BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Jun 03, 2009
Novel : Apple and Berry 3
Nama Pena : Milord JR

"Er, cantik rumah."
"Sudahlah. Kalau kau tak tahu nak cakap apa baik kau senyap daripada merapu yang bukan-bukan." Tutur Apple sejurus duduk mengadap Berry.
Berry hanya tertunduk. Mana ada aku merapu. Betul pe rumah ni cantik. Mereka senyap lagi. Buat seketika Berry seolah-olah lupa tujuan sebenar dia berkunjung ke banglo asrama milik Apple. Yang dia buat hanyalah senyap sambil menunggu Apple memulakan bicara. Tetapi, malangnya Apple langsung tak bersuara.
Berry mengangkat wajahnya.
"Ah?" dia sedikit terkejut apabila melihat Apple sedang menongkat dagu dan merenungnya. Untuk menhilangkan rasa segan, dia memandang ke tempat lain sekejap sebelum kembali memandang Apple yang masih tak lari daripada merenung wajahnya.
Ish, Apple ni! Dia ingat aku ni lukisan ke ape.
"Kau memang macam lukisan." Tiba-tiba Apple bersuara dan kata-katanya itu menyebabkan Berry terkejut.
Macam mana dia tahu! Dia baca fikiran aku ke? Bahayanya!
Ish! Apa nak buat ni. Come on, Berry! Apa tujuan sebenar kau datang sini. Ha! Boys Group tu. Macam mana boleh lupa ni.
"Apple, pasal Boys Group tu..."
"Wait." Apple tiba-tiba berdiri. Aku nak pakai baju sekejap. Nanti tak pasal-pasal aku diserang perempuan gila seks." Lalu dia beredar meninggalkan Berry.
"Tau pun. Ingatkan dah tak reti nak pakai......" Apa dia cakap? Perempuan gila seks?
"Jahanam kau APPLE!!!!!!!!"
Apple yang mendengar tersenyum. Kemudiannya dia terus tersenyum, tersenyum dan tersenyum.


"Apple, takkan kau nak diam je?" Tanya Berry. Nampak macam Apple tak berniat langsung nak cerita pasal Boys Group tu.
Apple tetap diam. Dia masih duduk bersandar sambil merenung syiling. Er.. at least ini lebih bagus daripada dia terus-terusan merenung muka aku yang tak bersalah ni.
Berry bertambah serba tak kena. "Apple... Cepatlah. Dah lewat ni. Nanti kalau aku balik lewat, mummy aku marah karang."
"Ait, Tuan Puteri pun kena marah ke?"
Cis! No comment! Berry menjeling.
"Okla..." Apple mula membetulkan duduknya. "Firstly, bagitahu aku apa yang kau dengar daripada mulut aku waktu mesyuarat hari tu." Terpaksalah aku melayan juga budak ni. Kalau aku buat tak tahu, menangis budak ni tak pasal-pasal je aku yang kena.
"Erk..." Berry mula termengkalan. Apa yang aku dengar? Eh, apa yang aku dengar ya? Yang aku dengar cumalah...
*Ehm! Cik Berry, daripada awak terus terusan merenung wajah saya yang perfect ni, baik awak uruskan bahagian boys group ni, okay?* (rujuk bab 2)
Habislah!!! Apa nak jawab ni. "Er... aku.. aku tak dengar apa!"
"Tak dengar apa! Kau ni.... sampai berbuih mulut aku cakap hari tu satu pun kau tak dengar. Kau buat apa sebenarnya ni."
Berry memejamkan matanya. "Tak buat apa..."
"Oh, lupa pulak. Hari tu kau sibuk tenung muka aku yang perfect ni kan." Belum sempat Berry mempertahankan dirinya, Apple terlebih dahulu memotong. Sempat dia menghadiahkan senyuman mengejek kepada Berry yang mula kalut
"Tak! Aku tak tengok pun."
Selepas itu, Apple membiarkan keadaan senyap. Sengaja dia hendak menyiksa perasan Berry yang sedang dilanda perasaan serba tak kena. Berry pula tak habis-habis menyumpah seranah Apple. Tak cukup Apple, dirinya turut menjadi mangsa sumpah seranah. Hai, tak faham aku.
"Berry." Panggil Apple.
Berry mengangkat wajahnya.
"Aku nak bagitahu kau sesuatu."
Kata-kata yang baru diucapkan Apple tadi mencuri perhatian Berry. Berry mula fokus.
"Apa?"
"Aku bagitahu kau tapi kau janji tak benci aku.." Wajah Apple berubah sayu.
"Ok, Aku janji!"
"Sebenarnya aku... ish! nanti kalau aku bagitahu kau, confirm kau marah!"
Berry terkejut apabila Apple tiba-tiba meninggikan suaranya. "Taklah, aku tak marah!"
"Betul?" tanya Apple.
"Betul!"
"Janji?"
"Janji!"
"Kalau kau marah jugak macam mana?" tanya Apple lagi dan ini membuatkan Berry benar-benar hilang sabar.
"ISSSSSSSSSHHHH!! aku tak marah la. Kalau aku marah gak, kau buat je apa kau nak buat dekat aku!"
Apple sedikit tersenyum mendengar kata-kata Berry. "Betul ni?"
"Betul, aku tak tipu. Ish, cepatlah bagi tau."
"Ok, sebenarnya. Aku dah mengantuklah."
Keadaan tiba-tiba senyap. Sepi...
1 saat berlalu..
2 saat...
3 saat...
4...
"Sial punya budak!!!!" Berry bangun lalu menhempas begnya tepat mengenai kepala Apple yang dah pun tertawa besar.
"Berani kau main-main dengan aku ye! Bodoh!" lalu dengan amarah yang tak dapat dibendung lagi, Berry melontarkan segala-galanya yang berada di sekelilingnya. Sekelip mata je ruang tamu Apple menjadi semak.
Setelah penat mengamuk, Berry terduduk. Masih tercungap-cungap dan wajahnya masih merah.
"Apple.." dia mengeluh. "Penat tau tak!" setelah mengeluh, dia mencebik pula. Macam nak menangis pun ada.
Apple bangun menghampiri Berry yang masih terduduk dan tercungap. "Eh, jangan nangis Berry. Aku main-main je."
"Aku tak nangis la!"
"Oh, ingatkan nangis." Apple menahan tawa. Kalau aku ketawa lagi ni, silap hari bulan banjir rumah au.
"Apple, cepatlah bagitahu pasal boy group tu. Aku dah penat ni."
"Ok, ok... AKu bagi tahu sekali je, Kalau kau tak dengar jugak. Tak tahulah. Pasal boy group tu... kau cari at least dua orang untuk buat persembahan. Tapi, kalau kau, aku yakin, kau boleh cari lebih daripada dua orang kan. Ok, just that."
Buat seketika, Berry kematian kata-kata. Tu je. Itu je yang perlu aku tahu. Aku bazirkan masa aku hanya untuk beberapa patah perkataan tu je. "Teruknya!!!!"
posted by Penulisan2u @ 3:23 PG   9 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Hadirmu, Takdirku 6
Nama Pena : Kak Lyne

Bab6
Jeffery memerhatikan Hana dari jauh. Dia sedang duduk di dalam kereta. Hana berkerja seperti biasa di kantin. Sejak seminggu lepas, Jeffery yang menjadi pelanggan setia di kafetaria bila petang-petang begini. Tidakkah Hana tertunggu-tunggu Jeffery, seperti sebelum ini? Jeffery sedar sebelum ini, Hana memang amat menanti kehadirannya setiap petang. Apabila Jeffery muncul sahaja, wajah Hana kelihatan begitu ceria dan berseri. Seperti dia gembira sangat dengan kehadiran Jeffery. Kini jika Jeffery menghampirinya, bagaimana agaknya reaksi Hana? Jeffery tidak dapat meneka reaksinya. Kenapa dia mesti tahu reaksi Hana? Dia tertanya-tanya dirinya. Padahal Hana sudah tidak ada gunanya lagi bagi Jeffery. Dari mula lagi Hana hanya hendak digunakan dalam pertaruhan antara dia dan Mona, tidak lebih dari itu. Habis kenapa dia di sini memerhatikan Hana? Jeffery tidak tahu jawapannya.

Gerak geri Hana diperhatikan dari jauh, Jeffery tidak tahu apa yang dia hendak. Kenapa dia di situ memerhatikan Hana? Dia bukan hendak minta maaf dengan Hana. Dia tidak ada rasa bersalah pun dengan Hana. Ini bukan hal peribadi, ini hanyalah satu pertaruhan. Hana dilihatnya mula menyapu kawasan kafetaria, bermakna sekejap lagi mereka akan menutup kafetaria. Tangan Jeffery mencapai kunci kereta, hendak mematikan enjin kereta dan pergi kepada Hana. Dia tidak tahu apa nak cakap tetapi dia rasa dia mesti pergi kepada Hana. Belum sempat dia matikan enjin kereta, sebuah motosikal sudah mendahuluinya, berhenti di depan kafetaria dan penunggangnya terus mendapatkan Hana.
Ramli! Ramli jarang datang minum di sini. Adakah kerana malam itu Ramli dengan Hana menjadi rapat? Jeffery tertanya-tanya sendirian. Dipadamkan hasratnya untuk menghampiri Hana. Dia terus memerhatikan sahaja mereka dari jauh. Petang sudah merangkak ke senja..
Hana dan Ramli dilihatnya duduk di satu sudut kafetaria dan dilihatnya berbual dengan serious. Setelah melihat mereka berbual dengan begitu lama, Jeffery terus beredar dari situ.
********************
Selepas kuliah pukul 11.00 pagi Jeffery berada dalam kedudukan yang sama seperti semalam dan juga sejak beberapa hari yang lepas, memerhatikan Hana dari jauh. Tidak ramai orang yang berada di kafetaria sebab masih awal lagi. Kejadian yang sama berlaku lagi. Tidak lama kemudian Ramli datang. Mereka berdua pergi di sudut yang jauh dan berbual dengan serious tanpa memperdulikan orang lain. Tiba-tiba sahaja perasaan cemburu Jeffrey menerpa.
"Eh! Ramli macam nak rampas Hana dari dia ke? Ini tak boleh jadi. Hana melayan Ramli dengan baik. Padahal minggu lepas dia yang Hana layan sebegini baik"
Tiba-tiba tingkap keretanya d ketuk orang membuat Jeffery terkejut. Lily! Dia turunkan cermin tingkap kereta.
"Hai Jeff,’ kata Lily, "mari kita pergi makan.\'
Tanpa berkata apa-apa, Jeffery keluar dari kereta dan mengikut sahaja Lily ke kafetaria. Jeffery hendak tengok apa reaksi Hana apabila melihat dia bersama dengan Lily. Sejak hari Isnin dia asyik mengusong Lily ke kafetaria, tetapi tidak berpeluang terserempak dengan Hana. Hana asyik duduk di dalam dapur kafetaria sahaja bila Jeffrey dan Lily datang ke kafetaria. Dia sengaja mengelak dari bertemu Jeffery agaknya?

Selama ini Jeffery rasa macam Hana juga suka dengan dia. Kenapa tiba-tiba Hana mengubah perhatiannya pada Ramli. Jeffery tidak sedar langsung yang dia telah melukakan hati Hana. Yang dia tahu hati dia sahaja yang sakit. Ego dia sahaja yang tercalar. Hanya dia sahaja yang penting.

Mereka duduk di meja tengah-tengah kafetaria. Lily duduk rapat dengan Jeffery, peha mereka bersentuhan. Tangannya memegang lengan Jeffrey yang terletak di meja.

"Eh budak kantin, mari sini, kami nak order,’ Lily memerintah. Hana yang sedang berbual dengan Ramli bingkas bangun dan menghampiri Jeffrey dan Lily. Jeffrey perhatikan muka Hana betul-betul. Mukanya seperti biasa, kelihatan manis. Tetapi matanya redup, tidak seperti biasa apabila Jeffery datang bertemunya sebelum-sebelum ini. Berseri dan ceria. Hari ini wajahnya agak sugul. Tetapi tidak ada rasa kasihan dalam hati Jeffery. Cuma ada rasa geram. Hatinya betul-betul terbakar melihat wajah Hana kerana Hana macam tidak kisah langsung dengan dia. Jefferey macam seseorang yang tidak pernah mendapat tempat istimewa di harinya. Cara dia layan Jeffery macam dia layan semua orang lain dalam kolej ini. Kecuali Ramli. Dengan Ramli, sikit punya baik dia layan. Siap panggil abang Ramli pulak!

Kenapa pulak Jeffery kena marah? Rasa pelik melanda Jeffery. Dia jadi resah. Kenapa dia begini? Untuk melindungi keresahannya, Jeffrey sengaja merangkul pinggang Lily depan Hana.
"Bagi kami fresh oren dua dan mee goreng dua,’ kata Lily. Jeffery kemudiannya mengeletek tubuh Lily. Lily mengelak manja.

Kemudian Jeffrey memandang muka Hana. Muka Hana berubah menjadi pucat lesi. Puas hati Jeffrey, sekurang-kurangnya ada juga reaksi daripada Hana. Ramli yang memerhatikan dari jauh cuma mengelengkan kepalanya.

Setelah menghantar makanan yang mereka pesan, Hana kini kembali duduk dengan Ramli dan meneruskan perbincangan mereka. Perbuatannya membuat Jeffery naik marah. Hilang seleranya untuk makan. Dia geram melihat Ramli dan Hana yang sedang berbual serious tanpa memperdulikan dia. Hana tidak sepatah pun berkata apa-apa dengan dia. Tentang kejadian malam minggu itu pu, macam tidak jadi hal pada Hana. Tidak dibangkitkan langsung. Jeffrey makin marah. Dia mengajak Lily beredar.
"Tak Bestlah mee ni. Tak sedap! Mari kita pergi Starbuck ke kat KLPlaza"
"Ok,’ sahut Lily, mereka bangun begerak lalu di hadapan Hana dan Ramli, Jeffrey merangkul pinggang Lily mesra.

Hana dan Ramli terdiam memerhatikan gelagat mereka berdua. Ramli kasihan melihat muka Hana yang telah berubah pucat, lesu dan sayu. Tetapi dia bangga melihat Hana mengawal perasaannya. Dia cuma diam apabila Jeffrey menunjuk-nunjuk di hadapannya. Walaupun Ramli dapat rasakan betapa pedihnya hati Hana ketika itu.
"Sudahlah Hana. Jangan sedih lagi"
"Hana ni apa ye, abang Ramli? Tak ada perasaan ke? Dia boleh buat macam tu aja"
"Jeff tu dah biasa macam tu. Anak orang kaya, anak manja. Dia selalu dapat apa yang dia hendak. Tanpa pedulikan orang lain. Lain kali Hana ingat, jangan mudah mendengar pujuk rayu orang.\'

Hana hanya mengangguk lesu. Hana mesti cepat sedar siapa dirinya. Tetapi jauh di lubuk hatinya, dia masih sayang dengan Jeffery. Inilah pertama kali Hana jatuh suka kepada seseorang. Pertama kali hati gadisnya dicuit perasaan sayang. Membuatkan begitu sukar untuk dia lupakan Jeffery begitu sahaja.
Walau bagaimanapun Hana tahu Ramli ikhlas memberi nasihat kepadanya. Ramli banyak membantu Hana. Pada malam Ahad lepas, nasib baik ada Ramli yang membantu Hana balik ke rumah. Kalau tidak entah pukul berapa Hana akan sampai ke rumahnya dalam keadaan yang kekurangan wang ketika itu. Hana juga bernasib baik kerana Mak Chak sudah tertidur masa Hana balik dengan pakaian yang menjolok mata. Kalau tidak tentu teruk Hana di marahi Mak Chak.

"Okay… Hana tengok pengajian separuh atau pengajian jarak jauh yang abang bagi ni. Bila sudah buat keputusan Hana cakap dengan Abang. Nanti abang tolong Hana buat permohonan. Abang nak pergi dulu ada janji dengan Mastura di library. Nanti marah dia menunggu. Kami akan balik kampong sebab cuti mid-sem. Abang nak bagi dia tiket bas ekspress"
"Ok, pergilah. Nanti lama. Kak Mas menunggu. Kirim salam dengan Kakak ya bang,’ Ramli mengangguk.
**************************
Petang itu, Hana mengemas dalam dapur setelah kafetaria di tutup. Keadaan sekeliling sunyi sepi. Pelajar-pelajar kolej telah ramai pulang untuk cuti pertengahan semester. Kafetaria ditutup awal, sebelum pukul 5.00 petang tadi. Mak Chak, Timah dan Soed pun sudah pulang. Timah dan Soed hendak balik ke Perlis malam ini juga, sebab itu mereka pulang awal hari ini. Mak Chak sudah mula percaya dengan Hana untuk balik naik bas seorang. Petang ni nampaknya Hana kena buat kerja sendrian. Nasib baik besok cuti pertengahan semester bermula. Dapat Hana berehat sedikit. Setelah selesai mengunci semua pintu dari dalam, Hana pun keluar melalui pintu belakang, lantas mengunci pintu lalu melangkah untuk beredar. Hari masih terang benderang.

Tiba-tiba dilihatnya Jeffrey sedang bersandar di keretanya yang terletak di belakang kafetaria. Bila masa kereta Jeffery sudah berada di situ pun Hana tidak sedar. Jeffery sedang memeluk tubuhnya. Dalam keadaan dirinya yang sedang haru-biru, Hana masih terasa betapa tampan dan menawanya Jeffrey. Lebih menawan lagi dengan cermin mata hitamnya. Rambutnya nampak seperti dielus-elus beberapa kali, terjuntai di dahinya. Membuat dia kelihatan lebih menarik dan mengancam. Rasanya gugur jantung Hana bila melihatnya. Gaya macam bintang filem. Apabila ternampak Hana menyedari kehadirannya, Jeff membuka cermin mata gelapnya lalu menegakkan badannya.

Hana terus berjalan tanpa memperdulikan Jeffrey. Jantungnya berdegup dengan begitu kuat sekali. Dia tidak tahu kenapa Jeffery berada di sini. Sudah hampir seminggu Jeffery buat tidak peduli dengan dia langsung. Sepanjang minggu itu jugalah, Jeffery asyik menayang Lily di hadapannya.

Lemah lututnya untuk berjalan melepasi Jeffrey. Tetapi ditabahkan juga hatinya. Apabila Hana lalu di hadapnnya, Jeffery memanggilnya., "Hana! Jeff nak cakap sikit"

Hana terhenti apabila mendengar suara keras Jeffrey.
"Apa dia ? Cakaplah" Jawap Hana lembut.
"Mari duduk dulu. Takkan nak bercakap macam ni"
Hana mengelengkan kepalanya. "Tak apalah, cakap aja. Hana nak balik cepat ni"
Tiba-tiba Jeffrey mendekati Hana kemudian menarik tangan Hana dengan kasar, dibawa Hana jalan menghala ke kafetaria.
"Duduk dulu" Jeffrey duduk di bangku kafetaria dan menarik Hana duduk di sebelahnya.
"Apa pasal ni Jeff, tolong jangan berkasar dengan Hana"
Sebenarnya dari tengahari tadi Jeffery sudah tunggu Hana. Selepas balik dari Starbuck, Jeffery datang kembali menunggu di dalam kereta seperti mana yang dia lakukan pagi tadi. Malahan dia menunggu peluang untuk bercakap dengan Hana sejak hari Isnin lagi. Hatinya makin mendidih semakin lama dia menunggu.
"Sejak bila pulak Hana intim dengan Ramli? Hana tak tahu ke Ramli tu sudah ada teman wanita, sekarang ni mereka sedang dalam perjalanan balik ke Kedah, naik bas bersama-sama. Hana tahu tak!’.
"Hana tahu!’ Jawap Hana ringkas
"Habis tu kenapa Hana masih rapat dengan dia"
"Itu antara Hana dan Abang Ramli. Jeff ni kenapa?’
"Hana yang patutnya jawap. Kenapa dengan Hana ni? Malam parti tu lagi, datang dengan Jeff kemudian balik dengan Ramli"
Walaupun Jeffrey ingat Hana yang akan ungkit pasal malam tu, tapi sebaliknya dia yang pula mengungkit pasal malam itu.
Hana mengelengkan kepalanya, kenapa Jeffery masih memerkatakan pasal malam itu. Hana cuma ingin melupakan peristiwa malam itu, ianya terlalu memalukan dan memeritkan hatinya. Hana tunduk mengelengkan kepalanya kemudian memandang Jeff tepat-tepat tanpa berkata apa-apa. Jeff tidak sedar ke yang dia telah melukai hati Hana?
"Apa pasal Hana tidak tunggu Jeff,’ Jeffery masih terus bertanya.
Hana diam sahaja.
"Kenapa? Cuba Hana cakap"
"Kenapa kita masih bercakap pasal malam itu. Kisah malam tu sudah selesai. Hana sudah tak ingat lagi"
"Apa maksud Hana ?’ Jeffery masih bertanya, dapat di rasakan hatinya mula mengelegak mendengar kata-kata Hana.
"Sudahlah Jeff, Jeffkan sudah berbaik dengan Lily. Tak payahlah kita berselindung-selindung pulak lagi"
"Apa yang Jeff nak lagi dari Hana? Hana dah tahu. Malahan semua orang tahu Jeff gunakan Hana untuk dapatkan Lily kembali,’ ujar Hana perlahan.
Jeffery terdiam seketika.
"Mana Hana tahu? Siapa yang cakap? Ramli?’
Hana mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Hana terdengar kawan-kawan Lily mentertawakan Hana semasa parti tersebut. Hana ni memang bodoh"
Jeffery terdiam sekali lagi. Betullah tembelangnya diketahui Hana rupanya. Patut lah Hana lari balik. Jeff rasa sedikit bersalah. Dia mengelus-elus rambutnya yang panjang hampir mencecah bahu.
"Macamana nilah Jeff, Jeff dah dapat apa yang Jeff hendak. Lily pun dah balik pada Jeff,’ ujar Hana, terasa sebak dadanya tetapi digagahi juga. "Hana Tidak mahu salahkan sesiapa. Hana yang bodoh, tidak perasaan telah di gunakan. Okay!
"Hana, Jeff...." Jeffery tidak tahu apa hendak dikatakan.
Cukuplah selesai di sini. Tak perlu rasa bersalah. Okay. Hana Okay. Hana tidak ada apa-apa masalah pun"
Hana menyambung lagi, "antara kita memang tak ada apa-apa okay. Selama ini Hana yang salah anggap. Tapi sekarang dah selesai. Jeffery boleh pergi sekarang dengan senang hati. Hana pun nak balik ni"
Panjang lebar Hana berkata dengan tenang walaupun sebenar dalam hatinya bagaikan hendak pecah. Tetapi demi menjaga air mukanya Hana tahankan semuanya. Dia tidak mahu Jeffrey tahu betapa dia terluka. Maruah dirinya harus dipertahankan kali ini.

"Okay...!’ kata Jeffery, buat-buat seperti acuh tak acuh. "Ok. kalau macam tu. Baguslah,’ Jeffery patutnya rasa lega dengan kenyataan Hana. Dia tidak perlu rasa bersalah dengan Hana, Hana kata dia tidak apa-apa, tidak kisah pun.

Tetapi dia masih tidak boleh pergi begitu sahaja. Tidak semudah itu. Jeffery sebenarnya tidak puas hati. Dia masih tidak puas hati. Dia tidak mahu berlalu pergi. Kenapa dia tidak boleh pergi begitu sahaja?
Hana bangun dan mula melangkah hendak keluar dari kafetaria
Kalau Hana marahkan dia, mengamuk ke? Mengungkit-ungkit ke? Menangis ke? Mungkin baru Jeffrey puas hati. Dia mahu Lihat Hana merayu-rayu, agaknya baru dia puas hati. Satu lagi gadis jatuh di tangannya. Bila dilihat Hana tenang, Jeffrey tidak puas hati. Egonya tidak membenarkan ini terjadi, dia mahu lihat Hana menangis kerananya.
Dia juga dia geram kalau ada orang lain yang menghampiri Hana. Dia tidak boleh melepaskan Hana. Dalam masa sebulan ini mereka sudah agak rapat.
"Ok.! Kalau macam tu tak pelah. Orang semua sudah sudah. Kampus sudah sunyi sepi. Lebih baik Jeff hantar Hana pulang,’ Jeffrey memegang tangan Hana.
"Tak apalah Jeff. Hana boleh balik sendiri. Tak mahu Hana berada di situasi yang sama seperti minggu lepas. Secara fizikal dan lebih lebih lagi mentalnya didera oleh Jeffery.
"Tak apalah Jeff hantar. Hana merajuk dengan Jeff lah ni. Tadi kata Hana tak ada apa-apa dendam dengan Jeff"
Hana mengelengkan kepalanya, "Tidak, tak payahlah. Baju Hana berlengas, kotor seharian bekerja di sini. Biarlah Hana naik bas sahaja. Tak layak naik kereta mewah Jeff ni. Nanti orang nampak, Jeff juga yang malu"

Jeffery terasa dengan kata-kata Hana. Tiba-tiba sahaja Jeffery naik marah, lantas di rentapnya tangan Hana dan di heretnya Hana ke keretamya. Hana mengerang kesakitan. Dia membuka pintu lalu di tolaknya Hana masuk ke dalam kereta. Kasar. Hana naik takut. Sakit dia di perlakukan begitu oleh Jeffery.

Jeffery ialah anak muda yang terlalu egois. Dengan gadis seperti Hana, dia tidak boleh bertolak ansur langsung. Dia mahu Hana ikut sahaja kata-katanya.. Keengganan Hana membuat kemarahan dia menjadi meluap-luap. Jeffery pun agak bingung dengan apa yang sedang dia lakukan. Kalau ada orang baik-baik dengan Hana pun dia marah. Dia tidak boleh melepaskan Hana. Dalam masa sebulan ini, Jeffery rasa mereka sudah agak rapat. Hana tidak boleh buang dia macam tu sahaja.

Jeffery masuk dalam kereta, di lihatnya Hana mengurut tangan yang berbirat merah.
"Maaf. Sakit ye…? Hana……… janganlah buat Jeff hilang sabar lagi’
Hana terdiam.
"Okay…. Jeff minta maaf" katanya kembali lembut. "Tolong Jeff boleh tak?. Boleh tak Hana maafkan Jeff. Please,’
Timbul rasa kesian di hati Hana melihatkan Jeffrey bersungguh-sungguh meminta maaf darinya.
Jeffrey memgang tangan Hana yang sakit lalu dan di gosokkannya.
Bagi meredakan kesakitan Hana.
"Memang tujuan Jeff mula-mulanya nak gunakan Hana sebagai bet sahaja. Just a bet. Nothing personal. Bukan Jeff sengaja nak kenakan Hana.
Hana mendiamkan diri, tangannya masih di gosok oleh Jeffery perlahan-lahan.
"Tetapi bila dah kenal Hana, Jeff suka pada Hana. Hana hanya mendengar sahaja Jeffery bercakap.
"Hana tahu tak? Jeff cemburu tengok Hana duduk berbual lama dengan Ramli tengahari tadi,’ kata Jeff mengoda Hana dengan lembut.
Mukanya yang tampan seperti merayu simpati. Siapa yang tidak tergoda. Hana hanya gadis mentah. Dia kalah dengan pujukan Jeff. Keazamannya untuk menjauhkan diri dari Jeffery cair macam lilin yang dibakar. Apa yang boleh dilakukan, pada ketika itu Hana sedar sebenarnya dia memang sudah jatuh cinta dengan Jeffery. Betapa selama seminggu in dia merindui Jeffery. Dapat bersama Jeffery seperti waktu ini adalah sesuatu yang Hana impikan. Dia menghirup nafas panjang-panjang, menikmati kebahagian yang dirasainya, walaupun sebenar kebahagiannya di selaputi dengan duri duka nestapa. Kemudian dia teringat sesuatu. Berkerut dahinya berfikir, dia mesti bertanya untuk mendapat kepastian.
"Betul ke ni, habis Lily macamana?’
"Macamana…. Macamana? Macam biasa. Jeff dengan dia macam biasa. Kami memang berkawan, sejak dulu. Just a girl friend.
"Tapi Hana lihat Jeff dengan dia rapat, peluk-peluk lagi"
"That’s what we are. Hana nak kawan dengan Jeff kena terima itu. Itu cara hidup kami. I know her since we were in primary school, what do you aspect!’ Bila hendak menekankan sesuatu isu, Jeffery lebih mudah berbahasa Inggeris. Manakala Hana pula cuma dapat memahami sikit-sikit kata-kata Jeffery, tetapi dia tidak pandai membalas kata-kata Jeffery dengan bahasa Inggeris. Itulah perbezaan antara dia dan Jeffery, begitulah juga bezanya cara hidup Jeffery dengan dia.
Berkerut dahi Hana memikirkannya. Boleh ke dia terima cara hidup begini?

"Habis tu kalau Hana buat macam tu juga dengan orang lain, Jeff tak kisah?’ Hana cuba mencungkil.
Jeffrey terdiam seketika, Terbayang badan Hana yang lembut di rangkul oleh kawan-kawannya. Jeffrey jadi marah. Tidak disedari tangan kanan Hana yang dalam genggamannya di cengkam kuat. Hana mengaduh kesakitan, lantas minta Jeffery lepaskan tangannya.
"Hana tidak boleh buat tu....... janji! Jeff tidak boleh tahan tengok Hana buat macam tu. Jeff tidak suka. Promise!’ kata Jeffery, cengkaman kuat tangannya di lembutkan. Tetapi tidak melepaskan tangan Hana. Jeffrey mulakan enjin kereta dan mula bergerak menuju keluar dari kawasan kampus.

Hati Hana senang, walaupun tangan sakit di cengkam Jeffrey tadi. Hatinya senang kerana kalau Jeffery marah, makna Jeff cemburu. Mungkin ada sekelumit perasaan sayang untuk Hana. Hana sudah tidak perlu apa-apa lagi dari Jeffery. Kalaulah Jeffery mempunyai sedikit rasa kasih pada Hana. Ini sudah memadai bagi Hana. Mungkin satu hari nanti Jeffrey juga akan cintakan dia sepertimana dia cintakan Jeffrey. Hana menaruh harapan setinggi gunung. Hana ingat cintanya yang terlalu mendalam terhadap Jeffery cukup untuk mereka berdua buat masa ini. Cinta dari Jeffery tentu akan menyusul juga nanti.
posted by Penulisan2u @ 3:22 PG   6 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Perempuanku 5
Nama Pena : nurkasih

Camry miliknya diparking betul-betul dihadapan sebuah taman tasik yang agak terpencil daripada pengetahuan ramai.

Kay melangkah turun dari keretanya menuju ke sebatang pohon yang rimbun berbeza dengan tumbuhan yang lain. Pohon itu berada berhampiran sebuah tasik. Disepanjang jalannya dihiasi lalang yang kekuningan warnanya. Sungguh selesa dan tenang tempat itu.

Disinilah pernah terciptanya sejarah dalam hidup Kay yang sehingga sekarang sering membayanginya terutama selepas dia berkahwin dengan Aril. Kay merenung tepat pohon rimbun tersebut yang mengingatkannya pada kenangan lalu..

Hari itu entah apakenanya, Kay mengajak rakannya Zara dan Anne menyertainya bersiar-siar ditaman tasik yang berdekatan dengan rumah ibunya di Dengkil. Cuti semestar pertama Kay mengajak mereka bercuti dikampungnya. Tidaklah dia keseorangan mendengar bebelan ibunya.

Mereka berjalan beriringan . Macam-macam perkara yang dibualkan. Daripada kehidupan seharian sehinggalah kepada soal peribadi. Tidak semena-mena mata Kay tertupu kearah sebatang pokok yang berbeza daripada yang lain. Entah kenapa pohon itu menarik perhatiannya.

Kay terpandang akan seseorang dibawah rimbunan pohon tersebut. Lelaki itu sedang bersandar sambil merenung kejauhan. Tedetik suatu perasaan halus dihati Kay. Adakah lelaki itu diciptakan untuknya? Mengapa dia sering ada dimana setiap kali Kay kesini dan kadang-kadang bertembung dijalanan. Siapakah gerangannya dia?. Berbagai andaiyan bermain dimindanya.

Perbualan dua rakannya sudah tidak menjadi topik utamanya. Mata Kay tidak lepas memandang pada gerangan yang gemar duduk dibawah rimbunan itu. Dia rasakan lelaki itu turut memandang kearahnya. Tetapi dia tidak pasti.

Lelaki itu sering mengenakan pakaian dan gaya yang serupa setiap kali mereka 'berjumpa' . Berbaju t-shirt polo beserta seluar jeannya. Dan dia pasti tidak lupa akan kaca mata hitamnya. Sehingga kini Kay tidak pernah menatap dan mengenal wajahnya...


Kay menapak perlahan kearah pohon tersebut. Dia bersandar pada pohon itu. Matanya liar memandang sekeliling. Mengapa hari ini Kay datang 'dia' tiada? soalan itu bermain dihatinya. Sibuk sangatkah lelaki itu? rindu? terasa rindu pula diaakan lelaki itu.

Kay teringat akan kejadian siang tadi. Segera disapu kasar dahinya. Digosok-gosok lengan bajunya bagi menghilangkan bakteria Aril.

"gosok sampai merah dahi ni pon belum tentu bakteria kau ni hilang tahu tak orang tua?!!!" marah Kay sendirian. Kata-kata Aril kepadanya masih tergiang-ngiang didalam kepala.

'tapi kalau muka comel ni pakai tudung lagi cantik. Abang tak sabar nak tengok.'

Kay mengelus rambutnya yang lurus sehingga paras pinggang itu. Dilepaskan ikatan rambutnya.

"tak cantik ke aku macam ni?" soal Kay.

Cantikkah dia memakai tudung? Kay membayangkan dirinya memakai tudung. Dia tersengih.

"Ah...belum sampai seru lagi!"Kay mengerling jam ditangan.

"Aril dah blah kot! baik aku balik sebelum maghrib habis. Mestilah dia dah bertolak."


Aril mengemas pakaiannya. Dia perlu ke Johor Bahru untuk beberapa hari. Semasa tiba tadi dia sedikit kecewa kerana hanya terdapat Corolla Altis sahaja yang tersadai di porch. Kereta milik isterinya tiada kelihatan dimana-mana.

Aril menarik beg bajunya lemah. Dia memasukkannya dibut belakang. Dia meninggalkan kediaman dengan rasa kecewanya. Merajukkan Salwa?.

Aril memandu sehingga memasuki kawasan terpencil. Taman tasik yang dulunya menjadi tempat persinggahannya yang sudah lama ditinggalkan. Rindu bertandang. Tempat itu sahaja yang berjaya mengubati kegusaran hatinya tika itu.

Hajat dihati terbantut sebaik dia tiba berhampiran pohon pokok yang menjadi persinggahannya.

'Awa? apa dia buat kat sini? hmm..nak lari dari abang lah tu.'

Aril tersenyum kecil. Leka dia memerhatikan Kay yang Kadang-kadang tersenyum dan bercakap seorang sambil membelai rambut ikalnya yang lepas. Patutlah dia seperti ternampak camry milik tadi. Tidak terfikir pula akan dia kereta itu milik isterinya.

Aril tersenyum lagi. Semasa Kay melangkah meninggalkan tempat itu Aril mengantar pesanan ringkas kepada Kay. Dia pasti Kay membacanya walaupun Kay tidak membalas. Aril berasa lega sekarang.

***********************


Seisi pejabat hairan dengan sikap bos mereka. Mana tidaknya minggu lepas moody dan hari ini happynya semacam je. Mereka semakin hairan melihatkan pemakaian kasual Kay ketempat kerja. Sihatkah? atau sakitkah peneraju syarikat tempat mereka itu?.Entahlah pening memikirkannya.

Kay mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna putih beserta seluar denimnya. Dia berjalan terlompat-lompat kecil sambil menyanyi girang.

Hari ini Kay mahu memprotes suaminya. Biarlah Aril tidak nampak sekalipun. Yang Aril tidak suka itulah dia akan lakukan.

"hahahaha!"Kay tergelak-gelak dan dia menyanyi lagi.

"if you go away...,
"you will see me cry...,
"don't you let me go...,
"baby don't you let me down..,

Semua mata tertumpu kepadanya. Kay tidak peduli. Hari ini dia gembira sangat. Kay menyambung lagi nyanyiannya.

"You never say goodbye..,
"Handongan Meonghani Udukeoni Anja...,
"Dasi Saenggakhaessjiman..,
"Meomchulsun Eopsgesseo Ontong Geudae Saenggak..,
"Halsu Bakke Eopsneun Nae Jasini Miuo..,
"Don?t you let me go baby don?t you let me down.....

"Kay kau sihat tak ni?Soal Zara Manisa. Hairan juga dia melihat Kay. Takut-takut tersewel, tercabut fius. Risau juga dia.

"i'm okla...terlebih sihat lagi. Tak nampak ke?."Zara merenung muka bujur sirih rakannya. Mata galak milik Kay bersinar daripada biasa.

"dengar semua!! harini i belanja you all...makan je ape yang you all rasa nak makan. I bayar. Amacam?" Ruang pejabat hinggar dengan tawaran Kay. Kay tersenyum lebar. Dia melangkah masuk kedalam biliknya dengan senang hati. Zara hanya menggeleng melihatkan keletah Kay. Tubuh langsing itu hilang disebalik pintu bilik pengarah urusan.


Waktu rehat semakin hampir. Kay bersiap untuk keluar. Dia mengemas fail-fail kerjanya yang berselerak diatas mejanya.

"hey!! you all tak nak rehat ke?" Soal Lay kehairanan melihat kakitangannya yang masih belum berganjak dari tempat masing-masing sedangkan rehat sudah pun bermula.

"tunggu puanla...katanya nak belanja kami. hihihi!"Balas satu suara. Kay tergelak.

"tak payahlah berpuan-puan dengan saya. Kay je."

"ok jom!! hari ini saya bawak rombongan. Jom kita makan!!" ucap Kay bersemangat.

"Jom!!!" Sambut yang lain.


Sesampai dikantin Zara mengumumkan sesuatu. Kay terpinga-pinga.

'ini termasuk dalam rancangan ke?'

"ok semua hari ini kita akan meraikan perkahwinan Kay dengan En. Haril. Memandangkan semua baru tahu." Kay merenung Zara tajam.

'apa semua ni?'

Kay bukan kau yang akan belabja kitorang tapi...your hubby tu..."tunjuk Zara.

Dikejauhan Aril menghampiri sambil tersengih.

'aik! bukan dia out station ke?'

"ai, cantik baju Puan!"sapa Aril.

"nampaknya bos yang terlebih dulu melanggar etika kerja."perli Aril lagi.

"well..." Kay mengibas rambutnya.

Makcik kantin menghampiri dengan membawa sebijik kek di tangannya. Mereka menyanyi lagu selamat buat Kay dan Aril. Lilin ditiup Aril. Kay hanya memandang tidak berperasaan.

Kay memandang Aril yang sedang tersenyum kepadanya. Rancangan jahatnya datang. Dia membalas senyuman suaminya itu. Aril semakin hampir dan...

"gedegang! buk!!! tiiiinggg!" dan pelbagai bunyi lagi. Bunyi berdentum-dentam.

Kay memaling mukanya menahan geli hati. Kakinya yang menghalang jalan Aril ditarik semula. Gelihatiny7a dihambur jua. Sangkanya Aril jatuh seperti nangka busuk sahaja, tetapi lebih daripada itu.

'anak gajah jatuh rupanya'

Ruang kantin diwarnai gelak ketawa. Kulit Aril yang sememangnya putih bertukar semakin merah. Jelas sekali yang dia menanggung malu.

Aril cepat-cepat bangun. Diangkat sekali barang yang jatuh bertabur bersamanya tadi. Malu dirasakan saat itu. Siaplah Kay kerana telah memalukan dirinya didepan orang ramai. Sengal terasa badannya. Nasib baik kantin itu beralaskan karpet. Kutang sedikit sakitnya.

Sophie yang melihat kejadian itu meluru kepada Aril.

"En. Haril you tak ape-ape ke?" soalnya.

melihatkan kerlingan tajam Aril Kay segera meninggalkan Aril menuju meja staf yang lain.

"weyh Anne kau pon ada?" Kay teringat akan perbuatan jahat Anne kepadanya tempoh hari.

"owh..kau kena kan kau ya! kau memang nak kena dengan aku ya?!!"

"bertendang-bertendang Kay!! apa aku buat kat kau?"soal Anne pura-pura tidak mengerti.

"banyak kau punya bertendang ! karang aku tentang kau sampai indon sana baru tau!!" ancam Kay.

"yelah! sorry lah Kay. Kau kan Kawan aku yang paaaling baik, comel,ayu, penyabar. Kan-kan?"Anne membuat mimik kasihan.

Kay menghadiah kan satu cubitan dilengan Anne.

"kau memang! bab membodek orang no 1 kan? dahla aku da lupa pon sebenarnya perkara tu. tapi jangan kau buat lagi sudah!! berterabur pagar kau pulak karang. Kau nak?"Anne menggeleng

"aduh Kay..kau punya cubitan lebih spicy daripada biasalah"

"kalau kau nak rasa yang lebih hot lagi daripada tu, kau cuba-cubala buat lagi.!!"ancam Kay.

"tak!tak!, aku tak buat dah"Anne mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Kay hanya tergelak


p/s:ok x n3 kali ni? hope korang puas ati and enjoy...selamat membaca!
posted by Penulisan2u @ 3:15 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Egoku vs kasihnya 6
Nama Pena : lovelystargurlz

Jantung aku dah mengelepar sesangat-sangat dah ni,kalah orang baru abis buat pecutan 100m. Ni nak buat macam dalam drama ker?yelah..bila nak berpisah,mestilah ucapkan kater-kater asmaradona...huwerkkk..geliiiiii!! Ish..kenapa aku camni nih,melalut tak tentu pasal ni kenaper???..yang dia nih kenapa pulak dah..dah,aku dah tak tahan..

"yer?"aku bersuara..dia pandang aku dengan penuh..penuh ape yer?benci?menyampah?curiga?kasihan?bersalah?kasih sayang?nehiii..erm..cepatlah..aku dah panas ni..dah berpeluh-peluh sebab cuak punyer pasal.
"satu lagi beg dekat seat belakang"tuuuuutttt.......menggunakan nada bersahaja plus perli sikit kot dengan bersemahangatnya dia menyatakan hasrat yang berketul dihatinya..Huh..hampas punyer mamat..benciiii..nak cakap itu jer ker???muka dia memang tak yah tanyer la..memang confrem ketul ais punya bayangan..aku yang dah malu nih apa lagi..bukak pintu,ambik beg aku yang telah menimbulkan syak wasangka aku sendiri,terus berlalu tanpa pandang belakang lagi.. lariiiiiiiiii...malu..hukhuk

-------------------------------------------------------

Sem baru dah pun bermula. Aku kembali sibuk dengan dunia aku,almaklumlah..aku ni diva..bukan diva dalam u tapi diva dalam bilik jer..jadilah..hehehe. Dah seminggu aku kat sini..so far...ok lah..aku actually merindui life aku yang sebegini,kawan-kawan aku yang sememangnya gila,rumateku,lecturer(huhuhu..b0leh cayer ker?), dan khusyairi!!yes!!aku memang merindui khusyairi. Tapi dia nun jauh disana..tak aperlah..hanya telepon yang menghubungkan kami.

Titit..tittttt..hensetnya berbunyi..massage!!dengan excitednya dia membuka inboxnya..sudah tentu kekasih hati yang dirindui yang hantar msg ni..hehehe


[ assalamualaikum ]


Lorh..dia ni lagi?walaupun sudah 2 kali usahanya aku gagalkan dengan tidak memberi sebarang respon. Tapi dia mencuba,mencuba lagi dan terus mencuba..sungguh tak mengenal erti putus asa yer? hurm..inilah insan yang kita cari-cari untuk memajukan sukan tanah air...MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!huh...shaz ko memang bagus bab-bab merepek nih..hehehe

"Hoi makcik!aper yang hang tersengeh-sengeh macam badak tercekik je aku tengok?" Entah dari langit keberape entah cik mali ni turun,sesuki lutut dia jer main jerkah-jerkah orang.
"Ko nih!!semput aku dibuatnya..ingatkan siapelah yang menjelma depan aku ni..kot-kotlah putera raje dari aceh ke..tengok-tengok kau..penat aku berangan,alih-alih ko cut macam tu jer..huh"
"Owh..lex la beb..mane aku tau hang tengah berangankan putera dari aceh..ingatkan putera dari bangladesh tadi,kelam semacam je..hehehe..lain kali bagilah lampu merah dulu...eh..ape yang hang merepek-repek tadi ha? aku tengok dah nak jadi macam tunku abdul rahman je tadi..setahu aku..nak sambut merdeka lambat lagi."
"takdelah..ni ha..manusia mane entah,yang aku citer kat ko aritu..yang hantar msg bagi salam jer kerjenya.."
"ha..ingat..kenape?dia still kacau hang lagi ka?"
"haah,harini dapat satu lagi salam"
"alah..dia nak berkenalan dengan hang lah tu,layan jelah"
"ceh..nak berkenalan ape ke halnya duk bagi salam je kerjanya..dalam seminggu,dah 3 kali dia bagi msg dekat aku..huh..tak kuase aku nak layan..bazir kredit jer..lagipun..dia setakat bagi salam je..takperlu kot aku balas..cukup sekadar aku jawab dalam hati je..kan?"
mali hanya mengelengkan kepalanya sahaja..malas mahu bertekak..baik dia pergi menyembang dengan shida,nak layan si shaz nih..4hari 4malam pun tak habis dia punya loyar buruk..karang aku jugak yang sakit perut gelak dengan lawak spontan minah ni..dia bukan sedar pun yang dia cakap tu lawak-lawak sumernya.


Akhirnya tinggal ira shazira seorang diri dalam bilik ‘tumpangan’ yang sempit yang hanya muat-muat dirinya dan cik mali. Apelagi,bila dah sorang-sorang ni..tangkap cinton ler..duk makan buah berangan lah kerjanya..dalam pada tu terpikir jugak..insan manelah yang sungguh bersemangat waja tapi tak kental langsung..yang selalu menyemak dalam inbox aku nih..yerker nak berkenalan dengan aku?kalo betullah...mintak maap yer..saya dah ramai kawan..lagi pun,cikgu sekolah tadika dulu selalu pesan..jangan sembang dengan orang yang tak dikenali,bahaya! hehehe..lagipun, katalah dia ni berminat nak isi borang untuk jadi kekasih aku..pun dah expired..saya dah ader kekasih hati..tawaran dah ditutup..kalo nak jadi yang separuh masa tu maybe..akan tipertimbangkan...heheheh. Tapi saper yer dia nih?orang kolej ni ker?ker budak budak kelas aku dulu?mane dia dapat no aku ni(soklan cepu gangsa nih..). Ah,lantak ko lah..aku memang tak kuasa nak layan. Suka hati ko lah manusia nak bagi berape banyak salam..ko bagi aku jawab..ape susahnya..assume je aku taknak menunjuk-nunjuk dalam beribadah..hehehe..jawab salam pun ibadah aper..hekhek..sungguh bernas lagi murni alasanmu itu shaz. Tulus dan mulus pulak tu.


Dalam lecture algebra---

Dengan muka yang mengantuk..tiba tiba dia disegarkan oleh getaran dijiwanya seiring dengan vibrate henset nokia 345678888 nya..khusyairi ker?macam tau-tau jer pakwer aku nih yang aku tengah boring tahap dewa sekarang..dah berape kali aku cium meja nih,hanya pak long jer yang nampak
(actualy name prof kesayangan aku nih mr.albahjatul alquequeh aldonato dari iraq..disebabkan susah bebenor nak nyebutnyer plus semangat kekeluargaan yang menggunung tinggi,aku pun dengan berbesar hatinya bagi name baru dekat dia iaitu...‘pak long’..hehehe ). Eh,luper pulak message tadi...


[ assalamualaikum ]


Cis..manusia ni lagi..eh..jap.."waalaikummussalam" jawab guna mulut sudah..lagi afdooool dari guna jari. Siaperlah manusia yang sungguh misteri ini..takleh nak predic la jantinanya..asyik bagi salam jer..opah aku kat kampung pun berkemungkinan masuk dalam list nih..yelah..nak cakapnya kat sini..setakat bagi sms salam, semua orang boleh. Minggu kedua dah up sikit,ayat paling panjang dia hantar.. "sihat ke?"..dah lah kemarin dia call aku..tak tau lah call ke miscall..aku out station semalam mase dia call..tengah busy kat toilet..muehehe..

"weyhh...??dah habis?syukran ya paklong...yahooo!!" fatin menoleh..
"ceh,excited habis muka..seksa sangat ker yong oi??"
"oit..yong..yong jangan guna pakai ek kat sini". Fatin tersengih..sambil mencari idea karatnya untuk membalas
"udah-udah..jom blah, orang lain nak guna pulak lecture hall nih..ingat paklong korang punyer ker?" syida pulak mencelah...serentak dengan tu..shaz and the geng memandang sayu kearah paklong dihadapan..macam tau-tau jer paklong tu..dia pun dan dan pandang jugak dekat kitorang. Apelagi..sengeh la and....angkat bontot...baik blah sekarang...satlagi buat dia panggil tanya soalan kat kitorang...terbelit lidah pun still tak boleh paham soalan dia..hehhe..waaah,sedapnya ngutuk lecturer sendiri.



sarangin jool molaseo
salmyoshi naeryoanja
geunareui haesareul deulmeun misoro geureohge
dagaon neoinde

sarangil geora haeso
gamani seumyodeureo on
oneun naldalbitheul dameun nooneuro geureohge
ooseojoon neoraneun geol

I Say na algo sipeunde
neol bomyeon mami deolryeo oneun nareul
aeseodo wemyeonhaedo
anirago haedo
I’m so in love with you
geolgooken neoinde



Kelam kabut shaz menyelongkar begnya bila handsetnya dah buat konsert.. yang lain masing masing dah pegang pinggan..lapor bebenor gayanya..tau lah sedap makanan dekat cafe fac engine nih,tapi muka diorang ni memang tak boleh terima...

"uish..orang misteri!! Call pulak tu!" di kerling jam ditangannya..
"owh..macam hari tu,setengah jam after hantar sms..call.." hurm..dia memikir-mikir langkah yang patut diambil..angkat?taknak?angkat?taknak?taknak?taknak?...yes! taknak...hehhe... nak kerat jari pun aku takkan jawab la..entah saper-saper entah..kalo biasa-biasa takperlah jugak...ni dah psyco semacam..takut jugak aku nak angkat.
"dah maju yer? Minggu ketiga plus dengan call..hurm lepas ni dia nak buat ape pulak..nak datang jumpa aku..hahaha..datang lah..aku lari..heee..psyco!"


Habis makan, kitorang sama-sama menongkah arus angin menuju kekolej..walaupun kitorang semua satu kolej,tapi yang menyertai ekspedisi ini hanya aku dan syida jer..yang lain banyak sangat hala tujunya..nak pergi library lah..nak gi makan lagi dengan pakwerlah..nak keluarlah..almaklumlah..hari ni kelas sampai pukul 11 jer..kelas algebra tadi kelas last..apelagi,enjoy la. Sambil jalan-jalan tu..tiba-tiba syida mencuit aku
"weyh..shaz..tu.."
"aper?" dengan muka bengongnya aku mencari-cari..
"owh...so?ngape nya?" "jom tumpang dia nak tak?"
"oih..tak kuasa aku..taknaklah..kalo ko nak..ko pergilah sorang,aku nak jalan kaki je" adeker senang-senang nak tumpang,memanglah orang tu bawak kereta pergi kuliah..dia takperlah senang lenang..aku karang yang nak kena jawab soalan...dah lah suka sangat tanya aku macam-macam..menyampah aku..tulah..dulu aku jugak yang selalu kenakan dia..ha..sekarang dia dah lebih-lebih pulak..siape yang susah?
"ala..wey..kalo ko mesti dia bagi tumpang...lagi pun abang aidil tu aku tengok memang dah lame minat kat ko"
"blah!!suka hati ko jer fitnah aku..tak baik tau..baik ko tarik balik,nanti bila nak pergi training kalo dia ade..aku pulak yang malu nanti..."
"ok..ok..aku tarik balik...tapikan..memang aku raser dia minat ko lah..tengok la bila time training..asyik kau jer yang dia panggil."
"Alah..tak logik la..."
"ape yang tak logiknya..cuba ko kira kebarangkaliannya...kalo dia nak mintak tolong ape-ape..mesti dia panggil kau..dia tak pangil orang lain..sikit-sikit,shaz..itu shaz..ini shaz...ha..tak cukup lagi?ni..nak cakap..."belum sempat syidah menyudahkan hujahya,shaz terlebih dulu bersuara.
"hurm..sudahlah syida.."
"ok..ok..jom" bila dah keluar ayat ‘sudahlah syida’ dengan menggunakan suara orang putus asa tu..paham-pahamlah..memang dia benar-benar tak minat nak cakap pasal topik tu dah..kalo aku cakap lagi..dia senyap jer..aku tak akan dilayan..dari aku cakap sorang-sorang..baik aku berhenti merepek benda yang betol ni..hehe,syida bermonolog sendiri.


Bila sampai je kat bilik,ira shazira termenung..abang aidil minat aku? Biar betul..terencat ape abang aidil tu..orang macam aku ni pun dia boleh suka ker?aku dah lah selalu kenakan orang..dan antara mangsanya adalah dia...takkanlah..ish..kenapelah aku pikir benda nih?.. sebenarnya fikirannya terganggu bukan 100peratus sebab kata-kat syida tadi..yang dipikirnya ialah..adakah abang aidil selaku seniornya itu ialah manusia yang selalu hantar message bagi salam tu? Memang dia ade mintak nombor aku...tapi...ish..takkanlah...takkanlah abang aidil sikit punya macho,bijak,budak law lagi...takkan takde awek lagi yang sampai takde kerja nak buat duk hantar massage salam je. Tapi..sejak dua menjak ni aku tengok dia lain jer..bukan kot..mungkin aku je kot yang perasan dia macam tu..yelah,lepas aku dah jarang layan dia..dah tu..dia banyak sangat songehnya..tak kuasa aku nak layan. Ah..lantaklah..buat serabut kepale je pikir pasal benda nih..dia sudah malas untuk menghurai something yang memang tak diketahui langsung hujung pangkalnya..biarlah masa yang menentukan segalanya...chewaaah..!!



Pagi yang indah,hurm..disebabkan pagi itu sungguh indahlah aku terover sleep la pulak. Kuliah start pukul 9.boleh pulak pukul 8.15 aku baru bangun..itu pun lepas syida buat konsert zapin depan bilik aku..yelah,nak masuk tak boleh,cik mali dah kunci pintu sebelum dia pergi kelas tadi. Kalo pikir logik memang awal dah aku bangun tu, tapi kalo tolak masa aku bersiram,nak iron baju lagi..huh,memang lah tak sempat. Yelah,nak ligan bus lagi..kalo nak jalan pun,basah ketiak baru sampai. Mengikut kompas aku kalo nak sampai ke faculty aku tu..kalo jalan cepat dalam 20minit,jalan melenggang dalam 35minit,kalo mengensot 89minit,kalo tumpang siput babi conferm 2hari insyaallah baru selamat sampai kedestinasi yang dituju.


Akhirnya bila dah berpenat lelah bertarung dalam bilik tu,siap jugak aku dalam masa kurang 15minit. Tapi,tak payah tanyalah macam mana aku tinggalkan bilik aku tu,hanya cik mali jer yang tahu..maap yer mali..heee.Bila aku sampai bawah a.k.a tempat pendaratan bus yang selalu dinanti-nantikan,dari jauh lagi dah nampak budak-budak kelas aku,fatin,miah,zila and dayah. Budak-budak kelas aku ini je budak perempuannya. perempuan melayu terakhir gitu.. plus aku dengan syida,total 6orang je. dalam keasyikan aku menanti ketibaan pakcik bus yang disayangi with his bus bersama gelak tawa kami,tiba-tiba aku terperasan something...kereta tu...
"kenape berhenti kat sini?" dia bermonolog sendiri. Tiba-tiba dia jadi gementar.



p/s:enjoy k...=)
posted by Penulisan2u @ 3:11 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Sepupuku suamiku? 6
Nama Pena : fantaghiro

"Nana, kau ni apehal? Dari tadi aku tengok tak habis senyum. Dah macam orang yang kat tanjung rambutan aku tengok." Tegur Farah. Hairan melihat kawannya yang begitu ceria hari ini. Suria di sebelah juga hairan. 'Kena sampuk hantu bukit senyum ke apa budak ni?'

"Korang ni. Aku senyum salah, aku bad mood salah. Habis tu aku nak buat macam mana? Jadi macam patung je. Takde perasaan."

"Takde lah. Pelik je aku tengok cara kau senyum hari ni. Kena marah ngan apek bookstore tu pun kau senyum je. Seram aku. Kau sihat ke tak ni Nana?" Risau pulak Farah. Kang tak pasal-pasal dia jadi pelawat tetap kat tanjung rambutan.
Terbayang kejadian di bookstore tengahari tadi. Secara tak sengaja dia tersepak A4 paper yang tersusun rapi di tepi rak. Apa lagi, habis berselerak bungkusan kertas itu. Ada juga yang terkoyak. Macam mana tak terlanggar kalau dah asyik sangat berangan. Sebesar-besar kertas A4 tu pun dia boleh langgar. Apa lagi, membebel panjang tauke bookstore. Makin panjang bebelan apek tu bila nampak Nana bawa beg masuk ke dalam kedai padahal sudah terpampang kat depan kedai 'Sila Tinggalkan Beg Anda di atas Rak'. Tahan je la telinga.

"Korang. Weekend ni aku tak ada tau." Tersipu-sipu Nana memberitahu.

"Kau nak pergi mana? Nak balik kampung ke?"

"Tak." 'Ish, malunya nak bagitau. Nanti budak-budak tak matang dua orang ni mesti perli.'

"Habis tu kau nak pergi mana?" 'Nak pergi mana pulak minah ni? Semacam je. ke nak pergi honeymoon? Tapi takkan 2hari je kot?' Suria berteka-teka di dalam hati.

"Aku nak balik rumah abang aku."

"Abang? Bila masa pulak kau ada abang?" Setahu Farah Nana hanya ada seorang kakak.

"Laki aku lah. Lampi betullah korang ni. Tu pun tak boleh nak fikir." Geram betul Nana.

"Oooo…cakap la terus-terang. Aku ingatkan abang manalah tadi. Hmmm…patutlah happy dua tiga macam je. Nak balik rumah laki. Maklumlah, orang dah kahwin." Suria dan Farah senyum mengejek.

"Ye lah. Nanti kalau masam-masam cik abang lari. Meh sini aku buat check-up sikit. Manalah tau, ada daki-daki degil ke kat badan kau ni. Kang, abang kau tu tak selera pulak." Suria dan Farah dah mula mengusik. Bab mengarut memang pakar.

"Kurang asam korang. Banyak la korang punya daki. Korang ingat aku ni budak 4tahun yang main lumpur kat lombong ke?" 'Lombong ada lumpur ke? Ah, bantai je lah.'

"Eh, bukan ke? Aku ingat kau budak tu. Baru semalam aku tengok budak tu ada kat situ. Ingatkan nak panggil suruh balik. Tapi kesian la pulak sebab aku tengok dia syok sangat main. Sebijik macam kau. Hahahaha…." Farah dan Suria gelak besar sampai merah muka. Macam joker menang judi dah lagaknya.

"Sengal!!! Siap korang aku kerjakan." 'Ni yang malas nak bagitau ni. dah agak dah. Mesti kena sakat dengan minah dua orang ni. Siap korang, aku bagitau abang Syam. Nanti abang Syam bawak lumpur lumur kat muka korang. Buat masker.'


Nana senyum lega bila melihat kereta abang Hisyam berhenti di depannya. Hisyam keluar dan membukakan pintu untuk Nana.

'Adus…romantiknya. Tolong bukak pintu, tolong tutup sekali pulak tu. Macam princess rasanya.'
Hisyam hulur tangan dan disambut mesra oleh Nana. Dahi isterinya dikucup lembut. Merah muka Nana menahan malu. 'Sukanya….' Jerit Nana gatal.

"Nana dah makan ke? Kita pergi makan dulu ya?" Nana angguk. Kereta meluncur meninggalkan perkarangan kolej kediaman. 'Pergi lah mana-mana saja bang. Ke bulan pun Nana sanggup ikut abang.'

"Nana nak makan apa? Western, Malay, Chinese?" Hisyam bertanya sekadar ingin menarik perhatian Nana yang masih diam.

"Tak kisah. Nana makan je apa-apa" 'Tolak batu dengan kayu je bang.'

"Hmm…kalau macam tu kita makan dekat depan tu je lah."

"Hah?" 'Mana ada kedai kat situ. Pokok banyak lah. Biar betul laki aku ni. Ke aku yang rabun?'

"Mana ada kedai kat situ bang?" Mata Nana masih melilau-lilau ke arah yang ditunjukkan Hisyam mencari jika ada kedai-kedai yang terselit di celah pokok-pokok.

"Kata nak makan apa-apa je. Makan kayu dengan batu pun bolehlah." Hisyam ketawa geli hati kerana dapat mengenakan Nana. Muka gadis tu bukan main serius mencari kedai makan di hadapan.

"Ee…Jahatlah abang ni. Ingatkan betul-betul tadi. Semangat orang cari. Tak suka tau." Nana buat-buat merajuk. Lengan suaminya dipukul manja. Mukanya yang sememangnya merah bertambah merah diusik begitu. 'Alahai abang. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan dia ni. Dahlah romantik, kelakar pulak tu. I love you abang.'

"Oh…main pukul-pukul orang ye. Nanti sampai rumah, siap Nana." Hisyam masih lagi mengusik. Nana telan liur. 'Gulp, balik rumah? Alamak mamat ni nak buat apa kat aku? Ni yang seram ni.'
Kereta Hisyam berhenti di hadapan sebuah restoren mewah. Nana tergamam. 'Nak makan kat sini ke?'

"Ok. Kita dah sampai. Jom." Nana melangkah keluar sebaik pintu kereta dibuka oleh Hisyam. 'Ish… Malunya nak makan kat sini. Dah lah aku pakai sempoi je ni. Jeans dengan blaus tahun lepas. Warna pun dah nak luntur ni.'
"Kenapa ni? Tak suka makan kat sini ke?" Hisyam hairan bila melihat riak wajah Nana yang semacam kurang senang.

"Bukan macam tu. Nana tak biasa makan kat tempat macam ni. Malu… Baju pun tak cantik." Hisyam ketawa lucu. 'Nana…Nana. Kesian betul isteri aku ni.'

"Takpe. Ok apa baju ni. Cantik je abang tengok. Kat dalam tu, yang pakai baju tak cukup kain pun ada. Dia orang tak malu pun. Dah lah. Kita nak makan je. Bukan nak tunjuk fesyen." Hisyam cuba memujuk Nana.

'Ha'ah betul jugak. Sepatutnya, yang pakai baju tak cukup inci tu yang patut malu. Ah, bantai je lah. Bukan ada orang kenal aku pun. Asalkan ada abang, aku tak kisah.' Nana senyum. Huluran tangan Hisyam disambut. Mereka beriringan masuk ke dalam restoren.

'Mak oi…Romantiknya. Lampu suram, slow music, dan kebanyakannya kat dalam ni couple. Candle light dinner tu.'

"Nana nak makan apa? Order je apa yang Nana nak makan ok." 'Order apa je. Nak order apa. Satu benda pun tak tahu ni. Kalau setakat black papper beef steak ke, tandoori ke aku tau lah. Ni, nak sebut pun terbelit lidah, mana aku tau.'

"Ermm…abang order je lah. Nana tak tahu apa yang sedap kat sini." 'Tak tahu yang sedap tu satu hal, ni yang paling kronik tak tahu nak sebut.'

"Hmm… Kalau macam tu abang order apa-apa je lah ye." Nana angguk. Ternganga dia saat Hisyam memesan makanan.

'Abang order apa tu? Apalah rasa makanan tu nanti. Tu lah tadi. Masa tanya tak nak cakap. Kalau makan kat kedai mamak kan senang. Order je mee goreng mamak. Senang. Sedap pun sedap. Tapi tak kisahlah. Merasa jugak aku makan kat restoren mewah macam ni. Candle light dinner lagi. Jangan jeles…'
Seketika kemudian, hidangan yang dipesan sampai. Nana pandang tak berkelip. Udang galah, ayam, sayur, sup, dan ada dua tiga jenis lauk lagi yang dia sendiri pun tak tahu apa. 'Ish, banyaknya lauk. Siapa nak habiskan ni. Aku ni dah lah bukan jenis makan banyak.'

"Hmm…makanan dah sampai. Makanlah."

'Macam mana nak makan ni? Udang galah ni nampak macam sedap. Tapi, nak korek macam mana ni? Pakai tangan aci?'

"Ambiklah udang ni. Sedap tau. Favorite abang ni."

'Macam mana nak ambik. Tak tahu.' Nana kecur. Hisyam senyum. Dia tahu Nana tak tahu nak ambik udang tu macam mana.

"Nah." Isi udang galah diletakkan dalam pinggan Nana. Nana senyum meleret. 'Yes. Dapat makan udang galah. Sedapnya… Macam tahu-tahu je abang ni. Ni makin sayang ni.'
Hisyam melirik ke arah isterinya membuatkan gadis itu tersipu malu. Sopan sekali Nana menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seakan tak terbuka mulutnya kerana malu.

'Abang, janganlah pandang macam tu. Malu ni…' Sekali lagi Nana tergamam bila Hisyam menyuakan sudu ke arahnya. Suapan disambut malu-malu. 'Aduh…boleh jatuh pengsan aku macam ni.'

Nana melangkah ke dalam rumah dengan perasaan berdebar. Matanya memandang segenap sudut rumah yang agak luas itu. Susunan perabotnya rapi dan simple. Hanya terdapat set sofa, tv, beberapa almari, dan bantal yang tersusun di lantai berhadapan dengan tv. 'Pandai abang kemas rumah. Kalau bagi kat aku, entah apa jadi kat rumah ni.'

"Abang tinggal sorang je ke kat rumah ni?" Dia tak tahu nak tanya apa. Mestilah Hisyam tinggal sendiri. Kalau tak, takkan dia nak ajak aku datang sini.

"Ha'ah. Sebelum kahwin tinggal berdua dengan kawan abang. Tapi dia dah pindah kat rumah bawah." Hisyam meletakkan beg pakaian Nana ke dalam biliknya.

"Nana duduk dulu ok. Abang nak solat kejap. Kalau nak makan apa-apa, pergi je kat dapur." Hisyam senyum sebelum berlalu pergi. Nana mengangguk. Remote tv dicapai. Matanya masih melilau-lilau memerhatikan sekeliling.

'Bilik ada tiga. Malam ni aku nak tidur mana? Dengan abang ke? Tapi abang nak ke? Daripada abang tidur kat atas lantai, baik aku terus tidur kat bilik lain je. Tapi beg aku mana ek?' Matanya mencari-cari beg pakaiannya. Seingatnya, abang Hisyam yang mengangkat begnya tadi. Mana pulak abang letak?

"Nana cari apa ni? Nana solat tak? Kalau nak solat, pergilah. Abang dah siapkan kat dalam bilik." Nana bangun dan menuju ke bilik. Begnya ada di situ.
Selesai solat, Nana kembali ke ruang tamu. Hisyam sedang leka menonton siaran National Geographic. Hisyam senyum apabila melihat Nana.

"Kenapa duduk jauh sangat. Duduk lah kat sebelah abang. Ke tak sudi?" Saja Hisyam menduga.

"Hah? Ermm…" Nana bangun dan melabuhkan duduknya di sebelah Hisyam. Haruman yang dipakai Hisyam menusuk hidungnya. Jantungnya berdegup kencang. Dirinya kaku. Melihatkan Hisyam yang hanya memakai kain pelikat dan baju pagoda pun sudah membuatkannya tak keruan. Seksi. Inikan pula duduk di sebelah.
Hisyam menukar siaran HBO. Mr and Mrs Smith lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie. 'Alamak, babak yang tak sepatutnya la pulak.' Nana makin resah. Hisyam dapat rasa kegelisahan gadis itu.

"Nana. Abang nak tanya satu perkara boleh?" Dia perlu tahu perkara sebenar dengan segera. Dia tak mahu Nana terus terseksa dengan ikatan ini.

"Ada apa bang. Tanya je lah." 'Suspend je ni.'

"Abang nak Nana jawab dengan ikhlas dan jujur." 'Ish, makin suspend. Apehal la pulak ni?'

"Abang tahu, perkahwinan kita ni bukan atas kerelaan Nana. Abang pun sebenarnya keliru masa mak cadangkan Nana untuk gantikan bekas tunang abang. Tapi, abang tak dapat nak bantah. Abang pun tak tahu kenapa. Tapi sekarang, abang rasa abang dah tahu kenapa. Mungkin Nana memang dijodohkan untuk abang." Terharu Nana mendengarnya. 'Nana rela abang. Memang ini yang Nana inginkan.'

"Tapi abang tak tahu perasaan Nana macam mana. Abang mintak maaf kalau Nana dah ada pilihan sendiri dan kalau Nana rasa terseksa dengan ikatan ni, abang rela le…." Nana menutup mulut suaminya. Tak sanggup mendengar perkataan seterusnya. Air matanya laju saja mengalir. Hisyam hairan.

"Nana bahagia bang. Bahagia sangat. Nana memang redha dengan perkahwinan kita. Nana hanya sayang abang sorang je. Tak ada orang lain dalam hati Nana." Sendu Nana jelas kedengaran. Pilu hati Hisyam mendengar pengakuan Nana. Hapus semua kesangsian dalam hatinya. Tubuh kecil Nana dipeluk erat. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. 'Ya ALLAH, jika ini jodoh yang Kau tentukan untukku, redhailah perhubungan ini.'
Dakapan Hisyam makin erat. Nana bahagia. Rasa selamat dalam pelukan itu. Pertama kali dia merasakan amat selesa dalam dakapan seorang lelaki. Kucupan Hisyam beralih ke pipi, mata, hidung dan bibir mungil Nana. Nana kaku. Tak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tak reti. Mukanya panas. Wajahya dialih ke arah lain. Malu…
Tv dipadam. Tubuh gadis itu didukung. Nana kaget. Tak sanggup membayangkan apa yang akan berlaku selepas ini.

"Kenapa ni? Nana takut?" Menggoda sekali suara Hisyam di pendengaran Nana. Terasa terhenti nafasnya. Saat bibir Hisyam sekali lagi ingin singgah ke bibir Nana, gadis itu mengalihkan mukanya.

"Cupp…"Nana mengangkat jari tanda mahu ke tandas. Suaminya tergelak. 'Takut sangat ke bini aku ni? Sampai nak terkucil.'

'Ish, macam mana ni. Bab-bab ni yang aku lemah ni.' Nana mundar-mandir di dalam tandas. Kepala yang tak gatal digaru. Sepuluh minit kemudian, dia keluar.

"Takpe kalau Nana tak sedia lagi. Abang tak paksa. Dah lah tu. Jom tidur." Pujuk Hisyam. Kesian pulak dia melihat Nana yang jelas menggelabah. Nana melangkah perlahan menuju ke katil.

"Tidurlah. Dah lewat ni." Nana angguk. 'Sorry abang. Nana tak tahu kenapa Nana gelabah sangat tadi.' Tapi apa yang penting, malam ini tidurnya lena sekali dalam dakapan suami yang tercinta. Moga malam-malam lain juga seindah malam ini.

sorry kesilapann.. dah update
posted by Penulisan2u @ 3:08 PG   20 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Cinta Thriller 5
Nama Pena : Penulis jalanan2008

Sayup-sayup kedengaran suara wanita menjerit di sebalik pokok-pokok rhu yang tersemai kukuh di suatu sudut bersebelahan dengan tepian pantai pulau itu. Aku perlahan-lahan mendekati kawasan itu kerana rasa ingin tahuku yang begitu kuat . Suara wanita manakah yang menjerit nyaring itu? Namun begitu, apabila aku sudah semakin hampir dengan kawasan tersebut , suara jeritan wanita itu hilang dengan tiba-tiba .Kini ia bertukar pula menjadi bunyi gelak tawa beberapa orang lelaki dan diselangi pula dengan bunyi suara kanak-kanak menangis. Aku mengerutkan kening. Hairan.Suara hantu ke? Ish, mengarutlah. Siang-siang hari mana ada hantu. Walaupun begitu, aku langsung tidak gentar sebaliknya aku terus memasuki kawasan itu.

" Lepaskan mama saya! Lepaskan mama saya!" Aku tersentak apabila mendengar suara itu. Aku kenal suara kanak-kanak Itu! Imran! Apa sudah berlaku? Demi mendengar suara teriakan Imran, aku pantas berlari menghampiri kawasan yang agak semak di sebalik pokok-pokok rhu tersebut. Aku dapat menghidu sesuatu yang tidak baik telah menimpa anak kecil itu.
Ternyata sangkaanku tepat apabila aku melihat beberapa orang lelaki cuba memperkosa Intan iaitu mama Imran dan salah seorang daripadanyanya sedang memegang erat Imran yang sedang meronta sambil berteriak dengan air mata membasahi pipinya .Salah seorang lagi memegang erat Intan dan mulutnya ditutup dengan kain hitam. Kelihatan Intan cuba meronta namun kekuatan mereka bertiga berjaya menghentikan rontaannya. Amarahku kian memuncak . Kepalaku terasa benar-benar panas melihat keadaan itu.Tanpa membuang masa aku terus memberikan tendangan padu dari belakang kepada kumpulan lelaki yang sedang merobek pakaian Intan tanpa belas kasihan dan menjilatnya lehernya dengan rakus. Salah seorang daripada mereka terpelanting ke depan akibat tendanganku itu.

"Uncle!! Selamatkan mama!Tolong uncle!" Jerit Imran lebih kuat berbanding tadi apabila melihat aku berada di situ .Jeritan itu menambahkan lagi rasa geram dan amarahku terhadap lelaki-lelaki yang tidak berhati perut tersebut . Tanpa kusedari aku tiba-tiba terdorong ke depan apabila salah seorang lelaki yang tidak terkena tendanganku tadi menendang belakangku dengan sekuat hati . Tanpa menghiraukan rasa sakit pada tulang belakangku, aku pantas berpusing ke belakang lalu menendang kuat perut boyotnya sehingga darah merah terpercik keluar daripada mulutnya. Padan muka! Kurang asam punya boyot!! Berani tendang aku! Cis!

Tiba-tiba datang seorang lagi dengan kayu sebesar lengan .Dia cuba menghentak kepalaku dengan kayu itu namun nasib baik aku lebih pantas mengelak . Aku mengambil peluang itu untuk memegang lengannya lalu menyiku kuat lengannya sehingga kayu itu terjatuh dan kemudian aku dengan sekuat tenagaku memutar lengannya itu sehingga bunyi seperti ranting patah kedengaran . Tulang lengannya patah. Lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang lengannya itu. Peluh jantan membasahi wajahnya yang berkerut menahan sakit. Aku tidak berhenti setakat itu , aku kemudian menumbuk mukanya kasar tanpa belas kasihan menyebabkan hidungnya berdarah dan bibirnya pecah . Kemarahanku semakin menggila apabila mendengar tangisan Intan . Aku tidak akan sesekali memaafkan orang yang telah menyakiti wanita yang aku suka!! Never!

"Uncle, tengok belakang!!" Mendengar teriakan Imran, tanpa membuang masa, aku terus menepis serangan daripada belakang oleh orang yang memegang Imran sebentar tadi . Pisau yang berada dalam genggamannya terlepas apabila aku menarik tangannya ke tanah dan terus menghentaknya kuat dengan kayu besar di tanganku sehingga jari kelingkingnya patah . Pisau tersebut aku ambil lalu menikam pehanya .Darah merah pekat mengalir deras dari pehanya membasahi seluarnya. Lelaki itu terus rebah ke bumi dan mengerang kesakitan sambil cuba menarik keluar pisau itu . Namun, serangan mereka tidak berhenti setakat itu .Kali ini dua orang lelaki yang aku belasah tadi rupa-rupanya masih tidak mengenal erti menyerah kalah. Mereka sudah bersedia untuk menyerang aku daripada kedua-dua belah arah. Sengaja mahu mengelirukan aku. Aku hanya tersenyum sumbing . Mereka ingat aku takut?! Mereka belum kenal siapa aku. Ternyata mereka sengaja menggali lubang kubur mereka sendiri.

Aku membiarkan sahaja mereka berlari untuk menyerang aku tanpa berganjak dari tempat aku berdiri . Aku menggenggam erat penumbukku . Di saat mereka berdua semakin menghampiriku aku melompat tinggi dan membuat pusingan 360 darjah sambil melayangkan tendangan padu yang mengenai dada mereka .Kedua-dua mereka rebah sekali gus . Mereka cuba bangun untuk menyerangku sekali lagi. Pada masa inilah aku mengambil peluang untuk melagakan kepala mereka berdua .Mereka rebah sekali lagi.Kali ini mereka pengsan, todak sedarkan diri . Aku berasa semput. Nafasku tercungap-cungap.Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan lebih udara untuk paru-paruku. Terasa sungguh penat apabila terpaksa berhadapan dengan lelaki yang berbadan lebih besar dan sasa berbanding aku namun ternyata kudratku lebih kuat daripada mereka. Ternyata aku lebih hebat dari mereka! Dalam penat aku berasa bangga dengan diriku sendiri yang mampu menumpaskan mereka.

Aku kemudian menjeling ke arah dua orang lelaki lagi yang kelihatan sedang ketakutan melihatku . Mereka cuba berlari meninggalkan tempat itu dengan langkah yang terhenjut-henjut namun aku lebih pantas mengejar mereka dan cuba membuat serangan buat kali terakhir .

" Ampun pak..jangan apa-apa kan kami lagi pak.." Tumbukanku yang hampir mengenai kepala mereka terhenti seketika apabila mendengar rayuan daripada salah seorang lelaki itu .Oh..Mat indon rupanya .

" Ye pak..ampun kami pak..kami janji kami enggak buat lagi..," giliran lelaki di sebelahnya pula merayu. Huh! Pandai pulak merayu. Jika ikutkan hati nak je aku bunuh dua ekor ni dan cincang sampai lumat namun disebabkan Intan dan Imran berada berhampiran denganku, aku terpaksa membatalkan niatku itu demi kebaikan mereka.

" Kamu jaga-jaga ye!! Kalau kamu ganggu mereka lagi, nahas kamu!! Gue akan cincang kamu hidup-hidup! Ngerti??!" Ugutku dalam bahasa indon celup.

" Kami ngerti pak..kami janji! Tolong pak..lepaskan kami.." rayuan mereka masih bersisa.

"Baiklah..tapi ingat pesan gue!! Sekarang pergi dari sini! Jangan coba-coba kamu berani ke mari lagi!"

"Ye pak..ye pak.." jawab mereka serentak .Kelam kabut mereka berlari meninggalkan aku tanpa berpaling ke belakang . Huh! Tahu pun takut. Aku sengaja mengeraskan suara .Biar mereka takut. Ugutan aku bukan sekadar ugutan kosong tetapi ia adalah salah satu amaran keras yang aku sampaikan supaya mereka tidak menganggu Intan dan Imran lagi di kemudian hari. Aku tidak akan teragak-agak untuk mencabut nyawa mereka dengan tanganku sendiri jika mereka memungkiri janji . Janji tetap janji dan janji itu akan aku tunaikan terpaksa bertumpah darah sekalipun!

" Imran dengan mama okay ke?" Soalku sebaik sahaja aku mendapatkan Intan dan Imran yang sedang berpelukan . Hatiku menjadi sayu apabila mendengar esak tangis Intan . Melihat kehadiran aku, Imran terus memeluk aku erat seakan tidak mahu melepaskan aku . Wajahnya begitu ceria melihat aku.

"Uncle..terima kasih uncle . Pandainya uncle kung fu.Nanti uncle ajar Im ek..," kata Imran bersungguh-sungguh. Aku tersenyum mendengar suara comelnya. Dalam keadaan begini sempat lagi tu memuji aku. Budak kecil biasalah..getusku di dalam hati.

" Ish..mana boleh uncle ajar sekarang. Im kan kecik lagi...," jawabku sambil menggosok kepalanya lembut. Dia mula memuncungkan mulut.Merajuk.

"Ala..uncle..Im kan dah besar ni..tengok ha. Im dan ada lengan macam Malik Noor tau.Uncle ajar la..," aku tersenyum lagi mendengar rengekannya.

"Ye..nanti ada masa uncle ajar Im. Tapi bukan sekarang. Okay?" Aku cuba memujuknya.

"Okay . Uncle janji tau," wajahnya kembali ceria.

" Janji," jawabku sambil mengangkat tangan kepadanya seolah-olah sedang berikrar.

"Yea..yea..saaayang uncle..," katanya lagi . Imran terus mencium pipiku manja. Aku tergelak kecil melihat telatahnya.Aku sesekali memerhatikan Intan yang kelihatan pucat . Badannya sedikit bergetar. Dia merenung tanah tanpa berkelip . Dia langsung tidak mengendahkan perbualanku dengan Imran. Air matanya masih mengalir lebat walaupun kini dia sudah selamat . Ternyata dia masih trauma dengan apa yang berlaku.

Aku memerhatikan pula pakaiannya yang koyak rabak sehingga menampakkan kulitnya yang putih gebu. Tudungnya terlerai menampakkan rambutnya yang panjang lurus bersinar. Hatiku benar-benar berdebar-debar melihat keadaan itu seperti ada perasaan halus yang menjalar di segenap jantung hatiku. Sesungguhnya Intan sangat cantik! Namun, di sebalik perasaan itu ,jauh di sudut hatiku, aku berasa benar-benar geram dengan lelaki-lelaki gila seks tadi. Tak guna punya indon!! Sanggup mereka cuba memperkosa wanita sebaik dan secantik Intan . Menyesal aku tidak bunuh terus mereka. Manusia seperti mereka tidak seharusnya dibiarkan hidup di dunia ini! Mereka lebih hina daripada binatang!

Aku perlahan-lahan menanggalkan jaket hitam yang aku pakai lalu aku tutup kawasan terdedah pada Intan. Sebenarnya,aku tidak mahu hatiku terus bergelora melihat keindahan pada tubuhnya . Cukuplah sekali aku memusnahkan kesucian seorang wanita yang tidak bersalah sewaktu ketika dahulu .Aku tidak akan biarkan pisang berbuah dua kali .

Intan tersentak apabila aku menyarungkan jaketku pada tubuhnya .Dia memandangku sekilas dan seperti terkena kejutan elektrik, dia pantas mencapai tudungnya lalu menyarungkan pada kepalanya untuk auratnya yang terdedah tanpa mengeluarkan suara . Aku menghadiahkan satu senyuman manis buatnya namun senyuman itu langsung tidak berbalas . Walaupun aku sedikit kecewa dengan responnya ,namun aku masih tetap tersenyum .Aku faham . Intan masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa dirinya .

" Uncle, kita nak buat apa dengan orang-orang ini?" Pertanyaan Imran membuatkan aku cepat-cepat sedar daripada lamunan. Aku melihat ke arah yang Imran tunjukkan . Kelihatan dua orang lelaki yang aku belasah sebentar tadi masih pengsan . ‘Nak bunuh,’ jawabku di dalah hati.

" Biar je lah, biar anjing makan," jawabku sambil tergelak .Jawapan itu jauh bercanggah dari apa yang aku perkatakan dalam hati.

" Padan muka diorang kan uncle..itula hakibat buat jahat kat mama Im..," wajah Imran berkerut-kerut semasa bercakap mempamerkan rasa geram yang amat sangat. Aku tergelak halus. Ternyata anak kecil ini begitu petah bercakap dan bijak walaupun baru berusia 3 tahun tetapi lagaknya seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah. Dia sudah dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk baginya.

" Dahla..mari kita pulang. Bibik mesti risaukan Im dengan mama.." Aku menarik tangannya perlahan.

" Mama? Uncle nak tinggalkan ke?" Imran bercakap sambil memandang mamanya .Aku mula tersenyum nakal.

" Mama Imran, uncle dukung..Imran kena jalan ikut uncle. Boleh?" Soalku sambil mengeyit mata kepada Intan . Muka Intan serta-merta merona merah. Die menggeleng laju tanpa bercakap walau sepatah.

" Mestila boleh uncle..nanti kalau ada orang jahat, biar Im yang kung fu ye..uncle jaga mama je," kata Imran sambil tersengeh. Aku tergelak besar mendengar kata-kata yang keluar dari bibir kecil itu.

Tanpa meminta kebenaran Intan, aku terus mendukungnya .Dia cuba meronta untuk menghalang perbuatanku namun dengan kudrat lelakiku, aku berjaya meletakkannya kemas dalam dukunganku. Aku langsung tidak menunjukkan muka bersalah sebaliknya dengan selambanya aku membawanya pergi tanpa menghiraukan wajahnya yang semakin memerah.Malu lah tu .So sweet…hehe.
posted by Penulisan2u @ 2:55 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 5
Nama Pena : Amauni

PETANG itu, Faris menunggu Nazifa di luar perpustakaan. Dia sudah tahu rutin harian gadis itu yang pada setiap petang akan terus ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran serta menyiapkan projek akhirnya.
Tidak lama kemudian, Nazifa muncul di muka pintu perpustakaan itu berseorangan. Hari itu, Sasha tidak mengikutinya ke perpustakaan kerana ada hal penting yang perlu diuruskan. Faris memang menunggu saat-saat seperti ini untuk dia berbicara dengan gadis pujaannya itu.
Nazifa berjalan menuju ke kereta Perodua Kancilnya. Dia tidak perasan kelibat Faris yang sedang berdiri di luar perpustakaan tadi. Nazifa berjalan dengan terkocoh-kocoh lalu dia tercicirkan sebuah buku dari pegangannya. Dia menunduk seraya ingin mengambil semula bukunya yang terjatuh tadi. Dengan tidak semena-mena, tangannya tertancap pada tangan seseorang yang juga sedang memegang bukunya itu. Nazifa terus melemparkan pandangannya ke arah empunya tangan itu. Dia lalu melarikan tangannya dari terus bersatu dengan tangan itu.
"Eh, sorry..my bad! I’m just trying to help," ucap lelaki dihadapannya itu. Faris menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buat Nazifa yang sedang tercengang. Nazifa seakan-akan mengenali wajah lelaki kacak dihadapannya itu. 'Oh, dia ni la mamat yang selalu usha aku semacam aje!’ detik hati Nazifa sendirian. Faris menyuakan buku tadi kepada Nazifa.
"Oh, it’s ok. I’m fine! Anyway, thanks.." Nazifa terus mencapai bukunya dari tangan Faris lalu ingin terus beredar dari situ.
"By the way, my name is Faris!" Faris terlebih dahulu bertindak sebelum Nazifa berlalu. Nazifa seboleh-bolehnya tidak ingin mengenali lelaki itu sebenarnya. Dia risau apabila mengenangkan lelaki itu yang selalu sahaja memerhatikan dirinya sejak kebelakangan ini. Dia memang perasan itu.
"Nazifa.." lembut suara Nazifa memperkenalkan dirinya. Dia cuba tersenyum, namun hambar. Faris menghulurkan tangannya mahu berjabat dengan gadis itu. Nazifa menyambut huluran itu dengan hati yang berat. Lama baru tangan Nazifa dilepaskan. Nazifa tidak senang dengan pandangan mata lelaki itu. Sungguh menakutkan!
"Well, boleh saya ajak awak pergi minum?"
"Err..saya ada kerja lagilah. Maybe next time.." tolak Nazifa dengan sopan. Dia ingin segera berlalu. Dia tidak mahu lagi berbicara dengan lelaki misteri itu.
"Tomorrow? Can?" ajak Faris lagi tidak berputus asa.
"Tomorrow also can’t. Saya ada appointment dengan lecturer.." jawab Nazifa dengan jujur. Memang dia sangat sibuk dikala ini. Faris melepaskan rengusan kecil. Dia tidak berpuas hati.
"If tomorrow can’t, we try some other time. Maybe lusa? Next week?" ujar Faris lagi dengan nada seolah-olah ingin memaksa. Dia mengharapkan jawapan yang positif dari gadis itu.
"I’m so sorry, Faris. Saya memang busy semester terakhir ni.." Nazifa menolak buat kali ketiga. Kakinya ingin segera melangkah pergi.
Faris sudah hilang sabar. Pantang sungguh dia apabila ditolak berkali-kali seperti ini oleh seorang gadis. Itupun gadis yang sememangnya dia ingin miliki, gadis yang sedang bertahta dihatinya. Belum pernah lagi ada gadis yang tidak terpikat dengan dia. Dia tidak dapat menerima kenyataan gadis yang dipujanya langsung tidak berminat terhadap dirinya. Dia merasakan seperti Nazifa ingin mencabarnya.
"So? If you’re busy? Tak boleh ke luang masa sekejap aje minum dengan I? Kalau dengan lelaki tu, you nak pulak!" tiba-tiba sahaja terkeluar jerkahan dari bibir Faris. Sifat panas baran Faris sudah menjelma lagi!
Nazifa yang mendengar terus terkejut dan ketakutan melihat wajah bengis lelaki dihadapannya. Hampir terjatuh semua buku dari pegangannya. Faris benar-benar rasa tercabar. Dia ingin gadis itu setuju keluar dengannya. Dengan tiba-tiba, lengan Nazifa ditarik kuat oleh Faris. Dia ingin menyeret Nazifa supaya mengikutinya.
"You ikut I pergi minum sekarang!"
"Taknak! Lepaslah tangan aku! Aku taknak! Kau siapa pun aku tak kenal! Kenapa tiba-tiba nak paksa aku ni?!" Nazifa berusaha menarik lengannya namun pegangan Faris cukup kemas dan kuat sehinggakan Nazifa tidak mampu berbuat apa-apa. Nazifa cuba menjerit tetapi tiada sesiapa pun yang mendengar kerana tempat itu agak terpencil.
Saat ini, segala kemungkinan yang tidak baik terbayang-bayang di ruang mata Nazifa. Dia teringatkan kes-kes jenayah yang sedang berleluasa dikala ini yang selalu didengarinya dari siaran berita. Dia semakin menggigil ketakutan melihatkan wajah lelaki dihadapannya yang sangat bengis.
"I cakap, ikut I pergi minum! Kejap aje! Itupun susah nak ikut ke?" Faris bersuara lantang.
"Aku cakap, aku taknak! So, aku taknak la! Kau tak faham ke?" bentak Nazifa menunjukkan kedegilannya menuruti kata-kata Faris. Faris menguatkan pegangannya sehinggakan Nazifa terjerit-jerit kesakitan.
"Lepaskan aku! Let me go! Don’t you understand me? Or you’re a moron?" Nazifa bersuara lagi dengan kasar. Kali ini airmatanya sudah bercucuran mengalir dari tubir matanya. Dia kesakitan akibat genggaman tangan Faris yang kuat. Selebihnya dia ketakutan.
Nazifa cuba bergelut dengan Faris. Lama juga mereka bergelut. Apabila mendapat peluang, Nazifa terus menyentap lengannya dari pegangan Faris dengan kuat. Setelah melepaskan diri, dia terus berlari tanpa arah tujuan. Faris yang melihat, hanya terdiam dalam perasaan sakit hatinya. Dia perlu memiliki gadis itu, tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Dia perlu menunjukkan pada Nazri dan juga pada lelaki yang bersama Nazifa di perpustakaan hari itu, bahawa gadis itu miliknya.


NAZIFA menyembamkan wajahnya pada bantal. Dia teresak-esak menangis kerana terlalu takut dengan tindakan Faris tadi. Tubuhnya menggigil. Tidak pernah lagi sesiapa mengasari dia seperti itu. Walau bapanya sekalipun tidak pernah memarahi, apatah lagi memukulnya. Sesungguhnya dia takut dengan lelaki bernama Faris itu. Nazifa melihat lengannya yang masih berbekas merah gara-gara pegangan kuat Faris tadi.
"Weh, kenapa ni. Mengapa kau menangis ni, Ifa?" suara lembut Sasha yang baru pulang dari menyelesaikan urusannya kedengaran mengetuk gegendang telinga Nazifa. Sasha memegang bahu Nazifa dengan lembut. Dengan segera Nazifa terus memeluk tubuh teman baiknya itu seerat-eratnya.
"Kenapa ni, Ifa? Cuba kau cerita kat aku! Siapa buli kau?" Sasha cuba memujuk Nazifa. Pelukan Nazifa semakin erat. Jelas sungguh gadis itu sedang dalam ketakutan kerana tubuhnya yang terasa menggigil.
"Tak siapa pun pernah berkasar dengan aku tau tak, Sha. Dia aje yang buat macam tu! Dah la aku langsung tak kenal dia! Aku takut dengan dia..aku taknak jumpa dia lagi!" Nazifa meluahkan perasaannya.
"Siapa?" soal Sasha dengan agak tidak sabar.
"Faris!"
"Faris? Siapa Faris?" soal Sasha lagi.
"Entah! Aku tak kenal dia dan aku taknak kenal dia..aku taknak jumpa lelaki tu lagi!" tangis Nazifa. Pelukannya masih tidak dilepaskan. Sasha hanya mampu menepuk-nepuk lembut bahu temannya itu dengan perasaan tidak mengerti.
"Habis tu, kau cakap tak kenal dia. Dah tu siapa pulak Faris?" Sasha sudah keliru.
"Dah la aku taknak dengar pasal mamat tu lagi.." suara Nazifa lemah. Kali ini pelukan sudah dilepaskan. Esakannya masih berbaki. Dia mengambil bantal lalu memeluk bantal itu seerat-eratnya. Airmata masih mengalir dari kolam matanya.
"Kau taknak cerita kat aku, ke? Maybe ringan sikit beban hati kau.." pujuk Sasha dengan suara yang lembut. Dia menepuk-nepuk lagi bahu Nazifa, ingin menenangkan temannya itu.
"Nama dia Faris. Kami baru kenal tadi aje. Tapi dia dah nak paksa-paksa aku ikut dia pergi minum! Aku cakap taknak, lepas tu dia tarik tangan aku dengan kuat! Muka dia sangat menakutkan, kau tau tak? Aku takut!" ucap Nazifa dengan panjang lebar dalam esak tangisnya. Dia lalu memeluk lagi tubuh Sasha di sebelahnya.
"Tak guna punya lelaki! Nanti aku pergi cari dia, biar aku bagi warning! Berani betul dia kacau kawan baik aku!" Sasha mengepal penumbuknya tanda dirinya sangat tidak berpuas hati dengan tingkah Faris terhadap Nazifa.
"Tak payahlah, Sha. Aku taknak ada apa-apa lagi dengan mamat tu! Aku taknak kau buat apa-apa..biarlah, Sha…"
"Tapi.."
"Tak payah! Aku taknak kau buat apa-apa..lagipun, you’re a girl, not a good match for a man..dia tu amat menakutkan, kau tau? Aku taknak dia kasari kau pulak!" Nazifa bersuara sambil menggeleng-geleng. Dia risau Sasha akan mengotakan kata-katanya. Dia tidak mahu Sasha terlibat sama dalam hal ini. Dia tidak mahu teman baiknya itu diperapa-apakan. Dia tahu, lelaki seperti Faris itu mampu berbuat apa sahaja.
"Kalau macam tu, suruh aje si Saiful tu pergi ajar mamat kurang asam tu! Nanti aku call Saiful!" ujar Sasha bersungguh-sungguh.
"Jangan! Aku taknak Saiful terlibat. Aku taknak dia tahu. Lagipun, kau bukan taktau Saiful jenis yang cepat marah..aku taknak kalau jadi apa-apa.." rayu Nazifa lagi.
"Habis tu? Kau nak biar aje mamat tu? Siapa tau lepas ni dia kacau kau lagi?" duga Sasha dengan rasa tidak puas hatinya.
"Aku..aku..buat masa sekarang ni, aku taknak tau pasal mamat tu. Aku taknak kau masuk campur lagi. Biarlah perkara ni aku aje yang selesaikan lepas ni..aku akan fikir cara untuk selesaikan masalah ni!" Nazifa melepaskan satu keluhan berat setelah berkata-kata. Tangisannya juga sudah reda. Dia mengesat airmata yang masih berbaki dipipi gebunya.
"Aku akan selesaikan dengan mamat tu nanti! Kau jangan risau la, Sha. Aku dah okey!" senyum Nazifa kelihatan pahit. Dia berasa sedikit lega kerana telah meluahkan perasaannya kepada Sasha. Memang Sasha selalu menjadi tempatnya untuk mengadu dan meluahkan perasaan. Tanpa Sasha, dia tidak tahu apa yang akan dibuatnya.
posted by Penulisan2u @ 2:53 PG   1 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Syurga Cinta 4
Nama Pena : suri_maia

Aku menarik-narik rambutku yang agak panjang, bingung memikirkan bagaimana caranya untuk aku pulang ke tanah air. Duit yang ada tidak cukup untuk membeli tiket kapal terbang..

"Haaaaaaaa!" Kusut rambutku apabila aku meramas rambutku yang langsung tidak bersalah apabila aku gagal memikirkan sebarang penyelesaian.

"Macam mana ni..." Aku mencapai telefon di tepi katil. masih berusaha untuk menelefon Nazim dan Nina, manalah tahu mungkin berhasil.

"Your number you have.." Pap! Aku meletakkan ganggang telefon dengan kasar. Geramnya!!! Mana mereka pergi ni. Betul-betul nak kena betullah. Siaplah nanti bila aku balik. Aku terlentang di atas katil. Memandang syiling hotel tanpa sebarang perasaan.

"Macam mana ni, fikir Julita! Fikir Julita! Fikirrr!!! Arghhhhhh!!!!!" Aku menjerit sambil menghentakkan kaki. Aku bangkit dan duduk, tangan kananku mengambil bantal lalu memeluknya.

"Kenapalah aku boleh bodoh sangat percaya cakap dua ekor tu. Kenapalah aku tak tanya aku menang apa sebenarnya. Dengar dapat melancong je terus syok. Bukan nak siasat dulu. Argghh!!! Bodoh! Bodoh!" Aku mengetuk kepalaku. Aku menyembamkan muka ke bantal. Kusut sungguh fikiranku ketika itu.

"Nak balik.....Waaaaa...nak balik...Hukhuk..." Jeritku sambil menghentakkan kaki di atas katil. Puas berfikir secara duduk aku berbaring, puas berbaring aku berjalan mundar mandir di tepi katil. Puas berjalan aku duduk kembali di atas katil.

"Oh Tuhan, bantulah hambamu ini.." Aku berdoa dalam hati setelah menemui jalan buntu. Aku tiada siapa-siapa dalam dunia ini selain Nina dan Nazim. Ibu dan ayahku merupakan anak tunggal dalam keluarga, jadi aku tidak mempunyai saudara mara. Sejak ibu bapaku meninggal dunia, keluarga Nazimlah yang banyak membantuku, malah jika hari raya atau sebarang majlis-majlis penting, ibunya tidak lupa menjemputku datang ke rumah. Malah mereka sudah menganggapku sebagai anak perempuan mereka.

Pening kepalaku asyik memikirkan masalah ini. Apa yang harus aku buat...Bantulah aku Ya Allah..bantulah aku...

Tiba-tiba aku terpandangkan sehelai baju yang tersangkut di almari. Aku mengerutkan dahi. Baju yang aku muntahkan dalam kapal terbang tu..mm...

Ligat otakku apabila terfikirkan sesuatu.

"Ha! Kenapa aku tak terfikir sebelum ni!" Cepat-cepat aku menyelongkar beg tanganku untuk mencari kad nama Emil, lelaki berwajah cina yang kacak yang aku temui di kedai semalam.

"Mana ni, tak jumpa pun." Akhirnya aku menuang semua isi di dalam beg tangan tersebut namun kad Encik Emil tidak ku temui. Aku tidak ingat di mana aku meletakkan kad nama tersebut. Aku cuba bertenang supaya boleh mengingati tempat aku menyimpan kad tersebut.

Aku menyelongkar pula bagasiku, manalah tahu mungkin tercicir di dalam beg pula. Habis semua baju-baju di dalam beg aku keluarkan namun masih tidak menjumpai kad tersebut. Aku duduk terjelepuk di tepi bagasi. Harapan terakhirku musnah. Aku duduk termenung sambil mengenangkan nasib malangku. Tiba-tiba mataku terbeliak, kenapalah aku tak terfikir tadi. Bukankah aku tengok baju Raikal tadi, kenapa pulalah aku terfikir Emil pula. Patutnya aku ingat Raikal dulu. Aku bingkas bangun dan terus bersiap.

Ting tong...

Tiada jawapan dari orang di dalam.

Ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong ting tong....

Aku menekan loceng beberapa kali. Tiba-tiba pintu dibuka kasar.

"Hei, tak tahu nak sabar ke? Sabarlah sikit!" Raikal menengkingku. Terkedip-kedip mataku terkejut dengan sergahanku. Lagi terkejut apabila melihat dia hanya memakai tuala sahaja. Aku memerhatikan dia dari atas ke bawah, Raikal yang melihat tindakanku mula menyedari yang dia hanya bertuala sahaja.

"Aaaaaaaaaaaa...." Kami berdua menjerit serentak. Aku memusingkan badan ke belakang. Raikal pula cepat-cepat menutup pintu semula.

"Terkejut aku..Fuhhhh!" Ujarku perlahan sambil mengurut-urut dadaku. Pertama kali melihat secara realiti lelaki yang bukan muhrimku hanya bertuala sahaja. Pintu di buka semula. Kali ini Raikal keluar dengan pakaian yang lengkap. Berbaju t-shirt dan berseluar jeans. Rambutnya masih basah lagi.

"Ha, ada apa?" Raikal bertanya garang. Aku menjelingnya.

"Assalamualaikum..." Aku memerlinya. Merah mukanya apabila aku sengaja berbuat demikian. Dia menggaru-garu rambutnya yang basah.

"Waalaikumsalam..Ha, ada apa cari saya ni?" Aku tersengih mendengar kata-katanya. Nak mintak tolong pada orang, muka mesti manis, ayat biar power..Go!go! Julita.

"Sebenarnya saya nak pulangkan baju awak yang terkena muntah dulu." Ujarku sambil mengunjukkan bajunya yang ku lipat rapi di dalam plastik.

"Oh! Ok..Terima Kasih." Raikal mengambil plastik yang ku pegang dan menariknya. Aku menarik semula sambil tersenyum. Raikal menarik plastik itu kembali. Kami bermain tarik-tarik di depan pintu.

"Awak ni datang nak pulangkan baju saya atau awak nak main tarik-tarik?" Aku tersengih dalam keterpaksaan, akhirnya aku melepaskan beg plastik yang ku pegang.

"Thanks sebab tolong basuhkan. See you again.." Sempat Raikal tersenyum kambing sebelum menutup pintu.

"Aaa..." Belum sempat aku mengatakan sesuatu, pintu sudah tertutup rapat. Aku menghentakkan kaki, kecewa kerana tidak sempat menyuarakan permintaanku. Akhirnya aku duduk mencangkung di depan pintu. Aku meraup wajahku yang mencerut.

"Macam mana ni?" Aku memandang ke atas. Memandang ke suis loceng pintu. Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Cepat-cepat aku bangun dan menekan suis loceng semula.

Raikal membuka pintu.

"La…Awak lagi ? Awak nak apa lagi ? " Aku tersengih.

"Saya..saya nak mintak maaf." Aku memberanikan diri.

"Itu je? Ok saya maafkan.." Ujarnya dan terus menutup pintu semula. Aku bengang, tak sempat lagi! Aku menekan jam loceng semula.

"Nak apa lagi ?" Jerkah Raikal ketika membuka pintu. Aku tersengih. Namun di hatiku menggerutu apabila dijerkah begitu. Muka kacak tapi kasar! Nasib baik aku tengah susah ni.

"Sebenarnya....Mmmm...Apa kata kita pergi minum-minum dulu ke?"

"Maaf, saya sibuk!" Sebelum Raikal sempat menutup pintu semula, cepat-cepat aku menahan pintu.

"Sebenarnya saya nak pinjam duit awak!" Terbeliak mata Raikal mendengar kata-kataku.

"No!" Sambil tersenyum sini dia terus dia menutup pintu. Kedudukan pintu tersebut begitu hampir dengan hidungku.Aku yang masih terpaku di depan pintu terkebil-kebil. Terkejut dengan tindakan Raikal tadi.

Aku masih tidak putus asa dan terus menekan loceng semula.

"Kalau awak berani tekan loceng lagi siap awak!!" Dengan muka garang dia memarahiku dan terus menutup pintu. Aku mengeluh. Belum sempat aku mengeluarkan hujah-hujah padatku lagi. Macam mana nak mintak, tak sempat aku cakap apa-apa lagi dia dah tutup pintu. Aku putus asa. Akhirnya aku duduk termenung di depan pintunya lagi. Nampaknya aku menemui jalan buntu lagi.

****

Masuk kali ni sudah lima kali dia menekan loceng. Dahlah aku tak kenal dia, boleh pula pinjam duit. Tak munasabah langsung.

"Kan saya dah kata jangan tekan loceng lagi!!" Aku memarahinya kasar. Perempuan di hadapanku tersengih. Dari tadi itu sahajalah yang dia tahu, tersengih, tersengih dan tersengih lagi.

"Kalau tak nak bagi pinjam tak apalah, tapi boleh tak saya minta nombor telefon Emil."

"Emil?"

"Ye, Emil." Aku pelik, bagaimana perempuan itu tahu tentang Emil dan bagaimana dia tahu aku mengenali Emil.

"Awak kenal Emil? Macam mana awak tahu saya kenal Emil?" Aku bertanya padanya.

"Owh..Panjang ceritanya. Dia pernah sebut nama awak dulu." Ujar perempuan tersebut sambil mengusap-ngusap lengan bajunya.

"Dia sebut nama saya?" Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa pula dia sebut nama saya?" Aku bertanyanya lagi.

"Mmm..Saya pun tak ingat sangat. Ada tak nombor Emil, saya dah terhilangkan kad dia."

"Emil dah balik Malaysia, kalau awak telefon dia pun tak guna."

"Apa? Dia dah balik??" Perempuan itu separuh menjerit. Wajahnya tiba-tiba berubah, seperti mahu menangis. Aku serba salah. Akhirnya aku mempersilakannya supaya masuk ke rumah.

"Siapa nama awak?" Tanyaku setelah kami berdua duduk di sofa.

"Julita." Jawabnya pendek. Kami berdua terdiam selepas itu, perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai Julita tadi bermain-main dengan jari jemarinya. Aku memerhatikan tingkahlakunya. Aku memicit-micit kepala, tidak tahu topik apa yang sesuai untuk diperbualkan.


"Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan Emil?"

"Ha?" Julita memandangku.

"Hubungan awak dengan Emil.."

"Mmm..Panjang ceritanya..."

"Cuba awak pendekkan..."

"Apa hubungan awak dengan Emil?" Julita bertanya.

"Kami sepupu." Aku menerangkan padanya.

"Sepupu?" Aku mengangguk mengiakan.

"Oh, jadi awak rapatlah dengan Emil." Dia bertanya lagi.

"Biasa je, tak adalah rapat sangat."

"Takkan awak tak ada nombor dia?"

"Dia kata dia balik Malaysia hari ni, tapi tak tahulah samada dia terus balik Malaysia atau pun ke Jepun dulu. Sebab tu saya tak berani nak beri nombor telefon dia. Apa hubungan awak dengan dia?" Julita mengeluh setelah mendengar kata-kataku.

"Mm...Tak apalah kalau macam tu, saya balik dulu." Tanpa menjawab pertanyaanku, dia meminta izin untuk pulang. Wajahnya suram sekali.

"Nanti dulu.." Julita tidak jadi untuk melangkah.

"Kalau awak beritahu saya apa hubungan awak dengan Emil, mungkin saya boleh pinjamkan awak duit."

*****

Aku tidak jadi melangkah keluar setelah mendengar kata-kata Raikal. Mataku bulat sambil bibirku tersenyum nakal. Aku memusingkan badanku menghadapnya, berpura-pura sedih. Dengan muka tak malu, aku duduk semula di sofa.

"Saya tak tahu samada saya patut cerita pada awak ke tak.." Aku cuba berlakon sedih, demi pulang ke Malaysia, aku sanggup berbuat apa sahaja janji dapat memenuhi hasratku. Raikal mengusap-usap dagunya.

"It’s ok, cerita sajalah pada saya."

"Sebenarnya...Emil dulu adalah kekasih saya.." Terbeliak biji mata Raikal mendengar kata-kataku.

"Kekasih awak?" Ulangnya. Aku mengangguk.

"Ye..Kekasih lama saya, cuma baru-baru ni kami bertemu semula." Nampak gaya seperti Raikal mempercayai kata-kataku. Aku tersenyum. Apabila dia memandangku, cepat-cepat aku mengubah wajahku menjadi sedih semula.

"Mungkin kami sudah tiada jodoh, hubungan kami tak panjang. Jika tidak, mungkin kami sudah mempunyai 2 orang anak yang comel sekarang. Tak pun anak kembar.." Ungkapku hiba. Raikal mengerutkan dahi dan memandangku pelik.

"Dia pernah berjanji dengan saya, dia mahu mengadakan majlis perkahwinan kami di taman. Lalu bawah pedang, diiringi pengiring-pengiring yang comel. Majlis kami akan dihiasi bunga-bunga ros merah. Saya masih ingat lagi kata-kata dia..Sampai bila-bila saya akan ingat..Huuuuhuuuuuu...." Aku berpura-pura mengelap air mata walaupun sebenarnya tiada air mata yang keluar. Raikal mengambil tisu yang kebetulan terletak di meja sebelahnya, aku mengambil tisu dari tangannya. Terlebih sudah penipuanku. Haha..Hatiku terasa digeletek kerana lucu mendengar kata-kata rekaanku sendiri. Bawah pedang tak tahan...Bunga ros merah..Huhu..Kaya sangat ke nak buang duit beli bunga ros, mengarut sungguh!

"Dah lama ke awak dengan Emil bercinta?" Aku mengangguk lesu.

"Kenapa kamu berdua putus?" Raikal bertanya lagi.

"Macam yang saya katakan tadi, mungkin kami tiada jodoh..Kenapa kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami. Huuuuhuu..awak janganlah tanya banyak-banyak lagi. Hati saya bertambah sedih bila terkenangkan percintaan agung kami yang tak kesampaian. Hukhukhuk..." Sengaja aku berpura-pura mengelap mata lagi, sempat aku menjeling Raikal yang termenung mendengarkan kisahku.

Aku cuba menahan gelak apabila Raikal percaya dengan penipuanku. Sengaja aku menguatkan suara tangisanku yang mendayu-dayu. Raikal menggaru-garu kepalanya kemudian dia bangun dan mengambil dompetnya di meja tepi katil. Aku menjenguk tingkahnya, sebaik sahaja dia menghampiriku, cepat-cepat aku membetulkan dudukku. Masih lagi berpura-pura mengelap air mata. Siap menghembus hingus lagi untuk membuatkan dia betul-betul percaya yang aku sedang menangis kesedihan.

"Saya pinjamkan awak duit, lepas saya balik ke Malaysia saya akan hubungi awak. Saya nak nombor telefon, alamat rumah dan salinan ic awak." Katanya sambil mengeluarkan beberapa keping not biru kehijauan. Aku mengeluh lega, tak sia-sia aku berlakon penuh perasaan.

Aku pulang ke hotel dengan perasaan gembira dan lega. Lega kerana aku dapat pulang ke Malaysia akhirnya dan menyelesaikan masalahku. Siaplah mereka selepas aku sampai di Malaysia nanti. Sampai hati tipu kawan baik sendiri! Memang cari nahas...

Setibanya di hotel, aku terus mengemas semua barang-barangku dan bersedia untuk balik. Mujur penerbangan ke Malaysia masih lagi dibuka dan aku sempat menaiki penerbangan terakhir pada hari itu. Setibanya aku di Malaysia, benda pertama yang aku cari adalah telefon awam kerana telefon bimbitku tiada kredit.

"Nazim! Nina! Siaplah kalian aku kerjakan! Berani tipu Julita ye! Tunggulah penerajang sulung dari Julita Mohd Jufri!" Dengan kasar aku meletakkan ganggang telefon. Hatiku membara kerana terasa dipermainkan. Siaplah kau dengan bini aku! Aku berkata sendirian, mengulangi ayat di dalam sebuah iklan sabun basuh. Ye..Siaplah korang dengan Julita!!
posted by Penulisan2u @ 2:50 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Takut Kahwin 4
Nama Pena : Abigail

Perlahan-lahan, Jasmine membuka pintu chalet bernombor 207. Janganlah mum dan Debb bangun sekarang, dia berdoa di dalam hati. Rambutnya sudahlah mengerbang tak terurus macam Pontianak terbang, semalam tak balik pula. Kepalanya mendahului langkah kakinya. Selamat. Mummy dan Debby masih tidur nyeyak di dalam. Biasanya mereka berdua bangun seawal pukul 6.30 pagi untuk bersedia ke Natural Beauty Spa and Saloon, milik Puan Christina. Perusahaan yang dibangunkan dengan susah payah sejak 15 tahun lalu itu kini sudah menunjukkan hasilnya. Bukan sahaja memiliki lebih 10 cawangan di seluruh negara, malah mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Kejayaan yang yang agak membanggakan bagi seorang ibu tunggal.

Tidak hairanlah, hari tu, mereka berdua masih membuta walaupun matahari sudah meninggi. Bukan selalu. Jasmine berjalan penuh berhati-hati, sampaikan tumitnya tak mencecah lantai pun. Segera dia membaringkan tubuhnya di atas sofa panjang, berpura-pura sedang tertidur lena. Sesekali mata nakalnya mencuri pandang kea rah Puan Christina dan Debby yang lena dibuai mimpi, memastikan tindak-tanduknya tadi tidak mereka sedari.

Dia kembali terkenang kejadian malam tadi. Tak tenteram dibuatnya. Apalah roh yang merasuk aku semalam sampai boleh salah masuk chalet si Ben antara banyak-banyak chalet dalam resort ni, Jasmine mempersalahkan dirinya walaupun dia sendiri tidak pasti kenapa semua itu berlaku padanya. Yang dia tak kunci pintu tu apa pasal? Cuba pula dia mencari kesilapan lelaki tu. Kusut fikirannya sekarang. Tubuhnya pula tak henti-henti menunjukkan pergerakan yang tak difahami. Sekejap menyiring ke kanan kemudian buat muka tak keruan pula.

"Mana gelang aku?" bisik Jasmine cemas setelah menyedari gelang tangan pemberian ibunya tidak lagi kelihatan pada pergelangan tangan kanannya. Wajahnya lantas berubah corak. Semalam masih ada lagi rasanya, dia berfikir. Mana perginya pula ni. Matilah kalau mum tanya, tambah Jasmine cemas memikirkan semua itu.

Lantas dia teringatkan sesuatu. Riak mukanya berubah dari cemas kepada marah. Dia bangun dari pembaringannya tanpa mempedulikan mummy dan Debby lagi. Lelaki pembawa malang!

***
"Baru balik, ya Bro," sapa Deena yang sedang menyiram pokok-pokok bunga. Ringan saja mulutnya menyapa setelah melihat abangnya keluar dari kereta hitam BMW sambil menggalas beg.
"Dah sedar dah?"tanyanya sengaja menyindir Ben.
"Sedar apa?"
"Dari mengigau," selamba Deena menjawab. Tangannya sibuk memancutkan air kea rah bunga-bungaan.
"Kau jangan nak perli aku. Aku tak mengigaulah," Ben menunjukkan wajah yang sedikit garang, menafikan kata-kata Deena.
"Habis tu yang kau telefon aku awal-awal pagi tadi kata aku kacau kau tidur apa?" sahut adiknya itu dengan sinis. Ben terdiam, hanya mampu berbalas pandang dengan adikknya.
Kejadian pagi tadi diingatnya semula.
"Malaslah nak layan kau. Aku penat driving tadi," Ben sengaja mengelak membahas tentang hal itu. Hilang terus moodnya memikirkan perkara yang membingungkan itu. Dia mengatur langkahnya menuju ke dalam banglo besar milik keluarganya. Deena ditinggalkannya sendirian. Bingung gadis itu memikirkan abangnya.
"Abang aku dah tak siuman agaknya ni," bebelnya sendirian sambil menghalakan pemancut air kea rah pokok-pokok bunga yang bergantung di sebelah sana.

Baru saja Ben menaiki tangga, mamanya pula muncul dari dapur dan menegurnya.
"Dah balik, Ben,"
"Ya, ma," balasnya ringkas.
"Macam mana, dah rasa okay sikit?" tanya Puan Rose memandang tepat ke mata Ben.
Ben sekadar mengangguk sambil tersenyum paksa.
" Papa mana?"
"Main golf di kelab baru, katanya. Dengan kawan-kawan lah tu, agaknya," ujar puan Rose sambil tangannya sibuk membetulkan jambangan bunga di meja kecil.
" Yakah? Ben penatlah ma. Naik dulu ya," Ben mulai menaiki tangga itu semula. Lemah saja langkahnya.
"Jangan lupa turun makan nanti ya. Dah petang ni," kata Puan Rose sambil memerhatikan anak lelakinya yang mencecah usia 32 tahun itu sehingga hilang di tingkat atas.
"Lain macam ja budak ni," bebelnya sendirian.

Ben duduk di depan meja kerjanya yang kemas tersusun. Dalam bilik tidur pun tetap ada meja kerja. Memang dasar workaholic. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluar jeansnya. Lalu memerhatikan gelang tangan yang dijumpainya tadi. Milik siapakah agaknya gelang ni? Dia bertanya. Macam mahal. Kalau dijual boleh sampai seratus juga, katanya dalam hati.

Setelah puas meneliti Gelang berwarna keperakan itu, dia membuka laci meja dan menjatuhkan gelang itu ke dalam. Entah kenapa dia nak sangat menyimpan benda tu.

***
Puan Christina dan kedua-dua orang puterinya bersepakat untuk menghabiskan masa pagi itu di ladang bunga. Cuaca nyaman dan segar ternyata sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis bunga di ladang itu. Kelihatan kuntum-kuntum mawar, kekwa dan daisy bermekaran di sana sini. Sungguh indah.

Jasmine dan Debby berlari-larian di sekitar ladang bunga itu meninggalkan mummynya sendirian. Perlakuan mereka tak ubah seperti kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun. Puan Christina tersenyum bahagia melihat telatah mereka.

Matanya terhenti pada kelompok mawar merah. Tiba-tiba kenangan lama mengusik hatinya. Teringat pula kepada bekas suaminya yang hampir melupuhkan hidupnya lebih 10 tahun lalu. Selama mereka masih bersama, suaminya, Jason Lee tak pernah lupa memberinya mawar merah setiap kali hari ulangtahun perkahwinan mereka. Tak sangka perkahwinan yang terjalin hampir satu dekad roboh kerana kemunculan orang ketiga. Air matanya hampir berlinang mengenang semua itu.

Bohong sekiranya dia tidak pernah berasa kesunyian selama ini. Naluri wanitanya kadangkala mendambakan kasih sayang seorang suami. Walaupun Jasmine dan Debby sering berada di sisinya, hatinya sejujurnya masih merindui bekas suaminya itu.

Lamunan Puan Christina terhenti apabila terdenagr suara anak-anakya memanggil-manggil. Debby terkinja-kinja sambil melambai ke arahnya manakala Jasmine pula terjerit-jerit memanggilnya dari jarak 50 meter. Bibirnya kembali mengukir senyuman kelucuan. Budak-budak ni.
"Mum, mari bergambar di sini, cepatlah!" suara Jasmine sayup-sayup kedengaran.
"Ya, I’m coming," Puan Christina berlari-lari anak mendekati anak-anak gadisnya di situ.

***
Ben berjalan tenang menghala ke pejabatnya. Seorang lelaki bertubuh sasa setanding dengan tubuhnya kelihatan berjaga di luar pejabatnya. Serupa seorang bodyguard. Apa mat spek hitam ni buat di tempat aku, fikir Ben sambil menjeling kea rah lelaki itu. "Encik Ben, Cik Natasha dah tunggu di dalam," Setiausaha Ben, Julia segera memaklumkan sebaik menyedari kehadiran majikannya itu. Langkah Ben terhenti, lalu memandang kea rah Julia dengan pandangan kurang senang. Patutlah ada mat spek hitam di luar, rupanya ada selebriti yang mengunjungi pejabatnya. Julia tertunduk. Dia begitu faham dengan perangai bosnya yang tidak suka diganggu awal-awal pagi.
"Dia kata.."
"Tak apa," Ben memintas penjelasan setiausahanya itu kemudian memasuki ruangan pejabat yang dirinduinya sejak dua hari lalu.

Di dalam, kelihatan seorang wanita jelita dalam lingkungan usia akhir 20-an sedang duduk di atas sofa sambil membelek-belekkan majalah.
"What a surprise," Ben memulakan perbualan. Dia meletakkan briefcasenya dia atas meja besar lalu menghampiri wanita itu.
" Hello, Ben. Long time no see," Natasha berdiri menyalami bekas teman lelakinya itu. "How are you?" dia menambah.
"I’m fine. Welcome back," ramah pula Ben terhadap wanita itu.
"Thanks,"
"Silalah duduk. It’s been an honor for me to have a popular guest in my office today, miss Natasha. Well, is there anything I can do for you?" terus saja Ben menanyakan tujuan kedatangan model antarabangsa itu. Cara percakapannya sungguh formal sepertilah mereka tidak pernah menjalin hubungan akrab.
"Actually, it’s like this. I kembali ke tanah air sebab nak anjurkan satu fashion show khas untuk my own collection. So, bila I fikir-fikir, your hotel is the ideal venue. What do you think?"Natasha memberi penjelasan yang panjang lebar. Model yang juga kini bergelar pereka fesyen itu kelihatan sungguh professional. Penampilannya pula tak usah cakap. Memang mampu meluluhkan hati setiap lelaki biasa yang memandangnya. Blouse merah padam yang sedikit mendedahkan bahagian dada dipadankan pula dengan skirt singkat berwarna hitam. Sungguh menyerlahkan kulitnya yang cerah berseri.
"That’s good for the hotel. I don’t think there is any problem for that. So, bila?" Tanya Ben dengan riak muka sedikit teruja.
" Belum ditentukan lagi. Tapi yang pasti dalam waktu terdekat ni lah. Promosi akan dibuat tak lama lagi. So, further information I tell you soon,"
"Okay. Kita buat seperti yang you mau. You is my client now," sahut Ben.
"I datang lagi besok. Sekarang ni I have to go. Ada banyak lagi yang perlu diuruskan," Natasha sudah mengenggam tas tangannya yang terletak di atas meja, bersedia untuk pergi.
" Sorry, dah buat you menunggu lama tadi," kata Ben, berasa bersalah kerana telah mengambil masa Natasha semata-mata untuk menunggu kedatangannya.
"it’s okay. Kita kan kawan. This is my card. Kalau ada masa kita hang out ya," Natasha menghulurkan kad namanya pada Ben sambil berdiri.
" No problem. See you again," balas Ben sambil menerima kad Natasha.
" See ya," ujar Natasha lalu berjalan meninggalkan pejabat Ben.
Ben sekadar memerhatikan gadis itu berlalu. Tergugat juga perasaannya yang sudah lama membeku terhadap Natasha. Mungkinkah hatinya kembali berpaut pada wanita itu? Dia tersenyum dan kembali mengerjakan urusan-urusan rasminya yang bertimbun di atas meja.
posted by Penulisan2u @ 2:47 PG   11 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group