Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
ANUGERAH "Mama, Ain nak roti lagi." "Kan Ain dah makan banyak, nantilah dulu ya." Ahh.. Ain, berat badannya telah melampaui batas normal untuk kanak-kanak seusianya. Keadaan ini adakalanya membuatkan Ain termengah-mengah. Semenjak disahkan penyakitnya telah sampai ke tahap serius dua bulan lalu, aku berusaha untuk menjadi ibu yang paling tabah. Semuanya demi untuk melihat Ain gembira. Kesal rasanya telah memuntahkan kemarahan sebelum ini. Kesal yang tak mungkin akan terubat lagi. Segalanya bermula lima tahun lalu. Ain selalu demam, ada waktunya hanya berselang minggu. Telah berbagai jenis ubat yang ditelannya. Namun sembuhnya hanya sementara. Ain akhirnya ku bawa merujuk kepada pakar kanak-kanak. Tangisan Ain bergema sewaktu contoh darahnya diambil. Masakan tidak. Ain baru berusia tujuh bulan saat itu. Gelap rasanya pandanganku apabila doktor mengesahkan Ain leukemia. Ubat-ubatan yang diberikan sekadar untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Tiada lagi penawar bagi penyakitnya di saat itu. Ohh.. tidak mungkin. Waktu itu aku hamil dua bulan. Bercelaru rasanya, bimbang ia akan menerima nasib yang sama. Aku harus menjalani ujian lagi. "Leukemia bukanlah penyakit berjangkit atau keturunan. Peluang untuk kandungan puan seterusnya mengidapnya adalah tipis. Tapi puan perlu menjalani ujian untuk itu. Jangan bimbang, puan pasti selamat, bersabar sahaja." Kata-kata doktor muda itu ku sambut sepi. Aku tenggelam dalam seribu kebimbangan dan kemungkinan. Bagaimana kalau nanti dia juga menerima nasib yang sama. Bagaimana kalau di saat aku melahirkannya, Ain kesakitan. Adam hanya mengeluh sewaktu ku luahkan kebimbangan yang bersarang. Sebagai anak sulung, Ain menjadi kesayangan kami. Tambahan pula Adam dalam proses kenaikan pangkat. Oleh itu beliau perlu menghadiri kursus demi kursus. Demi untuk Ain, aku akhirnya menyerahkan surat permohonan cuti tanpa gaji. Selepas itu Ain harus sering ku bawa bertemu doktor. Berbagai ujian dan rawatan harus dilaluinya. Ada waktunya ingin sahaja aku mengalah dengan corak rawatan tersebut. Ain tidak menggemari ubat, oleh itu bagai penyiksaan harus dilaluinya setiap kali ubat diberikan. "Pada tahap yang dialami Noraishah sekarang, peluang untuknya masih cerah. Tapi bukan untuk sembuh sepenuhnya. Puan perlu bersabar, memang ia menyakitkan. Kalau nasibnya baik, dia mungkin sembuh." Ayat terakhir dari doktor itu bagai satu hukuman bagiku. Bagaimana kalau nasib tidak menyebelahinya. Ohh, aku akan kehilangan Ain. Kesakitan sewaktu melahirkannya masih terasa, mana mungkin aku harus kehilangannya. Berhadapan dengan seribu kemungkinan itu aku semakin tertekan. Apatah lagi setiap kali ku khabarkan penyakit Ain, hanya berita kematian yang ku telan. Setiap orang bagai menanti saat kematiannya. Mereka bagaikan hairan apabila setiap kali berhari raya, Ain ada bersama kami. Ada waktunya aku ingin menyisihkan sahaja keluarga kami dari mereka. "Perasaan Idah saja tu, abang tak nampak pun mereka buat macam tu. Dah lah tu, sabar saja, mereka tu simpati dengan kita." "Macam mana Idah nak sabar, bila nampak Ain, dia orang cakap apa tau, eh.. eh.. Ain sihatnya, apa maknanya tu?" "Baguslah kalau mereka kata Ain sihat, kalau dikatanya Ain sakit macam mana?" Pertanyaan Adam ku biarkan tergantung di situ. Sikap penyabar Adam ada waktunya mematikan patah perkataan yang ingin ku lontarkan. Menjelang usia Ain tiga tahun, Ain menunjukkan tanda positif. Pertumbuhannya bagai kanak-kanak lain. Sangkaku pastinya penyakit Ain telah sembuh. Berbayar rasanya segala pengorbanan selama ini. Kenakalan Ain dan Adib ada waktunya menguji kesabaranku. Seharian di pejabat dengan berbagai tugasan. Keletihan itu adakalanya membuatkan aku hilang pertimbangan wajar. Seringkali aku meninggikan suara pada mereka. Namun selepas itu, kekesalan akan bersarang di benakku. Tatkala melihat Ain dan Adib nyenyak di katil mereka aku rasa bersalah. Tidak adil aku melepaskan kemarahan di atas kesalahan yang kecil. Apalah lagi yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusia mereka selain bermain dan bergaduh. Ain sebenarnya amat rajin membantu. Dalam usia sebegitu, dia ingin melakukan tugas yang aku lakukan. Kalau aku membersih rumah, Ain akan turut serta. Meskipun hanya menambahkan tugas yang ada, sekurang-kurangnya Ain berusaha untuk itu. Pertanyaan Ain adakalanya membuatkan aku kehabisan idea untuk menjawab. Kadang-kadang aku risau bila Ain memulakan persoalan. Perkataan 'kenapa' darinya pasti akan memerlukan penghuraian yang panjang lebar. Aku sendiri tidak pasti apakah keterangan yang diberikan benar-benar difahaminya atau sekadar ingin berkomunikasi dua hala. Menginjak ke usia lima tahun, Ain menunjukkan perubahan ketara. Perkembangan berat badannya mula merisaukan aku. Selera makannya mengalahkan orang dewasa. Paling digemarinya makan di restoran segera. Tidak menjadi masalah bagi Ain untuk menghabiskan nugget dan kentang gorengnya. Selera makannya ada waktu membuat kesabaranku hilang. Masakan tidak, dalam kesesakan jalanraya, Ain boleh menjerit minta ayam goreng, hanya kerana terlihat papan iklan ayam goreng. "Sudahlah Idah, budak-budak macam tulah." Itulah kata-kata Adam setiap kali aku memarahi Ain. Kadang-kadang aku rasakan disebabkan Adam selalu menurut katanya Ain jadi sedemikian. Apa sahaja yang dipinta Ain akan dipenuhinya. "Mama, nanti jahitkan telekung baru untuk Ain ya." "Kan telekung Ain tu elok lagi, buat apa yang baru." "Ala mama, Ain nak yang ada renda macam baju Cinderella ni. Nanti bila Ain ikut mama sembahyang, Ain cantik macam Cinderella." "Ain tau tak, Cinderella tak makan banyak macam Ain." "Okeylah mama, nanti Ain makan sikit aja ya, tapi mama buatlah dulu." Pelbagai karenah Ain yang tak mungkin luput dari ingatan rinduku. Pernah Ain suarakan aku buatkan renda pada telekung itu untuk menjadi penawar rindu. Kononnya ia seperti apa yang dilakukan papanya. Adam yang selalu menghadiri tugas keluar daerah telah membelikan patung Cinderella. Menurut Adam, Cinderella itu adalah wakilnya setiap kali Ain rindu pada papanya. Ianya benar-benar berkesan. Ain akan berbual dengan patung tersebut setiap kali sebelum tidur sekiranya Adam tiada. Aku dalam kegembiraan kerana disahkan mengandung lagi. Ain kepenatan sewaktu dalam perjalanan untuk meraikan berita gembira itu. Lantas kami membatalkan niat itu dan membawa Ain ke doktor. Bagai ada halilintar yang memanah, apabila diberitahu penyakit Ain telah sampai ke tahap serius. Ain perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Menurut doktor, saraf yang mengawal nafsu Ain telah rosak. Itulah sebabnya Ain tidak merasa kenyang, meskipun telah makan dengan banyak. Mengapalah tidak aku fahami keadaan itu sebelumnya. Sangkaku keadaan itu bukan kerana penyakit. Kenapalah aku tidak boleh peka dengan itu semua. Betapa pilu hatiku melihat pelbagai wayar disambungkan ke badan Ain. Ada waktunya Ain tidur seperti pengsan. Apapun berlaku, tak akan ku biarkan Ain sendirian. Semoga Ain sedar betapa kasihku yang sentiasa melimpah untuknya. Tidak putus doa ku panjatkan agar Ain sembuh semula. Namun kepiluan tidak dapat ku hindarkan apabila doktor membenarkan apa saja yang dipinta anakku. Ain seperti tidak perlu lagi berpantang meskipun keadaannya amat tenat. Terasa benar Ain bagai pesalah yang menanti hukuman mati. Petang itu sebagaimana biasa Adam tiba untuk giliran menjaga Ain. Aku perlu rehat demi kandunganku. Tambahan pula Adib lebih rapat denganku berbanding Adam. Menginap di hotel memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Segalanya perlu dibayar, makanan, dobi dan sebagainya. Tidak sanggup rasanya menyusahkan saudara yang ada. Telah hampir seminggu kami di sini. Keadaan Ain tidak menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Kunjungan saudara mara juga silih berganti. Semuanya seperti tidak memberikan harapan pada Ain. Entah kenapa airmataku tidak mampu tumpah kali ini. Mungkin keadaan tersebut telah menjadikan aku semakin tabah. Biasanya setiap kali Ain dimasukkan ke hospital airmataku akan mengalir sehinggalah saat Ain dibenarkan pulang. Namun sebaliknya Adam kelihatan lebih emosi kali ini. Matanya sentiasa berkaca kala membaca surah Yassin di sisi Ain. Sebagai seorang lelaki airmata amat mahal baginya. Dan yang mahal itu kini tertumpah untuk Ain kesayangannya. Bagiku mungkin dugaan kali ini terlalu berat untuk meninggalkan Ain. Meskipun Adam telah lama tiba, aku seakan terpanggil untuk terus di sisi Ain. "Idah pergilah sebelum Adib menangis dan mengejutkan Ain." "Hati Idah tak sedap benar rasanya, nantilah sekejap lagi." "Tak baik macam tu Idah, anak kita akan sembuh, pergilah." Seketika itu ibu dan adikku tiba untuk melawat Ain. Mata tua itu kiranya lebih memahami keadaan. "Dah tenat nampaknya budak ni, kau tunggu sajalah Idah, biar mak jaga Adib." Benar bagai dikata ibu. Hanya seketika itu Ain terjaga dan memanggil namaku. Patah bicara Ain tidak menentu lagi. Air mata Adam kelihatan mengalir lagi. "Mama, jangan berdiri dekat pintu tu, Ain tak nampak pintu." Pintu apa yang kau lihat anakku, sedang perbaringanmu menghadap dinding batu sahaja. Telah terbukakah pintu langit untukmu, anakku. Janganlah pergi dulu Ain, belum puas rasanya mama bersamamu. Bicaraku hanya tersekat di kerongkong. "Mama, sakit mama." Ain mula meronta. Sudah tentu keadaan itu membahayakan dirinya. Wayar yang mengalirkan darah dan air itu seakan mengganggu pergerakan Ain. Sepantas itu suaraku dan Adam memanggil jururawat. "Papa, tolong pa, Ain nak bangun, Ain nak pergi ikut pintu tu." Adam bagai hilang pertimbangan. Airmata kami berbaur dengan tangis Ain. Suntikan yang diberikan menyebabkan Ain tertidur kembali. Ain terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi. Ibu dan adikku pulang bersama Adib setelah Ain ditempatkan dalam sebuah bilik khas. Keadaan Ain yang kritikal itu membuatkan aku lebih rela melihat tangisan Adib yang enggan pergi bersama neneknya. Sepanjang malam itu Ain langsung tidak bangun. Hanya jejarinya terasa terus hangat memegang jariku. Aku sendiri tidak pasti telah berapa kali aku dan Adam menghabiskan surah Yasin untuknya. Malam itu tidur kami hanya beberapa minit di atas kerusi di kiri dan kanan Ain. Tidak lagi kufikirkan rehat dan makan saat itu. Sewaktu azan Subuh sayup-sayup kedengaran, aku tersedar bila genggaman tangan Ain terasa longgar. Adam yang tertidur di sebelah tersentak bila aku seakan menjerit memanggilnya. Mesin denyutan jantung Ain menunjukkan satu garisan yang memanjang sewaktu Adam menghembuskan dua kalimah syahadah di telinganya. Air mataku gugur sewaktu doktor meluahkan ungkapan yang tidak mampu diterima oleh setiap yang bergelar ibu. "Puan, kami telah melakukan yang termampu, Tuhan lebih menyayanginya. Relakanlah dia pergi." Apalah lagi yang mampu aku lakukan. Tak mungkin aku boleh mengembalikan Ain yang telah pergi. Segalanya harus ku terima dengan redha. Maha suci Allah yang telah menganugerahkan Ain, biarpun sebentar di dalam hidupku. Kini, meskipun telah enam bulan berlalu, Ain seakan masih ada di mana-mana. Beberapa kali aku terpanggil namanya bila merasakan ada yang mengekori setiap yang aku lakukan. Ain pasti akan mengekori kalau aku sedang menyapu sampah di dalam dan luar rumah. Sukar untuk menerima hakikat aku kini melakukannya sendirian. Telekung renda yang dipintanya hanya digunakan beberapa kali sahaja. Sewaktu Ain dimasukkan ke hospital tempohari dia masih meminta telekung barunya itu. Telekung itu kini sebahagian dari diriku. Ia ku tempatkan di sudut yang istimewa agar boleh untukku melihat selalu. Walaupun kini permergian Ain telah digantikan dengan Anis, kerinduan pada anugerah sulung itu tetap terpahat di hati. Doaku setiap detik agar Ain tenang dan damai sentiasa.
cerita ini menarik dan menyentuh hati.. thumbs up :D
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hidup mesti belajar terima kenyataan....walo susah skalipon...take it easy..Biar mase yg merubah segala-galanya