BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 03, 2009
Novel : Cintaku satu 3
Nama Pena : sofi

"Cucu pakcik mengidap penyakit jantung berlubang. Kami dapat mengesan kejadian ini pada injap jantungnya……"

Kini, dia mendengar sendiri kata-kata doktor bahawa Irfan sememangnya sakit. Bukan sebarang penyakit tetapi sakit jantung berlubang! Ana susah hati. Masakan tidak, penyakit jantung ialah penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia. Terpana Ana seketika.

"Apa yang perlu kami buat doktor?" Abdullah bertanya. Wajah doktor itu dipandang dengan pandangan yang layu. Dia lemah dengan dugaan ini. Wajah arwah Liyana dan Roslan bermain di mata.

Kasihan cucunya. Umur baru setahun jagung, musibah ini menimpanya. Kasihan sungguh! Sudahlah anak yatim piatu kini ini pula yang terjadi. Kalaulah Mariam ada di sini, mahu meraung isterinya itu, fikir Abdullah lagi.

"Saya nak rujuk kes ini ke Institut Jantung Negara, IJN, di Kuala Lumpur. Saya akan beri tarikh rujukannya. Saya rasa dalam tempoh seminggu lagi, Irfan boleh dibawa ke sana. Kita akan hantar dengan ambulans! Pakcik setuju?" Dr Halim melahirkan pendapatnya sambil melihat wajah ayah dan anak silih berganti. Wajah ayah nampak terperanjat namun anak gadisnya yang jelita ini masih tenang dalam kebisuannya itu.

‘Hai aku ni, dah kahwin pun tak boleh nampak anak dara cantik sikit, masih boleh terpikat juga..’ desis di hatinya mengukir senyuman di bibir. Bagaimanapun wajah itu tetap dipandangnya juga, terpesona!

"Nanti dekat sana nak dibuat apa? Belah?" Soal Abdullah lagi. Dia masih bingung.

Dr Halim menggelengkan kepala. "Terserahlah kepada pakar kat sana, pakcik. Pakcik, di IJN, kami ada pakar. Dengan mudah sahaja mereka boleh menentukan tahap kesihatan pesakit, pakcik tak perlu cemas. Tapi yang penting, pakcik mesti pergi, bawa cucu pakcik ni." Ujarnya.

"Ayah, setuju sahajalah dengan cakap doktor tu. Jangan fikirkan hal yang lain. Sekarang ini, ayah kena beri persetujuan supaya kita boleh bawa Irfan ke KL dan mendapat rawatan secepat mungkin."

Tegas kata-kata Ana meraih rasa hormat di hati doktor muda itu. Dia menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata gadis itu.

Abdullah merenung wajah anak keduanya. Wajah itu penuh dengan harapan kepadanya. Sesungguhnya dia tahu betapa pentingnya Irfan dalam hidup Ana. Malah Irfan amat penting dalam hidup mereka kini. Irfan amat mereka sayangi. Irfan penyambung kasih mereka kepada orang yang sudah tiada! Kerana itu demi menyelamatkan nyawa anak kecil itu, mereka terpaksa berkorban.

Dalam payah, Abdullah menganggukkan kepala.
............

"Ana, macam mana kalau belanja rawatannya di sana nanti mahal? Kita nak bayar dengan apa?" Itulah soalan yang sedang berlegar-legar di ruang fikiran Abdullah sejak berhari-hari. Setahunya, kalau Irfan terpaksa dibedah tentu sahaja kos pembedahan itu terpaksa mereka tanggung. Kos itu tentu mahal! Mereka tidak punya cukup wang.

"Ayah, itu kita fikir kemudian." Jawab Ana lemah.

"Ana, kita tetap kena fikir tentang belanja bedah tu! Ayah tak ada duit! Ayah tak ada harta! Macam mana nak belah kalau kita tak ada semua itu?"

Ana merenung wajah ayah dan ibunya yang lesu. Sejak berita Irfan akan dibawa ke Kuala Lumpur, ibunya sudah menangis. Mungkin ibunya juga susah hati memikirkan bagaimana mereka harus mendapatkan wang untuk belanja pembedahan Irfan nanti.

"Ayah, emak. Irfan tu pi KL pun belum lagi. Depa bukannya nak belah dia, depa nak buat ujian lagi. Itu saja! Jangan fikir yang bukan-bukan! Insya-ALLAH, Irfan tak jadi apa-apa, janganlah susah hati sangat!" Katanya tegas.

Sebenarnya, Ana sendiri tidak pasti apakah yang dikatakannya tadi benar atau tidak. Bagaimanapun, disebabkan wajah ibu bapanya yang keruh dia terpaksa menenangkan mereka. Dia tidak mahu mereka terlampau memikirkan tentang perkara itu. Walaupun kemungkinan untuk Irfan dibedah memang ada, Ana yakin mesti ada cara untuk mendapatkan wang tersebut.

Sememangnya pada saat ini, dia benci menjadi seorang yang miskin. Kini, dia menyesal kerana tidak belajar betul-betul semasa di tingkatan lima dahulu. Dia menyesal kerana tidak masuk universiti. Kalau belajar tinggi pastinya dia akan mendapat kerja yang hebat! Setidak-tidaknya dia dapat juga menjadi seorang guru kalau ada ijazah.

‘Aduhai, sudahlah Ana! Semua itu sudah berlalu. Kau sedang berada dalam alam yang nyata. Sudah ditakdirkan kau berada dalam keadaan miskin dan tidak mempunyai wang yang banyak! Hendak dibuat bagaimana lagi? Pasrah sahajalah!’

‘Memang, memang aku boleh pasrah tetapi tidak Irfan. Irfan masih kecil, dia belum puas melihat dunia. Aku tidak boleh membiarkan dirinya begitu sahaja. Kalau perlu dibedah, aku pasti akan mendapatkan wang itu walau terpaksa meminta sedekah.’ itu azamnya. Dan suatu nama tiba-tiba menjelma di mindanya.
..............

"Betul mak tak mahu ikut pi KL?" Soal Ana kepada ibunya semasa mereka sedang mengemaskan beg pakaian kira-kira seminggu kemudian. Esok, pada pukul lapan pagi, ayahnya, dia dan Irfan akan dibawa menaiki ambulans ke Kuala Lumpur. Temujanji telah dibuat. Ana terpaksa mengambil cuti lagi. Mujurlah majikannya, encik Omar seorang yang bertimbang rasa. Ana diberikan cuti selama seminggu.

Lama Mariam merenung wajah anaknya. Dia mengeluh. Kalau diikutkan hati, tentu sahaja dia ingin pergi bersama ke Kuala Lumpur. Tentu dia ingin menemani Irfan. Tapi nanti, di manakah mereka hendak tinggal? Mereka bukan ada saudara mara di sana.

"Entahlah, Ana. Kalau ikutkan hati memang mak nak sangat pi sana, temankan Irfan tapi…. Ana nak pi ni pun buat mak risau. Hang dengan ayah hang nak duduk kat mana? Risau hati mak ni, tau dak?" Jawabnya.

"Mak, Ana rasa tentu IJN ada tempat menginap, kut. Kan kat situ orang satu Malaysia pi untuk rawat sakit jantung? Jomlah! Kita pi semua sekali!" Ajak Ana lagi.

"Janganlah! Ana pi dengan ayah. Mak dengan adik-adik doa dari sini aja. Nah RM200, buat belanja kat sana. Kerja Ana macam mana? Dah mintak cuti?" Emaknya bertanya.

Ana mengangguk.

"Ana nak buat apa dengan gambar kahwin kak long tu. Hah itu, surat nikah dengan sijil mati kak long tu nak dibuat apa?" Soal ibunya kehairanan bila melihat Ana memasukkan semua dokumen itu di dalam fail.

Soalan ibunya dijawab dengan tenang, "Mak, Ana dah fikir, dah. Kalau ditakdirkan Irfan akan dibedah dan kosnya tinggi, Ana akan pergi ke pejabat datuknya. Ana akan bersemuka dengan Encik Ahmad Rizal! Ana akan minta tolong kepadanya. Walau terpaksa memujuk rayu, Ana sanggup lakukan. Hanya itu yang dapat Ana lakukan untuk Irfan."

Mariam merenung tajam wajah anaknya. Dia terdiam, tidak mampu bersuara. Rupa-rupanya Ana sudah merancang sesuatu. Cekap sungguh pemikiran anaknya yang seorang ini. Tapi mahukah keluarga di sebelah arwah Roslan itu membantu mereka. Mahukah? Sedangkan semasa arwah Liyana masih hidup pun mereka tidak sanggup menerimanya, inikan pula untuk membantu keluarga Liyana setelah anaknya itu meninggal dunia! Dan sesuatu sedang bergolak hebat dalam hatinya. Bagaimana kalau nanti…

"Mak, mak fikir apa?"

Soalan Ana mengejutkan Mariam.

Melihat ibu yang membisu, Ana tersenyum. Senyuman cantik yang menyegarkan mata ibunya malah menyegarkan mata sesiapa juga yang melihat. Itu kerana apabila anaknya itu tersenyum, anak matanya yang hitam memenuhi seluruh ruang matanya. Cantik sungguh!

Mariam tersenyum bila teringatkan kata-kata suaminya, "Yam, Liyana memang cantik tapi Ana tu.... Walaupun tidak secerah Yana, dia mempunyai sesuatu yang boleh memukau seorang lelaki. Satu hari nanti, akan ada seorang lelaki yang tak boleh nak tidur malam bila teringatkannya!"

"Apa dia?" Dia menyoal.

"Senyumannya. Yam tak perasankah bila Ana senyum saja, macam satu badan dia tu tersenyum sama. Tak perasan?" Soal suaminya.

Waktu itu, Mariam hanya menggelengkan kepala. Kini, kata-kata suaminya menyebabkan dia sendiri tersenyum.

"Awat mak senyum lagu tu?" Ana bertanya kehairanan.

Si ibu menggelengkan kepala. Tidak lama kemudian, wajahnya bertukar serius.

"Ana, hang dah fikir masak-masakkah apa yang hang nak buat tu? Hang tahu tak nanti kalau hang pi jumpa depa, depa akan tahu yang Lan ada anak? Macam mana kalau depa tuntut Irfan pulak nanti?" Soal Mariam bersungguh-sungguh.

"Mak, tak mungkinlah depa nak ambil Irfan pulak kut!" Dahi Ana sudah berkerut-kerut. Namun dengan nada keras dia berkata, "Tapi kalau depa nak cuba apa salahnya. Depa tak tahu lagi dengan siapa depa nak berdepan!"

"Dengan siapa?" Emaknya bertanya sambil ketawa.

"Dengan Analah! Dengan sapa lagi?" Ana menjawab bersungguh-sungguh.

"Hmm, apa yang hang boleh buat, Ana?" Soal ibunya lemah.

"Ana akan marah depa, ungkit perbuatan depa pada kak long sampai semua orang tahu keburukan sikap dan perangai depa. Jangan ingat depa kaya, depa boleh buat apa yang depa suka!" Jawab Ana tegas.

Ibunya menggelengkan kepala. "Jangan, Ana! Tak baik tu! Tak baik kita mendedahkan keburukan orang!"

"Habis tu? Apa yang depa buat pada kak long tu baik? Bini nak tengok jenazah laki dia pun tak dapat! Adil macam tu?"

Ana kembali sakit hati dengan sikap ibunya yang cepat hendak mengalah. Dia masih terbayang wajah kakaknya yang sedih menangis berhari-hari akibat tindakan ibu mertuanya. Entah bagaimanalah agaknya rupa Puan Rohani itu? soalnya.

Adakah macam mak Dara dalam cerita Ibu Mertuaku? Atau seperti Aruna Irani dalam cerita Beta lakonan Madhuri Dixit? Dia tidak tahu tapi memang sikap kejam itu sama. Puan Rohani sekejam kedua-dua insan itu!

Mariam terdiam mendengar kata-kata Ana. Dia tahu Ana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa kakaknya. Ana sangat sayangkan Liyana. Hubungan mereka memang rapat sejak kecil. Memang mesra. Dan bila Liyana pulang bersama kesedihannya, Ana turut bersedih. Ana turut sengsara bersama kesengsaraan yang ditanggung Liyana. Jiwanya turut merintih bersama rintihan Liyana tetapi wajarkah kebiadapan keluarga menantunya dibalas dengan tindakan kasar juga? Wajarkah kejahatan dibalas dengan jahat juga? Betulkah begitu?

"Mak, janganlah susah hati pulak. Ana cakap sahaja. Belum tentu depa tu nak ambik Irfan! Entah-entah depa dah insaf, mana kita tahu? Kan, mak?"

Seperti biasa, Ana memang pandai memujuknya. Inilah keistimewaan Ana. Dia bijak memujuk setiap kali dia tahu Mariam sedang risau. Walau ketika sedang marahpun, Mariam pasti terpujuk bila mendengar kata-kata anaknya yang boleh bertukar sebegitu lembut pula.

Dia akhirnya tersenyum.
.................

Pada keesokan harinya, Ana dan ayahnya Abdullah bertolak ke KL bersama-sama Irfan menaiki ambulans. Itulah kali pertama mereka melakukannya. Berada dalam ambulans yang bergerak pantas itu seakan-akan ingin tercabut nyawanya. Ana tidak dapat menyembunyikan rasa gementar itu.

Tepat pukul sebelas pagi, mereka sampai di IJN. Jururawat Asmah menguruskan segala-galanya. Kira-kira satu jam kemudian, mereka dibawa masuk ke dalam sebuah bilik. Asmah kemudiannya meminta diri untuk balik ke Kulim.

Tadi, ayahnya telah dipelawa oleh seseorang untuk membeli makan malam mereka. Kata ayah, dia dibawa ke sebuah gerai makan berhampiran.

"Di mana?" Ana bertanya. Manalah tahu kalau-kalau nanti dia boleh pergi sendiri.

Abdullah menggelengkan kepalanya. "Entah." Katanya.

Tidak lama kemudian, terburai ketawa mereka dua beranak. Ya tak ya juga. Inilah kali pertama ayahnya datang ke KL jadi mana mungkin ayahnya tahu dimana gerai makan itu.

Malam itu dia menemani Irfan. Ayahnya? Entahlah. Rasa kasihan juga kerana ayah tidak dibenarkan untuk tinggal di tingkat atas itu bersama-sama. Mungkin kini, ayahnya berada di foyer. Cuba memejamkan mata di atas sofa yang disediakan di situ.
...............

Hari ini adalah hari yang sibuk. Irfan tidak berhenti-henti diuji. Macam-macam yang dilakukan kepada anak saudaranya itu. Dan dia? Manalah dia tahu apa yang doktor-doktor itu sedang lakukan. Sekejap-sekejap doktor menggunakan stetoskop dan meletakkannya di dada. Tidak lama kemudian, beberapa wayar diletakkan ke dada anak kecil itu dan Ana dapat melihat pada kertas yang terhasil bentuk graf sepertimana yang pernah dipelajari dalam mata pelajaran Matematik di sekolah dahulu. Entah apalah yang diberitahu oleh graf itu, soalnya di dalam hati.

Dan selepas itu, kata doktor, mereka hendak membuat scanning. Doktor itu menunjukkan pergerakan jantung di skrin TV kepadanya namun dia tidak dapat memahami apa yang ditunjukkan. Tidak mengetahui apa yang diterangkan. Aduhai! Alangkah rugi menjadi seorang bodoh macam aku ni, fikirnya.

Hei, jangan kutuk diri sendiri! Bentaknya. Tak baik!

Dan malam ini mereka akan tidur satu malam lagi di situ. Kata Dr Amira, doktor yang merawat Irfan, esok doktor pakar akan memberikan penerangan lengkap tentang penyakit Irfan. Doktor pakar akan memberitahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Ana tidak dapat hendak melelapkan mata. Entah kenapa dia rasa susah hati bila mengenangkan nasib anak kak longnya itu.

Akhirnya.... kenyataan itu terpaksa diterima juga. Memang benar, Irfan mengidap penyakit jantung berlubang. Doktor pakar yang bernama Ng Boon Huat itu mengesahkannya. Katanya lagi, memang terdapat dua lubang pada jantungnya yang kecil. Pembedahan perlu dibuat untuk menutup lubang-lubang itu. Kos rawatan lebih kurang dalam RM20,000.00.

Ayah dan anak saling berpandangan. RM20,000 itu terlalu banyak. Tidak tahu hendak membayangkan di mana hendak dicari wang sebanyak itu.

Doktor yang seolah-olah mengerti kesusahan mereka berkata dengan lembut, "Pakcik, saya faham pakcik orang susah tetapi keadaan Irfan perlu juga pakcik fikirkan. Dia masih kecil lagi. Kalau kita dapat melakukan pembedahan itu ke atasnya, dapatlah dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Jika tidak, kasihan dia!"

Abdullah hanya dapat merenung kosong ke arah Dr Ng.
................

"Ayah, izinkan Ana pergi ke pejabat itu. Izinkan Ana cari orang tua itu. Ana dah jangka ini akan berlaku! Biar Ana merayu kepadanya!"

"Tapi, nak? Mahukah depa tu tolong kita?" Soal Abdullah kepada anaknya.

"Tak tahulah Ana, ayah! Tapi kita kena cuba, kan?" Ana pula mengalihkan soalannya.

"Macam mana kalau depa menolak?"

Bulat mata Ana memandang ayahnya. "Kita fikirkan tentang itu kemudian. Buat satu-satu dulu. Ana akan pi ke pejabat dia esok dan cerita apa yang berlaku. Kalau terpaksa tunjuk keadaan Irfan, Ana sanggup. Ana akan tunjukkan laporan doktor tadi, kepadanya. Ana rasa, selagi dia bernama manusia, tentu ada rasa kasihan dalam hatinya itu. Betul tak, ayah?" Jawabnya. Seboleh mungkin, dia cuba meyakinkan dirinya bahawa dia akan berjaya dengan perancangannya ini.
posted by Penulisan2u @ 12:01 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group