BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 24, 2009
Novel : Ad + Iz 7
Nama Pena : eury athena

"Hahaha… Baru padan muka dia!"

Hana gelak besar mendengar cite minggu lepas yang aku import dari rumah. Gelak aku pun berterabur. Tak larat tak kutip lagi dah bila membayangkan wajah kebulur Farriel. Pengunjung Midvalley kami dah tak amik pusing. Biar la… Datang sini nak bergembira. Nak release tension. Deretan kedai terus kami jelajahi. Tangan aku dan Hana sudah penuh dengan barang yang dibeli. Kebanyakannya pakaian dan barang yang dirasakan sesuai untuk aku. Tak sempat nak buka mulut, dia dah bawa ke kaunter. Hulur sekeping kad, cashier leret kad, barang terus masuk dalam beg plastik. Memang indah jadi orang kaya.

"Since bila abang jadi…." Aku penuhkan mulut dengan angin. Kembang pipi di kiri dan kanan.

"You mean jadi ‘chubby’ gitu?" Hana gelak tengok aksi aku mengejek Farriel.

"Yap!"

Kasut pink tumit 3 inci aku pandang dengan wajah ngeri. Eeuuww… Ada ke orang nak pakai kasut tinggi macam tu? A good way to torture your feet… First time aku pakai kasut setinggi tu, malam pernikahan antara aku dan Farriel. Seksanya? Tuhan aje la yang tau. Terpelecok tak payah cite la. Itu dah semestinya. Nasib baik tak menyembah bumi aje.

Tangan Hana aku tarik keluar dari kedai kasut. Sebelum dia berkenan, baik aku jauhkan pandangan dia dari kasut-kasut mahal tahap belanja makan aku tiga empat hari tu. Tak fasal-fasal dia suruh aku try pakai nanti.

"Well, since he’s in and out of hospitals. Akak tau kan abang pernah sakit?"

"Yeah…" Ape tak taunya. Siap pengsan-pengsan kat sekolah lagi. Sampai riuh satu sekolah. Otai tegar sekolah pengsan masa show amal. Tu tak kira kejadian kat padang dan lain-lain lagi.

"So, has he fully recovered?" Kedai accessories aku attack. Hana ikut aje. Sama dia menelek cermin kaca di situ. Gelang kristal menarik perhatian.

"So far, yes… But he’s got new diseases la pulak!"

"Penyakit ape la pulak tu?" Risau pulak aku mendengar kenyataan Hana. Mana tau, kot-kot dia ada penyakit anjing giler. Tak ke parah aku nanti?

"Obesity plus loveholic dengan akak… Hahaha…!" Jawabnya.

Aku join gelak. Budak tu loveholic dengan Marina. Tak berkenaan dengan aku pun; hidup atau mati.

"Ada-ada aje la Hana ni! Nak beli ke?" Tanyaku bila dia mengacukan seutas ke pergelangan tangannya.

"Not for me..." Jawabnya tanpa memandang.

"Untuk Akiha?" Wajah gadis manis berusia 16 tahun tu terlayar depan mata. Baru semalam dia pulang semula ke asrama.

"Dia mana boleh pakai benda macam ni. Allergic. Kulit dia high taste. Boleh pakai emas aje…" Hana acu seutas ke pergelangan tanganku pula.

Dapat sambar seutas, Hana menyeret aku ke kedai seterusnya pulak. Kedai baju… lagi! Aku yang pakai sport shoes pun rasa dah tak larat nak jejak lantai, Hana yang pakai heels… Aku tak pasti la pulak. Dah biasa kot!

Tiba-tiba Hana berhenti melangkah. Tanpa signal, aku terbabas melanggar belakang badannya. Hana pandang aku. Lama. Macam mengenalpasti sesuatu.

"You know what… Bila tengok akak ni, Hana macam teringat sesuatu…"

"Hmm… Ye ke?"

"No… I mean, akak mengingatkan Hana pada something and someone!"

Pulak dah…

"Yeah?"

Hana diam seketika. Memerah otak. Beberapa saat kemudian, dia memetik jari.

"Hmm… Macam Kak Ann. Tengok akak, terus teringat kat dia. Sempoi, kelakar, nakal, and cute. Boleh kata semua sama la…"

That’s it! Ann lagi… Who is this Ann anyway? Mystery girl? Awek Farriel jugak ke? Ape, hyppo tu player ke ape? Nenda Nerrisa pun ada gak dok sebut-sebut nama pompuan ni ari tu. Eh, aku emo tiba-tiba ni pehal pulak… Biar la si Farriel tu nak jadi stokis pompuan skali pun. Tak de kena-mengena dengan aku!

"Rupa kami, tak sama?" Soalku. Sekadar menyakat.

"Tang tu, tak pasti sangat la sebab Hana kecik lagi masa tu. Lagipun, Hana tak dok Malaysia. Sekali-sekala aje balik. Ikut mama and papa dok kat Amerika. Tapi, Hana ingat sangat yang abang banyak lukis gambar sorang pompuan ni. Hana jumpa masa selongkar bilik dia. Hehe… Jahat, kan? But… I think, that girl look like you la…!"

Aku turunkan bahagian bawah mulut. Farriel Izumi lukis gambar aku? Ridiculous! Unreasonable! Tak mungkin! Pandang muka aku pun dia tak hingin. Ni kan pulak nak ingat dan abadikan aku dalam lukisannya. Dan aku rasa sangsi gak mamat tak de emo tu boleh melukis. Coz I can’t imagine and I don’t think he can dedicate into something… Hahaha… No offense!

"Tapi bila fikir-fikir, macam tak logik la pulak…" Hana wat muka confuse.

"Napa pulak?" Pening dah aku dengan Hana ni…

"Seingat Hana, pompuan dalam lukisan tu rupa mecam akak, tapi I don’t think pompuan tu adalah akak. First, you all met three years ago. Gambar tu Hana jumpa five years ago… How could that be possible, kan?"

Aku angguk. Tak ada sape tau aku dan Farriel pernah satu sekolah. Diorang kan ingat aku ni Marina Irriani, gadis pramugari yang ditemui semasa menuntut di luar negara. Cuma Akiha yang pernah terdengar perbualan antara Farriel dan Marina pada suatu malam. Antara tidur dan jaga, dia terdengar nama Rina disebut. Sebab tu dia macam confuse aje bila nenda memperkenalkan aku sebagai Rianna. Macam-macam…

"Secondly… Kalo tak silap la, pompuan dalam gambar tu ada parut, somewhere kat muka dia. But, you don’t! Hmm… Bukan kot!"

Hana masih kerah otak supaya mengingat. Aku dah tak minat nak dengar. Dah tentu-tentu si Farriel tu tak kan melukis muka aku. Sape aku? Ada ke orang nak lukis gambar musuh sendiri? Lagipun muka budak pompuan tu ada parut. Aku… Alhamdulillah la tak ada parut walaupun teruk aku kena dera dengan mak dan ayah tiri aku dulu.

Bunyi nyaring dari handphone mencuri tumpuan kami. Hana segera mengeluarkan handphone dari begnya. Skrin handphone dipandang dengan rasa pelik.

"Abang Aril? Apa hal pulak ni?"

Bahu ku angkat tinggi.

"Angkat la…" Cadangku. Hana mengangguk. Butang hijau diikuti loudspeaker ditekannya.

"Hello! Abang…!"

"Hana, Kak AD ada dengan Hana ke?" Suara Farriel kedengaran mesra.

"Ha’ah! Beli barang sket. Kan Hana dah mesej, cakap nak ‘pinjam’ dia kejap. Lupa, ek? Tak kan tak boleh pisah kejap kot?" Perli Hana. Dijelingnya aku. Aku wat bodoh. Blouse berderet depan mata, aku telek satu-persatu. Cantik gak yang ni…

"Ops, sori! Lupe la…"

"Haha… Tanda-tanda umur dah senja la tu!" Mengekek tawa aku dan Hana.

"Oit, mulut ada insurans tak tu?! AD sayang, I know you’re listening... Don’t you know how to pick up your phone, darling? Kalo tak tau, I will give you ‘special’ lesson just on how to pick up the phone. Tak kesian ke kat I? Nak tercabut jari hubby you ni menelefon tau!"

Sayang? Hubby? Aku tahan muntah. Meleret senyum Hana.

"Wow! Special lesson?! Abang tak pernah pun bagi special lesson kat Hana. Hana baca manual handphone aje tau dulu..."

"Hana lain. Kak AD lain. Dia tu slow-learner!"

Oui… Sedapnya mulut mengata. Bukan menyirap, dah meng’oren’ darah aku mendengar dah ni...

"Okey la… Jangan pinjam my wife lama-lama sangat, sis… Home is not home at all without her. ‘Miss’ you so much, AD! Bye…!"

Talian diputuskan.

"Sweetnye… Tak sangka pulak abang Hana yang batang kayu tu romantik! I think he really miss you! Terpaksa la Hana ‘pulang’kan akak cepat-cepat!"

Ha… Yela tu! Dia bukan ‘miss’ aku macam yang Hana fikirkan. Dia cuma rindu nak jerit-jerit dan arahkan aku wat itu ini aje. Dalam pada tu, telefon bimbit aku seluk dari dalam poket. Nak tengok kebenaran kata Farriel. Mak aih! 39 missed calls. 3 mesej menanti untuk dibaca.

‘AD, where the **** is my shirt? I suruh you jahit aje baju tu!’

‘AD, pick up the phone! You ni pekak ke pitun? Lain kali set tone 5 la! Tak dengar jugak, pasang vibrate!’

‘AD, sabar aku ada batas, ok… Answer your damn phone!’

Huwargh huwargh huwargh… Ingatkan android tanpa perasaan tadi. Rupanya android version baru. Ada rasa marah. Entah ape-ape entah. Baju t-shirt punya la banyak. Standard la kan, anak orang kaya… Melainkan dia ni kategori ‘taik hidung masin’ la…

Tapi, yang aku pelik bebenar, dia nak gak pakai t-shirt hijau ala-ala coklat macam warna daun nak mati tu. Boleh kata every night. Kalo cantik tak pe la jugak. Ni tak, dah bertahi lalat pun. Dah nak lunyai! Aku agak kalo letak kat luar, segala sejenis kulat boleh wat habitat.

Dek kerana tension tengok keadaan baju yang begitu menyedihkan tu, aku sedekah baju tu kat tong sampah. Yelah, nak jahit macam mana, kan? Dah teruk sangat keadaannya. Nak wat kain buruk pun, warga dapur tak nak terima. Nasib ko la, Izumi… Duit tinggi bukit, baju kat kedai pun berlambak-lambak. Get a new one!

"Hai!"

Kepala segera ku putar ke arah suara tersebut. Elok aje Ihsan bersandar kat dinding luar kedai. Dengan senyuman tahap peluntur iman, Ihsan memang mengganggu-gugat ketenteraman pengunjung-pengunjung wanita kat situ.

"Apa you buat kat sini?" Soalku pelik.

@~@~@~@~

"Sorry, kak Adry! Hana ada janji dengan kawan jap lagi. But… Jangan risau, Hana dah cari ‘driver’ untuk hantar akak balik. Bye!"

Dengan kata-kata itu, Hana pantas berlalu pergi. Meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga ala-ala rusa masuk kampung. Ihsan masih tetap tersenyum.

"Makan Mushroom Fried Chicken Rice in Claypot, jom!" Ajaknya.

Setengah jam kemudian, kami dah mengadap nasi goreng cendawan dalam claypot. Aku masih kaku mengadap claypot yang berkepul-kepul asapnya. Ihsan dah mula menyudu. Merah padam mukanya menahan panas.

"Napa tak makan? Tak lapar? Tak sedap?"

Aku geleng kepala. Dengan Hana tadi dah banyak benda aku sumbat dalam perut. Sushi la, nasi ayam la, corn la, and entah apa-apa lagi… Sekarang perut pun dah naik sebu.

"Awak ni tak keje ke? Bukan awak keje kat US ke?"

"Dah berhenti…" Sesudu lagi masuk ke mulut. Lapar benar mamat nih!

"Abis, sekarang wat pe?"

"Duduk. Merewang. Bercuti. Cuci mata. Enjoy!"

"Mmm… Gaya orang tak ada tujuan hidup aje!"

"Weih… Mulut bisanya!"

"Betul la tu! Tak wat ape-ape. Pleasure semata-mata. Mengabiskan reta mak bapak aje. Saya paling benci laki macam tu!" Selarku.

Ihsan berhenti menyudu. Matanya tepat pada wajahku. Ada riak bengang di wajahnya. Ada aku kisah?

"Oh, ye ke? You pandai cakap orang. You, apa tujuan hidup you? Kawin dengan orang kaya, kaut harta dia sampai dia jatuh miskin. Gitu?" Tuduhnya.

"Chop, chop… Bukan saya yang nak kawin dengan Farriel Izumi tu, ek! The next thing you should know, saya ni bukan pompuan materialistic!"

"Yela tu… So, lepas ni ape? Lahirkan the next heir of Izumi Corporation?"

"Ha? Dah tentu tidak!"

Ihsan ketawa melihat wajahku yang kelat dan blushing. Baru beberapa hari kenal Ihsan. Mamat ni memang suka ketawa dan tersenyum. Muka pun nampak manis aje. Napa si Izumi tu tak suka ketawa, ek? Okey, kalo tak ketawa pun, at least senyum. Tentu kacak macam rupa Ihsan sekarang. Isk, ape aku fikir ni? Aku ketuk kepala.

"You okey tak ni?"

Jam ku kerling. 9 malam. "Okey. Jom balik!"

@~@~@~@~

Sampai aje rumah, Farriel dah tunggu kat ruang tamu. Bersedia untuk menjalankan proses soal-siasat. Beg-beg kertas aku campak ke sofa, sebelum mencampakkan diri sendiri ke sofa hitam tu. Letih giler!

"Sapa tu?" Muncung mulut dihala ke arah jalan. Menunjuk kereta Ihsan yang dah berlalu pergi.

"Ihsan." Jawabku malas.

"Ihsan? Kata kuar dengan Hana?" Soalnya pelik.

"Memang la. Tapi Hana ada hal tadi. So, dia suruh Ihsan hantarkan…"

"Okey. Whatever! Mana baju aku?"

Alik-alik tanya fasal baju tu.

"Aku dah buang!"

"You… What?" Kedua-dua keningnya seperti ingin bertaut.

"Aku dah buang baju tu!" Jawabku dengan konfiden.

Soal Farriel dengan mata merah menyala. "You’re joking, kan?"

"Nope!"

Farriel merah padam. Dia mula mundar-mandir. Tangannya pulak mengusap-usap belakang leher. Kemudian ubun-ubun kepala pulak. Matanya dah macam mata burung helang nak makan mangsanya.

"Sapa yang bagi kebenaran ko buang baju tu? Ko ni bodoh ke pekak? Aku suruh ko jahit bahagian yang koyak aje. Bukan buang!" Tempiknya. Betul-betul kat depan muka aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Baju tu dah nak hancur! Agaknya sebelum aku jahit, baju tu dah lunyai. Pakai aje la baju lain! Ko bukannya miskin baju pun!"

"Ko memang tak faham! Langsung tak faham! You know what? Ko adalah pompuan yang paling bodoh dan menjengkelkan yang pernah aku jumpa!!!"

Pandangan ‘maut’ tu diberikan lagi padaku, sebelum dia naik ke atas. Pandangan yang sama. Pandangan yang pernah diberikan kepadaku masa sekolah dulu.

@~@~@~@~

Enam orang pelajar lelaki tiba entah dari mana. Gaya pakaian dan jalan, dah macam crook tepi jalan. Selebet. Neck tie entah ke mana. Kemeja putih tak tight-in.

"Adly… My friend!" Tegur salah seorang dari mereka. Head boy, Senior Adly tetap tenang. Fasilitator yang lain tidak mengendahkan mereka. Sibuk membuat persiapan untuk acara riadah sebentar nanti.

"Qhuz… And the gang… Tolong jangan kaco junior-junior ni. Diorang ada program ni."

"Bagi la kami mesra-mesra dengan diorang. Diorang junior kami jugak ape. Dah tiga hari diorang dengan korang. Kita orang pun ada wat ‘special program’ untuk diorang ape?" Kata senior yang satu lagi.

Pelajar junior yang duduk ala-ala berkelah tepi pantai, mula bergosip sesama sendiri. Berdengung tengah padang. Matahari yang masih memancarkan kehangatan petang bukan lagi menjadi isu. Masing-masing sudah terbiasa ‘dipanggang’ sejak mengikut minggu orientasi.

"Sape diorang ni?" Bisik Jue di sebelahku.

"Ko ingat aku kenal…" Jawabku tanpa suara. Jue mengeleng. Tanda tak faham. Aku angkat bahu.

Group yang aku sendiri gelar Enam Jahanam masih ‘berdebat’ di tepi padang. Tiba-tiba salah seorang senior bermuka cengil dalam group tu memandang kami. Macam nak telan orang aje gayanya.

"Woi, junior! Tundukkan kepala korang! Jangan angkat kepala selagi aku tak suruh! Faham?!"

"FAHAM!" Jerit kami. Kami melakukan seperti yang disuruh. Nak tak nak, kepala terpaksa ditundukkan. Mengira setiap helai rumput di padang.

"Sapa nama ko?" Entah bila ‘dia’ berada di situ. Tau-tau aje dah mencangkung mengadapku.

"Woi, nama ko sapa? Bisu ke ape?" Bingit telinga aku ditempik.

Aku tak ada suara la, bodoh! Dah korang dera kami melalak tengah padang siang malam pagi petang… Pen dan kertas aku keluarkan dari poket fail. Cuba menulis nama. Kertas ditarik. Cuma dua huruf dapat ditulis – AD.

"AD? Tu aje nama ko?" Suara garaunya terus mengasak telingaku.

Aku mengangguk dalam keadaan tunduk. Nak jawab, tak de suara.

"Woi! Aku tanya ni. Jawab la. Jangan kurang ajar boleh tak?"

Buta ape? Dah macam burung belatuk aku mengangguk tadi. Dengan rasa marah, kepala aku dongakkan ke atas. Setentang dengannya. Itulah kali pertama aku bertentang mata dengan insan yang hanya mahu dikenali tanpa gelaran tengku dipangkal namanya. Farriel Izumi. Sebaris nama itu masuk dalam kotak memoriku. Dan hatiku.

Dia hanya memandangku. Tanpa suara. Tanpa reaksi. Cuma memandang dengan mata terbelalak dan mulut ternganga. Aku tak pasti mengapa. Yang pastinya, wajahnya seperti ternampak hantu. Pandangannya aku klasifikasikan sebagai pandangan ‘maut’ tahap ICU.

"Aril!"

"Aril, napa dengan ko ni?"

Dia tetap kaku di situ. Dan matanya masih melolot padaku, sebelum dia dibawa pergi oleh rakannya. Kami terus berpandangan sehinggalah jasad kami hilang dari pandangan masing-masing. Pandangan yang membuatkan aku tak lena tidur malam; memikirkan mesej tersirat pandangannya itu.

Farriel Izumi…
posted by Penulisan2u @ 7:25 PG   21 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Sesucinya cintamu 6
Nama Pena : ikmal zurin

Betapa riuhnya suasana di luar.Menandakan semuanya sedang bergembira.Namun tidak bagi Ain.Hatinya macam nak meletup."Kau menung lagi ke?Aduhaiii.Dah lah tu.Hari kahwin pun nak menung-menung.Hilang seri muka tu nanti.Bahayaaa..Hehehe"Usik Nurin."Aku rasa macam aku buat suatu perkara yang bodoh.Kalaulah aku boleh lari,dah lama aku blah dari sini.Tapi apakan daya semuanya dah terlambat."Ain melabuhkan punggungnya di kerusi meja solek.Dia menatap wajah di cermin itu.Muka yang penuh dengan kedukaan.Kenapa dia jadi begini?Sedangkan dia seorang yang ceria orangnya."Ain dah la tu.Tak baik kau kata macam tu.Apa lagi.Kan korang dah buat perjanjian.Ini macam kira kahwin kontrak la.Setahun je.Bukannnya 10 tahun."Nurin membetulkan sedikit tudung yang dipakai oleh Ain."Memanglah.Tapi aku risau perkara yang tak diingini berlaku.Kau bayangkan selama setahun aku hidup dalam kepura-puraan.Betapa susahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu."Ain mengeluh panjang."Tapi betul juga cakap kau.Setahun je kan?Apa nak ambil pusing.Anggap je dia tak pernah wujud.Habis cerita."Nurin tersenyum."Macam tulah.Senang hati aku tengok kau senyum.Bagus-bagus!"Nurin menaikkan ibu jarinya.Ketukan di pintu membuatkan mereka terkejut."Pengantin lelaki dah sampai."Ujar Datin Suraya.Ain memandang Nurin lalu digenggam erat tangan sahabatnya itu."Sabar okey?Relax.Jangan gabra."Ain menganggukkan kepalanya."Aku nikahkan dikau Mohd Ammar Qusyairi bin Dato' Aziz dengan Nur Ain Alysa binti Dato' Mukhriz dengan mas kahwinnya RM 33.00 tunai."Hati Ain berdegup kencang.Risau hatinya jika Ammar gagap untuk menerima nikah itu.Kenapa hatinya risau?Ganjil benar perasaan itu.Apa-apalah."Aku terima nikahnya Nur Ain Alysa dengan mas kahwinnya RM 33.00 tunai."Anggukan daripada saksi-saksi cukup melegakan hati semua terutama sekali Ammar.Tangan ditadah dan doa dibaca.Maka secara rasminya mereka telah menjadi ‘suami isteri' pada hari bersejarah ni.

Punyalah seronok mereka sekeluarga berbual.Macam tak ingat dunia.'Ramah juga ahli keluarga baru aku ni'Kata hati Ain."Ni korang honeymoon nak pergi mana?"Tanya Datin Maisarah.Ammar memandang Ain."Awak nak pergi mana?Saya ikut je."Ain serba salah.Mestilah dia hendak ke luar negara. Tetapi memandangkan kerjanya yang berlambak-lambak dan nak pergi dengan orang yang dibenci lebih baik dia pergi di dalam Malaysia sahaja.Dia cukup teringin untuk Terengganu.Dengar kata dekat situ best."Saya pun tak tahulah.Tapi kalau nak boleh nak pergi dalam Malaysia je.Malas nak pergi jauh-jauh.Lagipun banyak membazir duit.Dalam Malaysia pun best apa melancong.Kadang-kadang lagi seronok dari luar negara tu."Terangnya panjang lebar."Nak pergi mana?"Tanya Datin Maisarah."Terengganu!"Serentak Ammar dan Ain berkata."Wah-wah.Macam dah plan je.Haha.Baguslah.Kata sepakat!"Usik Aizat yang merupakan abang sulung di dalam keluarga itu."Kau ni Aizat suka sangat mengusik Ammar tu kan.Sian dia tau?"Tegur Amyza.Kedudukannya lebih kurang macam nilah.Yang pertama Amyza,Aizat,Ammar dan Aisyah. “Entah abang long ni.Sebenarnya abang long jeles abang ngah dah kahwin.Yelah al maklumlah dia belum kahwin walaupun dah tua."Semua tergelak besar.Namun tidak bagi Ain.Tiada mood dia untuk itu."Jadi bila kamu nak pergi sana?"Tanya Datin Suraya pula kepada Ammar."Mungkin esok malam."Membulat mata Ain!Esok?Gila apa mamat ni."Berapa lama?"Ammar melihat muka Ain."5 hari cukup?"Bagi Ain itu sudah lebih daripada cukup.Ain menggangukkan kepalanya."Jaga Ain baik-baik ya Ammar.Nilah satu-satunya anak Mama ni."Ammar hanya melemparkan senyuman.'Ah pandai-pandailah dia jaga diri.Peduli apa aku!'Kata hatinya pula.

Ammar membuka pintu rumahnya lalu melangkah masuk tanpa menjemput isterinya itu.Ain pun dengan muka tebal terus masuk ke dalam rumah itu.Rumah double-story.Tak adalah besar sangat.Okeylah.Ain melihat sekeliling rumah itu.Ya Allah bersepah macam tongkak pecah!"This is your room."Ammar membukakan pintu bilik utama di rumah itu.Biarlah dia bagi wanita itu yang menghuni sebab bilik itu sudah pun dihiasi dengan pelbagai benda.Cadar baru,langsir baru dan semuanya baru.Katil lamalah."Awak tidur mana?"Tanya Ain curiga."Kita tak kongsi bilikkan?"Ammar mengangguk."Mestilah!Tak nak saya tidur dengan awak."Kata Ammar sinis."Habis awak tidur mana?"Tanya Ain lagi."Tengoklah keadaan.Kalau saya rajin saya tidurlah dalam bilik dekat sebelah.Kalau tak mungkin dekat sofa.Sebab selalunya memang saya tidur dekat situ."Ain hanya mengangguk dan berlalu masuk ke dalam bilik.Dia menutup pintu bilik itu.Dia mengemas pakaiannya ke dalam almari.Setelah itu dia membersihkan dirinya dan apa lagi tidurlah!

“Awak boleh ke memandu waktu malam ni?Confirm tak ngantuk?"Hati Ain gusar.Yelah kang tak pasal-pasal kemalangan sebab mengantuk punya pasal."Tolong eh jangan nak ngada!Saya okey.Dah naik!"Marah Ammar.Sakitnya hati Ain.Mana taknya.Dia tanya baik-baik tapi kena tengkik pula!Geram betul.Perjalanan yang sungguh panjang,lama dan gelap itu membuatkan Ain bosan.Hanya lagu-lagu di radio yang mengisi kesunyian di dalam kereta itu.Samada Ain atau Ammar hanya diam seribu bahasa.Kedua-duanya tiada mood untuk bersembang.Daripada bosan terus memberatkan mata Ain semakin berat dan berat dan berat dan pejam terus.Ammar melihat di sebelahnya."Cis!Tidur!Aku penat bawak kereta dia boleh tidur!Aku tinggal kau dekat tepi jalan baru tahu.Hish!"Bebel Ammar sendirian.Setelah 5 jam perjalanan Ammar memberhentikan keretanya dip am minyak Petronas.Terasa letih pula badannya kerana memandu terlalu lama.Dia membeli kopi panas.Ammar melihat jam di tangannya.Pukul 2:00 pagi.Mereka bertolak dari rumah tadi pun pukul 9:00 malam.Dia menggeliat.Selesa sedikit badannya.Ain terjaga dari tidurnya.Dia melihat di sisinya."Mana pulak dia ni?"Dia memisat-misatkan matanya dengan tangan.Dia mencari-cari kelibat Ammar.Dia lihat Ammar sedang enak menghirup air di meja makan di yang disediakan di situ.Ain keluar dari kereta itu.Bunyi pintu kereta ditutup membuatkan Ammar memandang ke arah Ain."Awak nak pergi mana?"Tanya Ammar."Nak pergi ke ladies."Ain menjawab tanpa memandang ke arah Ammar.Lebih kurang setengah jam selepas itu perjalan mereka diteruskan.

Kereta Chevrolet Captiva menyusur masuk ke dalam perkarangan Tanjung Jara Resort.Ammar memarkir keretanya.Di luar sana keadaan masih lagi gelap.Baru pukul 5:00 pagi.Ammar mematikan enjin kereta dan menoleh ke arah isterinya.Hinggap satu perasaan aneh di hatinya apabila melihat isterinya itu.Lama dia merenung isterinya itu.Tidak tahu apa yang menarik di muka wanita itu sehinggakan begitu lama ditenungnya.Tiba-tiba dia tersedar.Bukankah dia membenci wanita itu?Mengapa dengan dia?Ammar menepuk bahu Ain beberapa kali.Ain membuka matanya."Dah sampai.Jomlah masuk.Takkan nak tidur dalam kereta?"Sindir Ammar."Ain keluar dari kereta diikuti Ammar.Ammar menuju ke kaunter reception untuk menempah bilik."Nah ni kunci.Nanti esok pukul 12:00 tengahari baru kita keluar makan angin.Ok bye.Selamat pagi."Ammar berlalu pergi tanpa sempat Ain berkata apa-apa.Terpaksa akur dengan kerenah suaminya itu.Semuanya nak ikut telunjuk dia.Sabar jelah.

Keesokkannya pada pukul 12:30 tengahari barulah pasangan suami isteri ini pergi bersiar-siar.Mereka pergi melawat ke Hutan Lipur Sekayu.Kawasan hutan ini kaya dengan pokok-pokok dari jenis Dipterocarp seperti Meranti dan Damar Hitam (Shorea Species), Keruing (Dipterocarpus species) dan lain-lain jenis bukan Dipterocarp.'Cantiknya ciptaan Tuhan.Indah bangat'Kata Ain.Mereka berjalan menuju ke air terjun tiga peringkat yang cantik dan mempesonkan.Ammar duduk di salah satu batu yang besar di situ.Ain pula duduk di batu yang jauh sedikit dari Ammar.Dia bermain-main dengan air.Mereka hanya termenung sambil menikmati pemandangan yang indah di situ.Sehinggakan satu hari mereka di situ.Esoknya pula mereka menghabiskan masa mereka dengan melawat ke tasik Kenyir buatan manusia yang terbesar.Satu hari mereka di situ.Seperti berkelah pula.Satu peristiwa yang tidak akan dapat dilupakan oleh Ammar dan Ain telah berlaku di situ.Kejadiannya bermula apabila pada masa itu Ain ingin memanjat batu yang besar yang ada di air tejun di situ.Ammar pula sedang seronok bermandi-manda di air tejun itu.Akibat dek licin,Ain telah pun tergelincir jatuh.Dan adegan romantik pun berlaku.Macamana?Ammarlah yang telah menyambut Ain dan kedua-duanya jatuh ke dalam air.Ain di bawah Ammar di atas.Mata bertentang mata.Hati berdegup kencang.Ya perasaan yang ganjil itu datang lagi.Lama juga mereka begitu.Nasib baiklah air itu cetek.Kalau tak dah lama dua-dua tenggelam."Awak okey?"Ujar Ammar setelah agak lama mereka begitu."Okey.Sakit sikitlah."Ammar menghulurkan tangannya.Ain menyambut tangan itu.Ammar menarik Ain dan hampir sahaja mereka berpelukan.Sekali lagi bertentangan mata.Tapi kali ini tidak lama."Thanks."Ucap Ain dan berlalu pergi ke bilik persalinan.Habis basah lencun bajunya.Setelah dia selesai memakai baju dia menyisir rambutnya.Dia teringatkan peristiwa tadi.Dia masih keliru dengan perasaannya.Adakah dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu.Bukan ke dahulu dia benci lelaki itu?Kenapa jadi begini?Entahlah.Dia malas hendak memikirkannya.Dia yakin itu cuma mainan perasaan.Yang dia tahu lelaki itu adalah suami sementaranya sahaja.Dia keluar dari bilik persalinan itu setelah selesai mengenakan tudung.Dia mencari-cari kelibat Ammar.Dia melihat Ammar sedang duduk di salah satu bangku yang berada di situ.Sedang enak menjamu selera.Dia berjalan menuju ke arah Ammar."Nak makan?"Segera Ain menggeleng.Perutnya masih terasa kenyang dek akibat banyak makan sewaktu sarapan tadi."Nak pergi mana lagi lepas ni?"Tanya Ammar sambil mengunyah nasi goreng belacan."Saya nak beli kain batiklah.Untuk Mama.Dan juga ibu.Pastu nak beli keropok lekor,belacan …"Belum sempat Ain menghabiskan kata-katanya Ammar sudah memotong percakapannya."Okey-okey.Dah tak yah nak terang panjang lebar.Tak ada masa saya nak dengar okey?Buang masa je dengar awak mengarut.Give me 5 minutes.Nak tukar baju."Ammar terus melangkah ke bilik persalinan.Ain melihat susuk tubuh lelaki itu.Terlihat otot di perutnya.'Dia selalu pergi gym lah kut.'Ain meneka sendiri.Apa-apalah.Setelah 5 hari mereka di Terengganu kereta Ammar pun memasuki lebuh raya Kuantan untuk pulang ke Kuala Lumpur.Percutian yang penuh dengan keganjilan perasaan.
posted by Penulisan2u @ 7:23 PG   9 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Virus Vs. Shuji 5
Nama Pena : Inua Itis

BAB 5

VIRUS sedang menunggu Shuji keluar dari bilik air pada ketika itu. Dia perlu membuat perjanjian dengan Shuji supaya kejadian seperti semalam tidak akan berulang lagi. Rimas betul dia rasakan apabila dipeluk oleh Shuji semalam.

Rimas atau suka? Hatinya bagai berbisik-bisik halus. Suka? Pleaselah! Aku nak sukakan si Shujing itu? Piirraaahhhh! Balas Virus dalam hatinya. Iya ke tak suka? Duga hatinya lagi. Apa? Aku sanggup potong tangan aku yang comel ni kalau aku tersuka kat dia, tau! Bentak Virus seakan yakin sahaja dengan perasaannya.

Tidak lama kemudian kedengaran pintu bilik air dikuak. Shuji keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala dipinggangnya. Sebaik sahaja ternampak Virus yang sedang duduk di sofa, dia terus menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada. Bagai orang yang takut kena rogol lagaknya.

"Woi! Bukan kau cakap nak keluar ke tadi?" bentak Shuji. Wajahnya merah padam.

"Huh?! Bila masa aku cakap nak keluar? Aku pergi minum kat dapur la!" Virus berkata seraya menoleh melihat Shuji. Tiba-tiba matanya terbelalak melihat keadaan Shuji. Muka Virus juga merona merah ketika ini. Dia pantas memalingkan semula mukanya ke arah lain. Dadanya sudah berdebar kencang.

"Woi! Lucah la kau ni! Pergi pakai baju!" marah Virus.

"Apa pulak? Kau yang suka-suka masuk time aku mandi!" Shuji masih menyilangkan tangannya ke dada. Masih terkaku disitu.

"Apa kata kau keluar? Now! Aku nak pakai baju!" bentak Shuji sambil menjeling Virus sekilas. Rambutnya yang basah sudah hampir kering. Dingin sekali dirasakan tubuhnya sekarang kerana tidak berpakaian.

"Huh?! Pakai la! Macam aku hairan sangat dengan tubuh kau tu. Tak selera aku tengok. Kurus cekeding aje!" ujar Virus tanpa melihat ke arah Shuji yang masih tercegat.

"Badan aku yang sasa ni, kau cakap kurus cekeding?"

"Memang kurus pun. So?!"

"Dah, keluar sekarang!" jari telunjuk Shuji sudah menunjuk ke arah pintu walaupun dia tahu Virus tidak langsung melihat ke arahnya.

"Macam perempuan aje, malu-malu kucing beranak!" bebel Virus sendirian tetapi suaranya dapat didengari oleh Shuji yang sedang memasang telinga.

"Okey..if you insist! Aku pakai baju ni.." ujar Shuji. Tiba-tiba sahaja dia terfikirkan sesuatu. Inilah masanya untuk dia mengenakan Virus. Lagipun, betul juga kata Virus itu. Takkan lelaki nak malu macam perempuan? Biar aku buktikan pada dia yang aku ni lelaki. Shuji tersenyum jahat kali ini.

Shuji membuka beg pakaiannya. Memang dia belum mengemaskan pakaiannya ke dalam almari kerana dia baru sahaja berpindah semalam selepas majlis akad nikah. Nak harapkan isterinya? Tentulah Virus itu tak mahu kemaskan baju-bajunya itu.

Shuji mencapai boxer dan seluar panjang serta t-shirt tidak berlengan. Dengan pantas, Shuji memakai boxernya. Selepas memakai boxer, Shuji bergerak ke hadapan Virus. Dia bercekak pinggang disitu.

"Woi! Kau buat apa ni?" herdik Virus dengan muka yang merah padam. Tidak sangka Shuji akan berkelakuan begitu padanya.

"Aku nak pakai baju la ni..kau tengok ni badan aku sasa, kan?" sengih Shuji sambil membuat gaya seperti muscle man. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dia mengangkat-angkat tangannya di hadapan Virus yang sudah tercengang-cengang.

"Pakai la baju, apahal kau macam tu? Kena penyakit sawan ke?" Virus menunduk tidak sanggup melihat Shuji yang separuh bogel itu. Shuji tersengih panjang apabila jeratnya mengena.

"A’ah..sawan..sawan sebab aku gilakan kau..aku nak kau!" Shuji menghampiri Virus yang sudah tidak senang duduk. Dia cuba menakut-nakutkan Virus. Egonya si Virus usah dikata lagi, memang kuat! Malu tetapi tidak mahu mengalah. Sanggup lagi dia berada disitu walaupun tidak tahan dengan keadaan sekarang. Terketar-ketar badan Virus kerana menahan ketakutan.

"Kau dekat dengan aku, aku fire kau!" Virus sudah memejamkan matanya ketika itu sambil membuat gaya ‘fire’ seperti ultraman yang sedang mengeluarkan kuasa saktinya untuk melawan raksasa lagaknya.

"Haa..tahu takut! Dahlah, malas aku nak kacau kau lagi!" Shuji ketawa terkekeh-kekeh lalu memakai seluar dan t-shirtnya tadi. Baru Virus kenal siapa aku! Sorak hati Shuji keriangan.

Virus masih belum membukakan matanya ketika itu. Takut dia mahu melihat keadaan ngeri seperti tadi. Dia tidak tahu yang Shuji sudah siap berpakaian. Bagaimana kalau Shuji menerkamnya? Tidak mahu lagi dia dipeluk seperti semalam! Betulkah tak mahu? Suara hatinya berbisik lagi perlahan. Betullah! Geli, geli, geli! Virus sudah membuat muka geli geleman ketika itu tanpa disedarinya.

"Haih? Tu kenapa pulak tu? Ada binatang masuk dalam baju kau?" tanya Shuji. "Dahlah, buka la mata..aku dah pakai baju!" sambung Shuji sambil tersengih.

"Kau buat lagi macam tadi, kau tidur kat bilik air malam ni!" gertak Virus sambil membuat muka selamba setelah membuka matanya. Mukanya yang terasa membahang tadi cuba dibendung supaya kembali normal.

"Trylah! Aku cium kau, nak?" Shuji tersengih lagi. Baru dia tahu kelemahan Virus sekarang. Pemalu rupanya minah ni! Gaya brutal macam tak kisah apa-apa. Tapi sebenarnya penakut!

"Malas aku layan kau!" cebik Virus sambil menguak anak rambutnya yang jatuh menutupi matanya. Sesekali wajah Shuji yang sedang tersengih macam kera sumbang itu dijeling sekilas. Sakit hatinya melihat perangai Shuji itu. Ada ubi ada batas, esok-esok nanti aku balas! Desis hati Virus sendirian.

"Aku tunggu kau tadi, aku nak bincang sikit dengan kau!" ujar Virus setelah lama dia membiarkan Shuji mentertawakannya. Malas dia mahu membalas balik. Bimbang sekiranya Shuji ‘berbogel’ seperti tadi untuk menakut-nakutkannya. Ngeri sekali! Tidak mahu lagi dia menyaksikan semua itu.

"Bincang apa?" Shuji sudah duduk di sofa bertentangan dengan Virus. Tawanya tadi sudah terhenti. Keningnya terangkat menantikan kata-kata seterusnya dari Virus.

"Tentang kita!"

"Hah?! Tentang kita? Macam serius aje bunyinya?! Kau nak..kau nak jadi isteri aku yang betul-betul?" Shuji seakan terlopong melihat wajah Virus yang bertukar seperti muka ahli falsafah yang serius. Kemudian dia tersenyum nakal.

"Jangan salah faham, okey?" ujar Virus dengan selamba badaknya.

"Habis tu?"

"Aku nak buat perjanjian dengan kau!"

"Perjanjian? Kau merepek apa ni?" Shuji berwajah pelik. Tidak faham dengan kata-kata Virus. Nak menambahkan lagi beban aku ke minah ni? Shuji tertanya-tanya dalam hatinya.

"Pertama, aku tak nak tidur sekatil dengan kau. Lantak kaulah nak tidur mana pun. Kedua, aku tak suka kau main peluk-peluk aku sesuka hati kau macam semalam. Ketiga, aku tak nak kau pakai pakaian yang menjolok mata aku ni macam tadi! Keempat.."

"Copp! Copp!" bidas Shuji tanpa sempat Virus habis berkata-kata.

"Apahal?"

"Banyak giler! Kau memang gila, eh?"

"What ever!" Virus membuat gaya seperti tidak peduli.

"Kalau aku tak nak ikut?" duga Shuji. Matanya mengecil tanda sedang menantikan jawapan dari Virus.

"Aku janji, aku akan pastikan yang your is like living in hell.." jawab Virus seraya ketawa jahat. Pantas dia menekup mulutnya apabila melihat jelingan tajam Shuji.

"Apa tadi? Kau ulang balik, boleh? Aku nak salin!" getus Shuji acuh tak acuh. Dia mengambil pen dan kertas dari dalam laci almari berdekatan lalu memegang pen.

"Haa..macam ni la..dengar ni!" Virus mengulang semula syarat-syaratnya tadi dengan senyuman senang hati. Dia tidak tahu akan rancangan Shuji.

Shuji telah mendapat idea ketika itu. Dia sengaja ingin menyalin semua kelemahan Virus itu. Dia tahu, Virus tidak sukakan semua perkara itu. Jadi, perkara itulah yang akan dilakukan olehnya setiap hari sebagai membalas segala-galanya pada Virus.

Kalau boleh, dia mahu lakukan semua itu supaya Virus membencinya dan terus meminta untuk berpisah dengannya. Selepas berpisah, jangan harap dia akan berjumpa lagi dengan gadis itu! Iya ke? Habis tu bagaimana dengan perasaan kau pada Virus? Satu suara bagaikan berbisik ditelinga Shuji.

Perasaan? Bila aku ada perasaan dengan dia? Bidas Shuji dalam hatinya. Ada! Cuma kau sahaja yang tidak perasan! Bisik suara itu lagi. Argghh! Diam! Aku yakin, aku tak ada perasaan untuk minah tomboy ni! Bentak hati Shuji sendirian. Bengang betul dia.

"Hoi! Apa yang kau lamunkan tu? Kau dengar aku kata apa?" Virus melayang-layangkan tangannya ke muka Shuji yang jelas sedang mengelamun.

"Hah?! Apa tadi? Yang satu, dua dan tiga aku dah tulis. Ada lagi, ke?" soal Shuji, cuba membendung perasaannya yang bergelodak tadi.

"Kau memang boleh kawan dengan mama akulah! Kuat berangan bila orang tengah bercakap.." bebel Virus.

"Dahlah! Berhenti membebel, bodoh! Cepat la cakap!"

"Okey! Keempat..aku nak berbaik dengan kau! Kita berkawan balik macam dulu-dulu..kelima, aku nak jumpa Ikmal sekali dengan kau!" ujar Virus. Kakinya disilangkan lalu diletakkan diatas meja.

"Berbaik? Berkawan? Boleh ke kita jadi macam dulu lagi? Tak sedar yang diri kau tu perempuan?" ejek Shuji.

"Tolong jangan panggil aku perempuan boleh tak?"

"Apasal? Dah memang betul pun.."

"Memang aku perempuan, tapi kau tak payah nak sebut-sebut! Buat aje macam biasa.." bebel Virus. Anak matanya merenung tajam Shuji bagai mahu memakan lelaki itu hidup-hidup.

"Hmm..tengoklah dulu!" ucap Shuji acuh tak acuh. Pen ditangannya dijatuhkan ke permukaan meja. Jemarinya bertaut lalu kepalanya ditongkatkan. Matanya memanah ke wajah Virus.

"Alah, kita berkawan macam biasa la..macam dulu-dulu!" pujuk Virus lagi. Wajahnya begitu mengharap.

"Bagi kau, senanglah kau cakap! Aku ni..dah tiga tahun tau kita kawan. Tapi kau sekalipun tak pernah nak berterus-terang pada aku dan Ikmal yang kau ni perempuan!" luah Shuji dengan bersungguh-sungguh.

"Aku minta maaf..biyanneyo..gomennasai ne! Puas? Dah kali ke seratus ni aku minta maaf, kau masih belum puas hati?"

"Bukan senang, dowh..bukan senang aku nak lupakan perkara ni. Kau pun dah jadi isteri aku..kau ingat senang aku nak anggap kau macam dulu balik? Ikmal pun mesti marah.." kata Shuji lemah.

Memang bukan senang untuknya menerima hakikat bahawa Virus sebenarnya adalah seorang perempuan. Tiga tahun dia menganggap Virus sebagai lelaki dan Virus jugalah kawan yang paling rapat serta akrab dengannya.

Virus hanya terdiam apabila mendengar luahan hati Shuji. Rupa-rupanya sahabatnya itu begitu terasa hati dengannya. Kalaulah dari dulu lagi dia mengaku yang dia sebenarnya perempuan, tentu Shuji tidak akan marahkannya begini. Tapi, kalau dia mengaku tentu Shuji dan Ikmal tidak akan rapat dengannya kerana dia perempuan.

"Okey..aku tak mahu paksa-paksa kau. Apa yang penting, aku betul-betul minta maaf..aku pun tak tahu perkara ni akan jadi macam ni.." tulus kata-kata dari bibir Virus. Dia menunduk. Terdapat air jernih yang bergenang dimatanya ketika ini. Sekeras-keras dia di luar, dia tetap adalah seorang perempuan yang mempunyai kelembutan di dalam.

Sungguh dia terkilan kerana persahabatan yang selama ini cuba dipertahankan telah menjadi pudar. Dia ingat, dengan tidak memberitahu apa-apa pada Shuji dan Ikmal akan membuatkan persahabatan mereka lebih akrab. Tetapi sekarang?

Shuji hanya membungkam apabila melihat kelakuan Virus. Simpati pun ada juga sebenarnya. Tetapi egonya lagi tebal saat ini. Tidak mungkin dia akan memaafkan Virus dengan begitu mudah! Dia akan pastikan hidup Virus menjadi payah. Tetapi, berbaloikah semua itu? Berbaloikah jika dia memperlakukan Virus begitu? Ya! Siapa suruh dia menipu aku? Shuji bermonolog didalam hatinya.


"ASSALAMUALAIKUM!" Virus memberi salam. Kini dia berdiri dihadapan pintu rumah sewa Ikmal. Dia mahu berjumpa dengan seorang lagi sahabatnya itu yang langsung tidak diketahui khabar berita sejak kes tangkapan khalwat hari itu.

"Waalaikumussalam!" terdengar suara seseorang yang menjawab salam dari dalam rumah.

Seketika kemudian, pintu rumah dibuka. Ikmal terlopong sebentar apabila melihatkan Virus sedang berdiri terpacak di hadapannya. Virus tersenyum ke arah Ikmal.

"Oh, kau..masuklah.." pelawa Ikmal bersama senyuman kelat. Virus membontoti Ikmal lalu masuk duduk di sofa.

"So? Apa cer?(apa cerita)" soal Ikmal acuh tak acuh.

"Hmm..aku sihat.." jawab Virus selamba.

"Sihat? Aku bukan tanya pasal kesihatan kau. Aku tanya pasal kehidupan kau orang lepas kahwin.."

"Oo..habis tu kau tak kisahlah aku sihat atau tak?"

"Hah?! Buat apa aku nak tahu? Kau ada pedulikan aku ni marah ke tak pada kau sekarang? Suka-suka aje kau jumpa aku. Minta maaf pun tak!" ejek Ikmal dengan wajah sinis.

"Hmm..okay I am sorry..jangan marah, nanti cepat tua!" sengih Virus.

"Kau ingat senang aku nak terima?"

"Ya, aku tahu..tapi aku betul-betul minta maaf, okey? Janganlah marah aku macam Shuji tu!" rayu Virus lagi. Hidupnya begitu bosan sekali jika tiada kawan-kawan baiknya. Dia perlu mendapatkan kembali persahabatan mereka.

"Hmm..apasal kau tak bagitau langsung pada kita orang yang kau ni perempuan?" soal Ikmal. Mukanya berkerut-kerut. Serius benar wajahnya.

"Kalau aku bagitau, kau orang nak lagi berkawan dengan aku ke?" duga Virus. Wajah Ikmal ditenungnya tanpa berkelip. Mahu jawapan ikhlas dari bibir lelaki itu.

"Mestilah, dowh..kau lelaki, ke..kau perempuan, ke..kau tetap kau, dowh! Not someone else to me..kau tetap kawan kita orang! Kau kenalah jujur.." ujar Ikmal dengan jujur. Wajah Virus dipandang sayu. Kecewa dengan sahabatnya itu.

"Okey..I’m sorry..I really am, dude! Please forgive me..aku memang tak mahu kau orang jarakkan diri dari aku sebab aku perempuan. That’s why la aku tak bagitau kau orang, dowh.." luah Virus dengan wajah kesal. Kesal yang teramat sangat.

Rupa-rupanya, beginilah apa yang terdapat dalam hati sahabat-sahabatnya. Tidak kiralah macam manapun, kejujuran itu adalah yang paling utama dalam apa jua hubungan di dunia ini.

"Okey..aku terima. Aku nampak kau memang betul-betul menyesal.." senyum Ikmal akhirnya. Memang Ikmal seorang yang bersifat terbuka dan baik hati.

"Tapi..Shuji tetap tak mahu maafkan aku walaupun aku dah berkali-kali mintak maaf pada dia.." rintih Virus sayu. Dia cuba menahan airmata yang ingin keluar.

"Hmm..kalau si Shuji tu, dia memanglah keras kepala sikit! Kau bagilah dia masa dulu, okey?" ujar Ikmal sambil tersenyum. Dia tahu, marah Shuji itu takkan lamanya. Dia lebih kenal hati budi Shuji kerana mereka sudah lama tinggal bersama dirumah itu.

"Ermm..okey.." Virus juga mengukir senyum tetapi senyum kelat. Wajah Ikmal dipandang penuh rasa lega. "Thanks, Ikmal..kau memang sahabat baik aku dunia akhirat!" sambung Virus lagi.

"Never mind..you are my friend, dude! So? Nak pergi mana lepas ni?" kata Ikmal sambil menepuk-nepuk bahu Virus.

"Balik rumah la, kenapa?" soal Virus sambil mengangkat kening.

"Aik? Tak sabar nak jumpa suami kesayangan kau ke?" usik Ikmal sambil tersengih-sengih.

"Hah?! No way!" dalih Virus dengan pantas. Wajahnya cuba ditenangkan. Tidak mahu Ikmal meneruskan kata-kata usikan yang merimaskannya.

"Habis tu? Nak balik awal-awal buat apa? Jomlah enjoy dulu!"

"Enjoy? Maksud kau?"

"Apa lagi? Hobi kaulah!" getus Ikmal sambil mengangkat-angkat keningnya tanda memberi isyarat supaya Virus memahami kata-katanya.

"Mengorat awek?" soal Virus sambil tersengih.

"Apahal pulak mengorat? Kau kan perempuan!" gelak Ikmal sambil menekan perut.

"Hoi! Don’t mention it! Buat aje macam biasa, dowh!" marah Virus sambil menumbuk lembut bahu Ikmal.

"Tak mahulah aku! Nanti awek aku marah la kalau ikut kau pergi mengorat awek lain!" Ikmal menolak dengan alasannya.

"Haih? Setia pulak kau ni? Bila masa kau jadi mat bunga ni, Ikmal?" Virus ketawa terbahak-bahak. Pantang betul dia dengan mamat jiwang. Mesti akan diusiknya habis-habisan.

"Apa-apa aje lah!" Ikmal mencemik bibir tanda memprotes.

"Jom, temankan aku karaoke! Aku tension ni!" ajak Virus dengan selamba selepas tawanya berhenti. Rambut pendeknya yang disapu gel itu diusap-usap lalu dia membetulkan jaket kulit yang dipakainya. Sebiji gayanya ditiru seperti Lee Jun Ki, aktor negara Korea yang memang diminati olehnya.

"Okay, yang tu aku bolehlah ikut!" sengih Ikmal akhirnya. Selepas itu, mereka pun keluar lalu menuju ke kompleks membeli-belah yang berdekatan untuk berkaraoke.
posted by Penulisan2u @ 7:17 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Buruk 4
Nama Pena : ButTerFly_GurL87

Seronoknya kalau aku dapat pakwe macam bos aku tu. Dahlah hensem, baik hati, comel, bak kata perfect untuk aku." aku menggelengkan kepala. Layak ke aku dengan dia. Kulempang-lempang pipiku.

"Cik kak, tengah buat apa tu? Jom ikut saya pergi lunch..." sapa seseorang dari depanku.

"Eh...bos." aku tersengih menayangkan gigiku yang putih berseri hasil dari penggunaan ubat gigi kayu sugi.

"Jom lunch dengan saya." Jemputnya lagi.

"Takpelah. Saya kenyang lagilah bos." Aku menolak lembut.

"Ala awak ni bukan senang saya nak ajak orang perempuan keluar makan dengan saya. Jomlah....tak baik tolak arahan bos." Gertaknya. Aku pun capai tas tangan dan mengikutnya keluar makan tengahari.

"Kita nak kemana ni bos?" soalku

"Kita pergi pekena restoran Thailand. Saya nak belanja awak makan Tom Yam."

"Ok." Jawabku pendek.



"Awak pernah makan dekat sini?" soalnya padaku yang ralit memandang sekeliling restoran.

"Tak pernah. Ni pertama kali bos."

"Jangan panggil saya bos kat luar ni. Panggil je Bad sudah." Ujarnya.

"Baik bos..eh..Bad."

"Macamtulah. So Fiona, awak sebelum ni belajar kat mana?" soalnya sambil menyudu kuah tom yam ke dalam mulut. Dia panggil aku Fiona ke? Jarang orang panggil aku dengan nama Fiona. Menarik ni....

"Saya belajar kat UiTM je Bad. Kursus pengurusan pejabat je."

"Oic..." kemudiannya kami berborak dengan lebih panjang lagi sampai tak sedar masa dah berlalu hingga ke pukul 2.30 petang. Nasib baik keluar dengan bos, kalau tak selamat aku kena tindakan tatatertib. Haru je.

"Jomlah kita gerak. Dah lambat sangat ni." Kami berjalan menyusur ke tepi jalan sambil berborak kecil.

"Eh..bahaya." dia menarik badanku mendekati badanya bagi mengelak kereta yang lalu tadi dengan laju yang amat.

"Terima kasih Bad sebab selamatkan saya tadi." Mukaku berubah jadi udang panggang dan mataku tepat merenung ke anak matanya yang berwarna coklat. Mata bertentang mata, lalu turun ke hati dan seterusnya hati akan menyanyikan lagu rap cintan.

"Eh...jomlah balik ofis." Ujarnya setelah sedar dari renungan mata ke mata.

"Jom...jom..." kami berjalan seiringan tapi dia tak sedar yang tangannya masih memegang tanganku kejap. Kalau lepas jap lagi mesti dah jadi gelang corak baru kat tangan aku ni.

"Eh...sori. Tak perasan pula saya pegang tangan awak tadi." Dia memohon maaf.

"Takpe..takpe..." jawabku selamba sedangkan dalam hati jantungku dah bergendang lagu Kuch Kuch Hota Hai.



"Mana kau pergi tadi dengan dia (rujuk pada bos)." Belum sempat aku duduk, Sherry datang menyerang aku.

"Siapa?" soalku menambah bara di dalam hatinya.

"Kau jangan nak main-main. Aku nampak kau dengan dia keluar sama-sama waktu lunch tadi. Aku dah kata dari hari, kau dilarang keras untuk berjumpa, bercakap, dan selebihnya dengan dia." Lantang dia memarahi aku.

"Jadi?" soalku lagi.

"Pandai menjawab ye kau sekarang." Dia menyisip lengan bajunya untuk membelasah aku. Dia bersiap sedia mengangkat tangan untuk melempang aku, tapi tak sempat pun. Hero aku datang selamatkan aku. Sukanya aku.....

"Apa awak buat ni?" soal hero pujaan hatiku.

"Takde apa bos." Jawabnya gugup.

"Takde apa. Ingat saya tak nampak ke apa awak buat tadi?" soalnya lagi.

"Maafkan saya bos." Pintanya dengan muka kucing mintak simpati.

"Dah, mulai hari ini saya tak nak tengok muka awak kat syarikat ni lagi. Awak boleh berambus dari sini dengan segera." Katanya dengan kejam. Aku tersenyum sinis apabila mendengarkan hukuman kejam yang diberikan bos pada cik Sherry kita ni.

"Bos...tolonglah jangan pecat saya..." rayunya sambil memegang kejap kaki bosku.

"Takde maaf bagimu setelah apa kau lakukan pada Fionaku." Jawabnya lantang.

"Tolonglah bos.........."

"Pengawal.....!!!" datang dua orang pengawal menyeret cik Shery keluar dari bangunan.

"Awak dah selamat sekarang. Takde siapa yang berani buli awak lagi." Ucapnya penuh perasaan.

"Terima kasih bos." Ucapku dengan gembira.

"Mulai sekarang, awak akan dinaikkan jawatan kepada setiausaha saya." Dia mengumumkan pada semua staf termasuk aku yag tercegat depannya.



4 bulan berikutnya........


"Fiona, sudi tak awak jadi isteri saya?" Badrul melutut sambil sekotak bekas baldu berbentuk hati yang berisi cincin padaku.

"Emmm..." aku menggangukkan kepala tanda setuju.

"Kalau macam tu cukup bulan kita kawin ye sayang." Ujarnya penuh rasa cinta berlagu dalam hati.

"Setuju je..." jawabku miang betina kucing.



Cukup bulan....

Aku kini sah bergelar isteri pada seorang jejaka comel dan merupakan bos ditempat kerjaku. Siapa sangka minah buruk dan kelam kabut macam aku ni takde orang nak.

Penuh sesak laman rumah aku dengan kedatangan tetamu yang meraikan kebahagian kami bersama. Budak ofis je dah penuh setengah dari meja yang disediakan, tak termasuk dengan tetamu lain. Meriah sungguh kurasakan.


2 bulan lepas tu....

Aku telah disahkan mengandung dua bulan. Gembiranya kami dengan kehadiran orang baru dalam hidup kami berdua. Lupa pula, aku still kerja sekarang ni dengan dia Cuma jawatan yang kusandang telah diupgrade sikit iaitu dari setiausaha kepada personal assistant.

Doakan kami agar hidupbahagia selamanya ye. Akhir kata dari aku...selamat tinggal semua. Terima kasih kerana sudi membaca ceritaku yang tak seberapa ni.









Nanti dulu...cerita ni tak tamat lagi. Ada sambunganlah pula...terpaksalah korang sambung balik baca cerita mengenai aku ni.

Sekarang ni aku tengah berduka sangat, yelah..baru kahwin terpaksa pula tempuh dugaan maha hebat dikala aku tengah mengandung anak sulung ni. Dalam diam-diam dia menjalinkan hubungan sulit dengan ex-setiausaha dia yang lama iaitu Sherry.

Aku dapat tahu ni pun lepas aku dapat bukti pada bajunya, ada bau perfume perempuan dengan bekas gincu sedikit dikolar baju. Apa lagi mengamuk sakanlah aku, tak sangka sungguh aku, dalam keadaan aku yang tengah boyot ni boleh pula dia main cintun dengan perempuan tu.

"Abang...!!!Ni apa ni?" aku mengheret baju kemaja yang terpalit gincu dikolar bajunya.

"Tu...tu bajulah.." jawabnya selamba dan menyakitkan hati serta halwa telingaku.

"Abang, jangan main-main. Saya tanya elok-elok ni." Aku dah start enjin berapi.

"Betullah, apa awak tak belajar ke dulu?" perlinya.

"Tengok ni. Ada kesan gincu. Awak curang dengan saya ke?" soalku dengan nafas yang sudah tersekat-sekat menahan tangis didada.

"Kalau curang kenapa? Tak boleh ke?" soalnya bersahaja.

"Sampai hati abang buat Fiona macamni. Abang tak sayang Fiona lagi ke bang?" soalku dalam tangis yang ditahan.

"Memang tulah yang abang nak cakapkan. Abang dah tak sayangkan Fiona lagi." Semudah ABC dia menuturkan ayat yang menyentuh kelbuku.

"Sampai hati abang cakap macam tu pada Fiona...." tangisku bertambah lagu mexico.

"Buat pengetahuan Fiona, abang sekarang dah kahwin lagi satu. Kenalkan madu kamu, Sherry." Dia menarik Sherry ke dalam pelukannya erat.

"Kenapa abang buat Fiona macamni?" soalku dengan deraian air mata.

"Sebab aku dah tak sayangkan kau lagi. Cuba kau cermin diri kau tu. Dahlah buruk, gemuk gedempol pula tu." Dia mencaci aku. Sherry disebelah ikut tertawa mendengar caciannya padaku.

"Kenapa dengan abang ni. Dulu lain, sekarang lain. Dulu sayang, sekarang benci. Dulu...arhhh...tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi, tergamak abang lakukan macamni kat Fiona dan anak yang bakal lahir tak lama lagi ni." Aku memohon simpati padanya.

"Sudah...!! Aku ceraikan kau dengan talak satu." Ucapnya dengan tegar.

"Abang....!!!" jeritku sekuat hati hingga memecahkan gelas yang berada berhampiran aku.

"Sudahlah. Kau boleh pergi dari sini sekarang. Aku taknak tengok muka kau lagi." Ucapnya sekali lagi. Aku berlari kecil ke arahnya dan memaut kakinya memohon belas kasihan.

"Sudah...pergi kau dari sini." Usirnya lagi. Dia menolak deras badanku menjauhkan dirinya dan diriku. Aku sudah tidak dapat mengawal tangis yang semakin lebat menuruni pipi beserta hingus yang mengalir dari hidung.

"Abang...tolong jangan buat macamni pada Fiona bang..." rayuku lagi. Tapi dia melangkah pergi bersama Sherry. Aku merintih berseorangan sambil merayu-rayu dan memanggil namanya. Terhinggut-hinggut bahuku menahan tangis.


Sonia - Benci Ku Sangka Sayang

masih membasah luka
yang dulu pernah kau cipta
kau sayat kembali
diatas derita lama

tak penah menjadi impian
dan hitam bukanlah harapan
mengering airmata mengenangkan percintaan
yang kini tinggal igauan

masih segar diingatan
kenangan kita masih bersama
cinta yang telah berlalu
ku simpan jadi sejarah

biarlah ku jalani lara*
biarkanlah ku telan duka
semoga kau mgerti
tak pernah ku restui pemergian dirimu
sungguh menyayat hati

(ulang)
benar kata pujangga
selasih ku sangka mayang*
bayang-bayang ku sangkakan daun selaga
orang benci ku sangka sayang
namun diri tak merasa
tetapi apakan daya
ooo

kenangkanlah aku sayang
rinduilah aku dalam ingatanmu
yang telah tinggalkan ku selama ini
jauh mengejar mimpi yang tiada pasti

biar hujan datang berkurun
takkan tawar rasa lautan cinta
ku khayalkan kasihmu mengekalkan rasa
kiranya gerimis menawarkan lautan
posted by Penulisan2u @ 7:03 PG   5 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : It's me! 4
Nama Pena : sha ibrahim

BAB 4

Natasya terus menuruni anak tangga dengan laju sekali sebaik sahaja dia mendapat tahu papanya ada di bawah dan mahu bertemu dengannya. Hatinya berlonjak keriangan. Sesungguhnya dia betul-betul merindui papanya. Sebelum ini dia hanya mamapu menatap gambar ayah kandungnya sahaja, langsung tak berpeluang untuk bersua muka dengan lelaki tersebut.

Sebaik sahaj dia sampai di ruang tamu yang cukup luas itu, dia berhenti melangkah. Matanya tertumpu kepada dua orang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya. Dalam masa yang sama dia mulai keliru. Yang mana satu papa? Detik hatinya. Kedua-kedua lelaki tersebut kelihatan sama tinggi malah mempunyai bentuk badan yang hampir-hampir sama.

"Papa!" Panggil Natasya.

Serentak dengan itu kedua-dua lelaki tersebut menoleh. Natasya tersenyum. Kali ini dia mulai cam yang man satu adalah papanya. Nampaknya wajah ayahnya tidak berubah sangat jika dibandingkan dengan gambar yang terdapat di dalam simpananannya. Walaupun gambar itu adalah gambar papanya semasa papa dan mamanya mendirikan rumah tangga dua pluh tahun yang lepas. Bezanya papanya sekarang kelihatan lebih matang dan berkarisma. Apa yang penting, papanya tetap handsome macam muda-muda dulu.

Natasya meneruskan langkahnya dan menuju ke arah papanya dan segera mendapatkan tangan lelaki tersebut dan dicium mesra. Niat hatinya mahu sahaja dia mencium pipi lelaki tersebut dan memeluk erat tubuh papanya untuk melepaskan rindu yang dipendam selama ini. Walaupun jauh di sudut hatinya dia masih belum mampu memaafkan lelaki tersebut sepenuhnya namun perasaan rindu melebehi segala-galanya. Sejak kecil lagi dia rindu akan kasih sayang seorang ayah. Jadi peluang yang ada sekarang ini mahu diambil olehnya untuk mendapatkan kasih sayang seorang ayah.

Namun perasaan gembiranya sabentar tadi tiba-tiba hilang sebaik sahaja dia terpandangkan wajah papanya yang langsung tak menghadiahkan sebaris senyuman kepadanya. Lelaki itu kelihatan dingin sekali. Malah hatinya tiba-tiba merasakan bahawa lelaki itu juga tidak mengalukan kehadirannya di sini seperti mana abang-abangnya.

"Cik Natasya....emm...macam mana tinggal di sini? ok?" Tanya seorang lelaki yang berada di sebelah papanya dari tadi. Lelaki itu mengutumkan senyuman yang cukup manis. Berbeza dengan papanya. Nampaknya lelaki itu yang lebih mengalu-alukan kedatangannya di sini. Suraya memerhatikan lelaki tersebut adari atas ke bawah. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Akhirnya dia tersenyum. Dia cam dengan senyuman tersebut.

"Uncle Zamri kan? Ayah Fiza?" Tanya Natasya walaupun dia tahu tekaannya adalah tepat.

"Betul tu....macama mana Cik Natasya tahu?"

"Tak payah panggil Cik Natasya la uncle...buat segan je...panggil Tasya je," Natasya tersenyum girang. Patutlah Fiza pun seorang peramah rupanya gadis itu memiliki sifat dari ayahnya sendiri.

"Ok...kalau macam tu lebih senang la uncle...Tasya pun dah panggil uncle dengan panggilan uncle...tak ada la uncle sgan nak bercakap dengan Tasya," Zamri mula memerhatikan gadis yang tinggi lampai di depannya di kala itu. Wajahnya cukup seiras! Ya! cukup seiras. Sekarang dia mulai faham kenapa Firdause seakan-akan mahu menjauhi gadis tersebut.

"Macam mana sepanjang tinggal di sini? Kalau ada apa-apa sebrang keperluan, minta saja dengan sesiapa yang ada di sini...i\'m sorry...i\'m really busy ...i have to go! Zam...we should go now!" Firdause tiba-tiba bersuara memberikan arahan.

"Papa kan baru balik dari outstation...nak pergi lagi?" Natasya memberanikan diri bertanya. Kalau ikutkan hatinya yang sedang marah di kala itu, malas dia nak ambil tahu. Tapi dia tahu dia harus ketepikan perasaan marahnya itu buat sementara.

"I have important meeting in office right now...sory!" Lelaki itu terus sahaja berjalan meninggalkan Natsaya yang masih tercegat kaku.

"Tasya berehat dulu kat rumah...papa tasya ada meeting penting dalam setengah jam lagi...uncle harap Tasya tak ambil hati...papa Tasya memang sentiasa sibuk...Tasya tentu faham kan?" Zamri sempat berbicara dengan Natasya sebelum dia mengikut langkah Firdause. Natasya hanya mampu mengangguk. Selepas papa dan uncle zamri hilang dari pandangannya dia terus terduduk di sofa yang berada di situ sambil mengeluh.

"Mama...macam mana ni? Tasya bimbang Tasya tak mampu buat apa yang mama suruh," bicara Natasya sendirian. Semenjak dia tinggal di rumah ini dia lebih banyak bermonolog. Sunyi!!
posted by Penulisan2u @ 6:55 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Tak mampu ku hindari 4
Nama Pena : Sofi

Di dalam kereta, Maria cuba mengawal emosi namun rasa marah masih bersisa tambahan bila dilihatnya Hisyam tidak mahu bergegas balik ke Kuala Lumpur. "Kita nak ke mana ni?" Soalnya.

Hisyam menjawab dengan tenang, "Abang letih sangat. Kita tidur kat rest house, ya!" Melihat wajah Maria yang tegang, dia berbisik lembut sambil mengucup jemari isterinya. Tingkahnya penuh kasih sayang. "Lia, abang letih sangat. Oklah, kita balik juga. Tapi bagi abang rehat, tidur sejam dua. Lepas tu kita balik KL. Boleh kan, sayang!"

Melihat mata Hisyam yang merah, mungkin kerana mengantuk, hati Maria terusik juga. Tangan Hisyam dikucupi. "Maafkan Lia, tapi Lia tak marahkan abang."

"Abang tahu!" Bisik Hisyam lembut sambil tersenyum. Dia kemudian menyambung, "Lia, abang laparlah. Kita makan dulu, boleh?" Maria mengangguk.

Mereka singgah di dewan makan, rumah rehat itu. Hisyam yang sememangnya lapar, makan dengan penuh berselera. Nasi ayam disuap sehingga habis. Berlainan pula dengan Maria. Kesedihan menyebabkan seleranya hilang. Makanan di hadapannya dikuis-kuis sahaja. Matanya sentiasa berkaca. Dia sedar bahawa suami sering memerhati ke arahnya namun dia berterima kasih kerana Hisyam hanya mendiamkan diri. Lelaki itu hanya memegang tangannya erat, tanpa berkata apa-apa.

Seusai solat, mereka duduk di sofa. Maria lemas kerana suami asyik merenungnya. Dia tahu, lambat laun kejadian tadi akan diungkit. Tekaannya tepat. Hisyam sedang membuka semula lembaran itu walaupun dia sangat berhati-hati mengatur bicara. "Lia, boleh abang cakap sikit?"

Ya, akan bermulalah soal siasat, detik di hati Maria.

Hisyam kembali merenungnya lembut sebelum menyambung, "Ayah pukul Lia sekali dan kesakitannya Lia rasa sampai ke hari ini. Pernah tak Lia bayangkan perasaan emak? Abah selalu pukul dia, dia tidak pernah melawan. Berapa kali? Berkali-kali, tak gitu? Jadi, tentu dia lebih sakit, kan Lia?"

Mereka berpandangan. Entah apa yang cuba disampaikan oleh Hisyam kepadanya, Maria masih tidak mengerti.

Hisyam pula menatap wajah isterinya dalam-dalam. Dia tahu Maria tidak mahu bercakap tentang perkara itu namun bagi dirinya, sekaranglah masa terbaik untuk mereka berbual tentangnya.

"Abang tak dapat menyelami perasaan Lia kerana abang tak pernah rasa apa yang Lia rasa. Tapi tadi, abang dapat melihat kesedihan Lia. Abang dapat rasakan betapa dalam luka Lia. Hebatnya derita yang Lia tanggung. Mungkin kalau abang di tempat Lia pun, abang tidak akan setabah Lia. Tidak sekuat Lia. Dan mungkin juga, abang akan bertindak seperti yang Lia buat tadi......" Diam seketika. Hisyam ingin Maria mencerna apa yang ingin disampaikan.

"Abah memang zalim, Lia berhak marah dia. Abah memang kejam, Lia berhak benci dia. Tapi sayang, ke mana Lia nak buang dia? Ke mana Lia nak buang nama dia? Nama abah kan ada pada nama Lia? Maria binti Mustafa! Itulah nama gadis yang sangat-sangat abang sayangi! Nama isteri yang sangat-sangat abang cintai. Takkan Lia nak tukar nama tu menjadi Maria binti Abdullah pulak? Atau Maria binti apa sajalah? Lia nak tukar ke nama tu?" Soalnya. Wajah isteri direnung lama-lama sebelum dia meneruskan kata, "Sayang, kalau pun Lia nak tukar nama Maria binti Mustafa tu, abang tidak akan benarkan kerana nama yang lain itu terlalu asing bagi abang! Abang tak kenal yang lain. Yang abang kenal, yang abang sayang, yang abang cintai, hanya Maria binti Mustafa!"

Kata-katanya yang bersungguh-sungguh itu berjaya juga membuat Maria tersenyum. Senyuman itu sedikit sebanyak melegakan Hisyam. Namun dia tidak boleh berhenti. Dia harus meneruskan misinya kerana dia sangat mengharapkan agar Maria mahu mendengar nasihatnya ini! Sekali ini!

Lama mata mereka bertentangan sebelum Hisyam menyambung lagi, "Sayang, dengarlah cakap abang ni. 25 tahun dulu, kerana Mustafa bersama Aisyah, lahirlah Maria. Tak ada Mustafa, tak ada Maria. Begitu juga kalau tak ada Aisyah, tak ada Maria. Tapi Maria ada! Maria yang sudah dididik dengan penuh kasih sayang oleh Aisyah. Maria yang sudah dididik dengan baik oleh Aisyah walaupun tidak ada Mustafa di sisinya. Hasil didikan itu membuatkan abang sayang sangat pada Maria. Dan abang tak mahu Maria yang lain. Hanya Maria yang satu ini. Yang lembut, yang santun, berbudi bahasa, sopan. Hanya Lia!"

Hisyam meneruskan. "Sejak abah pukul Lia, dia sudah menerima balasanNya. Tidur tak pernah lena. Bila dia nak pejamkan mata, dia terdengar-dengar tangisan Lia. Dia terpandang-pandang belakang Lia yang dipukul. Selama ini, hidupnya tidak pernah tenteram. Dia selalu mendapat mimpi ngeri. Lia, semua ini, abah sendiri yang cerita pada abang, sayang!"

"Lia tak percaya!" Maria cuba menutup kedua-dua telinganya. Hisyam sedang menipunya. Hisyam terlalu percaya pada kata-kata lelaki itu, bentaknya.

"Lia kena percaya dan Lia kena dengar cakap abang. Mesti dengar, sebab lepas ni, abang tidak akan memaksa Lia lagi!"

Arahan suaminya yang tegas itu terpaksa dipatuhi.

Melihat isterinya yang kembali tenang, suara Hisyam mengendur selepas itu. "Sejak hari dia pukul Lia itu, makan minum abah tidak menentu. Rasa sedih dan rasa bersalah mengikut ke mana saja abah pergi. Akibat makan minum yang selalu diabaikan, abah jatuh sakit dan doktor mengesahkan bahawa abah mengidap barah usus. Sudah dua tahun dia sakit, Lia."

Maria terkejut mendengar kata-kata suaminya. Matanya menjelajahi seluruh wajah Hisyam, dia inginkan kepastian.

"Abang tak tipu! Doktor sendiri beritahu abang! Abah sengaja merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kita. Dia sengaja tidak mempedulikan keadaan kesihatannya kerana dia kehampaan. Dia kecewa kerana dia tahu Lia masih marah pada dia. Masih bencikan dia. Jadi, dia lebih rela mati. Dia pasrah dengan penyakitnya itu. Dia enggan berubat, Lia."

"Cukuplah, bang. Lia tak mahu dengar lagi. Tolonglah....."

Hisyam tidak peduli permintaan itu. Dia terus sahaja menyambung, "Selepas mengetahui tentang penyakitnya, abah pergi ke rumah mak. Waktu itu, dia hanya ingin meminta maaf pada Lia tapi mak marah dia. Mak ungkit semua perbuatan abah pada Lia."

"Tapi mak tak pernah cerita pada Lia pun?" Maria menidakkan. Dahinya berkerut-kerut. Mustahil! Tidak mungkin.

"Lia tanya Muaz, kalau Lia tak percaya. Mak suruh adik berjanji untuk tidak membuka rahsia. Mak tak mahu Lia terluka lagi. Mak tahu Lia amat sedih dengan perbuatan abah. Mak tahu Lia kecewa. Mak pernah cerita pada abang macam mana rapatnya hubungan abah dengan Lia masa kecil dulu. Mak pernah beritahu abang betapa sayangnya Lia pada abah!" Pipi isteri dicium sebelum sekali lagi dia menyambung ceritanya. "Lia sayang, sebenarnya mak dah bela Lia dah, hanya Lia yang tak tahu! Mak dah marah abah! Mak dah maki abah! Semuanya untuk Lia!" Hisyam berkata dengan wajah yang penuh kesedihan. Sesungguhnya dia tahu, Maria amat disayangi oleh ibu mertuanya.

Maria dihambat pilu. Mula menyesali semua tuduhan yang dilemparkan kepada ibunya tadi. Aduhai, betapa biadapnya dia! Anak derhakakah dia? Maria menangis teresak-esak.

"Sayang, jangan menangis!" Air mata diseka. Maria direnung dengan penuh kasih sayang. "Lia, Lia kena berhenti menangis dan dengar cerita abang ni sampai habis. Lia mesti percaya pada abang, ya!"

Maria menganggukkan kepala. Dia semakin menumpukan perhatian kepada kata-kata suaminya.

"Sampai sekarang, mak tak tahu yang abah ada penyakit itu. Abah tak beritahu kerana dia tak mahu mak menerima dirinya kerana rasa simpati. Abah mahu mak menerima dirinya kerana rasa sayang yang ada dalam diri emak. Lia, jahat macam mana pun abah, mak tetap terima dia kerana itu lelaki yang sangat dicintainya. Mereka bersama semula kerana mak sayang sangat pada abah!"

Kata-kata Hisyam membuatkan Maria menangis semula. "Tapi, Lia sedih sebab mak ketepikan perasaan Lia! Mak lebih sayangkan abah dari Lia."

"Syy, dengar dulu apa abang nak kata." Pintas Hisyam. "Memang mak sayangkan abah, Lia! Tapi abang yakin, demi kebahagiaan Lia, mak akan melepaskan abah pergi. Kerana dia juga sangat sayangkan Lia. Dia tidak akan sanggup diketepikan oleh anak perempuan kesayangannya!"

Bulat mata Maria mendengar kata-kata Hisyam itu. Benarkah mak sanggup melakukan begitu? Demi dia, mak akan tinggalkan abah? Sanggupkah dia?

Suara Hisyam kembali bergema di pendengarannya. "Lia, sekarang abang nak tanya Lia. Apakah kerana marah Lia pada abah, Lia nak rampas kebahagiaan emak? Apakah kerana dendam Lia, Lia nak biarkan abah menghadapi mautnya sendirian? Kata doktor, umur abah takkan panjang. Kanser usus itu dah di peringkat ketiga, dah kritikal. Sekarang, abang nak Lia beritahu abang. Apakah Lia juga nak bertindak kejam pada mereka? Pada abah? Kalau begitu, apa bezanya Lia dengan abah yang dulu?"

Air mata turun lagi. Dia juga menyoal dirinya. Sanggupkah dia merampas kebahagiaan emaknya? Sanggupkah dia membiarkan abah menanggung kesakitan sendirian? Sanggupkah dia menjadi seorang yang kejam? Kejam pada abah dan pada emak yang sangat disayanginya? Sanggupkah dia?

"Sayang, abang tahu, abang berkahwin dengan seorang perempuan yang bijak dan berpekerti mulia. Jadi, abang nak merayu pada Lia! Kalau boleh, cubalah lupakan semuanya! Memang payah, tapi Lia tetap kena cuba. Janganlah berkeras, kerana itu ibu bapa kita. Jahat macam mana pun mereka, mereka tetap emak dan ayah kita. Tanggung jawab kita ialah memaafkan mereka. Melupakan segala kekasaran mereka."

Maria yang sedang menangis diraih ke dalam pelukan. Maria dapat merasakan kehangatan kasih sayang suaminya. Maria dapat merasakan keikhlasan suaminya. Perlahan-lahan, wajahnya diangkat untuk membalas renungan suaminya.

Hisyam menyeka air mata yang sedang mengalir deras. Tumpuan diberikan sepenuhnya untuk mendengar kata-kata isterinya. Dada berdebar-debar sambil berdoa agar Allah membuka pintu hati Maria untuk memaafkan.

Akhirnya.....

"Abang, Lia nak jumpa mak. Lia nak jumpa abah. Lia nak minta ampun pada mereka!"

Betapa bersyukurnya Hisyam mendengar kata-kata itu. Dia memerhati sahaja isterinya bangun dengan tergesa-gesa menuju ke dalam bilik. Dia tahu, Maria ingin bersiap. Isterinya itu sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu kedua-dua orang tuanya.
........................

Tangan kanan Maria digenggam erat. Sentuhan itu seolah-olah memberitahu isteri bahawa dia telah membuat satu keputusan yang tepat dan wajar.

Maria memandang wajah suaminya dengan perasaan yang berbaur. Dia malu bila mengenangi sikapnya yang biadap tengah hari tadi. Dia terlalu mengikut perasaan. Rasa marah yang terpendam dilepaskan tanpa mengambil kira perasaan emak dan abah. Dendam lama menyebabkan dia lupa dengan siapa dia berbicara. Kini, setelah mendengar cerita suaminya, dia amat menyesali diri. Sudikah ibubapanya memaafkan?

Senja itu keadaan sungguh sunyi. Ketika mereka sampai, cahaya merah kelihatan di kaki langit. Tidak lama lagi azan Maghrib akan berkumandang. Waktu-waktu begini pastinya anak-anak kecil sudah diarah memasuki rumah, bimbang kerana inilah waktunya syaitan berkeliaran. Itu kata dan pesan orang tua-tua zaman dahulu!

Maria menunggu Hisyam mengunci pintu kereta untuk masuk bersama-sama ke dalam rumah. Dia inginkan kehangatan tubuh suami bagi menguatkan semangatnya. Bila Hisyam memaut erat tubuhnya, Maria mendongak.

Hisyam segera membisikkan, "Senyum sikit, sayang! Percayalah cakap abang, semuanya akan menjadi lebih baik mulai hari ini. Lia akan dapat abah dan mak Lia semula. Lia akan menjadi anak kesayangan mereka, selama-lamanya!"

Aduhai, Hisyam memang pandai mengurangkan keresahan di hatinya. Sikap positifnya telah banyak mempengaruhi kehidupan Maria. Suaminya itu sering melihat kebaikan akibat sesuatu yang terjadi. Dia tidak suka bila Maria merungut. Menyesali takdir adalah sifat orang yang lemah, itu yang selalu diberitahu kepadanya!

Ketika Maria mengangkat muka, ibunya sudah menunggu di muka pintu dengan lelehan air mata. Sedihnya wajah emak ketika itu. Air mata emaknya membuat dada Maria sesak. Dia sedar tangisan itu dia yang telah menyebabkannya. Sesungguhnya, dia rasa bersalah yang teramat!

Maria berlari mendapatkan ibunya. Tubuh ibu dipeluk dengan kemas. Pipi ibu dicium bertalu-talu. Dia ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kekasarannya siang tadi.

Aisyah membalas pelukan anaknya. Anak perempuan kesayangannya, itulah sahaja satu-satunya. Tidak ada yang lain. Hanya Maria. Marialah racun dan dialah juga penawar hidupnya.

"Ampunkan dosa Lia, mak. Lia tahu, Lia dah kecilkan hati mak. Kata-kata Lia tadi tak patut Lia ucapkan! Lia betul-betul jahat. Lia memang tak layak jadi anak mak. Mak tak pernah marahkan Lia tapi Lia sanggup kata pada mak macam-macam. Menuduh mak yang bukan-bukan! Tolonglah, mak! Tolong ampunkan dosa dan kesalahan anak mak ni, tolonglah!" Rayu Maria dalam tangisan.

Aisyah tersenyum walau air matanya sendiri deras menuruni pipi. Tubuh anak didakap semakin erat bagai tidak mahu dilepaskan. Sesungguhnya inilah anak perempuan yang sangat dikasihinya!

"Lia tak berdosa langsung pada mak. Mak faham kenapa Lia buat macam tu. Lia berhak. Mak pun berdosa kerana menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan Lia. Lia anak mak yang baik. Mak sayang sangat-sangat pada Lia. Tadi tu, mak menangis sebab mak takut kehilangan Lia. Bukan menangis sebab yang lain. Percayalah pada mak, Lia. Kalau mak diberi pilihan……."

"Mak akan pilih Lia. Lia tahu!" Pintas Maria. "Abang pun cakap macam tu tadi. Tapi Lia tak nak mak terpaksa memilih. Lia tak mahu mak susah hati." Mata Maria melingas ke sekeliling bilik dapur itu. "Mak, mana abah? Lia nak mintak maaf! Lia tahu Lia tak sepatutnya cakap apa yang Lia cakap siang tadi. Lia nak mintak ampun pada abah, mak!" Katanya tulus.

Dari ekor matanya, Maria dapat melihat suatu pergerakan di sudut bilik. Tidak lama kemudian wajah sedih ayahnya muncul. Maria tidak menunggu lama. Berlari dia mendapatkan ayahnya.

"Ampunkan Lia, abah. Lia terlalu ikutkan kata hati. Ampunkanlah dosa Lia. Demi ALLAH, Lia tak akan mengulanginya. Lia sayangkan emak. Lia sayangkan abah. Lia……." Dia merintih.

"Lia, kalau mak tak cerita pada abah pun, abah tahu Lia anak abah yang baik. Lia tak bersalah langsung pada abah atau pada mak. Sebaliknya, abah yang banyak menyeksa Lia dan adik-adik. Abah yang patut mintak maaf. Semoga Lia sanggup memaafkan abah, nak!" Mustafa berkata.

Maria akhirnya dapat mendengar suara abahnya berkata dengan nada yang amat dirinduinya, lembut dan penuh sendu. Suara itu adalah suara abah ketika umurnya tujuh tahun dulu. Suara yang sentiasa dalam kenangannya. Semakin berderaian air matanya mendengar suara itu.

Kini, buat pertama kali selepas sekian lama, anak dan ayah berpelukan. Pelukan yang sekian lama didambakan Maria. Pelukan abah yang penuh kasih sayang. Di dalam pelukan ini dia rasa selamat dan dilindungi. Perasaan bahagia itu yang telah lama hilang, kini hadir kembali!

Di belakangnya, Aishah meraih Hisyam ke dalam pelukan. Dia tahu anaknya telah berubah hasil pujukan menantunya yang seorang ini. Dia tahu Hisyam tidak berhenti-henti memujuk. Sejak bertunang sehingga ke hari ini, menantunya tidak jemu-jemu melakukannya. Hari ini, segala harapan yang terpendam, menjadi kenyataan. Bahagia sungguh hatinya. Ubun-ubun Hisyam dikucupi sambil mengucapkan, "Terima kasih, Syam."

Hisyam menganggukkan kepala, tidak dapat hendak meluahkan kegembiraannya. Akhirnya, dengan izin TUHAN, dia berjaya menyatukan kembali keluarga ini.

posted by Penulisan2u @ 6:52 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Kemarau Hati 3
Nama Pena : cahaya anugerah

Seusai solat,Nurul Ain turun ke dapur.Tekaknya minta dibasah.Nurul Ain duduk di meja makan.Dia masih memikirkan tentang pertandinagn koir yang disertainya.Pertandingan koir itu akan berlangsung hari ini.Tapi kaki Nurul Ain masih sakit disebabkan kejadian dua hari lepas.

'Kaki aku sakit lagi.Macam mana nih?Apa pulak diorang cakap nanti.'Nurul Ain berteleku sejenak.Tiba-tiba tersenyum sendiri.Pantas Nurul Ain melangkah.Dia berjalan dengan berhati-hati menaiki tangga.Lantas menuju ke bilik tidurnya.Telefon bimbit kesayangannya dicapai.

"Assalamualaikum.Izzah, aku tak boleh datangla hari ni.Kaki aku sakitlah."

"Apalah kau ni.Bagila aku jawab salam dulu.Pastu nak cakap ape, cakaplah.Kau tau tak skarang pukul brape?Pagi-pagi dah telefon". Nurul Ain memandang ke arah jam tangannya.'Ha?!Pukul 5.30 pagi?Ingatkan dah pukul 7' Nurul Ain Ketawa kecil.Tidak sedar terlalu awal untuk menghubungi Izzah."Sorilah.Aku tak tengok jam pun tadi.Aku nak bagitau kau ni.Hari ni aku tak boleh datangla.Kaki aku sakit lagi.Kau mintakla sape-sape ganti aku,"kata Nurul Ain perlahan.Takut-takut Izzah tak setuju.

"Ha?!Cakap sekali lagi.Aku tak dengar,"nada suara Izzah berubah.Seperti mahu menelan Nurul Ain. "Alah kau ni.Buat-buat tak dengar plak.Aku seriuslah.Kaki aku memang sakit lagi,"ujar Nurul Ain. "Kau ni biar betul?Kita dah lama berlatih tau.Takkan kau tak datang kot.Kau tu orang penting.Suara kau lain daripada orang lain.Kalau kau takde tak harapanlah nak menang.ak menang.Tolonglah faham Ain."

Diam.

"Ok.Macam nilah Ain.Erm..Kau datang sekejap.Lepas pertandingan kau baliklah.Sekejap je.Please..." rayu Izzah.Nurul Ain kasihan pada Izzah.Dia bersungguh-sungguh untuk menang.

"Tapi..."

Belum sempat Nurul Ain bersuara Izzah mencelah."Takpelah.Kalau kau tak boleh datang.Ok.Assalamualaikum."

'Izzah merajuk ke?Alamak.Camne ni?Call skali lagilah' Jari Nurul Ain menari-nari di permukaan telefon bimbitnya.Sudah dihafal nombor telefon kawannya itu.

"Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Terima kasih" seorang wanita menjawab.

'Aku nak cakap dengan Izzahla.Sibuk je mcik ni.Aduh!Mesti dia ni off phone'.Bebel Nurul Izzah sendiri.Nurul Ain mengambil keputusan untuk solat subuh dahulu.Kakinya melangkah menuju ke bilik air untuk berwuduk.

***************************************************

"Ummi! Ummi masak ape ni?Laparlah," sergah Nurul Ain.Sengaja mahu membuat umminya terperanjat."Ish anak ummi ni.Saja nak buat jantung ummi gugur.Ummi masak nasi goreng je.Ain,tolong buatkan teh.Ummi nak tengok nasi tu.Karang hangus pulak,"arah Puan Sumaiyah.Nurul Ain mencapai teko.Tidak membantah arahan umminya.Memang Nurul Ain sudah biasa dengan kerja-kerja dapur ini.Kadang-kadang Nurul Ain yang memasak.Puan Sumaiyah melatih Nurul Ain sejak kecil lagi supaya membantunya menyelesaikan kerja rumah.

"Kaki Ain dah ok ke?Kalau tak ok lagi tak payahlah pergi sekolah.Duduk rumah.Kejap lagi kita pergi klinik."Puan Sumaiyah memang mengambil berat terhadapnya.Anak tunggallah katakan.Dialah tempat Puan Sumaiyah dan Encik Zamri mencurahkan kasih sayang.

"Klinik?Tak naklah.Kaki Ain dah ok sikit tapi bila kena air pedih sangat.Tak payahlah pergi klinik.Ain dah letak ubat tadi." Itulah Nurul Ain.Pantang disebut klinik.Mesti takut.Kalau sebut hospital, Nurul Ain akan mengurung diri dalam bilik.Takut ummi dan abahnya membawa dia ke sana.

"Ummi gurau je tadi.Ummi saje je nak takutkan Ain.Ummi da tau dah ape jawapan Ain."Puan Sumaiyah ketawa.Lucu melihat wajah Nurul Ain yang cuak. "Ummi ni kan.Tak baik tau."

"Apa yang dua beranak ni buat kat dapur.Lama sangat.Masak ke sembang." Encik Zamri muncul di hadapan Ain dan Puan Sumaiyah."Mestilah tidur.Dapur kan tempat tidur."Nurul Ain sudah mula dengan loyar buruknya.Berhamburan ketawa mereka tiga beranak.

Selesai bersarapan Encik Zamri berangkat ke tempat kerja.Nurul Ain bersalam dan mencium tangan abahnya."Duduk rumah jangan asyik tengok tv.Tahun ni PMR.Study.Jangan leka sangat."Pesan Encik Zamri.

"Baik abah."Nurul Ain menjawab sopan.

Puan Sumaiyah hanya melihat aksi Nurul Ain dan suaminya.Terpancar kesayuan di matanya. 'Macam manalah kalau Ain tahu perkara sebenar.Tak mungkin.Ini bukan waktu yang sesuai untuk Ain tahu.Dia akan menghadapi PMR tahun ini.Biarlah dia bahagia dahulu.'
'Ya Allah, bantulah hambaMu ini.'Puan Sumaiyah merintih sayu.Tidak tega menyakiti hati anak itu.
posted by Penulisan2u @ 6:49 PG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Siapa aku di hatimu? 3
Nama Pena : nini_uniey

Kenapa dah seminggu ‘dia’ menghilangkan diri ? YM tak balas, telefon tak angkat. Hurm, mungkin dia dah tak nak kawan dengan aku. Atau mungkinkah dia merajuk sebab aku tak sudi berjumpa dengan dia? Wahai Syafiq Eiqbal, tahukah kau bahawa memikirkanmu membuatkan fikiranku sentiasa sesak? Malasnya nak fikir. Kenapa aku asyik fikirkan dia sejak kebelakangan ni? Kenapa dengan aku ni? Aku pening dengan diri aku sendiri. Mungkinkah? Tidak..tidak.. tak mungkin.

Aku mencuba untuk membuka peti mail aku, dan ternyata lagi sekali aku gagal menemui apa yang aku nanti-nantikan. Hurm.. mengeluh lagi. Keluhan demi keluhan dah sebati dengan hidup aku sejak akhir-akhir ini. Aku selalu sahaja teringatkan ‘dia’. Dimanakah dia?

Dan malam ini tidak seperti malam-malam selalunya. Udara yang sejuk dan lambaian angin yang lembut itu makin menghanyutkan aku dalam lamunan. Ditambah pula dengan alunan muzik perlahan dari laptop yang membuai-buai perasaan. Maka, bertambah rancaklah lamunanku. Lamunan tentang si ‘dia’. Benarlah kata orang, bila seseorang itu tiada, barulah kita akan menyedari betapa pentingnya dia dalam hidup kita.

Sejak seminggu yang lalu, hanya kadangkala aku akan membuka YM. Mungkin kerana tidak ingin kecewa lagi, menunggu mesej darinya membuatkan aku hampir hilang arah.
Saban hari aku tertanya-tanya. Dimanakah dia? Sihatkah dia? Pelbagai soalan kian mencengkam dada. Pertanyaan demi petanyaan bagaikan berlumba-lumba memenuhi ruang legar mindaku. Aku teramat ingin mengetahui tentangnya di saat ini. Aku bagaikan orang yang hilang arah.

Dan sebaik sahaja aku membuka peti mail aku. Satu mesej daripada myspace diterima. « Hurm..malasnya nak bukak myspace. Bila dia tiada, tiada satu benda pun yang aku mampu buat. Dah sakit angau agaknya aku ni. Hurm..«

Myspace
" salam. Awak ni Alya kan ? Awak kenal Syafiq eiqbal kan ? "

"Ya saya Alya, kenapa?"

"Saya ni kawan Syafiq. Macam mana awak kenal Syafiq?"

"Saya kenal dia kat Friendster. Awak dah lama kenal dia ke?"

"Saya kenal dia sejak kecil lagi. Saya pun dah kenal dengan keluarga Syafiq Eiqbal. Dia baik kan?"

"Yup. Dia baik. Saya suka berkawan dengan dia."

"Awak ada apa-apa ke dengan dia? Tak payah la malu-malu. Anggap je saya ni macam kawan awak juga."

" Saya takde apa-apalah dengan Syafiq. Kami kawan biasa je."

"Betul ni? Eh, tak apalah awak, saya nak sign out ni, ada kerja sikit. Nanti kita mesej lagi ya. Oh ya, sebelum tu, saya Allisha, nanti kalau ada masa, addlah saya kat YM awak ya. ID YM saya ada kat profile."

"OK"

Hurm..kenapa aku rasa lain macam saja. Sejak insan yang bergelar Allisha itu muncul mengaku sebagai kawan Syafiq, aku rasa macam ..entahla..sukar untuk aku definisikan perasaan ni. Mungkin Allisha tu girlfriend Fiq. Mungkin sebab tu Fiq hilangkan diri dari aku. Tak apalah, lagipun aku tiada apa-apa hubungan istimewa dengan dia. Cuma kadang-kadang saja aku teringatkan dia, dan ini bukan bermaksud bahawa aku cintakan dia. Sesiapa pun bebas untuk saling mengingati.

"Abang Syafiq hang takde mesej lagi ke? "

"Dari mana pulak hang ni muncul? Tiba-tiba je dah ada kat sebelah aku ?"

"Dari tadi lagi aku usha hang. So, dia dah contact hang belum ? "

"takde."

"OOO…patutlah aku tengok hang ni tak senang duduk je dari tadi. Kejap bangun, kejap duduk, kejap tengok tv. Tapi mata tu tak macam tengok tv. Pening jugak aku dengan hang ni. "

"Apalah hang ni. Aku ok je la. Ni ha, tengah tengok cerita spiderman ni. Meh la join aku."

"Spiderman ape kebendanya. Tu cicakman lah. Aku dah agak dah, kawan aku ni dah tak berapa nak betul dah. Apalah si Syafiq tu dah buat kat hang. Pening dah aku dengan hang ni. Dah macam orang hilang anak aku tengok hang ni. Dahlah aku tengok kejap senyum, kejap mengeluh. Ish..ish..ish.. Nak aku carikan pakar psikiatri ke? Hehe.."

"hah? Sekeh gak hang ni. Boleh pulak hang buat lawak sakit jiwa dengan aku ye? Karang betul-betul sakit jiwa, hang jugak yang susah. "

"hehe…aku gurau sajalah. "

"Banyak lah hang punya gurau. Aku terasa ni tau. "

"hang terasa ke ? sejak bila pula hang pandai terasa dengan aku ni?"

Aku menarik muka tanda marah. Sengaja aku memuncungkan sedikit mulut aku. Biar dia kalut memujuk aku. Aku suka.. suka kenakan Mira.

"sorrylah sayang. I main-main jelah. Intan payung, janganlah merajuk dengan I. Nanti I belanja u makan nak? Tak cun lah u kalau buat muka masam macam tu. «

"huh? Uwekkk… tak payahlah hang nak buat manja-manja dengan aku. Nak termuntah dah aku ni. "

"Hang dah berapa bulan pregnant ?"

" Hah ?pregnant.. hang nak rasa penangan ke 14 aku ? "

" Tak nak..tak nak.. Haha…tahu pun geli. Nanti kalau hang merajuk lagi, tahulah aku nak buat macam mana. Ada ke patut, dengan aku pun nak merajuk. Ish..ish..ish.."

"Ye lah..ye lah cik Mira. Meh sini..teman aku tengok cerita cicakman nih…hehe.. »

" Tahu pun hang bezakan cicakman dengan spiderman ya. "

"tapi hang kena betul-betul belanja aku ya. Aku pegang kata-kata hang tadi. »

Sempat lagi aku memancing belas ikhsan Mira. Hehe.. sekali sekala apa salahnya bermanja dengan housemate tercinta.

"Haha. Bab makan free laju je hang ni. Takpelah, demi housemate tercinta, aku rela berkorban. "

"Kalau macam ni, hari-hari aku nak merajuk dengan hang. Hehe"

"Huh, kali ni je aku layan. Nanti, hang pulak belanja aku ya. "

"beres saja bu. Bisa diatur."

Entah macam mana cicakman dengan spiderman pun aku boleh tertukar. Padahal yang seorang tu cakap Melayu, yang seorang lagi cakap Mat Salleh. Agaknya betullah aku ni nak kena jumpa pakar psikiatri. Sakit benar aku ni. Jiwa aku dah sakit. Bukan sakit jiwa ya.

Hanya mata menghala ke skrin televisyen. Fikiran aku entah ke mana, terbang bersama-sama lamunan aku tentang Syafiq Eiqbal.

"Hurm.. aku dah mengantuk ni Alya, jom masuk tidur. Cerita pun dah habis. "

"Hah? Dah habis ke?."

"Eh, habis tu hang tengok apa dari tadi? Tu ha…dah keluar tulisan pun. "

"Ha’ah la..macam mana lah aku boleh tak perasan ni. Entah-entah aku dah masuk alam lain tadi. "

"Alam apa pula hang ni? Dah tengah malam ni jangan nak merepek pulak. Karang ada pulak yang menempel kat sebelah hang malam ni. Dan semestinya akulah insan itu."

"Bukan alam tu lah. Ni ha, alam mimpi. Ngok ngek la hang ni. Fikir lagi yang bukan-bukan. "

"Dah..dah,,., jom tidur. Mata aku dah tak larat nak buka lagi ni. Kang pengsan kat sini pulak. "

"Moh masuk tidur. Kang tak memasal aku kena usung cik Mira masuk bilik malam ni. Kalau ringan takpe lah jugak. Hehe. Peace!! "

"OO…perli aku ye. Takpe…takpe.. nasib baik aku dah mengantuk. "

"ok..ok…beres… salam cik Mira"

"Wassalam."

Hurm..mengeluh lagi. Nak buat apa ya. Mata ni belum mengantuk lagi. Bukak email la kejap. Hurm..malaslah.. Tidur lagi baik. Hurm..kat mana dia sekarang ya ? Tiba-tiba, ringtone lagu Fullhouse kedengaran. Huh…siapa pulak call malam-malam ni. Baru nak mengelamun jumpa Prince Charming sikit dah ada yang mengacau. Potong stim betullah.

Syafiq Eiqbal…
Hah? Macam tahu-tahu je aku sedang berfikir tentang dia. Baru nak start mengelamun pasal dia, dah muncul pulak orangnya. Mesti ada jodoh dengan dia ni. Huh.. aku nak buat-buat merajuk lah. Pandai sangat menghilangkan diri dari aku.

"Hello. Ye saya. Ada apa-apa yang boleh saya tolong encik.?"

"Ya. Boleh awak tolong pass telefon ni kat buah hati saya?"

"Siapa buah hati encik tu? Saya tak kenal rasanya."

"Yang nama Alya Syafikha tu. Boleh saya bercakap dengan dia ?"

"Oh..yeke dia buah hati encik? Macam mana saya boleh tak tahu ni? Rasa-rasanya dia takde cerita pula kat saya yang dia dah jadi girlfriend encik."

"Dahlah tu Alya. Merajuk dengan Fiq ye? "

" Bila masa pulak Alya merajuk dengan Fiq ? Alya takde apa-apa pun. Alya ok je.«

" Marah nampak. Marah sebab Fiq hilangkan diri ke ?"

" Buat apa nak marah ? Alya bukannya girlfriend Fiq pun. Siapalah Alya ni kan. «

"Tengok tu. Gaya pun dah nampak macam orang tengah marah. Datang bulan ya ?"

" Banyaklah Fiq punya datang bulan. Sekeh kang."

Aku terdengar Syafiq Eiqbal tergelak kecil. Gelakkan aku ya ? Takpe-takpe. Aku merajuk nanti.

" Lagi nak sekeh orang ke cik Alya ? Takpe Fiq terima sekeh Alya dengan hati yang terbuka.. Hehe."

"tengok tu. Main- main lagi. "

"Alya tak nak tanya ke kenapa Fiq hilangkan diri ? "

" Alya ada hak ke nak tanya ?"

"Ish..ish..ish…panjang jugak rajuk Alya ni. Fiq saja je nak uji Alya. Nak tengok sejauh mana Alya ni rindukan Fiq. Berkesan jugak ya."

"Apa yang berkesannya encik Syafiq ? Alya ok je sepanjang minggu ni. Tak de apa-apa effect pun lah. "

"Iyalah tu cik Alya. Ada orang cakap kat Fiq yang Alya ni asyik teringat kat Fiq je. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Betul kan? "

"sape yang cakap kat Fiq? Mira ye? Mira ni memang nak kena.."

"Kan betul Fiq cakap. Memang Alya selalu teringat kat Fiq ya. "

"Hah? Kenapa pula?"

"Tengok tu. Baru gertak sikit dah melatah . Fiq mana ada nombor Mira lah, Id YM pon takde. Fiq saja je tadi nak tengok reaksi Alya. Yes..mengena..hehe..jangan marah ya. Nanti kena jual. "

"malas lah layan Fiq ni. Perasan semacam je. "

Tut..tut..tut…

Waaa…malunya. Macam manalah boleh terperasan tadi. Aduh.. Mira..aku malu. Dia dah tahu aku rindukan dia. Tidak.. Tidak.. Huh ? Aku betul-betul rindukan dia ke? Tak..tak.. tak mungkin. Tapi bahagianya dia dah contact aku balik. Mira.. aku senyum bahagia ni. Haha.. macamlah Mira tahu. Mira pun dah lena dibuai mimpi indah. Takpelah.. aku nak tidur. Tidur ku malam ini beserta dengan senyuman bahagia. Bahagia kerana orang yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul. Ringtone lagu Fullhouse kedengaran lagi. Sorry encik Syafiq Eiqbal, saya terlampau malu untuk bercakap dengan anda. Huhu.. Takpelah, biarlah dia anggap aku masih merajuk.. Hehe.. mengada-ngada pula aku ni. Takpelah, sekali sekala je.
posted by Penulisan2u @ 6:46 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Rupawan 3
Nama Pena : wardah intan

“ Awek?.. masa abang belajar dulu ramai anak mat saleh yang syok kat abang, tapi abang saja jual mahal." Abang Akmal ketawa kecil. Huh, perasan betul mamat sorang ni.

"kenapa bang, mereka semua kan cantik belaka. Rugi abang lepaskan macam itu saja.Bagus juga kalau Yanti dapat kakak ipar bangsa lain.Nanti anak buah semua lawa-lawa" luahku dengan senyum lebar.Huhu.. kenapa pula aku rasa macam nak cemburu saja ni.Oh, tidak.

" yanti ni,macam tak faham je dengan perangai mama tu. Mama tak suka abang kawin dengan gadis barat.Awal-awal lagi dia dah bagi amaran kat abang tau.Lagipun mama dah carikan calon yang sesuai untuk abang." dah ada calon? Siapa?

"siapa bang?"

" Zulaikha, anak Datuk Mujib. Tapi abang tak suka kat dia."wajah Akmal kini sayu.
Sebab abang masih sayang pada Nadia. Nadia, sampai hati kau tinggalkan aku.

"Abang teringat pada arwah kak Nadia ya?" Aku meneka.
Abang Akmal hanya membisu. Betullah tu.

" Abang, Yanti tahu abang sayang sangat dengan arwah. Dia cinta pertama abang. Tapi abang kena ingat orang yang dah pergi tidak akan kembali lagi. Takdir dah menentukan dia bukan jodoh abang, jadi abang kena bagi peluang pada diri abang untuk mencintai dan menyayangi jodoh abang yang sebenar." Fuh, macam dalam drama la pula.
Abang Akmal masih membisu.

" Abang dah pernah jumpa Zulaikha?"

" Belum" Jawab abang Akmal pendek.

" Huh, abang ni, belum jumpa dah kata tak suka.Cuba tengok dulu orangnya macam mana. Mana tahu kalau-kalau dia ada cita rasa abang ke?" Aku cuba menduga.

" Erm, tengoklah nanti macam mana" acuh tak acuh sahaja jawapan yang diberi.

" Baiklah Yanti, abang rasa ngantuk lah. Abang tidur dulu.Selamat malam Yanti"
Tiba-tiba aku rasa bersalah pula sebab buat Abang Akmal sedih.

" Selamat malam bang" Ya Allah , Kau pertemukanlah Abang Akmal dengan jodoh yang baik.Amin...



Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Aku masih lagi berdiri di hadapan cermin.
Agak-agak Abang Akmal dah keluar keluar rumah belum?. Hari ni hari apa ya? Erm,. Selasa, hari orang kerja. Aku yakin Abang Akmal dah keluar.Dengan bergayakan cara berjalan ala-ala pengintip sulit, aku pun keluar dari bilik. Pintu bilik Abang Akmal ku ketuk.

Tuk..tuk..

Senyap. Tak ada respon, itu tandanya Abang Akmal dah keluar. Aku turun ke tingkat bawah. Mata ku liar memang sekeliling takut-takut kalau mama dan Abang Akmal nampak. Mintak mintaklah abang tak bagitahu mama yang dia dah jumpa aku, kalau tidak tamat lah tiwayat hidup aku dalam rumah ni.Huhu..

Seperti biasa aku membantu orang gajiku mengemas rumah ku sendiri,membasuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, masak dan yang sewaktu dengannya. Bila dah jadi orang gaji dalam rumah sendiri, sedikit sebanyak mengajar aku untuk mengurus diri sendiri dan rumah dengan lebih baik. Kadang-kadang aku teringat pada arwah ibuku.Aku masih ingat ketika arwah ibu masih hidup, semua keperluan aku dan papa ibu yang uruskan seorang diri tanpa bantuan pembantu rumah. Ibu memang hebat.Aku benar-benar mengagumi ibu.


" Yanti, tolong lapkan pinggan yang mak Temah letak atas meja tu" Arah mak Temah.

" baik mak Temah" volume radio di dapur sempat aku kuatkan sebelum aku memulakan tugasku.

Syok juga dapat buat kerja rumah sambil menyanyi.Hehehe... Lagu Malaysia dan Indon yang berkumandang membuatkan aku teruja untuk menyanyi sekali. Memang layan habis. Buat seketika aku terlupa statusku sebagai orang gaji. Suara aku pun boleh tahan..hehe.

" Yanti...!" suara keras mama hampir memekakkan telingaku.Aku menoleh kebelakang

" Opocot singa betina mengamuk" pinggan yang pegang terhempas.Prang... kaca yang berderai itu kini di hujung kaki antara aku dan mama.

Erk..alamak, macam mana ni? Mati lah aku kali ini. Mata mama yang buntang tepat merenung jauh kedalam anak mataku membuat ku rasa macam nak terkucil.huhu..

" arghh.." tangan kanannya pantas menggapai rambut ku. Kepalaku terdongak ke atas, menahan sakit.

" kau ni cuai betul, kau tahu tak pinggan tu mahal?siapa nak bayar ganti rugi pinggan ni ha? Lagi satu, aku kan aku dah cakap dengan engkau jangan tunjukkan diri kau depan anak aku. Kau ni tak faham bahasa Melayu ke? Kalau kau tak faham bahasa melayu biar aku ajar kau guna bahasa tangan." lengan bajunya disingsing keatas.

Pangg...aku terduduk, pipi kanan ku terasa kebas. Kakiku terasa pedih, serpihan pinggan kaca telah menghiris tapak kaki kakiku hingga berdarah. Mama tak peduli, lengan ku dicubit-cubit sekuat hati. Sesekali dia menampar bahuku dan pipiku.

" mama.." aku merintih, namun mama terus memukulku tanpa rasa belas kasihan.

" Sepatutnya aku bunuh kau dengan papa kau sekali. Menyusahkan hidup aku sahaja kau ni, anak tak guna." aku tergamam..bunuh? jadi ini bermakna kematian papa adalah rancangan mama..

Ya Allah selamatknlah aku daripada wanita kejam ini. Aku hanya mampu mendiamkan diri , membiarkan sahaja mama melakukan apa sahaja yang dia mahukan.Aku tahu aku tidak akan mampu lari dari dia.Perempuan gila sanggup buat apa sahaja demi apa yang dia nak.

" Puan, ada tetamu mahu ketemu sama puan di depan" tangan mama kini berhenti dari mendera tubuhku.

" siapa bik?" wanita separuh abad itu seakan ketakutan menjawab. " Saya enggak tau bu, kalau nggak salah katanya namanya itu Datin Qistina"

"Bibik suruh dia tunggu diluar, kejap lagi saya datang, " arahnya.

" Kau tunggu sini , kejap lagi aku datang balik. Urusan aku dengan kau belum selesai.Mak Temah ... mak Temah..!"

" Ya puan" Mak Temah yang sedang memasak segera menghadap Puan Salbiah.

" mak Temah tengokkan budak ni, kejap lagi saya datang balik" Puan Salbiah berlalu keluar mendapatkn sahabatnya itu.

Mak Temah memandang ku. Dia tekejut.

" Ya Allah, apa dah jadi dengan kamu ni Yanti," segera Mak Temah mendapatkan aku. Air mataku di kesat, tubuhku dipeluk erat. Darah yg keluar dari kaki ku dilap dengan kain batiknya. Aku pula bagaikan patung yang hanya membatu dan membisu.

" Yanti, baik Yan pergi dari sini cepat sebelum Puan datang balik nak," Rayu mak Temah yang sudah tidak sanggup lagi melihat aku disiksa.

" biarlah saya mati mak temah, dah tak ada makna lagi hidup saya ni." aku tak mahu berganjak


" Kalu arwah Tuan Mukriz tau yang anak dia putus asa, mesti arwah sedih kan? Kuatkan semangat kamu nak." Mak temah membantuku berdiri.

Aduh,.. terasa perit untuk aku berdiri. Mat Temah menatap wajahku.

" pergilah nak, ini yang terbaik untuk kamu,Mak Temah dah tak sanggup lagi tengok kamu didera" tubuhku dipeluk erat dan kemudian pipiku dicium. Seolah-olah seperti pertemuan terakhir antara kami.

" Mak Temah jaga diri baik-baik, jaga Abang Akmal baik-baik. Jangan beritahu Abang Akmal apa yang mama buat pada Yanti, Yanti tak nak abang akmal sedih." Kini giliran mak Temah pula dipeluk. Wajah tua itu dicium beberapa kali.

"Dah, pergi cepat, kejap lagi Puan pasti datang balik .Fasal Mak Temah, kamu jangan risau, mak temah tahulah hendak jaga diri.yang penting sekarang ,kamu " .Aku rasa tidak sanggup hendak berpisah dengan mak Temah yang selama ini banyak membantuku.


Pelukan itu akhirnya terpaksa jua dileraikan. "Saya pergi dulu Mak Temah".
Terhincut-hincut aku keluar dari neraka itu melalui pintu belakang. Sehelai sepinggang,aku tak sempat hendak mengambil apa yang patut. Setelah beberapa langkah aku meninggalkan rumah itu kedengaran suara Puan salbiah menjerit memanggil namaku.

Langkah kupecepatkan., semak belakang rumah kuredah. Hutan dihujung kota menjadi medan perjalanku sekarang. Aku nekad, aku mesti pergi jauh dari sini. Jauh dari pembunuh itu.

Baru pertama kali dalam hidup aku, masuk hutan tanpa sebarang bekalan dan peralatan. Kerap kali juga aku menggaru lenganku yang digigit nyamuk. Sekejap daki bukit, sekejap naik bukit. Aku hanya berjalan mengikut langkah tanpa arah tuju. Hari semakin gelap, aku semakin takut. Rasa kesal mula bersarang dihatiku. Takut kalau terserempak dengan Pak Belang, mati aku.huhu..
posted by Penulisan2u @ 6:44 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Pertemuan 3
Nama Pena : kayaizzat

Ku berserah:

Malam ini langit kelihatan amat muram sekali. Tiada sebutir bintang pun menghiasai dada langit. Alangkah sepinya perjalanan kami hari ini. Terasa kedamaian teratak kami yang terletak di tengah petak-petak sawah,tidak sedamai seperti selalu. Sampai disimpang tiga,Kak May May membelok kearah kiri. Tidak jauh dari persimpangan itu ,kelihatan ada dua buah rumah yang tersergam indah. Sinaran lampu jalan memancarkan warna dinding rumah kami. Sebuah bercat kuning dan sebuah lagi bercat biru. Itulah rumah abah dan Yiyap. Biar mentari telah melabuhkan tirainya,namun suara ayam itik masih kedengaran seolah-olah menyambut kepulangan kami.


Ku perhatikan sahaja Kak May May ke hulu ke hilir mengambil barang abah,mak dan Yiyap dari bonet kereta. Malas rasanya untuk ku melangkah. Terasa nyawaku sudah lama melayang entah ke mana. Abah dan mak telah lama masuk ke dalam rumah. Yiyap pula jalan terkedek-kedek seperti itik pulang petang. Dua tiga ekor kucing Yiyap mengesel-geselkan badan pada betis Yiyap. Rindu benar kucing-kucing itu pada Yiyap. Kak May May memimpin Yiyap ke ruang dapur rumah bercat kuning. Dari sorot cahaya yang agak samara-samar,aku perhatikan Yiyap bersandar lesu pada kerusi kayu berdekatan pintu dapur. Mungkin mahu melepaskan rasa penat yang lama bertamu di jiwa.


Dengan berhati-hati,Kak May May membuka pintu kereta dan memimpin aku ke rumah bercat biru. Terasa amat berat untuk ku melangkah,namun aku gagahi jua diri ini. Biarlah ku tinggalkan segala memori pada malam yang semakin muram. Tanpa membuang masa,aku terus ke bilik air
untuk membersihkan diri. Air dingin yang mengalir di tepi terusan memecahkan kesunyian hatiku yang parah. Di kejauhan kedengaran pula bunyi pungguk bersahut-sahutan. Terasa damai sekali hari ini.


Selepas mandi,aku terus menunaikan solat isyak dengan khusuk sekali. Di atas sejadah pertunangan kami dulu,aku memohon keampunan dari Tuhan. Air mataku mengalir deras. Aku dapat rasakan,hidup ini telah tersasar jauh dari landasan keimanan. Kerana Amirul,aku jadi terlalu lemah,kerana Amirul aku hilang semangat dan jati diri. Tekatku,biarlah malam ini ku buang segala memori lalu pada angin yang berhembus. Biarlah kenangan itu hilang terus dalam kegelapan malam. Hidup perlu diteruskan.


Tepat jam 4.50 pagi,sayup-sayup kedengaran suara Bilal Semaun melaungkan azan subuh. Aku cepat-cepat ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Selepas solat subuh,aku buka almari pakaian. Segala isi almari ku keluarkan. Aku perlu bertindak pantas sebelum mak dan abah menyedari pelakuanku. Ada 3 plastik hitam telah ku ikat dengan kemas berhampiran dengan pintu bilik. Harapanku,biarlah mulai hari ini,kenangan pahitku padam terus dalam hidupku.


Sebaik sahaja jam meninjak 7 pagi,aku cepat-cepat mengatur langkah mengangkat 3 bungkus plastik hitam ke belakang rumahku. Aku mengambil minyak tanah dan mencampakkan sebatang mancis kearah plastik hitam yang telah ku ikat rapi. Api menjulang tinggi dan asap pun berkepul-kepul naik ke angkasa. Yiyap yang terkejut melihat api,menjerit-jerit meminta tolong. Apalagi…..emak,abah dan Kak May May berlari sepantas kilat membawa baldi berisi air. Aku memerhatikan sahaja tingkah mereka. Aku gagal mengawal tawaku. Abah dan Kak May May saling berpandangan di antara satu sama lain. "Amani…….kenapa ketawa macam nak pecah perut ni!!!". Aku Cuma tersenyum. "Amani……kenapa ni?. Amani nak bunuh diri ke!!!!,Mengucap banyak-banyak nak. Ingat Tuhan". Ku lihat air mata mak sudah tumpah." Mak,apa pulak nak bunuh diri,kan perbuatan tu dilaknat Tuhan." "Haya,Nani ha,lu bikin Yiyap mahu mati. Buat apa main api pagi-pagi Mah. Lu tatak tahu mah…..Wa sayang lu sampai mati…..". Ku peluk tubuh kurus Yiyap sambil ketawa terbahak-bahak. "Nani,jangan macam ni ….,Akak mesti susah kalau Nani mati,nanti kalau akak balik,akak tak ada kawan lagi. Kesianlah pada kakak .".Ku renung satu persatu wajah mereka. Aku tahu,mereka amat menyayangiku sepenuh hati.


Ku lihat emak menguis cebisan sejadah yang bertaburan di atas tanah. "Amani,kenapa jadi macam ini. Kan tak elok buat macam ni. Barang-barang tu tak bersalah langsung". Wajah emak amat keliru. "Mak,abah,Kak May May,Yiyap……Amani rasa dah terlalu lama hidup ini kosong,merana kerana seorang lelaki. Sampai bila hidup Amani akan dibelit bayang-bayang lalu,sampai bila Amani mahu menyiksa diri sendiri kerana seorang lelaki yang tidak tahu menghargai hari orang lain. Amani perlu kuat,Amani masih muda. Banyak lagi cita-cita yang belum Amani capai. Amani juga mahu bahagia seperti orang lain mak. Cuba mak tengok Puncak Ledang tu,semakin hari ia semakin teguh berdiri memayung pohon-pohon kecil di sekitarnya. Walau air sejuk dan dingin mengalir di kakinya saban hari,namun ia tetap teguh berdiri di situ. Amani mahu menjadi seperti Puncak Ledang,biar gelora dan petir memancar,ia tetap kuat di situ." Emak memeluk tubuhku dengan erat sekali. "Tahniah nak…..kerana akhirnya anak mak sedar bahawa kehidupan yang indah ini masih perlu diteruskan".



Ku perhatiakan insan-insan tersayang yang berada di hadapanku. Ada air jernih membasahi pipi abah,ada takungan suci bergenang di mata Yiyap dan ada secalit senyuman terukir di wajah Kak May May. "Amani nak mulakan hidup baru. Biarlah pagi yang indah ini menjadi saksi sebuah harapan yang menggunung hidup subur menyebarkan haruman kasturi di lembah ini mak. Biarlah barang-barang tu musnah menjadi debu dan berterbangan di udara. Biarlah juga cincin pemberian Amirul tenggelam jauh di lubuk Sungai Ring. Abah…..Amani mesti kuatkan…!!!!" Ku peluk tubuh abah. Terasa panas kulitku bila air mata abah menyentuh pipiku. "Amani…….maafkan abah atas kesalahan abah……!!!!". Abah gagal mengawal ketabahannya. Dapatku rasakan,abah merasa amat bersalah di atas kegagalanku bersanding di atas pelamin. "Abah……dah lama Amani maafkan abah. Dah tak rezeki kita. Abah kan tahu……ajal,maut,jodoh dan pertemuan Tuhan yang tentukan. Amani amat yakin Amirul bukan untuk kita. Kalau ada rezeki dan panjang umur,tak lama lagi dapatlah calon menantu yang lebih hebat". Aku cuba memberi keceriaan pada abah. Namun,jauh disudut hatiku sering bertanya-tanya,siapakah lelaki budiman yang bakal menawan hatiku sekali lagi.


Jiwaku menjadi begitu tenang. "Amirul,Amani redo dengan ketentuan Tuhan. Dengan lafas Bismillah………….Amani lepaskan kenangan itu. Amani kosongkan rasa benci dan sakit dalam kotak hati. Amani maafkan segalanya". Ku lepaskan pandanganku pada sawah yang luas terbentang. Ku hirup dalam-dalam udara yang suci. Fikirkan ku jadi lapang. .Akan ku mulakan hidup baru setenang Puncak Ledang di kala mentari menguak awan-gemawan.



Ternyata suasana pagi ini amat tenang sekali. Ku perhatikan abah sudah ke sawah. Di bahunya ada sebatang cangkul. Itulah rutin hidup abah jika tidak mengajar. Sawah abah amat luas sekali. Abah berjalan berhati-hati ke tengah bendang. Kelihatan berpuluh-puluh ekor bangau berterbangan ke sana sini. Tidak kurang juga ada yang mengais-ngais tanah mencari cacing buat bekalan di malam hari. Alangkah bahagianya hidup Sang Bangau,bebas di angkasa melihat keindahan alam. Ku perhatiakan di sekitar terusan,ada seekor burung Wak Wak berdedai-dedai membawa beberapa ekor anak yang masih kecil. Besar sungguh pengorbanan seekor ibu Wak Wak terhadap anak-anaknya. Kenyataannya…………setiap ibu dan bapa di dunia ini,sememangnya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya biarpun kadang kala harapan yang diberi terkoyak di sana sini. Sebagai anak,apa yang penting……..terima seadanya apa yang diberi. Inilah hakikat yang perlu aku pelajari mulai hari ini.


Di belakang rumah bercat kuning,Yiyap membebel sendiria memarahi ayam itiknya. Sayang benar Yiyap pada ayam itiknya. Kak May May entah kemana. Tepat pukul 8 pagi,dia telah keluar. Mungkin ke butiknya di Bandar Baru Bukit Gambir. Emak macam biasa……memasak di dapur. Terasa semangatku mula berkembang di segenap urat sarafku. Saat inilah yang sering ku nantikan setelah setahun tradigi pahit membunuh seluruh semangatku.

"Maafkan saya ya":

"Tolong…..tolong". Aku kaget bila terdengar jeritan meminta tolong dari arah hadapan halaman rumah kami. Ku perhatikan ada sebuah motosikal terbaring lemah di tepi terusan. "Kak…..tolong kak,abang saya pengsan dalam terusan tu". Ada seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 10 tahun berada dalam keadaan tidak tentu arah . Tanpa membuang masa aku membuka langkah seribu. Alangkah susahnya berlari menggunakan kain batik. Kain batik ku genggam erat. Bukan apa…..tak pasal-pasal kain yang ku pakai akan terlondeh. "Sapa yang malu……aku gak". Dengan kekuatan yang ada,aku terjun ke dalam terusan yang agak dalam walaupun hakikatnya aku bukan perenang handalan.


Di hadapan ku ada sesusuk tubuh sasa terapung tak bernyawa. Paniknya aku,hanya Tuhan yang tahu. Aku berenang ke arah lelaki itu. Habis T-Shirt yang ku pakai melekap ketat ditubuhku."Seksi gak Ustazah Amani ya",kata hati kecilku agak nakal. Kaki lelaki itu ku tarik ke tepi. Kanak-kanak perempuan comel itu hanya memerhatikan aku dengan air mata berlinangan dan sebuah pandangan yang sayu. "Adik…..pergi kat rumah cat biru tu cepat……,panggil sesiapa minta tolong". Dengan kudrat yang ada,ku angkat tubuh lelaki itu ke tepi terusan. Tubuh lelaki itu terasa terlalu berat seperti 60 hingga 70 tan guni beras. Terasa tenagaku habis . Akhirnya tubuh lelaki itu aku telentangkan.


"Ya Alllah ……………hensemnya mamat seekor ni". Aku terkesima seketika bila terpandang wajah lelaki itu. Bibirnya merah bak delima,kumisnya kemas tersusun. Entah mengapa aku menjadi angau seketika. Kulitnya yang putih melepak menambahkan lagi ketampanannya. Di balik kemeja putih yang membaluti tubuhnya,ada tongkol-tongkol urat yang berselirat di sana sini ditutupi bulu-bulu lembut yang lurus. Ternyata lelaki ini terlalu kacak bak Nabi Yusuf.


Tangan lelaki itu ku pegang. Ada nadi yang berdenyut perlahan. Aku tersedar dari lamunan. "Apa yang nak aku buat ni Ya Allah….". Perasaan cemas sekali lagi meragut lamunanku. Seperti kucing mahu beranak,aku mundar-mandir di tepi terusan. Bukan enggan menyelamatkan insan kacak bak Nabi Yusuf,namun wajarkah aku menyentuh bibirnya demi sebuah nyawa. Aku punya kemahiran CPR,aku juga ada sijil penyelamatan. Aku merasa amat serba salah antara nyawa dan hukum hakam dari Tuhan. Aku pasrah. Tanpa membuang masa,ku buang sikap malu demi menyelamatkan lelaki itu. Aku mengucup bibir lelaki itu berkali-kali. Ku tekan dada lelaki itu sampai penat, namun lelaki itu tetap kaku seperti mayat. Air mataku mula menitik. "Amani kau mesti kuat,kau mesti selamatkan jejaka itu". Semangatku semakin membara bila ada suara yang berbisik di telingaku.


"Amani………buat apa tu. Berdosa nak. " Ku lihat emak mengucap sambil mengurut dada berkali-kali bila terpandang aku mencium mulut lelaki itu. "Amani nak selamatkan dia mak,Amani yakin dia ada peluang hidup""Tak boleh nak,berdosa besar. Nanti kalau Pak Imam tahu,awak cium anak dia,heboh satu kampung. Sapa yang malu!!!!. Nanti mak dan abah nak letak muka kat mana!!!" Aku tidak memperdulikan kata-kata emak dan terus memberikan pernafasan dari mulut ke mulut dengan lebih pantas. Emak menyentap lenganku tiba-tiba dan sebuah penampar hinggap di pipiku. Sedihnya aku. Inilah kali pertama emak menamparku. "Haya….lu bikin Yiyap malu Nani. Lu tatak kesian sama Yiyap
mah……". Ku lihat pipi Yiyap sudah penuh dengan air mata. Aku tidak memperdulikan apa yang mak dan Yiyap lakukan padaku. Lelaki itu mesti aku selamatkan. Aku tak nak menyesal seumur hidup kerana seorang lelaki. Emak meraung melihat kedegilanku.


Dari jauh ku lihat abah,Pak Imam Basri dan Mak Eton jalan beriringan. Dada lelaki itu mula berombak. Aku terus memberikan pernafasan dari mulut ke mulut. Yiyap menepuk dahi berkali-kali. Emak menarik lenganku sekali lagi. "Ana……biarlah Amani buat,dia lebih tahu. Benda ni tak salah. Niat Amani baik,dia cuma nak selamatkan nyawa Zaki sahaja." Emak memandang wajahku dengan perasaan bersalah." Tak apa mak,Amani tahu lagi batas-batas dan hukum-hukum agama".


Lelaki yang dipanggil Zaki kelihatan tidak bermaya. Rambut lelaki itu kusut masai. Mak Eton isteri Pak Imam Basri,mengusap-usap rambut anak lelakinya. "Amani,terima kasih sebab selamatkan anak mak aji. Nasib baik Amani ada,kalau tidak……tak tahulah apa mak aji nak cakap". Mak Aji Eton mengengam tanganku erat sekali. "Awak……terima kasih sebab selamatkan saya. Saya terhutang nyawa pada awak". Aku sekadar tersenyum memandang lelaki itu. "Nisah…..betuahnya aku dapat mengucup bibir lelaki ini,terasa ada cas yang mengalir laju pada seluruh urat nadiku sebentar tadi. Tapi kau tahu Nisah……aku merasa amat bersalah dan berdosa kerana menyentuh lelaki ini tanpa kerelaanku sendiri" bisiku sendirian. Namun,alangkah malunya jika dia tahu,mulutnya yang mungil telah ku gomol sebentar tadi demi menyelamatkan nyawanya. Bukan apa…….sebenarnya pagi tadi aku terlupa mengosok gigi."Maafkan saya ya".Kata-kata itu sekadar tersangkut di kerongkong. Aku memandang jejaka kacak itu dengan senyuman yang manis. (Nukilan: Kayaizzat)
posted by Penulisan2u @ 6:42 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group