Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Petang itu seperti hari-hari biasa. Shahira mengatur langkah. Sambil melabuhkan punggungnya di tepi sebatang pokok kelapa dia mendongak ke langit yang biru, hembusan bayu laut begitu menyegarkan. Dia tersenyum menyaksikan gelagat dua kanak-kanak yang berkejar-kejaran. "Kak Ira, kak Ira! Fiq jumpa kulit siput ni .Cantik tak kak?" Shafiq berteriak.
"Min yang jumpa dulu bukannya abang Shafiq," ujar Yasmin lalu merampas kulit siput tersebut.
Shahira mengelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat aksi dua beradik itu. Dia teringat sewaktu mula-mula mengenali mereka.
"Kak, kakak tunggu siapa kat sini?" soal Yasmin.
Shahira hanya tersenyum. Dia melontarkan pandangannya jauh ke laut. "Kakak tak tunggu siapa-siapa pun. Adik buat apa kat sini?" balas Shahira.
Shahira hanya memerhati gelagat mereka. Sekelilingnya yang tadi hanya ditemani bunyi ombak kini bertukar bising dengan bunyi enjin bot nelayan yang baru pulang. Semenjak hari itu Shahira sering bertemu dua beradik tersebut. Selepas setahun, mereka bertiga rapat seperti adik-beradik. Yasmin dan Shafiq menjadi penghibur dan peneman Shahira. Lamunannya terhenti apabila terdengar suara Mak Lijah memanggil nama anak-anaknya.
"Shafiq! Yasmin! Balik!" Teriak Mak Lijah.
Shahira lantas bangun. Dia menuju ke arah Mak Lijah. "Makcik! Apa khabar?" sapa Shahira.
"Eh, Ira! Makcik tak perasan kamu tadi. Mari le naik ke rumah," balas Mak Lijah mesra.
"Tak pelah makcik, sekejap lagi Ira dah nak balik, lain kalilah Ira ke rumah makcik."
"Hari ni Shafiq dan Yasmin dah mula masuk kelas mengaji. Itu pasal makcik teriak mereka pulang. Kalau tidak leka mereka ni."
"Bye kak Ira, esok kita jumpa lagi."
Yasmin dan Shafiq melambai-lambai Shahira. Dia duduk semula sambil mengeluh panjang. Jam menunjukkan tepat pukul 7. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
"Hello Ira! Kau kat mana haa?" soal Zila.
"Kau Zila! Kenapa?"
"Parents kau datanglah! Dah dekat ½ jam dia orang sampai. Puas aku contact kau payah sangat nak dapat. Cepatlah balik."
Shahira bingkas bangun.Dia menghidupkan kenderaannya menuju pulang ke rumah.
"Dapat kamu telifon dia Zila?" soal uncle Zaris ayah tiri kepada Shahira.
"Dapat uncle... sekejap lagi sampailah tue," balas Zila.
"Ira dah ada kawan dengan siapa-siapa ke Zila?" tanya auntie Sofia pula.
"Setahu saya tak de auntie. Baru-baru nie adalah kawan saya nak berkawan dengan Ira, jurutera lagi auntie... tapi bulat-bulat Ira tolak," ujar Zila lagi.
Ira sampai ½ jam kemudian. Perjalanan dari pantai Beserah ke kawasan perumahannya hanya memakan masa 10 minit sahaja, tetapi Shahira sengaja mengikut jalan jauh agar lambat sampai ke rumah. Dia dapat mengagak tujuan kehadiran kedua orang tuanya.
"Asalammualaikum papa, mama..." ujar Shahira sambil mencium tangan kedua orang tuanya.
"Wa'alaikumsalam..." balas mereka serentak.
"Kenapa papa dan mama tak call dulu sebelum datang?" soal Shahira.
"Kami datang nie ada hal nak dibincangkan dengan kamu Shahira, kelmarin uncle Taufiq datang ke rumah...dia nak mer..."
Belum pun sempat auntie Sofia meneruskan kata-katanya, Shahira pantas bersuara dan dia memang telah menjangkakan apakah yang akan diperkatakan oleh mamanya.
"Sudahlah papa, mama... kan Ira dah banyak kali cakap dengan papa dan mama... Ira takn ak dan tak boleh kahwin. Papa dan mama tolonglah jangan paksa Ira dalam hal ni."
"Tapi sampai bila Ira nak macam ni, yang sudah tue sudahlah Ira. Apa yang terjadi pun bukan kehendak kita. Sementara kami ada bolehlah kami menjaga Ira tapi kalau kami dah tiada nanti macam mana?" ujar auntie Sofia lagi.
Airmata Shahira menitis lagi. Dia teringat kamalangan ngeri yang telah menimpa ke atas dirinya. Pada hari kejadian Shahira bersama dua lagi sahabatnya telah pergi bercuti ke Perak. Dalam perjalanan tersebut proton wira yang dipandu sahabatnya telah dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan. Kenderaan yang gagal dikawal telah merempuh lori dan mengakibatkan proton wira tersebut putus dua. Shahira tercampak ke pembahagi jalan dan dua lagi sahabatnya meninggal di tempat kejadian. Ekoran dari kemalangan tersebut bahagian rahim Shahira terpaksa di buang kerana mengalamai pendarahan yang teruk. Lebih malang lagi pacuan empat roda yang melanggar mereka telah melarikan diri.
"Kenapalah tak de orang nak faham perasaan Ira. Apa yang Ira tanggung selama ni... Papa dan mama tahu tak yang Ira ni dah tak sempurna macam orang biasa..." ujar Shahira tersedu-sedu. Shahira meninggalkan mereka. Dia masuk ke biliknya. Tangisannya semakin kuat apabila mengenangkan nasib dirinya.
"Auntie pun tak tahu nak buat macam mana lagi Zila... Bukan auntie nak menyinggung perasaan dia tapi auntie kesiankan dia Zila, selagi ada hayat auntie dan uncle bolehlah kami jaga dia tapi kalau kami dah tiada nanti macam mana?" ujar auntie Sofia lagi.
Keesokkan harinya Shahira tidak ke pejabat. Dia menghabiskan masa seharian di pantai. Tidak ramai orang kelihatan di situ.
"Kenapa mata kak Ira bengkak? Kak Ira sakit mata ya?" soal Yasmin.
"Ha'ah... kak Ira sakit mata. Tapi Yasmin jangan takut, tak berjangkit. Shafiq mana?" ujar Shahira berselindung.
Tangan halus Yamin pantas menjemur ikan kering yang dibuat Mak Lijah.Shahira kagum melihat anak kecil yang baru menjangkau 6 tahun itu. "Abang Shafiq pergi sekolah.Petang nanti baru balik." jawab Yasmin.
"Rajin Yasmin tolong mak. Yasmin dah besar nanti nak jadi apa?" soal Shahira lagi.
"Min nak jadi doktor... nanti boleh tolong orang sakit. Lepas tu Min nak beli rumah besar, kereta besar macam kereta kak Ira tu," balas Yasmin tersenyum menampakkan sepasang lesung pipit.
Hari beransur petang. Cuaca di situ lebih redup jika dibandingkan dengan tadi. Shahira masih di pantai itu. Rambut yang lurus menutup sebahagian dari mukanya apabila di tiup dek angin.
"Boleh kata setiap hari kau di pantai tu, kau tak bosan ke Shahira?" soal Zila malam itu.
"Tak, aku tak pernah rasa bosan. Kenapa kau tanya aku macam tu?"
"Macam nielah aku... biarlah orang tua aku tu," balas Shahira mengerti maksud sahabatnya.
"Biasalah Ira, mak bapak kita ni bila kita dah berumur macam ni... tak de apa merunsingkan dia orang selain dari masa depan anak-anaknya. Betul juga cakap orang tua kau, sampai bila kau nak macam ni. Umur kau pun dah nak masuk 27 tahun."
Shahira hanya membisu.Dia sendiri tidak pasti adakah keputusan yang diambilnya betul atau tidak.
"Kau masih bernasib baik Shahira, ada orang yang nasibnya lebih malang berbanding kau. Tak semestinya kau tak boleh berkahwin walaupun kau tak boleh mengan.."
"Tapi orang kahwin untuk apa Zila... bukankah untuk mendapatkan zuriat? Untuk menyambung warisan keluarga," balas Shahira memotong kata-kata Zila.
"Memang betul kata kau Ira. Tapi masalah sekarang nie, kau dah menghukum diri kau dengan memaksa diri supaya tidak bercinta dan tidak berkahwin! Kau mengasingkan diri dari semua orang. Kau hanya dengan dunia kau! Kalau dah takdir menentukan yang kau akan berkahwin, adakah kau akan menolak takdir? Bukan kau sorang dalam dunia ni yang tak boleh mengandung... ada tue lagi teruk. Mereka kahwin juga, ambik anak angkat... bahagia apa," balas Zila panjang lebar.
"Ingatlah Ira, ini qada dan qadar tuhan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tuhan itu maha adil Ira..." ujar Zila lagi.
Zila meninggalkan Shahira berseorangan di situ. Shahira diam.Dia sebenarnya takut. Takut peristiwa lama berulang kembali. Peristiwa yang meninggalkan luka yang amat dalam di hatinya. Membuatkan dia betul-betul serik. Minggu ini Zila pulang ke kampungnya, tinggallah Shahira berseorangan. Dari petang sampailah ke malam Shahira membuang masanya di pantai. Yasmin dan Shafiq telah lama pulang.
"Mana lagi aku nak pergi ni? Balik rumah pun bukannya ada apa-apa. Zila pun takde," ujar Shahira di dalam hatinya.
Cahaya bulan malam itu cukup terang. Pantai Beserah bermandi cahaya. Ombak yang tadi surut kini mula pasang. Shahira mengatur langkahnya sambil leka mengutip kulit siput. Tanpa disedari dia semakin jauh dari tempat dia meletakkan kenderaanya.Shahira menoleh ke belakang. Dia dapat merasakan ada dua pemuda sedang mengekorinya.
"Hai cik adik, boleh abang ikut?" ujar dua pemuda tersebut nakal.
Shahira yang mula ketakutan cuba mengatur langkahnya dengan lebih deras lagi. Di kepalanya mula terfikir yang bukan-bukan. Dua pemuda tersebut semakin pantas mengekorinya.
"Hei, apa nie pegang-pegang! Lepaslah... lepaslah... hei!"
Dua pemuda tersebut cuba menarik lengan Shahira. Shahira meronta-ronta. Dia menjerit meminta tolong. Suaranya ditenggelami hempasan ombak. Tiada sesiapa yang kelihatan di situ.
"Jeritlah.. jerit lagi. Hahahaha..." cabar pemuda tersebut.
Shahira meronta lagi. Dia cuba untuk melepaskan dirinya tapi salah seorang dari pemuda tersebut menamparnya dengan begitu kuat sekali. Pandangannya mula berpinar-pinar.Dia rebah di situ. "Shahira... Shahira... cik Shahira."
Shahira membuka matanya. Dia kini bukan lagi di pantai. Bukan lagi cuba meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Dia memandang pemuda yang berada di hadapannya. Sekelilingnya dirasakan begitu asing.
"Siapa awak ni? Saya di mana?" soal Shahira mula ketakutan.
"Nama saya Riez Shahzri. Cik Shahira jangan takut, cik Shahira selamat. Sekarang cik Shahira berada di rumah saya. Cik Shahira tak perlu risau apa-apa. Sekarang cik Shahira rest dulu, nanti bila cik Shahira dah okey baru saya story selanjutnya... okey," ujar pemuda tersebut.
"Nanti dulu..." ujar Shahira.
"Saya tahu banyak perkara yang cik Shahira nak tahu dan tanya. Semuanya cik Shahira simpan dulu, yang paling penting cik Shahira rehat dulu. Okey..?" balas pemuda tersebut sambil tersenyum lalu beredar.
Akhirnya Shahira terlena. Dia terjaga apabila terdengar dentuman kilat. Dia menuju keluar bilik. Rumah tersebut agak besar dan susunatur dalamannya juga kemas.
"Hai... you dah bangun pun. Mmm... ini baju, you pergi mandi dululah. Lagipun sekejap lagi ada dua orang pegawai polis akan datang untuk ambil statement.Lepasa mandi you turun breakfastlah ya," terang gadis tersebut sambil menyerahkan sepasang baju kepada Shahira.
Selepas mandi dia berasa agak segar. Lengannya yang putih nampak lebam kesan dari genggaman dua pemuda yang tidak dikenalinya itu. Shahira menjamah sedikit makanan untuk mengalas perutnya.Dia mahu segera pulang selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis.
"You punya umur berapa?" soal gadis tersebut.
"27..." jawab Shahira pendek.
"You tua setahun dari I...Well I rasa you tak kisahkan kalau I panggil you tanpa ikut pangkat, I meant kakak," ujar gadis itu lagi.
Shahira hanya tersenyum tanpa menjawab. Lagak gadis tersebut sedikit kebaratan.Dari luar kedengaran deruman enjin kereta masuk ke car porch.
"Haa... itupun abang Riez dah balik," ujar gadis tersebut.
"Mana Shahira? Dia dah bangun ke?" soal pemuda tersebut.
"Tu.." tunding gadis tersebut lalu beredar.
Riez menuju ke arah Shahira. Gadis yang tadi bersama Shahira tidak kelihatan lagi.
"Encik.." ujar Shahira memulakan kata tetapi dengan cepat Riez bersuara.
"Tak payah berencik-encik dengan saya, just call me Riez. Saya tahu awak tak sabar nak mengetahui lebih lanjut cerita sebenarkan?"
Wajah Riez tidak seperti kebanyakan pemuda biasa. Kulitnya putih, tinggi, ada sedikit gaya model. "Mungkin dia ni kacukan kot?" sempat Shahira berteka-teki di dalam hatinya.
"Ya saya nak tahu dan saya nak pulang ke rumah saya," jelas Shahira.
"Masa hari kejadian kebetulan saya ada di sana.Saya dengar orang menjerit tapi yelah masa tu air tengah pasang jadi tak berapa jelas. Bila saya dengar sekali lagi suara orang menjerit saya pergilah cari. Masa saya sampai salah seorang dari pemuda tersebut menampar awak dan awak pengsan. Nasib saya ada belajar seni mempertahankan diri, jadi hero saya malam tu selamatkan awak." terang Riez sambil berseloroh.
"Tapi cerita tu belum habis lagi, disebabkan awak pengsan saya pun bawa balik awak ke sini. Rumah awak pun takde orangkan. Zila balik kampung.Kereta awak saya dah hantar ke rumah awak. Dua orang tu saya dah serahkan kat polis. Mereka cuba nak merompak awak.Itulah jalan sorang-sorang lagi, malam-malam pulak tu," ujar Riez lagi.
Macam mana awak kenal Zila?" soal Shahira kehairanan.
"Saya kawan satu pejabat dengan dia. Kami boleh dikatakan rapat juga, maklumlah satu pejabat," jelas Riez.
"Tapi macamana awak kenal saya kawan Zila?"soal Shahira lagi.
"Saya rasa tak payahlah saya nak terangkan lagi Shahira, lagipun salam perkenalan saya dulu pun awak tak sambut. Buat apa nak buka cerita tu lagi kan.Tapi kalau awak kasi peluang sekali lagi saya boleh cerita," balas Riez sambil mengenyit matanya.
"Pleaselah, saya serius ni." Shahira tidak gemar dipermain-mainkan begini. Dia menarik muka serius.
"Okeylah saya cerita. First time saya lihat gambar awak dalam photo Zila saya dah rasa tertarik dengan awak, kali kedua saya terserempak dengan awak dengan Zila di sebuah butik. Saya suarakan hasrat saya dekat Zila untuk mengenali awak dengan lebih dekat lagi. Tapi Zila tak nak tolong sebabnya dia kata tolong cakap dengan tak tolong cakap jawapannya sama ajer. Saya paksa juga Zila cakap, Zila tolong saya.Memang apa yang Zila cakap tu betul," balas Riez lagi.
"Awak tak perlu nak cerita dari A sampai Z, saya cuma tanya macamana awak kenal saya ni kawan Zila? Itu ajer, bukannya saya nak dengar luahan hati awak!" tegas Shahira.
"Betullah saya cakap, mula-mula dalam gambar lepas tu saya terserempak awak dengan Zila dekat..." terang Riez.
"Cukup! Saya taknak timbul soalan lain pulak nanti.Sekarang saya nak balik!" bentak Shahira lagi.
Dia terus meninggalkan rumah tersebut tanpa menghiraukan Riez. Kini Shahira betul-betul berada di dalam keadaan marah.Tiba-tiba perasaan sebaknya muncul. Dia tersedu-sedu.
"Shahira, saya minta maaf.Saya tak berniat nak buat awak macam ni. Saya janji saya tak akan cakap apa-apa lagi. Kalau awak nak balik marilah saya hantarkan," pujuk Riez.
"Tak payahlah! Jangan nak menyibuk!" balas Shahira lalu menahan sebuah teksi.
Riez mengeluh panjang. Dia gagal memujuk Shahira. Riez menjadi serba-salah. Teksi tersebut meluncur laju membawa gadis pujaannya pergi.
"Shahira... kenapalah susah sangat nak mendampingi kau Shahira? Apa aku nie dah tak cukup handsome ke?" ujar Riez sendirian.
Seminggu kemudian Zila telah kembali bekerja. Suasana di jabatan kejuruteraan agak sibuk pagi itu. Riez yang telah tiba sejak awal pagi tadi begitu kusyuk dengan tugasnya.
"Baru ajer... apa yang kau sibukkan sangat ni Riez? Projek baru ke?" tanya Zila sambil menyelak helaian pelan-pelan tersebut.
"Ha'ah... projek baru. Projek ni nak kena siapkan cepat. Mmm... tengahari nanti kau ada pergi mana-mana tak?"
"Kenapa? Kau nak belanja aku ke?Aku ni kalau bab makan, busy macam mana sekali pun aku mesti ada masa punya tambahan kalau ada orang nak belanja," balas Zila sambil ketawa.
"Haa... yelah tue, kita jumpa tengahari nanti," kata Riez.
Tengahari itu Riez dan Zila bertemu di Sri Rasa Cafe yang memang terkenal akan keenakan masakannya. Setibanya Zila di sana Riez telah sedia menunggu.
"Apa mimpi kau nak belanja aku makan ni, mesti ada apa-apa ni?" soal Zila setelah selesai memesan makanan.
"Shahira ada cerita apa-apa dekat kau tak Zila?" ujar Riez.
"Aku balik ni pun tak jumpa dia, dia balik KL, nak cerita apanya? Kenapa?"Zila mula kehairanan.
Riez menceritakan apa yang telah menimpa Shahira sewaktu ketiadaan Zila minggu lalu. Zila agak terkejut dengan kejadian tersebut. "Entahlah Riez... Shahira tue degil. Aku pun tak tau nak cakap macamana lagi dengan dia. Memang setiap petang dia menghabiskan masanya di sana. Balik-balik ke pantai, balik-balik ke pantai." ujar Zila.
"Shahira memang tak dapat terima lelaki lagi dalam hidup dia. Shahira sebenarnya sudah bertunang dengan sorang pemuda yang bernama Shahlim. Satu hari tu semasa pergi bercuti di Perak dia terlibat dalam kemalangan dan bahagian rahimnya terpaksa di buang kerana mengalami pendarahan yang teruk. Selepas Shahlim dapat tahu mengenai diri Shahira sudah tidak sempurna macam perempuan biasa terus Shahlim memutuskan tali pertunangannya dengan Shahira. Sejak hari tu dia jadi macam sekarang ni, cepat sensitif, suka bersendiri.." terang Zila kepada Riez lagi.
"Accident dengan apa?" soal Riez.
"Pacuan empat roda. Langgar lari. Memang tak selamatlah nasib orang yang langgar lari tu!" balas Zila geram.
"Tahun bila dia kena?" soal Riez lagi.
"3 tahun lepas, dekat Lenggong Perak. Kau nie banyak sangat tanyalah Riez. Mengalahkan polis!!! Tak payahlah kau nak banyak tanya lagi... kes dia pun dah tutup. Macamana? Kau masih berminat dengan Shahira lagi ke?" ujar Zila.
Riez diam. Soalan Zila tidak di jawab. Dia merenung gelas putih berkaki rendah di hadapannya. Seperti ada sesuatu yang sedang di fikirkan oleh Riez.
"Oii... Kau ni, termenung pulak! Kenapa ?Tak jadi le tu nak kawan dengan Shahira." Sergah Zila. "Lelaki memang semuanya sama! Dahlah Riez, aku nak balik pejabat ni. Terima kasih bebanyak belanja aku!"
Zila meninggalkan Riez sendirian. Timbul kesalan di hatinya kerana menceritakan keadaan Shahira yang sebenarnya. Dia mengatur langkah sepantas mungkin. Malam itu Riez datang ke rumah di mana Shahira dan Zila menyewa. Zila memperlahankan suara televisionnya apabila terdengar ada orang memberi salam.
"Kau rupanya Riez, ada apa hal kau datang rumah aku malam-malam buta ni?" tanya Zila.
"Zila... Sorry le pasal tengahari tadi," balas Riez.
Zila menggelengkan kepalanya.Dia tidak menyangka tetamu yang tidak diundang malam itu adalah sahabatnya. Riez yang berdarah kacukan melayu Sarawak dan Belanda bertambah tampan apabila mengenakan baju melayu berwarna peach lembut. Riez memandang Zila cuba meminta simpati.
"Yelah tu," ujar Zila ringkas.
"Aku ada satu perkara nak bagi tahu kau, tapi aku tak rasa tempat ni sesuai untuk aku ceritakan.Apa kata kita keluar sekejap," pinta Riez.
Zila kehairanan melihat tingkah laku Riez. Dia tanpa banyak soal mengikut Riez. Di dalam kereta mereka tidak banyak berbicara. Destinasi mereka terhenti di pantai di mana Shahira selalu menghabiskan masanya. Zila semakin tidak faham akan tujuan Riez membawanya ke situ.
"Kenapa kau ni Riez? Pelik aku tengok perangai kau nielah... kau dah buang tebiat ke? Apa perkara yang kau nak bagi tahu aku, penting sangat ke? Takkan kau nak tackle aku kot?" Zila memulakan kata sambil cuba berseloroh.Riez melontarkan pandangannya ke arah laut. Ombak tidak sehebat selalu memukul pantai, seolah-olah turut sama-sama menanti apakah yang akan dikatakan oleh Riez. Angin malam itu bertiup perlahan.
"Aku tak tahu macam mana nak mulakan Zila?" jawab Riez.
"Cakap ajerlah Riez..." ujar Zila.
"Shahira.... pasal Shahira,"tegas Riez lagi.
"Shahira... kenapa dengan dia, kau nak berkawan dengan dia ya..."
Melihat Riez begitu serius, Zila tidak jadi untuk berseloroh lagi. Sepanjang mengenali Riez dia tidak pernah melihat jejaka ini begitu serius. Riez menyerahkan beberapa keratan akhbar kepada Zila. Semua keratan berkisarkan kemalangan yang melibatkan Shahira.
"Apa maksud kau ni Riez, aku tak fahamlah. Kan lebih senang kalau kau berterus-terang. Cakaplah Riez..."
"Aku bersalah pada Shahira...akulah orang yang telah melanggar dia 3 tahun lepas. Masa tu aku masih teruk Zila... kaki mabuk, kaki perempuan... segala-salanya aku Zila, segala-galanya aku!!! Tuhan itu maha berkuasa..." ujar Riez.
Zila agak terkejut dengan pengakuan Riez. Dia merasakan segala-galanya seperti mimpi. Dia sendiri seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh Riez. Malam itu air mata Riez seperti tidak berharga. Zila juga tidak menyangka dugaan yang sebegini berat dihadapi dua sahabatnya.
"Apa harus aku lakukan Zila?" soal Riez.
"Sudahlah Riez, janganlah macam ni. Perkara dah lepas... yang mati pun takkan kembali hidup. Kau binalah hidup baru," jawab Zila memujuk Riez.
"Biarlah aku menyerah diri pada pihak berkuasa Zila."
"Jangan Riez... Kau kahwinilah Shahira. Itu sahaja cara untuk kau tebus kesalahan kau. Tapi Shahira tidak mungkin mendapatkan zuriat untuk kau...Satu lagi... aku rasa kau tak perlu nak ceritakan kisah ni dekat Shahira. Aku takut dia tak boleh terima.Biarlah hanya kau dan aku sahaja yang tahu perkara ni...insya Allah Riez, aku takkan mungkir janji dan aku akan simpan rahsia ini," ujar Zila.
"Mustahil Zila...dia tak mungkin dapat terima aku."
"Aku tahu kau boleh Riez... sekeras-keras kerak nasi bila direndam akhirnya lembut juga, macam tue jugalah hati perempuan," kata Zila cuba memberi Riez semangat.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan minggu hadapan umur Shahira akan bertambah satu angka lagi. Bagi Shahira hari lahirnya tidak bermakna seperti kebanyakan insan lain. Dia kini berdiri di jeti di hujung pantai. Dia melihat sepasang kekasih di hujung jeti.Kadangkala hatinya cemburu. Dia juga ingin dikasihi dan disayangi tetapi apabila dia merenung kembali dirinya, dia tahu tiada siapa lelaki yang dapat menerima keadaan dirinya.
"Hai Shahira..." sapa satu suara dari arah belakangnya.
Shahira menoleh. Senyuman Riez terukir di wajahnya.
"Hai..."balasnya.
"Sorang ajer" soal Riez.
Shahira tidak menjawab soalan Riez. Dia asyik memerhatikan pasangan kekasih di hujung jeti itu.Riez tahu soalan itu memang tidak sepatutnya ditanya.
"Teman...mimpi apa awak nak temankan saya? Tak payahlah membuang masa awak.."
"Tidak... saya tak rasa membuang masa. Bagilah saya peluang Shahira... saya sungguh-sungguh nak kawan dengan awak," tegas Riez.
Shahira hanya tersenyum tawar. Dia memandang jejaka di sisinya.
"Sorry saya tak berminat...Saya hairanlah, awak nie macam dah tak de perempuan lain yang awak nak kawan. Kenapa mesti saya?" soal Shahira.
"Sebab saya sukakan Shahira," balas Riez.
"Itu ajer... tak memadai!" ujar Shahira lagi.
Riez berdiri di hadapan Shahira.Dia melutut sambil memegang tangan Shahira.
"Please Shahira... janganlah seksa perasaan saya begini... Niat saya tulus Ira. Kalau Shahira sudi... saya ingin jadikan Shahira sebagai permaisuri hidup saya." pinta Riez.
"Nonsense!!! Awak tak faham ke? Saya tak berminat... apatah lagi sampai nak jadi apa... permaisuri hidup awak! Tingginya awak punya angan-angan,"balas Shahira sambil ketawa memperlekehkan Riez.
"Sudahlah saya nak balik." ujar Shahira lagi.
Shahira bingkas beredar dari lingkungan Riez. Riez cuba menarik lengan Shahira namun Shahira pantas menolak Riez. Riez tidak dapat mengimbangi badannya lalu jatuh ke dalm laut.Shahira menjadi cemas. Dia tidak menyangka Riez akan jatuh dari jeti itu .
"Tolong... tolong, ada orang lemas," jerit Shahira.
Dua tiga pemuda yang kebetulan ada di situ cuba menyelamatkan Riez. Namun Riez tidak sedarkan diri. Dia telah dimasukkan ke hospital. Shahira kini benar-benar menyesal. Dia tidak menjangka akan terjadi sampai begitu sekali.
"Zila... aku takutlah." ujar Shahira sewaktu mereka menjenguk Riez.
Zila memeluk Shahira. Dia juga risau jikalau keadaan Riez semakin teruk, apatah lagi apabila kedua orang tuan Riez mendapat tahu berita tersebut.
"Macam mana keadaan dia doktor?"soal Zila.
"Sebenarnya dia mengalami kesukaran bernafas dan buat masa nie dia perlu gunakan alat bantuan pernafasan, so kita kena tunggu sampai dia sedarlah," terang doktor tersebut.
"Kalau kau nak balik, kau balik dululah Zila .Aku rasa aku nak tunggu Riez di sini," ujar Shahira malam itu.
"Aku balik dululah Ira, nanti aku datang balik temankan kau," balas Zila.
Shahira duduk di sisi Riez. Hatinya betul-betul risau. Dia memandang muka jejaka itu sambil mengenggam jari Riez. "Semuanya salah Ira, Riez. Maafkaan Ira. Bukan niat Ira... Riez. Bangunlah Riez... bangunlah.Ira memang tak guna..." ujar Shahira sendirian. Tangisannya bertambah kuat apabila mengenang kembali kejadian tersebut. Dia mengoncang tubuh Riez. "Bangunlah Riez... jangan buat Ira macam nie." ujar Shahira lagi.
"Ira..."
Shahira terkejut apabila terdengar suara Riez yang mula tersedar. Dia segera memanggil doktor. Seminggu selepas itu Riez telah dibenarkan pulang.Keadaannya kini telah kembali stabil. Pagi itu awal-awal lagi Shahira telah menjemput Riez di hospital. Hatinya kembali tenang apabila melihat senyuman jejaka tersebut.
"Takde apa yang nak disusahkan... lagipun Ira yang menyebabkan Riez masuk hospital," balas Shahira.
"Bila Riez mula kerja?"
"Besok," balas Riez.
"Cepatnya..."
"Dah seminggu Riez cuti Shahira, asyik makan tidur ajer... lagi cepat Riez mula kerja lagi bagus, tak delah terasa bosan sangat."
Mereka beriringan meninggalkan perkarangan hospital. Riez sedar Shahira kini telah banyak berubah. Dia tersenyum sendirian. Dia juga tidak menjangka hati Shahira yang dulu lebih keras daripada batu akhirnya cair seperti besi yang dilebur. Semuanya gara-gara tragedi itu. Dia hampir-hampir mati kelemasan apabila terjatuh daripada pelantar jeti di pantai apabila ditolak oleh Shahira.
"Tak sia-sia Riez jatuh... sekurang-kurangnya Riez dapat kenal lebih rapat lagi dengan Shahira," ujar Riez.
"Janganlah cakap macam tue Riez... Ira akan anggap Riez tak maafkan Ira kalau Riez ulanginya lagi," balas Shahira.
"Shahira... sudi ke Shahira jadi..." soalan Riez terhenti apabila dipintas Shahira.
"Ira tahu apa yang nak Riez cakapkan... dan Ira rasa Ira tak tersilap teka. Sebelum Ira cuba lengkapkan soalan Riez tue, Ira nak Riez dengar dulu apa yang nak Ira nak katakan."
Riez dapat menjangkakan apa yang akan diajukan Shahira. Shahira memberhentikan kereta yang dipandunya. Dia kelihatan tenang.
"Ira rasa sebelum perasaan kita lebih jauh terpaut, biarlah Ira berterus-terang dan Ira dah cukup bersedia dengan apa yang akan terjadi selepas Ira menerangkan keadaan diri Ira yang sebenarnya. Selepas ini terpulanglah kepada diri Riez samada ingin meneruskan persahabatan ini atau sebaliknya." terang Shahira.
Riez merenung Shahira. Jika diikutkan hatinya ingin juga dia berterus-terang bahawa dia telah mengetahui keadaan Shahira yang sebenar. Di hatinya timbul kesalan yang tidak sudah. Jika tidak disebabkan dia Shahira tidak mungkin menderita sebegini. Walau bagaimana pun dia telah berjanji kepada dirinya bahawa tidak akan mempersia-siakan Shahira jika Shahira menjadi penyeri hidupnya.
"Walau apa pun, Ira harap Riez dapat terima cerita ni. 3 tahun lepas Ira telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan ekoran dari kejadian itu, Ira telah kehilangan dua orang sahabat serta bahagian rahim Ira terpaksa dibuang kerana pendarahan yang teruk. Jika bahagian rahim tersebut tidak dibuang berkemungkinan Ira tidak berada di sini lagi. Selepas itu Ira bukanlah seorang perempuan yang sempurna lagi. Ira takkan dapat memberi zuriat kepada lelaki yang bakal bergelar suami. Sebab itulah Shalim bekas tunang Ira meninggalkan Ira... "
Air mata Shahira kembali mengalir bila mengenangkan peristiwa tersebut. Riez juga sebak. Dia tidak menyangka kejahilannya dahulu bukan sahaja telah meragut nyawa dua sahabat Shahira malah telah menyiksa gadis ini.
"Maafkan Riez Ira.." bisik Riez di dalam hatinya.
"Ira, walau apa pun keadaan Ira Riez sedia terima... janganlah Ira menangis lagi. Riez janji Riez takkan sia-sia hidup Ira... percayalah Ira," pujuk Riez. Tangisan Shahira semakin reda. Riez meyeka mata Shahira yang basah dek air matanya.Shahira tunduk.
"Shahira, Riez nak melamar Shahira... Riez sungguh-sungguh nak Shahira menjadi suri hidup Riez," ujar Riez.
"Ira tak sanggup nak siksa hidup Riez... carilah perempuan lain yang lebih sempurna Riez. Ira tak nak terjadinya kesalan di pertengahan perhubungan kita nanti," balas Shahira.
"Tidak Shahira, Riez takkan biarkan Shahira menanggung penderitaan ini seorang diri. Riez tak akan menyesal."
Sesungguhnya hari itu telah menyaksikan ketulusan hati Riez. Dia benar-benar bersyukur. Walaupun mengahwini Shahira tidak bererti dapat menebus kembali dosa-dosanya terhadap gadis itu namun setidak-tidaknya dia dapat mengurangkan bebanan perasaan bersalahnya.
one... riez in unresponsible men two ..... i can not accept when his not tell the truth.... but bagus lah klu riez nak bertanggugjawab...... hmmmm\reality of writing based on the truth
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm mcm cite kartun je cerpen nih..huhuhu apepun not bad la..