Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jemari Elina yang sedang ligat menulis termati. Dia berpaling sambil tersenyum simpul. Aku sudah dapat mengagak makna di sebalik senyumannya itu. Tetapi sengaja aku pura-pura tidak mengerti. Halaman buku nota kuselak sehelai demi sehelai. Walaupun tidak ada fakta yang melekat di kepalaku, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat menyembunyikan perasaanku yang tidak menentu ketika itu.
"Hai.. sejak bila pula kau pandai ke CC ni Lisa... selalunya aku yang ajak kau. Ni.. kau pula yang ajak aku..."
"Alah.. bukan apa... nak check e-mail aje..."
"Ye ke ni... atau kau dah janji nak chat dengan Dzy Y2k tu?"
Aku terdiam sambil meneguk air liur. Wajah Elina kurenung berjurus-jurus. Serba salah. Memang betul tekaan Elina. Tetapi sebenarnya aku terpaksa. Bukannya aku ingin sangat bersembang dengan lelaki itu di MIRC. Aku memang jenis manusia yang tidak suka memungkiri janji. Silap aku juga. Kalau aku tidak berjanji dengan Dzy Y2k itu, tidak perlu aku bersusah payah ke Cyber Cafe. Membazir masa sahaja.
Petang semalam segalanya bermula. Aku menemani Elina ke Cyber Cafe yang beria-ia benar ingin berbual dengan buah hatinya yang belajar di Mesir melalui MIRC. Sementara menunggu Elin berbual mesra, aku membuka laman web dan menghantar e-mail buat teman baikku Hana yang belajar di USM. Setelah jemu membuka laman web, aku cuba-cuba masuk ke MIRC untuk bersembang. Sebaik sahaja aku memilih saluran kampung, senarai nama rakan sembang tersenarai di situ. Nama pertama yang menarik perhatianku ialah Dzy Y2k kerana ia agak unik berbanding nama lain. Lalu aku klik dua kali pada nama itu.
Dewi: Assalammulaikum
Dzy Y2k: Waalaikumsalam.
Dewi: Peliklah nama awak.. kenapa mesti Dzy Y2k?
Dzy Y2k: Biasalah... remaja alaf baru. Asal mana? Belajar lagi ke? Ambil jurusan apa?
Aku berfikir sejenak. Aku tak boleh beri maklumat betul... kalau dia ni budak UM juga macam mana? Mati aku.....
Dewi: asal Pahang. Belajar kat UIA. Ambil Accounting. Awak?
Dzy Y2k: Asal Selangor. Belajar kat UKM. Ambil Medic.
'Selamat.. nasib baik dia kat universiti lain…' bisikku lega.
"Lisa..jom balik..." Tanpa kusedari Elina sudah berada di belakang sambil memegang bahuku.
"Sekejap.. aku nak sudahkan chat ni..."
Dewi: Saya nak balik ni... Jumpa lagi
Dzy Y2k: Saya minat nama awak. Boleh kita lagi esok? Jam 5.00 petang. Janji tau.. saya tunggu.
Dewi : Insyaallah.. boleh....
"Lisa.. Lisa.." Lamunanku termati.
"Hai.. dah pandai berangan sekarang... ha, kata nak pergi CC tadi. Jomlah...." Elina mengusik sambil tersenyum. Aku membalas senyumannnya lalu beriringan dengannya ke Cyber Cafe kolej.
***************************************
Angin malam berpuput lembut. Dingin dan menyegarkan. Sekali-sekala sahutan unggas memecah kesunyian malam yang tenang. Sayangnya, ketenangan malam tidak setenang jiwaku. Bisikan demi bisikan hati meresahkan perasaanku. Kata-kata Dzy yang terpapar di skrin komputer petang tadi masih terbayang-bayang di ruang mataku.
"Dewi, walaupun kita tidak pernah bertemu, tetapi Dzy rasa Dzy dapat menyelami jiwa Dewi. Percayalah, Dzy tak pernah bermaksud untuk mempermainkan Dewi selama ini. Dzy benar-benar sayangkan Dewi dan berharap Dewi sudi menerima diri ini."
Aku benar-benar dilema. Serba-salah dan ragu-ragu. Jika kuturutkan kata hati, memang aku boleh menerima Dzy dalam sekelip mata. Tetapi, kata akalku masih mampu memaksa mindaku berfikir. Ya, cinta siber tidak semestinya sesuatu yang realiti. Bagiku, meskipun perkenalan kami sudah menjangkau dua tahun, tetapi itu tidak bererti kami sudah saling mengerti dan memahami.Apatah lagi kami tidak pernah bersua muka. Identiti sebenar pun masih menjadi rahsia.
Aku agak terkejut juga apabila membaca bicara Dzy dalam e-mail yang dikirimkannya itu. Aku tidak pernah menyangka sampai begitu sekali perasaannya terhadapku. Selama ini, aku cuma menganggapnya sebagai seorang rakan siber yang boleh dibawa berbincang dalam pelajaran, bertukar-tukar pendapat, berkongsi masalah dan cerita suka-duka. Anak muda itu tidak pernah membicarakan perkara yang bukan-bukan. Jauh sekali untuk mempersendakan aku. Sikapnya itu amat kukagumi dan pada firasatku, dia adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi, itu tidak bermakna aku telah tertarik padanya. Seboleh-bolehnya aku cuba menjadi diriku sendiri. Seorang gadis yang berpendirian teguh yang tidak mungkin mudah tunduk pada cinta demi cita-citaku. Tetapi, pengakuan Dzy benar-benar mencabar naluri kewanitaanku.
Memang aku ingin dicintai dan mencintai. Sejak berusia 13 tahun lagi, perasaan itu telah wujud. Ia diwujudkan oleh seorang anak muda bernama Ikhwan Dzul Dzikri Hariz. Sebab itulah, sukar bagiku untuk menerima Dzy bulat-bulat kerana Dzikri masih bertakhta dalam hatiku..
Kadang-kadang, aku pelik dengan perasaanku sendiri. Sehingga kini, cintaku terhadap Dzikri masih bersemi meskipun dia tidak pernah tahu bahawa ada insan memendam rasa terhadapnya di dalam diam selama ini. Adakalanya aku rasa tidak adil menghukum Dzy begitu hanya kerana cintaku terhadap insan lain yang mungkin tidak akan berkesudahan. Tetapi, mana mungkin aku melupakan Dzikri. Nama yang penuh nostalgia. Nama pertama yang mengajarku makna sebuah cinta. Dialah lelaki pertama yang berjaya mencuri sekeping hati nan suci. Kisah lapan tahun lalu masih segar di kotak ingatanku. Segalanya masih tersimpan kemas dalam disket mindaku.
"Woi! berhentilah! Jangan gaduh lagi!" Aku cuba memberanikan diri menegur sekumpulan pelajar senior yang sedang membelasah seorang pelajar lelaki seusiaku. Teguranku tidak diendahkan oleh mereka. Sebaliknya, aku ditertawakan pula. Hatiku bertambah sakit melihat telatah mereka. Pelajar lelaki bertubuh kecil itu ditumbuk dan ditendang oleh mereka dengan sesuka hati. Aku tidak pasti apakah kesalahannya sehingga dia dibelasah dengan teruk. Dia tidak sedikitpun melawan. Mungkin dia takut, agaknya. Tetapi,kalau melawan pun, natijahnya tetap sama, fikirku.
Rakan-rakannya yang lain cuma tecegat seperti tunggul mati. Tidak berani melawan pelajar-pelajar tingkatan lima yang bertubuh sasa itu. Hatiku bagai dirobek melihat kekejaman yang berlaku di depan mataku. Apatah lagi apabila melihat cecair merah pekat mengalir dari rongga hidung dan bibir nipis pelajar lelaki itu. Kasihan betul,dia.
"Hana, jom ikut aku. Kita beritahu cikgu Akmal!" Aku menarik tangan Hana agar mengikutku. Hana akur. Langkahku kuatur laju menuju ke bilik guru disiplin tanpa menoleh ke belakang.
“Hei hentikan kerja gila ni!” Jerkah cikgu Akmal kasar. Pelajar-pelajar senior itu tergamam dengan kemunculan guru bermisai tebal itu. Muka mereka pucat. Ditoreh tidak berdarah.
“Siapa ajar kamu jadi samseng ni ha?” Cikgu Akmal merenung wajah mereka. Tajam. Mereka hanya tunduk memandang lantai simen yang semakin pudar warnanya. Mata guru separuh umur itu semakin membulat apabila tiada satu jawapan pun terpacul daripada mulut mereka.
“Pang!”
Tamparan hebat daripada Cikgu Akmal hinggap di pipi mereka seorang demi seorang. Mereka hanya tunduk membisu sambil meraba-raba pipi yang mula merah. Padan muka! Detikku sambil menggetap bibir.
“Apa salah dia sampai kamu pukul dia teruk-teruk ni?”
Diam.
“Azman, kenapa mereka belasah kawan kamu ni?”
“ Mereka marah dia sebab dia tak mahu belikan rokok mereka semalam…” jawab Azman. Dia kelihatan teragak-agak.
“Apa? Rokok? Oh.. rupa-rupanya selama ini kamu merokok! Kurang ajar!!! Sendiri nak buat jahat, nak libatkan orang lain pula!!!”
Cikgu Akmal makin menyinga apabila mendengar penjelasan Azman. Dia merenung lima orang pelajar itu tajam. Seperti singa lapar yang ingin menerkam mangsanya. Mereka berlima hanya menikus.
Pelajar lelaki tadi tersandar lemah di tepi dinding kelas. Darah segar masih terus menali sehingga menitis ke atas baju sekolahnya. Kasihan sungguh! Rakan-rakannya barulah berani merapatinya setelah Cikgu Akmal muncul. Kalau tidak, sampai pengsan sekalipun anak muda itu, mereka tidak berani untuk menolong.
“Kau orang ada tisu, tak?” Tiba-tiba Azman; rakan sekelasku merapatiku dan Hana. Hana hanya menggelengkan kepala.
“Aku tak ada tisu. Sapu tangan adalah.” Ujarku sambil menghulurkan sapu tangan kepada Azman.
“Terima kasih,” Azman berlalu setelah sapu tangan berpindah tangan. Darah segar yang mengalir daripada hidung dan mulut rakannya yang dibelasah tadi dilapnya dengan sapu tanganku. Aku hanya mampu memerhatikannya dari jauh dengan pandangan simpati.
“ Sudah! Semua balik ke kelas!Kamu berlima akan dibuang asrama mulai esok, faham!” Gertak Cikgu Akmal.
Kelima-lima samseng itu hanya mampu menganggukkan kepala dengan wajah sugul sambil berlalu dari situ. Hatiku puas. Memang itu balasan bagi orang yang tidak berperikemanusiaan.Semoga tiada lagi pelajar junior yang dibuli lagi oleh samseng-samseng itu.
“Yang lain, masuk kelas! Azman, bawa kawan kamu ni ke bilik sakit.”
Pelajar-pelajar yang berada di luar kelas segera masuk ke kelas masing-masing. Kecut perut mereka mendengar suara garau Cikgu Akmal. Tidak terkecuali aku. Hana melangkah ke kelas, meninggalkanku yang masih tertancap di depan pintu kelas. Aku memerhatikan Azman memimpin kawannya menuruni anak tangga. Anak muda itu sempat memandangku. Walaupun nampak lembut, tetapi kacak juga orangnya, detik hatiku. Nakal. Namun, apa yang pasti, renungannya penuh bermakna walaupun tanpa suara. Mungkin dia ingin berterima kasih kepadaku kerana menyelamatkannya tadi. Mungkin juga…. ah.. segalanya mungkin….
**********************
Sungguh cepat detik waktu berlalu. Tidak terkejar oleh insan kerdil sepertiku. Masa terus berputar meninggalkan sisa-sisa kehidupan untuk hari itu. Aku tidak boleh lewat hari ini. Tepat pukul 3.30 nanti aku ada kelas tambahan pula. Detik hatiku berkira-kira sendirian. Kakiku ini terus laju melangkah meninggalkan kelas yang telah kosong. Selalunya aku pulang bersama Hana. Tetapi, hari ini sengaja kubiarkan dia pulang dahulu kerana aku terpaksa berjumpa dengan Cikgu Aziah yang memintaku menyertai pertandingan menulis dan mendeklamasi puisi untuk Hari Kebangsaan nanti. Bermula esok, aku kena mula berlatih. Ini bermakna aku akan balik lewat ke asrama setiap hari sehingga pertandingan itu diadakan.
Jam hampir ke angka 3 petang. Langkah makin kupercepatkan. Ketika aku asyik membetulkan susunan buku-buku di tangan, tanpa kusedari aku terlanggar seseorang. Aku benar-benar terkejut!! Buku-buku ditanganku terlepas lalu bertaburan di atas simen. Insan itu segera memungut buku-buku itu lalu menghulurkannya kepadaku sambil tersenyum manis.Aku terkedu! Mata kami bertembung seketika tetapi aku segera menundukkan pandanganku. Perasaan malu menyelinap di segenap jiwaku. Aku hampir terlupa. Dialah budak lelaki yang dibelasah teruk tempoh hari. Kata Hana, namanya Ikhwan DzulDzikri Hariz. Tidak kusangka kami akan bertemu lagi setelah hampir dua bulan peristiwa itu berlalu.
“Er… maafkan saya….” ujarnya yang masih setia menghulurkan buku-bukuku sejak tadi.
“Tak apa… te.. terima kasih… Sa.. saya yang cuai. Sa.. saya yang langgar awak tadi.. Sorry!” Ucapku gugup sambil mengambil buku-bukuku dari tangannya. “Sa... saya pergi dulu..” Aku segera mengatur langkah meninggalkannya. Malunya! Terasa ingin cepat sahaja aku pergi dari situ!
“Nurlisa! Nanti dulu!”
Langkahku termati. Sejak bila pula dia tahu namaku? Fikirku sejenak. Aku menoleh. Anak muda itu masih tercegat di tempat tadi. Kemudian, dia melangkah merapatiku.
“Maafkan saya… sebelum terlupa,saya nak ucapkan terima kasih kerana awak selamatkan saya hari tu. Terima kasih juga atas sapu tangan ini. Tapi.. masih ada sikit kesan darah. Saya dah cuba basuh,tapi tak boleh hilang. Jadi, sebagai ganti, saya belikan yang baru…” Kedua-dua sapu tangan itu dihulurkan kepadaku.Dari sinar matanya yang kuyu itu, aku tahu pengakuannya ikhlas.
'Lurus betul.. budak ni…' detik hatiku.
“Tak apalah…. awak simpan aje sapu tangan baru tu. Biar saya ambil sapu tangan saya. Sebenarnya, kalau awak tak pulangkan pun tak apa.. saya tak kisah…” Entah kuasa apa agaknya, aku berbicara spontan. Aku mengambil sapu tanganku sambil tersenyum. “Terima kasih…” ucapku sebelum berlalu.Kemudian, aku melangkah tanpa menoleh ke belakang.
Sambil melangkah… entah kenapa wajahnya yang seiras pelakon Taiwan kegilaan ramai anak gadis itu bermain di mindaku. Perasaan apakah ini? Ah, persetankan perasaan itu. Pelajaran patut diutamakan dulu!
Namun begitu ternyata aku tidak dapat membohongi perasaan ini. Sejak bertemunya, seakan ada satu perasaan halus yang meresap keseluruh tubuh dan menjalar kesegenap nadi. Cinta. Cinta yang hadir dengan sendirinya. Tanpa kupinta, Dzikri adalah nama yang bersemadi di hatiku. Dialah satu-satunya lelaki yang berjaya merobohkan benteng keegoanku. Di sekolah, selalu juga kami terserempak tapi kami hanya berbalas pandangan, tanpa senyuman atau sepatah bicara. Namun aku perasan yang dia sering memerhatikan aku dari jauh. Begitu juga aku. Dalam diam, dia abadi jauh di sudut hatiku.
Di sekolah, Dzikri adalah anak muda yang pendiam.Tetapi, perwatakannya berubah apabila dia diiktiraf sebagai pengawas sekolah ketika di tingkatan lima. Dia disanjungi, dihormati dan digilai ramai gadis. Darjatnya diangkat tinggi. Jauh melepasi puncak gunung Everest. Sedangkan aku terasa diri semakin kerdil. Manakan mungkin bukit kecil menyamai gunung yang tertinggi di dunia itu! Meskipun aku dikagumi kerana prestasi akademikku, tetapi aku merasakan yang jurang pemisah antara kami terlalu luas kerana pangkat dan gelaran itu. Bagiku kami menjadi semakin jauh dan jauh… Menyedari hakikat itu, aku mengambil keputusan untuk menguburkan perasaan terhadapnya jauh di sudut hati sebagai cinta di alam diam yang penuh nostalgia.
Bayangnya sering datang walau aku berkali-kali cuba melupakannya. Namun begitu, semangatku untuk terus belajar makin membara.Bagiku, tanpa pangkat dan gelaran di sekolah pun, aku masih mampu bergelar pelajar cemerlang! Impianku menjadi kenyataan akhirnya. Aku berjaya juga menjejakkan kaki ke universiti ini. Membawa cita-cita, harapan ibu bapa dan cintaku yang masih di alam khayalan.
Menurut kawan-kawanku, Dzikri juga menuntut di sini, tetapi aku tidak pernah bertemu dengannya. Maklumlah, Universiti Malaya ini terlalu besar. Pelajarnya pula beribu-ribu. Lagipun, aku rasa dia mungkin telah bertemu dengan gadis lain yang lebih secocok dengannya. Apalah yang ada pada gadis yang hanya mencintainya dalam diam ini. Lantaran itu, aku menganggap jasadnya telah mati dalam hidupku. Telah terkubur tanpa nisan, meskipun cintaku padanya masih bersemi. Anehnya, aku tidak dapat menerima cinta lelaki lain selain Dzikri. Walaupun aku tahu, hanya aku yang memujanya di sudut hati selama ini.
Namun, tidak kuduga kehadiran Dzy hampir menggugat kesetiaanku. Permintaannya agar kami mengakhiri teka-teki di alam siber di tahun akhir pengajian membuatkan aku serba-salah. Aku ragu-ragu untuk menerimanya. Aku sendiri kurang pasti apakah sebabnya. Hendak dikatakan aku sudah mempunyai teman istimewa tidak pula. Sudah ada pilihan keluarga? Tidak juga. Sudah berbuih-buih mulut ibu memujukku agar menerima pinangan anak Pak Cik Seman yang baru balik dari luar negara. Sampai merajuk Mak Tam Senah kerana aku enggan menerima pinangannya. Alasan yang kuberikan adalah aku tidak bersedia. Aku masih tidak bersedia untuk melupakan Dzikri. Mungkin kerana cintaku pada Dzikri masih kuat. Tetapi, sampai bila aku harus bermain dengan bayang-bayangku sendiri? Sampai bila aku ingin terus berfantasi? Berbaloikah aku menunggu bulan dan bintang yang tidak akan jatuh ke riba? Berbaloikah…
Kata-kata Elina masih terngiang-ngiang di telingaku. “Belum tentu Dzikri tu tahu kau suka kat dia. Entah-entah sekarang ni dia dah bertunang ke, kahwin ke, kau mana tau. Tak guna kau setia pada sesuatu yang tak pasti, Lisa. Aku rasa elok kau jumpa Dzy tu dulu. Kalau sesuai, kau terimalah dia. Kalau tak, kawan biasa saja, habis cerita.”
Memang senang mulut orang lain berkata-kata. Tetapi, aku sendiri yang terpaksa melaluinya. Entahlah… aku benar-benar dilema.
**************************************
“Ya Allah…boringnya. Mana pergi mamat ni. Kata tadi nak chat pukul 5 petang,” rungutku. Agak tidak puas hati.
Baru semalam, Dzy menghantar e-mail mengucapkan ‘selamat merdeka’ kepadaku sempena berakhirnya peperiksaan semester akhir di tahun terakhir pengajianku berakhir semalam. Dia juga berjanji untuk berbual denganku di ruangan MIRC jam lima petang ini; sebelum aku pulang ke kampung malam ini. Tetapi, setelah hampir 30 minit menunggu, namanya tidak muncul-muncul di skrin komputer.Ke mana Dzy pergi? Mungkin sedang bertemu janji dengan teman wanitanya? Cemburukah aku? Bukankah kami kawan biasa sahaja?
Perasaanku benar-benar tidak menentu di Cyber Cafe hari ini. Baru tadi aku terserempak dengan Dzikri di depan pintu CC. Buat pertama kalinya semenjak 4 tahun aku menuntut di sini. Perwatakannya masih macam dulu. Macam mula-mula aku kenal dulu. Cuma penampilannya agak lain. Makin kacak dan bergaya. Dia tersenyum padaku tetapi aku hanya tunduk malu. Pura-pura tidak mengenalinya. Tidak mungkin aku ingin mengulangi detik-detik di sekolah menengah dulu yang kini cuma tinggal memori.
Akhirnya aku jemu menanti. Aku sudah nekad untuk pulang sahaja. Kecewa betul aku dengan sikap Dzy yang memungkiri janji. Biarlah, balik ke kampung lebih penting lagi. Lagipun, banyak barang yang belum kukemaskan lagi. Setelah keluar dari ruangan IRC, aku masuk ke laman web yahoo untuk memeriksa e-mail. Manalah tahu kalau-kalau Hana menghantar berita padaku kerana kebetulan dia juga bercuti mulai minggu ini. Hampa juga aku kerana tiada e-mail dari Hana.Tetapi, ada satu e-mail dari Dzy yang bertarikh hari ini. Mungkin ada sesuatu yang ingin diberitahunya atau ingin meminta maaf kerana tidak dapat berbual denganku di IRC tadi.
“Dewi, Selamat Hari Jadi yang ke- 23. Saya nak jumpa awak di luar CC sekarang. Jumpa lagi.”
Aku terkejut! Nak jumpa aku sekarang? Biar betul.Takkanlah Dzy boleh memecut 1000 km sejam dari UKM ke sini? Ni mesti nak kelentong akulah ni. Rungutku sendirian.Tapi, kalau betul, macam mana? Ya Allah… tabahkanlah hati hambaMu ini.
Aku segera menutup komputer lalu melangkah keluar. Sekali lagi darahku berderau apabila terserempak dengan Dzikri yang tercegat di luar. Dia seolah-olah menunggu seseorang. Aku hanya membisu. Dia pula tersenyum-senyum . Di hatiku hanya Tuhan yang tahu ketika itu. Gelisah, pasrah,malu dan serba-salah bercampur-baur. Andainya Dzikri dan Dzy bertemu nanti, malunya aku! Ah, biarkan sahaja. Dzikri bukan kenal Dzy pun!
Hampir 15 minit aku menanti, Dzy tidak juga muncul.Aku mula risau. Apatah lagi Dzikri masih berada di situ. Takkanlah Dzy sengaja ingin menipuku? Selama ini, dia tidak pernah membohongiku. Agaknya, dia segan untuk bertemu denganku, aku cuba memujuk perasaan sendiri. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Ketika aku memulakan langkah, tiba-tiba seseorang memanggilku.
“ Nurlisa! Nanti!”
Aku terkesima. Langkahku termati. Panggilan itu mengingatkan aku detik peristiwa yang berlaku sepuluh tahun lalu. Aku menoleh. Dzikri merapatiku. Dia menghulurkan sekuntum bunga mawar merah. Aku tergamam!
“Selamat Hari Jadi yang ke-23 Dewiku. Moga ikatan ini berkekalan…”
Dewi? Dari mana dia tahu nama samaranku? Lidahku kelu. Tidak terkata apa-apa. Ya Allah, apakah benar kenyataan ini?
Dzy Y2k atau Ikhwan Dzul Dzikri. Kedua-duanya adalah insan yang sama berbeza nama yang aku cintai! Berakhir juga rindu semalam. Aku pasrah pada takdirNya!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
macam ada persamaan la ngan pengalaman sendiri...hehe,