BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Ogos 15, 2007
Sucinya sebuah cinta
Sekarang kebanyakan universiti sedang bercuti panjang. Pada masa ini, boleh dikatakan ramai para mahasiswa berlumba-lumba untuk mendapatkan kerja. Tidak kira kerja apa, asalkan boleh mendatangkan hasil dan dapat mengisi kekosongan masa cuti yang panjang ini.

Namun aku lebih suka untuk tinggal di rumah sahaja. Membantu emak berniaga kedai runcit. Lagipun, aku ingin menghabiskan masa cutiku bersama keluarga.
Selama ini aku banyak menghabiskan masa nun jauh di utara negeri untuk mengejar cita-cita dan harapan. Dan kini aku ingin menebus kembali rinduku kepada keluarga yang telah bertukar menjadi dendam ini.

" Ilah! Tolong jaga kedai kejap. Mak nak solat dulu." Pinta emak sewaktu melintasi bangku tempat dudukku. Bagiku, aku lebih suka bekerja di kedai runcit ini sebab aku berpeluang untuk menghabiskan beberapa buah buku yang sengaja kubeli sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung. Kalau boleh, aku juga ingin meningkatkan lagi perniagaan keluarga ini. Aku sedang mencari idea untuk memajukan kedai milik keluarga ini.

" Hai Ilah! Bila balik?" Tanya makcik Som sambil meletakkan barang-barang yang mahu dibelinya ke atas kaunter.
" Balik semalam. Makcik sihat?" Tanyaku sekadar berbasa-basi.
" Sihat orang tua Ilah. Lama ke kamu cuti ni?"
" Adalah dalam tiga bulan." Jawabku.
" Berapa lama lagi pengajian kamu tu?"
" Lebih kurang empat bulan lagi makcik."
" Ah dah tak lama tu. Nanti senanglah sikit mak dan ayah kamu bila kamu dah kerja nanti." Katanya sambil menjelaskan bayaran dan terus berlalu.

Bila disebut pasal kerja, aku sendiri pun masih belum tahu kerja apa yang ingin ku cari nanti. Masih belum terfikir lagi dalam fikiran ku ini. Cuma yang penting, aku ingin tamatkan pengajianku ini dengan seberapa segera. Aku ingin membantu keluarga serta menampung adik-adik yang masih lagi menuntut. Kesian aku tengok mak dan ayah bersusah payah untuk menyara kehidupan kami.

Dalam keasyikan aku membaca buku itu, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan. Aku tersenyum bila melihat nombor yang tertera kerana aku tahu siapa. Orang yang selalu aku rindu dan ingati. Orang yang banyak mengubah cara hidupku. Kadang-kadang aku seperti tidak percaya bahawa aku boleh tertarik padanya hanya dengan sekali pertemuan. Padahal sebelum ini aku tidak pernah mengenalinya. Mungkin hanya melalui abang dan adik ku yang rapat dengannya. Itulah dinamakan takdir.

" Hello!"
"Abang sini. Bagi tahu kawan-kawan yang lain kita nak buat mesyuarat persatuan petang lusa kat surau."
" InsyaAllah.."Jawabku.
" Ilah sihat?" Soalnya.
" Sihat. Abang pula?"
" Ok je. Maafkan abang sebab tak dapat cakap panjang. Abang ada kerja ni."
" Nanti kita sambung lagi. Ok." Dia memutuskan talian.

Sudah lama aku tidak menemuinya membuatkan aku bertambah rindu. Maklumlah aku di Utara manakala dia di Selatan. Impian dan cita-cita yang membuatkan kami terpisah, namun tetap jua bersemi dan hadir ke dalam jiwa tatkala rindu mula membara. Entah macam mana rupa dia sekarang. Kali terakhir aku menemuinya dua bulan yang lepas, dia agak kurus sedikit. Rambutnya panjang mencecah bahu, janggut dan jambang dibiarkan tumbuh meliar. Walaupun aku sudah memberitahunya bahawa aku tidak begitu menyukai penampilannya sebegitu, namun dia tetap mengatakan itulah imejnya. Dah puas aku beritahu, tapi dia tetap begitu. Apa-apa pun keadaannya, aku tetap sayang padanya kerana aku tahu sikap dan perangainya. Hanya penampilan dia sahaja yang begitu tetapi dia tetap hebat.

Kiranya aku ceritakan, mungkin sukar untuk diterima orang. Sebenarnya aku dah lama tertarik padanya. Dia selalu menjadi imam di surau dekat kampungku. Manakala aku pula selalu menjadi makmumnya apabila berpeluang. Aku cukup tenang sewaktu mendengar bacaan ayat-ayat sucinya. Suaranya membuatkan aku terpukau sejenak. Dan kadang-kadang orang kampung memintanya untuk menyampaikan kuliah. Aku juga selalu mendengar kuliahnya. Dia cukup pandai mengolah isu-isu semasa dalam kehidupan masyarakat.

" Aah... banyak perkara yang ada padanya membuatkan aku jatuh hati."
Aku rasa gembira bila teringatkan tentang mesyuarat persatuan yang akan diadakan malam lusa. Itulah peluang aku untuk menemuinya. Dengar khabar, dia bercuti sekejap sahaja kerana dia ingin mengambil kelas musim panas. Idea dialah juga untuk menubuhkan persatuan mahasiswa di kampung kami. Katanya untuk mengumpulkan anak-anak penduduk kampung yang belajar di universiti bagi mencurahkan jasa kepada pembangunan ilmu dan minda penduduk. Kami menyokong penuh ideanya itu, maka tertubuhlah persatuan mahasiswa di kampung kami.

Malamku di kampung agak berbeza dengan di kampus. Ini kerana aku tidak mempunyai sebarang aktiviti khusus seperti mesyuarat persatuan, studi, bersukan dan sebagainya. Di rumah ini aku hanya mampu menghabiskan masa untuk membaca buku dan membantu keluarga di kedai runcit.
Tiba-tiba sahaja aku berasa sunyi dan kesepian. Sunyi dari kesibukan kampus dan tugas seorang pelajar. Tapi sebenarnya aku rindu. Rindu pada seorang kekasih yang selalu memujuk dan membelai jiwaku dengan tingkah lakunya yang terhormat dan tutur bicaranya yang terjaga. Tingkah lakunya yang terjaga membuktikan bahawa dia menghormati maruah kewanitaanku serta kesucianku sebagai seorang gadis. Dia mampu membuatkan aku rasa selamat bila menemuinya. Tutur kata bicaranya memukau telinga serta bisa memujuk jiwa yang resah dan gelisah. Walaupun aku dan dia sekampung, namun dia tetap menjaga nama baikku dan nama baiknya daripada diperkatakan orang kampung.
Cuma aku sedikit tidak faham dengan prinsipnya. Katanya, dia tak nak mengikat aku dengan sebarang janji. Jika ada takdir yang menyebelahi kami, insyaAllah kami akan diijab kabulkan.
" Abang tak nak mengikat Ilah dengan sebarang janji. Ilah bebas menentukan arah hidup dan pilihan Ilah." Katanya padaku.

" Sekiranya ada orang datang meminang, Ilah dan keluarga berkenan serta bersetuju maka abang rela dan redha melepaskan Ilah. Abang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Ilah. Cuma Ilah perlu memberitahu abang je agar abang tidak berharap." Sambung dia lagi.
"Kalau sesuatu itu telah ditakdirkan Allah milik kita, walau ia berada di seberang laut dan dalam keadaan merangkak sekalipun ia akan tetap datang ke pangkuan kita. Namun sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan milik kita, walaupun telah kita kunyah dan telan namun ia tetap akan dimuntahkan juga." Itulah kata-kata yang selalu diucapkan olehnya padaku.
Namun, aku pasti semua orang bersetuju sekiranya aku katakan bahawa terlalu sukar untuk kita mengubah kasih sayang sekiranya kita benar-benar mencintai seseorang kerana cinta, kasih dan sayang adalah bukan sesuatu mainan yang boleh dijual beli sesuka hati.
Terlalu banyak masalah hati yang timbul sekiranya aku terus memikirkannya. Namun kadang-kadang, perasaan rinduku ini membuatkan kenangan dan ingatan pengalaman perjalanan hidup ini menjadi manis.

Suasana malam di kampung cukup menenangkan jiwaku. Tiada bunyi bising dan kekalutan seperti di kampus. Di sini malamnya sunyi dan mendamaikan. Hanya sesekali sahaja terdengar bunyi burung tukang ataupun burung jampuk bernyanyi. Desir angin yang berlagu mendendangkan irama istimewa buat penduduk kampung seperti aku yang sentiasa inginkan persekitaran yang dapat mengembalikan ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Ia membuatkan aku tidur lena bagai diulit dayang dan inang.
Seperti yang telah dijanjikan, ahli-ahli persatuan berkumpul di surau untuk menghadiri mesyuarat. Kebanyakan ahli dapat menghadirkan diri, maklumlah semua kampus sedang bercuti sekarang. Aku dan beberapa kawan-kawan yang lain telah menyediakan beberapa juadah untuk jamuan selepas mesyuarat nanti. Walau apa pun, yang pentingnya aku terpaksa menyediakan laporan mengenai biro yang aku pegang.

Pada mesyuarat agong yang lepas, aku telah dilantik sebagai pengerusi biro Helwani.
Mengikut tentatif mesyuarat, tujuan utama diadakan mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti-aktivi yang akan diadakan pada musim cuti ini. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden persatuan dengan menaruh harapan agar persatuan dapat menfaatkan masa yang ada ini untuk menjalankan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan dikalangan para ahli dan juga pada masa yang sama dapat menaburkan bakti kepada masyarakat kampung. Seterusnya pembentangan laporan oleh setiap ketua biro mengenai perkembangan gerak kerja yang telah dilakukan dan perancangan yang bakal dilakukan. Para ahli telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan kelas tuisyen malam untuk anak-anak kampung ini yang akan mengambil peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Oleh itu, setiap orang dibahagikan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Aku telah ditugaskan untuk mengajar subjek matematik.

" Hai Ilah! Engkau nampak rapat je dengan abang Shidi tu? Ada apa-apa ke?" Tanya Marisa sewaktu kami menghadap jamuan.
" Ish, engkau ni. Aku biasa aje. Tak ada apa-apa pun. Macam engkau dengan dia juga." Kataku. Kalau boleh, aku tak nak kisah cinta kami ini diketahui orang sebab nanti banyak pulak masalah yang bakal timbul nanti. Lagipun aku dah janji dengan abang Shidi untuk merahsiakannya selagi dapat.
" Manalah tau kot-kot senyap berisi pulak." Sampuk Elisa.
" Takkanlah dia nak pilih orang macam aku. Sedangkan kat kampus dia tu ramai lagi yang lebih baik dari aku." Helah aku.
" Engkau mana tahu hati orang. Lagipun aku tengok dia tu macam suka je kat engkau." Sambung Marisa lagi.
" Engkau orang ni, jangan pandai-pandai pulak nak mereka-reka cerita. Kan susah pulak aku nanti." Kataku sambil berlalu dengan membawa pinggan-pinggan serta cawan ke sink.
Nampak gayanya, kawan-kawan yang lain dah mula dapat menghidu hubungan baik kami ini. Bukan apa, aku takut juga nanti bila orang dah tahu akan tersebar pula berita-berita yang tidak benar tentang kami.

Tadi abang Shidi sempat memberitahuku bahawa dia nak datang ke rumah malam nanti. Katanya dah lama dia tak jumpa aku, jadi dia nak datang melawat aku di rumah. Khabar itu membuatkan aku gembira. Memang aku menanti-nanti kedatangannya. Ingin sekali aku menatap wajahnya sepuas hatiku untuk menebus segala rinduku. Ingin sekali aku dengar suaranya agar bisa membangkitkan perasaan kasih dan sayang. Begitulah kebiasaannya bila dia pulang bercuti ke kampung. Dia akan datang menemuiku di rumah di temani keluargaku sendiri sebagai saksi pertemuan kami. Agar kami dapat mengelakkan dari sebarang fitnah dan cerita dari mulut manusia.

Malam ini aku turun berjemaah di surau. Berkebetulan abang Shidi yang menjadi imamnya. Sudah lama juga aku tidak menjadi makmumnya, tidak mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan alunan zikirnya. Malam ini aku berpeluang lagi untuk menikmati keindahan dan kemerduan suaranya itu. Selepas solat maghrib, para jemaah memintanya untuk menyampaikan kuliyah maghrib. Walaupun tanpa persediaan, namun dia masih mampu untuk menyampaikan kuliyahnya dengan baik dan teratur sekali. Aku lihat,para muslimat dan kaum ibu begitu khusyuk sekali dan kadang-kadang tersenyum oleh kerana telatah dan lawak yang diselitkannya dalam kuliyahnya itu. Dia membincangkan isu masalah umat zaman sekarang. Zaman teknologi yang penuh dengan cabaran yang boleh menggugat keimanan para orang Islam.

" Tanpa iman yang kukuh dan persediaan ilmu, orang Islam akan hanyut dalam arus kemodenan yang telah ditaja barat dengan membelakangkan agama. Pada pendapat mereka, dengan berpegang pada agama ia akan menghalang penganutnya dari mencapai kemajuan dan kemodenan." Kata abang Shidi.
" Telah banyak bukti-bukti yang ditunjukkan Allah bagaimana kesan dan kesudahannya kemodenan yang membelakangkan agama. Contohnya barat sendiri. Dalam mengejar arus kemodenan, kita boleh lihat berapa ramai para remaja perempuan mereka yang melahirkan anak-anak diluar nikah. Semakin maju kehidupan mereka semakin banyak jenayah yang berlaku dan semakin hebat perancangannya. Semakin maju dan canggih peralatan semakin singkat cara berpakaian mereka sehingga mereka tanpa segan silu mendedahkan tempat-tempat yang tidak sepatutnya didedahkan kepada orang ramai." Hujahnya lagi.

"Hari ini, perkara sebegini telah menular ke dalam masyarakat kita. Anak-anak kita bebas berpakaian yang kononnya 'up to date' atau mengikut arus semasa. Mereka juga bebas memilih pasangan mereka serta tanpa rasa takut melakukan perkara-perkara yang selayaknya dilakukan oleh sepasang suami isteri di atas nama kekasih. Bagi mereka itulah sebenarnya kemodenan. Ibu bapa pula telah hilang peranan dan hak-hak mereka untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku."

Bagiku, apa yang dikatakan oleh abang Shidi itu ada kebenarannya. Di kampungku sahaja, perkara-perkara seperti itu telah wujud. Anak-anak muda yang terpengaruh dengan mereka yang pulang dari bandar-bandar besar dengan membawa buah tangan berupa budaya-budaya kuning yang tidak senonoh itu. Itulah sebahagian dari perbincangan kami sewaktu mesyuarat petang tadi. Cuba untuk mendapatkan idea dan cadangan bagaimanakah cara dan jalannya untuk kami lakukan bagi mengembalikan identiti masyarakat Islam yang sedang menghadapi konflik identiti ini.

" Oleh itu, setiap kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dimainkan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. Kita perlu sama-sama mencegahnya supaya apabila ia berlaku kita tidak akan saling menunding jari untuk meletakkan kesalahan itu di atas bahu dan kepala orang lain. Semoga Allah s.w.t membantu kita dalam menegakkan agamanya yang suci ini daripada terus dicemari oleh perkara-perkara yang menjijikkan itu."

Itulah kata-kata terakhirnya sebagai penutup untuk kuliyah maghribnya malam itu. Aku lihat, kebanyakan ahli jemaah berpuas hati dengan kuliyahnya tadi.
Selepas solat isyak, aku terus balik ke rumah kerana abang Shidi dah janji untuk datang ke rumah malam ni. Saja aku balik awal sikit kerana aku nak goreng mee sebagai jamuan bila abang Shidi datang nanti. Lagipun tak ada yang istimewa untuk hidangan nanti, cuma aku tahu abang Shidi suka makan mee.

Sedang aku asyik di dapur, aku terdengar suara ayah memberi salam. Diikuti suaranya menjemput seseorang naik.
" Jemputlah naik!" Aku yakin, dia datang dengan ayah semasa turun dari surau tadi.
" Terima kasih." Ucapnya sambil melangkah naik ke rumahku. Aku masih lagi dalam bilik untuk memakai tudung. Biarlah ayah dan mak yang melayannya dulu. Aku mengenakan tudung pink yang pernah dihadiahkan olehnya sewaktu aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke 22 baru-baru ini.

" Ilah! Abang Shidi datang ni. Keluarlah..."Panggil mak. Segan juga aku nak keluar, maklumlah dah lama tak jumpa. Lagipun mak dan ayah ada sama. Apa yang aku nak cakap depan mereka nanti. Takkan nak cakap pasal cinta, rindu dan sayang. Malulah aku sebab mereka terlebih dulu makan garam daripada kami.
" Abang apa khabar?" Tanyaku sewaktu melabuhkan punggung di atas sofa setentang dengannya.
"Alhamdulillah, sihat. Ilah pulak macam mana?"
" Ok je. Macam biasa, cuma.." Aku tak dapat menghabiskan kata-kataku bila aku tiba-tiba sedar yang mak dan ayah ada bersama kami. Kalau tidak pasti mereka tahu nanti. Tapi aku yakin, walaupun mereka tidak tahu secara pasti namun mereka dapat mengagak dari cara kami berdasarkan pengalaman mereka sebagai orang tua.

" Duduklah dulu yea, makcik nak ke dapur kejap." Mak bangun menuju ke dapur. Manakala ayah pula bangun untuk menukar bajunya. Jadi sekarang hanya tinggal aku dan abang Shidi saja di ruang tamu rumahku itu.Aku jadi lebih segan bila kulihat dia sedang asyik memerhatikan aku. Dia kemudian tersenyum bila dia lihat aku tersipu-sipu malu kerana diperlakukan begitu.

" Abang rindu pada Ilah..."Antara dengar tak dengar dia memberitahuku.
"Ilah pun macam tu juga. Tapi nak buat macam mana, nak jumpa selalu tak boleh. Sabar sajalah." Kata-kata itu bagaikan untuk memujuk hatiku sendiri. Aku sendiri pun kadang-kadang tak tertahan rasa rindu di hati ini. Tapi di sana ada batas-batas yang perlu aku sedari agar aku tidak terjerumus ke dalam kancah yang boleh membinasakan kami sendiri.
" Kalau tidak kerana janji dan cita-cita, dah lama abang masuk pinang Ilah. Kita kahwin lagi baik daripada terus dalam keadaan begini."

Aku tahu betapa abang Shidi berpegang kuat pada janjinya. Dia telah berjanji dengan keluarganya untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan menampung pengajian adik-adiknya terlebih dahulu apabila dia tamat pengajian nanti. Lagipun dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk masa depan. Segala-galanya dia telah ceritakan padaku tentang janji dan cita-citanya itu supaya aku tahu keadaan dirinya. Sebab itulah dia tidak mahu mengikat aku dengan sebarang janji kerana dia takut aku tidak mampu menunggu lebih lama. Jadi aku bebas untuk menentukan haluanku sendiri. Katanya dia redha dan rela sekiranya aku memilih lelaki lain sebagai suamiku sekiranya itu sudah jodoh dan takdir bagiku.

" Ilah perempuan, abang lelaki. Lelaki punyai lebih banyak tanggungjawab terhadap keluarga yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dia mendirikan rumah tangga." Katanya padaku dulu.
" Takpelah. Abang tunaikan dulu janji abang tu dan dapatkan dulu cita-cita abang tu. Kalau ada jodoh kita tak ke mana juga." Beritahuku pasrah. Kadang-kadang aku jadi serba salah juga, sebab cinta kami ni pelik tak seperti orang lain.
" Walau apapun, Ilah bebas menentukan jodoh Ilah. Abang tak ikat dengan sebarang janji, cuma hanya takdir Allah adalah segala-galanya." Mengingatkan aku kembali dengan kata-katanya yang lepas.
"Berapa lama abang bercuti ni?" Tanyaku mengubah topik perbualan apabila menyedari mak keluar membawa minuman.
" Malam esok abang dah nak bertolak balik ke kampus. Abang ambil semester khas. Nak pendekkan tempoh pengajian." Beritahunya yang turut menyedari kehadiran mak itu.
" Jemputlah minum Rashidi. Mee tu Ilah yang buatkan. Rasalah."Jemput mak.
" Entah sedap entah tidak mee tu. Baru belajar masak." Balasku kembali.
" Alaa cuti lama, nanti boleh belajar masak kat rumah ni dengan makcik." Jawabnya sambil tersenyum.
"Cuma kenalah rajin sikit." Sambungnya lagi. Sambil tergelak kecil. Mak dan aku turut sama tersenyum dengan jenaka dia itu.

Ah..abang tetap hebat. Aku begitu tenang apabila dapat melihat wajahnya. Dia tidak banyak berubah, cuma jambang dan misainya digunting kemas. Rambutnya agak panjang sedikit dan hampir mencecah bahu. Mungkin agak pendek sedikit dari rambutku yang lebih sedikit dari paras bahu. Saja aku potong pendek supaya senang aku menjaganya. Tapi dia lebih suka kalau aku berambut panjang.
Walaupun dia masih belum menyuntingku untuk menjadi suri hidupnya, namun aku telah lama mengambilnya sebagai perwira hidupku. Ataupun dia masih lagi belum mengambilku menjadi mempelai perempuannya, namun dia telah lama menjadi pengantin lelaki dalam persandingan kami di hatiku ini. Dia telah berjaya menawan hatiku dan jiwaku oleh sebab sikapnya dan peribadinya yang membuatkan aku benar-benar kagum.

" Ya Allah! Aku bermohon padaMu dengan seluruh kehidupan ini agar menjaga perasaan kecintaan ini. Kiranya dia benar-benar ditakdirkan buatku, maka satukanlah kami di bawah naungan cinta dan kasihMu. Dan jika dia ditakdirkan bukan milikku, maka Engkau jauhkanlah dia dari pandangan dan ingatanku. Perkukuhkanlah kesabaranku dalam menghadapinya dan titiplah ke dalam hatiku sifat keredhaan dengan takdirMu wahai tuhan." Doaku pasrah.

Kami meneruskan program kelas malam untuk SPM itu. Aku dan kawan-kawan yang lain masing-masing memainkan peranan dan tugas yang telah ditetapkan. Agak sukar sikit untuk mengatur gerak kerja kerana abang Shidi tak ada sebab selalunya dialah yang banyak mengatur dan memberikan idea. Jadi agak kelam kabutlah sikit. Namun begitu dia selalu menelefonku bertanyakan perkembangan dan perjalanan program itu. Selalu juga dia memberikan cadangan dan pendapat serta buah fikirannya kepadaku untuk aku utarakan kepada kawan-kawan yang lain bagi meningkatkan lagi gerak kerja dan prestasi persatuan.

Cuti kali ini memberikan aku banyak masa terluang. Aku habiskan masa-masa lapangku dengan membantu mak dan ayah di kedai sambil membaca buku. Kadang-kadang aku juga suka berfikir tentang masa depanku. Aku masih lagi tercari-cari bagaimana aku ingin membina masa depanku sendiri. Kerjayaku, keluargaku dan cita-citaku. Aku hanya ada satu semester lagi untuk menamatkan pengajianku. Aku masih tertanya-tanya kerjaya yang macam manakah yang akan ku pilih nanti. Aku cukup kabur mengenainya. Aku pernah meminta pandangan abang Shidi mengenainya, dan katanya adalah lebih baik buatku untuk memilih kerjaya yang ada kaitan dengan pengajianku sekarang ini. Namun katanya, seharusnya tidak terlalu memilih kerja. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat pengalaman yang di luar bidang kita dan kita akan memperolehi kebolehan yang baru. Seperti dia, walaupun bidang pengajiannya dalam kejuteraan elektronik, namun tidak semestinya dia akan menjadi seorang jurutera. Katanya, dia lebih minat untuk mengendalikan perniagaan keluarganya dan ingin mengembangkan lagi. Tapi dia masih ada tiga semester untuk menamatkan pengajiannya.
Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Begitulah juga dengan percintaan ini. Tidak dinamakan cinta sekiranya tanpa kasih, sayang dan rindu. Kasih dengan berpada-pada, sayang dengan sepenuh kejujuran dan keikhlasan serta rindu yang sentiasa memenuhi kamar hidup semenjak munculnya mentari di ufuk timur hinggalah menghilangnya di horizon barat. Perasaan itu tidak pernah luput mahu pun berkurangan dari sanubari ini. Namun ia tergugat juga apabila pepohon cinta yang tertanam ini dilanda dugaan kasih dan menuntut aku supaya membuat penentuan. Pilihan setelah berada di persimpangan dilema kasih. Beberapa bulan selepas aku menamatkan pengajian, ada orang datang ke rumahku untuk merisik khabar.

Kata mereka, ingin sekali merisik khabar jambangan di taman terlarang. Adakah sudah disunting orang ataupun masih harum mekar di taman ini. Bagaimana ingin aku ceritakan pada keluarga tentang ikatan kasih yang telah lama terjalin. Kasih yang mewangi menyelubungi hidup dan menghiasi serta mewarnai suka duka pengalaman hidup ini.

" Ya Allah! Cubaan apakah yang Engkau timpakan ini. Aku tidak mampu menghadapi dugaan ini tanpa bantuan dan petunjuk Mu tuhan. Aku ini gadis yang lemah bisa tersasar dan tersesat dalam melayari cinta.
Ya Allah! Sekiranya ketentuan ini adalah terlebih baik buatku, maka Engkau tetapkanlah hati dalam menerimanya. Berikanlah kesabaran padaku tatkala terkenang segala pengalaman yang lalu.
Ya Allah! Aku menyerahkan segala ketentuan hidupku ini di tangan Mu wahai tuhan yang mengetahui segala bicara hati ini."

Aku telah menghubungi abang Shidi untuk memberitahu tentang perkara ini. Aku ingin meminta pendapatnya bagaimana untuk aku berdepan dan membuat keputusan terhadap masalah ini. Adakah perlu aku memberitahu keluargaku tentang kedudukan sebenar diriku yang telah dilamar cinta orang.

" Keputusan terletak sepenuhnya di tangan Ilah. Sebarang keputusan yang Ilah buat, abang tetap menyokongnya." Beritahu dia padaku. Namun jawapannya itu membuatkan aku bertambah buntu dalam mencari jalan penyelesaian.
" Abang ni buat Ilah tambah buntu tau!" Aku bersuara menahan air mata yang mula nak mengalir keluar.
"Sayang...dengar elok-elok apa yang ingin abang katakan."
" Abang pernah beritahu yang abang tak pernah ikat Ilah dengan sebarang janji. Hanya takdir Allah yang menentukan segalanya. Ilah bebas memilih sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi teman hidup Ilah. Abang rela dan redha dengan pilihan Ilah asalkan Ilah bahagia dan lakukannya dengan sepenuh hati dan kesedaran Ilah." Sambungnya lagi. Aku sudah tidak dapat menahan sebak yang mula memenuhi empangan ini. Maka mengalirlah air mata ini menuruni lurah-lurah kedukaan dan kesedihan. Betapanya cinta ini dibina suci dengan penuh setia dan kesedaran diri. Tidak pernah ternoda mahupun dinodai. Ia dipelihara suci dari sebarang bisikan-bisikan durja yang mahu merosakkannya.

" Cubalah abang fahami keadaan Ilah sekarang ni. Ilah tersepit tau."Esakku memohon belas.
" Abang faham, abang faham sayang! Abang juga sepertimu sekarang ini. Tapi kepentingan dan kebahagiaanmu itu terlebih pentingnya bagi abang daripada kegembiraan hati abang sendiri. Abang tidak mampu untuk mengikatmu kerana cita-cita yang masih lagi tersisa."
" Ilah tak mampu bang, Ilah tak mampu! Cinta abang telah lama bersemi di jiwa ini. Mana mungkin Ilah membelakanginya"

" Baiklah kiranya itu yang membuatkan Ilah tersepit, kini abang lepaskan Ilah dari cinta abang."Kata-katanya itu bagaikan belati tajam yang menusuk hatiku yang telah sedia luka ini. Maka menangislah aku sendiri.

Betapa sukarnya untuk menyemai benih cinta yang kadang-kadang mengambil masa seribu tahun lamanya namun terlalu senang merungkaikannya hanya dengan beberapa patah kata yang menghiasi bibir. Begitu juga dengan kenangan walaupun bercinta cuma sehari tetapi kenangan pengalaman tetap jua segar walau seratus tahun.

Entah bagaimana inginku gambarkan tentang perasaan ini, bagaimana inginku lakarkan kesedihan hati ini. Sedangkan inilah cinta pertamaku ketika aku menongkah dewasa. Cinta yang disemai dan dijaga rapi. Tumbuhnya di perkarangan terlarang dihiasi dan disirami kejujuran seorang kekasih dan kehebatan seorang lelaki. Banyak yang aku pelajari darinya. Bagaimana cara nak mendidik hati, cara memperelokkan budi dan teristimewa aku dapat memahami apa itu makna kasih sejati.
"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Itulah ayat yang selalu dia perdengarkan padaku tentang hakikat kasih sayang. Juga sebuah hadis nabi yang sampai sekarang aku masih mengingatinya tentang sabda Rasulullah S.A.W:
Cintailah kamu akan sesuatu sekadarnya kerana mungkin di suatu hari ia akan menjadi kebencian bagimu. Dan bencilah sesuatu itu sekadarnya kerana mungkin di suatu hari yang lain ia akan menjadi kecintaan bagi kamu .

Aku kembali tersedar bila terkenangkan semuanya ini. Mungkin ada hikmahnya percintaan antara aku dan dia ternoktah apabila aku diijab kabulkan dengan lelaki lain. Siapa sangka semua ini akan berlaku. Dan benarlah sebagaimana yang dikatakan bahawa siapalah kita untuk mendahului takdir.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
Ayat itu dia bacakan padaku sewaktu aku benar-benar putus harap dengan apa yang telah berlaku. Aku bagaikan rasa kegelapan mula menyelubungi kehidupanku. Aku rasakan hidup ini tidak bermakna tanpa kehadirannya. Namun dia tetap tenang menasihati agar aku terus bersabar dan yakin dengan kehendak Allah Taala.

Aku masih ingat lagi sewaktu hari persandinganku dulu. Dia datang menemuiku sewaktu aku berada di samping suamiku. Dia tetap tersenyum gembira dengan persandinganku itu. Pelik benar lelaki ini.

" Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke anak cucu." Ucapnya sambil tangannya menggenggam tangan suamiku. Mereka berdua tersenyum senang. Seolah-olah mereka dah lama kenal.
" Terima kasih kerana sudi hadir."

" Ini untukmu sahabat tanda kenangan dariku. Dan aku serahkan kekasih hatiku ini kepangkuan jagaanmu dengan rela hati dan doa yang berkekalan." Dia meletakkan bungkusan atas ribaan suamiku.
Aku terkejut dengan kata-katanya itu. Tidak terfikirkah dia bahawa bicaranya itu akan membuatkan suamiku cemburu atau salah faham? Tidak terfikirkah dia untuk menyimpan rahsia kisah percintaan antara aku dan dia dari pengetahuan orang lain? Tidak terfikirkah dia bahawa rumah tangga yang baru dibina ini bakal goyah dengan bicaranya itu?
" Ah tuhan.... Mengapa ini terjadi?" Keluh hatiku sendiri.

Dia kemudiannya berpaling ke arahku. Aku tidak mampu untuk menatap wajahnya itu. Namun aku paksakan untuk berbuat demikian. Aku lihat matanya berkaca-kaca menahan sebak air empangan yang mahu melimpah.

" Ilah...!!" Serunya perlahan.

" Pada hari ini dengan ikhlas hati abang serahkanmu kepangkuan suamimu yang abang hormati. Tiada yang lebih manis dan indah dalam hidup ini melainkan sewaktu abang bahagia bersama cintamu. Namun ketahuilah olehmu bahawa abang tidak mampu untuk menanggung cinta sucimu itu dan terus membawanya ke gerbang bahagia sebagaimana dirimu alami pada hari ini. Hari ini putus sudah cinta kita sebagai pasangan kekasih dan yang kekal hanyalah kasih dan sayang abang seperti saudara kandungmu sendiri."

" Maka abang harap dirimu mampu membahagiakan suamimu ini sebagaimana abang telah bahagia dengan cintamu suatu ketika dahulu. Cintailah dia seadanya kerana dialah segala-galanya selepas tuhan dan rasul ikutanmu. Abang doakan dirimu bahagia di sampingnya seorang lelaki yang kini bergelar suami buatmu." Ujarnya bersendu dan syahdu. Aku sudah tidak mampu lagi menahan tangisan hati ini. Manik-manik jernih mula berlumba-lumba menuruni kelopak yang tak mampu menahan terjahannya.

" Usahlah dirimu menangis di hari berbahagia ini. Senyumlah tanda kesyukuran kerana dikurniakan tuhan seorang lelaki yang terlebih baik untuk menggantikan tempat abang dalam hidup mu." Dia meletakkan bungkusan hadiah di sisiku sambil berlalu meninggalkan majlis persandinganku itu. Aku berpaling melihat suamiku, dia mengangguk-angguk ke arahku. Aku tidak tahu apakah makna anggukannya itu.

Sejak dari hari itu, aku cuba untuk melupakan kisah cinta yang lalu. Aku ingin membuka lembaran kasih baru di samping suamiku. Siapa sangka, benih mawar yang disemai tapi kemboja yang tumbuh. Cintaku untuk dia rupanya diganti dengan orang lain. Lelaki jenis apakah itu? Takut untuk menghadapi kenyataan dan tak mampu untuk berusaha bagi mengekalkan kisah cinta ini. Selalu menyerahkan pada takdir. Sebagai perempuan, aku masih mampu untuk mempertahankan kesucian cinta ini tapi apabila tiada jaminan buatku darinya mana bisa aku mempertahankannya sendirian. Menghadapi segala cubaan dan dugaan perasaan yang selalu menerkam pintu kesabaran hati. Dan akhirnya aku terpaksa mengikut arus setelah dia sendiri yang melepaskan tali ikatan cinta ini dari hatinya. Rasa hormat dan kagum terhadapnya mula terhakis sedikit demi sedikit apabila aku dibiarkan begini.

Tapi setelah beberapa waktu, akhirnya terbongkar juga sebuah kisah yang terselindung disebalik kisah percintaan kami dulu tatkala aku menimang cahaya mataku yang pertama. Rupa-rupanya suamiku juga turut terlibat sebagai watak tambahan dalam kisah duka itu. Tidak kusangka bahawa perkahwinan kami ini adalah rancangan antara suamiku dan abang Shidi. Pada mulanya aku cukup sedih bila mendengarnya dari mulut suamiku. Begitu murah sekali cintaku sehingga ia boleh di ambil bila mahu dan ditolak bila dah jemu? Begitu sekalikah rapuhnya ikatan cinta itu sehingga ia boleh diurai sesuka hati bila-bila masa sahaja?

" Bukan begitu.." Bela suamiku.
" Habis tu macam mana?" Soalku kecewa.
" Dia lakukan semuanya ini adalah untuk kebahagian Ilah. Bukan untuknya. Dia menderita kerana memilih jalan ini. Tapi kerana Ilah, dia sanggup lakukannya." Jelas suamiku.
Aku semakin tidak faham dengan sandiwara mereka ini. Apakah cerita sebenar yang mereka selindungkan dari pengetahuanku?
" Sebenarnya dia tidak mahu Ilah menjadi janda dalam usia yang masih muda." Keterangan suamiku itu membuatkan aku terkejut bagaikan dipanah petir.
" Kenapa abang cakap begitu?!"
"Dia mengidapi penyakit yang sudah kronik. Dia tidak mahu Ilah menanggung kesusahan kerananya."Kelihatannya sendu dengan kata-kata itu.
" Kenapa dia tidak pernah memberitahu Ilah?" Soalku seperti tidak percaya dengan apa yang telah diberitahunya.
" Entahlah abang pun tak tahu."

Aah...;kenapa abang Rashidi tidak memberitahu aku pasal ini? Kenapa abang tidak beritahu sendiri kepada Ilah? Kenapa abang biarkan Ilah berperasangka terhadap abang?

Ya Allah! Cinta yang terbina ini adalah dengan sepenuh hati. Kuserahkan kepada-Mu segala-galanya dalam menentukan perjalanannya. Kehidupan yang diidamkan adalah umpama suatu impian yang kini telah jadi mimpi. Namun aku tetap bersyukur kerana telah dapat mengecapi cinta yang tulus walaupun hanya sebentar dan kini aku telah dianugerahkan seseorang yang bergelar suami di sisiku.

Ya Allah! Kini aku pasrah dalam menghadapi ketentuan-Mu. Doaku, berilah dia kebahagian yang berkekalan dan tabahkanlah hatinya dalam menempuh dugaan. Sesungguhnya aku telah bahagia bersama cintanya dan anugerahkanlah dengan kebahagian yang terlalu agung buatnya.
Aku terlalu sukar untuk membendung perasaan ini bila mengingatkan apa yang telah berlaku. Perasaan cinta yang telah disemai dan dijaga dengan sepenuh perhatian. Cinta dan kasih suci yang tidak pernah ternoda dengan sebarang muslihat jahat yang menguasai hati. Terlalu sukar untuk memiliki lelaki sehebat itu.

Walau apa pun yang berlaku, dia tetap dalam ingatanku. Bukanlah aku ingin membelakangkan suamiku. Tidak sama sekali. Namun kenangan lalu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Apatah lagi bila ia melibatkan perasaan kita. Lagipun abang Rashidi rupa-rupanya adalah kawan baik suamiku kini. Mereka bersahabat sejak dibangku sekolah lagi. Namun takdir yang telah menentukan segala-galanya. Cintaku pada orang lain dan pelaminku bersama orang lain. Aku tetap bangga kerana cintaku berlaku demikian bukan kerana pengkhianatan, tapi oleh kerana keikhlasan dan pengorbanan seorang kekasih yang terlalu tulus cintanya.

Sehingga kini aku masih lagi teringat saat dia nazak terlantar di katil hospital. Wayar-wayar berselirat menghiasi badannya, namun ia tidak mampu untuk menahan ataupun menyekat kehadiran malaikat maut yang berdiri bersedia untuk memenuhi tuntutan tugas yang sudah tertulis sejak azali lagi.

Dia kelihatan pucat dan begitu kurus sekali, namun masih mampu untuk menghadiahkan senyuman kepada para tetamu yang datang melawatnya tika itu walaupun mereka diselubungi pilu menantikan saat-saat perpisahan yang entah bila akan berlaku. Ahli keluarga dan waris terdekatnya berpusu-pusu datang dan aku serta suamiku hanya mampu memerhati dari jauh.

" Ya Allah! Ringankanlah penderitaannya dan jemputlah dia dalam keadaan Engkau meredhai dan merinduinya." Doa hatiku. Aku sudah tidak mampu untuk melihat keadaannya begitu.
Dalam keadaan murung dan suram begitu, dia mengamit semua yang hadir untuk mendekatinya. Kami memenuhi permintaannya itu walaupun ada yang sudah terisak-isak dengan tangis.

" Sa...saya moo...hon aampun dan maaaf daari semua...." Dia cuba untuk berkata-kata walaupun terlalu sukar suara untuk keluar melalui kerongkongnya. Para pelawat semuanya tunduk kesyahduan menahan sedih yang menujah pantai hati.
" Saa...ya miin....ta halal makan daaan mii...;num."
" Ya Allah! Gagahkanlah hatiku ini untuk menerima cubaan mu dan tetapkanlah kesabaran dalam menghadapi saat ini serta titipkanlah keredhaan dalam hatiku untuk menerima takdir Mu." Bisik hatiku.

" Allahu Akbar!!!" Itulah kalimat terakhir yang aku dengari dari lidah seseorang yang pernah aku cinta dan sehingga kini cintanya tetap menghiasi kebahagiaanku. Pemergiannya itu tetap aku rasai kerana kehilangan seseorang yang telah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan, keikhlasan dan kesucian sebuah cinta.

" Ya Allah! Rahmatilah rohnya dan tempatkannya bersama orang-orang soleh. Berikanlah dia keutamaan di sisiMu sebagai seorang yang banyak berjasa kepada agama Mu." Itulah doaku sewaktu aku menziarahi pusaranya bersama suami dan tiga orang cahaya mataku yang aku bina atas keikhlasan dan kesucian cintanya yang dibawanya bersama untuk menemui tuhan.

Label:

posted by Tanpa Nama @ 1:49 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 22/9/07 5:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    subhanallah....

     

  • At 3/11/07 5:47 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sucinya sebuah cinta bila di bina untuk keredhaan Allah.......

     

  • At 27/2/08 1:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mm..cite nh mmg mnarik...
    sdey gak..tak sume yg kita impikan akan kt dapat...menyedarkan sy.. kt hanya mmp merancang....
    kehidupan mase dpn hanya Allah yg tentukan...

     

  • At 15/6/08 4:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih....lorr!

     

  • At 25/6/08 2:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih gak........
    tabahnye dirimu mu seperti suci nye hati mu.........
    ceh..........

     

  • At 15/9/08 3:18 PTG, Blogger Seruling Senja said…

    terima kasih atas komen anda

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group