikan gereja. Murni sungguh peribadi pemain ini yang memeluk Islam ketika berusia 21 tahun.
Kebangkitan Islam di bumi AS dan juga negara-negara Eropah tidak dapat dinafikan malahan perkembangannya cukup drastik. Ramainya golongan warga AS dan Eropah yang memeluk Islam telah menjadikan Islam diiktiraf sebagai “The Fastest Growing Religion.” Walaupun juak-juak yang membenci Islam terus-terusan mengadakan kempen menempelkan slogan keganasan terhadap Islam namun gagal menyekat perkembangan Islam. Semakin buruk gambaran yang mereka berikan mengenai Islam, semakin tinggi inkuiri seseorang untuk mengetahui tentang agama suci ini. Apabila mereka telah mengetahuinya, mereka semakin tertarik akan keindahan serta kebenarannya dan sukar untuk melepaskannya.
Berlabuhnya tirai Euro 08, tamatlah catatanku ini sepanjang Euro berlangsung. Inilah sedikit catatan untuk mengelak dari tertidur ketika menunggu waktu solat Subuh masuk selepas menonoton Euro… hehe… dahsyat kalau solat subuh 'gajah' atau subuh 'dinasour' disebabkan tengok bola. Dosa... dosa... Semoga diri saya dan sahabat-sahabat dapat manfaat bersama daripada catatan ini. Wallahualam….


~ LaBuORen ~
30 07 08
5.55 a.m
posted by BLOGGER @ 10:30 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 14/7/08 2:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wahh.. best2. Im a big fan of euro too. Sekarang rindu sgt kt euro. Tsk..tsk. Xpe pasnih tunggu BPL lak.. x sbr!

     

  • At 15/7/08 9:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ghftjj....;p325

     

  • At 15/7/08 9:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ghftjj....;p325

     

  • At 15/7/08 1:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hebat..
    penulis tak nk jd penulis sukan ke?
    idea n olahan karya bernas..
    tahniah
    ~juEwA86

     

  • At 18/7/08 10:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    woa..
    best.. gmpx..

     

  • At 12/9/08 12:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hype labuoren,nak mtk izin dr awak tuk sebarkan info yg awak tulis kat cni. i try to contact u via email add but fail. so I hope u give permission la nak hebahkan info ni.
    -yong jiao xiu

     

  • At 12/9/08 12:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hype labuoren,nak mtk izin dr awak tuk sebarkan info yg awak tulis kat cni. i try to contact u via email add but fail. so I hope u give permission la nak hebahkan info ni.
    -yong jiao xiu

     

  • At 9/10/08 11:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    To yong jiao xiu...
    This is my email -->lanuorenz@yahoo.com <

    i forget to put the z...

     

  • At 9/10/08 11:02 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sorry... second mistake..
    <<< labuorenz@yahoo.com<<

     

  • At 13/1/09 11:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pertama kali saya baca 'ulasan sukan' yang sangat menarik. saya bukanlah peminat bola sepak yang sanggup berjaga untuk menonton perlawanan antarabangsa, walaupun kadang2 teruja melihat kawan2 bermain untuk interbatch. dan saya sendiri sukakan futsal. apapun, huraian anda tentang sejarah Islam pada setiap pasukan bola sepak itu memberi satu pencerahan baru. terima kasih dan tahniah!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group