Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Berkelip-kelip mata Marjan di dalam gelap, terkebil-kebil melihat Lu'lu' yang masih tidak menyedari dia diperhatikan.
Tiba-tiba, Marjan merasakan ada sesuatu merayap di kaki seluarnya dan masuk ke dalam kaki seluarnya. Allah! Apa pulak ni?
Marjan ketap bibir, tahan nafas menahan rasa geli yang menjalar di kakinya. Please, please, keluar la!
Akhirnya, Marjan tidak mampu lagi menahan perasaannya.
Dia berdiri terus dari pembaringan. Melompat-lompat, menguis seluarnya. Satu objek yang tercampak keluar dari hujung seluarnya terkedek-kedek berlari pergi.
Cis! Ketam rupanya! Ingat aku ni batu apa?
Buat seketika, Marjan terlupa Lu'lu' di situ.
"kau ni kenapa?" Lu'lu' menyoal dalam suara yang cuba dikawal.
Air matanya dikesat pantas sebaik saja Marjan berdiri secara tiba-tiba tadi. Terkejut dan bimbang juga dia. Bimbang Marjan mendengar bicaranya dan melihat dia menangis.
Aku tak lemah. At least not in front of them.
Marjan terkulat-kulat melawan pandangan Lu'lu'. Jelas sepasang mata itu sayu. Sayu yang cuba disembunyikan.
"err, tak, tak ada apa-apa." Tersengih-sengih. Rasa bersalah pulak terdengar dia cakap tadi.
Marjan garu kepala yang tidak gatal. Duduk kembali. Jam di tangan dikerling. Pukul 9.45 malam.
Lu'lu' melepaskan keluhan panjang.
Risau. Dia dengar ke? Dia tidur kan tadi? Aduh, harap-harap dia tak dengar. Aku Cuma nak meluahkan perasaan aku, tu je. Aku tak nak simpati dia.
Lu'lu' memeluk lutut kembali. Air matanya sudah kering. Bermenung melayan bunyi ombak.
Marjan mendepangkan tangannya dan diletakkan di atas pasir. Bersandar menggunakan kedua-dua tangannya. Kakinya dijulurkan. Dijeling Lu'lu' yang membisu.
Apa nak cakap ni? aduh! Kalau aku mengaku aku dengar apa dia cakap tadi, agak-agak, apa dia nak buat? Bunuh aku hidup-hidup? Ish, dia ni unpredictable. Tak mustahil dia boleh buat macam tu kat aku. Ligat dia berfikir.
"awak." Marjan menoleh. Memandang Lu'lu' yang masih memeluk lutut. Tidak memandangnya.
"hmm," Marjan memandang ke hadapan kembali. Menanti bicara Lu'lu'.
"awak pernah jatuh cinta?" soalan itu membuatkan Marjan menoleh kembali. Merenung sisi wajah Lu'lu', dan matanya yang sayu.
Marjan geleng.
"tak."
Lu'lu' menarik nafas dalam.
"saya nasihatkan awak jangan jatuh cinta. Buat penat kepala awak je nanti." Mendatar suaranya, ada nada sarkastik di situ.
Marjan memandang laut kembali.
"cik Lu'lu', kita kena bersangka baik dengan Allah. Setiap kejadian di dunia ni ada hikmahnya, begitu juga setiap perasaan yang hadir di hati kita. Ada tujuannya." Marjan menarik nafas dalam dan dilepaskan.
Lu'lu' menoleh. Menjeling tajam sebelum memandang hadapan kembali.
"jangan berceramah dengan saya." Suaranya tegas memberi amaran.
Marjan jungkit bahu.
"terpulang cik Lu'lu' nak anggap kata-kata saya ni ceramah ke, apa ke. Saya tetap akan bercakap. Kalau cik Lu'lu' nak tutup telinga pun, apa saya boleh buat? Telinga tu dipinjamkan kepada cik Lu'lu', jadi cik Lu'lu' menjadi penjaganya. Hak cik Lu'lu'." Selamba Marjan berbicara.
"cinta akan menjadi sesuatu yang indah pada kita, jika kita memandangnya sebagai anugerah Allah pada kita. Tapi kalau kita anggap cinta Cuma sebagai satu perasaan yang hadir antara manusia, as simple as that, kita akan merana kerana cinta. That will be a waste." Marjan merapatkan kakinya, bersila pula. Tangannya bermain pasir di kaki.
"saya tak pernah jatuh cinta. Saya tau mesti cik Lu'lu' fikir saya tak layak nak berceramah tentang cinta, tapi cinta luas perspektifnya cik Lu'lu'. Cinta pada ibu bapa, keluarga, Rasulullah, para nabi, pada teman, dan pada manusia sejagat." Dia mengerling Lu'lu' yang masih bermenung di atas kepala lututnya.
"cinta pun ada negatifnya jugak. Cinta pada harta terutamanya, bahaya tu. Orang kaya selalu kena penyakit ni. harta tak bawak ke mana. Walau anak raja sekalipun, harta tak bawak ke kubur. Amalan baik, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh saja yang akan menjamin semua tu." Tambah Marjan lagi.
Lu'lu' tidak memberi reaksi. Marjan telan liur.
"saya nak tanya sikit boleh?" Tanya Marjan.
Lu'lu' tetap tidak menoleh.
"hmm, apa dia?" tidak ikhlas nadanya.
"cik Lu'lu' tak kesian tengok dato berusaha nak gembirakan cik Lu'lu'?"
Lu'lu' mendengus kecil.
"jangan sibuklah hal aku." Marahnya.
Marjan jungkit bahu.
"saya bertanya. Tak nak jawab tak apa."
Lu'lu' mendengus perlahan.
"yang kau sibuk sangat nak aku datang sini kenapa?" soalan itu berbaur marah dan geram.
Marjan senyum nipis.
"saya nak tolong dato. Nak cik Lu'lu' gembira." Ringkas.
Lu'lu' mengeluh panjang.
"aku takkan gembira. Aku tau."
"macam mana cik Lu'lu' tau? Sebab Fahim?"
Lu'lu' menoleh pantas mendengar nama itu. Dia dengar ke aku cakap sorang-sorang tadi?
"kenapa dengan Fahim?" Tanya Lu'lu' tidak puas hati.
Marjan jungkit bahu lagi.
"tak adalah, tadi cik Lu'lu' dengan dia Nampak tegang jugak. Kalau saya tak ada tadi entah apa jadi." Marjan mengingatkan.
Lu'lu' melepaskan nafas lega di luar pengetahuan Marjan.
Dia tak dengar. Bagus.
"kalau kau tak ada, aku dah tampar dia. Tunggu apa lagi." Senang sahaja Lu'lu' berbicara.
"mak ai, kasarnya cik Lu'lu' nak tampar dia!" Marjan bersuara kuat mengusik.
Lu'lu' mendengus kecil.
"aku benci dia."
"kenapa?"
"kau sibuk kenapa?"
"tak adalah, saya nak tau." Ish, hilang sabar jugak aku dengan dia ni.
"tak payah sibuk!"
"tak nak cakap tak apa lah, ingat saya ingin sangat nak tau?" Marjan berbicara sinis. Sabarnya sudah lari ke dalam laut. Aku dah tau lah kenapa kau benci dia!
Lu'lu' diam kembali. Bernafas kuat.
"khemah kau macam mana?"
Marjan menoleh tidak percaya.
Aik, ingat tak nak ambil tau dah.
"ok je. Kenapa? Nak tumpang? Minta maaflah, saya tak rela nak tumpangkan cik Lu'lu'."
Lu'lu' menjeling tajam.
"ingat aku ingin ke? Aku Tanya je! Lagi satu, kau jangan sombong sangat. Khemah tu aku punya. Aku boleh ambil balik malam ni jugak! Biar kau tidur kat pantai ni kesejukan!" Lu'lu' memalingkan mukanya puas.
Marjan senyum sinis.
"eh, cik Lu'lu', setakat khemah cabuk tu saya tak kisahlah. Nak ambil? Ambillah! Saya balik rumah terus. Tinggal cik Lu'lu' dengan Fahim tu, nak?"
Lu'lu' mengetap bibir. Kenapa si driver ni terlalu berani dengannya? Kenapa? Sedangkan dia Cuma driver cabuk saja. Belajar pun ayah aku yang tanggung. Apa hal dengan mamat ni?
Lu'lu' merenung wajah Marjan tidak puas hati.
"awak ni siapa sebenarnya?" Marjan terdiam. Alamak, dia perasan ke?
Marjan melarikan matanya.
"manusialah, siapa lagi."
Lu'lu' mendengus geram.
"seriuslah!"
Marjan merenung sepasang mata Lu'lu' tajam.
"nampak macam main-main ke?" cabar Marjan.
Lu'lu' memandang laut kembali. Marah.
"ish, malas la nak cakap dengan awak!" geram.
Marjan jungkit bahu.
"malas? Bagus. Boleh saya tidur sekarang?" Marjan sudah bingkas.
Lu'lu' mengetap bibir.
"benci!" jeritnya.
Marjan sudah mengatur langkah. Lebih kepada mahu menggertak Lu'lu'.
Lu'lu' turut bangun, melangkah geram.
"kenapa kau ni kurang ajar sangat?" marah Lu'lu' pada Marjan yang sudah beberapa langkah di hadapan.
"bila?" Marjan tersenyum nipis. Haha. Jahat betul aku ni.
"sepanjang masa lah!" ujar Lu'lu' geram.
"mana ada!" Marjan provoke lagi.
"aku akan pastikan papa pecat kau!"
"try me!" jerit Marjan. Membalas.
"aku benci kau! Kau dengan Fahim sama je!" cheh! Ada ke patut dia samakan aku dengan lelaki sengal tu? Aku lagi macholah!
"tak sama! Saya lagi baik dari dia!"
Lu'lu' terdiam.
"kenapa pulak?" Tanya Lu'lu' dalam geram.
Marjan senyum nipis.
"sebab saya nak awak gembira! Fahim sakitkan hati awak! Kan tak sama? Kalau awak tak faham bahasa melayu, tak tau lah pulak!" jerit Marjan.
Lu'lu' terdiam mendengar jawapan itu. Dia nak aku gembira? Tapi kenapa? Siapa aku pada dia? Lu'lu' berhenti melangkah. Pandangannya menyorot pada Marjan yang masih melangkah
Marjan rasa pelik bila suara Lu'lu' tidak lagi kedengaran.
Dia berhenti melangkah, memusingkan badannya. Melihat pandangan pelik Lu'lu'.
"tak nak tidur ke? Dah malam ni!" jerit Marjan.
Lu'lu' kembali melangkah perlahan.
Marjan cekak pinggang. Gila betul dia ni.
Marjan menanti sehingga Lu'lu' seiring dengannya sebelum langkahnya diatur semula.
Diam pulak. Ingat tak reti dah nak berhenti bercakap.
Mereka beriringan dalam sepi, suasana yang amat berlainan dari tadi. Sampai di tangga tadi, Marjan berhenti.
"hah, pergilah naik, tidur. Esok sibuk." Sempat dia mengusik, namum Lu'lu' tidak menjawab. Dia terus memanjat tangga. Tanpa pamitan, meninggalkan Marjan di situ. Tercengang-cengang dengan perubahan sikapnya.
hmm..act link novels x smpt diupdate oleh moderator blog ni.so, u all have to go to my blog.
http://anarifotherside.blogspot.com
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehe.
best si marjan nih.
keep it up! cpat sambung! :)