BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 12, 2009
Novel : Assignment cinta 2
Nama Pena : noura annisa

Bahagian 4

" Mana engkau pergi?" aku menjerkah Has sewaktu kami bertembung di kaunter bawah Library. Kelihatannya dia baru saja ingin menaiki tangga menuju ke atas. Barangkali menuju ke tempat jurnal sebagaimana yang dijanjikan kami malam tadi.
" Sorry, Aiman ajak aku jumpa. Nak call engkau kredit tak ada pulak. Sorrylah ek. Aku ingat engkau nak duduk lama dalam library." Terangnya. Aku memasamkan muka.
" Dah, jom. Aku dah tak ada mood nak baca buku lagi. Kepala aku dah berserabut dah ni. Engkau dah jumpa bahan untuk assignment tu? Apa yang engkau dapat?" Soalku sambil mengheret tangannya keluar library. Terhegeh-hegeh minah gempal tu mengikut langkah kakiku.
" Oi cik kak, engkau yang masuk library. Aku langsung tak masuk lagi. Apahal tanya aku pulak. Sepatutnya soalan tu aku yang tanya engkau," Balasnya.
Aku mengetap bibir. Ini semua mamat out tu punya pasal. Kalau tak mesti aku dah dapat bahan untuk assignment tu. Kurang asam gelugur betul. Dah nampak aku tengah khusyuk mencari bahan, dia pulak menyibuk nak buku tu, nak buku ni. Macam la dalam library tu dah tak ada buku lain yang boleh dibaca. Menyampah betul!
" Hei, engkau nak tarik aku pergi mana ni? Lepas lah. Tarik-tarik tangan aku apa hal?" La, aku tengah heret minah ni lagi rupanya. Sejurus aku melepaskan tangan, Has menggosok-gosokkan tangannya.
" Oppss…sorry. Jom kita pergi CC Foyer STM. Biasanya masa ni, CC sekolah perakaunan dah penuh." Ajakku. Wajah Has tiba-tiba aje berubah. Berkerut-kerut. Ni mesti tengah rancang alasan super nak ngelat ikut masuk CC . Bukan aku tak tahu minah ni. Pantang dengar CC, mesti dia banyak bagi excuse punya. Entahlah kenapa.
" Sorry, aku sakit perut pulak. Engkau pergi seorang la ek. Aku nak balik kolej. Kelas Tekno.Comm pukul tiga nanti aku tak masuk kot. Aku nak pergi klinik." Has sudah berlari-lari kecil menuju ke bus stop sambil menekan-nekan perutnya. Aku terdiam. Minah ni sajalah tu. Buat alasan. Mesti dia ada janji dengan Aiman. Sampaikan kelas pun tuang. Gila betul orang bercinta ni ya. Asal boleh jumpa, sanggup buat sahaja.
" Oi, assignment kita macam mana? Takkan aku aje yang nak kena buat semua," laungku lantang. Ni yang aku hot ni. Amboi kemain lagi. Semua bagi kat aku jer. Mentang-mentanglah aku leader. Has ni pun satu, tadi dahlah lambat tunai janji. Ni nak ngelat lagi. Arghhh! Mendidihnya jantungku….
" Engkau call Zida. Sorry, aku balik dulu."
" Ceh, nak jumpa Aiman, cakap ajelah. Tak payah nak buat alasan lapuk engkau tu. Lagipun aku bukannya kenal engkau sehari dua. Dah dua tahun……" Dari jauh, Has sengih.
" Aaaa…In, tolong sign nama aku. Thanks!" ai, sesuka hati dia aje. Ni yang malas ni.
"Sorry ya. Bab sign nama, sendirian berhad. Tahu dek Puan Kartini. Saja je. Dua-dua k.o," Aku laung lagi. Nasib baik tak ada orang yang lalu jalan tengah-tengah DKG 1 tu, kalau tak mesti aku di pot-pet dari belakang.
" Please!" rayunya. Alahai kasihanlah pulak. Ni yang lemah lutut ni. Kawan punya pasal. Kadang-kadang prinsip terketepi jugak.
" Tengoklah. Kalau line clear. Aku buat. Kalau tak sorrylah kawan, sendiri buat….sendiri tanggung!" Aku bagi kata putus. Has angguk.
" Thanks." Balasnya sambil menyambung langkah. Beberapa orang student mula kelihatan memasuki blok kuliah DKG 1 itu dan melintasiku.
Aku pandang kiri kanan. Tensionnya seorang-seorang ni. Has ni pun satu. Masa ni jugalah buat hal. Aku silambam jugak karang. Hish, bengang betul. Di ruang legar DKG 1 tu aku melilau kiri kanan. Berfikir-fikir arah tujuan. Habis, nak pergi mana ni? Nak masuk CC, sorang-sorang malas lah pulak. Nak balik rumah sewa. Kelas lagi satu jam. Satu hal pulak nak ambil bas datang kuliah. Sejenak, aku terpandang label toilet/ tandas di belakang DKG ½. Apa-apa hal masuk rest room dulu lah.
Keluar toilet, aku melangkah ke Sekolah Pembangunan Sosial. Fakulti bagi batch aku. Tapi apa yang aku nak buat kat situ. Dahlah student tak ramai. Ah susah-susah sangat, apa kata lepak di foyer STM. Best juga. Boleh tengok buku-buku dan majalah-majalah baru bulan ni. Boleh beli peppermint sekali. Mulut pun dah gatal nak mengunyah ni.
" Assalamualaikum, In!" satu suara tiba-tiba mengejutkanku dari belakang. Sepantas kilat aku berpaling. Ya Allah, Kak Nora rupanya. Kawan sebilik sewaktu semester pertama di Kolej Perwaja.
" Waalaikummussalam… Kak Nora, Buat apa kat sini?" aku sengih lebar. Buku yang ku pinjam di library tadi ku alihkan ke tangan kiri. Kami bersalaman.
" Akak ada lagi satu semester. Repeat subjek. So, macam mana life? Ok?" soalnya masih peramah seperti dalu. Aku senyum mesra.
" Macam ni lah kak. Akak duk di kolej mana? Senang-senang boleh datang bilik," tuturku senang. Sudah lama rasanya tidak berbual dengan kak Nora. Sewaktu kami sebilik dulu, kami sering bersama. Kak Nora anak orang kaya. Ayahnya duta di London. Waktu itu, memang aku rasa macam tak layak nak kawan dengannya. Tapi dia ok. Tak sombong. Tak macam sesetengah student kat sini. Mak bapak, setakat pegawai kerajaan saja. Itupun pegawai tadbir gred 27, tapi anak-anak demand mengalahkan anak Sultan. Anak PM. Sengal!
" Akak dah kahwin. Sekarang akak duk kat luar. Tak apa, hujung minggu ni akak datang ambil. Akak buat makan-makan sikit, boleh?" ajaknya. Memang dia cool. Masih macam dulu jugak. Peramah dan periang.
" La dah kahwin. Tahniah. Tak cakap pun. Sampai hati. Bila akak kahwin?"
Soalku berminat pula. Kak Nora tarik tanganku dan berjalan seiringan dengannya.
" Jom, kita pergi minum kat kantin. Akak belanja. Nanti akak cerita banyak-banyak. Berdiri tengah jalan macam ni, halang orang lalu lalang aje. Lagipun kaki akak dah lenguh ni. Dari tadi berjalan tak sudah-sudah," Aku angguk. Ni sudah bagus. Nasib baik ada Kak Nora, boleh juga temankan aku sebelum masuk kelas lagi satu jam. Dan yang paling best, Kak Nora belanja. Aku mengekor langkah Kak Nora.
Sampai di kantin, aku mencari meja yang paling hujung mengadap sekolah Perakaunan. Hari itu, kantin tak ramai student, barangkali ramai yang masih mengadap wajah lecturer di dalam DKG masing-masing.
" Duduk sini kak," aku mengajak Kak Nora. Kak Nora angguk.
" In nak minum apa?" tanyanya
" Milo ais je dahlah. Tak apa, In ambil sendiri," aku bangun. Kembali mengekor langkah Kak Nora menuju ke tempat air di sebelah kami.
" In dah makan? Jom makan, hari ini all by me," Dia sengih lagi. Terpancar keikhlasan pada wajahnya. Aku menelan air liur. Nak tak nak ni? Seketika, aku menggeleng. Bukan apa, terkadang bila orang dah mula bagi paha, nak rembat pun kena tengok situasi jugak.
" Tak apa, In dah makan," Sopan aku menolak. Padahal pagi tadi, aku sempat makan roti gardenia 50 sen tu aje. Nak masak, tak sempat. Zila dah menunggu lama dalam kereta. Nama pun juga menumpang. Nasib baik Zila ada kelas sama waktu denganku pagi tadi. Kalau tidak, melangutlah aku menunggu bas masuk kampus.
" Betul dah makan? Makan sekali lagi boleh. Temankan akak makan. Akak dari tadi tak makan ni. Tak syoklah makan sorang-sorang. Nak makan apa, ambil aje. Akak belanja…." Serius bunyi pelawaannya. Aku sengih. Orang kata, rezeki halal jangan ditolak. Yang harus ditolak, rezeki haram dan mendatangkan mudarat aje. Macam rokok, ganja, dadah, arak….hah yang tu, kalaulah kawan-kawan offerkan aku suruh try, taubat aku tolak. Ugut mati pun aku tolak. Dah tahu benda tu sah-sah mendatangkan mudarat, nak try apa hal. Tak makan pun aku rocklah! Bukan apa, orang bodoh aje yang buat kerja bodoh. Aku kan nak jadi orang bijak, so hendak tak hendak mesti jauhkan diri dengan tabiat orang bodoh kan?
" Emm….bolehlah kak," selepas meletakkan air di atas meja. Aku kembali mengekori langkah Kak Nora saling beratur mengambil nasi di tengah-tengah kantin.
Kami makan sambil berbual panjang. Banyak cerita terbaru yang diberitahu Kak Nora. Kadang-kadang kami ketawa terkekeh-kekeh, sehinggakan beberapa orang student di sebelah meja kami memandang pelik. Ah, lantak. Kami bukan kacau diorang pun.
Habis makan, kami berpisah. Kak Nora menuju ke Sekolah Ekonomi. Manakala aku menuju ke Sekolah Pembangunan Sosial. Kelas puan Kartini sudah mula dimasuki beberapa orang student Sewaktu aku sampai. Tahu-tahu masuk sahaja kelas, Has sudah tercongak di tempat duduknya. Ai, tadi kata nak masuk. Alih-alih ada pulak. Buang tebiat apa minah ni?
" Oit, tadi kata nak tuang. Tak jadi?" aku memperli. Kerusi di sebelahnya ku tarik dan ku duduk. Has sengih kelat.
" Tiba-tiba tukar fikiran. Lagipun, dah banyak kali aku tuang kelas ni. Kang tak pasal-pasal aku kena bar. Tak terjawab aku dengan Aiman nanti." Ujarnya.
Huh, Aiman lagi. Orang bercinta ni memang macam tu gamaknya. Buat apa pun sikit-sikit nak kena fikirkan pasal kekasih dia aje. Dah tak boleh nak fikir pasal diri sendiri agaknya. Aku protes senyap-senyap.
" Dapat bahan?" soalan Has menyentakkanku. Aku buat acuh tak acuh saja. Buku yang ku pinjam di Library tadi ke belek-belek sementara menanti kedatangan Puan Kartini.
" Belum, mana adil. Aku aje yang nak kena buat semua. Engkau asyik nak berkepit dengan Aiman aje. Zida pula dengan kelas dia aje. Boringla macam ni," aku membebel.
" Sorrylah In. okey, lepas kelas ni kita pergi cari bahan sama-sama. Selagi tak jumpa bahan-bahan assignment tu kita jangan balik. Kita cari juga sampai jumpa. Don’t worry!" Has tiba-tiba bertukar jadi minah skema la pulak. Psyco ke minah ni? Berdiri bulu romaku.
" Tak jumpa, jangan balik?" soalku dalam keanehan. Tak pernah-pernahnya minah ni bertukar watak, hari ni tetiba pulak…….., kena tibi apa?
" Ha-ah, kita jangan balik. Sampai malam pun tak apa." gulp, aku telan air liur. Wah, minah ni dah sah kena tibi…..
" Hah…engkau buatlah sorang-sorang. Aku nak balik. Jumpa ke tak jumpa ke, aku balik. Engkau duduklah kat library tu sorang-sorang. Tak kuasa nak layan kapla biol engkau tu…." Balasku spontan. Tibi ke tak, aku lepas tangan. Layan minah sengal ni, sampai bila tak habis.
" Betul engkau nak balik? Tak menyesal?" tanyanya.
" Tak denya menyesal. Esok-esok ada lagi." jawabku.
" Yes!" Has menjerit. Tak semena-mena aku dipeluknya. Saat itu semua mata bebudak dalam kelas tengok kami semacam aje. Aduh! Kenapa jugak nak kena ada babak macam ni dalam ceritera kehidupanku?
" Oit, engkau ni kenapa? Engkau minum tuak ke tadi?" ujarku dalam rimas. Tiba-tiba rasa macam di mimpi-mimpi pulak.
" Hahaha…aku saja je tadi tu. Aku cuma nak test kesungguhan temanku ini dalam menuntut ilmu. Tapi hasilnya memang persis yang aku agak"
" Huh, iyalah tu. Dah ar. Malas aku nak layan engkau ni lah." Aku kembali membuang pandang ke hadapan kelas. Serentak, pintu kelas terbuka, menjengulkan wajah seorang lelaki yang rasa-rasanya macam pernah aku jumpa.
" Woit man, sekejab!" laungnya kepada teman sekelas yang sedang leka berbual di belakangku. Lelaki itu bangun dan menuju ke depan. Mereka berbual ntah apa-apa di depan kelas buat seketika sebelum lelaki berkaca mata itu kembali menghilang di balik pintu. Aku terkedu. Kepalaku ligat berfikir-fikir. Macam pernah ku lihat, tetapi di mana ye?
Ya Tuhan! Mamat out tu rupanya. Kan aku dah kata, U ni kecil aje. pusing-pusing jumpa juga. Tak semena-mena aku sengih nakal. Dari pintu kelas, perlahan-lahan aku mengalih pandang melihat Azman yang kembali duduk di belakang. Serentak kami saling berpandangan, Azman angkat kening. Doublejerk.
" Apa hal?" tanyanya.
Aku senyum paksa. Menggeleng.
posted by Penulisan2u @ 5:00 PTG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Dia Istimewa Kerana Dia Berbeza 2
Nama Pena : Malas91

Shafiqah terkocoh kocoh berlari ke perpustakaan selepas mendapat panggilan daripada Farhana. Katanya ade hal penting yang nak diberitahu. Matanya melilau mencari kelibat Farhana.

"Opocot mak aku meletup"melatah Shafiqah bila disergah dari belakang

Meledak ketawa Farhana melihat telatah sahabatnya itu, pantang disergah pasti melatah.

"Kau ni Ana tak baik tau buat macam tu! Ni nasib baik aku takde sakit jantung kalau tak dah bye-bye aku tadi!" marah Shafiqah, geram dengan sikap sahabatnya itu yang sering muncul secara tiba-tiba dan suka menyergahnya dari belakang.

"Rilek ae, macam ae aku tak tau yang kau ni sihat. Kalau kau ni sakit tak teringin pun aku nak mengusik, kang tak pasal-pasal masuk surat kahabar sebab bunuh kawan sendiri., Famous sekelip mata aku tak pasal-pasal, hahaha" Farhana masih mengusik sahabatnya itu.

"Dah tau aku ni macam ni kau lagi la nak menyakat aku nak mengusik aku kan, nyesal bagitau kat kau tau tak! Ape bende yang penting sangat sampai kene sampai segera!!Urgent!" bebel Shafiqah sambil mengajuk semula kata-kata Farhana.

"Ish dia ni kan memang tau sabar tau, Sha sabar tu separuh daripada iman so kena la banyak bersabar kalau tak boleh cuba belajar daripada aku ni.hahaha," sengaja Farhana melengahkan ape yang ingin disampaikan.

"Aku balik kalau kau tak bagitau sekarang!" makin geram Shafiqah dengan telatah Farhana yang membuat perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak.

"Yelah2 aku bagitau la ni, ari ni aku yang bawak kereta so abang aku mesti tak jumpanye kereta dia," Farhana membiarkan ayatnya tergantung.

"So??" Shafiqa kehairanan dan melopongkan mulutnya membentuk huruf ‘o’

"Tolong bagi kunci ni kat abang aku and sebelum kau bagi kat dia kau tolong ambik kan kamera aku kat kerusi belakang" sambung Farhana

"Kau tak balik sekali ke?"soal Shafiqa sengaja buat-buat tak tahu, masakan dia tak paham ape yang baru sahabatnya cakap sebentar tadi sedangkan dia dah biasa dengan keadaan itu.

Farhana geram dengan perangai sahabatnya yang sangat la lambat pick-up kalau dia cakap tak pun buat-buat tak faham bila dia tengah urgent.

"Kalau dah aku suruh bagi kunci and ambik barang aku tak ke namenye aku balik sendiri! Hish kau ni kan memang la lem.. kawan aku tau," dengan nada menahan kemarahan Farhana menjawab pertanyaan sahabatnya itu.

"Ape dia Ana?? Lem?? Nak cakap aku lembap lah tu. Eleh tadi cakap suruh orang bersabar la ape lah, sekarang sape yang tak sabar?" balas Shafiqah selamba.

Sebijik kena kat aku balik. Padan la muka kau Farhana suka sangat menyakat orang kan dah kene sebijik, nasib baik la sikit kalau tak boleh terduduk aku kat sini.


"Aku ade photoshoot petang ni sebelum tu aku ade part time kat kedai biasa la," Farhana memberitahu Shafiqah.

Aik! Dia ni tak cukup lagi ke duit yang bapak dia bagi?? Setahu aku minah ni bukannye kaki shoping ke kaki melaram ke sampai kene pakai banyak giler duit.

"Takkan ae tak cukup lagi duit bapak kau bagi?" tanya Shafiqah yang pelik dengan ape yang sahabatnya beritahu sebentar tadi.

"Part-time tu saje je sebab aku bosan duduk kat umah and yang photoshoot tu macam kau tak tau plak yang aku memang gile kamera dari dulu, mesti ae wat keje yang ade kene mengena ngan kamera," panjang lebar Farhana menerangkan tentang minatnya.

Hish, macam mane aku boleh lupa. Ape punya kawan la aku ni harap je kenal dari tadika tapi satu ape pun aku tak ingat. Shafiqah mengomel dalam hati.

"Yelah, ni aku kene balik sendiri la ye?? Dah kau nak pegi tempat lain," Shafiqah menyambung perbualan.

"Eh, kau kan dah kenal ngan abang aku tu balik jelah skali ngan dia pe salahnya," Farhana membalas.

"Hmm, tengok la nanti macam mane," Shafiqah berlalu meninggalkan Farhana menuju ke arah parking kereta.

"Lagi satu, ingat jangan bagitau kat abang aku tau! Cakap aku balik makan dinner je," Farhana meningatkan Shafiqah dengan nada amaran.

‘Beruntung aku dapat kawan macam Ana, tak sombong, berdikari, baik, walaupun banyak berahsia tapi satu je tak paham dia ni macam ade split identity la plak, bile dengan aku biase je tak de la ganas mana tapi kalau jumpe lelaki hampeh, lesap terus keayuan dia tu,’ Shafiqah berkata dalam hati sambil berjalan menuju ke kawasan letak kereta



Farhan mundar mandir di kawasan letak kereta. Dia bingung memikirkan di mana dia meletak kereta hari ini. Puas satu tempat letak kereta dia tawaf tapi masih belum jumpa kereta miliknya.

"Aku lupa ae aku letak kereta kat mane ari nie,"Farhan bersuara

"Aik. Pelik bin ajaib kau ni. Tak penah-penah kau lupa mane kau parking ari ni plak kau boleh lupa plak," Alif bersuara kehairanan. Farhan memang tak pernah lupa mane dia parking kereta dari fisrt sem kitorang masuk sampai la… ari ni.

Majid yang senyap tiba-tiba tersenyum bila terlihat kelibat Shafiqah yang datang menuju ke arah mereka.

‘Macam tau-tau je aku tengah piker pasal die minah nie’ bicara hati Majid sambil melayan perasaannya.

"Abang Far pegi mane?? Penat tau Sha tunggu dekat kereta nak bagi kunci ni," Shafiqah terus membuka mulut sebaik tiba.

"Kau kenal ke minah ni Far??" tanya Alif, bingung melihat perempuan yang tak dikenalinya tiba-tiba memarahi sahabat baiknya.

"Sha, Ana mane?? Sorry la, abang Far tak ingat la abang park kereta abang kat mane hari ni, by the way ni Shafiqah kawan adik aku and ni alif kawan abang yang lagi satu tu Shad ah kenal kan so tak payah la nak kenalkan" Farhan meluahkan rasa bersalah sambil memperkenalkan sahabatnya kepada Shafiqah.

" Eh ape plak! Mane aci macam ni, dah kenal pun kena ae kenalkan gak," marah Majid kerana dirinya tak diperkenalkan.

"Alah takpe la Majid, bukannya Sha tak kenal Majid lagipun kita kan satu kuliayah, hari-hari jumpa takkan nak kenalkan jugak," Shafiqah membalas sambil tersenyum manja ke arah Majid.

‘Minah ni senyum plak dia, mane tak cair hati aku tengok dia’ Majid berkata dalam hati sambil tersenyum-senyum.

"Suka la tu, kalau dah suka tu cepat-cepat skit, kalau tak kang nanti kena kebas," selamba Alif menuturkan bicaranya

Merona merah muka Majid dan Shafiqah menahan malu.

"Dah la tu kesian si Sha ni kau sakat. Mane Ana?? Tadi abang Far dah suruh dia tunggu kat kereta," Farhan kembali bertanyakan tentang adik kembarnya itu.

"Owh, lupa plak. Ana suruh pesan yang dia tak balik ngan abang sebab ari ni dia keje..maksud Sha dia ade hal skit nanti dia balik makan malam je," Shafiqah tergagap memberitahu kepada Farhan. Habis la aku dah terlepas cakap mesti mati aku kene ngan kembar dua ekor ni.

"Kalau Sha tak cakap kitorang angkut masuk semak," ugut Farhan selamba sambil memandang tepat ke arah mata Shafiqah.

Shafiqah memejamkan matanya dan terus memberitahu yang Farhana pergi keje part-time sebelum buat photoshoot pada sebalah petang. Dia terus menyerahkan kunci dan memberitahu Farhan yang hari ni dia memandu kereta Farhana sebab itu dia tak jumpa keretanya di tempat letak kereta.

Farhan menepuk dahi sambil mengelengkan kepala.
"Macam mana aku boleh lupa yang adik aku yang drive tadi, patut ae tak jumpa kereta aku," Farhan tersengih macam kerang busuk bila menyedari kesilapannya

"Tu la kau! Ape kau buat ntah hari ni sampai kereta pun dah tak kenal mana satu," Alif sengaja menyakat Farhan.

"Balik ngan kitorang tak?" tanya Majid apabila Shafiqah kelihatan hendak beredar.

"Naik teksi lagi selamat," Shafiqah terus berlalu pergi. Dalam hatinya memikirkan apelah nasibnya esok kalau Farhana tau yang dia dah bocorkan rahsianya.

‘Nasib Ana tak bagitau kat mane dia keje kalau tak habis aku kene cincang sampai lumat la dengan Ana’ Shafiqah berasa lega dengan sikap sahabatnya yang kadang kala penuh rahsia dalam setiap pergerakannya.

Meledak ketawa mereka bertiga sejurus Shafiqah hilang dari penglihatan , mana mungkin mereka nak melakukan perkara yang kurang di akal itu sedangkan mereka menerima pendidikan agama sejak dari kecil.





P/s: sila tinggalkan komen anda selepas membaca untuk kemajuan dalam penulisan saya,
saya masih baru, maaf kalau jalan cerita kurang menarik..

posted by Penulisan2u @ 4:47 PTG   32 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Tanpamu 2
Nama Pena : Bella Martissa

HARI pertama Athirah di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan berakhir dengan sempurna. Athirah berasa sangat gembira kerana segala tanggapan negatifnya kini telah bertukar kepada positif. Dia juga telah dibawa oleh Farah ke sekitar sekolah itu. Athirah kagum akan keindahan lanskap yang terdapat di situ. Sekolah itu setanding dengan sekolah berasrama penuhnya dahulu. Menurut Farah, sekolah itu merupakan sekolah terbaik di daerah Gombak. Selain guru-guru yang baik, pelajar-pelajarnya juga turut berdedikasi tinggi. Athirah yakin dia mampu meraih kejayaan di sekolah itu.


"Tira, awak balik dengan siapa?" tanya Farah sambil mengemaskan peralatan tulisnya untuk dimasukkan ke dalam beg sandang. Semua pelajar sudahpun keluar dari kelas itu. Tinggal 6 orang sahaja termasuk Farah dan Athirah.
"Ibu saya mengambil saya pulang," beritahu Athirah. Dia juga turut mengemaskan buku-bukunya.



"Oh. Saya ingat mahu menghantar awak balik ke rumah tadi. Awak tinggal di mana, Tira?"
"Saya tinggal di Bandar Baru Selayang, berdekatan stadium,"
"Oh, saya pula tinggal di Perdana Residence, tidak jauh dari rumah awak. Ibu awak memang akan menghantar dan mengambil awak ke?" tanya Farah lagi.



"Itulah yang saya bingung sangat sekarang. Ibu saya boleh menghantar dan mengambil saya pada hari ini saja. Awak tahu tak dari mana boleh saya dapat nombor bas sekolah?"
"Nombor bas sekolah? Kenapa? Awak nak naik bas sekolah?"
Athirah menganggukkan kepalanya.


"Tira, dari awak susah-susah naik bas sekolah, lebih baik awak balik bersama dengan saya," Farah mempelawa Athirah. Beg sandang sudah digalas di bahu dan mereka beriringan keluar dari kelas. Sempat mereka melambai Erika, Huda, Patrick dan Adiff yang masih berada di dalam kelas.


"Balik dengan awak?"
"Ya, naik kereta saya... atau skuter saya,"
Athirah membeliakkan matanya. "Awak sudah punya kereta sendiri, Farah?"
Farah tersenyum malu.
"Ya, saya sudah punya lesen sejak lima bulan yang lalu,"



"Hebatnya awak Farah dapat membawa kereta. Saya pula tak tahulah bila boleh dapat belajar pandu kereta..."
"So, awak mahu tak terima pelawaan saya ini?"
"Tak menyusahkan awak ke?" soal Athirah pula. Farah tertawa. Lengan sahabatnya itu diraih.



"Apa pula menyusahkan? Jika ianya menyusahkan, saya tidak akan pelawa awak untuk balik bersama dengan saya. Jadi, awak mahu tak?" ulang Farah semula. Mereka berhenti di hadapan perhentian bas berdekatan dengan sekolah mereka.



"Saya tanya ibu saya dulu ye. Tapi saya rasa ok kot," jawapan Athirah begitu menggembirakan Farah.
"Terima kasih, Tira!" ucap Farah.
"Kenapa pula awak perlu berterima kasih? Saya yang perlu berterima kasih pada awak kerana sudi mempelawa saya untuk menaiki kereta awak,"



"Tidaklah. Sekurang-kurangnya tidaklah saya keseorangan apabila pergi dan pulang ke sekolah nanti..." tanpa mereka sedari, mereka didekati dengan kelibat seseorang di belakang mereka.
"Assalamualaikum..."



Farah dan Athirah dua-dua berpaling. Raziff hadir dengan menggalas begnya di sebelah bahu kanan bersama dengan fail dan buku rujukan di sebelah kiri.
"Waalaikumussalam..." ucap Farah, tetapi tidak bagi Athirah. Jantung Athirah berdegup kencang. Lidahnya serta merta menjadi kelu.



Farah memandang Athirah yang berada di sebelahnya. Farah menyiku lengan Athirah.
"Tira, dia bagi salam tu..." bisik Farah ke telinga Athirah agar tidak didengari oleh Raziff. Athirah terjaga dari lamunannya.



"Waalaikumussalam..." ucap Athirah pula, kedengaran begitu perlahan. Kepalanya tertunduk ke bawah.
"Maafkanlah sahabat saya ini ya, Raziff. Dahulu dia ni sekolah perempuan. Jadi, dia tidak biasa dengan pelajar lelaki..."



"Ouch!!" bahu Farah menjadi mangsa cubitan Athirah. Matanya terbeliak. Terkejut.
"Farah..!" gumam Athirah. Raziff tergelak kecil.
"Oh, tidak mengapa. Saya faham semua itu...\"


"Umm, awak tak balik lagi?" tanya Farah, cuba bersikap ramah sebaliknya Athirah hanya mendengar.
"Belum. Saya baru saja selesai berjumpa dengan guru tingkatan. Kami berbincang mengenai dokumen diri saya yang masih belum cukup sepenuhnya..."


"I see..." tiba-tiba sahaja hadir satu idea untuk mengenakan Athirah.
"Awak berdua berboraklah dulu ya, saya ada hal hendak diselesaikan,"
"Tapi tadi awak kata awak free?" Athirah mulai tidak sedap hati. Farah seakan ingin mengenakan dirinya.


"Maaflah Tira. Saya baru teringat hendak pulang awal ke rumah hari ini. Sorry ye? Raziff, awak tolonglah temankan kawan saya ni ya. Kasihan dia sorang-sorang,"
Raziff melempar senyum. "Ok. Saya tak kisah," Farah membalas senyum. Jawapan itulah yang dinantikannya!



"Bye!!" Farah berlalu pergi, meninggalkan Athirah yang terkulat-kulat di situ. Oh Tuhan! Apa yang harus dilakukannya?
"Awak tunggu siapa untuk ambil awak balik?" ucap Raziff. Ramah. Kini hanya tinggal mereka berdua di perhentian bas itu.



"Ibu saya," pendek Athirah membalas.
"Ohh..."
"Saya tak sangka akan bertemu dengan orang Johor di sekolah ini. Awak Johor berasal dari mana?" tanya Athirah pula, juga cuba bersikap ramah dan menyembunyikan perasaan takutnya.



"Saya asal Permas Jaya..."
"I see..."
"Saya tak berpeluang untuk berkenalan dengan awak di dalam kelas tadi. Awak nampaknya lebih suka menyendiri dan lebih selesa berkenalan dengan pelajar perempuan sahaja. Mengapa?"
"Tiada istimewanya berkenalan dengan saya, Raziff..." Athirah merendah diri.



Raziff tersenyum lagi. Jejaka kacak itu tidak pernah lekang dengan senyumannya. Malah, barisan gigi yang putih lagi teratur itu semakin menambahkan ketampanan lelaki itu. Dalam diam, Athirah mengagumi kurniaan ILAHI terhadap Raziff ini.



Raziff duduk di sebelah Athirah. Athirah menelan air liur. Gementar.
"Mengapa pula awak berkata begitu, Tira? Saya ikhlas hendak berkenalan dengan awak. Tambahan pula, awak penolong ketua tingkatan dan saya pula ketua tingkatan. Kelak pasti kita akan bergabung tenaga untuk menjalankan tanggungjawab kita nanti,"



Athirah terdiam. Kata-kata Raziff ada benarnya.
"Saya harap awak dapat membuang sedikit perasaan malu awak terhadap pelajar lelaki. Awak mungkin berasa malu apabila Zak mengusik awak di dalam kelas tadi tetapi usik mengusik itu biasa bagi pelajar lelaki. Kami tetap berniat baik. Awak nampak saya ini seperti berniat jahat ke?"



"Awak pandang muka saya ini. Muka saya nampak menakutkan ke? Muka saya ini jahat ke?" ujar Raziff sambil menunjukkan wajahnya kepada Athirah. Athirah menghambur tawanya. Lucu melihat perilaku Raziff itu.
"Kenapa pula awak ketawa? Muka saya nampak melucukan ke?" Raziff sengaja memuncungkan bibirnya. Athirah ketawa lagi. Terhibur. Matanya merenung lembut seraut wajah jejaka di hadapannya kini.


‘Muka awak bisa mencairkan hati perempuan, Raziff..’ bisik hatinya namun tidak dapat didengari oleh Raziff.
Beberapa minit selepas itu, kereta Puan Sufiana sudah berada di perhentian bas. Sayang sekali Athirah tidak dapat lagi berbual dengan Raziff lebih lama.


"Um, oklah Raziff. Ibu saya sudah sampai tu. Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam. Kirim salam saya pada ibu awak ya,"


Athirah masuk ke dalam perut kereta. Raziff sempat melambai ke arahnya sebelum kelibatnya hilang di pandangan mata. Sebaik sahaja kereta milik ibu Athirah menderum jauh, Raziff masuk semula ke dalam sekolah untuk mendapatkan keretanya.


Tanpa disedari,Emir sudah lama memerhati mereka berdua dari jauh. Tiba-tiba dia berasa tercabar. Lelaki itu pula yang dapat mengenali Athirah sebelum dirinya. Dia yakin gadis itu adalah gadis yang sama dia pernah minati dalam diam 7 tahun dahulu!


Farah! Dia tiba-tiba teringatkan gadis itu. Lantas, skuternya ditunggang lalu berderum laju meninggalkan sekolah itu.

**********************************


ATHIRAH tersenyum sendiri. Entah mengapa dia berasa senang sekali dapat berbual sekaligus mengenali lelaki itu. Inilah kali pertama dia bersekolah di sekolah campur dan buat pertama kali dia telah berkenalan dengan seorang pelajar lelaki bernama Raziff. Namun, bukan bermakna Athirah begitu mudah mempunyai perasaan istimewa terhadap jejaka tampan itu. Dia tidak pernah jatuh cinta dengan sesiapa sepanjang hidupnya dan tidak akan mudah jatuh cinta. Dia juga pasti Raziff turut menganggapnya seperti kawan biasa. Baginya, Raziff seorang lelaki yang boleh dijadikan kawan baginya. Dia pasti dengan tanggungjawab baru yang mereka sedang pikul, mereka berdua akan sama-sama melaksankan tanggungjawab itu dengan baik dan sempurna.


Puan Sufiana mengerling Athirah yang berada di sebelah. Anak gadisnya itu senyap sahaja sejak dari tadi. Sesekali Athirah akan tersenyum dan tergelak sendiri. Hairan Puan Sufiana dibuatnya.
"So, how’s your first day at school?" tegur Puan Sufiana, mematikan lamunan Athirah.


"Ok..." pendek Athirah menjawab. Matanya memandang pemandangan di luar tetapi hatinya entah menerawang ke mana.
"Ok je? Hmm.. siapa lelaki tadi tu?" Athirah tersentak. Dia memandang ke arah ibunya yang sedang memandunya pulang ke rumah.



"Lelaki...?"
"Yelah, lelaki yang ada dekat bus stop tu sekali dengan Tira. Tira kenal ke lelaki tu?"
"Err, kenal. Dia rakan sekelas Tira. Raziff namanya. Dia kirim salam pada ibu,"
"Waalaikumussalam. Raziff..." Puan Sufiana menyebut nama itu. "Sedap namanya," komennya.


"Dia juga asal dari Johor, kat Permas Jaya. Dia pindah ke sini kerana ingin membantu perniagaan abangnya. Abangnya membuka cyber cafe di Selayang Utama..." terang Athirah kepada ibunya itu. Puan Sufiana mengerut dahi.
"Hai, banyaknya Tira tahu pasal dia?" ujar Puan Sufiana, pelik.


"Tira tahulah, ibu. Sebab tadi masa Tira nak tunggu ibu, kami akan berbual mengenai latar belakang masing-masing..."
"Ibu tak sangka pula Tira akan jadi seramah itu. Tira kan pernah cakap pada ibu yang Tira tidak biasa dengan pelajar lelaki..."


Athirah tersenyum malu. "Tapi Raziff ini berbeza ibu. Tira senang bercakap dengan dia. Tira rasa dia mampu menjadi kawan yang baik buat diri Tira. Tira tak rasa dia seorang lelaki yang mengambil kesempatan. Tira rasa dia lelaki yang baik, walaupun Tira belum sepenuhnya mengenali dirinya.."


"Hai, lain macam je bunyinya?" Puan Sufiana mengangkat kening.
"Tak adalah, ibu. Mana ada..." Athirah malu sendiri.
"Nampaknya Tira benar-benar ingin menunaikan janji Tira itu ya?"
"Janji?"


"Baru pagi tadi Tira janji pada ibu. Tira dah lupa? Tira kan ada janji pada ibu, Tira dan kekasih Tira akan saling memberi inspirasi untuk berjaya? Jadi, Raziff lah orangnya? Ibu tengok dia seperti orang lelaki yang baik dan berperibadian tinggi. Sejak sekali orangnya. Jangan lupa kenalkan dia pada ibu dan abah nanti. Ibu pasti abah mesti suka dengan Raziff,"


"Ibu ini, ada-ada saja...!"
"Ibu, ibu kenal tak Farah? Farah Diana," tanya Athirah, cuba menukar topik sebaik sahaja dia teringatkan sahabat lamanya itu.
"Farah Diana? Siapa? Ibu tak ingatlah sayang. Kawan Tira kan ramai yang nama Farah. Siapa ye, kawan lama Tira kat Johor ke?" tanya Puan Sufiana semula, tidak dapat mengingati mana satu Farah Diana yang dimaksudkan oleh Athirah.
"Tak. Ini kawan lama Tira masa Tira kat sekolah rendah dahulu. Ibu ingat tak?"


"Ohh. Farah anak Encik Suhaimi itu ke?" Athirah menganggukkan kepalanya. Puan Sufiana masih ingat akan gadis bernama Farah Diana itu. Gadis itu berbeza sekali jika dibandingkan dengan anaknya. Farah itu begitu aktif di dalam sukan dan sering menyertai pelbagai pertandingan baik kurikulum dan kokurikulum. Athirah pula hanya lebih selesa menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja tanpa menyertai apa-apa pertandingan.


"Kenapa dengan dia?"
"Kalau ibu nak tahu, dia sekarang satu sekolah dengan Tira. Satu kelas lagi!"
"Oh, ya? What a coincidence!" Puan Sufiana terkejut.
"Dia sekarang sudah menjadi penolong ketua pengawas di sekolah Tira. Ibu tahu, guru Tingkatan Tira juga telah melantik Tira untuk menjadi penolong ketua tingkatan di dalam kelas!"


"Wah, baguslah. Ibu tumpang gembira. Siapa pula ketua kelasnya?"
Athirah terdiam. Terpaksa juga dia membuka semula cerita mengenai jejaka Johor itu tadi. "Emm.. lelaki tadi la..."
"Siapa? Raziff..?" Athirah menganggukkan kepalanya.
"Kebetulan, ibu..."


"Kebetulan? Atau suratan? Nampaknya ada jodoh ni..." seloroh Puan Sufiana.
"Ibu!" Athirah mencuit lengan ibunya, geram. Puan Sufiana ketawa.
"Farah ada mempelawa Tira untuk pergi dan pulang sekolah bersamanya," Athirah menukar topik lagi. Mengapa dia harus berbicara mengenai lelaki itu? Dia bukan sesiapa bagi Siti Athirah Anum.. mungkin sekarang. Tetapi hari esok? Siapa yang tahu?
"Baguslah tu. Tidak perlu Tira bersusah payah mencari bas,"


"Ibu setuju?" Athirah bertanya, mahukan kepastian.
"Ibu tak kisah, terpulanglah pada Tira. Oh ya! Apa kata Tira jemput Farah datang ke rumah kita malam ini? Ibu cadang ingin buat majlis kecil-kecilan untuk jiran berdekatan rumah kita. Boleh ajak Farah sekali. Ajak keluarganya sekali," cadang Puan Sufiana lagi. Tidak sabar pula rasanya dia ingin berkenalan semula dengan Farah Diana setelah bertahun lamanya tidak berjumpa. Pasti gadis itu masih aktif seperti dahulu. Jika tidak, masakan dia boleh menjadi penolong ketua pengawas di sekolahnya!


"Boleh, ibu?" soal Athirah, tidak menyangka cadangan itu lahir dari bibirnya ibunya. Dia sendiri turut memikirkan perkara yang sama, cuma tidak diluahkan saja.
"Mestilah boleh. Call Farah sekarang," Puan Sufiana memberi telefon mudah alihnya kepada Athirah. Dia mencapai telefon itu lalu dietkan nombor telefon bimbit milik Farah dan ditekapkan ke telinganya.


"Hello. Farah?"


*****************************************


"EMIR, apa ni? Lepaslah!" jerit Farah, geram sebaik sahaja Emir cuba menarik telefon bimbitnya. Sebaik sahaja telefon bimbit Farah sudah berada di tangannya, dia terus menekapnya di telinga tetapi sayang sekali di hujung talian sudahpun dimatikan.


"Dengan siapa kau bercakap tadi? Kawan baru kau tadi tu kan?" Emir bertanya. Pasti gadis yang membuat hatinya tidak senang itu, fikirnya. Dia ada mendengar Farah menyebut nama Athirah. Athirahkah nama gadis itu? Dia benar-benar tidak ingat. Masakan selama 7 tahun dia bisa tidak lupa? 7 tahun itu sudah terlalu lama...


"Siapa orangnya tiada kena mengena dengan kau!" bentak Farah, masih tidak berpuas hati. Bukan main sedap dia mengganggu percakapannya dengan Athirah tadi.


"Please Farah. Aku perlu tahu siapa perempuan yang bersama dengan kau tadi. Kau tahu tak, rupa dia seakan aku kenal. Aku rasa macam.. aku pernah jumpa perempuan itu. Tapi tak tahu kat mana. Aku rasa macam sudah terlalu lama tidak bertemu dengannya. Hati aku berdegup kencang sebaik sahaja menatap wajahnya..." luahan hati Emir membuatkan Farah menghamburkan tawanya sekuat hati.


"Oh Tuhan! Kelakarnya! Aku tak sangka begini rupanya seorang ketua pengawas yang sedang dilamun cinta..." Farah menutup pili air setelah habis mencuci keretanya. Dicapai kain pengelap lalu dilap seluruh tubuh kereta itu.
"Please Farah. I’m begging you..." Emir merayu lagi.
"Urgh! Ok, ok. I’ll tell you tapi jangan tunjuk muka seposen kau tu pada kau. Eiii, geli tau tak?!"


Emir tersenyum gembira. "Ok, aku tak buat. Now tell me, what’s her name?"
"Nama dia Athirah.."
Ya. I know that. Nama penuh?"
"Siti Athirah Anum binti Fakruddin!"
"Athirah.. Anum..." Emir berkata kepada dirinya sendiri. Dia cuba mengingati nama gadis yang pernah diminatinya dahulu. Beberapa ketika selepas itu, matanya terbeliak luas.


"Anum! Ya, I knew it!" Dia sudah dapat mengingatinya!
"Knew what?" tanya Farah pula, bingung. Apa pula yang diketahuinya?
"Dulu dia sama sekolah dengan kita kan? Dulu dia kelas 6 Seroja kan?" soal Emir, bertalu-talu. Lengan kanan Farah ditekan, agak kasar.
"Ya, ya! But why?"
"Dia dah kembali! Oh my God! She’s back, Farah!" teruja sekali Emir dibuatnya. Lengan kanan Farah dicengkam kasar membuatkan gadis itu mengadu sakit.


"Emir, lepaskan tangan aku! Sakitlah!"
"Sorry.. sorry..." pantas tangannya dijauhkan.
"She’s back? What do you mean?" Farah tidak faham.
"Kau tak ingat? Dialah perempuan yang aku minati dalam diam semasa di sekolah rendah dahulu! Oh my, dia sekarang makin cantik, makin putih orangnya! Lebih cantik dari zaman kita budak-budak dahulu..."


Farah mengerut dahi. Dia langsung tidak mengingati itu semua. Bila masa pula Emir pernah menceritakan kisah cinta monyetnya dahulu kepada dirinya? Farah menggaru kepala.
"Jadi, kau masih minat pada dia ke?"
"Hmm, boleh jadi. Aku ingat nak jadikan dia ‘marka’ aku. What do you think?"


Farah tertawa kecil. "Hello Encik Emir Imran bin Dato Zahran, kau fikir Tira nak ke dengan lelaki macam kau? Boleh jalanlah..."
"Kau cabar aku?"
Farah tersenyum lagi. "Cabar? Oh tidak.. cuma aku rasa baik kau batalkan saja niat kau itu. Aku tidak fikir Tira akan menerima kau sebagai kekasih hatinya, sebab.. kau bukan taste dia. Aku kenal dia. Lagipun aku tak rasa Tira berkecimpung dalam bab cintan-cintan ni,"


"Ok! We’ll see how. She’ll be mine soon..."
"Whatever..." Tangannya yang masih terasa sakit itu diusap lembut.
"Maafkan aku. Sakit ke?" Emir kembali melembutkan suaranya. Tangan kanan Farah yang ditarik kasar tadi dicapai.


"Hm, aku tengok tak ada yang retak pun tulang kau! Pigida..!" Emir tersenyum sinis seraya menolak tangan Farah kembali. Farah terjerit. Kesakitannya masih terasa. Matanya terjegil!
"Kurang ajar punya ketua pengawas! Sakit tau tak?! Kau tak nampak pergelangan tangan aku ni merah?" Farah memarahi Emir namun Emir hanya berlagak selamba.


"Ala, setakat merah tu tak apa. Nanti ok lah tu," balas Emir, acuh tak acuh. Air teh yang terhidang di atas meja dicapai lalu diteguk sekali dua.
"Ok? Nah! Ambik kau!"


Dushh! Sebuah tumbukan hinggap kuat di perut Emir, menyebabkan lelaki itu tersedak dari minumnya. Tidak cukup dengan itu, pili paip segera dibuka dan disimbahkan ke arah Emir. Farah ketawa besar melihat Emir terkulat-kuat disimbah air itu. Lencun seluruh tubuh Emir dibuatnya.


"Hoi! Tak guna kau, Farah! Ke sini kau!" Emir bertindak untuk mengejar Farah tetapi tanpa Emir sedari dia telah terpijak sabun pencuci kereta menyebabkan Emir... Bupp!


Farah berpaling ke belakang. Ketawanya menjadi semakin kuat apabila Emir sudah rebah ke lantai sambil memegang belakang badannya.
"Aduhh..." rintih Emir. Pinggangnya terasa sakit.
"Ha, rasakan kau! Sekarang barulah aku rasa ok sikit. Sedap tak? Anyway, terima kasih ya! Sayang kau! Bye!" Farah terus mengangkat semua peralatan mencuci keretanya. Sempat Farah menjelir lidah kepada Emir sebagai ‘hadiah’ sebelum masuk ke dalam rumah.


Emir mengetap bibir. ‘Tengoklah nanti, Farah..!!’

**********************************************

FARAH melihat dirinya di dalam cermin. Dia tersenyum puas apabila melihat penampilannya pada malam itu. Baju kebaya tradisional berwarna hijau pucuk pisang yang digandingkan bersama dengan selendang dan tudung sedondon begitu menyerlahkan keperibadian gadis melayunya. Wajahnya hanya dihiasi dengan mekap tipis. Selesai sahaja bersiap, Farah dan keluarga bertolak ke kediaman Athirah.


"Tira!"
Athirah berpaling. Dia melempar senyum sebaik sahaja ternampak kelibat Farah yang melambainya di hadapan pintu utama.
"Farah, selamat datang. Susah tak cari rumah saya?" mereka bersalaman.
"Susah apanya, Tira. Sejak kecil lagi saya sudah tinggal di sini..."
Tawa mereka bersatu.


"Tira, kenalkan ini ayah dan ibu saya..." Farah mengenalkan orang tuanya kepada Athirah. Athirah tersenyum. Tangan Puan Fitriah dikucup penuh hormat.
"Apa khabar, makcik.. pakcik...?" tanya Athirah, ramah. Puan Fitriah membalas senyum.
‘Sopan gadis ini...’ Puan Fitriah sempat membisik hatinya.
"Oh ya! Lupa pula saya. Ibu! Abah!" Athirah memanggil ibu dan bapanya yang berada tidak jauh dari situ. Encik Khairuddin dan Puan Sufiana datang menghampiri.


"Kenalkan, ini pula ayah dan ibu saya. Ibu, abah.. ini Encik Suhaimi dan Puan Fitriah, orang tua kepada Farah Diana," Athirah saling mengenalkan mereka sekeluarga. Encik Suhaimi berjabat tangan dengan Encik Khairuddin sementara Puan Sufiana dengan Puan Fitriah. Farah turut bersalaman dengan ibu kepada Athirah itu.


"Jadi inilah Farah Diana?" Puan Sufiana bertanya kepada Farah. Dia menganggukkan kepalanya.
"Makcik tengok Farah sudah jadi semakin cantik orangnya. Manis, tinggi lampai. Masih aktif dalam sukan?" ujar Puan Sufiana setelah meneliti segenap tubuh Farah dari atas ke bawah.


"Masih, mak cik..." jawab Farah, lembut dan penuh tatatertib. Dia turut berasa senang apabila Puan Sufiana masih mengingati dirinya meskipun 7 tahun sudah berlalu.
"Sufi, apa pula soal Farah di luar rumah ini? Bawalah mereka sekeluarga masuk dalam dulu. Baru boleh berbual panjang," Encik Khairuddin menyampuk. Puan Fitriah tersedar akan ketelanjurannya.


"Oh, maafkan saya Puan Fitriah. Saya lupa pula. Silakan masuk.." pelawa Puan Fitriah. Farah dan keluarganya masuk ke dalam kediaman baru Athirah itu. Mereka duduk berasingan. Encik Suhaimi dan Encik Khairuddin rancak berbual tidak kurang juga dengan Puan Sufiana dan Puan Fitriah. Masing-masing saling ingin mengenali antara satu sama lain. Farah dan Athirah turut sama-sama senang.


"Cantik juga rumah baru awak ni ya..." Farah sempat memberi komen.
"Biasa saja Farah tetapi tidaklah dapat menandingi rumah villa awak tu," ucap Athirah, merendah diri. Farah mula berasa tidak sedap hati.


"Apa pula awak kata begitu? Tolonglah.. saya tak suka..." Farah berkata dengan sedikit kasar. Dia tidak pernah sesekali meninggi diri dengan kemewahan yang ada pada dirinya. Dia bukan begitu. Baginya, keluarganya yang berada, bukan dia. Dia hanya sebagai anak kepada keluarga yang berada tetapi itu tidak bermakna dia boleh sambil lewa menghabiskan duit orang tuanya. Malah, dia turut bercita-cita untuk menjadi seperti ibu bapanya jua.


Athirah tersenyum melihat wajah Farah yang mulai suram itu. Bahu Farah diraihnya.
"Ok, ok. Saya tak cakap lagi..." wajah Farah kembali ceria seperti sediakala.


"Tadi kan awak, ada orang tanya pasal awak..." Farah membuka bicara. Disuapkan sup soto ke dalam mulutnya. Sesekali air teh kegemarannya itu diteguk. Melihat air teh sahaja mengingatkan situasi kejadian petang tadi. Dia tergelak sendiri apabila mengenangkan Emir yang terjatuh umpama nangka busuk itu. Kelakarnya melihat jejaka kacak lagi popular seperti Emir dalam keadaan sebegitu. Agaknya dia saja yang pernah melihatnya ‘ketua pengawas’ itu terjatuh. Siapa tahu?


"Siapa?" Dia mengerut dahi. Tiba-tiba teringatkan seseorang. Lelaki itukah?
"Farah! Kenapa awak tinggalkan saya dengan Raziff di perhentian bas tadi? Awak tak patut tau tak? Malunya saya Tuhan saja yang tahu!" soalan Farah tadi tidak lagi dihiraukan. Terus saja dia teringatkan jejaka Johor itu.
"Saja. Salah?" pendek Farah membalas. Dia masih menikmati soto itu.


"Tidaklah salah. Cuma.. awak faham saya ini bagaimana orangnya bukan? Saya malu, terutama apabila berhadapan dengan lelaki. Selama lebih 5 tahun saya hanya bergaul dengan pelajar perempuan saja..."
"So?"Athirah terdiam, tidak tahu harus berkata apa.


"Tira, awak jangan ingat saya tak nampak apa yang berlaku tadi. Saya nampak awak memang mula-mula kekok tapi lama kelamaan saya rasa awak pun suka dapat berborak, berbual sekaligus mengenali dia. Bukan begitu?"
Dia diam lagi, namun kata-kata Farah tidak dapat dinafikan.


"Saya mahu dia menjadi lelaki pertama yang dapat berbuat begitu kepada awak. Kenapa? Sebab dia ketua tingkatan dan awak pula penolong ketua tingkatan. Pasti kelak awak perlu bercakap dan bergabung tenaga dengan dia. Jika tidak mula sekarang, bila lagi? Takkan selama-lamanya awak nak simpan perasaan malu tak bertempat awak itu?"


"Ya, saya tahu. Maafkan saya ya, Farah. Saya tahu saya perlu berubah..." Athirah nekad. Dia perlu membuang sedikit perasaan malunya itu.
"Baguslah kalau begitu. Saya tumpang gembira..."
"Oh ya, tadi awak kata ada seseorang akan bertanyakan pasal saya. Siapa?" Athirah membuka semula topik yang ditangguhkannya tadi. Farah sudahpun menghabiskan sotonya. Air teh di cawan diteguk sampai habis.


"Siapa?" ulang Farah pula. Athirah menganggukkan kepala.
"Kita kembali selepas ini...!" ucap Farah, bak pengacara TV lagaknya. Dia terus mencapai mangkuk plastiknya dan mengisi semula soto kegemarannya. Perutnya masih terasa ingin diisi.


"Farah!!" jerit Athirah, geram sebaik sahaja Farah sempat mengenyit mata kepada Athirah. Athirah membuntang mata.Farah memang suka menyakat orang, bisik hatinya.
‘Siapa pula?’ Athirah bertanya dalam hati. Namun hanya satu bayangan yang hadir di benaknya. Lelaki itu... Tidak mungkin!

*******************************


"Hai..."


Athirah berpaling. Jejaka yang segak berpakaian pengawas itu tersenyum kepadanya. Di tangan kanannya memegang kot biru tua sementara bahu kirinya memegang beg sandang. Athirah membalas senyum. Dia sempat melihat lencana yang berada di baju pengawas itu. Sama. Nampaknya mereka satu sekolah. Dia masih ingat, lelaki itulah yang berucap di hadapan pentas semasa kesemua pelajar tingkatan 6 Rendah berkumpul di dewan sekolah semalam.


"Hai..."
"Awak sedang menunggu Farah Diana ke?" Emir membuka bicara. Sudah tentulah menunggu Farah, takkan menunggu dirinya pula!
"Ya," pendek balasan dari Athirah.


"By the way, nama awak Siti Athirah Anum bukan?" tanya Emir, pura-pura tidak tahu lagaknya. Dia tidak sangka akan bertemu dengan Athirah di situ. Barangkali Farah dan Athirah akan pergi ke sekolah bersama-sama pada hari itu. Jika tiap-tiap hari begitu, pasti dia akan sentiasa bertemu dengan gadis itu di sini.


"Ya, saya. Bagaimana awak boleh tahu nama saya?" tanya Athirah pula, hairan. Dia masih tidak berkenalan dengan lelaki itu. Bagaimana pula dia bisa tahu namanya? Nama penuh pula itu!
Emir tertawa kecil.
"Saya sudah lama tahu..." Athirah mengerut dahi. Tidak memahami.
"Oh ya, lupa pula saya nak memperkenalkan diri saya. Saya Emir. Emir Imran..."


"...bin Dato’ Zahran!" sambung Farah tanpa sempat Emir menghulurkan tangannya kepada Athirah. Farah tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh kepada Emir yang sedang merenungnya tajam. Farah benar-benar mengganggunya!
"Anak Dato’?" ulang Athirah sebaik sahaja mengetahui nama ayah kepada Emir yang berpangkat tinggi itu.
"Err.. ya," Emir membalas.


"Dia bukan saja anak Dato’, Tira. Malah, dia juga ketua pengawas di sekolah kita," tambah Farah lagi. Emir membeliakkan matanya kepada Farah, berharap Farah tidak lagi memalukan dirinya seperti kejadian semalam. Apatah lagi di hadapan gadis nan ayu itu.


"Wow! Ketua pengawas? Bagusnya. Kebetulan penolong ketua pengawas juga sama berjiran, kan? Boleh saling menjalankan tugas dengan baik," Athirah memuji. Athirah sempat merenung seraut wajah lelaki itu. Wajahnya persis pelakon dan pengacara Awal Ashaari.


"Yalah sangat..." bisik Farah sambil menjeling kepada Emir.
"Emir kata Emir sudah lama tahu nama saya? Dari mana Emir tahu? Dari siapa?"
Farah terpempan.
"Kita satu sekolah semasa di sekolah rendah dahulu. Ingat?"


Athirah memikir sejenak. Cuba mengingati tetapi tidak berjaya. Dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Padanya, inilah kali pertama dia berjumpa dengan jejaka bernama Emir itu.
"Erm, jom kita bertolak sekarang. Sudah pukul 7.15 ni. Nanti lambat pula kita ke sekolah," Farah memintas. Dia teruk menarik Athirah ke dalam perut kereta. Dibiarkan nanti teruk pula jadinya.


"Farah, kau tak cerita pasal aku kat dia ke malam semalam? Kan aku suruh kau..." Emir menyoal sebaik sahaja Athirah sudah dimasukkan ke dalam kereta.
"Ouchh!!" satu cubitan hinggap di pinggang Emir.
"Sabarlah woi. Karang aku ceritalah. Kau ni tak sabar betullah..." bisik Farah ke telinga Emir agar tidak didengari oleh Athirah. Dia terus menyeluk saku yang terdapat dalam poket baju sekolahnya. Dibuka enjin kereta itu.


"Woi, Farah..." tingkap cermin kereta diketuk beberapa kali. Farah membuka sedikit cermin kereta itu.
"Aku ikut kau sekali, boleh?" pinta Emir. Sebenarnya dia berharap dapat berbual lagi bersama dengan Athirah.


"Kau nampak kereta Mercedez kau kat nun di sana? Dari kau naik kereta aku yang tidak seberapa ini, baik kau naik kereta mewah kau tu. See you at school, dear! Taaaa..." terus Farah menekan minyak dan meninggalkan Emir yang terpinga-pinga di situ. Dia sempat melambai kearah Emir.


Emir merengus geram. Dibuka pintu keretanya lalu dilempar kasar segala kot dan beg sandangnya ke dalam perut kereta. Dia mencengkak pinggang. Sudahlah semalam dia disiram dengan air dan terjatuh sehingga sakit pinggang dibuatnya. Hari ini sengaja pula Farah mengelakkan dirinya dari berbual lebih lama dengan Athirah. Farah memang sengaja ingin mengenakan dirinya. Malah, pinggangnya yang dicubit sebentar tadi semakin menambahkan kesakitannya.


Beberapa ketika selepas itu, Emir terus menderum laju meninggalkan kediaman villanya...


*********************************************


FARAH tertawa besar. Suka sekali dia dapat mengenakan Emir yang bongkak itu. Kadangkala timbul juga perasaan kasihan terhadap lelaki itu. Entah mengapa dia rasa hanya dia saja yang mampu melakukan itu semua terhadap Emir. Mungkin kerana Emir merupakan teman sepermainannya sejak kecil. Athirah tersenyum melihat gelagat Farah itu walaupun dia masih tidak memahami apa yang terjadi sebenarnya.


"Apa sebenarnya yang terjadi, Farah? Saya masih tertanya-tanya..."
Tawa Farah kembali reda. "Padan muka dia! Baru dia rasa siapa Farah Diana yang sebenarnya. Awak masih ingat tak semalam ada bunyi suara lelaki semasa awak menelefon saya?"


Athirah menganggukkan kepalanya. Dia masih ingat.
"Dialah orangnya! Dan dia juga orang yang bertanyakan pasal awak semalam..."
"Maksud awak, Emir Imran?"
"Ya. Awak tak kenal Emir ke? Dia satu sekolah dengan kita juga cuma dia bukan sekelas. Awak kelas 6 Seroja dan dia pula dari kelas 6 Murni..."


Lantas Athirah teringatkan seseorang dari kelas yang dimaksudkan oleh Farah itu. Ada seorang lelaki yang begitu disegani ramai kerana status ayahnya yang berpangkat tinggi. Malah, lelaki itu juga begitu popular kerana ketampanan dan kemewahan yang dimilikinya. Dia pernah mendengarnya tetapi dia langsung tidak pernah menemui lelaki itu dek kerana kesungguhannya menghadapi peperiksaan UPSR pada waktu itu. Dia langsung tidak menghiraukan itu semua.


Jadi, Emir Imran lah yang dimaksudkan oleh Farah?
"Oh, saya ingat..."
"... tetapi kenapa dia tanya pasal saya?"


"Tak ada apa-apa. Cuma dia excited dapat jumpa kawan satu sekolah rendah..." balas Farah. Takkan pula dia mahu memberitahu Athirah bahawa lelaki itu pernah meminatinya suatu ketika dahulu dan kini berusaha untuk menagih kasih dari sahabatnya itu? Dia tidak akan sesekali memberitahu. Biarlah Emir yang berusaha sendiri mendapatkan cinta dari Athirah itu, tetapi baginya tidak mudah. Jika Emir seorang yang sukakan cabaran, malah Athirahlah orangnya.


"Oh..." Athirah hampa. Sangkanya pasti jejaka Johor yang bertanyakan dirinya semalam tetapi rupanya jejaka milik nama Emir Imran itu. Masing-masing mendiamkan diri sehingga kereta Farah sudahpun mendekati perkarangan sekolah mereka. Farah mencari tempat parkir untuk memarkirkan keretanya. Tanpa disedari, kereta Farah diparkir bersebelahan dengan kereta Raziff.


"Selamat pagi, Razif!" ucap Farah sebaik sahaja terlihat kelibat Raziff yang keluar dari perut keretanya. Athirah turut sama keluar dari dalam kereta itu.
"Selamat pagi..." Raziff memandang Athirah. Raziff tersenyum kepadanya. Lambat-lambat Athirah membalas senyuman itu. Malu. Gelabah. Takut. Semua ada. Farah pula hanya tersenyum penuh makna melihat Raziff dan Athirah itu.


‘Opss.. pasti ada sesuatu yang tidak kena...!’
posted by Penulisan2u @ 4:40 PTG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Kalau dah jodoh 2
Nama Pena : drsakura

3. :: DARI JAUH ::

Akhirnya bas tiba di destinasi terakhirnya, stesen bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. Lantas aku turun dari bas. Kelihatan kawasan sekeling masih sunyi memandangkan jam baru menunjukkan pukul 5 pagi. Lantas aku ambil beg bajuku dan duduk di suatu sudut menantikan kehadiran Kak Ain yang berjanji hendak menjemputku di sini. Ikutkan hati ingin saja aku pulang ke Perak,tempat kelahiranku walaupun aku tahu tiada siapa yang menantikan ku di sana. Namun atas pujukan kakak sulungku, Kak Ain ,aku akhirnya tiba di sini. Sedangku menanti kehadiran Kak Ain menjemputku, aku lihat dari jauh Syu sedang menunggu seseorang sambil sesekali dia melihat jam tangannya. Nyata sekali dia tak berapa selesa dengan keadaan di situ yang masih sunyi.

"im," terdengar panggilan Kak Ain memanggilku menandakan dia sudah tiba untuk mengambil aku pulang.
"kak Ain," lantas aku menyalami tangan Kak Ain.
"dah lama sampai? Maaf kak lewat sikit. Dah jom balik,"
"emm jap kak....em kita tunggu jap leh tak? Kita duduk sembang-sembang dulu kat sini. Dah lama im tak sembang ngan kak kan???,"
"la.dah rindu sangat kat kak ke? Kan selalu je kita sembang kat dalam fon. Kalu ye pun nak sembang kita sembang kat rumah la cik adik sayang oiii," bicara Kak Ain sambil tergelak kecil jelas menampakkan lesung pipitnya.
"emmm takpun..kita makan dulu nak tak?tu ada gerai kat situ.nampak cam sedap je. Im tengah lapar ni" kataku lagi cuba mencari alasan untuk menemani insan itu dari jauh.
"haa im,kamu ni kenapa?pelik benor perangai kamu ni. Kalu lapar kak dah masakkan nasi lemak kukus kegemaran kamu kat rumah,"bicara kakakku yang jelas terkejut dengan sikap pelikku yang tiba-tiba muncul.
"emm ala kita tunggu la kejap. Im kesian tengok dia sorang-sorang. Lepas ayah dia datang kita baliklah," kataku terus berterus-terang setelah penat mencari alasan.
"laa kan senang kalu terus-terang."kata Kak Ain terus tergelak pabila memikirkan perangai pelik adiknya yang seorang ini.
"segan la".
Kak Ain terus menyambung gelaknya mendengar jawapanku. Lantas dia duduk bersebelahanku.
"tu ke Syu yang im cita kat kak hari tu,"tanya Kak Ain sambil tersenyum kecil. Jelas sekali aura ’pengorek rahsia’ dah terasa di sekelingku. Aku diam tidak menjawab soalan Kak Ain.
Tak lama kemudian, dari jauh kelihatan kereta waja menghampiri Syu. Lalu seorang lelaki yang ku pasti ayahnya keluar mengangkat beg bajunya lalu Syu pergi meninggalkan stesen bas itu.
"dah kak jom balik. Im lapar,tak sabar nak makan nasi lemak kukus kak ni",kataku lantas terus ke kereta Kak Ain,meninggalkannya yang masih mengelakkanku.
posted by Penulisan2u @ 4:38 PTG   18 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Takdir Cinta Luka 2
Nama Pena : ILYA ABDULLAH

BERLARI-lari anak Batrisyah mendaki anak tangga. Entah apalah malang hari ini lif bangunan terbabit rosak. Terpaksalah dia menapak anak tangga. Berpeluh satu badan dibuatnya. Bau wangi sudah bertukar masam. Merungut-rungut Batrisyah di dalam hati. sudahlah hari ini ada meeting di pejabat. Lif boleh buat hal pulak! Batrisyah mengesat peluh di dahi. Semput dia jika berterusan begini.
"Kesian makcik seorang ini termengah-mengah daki tangga." Entah bila Syed Ibtisyam terpacul di hadapannya! Hampir luruh jantung Batrisyah dibuatnya. Kalau dia sakit jantung mahunya mati terkejut dia di situ jugak. Kurang asam betul mamat seorang ini. Nak tegur orang bukannya tahu beri salam dahulu!
"Kau ini tak tahu bagi salam dulu ke nak tegur orang. Kalau saya mati terkejut macam mana?" gumam Batrisyah. Hari ini seorang diri pula mangkuk ayun ni. Mana pulak pergi kawan baik dia? Selalu berdua saja macam belangkas.
"Tak baik cakap macam tu. Kalau awak mati jadi dudalah saya." Syed Ibtisyam buat muka sedih. Kemerah-merahan muka Batrisyah yang putih gebu itu. Memang cantik!
"Bila masa pulak aku kahwin dengan kau! Kau bagi emas satu gunung pun tak hingin aku kahwin dengan mamat poyo macam kau!" Batrisyah melenting.
"Ha! Ha! Ha! Kau ni makin garang dengan aku. Tak baik tahu. Mula-mula marah nanti lama-lama jadi suka." Batrisyah mencebik. Siapa yang tergila-gilakan mamat tiga suku ini ntah.
"Jangan haraplah aku jatuh hati dekat buaya darat macam engkau Ib. Tepi! aku nak lalu." terjegil biji mata bila Syed Ibtisyam tidak mahu berkalih dari tempat dia berdiri. Menyeringai Batrisyah. Sudahlah ada tiga tingkat lagi perlu dia daki. Mahu tercabut lutut ni. Syed Ibtisyam tersengih-sengih. Bukan senang dapat berbual berdua-duaan dengan gadis ayu itu begini.
"Tapi aku memang cintakan kau. Aku benar-benar sukakan kau Risyah." nada suara Syed Ibtisyam sedikit bergetar. Batrisyah tersentak. Tergamam dia dengan kenyataan Syed Ibtisyam itu. Syed Ibtisyam semakin menghampiri. Batrisyah undur beberapa langkah.
"Jangan mengarut!" getus Batrisyah. Pantas dia melepasi tubuh Syed Ibtiysam. Malas dia mahu melayan lelaki tidak betul tu. Syed Ibtisyam mengeluh kecil. Apakah Batrisyah fikir dia hanya bermain kata?
Batrisyah menolak pintu kaca itu dengan wajah lesu. Peluh memenuhi segenap ruang wajahnya. Batrisyah mengetap bibir. Kata-kata Syed Ibtisyam bermain-main dalam mindanya. Argh! Pedulikan lelaki itu!
"Baru lepas berjogging ke Risyah?" tegur Azam sebaik saja Batrisyah meletakkan beg galasnya di kerusi. Batrisyah menjeling Azam.
"Lif rosak. So kenalah exercise pagi-pagi begini."
"Makin kurus keringlah kau Risyah kalau hari-hari lif buat hal. Aku tak kisah panjat tangga. Aku memang ada niat nak kempiskan perut ni hah. Boroi sangat! Wife aku pun dah merungut." Azam menunjukkan perutnya yang agak boroi sedikit itu. Batrisyah ketawa kecil. Lelaki bila dah kahwin mesti buncit kat perut. Kadang-kadnag mengalahkan isteri yang mengandung.
"Risyah you sudah siapkan laporan syarikat bulan ini?" Puan Suria mencelah. Batrisyah anggukkan kepala. Segalanya telah diselesaikan. Bersengkang mata dia menyiapkan laporan berkenaan. Puan Suria menarik nafas lega. Batrisyah selalu menyiapkan pada waktu yang ditetapkan. Gadis itu terlalu kuat bekerja sampai mengabaikan kesihatan dirinya.
"Ini laporan untuk mesyuarat nanti. Saya sudah semak dua kali laporan ini. Rasanya sudah cukup lengkap." Batrisyah hulurkan laporan berkenaan kepada Puan Suria. Puan Suria menyemak laporan tersebut. Ternyata Batrisyah seorang yang teliti menyiapkan kerja-kerjanya.
"Thanks Risyah. Tidak sia-sia I punya pembantu yang cekap macam you. Lunch hour nanti I belanja you makan."
"Okay. Belanja saya makan ikan bakar. Rindu benar dengan ikan bakar di gerai Mak Jah." Batrisyah mengenyitkan mata. Puan Suria tersenyum. Batrisyah sering nampak ceria. Namun bila sesekali panas barannya datang habis satu ofis terasa bahangnya. Batrisyah jenis yang cepat panas dan sejuk hati.
Batrisyah bukan tidak cantik orangnya malah sudah lebih cantik. Kulitnya putih bersih dan agak kemerah-merahan bila terkena cahaya matahari begitu jua ketika dia sedang marah. Ditambah pula dengan tahi lalat kecil pada bibirnya yang merah itu. Manis orangnya. Hanya satu yang kurang pada wajah gadis itu senyuman yang betul-betul ikhlas lahir di hatinya. Puan Suria kesian dengan anak gadis itu. Usia sudah hampir menjangkau 30-an tapi dia masih bersendirian. Batrisyah pernah bertunang tapi dia lari masa majlis perkahwinannya. Tidak tahu apa puncanya Batrisyah bertindak sedemikian. Tunangnya pula terpaksa berkahwin dengan adiknya sendiri demi menjaga nama keluarga. Puan Suria yakin Batrisyah lakukan itu dengan bersebab. Batrisyah bukan gadis liar yang suka ke hulur-hilir tidak menentu. Gadis itu hanya tahu balik rumah dan bekerja. Itu rutin harian Batrisyah setiap hari.
"Mesyuarat akan start lima minit lagi. Siapa mahu sediakan minuman untuk meeting hari ini. I bab buat air-air ini tak pandailah." Zila dengan perut yang memboyot terpacak depan pintu bilik pejabatnya. Puan Suria gelengkan kepala.
"Habis laki you minum air apa? Air longkang." Puan Suria bercekak pinggang. Zila tersengih.
"Tak mengapalah. Saya yang sediakan minuman pagi. Biskut dekat pantry masih ada lagi atau sudah tinggal sisa. Dalam ofis ini hanya ada seorang yang kuat melantak" Batrisyah mengerling ke arah Zila. Zila mencebik. Tahu sangat kata-kata Batrisyah itu ditujukan kepada dia.
"Jangan risaulah biskut you masih ada satu tin penuh lagi Risyah. I cuma usik satu tin saja." balas Zila selamba.
"Saya tidak kisahlah. Sekurang-kurangnya biskut yang saya beli tidak membazir." Batrisyah tersenyum lalu menuju ke pantry. Zila membuntuti dari belakang. Bahu Batrisyah dipegang lembut.
"Biar aku bantu kau." Ligat Zila membuka penutup botol Nescafe. Batrisyah menjerang air panas.

HABIS mesyuarat Batrisyah bersandar lesu pada kerusinya. Sakit punggung duduk tiga jam dalam bilik mesyuarat. Encik Zulkifli bila sudah bercakap punyalah panjang lebarnya sampai Azam dan Fadhil menguap berkali-kali. Zila pula siap menongkat dagu dengan muka separuh bosan. Puan Suria dan Encik Asmadi saja yang tahan dengar bebelan Encik Zulkifli. Batrisyah sendiri juga bosan dengan mesyuarat jika makan masa berjam-jam lamanya. Begitulah reaksi pekerja-pekerja di Lavender’s Associates bila duduk dalam bilik mesyuarat.
Azam dan Fadhil sudah kembali menyiapkan tugasan masing-masing. Hilang terus mengantuk mereka dalam bilik mesyuarat tadi. Zila menghilang ke bilik pejabatnya bersama fail-fail akaunnya. Batrisyah duduk mengadap komputernya yang masih tidak disentuh. Ada juga beberapa surat yang perlu dia taipkan segera untuk ditandatangani
Encik Zulkifli. Esok ketuanya itu sudah berangkat ke Terengganu bagi menghadiri mesyuarat projek di sana. Encik Asmadi pun akan turut pergi bersama. Surat-surat itu pula hanya boleh ditandatangi oleh Encik Zulkifli atau Encik Asmadi. Baru saja jemari runcing Batrisyah ingin menekan papan kekunci, telefon atas mejanya berdering. Batrisyah merungut kecil lantas mengangkat ganggang telefon.
"Assalamualaikum…Batrisyah ke?" Batrisyah seakan kenal dengan suara tersebut. Dia mengerutkan dahi.
"Waalaikumsalam…apahal call Risyah ni? Mana abang dapat direct line ke bilik ofis Risyah?" balas Batrisyah. Bagaimana pula Ku Izham dapat nombor telefonnya. Tak mungkin dari Syakila pula. Syakila tidak pernah menyimpan nombor telefon dia baik telefon pejabat atau telefon bimbitnya.
"Sorry lah if abang ganggu Risyah. Abang minta nombor Risyah pada Qais. Abang ada hal penting nak minta tolong Risyah." suara Ku Izham seperti orang cemas. Tentu masalah abang iparnya itu berat.
"Hal apa yang abang nak minta tolong dari Risyah. Risyah akan cuba bantu apa yang terdaya."
"Susahlah abang nak cerita dengan Risyah dalam telefon ni. Apa kata lunch time nanti abang datang ke ofis Risyah. Boleh ke Risyah?" Batrisyah diam sejenak. otaknya berputar ligat. Tidak ada salahnya jika dia keluar bersama Ku Izham. Ku Izham abang iparnya. Abang iparnya itu perlukan pertolongan dari dia. Tiada sebab Syakila perlu cemburu.
"Baiklah. Abang tahukan Restoran Kereta yang berdekatan ofis Risyah" Abang tunggu Risyah kat situ. Tidak perlu kita keluar jauh-jauh." Batrisyah menyatakan persetujuannya.
"Terima kasih Risyah." Ku Izham menarik nafas lega. Batrisyah saja satu-
satunya harapan yang dia ada. Dia yakin Batrisyah akan membantunya.
Tidak sampai sepuluh saat Batrisyah meletakkan ganggang telefon…telefon atas mejanya itu berdering lagi. Batrisyah mengetap bibir. Siapa pula pemanggilnya kali ini.
"Hello…Assalamualaikum."
"Hai sayang. Busy ke?" suara Syed Ibtisyam dalam talian.
"Saya tidak akan menjawab panggilan yang tidak tahu beradab." Batrisyah hempaskan ganggang telefon. Syed Ibtisyam bukan boleh dilayan sangat. Tiga suku! Telefonnya berdering lagi. Batrisyah membiarkan saja. Tangannya ligat menekan papan kekunci. Deringan itu akan behenti bila pemanggilnya sudah jemu. Tepat jangkaan Batrisyah. Telefon atas mejanya itu senyap setelah belasan kali berdering.
"Berilah si Ib itu peluang Risyah?" Puan Suria tiba-tiba muncul depan mejanya. Batrisyah mencebik bibir. Untuk apa? Syed Ibtisyam bukan jenis lelaki yang serius dalam pehubungan. Kalau boleh Batrisyah tidak mahu terlibat dalam soal hati dan perasaan lagi.
"Aik....sejak bila akak jadi orang tengah mamat tiga suku itu pulak?" Batrisyah mengalih pandang menatap skrin komputernya.
"You gelar Ib mamat tiga suku. Tak patut betul you ini Risyah. Ib itu masih waras lagi. Kalau tidak…dia tidak akan duduk kerusi pengurus dekat syarikat daddy dia."
"Waras apanya kalau hari-hari keretanya block belakang kereta saya. Alasan korup dia tempat parkir kereta penuh." gerutu Batrisyah. Puan Suria ketawa kecil. Kerap dia dengar Batrisyah membebel pasal Syed Ibtisyam yang suka cari pasal. Syed Ibtisyam pula memang suka menyakat Batrisyah. Ada saja akalnya untuk buat gadis tinggi lampai itu meradang. Sesekali Puan Suria akan masuk campur bila keadaan menjadi keruh. Faham-faham sajalah dengan sikap panas baran Batrisyah.
"Ib suka nyakat you saja Risyah. Sebabnya dia sukakan you. Cuba you control sikit panas baran you itu. Janganlah asyik berjumpa you dengan dia nak bertekak. Macam anjing dengan kucing."
"Tiada perkataan berdamai untuk kami berdua kak." cebik Batrisyah. Hilang mood untuk menyambung kerja bila nama Syed Ibtisyam menjadi topik perbualan. Batrisyah mengemas kertas-kertas yang berselerakkan atas mejanya. Rasanya lebih baik dia keluar makan tengahari lebih awal. Seminit lagi jarum pendek pada jam tangannya akan menunjukkan pukul satu. Batrisyah mencapai handphone dan beg duitnya.
"Jarang you keluar lunch, Risyah? Ada apa-apa ke ni?" Puan Suria bertanya.
"Ada date with my brother in law. Akak nak join sekaki ke? Handsome jugak orangnya. Mana tahu boleh akak boleh jadi bini nombor dua dia. Risyah tidak kisah jadi adik ipar akak. Akak pun dah lama menjandakan." Batrisyah mengusik. Puan Suria menjegilkan matanya ke arah gadis itu. Batrisyah ketawa. Pantas dia meloloskan diri dari Puan Suria. Dia melambaikan tangan pada wanita itu lalu menuju ke pintu keluar. Puan Suria mendengus kecil. Risyah…Risyah…Risyah…

"ASSALAMUALAIKUM. Sorry Risyah…abang lewat sikit. Tersangkut dengan kesesakan sedikit tadi. Faham-fahamlah time lunch ni." ujar Ku Izham lembut. Dia tarik kerusi yang bertentangan dengan adik iparnya itu. Matanya tidak berkelip memandang gadis ayu yang bertudung biru air laut itu. Gadis itu secantik kakaknya.
"Waalaikumsalam. Never mind. Risyah tidak menunggu lama di sini." balas Batrisyah. Bertuah Syakila punya suami seperti Ku Izham. Lelaki itu amat baik dan memahami. Tidak mudah melenting dengan perkara-perkara yang remeh. Berlainan dengan sikap Syakila yang mudah cemburu buta tidak tentu hala. Syakila dan Farisya memang serupa.
"Madam Sya tahu ke abang jumpa Risyah ni?" Ketawa Ku Izham mendengarnya. Batrisyah sesekali pandai bergurau biarpun gadis itu berwajah agak serius.
"Tak…abang tak beritahu dia pun. Abang mahu bagi surprise pada Sya sempena ulang tahun perkahwinan kami. So abang perlukan bantuan Risyah sikit. If Risyah keberatan untuk membantu abang tidak memaksa."
"Okay. Jika tidak terlalu berat mungkin Risyah boleh membantu. So bantuan apa yang abang mahukan dari Risyah?"
"Begini…abang ada beli kondominium dekat-dekat area Cheras. Maklumlah sebelum ini kami hanya menyewa pangsapuri sejak berkahwin. Teringin juga mahu ada rumah sendiri. Masalahnya sekarang wang untuk duit muka kondo itu pula yang tidak mencukupi. Mulanya memang abang dah sediakan duit secukupnya tapi kakak kau perlukan duit untuk pulangan model bagi produk kecantikkan yang dia jual. Kau sendiri pun tahu macam mana sikap Syakila. Boros berbelanja. Duit gaji kerja dia abang tidak pernah usik sesen pun tahu." jelas Ku Izham.
"Kondominium yang abang beli tu surprise untuk wedding anniversary abang dengan Kak Sya nanti ya. Best nya…Risyah cuma mampu beli rumah teres biasa je."
"Tapi sekurang-kurangnya Risyah ada kehidupan Risyah sendiri. Rumah ada. Kereta ada. Kerja pun okay." Batrisyah mengorak senyuman. Ya dia punya kehidupan sendiri tapi dia kesunyian. Tiada seorang teman setia berada di sisinya. Perasaan itu disimpan jauh dalam lubuk hatinya.
"Berapa yang abang perlukan lagi untuk duit muka kondo tu?"
"Dalam RM 5,000.00 lagi. Abang janji abang pulangkan semula duit yang abang pinjam pada Risyah." Raut wajah Ku Izham penuh mengharap. Batrisyah diam sejenak.
"Abang tidak memaksa. Abang tidak marah jika Risyah tidak dapat membantu. Jumlah yang abang minta itu bukan sedikit." Ku Izham menundukkan sedikit kepalanya. Sebelum ini pun Batrisyah sudah banyak membantu.
"Baiklah. Risyah akan bantu abang." Batrisyah memberi kata putus. Dia menyedut perlahan air tembikai dalam gelas besar itu.
"Abang tak salah dengar ke Risyah?" Berkelip-kelip mata Ku Izham bagaikan tidak percaya apa yang telinganya dengar sebentar tadi. Wajah yang malap menjadi ceria.
"Iyalah. Risyah akan bantu. Tapi janji bayar balik wang Risyah pinjamkan itu. Bayar sikit-sikit pun tidak mengapa."
"Terima kasih Risyah. Terima kasih…..Terima kasih banyak-banyak." ucap Ku Izham kegirangan. Batrisyah hatinya amat tulus. Namun hati itu sering disakiti. Ku Izham sendiri tidak mengerti mengapa Syakila amat membenci Batrisyah. Batrisyah bukan orang lain tapi adiknya sendiri. Malah isterinya itu asyik mengungkit-ungkit tentang cerita lama. Kononnya Batrisyah adik yang tidak mengenang budinya. Ku Izham tidak berani mencampuri urusan Syakila adik-beradik. Dari pandangan matanya Batrisyah bukan gadis yang tidak tahu membezakan baik dan buruk. Hanya mereka yang buta saja tidak tahu menilai kebaikan hati gadis itu.
"Terima kasih saja tidak cukup tau. Lunch hour ni abang kena belanja Risyah ye. Boleh jugak Risyah berjimat sedikit." terukir senyuman di bibir Batrisyah.
"No problem. Tapi Risyah kena makan banyak-banyak sikit. Abang tengok Risyah ni makin kurus. Kurus sangat tak berapa cantik Risyah. Suami nak peluk pun fikir dua tiga kali."
"Siapa nak kahwin dengan Risyah yang jahat ni. Majlis perkahwinan sendiri pun Risyah lari. Memalukan keluarga pulak tu." suara Batrisyah mendatar.
"Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, Risyah. Mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Pada abang Risyah gadis yang baik. Abang tahu Risyah menyembunyikan sesuatu. Tapi Risyah kena fikirkan masa depan Risyah juga."
"Ermmmm…Risyah tidak kisah jadi andartu asalkan orang yang Risyah sayang bahagia." Itulah jawapan yang sering keluar dari bibir Batrisyah. Dia lebih mementingkan kebahagiaan orang lain dari kebahagiaannya sendiri. Kau terlalu baik untuk dilukai Batrisyah. Tapi sampai bila Batrisyah? Sampai bila kau ingin berkorban? Hati kecil Ku Izham mengeluh.
posted by Penulisan2u @ 4:35 PTG   12 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Cinta, On the spot 2
Nama Pena : Fara Syafiea

Aku berdiri sambil termenung nengok satu satu tren yang lalu depan aku.. mata tak usah dikata la.. melilau jer.. malu aku malu.. bila keluar result macam tu.. tapi nasib baik Cuma test and nasib baik ader lagi yang dapat rendah dari aku...

Pap!! Mata aku terbeliak bila nengok semua buku aku jatuh tetiba je. Bahu pun sikit punya teras sakit la. Buku aku kutip satu satu sambil mata aku nengok insan yang ‘bertuah’ yang langgar aku ni.

Fara Adelia mengeluh panjang.. hmm manusia mana lagi la yang suka wat macam ni pada orang yang tidak dikenalinya kalau bukan minah gedik nih.. apa ke malang la nasib aku asyik berjumpa ngan minah ni je..

Natasha hanya tersenyum sinis.. "opss.. so sory!! Tak Nampak lah!!" Dia ketawa perlahan. sengaja mahu menyakiti hati perempuan yang pernah menyakiti hatinya dahulu.

"Ouh.. blind eh" Fara Adelia berkata selamba..

"Hei you!!"

"What??"

"You ni tak pernah belajar cara nak respect orang ker"

Huh.. Dah la datang langgar orang.. pastu kata cam tu.. buat buat ketawa lagi.. and now boleh pulak minah ni kata ‘you ni tak pernah belajar cara nak respect orang ker’ Fara Adelia mencebik.. perempuan di hadapannya itu dilihat sekilas..

Hmm.. nampak la cam anak orang kaya.. coz tu la pakai baju macam tak cukup kain.. tapi rajin la pulak minah ni naik ERL ni.. anak orang kaya naik Erl.. hahaha cam lawak je.. tak der maknanyer.. ni mesti pempuan ni yang teroverdost bila pakai baju itu yang Nampak sebijik cam orang kaya.. huhuhu..

"Huh.. dah la tak reti respect orang .. suka berangan pulak tuh.. !! memang sesuai la tu ngan yourself.. Kolot!!"

Woii.. ini boleh mendatangkan kemarahan..

"Dah la tu nasha.."

Adelia berpaling disaat mendengar suara itu.. dia mencebik.. lelaki ni lagi ker??

"No.. I takkan stop selagi disrespectful girl ni tak minta maaf.."

Huh.. aku dikata disrespectful girl.. itu kamu bukan aku lorh..

"Wait.. apa miss cakap tadi I direstpectful girl.. by the way.. sebenarnya yang tak reti respect orang tu you or me..

because of you i`m late

because of you my shoulder get hurt

Because of you I get lowers mark for the exam..

And because of you… my life tend to be crowded..

All of this because of you.. you know that.."

Hah ambil kau.. skali aku speaking baru kau tahu.. ingat diam diam aku ni takut ker… cukuplah kau crowdedkan hidup aku tau!!

"Hah.. that your fault not me.. by the way..

‘by the way’ Cis.. tiru ayat aku..

"You said you get lower mark right.. serves your right.. dah memang tak pandai buat jela cara tak pandai.. ni nak salahkan orang pulak.. so.. pity!!"

Hei.. tak faham bahasa sungguh!! Fail ditangan diselak kasar.. aku mengeluarkan segala jenis paper test n quiz yang pernah aku buat dulu.. nak tunjuk sikit.. biar terbeliak biji mata minah gedik nih.. aku baling kertas tu kat atas kerusi yang terletak indah kat depan aku nih..

"I tak pandai.. so what this.. ini yang membuktikan betapa I tak pandai.. .."

Kertas dipaper dilihat sekilas.. terpampang semua keputusan yang pernah dia dapat sebelum ni.. law 90%.. business.. 85%.. account 82%.. ctu 90%.. itu yang percentages punya.. kalau yang lain 25/30.. 38/40.. 18/20.. and semuanya boleh dikatakan tinggi even tak full mark.. pantang betul aku bila orang mengata aku.. penat penat je aku belajar sesedap rasa maggi kari dia jer kata aku bodoh..

Gadis yang hanya dikenali sebagai Nasha mencebik.. itu pun aku dengar mamat sebelah dia ni la yang cakap..

"Dah lah penat la saya layan orang macam awak.. tak habis habis nak menyusahkan hidup saya.. kalau nak bergaduh sangat awak pergila dekat wrestling tu ker.. wwf tu ker.. gusti or else… jangan kacau saya.. n one more jangan pernah bagi saya tengok muka awak lagi.. because of saya ni da meluat dah tau tak.. fed up.. menyampah.. and bosan!!"

Fara Adelia berkata selamba sambil berjalan melepasi garisan kuning. Tepat dengan waktunya ketika itu juga transit erl datang.. dia lantas masuk ke erl tanpa memandang perempuan and pakwe dia tu a.k.a mamat hensem tu hah..

Pelik betul la aku.. nak je dia kena control oleh minah hitler tuh..

Dalam transit dari jauh aku Nampak mamat n miss hitler tuh!!.. kalau hari hari aku jumpa dia dekat stesen erl Bandar tasik selatan nih.. maunya masak aku..

opss.. bukab..bukan setakat masak.. maunya rentung!!

Opss.. wait wait.. hujung jarinya mengetuk ngetuk kepalanya seketika

Jangan.. jangan..

jangan jangan minah and mamat ni pun tinggal kat putrajaya kot..

ouh.. my GODNESS!!
posted by Penulisan2u @ 4:32 PTG   15 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Pion oh Pion 2
Nama Pena : Benangmas

"Adoii..sakitnya..hoi buta ke?" kapcai kesayanganku tertiarap menciun jalan ber tar. Aku menjerit kuat apabila tuan punya kereta berwarna putih itu ikut suka hati aja revers ke belakang. Tak nampak ke aku yang tengah meunggang di belakangnya. Beberapa orang pejalan kaki menghampiri aku, mereka datang membantu mengangkat kapcai aku yang dah terbaring kelesuan. Surat menyurat yang aku isikan tadi ke dalam beg sandang semuanya bertaburan. Rempuhan yang sedikit kuat itu betul-betul memeranjatkan aku. Aku bukan main lagi berhati-hati bawak motor tapi sesenang hati aja manusia ni langgar aku. Tapi aku syukur..Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa aku ketika ini. Beberapa goresan luka terlekat di lenganku, aku abaikan seketika dek kepanasan dengan pemandu yang tak pernah masuk sekolah memandu agaknya. Pemandu kereta itu cepat-cepat memberhentikan keretanya. Dia bergegas keluar melihat apa yang terjadi. Aku yang telah pun duduk menyandar di sebatang pokok sambil dibantu oleh beberapa pejalan kaki tadi bangun berdiri sebaik sahaja pemilik kereta itu keluar.

"Saudara tak apa-apa ke..saya minta maaf.." kata mamat yang memakai cermin mata berbingkai hitam itu. Rambutnya tercacak macam duri landak.
"Saudara!... awak panggil aku, bute ke apa..."Aku geram. "Ada mata empat pun buta lagi." Beberapa pasang mata yang menolong aku tadi ketawa kecil.
"Maaf..maafkan saya cik. Saya tak perasan tadi. Cik tak apa-apa." dia sedikit gelabah apabila menyedari kesilapannya.
"Motor aku dah tersadai kat situ siapa nak bayar. Itu yang aku ingatkan langsung tak fikirkan tentang diri. Betapa benar aku sayangkan motor berwarna merah saga. Aku menunjukkan jari telunjukku ke arah motor yang tersandar. Hampir-hampir menitis airmata aku apabila melihat motor yang dah separuh hancur. Itulah hasil titik peluh aku bekerja dalam masa setahun ni. Hutang bank pun tak habis bayar lagi. Serpihan lampu yang hancur bersepah dia atas jalan ku pandang dengan perasaan geram. Dia turut memandang kapcai yang dah tak serupa kapcai. Aku sayang motor tu. itulah harta yang aku ada.

"Saya yang bayar cik.. jangan risau." Balasnya lembut. Beberapa orang yang menolong aku tadi beransur-ansur pergi. Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.
"Cik tak apa-apa ke?"...soalnya belum berputus asa. Pertanyaan kali ketiga itu menyebabkan aku terasa lenganku mengalir cecair dan sesekali terasa pedih mencucuk. Dan seperti ku duga pasti anggota badanku ada yang tercalar dan terluka.
"Err..tangan cik berdarah.."katanya sedikit cemas.
Aku menyeluk ke dalam poket seluarku mencari sapu tangan yang sentiasa aku bawa kemana sahaja, belum pun sempat aku menyeluk ke dalam poket kanan dia terlebih dahulu menghulurkan sapu tangannya yang berkotak kecil ke arahku. Tanpa banyak songeh aku terus rembat dan sapu sesuka hati. Biar padan muka dia. Kesan darah pada sapu tangannya aku hulurkan padanya. Dia menyambut tanpa rasa jijik. Nak tunjuk gentelmen lah tu.

"Ni kad saya..saya akan uruskan motor cik.."aku hanya diam membisu kad yang dihulurkan aku sumbat ke dalam poket baju. Dia hanya memerhati.
"Jom saya hantarkan ke klnik."
"Tak payah. Semua surat menyurat tu amanah bos, saya kena tunaikan hari ni." Aku memuncungkan bibir ke arah beg yang berisi surat menyurat. Jika tidak berlaku kemalangan itu sudah tentu aku sudah selesai menjalankan tugasku yang diamanahkan oleh En. Ahmad. Nak tak nak aku terpaksa selesaikan hari ini juga. Nanti tak pasal-pasal En. Ahmad kata aku memonteng pulak.
"Banyak ke."
"Tak lah banyak tapi nak kena hantarkan hari ni juga." Aku mula merendahkan suara aku apabila aku merasa tidak wajar terus terusan memarahinya. Benda dah nak jadi nak marahpun tak guna.
"Kalau macam tu biar saya tolong cik. Tapi kita kena selesaikan satu-satu.
Saya telefon formen ambil motor cik ni bawa ke bengkel, lepas tu kita ke klinik dan barulah kita setlekan surat-surat tu." Aku diam berfikir sejenak dengan cadangan bernasnya. Bagus juga cadangan mamat ni. Biar aku pulak menyusahkan dia kali ni. Lepas ni bukannya aku jumpa dia lagi dah..
"Ok.." balasku pendek. Dia cepat-cepat mengambil beg sandangku yang berisi surat-surat. Aku hanya memerhatikan sahaja kelakuaannya. Biarkan dia bersusah payah pula kali ini.

***********************************************************************

"Ni apa hal pulak balik rumah gelak gelak. Gila dah." Sergah kak Ayu ketika melihat aku gelak sesorang kerana cpu dalam kepala aku sedang mengimbas kemabli kejadian bersama mamat yang aku dera dengan menyuruhnya menghantar surat.
"Kau dah angau ke?.." soalnya lagi tidak berpuas hati dnegan sikapku yang mendiamkan diri tanpa menjawab soalannya. Hanya sengihan sahaja aku balas apabila memandang wajahnya yang setai menanti ayat yang terpacul dari mulutku.
"Apa lah kau ni kak Ayu sekejap kau kata aku gila sekejap tu pulak kau kata aku angau, yang mana satu pilahan kau ni...?" Kak Ayu tergelak kecil apabila aku mula dah nak start membebel.
"Kau lah yang pilih.." katanya menutupi kesialapan sendiri.
"Kalau aku pilih semua yang kau kata tu tak betul."
"Habis yang betulnya tu apa." kak Ayu masih belum berpuas hati
"Hanya orang gila aja ketawa sorang-sorang macam kau..."tambahnya
"Itu lah kau kak Ayu, suka sangat main tuduh-tduh, aku siuman lagi la yang aku ketawa tadi sebab otak aku sedang mengimbas kisah-kisah lucu petang tadi.
"Imbas kisah-kisah lucu.? Apa yang kau duk merepek ni. Citer apa yang lucunya." dia mula membaringkan badannya yang sedikit berisi itu bersebelahan denganku.
"Auwww!! Aku mengaduh hentakan badan kak Ayu tepat-tepat mengenai siku aku yang sedang berbalut.
"Kenapa dik.." terperanjat dengan jeritan tadi kak Ayu bingkas bangun.
"Tadi aku accident." Kak Ayu membutangkan biji matanya. Seperti terkena kejutan elektrik aja lagaknya
"Hah kau biar betul acccident, itu yang kau kata lucu. Hei kau memeng sewel lah."
"La kau ni kak Ayu tunggulah aku habis citer dulu. Tak menyempat betul lah kau ni. Gelojoh." Tukas ku geram. Kak Ayu cuma tersegih diam memasang telinga.
"Aku accident dengan seorang lawyer." Kak Ayu membulatkan matanya. Makin teruja pula dia mendengar kisah aku.

"Motor aku dah masuk bengkelah kak." Kataku sedih dia seakan tidak berminat mengetahui kapcai kesayangku yang kini sedang dirawat dengan lebih lanjut rasanya dia sekrang sedanagn meimikirkan cowok yang melnaggar aku.
"Jadi semua kerosakannya ditanggung beres oleh lawyer tu. Dia siap hantar kan aku ke klinik lagi...dan yang paling lucu dia jadi pion untuk aku kak." aku kembali ketawa kecil bila mengingati kejadian tadi.
"Jadi pion maksud kau?"
"Dia hantar semua surat yang aku kena hantar tu. Aku cuma menunggu aja dalam kereta macam bos kak. Eee..bestnya kalau aku jadi bos kan kak, aku boleh arahkan aja dia buat kerja. Kekadang aku sengaja kenakan dia. Dia ni tak berapa nak kenal lagi jalan-jalan kat sini maklumlah orang baru bertugas kat sini. Tapi dia bagitahu aku mak dia orang sini. Dah lama tak balik lah tu. aku suruh dia masuk jalan tu jalan ni sampai berpeluh dia kak. Kelakarlah tengok rupa dia masa tu. Kalau yang kena tu kau kak, dah lama aku pecah gelak."
"Eeee..jahatnya kau tak baik buat macam tu kat orang lah. Dia dah bertanggungjawab tu dah kira ok la. Kau ni bila lah nak berubah. Siapa nama dia? Sempat lagi kak Ayu bertanyakan nama lelaki itu dalam marah-marahnya.
"Awang.."jawabku sepatah. Awang tu sebenarnya aku yag taruk sendiri sebab kad namanya aku tak baca pun lagi. Kerja dia pun dia yang bagitahu aku yang dia tu lawyer..memang sesuailah dengan mulutnya tu..lawyer.lawyer buruk boleh arr.
"Awang... uniknya nama dia macam orang sabahkan aja ber awang-awang ni."
"Awang tu aku yang taruk lah kak. Aku belasah aja namanya sakit hati punya pasal aku tak dan nak tanya nama dia. Dia ada bagi kad nama tapi aku letak kat mana entah."
"Kau ni kan dik teruk betullah. Bila la kau nak ada pakwe kalau macam ni."
"Ala lepas ni bukan aku jumpa dia lagi dah. Sesekali aku nak pekena kan orang, time macam ni lah."
"Hensem tak?.."soal kak Ayu sambil tersengih sengih.

"Hensem.. macam wajah siapa yea..siapa erk..aku sengaja melambat-lambatkan kak Ayu semakin tidak sabar mengetahuinya. Dari berbaring aku terus duduk sebagai persiapan untuk aku larian pecut 100 meter. Aku saja nak kenakan kak Ayu yang bertambah semangat mendengar ceritaku.
"Macam rupa ni haa..Tuan Maarof bin Hj Salleh." Aku tersengih-sengih apabila melihat muka kak Ayu berkerut memikirkan siapa Tuan Maarof yang baru disebutkan aku tadi.
"Hoi nenek kebayan kau.." Kak Ayu membulatkan matanya apabila tahu siapa yang dimaksudkan aku. Dan aku pula apa tunggu lagi buka langkah seribu berlari ke bilik apabila kak Ayu mula mengejar. Nasib baik tak sempat kak Ayu nak cekau baju aku yang sedikit mengerbang ke belakang, jika tidak mahu merah segala badanku kena cubitan percuma darinya..
Tuan Maarof tu bakal bapak mentuanya yang berkulit hitam manis, perut sedikit boroi dan bergigi jongan. Tak baik tau aku mengutuk. Kak Ayu masih melekat dipintu bilikku. Aku tahu dia belum berpuas hati. Ah lantaklah kau kak. Aku dah belengas ni nak mandi
"Tak baik kau kutuk bakal pak mentua aku tu dik."
"Ala gurau aja.."
"Cepat lah wei hensem tak.." aku membiarkan aja soalan kak Ayu sepi tanpa jawapan. Biarlah hensm ke tak hensem janji aku dah kenakan mamat tu cukup-cukup hari ni.
Hai Awang..Awang...nasib lah kau.
posted by Penulisan2u @ 4:27 PTG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Beruk vs Vespa 2
Nama Pena : shajaja


Bab 3

"Ya Allah..kenapakah semua ini harus berlaku dihadapan mataku. Berikanlah peluang untuk hambamu ini menebus kesalahan kepada insan yang bernama Mohd Aman Shah". Tiha berdoa setiap hari memohon kepada Tuhan yang Maha Mendengar.

Kejadian yang berlaku seminggu yang lalu telah membuat dirinya sedar bahawa insan yang pernah dibenci, dimusuhi olehnya adalah insan yang telah mendapat tempat dihatinya.

Pada petang tersebut, sebelum Tiha menaiki bas, tiba-tiba Aman menjerit memanggil namanya. Ketika Tiha menoleh memandang Aman, Aman sudah terlentang di atas jalan raya. Vespanya di langgar dari belakang oleh sebuah lori. Tiha tergaman dan dari jauh dia lihat Aman sudah tercampak jauh ke depan. Disebabkan oleh perasaan yang terkejut dan takut Tiha telah pengsan. Selepas itu dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Aman sehinggalah apabila dia sedar, emaknya menceritakan yang Aman cedera teruk dan dihantar ke Hospital Bandar Pusat Jengka.

Selama seminggu Aman berada dihospital. Tidak sekalipun Tiha pergi melawat musuhnya itu. Tiha merasa bersalah kerana sebelum ini Tiha selalu memarahi Aman setiap kali Aman mahu berbaik-baik dengannya.

*******************************

"Eton..aku takut la". Luah Tiha

"Apa yang ko takut Tiha?".Soal Eton pada sahabat baiknya.

"Aku takut Aman tak sedarkan diri selama-lamanya. Sudah seminggu Aman tak sedarkan diri.mmmm…
Aku takut kalau Tuhan lebih menyayanginya dan aku tak akan berkesempatan untuk meminta maaf dengannya..macam mana Eton"? Tiha meluahkan kesedihannya kepada Eton ketika kelas Cikgu Zaki.

"Ishhh..kau ni Tiha. Boleh tak kau jangan fikir yang bukan-bukan. Kita sama-sama berdoa semoga Aman tu cepat sedar. Apa kata kita pegi melawat dia weekend ni. Nak tak?"soal Eton.

"Aku malu Eton.Takut pun ada juga. Kalau mak dia halau aku ke?

"Apasal mak Aman tue nak halau kau pulak. Kau pernah pergi mencuri buah dusun dia ke?

"Aku pernah mencuri Eton…". Jawab Tiha.

"Apa????.." Jerit Eton

"Halimatun dan Nurtihasha..berdiri sekarang!".Jerit cikgu Zaki. Semua pelajar memandang ke arah Tiha dan Eton.

Saat ini Tiha merasakan jantungnya mahu berhenti kerana dia sangat paham dengan perangai Cikgu Zaki yang memerangkap cikgu paling garang dalam sekolah mereka. Kalau tidak kena denda berdiri diluar kelas mesti mereka dirotan kerana selalu membuat bising ketika berada dalam kelas.

"Alamak Eton..habis la kita. Confirm kita kena denda". Luah Tiha.

" Tu la ko Tiha, suka sangat bercerita time "Singa" kat depan tue mengajar. Sekarang..hendak tak nak kita kena juga terima". Marah Eton.

Adalah menjadi hobi Tiha setiap kali apabila cikgu Zaki mengajar dia akan mengajak Eton berbual. Sekiranya Eton tidak mahu mendengar Tiha akan pura-pura merajuk. Eton adalah sahabat kesayangannya. Persahabatan yang terlalu akrab di antara mereka sering menimbulkan syak was sangka dikalangan rakan-rakannya kerana Tiha selalu mengatakan yang dirinya tidak sukakan lelaki. Sehingga ada ketika orang menggelarkannya budak lesbian kerana kemana-mana Tiha hanya akan bersama Eton atau rakan perempuan kelasnya.

" Hai Nurtihasha, sempat lagi kamu berangan" Marah cikgu Zaki.

"Oit..Minah !, sempat lagi ko berangan erk? Cikgu kat depan tu dah hangin dengan kita taw! jerit Eton ke telinga sahabatnya.

" Apa?..marah Tiha kerana tidak puas hati. Tiha sememangnya budak yang cepat panas. Pantang disergah, pantang ditegur dirinya, pasti akan melenting. Sebab itulah budak lelaki sekolahnya suka mengacau Tiha. Tiha suka melawan dan bergaduh disekolah. Tapi dia bukanlah pelajar yang jahat cuma sedikit nakal.

"Cikgu..saya bukan berangan pun, saya cuma sedang berfikir je..hehehhe..". Tiha dengan beraninya bergurau dengan cikgu Zaki.

" Kamu ni Tiha, suka main-main bila saya mengajar. Saya tahu kamu tak minat sejarah tapi jangan la kamu libatkan Eton." Marah cikgu Zaki.

" Eton..sekarang kamu pergi duduk bawah meja kat depan tu..Haa..Tiha, kamu pun sama. Pergi sekarang dan jangan keluar selagi saya tak habis mengajar, Faham!". Arah cikgu Zaki kepada Tiha dan Eton.

"Murid-murid, kamu semua jangan contohi seperti Tiha dan Eton. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada kamu semua dan juga supaya lain kali mereka berdua tak akan membuat bising ketika saya mengajar". Faham semua? Soal cikgu Zaki.

"Faham cikgu". Jawab pelajar Tingkatan 4 Cerdik.

Cikgu Zaki meneruskan pengajarannya seperti biasa tanpa mempedulikan Tiha dan Eton yang didenda olehnya.

"Tiha..aku malu la. Ada ke patut kita kena denda duduk bawah meja guru" luah Eton.

"Etonnnn…kenapa ko nak malu pulak. Relax la kawan. Aku kan ada nie. Bukannya ko kena denda sorang. Kalau budak-budak lain ejek lepas nie ko senyap je. mesti dorang pun buat tak tahu dahnya." Tiha meyakinkan Eton.

"Eh, tadi ko kata kat aku ko ada mencuri kat dusun Aman.Betul Ke?" soal Eton.

"Ohhh..ermmmm..erkkkk..aku malu la nak cerita Eton. Kalau aku beritahu kau jangan gelakkan aku pulak yee…"

" Apa dia Tiha, cepat la beritahu aku. Apa yang ko curi?. Macammana ko boleh berani pulak pergi mencuri? Mak Aman dapat tangkap ko ker? ishhh..dosa taw bila mencuri Tiha.’ Soal Eton denga lagak seperti seorang penyiasat, disamping sempat memberitahu tentang hukum.

" Oit Eton! Ko nie macam penyiasat yang tak bertauliah taw. Bila aku mencuri kat dusun Aman.
Ada aku cerita ker?" Marah Tiha.

"shutttt…slow la sikit Tiha. Kalau hendak marah pun control la dulu. Cikgu Singa kan tengah mengajar tue…Nanti kita kena halau keluar pulak." Eton mengingatkan Tiha.

"Yela-yela. Aku perlahankan suara aku. Ko Eton..dengar la aku nak cerita kat ko. Ko nak tahu tak nie?

" Mestila hendak tahu Tiha. Cepat la cerita.Apa yang ko curi? Soal Eton mengulangi pertanyaan sebentar tadi.

"Terima kasih cikgu." Ucap pelajar-pelajar 4 Cerdik.

" Eh Eton, dah habih kelas la.hahahaha..bahgia hidup aku.Singa dah keluar. Jom keluar cepat" ajak Tiha sambil menarik tangan Eton. Perbualan mereka tergantung begitu sahaja. Tiha bercadang untuk menyambung ceritanya kemudian pada Eton.

" Hai anak beruk! Seronok ye ko duduk bawah meja tue." Ejek Ikram.

Ikram adalah salah seorang rakan dan pengikut setia Aman. Ikram sama seperti Aman. Sentiasa suka mengejek Tiha disekolah. Sebelum ini Tiha tidak pernah mengenali Ikram. Namun apabila Ikram mengenali Aman mereka menjadi sahabat yang sehati sejiwa apabila membuli Tiha.

Tiha teringat ketika dia menjejakkan kaki di sekolah menengah. Dia sangat berharap tidak akan ditempatkan satu kelas dengan Aman. Semasa pendaftaran, urusetia telah memberitahu yang dia akan ditempatkan dalam kelas tingkatan 1B. Kelas ke 2 daripada 7 kelas pelajar tingkatan satu.
Pelajar –pelajar boleh menyemak nama pada senarai yang ditampal dipintu kelas. Tiha terfikir untuk melihat nama Aman. Pertama sekali, Tiha menyemak senarai nama pelajar yang akan menjadi rakan sekelasnya. Matanya pantas melihat pada pangkal huruf M, mata Tiha membaca satu persatu nama dan dengan tidak semena-mena, Tiha membulatkan mata pada nama Mohd Aman Shah. Alangkah terkejut dirinya. Hatinya seolah-olah tidak ada hati untuk meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Felda Raya. Selama beberapa bulah di Sekolah Rendah Felda Raya pun dia tidak dapat menahan kerenah dan perangai Aman. Inikan pula sekolah menengah yang bertahun –tahun akan Tiha duduki. Paling sekejap pun 3 Tahun. Kalau lulus PMR cemerlang boleh la dia tukar sekolah.

Tiha sebenarnya takut Aman akan mengejeknya dan menceritakan kepada rakan-rakan baru tentang dirinya. Tiha malu. Kebimbangan dan ketakutan Tiha sangat tepat. Sejak hari pertama persekolah, Aman dah mengajak rakan-rakan barunya untuk mengejek dirinya. Sejak hari pertama persekolahan Tiha sudah memulakan peperangan dengan Aman dan rakan kelas barunya.

Apabila memasuki Tingkatan 4 pun dirinya ditempatkan satu kelas dengan Aman.
Perasaannya sangat hampa apabila mendapat keputusan cukup-cukup makan sahaja semasa PMR.. Natijahnya, Tiha terpaksa turun kelas Tingkatan 4 Cerdik. Pada mulanya, hatinya tak kisah sangat, mungkin ada hikmahnya Tuhan tidak memberinya keputusan yang cemerlang. Mungkin dia tidak akan berjumpa dengan Aman di dalam kelas yang sama lagi. Namun orang yang dielakkan dan dibenci Tiha tetap satu kelas dan satu aliran kemanusiaan dengannya.

Tiba-tiba Tiha tersentak daripada lamunanya apabila merasakan ada sesuatu yang keras mengenai lengannya.

" Bukkkk..ambik ko beruk. Nie adalah balasan untuk sahabat aku yang sedang terlantar dihospital" pukul Ikram dengan buku di lengan Tiha.

Tiha terasa sangat marah. Dia ingin membalas, namun apabila nama Aman yang disebut. Tiha menjadi sepi. Tiha terus menuju ke tempat duduknya di belakang kelas.

"Tiha, nanti kita melawat Aman. Ko jangan pedulikan sangat Ikram tue..Dah jangan sedih-sedih. Mana Tiha yang aku kenal..senyum…eeeee….". Eton cuba mengembirakan hati Tiha.
**************bersambung
posted by Penulisan2u @ 6:20 PG   9 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Project-X 1
Nama Pena : Xyver81

CHAPTER 1 : The Beautiful Professor

Tempat : Pulau Banggi

Masa : 07.50 AM

Tarikh : 25 November 2009

Hujan sedang turun dengan lebatnya. Ombak kelihatan bergulung – gulung kerana tiupan angin yang kuat. Kelihatan sebuah bot Polis sedang meluncur dengan laju menuju ke arah Pulau Banggi. Profesor Colline dari Pusat Penyelidikan Sains Antarabangsa (ISRC) cawangan Sabah telah dipanggil untuk mengkaji sebuah meteorit yang dilaporkan terhempas di pulau tersebut. Sekeping surat khabar Borneo Post berada di tangan kirinya. Salah satu tajuk utama di muka surat depan surat khabar tersebut berbunyi, "METEORIT BERWARNA BIRU TERHEMPAS DI PULAU BANGGI".

Sejurus kemudian, bot itu tiba ke destinasi. Profesor Colline mengeluarkan payungnya dan mengangkat beg sandang yang dibawanya bersama. Beberapa orang anggota Polis membantunya mengangkat bagasi – bagasi miliknya. Ketibaan Profesor Colline disambut oleh salah seorang dari guru – guru yang menetap di pulau tersebut. Lelaki itu memakai jaket hujan berwarna kuning dan memegang payung di tangan kirinya. Dia berlari anak menuju ke arah Profesor Colline.

"Are you Profesor Colline? My name is Steven Jarip. We talked over the phone," kata Steven sambil menghulurkan tangannya.

"Yes, I remember. Are you one of the residents of this island?" Jawab Profesor Colline sambil menyambut tangannnya.

"Yes. I am the only one left. Since the meteorite fell to the island, they have all left the island in fear of something bad."

"Something bad?" dahi Profesor Colline berkerut mendengar kata-kata Steven itu

"It is nothing actually. Just an ancient Sabahan belief. Anyway, welcome to Pulau Banggi. Forgive my English. I can’t speak it very well."

"It’s okay. Kamu boleh bercakap bahasa melayu dengan saya. Saya pun orang Kudat juga," balas Profesor Colline sambil tersenyum.

"Oh, tak sangka pula kamu ni orang Kudat, Profesor."

"Kebanyakan orang tidak percaya bila saya katakan yang saya ini orang Kudat."

"Boleh tahan! Susah untuk dipercayai orang Kudat macam Profesor ini boleh bekerja dengan ISRC. Saya kagum dengan Profesor!"

"Biasa saja. Mungkin saya ni bertuah sikit," katanya sambil tersenyum manis.

"Hujan pun semakin lebat, apa kata kalau kita singgah rumah saya dulu?" pelawa Steven.

"Baiklah," jawab Colline.

Steven membawa Profesor Colline dan anggota-anggota Polis itu menaiki kereta Pajero berwarna merahnya. Kereta itu pun berderum dan terus meluncur membelah air hujan yang semakin lebat.

*************************

Tempat : Pulau Banggi, Rumah Steven

Masa : 10.57 AM

Tarikh : 25 November 2009

Angin bertiup dengan kencang. Hujan yang turun pula semakin lebat seolah-olah tiada penghujungnya. Profesor Colline sedang memasangkan peralatan saintifik yang dibawanya bersama di rumah Steven.

Peralatan yang dibawanya bukanlah peralatan yang biasa dijumpai oleh kebanyakan orang. Ini jelas menunjukkan kedudukan Profesor Colline sebagai salah satu saintis yang terkenal di ISRC. Selepas selesai memasangkan peralatan tersebut, Profesor Colline membuka Laptop yang dibawanya bersama dan menyambungkannya ke salah satu peralatan tersebut.

Pintu bilik Profesor Colline diketuk dari luar. Dia meminta orang di luar tersebut masuk. Steven masuk ke dalam sambil membawa sebuah dulang dengan makanan. "Profesor, ini saya bawa makanan untuk Profesor," kata Steven.

"Terima – kasih. Letak saja disitu, nanti saya makan," jawab Profesor Colline. Steven meneliti peralatan yang ada didalam bilik Profesor Colline itu dengan penuh minat. Kerana terlalu ingin tahu kegunaan peralatan – peralatan tersebut, Steven pun bertanya kepada Profesor Colline akan kegunaannya.

"Err... Profesor, apa kegunaan kesemua benda ni?"

"Kegunaan biasa. Substance scanner, Satelite Phone, Video Link-Up dan lain – lain lagi," jawab Profesor Colline tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin Laptopnya. Steven menggaru – garu kepalanya yang tidak berapa gatal. Kemudian dia pun keluar meninggalkan bilik tersebut.

Profesor Colline sedang khusyuk menaip sesuatu kedalam Laptopnya. Tiba – tiba, telefon satelitnya berbunyi. Dia pun menyambut panggilan tersebut.

"Hello, Colline bercakap."

"Hello sayang. Ini Danny. Sayang sudah sampai di Pulau Banggi?" tanya lelaki di telefon tersebut.

"Ya. Colline baru sampai pagi tadi," jawab Profesor Colline bersahaja.

"Hey, kenapa dengan Colline ni? Macam tak bersemangat saja?"

"Tak ada apa – apa. Penat sikit."

"Hmm. Bagaimana dengan meteorit yang jatuh di pulau itu? Sayang sudah pergi periksa?"

"Belum lagi. Lepas ini baru Colline akan pergi memeriksanya"

"Sayang ada escort pergi ke sana?"

"Danny, please stop calling me sayang. You know I don’t like it."

"Why not? You’re my fiance aren’t you?"

"Hmmph. Suit yourself," jawab Profesor Colline, malas untuk melayan karenah Danny.

"Okey, okey, Colline jangan marah. Danny bergurau saja. Lepas Colline periksa meteorit itu, Colline update dengan Danny okey?"

"Hmm. Yalah," jawab Colline semakin malas dengan Danny.

"Okey, bye" *Klik*

Profesor Colline meletakkan gagang telefon sambil menghela nafas lesu. Danny, atau Danny Dexter ialah tunang kepada Profesor Colline. Mereka telah bertunang selama setahun. Mereka juga adalah teman baik sejak dari masa universiti lagi. Danny juga merupakan Chief Supervisor kapada semua projek yang diurus oleh Profesor Colline. Malahan, Profesor Colline juga berjaya mendapat kerja di ISRC kerana bantuan Danny. Tetapi, sejak kebelakangan ini hubungan mereka agak dingin kerana bebanan tugas yang semakin berat.

Profesor Colline membetulkan rambut paras bahunya itu. Dia mengemaskan Laptop dan memakai baju hujannya. Sejurus kemudian, pintu biliknya diketuk dari luar. Seorang anggota Polis masuk ke dalam.

"Puan. Kami sudah bersedia untuk bertolak ke tapak meteorit tersebut," kata anggota Polis itu.

"Baiklah." Sahut Profesor Colline. Sekali lagi kereta Pajero milik Steven menderum sebelum ianya hilang dibawah titisan air hujan yang semakin lebat.
posted by Penulisan2u @ 6:13 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group