BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Ogos 19, 2009
Cerpen : Inikah Akhirnya?
Nama Pena : Iman Hazana

Jom Kita Bercinta…

Lama aku menunggu Hakimi di Restoren itu. Lewat tengah hari macam ni masih ramai orang berkunjung ke sini untuk berjamu rupanya. Lambatnya... ada juga yang kena backhand ni kang.

Mataku tak lari dari memandang pintu restoren.. Lama dah kami berkawan sejak daripada zaman universiti lagi sehinggalah kini masing-masing sudah berkerja. Ada benda yang perlu aku di bincangkan dengan Hakimi. Benda penting. Tentang janji Hakimi padaku.

Dari jauh aku nampak Hakim berjalan menuju ke arahku dengan senyuman bajet hensemnya itu. Ada mata yang memandang Hakimi tak berkelip. Dengan ketampanan lelaki itu sesiapa sahaja boleh terpikat. Memang patut di gelar Mr Playboy sejak zaman universiti lagi.

"Dah lama sampai?" Hakimi selamba badak menegur ku.

"Tak lah lama sangat tapi kalau aku buat kerja aku siaplah juga dalam 50%." Sindirku. Tanya lagi.

"Sorrylah aku ada kerja tadi. Ada klien datang. Ada Dato nak jadikan firm aku as penasihat syarikat dia." Hakimi menerangkan. Ini salah satu kenapa aku malas bertekak dengan Hakimi. Dia ini peguam. Mestilah aku kalah.

"Hmm apa-apa jelah. Kau break denga Yana eh?" Tanya aku direct. Habis kalau dah minah tu dok terpekik terlolong serang aku kat pejabat, mestilah aku tak boleh nak blah kan?

"Haah. Semalam. Kenapa dia call kau ye?" Hakimi bercakap macam tiada perasaan je padaku. Ini yang buat aku nak bertukar jadi piccalo ini.

"Jadi betullah korang break. Wei Kimi kan kau janji masa kau break dengan Nisa sebelum ini, itu yang paling last kau gunakan aku. Tolonglah Kimi samapi bila kau nak gunakan aku untuk break dengan makwe-makwe kau. Bila dok bercinta, suka-suka je. Tapi bila dah nak break pandai pula cari aku. Pandai pula kau jadikan aku alasan. Konon-konon cah jatuh cinta kat akulah. Kita ini nak bertunang lah. Paling aku tak tahan kau kata kat Yana yang aku ini pilihan keluarga jadi kau terpaksa pilih aku? Come on Kimi. Mana janji kau dulu yang Nisa tu kes last? Lama-lama macam ni boleh mati aku Kimi. Hari ini aku dah kena penampar free, tak kan kau tunggu aku masuk hospital baru kau nak berhenti kot?" Aku bengang betullah dengan Hakimi ini. Selalu je jadikan aku alasan untuk break dengan makwe dia. Kan tak pasal-pasal aku kena penampar tadi.

"Kenapa kau tengok aku? Aku ada salah cakap ke?" Aku pelik si Hakimi ini merenung tajam ke arah ku. Pelik-pelik ni. Aku salah cakap ke?

"Yana serang kau? Dia tampar kau?" Kedengaran tegas sekali suara Hakimi bertanya padaku. Alamak aku memang salah cakap. Aduh.. macam mana boleh terlepas ni.

"Hmm... back to our topic. Bila kau nak berhenti ni?" Aku buat-buat tak dengar bila dia bertanya. Doakanlah aku terlepas kali ini.

"Jangan nak tukar tajuk. Ain Umairah." Suara itu kedengaran semakin tegas. Bila nama penuh aku di sebut tahulah aku Hakimi tengah mengumpul amarah sekarang. Aku tiada pilihan selain berterus terang sebelum Kimi bertukar jadi beastmaster.

"Haah. Sikit je tak ada apa-apalah." Aku mengaku je. Harap-harap bedak dan gincu satu inci yang aku sapu tadi membantu menyembunyikan bibirku yang pecah dan pipiku yang merah tercalar. Habis dah kuku mengalahkan ponti-anak. Mahu tak tercalar pipiku yang suci muci ini.

"Oh patutlah tak ada angin tak ada ribut kau pakai make up. Jom ikut aku." Hakimi menarikku keluar dari situ. Sempat dia meninggalkan sehelai not merah di atas kauter pembayaran. Aku nampak wajah casher itu terkejut. RM10 ringgit untuk air segelas. memang membazir betullah Hakimi ini.



"Lap pipi tu. Buang make up tu. Tak tahan aku tengok muka pelakon opera kau tu." Hakimi dah tukar jadi Hitler. Hisy adakah patut panggil aku pelakon opera? Bukan ke makwe dia selama ini lagi tebal make upnya.

"Dah jangan nak mengomel." Hakimi membuat muka ku menjadi masam.Dia menghulurkan kotak tisu dari berlakang Audinya padaku. Lambat-lambat aku mengambil kotak tisu itu. Lepas satu-satu aku tarik dan dengan lemah aku lap ke muka.

" Tak boleh tanggallah." Ujarku. Aku sengaja tak mahu make up itu tanggal. Hakimi yang sedang memandu memandang mukaku dengan tajam. Takutlah pula.

"Hmm... Tak boleh tanggal ke kau nak aku yang lapkan muka kau Mai? Ambik mineral dari dashboard tu untuk basahkan tisu." Saat itu aku tahu aku dah tak boleh nak mengelak. Lambat-lambat aku keluarkan botol kecil tonic dari begku. Tonic yang khas mencuci make up.

Sekejap sahaja aku rasa ‘topeng’ yang aku pakai tadi hilang dari wajahku. Aku sengaja menekan kuat bibirku bagi menghilangkan gincu merah menyala dari bibirku. Tak ku kira sakit bibirku yang pecah. Yang aku tahu ingin menunjukkan rasa marahku. Tak lama kemudian terasa tanganku yang sedang enak mengejarkan bibirku di tarik.

Rupanya Hakimi sedar apa yang sedang aku lakukan. Dia memakirkan kereta audinya di pinggir jalan.

"Boleh tak jangan nak tunjuk perasaan macam tu? Suka sakiti diri sendiri." Bentak Hakimi. Hisy dia memang tahu je trick ku. Hisy tak boleh nak kelentong. Aku menoleh padanya. Memandang tajam di matanya. Melawan.

"Suka hati akulah. Ini tubuh aku. Kau kan tahu aku tak suka di paksa dan terasa terpaksa." Bentakku kembali. Peliknya Hakimi tak memperdulikanku.
Tangannya mencapai daguku. Rupanya dia sedang sibuk membelek pipiku yang nampak jelas ada kesan calar. Aku berharap dia tak perasankan bibirku yang pecah itu. Namun harapanku tinggal harapan apabila aku terasa jarinya menekan tepi bibirku.

"Auwww...Sakitlah." Ku tepis tangannya dari pipiku. Dia merenungku tajam.

"Aku rasa kau ada sembunyikan sesuatu dari aku. Siapa je yang buat kau sampai pecah bibir ni? Aku tak rasa hanya Yana." Soalan ini yang aku takutkan. Aku hanya tunduk.

"Mai. Please." Hakimi memujukku. Dia tak mahu berkasar kerana dia pasti tahu kalau dia berkasar aku akan melawan lagi.

"Abang dia. Masa aku nak melawan balik Yana. Abang dia tampar aku. Then kan aku pergi tendang dia punya ‘ehemmm’. Terduduk dia. Memang lawak lah." Aku ketawa mengenangkan apa yang terjadi tadi. Hakimi hanya tersenyum.

"Kau ni dah jadi macam ni pun nak ketawa lagi. Kita pergi klinik then buat laporan polis. Aku tak akan lepaskan dia orang tu." Aku tersenyum mendengar arahan Hakimi. Kerana ini aku ingin menyembunyikan hal ini daripada dia.

Sejak aku mengenali Hakimi dari dulu lagi. Dia tak pernah lepas tangan dari menjaga dan melindungiku. Sesiapa yang menyakitiku akan di balas balik oleh Hakimi. Aku tak suka itu. Aku tak bangga dengan itu. Aku tak mahu Hakimi mengumpul musuh kerana ku.

"Its okay Kimi. Sikit je ni." Aku memang menolak sama sekali. aku tahu rancangan Hakimi ini. Hakimi ini memang menakutkan. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia hendak.

"No. Kita pergi klinik." Tegas betullah mamat ni.



Seperti yang di rancang kami pergi ke klinik kemudian ke balai polis. Lapar perutku. Dah rasa macam di cucuk sembilu pula ulu hatiku. Sah-sah... gastrikku akan menyerang. Dengan muka tak bersalah aku memandang ke arah Hakimi yang memandu.

"Kimi. Jom kita makan aku laparlah. Aku tak makan lagi ni." Ajakku.

"Kau tak makan lagi. Kenapa tak cakap? Kau kan gastrik" Aik kena marah lagi aku ni?

"Hai kau marah aku pulak. Siapa yang macam Hitler seret aku ke sana ke mari tadi?"
Sergahku. Hakimi hanya tersenyum. Tahulah salah dia tu.

Aku baru nak jadi calon mak nenek. Bunyi telefon Hakimi telah menyelamatkannya. Aku mendengar Hakimi berbicara di talian pasti ibu dia. Lembut dan penuh sopan. Sewajibnya seorang anak.

Pada mata orang lain Hakimi memang playboy. Memang keras kepala. Suka memaksa. memang menjengkelkan. Namun di sebalik apa yang orang nampak itu padaku, Hakimi seorang sahabat yang baik. Seorang anak yang soleh. Seorang rakan yang memahami dan seorang peguam yang bijak dan ada etika. Dia pelindungku. PADAKU HAKIMI SAHABAT CINTAKU.


"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Sergah Hakimi.. Terkejut aku. Hisy Hakimi ni kacau betullah. aku baru nak berangan. Bila di fikir kembali... Sahabat Cinta? Sahabat... Ya... Cinta?...No way... Tak sanggup.

"Tak ada pape… Aku dah lapar sangat ni, Nampak kau pun dah macam ayam golek dah. Hehehehe." Saja aku cover. Malu lah kalau dia tahu aku tengah fikirkan dia.

"Hmm yelah. Jom pergi makan. Kang tak pasal-pasal hilang tangan aku sebelah kau makan kang. Itupun kalau cukup" Balas Hakimi. Nak kutuk akulah. Mentang-mentang aku buruk lantak.

Aku dan Hakimi masuk ke Restoren Saujana. Well sedaya upaya aku cover muka ku yang ter’cedera’ ini. Kalau ikut aku, nak je aku beli KFC lepas tu bawa balik tapi itulah Hakimi ni cerewet sangat. Nak-nak dia tahu aku tak makan nasi lagi satu hari ni. Tu yang dia paksa aku makan nasi. Orang petang-petang macam ni cari kuih. Rasanya kitaorang je kot yang makan nasi pukul 5.30 petang macam ni. Kami berdua memesan Nasi Goreng Cendawan dan air tembikai.

Dalam menunggu pesanan tu kami berbual. Sehingga terkeluar soal Syamil sepupunya. Kenangan kembali terlayar semula di fikiranku. Tak mungkinku lupa nama itu. Nama lelaki yang membuat aku tersedar dari mimpi panjang. Dulu aku impikan seorang lelaki yang boleh menerima aku seadanya, menerima buruk baikku dan keluargaku. Syahmil telah mengajarku bahawa di dunia ini masih ada darjat.

Hanya kerana aku tiada kelulusan setaraf dengannya, aku hanya di permainkan. Cintaku di anggap murah. Dia berpaling pada rakan sekuliahnya. Pasti keluarganya gembira sebab saat dia bersamaku dulu. Keluarganya kurang merestui. Mana taknya, anak mereka seorang mahasiswa namun bercinta dengan seorang gadis yang baru lepasan SPM yang hanya berkerja di stesen minyak. Masa tu bukan aku tak dapat menyambung pelajaran cuma minat ku tiada untuk belajar.

Namun aku bersyukur kerana kejadian itu aku tekad mengambil STPM dan menyambung pelajaranku ke Universiti dalam bidang sumber manusia yang membolehkan aku menjadi eksekutif kanan sumber manusia di Neraca Holding sekarang. Dulu kisahku dan Syahmil adalah sejarah silam yang aku rahsiakan dari semua orang dan Hakimi pun hanya tahu setahun selepas kami menjadi kawan baik.

Hakimi pun tahu tanpa di sengajakan. Itupun kerana kami terserempak dengan Syahmil dan tunangnya di Mid valley ketika meraikan graduasi Hakimi sehinggakan cerita dulu terbongkar. Namun pada Hakimi sempat aku titipkan bahawa jangan pernah beritahu yang aku ni sambung belajar dan satu universiti dengan Hakimi. TAPP...


"Oh mak kau." Terkejut aku apabila Hakimi tiba-tiba menepuk tanganku di yang berada atas meja.

"Hish kau ni tak reti beri salam ke?" Marahku pada Hakimi.

"Aku tak reti beri salam ke ko berkhayal tak sedar dunia. Dari tadi aku panggil kau. Tak menjawab. Makanan sampai pun tak sedar. Relaxlah. Kata dah lupakan dia. Ni dengar je nama dia terus berkhayal." Memang tak sayang mulut betullah si KIMI ni. Aku cepuk juga budak ni karang.

"Tak ada apalah. Hmm sambunglah cerita kau. Kenapa dengan mamat tu?" Aku tanya konon-konon berminat. Hish dalam hati aku ni... Lantak r dia... nak duduk ke nak berdiri ke... nak tunggang langgang ke... Nak apa ke... Aku peduli apa.

"Dia balik awal bulan depan." Hakimi memulakan cerita. Hai aku dah cuak ni. Macam ada sesuatu je. Macam ada cendawan di dalam Nasi Goreng Cendawan je ni.

"Balik dari mana?" Tanyaku sambil menyuap nasi ke dalam... mulutlah of couse... Tak kan hidung kot... kan... kan...kan?

"Dari Sabah. Dia dah dapat kena transfer kat sini."

"So?"

"Mak dia nak buat majlis sikit. Jadi aku kenalah balik kampung?"

"Jadi?" Aku bertanya lagi setelah dia ni tergagap-gagap nak bercakap. Pelik kalau peguam tergagap nak bercakap ni.

"Mak aku suruh ajak kau balik sama. Dia kata kau tak pernah lagi ke kampung aku. Lagipun dia dah rindu kat kau." Patutlah tergagap-gagap. Ada request katanya. Hmm... kalau ikutkan hati ni memang tak nak pergi. Tapi bila fikirkan Cikgu Kalsom, mak si Hakimi ni tak sampai hati pula nak menolak. Tak pelah demi orang tua yang dah banyak mengajar aku untuk tabah dan ambik berat tentang aku tu. Aku pergilah.

" Hmm tengoklah. Nanti aku apply cuti. Kalau dapat aku pergi dengan kau. Nak pergi berapa lama ni? Bila? Kampung kau kat Johor kan?" Aku bertanya. memang aku tahu kampun dia kat Johor tapi saja je aku ni tanya.

"Yelah. Mana lagi kampung aku. Nanti aku bagitahu tarikhnya. Betul ni kau nak ikut?" Hakimi macam tak percaya je aku nak ikut.

"Betullah. Kata mak kau rindu kat aku." Saja je aku kenakan dia. Hakimi hanya tersengih.

Aku bukan apa. Aku rasa tak sedap pula tolak permintaan mak dia. Aku kenal mak Hakimi ni. Parents dia, dua-dua cikgu. Baik orangnya. Kalau diaorang datang melawat Hakimi di sini waktu cuti sekolah mesti tak lupa jemput aku datang rumah untuk makan. Pernah juga ibubapa Hakimi bermalam kat rumah aku. Kata mak Hakimi, aku ni dah macam anak dia dah. Itu yang tak sedap nak menolak tu. Pasal Syahmil? Biarkanlah dia.



Aku hanya memandang Hakimi membayar makanan di kaunter dari pintu restoren. Saja je. Malas nak menyibuk kat situ. Hmm lama pula mamat ni bayar. Jual minyak ke?


"Hai, Maira. Buat apa kat sini?" Tiba-tiba aku di tegur seseorang. Ku toleh ke tepi. Zafril, ketua jurutera di syarikat ku.

"Zafril. Hmm saja je kat sini. Berenang."Gurauku.

"Hmm pandai pula you berenang kat restoren. Mana belajar ni? Nak juga." dia ni memang peramah orangnya.

"Hish ada-ada je you ni. Alisya mana?" Aku tanyakan isterinya. Mereka ni ada kisah cinta yang menarik. Kahwin kerana keadaan. Terpisah. Bertemu kembali selepas beberapa tahun di tempat kerja yang sama. Cabaran demi cabaran mendatang namun syukur akhirnya mereka bersama jua dan sekarang mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung mereka.

"Dia ada dalam kereta. Risau dia kat you pasal tadi. Pergilah jumpa dia." Menurut cerita Zafril ni mesti kisah tadi dah heboh dah. Alisya tu dulu teman serumah aku sebelum dia pindah ke rumah Zafril. Jadi kami sangat rapat. Hakimi pun mengenali dia.

"Mai." Seronok berbual dengan Zafril sampai tak sedar Hakimi dah ada di sebelah. Mukanya nampak macam semacam. Mengenali dia bertahun lama membuatkan aku tahu sifatnya walau bagaimana Hakimi cuba control sekalipun.

"Kimi. Kenalkan ini Zafril, ketua jurutera kat tempat aku. Zafril, ini kawan I. Hakimi." Aku memperkenalkan kedua-duanya dan mereka bersalaman. Zafril meminta diri setelah bertukar kad dengan Hakimi.

"Seronok berbual." Kenapa aku rasa tersindir. Nada suara tu memang menyakitkan.

"Hmm... Jap aku nak jumpa Alisya jap." Aku melangkah ke kereta Zafril. Aku nampak mak buyung tu kat situ. Hakimi pula bergerak ke keretanya. Macam merajuk je budak tu.

"Alie. Amboi bertambah bulat ko. Ubat appa ko makan ni. Kalah weight gain seh." Saje aku usik si mak buyung ni. Bukan apa kejap lagi mesti dia geram.

"Hisy ko ni. Well aku ni tembam-tembam pun comel and vogue gitu. Ubat ubat aku tak makanlah. Ini semula jadi. Ko okay ke pasal tadi?" Alisya ni memang gila-gila sikit. Tu yang best melepak dengan dia. Satu kepala.

"Aku okay je. Wei bila ko nak datang rumah aku ni? Boring la aku sorang-sorang kat rumah tu. Azy ko tahulah macam mana. Asyik hilang je." Aku memang bosan kalau tak ada Alisya di rumah tu. Azy teman serumah aku lagi sorang tu memang tak masuk dengan aku.

"Oh ko windu-winduan kat aku. Aku tak tahu lah Maira. Sekarang ni peraturan kat rumah aku tu ketat sikir. Zafril tu bukannya bagi aku bergerak sangat. Rindu aku kat site tau tak. Tengok r sekrang pun aku nak keluar ikut die beli kuih kat dalam tu pun payah. Suruh duduk je 24 jam." Adu Alisya. Aku memang dari dulu menjadi kaunter pengaduan dia ni. Dan pada dialah aku adukan apa-apa yang tak boleh aku adukan pada Hakimi.

"Untung r ko. Lagipun suami mana tak sayang isteri oi. Okaylah Alie, aku nak balik dulu. Hakimi dah tunggu tu. Macam merajuk je mamat tu." Aku minta diri sebaik nampak Zafril menghampiri kami. Aku bersalaman dengan Alisya. Sempat mengangkat tangan pada Zafril.



Suasana di dalam kereta sunyi membuat aku pelik. Selalunya tak sesunyi ini. Hakimi bagai hilang dengan dunia sendiri. Macam pelik je. Memang peliklah rasanya. Selalunya kecoh je kalau diaorang bersama. Aku dapat rasakan bagai ada sesuatu yang tak kena daripada balik dari restoren tadi.

Bagi Hakimi, entah kenapa hatinya tak sedap. Sungguh hatinya membara apabila apabila melihat Umairah mesra berbual dengan Zafril dulu. Selama ini sejak dari perkenalan mereka, seingat dia Umairah tak pernah lagi rapat dengan mana-mana lelaki melainkan dia. Hanya dia, lelaki ajnabi yang ada dalam hidup Umairah. Dulu ada juga yang cuba nasib memikat Umairah tapi tak di layan. Tadi adalah kali pertama dia melihat Umairah mesra sangat dengan lelaki selainnya. Hatinya rasa macam di panggang terbakar. Rasa macam ringan je mulut dia nak sound Zafril untuk menjauhi Umairah. Oppss.. Dia cemburu ke? Tapi Kenapa?

"Rapat aku tengok kau dengan Zafril tu?" Tak boleh menahan perasaan, Akhirnya terbuka mulut Hakimi bertanya. Aku nyatalah terkejutkan. Pelik je soalan ni. Tak pernah pula Hakimi ni menyentuh hal-hal sebegini.

"Dah satu office. Lagipun si Zafril tu kan suaminya Alisya. Ala kan dulu aku pernah cerita kisah cinta Alisya kat kau. Yang aku kata kalau jodoh tu tak kemana. Cinta sejati akan bertahan selamanya." Aku pun jawab je soalan Hakimi ni. Walaupun pelik.

"Oh... Suami Alie." Aku nampak Hakimi macam lega semacam je. Lepas tu terus senyum sorang-sorang. Dah mereng ke apa budak ni.

Entah apa yang terjadi. Lepas jawab soalan tu terus je Hakimi ni ceria semacam. Kecoh pula mulut die... Agaknya makanan tadi belum terhadam kot... Bila terhadam jadilah macam ni.. Macam beruk kena belacan pun ada... Hisy tak baik aku cakap dia beruk... Kalau dia beruk aku pun beruk... Dah kitaorang ni sama-sama satu spesis manusia yang merupakan ciptaan tuhan...hehehe


"Yes Zue. Ada apa? Awak tak nampak ke saya ada meeting ni?" Hakimi kurang selesa apabila setiausahanya masuk menyerbu ke dalam. Baru sebentar tadi s/u nya itu interkom dia. Tapi dia awal-awal lagi katakan dia ada meeting. Tak faham bahasa betulah.

"Penting Encik Kimi. Pasal Cik Umairah." Zue nampak takut-takut bercerita.

"Kenapa dengan Umairah?" Hakimi nyata terkejut. Wajahnya mula cuak dan cemas. Mungkin terikut Zuhijjah setiausahanya itu.

"Tadi. Encik Zafril dari Neraca Holding call. Dia kata Cik Umairah dalam bahaya. Dia suruh Encik Kimi datang sana segera." Mendengar ungkapan itu. hakimi mencapai handphonenya. Bergegar tangannya membuka dompet mencari kad nama Zafril. Membuat panggilan.

"Ada jadi Zafril?" Tanpa salan Hakimi terus menyergah.

"Hakimi ke? Pejabat kita orang kena masuk oleh maniac. Maira jadi tebusan." Suara Zafril kedengaran cemas. Aduii...

"What? Sekejap laghi aku sampai." Memang tak menyempatlah Hakimi. Lupa pada klien besar di hadapannya.

"Maaf, Dato. Maira dalam bahaya. Saya kena pergi dulu. Aris kau tolong handle ye." Tergesa-gesa Hakimi berlalu. Berlari. Mendapatkan keretanya. Nasib baik hari ini dia meeting dengan Haris anak buahnya sekali.

Kebetulan jalan yang tak sesak sangat jadi dalam lebih kurang 15 minit hakimi dah sampai di tempat kejadian. Sampai-sampai je ke pintu hadapan pejabat Umairah di tingkat 10 bangunan itu, Hakimi di tahan daripada masuk oleh dua orang anggota polis.


"Maaf Encik, Encik tak boleh masuk ni." Salah seorang anggota polis menahannya dari masuk berkata.

"Kenapa pula? Saya kenal tebusan tu." Hakimi membangkang. Suara meledak naik. Dahlah dia risaukan Umairah.

"Bukan apa Encik. Kami hanya mengikut arahan." Pegawai polis tu masih ingin menenangkannya.

"Aku tak kira. Aku nak masuk juga." Hakimi cuba merempuh masuk. Mungkin terdengar bunyi bising di hadapan. Seorang anggota polis berpakaian biasa bertanya.

"Kenapa ni? Eh Kimi. Kenapa ni?" Syukurlah inspektor polis tu Inspektor Johari, kenalan rapat Hakimi di dalam jabatan polis. Yelah peguam sepertinya perlu banyak networking kan.

"Aku nak masuk. Aku kenal Umairah tebusan tu." Hakimi memberitahu Johari. Memohon kebenaran.

"Biarkan dia masuk. Dia ni suami Cik Umairah." Johan memberi arahan pada anakbuahnya. Hakimi di benarkan masuk. Saat beriringan dengan Johari sempat Johari berbisik padanya.

"Sorrylah Kimi. kami sebenarnya hanya membenarkan ahli keluarga mangsa je masuk. Itu yang aku kata kau suami Umairah." Beritahu Johari.

"Thanks Joe. Aku terhutang budi kat kau. Umairah bakal tunang aku. Risau aku tadi." Hakimi sungguh berterima kasih.
Saat samapi di satu ruangan pejabat. Hampir meleleh air mata lelakinya melihat penjahat itu memulaskan tangan Umairah ke berlakang dan meletakkan pisau rambo di leher Umairah. Menoleh ke sebelah. Kelihatan Zafril dengan muka risau menunggu. Wajahnya cemas. Tapi kenapa?

"Zafril. Kau?" Tanya Hakimi. Tak faham kenapa Zafril cemas sebegitu.

"Jika Umairah nyawa kau. Alisya isteri aku nyawaku. Dia orang kat dalam. Maaflah Kimi. Tadi Umairah menawarkan diri jadi tebusan kerana kesian melihat isteri aku berdiri dengan pisau di leher. Aku dah tawarkan diri tadi tapi penyagak tu tak mahu sebab aku lelaki. Dia tahu aku boleh melawan. Lepas tu Maira pujuk dia ambik Maira asalkan biarkan Alisya duduk. Alisya tengah mengandung 6 bulan. Tak larat sangat. Kami terhutang budi pada Maira." Panjang lebar cerita Zafril. Hakimi tak kesal Umairah membantu Alisya kerana dia tahu Umairah mesti lebih menyesal kalau tak membantu.

"Mai akan lebih kesal kalau tak membantu Zaf. Joe aku nak cuba psiko dia." Hakimi meminta kebenaran.

"Itulah aku tunggu-tunggu." Johari percaya pada Hakimi. Kerana peguam seperti Hakimi yang bijak berkata-kata itu pernah membuat seorang pesalah mengaku dan menceritakan di mana dia menyembunyikan mayat-mayat mangsanya hanya kerana pikologi Hakimi.
Ketika Hakimi merapati tempat penjenayah itu menjerit supaya Hakimi tidak mendekatinya. Namun Hakimi melangkah beberapa tapak lagi.

"Jangan Dekat. Kalau tak..." Serentak itu dia menekankan sikit mata pisau di kulit leher Umairah sehingga terluka sedikit. Hakimi berhenti bergeak saat melihat beberapa titisan darah Umairah jatuh ke tudungnya. Dia menggengam penumbuknya. Saat itu dia rasa macam nak bunuh je penjenayah itu. Namun dia harus pandai mengawal emosi.


Aku menahan sakit. Leherku rasa terkoyak sedikit. Ada darah panas yang rasa mengalir keluar dari leherku. Aduh. Hampir menitis air mataku. Dalam kepayahan aku melihat wajah Hakimi yang nampak cemas. Walau dia cuba menyembunyikannya namun aku tahu sifatnya.

Saat Hakimi datang tadi. Aku bagai rasa nak meraung meminta tolong. Tiba-tiba aku rasa diriku akan selamat walau apa berlaku. Mungkin kerana aku lega Hakimi ada bersamaku.

"Saya Luqman Hakimi Bin Luqman Hakim. Saya seorang peguam. Kalau ada apa-apa mungkin saya boleh bantu." Hakimi cuba berinteraksi.

"Oh kau ni mesti salah seorang barua polis kan?"

"Taklah aku tak ada kena mengena dengan mereka. Aku cuma nak dapatkan kes kau. Kalau ada apa-apa kau tak puas hati kat syarikat ini. Kita boleh saman. Aku boleh buat kau terus jadi jutawan tapi dengan syarat kau kena bagi 30% pada aku sebagai bayaran." Hakimi sengaja menukar panggilan nama mereka agar nampak lebih dekat. Kalau nak beruding dengan penjenayah kenalah jadi penjenayah.

"Kau yakin ke?" Penjenayah itu sudah nampak berminat.

"Mestilah. Aku Luqman Hakimi. Peguam terkenal Malaysia."

"Hmm... Aku nak saman syarikat ini kerana memberntikan pekerja tanpa sebab. Adakah patut diaorang berhentikan aku., aku dah lama kerja kat sini. Sebab masalah sikit je terus berhentikan aku."

"Hmm memang tak patut. Kita kena berbincang lebih lanjut ni. Tapi sebelum tu kau kena lepaskan dia. Kau jangan salah faham. Kau tahan je dia kat situ. Kita duduk berbincang." Aku hanya mendengar mereka berbincang. Aku dapat rasakan pisau di leherku mula menjauh. Aku hanya memerlukan sedikit je lagi pisau itu menjauh supaya aku boleh bertidak.

"Boleh pecaya ke ni?" Aku tahu menyangak tu dah makan umpan Hakimi.
Saat itu pisau di leher menjauh. Tangan penyagak yang memegang pisau tu dah jatuh di tepi. Masa yang aku tunggu sudah sampai. Aku pantas menyiku kuat penyangak tu sehingga dia terbongkok-bongkok. Dah aku lepaskan tendangan ke kakinya. Tak sia-sia dulu Hakimi memaksaku mengikut kelas seni mempertahankan diri sewaktu negara gempar dengan beberapa kes rogol.

Kemudian aku nampak Hakimi meluru ke arah aku. Dia belakangnnya ada beberapa pegawai polis dan Zafril. Aku hanya memandang Hakimi menahan lelaki itu membantu pihak polis sebelum dia menghampiriku. Bertentangan denganky Saat itu air mataku jatuh. Leherku terasa sakit.

"Kenapa kau buat macam tu. Bahaya Mai." Marah Hakimi padaku. Aku hanya memandangnya kosong dengan mata yang kabur berair. Lama-kelamaan mataku kaburdan sendi-semdiku lemah. Aku ingin terjatuh, sebelum aku tercedera menyembah bumi aku rasa tubuhku di sambut. Aku dengar suara Hakimi menjerit-jerit namaku.

Aduiii... peningnya kepala aku. Sakit seh. Aku cuba membukakan mataku. gelap. bila aku menarik tangan kiriku terasa tersangkut. Aik siapa pula ikat aku ni... Ingat aku ni haiwan perliharaan apa... aku mengecilkan mataku. Ada tiub. Apa dah jadi ni? Aku kat mana? Aku cuba mnegingat. Bila aku teringat... Aku terjrit kecil. Waktu itu aku nampak cahaya putih dari hujung bilik tu. Aku terjerit lagi. HANTU... Aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tanganku.

"Mai... Mai..." Ada orang memanggil namaku. Hisy Hantu ni tahu nama akulah. Erk tapi aku macam.... Aku macam pernah dengar je suara yang memanggil namaku. Macam suara Hakimi. Aku buka celahan antara dua jariku. Dari celahan kecil tu aku cuba menilik sang pemamggil. Bilik yang gelap tadi kini dah terang. Sakit mataku. Lma aku cuba mengecam akhirnya aku nampak wajah Hakimi. Oh... Hantu playboy rupanya... Hatu ini wajiblah aku tak takut.

"Kau Kimi. Aku ingatkan hantu tadi." Aku mengurut tangan tanda lega. Muka Hakimi berubah cemberut.
"Hisy adakah kau kata aku hantu. Kacak seperti aku ni hantu?"Hakimi tak puas hati.
"Hehehe... Kau kan hantu playboy... Wajiblah ensem.. hahahaha." Aku gelakkan dia.
"Kau ni Mai. Aku panggilkan doktor dulu." Hakimi bergerak menekan satu butang di kepala katil ku.

Aku melihat doktor terkejar ke tempatku. Hakimi hanya memerhatikan doktor itu merawatku. Kemudian doktor itu berkata sesuatu dengan Hakimi. Terkejut aku mendengar doktor itu memanggilku sebagai tunang Hakimi. Aku lihat wajah Hakimi lega mendengar kata-kata doktor yang menyatakan aku sihat dan boleh keluar dua hari lagi.

"Hmm... nasib baik tak ada apa-apa. Sekarang dah pukul tiga pagi. Jadi esok je aku call ibu dan abah kau." Tekejut aku mendengar pukul 3 pagi. Bertambah terkejut mendengar ibu dan abah ada kat sini.
"Ibu abah aku ada kat sini ke?"
" Mereka sampai petang semalam. Kau suruh mereka balik dulu biar aku jaga kau. Ada benda aku nak bagi tahu kau ni." Hatiku macam berdebar semacam je ni.
"Apa?" Tanyaku. Hakimi melabuhkan punggung di kerusi tepiku. Dia memandang tepat di wajahku.
"Kita kahwin." Selamba je Hakimi mengucapkannnya. Aku dah terjeut tahap gaban. Rasa terkentut aku di buatnya. Lawaklah Kimi ni.
"Kau ni Kimi buat lawak pula." Aku cuba membalas gurauannya.
"Aku ni ada macam buat lawak ke? Aku serius." Memang muka Hakimi macam tak buat lawak. Aku dah tarik muka. Lantas aku perlu seirus dengannya. Kami mula berbicang. Aku sering tanyakan kenapa dan ini jawapannya.
"Kimi nak lindungi Mai. Tapi Kimi tak ada hak untuk itu. Kimi bukan sesiapa pada Mai. Bukan tunang dan bukan juga suami. Kimi nak hak itu. Hak melindungi Mai. Mak dan abah Kami dah berbincang dengan makcik dan pakcik. Mereka pun dah bersetuju." Itu jawapan yang menghentak kepalaku. Kami berbincang dan terus berbincang sehingga tak sedar bila aku ketiduran.

Aku membuka mata saat kedengaran suara orang memanggil-manggil nama Hakimi. Dalam kepayahan itu aku tersedar. Dari celahan mata yang kecil terbuka itu aku nampak abah cuba membangunkan Hakimi yang tidur dengan kepalanya di tepiku. Tanganku erat di dalam genggamannya. Malu pula seh. Terus membesar buka mataku. Aku tarik tanganku kuat. Hakimi terbangun. Padan muka.
"Amboi. Tak kahwin lagi dah macam ni. Ini kena kahwin cepat-cepat ni Bang Mir." Mak Hakimi mengusik. Hish buat malu je.
"Itulah sebaiknya tu. Kak Som." Aduh... Ibu aku ni pun join sekaki ke? Abah menyuruh kami bersiap. Ada benda nak di bincangkan.

Sepertiku jangka, mereka ingin mmebincangkan hal pernikahanku dan Hakimi. Aku cuba memberi seribu alasan namun aku tak berdaya. Akhirnya aku terpaksa menurut. Aku tak ingin menambah malu ibu-bapaku selepas kejadian Syahmil dulu. Walaupun aku ytak tahu bagaimana hidupku dan Hakimi nanti selepas kami bernikah namun aku masih ingin mengambil risiko ini. Lagipun buat masa ini dia, lelaki paling ideal buatku. Mereka akan merisiku minggu depan dan kami akan bertunang selepas kenduri kesyukuran di rumah Syahmil. Pernikahan pula selepas aku habiskan masterku yang di jangka tiga bulan selepas tarikh pertunangan kami.

Aku cuba menahan getar yang bertandang. Sesekali aku memandang wajah Hakimi yang tekun memandu di hadapanku. Kami dan ibu bapa Hakimi sedang dalam perjalanan ke rumah Mak Long Hakimi ni merangkap Mak Syahmil mertua tak jadiku itu. Rumahnya di Muar sejam lebih dari Batu Pahat rumah keluarga Hakimi. Aku dan Hakimi sampai semalam. Kali pertama aku menjejak kaki ke rumahnya dan membawa gelaran sebagai bakal tunang Hakimi. Mereka melayanku baik. Aku suka dengan kehidupan mereka yang sederhana.

Mungkin memahami keadaanku, Hakimi memberi pandangan penuh perhatian buatku. Aku memahaminya. Aku amat menghargainya. Aku memberi senyuman manis buatnya. Untuk menghargainya.

"Assalamualaikum." Sampai di rumah Mak Hakimi memberi salam sebaik kami sampai di rumah kakaknya. Salamnya di sambut oleh seseorang. Tak lama kemudian syahmil muncul di pintu hadapan rumah.
"Waalaikumsalam. Mak ngah, Pak ngah. Masuklah. Apa khabar?" Tanya Syahmil ramah. Aku sangka pasti masa ini dia belum sedar kehadiranku yang tersembunyi di balik tubuh Hakimi. Tiba-tiba aku jadi risau... Bagaimana kalau ibubapa Hakimi tahu pasal kisah ku dulu?
"Hakimi... Wow makin bergaya peguam kita sekarang. Apa khabar? Dengar-dengar macam ada orang tu dah nak jumpa puteri kayangan." Aku dengar Syahmil mengusik Hakimi. Bagaimana dia rasa kalau ‘Puteri Kayangan’ itu aku? Yang dia pinggirkan dulu.
"Dah sampai seru. Bukan puteri kayangan tp gadis yang cukup cantik hati budinya buat aku. Kenalkan bakal tunang aku. Ain Maisara." Hakimi menarikku. Aku mengangkat muka. Dengan adanya Hakimi di sebelahku, aku ada kekuatan untuk berdiri megah.
"Hai Syahmil. Taniah atas perpindahan you. Mana orang rumah?" Aku berlagak selamba bertanya.
"Ada.. ada kat dalam. Marilah masuk." Tergagap-gagap Syahmil. Pasti Syahmil tak sangka akan bertemu denganku.

Aku membantu saudara mara Hakimi menyediakan hidangan. Besar majlis keyukuran ini. Macam majlis kahwin pula aku rasa. Siap ada khemah lagi. Kedengaran suara-suara yang bertanyakan aku. Sampai ada yang inginkan aku mejadi menantunya. Tapi mak Hakimi awal-awal membangkang. Katanya hanya aku yang akan menjadi menantunya. Tersenyum aku.

"Mai, tolong ambilkan Kimi air." Tiba-tiba Hakimi muncul di pintu dapur. berpeluh-peluh wajahnya. Pasti penat menolong orang mendirikan khemah.
"Jap ye." Aku menyuruhnya menunggu sebentar. Aku bangun membasuh tangan. Kemudian menyusun beberapa gelas di dalam dulang dan membuat sejag air sirap.
"Amboi kamu Kimi. Belum apa-apa lagi dah bemanja." Usik salah seorang makcik Hakimi yang duduk di sebelah mak long.
"Biarlah maklong. Berlatih jadi isteri." Hakimi ni memang tak tahu malu sikit.
"Kamu dengar tu Som. Dah tak sabar dah anak teruna kamu tu. Patutlah dulu liat sangat di suruh kahwin rupanya tunggu tuan puteri. Untunglah kamu Kimi. Dapat yang cantik. Baik pula tu." Hisy kembang pula di puji ni. Hehhehe seronok.
"Alhamdullilah lah Mak Tam. Tak sia-sia bertahun menunggu." Aku segera ingin memberi duluang itu pada Hakimi suapa cepat-cepatlah dia blah.
"Hish.. Tak malu." Bisikku pada Hakimi. Dia hanya tersengih.
"Banyaknya. Ini ikhlas ke tak ni?" Hakimi mengusikku pula.
"Terlebih ikhlas. Bawalah untuk yang lain juga buat basahkan tekak. Jangan nak sedapkan diri dia je." Usikku kembali pada Hakimi. Dia memberi kenyitan mata buatku sebelum berlalu. GATAL.

" Untung kamu Som. Dapat bakal menantu. Baik pula tu, hormat orang tua. Ringan tulang. Bukan senang nak cari menantu zaman sekarang yang sanggup duduk dengan kita di dapur macam ni." Aku dengar lagi Mak cik yang tadi di panggil Mak Tam oleh Hakimi memujiku.
"Hmm. Rezeki saya kot Kak Tam. Alhamdullilah." Terasa terharu aku mendengar kata-kata bakal mak mertuaku. Hish aku bagi A la kat mak mertuaku ini.
"Yelah. Hmm... Memanglah baik, rajin. Kalau tak siapa yang nak? Dah biasa lah duduk dapur. Yelah bukan ada kerja lain nak buat nanti? Tak kan nak kerja kilang lagi. Kena lah baik. Saya ni bukan apa Kak Tam. Kalau nak pilih menantu ni biarlah sempurna pendidikkannya. Biar kita tahu dia tu cukup ajarannya buat anak cucu kita. Entah macam mana lah Hakimi tu boleh tersalah pilih." Mak Long yang sedari tadi tak suka akan kehadiran aku berkata. Aku sedikit tersindir dengan kata-kata Mak Long tu.
"Saya ni tak kisah siapa pun dia. Asalkan anak-anak bahagia cukuplah." Kini aku bersyukur. Nasib baik aku tak jadi dengan Syahmil kalau tak pasti aku jadi bahan umpatan mertua sendiri dan untungnya aku ada ibu mertua yang memahami seperti sekarang.
"Kamu sekarang ni kerja kilang ke Mai?" Mak Tam macam kecoh nak bertanya ni.. Hai kenapa pula ni?
"Taklah Mak cik. Saya kerja kat Neraca Holding. Dulu kerja kilang tu lepas SPM. Masa tunggu keputusan." Aku menidakkan pada Mak Tam. Hmm kena berhati-hati dengan orang tua ni.
"Kerja apa pula? Cleaner ke?" Aduii... Kena sedash lagi dari Mak Long.
"Bukanlah mak cik. Saya kerja kat bahagian Human Resource." Aku terpaksa menjawab lagi.
"Ala. Tak payahlah bercerita tentang tu. Kak Tam. Minggu depan jangan lupa majlis tunang Hakimi. Kak Tam kena datang tolong ni." Aku dapat merasa Mak Hakimi cuba menyelamatkan aku.
"Minggu depan ke majlis tunangnya? Majlis langsungnya bila?" Wah bahagia Mak Tam dah beralih arah.
"Majlis nikahnya tiga bulan lepas bertunang. Yelah. Hakimi nak tunggu Mai ni habis Master dia dulu." Aku tahu bukan niat Mak Som membanggakan diri cuma agaknya tak mahu aku di cemuh,
"Master? Kamu ambik Master ke Mai? Amboi tinggi kamu belajar. Anak Mak Tam yang sulung tu pun ambik Master. Penat juga katanya berlajar lama-lama ni. Hish kamu ni Siah. Si Mai ni dah nak dapat Master yang kamu kata dia kerja cleaner tu kenapa?" Aku kagum melihat Mak Tam ni. Tahu juga dia hal-hal peringkat pendidikan macam ni. Agaknya sebab anak-anak dia yang berjaya kot.
"Tak ada yang hebatnya Mak Tam. Dah rezeki saya." Aku merendahkan diri. Mak long terus senyap tak berkutik. Kesian pula aku melihat mukanya yang menahan malu.

Malam itu selepas siap semuanya sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai. Aku dan Hakimi datang paling lewat kerana kami baru habis makan. Dah dari tadi kami sibuk. Ketika orang ramai tadi Hakimi sibuk menghidang aku puala sibuk menyediakan hidangan. Lepas itu kala aku sibuk membasuh pingan, dia pual sibuk mengemas barang di bawah khemah.

"Hmm... Dah datang bakal pengantin kita ni? Sesuailah sangat. Sama cantik sama padan. Dua-dua pun rajin. Bila langsungnya ni?" Usik Pak Syakir, ayah Syahmil. Ayah Syahmil ni memang baik orangnya. Aku dan Hakimi hanya tersenyum. Aku melabuhkan punggung di sebelah Mak Som dan Hakimi dengan selamba duduk bersila di sebelahku.
"Insyaallah. Minggu depan tunang. Tiga bulan lepas tu langsung." Jawab Hakimi tanpa segan. Aku perasan Syahmil macam memandang tak percaya padaku. Isterinya di sebelah juga begitu. Dengar-dengar dah hampir tiga tahun dia orang berkahwin namun masih belum ada jodoh.
"Kimi... You tak ada nak cari pekerja ke? I bosanlah. Rasanya dah balik sini, I nak kerja lah." Aku nampak Nadia, isteri Syahmil ingin menukar tajuk. Dari tadi dia tak bermanis mula denganku. Dengan Hakimi lain pula.
"Hmm sorrylah, Nad. I belum mencari lagi. Cuma ada satu tempat je tapi I dah khaskan untuk Mai ni. Mana tahu lepas kahwin nanti dia nak kerja dengan I pula. Nak elakkan cemburu. Lgipun mana sesuai dengan bidang pemasaran you." Aku juga jadi bahan usikan. Hish Kimi ni emmang ank kenalah.
"Hmm.. dengarlah sangat Kimi ni. Kalau kak Nadia nak kerja, apa kata akak apply kat Neraca Holding. Kita orang sekarang pun tengah cari executive baru. Cuna nanti tak tahulah kedudukkan kat mana. Sesuai ke tidak dengan jiwa kak Nadia." Aku cuba memberi cadangan. Ingin berbaik-baik.
"Hai... Tahu pula ada kerja kosong kat situ. Bukan Neraca Holding tu syarikat besar ke?" Sungguh sinis sekali suara tu. Rasa terhina pula. Tak pe.. aku buat smash balik bola yang di hantar tu.
"Akak trylah apply. Akak cuba tengok borang kat web. Rasanya masa orang luluskan borang tu, tarikh tamat pada 14 ni." Aku masih menunggu soalan seterusnya. Dah bagi hint tu.
"Tou yang luluskan?" Dia nampak sedikit terkejut.
"Yelah. Mai ni senior executive jabatan Sumber Manusia, Nad. Pengaruh besar ni. You cubalah. Nanti Mai yang buat temu duga kan?" Hakimi ni memang sejiwalah. Aku baru nak mengeluarkan ayat itu tapi Hakimi dulu yang keluarkan. Wah memang sehati dan sejiwa...
"Hmm itu yang sibuk sikit bulan depan. Akak cubalah. sebab hujung bulan ni mungkin dah mula temu duga. Paling lewat pun bulan depan." Aku cuba bermanis muka lagi.
"Betul tu Nadia." Pak Syakir menyokong. Aku nampak wajah Nadia bertukar kelat. Macam pisang muda.
"Oh sebab tu majlis nikah tiga bulan lagi. Dalam sibuk-sibuk tu sempat ke buat persiapan" Aku tak sangka pertanyaan itu keluar dari mulut Syahmil. Entah ikhlas entah tak.
"Insyaallah sempat. I mestilah sempat. I akan bagikan masa. Lagipun majlis tu lewat sebab nak tunggu I habis sarjana dulu. Viva i dalam bulan 10 ni jadi insyaallah sempat lagi bulan sebelas tu. Lagipun ni majlis kami tak kan nak buat lepas tangan." Aku menjawab sedikit angkuh. Biarlah. Aku ingin dia tahu aku bukan lagi gadis yang dulunya di hina.
" You ambik master ke?" Pertenayaan yang aku kategorikan cari nahas.
"Hmm... Lepas STPM dulu I masuk UKM ambik pengurusan sumber manusia. Sekarang I ambik master in Technology Management." Biarlah dia tahu. Aku tak kira aku angkuh. Aku nampak Hakimi hanya tersenyum memandang ku. Terbalas rasaku selama ini.

Majlis tunang kami tiga bulan lalu ringkas tapi meriah. Syahmil dan Nadia turut hadir. Nadia masih tak bekerja. Nadia langsung tak mohon kerja di tempatku. Malu agaknya. Aku tak sangka sebenarnya hari ini datang menjelma. Hari yang tak pernah aku jangkakan. Aku bernikah dan menjadi isteri orang. Isteri kawan baikku sendiri pula tu. Tanpa aku sedar aku telah rasmi menjadi isterinya. Siapa sangka peguam terkenal yang tak takut perdebatan di meja undang-undang. Berpeluh dan hampir tergagap menjawab soalan tok kadi. Nasib baik lancar je lafaz nikah kalau tak mahu aku gelak berguling-guling macam tenggeling... hehehe...

"Assalamualaikum." Aku mendengar suara Hakimi menyapaku yang dok syok termenung di balkoni.
"Waalaikumsalam." Hish segan pula rasaku. Inilah kali kedua dia melihat rambutku setelah kejadian yang membuat aku menjadi penghuni wad dulu.
"Termenung apa?" Hakimi bertanya padaku.
"Termenung mengenangkan kita."
"Kita?" Jelas tanda tak faham di wajahnya.
"Ya. Kita. Kita kenal, lepas tu kawan. Masa membuatkan kita jadi kawan baik...." Ayat aku belum habis ketika dia menyambung.
"Dan rasa membuat kita menjadi suami isteri." Romantik pula dia ni. Tiba-tiba muncul kejahatan di otakku.
"Hehehe. Hmm€ Kimi, Mai nak tanya seuatu?"
"Apa dia?"
"Tadi kenapa masa Kimi jawab soalan Tok Kadi tadi tergagap-gagap. Tapi lafaz nikah bukan main laju pula."
"Hish... Janganlah sebut lagi. Tahu tak satu malam Kimi tak tidur berlatih lafaz nikah. Ini nak tanya lagi. Masa tu menggelabahlah."
"Hisy tak sangka peguam terkenal menggelabah nak kahwin. Sampai berlatih lafaz nikah. Takut tok kadi eh?" Ejekku pada Hakimi. Masa itu wajiblah aku dah bersedia nak melarikan diri masuk bilik. Apabila aku nampak Hakimi sedar dirinya di usik olehku.
"Mai!!!" Cepat aku mecicit lari dan Hakimi mengejarku. Hehehehe... Malam pertama dah kena denganku. Boleh buat hiburan ni...

Aku Harap Jodoh ini panjang kerana aku tahu aku tak akan ketemui lelaki yang bisa melengkapkan aku sebaik Hakimi. Mungkin di mata orang dia bukan lelaki yang sempurna tapi dia adalah yang terbaik buatku. KINI DIA BENAR_BENAR SAHABAT CINTAKU.

p/s betul ke ini akhirnya Sahabat CInta? hehehehe... tunggu dan lihat
posted by Penulisan2u @ 6:20 PG   36 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Al azwaju shalihah
Nama Pena : aiza aidir

Perpisahan. Kehilangan. Dua hal yang amat menyakitkan sekiranya berlaku dalam kehidupan seharian. Namun, siapa kita untuk melawan takdir yang telah ditetapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya tuhan yang tahu segalanya tentang percaturan yang telah dibuat. Kekuatan diri seakan melayang dan terbang dibawa angin yang tidak jemu-jemu menjenguk diri…tidak tahu hadirnya untuk menemani atau boleh jua hadirnya seakan mahu menambahkan lagi kesedihan yang sedia ada di jiwa…
Pergerakan tanganya terhenti di situ apabila dia terdengar ada satu suara halus memanggil dari luar bilik. Dia menjenguk sekilas apabila menyedari derapan kaki insan kesanyanganya semakin menghampiri. Dipandangnya wajah yang menyimpan kedukaan dan kekuatan itu tanpa jemu..mahu mengambil sedikit nilai ketabahan dan kekuatan yang ada pada dalam diri ibu agar dirinya juga bisa tersenyum walaupun jelas senyuman yang dilemparkan tidak lagi semanis dulu. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua apabila tangan ibu sudah mula memegang bahunya, dia tahu dirinya tidak kuat untuk menghadapi apa yang telah ditetapkan buatnya sekeluarga…serasanya air mata ini tidak jemu untuk mengallir walaupun telah banyak yang telah ditumpahkan.
Kenangan demi kenangan yang menggamit hati dan perasaanya membuatkan hatinya bertambah pilu..sukar untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang paling disanyanginya dalam dunia ini telah pergi meninggalkanya…untuk selamanaya..
" Angah..arwah tidak pernah tinggalkan kita..segala pesanan dan kenangan yang ditinggalkan adalah peneman kita selagi hayat dikandung badan. Biarlah arwah pergi jika itu yang terbaik untuknya. Kita semua akan pergi angah..tapi,kita tidak tahu bila waktunya. Ibu nak angah beli tiket..teruskan perjuangan angah di sana..ibu tak mahu angah terus bersedih dan melupakan impian angah. Ibu percaya, arwah juga mahu tengok angah berjaya menggemgam segulung ijazah…"
" angah tak tahu ibu..Cuma seminggu lagi pendaftaran akan bermula, jiwa angah masih lemah..macammana angah nak fokus kalau hati dan perasaan angah tidak tenteram?"
Dia bersuara dalam esak tangis yang ditahan. Kalu boleh, dia mahu menemani ibu di rumah ini. Dia mahu terus mengingati setiap kenangan yang ada dalam rumah ini untuk mengubat kerinduan pada arwah ayah yang selalu menjenguk di pintu hati...dia rindu, dia pilu..itu yang dirasakan pada saat ini. Serasanya dia lansung tidak ada kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih tinggal satu semester. Jiwanya terlalu sakit!
" angah perlu kuat..ibu perlukan kekuatan angah untuk diri ibu..angah tahu tak, dalam diri angah ada banyak keperibadian arwah..sebab itu ibu mahu angah terus melangkah..terus menggapai cita-cita angah sebab ibu tahu angah seorang yang kuat macam arwah.."
Dia menggemgam kuat tangan ibu..mampukah aku ya allah….

*******************************************************

Dia memandang ke luar bas..perjalanan akan mengambil masa selama lapan jam untuk dia sampai ke Shahab, stesen bas Alor Setar. Matanya dipaksa untuk pejam tetapi tidak boleh. Mindanya berserabut dengan pelbagai persoalan yang mengasak akal fikiran. Dia tidak tahu samada tindakan yang diambil untuk kembali ke Universiti Utara Malaysia dan meneruskan pengajian yang terhenti selama dua bulan kerana cuti semester adalah satu tindakan yang tepat. Ini semua permintaan keluarga dan dia harus mematuhinya, dia berdoa agar allah permudahkan segala usaha dan tidak lupa memberikan kekuatan kepadanya…
" Cik..boleh saya duduk sebelah cik?"
Dia tersentak apabila disapa oleh satu suara yang amat aneh diperdenganya. Dia hanya menggangguk. Aik? Tak kan nak duduk kena mintak izin ngan aku? Bukan aku anak tuan bas ni..dia tersenyum sendirian.
" kenapa cik senyum?"
Haa? Sekali lagi dia terkena kejutan eletrik..eh..kenapa ngan mamat ni? Dia perhatikan aku ke…
" tak boleh ke saya senyum? Ini mulut saya kan?"
Dia bersuara sinis. Pemuda disebelahnya seakan terkejut. Teruk sangat ke bahasa aku? Ish..tetiba perasaan bersalah mula menguasai diri. Kenapa ngan aku? Bukankah dia bertanya dengan cara yang paling terhormat?
Mungkin menyedari yang dirinya agak dingin, pemuda tersebut hanya diam membisu dan memejamkan mata. Dia masih lagi dikuasai oleh perasaan bersalah yang tidak henti menghantui diri. Emm..sampai kat kedah nanti aku akan meminta maaf..dia berjanji ngan diri sendiri. Dia menoleh pada pemuda di sebelahnya yang sudah terpejam atau jua sudah terlena. Maklumlah perjalanan akan mengambil masa yang agak lama dan meletihkan. Seketika dia mengerutkan dahi..macam pernah dilihat wajah tersebut tetapi dia tidak tahu dimana mereka pernah berjumpa. Ah! Lupakan sahaja..
Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak sedar….

***************************************************

" Cik..bangun.."
Dia terpisat-pisat apabila terdengar ada suara yang memanggil. Hanya suara yang memanggil tanpa ada pergerakan tangan yang menyentuhnya.
" Kita dah sampai mana?"
" Lagi dua jam kita sampai..sekarang kat Sungai Petani. Jom la turun, kita pergi solat subuh"
Seusai menyudahkan ayat tersebut, pemuda itu terus bangun dan meninggalkanya yang masih lagi termangu-mangu. Lambat-lambat dia bangun, kepalanya terasa pening kerana dikejutkan secara tiba-tiba. Dia mengambil telekung yang berada dalam beg dan melangkah turun dari bas. Kesejukan amat terasa apabila jernih air menyentuh tubuhnya…aku bersyukur ya allah..kerana masih memberi aku peluang untuk menghadapmu dan memohon kekuatan daripadamu…..
Dia menadah tangan..memohon keampunan daripada allah..dia tahu yang dia masih banyak kekurangan dalam membentuk diri menjadi seorang muslimah sejati. Dia hanyalah seorang insan yang lemah, yang tidak jemu melakukan kesalahan, jua terkadang lupa untuk mengucapkan syukur…terasa kerdilnya diri tika menghadap tuhan dengan hati yang ikhlas.
Setelah selesai bersolat, dia bergerak untuk meninggalkan masjid yang terletak di Sungai Petani. Seketika kakinya berhenti melangkah apabila terpandangkan wajah pemuda tersebut yang tersenyum memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan. Dia hanya membalas sedikit dan dengan cepat bergerak ke tangga bas yang sedia menanti.
" Boleh saya tanya soalan?"
Dia hanya menggangguk.
" Siapa nama cik?"
" Zulaiqha…Anis Nur Zulaiqha.."
Dia memandang wajah pemuda tersebut yang nampak tenang. Terasa damai apabila wajah itu tidak lokek untuk terus sedekahkan sebuah senyuman..manis lak tu! Ish..sampai ke situ lak aku terfikir..tanpa sedar dia tersenyum.
" Haa..kan manis kalau Zulaiqha senyum. Nampak cantik..janganlah selalu berkerut muka, nanti cepat tua"
Kedengaran ikhlas kata-kata tersebut. Kenapa dengan aku? Selama ini cepat sahaja melenting kalau orang yang tidak dikenali memandai untuk memberi komen kepadanya.
" Saya nampak tua ke?"
Entah kenapa ayat itu pula yang terkeluar daripada mulutnya. Pemuda yang tidak tahu nama tersebut ketawa tetapi tidak keterlaluan.
" Nampak tua..tapi bukan sekarang..mungkin 20 tahun akan datang.."
Ish..loyar buruk pulak mamat ni…
" Apa nama awak?"
" Emm..ingatkan Zulaiqkha tak mahu tahu nama saya.."
Agak perlahan ayat itu diluahkan. Berkecil hatikah? Dia menyoal dalam hati.
" Zairul Amsyar…Zulaiqha boleh panggil saya Ams.."
" Ams? Macam pelik je.."
Nah..mulutnya yang tidak ada insurans sekali lagi mengeluarkan ayat yang bisa membuatkan sekeping hati terguris tetapi dia melihat ada riak senyum pada wajah itu..lega…dia menarik nafas lega.
" Zulaiqha nak pergi ke mana ni..beg besar..lari dari rumah ke?"
Haa?dia membulatkan mata tanpa sedar.
" Saya dihalau…"
Kali ini mata Amsyar pula yang terbeliak. Boleh tahan minah ni..nampak sopan dan ayu tetapi dasyat jugak..dia berkata-kata dalam hati..
" Awak percaya?"
Dia menduga apabila melihat pemuda itu tidak lagi bertanya.
" Saya tidak pandai untuk menilai seseorang itu bercakap benar atau tidak..Cuma saya sentiasa berpegang pada satu perkara..selagi saya ikhlas menyatakan yang benar, saya pasti allah akan tunjukkan yang benar buat saya..Cuma lambat atau cepat sahaja.."
Ya allah…apa yang kau mahu tunjukkan pada aku?
Ayat itu!
Sama seperti apa yang selalu diungkapkan oleh arwah ayah…

*****************************************************************

Sudah dua hari kelas bermula. Sudah dua hari juga dia menggung rindu yang amat sarat kepada arwah ayah..tidak lupa setiap kali wajah ayah berlayar di ruang mata, dia pasti akan sedekahkan al-fatihah..ya allah, semoga roh ayah ditempatkan bersama insan-insan yang beriman…
Dia memandang sepi buku rujukan yang baru dibeli di Mall kolej beberapa jam yang lalu…pandanganya tumpah pula pada sekujur tubuh yang telah lena di katil sebelah. Semoga lenamu ditemani mimpi yang indah-indah Mardiah…dia bersyukur, bersyukur kerana dikurniakan teman yang sebaik Mardiah..sentiasa ada dalam susah atau senang…
" kamar hatiku sekian lama ..suram dan sepi kekosongan.."
Irama nasyid daripada lagu in-team yang berkumandang daripada talefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk. Seketika, ketenangan yang bertamu di hati sedikit terganggu…dia mengintai pada skrin talifon..pelik! tidak ada nama di situ..
" Assalamualaikum.."
Tidak sempat dia bertanya siapakah gerangan yang memanggil…salam telah diberikan. Dia terkaku di situ..suara itu!
" Waalaikumussalam.."
Dia menjawab perlahan. Amsyar…mana mungkin suara itu akan dilupakanya. Pemuda misteri yang dikenali dalam bas..perjalanan untuk kembali ke kampus ini…
" Saya mengganggu Zulaiqha ke?"
Seperti biasa…Amsyar penuh dengan sifat hormat yang tinggi kepada orang lain. Sedikit sebanyak kehadiran Amsyar berjaya mengusik fikiran..
" Iya..awak telah mengganggu saya mengelamun.."
Dia berterus terang. Entah mengapa sejak ayat yang dikeluarkan oleh Amsyar yang sama dengan kata-kata ayahnya, dia tidak lagi mampu untuk membohongi pemuda tersebut. Terasa yang dia perlu menghormati Amsyar..dia tidak tahu mengapa. Mungkin disebabkan rasa kagum terhadap keperibadian yang ditonjolkan…
" Mengelamun adalah perkara yang disukai syaitan..kenapa tidak diisi dengan berzikir.."
" Saya tidak sebaik awak..hidup saya sentiasa alpa kepada allah…"
" Itu sebabnya saya selalu mengingatkan…"
Zulaiqha tersenyum..namun dia sedar senyuman tersebut didak akan dilihat oleh Amsyar..kekadang dia terasa pelik, kenapa orang sealim Amsyar sudi berkawan dengannya yang cukup lemah dalam beragama. Dia seorang gadis yang masih terlalu lemah tentang agama dan perlu dipelajari…kekadang dia rasa bersalah yang teramat…dia seringkali menangis dan hampa apabila pointer yang diterima setiap sem tidak seperti yang diharapkanya..tetapi dia tidak pula terlalu sedih apabila dia tidak berjaya untuk menghafal doa-doa yang agak pangjang seusai menunaikan solat…
Ya allah..ampunkan aku dan teruslah tunjukkan jalan yang lurus buat hambamu yang lemah ini..dia beristighfar dalam hati…
" Saya mahu jumpa awak.."
Ayat itu terlalu perlahan diluahkan. Hampir tidak kedengaran di perdengaranya…dia terkejut yang amat sangat. Tidak tahu perasaan apa yang dialaminya saat ini..gembira atau terharu?
" Kenapa…?"
Dia juga bertanya perlahan. Serasanya dia sendiri sukar mempercayai apa yang berlaku sekarang…seorang insan seperti Amsyar mahu berjumpa denganya?
" Sebab awak ditakdirkan untuk saya..insya-allah…"
Terdengar ada nada ketawa dalam ayat yang diluahkan. Entah kenapa hatinya terasa sedikit terkilan apabila ayat tersebut diluahkan bersama dengan nada gurauan…
" Awak ni..betul-betul la..saya tak suka awak main-main.."
Terasa?merajuk? entah apa yang bermain dalam hatinya saat ini..ish..tidak mungkin aku jatuh cinta sesingkat ini? Pulak tu dengan insan misteri macam si Amsyar ni..tidak mungkin! Aku dan dia jauh panggang dari api…sekali dia beristighfar dalam hati…
" Esok petang saya jumpa awak di kafe..saya ada benda nak bagi kat awak..ok la Zulaiqha, saya permisi dulu..Assalamualaikum"
Klik! Talian sudah dimatikan tanpa sempat dia menjawab salam seperti biasa. Kenapa dengan Amsyar? Dia meletakkan talefon perlahan-lahan di sebelah buku motivasi yang sentiasa menjadi temannya sejak bertahun yang lalu..’ Don’t Be Sad..’ satu buku yang dia kira patut dimiliki oleh semua orang.
Jumpa Amsyar esok? Emm….

*******************************************************************

Dari jauh sudah kelihatan sebuah senyuman yang cukup manis daripada Amsyar. Emm..si amsyar ni tak reti bermuka masam ke? Dia menyoal pelik…
" Assalamulaikum Zulaiqha yang suka berkerut muka!"
Dia hanya menarik muncung. Panjang sedepa…
" Kenapa lambat?"
" Jawab salam saya dahulu."
" Kalau tengah marah, saya akan jawab salam dalam hati.."
Dia menjawab spontan. Amsyar hanya ketawa. Pemuda itu memang kaya dengan sifat ketawa dan tersenyum..macam ayah…emm…..
" Kita nak jadi tiang elektrik ke kat sini? Saya nak duduk.."
Amsyar telah menarik satu kerusi yang berhampiran dengan mereka. Dia hanya menurut. Juga menarik sebuah kerusi yang bertentangan dengan Amsyar. Matanya tumpah pada bungkusan yang agak besar di tangan pemuda tersebut.
" Ini untuk awak.."
Bungkusan tersebut ditolak perlahan bersebelahan dengan tangan kirinya. Dia menaikkan kening tanda menyoal.
" Tanda persahabatan saya.."
" Saya tidak mengharapkan hadiah untuk sebuah persahabatan…walaupun saya tidak sebaik awak tetapi saya bukan jenis yang mengharapkan sesuatu daripada seorang kawan.."
Dia sedikit kesal.
Amsyar hanya tersenyum.
" Ini bukan tanda persahabatan biasa Zulaiqha…"
" Maksudnya persahabatan luar biasa, begitu?"
" Awak ditakdirkan untuk saya Zulaiqha.."
Hanya itu yang dia dengar daripada mulut Amsyar kerana dia telah berlalu tanpa sempat untuk mengambil bungkusan yang diberikan oleh Amsyar.
Airmata yang ditahan seakan mahu menitik. Aku tidak layak untuk insan sebaik kau Ams…masih ramai yang akan menanti cinta kau Ams, dan pastinya bukan gadis seperti aku….

************************************************

Amsyar diam membisu. Matanya tidak lepas daripada memandang pada skrin talefon…berdoa agar ada panggilan atau message daripada gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya…telah seminggu tiada perkhabaran daripada gadis tersebut. Tidak dapat menipu dirinya sendiri..dia diserang rindu yang mendalam terhadap Zulaiqha..dan hari ini telah genap lima hari dia berpuasa..agar rindunya bisa hilang…
Ya allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu…
Ya muhaimin, jika aku jatuh hati..izinkalah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya padamu agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu….
Ya rabbana..jika jatuh hati, jagalah hatiku agar aku tidak berpaling daripada hatimu..
Ya rabbul izzati..jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid ke jalanmu…
Tanpa sedar ada airmata jernih yang mengalir di pipinya…
Dia mengusap perlahan wajahnya…
" Kenapa dengan kau Ams…"
Ada suara menegur perlahan. Dia tersenyum dalam keterpaksaan.
" Zulaiqha mengelak diri dari aku. Aku tak tahu kenapa.."
Dia meluahkan apa yang terbuku di hati pada seorang sahabat yang sudah bertahun dikenalinya, sejak mereka sama-sama belajar di Mesir. Sekarang, sahabatnya itu adalah salah seorang pensyarah Zulaiqha. Dia juga telah mendapat pekerjaan sebagai tutor sementara di Universiti ini atas pertolongan sahabatnya itu. Banyak perkara yang dia tahu tentang Zulaiqha daripada Nabil..sahabatnya itu. Zulaiqha..gadis yang penuh dengan emosi..suka marah-marah dan melawan cakapnya..Zulaiqha yang baru kehilangan ayah..Zulaiqha yang manis!
" Dah sah-sah yang kau ni angau…kau dah cakap kat dia yang kau mengajar kat sini? Aku tengok dalam kelas dia tak bersemangat lansung. Tidak seperti seorang pendebat universiti…dah sebulan keadaan dia macam tu..aku takut dia tak dapat menghabiskan semester ni dengan cemerlang…"
" Dia ada bagitahu kau apa-apa tak pasal aku?"
Nabil hanya ketawa. Zulaiqha tidak terlalu rapat dengan pensyarah lelaki. Dia banyak tahu tentang Zulaiqha juga daripada rakan sejawatnya..Amirah..
Dari semalam Amirah asyik mengusiknya..banyak sangat nak tahu tentang Zulaiqha..dikatanya aku nak menambah kouta..ish….
" Kau pergi meminang dia la…lagipun minggu depan kau dah dapat kerja tetap kat Kolej Insaniah kan? So..tak menjadi kesalahan tatatertib lagi.."
Nabil tersenyum nakal….dia hanya mengjengilkan mata.
" Aku pelik ngan kau..kenapa kau tak suka ngan Umairah..sepupu kau yang baru balik daripada mesir tu? Aku rasa dia agak sepadan dengan kau..ilmu agama sama hebat"
Dia hanya menggeleng kepala mendengar ayat yang terluah daripada mulut si teman.
" Umairah baik..aku tak nafikan setiap lelaki pasti akan impikan perempuan sebaik Umairah untuk dijadikan permaisuri hati dan ibu kepada anak mereka..tetapi hati aku mengatakan Zulaiqha wanita istimewa..menjadikan aku hidup sebagai seorang lelaki yang akan memimpin rumahtangga aku. Umairah sudah terlalu sempurna sebagai seorang muslimah dan aku tidak tahu sebagai suami..adakah aku patut membimbingnya lagi.."
" Kau rasa Zulaiqha terlalu kurang dalam agama?"
" Zulaiqha wanita yang baik..dan aku yakin akan dapat menjadi suami yang baik untuknya. Aku mahukan wanita seperti Zulaiqha agar aku dapat menjadikanya seperti Umairah..kau faham maksud aku?"
Nabil hanya mengangguk perlahan…..

*****************************************************************

Cuti semester telah bermula. Dia kembali semula bersama keluarga..tidak banyak yang berubah. Kasih sayang ibu tetap hangat seperti dulu..adik-adik seakan dapat menerima pemergian ayah…
Tanpa sedar sudah hampir tiga bulan ayah meninggalkannya..
Al-hamdulillah, dia semakin tabah..dia semakin kuat..
" Angah…"
Dia terdengar suara ibu memanggil namanya…
" Ada keluarga kawan angah datang..katanya dari Dungun.."
Dungun? Siapa..Amsyar?
Haa..?
Sungguh..dia rasa amat terkejut jika betul apa yang difikirkan itu betul.
" Angah keluar yea..kawan angah juga ada…"
Dia mengangguk. Amsyar…rindunya dia pada wajah yang penuh dengan ketenangan tersebut. Dicapainya tudung yang tersangkut di balik pintu bilik. Dia kuatkan semangat untuk berhadapan dengan Amsyar yang sudah tidak ditemui sejak tiga bulan yang lalu. Ingatkan Amsyar telah lupakanya…lelaki sebaik itu..layakkah aku Ya allah?
" Angah kenal dia..?"
Perlahan suara atuk bertanya sebaik dia melabuhkan duduk. Dia tidak tahu apa pandangan ibu dan atuk padanya selepas ini. Belajar tidak habis lagi tetapi sudah berani mengajak pemuda datang ke rumah. Dia berdoa, tidak ada amarah daripada ibu atau atuk…
Dia menggangguk. Pandanganya bertembung dengan panahan mata Amsyar.
" Angah berkawan dengan dia ?"
Atuk masih lagi menyoal. Terasa aneh apabila dia disoal begitu..ibu memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan.
" Saya rasa jawapan itu sudah cukup untuk membuktikan yang Amsyar dan Zulaiqha saling mengenali…sebagai wakil keluarga Zulaiqha..saya menerima perminangan ini.."
Jantungya berhenti berdengup. Pendanganya terasa kabur. Amsyar meminangnya? Dijadikan isterinya?aku dipilih Amsyar?
Dia melihat Amsyar menadah tangan tanda syukur. Ibu memeluknya erat. Seketika dia melihat ada airmata dalam mata ibu Amsyar….

****************************************

Tangannya terasa seram sejuk. Duduknya serba tidak kena. Sikat yang dipegang seperti tidak terasa. Sesungguhnya hatinya gundah. Baru sebentar tadi Amsyar melafazkan kalimat yang begitu agung bagi dirinya..dirinya telah sah menjadi milik Amsyar setelah setahun mengikat tali pertunangan. Dia berterima kasih kepada bekas pensyarahnya..encik Nabil kerana telah banyak menolong dalam perhubungan mereka. Dia mengesat perlahan airmata yang tumpah…
Ayah..aku dipertemukan dengan insan seperti dirimu..terima kasih ya allah..dia memanjatkan rasa syukur….
Seketika dia terdengar seperti daun pintu ditolak dari luar. Dia tidak mampu untuk memandang, dia tahu itu adalah Amsyar..lelaki yang akan diletakkan sebagai insan istimewa dalam hatinnya..dia berjanji akan menjadi isteri yang baik untuk Amsyar…
" Assalamualaikum.."
Dia hanya diam.
" Tak akan marah kat abang kot..jawab salam dalam hati.."
Dia tersenyum.
Amsyar menyentuh perlahan dagu Zulaiqha. Mahu melihat sinar mata wanita yang seringkali mengamit rasa rindu yang mendalam…dia mengucup perlahan dahi itu. Perlahan-lahan tangan lembut itu disentuh. Terasa dingin dan sejuk..
" Terima kasih sayang..kerana sudi menjadi isteri abang,,sudi berkongsi kasih sayang dengan abang.."
Aimata yang ditahan tadi mengalir jua. Dia mengemgam erat tangan Amsyar.
" Terima kasih juga untuk abang kerana tidak pernah menyentuh Zulaiqha sepanjang kita bertunang. Abang meletakkan Zulaiqha sebahagian daripada wanita yang hanya disentuh oleh insan yang bergelar suami…"
Amsyar menyapu perlahan airmata yang tumpah pada pipi Zulaiqha…perlahan-lahan tubuh itu dirangkul kemas. Terasa seperti tidak mahu dilepaskan lagi..indahnya kurniaanmu ya allah..mengurniakan aku seorang wanita sebaik ini. Yang tidak jemu-jemu mengingatkan aku sebagai seorang muslim sejati..sentiasa memandang aku sebagai insan yang perlu dihormatinya..yang tidak segan silu bertanya tentang agama, yang beruasaha untuk meningkatkan rasa cintanya kepadamu..aku monon ya allah..kekalkan rasa cinta suci ini di hati kami..sampai akhirnya…
" Semoga Zulaiqha permaisuri hati abang di dunia..jua akhirat…."
Zulaiqha hanya mengangguk..itu juga doanya siang dan malam…..

**************************************************
P/s: terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerpen yang banyak kekurangan ini…cerpen ini ditulis saat hati sedang redha atas pemergian ayah tersayang pada 18/06/09…al-fatihah..
posted by Penulisan2u @ 6:17 PG   29 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Perihal kisah kita.
Nama Pena : dyadila @ Dia Adila

"apa masalah papa ni sebenarnya?"

"masalahnya kaulah" selamba duduk berdepan dengan papanya. Haji Marzuki. Mata tajam papanya langsung tidak menakutkannya.

"anak sorangpun susah nak jaga...macam jaga lembu sekandang"

"hishh papa ni boleh pula samakan Mar dengan lembu...busuk betul"

"papa dah buat keputusan.."

"tidakkkkk...."

"apa salah papa dekat kau sampai kau jadi macam ni?"

"tulah papa siapa suruh papa letak nama Mar ni Mawar...malu tahu tak semua member Mar ketawakan Mar" Mawar hampir memuntahkan ketawanya. Haji Marzuki juga menyimpan senyumnya. Nama Mawar itu adalah pilihan ayahnya, atuk kepada Mawar.

"sudah jangan nak buat lawak bodoh dengan papa.. lagipun nanti tok wanpun dah tahu yang kau akan duduk dengan dia minggu depan"

"papa ni suka buat keputusan sendiri tahu tak"

"ada papa kisah?" hj. Marzuki bangun dah berlalu meninggalkan anak daranya sendiri.
"jangan lupa esok papa nak makan nasi lemak", sambungnya lagi sebelum kakinya sampai di tangga.

"ada Mawar kisah?" dengan selamba dia berlalu melintasi papanya. Tanda protes dengan keputusan papanya.

"aikkk bertuah punya anak..."

Jam di sebelah katilnya berbunyi kuat... Mawar menutup telinganya dengan bantal. Selimut ditarik melindungi keseluruh tubuh kecilnya itu. Sudah 3 hari dia meninggalkan Kuala Lumpur sekarang dia berada di kampung gajah. Sekali lagi bunyi loceng kuat membingit di telinganya kali ini terasa lebih dekat.

"hissshhh..." dia meraba-raba jam di atas meja. Aikk mana pula jam ni. Bunyi ayam berkokok pula menganggu. dia membuang selimutnya lantas tingkap kayu kecil di sebelah dibuka dengan kasar.

"eiiii ayam bodoh kalau betullah....kau nak menjerit-jerit boleh tak pergi tempat lain" jeritnya lagi. Tingkap itu ditutup kembali, dia melangkah perlahan memanjat semula katil. Sedapnya tidur, semalaman dia tak tidur akibat berperang dengan nyamuk.

Selama tinggal dengan tok wan dia dapat rasakan dia bebas dari bebelan papa kesayangannya itu. Tok wan seorang yang tak suka membebel tapi lebih suka memberi sindiran yang tajam. Maklumlah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ayah dengan anak sama je suka seksa hidup aku.

"Nek mana tok wan?" Mawar tampil dengan jeans dan t-shirt hitamnya.

"Masyallah..seluar apa kamu pakai ni Mawar sayang??" aduhhh mula dah.. Mawar menayangkan muka tak bersalahnya.

"kenapa nek salah ke? Ni seluar jeanslah Nek"

"hahh....Ya Allah..."

"kenapa nek?"

"kalau kamu dah pakai seluar jin...nanti jin tu nak pakai apa pula?" hishh nenek aku ni buat lawak pulak. Kelakar sangatlah tu. Senyum kambing neneknya membuatkan dia terasa disindir.

"Mar mana ada seluar lainlah Nek... Tok Wan mana nek?" sekali lagi dia bertanya.

"entahlah..pagi-pagi macam ni kemana lagi dia duduk melepak warung janda Senah tulah"

"hahh..mesti Tok Wan ada skandal dengan Cik senah tu.." Mawar ketawa sengaja mengusik neneknya itu.

"hishhh kamu ni…jangan merepeklah.." muncung neneknya sudah kelihatan. dia tersenyum terus duduk mengadap nasi lemak yang sudah terhidang di depannya. Inilah yang best duduk dengan Tok Wan mesti Neneknya akan hidangkan tak payah dia susah-susah nak masak ke apa.

Sudah hampir sepuluh tahun dia tak balik ke kampung. Dia hanya berjumpa dengan nenek dan Tok wannya apabila mereka datang melawat mereka di KL. Apalah yang menarik sangat kampung ni sampai papa tak sabar-sabar suruh aku balik kampung. Sekali aku duduk terus dengan nek dan tok wan dia juga yang menangis.

"apa yang mawar buat sampai papa marah macam tu sekali?"

"entah Nek dia kata jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga Mar...mungkin sekarang ni papa tengah jaga lembulah kot" senyumannya bertukar ketawa. Teringat kata-kata papanya pada malam perang besar itu.

"macam-macam nek dengar pasal Mawar"

"alaaaa papa tu semua Mar buat semua tak betul... belajar silat salah, perempuan dia suruh belajar masak..peliklah, suka suruh orang buat benda yang tak suka buat"

"mungkin ada sebab dia tak suka"

"kalau mama ada mesti dia sokong apa yang Mar buat..." mawar diam, tiba-tiba hatinya terasa sebak, bunyi batuk dari belakang mengejutkannya. dia berpaling Tok wan sudah menarik kerusi di sebelahnya tercium bau rokok yang menyakitkan hidung.

"Tok wan ni berapa kali Mar nak cakap jangan merokok bahaya untuk kesihatan" pantas rokok di tangan lelaki tua itu di ambil dan dibuang keluar tingkap. Wajah kerut Tok wannya tidak dihiraukan. Dia hanya bersiul.

"nasihat orang pandai awak tu berapa kali tok nak cakap cuba duduk elok-elok, pakai baju tak senonoh tu entah apa ditulisnya kamu pakai ni bersiul macam budak laki..." Tok wannya sudah mula berceramah. Aduhhh....nampaknya dia tersilap langkah.

***

"tok kata tak payah...tak payahlah.."

"hah...mar nak ikut juga.."

"masalahnya gelanggang tu untuk lelaki...kamu tu perempuan"

"tok wan itu zaman dahulu kala..sekarang ni perempuan dah boleh buat apa yang laki buat tahu tak" geram dia mendengarnya, perangai tok wannya sama macam papa sukar merendah-rendahkan perempuan. Ketinggalan betul.

"kamu ni degil betullah...sama macam papa kamu tu"

"alaaa degil macam tok wannya juga" selamba dia melahirkan kata. Hajah Maimunah hanya senyum mendengar telatah cucu kesayangannya itu.

Matanya meredah suasana sunyi menyusuri langkah Tok wan yang sudah lebih 70 tahun tapi masih nampak muda dah kuat. Kedengaran suara anak muda kampung yang sedang belatih silat, nyalaan api di tepi pagar yang diperbuat dari buluh membuatkan dia rasa berada di zaman Hang Tuah. Wahhh...ramai juga anak buah Tok wan tapi kenapa dia tak nak ajar aku bersilat? Pelik...sebab aku perempuan ke?

"hah... Mawar kamu duduk saja di sini"

"hishhh Tok Wan ni janganlah panggil orang Mawar..tak sukalah"

"laaa dah nama kamu.. nak panggil apa?"

"Mar je..."

"hishhh mengada-ngada aku yang bagi nama tu kenapa kamu malu?"

"hooooo....Tok Wan yang bagi nama tu... orang malulah Tok macam zaman Hang tuah dengan Hang Jebat pulak" kedengaran ketawa kasar Tok wannya. Ehhh orang tua ni suka pulak dia. Dia tak tahu aku dari sekolah jadi bahan ketawa sebab nama ’Mawar’ nasib baik bukan kemboja, melor, kuntum ke hishhh....

Semua anak buahnya berpakaian serba hitam dan ada yang hanya berseluar dan tidak berbaju. Terasa segan pula dia berada di situ. Semua berhenti apabila Tok Wan masuk ke gelanggang. Mereka tunduk hormat. Tiba-tiba aku pula yang bangga.

"ini cucu Tuk nama dia ..." belum sempat Tok wan bersuara aku menyikunya perlahan.

"panggil Mar je" satu senyuman dilontarkan kepada jejaka-jejaka di depannya. Tiba-tiba ada mata yang memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu hanya berseluar hitam di pingangnya diikat dengan kain kuning. Dalam suasana gelap terlihat badan tegapnya.

’pehal plak mamat ni tengok aku semacam je...bajet bagus sangatlah tu silat dia?’

"teruskan latihan...Ril" suara tok wan mengembalikan Mawar ke dunia nyata.

"ya Tok" tangan tua itu disalam.

"malam ni buka langkah baru.." arahan Tok wan membuatkan aku sekali lagi menatap wajah itu.

"Tok...Mar ikut sekali" permintaan itu membuatkan Zahril ketawa, begitu juga Tok Wan.

"asas pun kamu tak ada nak buka langkah pun tak tahu macam mana?" kata-kata Tok wan membuatkan Mawar mencebik..

"Nampaknya Tok Wan pandang rendah dekat Mar?"

"bukan pandang rendah..."

"Gelanggang bukan namanya gelanggang kalau tak ada langkah" Mawar bersuara sedikit kuat. kata-kata itu mengingatkannya pada seseorang.

" gelanggang bukan gelanggang kalau tak ada langkah" kata-kata Aisya anaknya bermain semula di mindanya. Ungkapan yang sama sering digunakan Aisya satu-satunya anak kesayangannya.

"Tok Wan?" Mawar pelik, matanya memandang ke arah Zahril yang memandang sinis ke arahnya.

"sudahlah kamu duduk saja dekat situ, jangan mengada-ngada" Mawar tersentak. Mukanya beralih merah, malu disergah begitu.

"Mar balik dululah" Mawar meninggalkan semua mata yan memandangnya. Kesal dengan sikap Tok wan yang sama seperti papanya. Benci!!.

****

Matanya merenung sawah padi yang menghijau, cantik. Membuatkan hatinya menjadi tenang.

"jauh menung nampak?"

"hah?" zahril tidak mempedulikan pandangan mata Mawar, dia terus duduk di sebelah wanita itu.

"nak apa?" tanya Mawar tanpa memandang lelaki di sebelahnya

"nak lepak dekat sini je" Mawar bangun dari duduknya,

"ehh...nak ke mana tu?"

"laaa dah awak nak lepak dekat sini"

"berlagak juga orang KL ni ek"

"so apa masalahnya" Mawar bertanya tak puas hati. Suka-suka mulut dia je. Juntaian rambut yang menutupi wajahnya di tolak dengan tangan. Matanya masih tak lepas memandang lelaki di depannya itu.

"masalahnya cik mawar ni macam bermasalah je dengan saya?" zahril menayangkan muka tak bersalahnya. Menambahkan lagi sakit di hati mawar.

"ehhh...pleaselah...that not my problem"

"saya orang kampung Cik Mawar tak pandai bahasa omputih ni" perli Zahril.

"so apa masalahnya?"

"tak ada masalah" zahril mengajuk cara mawar bertanya.

"whatever" Mawar bangun, selipar di tepinya di angkat dengan tangan.

"cik mawar hati-ha..." belum sempat pesanan zahril habis Mawar sudah jatuh terduduk.

"aduhhhh!!!" jeritan kuat Mawar membuatkan zahril berlari mendapatkan wanita itu.

"hahh tulah saya baru nak pesan...dah jatuh dalam sawah" ketawa zahril kedengaran.

Mawar berdiri separuh baju t-shirtnya sudah berlumpur. Ketawa zahril membuatkan hatinya bertambah panas. Dia cuba memanjat benteng sawah namun gagal. Zahril menghulurkan tangannya untuk membantu mawar, wanita itu menepis tangannya kasar.

"Nak menyombong lagi tu...cepatlah licin tu, jangan salahkan saya kalau nanti ada lintah atau pacat dekat badan awak tu " mendengar kata-kata itu membuatkan Mawar pantas menarik tangan zahril.

Muncungnya panjang sedepa. Satu suarapun tidak kedengaran dari tadi. Langkah diaturkan lebih laju.

"tak payah ikut sayalah...bukan saya budak kecik tak tahu jalan balik" marah Mawar apabila zahril mengekorinya.

"sebab awak bukan budak keciklah saya ikut mana tahu awak terjun lagi dalam sawah tu" sindir zahril membuatkan langkah Mawar semakin laju.

Hajah maimunah melihat muncung cucu kesayangannya itu, tanpa menegur neneknya mawar terus naik ke dalam rumah dengan baju yang penuh lumpur.

"kenapa pulak ni?" jerit neneknya perlahan apabila melihat cucunya bermandi lumpur.

"dia jatuh dekat sawah Nek "

"hah?macamana pula jadi macam tu?"

"jalan laju sangat mengalahkan pendeka" kata-kata zahril disambut dengan tawa besar Nek Jah. Memang dia sudah biasa di rumah itu malah sejak kecil lagi dia memang selalu bermain di rumah Nek Jah. Tapi tak tahu pulak yang Nek Jah ada cucu secantik Mawar. Bisik hati nakalnya.

"tak apalah Nek, Ril balik dulu"

"makan tengahari dekat sinilah"

"emmm tak apalah nek, lagipun dah janji dengan mak tadi nak baik awal..mungkin lain kali" Nek jah tersenyum menghantar langkah lelaki itu hingga hilang dari pandangan. Zahrillah penawar rindunya saat dia merindui cucu kesayangannya.

***

"Kenapa abang buat macam tu?"

"habis awak nak dia jadi macam mak dia? Sebab silat dia pergi tinggalkan kita.." ada sendu di hujung kata-kata Tok Wan. Mawar disebalik pintu hanya diam menjadi pendengar. Dia ingin tahu apa rahsia yang selama ini disimpan.

"tapi itu semua takdir...abang tak boleh nak melawan takdir" giliran Nek Wan pula bersuara.

"sudahlah Mak ayah lagipun Mawar tak pernah tahu cerita sebenar biarlah dia dengan cara dia" ehhh itu suara Papa? Bila dia sampai?. Dia cuba menjengukkan kepalanya ke dalam rumah.

"jangan sampai dia tahu.." gertak Tuk Wan. "aku tak mahu hilang cucu aku macam aku hilang anak aku" Tok wan terus meninggalkan Papa dan Nenek di dapur. Hahhh nampaknya keputusan kena juga datang dari aku. Mawar masuk ke rumah terus ke biliknya.

"Mawar nak kemana ni?" Beg yang disandang diletakkan ke lantai. Dia tunduk enggan memandang wajah Tok Wan dan neneknya

"Mawar nak balik"

"kenapa?"

"sebab mawar tak nak jadi orang yang terasing dalam keluarga, kalau Atuk, Papa dan Nek rasa Mar ni penganggu lebih baik Mar balik. Lagipun Mar pun tak nak ambik tahu lagi rahsia keluarga ni" dia membuat keputusan.

"Mar duduk...jangan nak memberontak tak kena tempat"

"Papa selama ni Mar selalu fikir yang Papa adalah insan yang faham Mar tapi hakikatnya Papa masih tak kenal anak sendiri" bunyi dehum dari ats membuatkan dia berpaling. Alamak Atuk!!. Ada sedikit getar di dadanya, kalau kena penampar kang tak pasal-pasal je masuk hospital.

"apa bising-bising ni?"

"budak ni nak balik bang" Mata atuknya kelihatan tenang. Sempat dia menyalakan rokok yang terselit di tangan, hishh Atuk ni tak nampak ke aku nak merajuk ni boleh pulak layan rokok tu lagi.

"emmm kalau nak balik..balik arrr tapi sebelum tu pergi kedai belikan atuk tepung teringin pula nak makan cucur udang" Mawar menelan air liurnya. Cucur udang? Mak aiii sedapnya.

"Malaslah Tuk suruh papa yang beli..Mar nak balik KL" cuba melayan rajuknya walaupun hakikatnya sudah terbayang cucur udang panas. Ada ke aku merajuk dia suruh pergi beli tepung..hishhh tak logik betul..mana ada sangat kritikal macam ni nak buat adegan makan kot.

"pergi atuk kata...nak tengok atuk ni mati kempunan ?" senyuman cuba disembunyikan apabila melihat Mawar keluar dengan muka masamnya. Dia tahu perangai cucu kesayangannya itu. Walaupun dah boleh jadi mak orang tapi perangai macam budak-budak. Hajah Maimunah dan Marzuki hanya tersenyum sumbing. Marzuki kagum dengan ayah mertuanya kerana berjaya menawan hati anak kesayangannya itu.

"alamak...anak manja Tok wanlah" zahril menjeling ke arah mamat dan kawan-kawannya. Memang sengaja mereka menduga kesabarannya.

"hahhh nak ambil hati tok guru sampai cucu dia pun kau rembat sekali ke?" satu lagi suara mencelah datangnya dari kelompok yang sama.

"apa masalah korang ni sebenarnya?"

"tak ada apa...saja borak-borak kosong pasal ada orang tu" zahril mengenggam erat penumbuknya.

"kau jangan cari pasal dengan aku Mat" kelihatan dia semakin hilang sabar.

"kau ingat kau belajar silat aku takut..kau jangan lupa aku pun bekas anak murid Tok Wan.." dia berdiri tegak wajahnya tegang menikam wajah Zahril. Dendamnya masih belum selesai.

"sebab itulah aku lepaskan kau kali ini..ingat silat bukan untuk kita menunjuk-nunjuk" Zahril berpaling ingin meneruskan langkahnya.

"hahhh pergi mampuslah silat kau tu" Mamat memberi isyarat kepada kawan-kawannya. Mereka menghalang perjalan Zahril, satu persatu melepaskan tumbukan namun dengan tenang ditangkas oleh zahril sehinggalah dia silap percaturan, Mamat menghayunkan seatu objek keras ke kepalanya. Dia tersungkur jatuh. Terasa kepalanya sangat sakit darah mengalir keluar.

"hohhh apa korang buat tu?"

"amboiii anak gadis manis Tok Wan pula nak jadi penyelamat" sindir Mamat disertai gelak tawa kawan-kawannya. Hishhh kurang ajar memang nak kena ni. Mawar mengenggam tangannya.

"emmm mari sayang biar abang cium sikit" Mamat sudah merapati Mawar. Ketika itu Zahril masih mengerang kesakitan

"Mawar lari...lari..." sedaya upaya Zahril menjerit tangannya masih memegang kepala yang penuh dengar darah.

Mawar tersenyum..memang nak kena budak-budak ni, tapi boleh ke dia kalahkan muka-muka pecah rumah ni? Ramai pulak tu?..hishhh kena fikir tiga kali. Tiba-tiba idea bodohnya datang. Bungkusan tepung di tangannya diramas pelahan, matanya mengawasi kedatangan Mamat. Sebaik sahaja lelaki itu datang merapatinya, senyuman Mamat membuatkan dia terasa ingin muntah dalam masa yang sama dia mendengar jeritan Zahril meminta dia pergi dari situ.

"ambik kau..."

"aduhhh" Mamat menutup matanya, wajahnya dipenuhi tepung. Matanya pedih. Sepantas kilat satu sepakan dilayangkan ke tempat sensitif lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu menjerit dan tunduk kesakitan.

Semua kawan-kawannya terkedu, ada yang ingin mara datang membantu dan ada yang melarikan diri.

"hahhh marilah kalau korang nak rasa macamana tak ada keturunan nanti..." masing-masing melangkah ke belakang.

"blah arr geng...jom cabut.." satu persatu meninggalkan Mawar sambil menarik Mamat yang masih mengerang kesakitan.

"hahhh..padan muka kau lepas ni mesti kau terseksa seumur hidup" sempat mawar berkata perlahan. Dia berlari mendapatkan Zahril yang terdampa di tepi jalan. Kebetulan pada masa yang sama sebuah kereta berhenti dekat dengan mereka.

"Mawar kenapa ni?"

"PAPA?!!"

****

"tak sangka cucu Tok Wan jadi hero" puji Tok Wannya.

"alaaa...kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" giliran papanya pula menyampuk. Semua di situ tergelak mendengar jawapan Hj Marzuki.

"budak Mamat tu memang nak cari pasal dengan aku..." Marah Tok wan.

"dahlah ayah biar polis yang tentukan..jangan awak nak buat perhitungan sendiri " Nenek memberi amaran. Pak cik Mail dan Mak cik Murni juga menyokong pendapat Nenek. Aku hanya diam di satu sudut bilik. Masih ada yang belum selesai.

"hahhh cucu Atuk ni kenapa diam je?? Tak suka ke jadi hero? Ehhh nak ke mana tu?" Tuk Wan dan yang lain memandangnya. Matanya bertembung dengan pandangan Zahril yang bersandar di katil. Semua sedang menanti jawapannya.

"Nak balik KL" dia terus keluar dari wad 301c itu. Malas mendengar gurauan yang tak kelakar langsung. Hatinya masih sakit.

"tunggu Mawar...Atuk ada benda nak cerita"

"kalau nak beritahu rahsia yang atuk simpan selama ni tak payahlah Tuk Wan"

"dengar dulu apa yang tuk wan nak cakap Mawar" giliran ayah pula yang menyergahnya dari belakang. Di sisinya ada Nenek yang sudah berteman air mata.

Segala yang tersimpan selama ini diluahkan, satu persatu cerita dilayarkan kepadanya. Ada air mata yang menitis saat dia tahu hakikat sebenar. Patutlah Tuk Wan dan Papa merahsiakan segalanya. Cerita aisyah ibunya dibongkar satu persatu.

****

Sayangku Mawar..

Mesti sayang tak suka nama itukan..seminggu ibu bertengkar dengan atuk sebab namamu sayang, tapi ibu tahu nama itu juga yang akan membuatkan ibu bangga denganmu. Mungkin masa Mawar baca surat ni rahsia ibu dah terbongkar...

Sayang maafkan atuk, Nek dan papa sebab mama yang minta segalanya dirahsiakan. Bukan silat sebenarnya yang ibu bencikan tapi keadaan lama ibu terbiar bagai mayat hidup selepas kemalangan itu. Sakit bukan sebab ibu cacat tapi sakit sebab kerana terlalu mengutamakan seni mempertahankan diri yang mengankat nama ibu, ibu lupa dunia, ibu lupa suami yang kasihkan ibu, ibu lupa ayah dan mak yang selama ini menjaga dan membesarkan ibu.

Kegemilangan ibu sebagai juara tak penah buat ibu bahagia..ibu kesal sebab abaikan mawar..maafkan ibu..tapi ingat gelanggang bukanlah gelanggang jika tak ada langkah. Prinsip itu buatkan ibu sedar rupanya langkah ibu salah. Demi anakku yang tersayang maafkan ibu. Ibu sayang Mawar...sangat sayang...
Ibumu tersayang..

Semua isi dairi itu telahku baca. Air mata yang menitis disapu perlahan dengan jari. Dia pasrah dengan ketentuan yang berlaku. Emmm...memang kadang-kala nama boleh membuatkan seseorang hilang punca, hilang keluarga. Ibu mawar faham perasaan ibu. Mawar sayang ibu. Dairi itu didakap erat. Seakan memeluk ibunya.

"sayang mana butang baju abang ni?"

"hah?? Ada atas meja tu.." Mawar memandang wajah segak suaminya Zahril.

"sayang menangis lagi ke?" dia duduk di tepi isterinya. Dahi wanita itu dikucup lembut.

"tak adalah...tiba-tiba teringat ibu"

"alaaa dahlah...kan nak dapat ibu baru hari ni..cepat tu nenek dengan Tuk Wan dah bising" dia meluru ke depan cermin. Melihat penampilannya. Segak lengkap berbaju melayu dan samping. semoga Papa dan Mak Uda akan bahagia. terbayang senyuman Maryuni jiran rumahnya tak sangka janda anak satu itu akan menjadi ibunya. wajah suaminya dipandang.

"ni siapa yang nak nikah ni Papa ke abang?" ada senyuman nakal terselit di wajah suaminya.

"ala...abangkan pengapit kenalah lebih hensem dari pengantin" kedengaran ketawa kuat Zahril.

"perlu ke abang kata macam tu?" ada nada tak puas hati.

"perlulah sebab mana tahu kot boleh tambah cawangan"

"amboii gatal...." satu cubitan mengena lengannya. Berbirat.

"sakitlah sayang...anak papa nanti dan keluar jangan suka cubit-cubit suami tau...nanti suami cari lain" bisik Zahril apabila dia merapatkan kepalanya ke perut isterinya yang sudah 7 bulan. Lagi 2 bulan dia akan menjadi papa.

"abang!!" jerit Mawar perlahan.

"Tuk Wan dah bagi nama dekat anak kita" Zahril berkata perlahan.

"hah?!! Ohhh NO..."

"oohhh YES...Kemboja sari katanya" bulat mata Mawar mendengarnya.

"TAK NAK!!!!!!!!!" Zahril tersenyum..dapat meneka reaksi isterinya.

The end.
posted by Penulisan2u @ 6:15 PG   15 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Kembalikan indah
Nama Pena : sofi

1
"And you lady, what makes you still standing right there?"

Afifah memandang sekeliling. Baru tersedar bahawa dia saja yang masih berdiri. 24 orang pelajar lain dalam kelas T6 Atas 2 itu sudah duduk semua.

Wajah Cikgu Kamal direnung sekilas. Jawapan selamba diberikan. "Because I can’t answer your questions, sir!"

Pelajar-pelajar lain ketawa mendengar jawapan itu.

‘Wah, berani jugak budak ni.’ Sela Kamal dalam hati. "And why can’t you?" soalnya keras.

Afifah tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Mata guru itu masih melekat di wajahnya dan dia amat takut kalau tersilap cakap. Namun dia mesti menjawab soalan itu.

"Hari ini otak saya blank, cikgu." Dia mengaku.

Bulat mata Kamal mendengar jawapan anak muridnya itu.

"Amboi, dahlah tak bawak satu buku pun ke kelas, berani pulak cakap yang otak awak kosong, ya? Agaknya, otak awak tu kurang oksigen kut! Esok, saya nak bawa tangki oksigen ke dalam kelas ni. Senang saya suntik masuk dalam kepala awak yang kosong tu! Supaya lepas hari ini, awak boleh terima pengajaran saya! Tidaklah macam hari ini, awak tengok saya tapi penglihatan itu tembus badan saya macam pancaran sinar gamma!"

Wajah Afifah serta merta berubah. Sindiran guru itu membuat dia rasa hendak menangis. Malu sungguh dia. Sampai hati cikgu itu ketawakan dirinya. Dia bercakap benar bila memberitahu yang otaknya kosong hari ini tetapi cikgu itu mempermainkannya. Marah benar dia dengan cikgu fiziknya itu. Geram!

"Dahlah tu, Fifi. Cikgu Kamal tu melawak. Tak usah ambil hati!" Aina dan Ain cuba memujuk.

Wajah dua orang sahabat baiknya itu ditatap. "Korang cakap senanglah. Bukan korang yang kena!" Balas Afifah dengan muka yang masam.

"Ko ni lawaklah, Fi. Cikgu Zamri lagi kasar kalau melawak, ko boleh tahan pulak! Tapi, dengan cikgu ....."

"Cikgu Zamri dah ajar kita selama empat tahun, tentulah aku boleh tahan lawak dia. Cikgu Kamal tu baru datang ari ni. Ari pertama ngajo dah hentam anak murid. Cikgu apa camtu? Menyampah aku!"

Sakit sungguh hatinya bila mengenangi sikap guru yang bernama Kamal Amir bin Osman itu.

"Eleh, menyampah konon. Entah-entah dalam hati tu..suka?" Usik Ain pula.

"Hah? Gila ko?" Marah Fifi. Bulat matanya merenung Ain.

"Ala, Fi. Jangan le marah sangat kat cikgu tu. Dia bukan lama ngajo kita. Dua bulan aje." Aina mencelah.

Cikgu Kamal ialah guru ganti. GSTT istilahnya. Dia menggantikan Puan Tan, guru Fizik mereka yang cuti bersalin.

‘Ya, dua bulan. Kejap aje tu.’ Fifi memujuk diri.

2
Kira-kira seminggu selepas peristiwa di dalam kelas itu, Afifah dalam keadaan terburu-buru untuk berjumpa dengan Cikgu Zamri. Sebagai setiausaha persatuan Bahasa Melayu sekolah, dia terlibat secara aktif untuk menggerakkan aktiviti persatuan. Guru itu memanggilnya untuk membincangkan tentang kertas kerja yang dihantar berkaitan beberapa pertandingan seperti perdebatan, membaca puisi dan drama yang akan dijalankan pada bulan hadapan sempena bulan bahasa.

Ketergesaannya itu membawa padah kerana secara tidak sengaja dia terlanggar cikgu Kamal yang sedang berbual-bual dengan cikgu Norhayati, guru tingkatan yang juga cikgu matematik kelasnya di luar bilik guru.

"Kenapa dengan awak, Fifi? Habis cikgu Kamal awak langgar! Kelam kabut ni nak pergi mana?"

Suara cikgu Yati yang terkenal garang itu kedengaran menjerkahnya.

Wajah Afifah merona merah. Dia menarik nafas panjang-panjang sebelum menjawab, "Maaf, cikgu. Saya tak sengaja. Saya ada amali bio sekarang tapi cikgu Zamri nak jumpa saya. Itu yang kelam kabut tu!"

Tumpuannya hanya kepada cikgu Yati. Tidak langsung dia menoleh ke arah cikgu Kamal.

"Yang awak minta maaf pada saya buat apa? Awak kan langgar cikgu Kamal, mintalah maaf pada dia! Habis isi bekas pensel dia berterabur!" Cikgu Yati berkata sambil ketawa geli hati. Pada masa yang sama dia melangkah pergi meninggalkan Kamal dan Afifah berdua di luar pintu bilik guru itu.

Afifah menjadi gugup. Dia turut sama mengutip alat tulis yang bersepahan di atas koridor dan menyerahkannya kepada Kamal.

"Otak awak kosong lagi ke? Atau kali ini saya dah jadi halimunan pulak?" Mata cikgu itu tajam merenungnya sebelum melangkah pergi.

‘Cikgu Kamal ni biar betul! Macam-macam dikatanya aku. Otak kosonglah, kurang oksigenlah, sinar gammalah. Sekarang? Aku dah halimunankan dia pulak! Aku hilangkan dia betul-betul, baru dia tahu! Hii…geramnya!’ Marah Afifah dalam hati.

"Hah! Ada awak, Afifah? Saya tunggu awak punyalah lama! Yang awak tercegat kat luar ini buat apa?"

Teguran Cikgu Zamri mengejutkan Fifi daripada lamunannya. Dengan langkah yang dipercepatkan dia mendekati cikgu itu dan berdiri mendengar segala komen dan nasihat demi menjayakan program yang telah diatur.

3
Di asrama, Afifah termenung di atas katil bujang. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara dia dan Cikgu Kamal menghiasi fikiran.

‘Nape ngan aku aje, dia cam tu? Tapi kalo ngan budak pompuan lain, ok aje aku tengok. Boleh gelak-gelak lagi. Aku tak kacau dia pun....’

"Woi, apa yang dimenungkan tu hah? Ingatkan cikgu handsome tu ke?" Ain mengusik bila sejak tadi dilihatnya Afifah asyik termenung.

Afifah mencebik.

"Hang jangan, Fifi! Benci boleh bertukar jadi rindu, tau tak! Benci tapi rindu, ingat lagu itu?" Bisik Ain di telinganya membuatkan dia menjerit kecil.

"Tolonglah!" Rayu Fifi sambil dua telapak tangan ditemukan tanda minta ampun. "Ko jangan sebut-sebut nama dia depan aku, boleh tak? Hati aku ni sakit lagi…..Please!"

"Ain, aku tak sangka dekat sekolah kita ni ada alien. Bila satu sekolah sukakan cikgu macho tu, dia pulak benci. Bila semua budak perempuan mabuk kepayang, dia boleh buat muka selamba! Masya-Allah, ko ni kenapa, Fifi? Wayar ko dah putus ke?" Aina mengusik.

"Wayar aku semuanya berfungsi dengan baik. Korang tu yang tak betul. Cikgu tu yang sewel. Banyak peminat, konon? Sengaja menggatallah tu!" Balas Fifi.

"Aik, cemburu nampak? Adatlah! Cikgu Kamal tu smart, handsome, mestilah ramai peminatnya. Eh Fifi, cuba ko ngorat dia. Aku rasa dia tu suka kat ko. Dalam kelas pun, sesekali mata dia mesti jeling tengok ko. Aku rasa, kalau ko tackle dia, mesti dia balas punya. Mesti dia jatuh cinta pada ko.Betul tak, Ain?"

Afifah merenung tajam ke arah kedua-dua sahabat baiknya. Ada perasaan marah yang sudah bercampur geram. Macam nak ditelannya mereka. Tambah-tambah lagi apabila melihat senyuman yang sedang menguntum di bibir.

"Yalah, Fi! Biasalah lelaki, kan! Yang senang dapat, bukan dia peduli pun. Tapi, kalau ko, barulah ada cabaran! Sikap ko yang acuh tak acuh pada dia selama ini pun, tentu dia hairan. Tak pernah dibuat orang! Hai, tentu seronok tengok ko couple ngan dia. Sama cantik sama padan, macam pinang dibelah dua!" usik Ain pula.

Afifah ternganga mendengar kata-kata Ain. Tidak disangka Ain akan berkata begitu. Apakah yang sudah merasuk fikiran kawan-kawannya ini?

"Korang semua ni dah kena rasuk kot? Dah, jangan nak merapu. Baik baca buku! Ingat, periksa STPM tinggal 5 bulan aje lagi. Sekarang, bukan masa untuk main-main. Bukan masa nak cintan-cintun. Aku nak tidur, malas nak layan korang. Benci! Hah, lagi satu, aku dah set jam tu pukul tiga pagi. Jangan nanti bila alarm tu bunyi, ada pulak tangan yang gatal pi tutup. Faham?"

Kawan-kawannya ketawa besar mendengar bebelan Afifah. Ain sempat mengusik lagi, "Bila kita orang cakap ko rindu kat cikgu Kamal, ko marah. Tapi.... cakap pun, dah macam orang tak betul. Mula-mula ajak kami baca buku. Lepas tu kata nak tidur. Mana satu ni?"

Malas melayan, Fifi mengambil keputusan untuk menutup mukanya dengan bantal. Pura-pura tidak mendengar usikan Ain itu.

4
"Ko rasa ko boleh lulus tak dalam ujian Fizik ari tu?"

Suara Ain memecah kesunyian. Sebentar lagi, waktu fizik. Pastinya guru muda itu akan masuk dan membawa semula kertas jawapan para pelajar yang telah disemak. Afifah mendiamkan diri, tidak mahu menjawab soalan Ain itu. Entah kenapa, ada rasa cemas bila dia mendengarnya.

Tiba-tiba Mona (musuh tradisilah ni) menoleh ke arahnya dan berkata, "Kenapa nampak risau, Fifi? Takut gagallah tu. Muka ko tu macam tak ada konfiden untuk lulus. Baguslah! Barulah cikgu-cikgu kat sekolah ni boleh nampak yang ko tu bukanlah hebat sangat!"

Berdesing telinga Afifah mendengar sindiran itu namun belum sempat dia membalas, Cikgu Kamal sudah pun memasuki kelas.

"Kenapa?" Soalnya. Suaranya seakan-akan ingin menangis bila melihat nombor kosong dibulatkan besar-besar di atas kertas jawapannya.

"Awak yang jawab, tak kan awak tak tahu?" Guru muda itu bertanya balas.

Suasana dalam kelas itu sungguh hening. Sunyi. Kalau sebatang jarum jatuh, pasti bunyi itu akan jelas kedengaran.

"You hate me sir, don’t you? Sampai tak ada satu yang saya buat betul pada mata cikgu! I did answer according to the questions asked, tapi cikgu tak semak pun." Afifah menuduh. Sakit hatinya melihat bulatan kosong itu. Geram dan marah pada guru itu yang tersemai di hati sejak hari pertama lagi, dituntaskan.

Kamal menjegilkan matanya kepada gadis itu. Melampau betul! Ikut sedap mulut dia aje nak bercakap, gumamnya. Hatinya berang serta merta. Afifah ditengking. Kuat suaranya sehingga boleh didengari di kelas-kelas yang berhampiran.

"I want you to get out of my class now. Tuduhan tadi amat berat! Awak tulis apa yang awak hafal daripada buku. Untuk soalan pengiraan, awak beri rumus, beri definition. Jawapan awak merapu. Tapi awak salahkan saya? Awak kata saya sengaja tak semak kertas awak? Kenapa saya nak buat macam tu? Kenapa? Ini ke contoh yang ingin ditunjukkan oleh tokoh pelajar paling berbudi bahasa di sekolah? No, Afifah! Gelaran itu tak layak untuk awak hari ini! You’re not even polite. Your answers are all rubbish and you knew it! Get out of here! And remember this. Don’t ever enter my class again until you apologize!"

Malu, sedih, marah, hiba, kecewa bercampur aduk dalam dirinya. Afifah merasa dirinya terlalu kerdil saat itu. Hancur luluh hatinya. Hanya Allah maha mengetahui perasaannya ketika itu. Tanpa menunggu sesaat pun lagi, dia berlari ke arah asrama. Walau dia tahu, dia sedang melanggar peraturan asrama yang tidak membenarkan pelajar berada di situ sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan, namun ke mana lagi harus ditujuinya? Dia percaya tidak lama lagi, berita ini akan tersebar kepada semua penghuni sekolah tersebut!

5
"Apa sebenarnya yang terjadi Ain, Aina? Tolong ceritakan pada saya." Suara Kamal begitu lirih.

"Sejak cikgu marahkan dia ari tu, Fifi tak makan, tak minum, tak cukup tidur pun! Dia memang begitu kalau dia susah hati! Kalau kami paksa makan jugak, dia akan muntah dan keadaan dia akan jadi lebih teruk. Abis tu apa nak kata lagi? Masuk hospitallah, jawabnya!" Ain menerangkan.

Kamal menggelengkan kepala. Tidak diduga, penangan tengkingannya menyebabkan Afifah jadi begitu. Patutlah dia tidak nampak kelibat gadis itu sejak 3 hari yang lalu.

"Saya betul-betul menyesal. Kerana saya, Fifi jadi macam tu....." Ucap Kamal tulus. "Ain, saya nak gi tengok dia. Awak rasa, dia nak jumpa saya, tak?"

Kamal Amir mengatur langkah penuh yakin mendekati katil bernombor lapan belas. Di tangan kirinya ada sejambak mawar merah. Di tangan kanan pula, sebakul buah-buahan di bawa.

Di atas katil, dia melihat Fifi tidur dengan lena. Wajah gadis itu kelihatan sedikit pucat. Wajah itu ditatapi sepuas hati. Inilah kali pertama dia dapat berbuat begitu. Sepanjang sebulan mengajar, dia sering memandang wajah mulus itu namun adalah mustahil untuk menatapnya seperti sekarang.

‘Cantik!’ Desis di hati. Dadanya berdegup kencang. Kenapa, ya?

Tiba-tiba Afifah membuka mata. Pandangan bertaut. Akhirnya dalam gelodak jiwa yang gelora, Kamal menghulurkan apa yang dipegang kepada gadis itu.

"Saya minta maaf pada awak, Afifah. Saya salah kerana menengking awak di depan kawan-kawan awak. Saya tak patut kata kat awak macam itu. Tutur kata saya pada awak hari tu memang kesat. Saya betul-betul tak sangka awak akan jadi macam gini. Kalau saya tahu, sumpah saya tak akan marah-marah awak. Boleh ke awak maafkan saya?"

"Sebenarnya cikgu, saya pun tak patut tuduh cikgu macam-macam. Saya pun salah juga. Saya pun harap cikgu dapat maafkan saya?"

Lama mereka berbalas renungan. Ada debaran dalam dada masing-masing. Ada getaran sedang melanda dalam jiwa muda mereka. Marah sudah hilang. Perasaan sudah bertukar menjadi sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan. Akhirnya, senyuman tersungging di bibir masing-masing.

Entah dari mana, Ain tiba-tiba muncul di sisi mereka. "Wah! Cikgu ni bila tengok Fifi, macam nak telan! Atau…. Macam dah jatuh cinta? Mana satu cikgu?"

Usikan itu membuat Kamal tersenyum meleret. Afifah bertambah malu. Lantas tangan kirinya mencubit paha kanan Ain dan Ain terjerit kesakitan.

"Woi, ko tu sakit, buatlah cara sakit. Dok cubit orang buat apa?"

"Lain kali cakap tu berlapik sikit. Langsung tak hormat pada cikgu!" Afifah menjeling Ain.

"Kalau saya dah jatuh cinta pada Fifi, macam mana Ain?"

Ain bertepuk tangan dan menjerit, "Bestnya!"

"Pergi baliklah Ain! Ko ni buat aku malu aje." Marah Afifah membuatkan Kamal dan Ain ketawa lebih kuat.

"Bagusnya kawan? Dia nak berdua-duaan dengan cikgu, kawan baik dihalaunya. Amboi, amboi! Nak aku repot pada cikgu Yati?"

6
Hujung minggu itu, pada hari Khamis, akan diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Itulah hari terakhir persekolahan. Kebetulan pula, hari itu ialah hari terakhir Cikgu Kamal di sekolah.

Perhimpunan pagi dimulakan dengan pelbagai ucapan. Mula-mula ucapan yang Berhormat Menteri, kemudian ucapan Ketua Pengarah Pelajaran diikuti ucapan Pengarah Pelajaran Negeri. Lepas itu ucapan Pengetua mewakili guru-guru, diikuti ucapan oleh Ketua Pengawas mewakili pelajar.

Waktu semua guru menyanyikan lagu Guru Malaysia, semua pelajar bersorak bangga. Bila semua guru membaca ikrar, semua pelajar diam menghormati.

Suasana sungguh meriah. Bunga-bunga mawar yang cantik dan wangi bertukar tangan antara pelajar dengan guru. Hadiah pun begitu. Ada guru mendapat hadiah yang besar dan mahal. Tidak kurang yang mendapat hadiah kecil sahaja. Namun hadiah bukanlah penting. Tanda ingatan para pelajar terhadap setiap guru mereka itulah yang terutama.

Selepas perhimpunan, acara sukaneka dijalankan. Macam-macam yang telah diaturkan oleh para pelajar untuk para guru. Bukan bertujuan untuk mengenakan mereka, hanya sekadar menghiburkan hati melihat telatah guru-guru yang selama ini pandai memerintah para pelajar di padang.

Tadi acara sukan itu baru sahaja tamat. Sempat juga Afifah mengerling hadiah yang diperolehi oleh pujaan hatinya. Banyak juga acara yang dimenangi oleh lelaki itu. Maklumlah, lelaki itu kan masih muda? Masih kuat!

Sekarang ini semua guru sedang menikmati hidangan di dewan makan asrama. Tentu sedap hidangannya sebab bau harum semerbak dari dapur dapat dihidu sejak awal pagi lagi!

Sebentar lagi, acara persembahan akan diadakan. Ada persembahan individu, juga persembahan berkumpulan. Ada nyanyian, tarian malah drama dan boria. Sekadar untuk suka-suka, apa salahnya kan?

Aisyah, seorang pelajar tingkatan lima mekanikal yang terserlah kewibawaannya memulakan persembahan dengan menyampaikan sajak terkenal nukilan Allahyarham Usman Awang yang khas ditujukan kepada semua para guru.

Ketika persembahan akan menutup tirai, tiba-tiba kedengaran suara juruacara berkata, "Guru-guru yang kami hormati dan kawan-kawan yang disayangi. Hari ini ialah hari terakhir cikgu Kamal Amir bersama kita. Apa kata kalau kita minta beliau naik ke atas pentas ini dan menyanyikan sebuah lagu untuk kita, nak tak?"

Suasana hingar bingar seketika. Ramai yang terjerit-jerit meminta Kamal naik ke atas pentas. Apabila wajah tampan yang hanya memakai t-shirt dan track suit itu naik ke atas, ada yang menjerit, ada yang bersiul kecil tanda memberi sokongan moral.

Daripada atas pentas itu, sepasang mata itu liar mencari sesuatu. Apabila sudah bertemu, dia tersenyum lantas berkata, "I dedicate this song to a very beautiful girl, who always gives headache to me with all the wrong answers but who has a smile that made my nights sleepless. The song is when will I see you again?"

Pada masa itu Aina dan Afifah sedang berdiri di belakang dewan bersama-sama beberapa orang guru termasuklah cikgu Yati dan cikgu Zamri. Semua mata terfokus kepada Afifah bila mendengar bait-bait ayat daripada Kamal. Perhatian mereka kepadanya membuatkan Fifi merasa hangat pipinya begitu membahang.

Cikgu Yati mengusik, "Hebatnya penangan awak, Fifi. Sampai si dia tak boleh tidur!"

"Bukan sayalah, cikgu." Jawab Afifah malu-malu.

"Awak dah tak boleh menafikannya. Tengok tadi, dia macam tercari-cari sebelum bercakap. Bila matanya terpandang kat sini, dia tersenyum dan menyebut apa yang dia sebut. Takkanlah dia tujukan kata-kata itu kepada saya pulak? Saya yakin, kata-kata itu bukan juga untuk Aina sebab Aina tak pernah kelahi dengan dia, betul tak Aina?"

When will I see you again
When will we share precious moments
Will I have to wait forever
Will I have to suffer
And cry out all my true
When will I see you again?
When will our hearts beat together?
Are we in love or just friends?
Is this my beginning?
Or is this the end?
When will I see you again???

Afifah memerhatikan sahaja beberapa orang pelajar perempuan menaiki pentas menghadiahkan bunga untuk jejaka itu. Biarlah, bisik di hati namun rasa cemburu itu menyelit jua.

"Lagu dah nak habis tu, pergilah bagi bunga kat cik abang!"

Cikgu Yati mengusik lagi sambil meletakkan sekuntum bunga mawar ke dalam genggaman tangan Afifah. Serentak dengan itu Aina dan beberapa orang pelajar perempuan menolak Fifi naik ke atas pentas. Terpaku dia berdiri antara hendak memberi kuntuman itu atau tidak. Dia malu kerana menyedari semua orang sedang memerhati.

Kamal mengambil peluang itu untuk menghampiri sambil menghabiskan nyanyiannya. Dia kemudian menghadapkan wajahnya ke arah gadis yang sedang kebingungan di atas pentas.

"Hai Fifi! Bunga itu untuk cikgu ke?" soalnya.

Sunyi sepi dewan ketika itu menanti jawapan daripada gadis itu. Lama Afifah terpaku. Tiba-tiba Afifah mendapat idea dan berkata, "Sorry,sir. Otak saya blank bila naik atas pentas ini. Saya lupa apa nak dibuat!"
Semua yang ada di bawah ketawa.

Kamal yang seronok dengan situasi itu pantas menjawab, "Kurang oksigenlah tu! Sekarang juga saya ambil tangki oksigen dari makmal biologi ke pentas ini supaya dapat saya suntikkan masuk ke dalam kepala awak tu!"

Afifah tersengih. "Oh, patutlah bunga ini pun dah layu, cikgu. Oksigen dah kurang kat atas pentas ni. Lebih baik cikgu pun turun sama, kalau tidak….. cikgu pun akan layu macam bunga ni juga! Bye, bye, cikgu."

Dan dia terus berlari turun tanpa menoleh ke belakang lagi. Suasana hiruk pikuk masih jelas di pendengarannya.

7
Itu kenangan lima tahun yang lalu. Kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kenangan cinta pertama yang membuai perasaan. Cinta yang sudah lama hilang. Lelaki bernama Kamal Amir bin Osman itu juga sudah tidak ditemui lagi. Dia pergi membawa sekeping hati yang masih setia menanti.

p/s: Ini kali pertama saya menulis sebuah cerpen. Sila komen dan berikan pendapat. Sofi.
posted by Penulisan2u @ 6:10 PG   10 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group