Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PAGI ini, awal-awal lagi Dewi sudah bangun dari tidurnya. Panggilan dari ayahnya malam tadi sangat mengembirakannya. Pagi ini ayahnya akan menemuinya selepas hampir dua minggu ayahnya tidak datang menjenguk. Semenjak dia berpindah ke banglo ini, baru kali pertama ayahnya datang menjenguknya.
Selepas selesai bersiap, lekas Dewi menuruni anak tangga untuk ke ruang makan. Kelihatan ibunya sedang duduk sendirian sambil menikmati hidangan sarapan pagi. Pagi ini mereka bersarapan dengan bihun goreng. Baunya sehingga mencucuk-cucuk hidung. Dewi terpaksa memincing hidung untuk menghidu masakkan itu.
"Assalamualaikum bu." Ucap Dewi gembira lalu di salam tangan ibunya dan di kucup mersa.
"Wa’alikumusalam sayang. Amboi, cantik-cantik ni nak ke mana? Ada dating dengan boyfriend ke?" Tanya Puan Azizah sekadar mengusik.
"Apa ibu ni. Dewi mana ada boyfriend." Rengek Dewi tersipu-sipu malu.
"Dah tu? Cantik-cantik ni, Dewi nak ke mana?" Tanya Puan Azizah kehairanan.
"Ayah nak jumpa Dewi hari ni." Jawab Dewi gembira.
"Ye ke? Plan nak kemana hari ni?" Puan Azizah sekadar bertanya sambil menuang teh ‘O’ panas ke dalam cawan Dewi.
"Emmm… Dewi ingat nak bawak ayah ronda-ronda kat pekan ni… lepas tu pergi bandar pulak." Jawab Dewi lancar sambil menyenduk bihun goreng ke atas pinggan.
"Ye ke? Jangan balik lambat tau? Esok sekolah." Puan Azizah sekadar mengingatkan. Dia bukannya tidak tahu perangai Dewi. Jika sudah keluar bersama bekas suaminya, hampir larut malam baru sampai ke rumah semula.
Dewi hanya mengangguk sambil menjamah bihun gorengnya.
"Ibu tak ke office ke hari ni?" Tanya Dewi setelah mendapati ibunya hanya berbaju biasa.
"Ibu off day hari ni. Penatlah asyik kerja je, sebab tu ibu ambik cuti hari ni. Ingat nak ajak Dewi shopping tengah hari nanti. Tapi… Dewi dah berjanji dengan ayahkan? Jadi… tak apalah." Jelas Puan Azizah seolah kecewa.
Tapi, itulah rancangan awal mengapa Puan Azizah mengambil cuti hari ini. Dia ingin meluangkan masa bersama anak gadis tunggalnya itu. Rasanya sudah lama dia tidak meluangkan masa untuk anak gadisnya itu. Tapi, rancangannya terpasa di tangguhkan kerana Dewi telah berjanji ingin bertemu dengan bekas suaminya hari ini.
"Ala… ye ke? Kenapa ibu tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh cancel dating dengan ayah hari ni." Keluh Dewi hampa.
"It’s okey sayang. Lagi pun Dewi dah lama tak jumpa ayah kan? Tak apa, lain kali kita boleh hang out sama-sama kan?" Jelas Puan Azizah seolah memujuk.
"Apa kata ibu join kita orang dating?" Dewi mencadang.
Dewi teringin sangat melihat ibunya keluar bersama-sama ayahnya. Semenjak ibu dan ayahnya bercerai, hanya beberapa kali sahaja mereka keluar bertiga bersama. Itu pun disebabkan terserempak. Jika tidak, ibunya sedaya upaya mencari alasan untuk mengelak dari berjumpa ayahnya. Tapi, kali ini tiada alasan untuk ibunya menolak pelawaannya.
"Hish, ibu tak nak ganggu you all datinglah."
"Apa pulak ganggu. Ibukan, ibu Dewi, dan ayah pula ayah Dewi. Ibu dengan ayahkan pernah bersama dulu, apa nak diganggukan, betul tak?" Dewi cuba memujuk.
"Tak apalah, Dewi keluar dengan ayah jelah. Lagi pun ibu ada bayak kerjalah nak buat. Proposal syarikat ibu tak siap lagi." Puan Azizah sedaya upaya beralasan. Dia benar-benar tidak mahu bersemuka dengan bekas suaminya. Dia kekok. Dia tidak tahu apa yang hendak di bicarakan bila berdepan dengan bekas suaminya nanti.
"Alah ibu ni, saja je tau?" Keluh Dewi seolah merajuk.
"Lain kali ye sayang?" Pujuk Puan Azizah seolah memberi harapan.
"Lain kali kalau Dewi dating dengan ayah, ibu kena join ek?" Pinta Dewi seolah mengingin ibunya berjanji.
Puan Azizah hanya tersenyum. Mengangguk pun tidak. Mengeleng pun tidak.
"Janjilah ibu." Desak Dewi manja.
"Ok, ibu janji." Terlepas kata-kata itu dari mulut Puan Azizah. Dia tidak sedar dia telah mengungkapkan kata janji itu. Apa yang pasti Dewi tidak akan melupakan janji ibunya itu dan bakalan di tuntut bila sudah tiba masanya nanti.
Kedengaran bunyi hon kereta dari arah depan rumah. Lekas Dewi memandang keluar rumah. Tahu sangat dia dengan bunyi hon itu. Hon dari kereta ayahnya.
"Ayah dah sampai tu." Jelas Puan Azizah sekadar memberitahu.
Kelam kabut Dewi menghabiskan bihun gorengnya dan menghirup teh ‘O’ panasnya sehingga habis.
"Dewi pergi dulu ibu." Pinta Dewi lalu menyalam ibunya dan pipi betemu pipi.
Puan Azizah hanya mengeleng perlahan melihat gelagat anak gadisnya itu. Selepas Dewi melangkah keluar, dia mencuri pandang ke arah bekas suaminya dari tingkap. Ingin sangat dia melihat wajah terbaru bekas suaminya itu. Di pendamkan niatnya itu bila dia terlihat bekas suaminya perasan akan tingkah lakunya yang sedang mengintai, lalu dia kembali melangkah ke ruang makan.
SEJURUS Dewi masuk ke dalam kereta ayahnya, dia terus menyalam tangan ayahnya lalu dikucup mesra tanda hormat dan melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Gembira benar perasaan Dewi ketika ini.
"Amboi, susahnya nak cari banglo baru Dewi ni. Hampir dua kali ayah sesat tau nak ke banglo ni. Nasib baik orang kampung ni tahu fasal banglo ni." Jelas Encik Aziz seolah merungut sambil melihat banglo itu yang kian menjauh dari cermin padang belakang.
"Tulah fasal. Ibu pun satu, boleh pulak dia beli banglo buruk tu." Rungut Dewi pula.
"Nak buat macam mana, ibu Dewi tu suka kawasan macam ni, terpencil dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Nak dapat ketenangan katanya." Jelas Encik Aziz seolah memujuk.
"Ketenanganlah sangat? Nasib baik ada Pak Mat tau ayah? Kalau tak, susahlah Dewi nak ke mana-mana. Kawasan ni susah nak dapat bas atau teksi." Dewi sambung merungut.
Encik Aziz hanya tertawa kecil melihat gelagat anaknya itu.
"Ayah pun satu, kenapa ayah tak jenguk Dewi minggu lepas? Call pun tak…" Dewi merajuk.
"Bukan ayah tak mahu menjenguk Dewi. Ayah ada kerja sikit minggu lepas." Jawab Encik Aziz hampa.
"Sebelum ni, walaupun ayah ada kerja pada hari ahad, boleh je jenguk Dewi." Rajuk Dewi sambil memuncungkan bibirnya.
"Dewi, sebelum ni rumah Dewi dekat dengan office ayah. Sebab tu ayah boleh jenguk Dewi walaupun ayah terpaksa kerja hari ahad. Sekarang… rumah baru Dewi dah jauh, tak sempat nak jumpa. Ni pun awal-awal pagi tadi ayah dah keluar rumah. Sekarang baru sampai." Jelas Encik Aziz panjang lebar sambil menjeling jam di pergelangan tangannya. Dia mengambil masa hampir satu jam setengah untuk sampai ke banglo baru bekas isterinya itu pagi ini.
Dewi hanya menbentuk-bentukkan bibirnya tanda protes.
"So, macam mana dengan keadaan kat rumah baru tu? Best tak?" Sengaja Encik Aziz menukar topik perbualan selepas menyedari anaknya itu mula bermuram durja.
"Bolehlah, tapi… Banglo tu macam pelik sikit" Keluh Dewi hambar. Seolah ada sesuatu yang berselirat di ruang benaknya yang sukar untuk dilepaskan.
"Pelik? Apa yang peliknya?" Tanya Encik Aziz seolah dapat menilai perasaan anak gadisnya itu.
"Ntahlah… Dewi pun susah nak ceritakan hal sebenar. Kalau cerita, takut ayah tak percayakan Dewi." Jelas Dewi seolah mengharap agar ayahnya dapat menerima ceritanya yang bakalan di ceritakan jika perlu.
"Kenapa ni Dewi? Lain macam je ayah tengok? Apa yang ayah tak percaya?" Tanya Encik Aziz kehairanan melihat riaksi Dewi yang tiba-tiba kelihatan gelisah.
"Cuba cerita pada ayah?" Pujuk Encik Aziz.
Dewi mengeluh halus. Berat rasa hatinya ingin menceritakan apa yang telah belaku pada dirinya semenjak dia menjejakkan kaki di banglo barunya. Sesuatu yang misteri. Dia takut ayahnya juga seperti Siti. Tidak percaya akan apa yang telah berlaku padanya. Dia mengambil nafas panjang untuk memulakan cerita.
"Sejak Dewi pindah di banglo tu… Dewi seolah mengalami satu perubahan misteri…"
"Perubahan misteri? Perubahan misteri yang macam mana tu?" Tanya Encik Aziz kehairanan. Pelik benar mendengar kata-kata Dewi tadi.
"Ayah ada baca berita fasal tiga budak lelaki mati lemas akibat accident semalam tak kat surat khabar?" Tanya Dewi sekadar ingin memastikan. Hanya dengan cara itu sahajalah dia boleh membuktikan ceritanya.
Encik Aziz mengelamun seketika. Cuba mengingati tentang berita yang diberitahu oleh Dewi itu.
"Ha’ah, accident tu berlaku di kawasan bandar ni kan?" Encik Aziz meneka cuba memastikan sama ada berita itu betul atau tidak seperti yang di maksudkan oleh Dewi tadi.
Dewi mengangguk lesu.
"Sebenarnya, sebelum kemalangan tu, budak-budak tu kacau Dewi kat bus stop depan sekolah Dewi kelmarin."
"Dia orang kacau Dewi? Apa yang dia orang buat pada Dewi?" Lekas Encik Aziz menyangkal kata-kata Dewi. Risau benar dia jika ada yang cuba mengapa-apakan Dewi.
"Tak buat apa-apa. Cuma kacau je. Masa dia orang kacau Dewi, Dewi ada cakap pada dia orang. Dewi kata pada dia orang. Dia orang semua akan di timpa kemalangan dan mati lemas. Tapi masa tu Dewi hanya cakap je, tak terniat apa-apa pun…" Jelas Dewi panjang lebar mengenai perkara misteri yang mengganggu dirinya sejak kebelakangan ini.
Encik Aziz seolah kebingungan. Dia cuba memahami jalan cerita Dewi.
"Jadi… apa yang Dewi cakap tu… jadi kenyataan?" Tanya Encik Aziz seolah meneka-neka.
Dewi mengangguk perlahan.
Encik Aziz tertawa kecil. "Dewi… mungkin semua tu kebetulan je." Jelas Encik Aziz tidak percaya dengan cerita Dewi.
"Tak mungkin ayah. Ini bukan first time, but this is second time ayah. Before this, classmate Dewi. Dia buli Dewi. Jadi, Dewi kata pada dia, muka dia akan tergahar pada tar jalan. Day after tomorrow, dia accident, muka dia terheret kat jalan raya ayah. Now, she still in hospital. Koma." Jelas Dewi dengan harapan agar ayahnya mempercayai kata-katanya.
Encik Aziz hilang kata-kata. Seyumannya mula pudar. Buat-buat hairan mendengar cerita anaknya itu. Dalam hatinya, sedikit pun dia tidak mempercayai kata-kata anaknya itu yang di anggap apa yang berlaku hanya secara kebetulan sahaja.
"Really? Jadi, kalau macam tu… Anak ayah ni ada kuasa misterilah ek?" Jelas Encik Aziz berseloroh.
"Ayah ni… orang cakap betul-betul dia main-main pulak." Rungut Dewi merajuk. Mendengar kata-kata ayahnya itu, tahu benar dia yang ayahnya sedikit pun tidak mempercayai kata-katanya.
"May be itu semua secara kebetulan je… Dah jangan fikirkan sangat ok?" Pujuk Encik Aziz.
"Kita nak ke mana ni?" Tanya Encik Aziz lagi cuba mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu anaknya itu terbawa-bawa dengan fikiran yang bukan-bukan.
Dewi diam. Munyok sahaja mukanya. Menyampah rasanya bila ceritanya tidak di percayai oleh ayahnya. Dia sendiri tidak tahu pada siapa dia ingin meluahan rasa musykil di hatinya. Cerita pada Siti, wanita itu pun tidak percaya. Cerita pada ibunya, kena marah pula. Cerita pada ayahnya sama sahaja seperti cerita pada Siti. Hanya Sem sahaja seolah mempercayai ceritanya.
"Ayah tanya ni, kita nak ke mana dulu ni?" Encik Aziz mengulangi pertanyaanya bila anaknya tidak menjawab pertanyaan pertamanya tadi.
"Kita pergi badar jelah." Jawab Dewi acuh tidak acuh.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan