Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Selamat pagi, tuan.." ucap beberapa orang pekerja di Zulkarnain Holdings tatkala ternampak kelibat Zulkarnain melangkah masuk ke dalam syarikat miliknya. Zulkarnain melemparkan senyuman kepada beberapa orang pekerja sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tanda membalas salam mereka.
Beberapa laporan yang memerlukan tandatangan Zulkarnain terletak di atas mejanya. Zulkarnain meletakkan briefcasenya di atas kerusi lalu mencapai laporan-laporan tersebut.
Kelihatan Zizuan, adik Zulkarnain terpacak di hadapannya.
Zulkarnain mengangkat keningnya sambil tersenyum. Tanda tanya masih belum dihapuskan. Zizuan pula, tersengih-sengih.
"Masuk la.. buat pe tercegat kat sana??" Zulkarnain mempelawa adiknya masuk ke dalam pejabatnya.
Zizuan masuk ke dalam pejabat abangnya lalu menutup pintu pejabat, rapat.
"Duduk lah.." Zulkarnain dan Zizuan mempelawa serentak. Sejurus itu, ketawa mereka meledak.
"Apa hal??" Zulkarnain sekadar berbasi. Padahal, dia sudah dapat mengagak. Pasti adiknya yang hendak membuka syarikat baru ingin mendapatkan pelaburan dan sokongan syarikatnya.
"Alah.. abang ni tak sporting. Tengok je lah laporan tu.." Zizuan mencebik. Zulkarnain tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
‘Zizuan.. macam budak tiga tahun. Tak ubah-ubah langsung..’ detik Zulkarnain.
Zulkarnain membelek-belek laporan itu sambil meneliti butiran syarikat baru adiknya. Jemarinya mengetuk mejanya. Lagaknya, macam mengikut irama muzik.
"Abang.. macam mana??" Suara Zizuan berbaur harapan. Sebenarnya, bapa mereka, Dato’ Sabri yang memintanya mendapatkan sokongan syarikat abangnya. Kata bapanya pula, dengan adanya syarikat abangnya, syarikatnya tidak akan mengalami begitu banyak kesulitan kelak.
"Okey jugak.. Hmm.. jadi.. nak buka kat mana??" Hati Zizuan berbunga gembira. Pertanyaan abangnya itu bermakna abangnya bersetuju untuk menyokong syarikat yang bakal dibukanya nanti.
"Er.. mungkin kat Sintok kot.." Tempat yang dinyatakan Zizuan memeranjatkan Zulkarnain.
"Sintok? Utara Malaysia lah tu.. jauh sangat.." Zulkarnain berkata-kata.
"Alah.. bang. Kat sana kan bagus.." Zizuan seperti cuba menyembunyikan sesuatu. Zulkarnain berjaya membaca gerak hati adiknya itu.
"Bagus? Zizuan.. tell me the main reason.." Zulkarnain rasa, pasti ada benda penting yang menarik perhatian Zizuan untuk membuka syarikat di negeri jelapang padi itu.
"Er.. sebab Nurin…" Zizuan tersengih-sengih. Sekali lagi, Zulkarnain mengangkat keningnya.
"Nurin?? Oh.." Zulkarnain mengangguk-angguk. Bukannya sekali sahaja nama Nurin keluar dari bibir adiknya, malah acap kali.
"Nurin kerja kat sana?" Zulkarnain menyoal adiknya.
Gelengan kepala menyambut soalan Zulkarnain tadi.
"Habis tu?" Zulkarnain masih menyoal. Dia mahu mengetahui segala-galanya tentang tujuan syarikat adiknya dibuka. Jika tidak, kedudukan syarikatnya yang sedang ‘top’ sekarang ini mungkin akan tergugat.
"Dia sambung pengajian kat sana.." Zizuan menjawab selamba.
"Sambung pengajian? UUM ke?" Zizuan mengangguk.
"Dia nak gi belajar. Buat pe kacau dia??" Zulkarnain sengaja menduga. Zizuan yang masak dengan sikap abangnya yang cerewet itu sekadar mencebik.
Zulkarnain tersenyum.
"Zizuan, jangan mencebik. Nanti tak semena-mena, bibir awak tu jadi senget pulak.." Zulkarnain berseloroh sambil ketawa. Zizuan geram.
"Abang ni kan!!" Zizuan cuba mencubit pipi abangnya. Memang macam budak tiga tahun lagaknya.
Ketukan pintu pejabat Zulkarnain menghentikan perbuatan dua orang adik-beradik itu. Mereka membetulkan posisi kedudukan sambil menahan tawa mereka yang hampir meledak tika itu.
"Masuk!!" Zulkarnain cuba menseriuskan suaranya.
Tombol pintu dipulas. Zaza masuk dengan mengangkat sebuah kotak yang berat. Zizuan menoleh. Dia terperanjat. Begitu juga Zaza. Kotak itu terlepas dari tangannya. Dia lagi terperanjat.
‘Alamak!! Habislah aku!!’ Zaza bingung.
Zizuan lantas menuju ke arah Zaza dan menolongnya mengutip segala laporan dan memasukkannya ke dalam kotak tersebut. Zulkarnain hairan. Bukannya dia tidak tahu dengan sikap adiknya. Tidak akan menolong orang yang tidak dikenali. Alasannya, bimbang diculik dan diperdaya.
"Abang, ni siapa?" tanya Zizuan sambil mengunjuk Zaza. Zaza tersenyum. Kotak berat itu diletakkan di atas lantai pejabat yang beralaskan karpet.
"Oh.. dia arkitek baru.." jelas Zulkarnain. Zizuan mengangguk.
"Oh…" Zizuan tidak menjelaskan tentang persahabatannya dengan Zaza kepada Zulkarnain. Semasa menolong Zaza tadi, mereka telah bertukar isyarat mata. Mereka bercadang untuk merahsiakan segala-galanya daripada Zulkarnain. Biarlah dia terperanjat ke.. Terkejut ke.. Atau tiada respons ke..
"Er.. Zaza. This is my brother.." Zulkarnain yang tidak tahu apa-apa itu memperkenalkan adiknya kepada Zaza.
"Oh.. nice to meet you.." Zaza bersandiwara seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia menghulurkan tangannya tanda ingin bersalam dengan Zizuan. Zizuan menyambut huluran rakan baiknya sambil tersenyum.
"Nice to meet you too.." Zizuan cuba menahan tawanya.
"Okey.. Zaza, what’s your problem?" Selaku seorang pihak atasan , Zulkarnain bertanya.
Zaza mengangkat kotak yang berat itu lalu meletakkannya di hadapan Zulkarnain.
"Er.. ini semua laporan yang sudah saya siapkan.. Er.. boss bagi seminggu. Tapi, saya siapkannya awal supaya dapat buat kerja lain.." Zulkarnain tersentak.
‘Dia ni superwoman ke? Lima puluh laporan siap dalam masa dua hari??’ Kekaguman Zulkarnain terhadap Zaza mula menebal.
Zizuan yang menyedari perubahan riak wajah abangnya sekadar tersenyum. Bukannya dia tidak tahu, Zazalah yang selalu menyiapkan assignments yang diberikan professor lebih awal daripada semua pelajar. Kadang-kadang, Zaza juga menolongnya dan Nurin untuk menyiapkan assignments mereka.
"Er.. bagus.. bagus. Jadi, apa kerja lain yang awak nak buat??" Zulkarnain menyoal.
"Oh.. It depends.. Kalau boss nak saya buat laporan lain ke.." Zaza tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan pihak atasannya tadi.
"Oh. .tak pe.. Lagipun awak penat. Awak buat je lah apa-apa kerja yang awak nak.." Zulkarnain menjawab. Zizuan dan Zaza tersentak.
‘Takkanlah kot.. Dia tak nak dera aku ke??’ Zaza berteka-teki sendirian.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
1st time bce..
not bad la..t nk bce y len plak..