Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Lamanya mandi? Suka main air ke?." Usikan Alishah menyambutku di muka pintu. Dia tersenyum-senyum sendiri sambil membawaku duduk di birai katil. Sebelah tangannya menggosok-gosok rambutku dengan sehelai tuala putih. Putih warna kegemaran Alishah. Putih melambangkan kesucian. Sama seperti dirinya juga. Suci daripada sebarang kekotoran. Dan Asha juga nampaknya menuruti warna kegemaran yang sama dengan mamanya. Bukan menuruti kegemaranku yang lebih gemar pada warna hitam dan merah. "Saja nak rendam lama-lama dalam tub tu. Rasa sejuk airnya. Best." "Ya, sejuk. Dingin." "Semalam sayang rindu abang tak?." Perhatianku mula teralih. Sengaja ku alih sebenarnya. Malas mahu berbual panjang soal air yang sejuk itu. Alishah lebih menguntungkan. "Rindu pun nak buat macam mana? Isha rindu dalam hati aje lah." Spontan lidahku terkelu. Aku yang terasa atau Isha memang sengaja? Ah, mustahil dia tahu rahsiaku. "Hmm…kalau rindu kan boleh call. Suruh abang balik cepat-cepat?." Ujiku sedangkan dalam hati, akulah yang bodoh. "Tak apalah. Isha tak nak mengganggu abang buat kerja. Nanti tambah lambat abang siap, tambah lambat abang sampai rumah." "Bijak." Pujiku dan dia melebarkan senyuman manisnya. "So, is everything clear by now?." "Alhamdulillah, I have finished all of them. Harap-harap lepas ni abang dapat rehat lebih dengan sayang. Dengan baby." Aku bergerak ke almari pakaian. Mengenakan deodorant sebelum menyarung baju melayu cekak musang berwarna biru muda serta kain pelikat. Sebentar sahaja lagi akan masuk waktu solat subuh. "Abang nampak makin handsome pakai baju melayu ni." Mataku terus terarah ke cermin. Meneliti diriku dalam pakaian solatku. Kemas. Handsome? Mestilah. "Thanks for the compliment, honey. I know I am, and that’s the reason why I married to the most beautiful woman in the world." "Alhamdulillah. Tapi Isha tak adalah secantik mana." Alishah sudah bangun daripada katil. Rambutnya yang sudah diikat dikemas-kemaskan. "Cantik sangat sampai abang rasa macam tak segandingan dengan sayang." Bahuku dielus-elusnya. "Isha mungkin cantik. Syukurlah tapi Isha cuma secantik-cantik manusia. Tak ada sebab untuk abang rasa tak segandingan dengan Isha." Senyuman di bibirnya meleret lagi. Pantas aku mendaratkan sebuah kucupan paling hangat di kedua belah pipinya. Apabila aku meliarkan pandangan, Alishah mengekeh ketawa sebelum akhirnya dia meminta diri masuk ke bilik mandi untuk mengambil wudhu. "Nakal." Bisikku sendiri bersama senyuman lucu. Selepas Alishah keluar, aku pula menyusul masuk mengambil wudhu sementara isteriku keluar memanggil Mak Kiah untuk solat berjemaah di bilik Asha. Kami ada dua sebab mengapa tidak solat di mini surau kami tetapi memilih solat di dalam bilik si kecil kami. Satu : Kami mahu Asha melihat perbuatan kami solat secara berjemaah sebagai sesuatu yang sangat murni dan mengeratkan silaturahim. Dua : Jika kami solat di mini surau, Asha yang tidak menentu jaga dan tidur akan ketinggalan bersendirian di biliknya semasa kami bertiga solat. Bukan mengutamakan anak semata-mata tetapi bukankah menjaga keselamatan itu juga dituntut dalam islam? Tiga : Biliknya cukup luas untuk sepuluh orang menunaikan solat jemaah. Empat : Bilik beradu kami hanya kami berdua yang memasukinya kecuali pada masa-masa gawat yang membenarkan orang lain seperti Mak Kiah dan mama atau papa untuk memasukinya.
28 "Angah!!!." Niatku untuk duduk terbatal sama sekali. Aku mengisyaratkan agar Siti keluar sebentar meninggalkan aku di sini. Dia akur. "Terima kasih banyak-banyak, ngah. Aku hutang banyak dengan kau." "Ya, memang banyak." Aku yakin Irman sudah dilepaskan dan sebaik sahaja papa dan mama sampai di rumah along, mereka akan segera berlepas pulang kembali ke tanah air. Mudah-mudahan along sedar yang tiada apa diperolehnya setelah bertahun-tahun mengabaikan papa dan mama. "Saya berdoa ini yang terakhir sekali, long. Saya dah tak sanggup. Perempuan tu sekarang dah bukan anak dara lagi sedangkan saya sikit pun tak ada perasaan." "Aku betul-betul minta maaf. Aku akan jelaskan hal ni dengan papa dan mama." "Eh, gila ke apa?." Memberitahu mama dan papa maknanya memberitahu Alishah sekali. "Tak. Aku cuma nak minta ampun dengan diorang. Rahsia ni tetap akan jadi rahsia kita berdua." Tahu tak apa… "Pesan dengan kak long dan anak-anak along tu. Kalau rahsia ni pecah, bukan lagi orang lain tapi saya sendiri yang akan musnahkan keluarga along tu." Ugutku penuh emosi. Aku akan melakukan apa saja kalau sampai rahsia ini bocor. Sudahlah aku berkorban begini besar, andai kata pecah juga…masyaallah…kuatkanlah hatiku untuk bersabar. "Aku berjanji, ngah. Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku minta maaf." "Jadi bila along nak balik ni? Passport dah dapat ke belum?." Dalam risau, aku masih mampu memikirkan kebajikan mereka. "Passport dah dapat lepas Sofea telefon ayah dia tapi kami kena tunggu papa dan mama sampai dulu. Kalau tak nanti diorang syak pula." "Tiket dah beli ke?." "Dah. Along dah uruskan. Sekali flight dengan papa dan mama. Ini pun aku dah risau sebab muka Irman bengkak sangat." "Alah, cakap ajelah dia bergaduh dengan budak-budak samseng kristian kat situ. Insyaallah papa dan mama mesti percaya punya." Dari mula along menyatakan hasrat mahu berpindah meluaskan perniagaan di Turki 4 tahun lalu, papa dan mama berkeras tidak setuju. Kebetulan masa itu negara Turki sedang dalam proses pertukaran kuasa pentadbir kristian sepenuhnya. Dulu lagi negara itu tak stabil. Entah angkara siapa sampaikan masjid-masjid kini menjadi gereja mereka. Turki memang tidak sesuai untuk rakyat beragama islam. "Ngah, aku janji akan balas jasa-jasa kau dengan kami sekeluarga. Aku janji. Sumpah." "Jangan nak sumpahlah, long. Entah terlaksana entah tak nanti." Along mengeluh berat. Dalam nafasnya ditahan-tahan. "Saya bukan nak sombong tapi cukuplah kata insyaallah. Kalau ada, adalah. Tapi saya lebih senang kalau along setakat tolong jaga mulut along sekeluarga jangan sampai rahsia ni pecah."
29 Aku tiba lebih awal di tempat yang sudah dijanjikan. Sebuah restoran makanan barat yang agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan Alishah. Dia kurang gemar western food. "Abang dah sampai?." Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma berbual di telefon. Macam mana dia nak nampak apa yang aku buat? "Ya. Dah duduk pun." "Sekejap ya, bang. Sofea nak park kereta lagi." "It’s okay. Take your time." Dan talian segera ku putuskan. Kenapa aku tiba-tiba setuju keluar makan tengah hari dengan Sofea hari ini? Selepas peristiwa dua hari lalu itu? Sementara menanti dia sampai, aku membelek-belek gambar-gambar Alishah dan Asha di dalam telefon bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup aurat. Katanya dia takut ada orang lain melihat atau terlihat dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera. Aku pernah cuba menangkap gambarnya tidak memakai tudung semasa dia tidur tetapi akhirnya dia dapat tahu. Dia takut aku marah tetapi akhirnya dia merayu memintaku memadamnya. "Assalamualaikum." Seseorang berbisik betul-betul di telinga. Sofea!! "Waalaikumsalam." Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun kata-kata baik yang dihulur Sofea tetapi dengan cara yang begitu, sungguh aku terkejut. Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk. Senyumannya melebar di bibir. Pastilah dia berbahagia kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari. ‘Temujanji’ pertama kami selepas bergelar suami isteri. Seketika muncul seorang pelayan lelaki menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir memilih makanan hinggakan pelayan tadi mengalihkan perhatian beberapa kali. "Kata favorite food ada kat restoran ni." Perlahan aku memberi isyarat yang aku juga sudah bosan menunggu tanpa ditanya apa yang hendak ku makan. "Hurrmm..confused. Tak tahu nak makan apa bila dah duduk sama dengan abang ni. I used to be with my colleague." Terharu? Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya…dapat ku lihat betapa terujanya dia dapat bersama diriku. Mengapa ya? Di mana sebenarnya dia mengenaliku hingga dia begini suka kepadaku? Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya sesekali datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya. Baru tiga tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri. Menguruskan bisnesnya. Itupun setahuku, dia menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat perkapalan antarabangsa sahaja. Syarikatku yang tidak semegah mana itu? Belum pernah berurusan dengan Top World Shipping Company miliknya. "May I have your order now, madam?." Mungkin dah tak tertahan lagi tertunggu-tunggu, pelayan itu akhirnya bersuara juga. Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu Sofea. Sempat lagi matanya melirik padaku sebelum bersuara. "I’d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How about that, abang?." "Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah pada sofea nak makan apa." Sungguh respon yang sangat mematikan selera seorang isteri. "Oh, abang suka fish and chips rupanya." "I think so." Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya sebentar dan aku pula yang bergegar sendiri. Mujurlah akal warasku sempat menghalangku daripada melakukan tindakan refleks yang dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea jatuh diinjak kaki pelayan ini. "Okay." Pelayan tadi senyum mesra. "So, what would be your final order?." "I’ll decide." Putusnya. Tegas. Walaupun suaranya masih lembut. Aku cuma mampu terangguk-angguk. Sepanjang perkahwinanku dengan Alishah, dia tidak pernah memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-sungguh memastikan aku jugalah yang akan paling berpuas hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan. "We’ll take fish and chips but please put some chicken sauce on mine. About the drinks, we’ll take fresh orange. That’s all for now." Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh orange dan aku tidak suka fish and chips… Dari langkah pertama yang diambil pelayan itu hinggalah pertemuan kami berakhir di muka pintu restoran tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan rumusanku : membosankan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
apa pasal dari episod 16 terus ke episod 19.
pe pn teruskan usaha.... good luck....