Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ayah. Nama itu terlintas setelah rasa warasku hadir kembali. Dalam esakan yang tidak reda, satu persatu peristiwa aku khabarkan. Puaslah ayah memujukku. Bila tangisku hampir reda, ayah mengemukakan satu persoalan.
"Tadi dah buat laporan polis tak?"
tergagap aku menjawab, "Aaa? Be..be..belum Yah."
"La, kenapa tak buat laporan lagi? Tak sempat la nak kesan kereta kamu tu. Ini dah dekat pukul 4 petang. Dah, cepat siap pergi balai buat laporan. Ajak la kawan kamu yang mana ada."
Titik kewarasanku kini mula berada di tahap optimum. Lalu aku melangkah kaki menuju ke balai polis berhampiran, setelah memastikan pintu dan grill rumah telah dikunci. Enggan peristiwa yang sama berulang lagi. Nasiblah balai ini tidak terlalu jauh dari rumah.
Seperti kata ayah, tiada apa yang dapat dilakukan lagi, kerana aku lewat membuat laporan. Namun, tindakan masih diambil walau aku tahu harapannya tipis. Lenyaplah sebuah Perodua Kelisa milik ayah yang satu itu. Maka, bermulalah era aku terpaksa menaiki bas berulang-alik ke fakulti dan rumah sewa. Harapnya hanya untuk seketika. Otakku mula berencana untuk meminta jasa baik ayah supaya sekali lagi untuk 'meminjamkan' aku sebuah lagi kereta miliknya. Akan aku fikirkan cara memujuknya nanti.
Ayah menghubungi kembali, menyuruh aku pulang ke kampung. Aku bersetuju sahaja lantaran fikiran aku juga agak berkecamuk. Kebetulan aku tiada kelas pada hari Selasa dan Rabu. Aku mengambil teksi ke Stesen Komuter UKM. Mengambil keputusan mengambil tiket pulang ke Melaka dari Seremban. Teringat aku belum sempat menjamah makanan hari itu, perutku segera berbunyi minta diisi. Bak kata ayah, jangan menyeksa diri sendiri. Aku mengambil keputusan makan di kedai berdekatan stesen itu. Nasi ayam menjadi pilihanku. Enak. Mungkin aku yang terlalu lapar. Seketika sahaja licin pinggan aku kerjakan. ---------------------
EPISOD 3
Aku selamat tiba di rumah pada waktu tengah malam. Ayah yang menjemput aku di stesen bas. Dalam perjalanan ke rumah, tidak henti-henti ayah mengingatkan aku supaya banyak bersabar. Tidak ternoktah bait-bait nasihat dari mulut ayah. Pelbagai kata-kata pemberi semangat meluncur laju dari bibir ayah. Sebagai tanda ayah memahami aku yang pastinya kecewa. Sedih. Sesal. Reaksiku? Aku hanya diam dan mengangguk. Mata sudah terlalu berat. Kepala juga terasa sakit. Lantaran aku banyak menangis siang tadi.
Baru sahaja kaki memijak halaman rumah, terdengar suara emak.
"Ha, sampai jugak kau. Ingat hilang sekali dengan kereta tadi. Lain kali biar sekali pintu rumah tu tak berkunci". Sindir mak.
Perit rasanya. Tersentak aku. Aku berdiam sahaja. Aku hulurkan tangan dan menyalaminya. Tiada langsung kata-kata pujukan yang menyenangkan keluar dari mulut mak. Walau sudah biasa dengan situasi itu, hati aku tetap menangis. Doa seorang ibu, hanya itu yang aku minta.
"Tiadakah langsung sekelumit rasa sayang emak pada aku? Marah benarkah mak padaku kerana peristiwa itu?"
Entahlah. Aku diam lagi. Bimbang peristiwa perit itu diungkit kembali. Langkah diatur menuju ke bilik.
"Awak ni. Anak tu baru sampai. Tak payahla awak nak bising-bising. Benda dah nak jadi. Alhamdulillah budak tu tak apa-apa". Kudengar suara ayah membela.
"Itulah awak. Manjakan sangat anak awak yang sorang tu". Pantas emak membidas kata-kata ayah.
"Dah anak saya, mestilah saya sayang. Saya manjakan. Kalau bukan saya, siapa lagi? Yang awak tu pun, berlembut la sikit dengan anak tu". Jawab ayah lagi.
"Kenapa pulak? Dia tu kan anak awak, Khiriah sorang je anak saya." Tukas emak pula.
"Ish, sudah-sudahla awak pun. Kecik hati budak tu kalau dia dengar."
"Biar je dia dengar, elok la. Sedar diri sikit. Sama je dengan arwah abah dia tu perangainya. Bapak borek, anak rintik. Ini baru kereta hilang. Esok-esok benda lain pulak. Entah-entah dijualnya, bukan orang curi."
"Ke situ pulak dia. Cakap dengan awak ni sampai bila-bila pun tak sudah. Tak habis-habis mengungkit hal lama. Sudahlah, saya nak masuk tidur". Ayah lantas menutup bicara. Menyedari emak mula membangkitkan peristiwa lama.
Pedih hatiku mendengar bicara emak. Terharu juga dengan ayah yang tidak henti-henti membelaku. Biarlah, semoga semuanya pantas berakhir. Tabahkanlah hamba-Mu ini, Ya Allah.
"MANA bebudak ni? Hari ni kita habis kelas sama kan? Kelas KE,PDG,PGM dan PGP tak keluar keluar lagi ke? Dah lama kita tunggu ni." Aryana merungut perlahan. KE(kejuruteran Elektrik), PDG(perdagangan),PGM(pengurusan makanan) dan PGP( pengajian pakaian) di sekolah teknik itu. "Entah la. Selalu diorang yang tunggu kita." Bella melabuhkan punggung disebelah Aryana di tepi longkang yang bersih jugak la berada di hadapan kantin sekolah. "Kenapa hari ni lambat pulak erk? Kita tunggu je la." "Bell, agak-agak kau Bat sampaikan tak message aku kat mamat bajet cool tu hah? Kalau dia tak bagitau naya aku." Aryana pandang Bella disebelah. Nasib baik la Bat satu kelas dengan budak tu. Tak perlu la aku susah-susah cari dia. Buang masa + tenaga je. Tengok muka dia pun aku meluat. Ni pulak nak bercakap. Wooaaa.... "Mesti dia bagitau punya. Kau jangan risau la." Bahu Aryana ditepuk perlahan." Tapi..." Mendengar ayat tergantung itu, Aryana terus berpaling memandang Bella. Dia angkat kening sebelah. "Tapi aku tak jamin la yang message kau sampai..." "Apsal?"pantas Aryana menyelit. Hatinya tak sedap. "Yela... Kau bukannya tak tau yang Bat tu kan pelupa sikit." Dia menarik nafas panjang."Betul jugak cakap kau. Actually aku pun tak yakin jugak..." "Hye girls..." sapa Arissa yang muncul tiba-tiba. "Oit korang dah tunggu lama ke?" Juwana disebelah menyoal. "Tak la. Baru je. Setengah jam je tunggu korang." Ujar Bella sinis. "Ala... sorry la. Aku p bilik guru. Ada hal kelas. Maklum la aku kan penolong kelas." Arissa melemparkan sengihan. "Aku pulak temankan minah ni. Sorry too." Pinta Juwana pula. "It’s okay. Eh mana Bat dengan Uni?" Aryana mengangkat wajah. "Oi. Kitorang kat sini la." Batrisya yang muncul entah darimana menyapa. "Apsal? Rindu ke?" Murni membetulkan tudungnya. "Ceh! Takde maknanya nak rindu kat korang. Hari-hari depan mata. Tak sempat nak rindu pun." Balas Bella. Dia mencebik. Enam gadis itu ketawa serentak. "Ha Bat. Kau dah sampaikan message aku belum?" Wajah Batrisya dipandang. "Kau jangan kata tak!" sambung Aryana lagi bila dilihatnya Batrisya terkulat-kulat. "Sumpah Put! Aku betul-betul lupa. Betul!" Batrisya angkat tangan. Dia mengangguk berkali-kali.Mengiyakan yang dia betul-betul terlupa untuk sampaikan pesanan Aryana kepada Carl. Aryana membulatkan mata bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Batrisya. Patut la aku rasa tak sedap hati. Adeh... "Habis tu macam mana ni? Mana nak cari dia? Time kelas dah habis. Bersih bengkel petang ni. Karang dia tak datang memang nahas la aku dengan Master Hamzah." Aryana berjalan kehulu ke hilir di depan kawan-kawannya. Tangannya memicit kepala memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalahnya yang satu itu. "Put." Panggil Murni. "Apsal? Jangan kacau aku la. Aku tengah serabut ni." Aryana masih dengan perbuatannya. "Put..." panggil Murni lagi. Aryana mengalihkan pandangan ke arah Murni."Apa dia???" "Tu..." muncung Murni terarah pada surau sekolah. "Surau? Why? Nak solat jemaah kat situ ke?" soal Aryana dengan muka toya. "Bukan la." Pantas Murni menggeleng. "So,what?" "Cup...Cup." "Kau pe hal pulak Wana?" Juwana dipandang. Gadis itu tersenyum. "Aku tau apa maksud Uni." "What?" "Tu...!"Murni dan Juwana bersuara serentak seraya muncung mereka menunjuk sebatang tubuh yang sedang menanggalkan stoking di tangga surau. "Erk?" maksud Murni dan Juwana telah difahami. Takkan aku kena pergi jumpa dia kot. Meluatnya aku kat jantan tu. "Bat, kau kan classmate dia..." "So..." Batrisya angkat kening sebelah. Aryana tersengih." So, apa kata kalau kau pergi cakap dengan dia?" "Kenapa mesti aku?" "Ala... Kau kenal dia. Sebab tu la aku minta kau pergi cakap dengan dia." "Kalau korang nak tau. Dalam ramai-ramai budak kelas, dia tu la yang aku tak pernah tegur tau? Dia makhluk yang paling diam dalam kelas aku. Ish tak nak la aku. Kau la pergi cakap sendiri." Batrisya tidak setuju dengan cadangan Aryana itu. "Habis tu macam mana ni?" tangan disilangkan. "Apa kata kau sendiri yang pergi cakap dengan dia. Lagipun Cikgu Hamzah suruh kau bagitau dia kan?" Arissa mencelah. Aryana diam sejenak. Dia megetap bibir. "Kalau... aku tak nak?" tuturnya perlahan. "No...no...no! You have to!" serentak lima gadis itu bersuara. Alamak!. Aryana menepuk dahi. "O...kay... la..." dengan ayat itu langkah diatur menuju ke surau. Bella, Juwana,Batrisya, Murni dan Arissa ikut dari belakang. Setibanya dihadapan surau Aryana menoleh kekiri dan kanan. Aik?? Mana dia? Baru tadi je aku tengok ada kat sini. Sekarang dah hilang? "Dia ambil wuduk la." Kata Bella yang bagai memahami apa yang berada difikiran Aryana. "Tau..." "Ye la tu..." Hampir lima minit mereka menunggu, empunya badan yang ditunggu muncul di depan surau. "Pergi la cepat." Bisik Murni bila Aryana masih teragak-agak. "Kejap la." Jawab Aryana. "Cepat!" Seraya itu, Bella menolak tubuh Aryana ke depan bila Carl mendekati pintu surau. "Opocot pak lebai!" Aryana menekup mulut bila dia tersedar dirinya diperhati oleh Carl. Carl agak tersentak dengan kehadiran Aryana secara tiba-tiba itu. Wajah Aryana direnung dengan tanda tanya. Apsal tiba-tiba menjelma ni? Nak kata bidadari jauh panggang dari api. Bidadari apa kalau macam ni punya perangai. "Ehem..." Carl berdehem bila Aryana masih membisu. "Err..." apsal tak boleh cakap ni? Dia menoleh kebelakang mencari teman-temannya. Wahh berani betul diorang tinggal aku kat sini. Bebel Aryana dalam hati bila melihat lima sahabatnya berada lebih kurang 10 meter darinya dengan senyuman nakal. Nak bagi ruang la konon. Ceit! "Boleh ke tepi sikit tak? Saya nak masuk solat ni." Carl bersuara bila Aryana hanya membatukan diri. Aryana angkat kepala mencari mata Carl. Mak ai! Tinggi bebenor mamat ni. Aku yang sedia tinggi ni pun paras bahu dia je? Carl angkat kening bila mata kuyunya bertentang dengan mata bulat Aryana. "Err... Petang ni..." "Petang ni?" "Denda pasal tadi kena buat petang ni." "Lagi?" soal Carl tanpa riak. Wajahnya tenang. Lagi? Boleh pulak macam tu? Heee... tak habis-habis dengan gaya cool entah apa-apa dia tu. Aryana tarik nafas."Cikgu Hamzah suruh sampaikan pesan kat awak ni. Kita kena bersihkan bengkel petang ni lepas waktu prep. Cikgu nak kita ada kat bengkel tepat jam 4.45 petang ni. Cikgu cakap kalau tak datang dia akan kenakan denda yang lebih berat. Diwajibkan hadir petang karang. Is it clear?" fuh! Macam hafal lirik la pulak. "Okay." Hah? Itu je? Just OKAY? "Anything else?" sambung Carl lagi bila Aryana masih tidak berganjak dari tempatnya. "No." Pantas Aryana menjawab. "Beri laluan. Saya nak masuk solat." "Masuk la. Ada saya kisah?" Dia berasa sakit hati menerima jawapan yang pendek dari bibir merah itu. "Tapi saya kisah." Jawab Carl pendek. "Why?" Aryana menyilang tangan di dada. Nak tunjuk berlagak lah tu. "Coz awak halang laluan saya, miss." Alamak! Baru aku perasan yang aku berdiri betul-betul di hadapan pintu surau. Bahagian lelaki pulak tu."Opss! Tak perasan." Aryana melangkah ke belakang memberi laluan kepada Carl. Carl menapak ke dalam surau. "Awak." Panggil Carl. Aryana yang sedang mengatur langkah hendak mendapatkan para sahabat yang setia menanti dengan senyuman nakal menoleh kebelakang. Langkahnya terhenti. Hanya tiga langkah yang menjarakkan mereka. "Apsal?" soalnya agak kasar. "Saya tak pergi petang karang." Mendengar saja baris ayat yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Aryana tersentak. "Apsal pulak?" "Sebab saya tak bersalah." Selamba Carl berkata. "Awak jangan buat hal. Jangan cari pasal dengan saya!" nada Aryana bertukar rentak. "Memang saya tak bersalah pun. Awak yang mulakan dulu. So, awak sendiri tanggung la..." "You..." Aryana meluru ke arah. Carl yang sudah berada di dalam surau. Niat di hati mahu je di belasah mamat bajet cool tu. "Jangan batalkan wuduk saya!" suara Carl agak keras membuatkan Aryana menghentikan perbuatannya itu. "Awak yang cari pasal dulu kan!!???" suara Aryana bergema. "Not again!!!" lima gadis yang setia menjadi pemerhati sejak tadi meluru mendapatkan Aryana yang sedang mencekak pinggang.
"Allahuakbar Allahuakbar" kedengaran suara azan berkumandang dari Masjid berdekatan.
Anisah terjaga dari tidur. Dia melihat jam loceng di meja sisi. Sudah pukul 6.00 pagi. Dia menoleh ke sisi katil.. kosong. Mana Amsyar? Semalam sesudah habis menyikat rambut, dia segera ke katil untuk merehatkan diri. Amsyar masih lagi dalam bilik air, mandi. Bunyi deburan air kedengaran. Anisah setia menunggu sehingga Amsyar keluar namun, matanya agak berat malam itu. Dia terlalu letih dan mengantuk dan setelah itu dia terlena.
Anisah bangun dari katil. Dia mencari kelibat suami yang baru dikahwininya. Mana dia? Tiba-tiba dia melihat pergerakan seseorang disebalik kegelapan bilik itu. Anisah mendekati tubuh itu. Amsyar baring di atas sofa kesejukkan. Dia berpeluk tubuh menahan sejuk. Anisah merasa kasihan melihat lelaki itu. Segera dia mengambil comforter di katil lantas diselimutnya lelaki itu.
‘Kesian awak, Amsyar.. Kenapa perlu menyeksa diri?’, rintih Anisah dalam hati.
Kemudian Anisah segera ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. Suara azan sudahpun berkumandang menandakan subuh telah menjelma. Setelah selesai mandi, dia menunaikan solat subuh. Satu kewajipan yang wajib dilakukan oleh seorang hamba Allah. Anisah menunaikannya dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Anisah menadah tangan memohon keampunan dan berdoa semoga dilembutkan hati Amsyar untuk menerimanya satu hari nanti. Dia tidak menginginkan perkahwinan ini untuk sementara. Biar lah ia kekal selama-lamanya..
Anisah segera melipat telekungnya lantas disidai di palang penyidai. Matanya tertumpu ke arah Amsyar yang masih lena diulik mimpi. Dia tersenyum. Dia segera mendekati Amsyar untuk mengejutkan lelaki itu.
"Abang.. bangun bang.." kejut Anisah lembut. Dari semalam lagi dia tekad untuk memulakan panggilan itu kepada Amsyar. Amsyar suami dia. Takkan masih nak ber’kau-aku’. Amsyar tersentak. Dia membuka matanya.
"Apaa ni, Nisa?? Kan aku tengah tidur, ni!!" marah Amsyar dengan nada perlahan. Badan dia masih lagi berselubung dengan comforter yang diberikan oleh Anisah tadi.
"Dah Subuh, bang.. Bangun la.. Nanti terlajak pula.. Abang kan nak pergi ofis?" tegur Anisah. Tangannya masih memegang lengan Amsyar. Amsyar spontan bangun dari pembaringan. Matanya tajam memandang Anisah. Dia menarik tangannnya dari terus disentuh oleh Anisah. Gadis itu terkejut.
"Hish!! Kau ni tak boleh tengok aku senang!!" Amsyar segera berdiri dan menolak Anisah ke tepi. Mulutnya terkumat-kamit membebelkan sesuatu. Dia segera mencapai tuala untuk mandi. Anisah menggelengkan kepala. Dia mendekati suis lampu. Bilik itu kembali terang.
Anisah mengambil comforter yang terjatuh ke lantai tadi ke katil. Dia mengemas katil dan bantal dengan penuh teratur. Sempat pula dia bernyanyi-nyanyi kecil menghiburkan hati. Kemudian, dia segera ke almari pakaian untuk mengambil pakaian kerja Amsyar. Walaupun semalam hari perkahwinan mereka, namun Amsyar sibuk untuk memulakan tugasnya hari ni setelah mengambil cuti selama tiga hari bagi menjalani majlis pernikahan dan perkahwinan mereka. Alasannya banyak kerja di pejabat yang masih belum diselesaikan.
‘Hmm.. baju yang mana ye nak aku sediakan?’ teka Anisah dalam hati. Matanya berpinar-pinar memandang helaian baju yang tergantung di depan mata. Bermacam-macam jenis warna yang ada. Dia mengeluarkan baju kemeja berwarna biru laut dan seluar linen berwarna hitam. Kemudian dia memilih pula ‘tie’ berwarna biru gelap. Sesuai dikenakan dengan baju biru lautnya. Baju itu segera diseterika dan diletakkan di atas katil.
Lima belas minit berlalu. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 6.50 pagi. Amsyar masih lagi berada di dalam bilik air. Hmm.. tak habis mandi lagi, ke? Subuh dah nak habis.. Anisah mendekati tandas lantas diketuk pintu.
"Nisa dah iron baju abang. Nisa letak baju kat atas katil. Nanti abang pakai la, ye? Nisa nak turun ke bawah sediakan makanan.." kata Anisah. Namun tiada balasan dari dalam. Bunyi deburan air pula kedengaran. Anisah hanya tersenyum pahit. Dia segera keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
************
Sebaik kaki melangkah ke dapur, bau nasi goreng sudah menusuk hidung. Orang gaji mama dan papa Amsyar sibuk memasak dan menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga.
"Hm.. sedapnya bau. Masak apa?" tanya Anisah kepada dua orang gajian mereka.
"Eh, Cik Puan Anis.. kami masak nasi goreng, je.. Cik puan duduk la dekat ruang makan, nanti Ida sediakan makanan" ujar Shahida, salah seorang orang gaji mereka. Yang seorang hanya tersenyum sahaja sambil sibuk menggoreng nasi.
"Takpelah.. saya pun takde benda nak buat, boleh saya tolong sikit" kata Anisah mempelawakan diri. Dia segera mengambil pinggan mangkuk lantas disusun di meja makan. Walaupun ditegah namun Anisah tetap berdegil untuk membantu.
Sedang dia sibuk menyusun, Dato’ dan Datin turun dari tangga.
"Eh? Anis.. kenapa buat kerja-kerja ni??" tanya Datin Faridah. Dia segera mengambil kerusi untuk duduk. Dato’ Azhari hanya tersenyum sebelum mencapai surat khabar di atas meja makan.
"Takpelah, ma.. Anis saja je tolong Kak Mah dan Ida sediakan makanan.. Bosan takde buat apa-apa.." jawab Anisah. Dia segera menuangkan air teh ke dalam cawan bapa dan ibu mertuanya.
"Dato’, Datin dan Cik Puan Anis makan la.. saya masuk ke dalam dulu, ye" Mak Mah, orang gajian mereka yang paling setia berkhidmat ketika Amsyar masih kecil lagi meminta diri. Mereka mengangguk. Dato’ Azhari sibuk membaca surat khabar sebelum beliau bersarapan..
"Mana Amsyar, Anis?" tanya Datin Faridah apabila sejak dari tadi dia tidak nampak kelibat anak tunggal kesayangannya itu.
"Ada dekat atas, ma. Tengah bersiap" jawab Anisah sambil mengunyah nasi goreng perlahan.
"Emm.. budak ni memang degil. Papa dah suruh ambil cuti tak nak. Sibuk nak kerja. Korang pun belum pergi honeymoon lagi, kan? Macam la takde orang yang boleh tolong dia handlekan kerja dia, tu. Zaidi tu pun boleh bantu..!" ngomel Dato’ Azhari.
"Hmm.. degil dia tu ikut awak papanya.." perli Datin Faridah.
"Eh, saya pula awak salahkan. Awak pun apa kurangnya.." Dato’ Azhari membalas kembali. Anisah hanya tersenyum.
"Takpelah, pa.. ma.. Anis pun tak kisah. Abang Am tu banyak tanggungjawab sejak dia pegang CEO syarikat.. lagipun honeymoon tu bila-bila boleh pergi, kan?" jawab Anisah. Walaupun dia agak makan hati dengan sikap Amsyar padanya namun dia kena banyak bersabar.
"Hmm.. untung Amsyar dapat isteri macam kamu ni, Anis.." puji Dato’ Azhari. Datin Faridah hanya mengangguk setuju. Anisah tersenyum.
"Good Morning, ma.. pa..." ucap Amsyar sewaktu dia turun dari tangga. Mata masing-masing memandang ke arahnya. Anisah terkejut apabila melihat Amsyar memakai baju yang bukan dipilih olehnya. Lelaki itu cuma memakai kemeja berwarna coklat terang, ber’tie coklat gelap dan berseluar slack hitam. Hatinya betul-betul terguris. Kenapa Amsyar begitu benci dengannya. Lelaki itu duduk berhadapan dengan mamanya. Dia langsung tidak memandang ke arah Anisah. Anisah diam. Tiba-tiba seleranya mati.
"Kamu betul-betul nak pergi kerja ke, Sya?" tanya Dato’ Azhari.
"Ye, pa. Kat ofis tu banyak kerja yang perlu Sya selesaikan. Tak boleh ambil cuti lama sangat" jawab Amsyar selamba.
"Kamukan baru kawin, Sya. Kesian kat bini kamu ni. Dia ambil cuti panjang kamu pulak ambil cuti pendek. Patutnya sekarang korang dah boleh pergi honeymoon tau!" tegur Datin Faridah pula. Amsyar hanya diam. Nasi goreng yang diberikan oleh Anisah diambil lantas disuap ke mulut.
"Ala, ma.. Nisa pun tak kisah samada nak pergi honeymoon ke tak. Betul tak, Nisa? Lagipun honeymoon tu kan bila-bila boleh pergi. Nanti kalau Sya free, Sya ajak la Nisa bercuti"
Anisah diam sahaja. Dia tak mampu untuk melawan kata-kata Amsyar. Lelaki itu berhak buat keputusan. Dato’ dan Datin hanya menggelengkan kepala.
Selesai makan, Amsyar segera ke ruang tamu. Tangannya menjinjing briefcase sebelum mencapai kasut di rak. Anisah hanya mengekori buntut Amsyar ke pintu utama. Lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Dato’ dan Datin pula kembali ke atas untuk menyelesaikan kerja mereka.
"Abang.." panggil Anisah. Amsyar diam. Dia leka memakai stoking. "Err.. abang balik pukul berapa hari, ni?" tanya Anisah kembali setelah lama menunggu balasan dari Amsyar.
"Kenapa?" tanya Amsyar acuh tak acuh.
""Kalau abang balik awal, boleh Nisa masakkan abang makanan kegemaran abang" jawab Anisah lembut.
Amsyar kembali bangun setelah selesai mengenakan kasutnya. "Tak payahlah kau menyusahkan diri kau tu. Aku pun tak tahu aku boleh balik pukul berapa." balas dia kasar lantas bergegas ke kereta. Anisah masih mengekorinya ke kereta. Gadis itu mencapai tangan suaminya. Amsyar terkejut. Kelakuan Anisah mencium tangan lelaki itu membuatkan Amsyar terkaku.
"Selamat jalan, bang.." ucap Anisah tersenyum. Amsyar diam. Dia menekan punat kunci kereta lantas dibuka pintu dan memboloskan diri ke dalam. Enjin kereta di’start’ dan kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Anisah hanya mengeluh. Lelaki itu langsung tidak melambaikan tangan ke arahnya. Blah macam tu aje. Dia kembali masuk ke dalam rumahnya.
Kaki Anisah melangkah ke bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka, matanya tertancap ke arah pakaian yang diseterikanya pagi tadi. Masih elok dan tidak bersentuh. Tidak perasankah Amsyar dengan baju ini? Tapi mustahil dia tidak perasan. Anisah segera mengambil pakaian tersebut lantas digantung dan disimpan kembali ke dalam almari. Dia duduk di atas katil. Tiba-tiba hatinya terasa amat sunyi. Dia rindukan abah dan mak serta adik-beradik yang lain.
'Mak.. Nisa mahu pulang..' keluh Anisah dalam hati. Dia masih belum boleh menerima perkahwinan ini namun.. kerana arwah atuk Amsyar pernah berjasa dengan mereka sekeluarga, dia redha dengan kehendak mereka. Takpelah.. mungkin hari ini aku belum menjumpai kebahagiaanku..
"Hey, pak cik Adam!" Marissa menyapa riang. Marissa tersengih. Seronok mengusik teman baiknya itu yang sedang kusyuk termenung. Adam menoleh dan tersenyum kea rah Marissa yang baru menuruni tangga. "Hai mak cik Marissa!" Adam membalas seolah menjerit Mereka berdua ketawa serentak. "Macam mana kerja hari ni?" " Heh..heh..heh..well, kau tengok aku masih hidup kat depan mata kau ni, so kira okaylah kan." "Apalah yang makcik merepek ni? Pakcik tanya lainlah," Marissa ketawa. Adam menunjal dahi Marissa perlahan. "Okay je kot." Adam menjungkit kening sebelah kiri. "Okay je kot??" soalnya kembali. Marissa tersenyum.
"Hari ini, first time aku tengok boss kecik aku tu ketawa. Wow, memang gorgeus! Boleh gugur jantung aku ni." Adam mendongak ke arah Marissa yang sedang duduk di atas sofa sambil menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen mencari siaran yang menarik. "So,kau dah jatuh cinta kat dia ke?" serta-merta Marissa berpaling ke arah Adam yang hanya duduk di atas lantai. Dia berhenti memicit alat kawalan jauh televisyennya.
"Marissa, Adam, kalau nak minum buat sendiri macam biasa ye. Ibu nak solat sekejap." Tiba-tiba ibu Marissa mencelah. Adam akan bertandang ke rumah keluarga Marissa jika tiada apa-apa aktiviti. Disitu, dia mendapat sepenuh kasih sayang dari ibu Marissa yang sudah menganggapnya seperti anak kandungnya sendiri.
"Okay, bu." Mereka menjawab serentak lalu berpandangan sesama sendiri dan ketawa. Masakan tidak, mereka pernah mendengar pepatah orang-orang lama "Jika bercakap serentak, ada tetamu yang akan bertandang ke rumah’ dan mereka akan saling berteka-teki siapa gerangan tetamu tersebut.
Ibu Marissa yang memandang telatah mereka berdua hanya tersenyum. Dia sudah biasa melihat kemesraan dua sahabat itu semenjak lapan tahun yang lalu. Kadang-kala mereka akan bergaduh dan bermasam muka, kadang-kala akan saling berkejar-kejaran di sekeliling rumah tidak ubah seperti adik beradik kembar yang tidak dapat dipisahkan.
"Aku laparlah, kau lapar tak?" Marissa bersuara selepas lama mereka terdiam sambil menonton The Pirates of Caribbean kali ke-10 yang sering ditayangkan di Astro. Dipandangnya Adam yang sedang kusyuk menonton, tiada sebarang reaksi. "Hey pakcik! Kau dengar tak apa aku cakap?" Marissa membaling kusyen yang dipeluknya kepada Adam. Adam yang sedang asyik memandang ke arah televisyen, terkejut lalu berpaling. "Isy makcik ni, bisinglah. Kau nak apa?" "Aku tanya, kau lapar tak? Sebab aku lapar, nak makan." Marissa bangun sambil memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan membetulkan urat-urat sarafnya. "Jom, aku pun lapar juga ni."
Marissa menghulurkan nasi kepada Adam. Ibu Marissa sudah pun turun untuk makan bersama. Marissa turut menghulurkan sepinggan nasi kepada ibunya.
"Huiyo, gulai lemak cili padi kegemaranku." Ujar Adam setelah mengangkat tudung saji yang menutup hiding di atas meja makan tersebut. Ibu Marissa tersenyum. Marissa mencebik.
"Ibu tahu Adam suka makan gulai lemak cili padi. Ibu masak khas untuk Adam." Adam tersengih. Marissa memuncungkan bibirnya. "Terima kasih, bu. Erm..ibu ada rasa bahang orang cemburu tak kat sini?" matanya menjeling Marissa yang duduk bertentangan dengannya. "Mulalah nak sakitkan hati orang. Ibu tak adil masak masakan kegemaran Adam seorang saja." "Bukan ke semalam ibu dah masak masakan kegemaran Marissa? Takkan hari-hari pun nak masak masakan yang sama? Jadi hari ni, ibu masaklah masakan kegemaran Adam pula." Ibunya menjelaskan supaya anak perempuan tunggalnya itu tidak berkecil hati. Adam yang sedang tersengih-sengih mengenyitkan sebelah matanya kepada Marissa. Lantas Marissa menjelirkan lidah kepada Adam. Ibunya ketawa kecil melihat telatah Adam dan Marissa. ~~~~~~~~~~
"Marissa, Mr Tommy called you to see him." suara Janice, pembantu peribadi Tommy kedengaran melalui corong telefonnya. Cepat-cepat Marissa mencapai fail berkenaan projek di Pelabuhan Klang yang terletak di atas rak menyimpan fail.
Pintu bilik diketuk perlahan dan kedengaran suara Mr Tommy mengizinkannya masuk.
"Morning Mr Tommy," "Morning," Mr Tommy yang sedang sibuk meneliti dokumen – dokumen dihadapannya diperhati Marissa. Marissa tercegat berdiri di hadapan meja. "Why are you standing there? Have a seat." Mr Tommy mula mengangkat kepala memandang Marissa. Setelah Marissa duduk, Mr Tommy meletak beberapa helaian kertas yang dipegang ke atas mejanya hampir dengan Marissa. "This is an agreement from Syarikat Maju Holdings Bhd. Saya mahu awak baca dan fahami setiap syarat dan peraturan tersebut. Esok saya mahu awak terangkan pada saya satu-persatu apa yang terkandung dalam perjanjian tersebut. Faham?" terang Mr Tommy satu-persatu dalam bahasa melayu. Walaupun dalam bahasa baku, tetapi ayatnya terang dan jelas untuk difahami. Marissa menganggukkan kepala tanda faham.
"That’s all. You can continued your work now." "Okay." Marissa melangkah keluar dan sebelum dia menutup pintu sempat matanya memandang sekilas Mr Tommy yang kembali kusyuk meneliti dokumen-dokumen yang berselerak di atas mejanya. Marissa menggelengkan kepalanya lalu tersenyum sendirian.
"Aaahhh..." Marissa menjerit kecil. Dia terlanggar seseorang sebaik berpaling ke belakang. "Sorry." Marissa mendongak melihat wajah lelaki yang dilanggarnya. Lelaki tersebut memandangnya bagai tiada perasaan. Marissa menunduk dan mengutip kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Janice cepat-cepat membantu Marissa. "Sorry Mr Nicholas!" ujar Janice sambil menundukkan kepalanya tanda hormat. Marissa memandang penuh hairan. Tanpa disedari, dia turut mengikut perbuatan Janice. Lelaki yang bernama Nicholas itu terus masuk ke bilik pejabat Mr Tommy tanpa mengetuk pintu. Marissa memandang Janice dengan penuh tanda tanya. "Dia abang kepada Tommylah. Nama dia Nicholas. Ingat ah, Nicholas Lee." Ujar Janice seolah mengerti soalan yang sedang bermain dikepala Marissa. Marissa mengangguk perlahan, dan berlalu pergi.
"Adik beradik sama saja. Tak pandai senyum. Berlagak!" rungutnya dalam hati. "Hai Sha!" Marissa menegur Sharina yang sedang sibuk menaip sesuatu. Sharina mendongak melihatnya dan tersenyum. "Kau nak apa? Sibuk!" Sharina membuat memek muka. Marissa menjelirkan lidahnya. Mereka sama-sama tertawa.
Marissa memandang Mr Tommy dan Nicholas berjalan seiringan menuju ke arah lif. Sharina turut menjengukkan kepalanya ke arah yang sama. "Itu Mr Nicholas, abang kepada Mr Tommy. Dia uruskan resort di Pulau Tioman. Jarang sangat ada disini." Jelas Sharina tanpa dipinta. Marissa mengangguk. "Diorang ni tujuh keturunan yang tak reti nak senyum ek?" Sharina tertawa kecil sambil menjungkitkan bahunya mendengar pertanyaan Marissa. Sememangnya dia tidak pernah melihat kedua beradik itu senyum atau ketawa selama dia bekerja di situ. Dia sendiri pelik dan hairan melihat sikap kedua adik beradik yang sentiasa serius itu termasuk bapa mereka iaitu Pengarah Urusan syarikat SureMaju Holding Sdn Bhd.
Marissa kembali ke tempat duduknya. Dia mula meneliti satu-persatu perjanjian yang diberikan oleh Mr Tommy sebentar tadi.
~~~~~~~~~~
"Encik Adam, sibuk ke?" suara riang Marissa menjengah ke telinga Adam sebaik telefon dilekap ke telinganya. Adam tersenyum mendengar suara itu. "Sibuk jugalah. Tapi kau punya pasal, aku terus free. Ngee.." "Saja aku nak kacau kau. Rindu nak ganggu gugat hidup kau yang tak berapa indah tu." Marissa tertawa. Adam mencebik. "Marissa Hana memang suka menganggu gugat hidup aku. Sentiasa." "Esok kau free tak? Lunch dengan aku nak?" "Nak..nak...esok pukul 1 aku jemput kau, okay?" Marissa tersenyum dan mengangguk seolah Adam berada di hadapannya. "Okay, see you tommorrow.Assalamualailum." "Wa’alaikumussalam.Daaaa.." Adam menamatkan talian. Dia tersenyum sendirian.
Interkom di mejanya berdering membuatkan Marissa tersentak. Lantas dijawab. "Hei amoi, Mr Tommy mahu jumpa you lah!" suara Janice kedengaran di corong telefon. "Okay, here I come!" Marissa tertawa kecil. Janice turut tertawa. Marissa mengenyitkan sebelah matanya kepada Janice yang sedang memandangnya. Janice mengangkat kening sebelah kirinya sebagai balasan. Mereka tersenyum. Tiba-tiba pintu Mr Tommy terbuka, dan dia berdiri memandang dua gadis yang sedang sibuk tersenyum di hadapannya. Marissa dan Janice terdiam.
"Hai Mr Tommy, morning!" ucap Marissa tersekat-sekat. Mr Tommy hanya menganggukkan kepalanya tanda membalas ucapan Marissa tersebut. Janice hanya tersenyum. Mr Tommy mengatakan sesuatu kepada Janice dalam bahasa Kantonis. Janice mengangguk seperti baru menerima arahan. Marissa hanya memerhatikan, tidak berani bertanya apa-apa.
"Let’s go!" Mr Tommy memberi arahan. Marissa terkedu. Dia memandang wajah Janice yang sedang duduk di tempatnya. Janice memberi isyarat supaya dia mengikut Mr Tommy yang sudah bergerak ke arah lif. Marissa cepat-cepat melangkah, sempat dia mencapai beg tangannya di tempat duduknya sebelum berlari-lari anak menuju ke arah lif. Mr Tommy sudah tiada di situ.
"Alamak! Mana pula perginya mamat ni? Bernanahlah telinga aku kejap lagi ni. Cepatlah wahai lif." Marissa merungut perlahan sementara jarinya menekan-nekan butang lif. Setibanya di lobi, Mr Tommy sudah menunggunya di dalam kereta Ferrari merahnya. Betul- betul di hadapan pintu masuk utama. Marissa berjalan laju ke arah kereta tersebut. Mr Tommy menjeling sekilas apabila Marissa melabuhkan punggung di tempat duduk sebelahnya.
"You are late, Marissa!" ujarnya tegas. Marissa menunduk. "Sorry Mr Tommy!" "Time is money, so please don’t waste my time!" Marissa hanya mengangguk tanda faham. "Kita nak pergi mana ni Mr Tommy?" soalnya apabila masing-masing mendiamkan diri. "Syarikat Maju Holdings Bhd." Jawabnya sepatah. Mukanya serius dan langsung tidak menoleh, hanya memandang ke depan. Marissa diam, tidak berani bertanya lagi. Takut dimarahi Mr Tommy. Dia memandang ke arah jalan raya yang sibuk.
"Hai Tommy, Marissa. Apa khabar?" Encik Hamid tersenyum sambil bersalaman. "Baik sentiasa."ujar Marissa. Mereka berdua tertawa kecil. Mr Tommy hanya mengangguk tanpa segaris senyuman. "So macam mana dengan perjanjian kita? Ada apa-apa masalah?" soal Encik Hamid. Mr Tommy memandang Marissa seolah menunggu jawapannya. Marissa tersenyum. "Mengikut dari apa yang saya baca dan teliti, semuanya okay. Tiada masalah. Tiada berat sebelah, ianya adil kepada kedua-dua pihak." Marissa memandang Mr Tommy di sebelahnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, kemudian memandang Encik Hamid kembali. "Ya, saya bersetuju dengan syarat-syarat yang tertera didalam perjanjian tersebut. Saya berharap kita akan bekerjasama dengan baik di masa hadapan.’ Mr Tommy mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Encik Hamid tersenyum sambil mengangguk memandang Marissa dan Mr Tommy. Mereka sama-sama menurunkan tandatangan di atas kertas putih yang mengandungi syarat-syarat perjanjian di antara dua syarikat tersebut.
~~~~~~~~~~ Keadaan yang senyap dan sepi didalam kereta Ferrari tersebut mengundang resah dijiwa Marissa. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan yang membosankan itu. Lantas jemarinya menekan butang on untuk menghidupkan radio. " Alamak, lagu cina pula dah!" gumamnya dalam hati. Ditekan-tekan butang ‘next’ hingga ke siaran Hit.fm, kemudian dia mengangguk perlahan dan tersenyum. Mr Tommy memandangnya dengan wajah penuh tanda tanya. Marissa yang perasan akan pandangan itu, hanya tersenyum kelat. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Isy, dia marah ke?" "Err..sorry, if you don’t mind. Can I?" Marissa mengerutkan dahi, membuat muka simpati. Mr Tommy menjeling dan menekan butang off. "Huh.. tak sporting langsunglah mamat ni. Kedekut!"Marissa mengeluh kecil. Kata-kata itu hanya berlegar didalam hatinya sahaja. Dia kembali memandang keluar melalui tingkap kereta.
Anis mengelap peluh yang mula terbit di dahinya. Selepas menyelesaikan tugasnya, Mak Timah mengajak Anis ke bilik orang gaji yang terletak di belakang rumah itu dan berhampiran dengan dapur. Mak Timah dan Anis masuk ke salah satu bilik di situ. "Ini bilik siapa, Mak Timah?" tanya Anis, "Ini bilik Anis lah. Hm, nanti bila locing rumah berbunyi, Anis kena buka pintu ya," Mak Timah memberitahunya. Anis mengangguk. "Siapa yang nak datang malam-malam buta ni?"tanya Anis kehairanan. "Sebenarnya tak ada sesiapa yang nak datang tapi tuan muda yang pulang. Tuan muda tu anak kepada Puan Sri. Namanya Aiman Daniel. Tuan muda biasanya pulang lewat malam. Biasanya Mak Timah yang bukakan tapi sekarang kamu pulak," kata Mak Timah sambil tersenyum kecil. Anis mengangguk. "Bilik Mak Timah kat mana?" tanya Anis, "Di tepi bilik kamu je. Kalau kamu hendak apa-apa, panggil Mak Timah ye," kata Mak Timah sebelum beredar pergi.
Jam di dinding bilik Anis menunjukkan pukul 1.00pagi. Ting Tong,!Ting Tong,!.. Bunyi locing rumah kedengaran. Anis bangun dari tidur nyenyaknya lalu memegang kepalanya tang terasa sakit kerana bangun dengan tiba-tiba. Perlahan-lahan, dia memadang ke arah jam di tepi katil. "Pukul 1 pagi? Lambatnya tuan muda rumah ni balik," rungut Anis kerana tidur lenanya diganggu. Dia kemudian terus bergegas untuk membukakan pintu. Selesainya dia berbuat begitu, amarah lelaki di hadapan mula meletus. "Lembap betul. Tidur mati ke?!" tanya lelaki dihadapannya dengan kasar. Anis berundur setapak. Dia kecut melihat wajah bengis lelaki itu. Dia juga tidak tahan bau yang melekap di baju tuan muda itu. "Ma..maaf, tuan," ucap Anis tergagap-gagap. Dia memandang lelaki yang sudah berubah bingung dihadapannya. "Siapa kau?" tanya Aiman Daniel dengan angkuh. Anis memandang lelaki itu dengan pandangan kagum. Lelaki itu memang punya daya tarikan. Dengan wajahnya yang tampan dan badannya yang tinggi dan tegap, dia memang mampu menarik perhatian di mana sahaja dia berada. "Hei, pekak ke?! Aku tanya kau siapa. Kenapa kau ada kat rumah aku?!" tengking Aiman Daniel lagi. Anis terkejut dengan tengkingan kuat itu. "Er, saya orang gaji baru, tuan," kata Anis dengan perasaan takut. "Orang gaji baru? Ha, kau rupanya. Baru hari pertama kerja dah malas. Lepas ni macam manalah. Kau nak makan gaji buta ke?!" tanya Aiman Daniel kasar. Anis memandang wajah Aiman Daniel dengan geram. ‘Muka handsome tapi perangai hancur!’ marah Anis dalam hati. "Kenapa pandang aku begitu? Kau dah berkenan ke? Maaflah, kau bukan taste aku, orang gaji!" kata Aiman Daniel angkuh lalu berlalu pergi. Anis mengetap bibir. Geramnya!
Yahooo..akhirnya aku dah habis berjuang..moh pulang ke desa..aha..malas nak pikir sape yang menang..lecturer atau aku yang menang..yang penting aku nak balik..haha..otak pun dah letih ni..tapi bile pikir balik aku nak gi enjoy ngan diorang dulu..uh bestnyer..peneng...tunggu kepulanganku..
"A’kum..mama..ira dah habis exam..ngah berciap ni ..ngemas2 beg.." "w’slam..camne..ok?".. "owh..soklan cepumas..mama nak dengar jugak ke jawapan ira?hehehe..xyahlah kot..ma..ira naik bus kul 9 pagi sok.." "yelah..hati2 yer..ade pepe hal call mama" "okeh ma..saaayang ma...kiter jumper beberape ari lagi ek" "eh..nanti da sampai call mama..nak gi berape hari ni?" "2 3 hari je kot..cukup dah tu nak lepas rindu..hehe"
Chaiyok..mengemas kiter mengemas..dahlah nak kene kemas sampai licin..gayer macam xnak bagi aku duk sini dah sem depan..huh..susahnyer..aku ni dahlah banyak bantal..bantal kaki,bantal tengkuk,peluk,tangan,bucuk,wangi sumer ader..ish..xtau nak campak maner ni..sumbat jer..malam ni clebrate dulu ngan diorang kat cni...
"woi..amboi..da berkelah tak ajak aku..kureng punyer rum8 n rum8 angkat aku nih.." "oih..lex r shaz..hang serabut sangat tadi..kami makan dulu..dah siap belum ngemas?aku sampai xleh nak lalu dalam bilik tu..dah macam hang sorang je duk dalam bilik tu" "entah..tempat tido aku yang kat bawah tu pun cnfem penuh ngan barang2 ko kan?"hahaha..rum8ku,mali n rum8 angkatku,shida(walaupn biliknyer just kat depan bilikku..sentiase menumpang kasih dibilikku kerna rum8nyer lari)..sesuki lutut diorang jer gelakkan aku.. "okeh..korang malam ni tido lua!!" Alamak,merajuk pulak makcik bedah ni.. "maner de..ok bace doa makan..sape nak jadi imam ni?aku belum baligh..heheeh..korang naik bus kul bape esok?kite keluar same2 ek..aku kekurangan keberanian r..dah ditelan paper microb tadi.." "ok jer..aku kul 9.30..ko mali" "aku...hehee" alamak lupe..makcik ni abang sayang dier mai ambik..hum..kan best kalo der pakcik maner maner sesat datang ambik aku..aa..tak yah aku susah2 nak gi pudu tu..huhu..bile entah nak jumper si dier tu..hikhik..lebih2nyer berangan.. "oit shaz..tepon ko..amboi..ingat pasal paper microb tadi ke?" "ha?haah la sangat..xkuase aku..helo..mama..kenape ma?ape ma?balik rumah dulu?ira kan dah beli tiket nak balik peneng..hah?gi ngan mama?abah sekali?ngape ni?nak gi mane ni?umm..ok.." "kenape shaz?" "entah..mak aku suruh balik umah dulu..pastu baru aku gi peneng..parents aku nak gi saner gak..nak gi rumah saper tah..camner ni?aku dah wat muka seposen..tak leh la aku berseronok sehabis gile kat saner..kene la jadi waras bile parents aku ader..tak leh la wat aksi gile yang ala ala leh kene tangkap masuk tanjung pulasan..huhu..aku nak wat reunion... walaupun 4orang jew..kang masuk mak ayah aku..huhu..camne sih..
----------------*****-------------
"Ira..nilah makcik zaliah..ira ingat tak?dulu mase kite duk kat sg.ara dulu sebelum kiter pindah perak..yang duk sebelah rumah kite tu..ingat tak?selalu bawak ira gi jalan2".. alamak..saper pulak nih..otak aku limited r..camner aku nak ingat..mase kecik2 dulu..budak2 sekolah menengah pun kire nasib baik je yang aku ingat tu.. aku sengih bagi cnfdent ckit nak jawab..kang kalo aku xsenyum..lagi bertambah sakit makcik ni..hehee "owh..ingat..k o t..hehe..makcik ape kabar?"alamak shaz..ngape ko tanyer lagi..dah nampak dier duk terlentang atas katil ko leh tanyer lagi..lex2..um..cover2..hehe..senyum..tambah gule cikit..ok..huh.. aku nak keluar nih..jumpe diorang..camner nak cakap kat ma ni..amboi..sakannyer ma sembang..umm..leh kalah team aku yang nak jumper satgi nih.. "ira..nape nih senyap..hum..tu..tepon da bunyi2 tu..diorang dah sampai ke?" "ye ma.." "ira nak keluaq yo? Bleh suruh abang rul antaq" ngan menuturkan loghat utare makcik tu senyum,nasib baik aku paham...ish..tapi ngape aku rase cam pelik jer style die senyum..pelik2..mungkin sebab dier sakit kot..tu yang macam terlebih gule batu tu gayernye.. "emm..xpelah makcik..ira boleh pergi sendiri..lagipun ira biase jugak ngan tempat2 kat sini..ingat lagi rasernye" senyum yer shaz..jangan kurangkan kemanisannyer..xper..xkene kencing manisnyer..okeh..berciap nak berangkat dari zon yang tidak keruan ini..naik kebas pipi aku duk senyum je kerje..macam kerang busuk je raser..sengih je..huh..
okeh shaz..mane hensetmu..purse..handbeg..tudung ok?baju?..okeh.. "da ciap?jom!" oh! mak engkau jangan melompat!..huh..saper nih..suare kalah suare lembu nih..garaunyer mak oi..dier cakap ngan aku ker? Saper nih? Bile dier masuk?ngape suare die camtu?dier makan aper?wat xcersise anak tekak berape kali seminggu nih?..shaz..ngape ko mengelamun nih..tutup mulut la..huh.. "ira..pergilah..abang rul dah tunggu tu.." hah??sape?abang mane nih?bile tahta aku sebagai anak sulung diturunkan nih??mama..sampai hati..hehehe.. "ape ma?" "tu..abang rul dah tunggu kamu tu..pegilah..jage diri elok2..kirim salam kat diorang nanti" "ha..ok..eh jap..sape tunggu ira tadi?" "abangg rul lah..yang tadi tu.." sape tu?mama..ira xnak mati lagi..ngape ma leh caye kat orang tak dikenali suruh anta ira...maaaaa.. "ira takut ma..ira xkenal pun dier..ira gi nek bus jelah" "lah..awat pulak nak takut..tu kan abang rul..anak makcik..xper..ira pi ngan dier jer yer.."tambah si makcik tu..huu..xkan aku sesuke kaki aku je nak ikut dier..die tak pelawe aku pun..dah tu..aku xkenal pulak tu..baik aku ikut anney yang jage gate kat sekolah tadika aku dulu..hukhuk..camner nih..ish..kaki nih..lex2 dier jew nak ikut pakcik tu..dah r xkenal..kang dier bawak lari kang..huu..ma..maafkan ira kalo ape2 jadi kat ira nanti..abah..doakan roh ira berbahagia disaner..ira wakafkan sumer bantal2 ira kat saper-saper yang teringin..huu..
Dalam kerete..huh..senyap jew..bukan shaz ni kalo senyap camni..tapi aku tak boleh nak bukak mulut..entah saper letak gam entah.. "nak gi maner nih?" "disneyland!..eh..eh..bukan..bukan..emm..maner ek?" ape aku nih..ish..wat malu je.. hish ngape kalo dier nih cakap selalu bagi aku terkejut..ape die nih dah bunuh berape orang r ngan suare die tu? Kat ner ek?dulu time outing main naik jer bus yang tulis tempat tu..ape ek name tempat tu..cepat shaz pikir..dah..die jeling aku pulak..sah..dier nih penah bunuh orang nih.. "ha..peneng mega mall" heheh..skema nye rase..kalo diorang tau nih mesti bantai gelak..nak wat camner..aku xingat r panggil tempat tu ape..skema pun skema r..tapi pakcik sebelah nih tak sengih pun..ok r kot.
Dah sampai..a..xsabarnyer nak jumpe diorang..yezza..akirnyer..aku berpijak kembali ke tempat nih..okeh..cepat turun..cari diorang.. "nanti nak balik call"sambil wat muker pembunuh yang kejam..tambahan..suare sekali..nasib baik aku tak terkejut lagi skali..aku wat bodo jer,bukak pintu,hee..rase macam nak melompat jer keluar dari kereta nih..seronok sangat..tapi..disebabkan aku tersedar aku nih pompuan,sabar ek..gune pintu dengan sebaik2nyer..tutup..eh nanti dulu.. "time kasih pakcik..alamak..ops.." tutup pintu cepat..huh..nak wat camner..dah terbiase cakap macam tu kat pakcik drebar bus yang selalu aku sewe setiap hari gi fakulti..nasib badan ko lah si suare garau..
------------********------------
Maner diorang nih..kate tunggu dekat kfc..batang hidung pun tak nampak..batang leher ayam aku nampak r... "cassss...!!!" alamak..ini nak wat anncment pengenalan name aku ke?diorang nih..tak berubah..ceh..gayer cam aku ni barubah je..hehehe..aku lambai tangan..akhirnyer..berkumpullah keempt2 ahli kumpulan MPR – my physical romance@minah paling riuh yang ditubuhkan di kmpp@matrix peneng..kikiki..
kitorang makan..gelak..makan..gelak..sembang..gelak....sembang..gelak...hehe..cam tak berape betol r sikit..sumer cerite terbukak ..lia dah couple dah ngan mamat yang dier duk usher2 time kat kmpp dulu,zaf..teringat dulu camner geng2 kitorang nih sanggup datang awal kelas tutorial chemistry walaupun itu benda paling susah nak wat..tapi kitorang sanggup coz nak bagi support kat lia coz..dier leh usher budak tu time tu..hehehe..ifa pulak..humm..stili ngan cik abang dier..farah..still cam dul,relex je..hikhik..aku.. "shaz..ari tu zaf cakap die ade jumpe khusyairi.." dup!..jantung ku mengelepar..ala2 nangke busuk jatuh dalam tasik..khusyairi?..ish..jaganlah sebut name dier..xkeruan aku.. "kenape?" ceh tanyer gak tu.. "tak de pape..hehehe..rindu lagi ek kat dier?"..tuuutttt...yer ker?..cepat shaz jawab.. "nak aku jawabkan ker shaz?" farah dah menyampuk..taulah dier tau sumer citer pasal aku..janganlah nak kecoh 1 kfc nih kak farah oi..aku pijak kaki dier..hum..ambik ko..dah lame aku tak practic bende nih..farah senyum sambil cover..sakitlah tu.. "kenapenyer?"aku wat muker takde perasaan..aku memang terer wat aksi nih..diorg sumer dah senyum2 sinis..diorang sumer nih tau ker?aku jeling farah.. "ko bagitau diorang ke"?aku bisik kat die..dier senyum dan menambahkan lagi kelebaran senyumannyer itu.. "faraaahh!!!" "alah shaz..lex r..ngan aku pun hang nak sorok..ni yang tak best nih..kalo farah tak habaq..smpai lor pun aku n lia taktau..kejam noh..tak mau konsi ngan kami..xpe..sapelah kami ni kan lia?" dah..diorg wt muke pulak.. "wey..xder la..aku segan..r..bukan ade pape pon.." "ok r tu..bukan senang tau nak dapat camtu pun..ramai lagi geng2 aku tu yang duk gigit jari jer tengok khusyairi tuh.."..humm..aku nak wat per nih..aku dah agak dah..topik nih wajib nyer keluar sebgai bahan perbahasan MPR..kalo mase kat matrix dulu aku suker..hehehe..xcited abis kalo nampak dier..sekarang..entahlah..kalo boleh..aku malas nak pikir.. "dah r wey..jom gi jalan2..dah lame tak tawaf dalam nih.." "wokeh..lets go".
Sumer dah dibincangkan..dari hal kat u masing2 sampailah hal kat matrix dulu..dah disimpulkan kesemuanyer..tak sedar pun maser berlalu..aku baget nak tido umah ifa..dier yang jadi tuan rumah..kitorang sumer jauh2..hehehe..jauh r gak..bestnyer bermalam bersame2..macam dulu2..hehehe.. tibe2 hensetku menyanyikan lagu ost sassy girl chun hyang.. "hello" "hello..dah habis belum? Abang duk kat area2 sini je nih.." alamak saper nih?bile pulak aku ader abang nih? Sah salah number nih.. "maaf encik..salah numbr ni..sayer xder bukak cawangan lagi untuk sape sape jadi abang saye..ok" aku matikan panggilan..best gak kenakan orang.. hehehe..diorg pandang aku ngan pandangan maut..hehehe..tau sangat aku..memang suke kenakan orang..tu sikit je tu..belum keluar yang master punyer lagi. Baru betol2 kaw..hehehe..lah..bunyi lagi tepon nih.. "hello.." "ira dah habis belum!?"suare cam nak marah je..saper nih..raser macam cakap ngan aku..panggil ira pulak tuh..hish..family aku je tau boleh gune panggilan tu..sesuke dier je.. "sape ni..saye tak kenal awak..salah nmbor ni" "Ira shazira kan? Abang dah ade kat depan nih..cepat lah turun..dah nak malam nih" makkk..saper nih.. "encik..encik ni sape?kenape nak suruh saya turun pulak ni?saye tak kenal encik lah.."aku tengok muke geng2 aku..sumernyer dah tertanyer2..aku geleng je. "ini pakcik yang awak tumpang naik kereta dier mase datang tadi!" Allah!...huh..ambik ko shaz.. "err..err..owh.." lidah aku dah wat aerobik 379darjah. "cepat turun!" "eh nanti..orang tak balik lah...hello..hello..hish.." ngek r pakcik nih..nyampahnyer aku..dah r selalu bagi aku terkejut..dah lah aku tak kenal dier..yang aku tau anak makcik ape tah..tak ingt aku..heeee..benci..aku nak tido ngan kawan2 aku la..suke2 dier je suruh orang balik..mak aku pun dah bagi izin la..heee..memang ngek r..mentang2 suare dier macam tu..ingat aku takut la tu..huuuu..mama... "kenape shaz?" diorang dah pelik dah tengok muke aku kerut2 macam bom dah nak meletup.. aku mendengus.. "xpelah..aku tak jadi tido ngan koranglah malam nih..kite jumpe esok..esok nak gi kolejkan?"diorg angguk.. "kenape?" "entah..aku punyer drebar dah naik gile..seronok agaknyer jadi drebar aku ni.." "drebar?sejak bile pulak ko ade drebar ni?" "sejak pagi tadi..oklah..kite jumpe esok..tak per kite ader 2 hari lagi kan?"aku cube senyum..cian geng2 aku,takberape nak jadilah rancangan kitorang malam ni kalo sorang takde.. "sori ek..jumpe esok kul 9.30pagi kan?kat cafe B ek..aku balik dulu..bye"
Setelah pukul 3.00 petang, akhirnya rombongan dari Tokya untuk Sapporo tiba. "wah...Tebalnya salji!!" Miako kelihatan begitu gembira sekali menyebabkan kawan disebelahnya, Nay tertawa. "Dah lama salji tak turun kat Tokyo kan? Kali ni, kita akan main puas-puas!" kata miako lagi gembira.
Baru sahaja Nay hendak memulakan percakapannya, tiba-tiba guru pengiring rombongan tersebut bersuara. "Okay, sebentar lagi kita akan tiba di hotel. Saya harap kamu semua dah sedia sebab lepas ni kita akan enjoy puas-puas lepas kamu sume asyik strugle dengan exam!" "WUUHUUU!!!" semua pelajar di dalam bas tersebut bersorak yanda gembira termasuk Miako dan Nay.
Akhirya mereka tiba di hotel tersebut. "Mak oii! Besar betul hotel ni! Macam tak percaya je yang kita akan menginap kat sini Haha!!" kata Nay. Miako mengangguk sambil tertawa. "Macam mana caranya pun, kau kena percaya jugak sebab nil ah hasil wang yang kita sume kumpul. Untuk lawatan dasyat nih!" balas Miako.
Petang itu, mereka serombongan tidak melakukan aktivit apa-apa lagi sebaliknya mereka hanya menikmati bilik masing-masing sepuasnya. Ada yang melihat bilik air, melompat-lompay di atas tilam bersama rakan-rakan dan lain-lain. Ada juga yang saja-saja main bebola salji di luar.
******************************
Pagi itu, Miako merupakan orang yang pertama sekali bangun dari tidur walaupun matahari sudah menaikkan tirainya. Mungkin kerana cuaca yang sejuk menyebabkan ramai orang yang masih lena tidur. Namun tidak pada Miako. Jika dia masih mahu tidur maka dia akan berasa rugi. Oleh itu, dia terus keluar dari hotel setelah memakai baju panas dan menggeliat sepuasnya.
"Ahhh...nikmatnya pagi!!!" katanya lalu memandang ke bawah dan melihat sesuatu yang kelihatan seperti pasir tetapi bewarna putih. Ya, itu adalah salji yang sangat putih dan sejuk. Miako lantas mengambilnya lalu membuat satu bebola. Setelah itu dia berlari kehadapan secara perlahan dan ingin membaling bebola salji itu sekuat hatinya tetapi tiba-tiba pergerakannya terhenti. Miako kini berdiri tegak dan menjatuhakn bebola salji tersebut.
Rupa-rupanya dia sedang terpaku melihat sebuah rumah yang sangat cantik dan besar. Boleh dikatakan sebuah country house seperti yang terdapat di negara-negara barat. "Cantiknya.." katanya keseorangan lalu pergi kearah rumah tersebut.
Setelah dia tiba disitu, dia terus mengelilingi rumah tersebut sambil tersenyum,kagum. Tiba-tiba, sekali lagi Miako terperanjat apabila terdengar suara seorang lelaki tertawa. Miako terus pergi kearah suara yang didengarinya itu.
Memang betul apa yang didengarinya kerana memang ada seorang lelaki yang sedang membuat dan membaling bebola salji sambil tertawa sendirian. Miako memerhatinya desebalik pohon yang sudah mati yang hanya tinggal ranting sahaja. "Pelik.. orang ni betul ke tak?" katanya kehairanan lalu terpegang sebatang ranting dan krak! Ranting tersebut patah. "Alamak!"
"Siapa tu? Ada sesiapa ke?" pemuda itu tersentak namun dia tidak menoleh kebelakang. "Erk.. apa aku nak buat ni..Err.." Miako mula berundur secara perlahan beberapa tapak.
Berpindah ke sekolah baru ni memang banyak dugaannya. Kena buli la, tak kenal cikgu, takde kawan…macam-macam lagi la. Tambah-tambah lagi kalau kita memang tak kenal langsung tempat tu. Suasana baru, semuanya serba baru. Memang betul-betul kena peramah. Friendly dengan semua orang. Dugaan-dugaan… Tapi bukan aku yang pindah. Ermm…ada la sorang budak baru ni. Masa tu aku Form 4. Kira ni semua kenangan la, masa zaman aku sekolah dulu. Dah lama sangat dah. Dah dekat 9 tahun. Aku sekarang ni pun dah kerja. Ermm… Aku start cerita ni masa aku Form 4 tulah ye. Kalau cerita dari awal, tak best. Ye la, hidup aku ni membosankan. Tak ada apa-apa pun. Hanya aku… Budak tu namanya…ermm…Darius. Aku panggil dia Yus je, nak senang. Daripada panjang-panjang tu. Budak ni mula-mula diam je. Ye la, budak baru. Kononnya baik la tu. Pemalu… E, nyampah gak. Muka dia boleh tahan la. Ada gaya jugak, tapi aku tak hairan pun semua tu. Aku peduli live aku je. Nak dimulakan cerita, masa ni budak ni dah jadi nakal dah. Bila dia dah start berkawan dengan budak-budak nakal sekolah. Daripada malu nak pandang perempuan, terus tukar, dah berani ngurat budak perempuan. Jangan tak tahu, ada yang sangkut tu. Perempuan kan mudah cair. Kena ayat sikit dah meleleh. Aku ni je yang macam orang tak ada hati. Perasaan. Ar…sebelum tu, Darius ni actually satu kelas dengan aku. Aku geli sebenarnya couple-couple satu kelas ni. Rimas pun ada. Hari-hari jumpa, tak bosan ke? Dia suka cari pasal dengan aku. Masa first kenal, aku malas nak layan… Buat macam tak kenal je.
"Hai, tumpang tanya boleh?" Aku buat donno je. Tengah baca buku masa tu. Majalah je. Tapi ada unsur ilmiah tau. Tak silap aku, majalah FOKUS. "E, dia tak layan la…" Suka hati aku la. Aku buat diam je. Sebenarnya control ayu pun ada gak. "Nak tanya apa?" Takkan aku tak jawab kan. Nanti dia ingat aku sombong pulak. "Ha…ingatkan bisu…" Aku jeling tajam kat dia. Kawan dia si Aman tu dah tersengih-sengih kat aku. Ada hati nak kenakan aku rupanya. Takpe aku layan. "Kalau bisu aku tak sekolah kat sini la. Pergi sekolah OKU tu ha." "Ala, gurau sikit pun tak boleh…tak cun la camtu." Ermm…baik aku diam je. Nanti lagi layan, lagi sakit hati. "Ar…buku apa awak baca tu?" Eh, tu je nak tanya? Buang masa je. Takkan tak tahu. Semua budak sekolah baca buku ni. "Tak nampak ke tulisan kat luar ni…FOKUS." "Eh, marah pulak…" "Dah la tu Yus, macam liat je. Dia takkan layan kau…" Ha! Tau takpe. Apa lagi, blah la! "Ala, nak kacau sikit pun tak boleh. Bergurau antara kawan-kawan, tu pun salah ke?" Dia terus pergi. Kesian pulak aku tengok. Kenapa aku kerek sangat dengan dia? Rasa bersalah pulak…
Habis kelas tengah hari tu, aku tunggu depan pagar sekolah. Tayar basikal aku tak cukup angin, so aku di hantar oleh abah. Kejap lagi dia sampai. Bosan-bosan tunggu dekat pak guard tu, terjengul pulak muka mamat ni kat situ. Dia jalan kaki. Naik bas kat depan tu rasanya. "Hai, Min…" Fuh! Nasib baik Hana muncul. Mamat tu asyik pandang aku je. Seram sejuk pun ada. "Nana…kau balik naik apa? Bukan kau bawa motor ke pagi tadi?" "Minyak habis la. Muzam pergi belikan untuk aku. Yang kau ni pulak?" "Aku tunggu abah aku. Kejap lagi sampai la tu." Tapi mamat tu dah blah. Lega pulak rasa. Dari tadi berdebar-debar je. "Min, kau dengar cite tak?" "Cite? Cite apa?" Hana ni bukan kaki gosip. Tapi, bila dengan aku, macam-macam yang dia nak cerita. Aku la tukang dengarnya. "Ainul…budak gedik tu. Dah couple dengan Shah. Shahmi, budak akaun tu." "Ainul? Apa kaitan dengan aku dia couple dengan siapa?" "Dengar la dulu, tak habis lagi ni. Semalam…aku dengar la…semalam lepas keluar dating, si gedik tu singgah rumah Shah. Kebetulan rumah Shah takde orang masa tu. Kau bayangkan apa yang diorang buat…" "Hish! Tak baik fitnah orang. Orang tu tak buat dosa, kau yang dapat dosa nanti." Si Hana ni pun satu, cerita macam ni dia nak bagitau aku? Buang masa aku dengar. "Heleh…tak layan la konon tu. Habis masa si Lily tu tak nak balik rumah, nak pulak kau ambil tahu." "Lily tu lain, Na. Dia cousin aku. Takkan aku nak lepas tangan je. Ainul tu pulak…ala, macam kau tak kenal minah tu." Ermm, kes si Lily ni pulak, ikut jantan. Entah apa si jantan tu dah baca kat dia sampai nak tinggalkan keluarga. Kasihan dengan Mak Uteh aku tu. Tapi sekarang Lily dah tak sekolah sini. Pak Uteh aku dah pindah ke UK. United Kingdom ye, bukan Ulu Klang. Semua anak-anak dia belajar kat sana, termasuklah Lily. Sebab malu jugak. Lily tu kan anak perempuan tunggal. Tak boleh biar tu. "Aku kenal la Ainul tu macam mana. Tapi, ni cite terbaru. Tak sampai ke telinga mana-mana cikgu pun lagi, termasukalh pengetua. Hanya dikalangan sekutu-sekutu yang rapat dengan Shah tu je." Wah! Cepat pulak si Hana ni dapat berita. "Mana kau dengar ni semua?" "Muzam. Dia kan baik dengan budak kelas Shah." "Kau percaya dengan Muzam tu? Jangan-jangan dia getah kau tak…" Si Muzammil ni pun tak boleh percaya sangat. Aku pernah kena. Tapi…malas nak cerita la. Buat malu je. "Tu, aku tak tau la. Kalau Muzam tipu aku, memang aku dah kena getah la. Tapi, kalau takde angin, macam mana pokok nak begoyang. Kalau cite ni tipu je, macam mana boleh timbul pulak?" "Yang kau ni beria nak cite kat aku, apahal?" Opps! Lupa pulak…Hana ni sukakan balak si Ainul tu. Faizal poyo yang suka sakat aku masa sekolah rendah dulu. Waktu rehat je mesti kena buli. Yang paling tak tahan, aku kena jadi assistant dia. Habis Luna yang suka control cun tu, takde kerja la! Satu je yang aku boleh terima pasal si Faizal ni, dia satu kepala dengan aku. Selalu jugak la dia ajak aku pergi memancing kat kampung sebelah. Tapi asyik dia je yang dapat ikan. Aku, anak ikan pun belum tentu. Yang slacknya sekarang, Faizal couple dengan Ainul. Budak lipstick yang gedik, yang suka kenakan adik-adik junior. Hana kawan baik aku ni pulak, cinta dalam hati. Daripada Form 1 sampai la sekarang ni, Faizal tak pernah tahu pun perasaan Hana pada dia. Setia betul cik Hana ni. Dan bila dia tahu si Ainul tu buat perangai, mula la tak senang duduk. Mengalahkan minah gosip, cik Siti Haidar tu pulak. Tapi cerita Faizal dengan Ainul ni, dah basi. Semua orang dah tau. Sekejap baik, sekejap gaduh. Lepas tu gaduh balik. And then baik balik. Yang selalu jadi punca pergaduhan, si Ainul tu la. Buat perangai. Bila susah, cari Faizal. Bila senang, keluar dengan jantan lain. Yang hanginnya, si Faizal ni terima je apa yang awek dia buat. Tak de perasaan ke? "Macam kau tak tahu kawan kau ni, Min…" Ai…Hana ni, pandai pulak buat ayat touching. Tadi bersemangat, dah layu pulak sekarang. "Aku bukan apa, Na. Cite si gedik tu dengan Ijae, aku dah muak la. Dah tau dah ending dia. Walaupun klimaks dia tak sampai lagi." Hana dah tarik muka dengan aku. Suka hati kau la Hana. Aku dah suruh dia cakap dengan Faizal. Straight to the point. Tapi dia yang tak nak. Takut perigi cari timba. Ada ke perigi cari timba? E, zaman sekarang ni orang dah tak pakai perigi la. Shower kat dalam toilet tu ada la. "Ermm…Ijae tak tau ke pasal ni?" Saja tanya, nak sejukkan sikit hati Hana. Tapi Hana jungkit bahu je. Maknanya Faizal tak tau la tu. "Sabar la, Na. Aku pasti, Ijae akan jadi boy kau jugak suatu hari nanti." Lepas aku cakap tu, terus keluar gelak besar si Hana ni. Apa kes Hana ni? Angau sampai gila? "Oi! Yang kau buat ayat macam tu, apa hal? Aku dah biasa la dengan cite Ijae ni. Tak payah nak pujuk aku. Aku pun rasa macam dah takde perasaan kat dia. Cuma debaran tu ada sikit je. Itupun tinggal sisa-sisa je. Hahaha…" Ceh! Penat aku susun ayat nak sedapkan hati dia, kita pulak yang terkena. Terus la aku tarik muncung panjang-panjang. "Ala, jangan la marah, Min. Bukan selalu nak gurau-gurau macam ni. Sekarang dah dekat hujung tahun. Lepas tu tinggal setahun je. Habis SPM dah susah pulak nak jumpa. Especially kau tu." Aku? Apa kena-mengena dengan aku? "Kenapa?" Walaupun aku macam dah tahu sebabnya, saja tanya, nakkan kepastian. "Ingat aku tak tahu. Mama kau nak hantar kau dekat abang kau kat Australia tu kan?" Hana dah tau? Mana dia tau? Ermm…ni mesti kerja adik aku si Zarith ni. Mamat sorang lagi ni, tak boleh simpan rahsia. Terutama rahsia aku. Semua benda dia nak heboh. Kalau boleh, satu sekolah dia nak bagi tau. ASSO BARU MINAL IMAN… "Itulah Min. Mesti aku akan rindukan kau nanti." "Nak rindu apanya…kau ni. Lagipun belum tentu lagi aku akan pergi. Tengok result aku dulu. Kalau tak boleh, aku sambung kat sini je." Saja nak sedapkan hati aku. Aku pun berat jugak nak tinggalkan Malaysia ni. "Sure?" Soalan Hana ni, susah sikit nak jawab. Sebab aku pun tak pasti. Dapat ke tak aku abroad ke Australia tu? Abang aku ye la, budak genius. SPM 10A. Aku? Dgn peel aku yang pemalas bab-bab study ni, rasanya… "Entah la, Na. Orang kata study kat oversea tak sama dengan Malaysia. Semuanya rush. Lambat sikit, kena tinggal. Macam maut je…" Betul ni! Aku tak tipu. Kakak sepupu aku pun cakap macam tu. Dia pernah belajar di Jepun. Ha! Jepun lagilah. Semua kena tepat pada masanya. Lewat seminit je dah kena tahan. Kalau sekolah di Malaysia ni, lewat 10 minit, catit nama je. Sekadar warning. Kalau kat sana, tak de warning-warning dah, terus jumpa guru besar. Eh, silap! Pengetua. Pengetua yang akan warning…bla,bla,bla… Kalau buat lagi, terus kena buang. "Habis tu, kau tak nak sambung kat sana? Rugi Min kalau lepaskan peluang ni. Tak ramai yang dapat study kat luar negara tu. Kau ni kira bertuah tau." Aku nak cakap sesuatu la. Kadang-kadang aku tak faham sangat dengan Hana ni. Unpredictable. Tadi sedih sebab aku nak tinggalkan Malaysia. Bila aku dah macam tak nak, dia pulak beria-ia push aku. "Yela tu cik Hana. Kalau ada rezeki, kau pun sambung la sekali dengan aku kat sana." Hana ketawa je. Tapi aku tahu, jauh dalam hati dia, dia sedih sebab kena berpisah dengan aku. Mana tak sedih beb. Dari Darjah 3 lagi aku kenal dia. Sama la macam si Faizal tu. Cuma diorang pandai simpan rasa sedih tu. Jarang nak tunjuk. "Ha! Yela, yela, kita main salji sama-sama ye nanti!" "Hahaha…"
Dah seminggu. Dah lama Darius tak tegur aku. Maksud aku, first and last time hari tulah, yang aku kerek je dengan dia tu. Jangan kata tegur, pandang pun dah tak nak. Kalau sebelum ni ada jugak la dia nak senyum-senyum dengan aku even aku buat muka sardin je. Tapi akhir-akhir ni… "Woi! Menung je…buku kat depan ni siapa nak baca?" Waduh…setengah nyawa aku nak stabilkan balik degupan jantung yang hampir tertanggal ni. Mujurlah Form 4 ni baru aku duduk satu kelas dengan Wafi ni. Kalau dah lama, dapat sakit jantung aku. "Eh! Lain kali nak sergah tu bagi hint dulu boleh? Aku ni dah la lemah semangat." Diketawakannya aku? Ingat aku buat lawak? Wafi ni, aku baru kenal tahun ni. Dia ni dari kalangan kaum-kaum yang nakal yang mempengaruhi si Darius tu la. Pernah sekali kena tangkap hisap rokok. Ponteng kelas, tak payah ceritalah. Selalu mengadap meja pengetua. Tapi takde la pulak kena buang ke, gantung ke… Budak pandai ni, setiap kali ujian semua subjek dia A. Tak A+, A-. Satu je yang dia fail, Sejarah. Yang pelik tu, Bahasa Melayu boleh dapat A, Sejarah E. Sabar je… Apa-apa pun, Wafi ni baik, macam Faizal. "Ala…baru sergah sikit dah nak nangis. Ha, nangis la tu, ha…nangis dah…" Sekali aku libas pakai pocket-file aku kat bahu dia. "Aduh! Rilek la…" Ha, ni ada la ni, duduk depan-depan aku ni. Mesti ada something nak minta tolong. Memang sah dah ni. "Jangan pandang aku macam tu. Jatuh hati aku kat kau nanti…" "Banyak la…kau boleh tak straight forward je. Kau takkan datang duduk depan aku sorang-sorang macam ni, kalau tak ada apa-apa. Selalu kau bawa geng. Kau cakap je la, tak payah nak bersirat serabut." "Kau memang memahami aku, Min." Wafi tersengih-sengih. "Macam kerang busuk!" "Ala…aku, ermm…aku…" Pulak dah! Tersekat-sekat pulak mamat ni nak bercakap. "Boleh tolong aku tak?" "Tolong? Tolong apa?" Wafi diam tiba-tiba. Tak tahu kenapa. Selalu tak macam ni. Kalau minta tolong, laju je keluar dari mulut dia. Kirim salam kat awek tu la, bagi surat dekat awek yang dia nak tackle la, back up sebab dia nak ponteng kelas, paling tak tahan aku kena tolong dia siapkan homework…macam-macam la. Tapi, ni lain sikit. Muka dia yang happy-happy tadi tiba-tiba je berubah. Masalah apa? "Aku cite dengan kau je. Kau janji jangan pecah rahsia ni." Aku angguk je. Tak nak cakap apa-apa. Janji pun tak, tak janji pun tak. "Kau janji Min?" "Apa masalah kau ni? Kau kena tangkap lagi ke?" Saja tanya soalan tu. Mana la tau, masalah tu biasa-biasa je. Tapi Wafi geleng. Ni yang mula buat aku risau ni. Lagi serius daripada merokok ke? Jangan kata budak ni pergi kelab pulak. Lepas tu kena tangkap. Ah! Naya tu… "Kenapa ni Wafi?" "Aku ada awek, tapi bukan sekolah ni la. Aku kenal dia pun masa chatting hari tu." Ceh! Pasal awek rupanya. Ingatkan masalah apa la. "Dah tu, dia ajak kau kahwin?" Soalan apa ni? Punyalah serius muka si Wafi tu, boleh aku tanya soalan macam tu. "Bukan…" Ish! Nak cerita, habis-habis la. Part by part pulak. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum mulakan part kedua. Aku tunggu je. "Aku pernah keluar dengan dia. Kitorang dah jumpa. Dia baik, ok je. Cuma kawan-kawan dia je…aku tak boleh terima sikit la. So…" "So…" "Kawan-kawan dia ni tak macam kawan-kawan kita Min. Kawan-kawan kita sosial pun, takde la nak keluar sampai pukul 2,3 pagi baru nak balik. Lagi satu, diorang ni…merokok." Hah! Merokok? "Perempuan?" Wafi angguk je. Ini dah jadi satu discussion yang serius ni. Tapi, apa la sangat kalau perempuan merokok. Itu dah jadi perkara biasa di kalangan mereka-mereka yang tak sedar diri tu perempaun. Kalau lelaki boleh tahan lagi. Ini perempuan…dah kronik. "Kau nak aku buat apa? Nasihatkan awek kau jangan kawan dengan diorang lagi?" "Tak…" "Dah tu?" Wafi betulkan tempat duduk dia. "Aku keluar dengan dia satu hari tu. Lepas tu dia ajak kawan-kawan dia sekali. Mula tu, aku tak nak. Sebab, kau tau kan… Tapi dia kata kalau aku nakkan dia, aku kena terima kawan-kawan dia jugak. Lastly, diorang bawa aku pergi satu tempat ni. Macam sebuah rumah. Aku tak tahu la. Masa tu aku rasa macam mengantuk sangat. Awek aku bawa aku masuk. Dalam rumah tu cantik je. Aku dah rasa pening time tu. Lepas tu, aku dah tak sedar. Bila aku terjaga…" Wafi berhenti kat situ. Eh, jangan la berhenti. Tengah suspen ni. "Lepas tu?" "Aku rasa kau faham, Min." Tersirap jugak darah aku bila Wafi cakap macam tu. Kalau nak ikutkan, ni dah jadi kes pejabat kadi. Itu belum cukup suspen lagi. Ada lagi satu perkara yang aku tak boleh nak terima. Langsung tak boleh! "Sekarang ni kau nak aku buat apa? Parents kau tau?" "Min, kalau setakat terlanjur tu, aku boleh bincang lagi dengan Syafnie tu. Mungkin mak bapak aku marah pun, setakat 2,3 bulan je… Tapi…" "Tapi apa?" Aku dah mula rasa nak marah ni. Boleh dia buat kerja terkutuk tu! "Sekarang ni, aku ada masalah baru." Masalah lagi? Aku rasa aku macam dah boleh agak je apa masalah tu. "Syafnie dah…" Wafi terhenti kat situ. Dia tunduk je. Takut nak pandang muka aku. "Syafnie dah apa?" "Dia dah…dia dah hamil, Min." Astaghfirullah… Betapa takut dan menggigilnya badan aku masa tu. Tuhan saja yang tahu. Walaupun tu bukan masalah aku, tapi masalah Wafi dah macam masalah aku. Sedangkan terlanjur saja pun dah berdosa, inikan pulak menghamilkan anak dara orang. "Min…" Wafi tunduk lagi. Aku dah tak boleh nak pandang muka dia. Rasa macam jijik je. Lebih hina daripada najis. "Tu bukan salah aku, Min. Aku pun tak tau. Diorang yang plan." "Maksud kau, kawan-kawan dia?" "Ye." Nanti dulu. Aku macam pernah dengar je nama budak perempuan tu. Syafnie? Dekat mana aku kenal dia? Aduh…kenapa aku tak dapat ingat langsung… "Aku tak tau la macam mana nak bagi komen. Apa kau nak buat sekarang?" "Tak tahulah. Otak aku dah buntu. Parah, Min. Parah aku macam ni." Budak ni dah macam orang sasau je. Ermm…patut la aku tengok serabut je. Pakai baju pun macam tak nak pakai. Selekeh. Walaupun aku agak marah dengan dia, dalam hati aku kesian jugak. So, jangan ingat perempuan je yang ada masalah kena perangkap-perangkap ni. Lelaki pun ada tau. Contohnya kat depan aku sekarang ni la. Wafi…Wafi… Suka sangat main perempuan. Kan dah dapat. Dalam aku dok bincang-bincang dengan Wafi pasal masalah budak ni, Darius tiba-tiba lalu sebelah aku. Dia pandang aku slack je. Apa hal? Aku ada hutang dengan dia ke? "Fi, jom! Ustaz Nazim panggil kau." Panggil Wafi? Kenapa? Muka si Darius ni serius je. Buat suspen je… "Kenapa Wafi kena panggil?" Darius diam je bila aku tanya. Masa ni Wafi dah pergi jumpa ustaz Nazim tu. Boleh tahan la garangnya. Ada student demam seminggu kena rotan dengan dia. "Entah." Pendek je jawapan dia? Macam ni, tak payah tanya pun tak pe. Dah, baik aku blah je.
Abah aku ni, hujan-hujan macam ni la dia tak dapat nak datang jemput aku. Ada kerja. Satu hal pulak aku nak tunggu kat bus stop ni. Hana tu pulak ada kelas tambahan. Kalau tak, boleh tumpang dia. Ramai jugak budak-budak sekolah naik bas kat sini. Almaklum la, rumah masing-masing bukannya dekat. Tak macam aku, naik basikal 30 minit je. Tunggu kat bus stop ni, macam-macam ragam boleh tengok. Ada yang ambil kesempatan ni study. Baca novel ke. Ada yang cuci mata. Ada yang muka ceria dan happy je. Ye la, kelas dah habis. Balik nak tidur je. Rilek-rilek kat rumah. Homework tu nanti malam je la buat. Kalau yang rajin tu, pergi tuisyen. Tak faham apa yang cikgu ajar kat sekolah. Tapi tuisyen faham pulak. Pelik jugak. Ada yang malas nak tuisyen. Kira bolehlah result cukup-cukup makan je. Eh! Dia ni? Alamak, ye la…dia balik naik bas kat sini. Adoi… Dia nampak aku ke? Buat tak tahu je la. "Yus, kau nampak tak apa yang aku nampak?" "A’ah, aku nampak, Man. Kenapa?" "Kau rasa kenapa?" "Aku rasa? Aku rasa nak muntah…! Hahaha…!" Apa kes pulak nak gelak-gelak ni? E, mengata aku la tu. "Wah…tajamnya je dia jeling, Man." Ah! Kalau aku layan, buat sakit hati je. Lama-lama diam la tu. Ini lagi satu dugaan. Mana bas yang aku nak naik ni? Dah la first time aku naik bas. Yang menyampahnya, tinggal aku dengan Darius je pulak tu. Aduh… Ermm…mamat ni, bila tak de geng, diam je… Tahu pulak nak diam. Tadi bukan main. Hujan ni, tak nak stop ke? Dah la sejuk…
"Naik bas apa?" Huh? Aku mimpi ke? Darius cakap dengan aku? Ke dia dah hilang ingatan? Dah tak ingat siapa aku? Bas apa? Err…menurut kata mama aku, bas nombor 12. Tapi dari tadi, aku dah usha semua bas yang lalu. Satu pun tak de tulis nombor 12. "Bas nombor 12." "12? Kan dah lepas? Kenapa tak naik tadi?" Apa? Dah lepas? Biar betul. "Bas yang mana? Tak de tulis nombor 12 pun." "Bas warna biru tadi. Nombor dia dah tanggal." Sudah! Aku nak naik apa ni? "Tak pernah naik bas ke?" Aku geleng je. Dah tak terkata. Tiba-tiba dia gelak sepuas-puasnya. Suka la tu. Aku dah tertinggal bas. E, dia ni…tak payah la over sangat. "Habis tu, balik naik apa ni?" "Tak tahu la. Ada lagi ke bas lepas ni?" "Ada, tapi bukan nombor 12 la. Hehe…" "Betul-betul la… Ada lagi ke tak?" "Marah pulak. Betul la…selalunya aku orang last yang duduk sorang-sorang kat sini. Lepas bas aku, tak tahu la bas mana pulak. Rasanya dah tak ada bas." Ala, apa nak buat ni? Aduh…makin lebat pulak hujan ni. Handphone pun tak bawa. Macam mana nak call abah? "Tu la, sombong sangat. Lain kali kalau tak tahu, tanya. Jangan buat diam je." Sombong? Amboi sedapnya mulut dia cakap aku sombong. "Bila masa pulak aku sombong? Kau yang berlagak. Tak nak jawab bila aku tanya." "Kau yang kerek dulu dengan aku. Aku gurau je pun nak marah." "Bila aku marah? Kau ada bukti ke?" "Aku ada saksi. Si Aman ketot tu." Ketot? Tiba-tiba aku rasa kelakar. Tak jadi pulak nak marah. Betul jugak. Si Aman tu memang ketot pun. Aku pulak yang lagi tinggi daripada dia. "Apasal kau senyum?" "Habis, kalau si ketot tu jadi saksi, boleh ke dia buktikan?" Tiba-tiba aku dan Darius terus ketawa sama-sama. "Tolonglah, aku tak boleh tahan la. Kenapa kau pulak yang panggil dia ketot. Setahu aku, aku je yang panggil dia ketot kat dalam kelas." "Kau panggil dulu. Aku ikut je." Sejak hari tu, aku dah macam kamceng dengan malaun barnama Darius ni. Kepala dan otak dia boleh tahan jugak la. Boleh ajak discuss bila ada problem.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei