Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kau nie bila nak kawin Reen.Umur tue dah makin meningkat.Bukannya makin muda" Mula dah leterannya tue.Aku bukannya tak nak kawin.Tapi entahlah hatiku seolah-olah tertutup buat insan yang bernama lelaki.Ini semua gara-gara......
"Eh,Reen!Kau dengar tak apa yang umi cakapkan nie.Umi tak kira kau setuju atau tidak.Umi nak tunangkan kau dengan Faiz,anak Pak Long kau tue" Terkezut tahap tapir aku mendengar butir bicara umiku.Gila apa,nak jodohkan aku dengan si Faiz tue.Bakal tercetus perang dunia ketiga la nampaknya.Ish....buat lawak la pulak aku nie....
"Tak mau la Reen,umi.Biar la Reen cari jodoh Reen sendiri"
"Sampai bila kau nak cari jodoh kau.Asyik dengan kerja,kerja 24 jam.Umi tak peduli,rombongan akan datang minggu depan.Genap bulan nie kau berdua menikah"
"What!Apa semua nie umi.Kenapa tak bincang dulu dengan Reen"
"Kalau umi bincang dengan kau,bakal gamaknya kau takkan setuju"
"Tau tak pa,"kata hatiku. Apa lagi yang boleh kukatakan.Keputusan telah dibuat dan aku harus menurut.Aku tidak salahkan umi memang dia berhak keatas setiap anak-anaknya.Cuma aku terkilan sedikit kerana tidak dibawa berbincang bersama.Padan juga dengan muka aku asyik mengelak aje bila disuarakan soal kawin.Sekarang apa dah jadi......Hai,nasib-nasib.....
Masuk hari nie sudah seminggu aku menjadi tunangan orang.Tunang kepada si Faiz yang tidak pernah aku mimpikan sebelum nie.Genap bulan nie aku akan menjadi isterinya.Tinggal beberapa hari aje lagi nie.....fikirku sambil membelek kelender yang ada diatas meja.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi minta diangkat....
"Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan Nureen Zalida"
Sapa nie.Siap sebut nama penuh lagi.
"Ya, saya yang bercakap.Saudara nie sapa"
"Kot ya pun.Jawablah salam saya nie dulu"
Sapa mamat nie.Main-mainkan aku pulak.Tapi memang silapku yang nak tahu siapa gerangan yang menelefon sampai lupa nak sambut salamnya"
"Eh,waalaikumussalam.Awak nie sapa"
"Saya Faiz tunang awak.Saya nak ajak awak keluar malam nie.Ada hal yang nak saya bincangkan dengan awak"
"Nanti dulu.Dari mana awak dapat nombor phone saya nie"
"Saya minta dari umi awak.Boleh tak kita keluar malam nie"
"Tengok la dulu.Lagipun.....
"Awak kena keluar juga dengan saya malam nie.Kita mesti berbincang tentang perkara nie"
Kenapa dengan dia nie.Beria-ia ajak aku keluar.Macam takde hari siang tak tau.Dah la aku tak suka keluar malam.Maklumlah.....
"Yelah,yelah.Kita jumpa di Restoran Idaman.Jam pukul 8.30 malam.Okay"
"Okay.Thanks"
Malam tue aku hanya memakai sesimple mungkin.Maklumlah aku nie mana la suka berfesyen.Aku sampai ke Restoran Idaman awal dari waktu yang dijanjikan.Aku memilih tempat yang agak terpencil dan jauh daripada orang ramai.
"Cik nak minum atau makan" "Bagi saya Jus Oren" "Makan" "Tak perlu" Pelayan itu berlalu setelah mengambil pesananku.Tiba-tiba.....
Aku menyambut salamnya itu sebagai tanda hormatku terhadapnya.
"Ada apa awak nak jumpa saya nie,"soalku ingin tahu.
"Nanti la dulu.Bagi la saya order minuman dulu.Haus nie tau tak,"ucapnya sambil mengamit pelayan.Setelah pelayan itu mengambil order.......
"Okay.Tapi sebelum saya cakap,saya minta maaf kalau awak terasa ye.......Begini sebenarnya saya nak bincang dengan awak tentang perancangan family kita tue.Terus terang saya sebenarnya kurang bersetuju dengan perancangan tue.Saya fikir...... "Alhamdulillah,"ucapku tanda syukur. Faiz terpingga-pingga melihat reaksiku.
"Kenapa nie.Awak pun tak setuju ke....... "Of course.Saya pun tak terfikir yang family kita boleh terfikir sejauh tue.Sedangkan kita kenal pun tidak.....
"Tapi saya dah bincang dengan mama dan papa saya.Nampaknya mereka dah berpakat benar nak menyatukan kita.Memang kita tak dapat mengelakkan diri lagi.Lagipun tinggal beberapa hari lagi aje yang kita berdua akan menikah.Jadi saya berpendapat yang kita kawin bersertakan perjanjian.Bagaimana,awak setuju tak...... Tergamam aku mendengar idea bodohnya itu.
bab 2
"Umi,Kak Lin tahu tak yang Reen nikah hari,"tanyaku selepas selesai majlis pernikahanku.
"Umi ada telefon,tapi dia kata tak boleh balik sebab kurang sihat.Maklumlah orang berbadan dua"
Kak Lin saudara kembarku yang kini menetap di Landon bersama-sama suaminya Muhammad Farhan.Farhan nama itulah yang pernah bertakhta dihatiku hampir 9 tahun.Lelaki yang mengayam impian untuk hidup bersamaku,tapi itu semua tidak kesampaian pabila berlaku tragedi yang tanpa diundang.Masih segar dalam ingatanku peristiwa 7 tahun yang lalu.Hatiku girang pabila Farhan memberitahuku bahawa keluarganya akan datang merisikku.Perkara itu disampaikan sendiri oleh Farhan kepada keluargaku yang selama ini tidak mengehtahui akan perhubungan kami.Tanggal 28 mei 1998 hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah dalam hidupku bertukar menjadi peristiwa hitam yang takkan kulupakan untuk selama-lamanya.Berpunca daripada salah nama,mereka akhirnya menyunting Kak Lin sebagai permaisuri untuk Farhan.Bukan aku...Memang nama kami hampir seiras Kak Lin,Nurin Zalida namanya dan aku Nureen Zalida.Umi dan abah yang tidak mengehtahui hubunganku dengan Farhan telah menerima pinangan tersebut.Apa lagi yang dapatku lakukan.Dan yang paling aku tidak sangka yang selama ini Kak Lin juga menaruh hati terhadap Farhan.Masih kuingat perbualan kami berdua setelah selesai majlis bertunangnya.......
"Kak Lin tak sangka yang selama nie Farhan tue pun sukakan akak.Akak ingat akak bertepuk sebelah tangan"
Hatiku pedih mendengar percakapannya.Tidak aku menyangka yang selama ini Kak Lin menaruh hati terhadap Farhan.
"Reen,tengoklah cincin nie cantik tak.Pandai si Farhan tue pilih.Memang taste akak pun"
Bertambah parah perasaanku pabila melihat cincin emas bertakhtakan berlian tersarung dijarinya yang sepatutnya ianya tersarung dijariku.Tidak tahan menanggung perasaan,akhirnya air mataku mengalir perlahan-lahan sehingga mengenai tangan Kak Lin dan.....
"Eh,kenapa nie!Reen tak suka ke yang Kak Lin bertunang"
"Takdelah,Reen sedih sebab Kak Lin akan tinggalkan Reen tak lama lagi"
"Takde sebabnya Kak Lin nak tinggalkan adik akak nie.Sudah jangan nangis lagi.Macam budak-budak la Reen nie"
Kak Lin menarik aku dalam dakapannya.Bertambah sedih perasaanku bila berada dalam dakapannya.Impianku telah musnah dalam sekelip mata.Apa yang selama ini aku dan Farhan rencanakan akan bertukar menjadi mimpi yang indah tapi mustahil untuk digapai......
bab 3 "Sudah la tue Reen.Esok-esok ajelah berkemas .Tak penat ke"
Suara abah itu telah berjaya mematahkan segala lamunanku sebentar tadi.
"Yelah abah.Reen rasa memang tak sempat kalau Reen nak buat semuanya malam nie,"kataku manja sambil memaut mesra lengan abah.
"Eh,tak tahu malu rupanya anak abah nie.Dah menikah pun masih nak bermanja dengan abah" Memang aku lebih manja dengan abah daripada umi.Kak Lin yang rapit dengan umi berbanding aku.
"Kenapa.Dah menikah Reen tak boleh manja lagi ke abah,"tanyaku nakal.
"Sudah.Malas abah nak melayan kamu.Makin dilayan makin menjadi nanti.Pergi naik.Kesian abah dengan si Faiz tue.Dari tadi duduk sorang-sorang dalam bilik"
"Yes bosss.........
Kakiku melangkah perlahan menuju kamar pengantin yang berhias indah.Hasil sentuhan tangan umi.Bila pintu bilikku terkuak dan dengan tidak semena-mena........
"Ops...sorry tak sengaja............
Mukaku merah menahan malu bila terpandang akan tubuhnya yang belum lengkap berpakaian itu.Dia kulihat kelam kabut mencapai pakaian bila ternampak diriku.Bila kuingin menutup pintu kembali...........
"Tak payah nak larikan diri bila dah terpandang.Lain kali ketuk pintu dulu ataupun bagi salam sebelum masuk.Nie main terjah aje.Buat jatuh saham aku je.........
"Maaf....saya tak pernah amalkan bagi salam bila masuk bilik sendiri"
"Itu dulu.Tapi sekarang aku akan tinggal dalam bilik nie sama.So,tolong jaga adab-adab yang sepatutnya.Tapi tak tahulah aku kalau awak nak ambil kesempatan nak........
"Sudah.Saya mengaku salah saya.Tak payahlah awak nak tuduh saya nak ambil kesempatan ke apa.Saya sedar kita kawin sebab apa.So,awak pun tak perlulah bimbang.Perkara macam nie takkan berlaku lagi........
Lantas aku mencapai tuala dan baju persalinan menuju kamar mandi.Bila kakiku melangkah keluar Faiz kulihat sedang enak melayari mimpi diatas katil empukku.Hai,nasib-nasib....malam nie nampaknya kena tidur atas sofalah aku...Bila sahaja kepalaku mencecah bantal 1 2 3 dan dan aku zzzzzzzz......
Aku tersedar bila selesai azan subuh berkumandang.Dengan rasa malas aku bangun untuk menunaikan kewajipanku sebagai umat islam.Aku lihat Faiz sedang khusyuk berdoa diatas sejadah bila kakiku ingin melangkah kebilik air.
Pagi yang indah.Sedang kami seisi keluarga sedang enak menjamu selera pagi itu,tiba-tiba loceng pintu utama berbunyi.Umi bangun untuk melihat gerangan siapakah yang datang seawal pagi ini.
"Reen...tengok sapa datang nie......... Jeritan umi itu berjaya menarik kami semua untuk melihat apa yang berlaku.Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku lihat kini.Kakiku seolah-aloh terikat dibumi.
"Hello my dear.How are you"
Aku masih tetap begitu
"Reen kenapa nie......"soal suara itu risau.
"Kak Lin.Betul ke nie Kak Lin.......
"Yelah Kak Lin nie.Yang Reen macam kena sampuk hantu nie pasal apa"
"Kak Lin....."tangisku perlahan.
Dengan pantas Kak Lin menarik aku dalam dakapannya.Aku menangis rindu dalam pelukkannya.
"Ya Allah.Yang Reen menangis beria-ia nie kenapa"
"Reen rindukan akak"Hanya itu yang mampu aku luahkan.
Kak Lin merungkaikan pelukan."Dari dula sampai sekarang tak berubah-ubah.Suka sangat menangis.Macam budak-budak"
Aku hanya tersenyum bila mendengar kata-katanya.Memang betul katanya aku memang suka menangis....
"Yang nie ke suami Reen,"soalnya
"Yap.Kenalkan nie suami Reen Faiz Ikman.Abang yang ni kakak kembar Reen Kak Lin dan ini suaminya......Farhan........ Suaraku bagai tenggelam timbul bila kusebut namanya.Baru kusedari yang Farhan sedang asyik memerhatiku.Dia kulihat tidak banyak berubah.Tetap kemas dan simple.Itulah daya tarikkan yang membuatkanku jatuh cinta padanya dulu.
"Farhan,saya nak awak terima Kak Lin sebagai isteri awak"
Luahku pada hari terakhir kami berjumpa.
"What!Apa yang Reen merepekkan nie.Ini semua hanyalah satu kesilapan Reen.Kita dapat betulkannya"
"Please Farhan.Reen rayu dekat Farhan terimalah Kak Lin sebagai isteri.......
"No.Farhan takkan setuju.Kenapa dengan Reen nie tak pasal-pasal nak suruh Farhan terima Lin sebagai isteri.....
Aku hanya diam.Tidak sanggup nak meneruskan kata....
"What wrong with you Reen.Kenapa nak Farhan terima Lin.Sedangkan Farhan hanya cintakan Reen not Lin.I really love you honey"
"Farhan,awak tahu tak yang Kak Lin cintakan awak selama nie"
"Apa yang Reen merepekkan nie sayang....."
"Betul Farhan.Kak Lin betul-betul sayangkan awak.Dia begitu gembira bila Farhan masuk meminang......
"Tidak Farhan takkan takkan setuju"
"Farhan......,"panggilku.
"Kenapa dengan Reen nie.Farhan hanya cintkan Reen.Farhan hanya nak hidup dengan Reen.Farhan........tak boleh terima Lin....
"Farhan.Reen pun sayangkan Farhan.Please understand me.Reen tak sanggup nak hancurkan masa depan Kak Lin"
"Habis tue kita sama-sama kecewa.Reen,Farhan tau yang Reen betul-betul sayangkan Kak Lin tapi janganlah sampai tahap macam nie sayang....
"Farhan takkan tau macam mana sayangnya Reen dekat Kak Lin.Kalau boleh nyawa pun Reen sanggup gadaikan.....Please Farhan untuk Reen tolong terima Kak Lin sebagai isteri.Tak banyak yang Reen minta"
"Tapi.....
"Farhan.Farhan ingat tak kata nasihat yang selalu Farhan ingatkan Reen bila Reen tak boleh dapatkan sesuatu.Fahan kata tidak semua benda dalam dunia nie kita boleh dapat.Kadangkala kita terpaksa melepaskan ia untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.Tolong Farhan.Reen percaya yang Kak Lin boleh menjadi isteri yang baik......
"Reen........ Aku renung matanya.Jelas kelihatan yang dia begitu kecewa dengan apa yang terjadi.....
"Baiklah kalau itu yang Reen mahukan.Farhan akan terima.Tapi Farhan nak Reen tau yang hati Farhan hanya untuk Reen sorang saja takkan ada pada orang lain.Remember that.......
"Masa akan merubah hati dan perasaan seseorang Farhan......
"Itu orang lain.Tapi kalau Farhan InsyaAllah takkan....... Aku melangkah meninggalkanya seorang diri disitu.Tidak sanggup untukku melihat kekecewaan yang ada dalam dirinya.Farhan Reen tau yang Farhan begitu sayangkan Reen.Reen pun sayangkan Farhan.Tapi jodoh tak menyebelahi kita sayang.Itulah kata azimat yang selalu aku ingatkan bila hatiku teringatkan dirinya.......
bab 4
"Tak siap lagi" Sergahan itu memeranjatkan aku.Dengan pantas aku mengesat air mata yang menitis ditubir mata.
"Nak pergi mana,"soalku.
"Awak lupa ke.Kan tadi saya ajak awak pergi rumah mama"
"Oh,rumah mama.Nanti kejap,saya bersiap,"kataku ingin berlalu.
Faiz hanya memerhatikan tingkah laku isterinya.Entah kenapa hatinya tidak tenteram.Terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya."Ah,tak mungkin........
"Umi,Reen dengan Faiz nak pergi melawat mama sebentar.Nanti malam kami balik"
"Pergilah.Nanti apa kata mak mertua kamu pula.Nanti dikatakan umi tak kasi jengok dia pula.....
"Apa la umi nie.Tak baik berburuk sangka dengan orang lain"
"Umi gurau ajelah.Apa la Reen nie.....
Bila kakiku melintasi ruang tamu,Kak Lin dan suaminya kulihat sedang asyik menonton tv dan .....
"Eh,Reen nak pergi mana"
"Oh,Kak Lin.Reen nak pergi rumah mak long sebentar"
"La Kak Lin baru ingat nak ajak Reen keluar sekejap.Tapi tak apalah lain kalilah"
"Okaylah Kak Lin.Reen nak pergi dah nie.Nanti malam kita jumpa lagi"
"Okay.Kirim salam akak dekat mak long tau"
"InsyaAllah kak" Farhan yang turut serta disitu hanya sekadar menjadi penonton.Dari tadi dia hanya memerhatikanku.Bukan aku tidak sedar tapi malas aku nak melayannya.Nanti ianya akan mencalarkan hatiku sendiri.Aku pun sebenarnya sudah malas nak duduk rumah.Malas nak melayan renungan Farhan setiap kali ternampak akan diriku.Bahkan dia dengan berani merayu aku kambali kepangkuannya.Meminta aku menyambung ikatan kasih kami berdua.......
"Reen"
"Oh,Farhan kenapa nie.Kak Lin mana,"soalku.
"Kenapa Kak Lin yang Reen tanya"
"Mestilah dia kan isteri Farhan...........
"Dan dia juga penghalang cinta kita............
"Farhan apa yang awak merepekkan nie"
"Betul apa yang Farhan cakap.Pasal Linlah kita tak dapat bersama"
"Farhan stop it.Nanti dengar dekat Kak Lin tak pasal-pasal kecoh satu rumah.Kisah kita dah lama tamat"
"Tapi Farhan tak dapat lupakan Reen.Farhan masih lagi mencintai Reen.....
"Sudahlah tue Farhan.Lupakanlah Reen.Kita tak mungkin dapat bersama lagi.Tak mungkin.......
"Sapa kata.....
"Farhan.Jangan nak buat gila dekat sini.Nanti Reen jerit...."ugutku bila dia semakin menghampiriku.
"Reen,Farhan cintakan Reen.Farhan nak hidup bersama Reen,"luahnya.
"Farhan jangan jadi gila.Reen tak mungkin bersama Farhan lagi.Kita semua dah ada tanggungjawab.Tanggungjawab Farhan dekat Kak Lin dan anak yang Kak Lin kandungkan dan jangan Farhan lupa yang Reen sekarang isteri orang.....
"Reen cintakan dia...... Tergamam aku mendengar pertanyaanya.Tidak kumenjangka yang Farhan akan bertanyaku begitu.
"Kenapa Reen tak jawab.Betul apa yang Farhan jangkakan.Reen pun masih cintakan Farhan...... Ya, memang aku masih lagi mencintai dirimu Farhan.Tapi kita tak mungkin bersama lagi.
"Tidak Farhan.Reen tak mencintai Farhan lagi"
"Bohang.Farhan tau yang Reen bohang"
"Apa hak Farhan nak kata Reen bohang Farhan.Reen cakap apa yang betul......
"I know you Reen.Takkan semudah itu Reen lupakan cinta pertama Reen.....
"Tak mungkin cinta pertama Reen tak boleh lupakan"
"Sudah la tue Reen.Tak payah nak berlakon depan Farhan.Farhan tau yang Reen masih lagi mencintai Farhan.....
"Sudah Farhan.Hentikan semua nie.Reen dah menikah.Reen dah jadi isteri orang.....
"Reen cintakan dia.Reen bahagia hidup bersamanya....."soalnya sekali lagi.
"Ya,Reen cintakan dia.Reen bahagia bila hidup bersama Faiz...."bohangku.
"Tak mungkin"
"Terpulang kepada Farhan nak percaya atau tidak.Itulah hakikat yang sebenar.Dan sekarang izinkan Reen pergi.Tak elok nanti bila orang tengok kita....." Dengan pantas aku meninggalkan dirinya disitu.Aku dihantar pergi dengan pandangan mata Farhan.Tidak sanggup untuk aku berlama disitu.Nanti ianya sekadar mengundang air mataku sahaja.
"Reen kita dah sampai.Jom turun"
"Hah,dah sampai cepatnya.....
"Cepat apanya.Penat aku memandu awak kata cepat......Itulah asyik berangan sahaja.Sampai tak sedar orang sekeliling"
"Awak yang ajak saya kemari.Jangan pula awak nak bersunggut.Sudah malas saya nak bercakap dengan awak lagi.Nanti tak pasal-pasal pecah satu rumah..... Dengan bersahaja aku meninggalkannya seorang diri dalam kereta.Turun menuju kearah mama yang setia menanti kami dihalaman rumahnya.
bab 5
"Papa mana mama.Faiz tak nampak pun dari tadi"
"Papa kamu kalau hari minggu macam nie,kemana lagi....mesti pergi melepak dekat padang golf tue.Ada apa dekat sana pun mama tak tau.....
"Biasa la tue mama.....
"Ha,Reen kenapa diam aje nie.Kamu kurang sihat ke......
"Takdelah mama.Reen okay aje.......
"Betul ke okay nie Reen.Tapi kenapa diam aje.....
"Yelah sayang nie.Kalau tak sihat kasi tau abang.Mana la tau ada berita baik ke.......
Tidak aku menyangka yang dia akan bergurau denganku demikian.Mukaku merah menahan malu.....
"Ha‘a Reen pergilah check mana la tau masin mulut si Faiz tue.Cepat la mama timang cucu.......
"Takdelah mama abang tue bergurau aje.Reen sihat aje.Lagipun abang kata tak mau timang anak lagi nanti menyusahkan aje.Tak boleh bermanja lagi......
Sengaja aku lemparkan senyuman sinisku kepada Faiz.Ha,padan muka,baru dia tau siapa Nureen Zalida....bukan calang-calang orang tau.......
"Kenapa pula.Anak tue kan kurnian Allah.Tak baik tau kalau kamu cakap macam tue.....
"Faiz tak kisah mama.Tapi menantu mama tue.Cemburunya tak tentu pasal.Nanti tak pasal-pasal kena tidur kat luar pula Faiz....
Ingin saja aku membalas baik perkataan yang lahir dari mulutnya.......
"Datin,makanan dah siap.Marilah makan.....
"Terima kasih bibik.Jom Reen kita pergi makan"
"Mama nie zalim tau.Dia ajak menantu dia aje.Yang Faiz nie tunggul ke apa"
"Kamu nie mengada-gadalah.Macam la tak tau pergi sendiri......
Faiz hanya senyum memandang mamanya.Dasar anak manja....
"Oh ya mama,Kak Lin kirim salam"
"Kak Lin.Kakak kembar Reen tue ke.Bila dia balik Malaysia.Lama tak jumpa dia"
"Dah sebulan mama.Sehari selepas Reen kawin."
Dah cukup bulan ke kandunganya tue.....
"Belum lagi.InsyaAllah akhir bulan november nanti"
"Apa yang diborakkan tue mama.Sampai Faiz lalu pun tak sedar"
"Takde apa-apalah abang nie.Menyampuk ajelah dia nie"
"Entah-entah mengata abang apa"
"Kalau kami mengata abang pun,abang nak buat apa...... Dengan pantas dia mencubit pipiku.Ini sudah melampau.Nanti la dia.Ada lari ada bas,ada hari nanti aku BALASSS........ Sudah tiga bulan Kak Lin pulang ke Malaysia.Sepanjang tempoh itu jugalah aku berasa tidak aman bila berada di rumah.Sengaja aku melarikan diri daripada orang yang ada dalam rumah itu terutama Farhan......Ternyata tempoh tujuh tahun tidak dapat meluputkan ingatannya terhadapku.....
"Reen,please tolong terima Farhan balik dalam hidup Reen.Kita bina hidup cinta kita semula sayang..... Rayunya malam itu.Bila semua orang sedang berehat diruang tamu.Hanya tinggal kami berdua yang ada dalam ruang dapur itu.....
"Farhan jangan jadi gila.Kita tak mungkin dapat bersama lagi.Kenapa Farhan tak faham cakap Reen.Nak Reen cakap dalam bahasa apa lagi......
"Tapi Farhan tak dapat terima Reen.Farhan tak dapat terima......
"Sudahlah tue Farhan.Jangan mengharap sesuatu yang tak mungkin kita milikki.Nanti makin teruk parahnya......
Aku berlalu meninggalkannya tanpa kusedari ada insan lain yang menjadi pendengar perbualan kami disitu.Dan malam itu.....
"Apa hubungan awak dengan Farhan"
"Apa awak nak ambil tahu.Tak ada kena mengena pun dengan awak.So,tak payah nak busybody hal orang lain......
"Aku pun bukan suka-suka nak ambil tahu hal orang kalau orang tue takde kaitan dengan aku.Suka hati awak la nak cite ke tak mau.Walaupun kita kawin tak macam orang lain tapi awak boleh anggap aku nie macam kawan awak.Awak boleh cite dekat saya kalau awak mahu.Sekurang-kurangnya boleh meringgankan sikit masalah awak tue..... Aku donggak mencari keikhlasan dalam dirinya.Nyata sinar matanya tidak menipuku.Entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk menceritakan rahsia yang selama ini tersimpan kukuh disanubariku.Tidak satu pun yang aku sembunyikan.
"Oh,macam tue.Kenapa awak tak berterus terang dengan Kak Lin.Saya pasti kalau dia tahu dia akan beralah.....
"Awak tak tengok macam mana seronoknya Kak Lin bila Farhan masuk meminangnya.Pasal tulah saya tak sanggup nak berterus terang......
"Tapi awak sendiri yang menderita.Tak adil bukan.....
"Saya tak kisah asalkan Kak Lin bahagia.Tapi yang masih menjadi masalahnya Farhan.Dia tak boleh rupakan saya rupanya.Saya ingat bila dia menetap diLondon dia mampu lupakan saya tapi tidak.......Saya buntu awak tau tak Faiz.Hampir setiap kali bila ada peluang dia pasti nak merayu dekat saya.Saya tension awak tau tak.......
"Awak nak ikut saya tak"
"Pergi mana,"soalku.
"Saya kena outstations seminggu dekat Sabah.Awak nak ikut tak.Sekurang-kurangnya awak mampu kurangkan stress awak tue.....
"Nanti la saya fikirkan.Nanti saya bagitau awak okay..... Dia hanya mengangguk.Entah mengapa hatiku berasa tenang bila kuluahkan segalanya kepada Faiz.Seolah-olah separuh masalahku sudah selesai.Perlahan-lahan aku menghampiri Faiz dan berlabuh kepala diatas bahunya.Kaget juga Faiz kulihat pada mulanya tapi tidak lama.Dengan lembut dia membelai rambutku yang panjang melepasi bahu itu.Hanya senyuman yang dihadiahkan kepadaku bila mata kami bersatu......
bab 6
Sudah seminggu aku pulang dari Sabah.Namun hatiku belum lagi tenteram.Bertambah gusar tue adalah.Teringat akan perbualan antara aku dengan Faiz bila bila kami menyusuri pantai lewat senja hari tue....
"Awak,kenapa awak tak setuju dengan perkhawinan nie....
"Kenapa Reen nak tahu...
"Saja.Awak dah tau kenapa saya keberatan nak terima perkhawinan nie.Tak salah rasanya kalau saya nak tahu alasan awak pula....
"Entah.Saya pun tak tahu.Yang saya tahu saya kurang percaya dengan kaum hawa nie...Apatah lagi cinta....
"Kenapa pula awak tak percaya atau awak pernah dikecewakan....
"Tak.Saya tak pernah bercinta macam mana nak rasa perasaan kecewa tue.Oh ya,saya nak tanya awak cinta tue wujud ke.....
Tidak sangka aku akan ditanya soalan bodoh sebegitu.Hai dunia,masih ada lagi manusia macam nie......
"Cinta tue wujud.Ia ada dalam diri setiap manusia.Awak jangan risau awak akan rasainya juga satu hari nanti.....
Entah mengapa hatiku dilanda cemburu.Apa hak aku nak cemburu.Sabar Reen cuba bersikap macam seorang sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka.....
"Siapalah wanita bertuah tue....
"Adalah.Itu rahsia.Awak akan tahu juga satu hari nanti.Tapi saya tak tahu dia sayangkan saya ke tidak"
Bertambah meningkat darjah cemburuku.Kalau tidak mengenangkan perjanjian perkhawinan kami.Tak tahulah apa yang nak jadi.....
"Awak jangan takutlah.Kalau ianya jodoh awak takkan lari gunung dikejar.Tapi kalau sebaliknya,awak kenalah redha atas apa yang Allah tetapkan untuk awak.InsyaAllah ada hikmah disebaliknya.....
"Itulah yang takut saya nak alami....
"Tak perlu awak nak takut.Banyakkan berdoa minta pertunjuk daripadaNYA.InsyaAllah tuhan akan memberkati awak.....
"Macam ustazahlah awak nie....
"Pengalaman yang mengajar saya erti kehidupan.Tidak semuanya indah pasti ada pahit hempedunya"
"Awak masih ingatkan dia....
"Siapa.....
"Farhan....
"Tiada sebab saya nak ingatkan dia....
Aku tak teringatkan dia stupid.Tapi aku fikirkan kau Faiz.Tak sanggup aku nak menangung perasaan yang semakin hari semakin menyiksa jiwa nie.Hatiku seolah-olah sudah jatuh hati padamu.Namun apa dayaku tak mungkin kita dapat bersatu....
Lagu Sampai Bila nyanyian kumpulan Lela berkumandang dari handphoneku.Berdering minta diangkat....
"Hello...sapa nie...
Tiada suara dihujung talian....
"Hello....sapa nie.Bisu ke tak reti jawab.....
Dia masih jua begitu.Belum sempat aku menempik,kedengaran suara dihujung talian.....
"Assalamualaikum Reen...
Jantungku bagai direntap.Aku bagaikan tidak percaya....
"Reen are you okay.....,"tanyanya gusar.
"Farhan,untuk apa awak telefon saya nie"
"Reen please.Farhan nak jumpa Reen"
"Jangan jadi bodoh Farhan.Reen takkan jumpa Farhan lagi"
"Please Reen.Kita jumpa"
Hatiku berbelah bagi.Tiba-tiba aku teringatkan Faiz.Mungkin ini cara penyelesaiannya.....
"Please Reen.............
"Okay,kita jumpa di Restoran Idaman.Jam 12.30 tengah hari"
Selepas tamat perbualanku dengan Farhan.Pantas jemariku mendail number telefon Faiz.Satu,dua.......Kedengaran suaranya dihujung talian.......
Tepat jam 12.30 tengah hari aku datang ke tempat yang dijanjikan.Kelihatan Farhan menantiku disudut meja yang agak tersembunyi dari mata orang ramai.
"Mana dia nie kata nak datang.Tapi batang hidung pun belum lagi nampak.....
Kakiku melangkah jua kemeja itu walaupun hatiku keberatan.
"Assalamualaikum,"sapaku.
"Waalaikumussalam bila sampai"
"Baru aje....ada apa yang Farhan nak bincangkan dengan Reen"
"Reen,Farhan nak tanya Reen untuk kali yang terakhir.Adakah Reen dah tak cintakan Farhan lagi....
"Dah berapa kali Reen nak cakap.Antara kita takde apa-apa lagi.Reen.....Reen dah tak cintakan Farhan lagi.....
Farhan kulihat tunduk memandang alas meja yang bercorak cantik itu.
"Adakah Reen dah jumpa cinta baru....
Aku pula yang terdiam.Tidak mampu untukku menjawab.Perlahan-lahan aku mengangguk.Sebagai jawapan bagi soalannya.
"Sapa insan yang bertuah tue Reen.....Adakah Faiz suami Reen...
"Iya Farhan.Reen cintakan Faiz setulus hati Reen"
"Faiz macam mana.....
"Faiz pun cintakan Reen....Kami saling mencintai satu sama lain.....
Dalam keadaan macam nie aku harus berbohang.Walaupun bukan itu yang sebetulnya.
"Baguslah macam tue...Bolehlah Farhan balik ke London tanpa perlu risaukan Reen lagi....
"Apa maksud Farhan....
"Farhan dapat tawaran sambung semula kerja disana semula.InsyaAllah minggu depan Farhan berangkat.....
"Baguslah macam tue.Reen harap Farhan akan dapat lupakan Reen.Kita tak dapat mengubah apa yang telah Allah tentukan untuk kita.....
"Farhan akan cuba.Walaupun farhan tak yakin boleh lakukannya atau tidak......
"InsyaAllah Farhan boleh lakukannya.Okaylah,Reen pun nak minta diri dulu.....
"Tak makan dulu.Farhan belanja....
"Tak perlulah Farhan.Reen baru aje makan" Kakiku melangkah keluar dari Restoran Idaman dan aku bagai tidak percaya apa yang sedang aku lihat kini Faiz......Ya itu Faiz dan dia dengan wanita mana pula tue.......seronok sangat bergurau senda.Tak sanggup aku untuk melihat adegan yang akan menyakiti hatiku sendiri.Dengan pantas aku memasuki kereta meninggalkan Restoran Idaman itu.Tidak aku sangka yang aku akan kecewa sekali lagi......
Aku kembali lagi kepantai ini.Pantai yang menyaksi segala apa yang telah berlaku kepada diriku.Dimana Faiz meluahkan isi hatinya tanpa memperdulikan perasaanku.Aku tidak menyalahkannya memang tidak patut untukku salahkan dirinya.Aku yang tidak sedar diri.Mahukan sesuatu yang bukan milikku.......
Aku menyusuri pantai yang berombak kecil itu.Sudah 3 hari aku berada disini.Jauh daripada orang.Hanya seorang yang tahu aku berada dimana........
"Reen......
Namaku dipanggil.Macam kenal aje suara tue.Tapi tak mungkin.....
Aku berpaling dan aku bagaikan tidak percaya apa yang aku lihat kini.Dengan pantas aku mempercepatkan langkah kakiku supaya aku dapat meninggalkannya......
"Reen wait for me.....,"laung suara itu.
Entah apa malang nasibku.Kakiku terpijak akan duri yang ada disitu.Langkahku yang kian deras itu semakin aku perlahankan dan......
"Reen kenapa nie...,"soalnya.
Dia merapatiku dan cuba menhulurkan bantuan.
"Sudah.Jangan sentuh Reen.Reen boleh buat sendiri.....
Namun dia bagai tidak mengendahkan diriku.
"Awak nie kenapa.Saya kata tak payah sentuh saya....
"Salah ke suami sendiri nak sentuh isterinya.......
Tergamam aku mendengar bicaranya.
"Sakit lagi tak.Lain kali pakailah kasut tue kan dah kena duri"
"Suka hati sayalah nak kena duri ke nak kena apa.Takde kaitan dengan awak pun.....
Faiz hanya menguntum senyuman.Pelik bin hairan aku.Kenapa dengan dia nie.....
"Kenapa dengan awak nie...saya marah awak,awak buat bler aje.......Bahagia sangat ke...
"Nak marah apa.Isteri marah-marah sayang....
"Tak kuasa saya nak sayang dekat awak.Buang masa aje...
"Everything...tentang perasaan sayang....pasal sayang lari dari rumah.Semuanya abang dah tau.....
"Sapa yang kasi tau awak....
"Best friends Reenlah.Sapa lagi yang tahu tempat persembunyian Reen nie.....
"Alya....
"Yap.Dia datang jumpa abang.Waktu tue abang tengah buntu cari Reen.Dari mana datang tak tau lepas tue siap hadiahkan abang penampar lagi,ada ke patut"
Terkejut aku mendengarnya.Tidak aku sangka yang Alya akan bertindak sebegitu.
"Apa yang Alya cakap....
"Dia cakap abang tak guna.Lukakan hati kawan baik dia dan macam-macam lagi.....Tapi yang bestnya dia cakap yang Reen pergi sebab merajuk dengan sikap abang.....Reen merajuk sebab apa sayang.......
Malas aku nak melayannya.Nanti ianya hanya akan menyakiti hatiku sendiri.Belum sempat aku melangkah pergi tanganku direntap lembut.....
"Sudahlah tue merajuk Reen.Perempuan tue sepupu abang.Farah namanya.Abang terjumpa dia dekat parking kereta.Itu pasal la abang tak jumpa Reen.Bila abang masuk Farhan kata Reen dah balik.Bila abang balik Reen pula dah tinggalkan abang...Kenapa Reen buat abang macam nie sayang....
Bagai tidak percaya apa yang sedang aku dengari.Semuanya salah faham dan puncanya aku sendiri.Buat keputusan tanpa mendengar penyelasannya.Perlahan-lahan aku merapatinya....
"Abang betul ke apa yang abang cakapkan nie.Abang tak tipu Reen.....
"Betul sumpah.Abang tak cintakan orang lain selain Reen...
"Jangan suka bersumpah tak baik"
"Dah Reen tak percaya.....
"Reen percaya cakap abang.Reen minta maaf buat abang risaukan pasal Reen dan Reen minta maaf pasal kes Alya tampar abang tue.Abang jangan marahkan Alya ya bang......
"Abang tak marahkan dia sebaliknya abang berterima kasih sebab pasal dialah abang tau yang Reen ada dekat sini.....
"Reen ingat perempuan tue kekasih abang.Itu pasal la Reen nak undur diri.......
"Reen tak perlu buat macam tue.Hati abang hanya untuk Reen sorang aje tau.....
"Reen tak tau masa tue.Abang pun satu hari tue Reen tanya tak nak jawab.Kenapa.....
"Kan abang dah cakap yang abang takut perempuan tue tak sukakan abang.....
"Sekarang abang dah tau.Apa perasaan abng sekarang nie......
"Gembira sangat macam nak menjerit satu dunia.....Oh ya,abang ada hadiah untuk Reen.Tapi Reen pejam mata dulu....
Aku hanya menurut permintaanya.Dua ciuman dihadiahkan dipipiku kanan dan kiri.
"Itu aje hadiah abang....
"Nak lagi besar ke sayang.Tapi itu kena tunggu malam baru romantik sikit.....
"Gatal,"berserta dengan itu satu cubitan hinggap di pehanya.
Dia hanya ketawa.Diraihnya tubuhku kedalam dakapannya.
"Kita honeymoon dekat sini nak tak sayang" Dalam dakapannya aku hanya mengangguk setuju.Betapa aku bahagia kini.Mempunyai seorang adam yang benar-benar mencintaiku sepenuh hatinya.Ya,Kalau Itu TakdirNya.....kita takkan dapat mengelaknya.Aku bahagia kini.Bahagia sebahagianya...................
as'kum... nape cerpen nie ada iras2 novel bicara hati..?!?!
pape pn nice try.. lau blh cbe stail len plak.. contoh nye.. DIA kecundang dalam cinta.. tapi bangkit kembali dengan nafas yag bruu.. keyh!! go0d luck....
sweet . romantik . alangkah bhagianya kalau saya di tempat reen . =)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cintailah orang yang mencintai kita....