Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hey, pak cik Adam!" Marissa menyapa riang. Marissa tersengih. Seronok mengusik teman baiknya itu yang sedang kusyuk termenung. Adam menoleh dan tersenyum kea rah Marissa yang baru menuruni tangga. "Hai mak cik Marissa!" Adam membalas seolah menjerit Mereka berdua ketawa serentak. "Macam mana kerja hari ni?" " Heh..heh..heh..well, kau tengok aku masih hidup kat depan mata kau ni, so kira okaylah kan." "Apalah yang makcik merepek ni? Pakcik tanya lainlah," Marissa ketawa. Adam menunjal dahi Marissa perlahan. "Okay je kot." Adam menjungkit kening sebelah kiri. "Okay je kot??" soalnya kembali. Marissa tersenyum.
"Hari ini, first time aku tengok boss kecik aku tu ketawa. Wow, memang gorgeus! Boleh gugur jantung aku ni." Adam mendongak ke arah Marissa yang sedang duduk di atas sofa sambil menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen mencari siaran yang menarik. "So,kau dah jatuh cinta kat dia ke?" serta-merta Marissa berpaling ke arah Adam yang hanya duduk di atas lantai. Dia berhenti memicit alat kawalan jauh televisyennya.
"Marissa, Adam, kalau nak minum buat sendiri macam biasa ye. Ibu nak solat sekejap." Tiba-tiba ibu Marissa mencelah. Adam akan bertandang ke rumah keluarga Marissa jika tiada apa-apa aktiviti. Disitu, dia mendapat sepenuh kasih sayang dari ibu Marissa yang sudah menganggapnya seperti anak kandungnya sendiri.
"Okay, bu." Mereka menjawab serentak lalu berpandangan sesama sendiri dan ketawa. Masakan tidak, mereka pernah mendengar pepatah orang-orang lama "Jika bercakap serentak, ada tetamu yang akan bertandang ke rumah’ dan mereka akan saling berteka-teki siapa gerangan tetamu tersebut.
Ibu Marissa yang memandang telatah mereka berdua hanya tersenyum. Dia sudah biasa melihat kemesraan dua sahabat itu semenjak lapan tahun yang lalu. Kadang-kala mereka akan bergaduh dan bermasam muka, kadang-kala akan saling berkejar-kejaran di sekeliling rumah tidak ubah seperti adik beradik kembar yang tidak dapat dipisahkan.
"Aku laparlah, kau lapar tak?" Marissa bersuara selepas lama mereka terdiam sambil menonton The Pirates of Caribbean kali ke-10 yang sering ditayangkan di Astro. Dipandangnya Adam yang sedang kusyuk menonton, tiada sebarang reaksi. "Hey pakcik! Kau dengar tak apa aku cakap?" Marissa membaling kusyen yang dipeluknya kepada Adam. Adam yang sedang asyik memandang ke arah televisyen, terkejut lalu berpaling. "Isy makcik ni, bisinglah. Kau nak apa?" "Aku tanya, kau lapar tak? Sebab aku lapar, nak makan." Marissa bangun sambil memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan membetulkan urat-urat sarafnya. "Jom, aku pun lapar juga ni."
Marissa menghulurkan nasi kepada Adam. Ibu Marissa sudah pun turun untuk makan bersama. Marissa turut menghulurkan sepinggan nasi kepada ibunya.
"Huiyo, gulai lemak cili padi kegemaranku." Ujar Adam setelah mengangkat tudung saji yang menutup hiding di atas meja makan tersebut. Ibu Marissa tersenyum. Marissa mencebik.
"Ibu tahu Adam suka makan gulai lemak cili padi. Ibu masak khas untuk Adam." Adam tersengih. Marissa memuncungkan bibirnya. "Terima kasih, bu. Erm..ibu ada rasa bahang orang cemburu tak kat sini?" matanya menjeling Marissa yang duduk bertentangan dengannya. "Mulalah nak sakitkan hati orang. Ibu tak adil masak masakan kegemaran Adam seorang saja." "Bukan ke semalam ibu dah masak masakan kegemaran Marissa? Takkan hari-hari pun nak masak masakan yang sama? Jadi hari ni, ibu masaklah masakan kegemaran Adam pula." Ibunya menjelaskan supaya anak perempuan tunggalnya itu tidak berkecil hati. Adam yang sedang tersengih-sengih mengenyitkan sebelah matanya kepada Marissa. Lantas Marissa menjelirkan lidah kepada Adam. Ibunya ketawa kecil melihat telatah Adam dan Marissa. ~~~~~~~~~~
"Marissa, Mr Tommy called you to see him." suara Janice, pembantu peribadi Tommy kedengaran melalui corong telefonnya. Cepat-cepat Marissa mencapai fail berkenaan projek di Pelabuhan Klang yang terletak di atas rak menyimpan fail.
Pintu bilik diketuk perlahan dan kedengaran suara Mr Tommy mengizinkannya masuk.
"Morning Mr Tommy," "Morning," Mr Tommy yang sedang sibuk meneliti dokumen – dokumen dihadapannya diperhati Marissa. Marissa tercegat berdiri di hadapan meja. "Why are you standing there? Have a seat." Mr Tommy mula mengangkat kepala memandang Marissa. Setelah Marissa duduk, Mr Tommy meletak beberapa helaian kertas yang dipegang ke atas mejanya hampir dengan Marissa. "This is an agreement from Syarikat Maju Holdings Bhd. Saya mahu awak baca dan fahami setiap syarat dan peraturan tersebut. Esok saya mahu awak terangkan pada saya satu-persatu apa yang terkandung dalam perjanjian tersebut. Faham?" terang Mr Tommy satu-persatu dalam bahasa melayu. Walaupun dalam bahasa baku, tetapi ayatnya terang dan jelas untuk difahami. Marissa menganggukkan kepala tanda faham.
"That’s all. You can continued your work now." "Okay." Marissa melangkah keluar dan sebelum dia menutup pintu sempat matanya memandang sekilas Mr Tommy yang kembali kusyuk meneliti dokumen-dokumen yang berselerak di atas mejanya. Marissa menggelengkan kepalanya lalu tersenyum sendirian.
"Aaahhh..." Marissa menjerit kecil. Dia terlanggar seseorang sebaik berpaling ke belakang. "Sorry." Marissa mendongak melihat wajah lelaki yang dilanggarnya. Lelaki tersebut memandangnya bagai tiada perasaan. Marissa menunduk dan mengutip kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Janice cepat-cepat membantu Marissa. "Sorry Mr Nicholas!" ujar Janice sambil menundukkan kepalanya tanda hormat. Marissa memandang penuh hairan. Tanpa disedari, dia turut mengikut perbuatan Janice. Lelaki yang bernama Nicholas itu terus masuk ke bilik pejabat Mr Tommy tanpa mengetuk pintu. Marissa memandang Janice dengan penuh tanda tanya. "Dia abang kepada Tommylah. Nama dia Nicholas. Ingat ah, Nicholas Lee." Ujar Janice seolah mengerti soalan yang sedang bermain dikepala Marissa. Marissa mengangguk perlahan, dan berlalu pergi.
"Adik beradik sama saja. Tak pandai senyum. Berlagak!" rungutnya dalam hati. "Hai Sha!" Marissa menegur Sharina yang sedang sibuk menaip sesuatu. Sharina mendongak melihatnya dan tersenyum. "Kau nak apa? Sibuk!" Sharina membuat memek muka. Marissa menjelirkan lidahnya. Mereka sama-sama tertawa.
Marissa memandang Mr Tommy dan Nicholas berjalan seiringan menuju ke arah lif. Sharina turut menjengukkan kepalanya ke arah yang sama. "Itu Mr Nicholas, abang kepada Mr Tommy. Dia uruskan resort di Pulau Tioman. Jarang sangat ada disini." Jelas Sharina tanpa dipinta. Marissa mengangguk. "Diorang ni tujuh keturunan yang tak reti nak senyum ek?" Sharina tertawa kecil sambil menjungkitkan bahunya mendengar pertanyaan Marissa. Sememangnya dia tidak pernah melihat kedua beradik itu senyum atau ketawa selama dia bekerja di situ. Dia sendiri pelik dan hairan melihat sikap kedua adik beradik yang sentiasa serius itu termasuk bapa mereka iaitu Pengarah Urusan syarikat SureMaju Holding Sdn Bhd.
Marissa kembali ke tempat duduknya. Dia mula meneliti satu-persatu perjanjian yang diberikan oleh Mr Tommy sebentar tadi.
~~~~~~~~~~
"Encik Adam, sibuk ke?" suara riang Marissa menjengah ke telinga Adam sebaik telefon dilekap ke telinganya. Adam tersenyum mendengar suara itu. "Sibuk jugalah. Tapi kau punya pasal, aku terus free. Ngee.." "Saja aku nak kacau kau. Rindu nak ganggu gugat hidup kau yang tak berapa indah tu." Marissa tertawa. Adam mencebik. "Marissa Hana memang suka menganggu gugat hidup aku. Sentiasa." "Esok kau free tak? Lunch dengan aku nak?" "Nak..nak...esok pukul 1 aku jemput kau, okay?" Marissa tersenyum dan mengangguk seolah Adam berada di hadapannya. "Okay, see you tommorrow.Assalamualailum." "Wa’alaikumussalam.Daaaa.." Adam menamatkan talian. Dia tersenyum sendirian.
Interkom di mejanya berdering membuatkan Marissa tersentak. Lantas dijawab. "Hei amoi, Mr Tommy mahu jumpa you lah!" suara Janice kedengaran di corong telefon. "Okay, here I come!" Marissa tertawa kecil. Janice turut tertawa. Marissa mengenyitkan sebelah matanya kepada Janice yang sedang memandangnya. Janice mengangkat kening sebelah kirinya sebagai balasan. Mereka tersenyum. Tiba-tiba pintu Mr Tommy terbuka, dan dia berdiri memandang dua gadis yang sedang sibuk tersenyum di hadapannya. Marissa dan Janice terdiam.
"Hai Mr Tommy, morning!" ucap Marissa tersekat-sekat. Mr Tommy hanya menganggukkan kepalanya tanda membalas ucapan Marissa tersebut. Janice hanya tersenyum. Mr Tommy mengatakan sesuatu kepada Janice dalam bahasa Kantonis. Janice mengangguk seperti baru menerima arahan. Marissa hanya memerhatikan, tidak berani bertanya apa-apa.
"Let’s go!" Mr Tommy memberi arahan. Marissa terkedu. Dia memandang wajah Janice yang sedang duduk di tempatnya. Janice memberi isyarat supaya dia mengikut Mr Tommy yang sudah bergerak ke arah lif. Marissa cepat-cepat melangkah, sempat dia mencapai beg tangannya di tempat duduknya sebelum berlari-lari anak menuju ke arah lif. Mr Tommy sudah tiada di situ.
"Alamak! Mana pula perginya mamat ni? Bernanahlah telinga aku kejap lagi ni. Cepatlah wahai lif." Marissa merungut perlahan sementara jarinya menekan-nekan butang lif. Setibanya di lobi, Mr Tommy sudah menunggunya di dalam kereta Ferrari merahnya. Betul- betul di hadapan pintu masuk utama. Marissa berjalan laju ke arah kereta tersebut. Mr Tommy menjeling sekilas apabila Marissa melabuhkan punggung di tempat duduk sebelahnya.
"You are late, Marissa!" ujarnya tegas. Marissa menunduk. "Sorry Mr Tommy!" "Time is money, so please don’t waste my time!" Marissa hanya mengangguk tanda faham. "Kita nak pergi mana ni Mr Tommy?" soalnya apabila masing-masing mendiamkan diri. "Syarikat Maju Holdings Bhd." Jawabnya sepatah. Mukanya serius dan langsung tidak menoleh, hanya memandang ke depan. Marissa diam, tidak berani bertanya lagi. Takut dimarahi Mr Tommy. Dia memandang ke arah jalan raya yang sibuk.
"Hai Tommy, Marissa. Apa khabar?" Encik Hamid tersenyum sambil bersalaman. "Baik sentiasa."ujar Marissa. Mereka berdua tertawa kecil. Mr Tommy hanya mengangguk tanpa segaris senyuman. "So macam mana dengan perjanjian kita? Ada apa-apa masalah?" soal Encik Hamid. Mr Tommy memandang Marissa seolah menunggu jawapannya. Marissa tersenyum. "Mengikut dari apa yang saya baca dan teliti, semuanya okay. Tiada masalah. Tiada berat sebelah, ianya adil kepada kedua-dua pihak." Marissa memandang Mr Tommy di sebelahnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, kemudian memandang Encik Hamid kembali. "Ya, saya bersetuju dengan syarat-syarat yang tertera didalam perjanjian tersebut. Saya berharap kita akan bekerjasama dengan baik di masa hadapan.’ Mr Tommy mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Encik Hamid tersenyum sambil mengangguk memandang Marissa dan Mr Tommy. Mereka sama-sama menurunkan tandatangan di atas kertas putih yang mengandungi syarat-syarat perjanjian di antara dua syarikat tersebut.
~~~~~~~~~~ Keadaan yang senyap dan sepi didalam kereta Ferrari tersebut mengundang resah dijiwa Marissa. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan yang membosankan itu. Lantas jemarinya menekan butang on untuk menghidupkan radio. " Alamak, lagu cina pula dah!" gumamnya dalam hati. Ditekan-tekan butang ‘next’ hingga ke siaran Hit.fm, kemudian dia mengangguk perlahan dan tersenyum. Mr Tommy memandangnya dengan wajah penuh tanda tanya. Marissa yang perasan akan pandangan itu, hanya tersenyum kelat. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Isy, dia marah ke?" "Err..sorry, if you don’t mind. Can I?" Marissa mengerutkan dahi, membuat muka simpati. Mr Tommy menjeling dan menekan butang off. "Huh.. tak sporting langsunglah mamat ni. Kedekut!"Marissa mengeluh kecil. Kata-kata itu hanya berlegar didalam hatinya sahaja. Dia kembali memandang keluar melalui tingkap kereta.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan