Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi itu, seperti biasa Maizatul, 34 melangkah masuk ke pejabat dengan penuh gaya . Walaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan, tetapi lagaknya saling tidak tumpah seperti pengarah syarikat. Sikapnya itu, bukan sekali dua menimbulkan perasaan jengkel di hati teman-teman setugasnya. Pun begitu, Maizatul tidak pernah mengendahkan apa juga umpat keji teman-teman sepejabatnya itu. Apa yang penting, hatinya bagaikan merak kembang petang setiap kali Radzi, 42 Pengarah Urusan syarikat itu memujinya. Sebenarnya, dia sudah lama memendam perasaan terhadap majikannya itu. Tetapi disebabkan isteri majikannya itu turut menjadi "orang kanan" di syarikat itu, niatnya itu dipendam begitu saja. Namun apabila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda. Maizatul bagaikan lupa, bahawa dirinya sudah pun bergelar isteri orang yang punyai tiga anak. Impian untuk menawan hati majikannya yang kacak itu tidak pernah padam sebaliknya semakin membara dari hari ke hari. Demi mencuri hati lelaki impiannya itu, Maizatul sanggup berhabis sakan. Pakaiannya yang tersalut ditubuhnya, dipastikan "up to date", mengghairahkan dan mendapat perhatian Radzi. Kalau umpan sudah tersedia, masakan pancing tersadai lesu. Melihatkan lagak Maizatul itu, iman Radzi entah ke mana. Tanpa pengetahuan isterinya, dia sering menghubungi telefon bimbit Maizatul. Respon daripada Radzi itu, benar-benar membuatkan Maizatul bagaikan berasa di atas awan. Tambah pula bila mendengar pujuk rayu yang penuh kata-kata romantis dan memberahikan daripada lelaki idamannya itu. Tiga bulan lamanya, mereka berdua menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan sesiapun. Mereka berdua bijak sekali menyembunyikan hubungan sulit itu daripada pengetahuan orang lain, terutama isteri Radzi dan pekerja di syarikat kecantikkan itu. Sepanjang perhubungan mereka itu, bukan sekali dua Radzi mencuit tubuh gebu Maizatul. Cuma Maizatul saja yang buat-buat jual mahal. Rancangannya, dia mahu Radzi rasa tercabar dan berusaha untuk menakluki dirinya. Dan petang Sabtu itu, akhirnya Maizatul jatuh juga dalam dakapan Radzi. Petang itu Maizatul sengaja pulang lewat. Kebetulan, dia perlu menyediakan beberapa fail untuk dibawa ke meja mesyuarat. Walaupun kerja itu bukan di bawah tanggungjawabnya, namun Maizatul rela hati untuk melakukannya. Tanpa pengetahuan sesiapun, rupa-rupanya dia dan Radzi sudah merancang untuk bertemu selepas waktu pejabat di syarikat itu. Tambah memudahkan rancangan, isteri Radzi pula tidak ada kerana mengikuti kursus rawatan kecantikkan di Pulau Pinang selama lima hari. Maka, melonjak riang kedua-dua pasangan "kekasih" itu. Petang itu, kedua-duanya melunaskan "hajat" mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa. Sebaliknya, mereka berdua tersenyum kepuasan. Dan sejak peristiwa petang itu, mereka semakin kerap "bersama". Maizatul benar-benar seorang "pelakon" yang hebat. Di rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. "Keperluan" suaminya tidak pernah diabaikan, kerana dia tidak mahu suaminya mensyaki apa-apa. Walaupun suaminya sering kurang senang dengan cara dia berpakaian apabila ke pejabat, namun dia pandai memberi alasan. Namun Maizatul lupa akan sesuatu yang pasti. Ya! Sepandai-pandai tupai melompat, suatu hari akan jatuh ke tanah juga. Suatu hari, seorang pekerja di syarikat itu terserempak dengan mereka berdua di sebuah restoran makanan segera. Maizatul dan Radzi terkejut tapi, mereka cuba berlagak biasa. Maizatul sudah dapat mengagak pasti akan kecoh di pejabat kelak. Namun, dia bagaikan tidak percaya bila tiada seorang pun yang membuka cerita tentang hal itu. Dalam diam, dia menjeling ke arah Ros yang terserempak dengannya itu. Namun air muka sahabatnya itu seperti biasa. Tiada sebarang tanda kecurigaan di wajah itu. Ditakdirkan, beberapa bulan kemudian Maizatul disahkan mengandung. Orang yang paling gembira, tentulah suaminya sendiri. Sebaliknya Maizatul jadi bingung, anak siapakah yang dikandungnya itu, anak suaminya atau anak Radzi? Apa yang membuatkan dia sedih tidak keruan, Radzi seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya sejak berita kehamilannya diberitahu. Ada saja alasan setiap kali dia ingin menemui Radzi. Malah Radzi sudah mula memarahinya dan tidak melayannya semesra dulu. Bulan berganti bulan, perut Maizatul semakin sarat. Begitu jugalah kebimbangan yang bergolak di jiwanya saat itu dan hanya Tuhan saja yang tahu betapa derita perasaannya ketika itu. Tambah memilukan, dia dilayan bagaikan minyak yang penuh oleh suaminya. Dia tidak langsung dibenarkan membuat kerja-kerja berat. Suaminya itu bimbang kandungannya akan keguguran, maklumlah sudah lima tahun dia tidak mengandung sejak melahirkan dua orang anaknya itu. Rasa bersalah dan berdosa semakin menghimpit dadanya, semakin baik layanan suaminya itu, semakin derita perasaan Maizatul. Walaupun belum terbukti anak yang dikandungnya itu adalah anak Radzi, tapi dia seolah-olah pasti anak itu benih Radzi. Kerana, sebelum dia mengadakan hubungan intim dengan lelaki itu, hubungan kelaminnya bersama suami tetap berjalan seperti biasa, namun satu pun tidak "lekat". Jadi, tidak syak lagi benih itu adalah kepunyaan Radzi, "kekasih gelapnya" itu. Tiba harinya, Maizatul di masukkan ke wad bersalin. Meskipun waktu untuk melahirkan telah sampai, namun kandungannya seperti enggan keluar walaupun puas usaha untuk mengeluarkannya dilakukan. Derita Maizatul benar-benar menyedihkan si suami. Dia berdoa pada Tuhan, agak beban berat isteri tercinta diringankan. Dia tidak sanggup melihat isterinya mengerang kesakitan. Sedang Maizatul mengerang kesakitan, dia menyeru nama suaminya dengan penuh kepayahan. Dengan linangan airmata, Maizatul menceritakan segala rahsia sulitnya dan memohon kemaafan daripada si suami. Dan mendengar berita itu, si suami bagaikan dipanah petir. Siapa yang tidak terseksa batinnya, apabila isteri yang dicintai sepenuh hati berlaku curang. Malah, sanggup ditiduri lelaki lain dan sedang berperang nyawa untuk melahirkan hasil hubungan sulit mereka itu. Namun, Maizatul terus merayu-rayu. Dan hati kecilnya tidak sampai hati melihat keadaan Maizatul ketika itu. Sebagai seorang manusia, dia masih mempunyai perikemanusian. Sejurus lafaz maaf disebut dibibir si suami, kandungan Maizatul meluncur keluar dengan mudahnya dan saat itu jugalah si suami rebah ke lantai. Maizatul yang masih dalam kesakitan, tergamam dengan keadaan itu. Namun keadaan dirinya yang lemah, membuatkan dia sendiri tidak sedarkan diri. Selepas dua minggu di hospital, Maizatul dibenarkan pulang. Keadaanya seperti tidak siuman, dia hanya diam dan sesekali ketawa walaupun ketika itu diberitahu si suami sudahpun meninggal dunia saat dia selamat melahirkan anak. Kini, Maizatul dirawat di rumah sakit jiwa dan tiga orang anaknya itu dijaga oleh ibu bapanya di kampung. Walaupun tidak ramai yang tahu apa puncanya dia jadi gila, namun hanya seorang saja tahu sebab musababnya. Iaitu teman sekerja Maizatul yang tahu akan hubungan sulitnya dengan Radzi. Sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih kepada mereka yang mengingkariNYA. Dan balasan Allah kepada wanita yang menduakan suaminya, amatlah berat. AllahuAkhbar! Ketika diam menyapa ku bertanya kepada diri inikah keabadian ? hening ... ... ... ... ... .. senyap... ... ... ... ... tiada jawapan bila ini adalah sebuah takdir maka akupun rela... .
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best nye crite ni ,, membawa kesedaran pada semua isteri2 di luar sana ~