BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 03, 2009
Novel : Cinta si teruna dan dara 4
Nama Pena : gadis timur

"apa mak kiah cakap?cuba ulang semula?"Tanya farisya dengan suara yang kuat.
Semua orang berdiam.mak jenab hanya mampu menangis atas perkara yang baru sahaja berlaku dalam hidup keluarganya..

"kenapa diam?amboi…tadi bukan main mengata bukan-bukan tentang akak isya!!!akak isya ada kat bilik tu!!!pagi tadi baru sahaja isya berborak dengan dia!"farisya sudah hilang pendoman diri.dia tidak boleh menerima kenyataan yang baru sahaja dihadapi olehnya.

"isya!!!isya…"
Farisya hanya mematungkan dirinya tatkala maknya cuba mengejutkannya dari tidak menerima kenyataan tentang kematian kakak kembarnya itu.

"isya!!!kau tengok kat sana!!siapa yang berbaring kaku tu???siapa???cakap dengan mak isya!!!siapa???"mak jenab terus mengheret farisya menghampiri mayat yang terbujur kaku itu.orang kampung hanya memerhati sahaja adegan anak-beranak itu.

Farisya melihat muka kakaknya yang pucat tidak berdarah tu.tidak!!!tidak!!!tu bukan akak aku..bukan!!!tapi!!!"air mata farisya menangis dengan deras..
"akak,bangunlah!!!bangun!!akak janji nak tunggu adik balik!!sob..sob…akak…jangan tinggalkan adik!!!
"dahlah isya,kakak kau dah tinggalkan kita!!sudahlah…"
"senang mak cakap??akak adalah sebahagian hidup isya..sekarang hidup isya sudah tidak ada gunanya lagi!!biar isya mati aje!!!mati!!!
"isya..mengucap nak.."balas mak jenab bersama tangisan yang tidak dapat ditahan lagi.

Tiba-tiba..
"err…mak jenab..bile kita nak kebumikan mayat?kita patut menyegerakan hal pengebumian ini,"kata tok imam.
"tak payah!!!tok iman tak lihat ke,akak isya tengah tidur tu.syhhh!!!semua orang jangan la ganggu dia.dia demam tu..sebab tu dia tidur tak bangun-bangun..syhhhh!!!"kata farisya tiba-tiba dengan ketawa yang kuat.
"semua orang balikla.buat apa menyemak je kat rumah isya nih..balik!!balik!!akak isya nak tidur tu,"ishh tak faham-faham lagi!!!buat menyemak rumah aku aje…

"pang!!!!!!!!!!!!!!"farisya terpana dengan tamparan yang kuat daripada maknya itu.
"isya…terimalah kenyataan yang kakak kau dah tiada di dunia nih!!tolonglah!!!mesti akak kamu tu bersedih melihat sikap kau macam nih!!!mak tak tahu macam mana nak menyedarkan kamu ni,isya!!!"kata mak jenab dengan perasaan pilu."err…tok iman..kita segerakan sekarang pengebumian ini.

Sepanjang proses pengebumian fasha,air mata farisya keluar tidak henti-henti.jiwanya bagai dihiris sembilu.dugaan apakah yang KAU berikan kepadaku!!!aku tak boleh menerima kenyataan atas kematian orang yang paling aku sayangi dalam hidupku!!!
Dua hari fasha meningglkan farisya.sejak dari itu..perlakuan farisya sudah jauh berubah.sikapnya lebih suka bersendiri.kadang-kadang dia bercakap seorang diri.perubahan mendadak farisya itu merisaukan hati mak jenab!!!
**********************************

Suatu petang,farisya merehatkan minda di tempat nostalgia dia dan kakaknya itu.sedang dia asyik melayan kenangan mereka bersama,.tiba-tiba dia terpandangkan seseorang yang sangat dia kenali.seseorang yang sangat penting dalam hidup kakak kembarnya itu.TAUFIK!!!hatinya tersentak apabila taufik bersama dengan seorang perempuan!!!amboi…siap bermesra lagi!!!lantas farisya bangun menghampiri jejaka itu!!!

"di mana kau???dimana kau tatkala kakak aku perlukan kau!!!haa..jawab!!!"marah farisya dengan perasaan marah yang meluap-luap..

Taufik hanya berdiam diri sahaja.dia tidak tahu macam mana hendak menjawab pertanyaan gadis itu.

"dasar lelaki setan!!!kau tahu tak kakak kembar aku,fasha…perempuan yang kau sangat cintai itu!!!farisya berhenti sejenak .."dia….dia mati dibunuh!!bukan tu aje…dia juga dirogol!!!!mana kau bila kakk aku perlukan pertolongan??fasha kata kaulah satu-satunya lelaki yang sanggup memberi perlindungan walau apa jua yang berlaku.!!!"farisya berkata-kata bersama-sama deraian air mata.dia berasa sangat sakit hati kerana kakaknya silap menyintai seorang lelaki yang tidak guna!!!
"kubur kakak aku masih merah lagi!!!dan kau pula dah jumpa pengganti kakak aku!!amboi…cepatnya!!!sepanjang dua hari ini ada kau lawat kubur kekasih kau???ada ke???

"err…relaks farisya…abang sibuk sangat.tu pasal abang..err"PANG!!!!!

"ni adalah balasan kepada lelaki yang tak guna!!!hei pompuan..kau tinggalkan jantan tak guna nih!!!nanti jantan ni akan buat perkara yang sama dengan apa yang dia buat kepada kakak aku!"kata farisya lantas meninggalkan mereka terpinga-pinga..
"kakak…kalaulah kakak masih hidup,tentu kakak dapat tahu perangai sebenar kekasih akak tu!!!

************************************

Farisya berjalan laju pulang kerumahnya.setibanya di rumah dia terus terperap di dalam biliknya yang tersimpan seribu kenangan bersama kakaknya itu..hatinya masih sakit tentang apa yang berlaku tadi.dasar jantan tak guna!!!lelaki memang setan!!!bunuh kakak aku!!!rogol!!!dan curang!!!aku benci lelaki!!!benci!!!

"sekarang..aku..farisya Abdullah akan berubah menjadi orang lain..aku bukn lagi farisya yang lemah!!!aku akan jadi farisya yang keras hati dan ANTI LELAKI!!!!lantas farisya membuang semua pakaian perempuannya dan alat soleknya!!hidupnya sekarang dipenuhi dendam yang tidak ada penyudahnya.ya…dendam terhadap kaum adam!!!kerana paras rupa…kaum hawa ditindas!!!aku mesti berubah!!!ya…mesti!!!

**************************************

Ingatan dua tahun yang lalu hilang begitu sahaja tatkala kedengaran ketukan pintu yang sangat kuat!!farisya tersentak!!!ishhh ina nih,mengejutkan aku aje!!!mujur aku tak ada lemah jantung!!!kalau tidak naya aku!!!

Lantas farisya membuka pintu itu."kau ni ina,janganlah ketuk kuat sangat!!aku ni tak pekak lagi tau!!!"kata farisya dengan suara yang seakan-akan merajuk.
Ina hanya mampu tersengih melihat omelan temannya itu."alah isya…sori..aku tak sengaja..lagipun dah lenguh tangan aku ketuk pintu nih!!tu pasal aku ketuk kuat-kuat.aku .err…kau tak apa-apa ker?"Tanya ina.

"ala,relakslah ina..aku tak ada apa-apa.pasal kat shopping kompleks tadi,kau buat bodoh aje,"farisya malas mengingatkan hal di shopping mall tadi!!!buat sakit hati aje mengingtkn mamat angkuh itu!!!
"kau nak suruh aku buat bodoh???hello kawan…satu mall tengok adegan kau dengan lelaki tadi!!!sape laki tu??? Ermmm…hensem,"
"uwekkkk!!!nak termuntah aku..ensem apa kalau perangai macam setan!!!ensem brad pitt aku lagi.kau tahu,muka macam jantan angkuh tu,berlambak kat pasar malam."kata farisya dengan bersungguh-sungguh..
"err…berlambak kew??kalau macam tu,aku nak pergi selalu la pasar malam.nak jumpa mamat ensem hehehehe,"balas ina dengan lurus bendulnya itu.

"ishh dak ni..memang lurus betul!!haa..pergilah kau pasar malam tu!!nanti kau akan jumpa dengan mamat yang takde gigi dan kepala botak!!!hahahahaaha!"lantas farisya berlari tatkala ina mengejarnya seluruh rumah.bising mengalahkan hiruk pikuk di pasar malam..pasar malam lagi!!!hehehehehe…

****************************************

Di teratak bonda…

"kurang asam punye pompuan!!!buat malu aku aje!!!aku takkan lepaskan pompuan tu!!never!!!tengok la…farisya..kau belum bertemu buku dengan ruas!!!aku akan pastikan hidup kau akn sengsara!!!"tekad adam bersama dendamnya yang semakin meluap-luap terhadap farisya.

************************************************

di pejabat..

farisya melangkah kepejabat seperti biasa.hatinya berasa riang hari ini kerana maknya dikampung akan datang melawatnya.sudah lama dia tidak berjumpa dengan maknya itu.rindu sangat-sangat!!!

"amboi cik farisya.gembira sakan nampak!!!"tanya milah tatkala melihat keceriaan terpampar di wajah putih bersih farisya itu.
"hehehehe...alah milah kita kenalah mulakan hari dengan ceria,"balas farisya dengan suara yang ceria.
"err..isya..encik adam nak jumpa isya sekarang!dia kata urgent,"kata milah lagi.

senyuman yang terukir di bibir farisya terus hilang tatkala mendengar kata-kata milah.ishhh..ape lagilah mamat ni nak dari aku!!dah kena penampar sulung aku..takkan tak serik lagi???jantan jenis apa la dia tu???menyusahkan hidup aku aje???"err..takpela..thanks milah,"kata farisya dengan suara yang malas.

"tok!!!tok!!!"ishh ni satu hal yang aku paling benci!!!bukan main kuat aku ketuk..takkan jantan tu tak dengar kot!!!geram betul!!dia ingat tangan aku ni besi kew???
"masuk!!!"fuh akhirnya...kalau tidak boleh tercabut tangan aku nih!!!

"err..encik adam mukhriz nak apa pagi-pagi buta ni?"tanya farisya dengan tidak memandang muka lelaki itu.benci melihat muka jantan tuh!!!
"kau bercakap dengan siapa?dengan dinding ker?mata asyik melihat dinding aje?kenapa?aku tak cukup hensem ke tuk kau lihat aku?"tanya adam tatkala pelik melihat perlakuan farisya itu.

"dinding lebih putih suci daripada orang tu!!uwekkkk!!!kotor!!!"balas farisya dengan muka selamba.
muka adam sudah merah menahan marah.sabar adam!!!sabar!!!kau ada keje tuk laksankan misi dendam kau tuh!!!

"errr..aku nak air kopi...kurang gula...tak nak pekat sangat,"arah adam dengan tiba-tiba.
mata farisya terbuntang luas tatkala mendengr ayat yang diluahkan oleh adam.
"what???kau ni apahal nak cari pasal dengan aku!!!ni bukan keje aku!!kau pergi mintak dengan milah!!milah kan setiusaha peribadi kau!!"farisya meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya itu.apa ingat aku orang gaji ker???

"owhh..milah bukan setiusaha aku!!sekarang kau setiausaha baru aku!!!"kata adam dengan wajah yang selamba.
mulut farisya ternganga luas.
"tutup mulut kau tu,nanti lalat masuk,"kata adam berserta ketawa yang tidak henti-henti.
lantas farisya menutup mulutnya itu.malu!!!arhhh..tak de istilah malu dalam hidup aku!!!
"no!!aku tak nak jadi your secretry!!nonsense!!!aku akan adukan hal ni kepada ayah kau!

"cik farisya abdullah..kau tak tahu ke aku bakal menerajui syarikat ni.so akulah bos!!wei cepatlah!!aku nak air kopi tu sekarang!!!apa tercengat lagi tuh?"kata adam berserta senyuman sinisnya itu.geli-hati melihat reaksi spontan gadis itu.entah kenapa dia suka melihat reaksi spontan gadis itu

farisya terus keluar tanpa mempedulikan adam yang sejak tadi asyik tersengih-sengih aje!!!

"hahahaha..this game just begin!!!jaga kau farisya!!!"adam berkata sendrian sambil ketawa dengan kuatnya.
posted by Penulisan2u @ 3:29 PTG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Bila Amar Dah Suka Dia 4
Nama Pena : zarith natasha

LAGI 20 saat pukul 9 pagi, Mercedes-Benz SLK-class R171 milik Amar dah terparking elok depan pintu pagar Tabika Seri Melati. Amar toleh kanan. "Mana dia? Takde orang pun. Sunyi je." Stereng diketuk-ketuk mengikut rentak music yang melalak kuat. Kalau tiga jam dengar sure boleh pekak. Punya la berdentum dentam suasana dalam kereta itu. Ni semua Izham punya idea. Dia cakap…


"Esok kau buat perkara yang akan menyebabkan cikgu tabika tu tak suka dengan kau." Cadang Izham ketika mereka tengah menjamu selera di Restoran Sri Bunga. Lengan kemeja diselingsing ke atas bahu. Kolar diangkat. Panasnya la hari ni.


"Uih! Taknak ar. Aku orang beriman tahu!" Sangkal Amar laju. Gigitan pada paha ayam terhenti. Muka lelaki yang bertentangan dengan dia direnung garang. Ada ke patut dia suruh aku buat perkara tak bermoral? Member apa macam ni punya gaya?


Bukk! Tak semena-mena tumbukan Naruto melekat dibahu lelaki itu. "Aku bukan suruh kau sentuh dia ke apa." Izham tayang muka bengang. Kalau dah pending tu… Haisyh!


"Oww…" Mulut Amar separuh terngaga. Paha ayam diletak kembali ke dalam pinggan. Dicapai pulak fish ball masak sup ke mulut. "Go on."


"Kau buat je la pape pun sampai dia rasa jijik dengan kau."


Uhuk! Uhuk! Tersedak sekejap. Teh O ais dihirup rakus. Amar tepuk dada tiga kali. Cuba meredakan kesedakan dia. "Jijik!?"Terbuntang dia menjengil Izham. Ada ke orang nak buat orang lain jijik dengan dia? Am ni dah buang tabiat ke apa?


Nafas dihela. Izham tepuk dahi. Adoiyai…"Actually takde la sampai jijik. Lebih kurang je. Aku tak tahu nak guna istilah apa tu sebab ar pakai istilah ‘jijik’. Kau jangan touching pulak. Sumpah aku takde niat nak cakap kau jijik." Bersungguh-sungguh Izham menutur. Karang kalau dia silap tafsir sentap la pulak.


Amar diam. Kata-kata Izham direnung-renungkan. "Hmmm…" Dia mengurut-ngurut dagu. "Aku tau!" Sengihan tersungging.


Tuk!tuk!tuk! Ketukan di cermin kereta membuatkan Amar tersedar dari lamunan. Laju dia toleh kanan. Terpegun Amar melihat seorang gadis yang bertudung litup yang dah berdiri di luar kereta. Cermin diturunkan. "Hai adik manis. May I help you?" Soalnya pada gadis ayu berbaju kurung warna violet itu.


"Assalamualaikum." Suara lembut itu menyapa. Tak reti bagi salam ke? Harap nama je umat Islam. Salam entah ke mana. Belasah je tegur orang. Ini ke cucu Haji Rahim?


Erk!? Amar gigit lidah. Awal-awal pagi nan indah ini pun aku dah dikenakan. "Waalaikumussalam."


Cuba tersenyum. Reti pun jawab salam. "Awak Amar, cucu Haji Rahim?" Mata redup Amar yang tengah menghadap muka dia dikerling tiga saat. Jangan padang lama-lama Qilah! Karang dia baca mantera yang boleh buat kau pengsan mampus. Tak pasal-pasal celik-celik je kau dah tersadai elok kat tengah-tengah hutan. Nak ke macam tu? Tanak!!!


Tersentak. Macam mana dia tau Haji Rahim B Seman tu atuk aku? Is she…???"Awak…"


"Nur Aqilah." Potong gadis itu sambil tersenyum manis. Actually senyum yang cuba sedaya upaya dimaniskan. Salah satu petua yang dilistkan oleh Lissa tengah malam semalam.


"First… smile." Pipi Aqilah ditolak dengan tangan.


"Like this?" Sungguh! Sangat lebar gadis itu tarik senyum. Dah nak sampai ke belakang telinga pun.


"Haisyh!" Laju Lissa menepuk lengan Aqilah. "Aku serius ni kau memain pulak."


"Dah tu?" Aqilah muka bosan. "Tadi kau suruh aku senyum. Aku pun buat je la."


"Memang la. Tapi jangan lah sampai nampak macam wayar normal kau tercabut. Hatoii!!!" Tiga kali dahi sendiri ditampar. Sungguh aku pening dengan this gadis. Pending tak sudah-sudah.


"Second?"


"Polite."


"Huh! Macam aku kasar sangat jek!"


"Haisyh! Aku nak ingatkan je."


"Third?"


"Jangan pandang mata dia selalu."


"Tau. Tak pasal-pasal aku kena mantera yang entah pape. Sedar-sedar je aku dah ada kat sempadan." Selamba Aqilah menutur. Tangan ligat membalas komen di facebook yang terbantang depan mata.

"Aqilah!" Tegas Lissa menyebut nama emannya it. Mata terbelalak merenung Aqilah. "Suka sangat tuduh orang macam tu. Kau belum kenal dia lagi okey. Mana tau kot-kot dia sebaik-baik orang beriman."


Mencebik tak puas hati.. "Pandai la kau menilai."


"Cuba think positive."


"Baikkkkk!" Tekan gadis itu dengan muka nak tak nak. "Lagi?"


"Kau tak nak dia amek kesempatan dekat kau kan?"


"Totally yeah."


"Kalau macam tu, apa kata kalau kau pakai…"


"Purdah?"Laju dia menyampuk. "Sangat agree!"


Erk!? Ke situ pula dia. "Tak kan lah sampai nak pakai purdah? Aku rasa no need kot. Why not kau pakai baju yang nampak sopan?"


"Gaya cakap macam aku pakai baju tak sopan je before ni. Hello! Aku bertudung okey!. Baju pun elok je tutup aurat." Protes Aqilah dengan muka tak puas hati.


"Ye ye aku tau."


"Dah tu?"


"Maksud aku…. Kau kan nak elak dari bad thing terjadi kat kau kan? So…"


"Gotcha!" Sekali lagi kata-kata Lissa dicelah lebih pantas dari kilat. Aqilah tergelak suka. Dalam kepala otak dah terlakar mind map yang tercabang beberapa steps yang bakal diguna untuk esok hari. See… Nur Aqilah sangat genius right?


"Kau ada terfikir something yang gempak ke?" Soal Lissa dengan muka betul-betul ingin tahu.


"Ada ar." Kening kiri dijungkit tinggi.


"What?"


"Luar biasa."


"Apa dia?"


"Kena bagitau kau ke?"


Mata mencerun ke muka Aqilah. "Asal? Secret sangat ke?"


"Kalau dengan kau… tidak lah secret."


Koyak sengih puas. "So?"


Telan liur tiga kali. Nafas ditarik panjang. "Sini aku story." Telinga Lissa ditarik dekat.


"Bakal isteri saya?"


"Huh!?" Perbualannya dengan Lissa semalam terbang entah ke mana. Tersentak tiga saat dengan sergahan lelaki itu. "Pardon?"


"Konon-konon la…" Amar muka bosan. Konon-konon je la kau nak jadi isteri aku.


Kepala diangguk perlahan."InsyaAllah." Kau nak ke kahwin dengan dia Qilah?


Heh! Amar kupas senyum sinis. Just wait and see. Aku akan buat sampai kau sewel. "Hahaha!" Tanpa sedar Amar ketawa kuat.


"Amar, awak okey ke?" Melihat keadaan Amar itu, Aqilah bertanya. Asal pulak dengan mamat ni? Tetiba je sewel lain macam jek? Gelak sorang-sorang pulak tu? Are you centre or not?


Ketawa mati. Amar tersentak. Kau apsal Amar? Dah gila? Tadi cakap nak sewelkan dia. Tup-tup kau yang sewelkan diri sendiri! Amar cubit paha paha kanan. Perasaan malu dah menerpa. "Okey. I’m okey. Urat ketawa bergerak. Tu sebab ar tetiba saya gelak." Lantak ar alasan munasabah ke tak. Asal aku boleh lepas sudah.


"Oow." Mulut Aqilah membentuk O. Boleh pulak macam tu?


"Shall we?"


Angguk.


First step, jangan buka pintu kereta untuk dia. Mesti dia fikir aku tak romantik. Haha. "Buka pintu sendiri eh."


Aqilah tercengang sekejap.


"Atuk saya cakap jangan bagi muka kat pompuan sangat. Nanti dia makin mengada-ngada." Amik kau! Sekali dengan nama atuk aku selit. Biar dia fikir sebenarnya atuk tak baik. Ahahaha.


Lama Aqilah merenung muka Amar. Ahah! Kau nak main ye? Fine! Let’s play together. "It’s okey. Tangan saya masih mampu bukak sendiri. Kuat lagi ni. Takde pulak patah riuk kat mana-mana jari." Ucap Aqilah lembut sambil memicit-micit tangan kanannya sebelum membuka pintu kereta. See? Lagi dahsyat penangan aku kan?


Erk!? Amar yang mendengar separuh ternganga. Asal tetiba aku rasa macam kepala dipukul dengan kayu softball? Termalu sendiri. Kan dah kena. Cepat-cepat Amar cover muka malu. Kedudukannya diperkemaskan. "Gerak sekarang?"


Pintu kereta ditutup. Tali pinggang dipasang."Ikut awak la. Awak yang drive. Bukan saya."


Erk lagi!! Toink! Toink!


***


LAGU Burn Berlin Down kuat bergema di dalam kereta. Kepala Amar bergerak-gerak mengikut rentak. Tak cukup dengan tangan badan turut dihayun ke kiri dan kanan. Habis rock la tu. Step yang ke dua… heee…


Aqilah di sebelah hanya mendiamkan diri. Hampir lima belas minit mereka berada di dalam kereta satu ayat pun belum terluah. Hanya radio yang menjadi peneman.


"I sit down and I was pretty shocked…I think I used to be here just like before. Oh my... It just so ah…!ah…!aaahh!!! You burn it down…Burn it down burn Berlin down to the ground!!! "Amar melontarkan suara yang paling kuat. Buat-buat lupa dengan kehadiran Aqilah. Dengan perasan suara merdu gila dia mengalunkan lagu itu.


Halahai! Aqilah mendengus sendiri. Telinga dah bengkak mendengar suara katak lelaki di sebelah. Asal la aku boleh tersesat keluar dengan this guy? Tangan menyeluk handbag. Earphone ditarik keluar bersama ipod. Butang play ditekan. Dengar lagu original artis seribu kali better kan?


Yess! Sorak Amar dalam hati bila melihat Aqilah sudah menyumbat earphone ke telinga. Baru kau tahu siapa aku. Haha. "Apsal awak dengar ipod? Tak suka lagu ni ke? Atuk saya cakap kalau pasang music biar sampai pecah gegendang telinga. Baru la rasa fun."


Geleng tiga kali."Saya sangat suka lagu Bittersweet ni. Tapi sorry to say…saya tak suka suara awak." Koyak senyum. "Macam suara katak demam panas jek." Sambung suara lembut itu lagi dengan ayat yang berbaur sindiran. Sedap tak ayat aku?


Erk!! Amar tayang anak tekak. Kali ni dia rasa macam kepala kena hempas dengan kapal terbang Air Asia. Lagi sekali aku kena bidas! Tahniah la.


***


STEP yang ketiga. "Tengok wayang jom?" Ajak Amar. Kini mereka dah berdiri di tengah-tengah Times Square.

\"Tengok wayang?\" Kepada ditunduk merenung baju yang tersarung di tubuh.


\"Baju kurung?\"


Angguk perlahan. \"Macam tak sesuai je tegok wayang pakai pakai baju kurung.\"


\"Alaa... Rilex ar. Apa yang nak dipelikkan? Asal tutup badan sudah.\"


Kau cakap senang ar! Amacam Aqilah? Fikir kejap. Tu la kau Qilah. Pandai sangat dapat idea ak pakai baju kurung hari. Sekarang sape yang susah? Hmmm... Otak ligat berfikir. Ah! Lantak ar. Baju kurung pun baju kurung la. "Okay." Akhirnya Aqilah memberi persetujuan. Kemudian matanya meliar ke sekeliling kedai yang berada di situ. Walaweyh! Banyaknya baju baru. Kalau lah aku datang dengan Lissa sure empat lima pasang aku sapu. Tapi… Amar yang berdiri di sebalah sambil memandang skrin telefon dikerling sekilas. Dengan this mamat terbantut keinginan aku. Urghh!!!


"Tapi dengan syarat, awak yang kena belanja."


"Huh!?" Mata melekat pada muka bersih Amar. Aku? Kena? Belanja?


Yes! Dia sentap lagi. Amar tarik sengih lebar. "Atuk saya cakap kalau keluar dengan pompuan, biar diorang yang belanja. Lelaki jangan susah-susah keluarkan duit. Nati tak pasal-pasal pompuan senang kikis." Wahhh ayat….Sure dia anggap aku ni jenis pisau cukur. Tak gentleman. Ye la. Usually, kalau someboy bawak somegirl tengok wayang boy yang support. Tapi ini lain story lorh. Nasib awak la cik Aqilah oi.


Aqilah tersenyum ceria. Nampaknya mamat ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku la. Okey… "My pleasure. Lagipun saya baru je dapat gaji. Tak salah kalau saya yang belanja. Popcorn, air, jajian semua saya support okey? Lagipun, kata orang kalau kita selalu belanja orang lain, kita akan murah rezeki. Takkan atuk awak tak pernah cakap pasal ni kot?" Katanya dengan muka ceria sebelum melangkah ke depan. Amek kau! Nak sangat kan?


Terpempan! Tergamam! Tersentak! Geraham paling hujung kelihatan.Aqilah yang berada empat meter di depan dipandang tanpa berkelip. Serius tak tipu! Rasa macam kontena 1000 tan dah langgar badan aku!


***


"LAWAN balik Bamblebee! Bunuh terus robot tu!" Jerit Amar di dalam cinema. Punya la excited tengok movie Transfomers. Tanpa sedar dia dah u-turn ke zaman kanak-kanak riang.


Para penonton yang lain jugak turut terjerit melihat scene robot-robot berlawan antara satu sama lain. Memang gempak habis la panggung. Amar bawa mata ke kiri bila terasa sunyi tetiba. "Lorh…" Aqilah dah dibuai mimpi. Kotak popcorn didalam genggaman gadis itu dicapai perlahan. "Tengah tengok movie gempak macam ni pun boleh tidur?" Amar tergeleng-geleng.


"Mmm…" Aqilah mengeliat kecil. Muka dikalih ke arah Amar. Mata masih terpejam rapat. Tangan diletak ke pipi. Sesekali bibir itu mengupas senyum. Entah apa yang dimimpikan gadis itu.


Melihat seraut wajah yang tenang itu, membuatkan Amar terkedu. Aksi lawan Bamblebee di depan terus diabaikan. Cinema kat sebelah ni lagi menarik hatinya. Mata tepat merenung seraut wajah tenang itu. Bulu mata panjang. Lentik pulak tu. Kening terbentuk elok. Semulajadi tu. Pipi dia nampak gebu. Hidung agak mancung. Macam hidung Rita Rudaini. Bibir… comel je. Manade pakai lipstik terang-terang. Lip ice je ni. Ini la yang dipanggil natural beauty. Amar kupas senyum. Damai rasa bila wajah itu menjadi santapan mata.


"Arrghh!!" Jeritan yang bergema di pawagam itu membuatkan Amar tersentak. Bagai tersedar dari mimpi ngeri je gaya dia.


"Astaghfirullahalazim…" Serunya agak kuat. Pipi sendiri ditampar kuat. "Atuk tak pernah ajar kau tengok pompuan sampai macam ni Amar! Berdosa!" Marahnya pada diri sendiri. Cepat-cepat dia menoleh kembali menonton skrin di depan. Dup!Dup!Dup! Dahi amar berkerut bila terasa rate jantungnya dah semakin kuat. Dada disentuh. Apsal jantung aku berdegup semacam je ni? Jangan-jangan… No way! Gila kau Amar! Baru first time jumpa takkan hati dah kecoh kot??? So ridiculous! Kepala digeleng laju. "Fokus transfomers Amar… Fokus!"


***


HABIS je movie ditayangkan semua orang berpusu-pusu keluar dari cinema. Hanya Amar dan Aqilah yang masih berada ditempat mereka. Gadis itu masih lagi dibuai mimpi.


"Aqilah…" Lembut suara Amar cuba mengejutkan gadis itu.


Senyap.


"Aqilah!" Agak kuat. Sabar je la aku dengan this girl.


Langsung tak bergerak.


"Aqilah!!" Double kuat dari tadi. One confession. This girl sangat susah nak bangun tidur. Entah apa yang dia mimpi pun aku tak tau. Lena benar dia tidur.


Masih terkaku.


Amar tarik nafas. Okey Amar. "Aqilah!!!" Satu panggung bergema dengan jeritannya itu.


"Alamak! Terlepas solat Subuh!" Terkocoh-kocoh Aqilah berdiri bila jeritan Amar mencucuk gegendang telinganya.


"Huh?" Solat Subuh? Amar buat muka pelik. "Cik Nur Aqilah…awak sekarang bukan dekat rumah tapi kat dalam panggung. And one more thing waktu Zohor dah masuk satu jam yang lalu. Subuh apanya ni?" Muka kalut Aqilah dipandang. Ikutkan hati nak je dia gelak dengan telatah gadis itu, namun perasaan itu dikawal ketat. Takut gadis itu termalu sendiri.


Aqilah menggosok-gosok matanya. "Sorry. Saya mamai." Aqilah weyh!!! Kau buat apa ni? Boleh pulak termelatah depan dia? Paling tak boleh blah, kau tidur dalam panggung? Sebelah mamat yang kau still ragu pasal dia punya sikap pulak tu. Hailah…


"Agaknya la kot."


"Aik?" Dahi berkerut seribu. "Asal panggung dah gelap. Mata perginya Bamblebee?" Gadis itu pamer muka hairan. Mata dihala pada skrin cinema.


"Bamblebee dah balik rumah dah." Usik Amar. Senyuman nipis dilempar pada gadis itu.


"Huh?" Aqilah masih tak faham.


"Movie dah habis lorh."


"Yeke? Saya tertidur eh tadi?"


Boleh pulak tanya? "Takla. Awak pejam mata je."


Aqilah tersenyum. Kelat. Perli aku la tu."Keluar jom?"


Amar angguk tanda ‘okey’. "Makan?"


"Hmm."


***


STEP yang keempat. Tangan kiri digerak-gerak sebelum menggaul nasi bersama kuah kari. Selepas dua kali digaul nasi disuap ke dalam mulut tanpa ragu-ragu.


"Amar, nak tanya sikit." Suapan mee goreng terhenti. Mata Aqilah tepat merenung tangan kiri Amar yang dah tersalut dengan nasi. Yeakss!!!


"Tanya la." Nasi disuap ke mulut dengan rakus. Aku rasa aku dapat agak apa yang dia akan tanya.


"Kenapa awak makan dengan tangan kiri?"


See? Kan dah cakap. Sengihan dikoyak."Atuk yang ajar." Ampun atuk! "Atuk cakap kalau makan dengan tangan kiri lagi sedap."


Erk!? "Tapi tangan tu kan digunakan untuk cuci…" Ayat Aqilah tergantung. Tak terluah. Hope dia faham sendiri la. Nak cakap terus macam tak sesuai la pulak.


"Cuci najis?" Lancar bibir itu bersuara.


Gadis itu tercengang lima saat. Blushing sekejap. Selamba badaknya tis mamat. Cakap main lepas jek. Aku punya la habis berlapis tadi. Sedap je dia tembak keluar. Perlahan-lahan dia mengangguk.


"Tu sebab la sedap." Jari yang bersalut nasi dijilat satu persatu. Actualy aku sendiri dah rasa nak muntah bila makan dengan tangan kiri. Serius! Tak pernah aku buat macam ni before. Amar…Amar…


"Setiap manusia ada keburukan dan kekurangan masing-masing. Takde siapa pun yang sempurna dalam dunia ni. Maybe ini kekurangan awak. Saya tak boleh nak cakap apa. Saya respect cara awak" Lembut Aqilah bersuara sambil melemparkan senyuman pada Amar yang dah tergemam memandangnya.


MasyaAllah! Dia ni makhluk jenis apa ye? Pari-pari? Bidadari? Time ni Amar terasa macam kena gilis dengan mesin padi beratus kali.


***


"AWAK nak solat?" Soal Amar bila mereka dah berada di simpang masjid.


"A’ah."


Signal kiri diberi. Amar membelok masuk ke perkarangan masjid. "Pergi la solat. Saya tunggu kat dalam kereta." Kata Amar sebaik saja kereta berhenti di kawasan parking yang tersedia.


"Awak taknak solat?" Tanya Aqilah bila dilihatnya Amar bersandar tenang di kerusi. Gaya macam nak tidur pun ada.


Geleng. "Tak. Saya jarang solat. Kadang-kadang je." Kadang-kadang? Heh! Sejak umur aku 12 tahun tak pernah tinggal solat dengan sengaja lagi tau! Solat sunat pun aku buat. Memang sengaja tempah maut dengan Haji Rahim la kalau aku tinggal solat. Lagipun solat kan tiang agama. Wajib! Saja je ja nak drop diri depan si Aqilah ni. Biar dia tutup terus pintu hati untuk terima aku as her husband.


Muka Aqilah nampak terkejut. Mata terbuntang luas. Mulut berbentuk O. Jarang solat? Kadang-kadang?


Yess! Nampaknya kali ni idea aku bakal berjaya. Confirm dia reject aku. Hahaha! "Atuk saya cakap…"Amar yang bagai tersentak dari mimpi ngeri itu menekup mulut. Amar! Jangan main-main pasal agama! Berdosa besar!


"Atuk awak cakap apa?" Aqilah mencelah.


Laju Amar menggeleng. "Tak. Kali ni atuk saya tak cakap pape."


Gadis itu terdiam tiga saat. "Jom kita solat?"


"Takpe la. Awak je la yang pergi solat. Saya nak rest kejap." Iye ke tak nak solat Amar? Heh! Karang dia langkah je masuk pintu belankang masjid, aku terus pecut masuk pintu depan. Bagus tak idea aku?


"Kejap je. Tak lama pun solat. Zohor empat rakaat je." Aqilah masih cuba memujuk. Ya Allah, kau lembutkan lah hati this guy.


"Awak je la yang pergi. It’s okey. Dosa saya tanggung sendiri kan? Lagipun kalau mati nanti kubur masing-masing."


Astaghfirullahalazim. Islam apa macam ni punya gaya? Memang la kubur masing-masing. Tapi kalau kubur kau sebelah kubur aku nanti tak ke sakit telinga aku dok dengar kau menjerit kena seksa? Haisyh! "Okey." Suara Aqilah lemah kedengaran. Handbag digalas ke bahu.


"Aqilah." Panggil Amar bila Aqilah ingin melangkah keluar.


Gadis itu menoleh.


"Dengan semua perangai buruk saya, mesti awak taknak kahwin dengan saya kan?"


Aqilah tak terus menjawab. Hanya senyuman yang dilemparkan.


"Ye kan?" Amar tak puas hati selagi jawapan kepada soalannya tidak dijawab.


Diam tiga saat. Senyuman masih tersungging. Nafas ditarik lembut. "Andai kata saya ditakdirkan menjadi isteri awak suatu hari nanti, InsyaAllah saya akan didik awak ke jalan yang benar setakat yang saya mampu." Habis je ayat, Aqilah terus melangkah keluar dari kereta meninggalkan Amar yang dah terkebil-kebil.


Amar melepas nafas berat. "Kali ni kau rasa macam kena hempas dengan apa pulak Amar?" Soalnya sendiri. "Aku rasa macam kena lontar jauh dari bumi." Sendiri soal sendiri jawab.


***


"TERIMA kasih untuk hari ni." Ucap Aqilah yang dah berdiri di sebelah pintu kereta Amar. Kepala ditunduk sedikit memandang Amar di dalam perut kereta.


"Sama-sama. Terima kasih juga sebab belanja saya tengok wayang." Amar senyum. Tangan ditongkat pada cermin kereta yang separuh terbuka.


"Lagi sekali terima kasih sebab belanja saya makan."


"Tarak hal la."


"Tapi saya hairan la."Kening Aqilah bertaut.


"Hairan apa?"


"Awak cakap… atuk awak cakap kalau keluar dengan pompuan biar kitorang yang belanja. Tapi makan tadi kenapa awak yang bayar?"


Erk!? Terkedu sekejap. "Err… aaa…"


"Sebab atuk awak tak sempat cakap pape tips eh untuk guna pakai bila keluar makan dengan pompuan?" Lembut suara itu namun pedas dipendengaran Amar.


Gullp!Gigit lidah. Bertubi-tubi aku terkena hari ni. Amar hanya mampu tersengih.


"Saya masuk dulu. Assalamualaikum." Aqilah menyungging senyum.


Amar terkelu. Terpana melihat senyuman indah di wajah bersih itu.


"Atuk awak tak cakap ke kalau tak jawab salam orang yang ikhlas kasi salam…berdosa."


Sumpah tak tipu. Kali ni aku dah rasa macam nak rebah! "Waalaikumussalam."

**********************************
posted by Penulisan2u @ 3:19 PTG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Mirror 4
Nama Pena : Hasrudi Jawawi

Penulis telah menulis sebuah novel di pasaran bertajuk Tangisan Berdarah keluaran Buku prima

Bab 4
SATU sekolah heboh fasal Salina ditimpa kemalangan teruk malam tadi. Akibat kecederaan teruk di mukanya dia terpaksa dimasukkan ke wad ICU dan masih tidak sedarkan diri. Kecederaan di mukanya dikhabarkan serius akibat terheret di permukaan jalan. Walau bagaimanapun, Andy sebagai pembonceng motosikal tidak mengalami kecederaan yang serius. Sekadar cedera ringan sahaja.

Dewi masih terkejut dengan perkhabaran yang didengari dari rakan sekelasnya pagi tadi. Pelbagai cerita mengenai kemalangan yang menimpa Salina malam tadi terus di perbahaskan. Ada khabar yang mengatakan ianya balasan akibat Salina sering membuli pelajar junior. Ada yang kata balasan sebab buat maksiat dengan Andy dan macam-macam lagi spikulasi andaian yang bukan-bukan.

Wajah Dewi pucat. Dia tidak menyangka, apa yang dia katakan pada Siti dan Sem semalam di perpustakaan seolah benar-benar terjadi. Dia kegelisahan. Tidak tahu bagaimana ingin mengambarkan perasaannya ketika ini. Tidak semena-mena dia berasa bersalah pula pada Salina.

"Nyeh, kau dengar tak berita tergempar tu?" Tiba-tiba Sem menyapa. Bertanyakan fasal perkhabaran tentang kemalangan yang menimpa Salina yang baru sahaja sampaike telinganya.

Dewi terkejut. Wajahnya pucat.

"Kau kenapa Dewi? Pucat semacam je?" Tanya Sem hairan melihatkan keadaan kawannya itu. Berita yang baru dia dengar mengenai Salina betul-betul mengejutkan perasaannya.

Siti yang duduk di sebelah Dewi menoleh ke arah Dewi. Bimbang melihat wajah Dewi pucat lesi tidak semena-mena.

"Aku… aku tak ada apa-apa. Aku okey." Jawab Dewi tersekat-sekat.

"Tak sangkakan. Apa yang kau cakapkan semalam seolah jadi kenyataan." Jelas Sem sambil tersenyum melirik pada Siti.

"Ha’ah Dewi. Semalam kau kata kau rasa macam nak je heret muka dia kat tar jalan kan? Malam tadi jugak Tuhan bayar cash pada dia atas kejahatan si Salina tu membuli kau semalam. Tak payah tunggu akhirat dah. Dekat dunia dah dapat balasan dulu." Jelas Siti beria. Benci benar perasaannya pada Salina ketika ini.

Dewi tidak menjawab apa-apa. Mukanya masih pucat. Perasaannya masih keawang-awangan. Berita yang dia dengar mengenai kemalangan yang menimpa Salina tadi masih terngiang-ngiang di ruang mindanya.

"Kau ni kenapa Dewi. Gelisah semacam je?’ Tanya Sem risau selepas melihat Dewi sedari tadi kegelisahan.

Dewi tidak menjawab. Dia terus berlari menuju ke tandas. Sem dan Siti terpinga-pinga melihat keadaan kawan baik mereka itu. Sedari tadi kelihatan gelisah dan wajahnya pula kelihatan pucat lesi.

Di dalam tandas, Dewi terus menatap wajahnya di cermin. Apa yang menimpa Salina seolah dia kesali. Kesal kerana melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya semalam mengenai Salina.

"Kenapa ni Dewi." Tanya Siti yang tiba-tiba muncul.

Dewi terus memeluk kawan baiknya itu. Dia menyesal kerana melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya semalam pada Salina. Dia rasa betul-betul bersalah pada Salina ketika ini.

"Menyesal aku kata yang bukan-bukan fasal Salina semalam. Hari ni, apa yang aku katakan semalam seolah berlaku betul-betul pada dia." Luah Dewi sedih dan mula menangis.

"Jangan mengarutlah Dewi, apa yang terjadi ni secara kebetulan je." Pujuk Siti sambil mengusap perlahan belakang Dewi.

Dewi diam. Memikirkan kembali kata-kata kawan baiknya itu. Mungkin apa yang berlaku pada Salina adalah secara kebetul sahaja. Dan bukan fasal kata-katanya pada Salina semalam menjadi kenyataan. Dia cuba mengabaikan perasaannya itu.

***********

ANDY dan Helmi duduk melepak di koridor kelas mereka sambil berborak kosong. Kelasnya betul-betul berhadapan dengan tandas pelajar perempuan. Memang sudah menjadi kebiasaannya, mereka berdua akan melepak di koridor tingkat dua bangunan ‘blok B’ itu sementara menunggu cikgu yang mengajar subjek seterusnya masuk.

"Macam mana dengan keadaan Salina?" Tanya Helmi.

Andy tidak terus menjawab. Dia yang hanya mengalami cedera ringan di dahinya, hanya mengeluh halus. Dia tidak tahu bagaimana ingin mengambarkan perasaannya ketika ini. Apa yang dilihatnya malam tadi sangat aneh. Termasuk Helmi, sudah hampir 30 orang menanyakan soalan yang sama pagi tadi.

"Ntahlah, lepas aku call ambulan malam tadi, aku tak jenguk pun lagi dia di hospital. Sempat jugaklah aku tengok muka dia di tempat kejadian malam tadi. Berlumur darah. Sampai aku tak nampak wajah dia yang sebenar." Jawab Andy dengar tidak dengar. Bila teringat kembali peristiwa malam tadi, tiba-tiba hatinya dan nalurinya seolah di cengkam ketakutan dan seram.

"Macam manalah kau boleh excident? Kau kan ‘pria terhebat’ dalam sukan dan menunggang motosikal kan? Macam mana mat rempit macam kau ni boleh jatuh motor ek?" Tanya Helmi musykil bertujuan mengusik kawannya itu sambil meletakkan tangannya di bahu Andy.

Andy menepis tangan Helmi. Tidak selesa bila Helmi meletakkan tangannya di bahunya. Dia sendiri sangsi untuk menceritakan hal yang sebenarnya dan apa yang telah dia alami malam tadi. Takut ceritannya bakalan tidak dipercayai oleh Helmi. Takut dia di gelakkan oleh Helmi. Hatinya rungsing bukan kepalang. Tidak tahu pada siapa harus dia ceritakan apa yang telah dialaminya malam tadi.

"Aku cuba mengelak sesuatu." Jawab Andy acuh tidak acuh. Dia mengharap agar Helmi tidak menanyakan soalan selanjutnya mengenai kemalangan itu.

Helmi berkerut dahi. Pelik dengan jawapan Andy tadi. Dia merenung wajah Andy dalam-dalam. Cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Andy melalui raut wajahnya.

"Mengelak sesuatu? Apa yang kau cuba elak?" Terluah juga apa yang terbuku di hati Helmi ketika ini.

Andy mengeluh halus. Dia sudah mengagak, Helmi pasti akan menanyakan soalan seterusnya. Dia bingung. Tidak tahu apa yang perlu dia jawab untuk pertanyaan Helmi itu. Takut dirinya digelar tidak betul. Terpangaruh dengan filem seram. Ya, Andy memang peminat filem seram. Tapi, dia tidak menyangka kejadian ini menimpa dirinya. Ini kali pertama dia mengalami situasi sebegini.

"Bendalah." Andy cuba berdalih. Tidak mahu menjawab soalan Helmi tadi secara terperinci.

"Aku tahulah. Benda apa? Pokok ke… lembu ke… anjing hutan ke…hantu ke?" Seleroh Helmi yang masih tidak puas hati dengan jawapan Andy tadi.

Andy kegelisahan. Tiba-tiba badannya dirasakan panas. Peluh jantan mula berketul halus di dahinya. Kejadian malam tadi benar-benar menyeramkan dan menakutkannya. Sebelum ini dia sendiri mengaku tidak percaya pada hantu. Namun, selepas kejadian malam tadi, tiba-tiba persepsinya berubah. Dia terkejut bila Helmi menyebut perkataan ‘hantu’.

"Entahlah, aku tak nampak benda apa malam tadi. Yang akau tahu aku mengelak orang yang tengah berdiri kat tengah jalan." Jawab Andy jujur dalam cemas. Dia juga risau jika Helmi mentertawakannya.

Helmi kehairanan. Cepat dia menangkap pandangan ke arah wajah Andy yang kelihatan serba salah dan serba tidak kena itu. Jawapan Andy tadi mencurigakan.

"Berdiri kat tengah jalan? Malam-malam buta? Kau pasti ke itu orang?" Tanya Helmi hairan.

"Yelah, aku nampak benda tu orang. Seorang perempuan." Jawab Andy yakin bila melihat Helmi seolah boleh menerima ceritanya.

"Cantik tak?" Tanya Helmi serius.

Andy menjeling Helmi sinis. Benci benar dia melihat muka Helmi ketika ini. Ikutkan hati, ingin sahaja dilayangkan sebuku penumbuk di muka Helmi. Dia tahu, Helmi tidak mempercayai ceritanya dan akan mentertawakannya sebentar lagi.

"Dahlah! Malas aku nak cakap dengan kau." Bentak Andy bengang lalu melangkah masuk ke dalam kelas. Bengang betul dia dengan Helmi ketika ini kerana cuba memperlekehkan ceritanya. Dia menoleh ke arah Helmi sekilas. Terkekek-kekek kawannya itu mentertawakannya.

*********************

PELAJAR 3 Mutiara berpusu-pusu melangkah keluar dari kelas. Loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan untuk hari ini baru sahaja berbunyi seminit yang lalu. Siti yang berada di sebelah Dewi masih menyusun buku-bukunya ke dalam beg dengan lambat-lambat.

Dewi pula seolah tiada semangat untuk pulang ke rumah. Dia masih di dalam perasaan serba salah atas apa yang menimpa Salina malam tadi. Tiba-tiba telefon bimbit Dewi bergetar. Lama juga telefon bimbitnya bergetar, barulah Dewi perasan. Dilihat pada skrin telefon bimbitnya. Nombor telefom pemandunya tertera di skrin. Lekas dia menekan butang ‘accept’.

"Assalamualikum." Dewi memulakan bicara.

"Cik Dewi ke?"

"Ha’ah"
"Pak Mat nak minta maaf sebab, mungkin Pak Mat datang jemput Cik Dewi lambat sikit. Kereta ada masalah.
Pak Mat di bengkel ni." Pohon Pak Mat sayup-sayup sahaja suaranya dari sebelah sana.

"Oh ye ke Pak Mat. Kalau macam tu tak apalah Pak Mat. Dewi boleh balik naik teksi je." Jelas Dewi yang malas untuk menunggu. Baginya, penantian itu satu penyiksaan.

"Tak apa ke?"

"Tak apa."

"Maaf sekali lagi ya Cik Dewi."

Panggilan ditamatkan. Dewi mengeluh. Hari ini dia terpaksa balik ke banglo dengan menaiki teksi. Pak Mat, pemandunya tidak dapat menjemputnya dari sekolah hari ini, kerana kereta ibunya mengalami kerosakkan.

"Kenapa Dewi, macam bosan je muka kau?" Tanya Siti sambil menyandang bag di bahunya.

"Pak Mat, tak dapat jemput aku." Jawab Dewi hampa.

"Dah tu, kau balik macam mana?"

"Naik teksi kot." Dewi tidak yakin dengan jawapannya. Dia memang tidak tahu, di mana dia boleh mendapatkan teksi di kawasan ini. Semenjak dia berpindah ke sekolah barunya ini yang terletak di sebuah pekan, jarang dia melihat teksi lalu lalang di kawan pekan kecil ini.

"Naik teksi? Berjamlah kau menunggu kat bus stop nanti." Jelas Siti sambil tergelak kecil.

"Kenapa?"

"Kat pekan ni jarang ada teksi. Kalau ada pun kadang-kadang. Itu pun tengok nasiblah." Jawab Siti yakin.

"Dah tu, ada bas ke, nak ke rumah aku tu?" Dewi mula risau. Jika tiada bas, terpaksalah dia menunggu kereta siap dibaiki lalu menyuruh Pak Mat datang menjemputnya. Dia sendiri tidak tahu, bila kereta itu boleh siap dibaiki.

"Bas banyaklah. Tapi kalau bas untuk ke rumah kau tak adalah. Bas cuma hantar sampai depan kampung je. Lepas tu kau kenalah menapak sendiri masuk ke rumah kau tu." Jawab Siti panjang lebar.

Dewi mengeluh. Malang sungguh nasibnya hari ini. Selain terpaksa menunggu kereta siap dibaiki, cara lain yang dia ada adalah dengan menunggu teksi yang menurut Siti jarang-jarang ada tu. Bosannya!

"Macam mana ek?" Dewi kebuntuan.

"Kau tunggu je teksi kat bus stop depan sekolah tu. Manalah tahu rezeki kau hari ini. Ada teksi lalu kat situ." Jelas Siti sambil menghalakan mukanya ke arah depan sekolah. Sengaja ingin membuat hati Dewi tenang.

"Kau balik naik apa Siti?" Giliran Dewi pula bertanya.

"Naik bas."

"Kita tunggu di bus stop sama-sama ek Siti?" Pinta Dewi. Siti Bersetuju. Tetapi dia hanya boleh menemankan Dewi selagi bas yang ingin dia naiki belum tiba. Selepas itu, dia terpaksa meninggalkan Dewi.

Keadaan perhentian bas agak sesak dengan pelajar-prlajar yang masih menunggu bas. Dewi dan Siti mengeluh lalu berdiri di belakang palang yang ada di perhentian bas itu. Mata masing-masing tertumpu pada jalan dari arah bandar. Keadaan jalan di hadapan mereka ketika ini agak sesak. Maklumlah waktu pulang dari sekolah. Banyak kenderaan ibu bapa pelajar yang turut memakir di tepi jalan kawasan itu untuk menjemput anak masing-masing.

Dari jauh sudah kelihatan bayang bas yang di tunggu-tunggu oleh Siti dan pelajar-pelajar lain yang ada di situ. Ada beberapa orang pelajar sudah mula berdiri dan bersiap-siap untuk menaiki bas tersebut.

"Oklah Dewi. Bas aku dah sampailah. Aku balik dulu ek?" Pinta Siti lalu bersalaman dengan Dewi dan pipi bertemu pipi.

"Ala… nampaknya tinggal aku sorang jelah ek?" Rungut Dewi.

"Tak apa. Aku doakan kau cepat dapat teksi ek?

"Thanks."

"Jaga diri tau? Kalau ada orang yang kau tak kenal kacau kau, kau call polis tau?" Pesan Siti risau untuk meninggalkan kawan baiknya itu sendirian di situ. "Jangan telefon bomba pulak." Sempat lagi Siti mengusik lalu melangkah naik ke atas bas. Selepas melambai pada Dewi, bas pun berlalu meninggalkan Dewi sendirian di perhentian bas itu.

Dewi melangkah untuk duduk pada palang besi yang dijadikan sebagai tempat duduk di perhentian bas itu. Dia mengeluh halus. Matanya sekejap-sekejap akan menangkap pandangan ke arah jalan. Menanti teksi untuk melalui jalan itu. Dia terus sabar menanti.

Dari jauh Dewi terlihat sekumpulan pelajar lelaki sedang menunggang motorsikal masing-masing. Dia cuba membuat tidak tahu. Bila sekumpulan pelajar itu melintasi perhentian bas itu, salah seorang dari mereka terpandang kewujudan Dewi di situ. Dalam beberapa saat kemudian, kumpulan pelajar lelaki yang menaiki motorsikal itu, membuat pusingan ‘U’ suka-suka mereka sahaja. Mujurlah kederaan yang melalui jalan itu ketika ini tidak banyak. Jika tidak, mesti akan berlaku kemalangan yang tidak dijangka.

"Hai cik adik, sorang je ke?" Tergur salah seorang dari mereka selepas memberhentikan motorsikal kapcainya di hadapan Dewi.

Dewi buat-buat tidak tahu. Malas benar dia ingin melayan mat-mat rempit yang sekolah belum habis ini. Kerek gila. SPM pun belum lepas, ada hati nak mengurat anak dara orang. Misai belum tubuh lagi, sudah pandai nak mengatal.

"Amboi, sombongnya cik adik ni." Budak lelaki tadi terus mengusik.

Dewi masih buat-buat tidak nampak kewujudan empat budak lelaki bermotorsikal yang sedang cuba menjual minyak di hadapannya. Benci benar perasaan Dewi ketika ini. Ikutkan hati ingin sahaja dia menapak jalan kaki ke rumah.

Budak lelaki tadi turun dari motorsikal. Dewi mulai cemas. Takut budak lelaki tadi buat perkara yang bukan-bukan padanya. Budak lelaki itu duduk di sebelah Dewi. Dewi mengesotkan punggungnya jauh dari budak lelaki itu. Jelingan sinis menerkam pandangan budak lelaki itu.

"Hai, saya Aliff. Nama awak siapa?" Budak lelaki itu memperkenalkan dirinya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Dewi hanya berdegus halus dan menjeling benci pada Aliff. Kalau dia punya kuasa sakti seperti Cat Women, sudah pasti dia akan mencakar-cakar wajah budak lelaki yang berlagak poyo ala jantan termacho itu.

"Amboi sombongnya." Galak Aliff mengusik sambil menyuit-nyuit bahu Dewi. Kawan-kawannya yang lain hanya tersengih di atas motorsikal.

Dewi dapat mengagak, pasti Aliff ini ketua mereka, sebab itu yang lain tidak berani mengacau sama.

"Hish, apa ni?" Tepis Dewi kuat pada tangan Aliff.

Seraya Aliff berdekah. Aliff terus mengusik dan mempertawakan Dewi di situ. Semakin Dewi melawan, samakin galak Aliff dan kawan-kawannya mengusik Dewi. Ikutkan hati Dewi, ingin sahaja dia humban setiap sorang ke dalam tasik. Biar lemas terus!

"Woi!" Aliff dan rakannya terhenti dari terus mengusik Dewi. Masing-masing tertumpu pada suara itu.

"Korang ni budak tingkatan berapa ek?" Tanya suara tadi.

Aliff dan rakan-rakanya tiba-tiba cemas. Nampak sangat pada wajah masing-masing tengah kecut perut bila berhadapan dengan tuan punya suara tadi.

"Baik korang berambus. Kau orang budak form two kan? Baru form two dah nak tunjuk samseng ek?" Tegking suara itu lagi.

Kelam kambut Aliff dan kawan-kawannya medapatkan motorsikal masing-masing. Bila tuan punya suara tadi melangkah menghampiri mereka, lekas-lekas mereka memecut motorsikal masing-masing dengan lajunya, macam lipas kudung.

"Awak tak apa-apa?" Tanya tuan punya suara tadi.

Dewi hanya tersenyum sambil membetul-betulkan bajunya yang ditarik-tarik oleh Aliff dan kawan-kawannya tadi.

"Tak ada apa-apa. Thanks sebab halau budak poyo tu." Ucap Dewi tersipu-sipu.

"Andy." Tuan punya suara tadi memperkenalkan diri. "Dewi kan?" Andy sekadar mengagak, pada hakikatnya dia memang sudah tahu nama Dewi sebelum ini.

"Mana tahu nama saya?" Tanya Dewi hairan sambil menyambut salaman Andy.

Andy hanya tersenyum. "Nak ke mana ni?"

"Nak balik."

"Rumah kat mana?"

"Banglo yang kat tepi bukit tu." Jawab Dewi Sambil mengarah telunjukkanya ke arah bukit yang agak jauh di hadapannya.

"Mehlah saya hantar awak dengan motor saya." Pelawa Andy.

Dewi gagau.

"Meh le, saya bukan budakjahat." Paksa Andy mengarah Dewi untuk ke kawasan di mana dia meletakkan motorsikalnya.

Dewi serba salah.


Bersambung....
posted by Penulisan2u @ 3:14 PTG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Pada Cintanya 4
Nama Pena : Ezyan Hazwani

"Akak..macam mana ni kak?..Tadi Diah dapat tau yang tempat tu da macam dah nak di beli orang je..Akak kan tahu yang tempat tu milik kita..Takkan nak biarkan je kak… Dulu mak dengan ayah pemiliknya takkan nak biar jatuh ke tanggan orang lain kak?"soal Diah bertubi-tubi..

"Biarlah Diah mak tak fikirkan dah semua tu..Biarlah tempat tu jadi milik orang..Diah cari je tempat lain..Kan banyak kat Malaysia ni.."Ujar Hajah Fatimah..

"Mak..Tempat tu mak jual sebab nak besarkan kami..Sampai berjaya macam ni..Takkan itu pun kami tak boleh nak selamatkan..Tempat tu antara tempat berharga bagi Diah..Restoren yang mak bukak dulu terkenal sebab air tangan mak yang sedap tau..Sekarang semua tu Diah dapat dari mak..Diah cuma nak sambung kerjaya keturunan kita dari dulu-dulu…Takkan mak tak nak?.."luah Diah yang kesal akan kata-kata ibunya..Baginya pengorbanan yang diberi tak terhingga..Begitu juga sebaliknya yang terusik di hati Alyaa..Kedua orang tuanya meski pun bukan ibu bapa kandung sebenar telah berkorban lebih untuk mereka adik beradik..Dengan duit jualan tempat itu Alyaa dapat menyambung pelajaran ke Universiti..

"Betul tu mak..Leya akan dapatkan tempat tu inyaallah…mak restuilah Leya…"sayu kedengaaran ayat yang di berikan Alyaa..satu kucupan kasih dari ibunya daan pelukan sayang dari Diah adiknya..

"Mungkin inilah keputusan yang harus aku buat..hmm agak-agaknya tawaran Encik Aidil tu masih kosong ke?"soal Alyaa berteka-teki dalam hati..Alyaa berharap semoga Allah mengabulkan doa dalam solat isthikarah yang dibuat selepas permintaan yang dibuat Encik Aidil mengusarkan hatinya..


"Mer..Dah nak dekat seminggu ni..Takda pun call aku?…"Luah Aidil..

"Mana lah aku tahu..Aku bukan serumah dengan dia..Kau tu tak telefon dia? Sms ke?"Tanya Ammer kembali…

"Karang aku call kang dia kata aku memaksa pulak.."jawab Aidil kembali..

"Tahu pun..Kau ni kok ye pon sabar la dulu.. ok.."ujar Ammer..Pintu pejabat bilik Aidil dibuka..

"Hai abang Aidil.Hello abang Ammer...Jom temankan Sarah jenjalan?..Dah lama Abang tak teman Sarah?..Abang tak sayang Sarah ek?..suara manja milik Sarah Nadera itu merimaskan Aidil…
Aidil dengan nada keras berkata..


"Kau tak pandai ketuk pintu ke?Nak aku ajarkan..?Aku tengah sibuk lah Sarah..Tak nampak ker?"jelingan diberikan pada Ammer yang dari tadi tersenyum geli hati melihat situasi mereka..

"Ala abang please…"baru saja Sarah ingin memujuk panggilan dari interkom berbunyi..

"Tengku ada panggilan dari Cik Alyaa.."Siti bersuara..

"Cik Alyaa serius?Siti sambungkan segera.."begitu teruja Aidil..Dari muka masam mencuka kini ceria lain dari biasa..Sarah yang sedang tadi memasang telinga tertanya-tanya siapa Alya yang dimaksudkan..

"Ok..Ok..Saya pergi sekarang.."ujar Aidil menjawab panggilan dari Alyaa..

"Yes Mer dia kata nak bincang..Kau doa-doakan aku..Aku pergi dulu…"Aidil begitu excited sehingga tidak lansung memperdulikan Sarah yang dari tadi kebinggugan…

"Aku doakan kau Berjaya beb..Pergilah karang terlepas.."kata-kata disambut dengan hamburan tawa..

"Abang nak keluarkan?..Sarah nak ikut.."renget Sarah sambil menarik tangan Aidil..

"Sorry Sarah..Aku Ada something yang lebih penting nak dibuat..Got to go.."ucap Aidil selamber sambil menarik tangannya..Aidil mengerling jam ditangan..

"Lambatnya lif ni.."tat kala lif dibuka Aidil berlari menuju ke keretanya..Tak sabar ingin meyelesaikan masalah yang hamper tamat tempoh ini..

"Abang Ammer siapa Alya?"Tanya Sarah ingin mengorek rahsia..

"Aidil future wife..Sarah why don’t you pergi tukar baju..Dah macam baju anak sedara I yang 5 tahun je..you pinjam ke?"perli Ammer selamber sambil berlalu..Malas melayan Si Sarah yang mengedik itu..

"Hey sekurang-kurangnya baju I mahal tau.."marah Sarah di perli begitu..

"Mana dia ni?..Lambat pula..Karang aku ada meeting lagi ni.."bisik Alyaa..Pelbagai alasan dibuat untuk menutup kegusaran hati Alyaa..

"Assalamualaikum.."salam Aidil yang tersenyum gembira..

"Waalaikumsalam..Encik Aidil.."jawab Alyaa bergetar..Panjang pula umurnya desis hati Alyaa..

"Emm Aidil saja Cik Alyaa..Tak usah berencik…"pinta Aidil sambil duduk di kerusi hadapan Alyaa

"Macam mana?Cik Alyaa boleh bantu saya?"soal Aidil yang tidak senang duduk..
Alyaa membetulkan posisi duduknya sambil membetulkan tudungnya..

"Emm..Panggil saja Alyaa atau Leya.."ucap Alyaa pembuka kata..Aidil sekadar mengangguk..

"Emm saya inginkan bantuan En..emm maksud saya Aidil..Saya nak tahu samada tawaran hari itu masih dibuka??"soal Alyaa ingin tahu..
"Saya tak salah dengarkan…Jadi Leya setuju cadangan saya?Maksud saya permintaan hari tu?"Soal Aidil ingin kepastian..

"Iya sekiranya masih berpeluang?"soal Alyaa basi kerana Aidil tidak menjawab soalannya tadi..

"Ya..Saya memang mengharap pada Leya sebab Leya yang boleh bantu saya.."jawab Aidil jujur..

"Bagaimana?"soal Alya ingin mengetahui situasi sebenar..

"Kita harus berkahwin dan saya berjanji akan menghadiahkan segala permintaan Leya dulu.."ujar Aidil..

"Saya boleh setuju dengan itu..Tapi apa akan terjadi selepas berkahwin dan perkahwinan ini sementara atau bagaimana?"Soal Alyaa berterus terang..

"Huih dia ni berterus terang betul.."desis Aidil sendiri..

"Setahun..Setahun itu kita cuba bersama kalau boleh bahagia saya tak kisah untuk teruskannya.."spontan jawapan Aidil..

"Huih senangnya dia cakap.."bisik Alyaa..

"Setahun tu macam-macam boleh jadi ..Apa jaminan awak sekiranya kita tak mungkin dapat teruskan?"soal Alyaa lagi..

"Jangan risau.. saya tak mungkin akan menyetuh awak kerana risau juga sekiranya ada perpisahan dan wujud pula soal-soal lain...Kita akan membuat hitam dan putihnya..Perjanjian kita ini akan dirahsiakan..Oh yaa..Permintaan awak tu..Paling kurang selepas dua minggu saya akan berikan..Lagipun saya perlu berhati-hati agar tiada yang curiga.Dan saya minta kerjasama Alyaa menggunakan perkataan panggilan isteri buat suaminya nanti..Boleh..?"soal Aidil setelah member keterangan yang menjela..
Bergitu lancar plan yang dicadangkan..Entah kenapa begitu mudah Alyaa mempersetujuinya..Bagi dirinya pilihan itu amat penting untuk dapatkan tempat yang harus dimilikinya,..Mereka berjalan keluar dari café tadi..

"Saya hantar awak ke pejabat?"pelawa Aidil.. Alyaa mengeleng sambil menujukkan bangunan di sebelah café yang mereka berdiri itu adalah pejabat Alyaa..Hampir tesembul biji mata Aidil..

"Alyaa kerja bahagian apa?"soalnya Aidil setelah mendapati syarikat perkapalan terbesar itu yang mempunyai hubungan kerja dengan Delima Holdings..


"Bahagian akaun.."selamber jawab Alyaa..Terkedu seketika Aidil.

"Hebat juga dia ni.."bisik Aidil sambil membuka pintu kereta Hondanya..Alyaa mula mengatur langkah ingin berlalu ke pejabat..Tiba-tiba Aidil bersuara..

\"So kita pernah jumpa la dulu kan?\"tanya Aidil minta kepastian kerana dia pernah berurus niaga di situ sebulan yang lalu..Alyaa sekadar mengangguk..

"Alyaa..Saya terlupa..Sabtu nanti saya jemput Alyaa.."ujar Aidil sedikit menjerit.Alyaa bergerak mendekati kereta Aidil tak suka bercakap jauh begitu..

"Kemana dan kenapa?"betubi soalan diberi..

"Sebelum perkara yang kita bincang berlaku..kita perlu ada restu dari orang tua masing-masing.."Aidil menyuarakan tanggapannya sambil tersenyum.Alyaa mengangguk..

"Emm nanti saya mesej alamatnya.."jawab Alyaa..

Sekembali Alyaa dipejabat…Dia merasa kurang selesa diruang mesyuarat..Pelbagai usikan dihamburkan..tetapi kepada siapa tanyanya sendiri.. Keadaan kembali normal apabila muncul CEO syarikat Dato Kamal ayah kepada Emma sahabatnya.Emma yang baru masuk menyiku pergelangan ku seperti hendak menyoal sesuatu..Sehelai kertas memo diberi kepada ku..
Lepas ni aku nak dengar
dari mulut kau sendiri..
Jangan cuba nak lari…huhu..=p..
Alyaa hanya mengeronyok kertas itu dan kembali fokus kan kerjanya..

"Leya..Leya apa hal yang kau laju sangat ni?"soal Emma..

"Kenapanya?Aku nak siapkan kerja la.."jawab Alyaa..

"Aik dah heboh satu office kau berdating tadi.."selamber Emma menjawab..

"What?"soal Alyaa terkejut..

"Yup..Salena,Alex,Qina dan Lokman sebagai bukti.."ujar Emma lagi..Dengan sepantas kilat Alyaa merubah perjalanan..Alya bergerak ke arah meja yang dipenuhi staf-staf berkumpul..Kelihatan mereka sedang memegang kamera yang kelihatan menjadi tarikan.. Alyaa merampas kamera itu..Kelihatan gambar dia dan Aidil..Perasaan marah yang mahu dihamburkan bertukar tiba-tiba..
Entak mengapa setiap slide gambar yang dibeleknya menarik..Kali pertama dia perasan tentang selok belok wajah Aidil…

"Rambut dia yang terpacak ala-ala fesyen orang muda zaman sekarang amat sesuai dengan wajah dia..Ada tahi lalat kecil dikeningnya..Wow hensem juga dia ni..Mula-mula aku tengok tak sehensem ni..senyuman dan panahan mata dia boleh bikin cair woo.."tersenyum sendiri Alyaa dengan bisikan hatinya..

"Cik Alyaa..Macam something special je Cik dengan Tengku Shahriz Aidil ni.."soal Salena tuan punya kamera sambil menunjukkan majalah yang mempunyai cover Aidil...mati seyum manis Alyaa tadi..

"Amboi..Dah la tangkap gambar senyap-senyap sebar satu pejabat pulak..Memandai nak tambah cerita..Dah-dah saya taknak comment apa-apa yaa.. para wartawan sekalian..Sila sambung kerja kamu…Lenna awak padam gambar ni..Tak pun simpan le buat kenangan..Susah juga nak tangkap gambar Tengku ni kan.."dalam nada sindiran timbul pula gurau-gurauan..Alyaa berlalu meninggalkan teka-teki..

"Biarlah korang nak kata apa.."desis hati Alyaa..Emma yang masih belum puas hati mengekorinya ke bilik..

"Leya..Aku kan kawan kau takkan nak berahsia kot.?."Emma meminta penjelasan Alyaa..

"Dia ajak aku kahwin…"serius kedengaran dari Alyaa..

"What?Are you serious? Weh..Kau jangan la bergurau dengan aku.. Kau jangan buat kerja gila Leya..Masa bila kau kenal dengan dia ni?..Aku tak tau pun…"bertubi-tubi soalan Emma..

"Kau ni kalau bagi soalan tak pernah sikit..Dah macam M16 tau..Kalah wartawan tau.."usik Alyaa kembali…Melihatkan wajah serius Emma Alyaa menerangkannya..

"Well kiteorang kenal sejak aku apply tempat untuk Diah…Tapi takda la serius sangat just kenal biasa-biasa je.. Then tadi dia ajak aku kahwin…"itu jawapan yang Alyaa berikan..

"Macam tak puas hati la dengan jawapan kau ni Leya…Baru kenal then nak kahwin..Kau ni saja nak hilangkan kesabaran aku kan?..cakap la yang betul Leya..Pleaseee…??"pinta Emma lagi..

"Apa kata kau tanya dia sendiri esok?… He might be around.."sungguh Alya tidak mahu menipu Emma tapi ini adalah rahsia yang tak patut melibatkan sesiapa…

"Ok aku akan tanya dia lebih dari aku tanya kau tau..Cakap dengan dia jawab jujur dengan best friend kau ni.."pesan Emma..Senyuman diukir kedua sahabat baik itu..





"Mumy..Aidil tu..Dah ada bakal isteri pulak..eish geram Sarah.."renget Sarah pada ibunya..

"Huh biar betul..Dia lamar Sarah ke?"soal Datin Rosnah tidak faham…

"Mumy ni… Dia nak kahwin dengan perempuan..Nama dia..emmm..Haa ALyaa"rengeknya lagi..

"Alyaa.. Siapa Alyaa, Sarah?Anak siapa?Ni mana kamu dengar ni?"soal mamanya lagi..

"Ammer sepupu Aidil yang bagi tau..Geramlah..aaaaaa.."jeritnya sepuas hati..

"Hey..Sarah kok ye pun binggit telinga mama ni tau…Yelah ..yelah..esok mama pergi jumpa Tengku Mariyam pasal ni.. Kalau iye takda jodoh la kamu dengan anak dia tau.."jelas Datin Rosnah dibalas dengan masam mencuka dari Sarah ..Dia tak mahu anaknya terhegeh-hegeh begitu takut jatuh air muka keluarganya nanti..
posted by Penulisan2u @ 2:54 PTG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Lintah 3
Nama Pena : Mayang

Petang itu seperti yang dijanjikan abang Syawal,membawa aku ke Projek Ternakan Ikan Air Tawar.Hanya kami berdua saja kerana Kak Syam dan anak-anaknya mengikut Pak Long dan Mak Long menziarahi saudara Pak Long yang baru balik dari Mekah.

Sampainya kami di sana aku seperti teruja dengan pemandangan kawasan Projek itu,dikelilingi dengan pokok mempelam.Ada tiga spesis Mempelam Harum Manis,Mempelam Ciku dan Mempelan Pandan.Banyak-banyak mempelam yang paling aku suka ialah Pelam Pandan,isinya halus dan berbau wangi seperti daun pandan.Memang jarang orang menanan pelam ini kerana ia sesuai dengan tanah sawah saja.

Terdapat lima kolam ikan keli dan empat kolam ikan Tilapia Merah.Tidak pernah ku lihat kolam sebesar ini.Dua kali ganda saiz biasa.Memang menarik,tidak dapat ku bayangkan semasa memberi makan ikan-ikan itu berlompatan merebut-rebut makanan yang ku beri.Di situ terdapat dua orang pekerja,abang Mat dan abang Subri yang dikhaskan untuk menjaga ikan-ikan ini.Abang Syawal dan Pak Long hanya membuat pantauan sekali sekala sahaja,kerna sibuk dengan hal masing-masing.

"Sya! makan tak ikan darat nih?"tanya abang Syawal.

"Makan!!!....tolak kayu dan batu saja!"kataku selamba.Abang Syam hanya tersenyum saja mendengar jawapan
ku itu.

"Masakan apa yang paling sedap dengan ikan keli ni?"tanya abang Syawal.

"Kalau sebelah utara,gulailah....sedap lagi kalau ditambah ubi keledek atau ubi kemiling!"kataku ringkas.

"Kalau bakar pun sedap jugak...dicicah dengan air asam!"terangku.

"Hmmm sedapnya....kalau mak mentua lalu belakang pasti tak sedar tuh!"selorohnya sambil menjeling ke arahku.

"Kalau sebelah selatan,mereka masak Lemak Cili Api dicampur timun atau asam belimbing buluh.selain itu Ikan Keli Masak Cabai juga 'famous' di sana!".terangku dengan panjang lebar.

"Kalau ikan tilapia masak apa Sya?" tanyanya lagi.

"Ikan ni....kalau masak 'Sweet Sour' sedap bang!".Lagi satu kalau dikukuskan(distim)Hmmm....sehingga menjilat jari!"kataku ringkas.

"Macam mana Sya tau semua ni!ha..a. ni mesti pandai masak nih!bertuah lah siapa yang dapat Sya kan?"
katanya seperti mau menduga aku saja gayanya.Terlintas di hatiku peristiwa tengah hari tadi.perbincangan Mak Long dengan Kak Syam.Mungkinkah dia tahu isi hati maknya yang ingin memenantukan aku?sempat lagi aku mengelamun.

"Sya!!dengar tak abang tanya nih?"soalnya lagi.Terkejut aku dibuatnya,lantas kujawab pertanyaannya tadi.

"Nak kata pandai masak tu...tak lah 'terror'sangat!,tapi sekali sekala jadi bidan terjun tu boleh lah!"selorohku padanya.Abang Syawal hanya tersenyum memandangku.....

"Kalau gitu,nanti abang suruh abang Mat tolong bawa balik ikan-ikan tu.Nanti bolehlah Sya masakkan untuk abang.sekali sekala makan masakan orang yang kita sayang apa salahnya!"Katanya sambil matanya melirik ke arahku.

Aku seperti terpaku,kelu tanpa berkata-kata mendengar ayat-ayatnya itu.
'Hmmmm nampaknya aku dah terkena lah ni....getus hati kecilku'

**************************************

"Jom kita ke sana....!!"mengajak aku ke satu tempat tanpa memberitahu apa tujuannya.Dalam hatiku tertanya-tanya,Projek apa lagi?.Aku mula merasa curiga.Hatiku tiba-tiba saja terasa berdebar,Mungkinkah.....apa yang dikatakan Mak Long benar-benar....??????

"Sya!! kenapa diam nih?"tanya abang Syawal sambil melihat aku dengan penuh kehairanan kerna sejak tadi diam tidak bersuara.

"Tak ada apa-apalah!"spontan aku menjawab pertanyaannya itu.

"Seperi takut sesuatu je?"katanya sambil tersenyum sinis.

Rupa-rupanya dek ketakutan aku ini,terperasan oleh abang Syawal,mukaku berubah seperti pucat je.Sampai di kawasan itu,sekali lagi aku teruja dengan pokok Amra(kedondong)yang ditanam di keliling kawasan itu.Pokoknya rendah saja tapi buahnya ...MasyaAllah banyaknya berjuntai-juntai sehingga meleret ke tanah.
Kalau buat menyicah ni...hmmm terliur aku dibuatnya.

Di situ terdapat dua kolam 'Kanvas' yang agak besar.Cantik seperti 'Swimming Pool'.Aku yang tidak tahu apa-apa terus meluru dan menghampiri kanvas itu.

"Eeeeitttt.....!!!!"aku menjerit seperti histeria lagaknya.
MasyaAllah....Lintah!!!banyaknya,meremut-remut bergantungan di sisi kolam kanvas itu.
"Eeeee.... gelinya!!!".Apa lagi,bulu roma menegak kegelian.Aku memang geli gila dengan spesis ni yang meliuk-lintuk.Aku tak boleh bayangkan bila dia melekat seperti jelly yang liat,tambahan pula kulit badannya yang berbelang-belang itu menambahkan lagi meremang bulu tengkok aku.Abang Syawal hanya tersenyum melihat telatahku itu.

Tiba-tiba aku ternampak abang Syawal mengangkat sesuatu....
"Apa tuh?"tanyaku penuh kehairanan.
"Belut!!..."Inilah makanan lintah-lintah tu!"jawabnya ringkas.
"Mak Oiiii....!!!"mataku mula terpisat-pisat melihat lintah-lintah itu mengerumun seluruh badan belut itu sambil menghisap darah manis yang penuh dengan protein .Mulut belut itu ternganga penuh dengan lintah-lintah di dalamnya.Tekakku mulalah nak meloya aje,terasa nak pitam pun ada.Manik-manik peluh mula keluar,terasa sesuatu nak keluar aje dari tekakku ini.Apa lagi.....

"Ueeekkk...ueekkk..!!!"aku termuntah di situ juga.
"Sya!! kenapa nih?"abang Syawal yang melihat keadaan ku ini terasa terkejut terus mendapatkan aku lalu mengurut-ngurut di belakangku.Aku cuba menghalang,terasa segan yang amat sangat dengan tindakannya itu.

Lututku terasa longlai,badanku terasa lemah sangat memang aku tak berdaya dengan spesis ni...air mataku berlenangan.Abang Syawal yang melihat keadaanku itu seperti terasa terkejut,lalu mendukung aku ke wakaf yang berhampiran.Sekali lagi aku terkejut dengan tindakannya itu.Tapi memang aku tak berdaya masa tu...
kalau disuruh berjalan sekali pun.

"Ok Sya!duduk di sini,tenangkan diri dulu!"arahnnya seperti seorang abang kepada adiknya.Aku yang tergamam dengan tindakannya itu,akur saja dengan kehendaknya.Tiba-tiba dia berlari-lari ke arah bangsal memang dikhaskan di situ untuk pekerjanya.Sebentar kemudian dia berlari-lari anak mendapatkan aku semula.Di tangannya terdapat dua botol air mineral.

"Ha...Sya minum air ni dulu!" katanya.Sememangnya sejak tadi tekakku terasa kering,terus mencapai air mineral lalu minum.
"Macam mana!terasa kurang sikit?"tanyanya penuh perhatian.

Aku hanya mampu menggangguk-ngangguk dengan perasaan yang penuh malu dengan apa yang terjadi sebentar tadi.Aku juga nampak riak mukanya seperti penuh penyesalan.

"Sya!!abang minta maaf!kalau abang tau Sya akan jadi begini,abang tak kan bawa...".Belum sempat dia menghabiskan ayat-ayatnya....
Aku dengan cepat menutup mulutnya dengan jemariku....memang pantang aku menyalahkan orang,tambah-tambah lagi kalau orang tu iklas dengan kita.

Dia terkesima,mata kami tertancap antara satu sama lain.Jari-jemariku dipegangnya....
Sekali ini aku pula yang terpana dengan tindakannya itu.Cepat-cepat ku tarik jariku yang dalam genggamannya.Mukaku merona kemerahan.Dia memandangku dengan senyuman yang menggoda membuatkan hatiku berdebar-debar.

********************************

Selepas isyak,kami berkumpul lagi di ruang tamu.Kak Syam memang masak dengan perangaiku,benda yang aku tak suka pasti membawa mudarat.Badanku terasa lemah aje,tapi kugagahi duduk bersama mereka.Sekadar pendengar setia.

"Siapa punya Projek Lintah tu Mak Long?"tanya Kak Syam.

"Siapa lagi....Dr.Ramdan lah,kami yang menjadi mangsa menjaganya!"seloroh Mak Long sambil memerhati ke arah Pak Long dan abang Syawal.

"Oh....untuk apa Mak Long?" tanya kak Syam lagi.

"Untuk perubatan!"katanya ringkas.

"Kalau nak tahu dengan lebih panjang....tuh,Syawal boleh terangkan!"kata Mak Long sambil menjuih bibirnya ke arah anak lelakinya itu.

Setahu aku,cuma 600 spesis lintah saja yang dikenal pasti.Tetapi hanya 15 jenis saja digunakan dalam perubatan.Lintah perubatan yang dikenali'Hirudo Medicinalis' telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.Salah satu bahan pertama yang dijumpai dalam kelenjar liur lintah ialah'Hirudin'
Yang aku tahu,kaedah yang paling berkesan dalam banyak kes perubatan.Terutama melawan'rawatan luka'iaitu menghalang proses pembekuan darah.'Hmmm tu pasal lah,Dr.Ramdan buat projek nih'getus hatiku

Tiba-tiba abang Syawal bersuara...
"Lintah sangat bernilai sekarang ni...kak Syam!Khasiatnya sangat mengagumkan dalam dunia perubatan dan kecantikan.Sebagai cabang perniagaan baru yang memberi pulangan yang lumayan.Mencecah RM1.80 seekor!"

"Ya ke???"kak Syam seperti kehairanan.

"Permintaan dari kilang-kilang membuat bahan kecantikan juga bertambah sekarang!Mereka akan mengekstrakkan pati zat hirudin atau nama saintifiknya'Hirudin Medicinalis' iaitu sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan!"terang abang Syawal.

'Pandai juga bakal Akauntan ni ya....'getus hatiku.

"Zaman moden ni,banyak perkara dianjurkan saintis dalam soal makanan,perawatan tubuh atau bidang perubatan seperti penyakit Diabetes kering/basah,kencing manis.darah tinggi,stroke,ghout,lumpuh,kanser payu dara,migrain,jantung kroner,saraf tersepit dan lain-lain."terang abang Syawal panjang lebar.

"contohnya Bekam Lintah,masih digunakan hingga sekarang!"celah Pak Long.

"Kesan sampingan tak ada ke Pak Long?"tanya kak Syam lagi.

"Tak adalah,Ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan tubuh pesakit.Malahan proses penyembuhannya dapat dirasai sangat cepat!"terang Pak Long lagi.

'Hai...pandai juga ustaz ni!' getus hatiku lagi.

"Haaa untuk kecantikan pun ada..."seloroh Mak Long ku.

"Betoi ke Mak Long?"tanyaku pula.

"Amboi....kalau pasal cantik,cepat pula dia tanya!"kata kak Syam,yang sedar dari tadi aku hanya diam saja.

"Betoi...seperti terciptanya Krim Anti Penuaan dan Krim Penegang Payu Dara!"kata Mak Long.

Haaa...terbeliak biji mata aku bila mendengar ayat-ayat Mak Long.Pandai juga ustazah ni....ye,getus hatiku.Sebenarnya memang la...aku pun sudah tahu krim-krim ini dicipta untuk menaikkan peredaran darah bagi kawasan sasaran.Ia juga meningkatkan ppenyerapan nutrien yang diperlukan untuk pembaikan kulit.Di samping itu meningkatkan keanjalan bagi kulit.

Tak kurang untuk lelaki juga,Krim Maskulin dicipta untuk meningkatkan daya sex lelaki iaitu menaikkan aliran darah untuk ereksi.

"Ha.a.a tengok nih!"seloroh Pak Long sambil menunjuk ke atas kepalanya yang sememangnya masih lebat lagi rambutnya kalau dibandingkan dengan usianya.

"Minyak rambut yang Pak Long pakai nih,di buat dari lintah lah!"terang Pak Long.

"Ha,betoi ke Pak Long?"Kataku kehairanan.

"B E T O I........!!!!!"serentak suara mereka mengiakan kehairanan aku tu.....

Apa lagi ketawa riuh rendahlah,bergema seluruh rumah.Semua mata memandang ke arahku,tak kecuali abang Syawal yang memang sejak tadi memang asyik memandangku saja......


posted by Penulisan2u @ 2:07 PTG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Nilai Sebuah Hati 3
Nama Pena : cikbuwlan

3

Cuaca pada petang itu redup seolah-olah menandakan hujan akan turun tidak lama lagi tapi tidak pula turun hujan. Hanya angin yang menemani petang Ariana ketika itu. Ariana mengerling ke arah jam di tanggannya. Pukul 5.00 petang. Bisik hatinya.

"Sorry lambat" satu suara yang teramatlah dikenali Ariana menegur. Ariana hanya memandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan melihat bunga-bunga yang berwarna-warni.

"Marah ke?" suara itu menyambung apabila tiada respon. Empunya suara itu duduk di sebelah Ariana. Dia melemparkan senyuman manis kepada Ariana. Ariana membalas senyuman itu.

"Taklah. Tadi kata ada hal penting nak cakap. Cakaplah" ujar Ariana lembut. Hafiz memandang Ariana dengan mata yang redup. Lima minit Hafiz terdiam. Mungkin cuba menguatkan semangat agar dapat menerangkan kepada Ariana.

"Ariana, Hafiz mintak maaf" ayat itu terpacul keluar dari mulut Hafiz. Ariana tersengih memandang Hafiz.

"Alaa, serius saya tak marah awak lambat hari ni." ujar Ariana lembut.

"Bukan sebab tu" Hafiz membalas.

"Habis?" Ariana menyoal dengan nada yang pelik. Belum pernah Hafiz buat dia sesuspen sekarang ni.

"Saya rasa better kita putus." Akhirnya keluar juga ayat itu dari mulut Hafiz. Jatuh rahang Ariana mendengar kata-kata Hafiz.

"Apa awak merepek ni?" Ariana masih tidak percaya.

"Ariana saya tak merepek. Saya tau susah untuk awak terima tapi awak kena terima jugak." ujar Hafiz sayu.

"Hafiz, awak kata awak cintakan saya. Awak kata awak akan bahagiakan saya tapi mana? Awak tipu Hafiz. Awak tipu!" Ariana menangis teresak-esak. Hafiz terus menarik Ariana ke dalam pelukannya.

"Saya tak tipu Ari. Ye, memang saya cintakan awak. Sampai mati pun saya cintakan awak Ariana." Ariana terus menolak Hafiz daripada terus memeluknya. Ariana memandang Hafiz. Dikesat kasar air matanya yang mengalir.

"Cinta? Awak nak kata awak cintakan saya sedangkan awak nak tinggalkan saya? Pergi mati lah deyy dengan cinta dongeng kau tu." Ariana melepaskan kemarahannya. Hafiz terkejut dengan bahasa kasar Ariana. Direnungnya muka Ariana. Tiada lagi senyuman menghiasi wajah itu. Air mata pun sudah tiada lagi. Hanya muka yang penuh dengan kemarahan dan kebencian. Hafiz memegang tangan Ariana namun cepat ditarik Ariana. Ariana tidak mahu tangannya disentuh oleh lelaki durjana itu.

"Ari, saya mintak maaf dengan awak" ujar Hafiz perlahan. Ariana hanya mendengus kasar.

"Maaf? Ye, aku maafkan kau tapi aku akan benci kau seumur hidup aku. Kau faham, seumur hidup aku!" Ariana bertutur kasar. Ariana tidak mahu dianggap lemah di mata Hafiz sehinggakan kepalanya dipijak. Dia juga ada hati dan perasaan tapi kenapa dia dilayan sebegini teruk?

"Ari, pleasee.." Hafiz sekali lagi cuba memegang tangan lembut Ariana. Kali ini Ariana bertindak berani. Tangannya dihayunkan tinggi ke arah pipi Hafiz. PANG! Bunyi itu agak kuat. Hafiz tergamam menerima tamparan itu. Waktu nak couple pun dapat tamparan percuma, nak break up pun dapat jugak tapi kali ni yang kuat punya.

"Lepas ni, aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau ingat muka kau ni hensem sangat. Tak heran wei. Kau ingat aku akan merayu-rayu mintak couple balik lepas kau mintak break? Aku bukan jenis perempuan murahan. Aku ada harga diri. Don't treat me like that bull-shit." Ariana terus meninggalkan Hafiz yang terpinga-pinga. Hati Ariana berbisik, "kau memang kuat Ari. Kau dapat harungi semua ni. Percayalah Ariana. Kau akan dapat yang lebih baik dari budak selenga tu."
posted by Penulisan2u @ 2:06 PTG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Cintaku satu 3
Nama Pena : sofi

"Cucu pakcik mengidap penyakit jantung berlubang. Kami dapat mengesan kejadian ini pada injap jantungnya……"

Kini, dia mendengar sendiri kata-kata doktor bahawa Irfan sememangnya sakit. Bukan sebarang penyakit tetapi sakit jantung berlubang! Ana susah hati. Masakan tidak, penyakit jantung ialah penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia. Terpana Ana seketika.

"Apa yang perlu kami buat doktor?" Abdullah bertanya. Wajah doktor itu dipandang dengan pandangan yang layu. Dia lemah dengan dugaan ini. Wajah arwah Liyana dan Roslan bermain di mata.

Kasihan cucunya. Umur baru setahun jagung, musibah ini menimpanya. Kasihan sungguh! Sudahlah anak yatim piatu kini ini pula yang terjadi. Kalaulah Mariam ada di sini, mahu meraung isterinya itu, fikir Abdullah lagi.

"Saya nak rujuk kes ini ke Institut Jantung Negara, IJN, di Kuala Lumpur. Saya akan beri tarikh rujukannya. Saya rasa dalam tempoh seminggu lagi, Irfan boleh dibawa ke sana. Kita akan hantar dengan ambulans! Pakcik setuju?" Dr Halim melahirkan pendapatnya sambil melihat wajah ayah dan anak silih berganti. Wajah ayah nampak terperanjat namun anak gadisnya yang jelita ini masih tenang dalam kebisuannya itu.

‘Hai aku ni, dah kahwin pun tak boleh nampak anak dara cantik sikit, masih boleh terpikat juga..’ desis di hatinya mengukir senyuman di bibir. Bagaimanapun wajah itu tetap dipandangnya juga, terpesona!

"Nanti dekat sana nak dibuat apa? Belah?" Soal Abdullah lagi. Dia masih bingung.

Dr Halim menggelengkan kepala. "Terserahlah kepada pakar kat sana, pakcik. Pakcik, di IJN, kami ada pakar. Dengan mudah sahaja mereka boleh menentukan tahap kesihatan pesakit, pakcik tak perlu cemas. Tapi yang penting, pakcik mesti pergi, bawa cucu pakcik ni." Ujarnya.

"Ayah, setuju sahajalah dengan cakap doktor tu. Jangan fikirkan hal yang lain. Sekarang ini, ayah kena beri persetujuan supaya kita boleh bawa Irfan ke KL dan mendapat rawatan secepat mungkin."

Tegas kata-kata Ana meraih rasa hormat di hati doktor muda itu. Dia menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata gadis itu.

Abdullah merenung wajah anak keduanya. Wajah itu penuh dengan harapan kepadanya. Sesungguhnya dia tahu betapa pentingnya Irfan dalam hidup Ana. Malah Irfan amat penting dalam hidup mereka kini. Irfan amat mereka sayangi. Irfan penyambung kasih mereka kepada orang yang sudah tiada! Kerana itu demi menyelamatkan nyawa anak kecil itu, mereka terpaksa berkorban.

Dalam payah, Abdullah menganggukkan kepala.
............

"Ana, macam mana kalau belanja rawatannya di sana nanti mahal? Kita nak bayar dengan apa?" Itulah soalan yang sedang berlegar-legar di ruang fikiran Abdullah sejak berhari-hari. Setahunya, kalau Irfan terpaksa dibedah tentu sahaja kos pembedahan itu terpaksa mereka tanggung. Kos itu tentu mahal! Mereka tidak punya cukup wang.

"Ayah, itu kita fikir kemudian." Jawab Ana lemah.

"Ana, kita tetap kena fikir tentang belanja bedah tu! Ayah tak ada duit! Ayah tak ada harta! Macam mana nak belah kalau kita tak ada semua itu?"

Ana merenung wajah ayah dan ibunya yang lesu. Sejak berita Irfan akan dibawa ke Kuala Lumpur, ibunya sudah menangis. Mungkin ibunya juga susah hati memikirkan bagaimana mereka harus mendapatkan wang untuk belanja pembedahan Irfan nanti.

"Ayah, emak. Irfan tu pi KL pun belum lagi. Depa bukannya nak belah dia, depa nak buat ujian lagi. Itu saja! Jangan fikir yang bukan-bukan! Insya-ALLAH, Irfan tak jadi apa-apa, janganlah susah hati sangat!" Katanya tegas.

Sebenarnya, Ana sendiri tidak pasti apakah yang dikatakannya tadi benar atau tidak. Bagaimanapun, disebabkan wajah ibu bapanya yang keruh dia terpaksa menenangkan mereka. Dia tidak mahu mereka terlampau memikirkan tentang perkara itu. Walaupun kemungkinan untuk Irfan dibedah memang ada, Ana yakin mesti ada cara untuk mendapatkan wang tersebut.

Sememangnya pada saat ini, dia benci menjadi seorang yang miskin. Kini, dia menyesal kerana tidak belajar betul-betul semasa di tingkatan lima dahulu. Dia menyesal kerana tidak masuk universiti. Kalau belajar tinggi pastinya dia akan mendapat kerja yang hebat! Setidak-tidaknya dia dapat juga menjadi seorang guru kalau ada ijazah.

‘Aduhai, sudahlah Ana! Semua itu sudah berlalu. Kau sedang berada dalam alam yang nyata. Sudah ditakdirkan kau berada dalam keadaan miskin dan tidak mempunyai wang yang banyak! Hendak dibuat bagaimana lagi? Pasrah sahajalah!’

‘Memang, memang aku boleh pasrah tetapi tidak Irfan. Irfan masih kecil, dia belum puas melihat dunia. Aku tidak boleh membiarkan dirinya begitu sahaja. Kalau perlu dibedah, aku pasti akan mendapatkan wang itu walau terpaksa meminta sedekah.’ itu azamnya. Dan suatu nama tiba-tiba menjelma di mindanya.
..............

"Betul mak tak mahu ikut pi KL?" Soal Ana kepada ibunya semasa mereka sedang mengemaskan beg pakaian kira-kira seminggu kemudian. Esok, pada pukul lapan pagi, ayahnya, dia dan Irfan akan dibawa menaiki ambulans ke Kuala Lumpur. Temujanji telah dibuat. Ana terpaksa mengambil cuti lagi. Mujurlah majikannya, encik Omar seorang yang bertimbang rasa. Ana diberikan cuti selama seminggu.

Lama Mariam merenung wajah anaknya. Dia mengeluh. Kalau diikutkan hati, tentu sahaja dia ingin pergi bersama ke Kuala Lumpur. Tentu dia ingin menemani Irfan. Tapi nanti, di manakah mereka hendak tinggal? Mereka bukan ada saudara mara di sana.

"Entahlah, Ana. Kalau ikutkan hati memang mak nak sangat pi sana, temankan Irfan tapi…. Ana nak pi ni pun buat mak risau. Hang dengan ayah hang nak duduk kat mana? Risau hati mak ni, tau dak?" Jawabnya.

"Mak, Ana rasa tentu IJN ada tempat menginap, kut. Kan kat situ orang satu Malaysia pi untuk rawat sakit jantung? Jomlah! Kita pi semua sekali!" Ajak Ana lagi.

"Janganlah! Ana pi dengan ayah. Mak dengan adik-adik doa dari sini aja. Nah RM200, buat belanja kat sana. Kerja Ana macam mana? Dah mintak cuti?" Emaknya bertanya.

Ana mengangguk.

"Ana nak buat apa dengan gambar kahwin kak long tu. Hah itu, surat nikah dengan sijil mati kak long tu nak dibuat apa?" Soal ibunya kehairanan bila melihat Ana memasukkan semua dokumen itu di dalam fail.

Soalan ibunya dijawab dengan tenang, "Mak, Ana dah fikir, dah. Kalau ditakdirkan Irfan akan dibedah dan kosnya tinggi, Ana akan pergi ke pejabat datuknya. Ana akan bersemuka dengan Encik Ahmad Rizal! Ana akan minta tolong kepadanya. Walau terpaksa memujuk rayu, Ana sanggup lakukan. Hanya itu yang dapat Ana lakukan untuk Irfan."

Mariam merenung tajam wajah anaknya. Dia terdiam, tidak mampu bersuara. Rupa-rupanya Ana sudah merancang sesuatu. Cekap sungguh pemikiran anaknya yang seorang ini. Tapi mahukah keluarga di sebelah arwah Roslan itu membantu mereka. Mahukah? Sedangkan semasa arwah Liyana masih hidup pun mereka tidak sanggup menerimanya, inikan pula untuk membantu keluarga Liyana setelah anaknya itu meninggal dunia! Dan sesuatu sedang bergolak hebat dalam hatinya. Bagaimana kalau nanti…

"Mak, mak fikir apa?"

Soalan Ana mengejutkan Mariam.

Melihat ibu yang membisu, Ana tersenyum. Senyuman cantik yang menyegarkan mata ibunya malah menyegarkan mata sesiapa juga yang melihat. Itu kerana apabila anaknya itu tersenyum, anak matanya yang hitam memenuhi seluruh ruang matanya. Cantik sungguh!

Mariam tersenyum bila teringatkan kata-kata suaminya, "Yam, Liyana memang cantik tapi Ana tu.... Walaupun tidak secerah Yana, dia mempunyai sesuatu yang boleh memukau seorang lelaki. Satu hari nanti, akan ada seorang lelaki yang tak boleh nak tidur malam bila teringatkannya!"

"Apa dia?" Dia menyoal.

"Senyumannya. Yam tak perasankah bila Ana senyum saja, macam satu badan dia tu tersenyum sama. Tak perasan?" Soal suaminya.

Waktu itu, Mariam hanya menggelengkan kepala. Kini, kata-kata suaminya menyebabkan dia sendiri tersenyum.

"Awat mak senyum lagu tu?" Ana bertanya kehairanan.

Si ibu menggelengkan kepala. Tidak lama kemudian, wajahnya bertukar serius.

"Ana, hang dah fikir masak-masakkah apa yang hang nak buat tu? Hang tahu tak nanti kalau hang pi jumpa depa, depa akan tahu yang Lan ada anak? Macam mana kalau depa tuntut Irfan pulak nanti?" Soal Mariam bersungguh-sungguh.

"Mak, tak mungkinlah depa nak ambil Irfan pulak kut!" Dahi Ana sudah berkerut-kerut. Namun dengan nada keras dia berkata, "Tapi kalau depa nak cuba apa salahnya. Depa tak tahu lagi dengan siapa depa nak berdepan!"

"Dengan siapa?" Emaknya bertanya sambil ketawa.

"Dengan Analah! Dengan sapa lagi?" Ana menjawab bersungguh-sungguh.

"Hmm, apa yang hang boleh buat, Ana?" Soal ibunya lemah.

"Ana akan marah depa, ungkit perbuatan depa pada kak long sampai semua orang tahu keburukan sikap dan perangai depa. Jangan ingat depa kaya, depa boleh buat apa yang depa suka!" Jawab Ana tegas.

Ibunya menggelengkan kepala. "Jangan, Ana! Tak baik tu! Tak baik kita mendedahkan keburukan orang!"

"Habis tu? Apa yang depa buat pada kak long tu baik? Bini nak tengok jenazah laki dia pun tak dapat! Adil macam tu?"

Ana kembali sakit hati dengan sikap ibunya yang cepat hendak mengalah. Dia masih terbayang wajah kakaknya yang sedih menangis berhari-hari akibat tindakan ibu mertuanya. Entah bagaimanalah agaknya rupa Puan Rohani itu? soalnya.

Adakah macam mak Dara dalam cerita Ibu Mertuaku? Atau seperti Aruna Irani dalam cerita Beta lakonan Madhuri Dixit? Dia tidak tahu tapi memang sikap kejam itu sama. Puan Rohani sekejam kedua-dua insan itu!

Mariam terdiam mendengar kata-kata Ana. Dia tahu Ana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa kakaknya. Ana sangat sayangkan Liyana. Hubungan mereka memang rapat sejak kecil. Memang mesra. Dan bila Liyana pulang bersama kesedihannya, Ana turut bersedih. Ana turut sengsara bersama kesengsaraan yang ditanggung Liyana. Jiwanya turut merintih bersama rintihan Liyana tetapi wajarkah kebiadapan keluarga menantunya dibalas dengan tindakan kasar juga? Wajarkah kejahatan dibalas dengan jahat juga? Betulkah begitu?

"Mak, janganlah susah hati pulak. Ana cakap sahaja. Belum tentu depa tu nak ambik Irfan! Entah-entah depa dah insaf, mana kita tahu? Kan, mak?"

Seperti biasa, Ana memang pandai memujuknya. Inilah keistimewaan Ana. Dia bijak memujuk setiap kali dia tahu Mariam sedang risau. Walau ketika sedang marahpun, Mariam pasti terpujuk bila mendengar kata-kata anaknya yang boleh bertukar sebegitu lembut pula.

Dia akhirnya tersenyum.
.................

Pada keesokan harinya, Ana dan ayahnya Abdullah bertolak ke KL bersama-sama Irfan menaiki ambulans. Itulah kali pertama mereka melakukannya. Berada dalam ambulans yang bergerak pantas itu seakan-akan ingin tercabut nyawanya. Ana tidak dapat menyembunyikan rasa gementar itu.

Tepat pukul sebelas pagi, mereka sampai di IJN. Jururawat Asmah menguruskan segala-galanya. Kira-kira satu jam kemudian, mereka dibawa masuk ke dalam sebuah bilik. Asmah kemudiannya meminta diri untuk balik ke Kulim.

Tadi, ayahnya telah dipelawa oleh seseorang untuk membeli makan malam mereka. Kata ayah, dia dibawa ke sebuah gerai makan berhampiran.

"Di mana?" Ana bertanya. Manalah tahu kalau-kalau nanti dia boleh pergi sendiri.

Abdullah menggelengkan kepalanya. "Entah." Katanya.

Tidak lama kemudian, terburai ketawa mereka dua beranak. Ya tak ya juga. Inilah kali pertama ayahnya datang ke KL jadi mana mungkin ayahnya tahu dimana gerai makan itu.

Malam itu dia menemani Irfan. Ayahnya? Entahlah. Rasa kasihan juga kerana ayah tidak dibenarkan untuk tinggal di tingkat atas itu bersama-sama. Mungkin kini, ayahnya berada di foyer. Cuba memejamkan mata di atas sofa yang disediakan di situ.
...............

Hari ini adalah hari yang sibuk. Irfan tidak berhenti-henti diuji. Macam-macam yang dilakukan kepada anak saudaranya itu. Dan dia? Manalah dia tahu apa yang doktor-doktor itu sedang lakukan. Sekejap-sekejap doktor menggunakan stetoskop dan meletakkannya di dada. Tidak lama kemudian, beberapa wayar diletakkan ke dada anak kecil itu dan Ana dapat melihat pada kertas yang terhasil bentuk graf sepertimana yang pernah dipelajari dalam mata pelajaran Matematik di sekolah dahulu. Entah apalah yang diberitahu oleh graf itu, soalnya di dalam hati.

Dan selepas itu, kata doktor, mereka hendak membuat scanning. Doktor itu menunjukkan pergerakan jantung di skrin TV kepadanya namun dia tidak dapat memahami apa yang ditunjukkan. Tidak mengetahui apa yang diterangkan. Aduhai! Alangkah rugi menjadi seorang bodoh macam aku ni, fikirnya.

Hei, jangan kutuk diri sendiri! Bentaknya. Tak baik!

Dan malam ini mereka akan tidur satu malam lagi di situ. Kata Dr Amira, doktor yang merawat Irfan, esok doktor pakar akan memberikan penerangan lengkap tentang penyakit Irfan. Doktor pakar akan memberitahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Ana tidak dapat hendak melelapkan mata. Entah kenapa dia rasa susah hati bila mengenangkan nasib anak kak longnya itu.

Akhirnya.... kenyataan itu terpaksa diterima juga. Memang benar, Irfan mengidap penyakit jantung berlubang. Doktor pakar yang bernama Ng Boon Huat itu mengesahkannya. Katanya lagi, memang terdapat dua lubang pada jantungnya yang kecil. Pembedahan perlu dibuat untuk menutup lubang-lubang itu. Kos rawatan lebih kurang dalam RM20,000.00.

Ayah dan anak saling berpandangan. RM20,000 itu terlalu banyak. Tidak tahu hendak membayangkan di mana hendak dicari wang sebanyak itu.

Doktor yang seolah-olah mengerti kesusahan mereka berkata dengan lembut, "Pakcik, saya faham pakcik orang susah tetapi keadaan Irfan perlu juga pakcik fikirkan. Dia masih kecil lagi. Kalau kita dapat melakukan pembedahan itu ke atasnya, dapatlah dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Jika tidak, kasihan dia!"

Abdullah hanya dapat merenung kosong ke arah Dr Ng.
................

"Ayah, izinkan Ana pergi ke pejabat itu. Izinkan Ana cari orang tua itu. Ana dah jangka ini akan berlaku! Biar Ana merayu kepadanya!"

"Tapi, nak? Mahukah depa tu tolong kita?" Soal Abdullah kepada anaknya.

"Tak tahulah Ana, ayah! Tapi kita kena cuba, kan?" Ana pula mengalihkan soalannya.

"Macam mana kalau depa menolak?"

Bulat mata Ana memandang ayahnya. "Kita fikirkan tentang itu kemudian. Buat satu-satu dulu. Ana akan pi ke pejabat dia esok dan cerita apa yang berlaku. Kalau terpaksa tunjuk keadaan Irfan, Ana sanggup. Ana akan tunjukkan laporan doktor tadi, kepadanya. Ana rasa, selagi dia bernama manusia, tentu ada rasa kasihan dalam hatinya itu. Betul tak, ayah?" Jawabnya. Seboleh mungkin, dia cuba meyakinkan dirinya bahawa dia akan berjaya dengan perancangannya ini.
posted by Penulisan2u @ 12:01 PTG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Benang Kasih Kita 2
Nama Pena : ryu3en! XD

"Dia...cikgu Biologi aku yang baru"sesudah itu dia terus tergelak sampai meleleh air matanya.Zulaikha seronok sangat dapat mengenakan rakan-rakannya.
"Hampeh la kau ni!Kitorang dah saspens gila..dia boleh bergurau pulak!"marah Najwa terasa dirinya ditipu hidup-hidup.Eh??tapi tipu memang la hidup-hidup kan??Kalau orang tu dah mati macam mana nak tipu dia.Haisy ntahla.

************************


Aerish Amri terasa seperti ada misteri yang perlu dirungkaikan segera.Misteri apa?Dia sendiri pun tak tahu.Argh sudah..ni yang tak senang duduk ni.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Kriesya.."perlahan suaranya seolah-olah sedang berbisikkan sesuatu.
"Siapa Kriesya?"tegur Puan Maiza.Dahinya dikerutkan,hairan dengan gelagat anaknya itu.Macam orang hilang bini pulak.Padahal si Aerish tu awek pun takde nak hilang bini macam mana?
"Rish??Mama tanya ni..siapa Kriesya?Haaa..!!Mama tau..dia awek kamu..lepas tu kamu baru putus dengan dia kan?Sebab tu buat muka penuh masalah ni.Betul tak?"
"Ye..jawapan mama adalah salah.Hehe..Rish mana ade awek la mama.Kriesya tu anak murid Rish.Baru kenal dengan dia pagi tadi."
"Ouh..baru kenal dah sebut-sebut nama.Apalah kamu ni..nak berkenan dengan anak murid sendiri.Rish..cuba la cari orang yang lebih kurang sebaya dengan kamu.Ni tak..budak sekolah jugak yang kamu minat."gurau Puan Maiza.Dia bukan serius pun.Saje je nak tengok reaksi anaknya.Maklumlah Aerish ni kalau bab-bab perempuan ni memang lemah sikit.Lagi-lagi kalau soal hati dan perasaan.Bukan anaknya tu tak handsome.Huisy..Aerish tu kalau bagi can kat mana-mana gadis..memang tak menang tangan.Aerish memiliki kulit kuning langsat.Matanya sepet sedikit dan hidung mancungnya pula elok terletak.Sekali pandang ala-ala actor Korea gitu.Tapi tu lah..dia bukan tak minat..tapi dia tak suka dengan perangai kebanyakkan gadis yang suka tergedik-gedik bila berjumpa dengannya.
"Mama..Rish bukan minat dengan Kriesya la.Mama ni suka buat spekulasi sesuka hati jer.Rish teringat kat dia sebab muka dia macam muka Rish.Rasa macam jumpa kembar Rish pulak.Hehe.."Tiba-tiba Aerish teringatkan sesuatu.
"Eh!Mama..jangan-jangan dia tu adik Rish yang hilang tu tak?"
Wajah Puan Maiza bertukar keruh serta-merta.Setiap kali teringatkan anak bonsunya itu reaksi di wajahnya pasti berubah.Anak bongsunya dibawa lari oleh adik iparnya sendiri 12 jam selepas dilahirkan.Nama anaknya pun belum sempat dia bagi.Beberapa hari selepas itu..adik iparnya ditimpa kemalangan.Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir adik iparnya ada memberitahu bahawa dia telah menjual anaknya kepada sepasang suami isteri yang menetap di Perlis.Hatinya terasa bagai disiat-siat apabila adik iparnya ada memberitahu bahawa anaknya itu dijual dengan harga RM 10 000.Besar sangat ke kuasa duit sampai boleh digunakan untuk membeli bayi yang masih mempunyai ibu bapa?Tak de rasa kasihan langsung ke pada bayi itu?Tiba-tiba Aerish rasa bersalah kerana menimbulkan cerita tersebut.Bukannya dia tidak tahu reaksi mamanya bila cerita mengenai adiknya dibangkitkan.
"Mama..Rish mintak maaf.Tak sepatutnya Rish timbulkan hal sensitif ni.Maaf kan Rish ye mama"tangan mamanya dikucup lembut tanda minta maaf. Puan Maiza terus tersenyum.Ni lah keistimewaan anaknya.Dia tak pernah berjaya marahkan Aerish lama-lama.Aerish cukup pandai memujuk.Cair hatinya bila melihat kelakuan anaknya kalau nak memohon maaf.
"Ala..mama tak marah.Aerish ni kalau diberi peluang memujuk memang top habis acting dia.Kamu tu bukan muda lagi.Cari la pasangan yang kamu boleh bermanja-manja.Asyik nak manja dengan mama je..tak bosan ke?"sekali lagi soal teman hidup dibangkitkan.Aerish melepaskan keluhan sebaik sahaja mendengar idea mamanya.
"Mama..Aerish baru 25 tahun.Muda lagi la ma..Lagipun kalau dengan mama mana boleh bosan..hehe"Puan Maiza menggeleng melihat telatah anaknya itu.Bila la si Aerish ni nak berubah.

***************************

"Assalamualaikum.."sapa Zulaikha kepada rakan-rakannya.
"Waalaikumussalam.."jawab Emilya,Najwa,Aryana dan beberapa lagi rakan mereka yang lain.
"Eh!Maryam and the gang pun ada?Bagus-bagus boleh kita study sama-sama."
"Wei perempuan..kitorang memang tengah study la ni.Tak nampak ke??kau pergi mana ha??Dari tadi tak nampak."tegur Emilya
"Sekarang nampak kan??"gurau Zulaikha
"Ala..rileks la Emi..aku pergi ambik surat kebenaran outing td..ari Sabtu ni kita keluar ek?"sambil berkata-kata Zulaikha melayang-layangkan surat di tangannya.Terjerit mereka sebab gembira sangat.
"Aku nak shopping la kalau macam tu..Hmm..dah lama tak shopping..seronoknya..saaaayyyaaang kau!"Emilya terus memeluk Zulaikha.
"Aik?tak marah dah?"soal Zulaikha pelik.Minah ni kalau diajak shopping marah macam mana pun mesti sejuk serta-merta.
"Tak..tak marah dah!"lebar sengihan Emilya.Zulaikha hanya mencebikkan bibirnya.

Pagi sabtu yang dimaksudkan , mereka keluar bersama.Tempat yang dituju adalah The Sphere yang terletak di Bangsar.
"Weyh korang..aku nak pergi kedai muzik tu kejap tau"Zulaikha memberitahu rakan-rakannya sambil menunjukkan ke arah kedai yang dimaksudkan.
"Kau nak pergi buat apa?"tanya Aryana.Najwa hanya tersenyum faham dengan tujuan Zulaikha.Najwa tahu rakannya itu merupakan seorang pemain piano yang berbakat.Dia juga baru tahu tentang bakat Zulaikha beberapa bulan yang lalu apabila rakannya itu menghabiskan cuti seminggu pada bulan Mac di rumahnya.Rumah Najwa memang sudah tersedia dengan grandpiano siap dengan bilik kalis bunyi sekali.Najwa merupakan seorang anak hartawan manakala abangnya pula seorang pemain biola yang namanya semakin hangat diperkatakan , jadi tidak hairan lah jika rumhanya ada kelengkapan muzik yang lengkap.
"Nak lepas gian..."jawab Zulaikha ringkas.
"Ha??"tercengang-cengang Emilya dan Aryana.Makin bertambah pelik apabila muka Zulaikha berseri-seri dan happy teramat sangat.Susah nak tengok muka Zulaikha macam ni.Tak boleh jadi ni.Kena ikut.Meraka berempat masuk ke kedai muzik tersebut.Zulaikha menghampiri kaunter dan bertanya sesuatu kepada abang di kaunter tersebut.Kemudian abang kaunter tersebut terangguk-angguk sambil menunjuk ke arah piano di tengah kedai tersebut.
"Kau main piano,Ika??Sejak bila?Aku tak tau pun."Aryana bertanya hairan diikuti oleh anggukan Emilya.
"Dah lama dah..since aku 3 years of age.Rumah aku memang ada piano.Tapi sejak masuk hostel ni..kan jarang balik..so..dah lama tak main..tu yang rindu gila tu."
Aryana dan Emilya hanya terangguk-angguk.Memang mereka perasan Zulaikha jarang balik rumahnya di Perlis.Gadis itu sering menghabiskan cutinya di rumah Najwa memandangkan Zulaikha memang rapat dengan keluarga Najwa.Kenapa Zulaikha jarang balik?Nanti sama-sama kita cari jawapannya.Zulaikha tanpa berlengah lagi terus memainkan lagu kesukaannya.Kiss The Rain.Lagu itu banyak menceritakan tentang kisah hidupnya dan detik hitam dalam dirinya.Not-not lagu yang tenang dan mengasyikkan itu pasti akan memukau sesiapa yang mendengarnya.
"Waah!Best la lagu tu.Lagu apa yang kau main?"Emilya menyuarakan rasa terujanya sambil bertepuk tangan apabila Zulaikha habis bermain.
"Kiss the rain.Bestkan lagu tu."jawab Zulaikha perlahan sambil berpura-pura membetulkan tudungya.Sebenarnya dia mengesat air mata yang terbit sewaktu memainkan lagu tadi.Lagu itu banyak mengisahkan tentang cerita duka dalam dirinya.

"Ayah!Ayahh!Apa ni??Ni Zulaikha lah ayah!Jangan la buat Zulaikha macam ni!"Zulaikha menjerit sambil memukul-mukul badan ayahnya yang menghimpap dirinya.
"Arrrggh!Kau senyap!Aku peduli apa?Kau Zulaikha ke apa ke?"Terus ayahnya menghadiahkan satu tamparan di pipi kanannya.Terasa berpijar pipinya.Pandangannya pula dikaburi dengan air mata yang entah berapa banyak dah keluar.Dirinya terasa sangat lemah.Tak berdaya lagi untuk dia melawan.Sekali lagi pipinya ditampar.Kali ini di sebelah kiri pula.Pandangannya semakin lama semakin gelap.Akhirnya terus gelap.Kosong.Dalam sekelip mata mahkotanya diragut oleh ayahnya sendiri.Ayah yang disangka baik selama ini tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap dirinya.Memang binatang bertopengkan manusia.
Perlahan-lahan Zulaikha membuka matanya.Kepalanya terasa sakit yang teramat sangat.Bukan kepalanya sahaja tetapi seluruh badannya terasa sakit dan sengal-sengal.Tiba-tiba dia teringat kan sesuatu.Pantas dia bangun dan lihat keadaan sekeliling.Dia juga melihat keadaan dirinya yang sudah tidak terurus.Baru dia sedar apa yang telah berlaku.
"Ibuuuu!"jerit Zulaikha sambil menangis teresak-esak.Terenjut-enjut badannya.Jantungnya pula terasa bagai hendak meletup kerana kesedihan yang teramat sangat.
"Ya Allah!Besarnya ujian Mu pada hamba Mu yang lemah ini.Bantu la aku Ya Allah.Bagi la aku kekuatan untuk menghadapi semua ini."Zulaikha berkata-kata seorang diri.Pedih sungguh hatinya apabila teringatkan ayahnya.Laknat kau ayah!Kenapa kau buat aku macam ni?Zulaikha merintih seorang diri.Tiba-tiba pintu biliknya dikuak.
"Ya Allah nak!Apa dah jadi ni?Kenapa kamu tak terurus ni?Mana baju kamu?"selimut yang diletakkan di tepi katil lantas dibalutkan pada tubuh Zulaikha.Puan Suraya terus memeluk anaknya.Erat seolah-olah tak akan dilepaskannya.
"Ayah bu..ayah.."Zulaikha menangis lagi.Kali ini semakin kuat.Puan Suraya seolah-olah dapat menangkap apa yang ingin dikatakan oleh Zulaikha.
"Ya Allah!Manusia laknat kau Zain!"marah Puan Suraya kepada suaminya.Tidak pernah disangkanya suaminya sanggup melakukan perbuatan jahat itu.Patutlah tadi ketika dia menjemput suaminya makan tengah hari bersama suaminya menolak.Zain dilihat tergesa-gesa keluar rumah.Ke mana arah tujunya?Tidak diketahui.

"Ika?Ika?Weyh kenapa kau menangis ni?"Aryana mencuit bahu Zulaikha.Segala pengalaman pahit yang bermain di layar mata Zulaikha pecah berderai.Barulah dia sedar,kini dia berada jauh dari rumah yang mengerikan itu.Ibunya yang menghantarnya ke sini.Ibunya juga yang memberitahu bahawa dia merupakan anak angkat kepada pasangan Zain dan Suraya.Menurut ibunya dia boleh mencari ibu kandungnya di sini.Di mana?Dia sendiri tidak tahu.Tetapi dia nekad dan berazam untuk mencari ibu kandungya.Tidak akan ditinggalkan Kuala Lumpur ini selagi tidak menemui ibunya.
"La..berangan lagi?Weyh kau kenapa ni??Ok ke k.o"soal Emilya bertubi-tubi.
"Aku ok..lagu ni mengingatkan aku kat ibu aku.Tu je.."Zulaikha cuba berdalih.Air mata yang menghujani pipinya dikesat.
"Itu la..sape suruh tak balik?Kan dah rindu..Orang cuti balik rumah jumpa parents ni tak.Konon jimat duit la apa la.."sindir Aryana.
"Da. da. da.Korang ni..benda kecik pun nak diperbesar.Zulaikha tak balik bersebab.Rumah dia kan jauh.Lagipun dia selalu habiskan cuti dengan aku.At least keselamatan dia terjamin drpd duduk rumah."Najwa akhirnya bersuara cuba meleraikan perbalahan kecil tersebut.Zulaikha pantas mencuit lengan Najwa apabila dia perasan ada tanda-tanda Najwa akan terlepas cakap.Pantas Najwa mengangkat tangan kanannya dan diletakkan di mulut.
"Eh?Emilya and the gang.Outing ek?"sapa Cikgu Aerish Amri sambil tersenyum melihat pelajar-pelajarnya.
"Cikgu Aerish.A\'ah kitorang outing.Beli barang sikit.Cikgu buat apa kat sini?"Aryana berbasa-basi.
"Ouh.Saya pun beli barang jugak.Kebetulan saya lalu kedai muzik ni,lepas tu saya terdengar bunyi piano.Siapa yang main tadi?Berbakat sungguh."
"Piano tadi,Ika yang main.Sedap kan lagu tu cikgu?saya pun rasa Ika ni berbakat besar."Emilya menyampuk.Zulaikha menjeling Emilya.Sibuk je minah ni.Berbakat la apa la..tak payah la bagitau.Haisyy..kalau da reporter tu reporter la jugak.
"Hmm..Kriesya.I think u can go further.Tak teringin ke masuk sekolah muzik.Masuk pertandingan ke?Tak pun buat persembahan.Sayang kalau bakat yang dah tersedia ada tu tak digilap."
"Maaf la cikgu..saya tak berminat.Saya main piano suka-suka je.Tak pernah terfikir sampai nak masuk competition ke buat persembahan ke.."jawab Zulaikha dengan senyuman yang dibuat-buat.Dia betul-betul tak ada mood nak melayan guru muda itu.Aerish tersenyum kelat mendengar jawapan Zulaikha.Kenapa dia ni?Macam badmood je bila nampak aku.
"Hmm..kat sini kamu Rish.Ada ke patut kamu tinggal mama sorang-sorang kat Watson tu.Buat malu mama je cakap sorang-sorang.Mama ingatkan kamu ada kat sebelah."bebel Puan Maiza.Geram rasanya dengan Aerish ni.Tak pasal-pasal dia jadi tontonan ramai tadi.
"Ha!Da buat salah..tak reti-reti lagi kenalkan kat mama siapa gadis-gadis manis ni?"soal Puan Maiza sambil menyindir Aerish.
"Ops..sorry ma lupa.Hmm..diorang students Rish.Yang ni Aryana,Emilya,Najwa and Kriesya"Aerish memperkenalkan pelajar-pelajarnya kepada Puan Maiza.Mereka semua mengangguk sambil menghulurkan salam apabila nama mereka disebutkan oleh Cikgu Aerish.Bila sampai je turn Zulaikha Puan maiza terkedu.
"Kriesya?"bisik puan Maiza perlahan.
"Maaf puan?Puan cakap apa?Tak berapa jelas."soal Zulaikha pelik dengan reaksi Puan Maiza.
"Hmm..tak..tak ada apa-apa.Erm..Kriesya tinggal kat mana?"
"Saya tinggal dekat Perlis"jawab Zulaikha lembut.Puan Maiza sekali lagi terkedu.Ditelan liurnya.Perit.Begitu juga dengan hatinya ketika ini.
posted by Penulisan2u @ 11:27 PG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group