BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 06, 2006
Menanti Kepulangan
Hari ini sudah masuk hari raya ketiga aidilfitri. Miah rasa bagaikan baru semalam sahaja Ramadhan berlalu. Tiba-tiba Miah menerima kunjungan dari seseorang. Miah pandang wajah Fazidah. Miah tak pernah kenal Fazidah. Tapi tiba-tiba Miah teringatkan cerita-cerita Mak Tom kepadanya. Tanpa disuruh lagi, Miah terus bercerita tentang Mak Tom.
***************
"Miah, hari raya ini, aku pasti akan balik," kata Mak Tom.
"Nak balik? Nak balik mana Mak Tom?"
"Aku nak balik ke rumah aku. Aku rindu hendak balik ke rumah aku. Aku tahu, anak aku akan balik. Dia akan jemput aku dan bawa aku balik ke rumah aku, Miah. Hari raya nanti, hari raya terakhir aku di sini. Aku akan balik beraya di rumah aku sendiri nanti."
"Mana Mak Tom tahu anak Mak Tom akan balik dan ambil Mak Tom? Ada dia kirim surat? Eh, tak ada pula Mak Tom tunjukkan pada saya?" soal Miah lagi.
Mak Tom meraba sesuatu di bawah bantal pembaringannya. Dia mengambil sepucuk surat dan ditunjukkan kepada Miah.
"Ini Miah."
"Eh, inikan kad hari raya kiriman anak Mak Tom tahun lepas? Kenapa pula dengan kiriman kad hari raya tu?
"Ya Miah, tahun lepas Idah kirim kad hari raya ini pada aku. Bidin ketua kampung yang hantar pada aku. Dia bacakan untuk aku. Kata Bidin, Idah akan balik beraya tahun ini di sini. Idah mesti akan jenguk aku. Idah mesti akan ambil aku bawa balik, Miah. Aku rindukan Idah dan rumah aku Miah." Ujar Mak Tom dan kemudian baring semula di atas katil.
Mak Tom tatap kad hari raya berbunga merah jambu. Mak Tom buka kad raya itu. Seolah-olah seperti Mak Tom tahu membaca tulisan di dalam kad hari raya kiriman anak tunggalnya yang kini tinggal di Amerika Syarikat.
Mak Tom menatapnya lama. Kemudian Mak Tom cium kad hari raya itu. Seolah-olah seperti Mak Tom mencium pipi Idah. Miah hanya memandang Mak Tom. Kemudian Mak Tom terbatuk-batuk kecil.
"Mak Tom berehatlah ya. Kalau Mak Tom tak larat nak puasa, bolehlah Mak Tom berbuka. Air dalam termos itu masih ada lagi Mak Tom," pujuk Miah lagi.
"Tak apalah Miah. Aku larat lagi puasa. Lagipun bukan lama lagi hendak berbuka puasa. Eh, sekarang ini pun dah hampir pukul tiga petang. Aku tahan lagi. Cuma aku hendak tidur sekejap. Engkau kejutkan aku nanti, sebelum Asar habis waktunya." Pinta Mak Tom, kemudian dia membetulkan pembaringannya.
Miah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Miah kenal Mak Tom sejak tiga tahun yang lalu. Kata Mak Tom, usianya ketika itu sedah lebih 70 tahun. Beza usia Miah dan Mak Tom tak jauh. Miah sendiri tahun itu sudah mencecah 68 tahun. Waktu Mak Tom mula-mula menjadi penghuni rumah orang tua itu, Miah mahu memanggilnya kakak, tapi Mak Tom lebih selesa kalau semua orang memanggilnya dengan nama 'Mak Tom'.
Kalaupun ramai lagi penghuni rumah orang-orang tua di situ, Miah lebih selesa dengan Kak Rubiah. Selepas enam bulan Kak Rubiah pergi, Mak Tom pula hadir. Hidup Miah kembali ceria dengan kehadiran Mak Tom. Sedikit demi sedikit Mak Tom menyelongkar kisah hidupnya.
"Sejak anak aku Idah lahir, hidup kami bertambah bahagia. Tapi, waktu usia Idah 5 tahun, abang Usop meninggal. Apa nak buat Miah, sudah nasib kami. Mujurlah, abang Usop tinggalkan kami sebidang tanah dan sebuah rumah. Bolehlah aku usahakan tanah aku untuk kehidupan kami dua beranak. Aku didik Idah supaya jadi orang berguna.
"Mujur cerah juga otak Idah. Dia berjaya untuk masuk sekolah tinggi. Idah belajar di negeri orang putih Miah." Cerita Mak Tom sembil melontarkan senyum bangga.
Lama Mak Tom diam. Tapi kemudiannya menyambung lagi.
"Miah, Idah duduk di negeri orang putih sempai dia habis belajar. Dia kerja di sana dua tahun. Lepas itu dia balik. Katanya dia hendak membuka perniagaan di Kuala Lumpur. Dia tak ada modal, Miah. Aku jual tanah aku. Aku beri duit pada Idah.
"Kata Idah, dia dah buka perniagaannya di Kuala Lumpur. Enam bulan kemudian, dia balik ke rumah. Dia minta aku mengikutnya. Katanya perniagaannya semakin maju. Dia akan berangkat ke negeri orang putih itu, apa nama negeri itu, Amerika. Aku tak tahulah Miah. Idah nak bawa aku sekali. Aku tak mahu Miah. Aku sayangkan kampung aku.
"Walaupun aku dah jual tanah aku, tapi Bidin ketua kampung yang beli tanah itu masih izinkan aku untuk terus tinggal di situ." Cerita Mak Tom kemudiannya terhenti di situ.
Miah melihat air mata Mak Tom terus deras membasahi pipinya. Akhirnya barulah Miah mengerti, Idah tidak kunjung pulang ke kampung halamannya. Idah hanya kemudiannya menghantar sepucuk surat selepas 2 tahun pemergiannya ke Amerika dan memberitahu dia sudah berkahwin dan ingin menetap terus di sana.
Paling menyedihkan Miah, rupa-rupanya Mak Tom ditahan oleh pihak berkuasa yang membuat serbuan ke atas kutu rayau. Kata Mak Tom ketika itu, Mak Tom tertidur di perhentian bas akibat keletihan. Namun, Mak Tom akhirnya terpaksa akur untuk terus tinggal di rumah orang tua itu.
"Aku hendak balik rumah pun, tanah itu sudah bukan jadi tanah aku lagi. Biarlah aku tinggal di sini. Sakit pening aku, ada juga orang yang jaga. Aku tak ada waris di sini Miah. Idah tak ada. Yang ada hanya suratnya," ujar Mak Tom sambil menunjukkan surat yang agak lusuh kepada Miah.
*****************************
"Eh, sudah pukul berapa ni Miah, sudah masuk waktu Asar ke belum?" Tiba-tiba Mak Tom bangun dari pembaringannya.
"Belum lagi Mak Tom. Mak Tom sambunglah tidur." Jawab Miah.
"Aku rasa dah lama sangat aku tidur. Kau buat apa Miah?"
"Ini, saja suka-suka saya jahit perca kain untuk buat selimut," kata Miah sambil menunjukkan perca-perca kain yang telah siap digunting ke arah Mak Tom.
"Miah, aku ada sesuatu hendak aku tunjukkan kepada kau." Tiba-tiba Mak Tom menarik keluar sehelai kain dari dalam laci.
"Wah, kain? Untuk buat baju Mak Tom?"
"Iya Miah, aku minta tolong Rosnah tukang masak belikan. Aku simpan duit raya yang aku dapat sejak aku tinggal di sini. Harganya RM70. Katanya ini jenis kain terbaru. Aku hendak buatkan baju kurung untuk Idah. Dah lama aku tak jahitkan baju untuk dia.
"Waktu kecilnya dulu, dia suka sangat pakai baju kurung. Setiap petang, dia akan minta pakai baju kurung. Kalau hampir hari raya, dia sanggup tunggu aku jahitkan bajunya sampai siap Miah. Nanti dia balik, aku hendak hadiahkan baju kurung ini padanya. Aku harap, sebelum raya nanti, bolehlah siap baju ini." Cerita Mak Tom bersungguh-sungguh.
Miah pandang wajah Mak Tom berseri-seri. Begitu bersungguh-sungguh sekali Mak Tom menyiapkan baju kurung untuk Idah. Walaupun matanya rabun dan selalunya Miah jugalah yang tolong memasukkan benang ke dalam lubang jarum, Mak Tom tetap tekun menjahit. Mak Tom betul-betul teliti ketika menjahit baju untuk anak perempuannya itu. Walaupun tanpa menggunakan mesin jahit, jahitan tangan Mak Tom kemas sekali.
Sewaktu berbuka puasa, Mak Tom rancak bercerita tentang masakan kegemaran Idah. Tak jemu-jemu Mak Tom bercerita kepada Miah. Walaupun sudah masuk setengah bulan Ramadhan, Mak Tom akan cerita tentang kuih lopes makanan kegemaran Idah. Tak jemu-jemu Mak Tom bercerita tentang Idah yang kalau waktu bersahurnya akan makan bersuap.
Miah tahu, Mak Tom terlalu sayangkan anak perempuannya itu. Malah, dari cerita-cerita Mak Tom sebenarnya sarat dengan rindu terhadap Fazidah. Selama ini, Mak Tom jarang benar bercerita tentang Idah. Tapi, menjelang aidilfitri kali ini, hampir setiap hari Mak Tom akan bercerita tentang Idah. Mak Tom yakin Idah akan balik. Mak Tom pasti, Idah akan membawanya semula ke rumahnya dahulu. Ada masanya Mak Tom tersasul memanggil Miah dengan panggilan 'Idah'.
"Aku dengar kau dapat kad raya Miah? Siapa yang hantar?" tegur Mak Tom.
"Alah, dari budak-budak universiti yang pernah datang buat kajian di sini dulu Mak Tom. Siapalah yang ingat pada saya Mak Tom, kalau tak budak-budak itu, Walaupun dah lama mereka datang ke sini. Tiap-tiap tahun mereka hantar kad raya pada saya. Hendak harapkan anak? Manalah saya ada zuriat Mak Tom," jawab Miah.
"Tapi, Miah, aku masih belum terima kad hari raya dari Idah. Inilah satu-satunya kad raya dari Idah. Kad raya tahun lepas. Janji Idah, dia akan pulang tahun ini. Betul dia akan pulang. Mesti, Idah mesti akan datang jemput aku kan Miah?" Tiba-tiba Mak Tom seperti resah.
Miah mengurut belakang Mak Tom.
"Sudahlah Mak Tom. Kan Mak Tom sendiri kata, Idah akan datang dan bawa Mak Tom balik? Sudah siap baju jurung untuk Idah, Mak Tom? Hari raya minggu depan saja," pujuk Miah.
Mak Tom menyeka air mata yang berjuraian. Segera dia mengambil baju kurung yang separuh siap.
"Tinggal sikit saja. Lipatan bahagian bawah baju saja, Miah." Ujar Mak Tom yang kemudian segera meminta Miah memasukkan benang ke dalam lubang jarum.
Harapan Mak Tom untuk menunggu Idah terlalu tinggi. Tapi dalam masa yang sama, ketika para penghuni lain menerima kiriman kad raya, Mak Tom bagaikan kecewa. Miah tahu, Mak Tom begitu ternanti-nanti kiriman berita dari Idah.
Kasihan sungguh melihat kerinduan yang perlu ditanggung Mak Tom selama ini. Namun, apakan daya Miah, dia hanya mampu memujuk dan menyejukkan hati Mak Tom . Miah tahu, kalaupun Idah balik, tak mungkin Mak Tom akan dibawa semula ke kampungnya. Tanah Mak Tom sudah dijual. Sudah tiga tahun Mak Tom menghuni di rumah ini, takkanlah, masih ada lagi rumah Mak Tom di kampungnya? Bisik hati Miah.
Malam itu, Miah melihat Mak Tom memeluk baju yang telah siap dijahit. Mak Tom tatap lagi kad hari raya kiriman Idah. Dia tersenyum.
"Lusa, mungkin hari raya aku akan balik. Aku akan balik ke rumah aku Miah. Anak aku juga akan balik. Dia akan bawa aku balik beraya di kampung halaman aku," ujar Mak Tom berulang-ulang.
Begitulah Mak Tom asyik sekali bercerita kepada Miah. Namun Miah perasan, ketika orang lain memegang kad hari raya yang dikirimkan kepada mereka, Mak Tom juga berharap dia akan menerima kad raya dari Idah. Mak Tom tak diburu jemu.
Malam itu, selepas solat Isyak penghuni kediaman orang tua itu masing-masing menuju ke ruang menonton televisyen. Masing-masing mahu mendengar pengumuman mengenai hari raya. Begitu juga Miah dan Mak Tom.
"Alhamdulillah, esok hari raya Mak Tom. Alhamdulillah, kita sama-sama sudah menamatkan puasa kita tahun ini Mak Tom," ujar Miah memegang tangan Mak Tom.
"Ya Miah." Mak Tom kemudian memeluk Miah. "Esok aku hendak balik Miah. Aku minta maaf ya Miah, terpaksa tinggalkan kau," kata Mak Tom yakin.
Jauh di lubuk hati Miah, balik ke mana? Sehingga hari ini, berita tentang Idah tak kunjung tiba. Namun Miah hanya menganggukkan kepala. Ketika Miah mahu melelapkan mata di katil, Mak Tom tak sudah-sudah memandang baju yang telah siap dijahit.
"Mak Tom, tak mahu tidur lagi Mak Tom?" soal Miah.
"Tak apalah Miah. Malam ini malam terakhir aku di sini. Besok aku hendak balik. Aku hendak bertakbir dan sembahyang sunat dulu. Kau tidurlah Miah," ujar Mak Tom yang kemudian mengenakan telekung.
Sehingga menjelang tengah malam, ketika Miah terjaga, Miah melihat Mak Tom masih lagi meneruskan solat. Miah terus dibuai lena sehingga menjelang Subuh. Azan Subuh yang dilaungkan oleh salah seorang penghuni kediaman itu dari surau mengejutkan Miah. Tapi, Miah tengok Mak Tom berada di dalam keadaan sujud. Eh, Subuh baru sahaja masuk waktu? Takkanlah Mak Tom tak dengar bunyi azan dari surau? Soal hati Miah.
"Mak Tom solat apa Mak Tom? Subuh baru saja masuk waktu." Miah bangun dari katil dan terus melihat Mak Tom.
Mak Tom tak berganjak. Mak Tom terus sujud. Miah tunggu. Tapi, Mak Tom tetap berkeadaan begitu. Miah diburu debar. Perlahan-lahan Miah mendekati Mak Tom. Miah pegang tangan Mak Tom. Sejuk.
"Tidaaakkkkkkk!" Jerit Miah. Suaranya yang lantang mengejutkan sebahagian penghuni kediaman orang tua di situ.
Subuh itu kediaman itu menjadi kecoh. Memang benar, Mak Tom sudah pulang. Mak Tom memang telalu ingin pulang pada hari raya. Benarlah Mak Tom rupanya pulang ke rumahnya yang asal.
********************
Fazidah terus menyeka air mata yang masih lebat membasahi wajahnya. Fazidah merenung katil yang sudah kosong di sebelah katil Miah. Baju kurung warna ungu yang masih terletak di atas katil, Miah serahkan kepada Fazidah.
"Inilah baju yang Mak Tom siapkan untuk Idah," kata Miah.
"Makcik Miah, saya berdosa kepada emak. Apakah emak saya akan maafkan saya makcik?" soal Idah teresak-esak.
"Sudahlah tu Idah. Makcik yakin emak kamu sentiasa memaafkan kamu. Kalau tidak, takkan dia begitu gembira cerita tentang kamu. Takkanlah dia bersungguh-sungguh ingin menyambut kepulangan kamu pada hari raya ini?"
"Saya tak sangka, akhirnya emak menghabiskan usianya di sini makcik. Patutlah hati saya bagai ditarik-tarik untuk balik ke tanah air. Saya tak pernah terima surat dari pakcik Bidin. Selama ini saya kirimkan surat kepada emak di kampung, tapi tak ada siapa yang membalasnya. Rupanya pakcik Bidin sudah meninggal dunia. Surat yang saya kirimkan kepada emak, rupanya tak pernah sampai. Saya tak tahu, emak mengakhiri hidupnya di sini makcik," ujar Fazidah kesal.

Label:

posted by Tanpa Nama @ 3:41 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:
  • At 29/6/08 1:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best n sedih sangat cerpen ni...Perbanyakkan kisah2 yg yang real. Jangan asyik karang cerita cinta yang tak logik. Boring!!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group